Selasa, 4 Jun 2013

MY VOICE FOR NATION

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


PESTA BUKU SELANGOR KEDUA TERBESAR DI MALAYSIA

Posted: 04 Jun 2013 06:29 AM PDT

 SHAH ALAM
3 Jun 2013

EXCO Pendidikan Selangor yang baru dilantik semula pada 30 Mei yang lalu , YB Dr Halimah Ali telah menjalankan tugas rasmi pertamanya di MAJLIS PENUTUP PESTA BUKU SELANGOR 2013 yang telah berlangsung selama 11 hari.
Pesta Buku menjadi acara tahunan bagi PPAS(Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor) dan telah semakin terserlah dan mendapat sambutan hangat sejak bermulanya dengan pengisytiharan HARI ILMU oleh DYMM SULTAN SELANGOR pada 26 JUN 2010 dalam gerakan membaca perdana yang telah memecah MALAYSIA BOOK OF RECORDS sebagai the largest outdoor reading event yang berjaya mengumpul 15,271 peserta untuk membaca selama 1 jam di TASIK SHAH ALAM.
 Rentetan daripada segala usaha untuk mengilmukan rakyat Selangor, PPAS telah di amanahkan oleh EXCO PENDIDIKAN bagi pihak kerajaan Selangor untuk MERAKYATKAN ILMU, yakni menjadi agensi penting untuk memberi akses kepada rakyat Selangor kepada pelbagai sumber ilmu khususnya bagi mereka yang kurang  mampu.
Ini merupakan strategi kerajaan Selangor melonjakkan kualiti hidup melalui proses membudayakan ilmu agar rakyat Selangor terlengkap dengan segala bekalan ilmu untuk memberdayakan modal insan ke arah keberkesanan hidup di dunia dan insya Allah hingga akhirat.

SHAH ALAM CONVENTION CENTRE sebuah anak syarikat PKNS telah dipilih untuk menjadi venue yang menyediakan suasana yang kondusif, santai dan dilengkapi dengan kemudahan solat dan tempat rehat dan sangat sesuai untuk seisi keluarga.
Pempamer buku dan alat pendidikan daripada pra sekolah hingga ke IPT dengan harga yang sangat berpatutan adalah poin positif dalam usaha menggalakkan masyarakat melabur untuk sumber ilmu: buku!
Tahniah PPAS, PEMPAMER, SACC dan semua pengunjung serta rakyat Selangor yang semakin deras melangkah ke depan menjadi warga berilmu pengetahuan.
Semoga visi Selangor untuk menjadi negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan insyaAllah akan tercapai. Amin

ZULKIFLI BIN NOORDIN

ZULKIFLI BIN NOORDIN


TANDA PUTERA

Posted: 04 Jun 2013 04:08 AM PDT

Kuan Yew sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapat undi Melayu termasuk bersongkok!
Adakah orang Melayu akan tertipu sekali lagi dengan mainan silapmata politik kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman di negara ini!

Salam 2 all.

Tahniah teman ucapkan kepada Dato' Seri Ahmad Shabery Chik, Menteri Komunikasi dan Media yang baru kerana memberikan lampu hijau untuk filem 'TANDA PUTERA' arahan pengarah hebat Datuk Shuhaimi Bab ditayangkan dipawagam mulai 29 Ogos 2013.

Teman berkesempatan menonton preview filem 'TANDA PUTERA' tersebut hampir setahun lalu. Pada teman filem tersebut wajib ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia daripada semua peringkat umur terutama golongan muda tidak kira apa kaum dan agama.

Ini adalah kerana ianya sebuah filem sejarah negara. Memang ada yang menyatakan subjek sejarah adalah subjek yang membosankan. Tetapi kebijaksanaan pengarah Datuk Shuhaimi Baba mengolah kisah sejarah tersebut daripada sudut yang sangat menarik berjaya menghidupkan kisah sejarah yang dipaparkan!

Filem 'TANDA PUTERA' sebenarnya mengisahkan kehidupan dua tokoh negarawan Malaysia - Almarhum Tun Abdul Razak dan Almarhum Tun Dr. Ismail - bagaiman dua tokoh ini membina semula negara keitika berdepan dengan pelbagai halangan dan cabaran.

Negara yang baru 12 tahun merdeka, berdepan dengan penentangan bersenjata komunis, politiking melampau kaum cauvinis dan rasis, kemiskinan bangsa Melayu di negara sendiri, agihan dan penguasaan ekonomi oleh kaum bukan Melayu, kemunduran anak Melayu dari segi pendidikan moden, ketiadaan peluang perniagaan untuk orang Melayu, dan pelbagai lagi rintangan dan cabaran yang dihadapi pada masa itu.

Dan cabaran terbesar kedua tokoh ini ialah kedua-duanya mengetahui umur mereka tidak panjang. Kedua-duanya sedang menghadapi masalah kesihatan yang kritikal. Almarhum Tun Razak dengan penyakit leukemia; dan Almarhum Tun Dr. Ismail dengan penyakit jantung yang kronik.

Kedua-duanya tahu mereka berdepan dengan kematian pada bila-bila masa!

Tetapi kedua-dua mereka mengenepikan langsung masalah kesihatan mereka. Malah dirahsiakan daripada pengetahuan isteri dan anak-anak. Yang penting bagi mereka ialah masadepan agama, bangsa dan negara mesti diutamakan.

Keunikan filem ini ialah kejayaan Datuk Shuhaimi Baba mengolah kisah dua tokoh negara ini dengan berlatarbelakangkan sejarah negara pada masa itu.

Daripada peristiwa hitam rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang menyebabkan pergaduhan antara orang Melayu dengan kaum Cina, kepada peristiwa banjir besar Kuala Lumpur 1971, kepada ancaman bersenjata komunis membawa kepada pembunuhan Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman (Ketua Polis Negara) dan Ketua Polis Perak mendiang Datuk Khoo dalam tahun 1974, pengeboman Tugu Negara dan beberapa persitiwa penting lain.

Semua peristiwa bersejarah negara ini berjaya di olah dengan begitu menarik oleh pengarah Datuk Shuhaimi Baba, tanpa sedikit pun mengorbangkan nilai seni dan dan fakta sejarah. Malah Datuk Shuhaimi begitu berhati-hati memastikan fakta sejarah langsung tidak diusik ketulinannya!

Persoalannya kenapa ada segelintir kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman yang beriya-iya menentang penayangan filem 'TANDA PUTERA' ini? Sebuah filem yang mengisahkan kehidupan dan pengorbanan dua tokoh negara sewaktu negara menghadapi cabaran dan konflik yang serius!

Sebenarnya kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman tidak mahu rakyat, terutamanya golongan muda mengetahui bagaimana jijik dan kotornya politik rasis, cauvinis dan pelampau perkauman yang mereka mainkan pada masa itu.

Memang ramai anak muda dan belia masakini tidak tahu sejarah sebenarnya.

Mereka terpukau dan terpedaya dengan mainan topengan politik demokrasi, hak asasi dan 'perjuangan menentang korupsi' yang dimainkan oleh kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman sekarang!

Mereka tidak tahu cerita bagaimana bangsa Melayu dibangsatkan dengan slogan "Malai-si", 'Mampos Melayu'!

Mereka tidak tahu bagaimana orang Melayu dihina oleh peniaga-peniaga cauvinis yang menggunakan kaki untuk menunjukkan barang yang mahu dibeli oleh orang Melayu!

Mereka tidak tahu bagaimana polis Melayu dimaki hamun dengan kata-kata 'polis Melayu lancau'!

Mereka tidak tahu bagaimana orang Melayu dipanggil 'sakai' dan disuruh masuk hutan!

Mereka tidak tahu bagaimana orang-orang Melayu yang sedang menonton wayang dibunuh kejam dalam panggung setelah amaran menyuruh penonton bukan Melayu dikeluarkan dalam tulisan Cina!

Mereka tidak tahu bagaimana Mak Minah, pelakon terkenal zaman itu (saperti filem "Masam-Masam Manis, Anak Bapak" dan lain-lain) dibunuh kejam di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur!

Mereka tidak tahu bagaimana Pak Kasim, seorang pejuang Melayu dibunuh kejam di sebatang jalan di Jelutong, Pulau Pinang dengan jenazahnya disepak terajang kemudian disimbah dengan cat merah!

Mereka tidak tahu bagaimana beberapa orang Melayu dibunuh di Setapak, Kuala Lumpur dalam perjalanan mereka ke Kampung Baru;

Mereka tidak tahu sejarah bagaimana orang Melayu dizalimi termasuk dibunuh kejam dizaman cauvinis komunis menjajah negara selama 21 hari;

Mereka tidak tahu bagaimana terancamnya kehidupan pasukan polis semasa itu, sehinggakan Ketua Polis Negara boleh dibunuh oleh cauvinis komunis semasa didalam kenderaan di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur.

Banyak perkara yang golongan muda dan belia, yang dikenali sebagai Gen-Y tidak tahu mengenai sejarah kaum cauvinis, rasis dan komunis ini!

Dan kalau mereka tahu, sudah pasti mereka akan bangkit menentang kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman yang kini bertopengkan kononnya perjuangan demokrasi, hak asasi dan anti-korupsi semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh orang Melayu!

Sebab itu teman cukup yakin kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman ini akan melakukan apa sahaja untuk memastikan filem 'TANDA PUTERA' tidak ditayangkan kepada umum. Mereka bukannya menghalang filem itu, tetapi mereka mahu menghalang dan menutup kebenaran mengenai kurap dan sopak cauvinisma yang ada pada mereka.

Sebab itu teman cadangkan kepada Kerajaan supaya:

1. membenarkan tayangan filem 'TANDA PUTERA' dipawagam awam dan tidak tunduk kepada desakan mana-mana pihak;

2. mewajibkan penayangannya disemua sekolah menengah semua aliran;

3. mewajibkan penayangannya di semua IPTA dan IPTS;

4. mewajibkan penayangannya di semua PLKN;

5. mewajibkan penayangannya di semua pusat pelajar Malaysia luarnegara;

6. mewajibkan semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri menonton filem ini;

7. mewajibkan semua kakitangan kerajaan, samada beruniform atau awam menonton filem ini;

8. mewajibkan semua pengurusan dan kakitangan GLC menonton filem ini;

9. mencetak filem 'TANDA PUTERA' dalan bentuk cakera padat dan disebarkan secara percuma kepada seluruh rakyat tidak kira latarbelakang agama dan bangsa;

10. menayangkan filem 'TANDA PUTERA' disemua rangkaian televisyen arus perdana sapeti TV1, TV2, TV3, TV 9, NTV7, TV Al Hijrah, Astro dan lain-lain;

11. memuat-turun filem 'TANDA PUTERA' ke You-Tube;

Selamat menonton filem 'TANDA PUTERA' mulai 29 Ogos 2013.

Jangan lupa bawa anak isteri, kaum keluarga, adik beradik dan kawan-kawan sama menonton!

Adios amigos; grasias senor.

Wallahua'lam dan wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
25 Rejab 1434
04 Jun 2013

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Abdul Hadi Muhamad Mulai Menerbitkan Kumpulan Puisi Sendiri

Posted: 04 Jun 2013 04:33 PM PDT

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


Malaysia Should Not Follow The Singaporean Model To Regulate Online Portals Because This Violates The Malaysia MSC Bill Of Guarantees That There Will Be No Internet Censorship.(en/bm/cn)

Posted: 04 Jun 2013 03:12 AM PDT

Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 4.6.2013.

Malaysia should not follow the Singaporean model to regulate online portals because this violates the Malaysia MSC Bill of Guarantees that there will be no internet censorship. DAP regrets that newly-minted Communications and Multimedia Minister Ahmad Shabery Cheek is starting off his tenure by breaking BN's earliest promise of not censoring the internet in wanting to regulate online portals. Where is BN's "Janji ditepati"?

Ahmad Shabery should be granting freedom to the media and the press instead of trying to further choke off any limited space of press freedom found in the internet. Why should Malaysia follow Singapore in regulating online portals when Singapore performed worse than Malaysia in press freedom?

According to Reporters Without Borders, Malaysia fell 23 places from 2012 to 145th this year in the 2013 Press Freedom Index because "access to information is becoming more and more limited". Reporters Without Borders said that Malaysia's "sorry record" was caused by the government's repeated efforts to censor information.
"Despite an all-out battle by rights activists and online media outlets, a campaign of repression by the government, illustrated by the crackdown on the 'Bersih 3.0' protest in April, and repeated censorship efforts, continue to undermine basic freedoms, in particular the right to information,"

Only Singapore performed worse than Malaysia at 149th place. Is Malaysia going to compare itself with the better or the worse-off ones?

As Ahmad Shabery now considers online portals to be mainstream media, he wants to control them like BN controls the mainstream media. This appears to be BN's main agenda after the online news portal were blamed for causing the BN to lose the popular vote for the first time in history in the 2013 general elections.

BN is blaming everyone except their own selves for this historic defeat, from the Chinese community to the online news portal, when PR won 51% of the popular vote compared to BN's 47% or 385,899 more votes than BN. Such proposed regulation is not progress but regression.

Ahmad Shabery was not impressive in his previous stints as Information Minister and then Youth and Sports Minister, as he has no outstanding achievements to show off. However his suggestion to regulate the internet shows that he is worse than his predecessor Tan Sri Rais Yatim in failing to take a national or international perspective, and pandering to the UMNO constituency in preparation for the UMNO party elections later this year.

How Can Screening The Racist Hate Film On May 13 Riots "Tanda Putera" Be Compatible With Datuk Seri Najib Tun Razak's Call For National Reconciliation And The Country to Move Forward With Less Politicking?
Another proof that Ahmad Shabery is worse than Tan Sri Rais Yatim is his decision to release the racist hate film 'Tanda Putera' on August 29 in cinemas nationwide. This racist hate film on May 13, 1969 riots panders to extremism and again blame non-Malays for igniting the May 13 riots.

It also contained malicious lies against DAP leaders, especially DAP leader Lim Kit Siang, who was never in Kuala Lumpur throughout the entire period but was in Sabah. For these reasons, Rais refused to allow cinemas to screen this film nation-wide.

For Ahmad Shabery to permit the screening of this hate film 'Tanda Putera' because he said that it has a “national theme”, is not only divisive and discriminatory but also promotes lies, hatred and fear. How can screening the racist hate film on May 13 riots "Tanda Putera" be compatible with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's call for national reconciliation and the country to move forward with less politicking?

Ahmad Shabery is gravely mistaken to think that UMNO can win back lost Malay or non-Malay votes by taking a hard-line racist and extremist stand that creates fear and hatred to frighten both Malay and non-Malay voters to return to BN. Such tactics backfired badly in the recent general elections, when more than 42% of Malay voters especially young voters abandoned BN by voting for PR.

LIM GUAN ENG

—-BM Version- —

Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 04.06.2013.

Malaysia Tidak Perlu Ikut Model Singapura Untuk Mengawal Portal Berita Online Kerana Ia Melanggar Akta Jaminan MSC Malaysia Yang Menjamin Tiada Penapisan Internet.

Malaysia tidak perlu mengikut model Singapura untuk mengawal mana-mana laman web kerana ia melanggar Akta Jaminan MSC Malaysia yang menjamin tiada penapisan internet. DAP kesal dengan kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabery Cheek yang memulakan khidmat beliau dengan memungkiri janji BN supaya tidak akan menapis internet untuk mengawal mana-mana laman web. Di mana ‘Janji Ditepati’ BN?

Ahmad Shabery perlu memberi kebebasan kepada media dan akhbar dan bukannya cuba untuk terus mematahkan mana-mana ruang yang mengehadkan kebebasan akhbar yang terdapat dalam internet. Kenapa Malaysia perlu mengikuti Singapura dalam mengawal mana-mana laman web apabila kebebasan akhbar di Singapura lebih teruk?

Menurut Reporters Without Borders, Malaysia jatuh 23 tempat pada 2012 dari tempat ke-145 tahun ini dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2013 kerana "akses kepada maklumat menjadi lebih dan lebih terhad". Reporters Without Borders berkata bahawa ‘rekod buruk’ Malaysia adalah disebabkan usaha-usaha berulang kerajaan untuk menapis maklumat.

"Walaupun perjuangan habis-habisan oleh aktivis dan media atas talian (online), kempen penindasan oleh kerajaan, digambarkan oleh tindakan keras dalam protes ‘Bersih 3.0′ pada April lalu, dan usaha penapisan berulang, akan terus menjejaskan kebebasan asas, khususnya hak untuk memperoleh maklumat".

Hanya Singapura yang lebih teruk berbanding Malaysia iaitu di tempat ke-149. Adakah Malaysia ingin dibandingkan dengan yang lebih baik atau lebih buruk?

Seperti yang dianggap Ahmad Shabery, portal berita atas talian adalah media arus perdana, beliau mahu mengawalnya seperti BN menguasai media arus perdana itu. Ini menunjukkan agenda utama BN selepas portal berita atas talian dituduh menyebabkan BN kalah undi popular buat pertama kalinya dalam sejarah pilihanraya umum 2013.

BN menyalahkan semua orang kecuali diri mereka sendiri untuk kekalahan bersejarah ini, daripada masyarakat Cina kepada portal berita atas talian, apabila PR menang 51% undi popular berbanding BN 47% atau 385,899 lebihan undi daripada BN. Peratusan itu dicadangkan bukan kemajuan tetapi kemunduran.

Ahmad Shabery tidak memberangsangkan dalam melaksanakan tugas beliau seperti sebelum ini sebagai Menteri Penerangan dan kemudian Menteri Belia dan Sukan, kerana dia tidak mempunyai pencapaian yang cemerlang untuk ditunjukkan. Walau bagaimanapun, cadangan beliau untuk mengawal internet menunjukkan bahawa beliau adalah lebih teruk daripada Tan Sri Rais Yatim kerana gagal mengambil perspektif nasional dan antarabangsa serta memenuhi kehendak kawasan UMNO dalam persediaan untuk pilihanraya parti UMNO akhir tahun ini.

Bagaimanakah Boleh Tayangan Filem Berunsurkan Kebencian Perkauman Pada Rusuhan 13 Mei "Tanda Putera" Disamakan Dengan Seruan Datuk Seri Najib Tun Razak Untuk Keharmonian Negara Dan Negara Maju Ke Hadapan Dengan Kurangnya Mainan Politik?

Satu lagi bukti bahawa keputusan Ahmad Shabery adalah lebih teruk daripada Tan Sri Rais Yatim apabila beliau membenarkan filem kebencian perkauman "Tanda Putera" ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 29 Ogos ini. Filem ini adalah filem kebencian perkauman pada 13 Mei 1969, ketidakpuasan dan ekstremis dan sekali lagi menyalahkan bukan Melayu yang mencetus rusuhan 13 Mei.

Ia juga mengandungi pembohongan berniat jahat terhadap pemimpin-pemimpin DAP, terutama pemimpin DAP Lim Kit Siang, yang tidak pernah berada di Kuala Lumpur sepanjang tempoh tersebut tetapi berada di Sabah. Atas sebab-sebab ini, Rais enggan membenarkan pawagam di seluruh negara untuk menayangkan filem ini.

Bagi Ahmad Shabery untuk membenarkan tayangan filem penuh kebencian "Tanda Putera" ini atas sebab kononnya ia mempunyai tema ‘kebangsaan", bukan sahaja memecah-belahkan dan mendiskriminasi tetapi juga menggalakkan pembohongan, kebencian dan ketakutan. Bagaimana pemeriksaan filem kebencian perkauman pada 13 Mei " Tanda Putera" bersesuaian dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk keharmonian kebangsaan dan negera ini untuk maju ke hadapan dengan kurangnya mainan politik?

Ahmad Shabery ternyata silap untuk berfikir bahawa UMNO boleh memenangi kembali kehilangan undi Melayu atau bukan Melayu dengan mengambil pendirian bersifat rasis dan melampau yang mencipta ketakutan dan kebencian untuk menakutkan kedua-dua pengundi Melayu dan bukan Melayu untuk kembali kepada BN. Taktik ini telah memakan diri sendiri apabila mengakibatkan kekalahan teruk dalam pilihan raya umum baru-baru ini, di mana lebih daripada 42% pengundi Melayu terutama pengundi muda meninggalkan BN dengan mengundi PR.

LIM GUAN ENG.

—-Mandarin Version —-

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2013年6月4日在吉隆坡发表声明:

马来西亚不应该模仿新加坡管制网络媒体,这种做法有违马来西亚多媒体走廊法案中保障网络无审查的条文。

马来西亚不应该模仿新加坡管制网络媒体,这种做法有违马来西亚多媒体走廊法案中保障网络无审查的条文。对于新上任的通讯及多媒体部长阿末沙比里"新官上任三把火",违背国阵之前不进行网络审查的诺言,改以建议管制网络,行动党感到遗憾,我们要问国阵,你的"一诺千金"在哪里?

阿末沙比里应该给予媒体及报馆自由,而不是企图钳制网络上仅有的媒体自由。当新加坡的新闻自由方面比马来西亚表现更糟,为什么马来西亚要模仿新加坡管制网络新闻?

根据无疆界记者的报告,马来西亚的新闻自由指数从2012年第23名跌至2013年145名,因为"资讯的获取越来越有限"。无疆界记者报告中所指马来西亚新闻自由的"惨况"是政府一再审查资讯流通所导致的。

"尽管社会运动分子及网络媒体竭尽全力迎接,但是政府的一系列打压行动,正如四月份净选盟大集会3.0、一而再地审查,继续破坏基本自由,特别是获取资讯的自由。"

新加坡的新闻自由排名比马来西亚糟,排在149名,马来西亚是不是只想跟不好的比较,而不是向好的学习?

由于阿末沙比里现在将网络媒体做为主流媒体, 他想到像国阵控制主流媒体那样管制网络媒体。这就是国阵怪罪网络媒体导致国阵在2013年大选中,破天荒第一次失去多数票之后,主要的打压议程。

国阵输了多数票后除了他们自己,怪罪全世界, 从华人到网络媒体。在大选中,民联得票率为51%比国阵高,国阵得票率为47%或385,899张。管制网络的建议不是进步,而是开倒车。

阿末沙比里之前担任资讯部长、青年及体育部长前,表现平平,也没有展现特别的政绩。但是,他建议管制网络,显示了他比丹斯里莱依斯雅丁还糟糕,后者在国内外都没有声望,只是一味地迎合巫统以备战巫统今年底的党选。

解禁有关513种族仇恨电影《王者之风》,如何算是响应拿督斯里纳吉的国民和解及减少政治挑衅让国家前进?

另一项证明阿末沙比里比丹斯里莱依斯雅丁更糟的证据是,他决定在8月29日,于全国戏院解禁有关1969年513种族仇恨的电影《王者之风》,这部电影迎合极端主义、而且责怪非马来人发动513暴动。

这部电影也诬蔑行动党领袖,特别是行动党领袖林吉祥,513期间,他人在沙巴,而不是吉隆坡。因为这些理由,莱依斯不让电影在全国戏院放映。

阿末沙比里却准许这部分仇恨性电影《王者之风》上映,因为他说他有"国家主题",这不是只分裂性、歧视性,也鼓吹谎言、仇恨及恐惧。一部关于513种族仇恨的《王者之风》,如何算是响应拿督斯里纳吉的国民和解及减少政治挑衅让国家前进?

阿末沙比里大错特错,他竟然认为巫统采取强硬种族及极端立场,制造恐惧及仇恨,吓唬马来人及非马来人,便可以让他们的选票回流。这种伎俩已经在最近的大选中证实无效,超过42%的马来选民特别是年轻马来人已经唾弃国阵,投选民联。

林冠英

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Wajah sebenar Umno

Posted: 04 Jun 2013 02:25 AM PDT

Setelah menang pilihanraya umum ke 13 walaupun tewas undi popular buat pertama kalinya dalam sejarah, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan wajah Umno yang sebenar kepada umum.

(Kata Mahathir, orang Melayu sudah meluat dengan Umno... tetapi hanya sebut selepas pilihan raya selesai) 

Bagi Mahathir, ramai orang Melayu sudah merasa meluat dengan Umno dan mengganggapnya tidak relevan dan perlu ditolak kerana parti itu tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair.

“Umno ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. Umno berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri,” tulis Mahathir di blognya.

Mahathir berkata pemimpin Umno kini melariskan budaya memilih orang kurang berkobolehan untuk menyertai parti supaya kedudukan mereka tidak diancam sampai bila-bila.

"Untuk ini mereka berusaha mengurangkan kemungkinan diri mereka dicabar, kurangkan kemungkinan diganti oleh sesiapa yang lebih layak. Umno adalah hak ahlinya, hak pemimpinnya yang sedia ada dan bukan hak orang Melayu. Setelah mereka mendapat tempat jangan benar orang Melayu lain, terutama yang memiliki kebolehan tertentu, menyertai Umno,” selar beliau.

Sekarang, Mahathir berkata Umno sudah menjadi sebuah parti hanya untuk pemimpin dan ahli semasa, dari ketua cawangan kepada ketua bahagian.

"Umno tidak perlu tambahan ahli, tidak perlu penyertaan sesiapa lagi kerana ahli yang sedia ada perlu memelihara habuan mereka. Jika terlalu banyak ahli, habuan perlu dikongsi. Dan habuan yang dikongsi tentulah tidak sebanyak sebelum berkongsi,” sindirnya lagi.

Akibatnya, kata Mahathir, mereka terutama yang berkebolehan, yang berbakat tidak dibenar masuk Umno lagi.

“Yang boleh menyertai hanyalah yang kurang berkebolehan dibanding dengan yang sudah ada. Oleh kerana penyertaan dalam Umno mestilah melalui cawangan, yang boleh masuk Umno ialah yang kurang berkebolehan dari ketua cawangan,” katanya.

Mahathir juga menyindir bahawa pemimpin-pemimpin Umno ini sering terlupa ajal boleh sampai bila-bila masa.

“Ketua cawangan manusia biasa yang boleh diserang penyakit, bahkan boleh mati pun. Satu hari ketua cawangan terpaksa lepaskan jawatannya. Penggantinya tentulah orang yang memiliki kebolehan yang kurang darinya. Dengan itu kebolehan ketua cawangan akan merosot sepanjang masa, tiap kali pengganti mengambil alih. Dan ini akan terjadi dalam keseluruhan parti,” katanya.

Akhirnya, Mahathir berkata Umno hanya tinggal golongan yang tidak berbakat sehingga semakin kurang ahli yang berbakat dan layak untuk menjadi calon dalam PRU.

"Calon payung terjun yang berbakat akan dikalahkan. Dengan itu pemimpin Kerajaan juga akan terdiri dari yang tidak berkebolehan,” sindirnya lagi.

“Di mana pergi mereka yang berbakat ini?.

Mereka pergi ke mana mereka di terima, tentunya parti lawan,” tambahnya lagi.

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on AirAsia & AirAsia X have not handed over unclaimed airport taxes to MAHB by Anonymous

Posted: 04 Jun 2013 10:39 AM PDT

Dia besaq kepala pasai Cikgu dia Mahathir!

Comment on AirAsia & AirAsia X have not handed over unclaimed airport taxes to MAHB by mohd. natar

Posted: 04 Jun 2013 10:37 AM PDT

WCK, once again YOU have done a good job. Thank you for bringing up this issue to the public at large. If as what you have revealed is true, It forces me to ask a simple question!. What and why is AA and AAX so special in the eyes of the government?….

Comment on AirAsia & AirAsia X have not handed over unclaimed airport taxes to MAHB by Sugu

Posted: 04 Jun 2013 06:15 AM PDT

If you believe that then you will believe anything under the sun. Prompt payment is not practice in AA. The readers have said here that AA took many weeks to refund the airport tax of several Ringgit after the deduction of its administration cost. Based on this, it will be hard to believe Aziz Bakar.
The Government should do a thorough audit of the unclaimed airport tax. We can take the figure as provided by AA.

Comment on AirAsia & AirAsia X have not handed over unclaimed airport taxes to MAHB by Ishak

Posted: 04 Jun 2013 04:28 AM PDT

Wee.
I spoke with Dato Aziz Bakar today on this issue.

His reply was.” They want to give the money to ministery of Finance but was told by MOF officer they cant accept it,No reason was given.Looklike they have to send this money to unclaim money with Bank Negara.”

Can you check with Ministary of Finance.Any truth.?

Comment on AirAsia & AirAsia X have not handed over unclaimed airport taxes to MAHB by Yahya

Posted: 04 Jun 2013 12:53 AM PDT

MAHB just take action. Why must AirAsia be immune to actions? Is MAHB scare of Khazanah? Share suab sudah koyak. Forget about Azman Mokhtar, just take actions that is what we want to see.

Khalid Samad

Khalid Samad


Respon: Perang Uhud dan Kota Damansara

Posted: 03 Jun 2013 11:10 PM PDT

Di sini saya ingin mengemukakan respon terhadap satu penulisan yang menggunakan kisah perang Uhud sebagai asas hujjahnya bagi mempertahankan kekalahan di Kota Damansara. Secara ringkas beliau menyatakan bahawa kekalahan di KD berlaku apabila ahli PAS sendiri tidak sokong calon PAS setelah diarahkan oleh pimpinan untuk menyokongnya. Dalam erti kata lain, strategi untuk PAS bertanding sudah betul, yang salah perlaksanaannya atas sebab keingkaran ahli PAS untuk patuh pada arahan. Ini, menurut penulis berkenaan lagi, adalah sama seperti kumpulan pemanah di Uhud yang tidak akur kepada perintah Rasulullah (SAW) untuk tidak meninggalkan kedudukan mereka di atas Bukit Uhud dan inilah punca kekalahan PAS di KD.

Saya hanya mampu tersenyum apabila membaca hujjah beliau. Tidak mengapa, sekurang-kurangnya beliau mengakui kekalahan di KD adalah satu yang tidak diingini. Ini jauh lebih ke hadapan berbanding mereka yang berpendirian kalah pun tidak mengapa, yang penting lawan Sosialis! Golongan yang bersikap sedemikian masih tidak faham konsep tahalluf siyaasi rupanya.

Kalau kalah itu sesuatu yang tidak diingini, maka sudah pasti strategi untuk menang perlu diusahakan. Sudah terang lagi bersuluh kalau ingin menang maka tiga penjuru perlu dielak. Kita kena akui, kekuatan PAS sahaja atau PKR sahaja tidak cukup untuk memenangi KD, lebih-lebih lagi apabila sama-sama bertanding di situ. Walaupun semua ahli dan penyokong PAS mengundi calon PAS, ahli PKR dan penyokong PKR akan sokong calon PKR! Undi orang atas pagar yang melihat PR bertelagah sesama sendiri akan pecah dua atau mereka boycott dan tidak undi atau lagi teruk, mereka mengambil keputusan untuk mengundi BN. Maka undi PR pecah dan akibatnya BN menang. Maka bagaimana dikatakan strategi untuk PAS bertanding lawan PKR di KD adalah strategi yang baik dan hanya perlaksanaannya sahaja yang tidak betul? Maaf sangat-sangat, tetapi itu yang dikatakan 'qias ma alfaariq' atau qias yang tidak kena pada tempatnya.

Punca utama kesilapan dan ketidak-sesuaian qias tersebut adalah kerana ketika ini PAS berpakat di dalam 3 pasukan. Maka sudah pasti strategi mesti diselaraskan di antara tiga pasukan tersebut.

Saya juga nak gunakan kes perang Uhud untuk menjelaskan pandangan saya. Tapi qiasan saya begini;

Di semua kawasan 'perang', pasukan tertentu diminta turun berperang sementara pasukan lain menunggu di atas Bukit Uhud. Di Dusun Tua, pasukan yang turun berperang adalah PAS. PKR dan DAP tunggu atas Bukit Uhud memberi sokongan dan perlindungan pada pasukan PAS. Ianya berjalan baik, PAS menang. Di kawasan Taman Medan, pasukan PKR turun berperang, pasukan PAS dan DAP diletakkan di atas Bukit Uhud, memberi perlindungan kepada pasukan PKR. Ianya berjalan baik juga, PKR menang. Di Bukit Gasing, pasukan DAP turun berperang, pasukan PAS dan PKR duduk atas Bukit Gasing pula kali ini, memberi sokongan dan perlindungan pada pasukan DAP. Ianya pun berjalan baik dan DAP menang.

Di KD, pasukan PKR diminta turun berperang, pasukan PAS dan DAP sepatutnya duduk atas Bukit Uhud, beri sokongan dan perlindungan pada pasukan PKR sepertimana yang telah dipersetujui. Tapi malangnya pasukan PAS turun Bukit Uhud berperang pula dengan pasukan PKR! Saya dimaklumkan bahawa PAS lebih sibuk menyerang Dr Nasir dan PSM dari menyerang calon UMNO/BN. Maka golongan UMNO/BN hanya perlu tengok sahaja dan telah dapat mengalahkan PR. Kesudahannya, yang turun berperang, PAS dan PKR, ramai yang mati, yang tidak mati ditangkap dan dijual sebagai hamba abdi! Dan 'Kota' ditawan dan rakyatnya terpaksa menanggung derita di bawah UMNO!

Kalaulah implikasi kekalahan seberat yang saya ceritakan, mungkin PRU ini tidak akan dijadikan bahan mainan oleh sesetengah pihak. Dan mungkin alasan kecil tidak akan dijadikan sebab untuk engkar pada janji. Dan kepentingan strategi yang tepat akan diakui semua. Tetapi kerana kalah dilihat tidak mendatangkan masalah bagi sebahagian, maka keputusan dibuat secara emosi dan acuh tidak acuh. Kalah pun kalah tidak mengapa, kata mereka, yang penting ini dan itu dan itu dan ini...

Tidakkah kamu sedar bahawa kamu telah diamanahkan untuk mengusahakan kemenangan? Kalau tidak pentingkan kemenangan, ketepi jangan ganggu orang lain yang bertungkus lumus untuk menunaikan amanah untuk mencari kemenangan. Ini tidak! Oleh kerana bagi kamu menang tidak penting kamu turun dan halang pula mereka yang ingin menunaikan tanggung-jawab mereka untuk mencapai kemenangan. "Jaga sudut masing-masing" pesanan yang berdesing di telinga saya.

PAS KD, kamu telah turun dari Bukit Uhud dan kamu telah menyebabkan PR kehilangan satu kerusi. Untuk apa?

'Kilauan' dan 'glamor' turun sebagai calon? Harapan untuk menjadi YB? Pada 2008 tidak mengapa Dr Nasir jadi calon. Kerana mungkin ketika itu tidak nampak boleh menang. Sekarang lain adakah kerana sudah terhidu kemenangan?

Setelah kalah dan natijah buruk dari strategi itu terbentang luas untuk semua melihatnya, adakah PAS ingin mengambil pengajaran? Sepertimana para sahabat Rasulullah (SAW) telah mengambil pengajaran dari perang Uhud atau PAS ingin terus mengambil pendekatan bodoh sombong? Rakyat Malaysia sedang melihat serta menilai tindak tanduk PAS sebagai sebuah parti Islam dan yang lebih penting lagi Allah sedang melihat dan menilai setiap tindak tanduk kita.

Saksikan ya Allah bahawa saya telah memberi nasihat dan teguran ikhlas kepada pimpinan saya!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Polis : Larangan terhadap Nurul ditarik balik.

Posted: 03 Jun 2013 05:11 PM PDT

25  Rejab 1434 H. [MOD] -
 Astro Awani | Kemas kini: Jun 03, 2013

Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Hamza Taib tidak mengulas lanjut mengenai sebab-sebab di sebalik penarikan tersebut tetapi berkata tidak ada individu lain yang turut dihalang seperti yang diumumkan dalam senarai 'persona non grata' kerajaan negeri Sabah.

"Setakat ini polis berkata, tidak ada individu lain yang dilarang kecuali Nurul. Tetapi larangan itu pun telah ditarik balik, " kata Hamza kepada Astro Awani.

"Bagi pemimpin-pemimpin yang lain jika mereka mahu datang tidak ada masalah asalkan mereka mematuhi undang-undang," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad tidak dapat mengesahkan bahawa senarai hitam baru yang dikatakan melarang 10 individu daripada parti pembangkang dan pemimpin masyarakat sivil daripada memasuki Sabah.

Dalam satu SMS kepada Astro Awani, beliau berkata: "Saya nasihatkan anda untuk menyemak dengan pejabat Ketua Menteri Sabah."

Awal hari ini, sepucuk surat dikatakan bocor dari Pejabat Ketua Menteri Sabah yang dialamatkan kepada Jabatan Imigresen negeri yang mengatakan bahawa selain Nurul Izzah, ada individu yang lain turut dihalang daripada memasuki negeri ini.

Menurut surat tersebut, nama-nama lain yang termasuk dalam senarai tersebut adalah, termasuk:

- Datuk Seri Anwar Ibrahim - Lim Kit Siang - Mohd. Rafifi(sic) Ramli - Datuk Ambiga Sreenevasan - Mohd. Sabu - Syed Ibrahim Syed Noor - Wong Chin Huat - Mary Chin Abdullah (sic) - Ong Boon Kiang - Hishamuddin Rais

Dokumen yang bertarikh 21 Mei itu, ditandatangani oleh En. Moktar Yassin Ajam yang merupakan (Setiausaha Negeri bagi Hal Ehwal Dalam Negeri & Penyelidikan) telah dihantar kepada Pengarah Imigresen negeri Sabah. Kepala surat tersebut dikenalpasti daripada Ketua Menteri, Pejabat Datuk Musa Aman.

Ketika dihubungi, Moktar berkata beliau tidak dapat mengesahkan kandungan surat itu. "Saya minta maaf, saya seorang kakitangan kerajaan. Saya tidak boleh memberikan apa-apa kenyataan, hanya kerajaan negeri yang boleh. Saya minta maaf," kata beliau.

Surat itu mengatakan bahawa senarai itu diberikan kelulusan dengan cop Kabinet Sabah, berikutan dengan mesyuarat pertama pada 15 Mei.

"Kabinet telah bersetuju bahawa Ketua Menteri boleh menggunakan kuasa mutlaknya di bawah Akta Imigresen dan, selaras dengan pengesahan daripada Ketua Polis Cawangan Khas Diraja Malaysia Sabah, untuk melarang individu-individu ini daripada menjejak tanah di Sabah," kata surat itu.

Malaysiakini melaporkan bahawa ketua DAP Sabah Jimmy Wong yang mendakwa bahawa sumber yang boleh dipercayai daripada Jabatan Imigresen telah membocorkan sekeping salinan kepadanya.

Khamis lalu, Nurul Izzah telah dihalang daripada memasuki Sabah apabila beliau tiba di Kota Kinabalu. Beliau sepatutnya meraikan Pesta Kaamatan atau dikenali sebagai Pesta Menuai.

Pada 31 Mei, Jabatan Imigresen Sabah berkata bahawa larangan Nurul adalah arahan daripada kerajaan negeri.

Kemudian, dilaporkan Musa menafikan bahawa larangan untuk Nurul telah bermotifkan politik. Beliau bagaimanapun berkata, mereka yang menjadi ancaman kepada keamanan dan keharmonian negeri Sabah tidak akan dialu-alukan dalam negeri ini.

Anwar: Pakatan sokong himpunan 15 Jun

Posted: 03 Jun 2013 04:56 PM PDT

25 Rejab 1434 H. [MOD] -


  • Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat menyokong pengajuran perhimpunan 'Blackout 505' bagi membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

    NONEAnwar mengumumkan sokongan Pakatan ke atas penganjuran perhimpunan pada 15 Jun itu dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini.

    Menurutnya, Pakatan Rakyat akan berunding dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pihak keselamatan bagi memastikan perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman.

    Anwar berkata sekratariat perhimpunan akan memberi maklumat lanjut sama ada perhimpunan itu diadakan di jalanan atau di stadium. 

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


PKR stands by phantom voters claims, blames EC for xenophobia

Posted: 04 Jun 2013 02:20 AM PDT

The Malaysian Insider

PKR has stood by its allegations that foreign nationals of Bangladesh origin had voted illegally in Election 2013 despite the denial made by the country's High Commissioner here yesterday, insisting that it has proof to back its claims.

The Pakatan Rakyat (PR) party added that the Election Commission (EC) should also take full responsibility for the hostilities shown towards Bangladeshi migrant workers since its failure to deal with complaints of phantom voters had strengthened accusations that the government had won the May 5 polls through fraud.

"We accept their statement, that is their right but you have to ask this question: if majority of our people have been talking about it for a long time, I don't think your normal Malaysians would go and create news out of nothing and more importantly the integrity of an election is sacred and so important to our country.

 "The way I look at it is that if there are any allegations about phantom voters whether they are Bangladeshis, Indonesians, Filipinos… what is more important is the authorities and the parties responsible for it which is the EC must take it seriously and investigate fully.

"But they have refused to probe so it strengthens the perception that there are phantom voters from overseas," PKR strategic director told a press conference at the party's headquarters here.

Yesterday, the government of Bangladesh denied allegations that its Malaysian-based workers had acted as phantom voters in Election 2013, adding that the "xenophobic" accusation has subjected its citizens to abuse.

The country's High Commissioner to Malaysia Atiqur Rahman also laughed off claims that 40,000 of Bangladeshi citizens had been transported into Malaysia to vote for the ruling Barisan Nasional (BN) a week before the May 5 polls.

He further described the allegations as "propaganda" and "political manipulation" that might put innocent Bangladeshis under increased threat and, at the same time, impose a negative image of its country unfairly.

PKR vice-president Nurul Izzah Anwar said although the party conceded it was wrong to target Bangladeshi migrant workers, the EC could have done its part to prevent the xenophobic reaction towards foreign nationals if it had acted on the complaints.

"Of course, the attacks and hostilities should not be brought against the foreigner, the EC should have prevented this. We are not asking the public to hate and so on but we must not let this incident to become something that we easily forget.

"You have to push and demand that EC and relevant conduct investigations most professionally," she told the same press conference.

PR leaders have accused the ruling coalition of rigging the Election 2013 results through fraudulent practices that included transporting foreign nationals into key states in Malaysia to vote for Barisan Nasional (BN).

BN leaders, however, described the allegation as baseless and said the opposition has yet to show any concrete evidence to support its claims.

Despite a resurgent opposition, BN clung on to power by winning 133 seats against PR's 88, although this was seven fewer than what it garnered in 2008. Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's coalition also lost the popular vote for the first time since 1969.

PR and electoral reform group Bersih are now planning to file election petitions to challenge some results from the May 5 polls, claiming to have strong evidence of fraud in what had been Malaysia's closest election to date.

Among the evidence compiled are videos that purportedly showed foreign nationals being flown in a day before the election.

Najib had recently announced that his government would see through its plans to reform the electoral system by placing the Election Commission (EC) under a special parliamentary committee.

PR leaders, however, claimed the move was more of a public relations exercise and called for the resignation of the commission's leadership as the first condition towards genuine polls reform.

Bersih will back KL ‘Black 505′ if it urges EC to resign

Posted: 04 Jun 2013 02:15 AM PDT

Malaysiakini

Bersih co-chairperson S Ambiga said that the electoral reform pressure group will support the 'Black 505' rally held by Pakatan Rakyat in Kuala Lumpur should it aim to urge the Election Commission (EC) to resign.

Ambiga said that Bersih has yet to get know the aims of the rally, which will be held on June 15.

"We don't know, we believe one of the aims as they said earlier is to ask the EC to resign. If that's the case, we will support such a move because we think the EC should resign," she told the press after Bersih failed to meet Immigration Department director-general Alias Ahmad this morning.

Ambiga also stressed that Bersih maintains its stand that everyone has the constitutional right to hold a rally.

PKR de facto leader Anwar Ibrahim announced yesterday that Pakatan will hold this rally in Kuala Lumpur on June 15 to protest alleged electoral fraud in the 13th general election that was held on May 5.

Asked if the rally would be held in a stadium or whether it would be a street demonstration, he said the rally secretariat would furnish details in due course.

This is to continue a series of protests around the country against alleged electoral fraud dubbed 'Black 505′, which began in Kelana Jaya, Selangor, on May 8.

Bersih previously had held two massive rallies in downtown Kuala Lumpur to urge electoral reform prior to the 13th general election.

‘Ballot papers of EC officers sold to BN for RM100 each’

Posted: 04 Jun 2013 02:13 AM PDT

Malaysiakini

A BN state seat candidate has been accused of “buying” ballot papers from Election Commission (EC) officers in order to vote on behalf of them to ensure victory for BN.

In exposing this today, PKR strategy director Rafizi Ramli said one of the officers had on May 4, just a day before the 13th general election, lodged a police report on this.

Copies of the police report were given to members of the media by Rafizi during a press conference at PKR headquarters at Tropicana in Petaling Jaya this afternoon.

The report details how the EC officers were called up by the BN candidate before they passed their ballot papers to BN coalition workers.

According to Rafizi, four of the EC officers demanded back their ballot papers a day after they were sold to the BN candidate for RM100 each.

“However, when they got back their ballot papers, they found that their ballots had already been been marked,” Rafizi said

The police report names the BN candidate. Malaysiakini is withholding his name until he responds to our queries.

View issues with Tan Seng Giaw

View issues with Tan Seng Giaw


A lockup detainee is usually not sick

Posted: 03 Jun 2013 08:18 AM PDT

To compare one thing with another must be reasonable. Comparison  of like with like is normal. But to compare a police lockup with a hospital is unusual. Occasionally, someone does just that. A sick person goes to hospital.  Unwillingly, a person is detained in a lockup. Usually he or she is not sick.

Nuffnang