Sabtu, 24 September 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


ADUN CHANGKAT JONG RASMI PENUTUP USRAH PERDANA DAN JAMUAN RAYA MGP PERAK

Posted: 24 Sep 2011 09:06 AM PDT


TELUK INTAN, 24 September - ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah merasmikan penutupan Majlis Usrah Perdana dan Jamuan Hari Raya Majlis Guru PASTI (MGP)  Peringkat Negeri Perak. Majlis telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan Kg. Padang Tembak dekat sini.

Majlis tersebut telah dihadiri hampir 200 orang guru PASTI dari seluruh negeri Perak. Turut hadir ialah Pengarah PASTI Perak Hj. Hasan Aladi serta Ahli Lembaga Pengarah PASTI Perak.
YB Anuar bersama Timbalan Pengarah PASTI Negeri dan Ketua Pemuda Kawasan.

Isteri YB Hjh. Faridah Rajiah bersama Ketua MGP Perak, Puan Faridah Dawam.

Sebahagian daripada guru-guru PASTI Perak yang hadir.

Di dalam ucapan, YB Anuar menyarankan kepada ibu bapa dan guru-guru agar mengenalkan Allah kepada anak-anak secara bersungguh-sungguh di samping memberikan ilmu agama yang secukupnya kepada anak yang bakal bermanfaat kepada anak-anak itu sendiri di samping memberikan manfaat kepada ibu bapa apabila meninggal dunia.

Beliau juga berharap guru-guru PASTI dapat melatih anak-anak didik PASTI dengan adab-adab seharian di samping mempelajari dan beramal dengan doa yang telah dipelajari.

intanhijau.blogspot.com

KENAPA LARANG VIDEO 'UNDILAH' ?

Posted: 23 Sep 2011 10:28 PM PDT

Pihak berkuasa perlu menjelaskan mengapa stesen-stesen TV tempatan diarahkan supaya berhenti menyiarkan video yang menggalakkan orang ramai mendaftar sebagai pengundi, kata naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

NONE"Saya amat terkejut membaca berita bahawa Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengarahkan penyiar tempatan berhenti menayangkan hebahan khidmat awam (PSA) - "Undilah" - yang diterbitkan oleh Pete Teo dan dilancarkan pada Hari Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nurul Izzah (kanan) yang juga ahli parlimen Lembah Pantai, adalah antara mereka yang muncul dalam klip video itu yang turut menampilkan ahli politik BN seperti ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong (di bawah).

"PSA (Undilah) yang disertai diri saya sendiri dan ramai lagi tokoh masyarakat Malaysia, adalah satu usaha tak berpihak untuk mengajak rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi dan keluar mengundi bila tiba masa pilihanraya nanti, demi mengukuhkan proses demokrasi yang diamalkan di negara kita.

"Ia bertujuan memupuk semangat demokrasi di kalangan rakyat Malaysia, tanpa mengira pihak mana yang disokong," kata Nurul.

Wee Ka Siong in undilah videoMenurutnya, di kala para pemimpin negara begitu gah mahu menjadikan Malaysia negara pengamal "demokrasi terbaik" di dunia, tindakan SKMM itu jelas merosakkan usaha-usaha tersebut dan seakan-akan memperlekeh intelek rakyat Malaysia amnya.

"Saya memohon SKMM menjelaskan arahan yang dikeluarkan kepada penyiar tempatan," kata Nurul.

Sehubungan itu, beliau mendesak SKMM menarik balik arahan tersebut dan sebaliknya "mempromosi video ini sebagai satu langkah yang dapat memperkukuh demokrasi di negara tercinta ini".

"Janganlah kebebasan SKMM diperkuda demi permainan politik seorang menteri yang sudah jelas ketinggalan zaman, yang

semakin hilang ditelan arus pemodenan corak politik tanahair," tambahnya.

Sebuah lamanweb Rosnah Abd Rashid Shirlin in Undilah videoberita melaporkan hari ini bahawa SKMM - dalam satu emel minggu ini - mengarahkan Astro dan Media Prima Bhd supaya berhenti menyiarkan video 'Undilah' kerana ia menampilkan ahli politik pembangkang serta Tengku Razaleigh, merujuk kepada masalah yang dihadapi negara.

Turut muncul dalam video tersebut ialah Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin (kanan dalam gambar atas); ahli parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua; ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad dan ADUN PKR Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad bersama-sama dengan artis-artis seperti Namewee dan Afdlin Shauki.(malaysiakini)

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Parliamentary Questions For October Session 2011 by Remy

Posted: 23 Sep 2011 11:14 PM PDT

I can’t wait to read the stupid answers that the government is going to give in October especially the questions concerning AirAsia and MAS Catering.

Tan Sri Azman tak malukah? Nor Yacop memang tak malu. Rashdan penuh dengan “hot air”. Undurlah!

Direct Free Kick

Islam untuk semua

Islam untuk semua


Velvet Aguilar earned $16.72 today

Posted: 24 Sep 2011 07:55 AM PDT

You're receiving this notification because you are a fan of Velvet Aguilar. You can stop being fans here.

Hi pkwr.alormengku!

Velvet Aguilar earned $16.72 today and $2,085.05 all-time.

View the Achievement and congratulate her..
Velvet Aguilar uses this site to help fight Breast Cancer. Watch the video.
To reduce unwanted emails: if you don't respond to (click) emails from any person, all further emails to you from that person are automatically blocked for 24 hours.
To ensure you don't miss anything from Velvet Aguilar please check your feed or inbox regularly.


This message was intended for pkwr.alormengkudu.posting@blogger.com. You can stop receiving notifications by no longer being a fan of Velvet Aguilar. To stop receiving messages from FanBox, click here. FanBox - 113 West G Street, STE 510, San Diego, CA 92101, USA

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Facebook tarik minat syarikat rakaman muzik

Posted: 24 Sep 2011 01:00 AM PDT

26 Syawal 1432H. [MOD] -




MARK ZUCKERBERG mengumumkan perkhidmatan terbaharu Timeline pada persidangan Facebook f8 di San Francisco, California kelmarin.


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Syarikat rakaman dan media meletakkan harapan baharu untuk memajukan perniagaan mereka ekoran penambahan kolum Ticker pada profil pengguna oleh Facebook.
Kolum Ticker memaparkan kemas kini aktiviti pengguna Facebook dalam pelbagai aplikasi media di laman jaringan sosial itu seperti langganan muzik dan filem.
Kolum itu menjadi medan pasaran baharu untuk syarikat rakaman dan media AS mempromosikan produk mereka.
Menerusi Ticker, syarikat rakaman boleh mengesan sama ada aplikasi yang mereka tawarkan popular di kalangan pengguna Facebook atau sebaliknya.
Apabila pengguna mengklik kolum Ticker kenalan mereka, pengguna terbabit secara automatik ditawarkan untuk mencuba secara percuma pelbagai perkhidmatan dalam talian seperti pelan muzik Spotify dan Rhapsody yang digunakan kenalan mereka.
Selepas tempoh tawaran percuma itu tamat, pengguna yang berminat boleh terus melanggan perkhidmatan yang ditawarkan dengan membayar yuran bulanan.
Ketua Eksekutif firma langganan muzik Deezer, Axel Dauchez berkata, penyertaan Deezer dalam Facebook membolehkan syarikat itu memasuki pasaran lebih 130 negara di luar AS dalam tempoh cuma beberapa minggu.
Menurutnya, syarikat itu kini memiliki sekitar 1.4 juta pengguna berbayar di Perancis dan Britain dengan Facebook menawarkan pasaran yang jauh lebih besar.
Kolum Ticker itu dilancarkan oleh Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg kelmarin untuk memudahkan 800 juta penggunanya berkongsi muzik dan media lain dengan kenalan mereka.
Zuckerberg turut memperkenalkan perubahan besar pada profil pengguna Facebook yang dinamakan TimeLine.
Profil baharu itu boleh digunakan oleh pengguna untuk mendokumenkan dan memaparkan kehidupan mereka dalam bentuk buku skrap dalam talian.
"Ia menyimpan semua kisah anda (pengguna), semua aplikasi anda sekali gus satu kaedah ekspresi diri yang baharu," kata Zuckerberg ketika berucap pada persidangan tahunan pembina rangkaian laman sosial di bandar raya San Francisco, AS.
"Saya menggelarkan profil baharu ini sebagai 'kisah hidup anda'" tambahnya.- Agensi

Qanaah

Posted: 24 Sep 2011 12:36 AM PDT

26 Syawal 1432H. [MOD] -

Sifat Qanaah ialah MERASA CUKUP dengan apa yang ada sebagaimana yang di kurniakan oleh Allah.

Jiwa berasa lapang dengan rezeki yang diberikan Allah SWT kepadanya dan hilang rasa tamak terhadap yang tidak tercapai. - Muhammad bin Tirmizi

Berasa cukup dengan apa yang sudah dimilikinya yang telah memenuhi kepentingannya, sama ada berupa makanan, pakaian atau sebagainya. – Abu Zakaria Ansari

Puas dengan apa yang dimiliki tetapi tetap berusaha gigih, serta mempunyai sifat luhur dan 'afaf; iaitu enggan meminta-minta, berlaku sederhana dalam kehidupan dan berbelanja serta mencela (mengelak) meminta-minta tanpa keadaan darurat (keperluan mendesak) - Imam an-Nawawi.

Dari Abu Muhammad iaitu Fadhalah bin Ubaid al-Anshari r.a. bahawasanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Untung besarlah kehidupan seseorang yang telah dikurnia petunjuk untuk memasuki Agama Islam, sedang hidupnya itu adalah dalam keadaan cukup dan pula ia bersifat qana'ah." (HR Tirmidzi)

Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh berjaya orang yang beragama Islam dan rezekinya cukup dan berasa cukup dengan segala yang diberikan oleh Allah kepadanya". (HR Muslim)

tazkirah/-

Hamparan rumput di atas jalan raya

Posted: 24 Sep 2011 12:30 AM PDT

26 Syawal 1432H. [MOD] -




SEJUMLAH penduduk bermain di atas hamparan rumput di atas sebatang jalan raya di Vienna, Austria. - Reuters


VIENNA - Sejumlah penduduk duduk dan bermain di atas sebatang jalan raya yang diletakkan hamparan rumput di bandar raya ini kelmarin.
Hamparan rumput itu diletakkan oleh beberapa kumpulan alam sekitar bagi meraikan Hari Tanpa Kereta Sedunia yang diraikan pada setiap tahun.
Para aktivis alam sekitar kemudian bergambar dengan membawa pelbagai sepanduk yang menentang kesesakan jalan raya di bandar raya ini.
Mereka menyekat sebatang jalan raya yang sibuk dengan meletakkan hantaran rumput tersebut di sebatang jalan raya yang sibuk di bandar raya ini. - Reuters

Neutrino lebih laju daripada cahaya

Posted: 24 Sep 2011 12:00 AM PDT

26 Syawal 1432H. [MOD] -



GAMBAR menunjukkan bangunan Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah pada 30 Mac 2010.



PARIS, Perancis - Sekumpulan ahli fizik melaporkan kelmarin bahawa sejenis partikel yang yang dinamakan neutrino boleh bergerak lebih laju daripada cahaya.
Partikel itu lebih kecil daripada sebutir atom.
Jika penemuan tersebut disahkan, ia boleh mencabar teori relativiti yang diperkenalkan oleh saintis legenda, mendiang Albert Einstein.
Teori berkenaan menyatakan tiada unsur yang dapat mengatasi kelajuan cahaya di alam semesta ini.
Kumpulan ahli fizik terbabit memberitahu, uji kaji yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN), Switzerland dan sebuah makmal di Itali menunjukkan partikel itu bergerak selaju 300,006 kilometer sesaat.
Pergerakan partikel itu adalah sekitar enam km/s lebih laju daripada kelajuan cahaya.
"Keputusan ini amat mengejutkan," kata seorang jurucakap eksperimen berkenaan yang dikenali sebagai OPERA, Antonio Ereditato.
"Kami mahu mengukur kelajuan neutrino tetapi kami tidak menjangkakan akan membuat penemuan luar biasa seperti ini," tambahnya. - AFP

Beranikah Ali Rustam buru jerung judi haram?

Posted: 23 Sep 2011 11:30 PM PDT

26 Syawal 1432H. [MOD] -



MELAKA, 24 Sept: Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari (gambar) berkata kerajaan negeri mesti membanteras pusat perjudian tidak kira siapa yang menjadi tuannya.
"Jangan hanya mengejar bilis sahaja.
"Beranikah Ketua Menteri mengambil tindakan terhadap jerung judi haram?" soalnya dalam blognya.
Adly berkata, judi haram di Melaka bukan perkara baru, antara pusat judi haram terbesar terletak di dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Baru, yang Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menjadi wakil rakyatnya.
"Berselindung di sebalik 'Kelab Eksklusif', berapa puluh tahun kelab itu beroperasi ?" ujar Adly.
Menurutnya, isu judi haram di Melaka memang sudah lama dibincangkan tetapi tiada penyelesaian dan tindakan tegas diambil sehingga ianya berakar umbi dan sukar dibanteras.
Katanya, semua itu membuktikan kegagalan kerajaan BN Melaka mentadbir negeri ini.
Adly berkata dalam sidang Dun yang lalu, wakil DAP sudah membangkitkan isu itu sehingga keluar dari mulut wakil kerajaan Melaka bahawa 'judi adalah budaya Cina'.
"Akhirnya isu judi ini tidak dibahaskan, tapi wakil rakyat DAP yang dihalau keluar," tambah Adly yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.
Dua hari lepas kerajaan Melaka, kononnya melancarkan perang habis-habisan terhadap premis dan aktiviti judi haram.
"Macam kata pepatah Melayu, 'sudah terantuk baru tengadah, sudah terbolos baru melantai', judi haram sebenarnya banyak melibatkan remaja Melayu, terutamanya pelajar sekolah.
"Judi haram sebenarnya sudah sampai kekampung-kampung, melalui pusat siber, contohnya di Kampung Gangsa sahaja ada dua pusat judi haram," tegas Adly.
Menurut Adly, persoalannya sekarang ialah beranikah kerajaan negeri Melaka membanteras jerung judi haram yang sudah bertapak di Melaka lebih 20 tahun lalu.
"Jangan sampai orang gelar Melaka sebagai 'Batam Malaysia', kata Adly.
H/daily

Habis madu sepah dibuang, begitulah nasib bekas perajurit Sarawak

Posted: 23 Sep 2011 11:00 PM PDT

26 Syawal 1432H. [MOD] -


PAS Sarawak sangat simpati dengan nasib dan masalah yang dihadapi oleh bekas prajurit (Sarawak Ranger Veteran Association) seperti yang dilapor oleh akhbar 'Borneo Post'.

Sepatutnya pihak kerajaan menghargai pengorbanan yang telah dicurahkan oleh bekas-bekas renjar Sarawak yang bertugas semasa Darurat di Tanah Melayu dari 1948-1960. Mereka membantu askar tanah Melayu dari ancaman pengganas komunis dan memastikan negara ini selamat daripada peperangan.

Mereka sudah lama memohon agar diberi tanah lot dan juga kenaikan elaun bulanan yang berpatutan dengan keadaan hidup semasa bukan hanya diberi RM100 sebulan. Sepatutnya elaun mereka dinaikkan sekurang-kurangnya setanding dengan indeks kemiskinan nasional sebanyak RM700.

Pihak kerajaan kena bertindak dan mengambil perhatian dengan segera akan nasib yang menimpa bekas prajurit dan veteran ranjer ini agar mereka juga dapat menikmati kebebasan yang mereka perjuangkan selama ini dari ancaman komunis. Jangan hanya pihak komunis yang menyerah diri saja dapat pengampunan dan diberi kemudahan sedang pejuang kemerdekaan dipinggir begitu saja, adakah mungkin disebabkan mereka berlainan fahaman politik dengan parti pemerintah? Adalah tidak adil bagi bekas prajurit ini yang bermatian berperang menentang musuh negara sedangkan musuh yang menyerah diri pula diberi keistimewaan.

Jangan hanya waktu dekat pilihanraya baru sibuk nak minta para prajurit menyokong mereka (BN) sedangkan selama ini nasib mereka terabai begitu saja tanpa sebarang bantuan yang sepatutnya. Kalau pun diberi elaun bulanan sebanyak RM100 ini bukan sesuai lagi untuk hidup pada masa sekarang dimana kos kehidupan semakin meningkat dan bekas prajurit pun bukan minta banyak dan sudah tentu mereka pun bukan boleh hidup lama lagi untuk menikmati erti kemerdekaan yang mereka perjuangkan selama ini. Kita minta pihak kerajaan jangan biarkan bekas veteran prajurit dan bekas polis yang pernah berkhidmat untuk negara dipinggir begitu saja tanpa sebarang bantuan dan perhatian.

Ingat lah mereka ini juga yang patuh dan taat setia menurut perintah semasa berkhidmat dengan pemerintah tetapi apabila mereka sudah tidak berkhidmat dengan pemerintah mereka langsung tidak dihargai terutama sekali golongan atau anggota bawahan. Mungkin hanya segelintir saja yang diberi keistimewaan kerana mempunyai kepentingan tertentu.

Ramai lagi anggota-anggota bawahan yang menerima nasib yang malang cuma tidak dilaporkan mungkin disebabkan mereka takut atau tidak tahu ke mana hendak mengadu. Kita minta pihak kerajaan bersikap adil untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Jofri Jaraiee
PAS Miri



H/daily

MTUC : Selangor Bijak Imbangi Keperluan Rakyat

Posted: 23 Sep 2011 10:50 PM PDT

26 Syawal 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 24 SEPT: Skim gaji minima RM1,500 yang bakal diperkenalkan kerajaan negeri Selangor pada 2012 mendapat restu Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Timbalan Setiausaha Agung MTUC, Abdul Halim Mansor berkata, ketelusan sesebuah kerajaan dapat diukur melalui penetapan gaji minima seperti ini yang diiktiraf kesatuan itu sebagai langkah proaktif kerajaan negeri bagi mengimbangi kos sara hidup rakyat.

"Kami merasakan itu adalah pemangkin bagi kerajaan persekutuan dan amnya kerajaan negeri (Selangor) sendiri kerana ketelusan yang dilaksanakan berlaku kerana (percambahan) ekonomi," kata beliau dalam wawancara Fokus Berita bersama Tv Selangor.

Abdul Halim berpendirian perlaksanaan gaji minima harus dititikberatkan mana-mana pemerintah dan diselaraskan secepat mungkin untuk penambahbaikan status masyarakat yang berada di bawah paras kemiskinan.

Beliau seterusnya menolak persepsi menyatakan pemindahan industri ke negara lain akan berlaku sekiranya gaji minima ditetapkan.

Ini kerana menurut beliau, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh MTUC, Malaysia tergolong dalam negara yang mempunyai tenaga pekerja dan disiplin yang baik selama 11 tahun.

Justeru katanya, penghijrahan golongan bukan eksekutif termasuk kelas buruh ke luar negara dapat dikekang dengan peningkatan kadar gaji minima sekaligus mengangkat status kehidupan seharian.

Turut disentuh ialah mengenai penyelarasan gaji minima oleh kerajaan pusat yang sehingga kini mendapat rungutan pelbagai pihak berikutan pelan tindakan yang kurang efektif dan lambat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengumumkan pelaksanaan gaji minima untuk golongan pekerja berpendapatan rendah di negara ini yang dijangka dapat dilaksanakan sebelum akhir tahun ini melalui Rang Undang-Undang Majlis Konsultasi Gaji Negara yang dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat.

MTUC juga telah mencadangkan supaya gaji minima ditetapkan sekurang-kurangnya RM900, melepasi garis kemiskinan iaitu RM720 sebulan di Semenanjung Malaysia, RM760 (Sarawak) dan RM780 (Sarawak).

Menurut perangkaan kongres itu, sebanyak 35 peratus daripada pekerja menerima gaji rendah iaitu di bawah garis kemiskinan, pendapatan yang dilihat tidak praktikal bagi masyarakat di negara ini.

"Kerajaan harus prihatin keperluan rakyat kerana dengan RM900, saya boleh katakan bahawa anak muda yang tergolong memperoleh jumlah itu tidak boleh berumahtangga. Kalau kita lihat makanan untuk RM15 sehari menjangkau RM450 sebulan.

"Kerajaan harus proaktif melihat keperluan rakyat berdasarkan jurang gaji di antara pekerja di tahap biasa dan eksekutif pertengahan," kata beliau.

Sementara itu ahli palimen Hulu Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, usaha kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor meletakkan gaji minima pada paras yang lebih tinggi mendapat kritikan hebat sebelum ini.

Namun berdasarkan manifesto Buku Jingga, kerajaan Pakatan Rakyat komited untuk mengangkat taraf pendapatan rakyat bermula dengan tujuh ribu guru KAFA yang telah menikmati kenaikan elaun sebanyak RM1,300 dengan pendapatan negeri suku pertama mencecah hingga RM1.7 bilion.

Malah kata Abdullah, tawaran turut dibuat kepada wanita yang baru melahirkan bayi diberikan cuti bergaji selama 90 hari melalui pindaan rang undang-undang di bawah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Seksyen 34 Akta Sekerja 1955.

Namun pada ketika itu katanya kerajaan pusat tetap dengan pendirian untuk tidak membuat sebarang pindaan pada akta tersebut sehingga ke hari ini.

"Tetapi Selangor berani memacu keperluan dan faedah kepada rakyat dan hari ini akan terlaksana gaji minimum yang akan dikuatkuasakan pada tahun depan dengan tiada rasa segan silu.

"Berbalik kepada kecermatan dan cara tatakelola negeri itu penting," tambah beliau lagi.

Jelas Abdullah, pekerja asing kini menjadi saingan rakyat tempatan dalam sektor binaan dan perindustrian berdasarkan kos bayaran gaji yang murah.

Sehubungan dengan itu jelas beliau, sekiranya gaji minima dapat diimplimentasikan maka ruang tersebut mampu diisi oleh pekerja tempatan sekaligus mengurangkan peratusan pengangguran.

Justeru katanya Selangor telah menunjukkan inisiatif meneraju dasar yang lebih menguntungkan masyarakat di negara ini seraya meningkatkan daya saing.

tv news/-

AS musuh utama keamanan dunia

Posted: 23 Sep 2011 09:30 PM PDT

26 Syawal 1432H. [MOD] -


Hari ini, Jumaat, 23 September 2011 menjadi tarikh amat bersejarah buat para pencinta keamanan dan kedamaian dunia, khususnya yang selama ini merindui wujudnya sebuah negara berdaulat dinamakan Palestin.

Pihak Berkuasa negara itu (PA) dijadualkan mengemukakan permohonan rasmi kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi diiktiraf sama ada sebagai anggota yang sah kepada badan dunia itu, atau sekurang-kurangnya sebagai negara bukan anggota.

Kejayaan salah satu usaha itu menandakan PBB mengiktiraf Palestin sebagai negara berdaulat. Status itu melayakkan Palestin memiliki pelbagai hak sebagai sebuah negara dan mempertahankan kepentingannya mengikut piagam dan peraturan dunia. Antaranya menandatangani perjanjian-perjanjian antarabangsa, termasuk menyertai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Kelebihan itu membolehkan Palestin antara lainnya mendakwa mana-mana pihak (khususnya Israel dan sekutu-sekutunya) di atas jenayah kemanusiaan di Gaza dan Tebing Barat selama berdekad ini.

Dikatakan sehingga kini sudah ada 120 negara mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka. Manakala sebilangan lagi dijangka memberikan sokongan bagi menjayakan permohonan negara itu di Persidangan PBB nanti.

Namun sepertimana dijangka, ia bukanlah usaha yang mudah. Halangan dan usaha menggagalkan hasrat murni itu sememangnya wujud. Bahkan, walau pun majoriti negara dunia merestui usaha Palestin itu, terdapat sebilangan pihak, termasuk yang memiliki kekuasaan dan pengaruh ke atas masyarakat dunia sedang giat memastikan negara bernasib malang itu tidak mencapai hasratnya.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa andaikata ada hanya satu entiti yang dianggap halangan utama tercapainya kehidupan aman damai buat rakyat Palestin, maka entiti paling bertanggungjawab di atas kesengsaraan mereka itu ialah Amerika Syarikat (AS).

Walau pun pada zahirnya penderitaan warga bumi Masjidil Aqsa itu disebabkan sifat kebinatangan rejim haram Israel, peranan AS sebagai pelindung dan pembela segala tindakan negara terkutuk itu tidak syak lagi menjadi pendorong dan pemangkin kebuasan dan keganasannya.

Sejak sekian lama negara yang kononnya bertindak sebagai 'polis dunia' dan bertanggungjawab memastikan wujudnya keamanan sejagat itu sebenarnya hanya pencacai yang tunduk kepada hasrat menjaga kepentingan Israel. Sebab itu dalam apa jua keadaan, ia akan mengerah seluruh kekuatan serta memanfaatkan segala kedudukannya untuk mempertahankan rejim haram itu.

Media massa sejak minggu lalu banyak melaporkan keresahan AS terhadap usaha terbaru Palestin ini. Ia bimbang sekiranya negara yang menjadi medan pemuas nafsu Israel itu berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa, ia akan merencat dan menyulitkan agenda ganas dan buas Israel selepas ini.

Pengiktirafan terhadap kedaulatan Palestin sebagai sebuah negara bakal membawa beberapa implikasi penting, yang sudah tentu memberikan keuntungan kepada negara itu dan di masa sama 'bencana' buat Israel.

Pemohonan PA disertakan hasrat mengikut garisan sempadan sebelum Perang Enam Hari 1967. Bermakna, jika diiktiraf dan diterima dengan syarat itu, Israel akan dipaksa keluar dari bumi yang kini dijajah dan dijadikan sebahagian negara haram itu. Dikatakan kini terdapat lebih 500,000 warga Israel menetap di kawasan dipertikaikan itu.

Resolusi 242 yang menetapkan Israel mesti keluar dari tanah dimaksudkan itu sebenarnya telah pun diluluskan PBB sejak November 1967. Namun disebabkan Palestin dianggap tiada kedaulatan sebagai sebuah negara, maka ia memberi kesempatan dan kemenangan percuma kepada Israel untuk terus memperkotak-katikkan keputusan badan dunia itu.

Kerakusan Israel terhadap Palestin tidak pernah kendur semenjak ia dimulakan pada 14 Mei 1948. Apa dipedulikannya dengan puluhan perjanjian dan piagam diputuskan PBB? Bila masa ia sedia tunduk atau hormat kepada sebarang resolusi dipersetujui khalayak antarabangsa? Timbunan kutukan dan kecaman dari seluruh dunia langsung tidak meninggalkan kesan kepada mereka, apatah lagi untuk membantutkan sebarang hasrat dan usahanya menjarah bumi Palestin.

Dari masa ke semasa akan ada serangan dan tindakan ketenteraan ke atas wilayah Palestin, di atas apa jua alasan dan dorongan. Halangan terhadap tindakan Israel memperluaskan penempatan haram di bumi Palestin juga bagaikan tidak pernah berkesan. Bangsa terkutuk itu hanya buat-buat pekak badak terhadap larangan atau kutukan dunia.

Ia terus juga menyondol bumi Palestin, mendirikan ceracak dan membina penempatan untuk warganya. Malah tidak sedikit juga kejadian di mana tentera Israel bersama warga awamnya hanya datang secara tiba-tiba ke rumah penduduk Palestin, menghalau tuan empunya rumah dengan rakus dan sewenang-wenang menjadikan rumah itu hak milik mereka. Celaka sungguh bangsa Israel ini, bukan?

Dalam setiap insiden keganasan dicetuskan bangsa terkutuk itu, dunia kerap berlengah dan bertangguh mengambil kata putus menghentikannya. Ia memberikan ruang secukupnya buat bangsa ganas itu menyempurnakan pembantaian dan pembunuhan. Pengusiran juga berlaku saban minggu dicelah-celah suara kecaman dan kutukan antarabangsa.

Ketidakupayaan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) dan Liga Arab, serta kelengahan PBB menangani keadaan memberi ruang seluasnya untuk Israel mengganas sepuasnya.

Kerapkali usaha damai dan cadangan gencatan senjatan awal-awal lagi digagalkan AS menggunakan kuasa vetonya. Itulah faktor utama menambah keangkuhan Israel. Ia bagaikan diberi "lesen besar" untuk melakukan apa sahaja ke atas Palestin. Sebarang usaha menggugat kepentingannya atau mengancam kekuatannya akan dihalang AS.

Bukan itu sahaja, selaku penguasa rangkaian propaganda dunia, kuasa besar itu turut mencorakkan pemikiran dunia bahawa apa yang dibuat Israel itu adalah demi mempertahankan kedaulatan negaranya, serta menghalang aktiviti terrorisme dari rakyat Palestin.

Dunia sentiasa diberikan gambaran negatif tentang perjuangan menuntut pembebasan dan kedamaian Palestin. Sebaliknya, keganasan dan kebuasan Israel dianggap halal dan diberikan gambaran positif.

Persepsi antarabangsa dicorakkan agar cenderung mencari kesalahan Palestin dalam setiap insiden. Umpamanya, banyak pihak lebih suka bertanya kenapa Palestin tidak mengiktiraf Israel, tetapi tidak ramai yang bertanya kenapa Israel tidak mahu keluar dan berhenti mengambil hak rakyat Palestin?

Lebih malang lagi, ada pemimpin negara Islam yang menyeru Palestin agar menghentikan intifadhah bagi memulihkan usaha damai dengan Israel. Dunia seolah-olah masih tidak faham punca sebenar pergolakan. Apa yang diperbesarkan ialah imej pemuda Palestin membaling batu yang disifatkan 'ganas', atau kejadian pengeboman berani mati.

Sejarah membuktikan betapa AS selaku kuasa besar tunggal dunia kini dan sering dianggap 'polis dunia' tidak boleh diharapkan untuk mencapai keamanan. Nampak sangat ia amat hipokrit dalam tindakannya menangani konflik Palestin-Israel.

Sebab itu ketika seluruh dunia hari ini kelihatan merestui hasrat Palestin muncul sebagai sebuah negara berdaulat, AS berusaha keras menggagalkannya. Siang-siang lagi ia memberi amaran akan menggunakan kuasa vetonya untuk menolak permohonan PA pada Majlis Keselamatan PBB. Ia juga mengancam akan menarik balik dana tahunan AS$600 juta (RM1.8 bilion) kepada PA jika meneruskan hasratnya itu.

Seluruh dunia yang cintakan kedamaian dan keamanan, terutama dunia Arab dan Islam, wajar sepakat dan bersependirian bahawa selama mana dunia tidak bertindak dengan lebih berani, selama itulah kenagkuhan dan kekejaman Israel akan terus meningkat.

Sikap tidak bertanggungjawab AS itu mengiyakan pandangan bahawa usaha menentang Israel dan menamatkan kerakusannya ke atas Palestin tidak akan berhasil sekiranya serentak itu dunia tidak sama-sama bertindak terhadap AS. Negara itu adalah saham utama keganasan Israel dan sama-sama menjadi musuh utama keamanan dunia.

Isu hudud petanda akhir pilihanraya

Posted: 23 Sep 2011 09:00 PM PDT

26 Syawal 1432H. [MOD] -


1. Tidak ada petir, tidak ada guruh, tiba - tiba isu perlaksanaan hukum hudud timbul kembali. Pada pandangan saya, apabila timbul  isu perlaksanaan hukum hudud dan ia dimulakan oleh pemimpin dan mantan pemimpin UMNO dan BN maka ia menandakan masuknya musim pilihanraya.

2. Isu perlaksanaan hukum hudud tidak akan kedengaran atau ia tidak akan menjadi polemik jika tidak kerana datangnya musim pilihanraya. Isu ini tidak pernah muncul pada musim panas mahupun musim sejuk. Juga tidak timbul pada musim kemarau atau musim hujan. Bahkan isu hukum hudud ini tidak langsung kedengaran pada musim - musim lain seperti musim haji, musim perayaan, musim cuti hatta musim durian sekalipun. Isu hudud hanya muncul dengan segala ribut polemiknya apabila tiba musim pilihanraya.

3. Hudud adalah sebahagian dari syariat Allah swt yang telah dinaskan di dalam al Quranul Karim. Tuntutan melaksanakannya adalah kekal sejak ia diwartakan oleh Allah swt sebagai Tuhan yang mencipta langit, bumi, manusia dan seluruh alam cakrawala ini. Justeru itu, ia bukan satu isu ! sebaliknya ia adalah ilmu dan syariat yang mesti dipelajari, difahami, dilaksana dan dihayati oleh ummat Islam.

4. Saya kagum dan menyokong kenyataan YAB Ayahanda Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan yang konsisten dengan pendirian dan prinsip perjuangan Islam yang didokong. Sebetulnya adalah satu keistiqamahan yang dituntut kepada semua pemimpin dan anggota Jamaah Islam. Maka saya tidak nampak sebarang isu atau polemik di situ melainkan musim pilihanraya telah tiba.

5. Perbahasan mengenai hudud tidak selayaknya di media kerana ia bukan isu politik untuk dipolemikkan, tetapi ia adalah ilmu dan syariat yang mempunyai kaedah, usul dan feqh yang perlu dipelajari dengan jujur, difahami dengan halus, diamal dengan telus dan dihayati dengan tekun.

6. Perbahasan dan pengkajian mengenai hudud mesti melalui seminar kefahaman yang berterusan, pengajian khusus di pusat pengajian Islam seperti Universiti, madrasah, masjid, usrah, forum, diskusi, wacana, dialog atau halaqah - halaqah tertentu yang dilakukan secara berterusan.

7. Saya menyarankan kepada semua termasuk non muslim dan khasnya kepada pemimpin - pemimpin Umno dan BN yang mahu memahami dan mendalami hukum hudud dan perlaksanaannya supaya daftar dan menyertai  kelas pengajian di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad [KUIZM]. Inilah antara tempat yang sesuai untuk belajar, berdiskusi dan berwacana kearah memahami hukum hudud yang sebenar sebagaimana yang dikehendaki oleh syara'

8. Berbahas dan berpolemik di dada media, pula mendedahkan isu ini kepada komentar orang ramai yang bercakap tidak berasaskan ilmu adalah suatu yang tidak selayaknya berlaku justeru ia  akan mendedahkan kesucian hukum Allah swt ini kepada pencemaran fikrah [pemikiran] dan aqidah [keyakinan].

9. Musim pilihanraya hampir serupa dengan musim tengkujuh dalam beberapa aspek terutama ribut yang menghuru - harakan dan petir yang gegak gempita. Kini Umno dan Agensinya sedang porak peranda ekoran siri pendedahan yang konsisten Dewan Pemuda PAS Malaysia terhadap penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan konspirasi memenangkan Umno dan BN melalui cara yang tidak demokratik.

10. Selesaikan dulu kepincangan politik dan ketempangan demokrasi negara kerana inilah isu sebenar yang sedang dihadapi oleh rakyat keseluruhannya mendepani pilihanraya umum yang akan datang.

Hak mereka mengundi tercalar dengan wujudnya ic klon dan nama pemilih yang bertindih.

Kedaulatan negara terganggu dengan wujudnya pemegang ic berkod 71 tanpa dikenali dan diketahui asal usulnya dengan jumlah melebih 170 ribu.

Demokrasi tercemar apabila peraturan yang digubal tidak konsisten dan tidak saksama.

Integriti pengendali sistem pilihanraya [SPR] negara yang tercalar kerana sikap yang bias dan tidak telus.
-------------------------------------------------------------------------
Nasrudin bin Hassan adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia



H/daily

BN kena selaraskan serangan, sindir Pakatan

Posted: 23 Sep 2011 08:30 PM PDT

26 Syawal 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 23 Sept: Barisan Nasional (BN) disarankan agar menyelaraskan serangan mereka terhadap PAS khasnya timbalan presidennya, Mohamad Sabu.

Ini kerana, cara serangan yang dibuat parti dalam BN sekarang terlalu jauh bezanya dan tidak ada penyelarasan langsung.

"Umno tuduh Mat Sabu komunis, MCA pula tuduh Mat Sabu Khomeini ..beza banyak tu!" kata Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail. (gambar)

"BN kenalah selaraskan serangan!" sindir Saifudin dalam Twitternya.

Sejak akhir-akhir ini, tembakan BN terhadap PAS umpama peluru penabur sahaja tanpa sebarang strategi dan penyelarasan antara satu sama lain.

Penyataan Mohamad Sabu adalah Khomeini di masa depan disiarkan dalam rungan editorial akhbar rasmi MCA, The Guardian.

Sedangkan sebelum itu, Umno telah menuduh Mohamad Sabu sebagai Komunis dan membuat lebih 1,000 laporan polis ke atasnya.

Laporan akhbar milik MCA, The Star, yang biasanya menjadi 'meriam' utama BN juga sangat kontras dengan apa berlalu sebenarnya.

Hari ini, The Star di muka depan melaporkan perbezaan pendapat dalam Pakatan Rakyat tentang hudud tetapi akhbar itu tidak menyatakan di muka depannya pendapat MCA yang sangat berbeza dengan Umno.

Bahkan, Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek berkata, MCA akan meninggal BN jika Umno memutuskan untuk melaksanakan hudud.

Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan persidangan menjadikan negara berpendapatan tinggi satu realiti, di Subang Jaya hari ini.

"Apa yang jelas ialah MCA menentang hudud," katanya dengan tegas.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata, parti itu menolak usaha melaksanakan hudud atau mana-mana undang-undang teokratik kerana ia bertentangan dengan struktur asas persekutuan dan perlembagaan.

Chang juga berkata, kerjasama politik Gerakan dengan Umno tidak dapat dipertahankan dan mungkin berakhir jika hasrat melaksanakan Hudud diteruskan.
H/daoly

Pelajar hilang sejak 13 Sept lalu gagal dikesan

Posted: 23 Sep 2011 08:00 PM PDT

26 Syawal 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 23 Sept: Seorang pelajar, Muhamad Akram Sujut, 16, (gambar) hilang dan tidak dapat dikesan sejak 13 September lalu apabila beliau didapati masih belum pulang ke asrama sekolahnya di Pondok Beta Hilir di Kota Bharu, Kelantan hingga hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai diminta berkerjasama mengesaninya serta melaporkan kepada keluarganya dengan segera jika menemuinya di sebarang tempat bagi menyelamatkan beliau dari segala kejadian tidak diingini.
Ayahnya, Sujut Esmon, 45, yang tinggal di B8-10-8, Flat Desa Mentari, Petaling Jaya, Selangor amat mengharapkan kerjasama orang ramai untuk mengesani anaknya bagi menyelamatkan Muhamad Akram dan membolehkan beliau menjalani kehidupan seperti biasa.
Menurut Sujut, kehilangan Muhamad Akram amat menyedihkan beliau dan seluruh keluarganya serta penuh tanda tanya, setelah beliau menghantarnya ke Stesyen Bas Hentian Putra, di sini, pada jam 10.00 malam 12 September lalu untuk pulang ke asrama sekolahnya.
Katanya, pada sekitar jam 8.15 pagi 13 September lalu, Muhamad Akram ada menelefon beliau melalui telefon bernombor 09-7434447 dan memberitahu kepadanya bahawa beliau telah sampai di Stesyen Bas Kota Bharu.
"Melalui perbualan menerusi telefon itu, dia juga meminta nombor telefon ustaznya yang bernama Nazri daripada saya," katanya ketika berkunjung ke pejabat Harakahdaily, di sini, hari ini.
Pada petang hari yang sama, menurut beliau, beliau telah menerima panggilan telefon daripada kawan anaknya yang tidak beliau pastikan namanya melalui telefon bernombor 014-8092693 yang memberitahu anaknya masih tidak sampai di Pondok Beta Hilir.
Katanya, sehingga ke hari ini, anaknya masih juga tidak sampai ke Pondok Beta Hilir dan gagal dikesani, walaupun berbagai usaha telah dilakukan oleh beliau, keluarganya, saudara maranya dan rakan-rakannya untuk mencari dan mengesani anaknya.
Dalam usaha mencari Muhamad Akram, beliau telah mendapatkan kerjasama daripada pihak polis dengan membuat laporan kehilangan anaknya di Balai Polis Kota Bharu, Kelantan pada 15 September lalu.
Beliau yang berkerja sebagai peniaga menjelaskan, usaha mencari anaknya telah dilakukan di Kelantan termasuk di Tanah Merah dan Machang, dengan kerjasama saudara mara dan sahabat handai beliau dan isterinya yang berasal dari Machang.
Selain itu, berita mengenai kehilangan anaknya telah disiarkan di TV3 pada pagi semalam, setelah beliau berkunjung ke stesyen TV3 untuk memaklumkan kejadian itu.
"Tetapi sehingga sekarang, anak saya masih juga tidak ditemui. Inilah yang merisaukan kami sekeluarga. Saya amat mengharapkan kerjasama orang ramai untuk mengesani dan mencari anak saya itu," katanya.
Anak beliau, jelasnya, mempunyai ketinggian lebih kurang 5 kaki 6 inci, berkulit putih, berbadan sederhana.
Semasa keluar dari rumah, Muhamad Akram berpakaian T shirt putih berline hijau dan berseluar jeans hitam.
Kepada orang ramai yang menemuinya diharap menghubungi Sujut di talian 019-3389960 atau 013-3134223.
H/daily

Ambiga terima anugerah tertinggi Perancis

Posted: 23 Sep 2011 07:30 PM PDT

26 Syawal 1432H. [MOD] -


KUALA LUMPUR, 23 Sept: Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan(gambar) hari ini menerima anugerah tertinggi Perancis, Chevalier de Legion d'Honneur, sekali gus menyertai kelab eksklusif sekitar 20 penerima pingat itu sebelum ini, lapor The Malaysian Insider.
Duta Perancis ke Malaysia, Marc Barety berkata anugerah itu disampaikan demi menghargai dedikasi Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam, memperjuangkan hak asasi manusia dan usaha memelihara keluhuran undang-undang di Malaysia.
Barety sendiri menyampaikan anugerah itu di sini hari ini, pada satu majlis kecil tetapi bermakna yang dihadiri sekitar 20 kawan rapatnya.
Sebelum ini anugerah itu pernah diterima oleh Yang di-Pertuan Agong, tokoh industri penerbangan, Tan Sri Tony Fernandes dan aktres Hollywood kelahiran Ipoh, Datuk Michelle Yeoh.
H/daily

Negara Palestin: Mahmod Abbas kemuka permohonan rasmi

Posted: 23 Sep 2011 07:00 PM PDT

26 Syawal 1432H. [MOD] -



NEW YORK 24 Sept. – Presiden Mahmod Abbas secara rasminya meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menerima Palestin sebagai negara anggota penuh badan dunia itu di Perhimpunan Agung PBB di sini, semalam.

Tanpa mengendahkan tentangan daripada Amerika Syarikat dan Israel, Abbas menyerahkan surat permohonan itu kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon pada pukul 11.35 pagi (11.35 malam waktu Malaysia) dengan sokongan 120 negara yang telah pun mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

Beliau membuat permohonan itu dalam surat yang diserahkan kepada Ki-moon yang diletakkan di dalam fail dihiasi logo helang Palestin.

Ki-moon kini perlu menyerahkan permohonan itu kepada Majlis Keselamatan PBB, tetapi undian untuk membenarkan Palestin menjadi negara anggota penuh mungkin akan mengambil masa berminggu-minggu. – AFP

AS jual bom pemusnah kubu bawah tanah kepada Israel

Posted: 23 Sep 2011 06:30 PM PDT

26 Syawal 1432H. [MOD] -



WASHINGTON 24 Sept. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama secara rahsia membenarkan penjualan 55 bom pemusnah kubu bawah tanah yang sangat kuat kepada Israel.

Menurut majalah Newsweek yang memetik pegawai AS dan Israel, Obama membenarkan pengeluaran bom dikenali sebagai GBU-28 itu pada 2009.

Bom tersebut mempunyai berat 91 kilogram dan direka untuk memusnahkan sasaran yang keras, sesuatu yang boleh digunakan untuk menyerang tapak nuklear Iran. – AFP

Misi amal: Usaha baiki rumah warga emas dihalang

Posted: 23 Sep 2011 06:15 PM PDT

26 Syawal 1432H. [MOD] -



BERA, 23 Sept:Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsan (Anak) Mazlan Aliman menganggap tindakan ahli Umno menghalang misi amal PAS untuk membaiki rumah seorang warga emas sebagai politik balas dendam, kolot dan kebudak-budakan.
(Beginilah keadaan atap rumah seorang warga emas yang cuba diberi bantuan tetapi dihalang)
Menurutnya, usaha murni yang disertainya itu bertujuan untuk membantu golongan miskin atau kurang berkemampuan terutama dalam kalangan warga emas dan ibu tunggal.

Namun oleh kerana berlainan faham politik, mereka sanggup menghasut supaya tidak menerimanya.

Mazlan menceritakan, peristiwa tersebut berlaku di Kampung Tan Sri Hamzah dekat sini baru-baru ini apabila seorang ibu tunggal warga emas yang tinggal dalam kedaifan pada asalnya bersetuju menerima bantuan misi amal PAS.

"Apabila menerima persetujuan daripada warga tua itu, kami mengutip derma dan menghantar bahan-bahan binaan yang diperlukan untuk mengganti atap lama rumahnya.

"Namun, cukup mengecewakan apabila usaha murni melalui pertolongan misi amal itu ditolak penerima dan anak-anak mereka mentah-mentah," katanya.

Bagaimanapun, pihak PAS tidak memaksa penerima tetapi percaya perkara itu berlaku akibat segelintir orang Umno tempatan meminta warga tua  dan anak-anaknya itu tidak menerima bantuan misi amal PAS dengan pelbagai ugutan.

Mazlan berkata, PAS hanya melaksanakan tanggungjawab untuk membantu golongan miskin yang mengadu rumahnya daif sementara sumbangan yang diberi merupakan derma daripada orang ramai.

"Sebelum ini, kami juga membuat lawatan di rumah warga emas itu dan dia sendiri menceritakan masalah atap bocor kepada kami. Pada awalnya kami tidak menjanjikan apa-apa tetapi memberitahunya akan berusaha membantu," katanya.

Menurutnya, selepas warga tua tersebut menolak, bahan binaan itu diberi pula kepada penerima lain yang berkelayakan.

Tambah Mazlan, misi amal itu tidak akan berhenti hanya kerana penerima menerima ugutan pihak Umno supaya tidak menerimanya, malah ia akan terus diaktifkan lagi untuk membantu golongan memerlukan.
H/daily

Satelit dijangka jatuh di utara Itali

Posted: 23 Sep 2011 06:00 PM PDT

26 Syawal 1432H. [MOD] -



ROME 24 Sept. – Agensi perlindungan awam Itali menasihatkan penduduk di utara negara ini supaya tidak keluar rumah kerana menjangka satelit Amerika Syarikat (AS) akan jatuh di wilayah itu.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) sebelum ini memberi amaran bahawa satelit lama mereka seberat enam tan akan jatuh ke bumi, tetapi menyatakan peluangnya untuk mengenai manusia adalah satu daripada 3,200.

Agensi perlindungan awam Itali bagaimanapun memberitahu, kemungkinan serpihan satelit itu jatuh di wilayah Itali meningkat kepada 1.5 peratus. – AFP

Nasir Zakaria: Pemuda Umno hina peranan NGO

Posted: 23 Sep 2011 05:45 PM PDT

26 Syawal 1432H. [MOD] -


Non-governmental organization, ataupun dikenali sebagai NGO atau sekarang mula dipopularkan dengan nama Lembaga Swadaya Rakyat adalah organisasi yang diwujudkan secara bebas daripada kerajaan.

Selepas kerajaan dan swasta, NGO adalah satu lagi ejen pembangunan negara yang berperanan penting sebagai pengimbang dan penyumbang penting negara.

Sebagai pergerakan yang tidak berasaskan keuntungan, bersifat sukarela dan melangkaui peranan parti politik, NGO berperanan besar sebagai penghubung kepada semua ejen pembangunan negara dan lebih terbuka serta lebih mudah disertai oleh semua golongan.

Ahli kepada NGO berkongsi matlamat dan tujuan yang sama, baik untuk tujuan sosial, perundangan, hak-hak tertentu, alam sekitar, haiwan, pengguna, pembangunan komuniti, pendidikan, agama, wanita, belia, mahasiswa ataupun apa-apa tujuan yang eksklusif.

Rekod menunjukkan terdapat 40 000 NGO yang beroperasi di peringkat antarabangsa bahkan di India dianggarkan terdapat 3.3 juta NGO pada tahun 2006.

Menilai gelagat pemimpin politik yang akhir-akhir ini melihat pemimpin NGO sebagai pesaing kepada pemimpin politik adalah agak melucukan. Ketakutan yang bagi saya lahir daripada peranan yang semakin luas yang berjaya dimainkan dan dijuarai oleh pemimpin NGO yang berkecimpung secara langsung dengan masyarakat.

Mereka  bergelumang di dalam massa tanpa mengira malam siang serta risiko yang terpaksa ditempuh. Bahkan sebahagian mereka menggunakan daya usaha sendiri mencari dana tanpa mengharapkan bantuan daripada kerajaan mahupun mana-mana pihak.

Ada beberapa pandangan sisi saya berkaitan komen pemimpin Pergerakan Pemuda Umno negeri Kedah.Pertama. Kenyataan Ketua Pemuda Umno Kedah itu menghina NGO yang bergerak membantu dengan ikhlas pembangunan agama, bangsa dan negara.

Kedua. Ketakutan pemuda Umno yang tidak berasas berkaitan dengan kegilaan pemimpin NGO untuk menjadi calon.

Ketiga. Menafikan peranan NGO yang berjaya menggerakkan kesedaran sivil termasuk politik, ekonomi dan sosial. Kebangkitan NGO termasuk BERSIH 2.0 yang telah berjaya menyedarkan masyarakat sivil dan awam terhadap politik amat membimbangkan Umno.

Keeempat. Kemampuan NGO mengumpulkan khalayak yang ramai benar-benar mengejutkan Umno yang sedang terkial-kial cuba meraih simpati masyarakat terutama pasca PRU 12.

Kelima. Penyertaan pemimpin-pemimpin NGO yang secara kebetulannya ramai yang mesra pembangkang dan kritikal terhadap dasar Kerajaan Barisan Nasional memberi petanda buruk terhadap BN Umno

Keenam. Kegagalan kepimpinan Umno untuk mengheret pemimpin NGO menyokong dasar tidak popular BN yang menekan rakyat.

Justeru, saya berpandangan bahawa perkembangan yang berlaku ini kurang positif. Peranan NGO yang amat besar itu cuba diperlekehkan oleh Pemuda Umno
-------------------------------------------------------
YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria adalah Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah dan juga Ahli Parlimen Padang Terap.



H/daily

Nenek mati berbaris 12 jam

Posted: 23 Sep 2011 05:30 PM PDT

26 Syawal 1432H. [MOD] -


Gambar hiasan

MOSCOW 24 Sept. – Seorang wanita Rusia berusia 74 tahun meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung selepas lebih 12 jam berbaris untuk menjalani pemeriksaan kastam ketika melintasi sempadan dari China.

Ketika kejadian, wanita berasal dari bandar Borza di Siberia itu beratur di tempat pemeriksaan kastam di bandar Zabaikalsk selepas melancong ke China.

"Dia tiba-tiba rebah dan pengsan. Pemeriksaan ke atasnya mendapati jantungnya tidak lagi berfungsi," kata pegawai di agensi pelancongan, Roza Vetrov kepada Interfax. – AFP

Nuffnang