Rabu, 7 Disember 2011

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Pesta Bola Sepak Bawah 12 Tahun Merebut Piala Pusingan Adun

Posted: 07 Dec 2011 02:46 PM PST

Jika berumah di tanah lembah, Tidak sunyi dari ancaman bah, Bila berumah pula di atas bukit, Tanah runtuh jatuh menghimpit.

Posted: 07 Dec 2011 12:55 AM PST

MY VOICE FOR NATION

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


PEKELILING SBPA KELUAR HARI INI

Posted: 07 Dec 2011 03:21 PM PST


PUTRAJAYA, 7 Dis — Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menafikan dakwaan bahawa sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) memberi kenaikan gaji yang terlalu tinggi bagi penjawat Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Premier berbanding mereka di kumpulan sokongan yang kini dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata, andaian dan tanggapan sedemikian adalah tidak betul kerana kadar upah di bawah sistem saraan mengambil kira semua aspek agar ia dapat memenuhi sasaran menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Sambil mengakui memang ada cakap-cakap sedemikian dalam dunia siber, Abu Bakar memberitahu, kakitangan awam kena melihat secara menyeluruh dan manfaat jangka panjang daripada SBPA.

"Apa yang mereka lihat adalah jangka pendek... itu persepsi mengenai manfaat jangka pendek. Mereka kena melihat kemudahan dan gaji dari segi jangka panjang," kata beliau pada sidang media selepas majlis pelancaran Pekeliling SBPA di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau ditanya soalan sama ada ada kebenaran berhubung rungutan dan aduan sestengah pihak bahawa kakitangan peringkat rendah hanya menerima perubahan gaji yang kecil manakala pegawai di Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Premier sebaliknya.

SBPA mewujudkan empat hierarki perkhidmatan awam iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana.

Di bawah SBPA yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini, peruntukan gaji secara 'single point' tanpa kenaikan gaji tahunan diberikan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan kenaikan gaji tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi.

SBPA juga menyediakan peruntukan jadual gaji sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana.

Sekarang mereka berada dalam sistem gaji tiga baris atau tiga lapisan.

Kesemua 1.4 juta kakitangan awam termasuk mereka yang masih di bawah Sistem Saraan Baru (SSB), yang diperkenalkan pada 1991 sebelum digantikan dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan diberi opsyen sama ada mahu menerima SBPA ataupun sebaliknya.

Jika mereka memlih untuk kekal dalam SSB dan SSM, mereka akan menikmati sistem saraan lama.
Tempoh opsyen selama dua minggu akan berakhir 31 Disember dan Abu Bakat menyifatkan masa itu memadai untuk membuat keputusan.

Mengulas lanjut mengenai rungutan bahawa Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Premier menerima perubahan gaji sehingga RM5,000, Abu Bakar tidak menolak kemungkinan ia dikaitkan dengan kedudukan gaji peringkat maksimum.

Misalnya kata beliau, seorang pemandu yang kini menerima gaji bersama elaun sebanyak RM1,222, di bawah SSM, akan dibayar RM1,425 di bawah SBPA.

"Itu adalah kadar minimum. Maksimum pula RM2,965 di bawah SBPA berbanding RM1,882 di bawah SSM... jadi ada kenaikan lebih RM1,100," katanya.

Bagi kakitangan di bawah Gred 48, gaji minimum adalah RM4,431 manakala SBPA pula RM4,520. Dalam pada itu gaji maksimum gred itu di bawah SSM dan SBPA masing-masing RM6,439 dan RM8,840 iaitu perbezaan sekitar RM2,400.

"Jadi kita kena melihat jangka panjang dengan kemajuan kerjaya penjawat-penjawat awam," kata beliau lagi.

Sambil menegaskan SPBA bukannya satu pelarasan gaji, Abu Bakar menambah, secara purata perubahan gaji adalah antara tujuh sehingga 13 peratus.

Pekeliling berkenaan pelaksanaan SBPA dikeluarkan hari ini.(malaysianinsider)

UGUTAN NAJIB BUKTI UMNO SEDAR AKAN HILANG KUASA

Posted: 07 Dec 2011 05:51 AM PST


KUALA LUMPUR, 7 Dis: PAS menyifatkan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Perhimpunan Perdana Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Isnin lalu sebagai berbaur ugutan kepada rakyat khususnya orang Melayu dan umat Islam.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman (gambar) berkata, kenyataan Najib bahawa orang Melayu dan umat Islam mesti menyokong Umno BN jika mahu masa depan yang cerah, jelas bertujuan menimbulkan ketakutan kepada orang Melayu.

Ia sekaligus menggambarkan Umno BN seolah-olah semakin sedar mereka akan hilang kuasa selepas pilihan raya umum ke -13 nanti.

"Ada sesuatu yang tidak sihat daripada ucapan itu. Ada kecenderungan di kalangan pemimpin BN, seolah-olah mereka tak boleh terima kalau mereka kalah dalam pilihan raya.

"Kalau ucapan yang dibuat berbau kekerasan kerana nak pertahankan kuasa, ini sesuatu yang sangat berbahaya," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Mazlan juga berkata, Umno BN sebaliknya harus memberi peluang kepada rakyat untuk membuat pilihan di peti undi, bukan mengugut masa depan mereka menjadi malap sekiranya memilih Pakatan Rakyat.

"Semua pihak sama ada Perdana Menteri ataupun institusi keselamatan seperti polis dan tentera bahkan badan bukan kerajaan seperti Pekida, Perkasa dan sebagainya harus akur dengan mandat yang diberi rakyat.

"Jika dalam pilihan raya umum rakyat beri kepercayaan selain kerajaan yang sedia ada, rakyat harus menghormatinya," katanya.

Tambah Mazlan lagi, beliau yakin ucapan Najib itu mempunyai maksud tersirat iaitu memberi isyarat kepada Pekida agar tidak sekali-kali "belot" dengan parti pemerintah.

Justeru katanya, semua pihak harus berhati-hati dengan ucapan berbaur ancaman dan provokasi itu.

"Saya yakin apa yang diungkapkan Najib ada maksud tersirat yang nak disampaikan kepada pertubuhan seperti Pekida itu.

"Jadi saya harap ucapan yang berbau ancaman dan provokasi ini dapat diteliti oleh pihak polis supaya ini tidak menjadi satu galakan kepada budaya samseng dalam negara kita seperti yang ditunjukkan oleh BN melalui siri gangguan dalam ceramah Pakatan Rakyat yang semakin kerap berlaku," katanya.

Selain itu, tegas Mazlan, ugutan bahawa Melayu akan menjadi bangsa yang bangsat dan merempat jika tidak diperintah Umno BN langsung tidak berasas.

Sebaliknya beliau berkata, nasib Melayu sekarang ini memang sudah tidak terbela angkara Umno sendiri yang mengaut kekayaan untuk kroni mereka.

"Pakatan belum diberi peluang mengambil alih Putrajaya lagi, bagaimana Najib kata orang Melayu akan jadi bangsa yang bangsat, merempat?

"Hari ini pun kalau senaraikan isu orang Melayu, memang dah jadi bangsat pun. Angkara siapa kalau bukan angkara Umno.

"Kononnya kalau bagi kuasa kepada Pakatan Rakyat Melayu akan bangsat, akan merempat, ini kenyataan yang melampau dan tak patut keluar dari mulut Perdana Menteri," katanya.(harakahdaily)

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Teks ucapan di Parlimen terhadap “Gang of Two” by Nassa Khazanah

Posted: 07 Dec 2011 08:48 AM PST

YB, Tepatlah tu. Pandan muka Amok dan dia punya macai dari Bina Tak Fikir.

Comment on AJ & RASHDAN: WHAT ABOUT THE “PANAMERA DEAD WOODS”? by Anonymous

Posted: 07 Dec 2011 06:52 AM PST

YB,

If you really want to go after wastages in pay, I suggest you look into:

- Remuneration of MAS pilots and their demand for 5 star hotels.
– The phenomenal amount of overtime by the E&M staff some of whose overtime even exceed their basic monthly salary.

The total amount paid in terms of remunerations to the Snr Management is a small portion to the above and is lower per person compared to the pilots.

Comment on Teks ucapan di Parlimen terhadap “Gang of Two” by ThirdDevil

Posted: 07 Dec 2011 06:06 AM PST

MAS turnaround involves disposing all ancillary services like engineering , cargo and pilot training. Non of the major airline do that because these services are complementary to each others . These services to the airlines is like research & developments to the Drug Companies. Have you heard any drug companies spin off their R&D functions. These proposal is another way to give these services cheap to AA and TF. In the end, MAS later on will pay through their nose like the way they are doing now with their catering services. What MAS will get from these spin off is just one off benefits in the P&L and then have to pay high prices to use these services later on. In addition these you don’t need to be a Cambridge’s graduate to come out with these easy option. My grandma which did not go to school probably will make a better proposal if given the chance!

Comment on Teks ucapan di Parlimen terhadap “Gang of Two” by Anonymous

Posted: 07 Dec 2011 05:54 AM PST

Dear YB,

Please allow me to correct you for I wish to correct you that Dr Wafi’s father the YB Tan Sri Dr Hj Abdul Hamid b Hj Othman is alive and well.

Comment on Teks ucapan di Parlimen terhadap “Gang of Two” by Old Man

Posted: 07 Dec 2011 05:53 AM PST

Try AJ as much as he possibly can, with the presence of TF and KM on the board, he is doomed to fail cos TF/KM will never allow MAS to succeed. They are there to ensure that MAS is seen to be incapable of taking care of itself and needs his help. He will also ensure that MAS will be cannibalized and the spoils will go to him in one way or another.

Comment on Teks ucapan di Parlimen terhadap “Gang of Two” by Ivan

Posted: 07 Dec 2011 05:25 AM PST

Mr Wee when u give this kind of speech will the Government do something about it or sweep it under the carpet ?

Comment on AJ & RASHDAN: WHAT ABOUT THE “PANAMERA DEAD WOODS”? by Time Traveller

Posted: 07 Dec 2011 05:24 AM PST

Yes Anak Malaysia. Didnt you notice there was no Australia and USA on the route map that was showed during the townhall. Isn’t Sydney and the kangaroo route one of our most profitable routes? And what about Danny saying need collaboration with airasia so we can interline? then what are we doing in oneworld. you think oneworld members would agree to MH interlining with lcc who is not even IATA member? by the way, AJ and Danny said today oneworld is in the gameplan so we should drop this from the list, yes YB wee? And to top it all, did you guys hear that there is a plan to downsize the staff? AJ said, shrink first then expand. At the rate it is going, it’s shrink, shrinking, shrunk…

Comment on Teks ucapan di Parlimen terhadap “Gang of Two” by Teng of MAS

Posted: 07 Dec 2011 04:48 AM PST

Melayu like them will screw up GLCs. MAS is finished with the rate it has been cannibalized!

Comment on Teks ucapan di Parlimen terhadap “Gang of Two” by Old Man

Posted: 07 Dec 2011 04:26 AM PST

He is not an a*shole.

He’s smart and is laughing all the way to the bank.

From nothing he is now a very rich man indeed.

Comment on Singaporeans & Africans misused of Social Pass / Student Visa will face fine, imprisonment and/or deportation by 1 Malaysia

Posted: 07 Dec 2011 02:44 AM PST

Thank you for giving us a space to voice up. Pertaining to this matter, I agree something has to be done. Number of Nigerian is increase tremendously for the past few months. One of the colleges even full with Nigerian. Hardly you can see another nationality.

Now questions is, what have Minister of Higher Education or Immigration do to prevent this situation? I believe whenever the college wanted to apply for a student visa, they must submit the particular to these both parties. They must know which college has the big number of Nigerian student.

Direct Free Kick

Direct Free Kick


BANTAHAN RAKYAT TERHADAP PEMASANGAN PAPAN IKLAN UNIPOLE DI TAPAK KOSONG BERSEBELAHAN LOT IKS KG. PANDAN

Posted: 07 Dec 2011 02:45 AM PST

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor menjunjung konsep Kerajaan yang telus dan terbuka.

 

Kerajaan Negeri menghargai dan mengalu-alukan sebarang pandangan rakyat.

 

Bertolak dari semangat itu, saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan hasrat penduduk di Kg. Pandan dan di kawasan-kawasan sekitar untuk membantah pemasangan papan iklan unipole di tapak kosong di sebelah Kompleks IKS Kg. Pandan iaitu di sebelah Jalan Lingkaran Tengah 2 atau MRR2.

 

Saya juga difahamkan penduduk akan mengadakan satu sidang akhbar di tapak tersebut pada 8 Disember 2011 pada jam 10.30 pagi .

 

Sebagai Ahli Dewan Negeri kawasan tersebut, saya sentiasa akan menitikberatkan kepentingan penduduk.

 

Oleh itu, saya bersedia memberi sokongan kepada bantahan penduduk sekiranya ianya wajar.

 

 

Iskandar bin Abdul Samad

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan

Negeri Selangor

ADN Chempaka

7 Disember 2011

MAJLIS BERKHATAN ANJURAN KUMPULAN YAASIN DAN MARHABAN NURUL HUDA PANDAN JAYA 28 NOVEMBER 2011.

Posted: 07 Dec 2011 02:26 AM PST

MAJLIS MERAIKAN JEMAAH HAJI

Posted: 06 Dec 2011 08:38 PM PST

KEM REMAJA ISLAM

Posted: 06 Dec 2011 08:34 PM PST

Blog@Wengsan...博客@永山

Blog@Wengsan...博客@永山


Suspicious voters in Selangor

Posted: 07 Dec 2011 08:00 AM PST

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


SPRM Digesa Siasat Sepenuhnya Dakwaan Alstom

Posted: 07 Dec 2011 12:09 AM PST

Malaysiakini

Transparency International (TI) hari ini menggesa supaya siasatan terperinci dijalankan oleh pihak berkuasa Malaysia terhadap dakwaan rasuah oleh kumpulan perindustrian Perancis Alstom, dalam skandal yang membabitkan beberapa negara.

Media Malaysia telah melaporkan semalam bahawa pegawai anti-rasuah “melawat” pejabat sebuah syarikat kuasa minggu lepas, di tengah-tengah dakwaan bahawa seorang bekas pegawai menerima sogokan dari Alstom berhubung satu projek kuasa pada tahun 1990-an.

Beberapa eksekutif di Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC) juga telah disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lapor akhbar The Star.

“Transparency International Malaysia menggesa SPRM menjalankan siasatan terperinci berhubung urusniaga Alstom di Malaysia,” kata satu kenyataan TI.

Bulan lalu, pejabat peguam negara Switzerland mengarahkan Alstom membayar denda 31 juta euro (RM130 juta) berhubung skandal tersebut, di mana Alstom dikatakan telah menawarkan rasuah dan sogokan di Malaysia, Latvia dan Tunisia.

Rasuah itu didakwa ditawarkan kepada orang tengah dan para pegawai untuk tujuan mendapatkan kontrak kerajaan bagi membina loji janakuasa.

Siasatan Malaysia terhadap TTPC dicetuskan oleh tindakan peguam negara Swiss, lapor The Star yang memetik sumber yang tidak dinamakan.

Ia berkata Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh, bekas Perlis menteri besar dan bekas seorang pegawai tertinggi TTPC, didakwa telah mengambil 7.5 juta Franc Switzerland (RM25.5 juta) untuk membantu Alstom memperolehi kontrak bagi projek loji kuasa di Perlis pada tahun 1990-an.

The Star telah memetik Abdul Hamid menafikan semua dakwaan salahlaku tersebut

Abdul Hamid belum menjawab permintaan AFP untuk mendapatkan komen, manakala pegawai SPRM enggan mengulas.

Satu kenyataan pejabat Alstom di Malaysia kepada AFP, menafikan sebarang rasuah dibayar dalam operasi syarikat tersebut, dengan menegaskan bahawa ia adalah “mangsa salahlaku kakitangannya”, tetapi enggan mengulas lanjut.

Transparency International berkata dalam ranking tahunan negara kurang rasuah yang dikeluarkan awal awal bulan ini, Malaysia jatuh hampir 30 anak tangga sepanjang dekad yang lalu dan kini menduduki tempat ke-60 daripada 183 negara.

Ia memetik amalan yang berterusan pemberian projek mega dan kontrak tanpa tender terbuka atau pembidaan yang kompetitif,” serta pertalian rapat antara perniagaan dan politik di Malaysia.

SPR Mesti Laksana 7 Lagi Tuntutan Bersih

Posted: 06 Dec 2011 11:13 PM PST

Keadilan Daily

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) melaksanakan tujuh lagi tuntutan gabungan itu, kata Ahli Jawatankuasa Pemandunya, Maria Chin Abdullah.

Sambil mengalukan pengumuman SPR melaksanakan dakwat kekal, Maria berkata, kesemua lapan tuntutan tersebut perlu dilaksanakan sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Jika kelapan-lapan tuntutan Bersih tidak dilaksana sebelum PRU-13, pandangan rakyat dan masyarakat antarabangsa mengenai perjalanan sistem pilihan raya di Malaysia tetap kotor, penuh manipulasi dan berpihak untuk memenangkan Umno BN," katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Tujuh lagi tuntutan itu ialah membersihkan daftar pemilih, mereformasikan undi pos, kempen minima 21 hari, akses media yang adil untuk semua parti politik bertanding, mengukuhkan institusi awam serta menghentikan politik kotor dan rasuah.

Beliau juga mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang memberi alasan bahawa agensi kerajaan itu akan menemui Majlis Fatwa Kebangsaan bagi meminta pandangan.

"Ini hanyalah alasan politik SPR yang dikitar semula sejak 2008, walhal Majlis Fatwa sudahpun memutuskan tiada masalah jika dakwat kekal diguna dalam pilihan raya," tegas Maria.

Menjelang PRU-12, SPR bersetuju melaksana dakwat kekal, namun membatalkannya disaat akhir pengundian dengan alasan memudaratkan ketenteraman awam.

Pada PRU itu, buat pertama kali, Umno BN hilang dua pertiga kerusi di Parlimen selain tumbang di lima negeri.

Transformasi Juara Rasuah Umno-BN

Posted: 06 Dec 2011 07:00 PM PST

Oleh Mohd Rashidi Hassan

Umno-Barisan Nasional boleh cuba membohongi rakyat, kononnya meraka adalah juara transformasi yang mampu menjulang negara ke suatu tahap untuk dibanggakan.

Laungan transformasi bergema sejak Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dilantik menjadi Perdana Menteri, menggantikan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dipaksa berundur oleh Umno.

Transformasi bermakna anjakan perubahan. Sudah tentunya ia merupakan suatu gagasan untuk perubahan kepada keadaan yang kurang baik, kepada situasi yang lebih baik.

Lalu slogan transformasi dilaung, diulang dan diuar-uarkan media pro Umno-BN setiap hari. Malah dalam Perhimpunan Agung Umno 2011, kalimah transformasi menjadi zikir setiap perwakilan mereka.

Malangnya daripada Presiden Umno, Pengerusi Tetap, perwakilan sehinggalah kepada juak-juak bawahan, mereka mengulang sebut kalimat transformasi seumpama buruk kakak tua yang ditambat oleh tuannya.

Di PWTC berdegar-degar kononnya Umno-BN sudah berjaya transform. Sebaliknya dikeluarkan dari fakta sahih oleh Transparency International (TI) bahawa di bawah pentadbiran Najib, indeks rasuah negara, terjerumus ke tahap yang paling rendah.

Fakta ini amat memalukan Umno, kerana jelas laungan transformasi mereka hanya omongan kosong. Hakikat sebenarnya, kerajaan yang ditunjangi Umno-BN mencapai tahap prestasi terburuk terus-menerus selama 10 tahun

Dalam laporan Indeks Persepsi Rasuah 2011 oleh TI, ia menggariskan kegagalan Najib untuk mencapai matlamat anti-rasuah dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Kegagalan untuk menangani gejala rasuah ini, membawa kepada kegagalan Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk mentransformasikan ekonomi Malaysia kepada sebuah ekonomi pendapatan tinggi menjelang 2020.

Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia menurun untuk tiga tahun berturut-turut, iaitu 4.3 bagi tahun ini berbanding 4.4 pada tahun lepas.

Kedudukan Malaysia telah jatuh kepada tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding tangga ke-56 daripada 178 negara pada tahun lepas.

Pada 2003 semasa Abdullah Badawi mengambil alih pucuk pimpinan negara sebagai Perdana Menteri kelima, Malaysia berada di tangga ke-37 dalam kaji selidik tersebut yang merangkumi 146 negara.

Kaji selidik TI ke atas 1,000 orang responden juga mendapati bahawa pihak polis dan parti-parti politik dilihat sebagai institusi-institusi yang paling korup dalam negara. Juga dilaporkan bahawa kebanyakan warga Malaysia percaya tahap rasuah tidak akan berubah dalam masa 3 tahun akan datang.

Laporan itu memetik Timbalan Presiden TI, Malaysia Mohammad Ali yang menegaskan, CPI Malaysia terus merosot kerana unsur-unsur kerajaan yang memudahkan rasuah besar masih lagi tersebar luas.

Dakwaan yang begitu berat oleh TI jelas menerangkan serangan ganas Umno terhadap Pakatan Rakyat, khususnya DAP dalam Perhimpunan Agung Umno yang berkisar pada perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor.

Serangan Umno ini harus dianggap sebagai langkah terdesak mereka bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada kegagalan Umno mengatasi masalah rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa, khususnya dalam isu Fidlot Kebangsaan yang hangat diperkatakan sekarang.

Kita mahu tegaskan di sini bahawa, rasuah akan menjadi isu utama dalam pilihan raya umum yang akan datang, di mana rakyat akan menolak Umno-BN, kerana rakyat sedar, masa depan anak bangsa akan terhapus jika Umno-BN dibiarkan kekal berkuasa. Hidup Pakatan Rakyat, hancur umno-BN.

Laporan Polis Oleh Kolumnis Terhadap Bloger Papa Gomo

Posted: 06 Dec 2011 06:42 PM PST

Lim Kit Siang

Lim Kit Siang


The oxymoronic world of Umno’s politics

Posted: 07 Dec 2011 03:43 AM PST

by Edwin Yapp The Malaysian Insider Dec 07, 2011 DEC 7 — Oxymoron. That's the word that has been on my mind of late. Why? Because that's exactly what we, Joe Public, are being fed on a daily basis. Etymologically speaking, the word is derived from the fifth century Latin "oxymoron", which in itself is [...]

Zaid is spot-on – UMNO GA speeches portend dangerous trends in the nation’s politics as they make nonsense of Najib’s 1Malaysia, NEM and proposal for a “Global Movement of Moderates”

Posted: 07 Dec 2011 12:02 AM PST

Datuk Zaid Ibrahim is right and spot-on. Recent statements from UMNO leaders about the Opposition parties at the UMNO General Assembly are both regrettable and worrying. They portend dangerous trends in the nation's politics as they make nonsense of the Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's 1Malaysia call, New Economic Model and his proposal for [...]

A letter to the PM

Posted: 06 Dec 2011 10:54 PM PST

— Jacob Sinnathamby The Malaysian Insider Dec 07, 2011 DEC 7 — We tell our children that more important than whether they win at football or netball is how they play the game. They must play it with sportsmanship, empathy and fairness. Our parents used to implore us to study and excel at examinations, but [...]

Malaysia among most vulnerable to euro crisis, says Nomura

Posted: 06 Dec 2011 10:47 PM PST

By Lee Wei Lian The Malaysian Insider Dec 07, 2011 KUALA LUMPUR, Dec 7 — Malaysia will be hit harder than its Asian peers by the economic crisis in Europe due to its relatively weak public finances and dependence on commodities, said Nomura International today. Its chief economist for Asia ex-Japan, Robert Subbaraman, said that [...]

Political Islam poised to dominate the new world bequeathed by Arab spring

Posted: 06 Dec 2011 09:38 PM PST

The Muslim Brotherhood’s success in the first round of Egypt’s elections has added to western fears of an Islamist future for the Middle East. But this does not necessarily mean that democracy and liberal policies face extinction by Peter Beaumont foreign affairs editor guardian.co.uk 3 December 2011 Among the potent symbols of the Arab spring [...]

From present TI CPI trend, China will overtake Malaysia as less corrupt country in 4 years’ time by 2015

Posted: 06 Dec 2011 04:49 PM PST

In 2004, former Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi announced with great fanfare the National Integrity Plan with the five-year target to improve Malaysia’s Transparency International (TI) Corruption Perception Index (CPI) from 37th place in 2003 to at least 30th position in 2008 and the 5.2 CPI score for Malaysia in 2003 to at [...]

.

.


Adakah PAS Sedia Terima Syiah ? Baca dan fahami betul-betul. Jangan salah faham apatah lagi menimbulkan salah faham!

Posted: 06 Dec 2011 06:29 PM PST

PAS Sedia Terima Syiah ?

5:50:00 PM

Ditulis oleh Nasrudin Hassan at Tantawi

Saya ditohmah dan difitnah kononnya menerima syiah masuk ke dalam PAS. Mereka cuba mengeksploitasi dan memanipulasi ucapan saya semasa Forum bersama Yb. Khairy Jamaludin dan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin di Auditorium Karangkraf Shah Alam tempohari. Khabarnya potongan klip video yang diedit dan di manipulasi itu sedang diedar dan disiar kepada umum khasnya melalui internet [youtube].

Jawapan saya :

Pertama : Teliti dulu ucapan saya secara adil, jujur dan benar. Berikut adalah kenyataan asal saya yang salah letakkan dalam pengikat kata "........."

" kita PAS sebagai sebuah parti politik yang berlandaskan kepada Islam. Sikap kita terbuka untuk memimpin masyarakat dan ummah. DASAR KITA ialah AHLI SUNNAH wal JAMAAH. Itu jelas dalam perlembagaan kita pun jelas disebut Al Quran dan Hadis dengan menggunakan mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah"

"adapun diluar sana, orang nak sokong PAS, macam - macam latar belakang, macam - macam jenis orang yang sokong PAS, baik... UNTUK MEREKA SOKONG, kita boleh menerima sokongan mereka. Kita mesti bersifat terbuka dan bersifat lapang dada untuk berkawan dengan mereka supaya kita mampu MENYAMPAIKAN RISALAH PERJUANGAN kita. Kalau kita tutup pintu, MACAM MANA RISALAH PERJUANGAN KITA NAK SAMPAI ? "


" kita nak memPERJUANGKAN ISLAM . kita nak tegakkan aqidah Ahlis Sunnah wal Jamaah .... tetapi kita TUTUP awal - awal pintu, jangan siapa berkawan dengan kita oleh kerana ia berbeza pandangan, aliran pemikiran dengan kita. ITU SALAH . Kita mesti buka pintu
"

Apabila saya ditanya oleh moderator, KALAU SYIAH NAK MASUK PAS BOLEH ?

saya jawab tegas : "mereka boleh menyertai PAS dengan SYARAT mereka MESTI mengikut DASAR PAS"

Kedua :

Saya lihat tiada apa yang tidak betul pada ucapan saya dan sekali - kali tidak menunjukkan PAS syiah, menyokong apatah lagi menganut syiah.

Apa yang saya sebut, kalau mereka mahu menyokong PAS kita terbuka untuk menerima sokongan tersebut. Bukan sahaja Syiah malah Non Muslim nak sokong PAS kita terima sokongan mereka sehingga membawa kepada penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS [DHPP]

Menyokong dan menyertai adalah dua perkataan yang berbeza pada pengertiannya. Menyokong tidak mengapa. Siapa pun boleh sokong dan kita boleh menerima sokongan mereka dengan baik.

Adapun "menyertai" memerlukan komitmen dan tertakluk kpd syarat dan dasar. Lalu saya menegaskan, kalau orang syiah mahu menyertai PAS , boleh TAPI dengan syarat mereka mesti mengikuti DASAR PAS. Sedang dasar PAS ialah ISLAM [Fasal 3 Perlembagaan PAS Pindaan 2011]

Mazhab PAS ialah mazhab Ahlis Sunnah wal Jamaah. Lihat Fasal 7 Perlembagaan PAS Pindaan 2011 Hukum dan Kekuasaan: [adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.] ~ ini manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah.

justeru itu tidak berbangkit PAS Syiah atau menerima syiah menjadi anggotanya. Malah PAS pernah mengambil tindakan disiplin dan sebahagiannya dipecat dari PAS kerana terbukti terlibat dengan syiah.

Saya ingin tegaskan di sini, PAS konsisten mendidik masyarakat melalui ceramah, kuliah dan taklimat dalaman oleh pimpinan PAS bahawa anggota atau ahli PAS mestilah Ahlissunnah wal Jamaah. Kita menolak aqidah yang dibawa oleh Syiah.

Adapun untuk menuduh seseorang itu syiah dan mahu mengambil tindakan, kita mesti terlebih dahulu mempunyai bukti. Tidak boleh tuduh dan jatuh hukum ke atas seseorang tanpa bukti kukuh.

Saya selalu minta, sila tunjukkan bukti jika ada sesiapa anggota atau pimpinan PAS menganut Syiah, insyaallah saya sendiri akan desak parti untuk mengambil tindakan. Tanpa bukti kita tidak boleh bertindak atau menuduh.

Kalau kita kata syiah ini ada taqiah, maka kita tidak boleh datang bukti, maka kita tidak boleh menuduh apalagi mahu mengambil tindakan. Sebab kita tidak mengetahuinya. Kita serah kepada Allah swt, sementara itu kita terus mendidik ahli dan pimpinan parti untuk memiliki aqidah Islam yang benar, akhlak Islam yang soleh dan fikrah Islam yang syumul.

Kesempatan ini saya tegaskan, bahawa terdapat ideologi yang salah dan bertentangan dengan Islam selain syiah iaitu fahaman sekularisme, nasionalisme dan isme - isme moden yang lain yang bertentangan nilai dan prinsip dengan syariat Islamiyyah. Semua isme ini juga ditolak oleh PAS.

Source: http://www.eperjuangan.com/2011/12/pas-sedia-terima-syiah.html

DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


Ketua Pemuda pertahankan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah

Posted: 06 Dec 2011 08:35 PM PST


Petikan Buletin Online :


KUALA TERENGGANU - Isu Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu menjadi perbahasan 'hangat' serta 'perang mulut' antara wakil kerajaan dengan wakil rakyat PAS.

Puncanya, soalan lisan yang dikemukakan oleh Adun Rhu Rendang, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berbunyi, bilakah kerajaan bercadang untuk menguatkuasa dan melaksanakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 2002M/1423H sebagaimana yang telah diwartakan.

Adun Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika membahaskan Bajet 2012 tidak bersetuju dengan jawapan Exco Karzan Che Mat yang seolah-olah memperlekehkan hukum hudud.

Karzan berpendapat tidak banyak negara Islam lain yang melaksanakan undang-undnag hudud, suasana yang tidak kondusif serta hudud tidak adil jika melibatkan orang Islam dan bukan Islam.

Ketegangan antara Ustaz Mohd Nor dengan Karzan mengundang campur tangan Dato' Tengku Putera Awang selaku Speaker Dun Terengganu.

Kata Ustaz Mohd Nor, hudud wajib dilaksanakan oleh sebuah kerajaan Islam yang memerintah negeri sebagaimana yang diperintahkan Allah SWT.

Menurutnya, kerajaan PAS yang memerintah Terengganu tahun 1999-2004 telah melulus dan mewartakan enakmen tersebut.

"Hudud adalah hukuman dan undang-undang Allah SWT yang wajib dilaksanakan oleh sebuah kerajaan Islam. Sebagaimana, sembahyang wajib ke atas setiap individu dan hudud wajib ke atas kerajaan.

"Kerajaan PAS Terengganu telah meluluskan dan mewartakan Enakmen Jenayah Syariah semasa memerintah negeri ini," tegasnya.

Suasana di persidangan Dun Terengganu kecoh apabila beberapa orang wakil BN iaitu Adun Alor Limbat, Alias Abdullah, Muhammad Ramli Nuh (Tepoh) dan Dato' Rosol Wahid (Ajil) mencelah minta penjelasan ketika Ustaz Mohd Nor berucap.

Alias (BN-Alor Limbat) mencadangkan kesediaanya untuk menyediakan pentas di luar bagi membahaskan mengenai isu hudud kepada Ustaz Mohd Nor.

Sehubungan itu, Ustaz Mohd Nor yang juga Ketua Pemuda PAS Terengganu dengan tegasnya menyahut cabaran Alias tersebut.

"Ya, saya sahut cabaran wakil Alor Limbat (Alias) untuk menyediakan pentas dan bercakap (debat) hal hudud," tegasnya.

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Naib Presiden UMNO Menyindir Ketua Menteri Sarawak

Posted: 06 Dec 2011 11:43 PM PST

WW Muharram 1433H. [MOD] -
PAS Miri

Memetik kenyataan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam utusan borneo yang  mengatakan "Pembangkang tak mahu beri laluan kepada yang muda" secara tidak langsung menyindir ketua menteri Sarawak yang sudah berumur lebih 75 tahun dan juga sudah lama memerintah Sarawak lebih dari 30 tahun. Kenyataan Shafie Afdal juga secara tidak langsung menyindir Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak (TYT) Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin bin Abang Barieng yang sudah berumur 90 tahun tapi masih lagi dilantik menjadi TYT seolah-olah tiada orang muda yang boleh mengantikannya.

Menurut Mohd Shafie, pendirian Nik Abdul Aziz, 80, ini bertentangan dengan langkah Barisan Nasional (BN) yang bersedia meletakkan lebih ramai calon muda dalam PRU akan datang. "Kita sudah bersetuju untuk mengetengahkan calon muda supaya dapat menjadi barisan pelapis kepada kepimpinan yang sedia ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek Bekalan Air Luar Bandar di Kampung Kuala Sibuti di sini, semalam.

Kita mempertahan Tok  Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pemimpin sebab beliau seorang yang jujur, amanah, ikhlas  dan tidak menyalahgunakan kuasa sepanjang beliau memerintah negeri Kelantan. Sekiranya Ketua Menteri atau menteri besar Barisan Nasional  juga boleh membuat demikian rakyat tiada masalah untuk menerima pimpinan mereka.  Ini bukan persoalan umur tetapi lebih kepada integrity yang perlu diambil kira.

Kita minta pemimpin Umno/BN jangan membandingkan pemimpin mereka dengan pemimpin PAS/Pakatan Rakyat sebab selama ini banyak berlaku penyelewengan dan penyalahguna kuasa oleh pemimpin Umno/Bn yang sudah didedahkan oleh blog dan media tetapi mereka masih tetap juga memegang tampuk pemerintahan tanpa rasa malu dan bersalah.

Rakyat mahu mereka yang jujur,amanah dan mereka yang ikhlas memikul tanggungjawab sebagai pemimpin mereka tidak kira tua atau muda tetapi integriti yang lebih penting. Rakyat mahu peminpin yang adil untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik untuk memimpin mereka bukan mereka yang pentingkan diri sendiri.

PAS Miri
Jofri Jaraiee
 

MB Selangor merasmikan bantuan pendidikan Sekolah SRJKC dengan menyampaikan replika cek 

Posted: 06 Dec 2011 11:14 PM PST

Muharram 1433H. [MOD] -
Editor : Khaulah Azwar

SHAH ALAM : Kerajaan Negeri Selangor, Pakatan Rakyat (PR) sekali lagi terus memberi bantuan kepada semua Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) degan memperuntukkan berjumlah RM1.56 juta bagi 46 buah sekolah.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Insan Dr Halimah Ali berkata pada tahun 2011, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM 6 juta untuk diagihkan kepada SRJK (C) demi menyediakan mutu perkhidmatan terbaik dan meningkatkan lagi Hub Ilmuan dan Hub Pendidikan berdasarkan konsep hasil rakyat untuk rakyat.

" Pada Fasa Pertama,sebanyak 75 buah sekolah yang telah menerima bantuan pendidikan yang berjumlah RM2.35 juta pada Fasa kedua, kita telah meluluskan permohonan sebanyak 46 buah sekolah yang akan menerima bantuan secara direct grant daripada kerajaan negeri Selangor.

"Bantuan ini telah menyebabkan kerajaan persekutuan bersetuju memberikan RM100 juta kepada SRJK(C) , RM100 juta kepada SRJK (T) dan juga RM 100 juta untuk sekolah agama , jadi kerajaan negeri mulakan dahulu dengan memberi bantuan baru kerajaan persekutuan ikut," kata Dr Halimah dalam sidang media tengahari semalam di perkarangan Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah Alam (SASS) disini.

Majlis penyerahan cek bantuan pembangunan pendidikan ini disempurnakan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor .

Turut hadir dalam majlis tersebut Exco Selangor Ronnie Liew,Teresa Kok, Elizabeth Wong, Ean Yong Hian Wah, Adun Sekinchan Ng Suee Lim,Adun Meru Dr Abdul Rani Osman, Adun Lembah Jaya Khasim Ahmad, Adun Seri Muda Shuhaimi Shafie dan juga penyelaras - penyelaras DUN .

Menurut Dr Halimah lagi, permohonan bantuan pendidikan bagi Fasa 1 tahun 2012 sudah dibuka sejak 5 Disember dan tarikh tutupnya pada 3 Februari 2012.

" Borang permohonan boleh diperolehi melalui website Kerajaan Negeri Selangor iaitu www.selangor.gov.my atau di pejabat Exco Pendidikan atau Pusat Khidmat Masyarakat dan Pejabat Daerah di kawasan masing-masing.

"Adun-Adun dan Pusat Khidmat Masyarakat disarankan untuk membantu sekolah-sekolah dalam membuat urusan permohonan. Pihak Adun dan Pusat Khidmat juga diminta untuk memantau sekolah-sekolah yang menerima bantuan daripada kerajaan negeri," katanya.

MB Selangor merasmikan bantuan pendidikan Sekolah SRJKC dengan menyampaikan replika cek 

Posted: 06 Dec 2011 11:14 PM PST

Muharram 1433H. [MOD] -
Editor : Khaulah Azwar
 
SHAH ALAM :  Kerajaan Negeri Selangor, Pakatan Rakyat (PR) sekali lagi terus memberi bantuan kepada semua Sekolah Rendah  Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)  degan memperuntukkan berjumlah RM1.56  juta bagi 46 buah sekolah.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Insan Dr Halimah Ali berkata pada tahun 2011, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM 6 juta untuk diagihkan kepada SRJK (C) demi menyediakan mutu perkhidmatan terbaik dan meningkatkan lagi Hub Ilmuan dan Hub Pendidikan berdasarkan konsep hasil rakyat untuk rakyat.

" Pada Fasa Pertama,sebanyak 75 buah sekolah yang telah menerima bantuan pendidikan yang berjumlah RM2.35 juta pada Fasa kedua, kita telah meluluskan permohonan sebanyak 46 buah sekolah yang akan menerima bantuan secara direct grant daripada kerajaan negeri Selangor.

"Bantuan ini telah menyebabkan kerajaan persekutuan bersetuju memberikan RM100 juta kepada SRJK(C) , RM100 juta kepada SRJK (T) dan juga RM 100 juta untuk sekolah agama , jadi kerajaan negeri mulakan dahulu dengan memberi bantuan baru kerajaan persekutuan ikut," kata Dr Halimah dalam sidang media tengahari semalam di perkarangan Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah Alam (SASS)  disini.

Majlis penyerahan cek bantuan pembangunan pendidikan ini disempurnakan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor  .

Turut hadir dalam majlis tersebut Exco Selangor Ronnie Liew,Teresa Kok, Elizabeth Wong, Ean Yong Hian Wah, Adun Sekinchan Ng Suee Lim,Adun Meru Dr Abdul Rani Osman, Adun Lembah Jaya Khasim Ahmad, Adun Seri Muda Shuhaimi Shafie dan juga penyelaras - penyelaras DUN .

Menurut Dr Halimah lagi, permohonan bantuan pendidikan bagi Fasa 1 tahun 2012 sudah dibuka sejak 5 Disember dan tarikh tutupnya pada 3 Februari 2012.

" Borang permohonan boleh diperolehi melalui website Kerajaan Negeri Selangor iaitu www.selangor.gov.my atau di pejabat Exco Pendidikan atau Pusat Khidmat Masyarakat dan Pejabat Daerah di kawasan masing-masing.

"Adun-Adun dan Pusat Khidmat Masyarakat disarankan untuk membantu sekolah-sekolah dalam membuat urusan permohonan. Pihak Adun dan Pusat Khidmat juga diminta untuk memantau sekolah-sekolah yang menerima bantuan daripada kerajaan negeri," katanya.

Dakwat kekal: Jangan hanya janji kosong

Posted: 06 Dec 2011 09:32 PM PST

11 Muharram 1433H. [MOD] -
Harakahdaily



KUALA LUMPUR, 7 Dis: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyambut baik pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan dakwat kekal bagi Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Timbalan Ketua DPPWP, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz mengharapkan penggunaan dakwat kekal akan direalisasikan pada PRU ke-13, dan tidak tinggal sekadar janji kosong sebagaimana yang berlaku pada tahun 2008 lalu.

"DPPWP berpendapat, penggunaan dakwat kekal amat relevan dan perlu digunakan sekarang," katanya.

Menurutnya, dengan pelbagai isu yang berlaku yang menimbulkan kecurigaan rakyat terhadap sistem pilihanraya di Malaysia seperti pengundi yang mempunyai dua kad pengenalan, kad pengenalan bertindih atau klon, pengundi dari kalangan warganegara asing, pengundi yang tidak dapat dikesan dalam Jabatan Pendaftaran Negara tetapi wujud di SPR, pengundi yang sudah mati kembali turun mengundi serta lain-lain lagi, nampaknya SPR tidak boleh berdalih lagi untuk mengelakkan dari menggunakan dakwat kekal.

Bagi DPPWP, katanya SPR tidak perlu berlengah masa untuk melaksanakan sistem itu kerana ia tidak memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi.

Tambahan pula, katanya penggunaan dakwat kekal itu selaras dengan keputusan Dewan Rakyat yang meluluskan 10 cadangan dalam laporan awal yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) berhubung pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini yang dibentangkan awal bulan ini.

Selain itu, ujarnya DPPWP meminta SPR agar membersihkan segera senarai daftar pemilih seperti telah diumumkan oleh SPR semalam.

Selama ini, kata beliau senarai daftar pemilih di Malaysia menjadi pertikaian banyak pihak yang mendapati banyak kepincangan yang timbul.

Beliau berkata, ia juga menjadi hasrat seluruh rakyat yang mahukan sistem pilihanraya di Malaysia ke-13 nanti adalah yang terbaik dan paling bersih dalam sejarah.

Untuk itu, tambahnya SPR perlu bersikap adil pada semua pihak tanpa membezakan antara parti pemerintah mahupun pembangkang.

Akhirnya, ujar beliau SPR perlu buktikan PRU ke 13 nanti adalah pilihanraya yang adil dan telus dan boleh dipercayai bukan sahaja terhadap warga tempatan malah terhadap masyarakat antarabangsa.

"Semua ini perlukan pengorbanan dan kejujuran, kerana keadilan tidak boleh ditegakkan pada sebuah sistem korup yang tempang dan pincang, yang penuh didalamnya unsur penipuan," katanya.

PRU13: Kerusi PAS, PKR di Kelantan kekal

Posted: 06 Dec 2011 09:31 PM PST

11 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 7 Dis: Pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, antara PAS dan PKR di Kelantan selesai sepenuhnya.

Mengesahkan perkara itu Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (gambar) berkata, kedua-dua parti masing-masing telah bersetuju untuk mengekalkan 'staus quo' seperti PRU ke-12 pada 2008 lalu.

"Ya, kita sudah selesai dengan kedua-dua parti bersetuju untuk kekalkan status quo seperti sebelum ini.

"Kita (PAS) setuju dan PKR pun setuju," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Menurut beliau lagi, keputusan yang dicapai kira-kira dua bulan lalu itu juga bersetuju untuk mengekalkan kerusi kawasan bertanding masing-masing seperti mana 2008 tanpa sebarang perubahan.

"Dari sudut kawasan bertanding juga kita setuju kekal dan tiada perubahan," katanya lagi sambil memberitahu keputusan itu sudah dimaklumkan kepada Pakatan Rakyat di peringkat Pusat,

Pada PRU 2008, PAS bertanding di 51 kerusi iaitu 11 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dun, manakala PKR pula bertanding di lapan kerusi iaitu tiga Parlimen dan lima Dun.

13 kerusi parlimen yang ditandingi PAS adalah, Kuala Krai, Gua Musang, Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pengkalan Chepa dan Jeli.

Kerusi Dun pula adalah Kelaboran, Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kijang, Chempaka, Panchor, Tanjung Mas, Kota Lama, Bunut Payong, Tendong, Pengkalan Pasir, Chetok, Meranti, Gual Periok, Bukit Tuku, Salor, Pasir Tumboh, Demit, Tawang, Perupok, Jelawat, Melor, Kadok, Kok Lanas, Bukit Panau, Gual Ipoh, Kemahang, Selising, Limbongan, Semerak, Gaal, Pulai Chondong, Temangan, Kemuning, Bukit Bunga, Air Lanas, Mengkebang, Manik Urai, Dabong dan Galas.

Kerusi Parlimen bagi PKR pula adalah Tanah Merah, Ketereh dan Machang, manakala Dun pula adalah Paloh, Nenggiri, Guchil, Pengkalan Kubor dan Kuala Balah.

Selain Kelantan, Pakatan Rakyat Selangor juga sebelum ini memaklumkan telah selesai pembahagian kerusi di negeri itu.

Ketiga-tiga komponen parti iaitu PAS, PKR dan DAP juga masing-masing bersetuju mengekalkan jumlah kerusi mengikut pilihan raya umum yang lalu.

Harakahdaily/-

Tugas SPR bukan sekadar bersih daftar pemilih

Posted: 06 Dec 2011 09:29 PM PST

11 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 7 Dis: Biarpun menyambut baik jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membersihkan nama pemilih yang sudah meninggal, namun bagi Dewan Pemuda PAS Pusat, banyak lagi penambahbaikan yang perlu dilakukan suruhanjaya itu.

Ketuanya, Nasruddin Hassan (gambar) berkata, tindakan kecil SPR itu hanya salah satu daripada tuntutan banyak pihak yang mahu melihat proses pilihan raya di negara ini berlangsung dengan bebas dan adil.

"Masih banyak perkara yang perlu dilakukan termasuklah membersihkan daftar pemilih dari nama yang bertindan atau yang memiliki nama dan nombor kad pengenalan hampir serupa dan mencurigakan, membersihkan senarai nama yang berkod 71 dimana jumlahnya yang terlalu ramai dan mencurigakan tanpa klasifikasi yang jelas menunjukan maklumat pemilih yang tepat, membersihkan senarai nama pemilih yang terdapat di dalam dua daftar iaitu daftar pemilih biasa dan satu lagi tersenarai sebagai pengundi pos," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas jaminan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar bahawa daftar pemilih yang akan digunakan oleh suruhanjaya itudalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang adalah daftar pilihan raya yang bersih.

Malah katanya akan bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membersihkan nama mereka yang sudah meninggal dunia.

Mengulas lanjut beliau berkata, SPR juga mestilah turut sama memberi jaminan mereka untuk melakukan pembersihan pada sistem dan kaedah pengendalian pilihanraya agar tidak menimbulkan kesangsian dan kecurigaan ketara.

Ianya sekaligus menjamin ketelusan dan keadilan dalam pengurusan pilihanraya.

"Antaranya penggunaan dakwat kekal yang dituntut oleh rakyat bagi memastikan pengundian berlangsung dengan telus dan meyakinkan, pemansuhan undi pos," katanya lagi.

Tanggungjawab memastikan berlangsung satu pilihanraya yang baik, adil dan telus katanya tidak sahaja terletak pada bahu SPR atau JPN tetapi juga kerajaan yang memerintah mesti mempunyai komitmen yang tinggi dan meyakinkan dengan satu tindakan yang benar-benar berkesan seperti
membenarkan semua parti politik yang menyertai pilihanraya berkempen menggunakan televisyen sebagaimana yang dinikmati hanya oleh Umno dan
BN sebelum ini.

"Pilihanraya bukan sekadar daftar pemilih.

"Pilihanraya yang adil dan telus bermula dengan kebebasan parti politik untuk berkempen tanpa dikekang oleh peraturan yang tidak masuk akal dan bertentangan dengan semangat demokrasi yang dianut oleh Umno dan BN sendiri seperti RUU Perhimpunan Aman, AUKU bagi golongan mahasiswa, [walaupun telah dipinda beberapa perkara tetapi masih terdapat beberapa perkara yang masih ditakuk lama.] Akta Polis, Akta Rahsia Rasmi, Akta Cetak dan lain - lain yang tidak menepati semangat demokrasi apatah lagi perkara yang bertentangan dan bercanggah dengan syariat Islamiah seperti penipuan, sogokan, ugutan, tekanan dan 1001 perkara yang negatif," katanya.

Harakahdaily/-

'Bangsa UMNO'. perompak wang rakyat.

Posted: 06 Dec 2011 07:08 PM PST

11 Muharram 1433H. [MOD] -
KENYATAAN MEDIA

Perkembangan terkini isu rasuah di Malaysia amat membimbangkan, saya sifatkan sedemikian kerana situasinya makin parah dari tahun ke tahun berikutan kelemahan pentadbiran BN, persoalannya apakah wajar kita hanya berpeluk tubuh setelah dapat tahu mengenai Indeks rasuah negara yang telah jatuh dari kedudukan 56 ke tangga 60.

Ini bukan statistik dari Ketua Cawangan UMNO, tetapi dari TI-M (Tansparency Inernational Malaysia.

Kajian yang dilakukan oleh Transparensi Antarabangsa-Malaysia juga menunjukkan generasi baru di Malaysia suka pada rasuah, fakta ini menunjukkan bahawa golongan muda telah belajar sesuatu dari Pemimpin negara, ini amat mendukacitakan.

Umno kononnya berikrar mahu mempertahankan rakyat dari terpalit dengan perkara negatif seperti rasuah, tetapi malangnya pemimpin itu jugalah yang sering terlibat dengan rasuah yang ditukar istilah kepada politik wang khususnya setiap kali pemilihan jawatan parti disemua peringkat.

Umno juga pada realitinya juga tidaklah menjaga kaum Melayu seperti yang dilaung-laungkan , begitu juga kaum lain yang mempunyai taraf warganegara yang sah dinafikan haknya dalam pelbagai aspek dan bidang.
.
Sudahlah mereka (Umno) tidak menjaga hak bumiputera, lebih memalukan lagi, berdasarkan perlakuannya langsung tidak menggambarkan bahawa Umno menjaga hak kaum lain yang juga merupakan rakyatnya.

Dalam negara kita semacam wujudkan ' bangsa Umno' , sebab Umno telah membuktikan ia bukan pembela seluruh kaum di Malaysia, yang dibela sebenarnya cuma beberapa kerat elit dan kroni umno seperti Shahrizat Jalil dan lain-lain individu tertentu yang berkepentingan.

'Bangsa Umno' ini bukan sahaja dibantu secara terancang, malah "mereka-mereka" ini semacam diberi "kebenaran" untuk merompak wang rakyat secara mewah.Malah paling mendukacitakan semacam kebal undang-undang ?

Individu yang terkait dengan Bangsa Umno ini bukan sahaja gemar berbelanja mewah disamping mereka juga seronok merompak wang rakyat secara halus dan terancang.
.
Pakatan Rakyat konsisten untuk membela hak dan nasib rakyat dengan terus menyuarakan kezaliman BN terhadap rakyat melalui Dewan Rakyat (Parlimen) dan pelbagai media alternatif lain dengan segala bukti dan segala dokumen.

Umno BN telah diberi peluang sekian lama, hasilnya, rakyat semakin susah dan merempat di tanah air sendiri, PRU13 adalah medan perubahan total kepada rakyat untuk jatuhnya BN dengan memberi harapan kepada PR membela hak rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

Drs. Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 7 Dis 2011

Masjid Luak Perlu ada Van Jenazah Sendiri

Posted: 06 Dec 2011 06:43 PM PST

11 Muharram 1433H. [MOD] -
PAS Miri

MIRI - Masjid Luak yang terletak dipinggir jalan pantai Miri ke Bintulu adalah salah sebuah masjid terbesar di Miri. Pada setiap hari jumaat dan juga musim bulan puasa ramadhan ramai umat Islam solat berjamaah di Masjid Luak. Kawasan dalam Masjid Luak agak luas dan besar dan boleh memuatkan hampir seribu orang dalam suatu masa.

Di sebabkan kepesatan penduduk di bandaraya Miri, keperluan harian juga akan meningkat. Begitu juga dengan pengangkutan awam dan keperluan kenderaan membawa jenazah ke tempat pengebumian. Jika hanya terdapat berapa buah saja van jenazah sudah pasti satu hari nanti apabila berlaku ramai kematian dalam satu masa perkara ini akan menyulitkan orang ramai yang memerlukan van jenazah.

Apabila berlaku kematian, umat Islam sangat memerlukan van jenazah untuk mengurus pengangkutan jenazah ke tempat perkebumian atau perkuburan. Kebanyakan masjid besar di Miri mempunyai van jenazah mereka sendiri seperti Masjid Al Taqwa, Masjid Piasau dan Masjid Lutong. Memandangkan Masjid Luak adalah diantara masjid yang utama dalam bandaraya Miri maka van jenazah sangat diperlukan untuk penduduk Islam di Luak. Mereka juga perlu ada van sendiri untuk kemudahan membawa jenazah penduduk Islam di Luak dan sekitarnya. Pihak majlis agama Islam atau badan kebajikan seperti Baitulmal juga perlu memainkan peranan penting dalam menjaga hal ehwal kebajikan umat Islam di seluruh negeri Sarawak.

Zakat, "sesuatu yang membersihkan" atau "sedekah", salah satu daripada Lima Rukun Islam, pemberian bahagian tetap kekayaan seseorang untuk kebajikan, secara amnya untuk golongan miskin dan golongan yang memerlukan. Duit zakat tersebut dan sumbangan orang ramai untuk kegunaan kebajikan umat Islam juga perlu digunakan sebaik mungkin, jangan biarkan duit tersebut disimpan begitu saja tanpa digunakan untuk kebajikan orang ramai kerana mereka yang memberi sumbangan tersebut juga mahu pahala dari Allah untuk setiap duit yang digunakan. Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda: "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga perkara : amal jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo'akannya" (HR. Bukhari).

Kita minta pihak yang berkenaan dapat menyediakan sebuah van jenazah untuk Masjid Luak supaya dapat memberi perkhidmatan dan kemudahan kepada semua penduduk Islam yang tinggal di Luak dan juga disekitar kawasan Luak. Dengan adanya van jenazah tersebut penduduk Islam di Luak tidak perlu lagi menyewa atau meminjam van dari luar untuk membawa jenazah ke tempat perkuburan.

Kita yakin kerajaan Sarawak yang kaya dengan sumber hasil sudah tentu ada peruntukan dan mampu untuk menyediakan sebuah van jenazah untuk setiap Masjid besar di Sarawak. Adalah tidak patut untuk Sarawak yang kaya dengan hasil bumi tidak mampu memberi sedikit kemudahan dan kebajikan untuk rakyat mereka yang memerlukannya.

Kita sekali lagi mendesak pihak yang berkenaan dan yang menjaga hal ehwal Islam Sarawak agar dapat mengambil perhatian yang serius tentang masalah yang dihadapi oleh rakyat Sarawak. Jangan anggap perkara ini remeh tetapi perlu diberi perhatian yang sewajarnya demi menjaga kebajikan untuk semua tanpa mengira bangsa,agama dan fahaman politik.

PAS Miri
Jofri Jaraiee

Libya ikrar gencatan senjata di Tripoli

Posted: 06 Dec 2011 03:38 PM PST

11 Muharram 1433H. [MOD] -

TRIPOLI 7 Dis. – Kerajaan Libya hari ini berikrar untuk melaksanakan gencatan senjata di Tripoli menjelang 31 Disember ini, kata ketua majlis perbandaran selepas mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Abdel Rahim al-Kib.

"Kerajaan Libya berikrar untuk melaksanakan gencatan senjata di Tripoli menjelang hujung tahun ini," kata Abduk Razak Buhajar.

Awal pagi ini, berpuluh-puluh penunjuk perasaan mengadakan sekatan di beberapa jalan utama di Tripoli sebagai mendesak kerajaan untuk mengusir keluar kumpulan pemberontak lain dari bandar ini. – AFP

Pemburuan haram badak sumbu meningkat

Posted: 06 Dec 2011 03:35 PM PST

11 Muharram 1433H. [MOD] -

JOHANNESBURG 7 Dis. – Sekurang-kurangnya 405 badak sumbu diburu secara haram di Afrika Selatan pada tahun ini sekali gus mencatat peningkatan sebanyak 21.6 peratus berbanding tahun lepas.

Menurut Taman Negara Afrika Selatan, sebanyak 333 ekor badak sumbu diburu secara haram pada tahun lepas dan dari 2009 hingga 2010, kegiatan tersebut meningkat sebanyak 173 peratus.

Afrika Selatan merupakan habitat terbesar haiwan tersebut dan bagi mengekalkan populasinya, pihak berkuasa mengambil tindakan keras terhadap sindiket yang memburu haiwan itu bagi mendapatkan sumbunya. – dpa

Spesies Ikan Terkecil Di Dunia Ditemui Di T'gganu

Posted: 06 Dec 2011 03:32 PM PST

11 Muharram 1433H. [MOD] -

DUNGUN: Spesies ikan paling kecil di dunia, 'Paedocypris' dari keluarga 'Cyprinidae' dengan saiz 7.8 milimeter ditemui di kawasan paya Bukit Bauk, di sini.

Pengarah Jabatan Perhutanan negeri Azmi Nordin berkata, ikan tersebut ditemui semasa ekspedisi Bukit Bauk yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia pada 2006.

"Beberapa ekor ikan dari famili Cyprinidae itu, spesis ikan paling kecil di dunia, ditemui di kawasan ini," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Azmi berkata, berdasarkan kajian yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), ikan tersebut tidak terdapat di tempat lain termasuk di luar negara setakat ini.

Beliau berkata, pihaknya sedang mengambil langkah untuk membiak ikan itu supaya tidak pupus dan mungkin dijadikan daya tarikan pelancong pada masa akan datang.

Menurut Azmi, buat masa ini pihaknya belum dapat menunjukkan ikan itu kepada umum kerana dibimbangi ada pihak yang akan mencarinya dan dijual dengan harga yang tinggi.

Lagipun, katanya, kawasan ikan itu ditemui terdedah kepada pengunjung dan besar kemungkinan orang akan tertumpu ke situ sekiranya kawasan itu dihebahkan.

"Ini satu aset untuk negeri dan jika ia pupus, rugilah negara," katanya.

Beliau berkata selain itu, Bukit Bauk seluas 7,596 hektar juga mempunyai pelbagai khazanah berharga seperti pokok-pokok bunga yang masih belum dieksploitasi sepenuhnya

mStar/-

Parlimen Kuwait dibubarkan.

Posted: 06 Dec 2011 03:24 PM PST

11 Muharram 1433H. [MOD] -

KUWAIT 6 Dis. – Amir Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad Al-Sabah membubarkan Parlimen buat kali keempat dalam tempoh kurang dari enam tahun, lapor televisyen kebangsaan, semalam.

"Parlimen dibubarkan selepas berdepan dengan pelbagai masalah pentadbiran yang dilihat boleh mengancam Perlembagaan negara," kata Al-Sabah menerusi dekri yang dikemukakan.

Pengumuman tersebut dibuat selepas seminggu Al-Sabah menerima peletakan jawatan bekas Perdana Menteri Sheikh Nasser Mohammad al-Ahmad berhubung konflik rasuah dengan Parlimen. – AFP

Liga Juara-Juara Eropah : Olympiakos 3, Arsenal 1.

Posted: 06 Dec 2011 03:18 PM PST


11 Muharram 1433H. [MOD] -PEMAIN Arsenal, Tomas Rosicky cuba merampas bola daripada pemain Olympiakos FC, Olof Melberg (kiri) pada perlawanan Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Karaiskaki, Athens, awal pagi ini. Keputusan Olympiakos 3, Arsenal 1. - Foto AFP

Nuffnang