Lebih 4,000 orang berkumpul di Padang Merbok hari ini untuk mengutuk kudeta di Mesir dan pembunuhan kira-kira 600 orang awam.

Mereka mendesak supaya Mohamed Morsi dikembalikan semula sebagai presiden kerana beliau telah dipilih secara demokratik.

pas youth protest against egypt coup mohamad mat sabuTimbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang berucap di perhimpunan 
tersebut menegaskan oleh rakyat Mesir mahu kerajaan Islam.

Katanya, sayap politik Ikhwanul Muslimin - Parti Kebebasan dan Keadilan -  telah dipilih untuk berkuasa walaupun dengan sumber-sumber parti yang kecil.

Tegasnya, tidak ada perhimpunan Black 505 (seperti di Malaysia), bermakna beliau telah memenangi pilihan raya yang sah.

Turut hadir dalam bantahan yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS ialah Setiausaha Penganjur DAP, Anthony Loke, yang mendesak supaya sidang tergempar parlimen diadakan untuk mengutuk keganasan di Mesir.

Beliau juga mengkritik sikap sepi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu, tetapi ada pula masa untuk mengulas mengenai dakwaan penyelewengan dalam pemilihan parti DAP, tetapi tiada masa untuk mengutuk kerajaan tentera Mesir.

pas youth protest against egypt coup 1Perhimpunan itu dimulakan dengan solat pada kira-kira jam 5.40 petang oleh kira-kira 300 peserta, diikuti dengan ucapan oleh kira-kira 20 penceramah - terutamanya daripada PAS, serta NGO sehinggalah solat Maghrib pada kira-kira jam 7.30 malam.

Pada masa itu, jumlah hadirin meningkat kepada lebih 4,000 orang  walaupun penganjur mendakwa ia berjumlah sekitar 10,000.

Sementara itu, dalam ucapannya, Presiden PAS Hadi Awang mengutuk Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) kerana berdiam diri terhadap krisis tersebut, serta beberapa pemimpin dunia yang menyokong tindakan keras tentera Mesir.

Bantahan terhadap Morsi
pas youth protest against egypt coup anthony loke 2
Krisis di Mesir tercetus pada 3 Julai dengan ketua kudeta Jeneral AbdulFattah al-Sisi menggulingkan Morsi, dengan kerajaan sementara yang diketuai oleh ketua hakim negara sehingga pilihan raya diadakan.

Tindakan itu ekoran protes oleh jutaan rakyat terhadap Morsi kerana kononnya mengabaikan masalah ekonomi dan sosial.

pas youth protest against egypt coup 3Penyokong Morsi kemudiannya turun ke jalanan menuntut supaya 
beliau dikembalikan ke jawatannya dan berlaku pertempuran ganas dengan pasukan keselamatan.

Keadaan itu mencapai kemuncaknya apabila pasukan keselamatan bertindak membersihkan kem penyokong Morsi dengan kekerasan.

Angka kematian rasmi dalam operasi pada 14 Ogos itu mencecah lebih 600, walaupun Ikhwanul Muslimin mendakwa bahawa jumlah sebenar melebihi 2,000 orang .

Puluhan anggota pasukan anggota keselamatan juga turut terbunuh.