|  N45 Dr Halimah Ali  | 
| Kerajaan Selangor sponsor program JAMBORI AMAL ISLAMI untuk SEKOLAH AGAMA RAKYAT Posted: 10 Oct 2011 08:15 AM PDT Kerajaan Selangor memahami nilai keringat pengusaha-pengusaha SAR atau Sekolah Agama Rakyat yang dibina atas kemurnian niat beberapa individu yang mahu menyemai amal jariah untuk mempastikan bangsanya melalui lorong hidup yang ditetap oleh Rabbul Jalil.  Berbekal keazaman melangit, semangat membukit, keberanian mengambil risiko maka diperah keringat sampai ke tumit, menerpa jalan yang sulit untuk mendidik anak cucu dan cicit erti hidup sebelum menjadi mayyit! Jawatankuasa Tetap Pendidikan yang dipengerusi oleh YB Dr Hjh Halimah Ali telah mengambil inisiatif untuk mengumpul semua NGO-NGO yang menaungi SAR di seluruh Selangor untuk berbincang sebelum merangka pelan tindakan bagi memperkasakanjenis institusi pendidikan terlama dan paling berksan dan terbukti tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Alhamdulillah, pelbagai NGO-NGO Islam yang kaya pengalaman dalam pendidikan seperti JIM, ABIM dan yang lebih baru HALUAN dan PITAS disamping sekolah-sekolah di bawah GAPIS di tautkan dalam ikatan ukhuwwah dan diamanahkan untuk bersinergi mentarbiyyahkan ummah khususnya generasi muda. Terbentuklah MAPPIS(Majlis Permuafakatan Isntitusi Pendidikan Selangor) yang telah dilancarkan oleh YAB Dato' Besar Selangor pada 2009. MAPPIS adalah instrumental dalam memperkasakan sekolah-jenis SAR dan telah berjaya melatih pedagogi kepada guru-guru yang tidak pernah mendapat latihan untuk mengajar termasuk dalam subjek akademik seperti Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. MAPPIS sedang melalui proses berkembang dan memantau kemajuan SAR di Selangor supaya kualiti pendidikan dalam sekolah-sekolah ini terjamin dan benar-benar melahirkan modal insan yang mampu berjaya di dunia hingga akhirat insyaallah. Di antara program yang telah berjaya dilaksanakan oleh MAPPIS ialah konvensyen pendidikan tahunan, JAMBORI AMAL ISLAMI SAR(ikut serta SABK) dan latihan guru serta pemantauan infrastruktur dan sarana sekolah yang setakat ini telah mendapat peruntukan sebanyak RM18JUTA daripada kerajaan Selangor. | 
| PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR: Tahniah ADUN BANGI! Posted: 10 Oct 2011 07:04 AM PDT Monday, October 10, 2011Menitip Panduan Terhadap Pelajar-Pelajar Menduduki Peperiksaan Sudah  tiga tahun Tuisyen Rakyat yang dianjurkan oleh pihak negeri  berlangsung. Pada dasarnya bimbingan yang diberi terhadap  pelajar-pelajar di kawasan-kawasan Dun di Selangor memberi kesan  positif. Bukti dapat dilihat dari kelas-kelas Tuisyen Rakyat di Dun  Bangi, makin meningkat. Penghargaan dan insentif tahunan terhadap  pelajar-pelajar SPM setiap tahun menunjukkan sebahagian yang menerima  insentif kecemerlangan SPM termasuk dari Kelas Tuisyen Rakyat (Tahun  lepas 3 orang dari pelajar yang skor 9 A di DUN Bangi adalah dari Kelas  Tuisyen Rakyat di DUN Bangi).  Pada  tahun ini Program Tuisyen Rakyat khususnya di DUN Bangi terus  dijalankan dan sebagaimana pada tahun-tahun yang lepas motivasi dan  bengkel-bengkel persediaan menghadapi pepereiksaan di adakan. Misalnya  pada hari ini Program Tuisyen Rakyat Negeri Selangor (PTRS) mengadakan  Bengkel Pecutan Akhir SPM bertempat di Auditorium Utama, German  Malaysian Institute (GMI), Bangi, Selangor di bawah pengendalian E-Class  Training Center (M) Sdn, Bhd. Sebagai anjuran bersama Jawatankuasa  Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan Negeri  Selangor & KPMI Dun Semenyih, Dusun Tua, Kajang, Bangi dan  Balakong. Hadir ke Majlis Perasmian Bengkel Pecutan Akhir SPM pagi ini  ialah YB Dr. Shafie Abu Bakar Adun Bangi selaku Perasmi, YB Lee Kim Sin  Adun Kajang, Tuan Haji Mat Jan Penyelaras Dun Dusun Tua, Cikgu Mohd.  Hamdan bin Safar dari E-Class Training Center, Penyelaras-Penyelaras  dari 5 kawasan, guru-guru dan pelajar-pelajar yang kesemuanya berjumlah  seramai 240 orang. Adun Bangi dalam Ucapan Perasmian, mengucap tahniah kepada pihak Penganjur yang sekali lagi dapat mengadakan Bengkel Pecutan Akhir SPM. Beliau mengharapkan pihak pelajar memberi tumpuan terhadap kaedah-kaedah pembelajaran, terutama persediaan pada peringkat akhir menjelang menghadapi peperiksaan. Menurutnya penguasaan pelajar-pelajar terhadap bidang pelajaran yang dipelajari tidak menjamin pelajar-pelajar mencapai keputusan yang baik. Menguasai bidang pelajaran, memahami soalan dan kaedah menjawab soalan menepati apa yang dikehendaki soalan adalah penting. Perkara ini tentulah menjadi sebahagian daripada apa yang akan dibincangkan di dalam bengkel nanti. Adun difahamkan bahawa pembimbing-pembimbing yang akan mengisi bengkel pada hari ini adalah dari kalangan guru-guru berpengalaman yang pernah memeriksa kertas-kertas soalan di dalam bidang masing-masing. Oleh itu Adun berharap anak-anak akan memberi tumpuan terhadap bengkel dan membuat persediaan rapi sebelum menghadapi peperiksaan SPM yang akan bermula dari 14 November – 14 Disember 2011.  Adun  Bangi mengingatkan kepada pelajar-pelajar harapan agar pelajar-pelajar  mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan tidak saja dari ibu bapa,  tetapi kerajaan negeri, bahkan Adun-Adun bagi setiap kawasan yang  menganjurkan Kelas Tuisyen Rakyat. Pelajar-pelajar adalah wakil-wakil  yang akan menyerlahkan kawasan Dun dan Negeri yang menyediakan  peruntukan khas sebagai galakan dan insentif terhadap pelajar-pelajar  Adun merasmikan bengkel dengan harapan lebih ramai mencapai  kecemerlangan di dalam peperiksaan dan seterusnya menjadi pelajar  pilihan yang akan menyambung pelajaran di dalam berbagai-bagai bidang  pelajaran. Adun menyebut bahawa pemilihan GMI sebagai tempat bengkel  agar memberi rangsangan dan inspirasi kepada pelajar-pelajar  bersungguh-sungguh di dalam pelajaran dan bercita-cita untuk menyambung  pelajaran termasuk ke GMI yang canggih dan moden ini.  Sebelum  dari itu YB Cikgu Lee Kim Sin, menekankan perlunya memahami teknik  jawapan untuk mendapat skor dalam peperiksaan. Pelajar juga perlu  melalui motivasi bagi meningkatkan prestasi peperiksaan. Beliau  menggalakkan berdiskusi dan bertukar-tukar maklumat dan perbincangan  melalui facebook. Cikgu Mohd Hamdan sebelumnya memaklumkan kepelbagaian  pendekatan bagi meningkatkan prestasi pelajar-pelajar di dalam pelajaran  seperti parenting, smart learning, Pelancaran PTRS, bengkel, pecutan  akhir dan bengkel Motivasi Perdana yang akan diadakan pada 22 Oktober  2011 nanti bertempat di Stadium Melawati di Shah Alam.  Bengkel  Seharian (8.00 pagi – 5.00 petang) Bersama Guru-Guru Berpengalaman  menumpukan pendekatan di dalam menjawab soalan Sejarah, Matematik,  Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Di dalam bengkel berbagai petua  disampaikan. Antaranya (Petua-petua di bawah adalah petikan dari kertas  disediakan oleh penganjur dengan perubahan dan penyesuaian): Persediaan Menghadapi Pelajaran 
 Peresediaan di Malam Peperiksaan 
 Petua Semasa di Dalam Dewan Peperiksaan 
 Petua Selepas Peperiksaan 
 Petua Untuk Ibu Bapa 
 Semoga semua di dalam Hidayah Allah dan didoakan semoga mencapai keputusan cemerlang. Insya Allah. Sekian. | 
| You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
 
 
 


