Rabu, 7 November 2012

MY VOICE FOR NATION

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


EXCO Pendidikan umum keputusan peperiksaan PSRA 2012

Posted: 07 Nov 2012 07:09 AM PST

 SHAH ALAM
6/12/12

Jabatan Agama Islam Selangor mewujudkan satu jenis peperiksaan bagi pelajar tahun 6 yang telah mengambil kelas al Quran dan Fardhu 'Ain yang digelarkan Penilaian Sekolah Rendah Agama(PSRA).

Untuk tahun 2012, Bahagian Pendidikan JAIS telah membuat beberapa perubahan dalam sukatan pelajaran dan juga penilaian. Maka kalau selama ini ada di kalangan guru yang berniat 'baik' cuba memberi tip kepada murid mereka supaya mendapat keputusan 'cemerlang'
 bila menduduki PSRA. Walaupun ini sepatut tidak berlaku ia itu pelajar tidak perlu memahami konsep sangat. Mereka biasanya diukur daripada kemampuan menghafal dan mengeluarkan apa yang mereka hafal itu dalam kertas jawapan. Ini akan memberi markah yang tinggi. Ini seterusnya melonjakkan pencapaian sekolah dan mendapat sanjungan yang mengukuhkan lagi perbuatan baca hafal tulis.

Malangnya pelajar sebegini tidak dibina benteng yang kukuh kerana gagal disebatikan konsep asas kefahaman Islam yang sebenar. Timbullah Islam bersifat ritual yang dipraktikkan ketika menghadapi masalah atau malapetaka seperti membaca Yasin ketika sakit atau mati.
Selain daripada itu sukar untuk 'menikmati' keindahan Islam itu sendiri. Inilah intisari yang diucap oleh EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor sebelum mengumumkan keputusan PSRA. Beliau menekankan peri penting menanam benih tauhid yang tulen dan pastikan ia tumbuh subur. KPI pengajaran dan pembelajaran Islam kata YB Dr Hjh Halimah Ali ialah setelah selesai silibus pembelajaran itu si pelajar kenal Allah, Rasul, erti nilai hidup di dunia dan akhirat. Mereka akan tahu formula sukses yang sebenar.
 Pelajar lelaki terbaik adalah daripada SRAI Bandar Baru Bangi.Wan Imran Wan Yusni akan membuat ADUN Bangi teruja.
Pelajar lelaki terbaik pula daripada daerah Klang, Wan Nadia memperolehi markah yang sama dengan Wan Imran iaitu 98.8%

Selaku EXCO Pendidikan Selangor, YB Dr Halimah mengharapkan JAIS memikirkan kurikulum yang bersifat pelajar centric dan mampu memhamkan setiap pelajar dengan ilmu aqidah, syariat dan akhlak Islam yang sebenar sehingga mereka mampu menjadi 'walking Islam'.


Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Sumbangan Kepada Masyarakat India Di Taman Bangi Permai Menyambut Deepavali

Posted: 07 Nov 2012 03:17 PM PST

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


[Budget 2013 Parliamentary Debate] Teks perbahasan MP Serdang utk bajet 2013

Posted: 07 Nov 2012 06:01 AM PST

Please find the following My debate in parliament regarding budget 2013 during policy stage:-

Tuan Yang di-Pertua: I got to call from DAP. Kalau saya tengok seniority memang Yang Berhormat Selayang. Akan tetapi nanti wanita bising. Silakan. Saya bagi sama Yang Berhormat Serdang.


Puan Teo Nie Ching [Serdang]:
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya inginlah membangkitkan beberapa perkara. Salah satu perkara saya ingin bangkitkan pada hari ini adalah tentang fungsi Parlimen yang dalam pandangan saya menjadi semakin merosot. Saya ingin merujuk kepada jawapan bertulis daripada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kepada soalan saya yang bernombor 28 pada 18 Jun tahun ini. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, soalan saya pada hari itu adalah "...meminta Menteri Pertanian menyatakan senarai pemegang-pemegang permit import (AP) bagi daging babi". Walau bagaimana pun jawapan bertulis yang diberi oleh Menteri langsung tidak menjawab soalan tersebut. 

Menteri Pertanian hanya menjawab "...bahawa sehingga Mei tahun ini sejumlah 27 syarikat telah diberi kelulusan untuk import daging babi dan empat syarikat telah diberi untuk import karcas suckling piglet dengan izin daripada abatoir luar negeri yang telah diluluskan".

Menteri langsung tidak senaraikan pemegang-pemegang permit import daging babi tetapi hanya memberitahu jumlah syarikat yang telah diberi kelulusan. Perkara ini dalam pandangan saya amat mengecewakan kerana soalan saya pada hari itu sangat senang untuk difahami. Walau bagaimanapun dengan merujuk kepada jawapan yang diberi oleh Menteri tersebut, saya berpendapat bahawa Menteri tersebut langsung tidak faham soalan saya atau beliau cuba menyembunyikan sesuatu.

Sebagai seorang Ahli Parlimen, saya rasa jawapan yang jujur yang lengkap daripada Menteri-menteri adalah amat penting supaya saya boleh menjelaskan perkara ini kepada pengundi-pengundi saya. Sikap Menteri Pertanian yang sebegini telah mengganggu fungsi Parlimen untuk menyemak pelaksanaan kuasa eksekutif dalam negara ini. Oleh yang demikian, saya tiada pilihan tetapi menulis kepada Tuan Yang di-Pertua pada 26 Jun tahun ini dan melalui bantuan Tuan Yang di-Pertua, saya mendapat satu jawapan yang lengkap dengan senarai pengimport dengan permit import. Jadi di sini, saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

 Akan tetapi malangnya, perkara ini bukan berlaku sekali sahaja. Dalam sesi ini perkara yang sama berlaku lagi. Saya merujuk kepada jawapan lisan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kepada Ahli Parlimen Tenggara yang bernombor 3 pada 24 September tahun ini. Semasa menjawab soalan tersebut, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan juga memohon kebenaran untuk menjawab pertanyaan itu bersekali dengan pertanyaan-pertanyaan yang lain termasuk soalan saya yang bertarikh 30 Oktober tahun ini kerana ia menyentuh perkara yang sama iaitu sambutan hari kemerdekaan.

Memang saya setuju bahawa soalan saya juga menyentuh sambutan hari kemerdekaan. Akan tetapi soalan saya adalah mengenai SMS yang telah dihantar untuk menggalakkan warganegara untuk memeriahkan acara perbarisan dan perarakan sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-55 pada 31 Ogos di Dataran Merdeka pada jam 8 pagi. Saya juga memohon Menteri untuk menyatakan kos kepada syarikat telco untuk penghantaran SMS tersebut. Walau bagaimanapun, dalam jawapan lisan dan juga jawapan tambahan yang diberi oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pada hari itu langsung tidak menjawab soalan saya mengenai jumlah SMS yang telah dihantar dan juga kos yang terlibat.

(More......)

【光华日报】没兴建全津贴华小? 张念群质疑第9大选计划

Posted: 07 Nov 2012 05:56 AM PST

(吉隆坡6日讯)民主行动党沙登区国会议员张念群对第9大选计划下宣布增建的7所华小地位提出质疑,特别是沙登岭华小、双溪龙华小和加影先锋镇华小已被归纳为半津贴华小,这是否意味着在第9大马计划下没有建造任何的全津贴华小。

张念群今日在国会走廊针对教育部的回应召开记者会指出,政府曾在2008年宣布拨出校地和款项用来增建7所华小,而沙登岭华小、双溪龙华小和加影先锋镇华小便是其中3所新增建的华小。

因此,按照教育部的条文,有关在第9大马计划下宣布的华小,应该被视为全津贴华小。

她披露,沙登岭华小、双溪龙华小和加影先锋镇华小的土地并非私人或董事献地,而是由政府批出校地和款项增建,所以应把新增的华小列为全津贴学校,以享有政府所给予的援助。

新闻转载自《光华日报》 (More......)

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


The question of whether a candidate stands for both parliament and state seats in particular situations should be decided on a case by case basis.(en/bm/cn)

Posted: 07 Nov 2012 07:22 AM PST

Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 7.11.2012.

The DAP Central Executive Committee (CEC) at its meeting on Monday night 5.11.2012 unanimously reiterates that the question of whether a candidate stands for both parliament and state seats in particular situations should be decided on a case by case basis, as it relates to political strategy and winnability. All members are urged to refrain from publicising an internal party mechanism to the mainstream media, which is intent on portraying and harming DAP and PR negatively.

Such negative portrayals are sensationalised to distract attention from the failed policies, lies and crony culture perpetuated by BN. Apart from the issue of installing 831 1Malaysia Cameras under the controversial Automated Enforcement System(AES) that allows private companies to profit by earning commission based on traffic summons issued, BN is mired in financial scandals and improprieties involving its leaders.

Unable to explain the misbehaviour of BN leaders, the mainstream media has resorted to distorting and twisting the statements of PR leaders to the extent of playing the dangerous game of race and religion. The attempt by Utusan Malaysia to pit Muslims against non-Muslim by labelling DAP as "kafir harbi" or belligerent infidels failed dramatically when Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom said the National Fatwa Council has never issued any fatwa (religious orders) to refer to non-Muslims as "kafir harbi".

In replying to PAS President Datuk Seri Abdul Hadi Awang in Parliament, Jamil Khir said that any statements calling non-Muslims as "kafir harbi" or "kafir zimmi" are merely personal opinions that Muslims are not bound by these personal convictions. Utusan had distinguished DAP as "kafir harbi" from the MCA or MIC as "kafir zimmi" that have accepted the supremacy of the Islamic state and hudud.

The phrase "kafir harbi" has historically been used to describe non-Muslims who are seen as enemies of Islam, and whose deaths are allowed or justified in a war setting as they are seen to be attempting to kill Muslims. In other words, Utusan is implicitly sanctioning violent action against DAP leaders, even though DAP has not killed or harmed a single Muslim or Malay.

Like DAP, PAS has not killed a single non-Muslim or non-Malay yet continues to be demonised as a threat to the safety of non-Malays. Instead DAP have lost a member like Teoh Beng Hock who was found dead in the Malaysian Anti-Corruption Commission(MACC) whereas PAS members were killed in the 1985 Kampung Memali incident.

Despite such lies by Utusan, no action has been taken against Utusan. DAP leaders must stand united against such desperate attempts by the mainstream media to win the next general elections for BN at all costs by hook or by crook.

LIM GUAN ENG

============================
Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 7.11.2012

Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP dalam mesyuaratnya pada hari Isnin, 5.11.2012 telah bersetuju dengan sebulat suara bahawa persoalan sama ada seseorang calon itu bertanding kerusi Parlimen dan DUN secara serentak akan ditentukan mengikut keadaan kerana ia melibatkan strategi politik dan kebolehan untuk menang. Semua ahli digesa untuk tidak menghebahkan mekanisme dalaman parti kepada media arus perdana yang berniat untuk menggambarkan DAP secara negatif.

Gambaran negatif yang disensasikan adalah taktik untuk mengalih perhatian daripada dasar-dasar gagal, fitnah dan budaya kroni yang diamalkan BN. Selain daripada isu pemasangan 831 kamera 1Malaysia di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang menguntungkan syarikat-syarikat swasta melalui komisyen daripada setiap saman yang dikeluarkan, BN juga terperangkap dalam skandal-skandal kewangan dan salah laku oleh pemimpin-pemimpinnya.

Kerana tidak berupaya untuk menjelaskan salah laku pemimpin-pemimpin BN, media arus perdana terpaksa memutar belit kenyataan-kenyataan pemimpin PR sehingga memainkan sentimen perkauman dan agama. Cubaan oleh Utusan Malaysia untuk melaga-lagakan orang Islam dengan bukan Islam dengan melabel DAP sebagai "kafir harbi" telah gagal apabila Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah menyatakan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan fatwa yang menggelarkan orang bukan Islam sebagai "kafir harbi".

Dalam jawapannya kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen, Jamil Khir telah berkata bahawa apa-apa kenyataan yang menggelarkan orang bukan Islam sebagai "kafir harbi" atau "kafir zimmi" hanya pendapat peribadi dan orang Islam tidak terikat dengan pendirian tersebut. Utusan telah membezakan DAP sebagai "kafir harbi" berbanding MCA atau MIC sebagai "kafir zimmi" yang telah menerima negara Islam dan hudud.

Dari segi sejarah, frasa "kafir harbi" telah digunakan untuk merujuk kepada orang bukan Islam yang memusuhi Islam, di mana kematian mereka dibolehkan atau diwajarkan dalam suasana perang kerana mereka dilihat mencuba untuk membunuh orang Islam. Dalam erti kata lain, maksud tersirat Utusan adalah untuk menyarankan keganasan terhadap pemimpin-pemimpin DAP, walaupun DAP tidak pernah membunuh atau mencederakan walaupun seorang Islam atau Melayu.

Sepertimana DAP, PAS juga tidak pernah membunuh walaupun seorang bukan Islam atau bukan Melayu, tetapi masih lagi dijadikan momok yang mengancam keselamatan bukan Melayu. Sebaliknya, DAP telah kehilangan ahli seperti Teoh Beng Hock yang ditemui mati di perkarangan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sementara ahli-ahli PAS telah dibunuh dalam insiden Kampung Memali 1985.

Walaupun difitnah Utusan, tiada tindakan diambil terhadap akhbar tersebut. Pemimpin-pemimpin DAP harus bersatu menentang tindakan-tindakan terdesak oleh media arus perdana untuk memberi kemenangan kepada BN dalam pilihan raya umum yang akan datang.

LIM GUAN ENG

===============================================
民主行动党秘书长及峇 眼国会议员林冠英于2012年11月7日在吉隆坡发表的文告

民主行动党中央委员会于2012年11月5日,周一晚的会议,针对是否在特殊情况下候选人兼打国州议席一事,一致重申必须基于个别案例处理,因为这涉及到政治战略与胜选率。全体党员受促慎戒向意图绘声绘影及损害行动党及民联的主流媒体透露党内部机制。

这些煽色腥的负面报导,企图从国阵政策的失败、谎言及朋党文化中转移视线。除了允许私人公司透过自动执法系统(AES)安装831座1个马来西亚照相机,并以发出罚单赚取佣金之外,国阵还深陷多宗金融丑闻,多名国阵领袖都牵涉其中。

在无法解释国阵领袖的品行不端的行为之下,主流媒体唯有扭曲民联领袖的言论,大玩危险的种族及宗教游戏。马来西亚前锋报将行动党标签为"异教徒敌人"(kafir harbi)企图煽动穆斯林对付非穆斯林的伎俩,在首相署部长拿督斯里查米尔表示,全国宗教裁决理事会并没有发出宗教命令宣称非穆斯林是异教徒敌人之后,不攻而破。

在回答伊斯兰党主席拿督哈迪阿旺的国会提问中,查米尔表示将非穆斯林称为"异教徒敌人"或"异教徒友人"纯属个人意见,穆斯林并不会受到这种个人信念所影响。前锋报将行动党标签为"异教徒敌人"(kafir harbi),把接受伊斯兰国及伊斯兰刑事法的马华及国大党标签为"异教徒友人"(kafir zimmi)。

"异教徒敌人"(kafir harbi)是历史上的用词,用以形容作为伊斯兰教的非穆斯林敌人,这些非穆斯林敌人是可以被杀害及向其开战的,因为这些非穆斯林看来就会杀害穆斯林。因此,前锋报竟然隐晦的要以暴力行动制裁行动党领袖,即使行动党不曾杀害或伤害任何穆斯林及马来同胞。

就像行动党一样,伊斯兰党也不曾杀害任何非穆斯林或非马来人,却一直被妖魔化为非马来人的安全威胁。相反的行动党的赵明福却在反贪会里面死亡,而伊斯兰党员也在1985年的甘榜末马里事件(Kampung Memali incident)被杀害。

前锋报如此恶毒的弥天大谎,当局却没有采取任何行动对付前锋报。行动党领袖必须上下一心,对抗这种以不择手段的绝望手法,竭尽所能为国阵取得来届大选胜利的主流媒体。

林冠英

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


MIC Kantoi, Minit Sahkan Mereka Sokong Bina Kondo

Posted: 07 Nov 2012 12:15 AM PST

(Muka depan akhbar The Sun hari ini yang mendedahkan minit mesyuarat MPS pada 29 Nov 2007)
PETALING JAYA: Minit mesyuarat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 29 November 2007 mengesahkan, projek kondominium bersebelahan Batu Caves turut disokong oleh ahli majlis dari MIC.

Antara ahli MPS yang menyokong cadangan pembinaan kondo itu adalah timbalan Menteri Luar, Datuk A Kohilan Pillay yang menjadi ahli majlis dari Gerakan antara 1997 hingga 2007.

Turut menyokong adalah tiga wakil MIC dalam MPS iaitu Rajakupal Sinarthamby, Jayakumaran Govindasamy dan Rajadran Muniandy, lapor muka depan akhbar harian The Sun hari ini.

MIC dan Gerakan baru-baru ini menyalahkan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat kononnya mereka yang meluluskan pembinaan itu.

Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu 26 Oktober lepas memimpin tunjuk perasaan membantah pembinaannya dengan alasan akan merosak alam sekitar Batu Caves yang menjadi kuil hindu itu.

Minit mesyuarat yang diperolehi oleh The Sun itu mengesahkan bahawa permohonan untuk pembinaannya turut disertakan dengan pelan lengkap layout dan bangunannya.

Minit itu juga mengesahkan, kebenaran telah diberikan kepada pembinaan 18 unit rumah kedai tiga tingkat dan dua bangunan menara, satu 25 tingkat dan satu lagi 29 tingkat.

Sumber: HarakahDaily

Liu: Selangor Mungkin Batal kelulusan Kondo Batu Caves

Posted: 07 Nov 2012 12:12 AM PST

Kerajaan Selangor mungkin membatalkan kelulusan projek kontroversi kondominium Park Avenue di Batu Caves untuk mengabaikan bantahan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, kata Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu.

Kawasan tanah rizab yang terletak antara projek kondominium 29
tingkat itu dan Batu Caves adalah terlalu sempit, dan ini boleh menyebabkan batu runtuh dan ketidakstabilan tanah, kata Liu kepada Malaysiakini semalam.

"Projek ini adalah sangat dengan gua dan tidak ada langkah-langkah keselamatan yang mencukupi untuk mencegah batu runtuh," katanya sambil menambah bahawa sekarang pihaknya boleh membatalkan projek tersebut.

"Kami ada hak untuk membetulkan (kesilapan) masa lalu."

Liu berkata kerajaan negeri BN sebelumnya tidak sepatutnya meluluskan projek di tempat pertama.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan dalam akhbar harian berbahasa Inggeris theSun pada hari Isnin bahawa surat JAS Selangor bertarikh pada 24 Januari 2007 kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menegaskan bahawa MPS telah meluluskan projek itu pada tahun 2007 walaupun dibantah oleh JAS.

Surat tersebut, salinannya diperolehi Malaysiakini, menyatakan dengan jelas bahawa JAS tidak menyokong projek tersebut.

Laporan cadangan pemajuan yang dikemukakan, tidak menyediakan tanah rizab yang mencukupi antara projek kondominium yang dicadangkan itu dengan bukit, yang dikehendaki di bawah dasar kerajaan negeri.

Oleh itu, jabatan berkenaan tidak menyokong pembangunan tersebut kerana ia mempunyai potensi untuk menyebabkan tanah runtuh dan masalah lain.

Satu lagi surat dari Jabatan Mineral dan Geosains di Selangor, yang salinannya juga diperolehi Malaysiakini, pula menyenaraikan lima syarat pembinaan yang perlu dipenuhi oleh pemaju.

Rancangan pembinaan kondominium tersebut berhampiran Kuil Sri Subramaniar yang bersejarah, menarik perhatian selepas jawatankuasa kuil itu, yang disokong oleh pemimpin tinggi MIC, termasuk bekas presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu, mengetuai bantahan terhadap kerajaan negeri Selangor.

Isu itu timbul selepas jawatankuasa kuil itu yang disokong MIC mengadakan bantahan terhadap projek tersebut pada akhir bulan Oktober.

Bagaimanapun, Liu kemudiannya mendedahkan dokumen-dokumen yang menunjukkan bahawa kerajaan BN telah, pada tahun 2007, meluluskan projek kondominium itu.

Liu dilaporkan sebagai berkata bahawa Senator A Kohilan Pillay dari Gerakan dan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan dari MIC adalah antara mereka yang bertanggungjawab meluluskan projek tersebut.

Bagaimanapun, Kohilan dan Kamalanathan telah menafikan tuduhan itu dan membuat laporan polis mengenai perkara itu

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan bahawa sebuah pasukan petugas bebas ditubuhkan untuk mengkaji perkara itu.

Anggota pasukan petugas itu dijangka diumumkan hari ini, selepas mesyuarat exco kerajaan negeri.

Sumber: Malaysiakini

PKR Dakwa Wujud Satu Lagi Kejanggalan Daftar Pemilih

Posted: 07 Nov 2012 12:10 AM PST

KUALA LUMPUR, 7 NOV : PKR mendakwa wujudnya satu lagi bentuk kejanggalan manipulasi daftar pemilih dengan tidak melalui Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) yang dipamerkan di setiap suku.

Perkara ini didedahkan oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Menurutnya, bentuk kejanggalan di dalam daftar pemilih boleh disifatkan sebagai kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta tidak menolak kemungkinan dimanipulasi dengan sengaja oleh SPR.

"RDPT merupakan 'audit trail' di dalam daftar pemilih. Dan SPR wajib boleh 'tally' jumlah pemilih di dalam daftar pemilih setiap suku yang disahkan melalui cara ini.

"Sebaliknya didapati SPR gagal berbuat demikian. SPR sewenang-wenangnya masukkan nama dan keluarkan nama, pindahkan nama pemilih tanpa di pamer terlebih dahulu," katanya yang turut disertai oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali.

Sebagai contoh, hasil audit daftar pemilih di antara daftar pemilik induk Suku ke-4 2011 dan daftar pemilih induk Suku Pertama 2012 seperti yang dibekalkan oleh SPR kepada PAC bagi Parlimen Kuantan (P083) mendapati, sebanyak 155 nama pemilih dimasukkan ke dalam daftar pemilih tanpa melalui RDPT.

"Kita mendapati nama yang sudah dipamerkan sebagai pemotongan sebelum ini dimasukkan semula ke dalam daftar pemilih P083 sedangkan tiada bantahan dibuat ke atas nama tersebut.

"Terdapat 40,000 nama di seluruh negara. Sejumlah 15 undi pos (polis dan tentera) dimasukkan tanpa dipamerkan.

"Terdapat juga nama dipindahkan masuk tanpa dipamerkan terlebih dahulu. Mereka ini merupakan pemilih di kawasan lain sebelum ini," katanya.

Menurut Fuziah lagi, sebanyak 433 nama pemilih hilang dari daftar pemilih begitu sahaja tanpa dipamerkan.

"Semakan kami menunjukkan jumlah yang besar terus hilang (tiada dalam rekod). Kalau meninggal sekalipun tidak mungkin sampai 400 lebih nama.

"Selain itu sejumlah besar dipindahkan ke kawasan Parlimen lain tanpa dipamerkan (hampir 100 nama) dan jumlah pemilih yang dipamerkan keluar terdiri dari pemilih awam dan pos," ujarnya lagi.

Justeru, beliau menuntut penjelasan SPR mengenai perkara berkenaan.

Tegasnya keadaan ini membuktikan SPR tidak membersihkan daftar pemilih dan kemungkinan besar ianya dilakukan dengan sengaja untuk membantu Umno-BN.

Sumber: Selangorku

MB Selangor Rampas Tanah, Untuk Rakyat

Posted: 06 Nov 2012 09:45 PM PST


Selangor Buka Kembali Dua Loji Pakai Teknologi Membran

Posted: 06 Nov 2012 06:34 PM PST

KLANG 06 NOV : Kerajaan Negeri Selangor akan membuka dua lagi loji yang tidak beroperasi di Ampang dalam usaha meningkatkan kapasiti pengeluaran air yang terawat kepada pengguna Lembah Klang.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata kedua-dua loji itu merupakan aset Kerajaan Negeri tetapi telah diabaikan seperti Loji Bukit Jelutong.

Katanya, pihaknya sudah meminta Timbalan Pengarah UPEN, Nor Azmi Diron untuk menyelidik potensi loji-loji itu.

"Sekiranya kedua-dua loji itu berpontensi dan benar sudah tidak digunakan, saya akan berbincang perkara ini dengan lebih lanjut dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.

"Kita juga akan menggunakan mana-mana aset-aset ini untuk bangunkan semula loji ini dengan menggunakan kaedah teknologi membran atau kaedah konservatif," katanya ketika ditemui TvSelangor.

Baru-baru ini, Loji Perawatan Air (LPA) di Bukit Jelutong yang ditutup sejak 17 tahun lalu akan dibuka semula untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran air terawat.

Kerajaan Negeri kini dalam proses menjalankan kajian rintis bagi membolehkan loji tersebut diguna semula dan dijangka siap Jun tahun depan.

"Dalam masa kajian yang akan dilakukan, kita akan membuka tender kepada mana-mana kontraktor yang berminat.

"Sekarang kita beri tempoh dua bulan kepada syarikat jurutera perunding untuk melaksanakan kajian menyeluruh untuk mengemukakan kertas kajian yang lengkap kepada Kerajaan Negeri," katanya.

Sumber: Selangorku

Adun Seri Andalas Membuat Lawatan Kawasan Banjir di Dun Seri Andalas

Posted: 06 Nov 2012 06:15 PM PST

Ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor, YB Dr. Xavier Jayakumar yang juga Adun Seri Andalas telah turun padang melawat kawasan yang dinaiki air sekitar kawasan perumahan di  Kampung Jawa yang terletak di bawah Dun Seri Andalas pada 02 November 2012 yang lalu.

 Beliau kemudiannya menziarahi kawasan yang dinaiki air di Bandar Puteri dan kawasan berdekatan.

Ini berikutan hujan lebat turun beberapa hari menyebabkan hampir seluruh kawasan Taman Sentosa, Kampung Jawa, Kg. Johan Setia, Bandar Puteri dan kawasan sekitarnya dinaiki air untuk beberapa hari.

Ekoran hujan terus turun pada hari hari berikutnya menyebabkan air banjir mengambil masa untuk surut.  

Semasa lawatan tersebut lebih 3,000 paket roti canai dan nasi lemak telah diagih-agihkan dari rumah ke rumah kepada mangsa-mangsa banjir selama 3 hari berturut-turut di kawasan-kawasan terlibat.

Pada sebelah malam 03 November 2012, beliau telah melawat Jalan Abdul Hamid 17, Taman Sentosa dan terlibat sama memantau kerja-kerja mengorek dan melebarkan parit tambahan menggunakan mesin jengkaut (excavator)  bagi memudahkan laluan air banjir yang semakin naik di kawasan tersebut.  

Ujar Dr. Xavier hujan yang turun lebat mencurah-curah di sebelah petang untuk beberapa hari telah menyebabakan air naik dengan pantas di kawasan-kawasan terlibat. Ini ditambah dengan sistem perparitan yang tidak sistematik memandangkan parit dan longkang yang ada di Taman Sentosa telah dibina lebih 25 tahun yang lalu tidak dapat menampung air hujan yang banyak dalam satu-satu masa.    

Ujarnya lagi Kerajaan Negeri telah merancang untuk membina sebuah kolam takungan banjir ( flood retention pond) seluas 19 ekar di
Taman Botanik (yang terletak berhampiran) untuk mengatasi masalah banjir yang telah lama berlarutan.

Kerja-kerja pembinaan  dijangka dimulakan dalam beberapa bulan lagi dan siap dipertengahan tahun hadapan.

Dengan pembinaan kolam takungan tersebut ianya dapat menyelesaikan hampir keseluruhan masalah banjir di kawasan Taman Sri Sentosa, Bandar Puteri, Kg. Jawa dan kawasan sekitanya.












Blog@Wengsan...博客@永山

Blog@Wengsan...博客@永山


Projek-Projek MARRIS DUN Kampung Tunku 2012

Posted: 07 Nov 2012 12:15 AM PST

AES劫贫济富

Posted: 06 Nov 2012 09:39 PM PST

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Putar Belit Kenyataan Izzah, Media Umno Tak Siuman – Pengerusi Shura

Posted: 07 Nov 2012 01:14 AM PST

KeadilanDaily

Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Abdul Ghani Shamsudin mempersoal tahap kewarasan media Umno apabila sanggup memutar belit kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar sehingga ada yang mempertikai akidahnya.

Katanya, media Umno seolah-olah diperalat supaya memesongkan pemikiran rakyat kepada parti pemerintah semata-mata pilihan raya semakin hampir.

"Media Umno dah dekat-dekat pilihan raya ini, tahap kesiuman mereka semakin rendah. Oleh kerana itu, kita kena check (semak) dulu apa yang disiarkan mereka.

"Kalau mereka tak tahu pasal agama, jangan berani putar belitkan kenyataan terutama melibatkan soal agama," katanya ketika dihubungi.

Tegas beliau, tiada apa yang perlu diisukan berhubung kenyataan Nurul Izzah sedangkan beliau hanya menyebut perkara asas dalam surah al Baqarah mengenai beragama.

"Apa yang diperkatakan Nurul Izzah itu betul, cuma mereka (media) putar belit. Tindakan mereka mengaitkannya dengan isu murtad sama sekali tidak betul kerana isunya sekarang kebebasan agama.

"Murtad isu lain…maksudnya ia tertakluk kepada yang sudah beragama Islam. Jadi kenapa media kaitkan isu ini pula," jelas beliau.

Abdul Ghani berkata, tujuan sebenar media kawalan Umno bukan mahu membela agama, tetapi demi menjaga pemerintah yang di ambang kebangkitan rakyat.

"Tujuan media Umno itu jelas, mereka dipulun setiap hari untuk cari kesalahan parti pembangkang. Sebab itu mereka gunakan media BN untuk burukkan Pakatan Rakyat," ujarnya.

Gejala Murtad; Siapa Berkuasa Lebih 50 Tahun Negara? — Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss

Posted: 06 Nov 2012 11:30 PM PST

The Malaysian Insider

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menempelak Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak dan Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Perak yang mencabar agar menyatakan pendirian berikutan kenyataan Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden PKR yang dikatakan membenarkan kejadian murtad oleh umat Islam di Malaysia.

Persoalan mudah kami, siapakah yang telah berkuasa memerintah negara Malaysia lebih 50 tahun? Bukankah sebelum ini pada tahun 2006 kenyataan daripada Tan Sri (Dr) Haji Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak telah mengatakan menerima laporan menerusi kajian sekumpulan Melayu profesional dan intelektual bahawa terdapat jumlah mereka yang murtad tersebut mencapai sehingga 100,000 orang? Di mana Pemuda Umno ketika itu?

Siapakah yang sebenarnya membenarkan kes murtad berleluasa di negara ini dan di Perak khasnya? Siapakah yang cuba mengamalkan kembali ‘ancak’ di Manong, Kuala Kangsar dulu yang jelas boleh mengelirukan umat Islam? Siapakah yang menganjurkan program-program hiburan ala barat sehingga membawa anak-anak muda lalai kepada Agama? Bukankah juga Parti-Parti dalam Komponen BN terutamanya MCA melalui Presidennya yang secara jelas menyerang Islam tanpa ada amaran keras daripada Pemuda Umno? Bagi kami Pemuda Umno tidak ikhlas membela Islam dan memertabatkan Islam di mata orang bukan Islam sedangkan mereka berkuasa melakukannya. Dan sebenarnya Pemuda Umno dan BN sudah ketandusan idea untuk terus menjadi tonggak Umno dan BN.

Ini juga jelas bahawa Pemuda BN ingin meletakkan kegagalan mereka menjaga Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia sebagai Agama rasmi kepada pihak terutamanya melalui kenyataan Nurul Izzah yang telah diputar belit oleh media tertentu. Saya bersedia mencabar Pemuda Umno terutamanya Ketua Pemudanya untuk berdebat di atas kepentingan Islam jika mereka benar-benar ikhlas dan berani untuk bersemuka. Tidak perlu melalui sidang media dan kenyataan media semata-mata dan akhirnya semua tindakan akan merugikan Islam kembali.

Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Dr Asri: Kenyataan Izzah Disalah Tafsir

Posted: 06 Nov 2012 11:23 PM PST

Sinar Online

Kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang didakwa meremehkan soal akidah dalam Islam dianggap bersifat umum.

Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, berdasarkan pemerhatian beliau menerusi rakaman video, kenyataan Nurul Izzah mengatakan tidak boleh memaksa mana-mana pihak dalam beragama.

Menurutnya, kenyataan seumpama itu mungkin boleh memberi pelbagai reaksi.

“Beliau mengulas soalan mengenai kebebasan beragama. Di situ, mungkin berlaku salah tafsiran kerana ia tidak diterangkan dengan mendalam.

“Kerana itu, beliau telah menghubungi saya untuk menjelaskan maksud kenyataan tersebut. Selepas menonton video tersebut, boleh dirungkaikan kepada dua perkara iaitu pertama dari segi beragama dan kedua penghayatan agama Islam di mana tidak ada paksaan,” katanya kepada

Serang Nurul Golongan Desperado, Kata Mujahid

Posted: 06 Nov 2012 08:32 PM PST

Harakah

Mujahid Yusof Rawa menyifatkan, kenyataan Nurul Izzah Anwar telah diputarbelitkan untuk kepentingan pihak tertentu yang desperado.

Bagi beliau, “Tiada paksaan dalam agama” adalah prinsip kemuliaan Islam tetapi ini bukan bermakna ia menggalakkan kemurtadan.

Bagi beliau, mengaitkan prinsip ini dengan rela pemurtadan menunjukkan kecelaruan pemikiran golongan sempit agama termasuklah sesiapa yang mengulangnya tanpa fahaman.

“Saya ada dalam majlis itu sebagai pembicara,” katanya mengulas serangan Utusan terhadap Nurul Izzah.

Kenyataan itu dibuatnya dalam laman facebooknya hari ini.

Mujahid, anggota Parlimen Parit Buntar turut berada dalam forum bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility? bersama Nurul Izzah.

Utusan hari ini juga menyerang Mujahid kononnya beliau tidak berbuat apa-apa apabila mendengar penyataan Nurul itu.

Siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Terengganu

Posted: 06 Nov 2012 08:27 PM PST

9 November 2012 (Jumaat)

1) 1.00 tghari – Solat Jumaat – Masjid Sultan Mizan, Kerteh, Kemaman

2) 2.00 ptg – Ceramah & Jamuan Rakyat – Kg Gelugor, Kerteh, Kemaman

3) 4.30 ptg – Ceramah & Santai – Syahbandar, Kuala Terengganu

4) 7.00 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib

Lokasi : Surau Ladang Sekolah, Kuala Terengganu
5) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – DUN Telemong

Lokasi : Markas PKR, Kg Kubang Palas, Kuala Telemong,
Hulu Terengganu
6) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Merdeka Rakyat – DUN Seberang Takir

Lokasi : Tapak Pasar Teluk Ketapang, Seberang Takir
7) Barisan Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Dato' Saifuddin Nasution

iii. YB Azan Ismail

iv. YB Dr Alias Abdul Razak

v. YBhg Rafizi Ramli

vi. YBhg Abd Rahman Yusof

vii. YBhg Mahyuddin Abdul Rashid

viii. YBhg Ng Chai Heng

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Nazrin: Adakah Raja dikehendaki membisu bila rakyat gelisah?

Posted: 07 Nov 2012 04:02 AM PST

22 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah bertanya sama ada Raja-Raja Melayu wajar terus berdiam diri membisu seribu bahasa ketika institusi-institusi kerajaan kelihatan semakin 'terseret dalam kancah politik kepartian'. Menurut baginda, integriti, profesionalisme, imej neutral serta tidak partisan institusi tersebut yang semakin dipertikaikan, menghakis rasa hormat dan keyakinan rakyat terhadap institusi berkenaan. "Suasana ini jika berlarutan memungkinkan warga beralih kepada opsyen-opsyen lain, memungkinkan berlakunya suasana tanpa perundangan, memungkinkan negara terjerumus ke dalam anarki. "Adakah dalam suasana kegelisahan warga ini Raja dikehendaki bersifat pasif membisu seribu bahasa?" soal baginda ketika menyampaikan Syarahan Perdana Budaya bertajuk 'Raja Berperlembagaan: Kelangsungan Negara Bangsa' di Kuala Lumpur petang tadi. (MK)

Rangkaian TV: Obama dipilih semula presiden US

Posted: 07 Nov 2012 03:02 AM PST

22 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah dipilih semula, demikian mengikut unjuran rangkaian televisyen utama US. Kemenangan itu dianggap bersejarah kerana ini adalah kali kedua dalam beberapa dekad ini calon Demokrat menang penggal kedua di White House. Semua rangkaian televisyen utama US mengunjurkan Obama akan menang sekurang-kurangnya 274 undi - cukup untuk mengalahkan pencabarnya Mitt Romney dari parti Republican. Manakala persaingan sengit berlaku di tiga lokasi penting - Ohio, Florida dan Virginia - Obama telah meraih kemenangan di Wisconsin, Michigan, Pennsylvania dan New Hampshire, dan sekaligus mengecut peluang Republikan.

Jangan tuduh sebelum rujuk kenyataan asal

Posted: 07 Nov 2012 12:00 AM PST

22 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Hazayani Zakaria, KUALA LUMPUR: Semua pihak harus merujuk kenyataan asal seseorang itu sebelum membuat sebarang tuduhan khususnya isu melibatkan agama. Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim dan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz tidak merujuk kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam forum 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?, Sabtu lalu. Sebaliknya beliau berkata, kedua-duanya terus membuat andaian bahawa Izzah bersetuju dengan tindakan orang Melayu memlih agama yang disukai. "Dalam dewan ini, kenyataan yang dibuat sebenarnya tidak dirujuk kepada apa yang sebenarnya disebutkan (Ahli Parlimen) Lembah Pantai dalam forum yang dihadirinya walaupun beliau telah membuat penjelasan bahawa kenyataannya disalah erti. "Saya meminta timbalan menteri sebelum membuat apa-apa tuduhan ke atas Yang Berhormat Lembah Pantai, merujuk dahulu secara tepat kenyataan yang dibuat oleh Lembah Pantai," kata beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. Sebelum itu, Mohamad Aziz juga dalam soalan tambahannya mendakwa Izzah mengeluarkan kenyataan bahawa orang Islam berhak keluar Islam dan memilih agama yang diminati. Istilah Kafir Harbi Terdahulu, Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Ab Ghani mempersoal sikap berdiam diri kerajaan dalam isu guru pondok, Abdullah Sa'amah yang mengeluarkan kenyataan bahawa haram bagi umat Islam menyokong DAP yang dikatakan secara terang-terangan menentang hukum Islam. Namun Abdullah berkata, MCA yang lantang menentang hukum hudud disifatkan Abdullah sebagai "bukan kafir harbi kerana tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya". "Kenapakah kerajaan ada double standard dalam tindakan yg diambil. Jika melibatkan Pakatan Rakyat cepat ambil tindakan. Kalau melibatkan Umno, diam sahaja. "Adakah benar DAP kafir harbi dan apakah tindakan yang diambil terhadap ustaz tersebut dan Utusan Malaysia yang mengeluarkan laporan itu? soalnya. Tanpa memfokuskan mengenai kenyataan Abdullah itu, Mashitah dalam jawapannya berkata, mana-mana orang bukan ISlam boleh disifatkan sebagai kafir harbi jika secara terang-terangan menentang Islam. "Iistilahnya senang sahaja. Sekiranya bukan Islam itu menentang kepada Islam, mengeluarkan kenyataan-kenyataan seperti mengecop bahawa syariah Islam ektsremisme dengan terang-terang menyebut tidak mahu Islam. 'Tak kiralah nak langkah mayat atau tidakkah'. "Ataupun merasakan, mempertahankan maruah Islam itu sesuatu yang membazir dan buang masa. Maka jelas ianya sesuatu yang menentang kepada Islam. "Tetapi mereka bukan Islam boleh patuh pada Perdana Menteri beragama Islam, patuh kepada perjanjian kontrak sosial di dalam Perlembagaan Persekutuan diboleh dikategorikan kafir zimmi yang boleh dijadikan sahabat," katanya. Amran dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri menyatakan langkah yang diambil bagi mengawal pengeluaran fatwa oleh individu yang tidak diiktiraf yang boleh mengelirukan umat Islam terutamanya istilah "kafir Harbi" tindakan undang-undang yang akan diambil bagi mengelak agar ia terus berulang. (HD)

Kerajaan peruntuk RM3 bilion bagi BR1M 2.0

Posted: 06 Nov 2012 11:51 PM PST

22 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Kerajaan memperuntukkan RM3 bilion bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) mulai Januari 2013, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai. Pembayaran itu akan dilakukan menjelang 15 Januari sehingga 15 Mac, 2013, katanya kepada pemberita hari ini. Pendaftaran bagi BR1M bermula 1 Nov sehingga 31 Dis, 2012. "Permohonan bermula 1 November sehingga 31 Disember. Kita harap sesiapa yang tidak membuat permohonan semasa BR1M yang pertama, harap mereka akan buat pada kali ini," katanya di luar acara seminar jualan dua hari oleh pakar jualan dan pemasaran, Bob Urichuck hari ini. Seminar itu dianjurkan oleh Kumpulan Syarikat Job Hunt dan menarik lebih 300 peserta. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BRIM 2.0 semasa membentangkan Belanjawan 2013 di Parlimen pada 28 September. Rakyat yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan layak mendapat bantuan tunai RM500. Mengenai pilihan raya Presiden AS, Lim berkata Malaysia gembira dengan hubungan semasa dengan AS. "Amerika adalah satu negara penting. Amerika ialah negara dagangan ketiga terbesar kita yang berjumlah 10 peratus daripada keseluruhan perdagangan kita," katanya. (Bernama)

Liu: S'gor mungkin batal kelulusan kondo Batu Caves

Posted: 06 Nov 2012 11:47 PM PST

22 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Kerajaan Selangor mungkin membatalkan kelulusan projek kontroversi kondominium Park Avenue di Batu Caves untuk mengabaikan bantahan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, kata Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu. Kawasan tanah rizab yang terletak antara projek kondominium 29 tingkat itu dan Batu Caves adalah terlalu sempit, dan ini boleh menyebabkan batu runtuh dan ketidakstabilan tanah, kata Liu kepada Malaysiakini semalam. "Projek ini adalah sangat dengan gua dan tidak ada langkah-langkah keselamatan yang mencukupi untuk mencegah batu runtuh," katanya sambil menambah bahawa sekarang pihaknya boleh membatalkan projek tersebut. "Kami ada hak untuk membetulkan (kesilapan) masa lalu." Liu berkata kerajaan negeri BN sebelumnya tidak sepatutnya meluluskan projek di tempat pertama. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan dalam akhbar harian berbahasa Inggeris the Sun pada hari Isnin bahawa surat JAS Selangor bertarikh pada 24 Januari 2007 kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menegaskan bahawa MPS telah meluluskan projek itu pada tahun 2007 walaupun dibantah oleh JAS. Surat tersebut, salinannya diperolehi Malaysiakini, menyatakan dengan jelas bahawa JAS tidak menyokong projek tersebut. Laporan cadangan pemajuan yang dikemukakan, tidak menyediakan tanah rizab yang mencukupi antara projek kondominium yang dicadangkan itu dengan bukit, yang dikehendaki di bawah dasar kerajaan negeri. Oleh itu, jabatan berkenaan tidak menyokong pembangunan tersebut kerana ia mempunyai potensi untuk menyebabkan tanah runtuh dan masalah lain. Satu lagi surat dari Jabatan Mineral dan Geosains di Selangor, yang salinannya juga diperolehi Malaysiakini, pula menyenaraikan lima syarat pembinaan yang perlu dipenuhi oleh pemaju. Rancangan pembinaan kondominium tersebut berhampiran Kuil Sri Subramaniar yang bersejarah, menarik perhatian selepas jawatankuasa kuil itu, yang disokong oleh pemimpin tinggi MIC, termasuk bekas presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu, mengetuai bantahan terhadap kerajaan negeri Selangor. Isu itu timbul selepas jawatankuasa kuil itu yang disokong MIC mengadakan bantahan terhadap projek tersebut pada akhir bulan Oktober. Bagaimanapun, Liu kemudiannya mendedahkan dokumen-dokumen yang menunjukkan bahawa kerajaan BN telah, pada tahun 2007, meluluskan projek kondominium itu. Liu dilaporkan sebagai berkata bahawa Senator A Kohilan Pillay dari Gerakan dan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan dari MIC adalah antara mereka yang bertanggungjawab meluluskan projek tersebut. Bagaimanapun, Kohilan dan Kamalanathan telah menafikan tuduhan itu dan membuat laporan polis mengenai perkara itu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan bahawa sebuah pasukan petugas bebas ditubuhkan untuk mengkaji perkara itu. Anggota pasukan petugas itu dijangka diumumkan hari ini, selepas mesyuarat exco kerajaan negeri.(MK)

“Kapal” wang ihsan karam di Sungai Kelantan

Posted: 06 Nov 2012 11:41 PM PST

22 Zulhijjah 1433H. [MOD] - KOTA BHARU: "Kapal" yang membawa wang ihsan hasil petroleum di Kelantan karam di Sungai Kelantan bersama gambar Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Dr Awang Adek Hussin. Kapal replika hasil kreatif aktivis Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R Malaysia) dipasang layar yang memaparkan tulisan Tolak Wang Ihsan, Tolak Jawatankuasa Khas dan Tolak Penderhaka. Replika tersebut dilepaskan Naib Presiden R, Abu Samah Hassan sambil disaksikan Presiden R Malaysia, Nazri Deraman dan aktivis R. Majlis bersejarah itu berlangsung di sebuah restoran terapung di Sungai Kelantan di Bandar Baru Lembah Sireh turut dirakam lensa-lensa kamera wartawan. Nazri berkata, wang ihsan yang diumumkan Perdana Menteri dibayar kepada kerajaan Pahang ialah wang royalti berdasar kepada perkiraan kadar 5 peratus setahun dan bukannya wang ihsan. "Berdasar pengiraan R, jumlah wang royaltu yang sepatutnya Pahang terima ialah RM102.65 setiap tahun, bukannya RM100 juta setahun berdasar harga minyak mentah semasa. "Ini bermakna Perdana Menteri telah menggunakan formula bayaran tunai atau royalti untuk mengira jumlah pemberian wang ihsan kepada Pahang," katanya kepada pemberita selepas program berkenaan. Menurutnya perkataan wang ihsan hanyalah istilah politik yang cuba menafikan hak kerajaan Terengganu pada 2000 dan Kelantan sekarang. "Begitu juga nasib Kelantan pada 2010 di mana kerajaan memberi wang ihsan sebanyak RM20 juta kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan bagi menafikan hak kerajaan Kelantan mendapat royalti," ujarnya. Kata beliau tindakan itu jelas melanggar Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian 1975 kerana disebut dengan jelas bayaran tunai yang mesti dibayar kepada kerajaan negeri dan bukannya pihak lain. Nazri juga merakamkan ucapan tahniah kepada rakyat Pahang kerana mendapat bayaran tunai RM100 juta daripada 5 peratus pengeluaran minyak di Medan Bertam, 160 km daripada pantai Pahang. Katanya, R dan rakyat Pahang hanya menerima bayaran berbentuk royalti dan bukannya wang ihsan.(HD)

S'gor cadang guna semula 2 loji air di Ampang

Posted: 06 Nov 2012 07:00 PM PST

22 Zulhijjah 1433H. [MOD] - KLANG: Kerajaan Negeri Selangor akan membuka dua lagi loji yang tidak beroperasi di Ampang dalam usaha meningkatkan kapasiti pengeluaran air yang terawat kepada pengguna Lembah Klang. Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata kedua-dua loji itu merupakan aset Kerajaan Negeri tetapi telah diabaikan seperti Loji Bukit Jelutong. Katanya, pihaknya sudah meminta Timbalan Pengarah UPEN, Nor Azmi Diron untuk menyelidik potensi loji-loji itu. "Sekiranya kedua-dua loji itu berpontensi dan benar sudah tidak digunakan, saya akan berbincang perkara ini dengan lebih lanjut dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri. "Kita juga akan menggunakan mana-mana aset-aset ini untuk bangunkan semula loji ini dengan menggunakan kaedah teknologi membran atau kaedah konservatif," katanya ketika ditemui TvSelangor. Baru-baru ini, Loji Perawatan Air (LPA) di Bukit Jelutong yang ditutup sejak 17 tahun lalu akan dibuka semula untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran air terawat. Kerajaan Negeri kini dalam proses menjalankan kajian rintis bagi membolehkan loji tersebut diguna semula dan dijangka siap Jun tahun depan. "Dalam masa kajian yang akan dilakukan, kita akan membuka tender kepada mana-mana kontraktor yang berminat. "Sekarang kita beri tempoh dua bulan kepada syarikat jurutera perunding untuk melaksanakan kajian menyeluruh untuk mengemukakan kertas kajian yang lengkap kepada Kerajaan Negeri," katanya.(HD)

Menteri diminta jelas isu kejatuhan harga getah, kelapa sawit

Posted: 06 Nov 2012 06:57 PM PST

22 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Zulaikha Zulkifli Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) meminta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok memberi penjelasan tentang isu kejatuhan harga komoditi getah dan kelapa sawit mentah. Presidennya, Mazlan Aliman berkata, harga komoditi getah dan kelapa sawit mentah mula jatuh mendadak sejak sebulan lalu yang melibatkan seramai dua juta pekebun kecil. Menurut Mazlan lagi, sehingga hari ini kerajaan tidak mengumumkan langkah-langkah bagi memberi jaminan kepada pekebun ladang kelapa sawit dan getah bagi mengatasi kejatuhan harga komoditi walaupun memorandum telah diserahkan pada menteri terbabit dua minggu lalu. "Maklumat terakhir daripada wakil pekebun kecil yang kita terima ialah mereka kini menerima RM300 bagi satu tan kelapa sawit. Harga ini (kejatuhan harga komoditi) sangat jauh lebih buruk berbanding dua tahun lalu. Bagi getah pula sebelum ini RM5 hingga RM6 sekilo tetapi sekarang RM2.50 sekilo. "Harga yang diterima itu belum ditolak dengan harga upah kerja dan upah pengangkutan. Kita telah serah memorandum pada menteri dua minggu lalu tetapi sampai sekarang tak dapat lagi langkah bagi menjamin harga komoditi tidak jatuh. "Sampai sekarang tak ada yang menjawab mengenai hal ini," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara semalam. Harga satu tan kelapa sawit pada enam bulan lalu ialah RM550 hingga RM700. Pada 23 Oktober lalu, ANAK menyerahkan memorandum kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen berhubung masalah kejatuhan harga komoditi untuk diserah kepada Bernard. Mazlan berkata dua permohonan telah dilakukan untuk bertemu Bernard bagaimanapun gagal. Sehubungan itu, Mazlan mencadangkan agar kerajaan menyediakan kembali skim seperti yang pernah dilancarkan oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membantu pekebun kecil yang menghadapi masalah kejatuhan harga komoditi. Jelas Mazlan, skim yang dibuat secara "ad-hoc" pada tahun 90-an itu membantu para pekebun dengan memberi sokongan pendapatan, insentif dan penanaman semula kelapa sawit. "Kerajaan boleh hidupkan skim itu. Skim itu dibuat masa zaman Mahathir. Skim itu membantu pekebun. "Tetapi sekarang, bukan sahaja skim, penanaman semula kepala sawit juga tidak dilakukan dan ini juga memberi masalah pendapatan kepada pekebun yang terpaksa menerima hasil daripada pokok kelapa sawit tua," katanya lagi.(MK)

Apa usaha Jakim beri kefahaman berkenaan hudud

Posted: 06 Nov 2012 06:38 PM PST

22 Zulhijjah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Perdana Menteri diminta menyatakan apakah usaha Jakim melalui agensi-agensi berkaitan seperti Yadim, Majlis Fatwa Kebangsaan, TV AL-Hijrah dan Radio Ikim dalam memahamkan berkenaan perundangan Islam, Hudud, Qisas dan Takzir. Demikian pertanyaan bagi jawab lisan yang dikemukakan Dr. Mohd Hatta Md Ramli [PAS-Kuala Krai] pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Ahli-ahli Parlimen PAS yang turut mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan hari ini seperti di bawah. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin [Bukit Gantang] meminta Menteri Pelajaran menyatakan kenapa Pentaksiran Berdasarkan Sekolah diperkenalkan di sekolah-sekolah Kerajaan, sedangkan banyak sistem operasi on-line tidak berkesan dan "lambat". Mengapa Kementerian Pelajaran tidak mahu memberi elaun tambahan untuk guru-guru yang terpaksa memasukkan (key-in) markah dan maklumat di rumah, yang melibatkan masa bersama keluarga dan terpaksa membayar bil elektrik yang tinggi serta para guru terpaksa melanggan broadband untuk membuat kerja sekolah? Mohd. Abdul Wahid Endut [Kuala Terengganu] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah kejadian letupan loji di Kompleks PETRONAS Kerteh semenjak ia beroperasi serta nyatakan punca dan akibat kejadian dan langkah-langkah mengatasinya. Datuk Dr. Mohd Hayati Othman [Pendang] minta Perdana Menteri menyatakan berhubung peratus saham FGV yang dilanggan oleh individu, syarikat, peneroka dan apakah nama dan peratus syarikat yang melanggan saham terbabit termasuk di dalam dan luar negara. Che Uda Che Nik [Sik] minta Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan industri getah negara banyak melibatkan pekebun kecil dan masyarakat luar bandar berbanding dengan Industri sawit yang melibatkan ladang-ladang besar dan GLC yang kaya raya. Apakah langkah yang di ambil oleh Kerajaan untuk menstabil harga getah dalam memastikan pekebun kecil tidak terus tertindas dan terus berada dalam kemiskinan kekal. Mohd. Nasir Zakaria [Padang Terap] minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan anggaran kos tambahan yang diperlukan oleh Projek Rancangan Pengairan Bukit Sena Padang Terap bagi membolehkan ia beroperasi dengan sempurna. Nasharudin Mat Isa [Bachok] minta Menteri Kewangan menyatakan bilakah kali terakhir kakitangan MAS menerima bonus dan adakah penyelarasan semula gaji mereka akan dilakukan dalam tempoh terdekat. Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar menyatakan "roadmap" Kualiti Petrol (Fuel Quality) untuk kenderaan bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan petrol dan diesel untuk pengguna.(HD)

Pemuda PAS sokong gesaan agar Nazri bercuti

Posted: 06 Nov 2012 06:37 PM PST

22 Zulhijjah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia berpendapat Datuk Seri Nazri Aziz sepatutnya tahu batas perhubungan khususnya dengan mereka yang dikaitkan dengan tuduhan rasuah. Ketua peneranganya, Riduan Mohd Nor berkata, hubungan dengan individu seperti itu hanya akan mewujudkan pandang serong masyarakat lebeih-lebih lagi beliau merupakan menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang negara. "Sebagai seorang Menteri yang bertanggungjawab terhadap undang-undang negara, beliau semestinya tahu batas-batas pergaulan supaya tidak dilihat serong. "Kes ini akan dilihat pelik sekiranya beliau atau anak beliau mempunyai hubungan dengan individu yang sudah terpalit dengan rasuah," katanya. Beliau mengulas pendedahan PKR sebelum ini yang mendakwa keluarga Nazri ada kaitan dengan Michael Chia, jutawan balak kontroversi yang pernah ditangkap di Hong Kong dalam percubaan untuk menyeludup wang. Hubungan itu yang didedahkan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, adalah berupa kenderaan mewah SUV Hummer yang diguna oleh anak Nazri, Nedim. "Saya bersetuju dengan cadangan Rafizi Ramli, supaya Datuk Seri Nazri Aziz mengambil cuti sebagai Menteri Kabinet ekoran dakwaan rasuah yang dilemparkan terhadap menteri undang-undang itu," kata Riduan lagi. Menurut Riduan lagi, Nazri perlu bercuti kerana beliau adalah menteri undang-undang dan SPRM berada di bawah tanggungjawab beliau. SPRM katanya, tidak mampu bertindak bebas dan telus jika badan itu berada di bawah individu yang turut dikaitkan dengan isu rasuah. "Kebenaran perlu dibuktikan dan Datuk Seri Nazri Aziz tidak perlu gusar sekiranya beliau berada di pihak yang benar. "Jika Datuk Seri Shahrizat Jalil sanggup bercuti malah melepaskan jawatannya, Datuk Seri Nazri sepatutnya bersikap lebih gentleman dengan mengambil pendirian yang sama iaitu dengan bercuti bagi memberi peluang kepada SPRM menyiasat dakwaan yang dilemparkan terhadapnya," kata Riduan lagi. Jika Nazri menyahut seruan bercuti itu kata Riduan, menteri itu akan terus dihormati kerana mempunyai prinsip yang jelas dan tegas terhadap rasuah dengan sanggup menjadikan dirinya role model yang boleh dicontohi oleh masyarakat. (HD)

Kalau parti putus tanding di Sabah saya OK !

Posted: 06 Nov 2012 06:35 PM PST

22 Zulhijjah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: "Kalau pimpinan PAS mengarahkan saya bertanding di Sabah atau Sarawak pun, saya akan pergi," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) hari ini. "Saya tidak boleh buat keputusan sendiri, kita terima senarai calon kemudian bincang bersama dan mesti patuh kepada keputusan parti. "Kalau parti kata tidak bertanding, maka tidak bertandinglah. Kalau bertanding maka bertandinglah. "Dan di mana sahaja bertanding sekalipun, kalau bertanding di Pekan, Pekan lah. Kalau bertanding di Sabah, Sarawak, maka di Sabah Sarawaklah," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut. Barisan pimpinan tertinggi PAS Pusat yang turut bersama di dalam sidang media itu terus ketawa sebaik sahaja wartawan meminta Abdul Hadi memberi respons berhubung hasratnya untuk bertanding di Pekan. Abdul Hadi mendapat perhatian media ekoran beliau menyatakan kesediaan untuk melawan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di parlimen Pekan dalam pilihan raya nanti. Menurut Ahli Parlimen Marang itu, kenyataanya untuk bertanding di Pekan adalah sebagai mesej kepada ahli dan parti bahawa beliau bukan seorang diktator. "Kenyataan itu adalah mesej kepada seluruh ahli-ahli parti yang menyokong parti supaya yang pertama, saya bukan diktator dalam parti," katanya. Pilihan raya Sehubungan itu, Abdul Hadi juga memberitahu PAS sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya ke-13 pada bila-bila masa. "Daripada taklimat diberikan dalam mesyuarat hari ini, kita sudah siap 90 peratus dari keperluan pilihan raya," katanya. Antara perkara utama yang dibincangkan adalah persiapan Muktamar PAS kali ke-58 yang akan berlangsung pada 14 hingga 18 November di Kota Bharu Kelantan. Mesyuarat kali ini turut membincangkan beberapa perkara penting di peringkat antarabangsa termasuklah konflik yang dihadapi oleh umat Islam Rohingya, masalah di Filipina dan kezaliman terhadap rakyat Syria. Turut bersama dalam sidang media petang tadi, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Penolongnya Datuk Takiyuddin Hassan.(HD)

Nuffnang