N45 Dr Halimah Ali |
Sekolah hangus, kerajaan Selangor hulur bantuan dalam masa 48jam Posted: 14 Jun 2012 06:41 AM PDT KAJANG Kerajaan Selangor berempati dengan nasib sebuah sekolah yang seluruh tingkat atas sebuah bloknya dijilat api 2 hari yang lalu. Syukur tidak ada kemalangan jiwa kerana diantara pelajar yang mengikuti latihan intensif untuk menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Menurut PIBG dan Pengerusi Lembaga SJKC Yu Hua ini, makmal multimedia serta perpustakaan yang memuatkan banyak bahan sejarah sekolah tersebut dan 50000naskhah buku juga semua hangus. EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor menyampaikan cek berjumlah RM100,000 kepada Pengerusi Lembaga sekolah berkenaan sebagai token untuk mengurangkan sedikit beban sekolah. Dalam kenyataan media beliau mengharapkan kementerian pelajaran boleh menyediakan bantuan dengan kadar segera dan jumlah yang lebih atas sifat sebagai kerajaan pusat! Sekolah ditutup selama 3 hari untuk keselamatan pelajar dan membolehkan siasatan bomba berjalan dengan lancar. | ||
PARANOID BN menyebab semua orang susah! Posted: 14 Jun 2012 05:43 AM PDT Tarikh PRU tidak menentu, Najib menyusahkan mahasiswa
Ramai yang tidak jadi pergi mengerjakan umrah ketika cuti sekolah selama dua minggu, kerana takut pilihan raya. Ada seorang jiran saya di Taman Melewar hampir membatalkan kenduri kahwin anaknya pada 9 Jun 2012, kerana ura-ura tarikh pembuangan undi. Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Yong Poh Kon berkata akibat tarikh pilihan raya tidak menentu mereka berhadapan ketidaktentuan yang berpanjangan. Majlis Perwakilan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam juga mengalami penderaan yang sama kerana pihak universiti menerima arahan daripada pihak atasan supaya jangan adakan pilihan raya kampus kerana takut kumpulan pro Umno BN kalah. Kerajaan faham bahawa keputusan pilihan raya kampus akan memberi kesan politik di luar. Sekarang mahasiswa menjadi mangsa, sepatutnya pilihan raya kampus diadakan pada bulan Februari sehingga kini belum nampak petanda akan diadakan. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah pilihan raya kampus ditangguhkan, sehingga sudah melewati waktu. Paling malang ada di kalangan pimpinan MPP yang akan menamatkan pengajian selepas peperiksaan sedang berjalan sekarang. Persoalannya siapa yang akan mengendalikan urusan Majlis Perwakilan Pelajar selepas ini. Nampaknya Najib menyusahkan semua rakyat termasuk mahasiswa turut menjadi mangsa. Penangguhan pilihan raya kampus menandakan Umno BN dilanda dengan mimpi ngeri bagi orang yang bersalah. |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |