Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Perhimpunan Aman Solidariti Umat Islam Rohingya 15 Jun 2012
- PROGRAM CERAMAH ISRAK WAL MIKRAJ 1433H
- Solat mencegah perkara fahsya’ dan mungkar
- Ceramah Penerangan DUN Kota 24 Jun 2012
- Hutan jajaran Gunung Angsi habis musnah
- CERAMAH UMUM
- Semakin menakutkan kes jenayah di Malaysia.
Perhimpunan Aman Solidariti Umat Islam Rohingya 15 Jun 2012 Posted: 14 Jun 2012 01:05 AM PDT PERHIMPUNAN AMAN SOLIDARITI UMAT ISLAM ROHINGYA, MYANMAR Jumaat, 15 Jun 2012, selepas Solat Jumat di depan kedutaan Myanmar, Jalan Ampang. Perarakan bermula dari Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA BERSAMA KOMUNITI ROHINGYA pada hari Ahad, 17 Jun 2012. di Masjid Negara selepas solat Zuhur KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA HIMPUNAN SOLIDARITI UMAT ISLAM ROHINGYA JUMAAT INI 24 Rajab 1433 bersamaan 14 Jun 2012 Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia (LA DPPM) memandang serius isu pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Rohingya, Myanmar oleh tentera kerajaan Myanmar kebelakangan ini. Sehingga hari ini, dilaporkan seramai dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw. Bagi LA DPPM, serangan dan pembunuhan yang berlaku ke atas etnik Rohingya Muslim adalah suatu tindakan kejam yang terancang oleh mereka yang berdendam dengan umat Islam di sana. LA DPPM melihat isu kekejaman ke atas umat Islam Rohingya, Myanmar adalah isu sejagat yang wajib ke atas semua masyarakat khususnya umat Islam bangkit bagi membela dan menyatakan bantahan. LA DPPM difahamkan, pihak keselamatan, polis dan tentera, bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim. Umat Islam di Rohingya dibunuh, diseksa, wanita diperkosa, sementara rumah-rumah dan perkampungan mereka dibakar dan peralatan mereka dirampas. Ramai mereka yang tercedara dinafikan hak untuk mendapatkan rawatan di hospital. Malah, umat Islam di sana mereka mengalami penderitaan yang panjang seperti perampasan rumah, tanah, ternakan, pemusnahan masjid, arahan tidak dibenarkan membaiki mana-mana masjid, ratusan masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera, penangkapan, penyiksaan tanpa bicara, perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha. LA DPPM menuntut kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya terhadap isu ini serta turut menyatakan bantahan tegas kerajaan terhadap kerajaan Myanmar. Kerajaan bertanggungjawab atas semangat ASEAN menyatakan bantahan agar kekejaman tidak lagi berlaku terhadap umat Islam di Myanmar. Atas semangat persaudaraan Islam ini, DPPM menyokong perhimpunan aman solidariti umat Islam Rohingya, Myanmar yang dianjurkan oleh Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) pada hari Jumaat, 15 Jun 2012 di depan kedutaan Myanmar, Jalan Ampang selepas Solat Jumat. Perarakan ini akan bermula dari Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat. DPPM menyeru umat Islam agar bersama-sama menyertainya. Selain itu, DPPM bersama SHURA dan MAPIM juga akan menganjurkan majlis solat Hajat Perdana bersama komuniti Rohingya pada hari Ahad, 17 Jun 2012. Majlis ini akan diadakan di Masjid Negara selepas solat Zuhur berjemaah di sana. Umat Islam turut diseru untuk bersama-sama dalam majlis ini. |
PROGRAM CERAMAH ISRAK WAL MIKRAJ 1433H Posted: 14 Jun 2012 01:04 AM PDT Ahad, 17 Jun 2012 Selepas Solat Maghrib Surau Al-Hidayah, Taman Mulia, Pajam Penceramah : Ustaz Shuhadak Bin Mahmud Semua Dipersilakan Hadir |
Solat mencegah perkara fahsya’ dan mungkar Posted: 13 Jun 2012 11:02 PM PDT Sempena memperingati peristiwa Isra' dan Mi'raj pada 17 Jun 2012 nanti, sama-samalah kita mempertingkatkan, memperbaiki amalan solat kita, sesungguhnya solat itu mencegah dari pekara fahsya' dan mungkar. اتْلُ مَآ أُو حِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلاَةَ إِنَّ الصَّلاَةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَآءِ وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ وَاللهُ يَعْلَمُ مَاتَصْنَعُونَ {العنكبوت45} Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al-Kitab (al-Qur'an) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari perbuatan-perbuatan fahsya' dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. 29:45) Tahap-tahap kejahatan yang dilarang Aras-aras kejahatan dalam tiga aspek yang mengumpulkan segala jenis kejahatan. Perkara tersebut ada digambarkan dalam 3 perkataan yang lengkap dengan isinya iaitu al fahsya, al munkar dan al baghy. AL-FASHYA Perkatan fhasya bermaksud batu daripada pecahan yang terpecah dari kata perbuatan dan maknanya. Makna pula berlaku agak terlampau, terkeluar daripada batas sempadan yang patut, tidak bersikap sopan dan sebagainya. Jika dikata, alfahsya ertinya kedekut dan tamak harta dunia, kotor, tidak malu serta lucah. AL-MUNKAR Perkataan munkar merupakan pecahan yang membawa maksud bertidak, menidakkan, tidak mengaku, tidak mahu mengaku dan sebagainya. perkataan munkar membawa makna perbuatan yang ditegah sama ada oleh undang-undang, agama dan manusia. Tahap kesan munkar tidak terhad kepada diri sendiri, malahan memberi kesan kepada orang lain. AL-BAGHY Al-baghy merupakan satu kejahatan yang melanggar batas keadilan, keinsafan, kesopanan, keamanan dan keselamatan umum. Semua perbuatan keji , buruk dan jahat bukan sahaja dapat dilihat, dibenci oleh orang lain, malah dapat memberi kesusahan, kerugian, kecederaan atau penderitaan kepada orang lain. |
Ceramah Penerangan DUN Kota 24 Jun 2012 Posted: 13 Jun 2012 08:42 PM PDT CERAMAH PENERANGAN Tarikh : 24 Jun 2012, Ahad Masa : 9 mlm Tempat : Kg Sawah Raja, Rembau (DUN Kota) Penceramah : 1. YB Dr Ismail Salleh (EXCO Kedah/ADUN Alor Mengkudu) 2. Mohamad Nasaei Ismail (SU Presiden PAS/Naib Ketua Pemuda KL) 3. Dr Mohamad Rafie Abdul Malik (Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR) 4. Mohd Nazree Mohd Yunus (Naib Ketua AMK Pusat/Ketua AMK N.Sembilan) 5. Pn Norwani Ahmat (AJK Muslimat PAS Pusat/Ketua Muslimat PAS Rembau) Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr Izamri 013-2124086 |
Hutan jajaran Gunung Angsi habis musnah Posted: 13 Jun 2012 06:44 PM PDT Apakah maksud Datuk Seri Mohamad Hasan mengatakan 404.685 hektar jajaran Gunung Angsi yang boleh dilihat dari beberapa taman perumahan di Senawang telah diberi milik lama dulu sebelum beliau menjadi Menteri Besar lagi? Adakah Menteri Besar sebelum beliau yang melakukan kerja ini? Kepada siapa 404.685 hektar ini diberi milik? Berapakah keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan negeri dalam proses beri milik ini? 404.685 hektar adalah bersamaan dengan 999.99 ekar. Bayangkan berapa banyak perumahan rakyat boleh dibina atas tanah seluas 999.99 ekar ini. **************** Kerajaan kecewa bukit diteroka TANAH bukit di jajaran Gunung Angsi dekat Senawang diteroka oleh pemiliknya sebuah syarikat koperasi untuk ditanam kelapa sawit. SEREMBAN 13 Jun 2012 - Kerajaan negeri kesal dan dukacita apabila melihat bukit di jajaran Gunung Angsi, dekat Senawang diteroka sebuah syarikat sejak beberapa bulan lalu sehingga mencacatkan keindahan alam sekitar. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tanah seluas 404.685 hektar itu bukan tanah milik kerajaan, tetapi adalah tanah milik syarikat atau koperasi dari Selangor yang dibeli daripada lelongan awam yang dibuat pihak Pengurusan Danaharta Nasional Berhad, beberapa tahun lalu. ''Kawasan itu sebenarnya yang telah diberi milik lama dulu sebelum saya menjadi Menteri Besar lagi dan telah bertukar milik banyak kali sehinggalah akhirnya dibuat lelongan awam oleh Danaharta dan diberikan kepada satu syarikat atau koperasi dari Selangor. |
Posted: 13 Jun 2012 06:34 PM PDT |
Semakin menakutkan kes jenayah di Malaysia. Posted: 13 Jun 2012 06:29 PM PDT Penculik minta RM1.9j 14 Jun 2012 KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri mendakwa dibelasah di seluruh badan selain kepala diketuk dengan batu selepas diculik sekumpulan lebih 10 lelaki bersenjatakan pisau dan parang dalam kejadian di Kampung Baru, di sini, awal pagi kelmarin. Dalam kejadian jam 3 pagi itu, pasangan berusia 40-an itu dikatakan ditahan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari restoran milik mereka sebelum diperlakukan sedemikian kira-kira 12 jam menjadi tawanan kumpulan penjenayah itu. Difahamkan, kumpulan terbabit sudah mengekori mangsa sejak tiga bulan lalu selepas mendapat maklumat konon mangsa dan isteri mempunyai wang simpanan sebanyak RM1.9 juta. Bagaimanapun mangsa bertegas mengatakan tidak mempunyai wang sebanyak itu sebelum akhirnya dibebaskan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, di sini, jam 4 petang selepas kumpulan itu merampas wang tunai RM24,000 dan kereta jenis Toyota Camry milik mangsa. |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan