Mayat reput di ruang tamu Posted: 17 Oct 2012 01:38 AM PDT 1 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Anggota polis mengeluarkan mayat mangsa dari dalam rumah untuk dihantar ke HPP. GEORGETOWN - Bau dari sebuah rumah papan di Hong Seng Estate, Tanjung Tokong yang menimbulkan tanda tanya kepada penghuni di situ sejak enam hari lalu, akhirnya terjawab dengan penemuan mayat seorang wanita warga emas. Mayat Ch'ng Sooi Inn, 51, ditemui dalam keadaan bogel dan terlentang di ruang tamu rumahnya kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.
Anggota polis terpaksa memecah masuk pintu kediaman wanita itu dan menemui kad rawatan psikiatri, preskripsi ubat sakit jantung dan kencing manis. Seorang jiran wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Lim berkata mangsa dilihat kali terakhir di laman rumahnya Rabu minggu lalu.
"Setakat yang kita tahu, dia mempunyai seorang anak perempuan dan adik tetapi jarang dikunjungi ahli keluarga," katanya. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, ketika dihubungi berkata siasatan awal mendapati mangsa mungkin mati sejak beberapa hari lalu berdasarkan keadaan mayatnya yang sudah berbau dan reput. "Setakat ini, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan tiada unsur jenayah. "Mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat," katanya.
sinar/- |
Konvoi tuntut royalti jelajah Perlis-Kedah Posted: 17 Oct 2012 01:37 AM PDT 1 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Sebahagian peserta konvoi tiba di Alor Setar. ALOR SETAR - Gelombang merah membanjiri jalan raya sekitar bandar raya ini apabila lebih 500 peserta dari kalangan mahasiswa dan anak Kelantan perantauan berkonvoi menaiki 300 motosikal dan kereta, dalam usaha berkempen tuntutan Royalti Kelantan. Setiausaha Konvoi R Tuntut Royalti: Jelajah Malaysia Utara, Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, konvoi anjuran Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) atau lebih dikenali 'R' serta Sekretariat Mahasiswa Kelantan Utara R (SAKU-R), berkonvoi ke Kedah-Perlis untuk memperjelaskan isu berkaitan tuntutan royalti Kelantan.
"Kempen R memfokus kepada penerangan isu tuntutan yang kini berjumlah lebih RM10.4 bilion, termasuk serahan 160,000 tandatangan dan memorandum kepada Perdana Menteri pada 3 Oktober lalu di Putrajaya dan Parlimen," katanya. Menurutnya, Perdana Menteri perlu patuh kepada amanat arwah ayahandanya, iaitu Tun Razak yang menyatakan dengan jelas bahawa mana-mana minyak dan gas yang dijumpai dalam perairan atau luar perairan adalah hak negeri, selaras dengan Akta Kemajuan Petroleum 1974. "Kita turut edarkan Buletin Royalti R sebanyak 5,000 keping dan pelekat R bagi tujuan kempen kesedaran itu," katanya. Pelepasan konvoi disempurnakan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar di Dataran Darulaman, Jitra, dan turut singgah di kediaman rasmi Menteri Besar, Sri Mentaloon. Pada majlis itu, wakil konvoi menyerahkan Plak Royalti ditandatangani oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, pada 5 Jun lalu yang menggesa gas Kelantan didaratkan ke Bachok. "Kami memilih Kedah dan Perlis kerana gas Kelantan yang dikeluarkan di Blok JDA Malaysia-Thailand dari Pelantar Cakerawala didaratkan di Songkhla, Thailand disalurkan dari sana melalui Bukit Kayu Hitam hingga ke Gurun," katanya. Menurutnya, pihaknya mempertikai keperluan mendaratkan gas Kelantan ke Songkhla yang jaraknya 270km, berbanding ke Bachok sejauh 140km. "Kami turut anjurkan ceramah Royalti Amanah Rakyat di Kelantan, melibatkan Tengku Razaleigh Hamzah selaku penceramah utama. Turut dilancarkan kempen 'Laungan Royalti' di Stadium Shah Alam, baru-baru ini," katanya.
sinar/-
|
Abu mayat disangka emas Posted: 17 Oct 2012 01:36 AM PDT 1 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Seorang penduduk melihat abu mayat yang berselerak dalam kejadian itu. BALING - Sekumpulan penagih dadah nekad memecahkan kira-kira 50 bekas abu mayat yang disangka mempunyai barangan berharga seakan-akan emas di Tanah Perkuburan Siam Jalan Kampung Banggol Wan Mat, Baling, kelmarin. Kejadian yang dipercayai dilakukan sebelah petang itu disedari beberapa penduduk setempat yang kebetulan berada di situ, namun mereka gagal memberkas kumpulan terbabit. Suphang Samdinge, 50, dari Kampung Seberang Wat berkata, dia terkejut setelah dimaklumkan abu mayat milik keluarganya sejak puluhan tahun dulu turut dipecahkan. "Saya kesal kerana mereka (penagih) sanggup memecahkan abu mayat untuk mencari barangan berharga. Kami tidak pernah meletakkan sebarang barangan berharga dalam bekas ini. Ia hanya mengandungi abu mayat semata-mata," katanya semalam. Menurutnya, kejadian itu turut mengakibatkan abu mayat berselerak dan bercampur dengan abu mayat dari ahli keluarga yang lain. "Secara tidak langsung menyukarkan kami untuk mengasingkan semula abu mayat ini. Tiada apa yang dapat dilakukan melainkan berharap kumpulan ini mendapat balasan yang setimpal," katanya semalam. Selain itu, kumpulan penagih terbabit turut mencuri pagar besi di kawasan perkuburan itu, cermin tingkap termasuk pagar besi simpanan abu mayat. "Kejadian curi besi ini lama berlaku. Namun, kami tidak hiraukan. Tetapi kesal bila mereka pecahkan abu mayat keluarga kami," katanya. Seorang lagi penduduk, Cham Chai Che Rin, 30, dari Kampung Simpang Empat berkata, setiap malam pasti ada yang menagih di kawasan itu. Menurutnya, alat menghisap dadah pun masih berada di tanah perkuburan ini. "Penduduk setempat pun tidak berani datang ke kawasan ini pada waktu malam," katanya. Menurutnya, penduduk pernah cuba menghalau kumpulan penagih itu tetapi mereka melarikan diri dan akan datang pada keesokannya harinya. "Penduduk tidak boleh buat apa. Tempat ini sunyi pada waktu malam. Siapa yang berani datang ke sini. Jadi, memang menjadi tumpuan penagih untuk lepaskan gian mereka," katanya kepada Sinar Harian. Dalam pada itu, Cham Chai turut berharap pihak berkuasa dapat memantau masalah itu bagi mengelakkan perkara yang sama berlaku di kawasan lain. "Penduduk setempat sedia bekerjasama dengan semua pihak untuk memastikan masalah itu tidak terus berulang mahupun terjadi di kawasan lain," katanya.
sinar/- |
Kisah Budak Perempuan Berani Kejar Peragut Dengan Motorsikal Posted: 17 Oct 2012 01:12 AM PDT 1 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Kau silap orang kalau nak ragut'
Melaka - "Kau silap orang lah kalau nak ragut," kata seorang remaja perempuan yang berang selepas berjaya menangkap seorang lelaki yang meragut begnya di Telok Emas, di sini, malam kelmarin.
Peragut yang salah sasaran bukan sahaja tidak dapat menikmati RM2 hasil aktiviti jenayahnya, malah lebih malang dia turut 'diganyang' mangsa berusia 19 tahun.
Mangsa nekad mengejar lelaki terbabit selepas mengejarnya sejauh kira-kira dua kilometer dengan menunggang motosikalnya.
Sinar Harian difahamkan, penduduk kampung berhampiran turut membantu mangsa menghalang suspek berumur 21 tahun itu melarikan diri sebelum menghubungi pihak polis.
Sementara itu, mangsa ketika ditemui berkata, dia yang mengesyaki sesuatu terus menghafal nombor pendaftaran motosikal suspek sebaik sahaja suspek menutup lampu hadapan motosikalnya ketika di persimpangan lampu isyarat Kandang/Alai.
"Saya meneruskan perjalanan dan tidak sedar bila dia menghampiri kerana laluan di situ gelap. Tiba-tiba dia ragut beg saya hingga menyebabkan telefon bimbit saya dalam jaket yang pakai turut terjatuh.
"Tanpa berfikir panjang, apatah lagi keselamatan diri, saya terus kejar lelaki terbabit yang melarikan beg saya memasuki simpang ke Taman Seri Emas," katanya.
Menurut anak sulung daripada tiga beradik ini, suspek jatuh terpelanting dari motosikal selepas cuba menendang motosikalnya.
"Dia cuba tendang motosikal saya tetapi saya dapat elak, malah saya sempat baling air minuman yang saya bawa balik dari tempat kerja. Selepas itu dia jatuh di sebelah longkang.
"Mula-mula saya ingat dia sudah mati sebab dia langsung tak bergerak tetapi seorang pakcik memeriksanya berkata dia masih hidup. Saya tidak dapat kawal diri lalu memukulnya.
"Ketika itu juga saya berkata 'Kau silap orang lah kalau nak ragut. Kau buat macam ni seolah-olah kau hina perempuan. Kalau perempuan lain mungkin boleh jerit macam tu sahaja tapi dengan aku, aku kejar sampai lubang cacing," katanya.
Menurutnya, dia yang masih trauma bagaimanapun menguatkan semangat untuk ke tempat kerja keesokan hari apabila disuruh ibunya dan menasihatkan supaya wanita lain berhati-hati serta tidak cuai sepertinya.
"Jangan letak beg dalam raga motosikal kerana memudahkan peragut mencapainya," katanya.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah malam.
Menurutnya, mangsa yang bekerja di sebuah restoran makanan segera di Melaka Raya menunggang motosikal sendirian, dalam perjalanan balik ke rumahnya di Serkam, Jasin.
Katanya, sebelum kejadian, mangsa menyedari suspek memadamkan lampu motosikal jenis Yamaha ditunggangnya ketika mereka berada di persimpangan lampu isyarat Alai/Kandang sebelum meneruskan perjalanan.
"Namun apabila sampai di laluan berbukit di hadapan sebuah sekolah agama, suspek meragut beg mangsa yang diletakkan dalam raga motosikal mangsa jenis Honda EX5.
"Mangsa yang berang mengejar suspek hingga ke Telok Emas sebelum suspek terjatuh sendiri ketika cuba menendang motosikal mangsa apabila tiba di laluan mati di Jalan Seri Emas Utama," katanya di sini, semalam.
Salehhudin berkata, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kandang, sementara suspek yang cedera seluruh anggota badan dihantar ke Hospital Melaka.
"Selain motosikal suspek, beg mangsa mengandungi RM2 dijadikan barang kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan, " katanya. |
100 berdemo tolak AES depan JPJ Ipoh Posted: 17 Oct 2012 01:00 AM PDT 1 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Kira-kira 100 orang berhimpun di hadapan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ipoh bagi mendesak kerajaan membatalkan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi kesalahan trafik. Timbalan Setiausaha Pemuda PKR (AMK) Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, perhimpunan kira-kira sejam bermula pada jam 10 pagi itu hanya permulaan daripada kempen bantahan berterusan yang akan dianjurkan di setiap negeri. "Kita sedang susun untuk jadikan sebagai gerakan rakyat. Akan ambil tanda tangan sebagai tanda protes dan ke negeri-negeri untuk berdemonstrasi. "Himpunan ini juga ingin menyedarkan rakyat bahawa tindakan kerajaan melaksanakan AES ini menekan dan menzalimi rakyat yang semakin dihimpit kekangan ekonomi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Turut hadir anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja Chang Li Kang yang naib pengerusi PKR negeri. 'Saman Rakyat 1Malaysia atau SR1M' Dalam perhimpunan itu, mereka turut melaungkan "hidup rakyat", "kroni kaya rakyat derita" sambil membawa sepanduk " say no to AES" (katakan tidak kepada AES) dan kain rentang bertulis "beri rebat RM200, kena saman RM300". Mereka juga memperolokkan sistem itu dengan membawa kain rentang yang menggelar AES sebagai "Saman Rakyat 1Malaysia (SR1M)" -- julukan yang seakan-akan sama dengan "Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Sementara itu, Chang ( atas, berbaju biru muda) berkata, sambutan perhimpunan pagi tadi amat menggalakkan apabila orang ramai yang melintasi mereka membunyikan hon dan melambaikan tangan sebagai tanda sokongan. "Orang-orang JPJ ada yang keluar, dan tengok sahaja. Kita buat di depan JPJ kerana kita nak desak supaya batalkan AES atau kalau tidak, kita akan anjurkan perhimpunan yang lebih besar," kata Chang. Bermula 23 September lalu, sebanyak 14 kamera AES dipasang di kawasan hitam di Lembah Klang dan Perak. JPJ menyasarkan pemasangan 831 kamera AES secara berperingkat dalam masa 18 bulan di seluruh negara. malaysiakini/- |
Jet pejuang tentera Indonesia terhempas Posted: 17 Oct 2012 12:54 AM PDT 1 Zulhijjah 1433H. [MOD] - JAKARTA – Tentera Udara Indonesia semalam menggantung operasi 32 buah jet pejuang Hawk 200, lapor agensi berita Xinhua.
Ketua tentera udara negara itu, Imam Sufaat berkata, keputusan itu dibuat selepas salah sebuah jet tersebut terhempas di Pekanbaru, wilayah Riau. Jet itu terhempas pada pukul 9.30 pagi waktu tempatan semalam semasa satu latihan ketenteraan. Bagaimanapun, juruterbang jet tersebut berjaya menyelamatkan diri dengan menggunakan kerusi anjal.
Tiada laporan mengenai kecederaan dan kematian akibat kejadian tersebut.
Menurut Imam, penggantungan itu merupakan prosedur biasa jika terdapat sebuah jet yang terhempas sehingga siasatan tentang punca nahas selesai dilakukan oleh sebuah pasukan penyiasat.
Jet tersebut terhempas di kampung di Kampar dekat sebuah pangkalan tentera udara di Pekanbaru. Imam berkata, jet tersebut dibeli dari Britain.
Jet-jet tersebut ditempatkan di pangkalan tentera di Pontianak, Kalimantan Barat dan Pekanbaru. "Kami menerima jet-jet itu dari Britain pada 1994," kata Imam. – Agensi
|
Shahrizat Dakwa Sinsing Lengan, Selak Kain Budaya Melayu Posted: 17 Oct 2012 12:51 AM PDT 1 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Kuala Lumpur 15 Oktober: Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil memberitahu, perbuatannya menyinsing lengan baju dan bersedia untuk menyelak kain merupakan budaya Melayu.
Ketua Wanita Umno itu tanpa segan silu menjawab demikian ketika disoal peguambela, Ranjit Singh yang mewakili anak guamnya, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Jelas Shahrizat, perlakuannya semasa berucap pada Perhimpunan Wanita Umno 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu kerana beliau bersemangat memberi ucapan.
Katanya lagi, perbuatan itu adalah satu budaya bagi melambangkan persediaan untuk 'bergaduh'.
"Sebagai wanita Melayu, terutamanya saya dari Pulau Pinang, itu cara kita (Melayu) kalau dah nak marah.
"Itu menunjukkan jika mereka bersedia bergaduh, saya juga bersedia," katanya.
Sebelum itu, Ranjit menayangkan video ucapan Shahrizat yang menunjukkan beliau menyinsing lengan baju dan beraksi untuk menyelak kainnya berdurasi 10 minit menyebabkan hakim tersenyum melihat gelagat tersebut.
Video yang dipetik daripada portal media Umno itu mencetuskan rasa tidak puas hati kira-kira 20 penyokong wanita Umno.
Reaksi tersebut ditegur Hakim Vazeer Alam Mydin Meera.
Sejurus rakaman itu memaparkan Shahrizat menuduh Rafizi sebagai 'si Tanggang', Ranjit menyoal adakah ia ditujukan kepada anak guamnya, Rafizi yang mendapat biasiswa daripada Petronas.
"Saya bukan cakap terus kepada defenden satu, tapi nama Hafizi, Hafizi itu ada di seluruh dunia.
"Saya mengambil contoh si Tanggang kerana saya melihat generasi ini sebagai ibu akan beri nasihat kepada anaknya. Si Tanggang saya nampak apa yang defendan satu (Rafizi) buat," ujarnya.
Untuk mengelak jawapan Shahrizat makin memalukan, peguam mewakili plaintif, Datuk Shafee Abdullah menyifatkan isu si Tanggang tidak releven disoal.
"Apa relevannya tanya isu si Tanggang kerana ia merupakan cerita Melayu lama-lama," tempelak beliau.
Perbicaraan disambung semula 18 Mac depan diikuti April dan Mei.
Vazeer dalam kamarnya berkata, saksi lain akan dipanggil pada sesi itu. -KD
|
Cinta samseng Posted: 17 Oct 2012 12:44 AM PDT 1 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
BUKTI...Yashini (kiri) dan Shantini menunjukkan laporan polis yang dibuat selepas menjadi mangsa belasahan. SEREMBAN: Akibat menolak cinta, seorang gadis dibelasah teman lelakinya hingga pengsan selain cedera di bibir menyebabkan dia terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini, kelmarin.
Lebih teruk, mangsa, M Yashini, 18, yang menuntut di sebuah kolej swasta di ibu negara, dibelasah di depan saudara-mara serta rakan suspek di rumahnya di Taman Limau Emas, Rasah, di sini.
Yashini berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 5.30 petang kelmarin, dia menemui teman lelakinya itu di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Seremban, sejurus tiba dari Kuala Lumpur, kira-kira jam 4.30 petang.
"Ketika itu saya cuba menjelaskan tidak mahu lagi berkawan dengannya menyebabkan dia berang dan bertindak kasar. "Saya terus pulang, namun dia mengekori sehingga ke rumah dan berlaku pertengkaran serius antara kami. Tiba-tiba dia memukul saya dengan objek keras menyebabkan cedera di bibir dan kepala serta tidak sedarkan diri.
metro/-
|
Air Mata Kerana Takutkan Allah Akan Dapat Memadamkan Api Neraka. Posted: 17 Oct 2012 12:38 AM PDT 1 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Nabi S.A.W. bersabda yang maksudnya : "Tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat, kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah." (Hadis Riwayat Abu Naim)
Berdasarkan hadis di atas 3 mata yang akan mendapat rahmat Allah S.W.T dihari akhirat yang mana ketika itu ramai mata-mata yang menangis penyesalan :
1. Mata yang dipejamkan dari segala yang haram.
2. Mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah.
3. Mata yang mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.
Huraiannya :
Pertama : Mata yang dipejamkan dari segala yang haram.
Terlalu banyak maksiat dilakukan oleh manusia melalui mata. Mata ini akan menjadi saksi di hari akhirat nanti kerana manusia menyalahgunakan nikmat mata yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. dengan melihat perkara yang haram. Dosa-dosa yang dilakukan oleh mata adalah seperti berikut :
1. mengekori aurat wanita/ lelaki.
2. melihat gambar/ dvd/ internet lucah.
3. menggunakan ilmu sihir melalui mata dan membaca mentera-mentera sihir untuk melakukan sihir kepada orang lain.
4. menulis, mengarang dan mencari bahan-bahan fitnah dan menyebarkan fitnah tersebut kepada orang lain.
5. mengintip rahsia dan mengambil gambar dan mendedahkan keaiban seseorang.
Apabila seseorang menggunakan matanya untuk melakukan apa saja perkara maksiat , sebenarnya matanya telah melakukan dosa. Tetapi apabila mata digunakan untuk solat, membaca al-Quran, menulis dan mengarang ilmu yang bermanfaat, melihat alam ciptaan Allah dan merasai keagungan-Nya dan perkara-perkara yang bermanfaat yang lain maka Allah S.W.T. akan mengurniakan pahala dan mata ini nanti akan merasai gembira di hari akhirat.
Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Barangsiapa yang menjadikan dunia sebagai cita-citanya, nescaya Allah SWT mencerai-beraikan urusannya dan dijadikan kefakiran di hadapan kedua matanya dan Allah tidak memberinya dari harta dunia ini, kecuali apa yang telah ditetapkan untuknya." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Kedua : Mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah.
Jihad dijalan Allah adalah sebaik-baik amalan dilakukan semata-mata untuk mendaulatkan hukum-hukum Allah. Tanpa jihad dan pengorbanan Islam tidak mampu ditegakkan dan dihayati dalam kehidupan bermasyarakat. Jika seseorang mati ketika berjihad mempertahankan daulah Islam, mempertahankan negaraIslam daripada diceroboh oleh orang kafir atau penyebaran dakwah Islam disekat oleh musuh Islam maka mati tersebut adalah mati syahid. Mati yang mulia dan akan dimasukkan oleh Allah S.W.T kedalam syurga tanpa hisab.
Mata yang berjaga malam ketika berjihad dijalan Allah S.W.T. untuk menjaga kepentingan Islam daripada diserang musuh adalah mata yang dirahmati Allah S.W.T. di hari akhirat nanti mata ini tidak akan menangis kesedihan. Mata yang mulia ini akan memberitahu Allah S.W.T. bahawa dia digunakan untuk mencari reda-Nya semasa di dunia dahulu.
Dalam realiti kita sekarang ini kita juga boleh qiyaskan bahawa kita berjaga malam untuk mengawal kawasan progrem-progrem dakwah, tarbiah, motivasi, muqayam, tamrin dan rehlah dikawasan hutan atau tepi pantai adalah dikira sama dengan mengawal semasa jihad fisabilillah. Jihad untuk memberi kesedaran dan kefahaman ilmu Islam adalah juga dikira sebagai kerja-kerja jihad dijalan Allah S.W.T.
Ketiga : Mata yang mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.
Dari Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu'anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah s.a.w. yang mana dia menyatakan tujuannya : "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kedatanganku ini adalah untuk bertanya kepada engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat". Maka baginda s.a.w telah berkata kepadanya : "Tanyalah apa yang engkau kehendak."
Dia berkata : "Siapa yang terselamat daripada dosa?"
Baginda S.A.W menjawab : "Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan."
Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: "Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Tangisan dapat memadamkan api neraka. Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : "Bahawa tidak akan masuk Neraka orang yang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."
Di dalam kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seseorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka, maka salah satu daripada rambut-rambut matanya pun berkata : "Wahai Tuhanku ! Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda : 'Sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah , maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka', dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."
Akhirnya Allah S.W.T. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka, dengan berkata sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibrail a.s. mengumumkan : "Telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut"
Dalam sebuah kitab Bidayatul- Hidayah diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan di datangkan Neraka Jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat mengerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya.
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat di seru kepada buku amalannya (di katakan padanya). Pada hari ini kamu di balas menurut apa-apa yang telah di kerjakan" (Surah Al-Jatsiyah ayat 28)
Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengarkan kegeramannya api neraka dengan nyalaan apinya, dan di terangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat di dengar sejauh 500 tahun perjalanan.
Pada waktu itu akan berkata setiap orang hingga para Nabi-nabi dengan ucapan :
"Diriku, diriku" (selamatkan diriku ya Allah), hanya seorang Nabi sahaja yang akan berkata : "Umatku, umatku," baginda ialah Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.
Pada masa itu akan keluarlah api Neraka Jahim seperti gunung-gunung, umat-umat Nabi Muhammad S.A.W. berusaha menghalanginya dengan berkata : "Wahai api ! Demi hak orang-orang yang solat. Demi hak orang-orang yang ahli bersedekah. Demi hak orang-orang yang kyusuk. Dan demi hak orang yang berpuasa, supaya engkau kembali !
Walaupun dikatakan demikian api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu Malaikat Jibrail berkata : Sesungguhnya api neraka itu menuju pada umat Muhammad S.A.W."
Kemudian Jibrail membawa semangkuk air dan Rasulullah S.A.W. meraihnya, dan berkata Jibrail a.s. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah padanya."
Lalu baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.
Setelah itu Rasulullah S.A.W. pun bertanya kepada Jibrail a.s. :
"Wahai Jibrail! air apa itu?"
Maka berkata Jibrail, "Itulah air mata-air mata orang derhaka yang terdiri dari umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya padamu agar engkau menyiramkan pada api itu, maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T. "
Telah bersabda Rasulullah S.W.T. yang bermaksud : "Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemukannya air mata."
Sahabat yang dimuliakan, Marilah sama-sama kita kita beramal soleh dengan mengikhlaskan hati kita kepada Allah S.W.T. Gunakanlah semua pancaindera kita untuk melakukan ketaatan kepada Allah S.W.T.
Tanda kita bersyukur dengan nikmat kaki, tangan, hidung, mulut, telinga dan mata yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. maka kita gunakan pancaindera ini untuk mentaati-Nya. Nikmat mata kurniaan Allah S.W.T. adalah satu kurniaan yang besar,
jika mata melihat yang halal dan mata menangis mengalirkan air mata kerana takutkan-Nya maka air mata ini akan dapat memadapkan kemarakkan api neraka. Salah satu golongan yang akan mendapat perlindungan Arasy adalah seorang yang berdoa seorang diri menitiskan air mata penyesalan dan bertaubat kepada Allah S.W.T. cemerlang/- |
Malaysia berpura-pura serius banteras rasuah Posted: 17 Oct 2012 12:34 AM PDT 1 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Saya telah menerima jawapan bertulis daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz kepada beberapa perkara yang saya telah bangkitkan tentang rasuah dalam ucapan Belanjawan 2013 di Parlimen 4 Oktober 2012 lalu, yang mana beliau tidak mempunyai masa untuk menjawab ketika penggulungan beliau.
Dalam ucapan saya, saya telah meminta Perdana Menteri untuk mengemaskini kepada Parlimen dan negara apakah tindakan yang telah diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dengan pelbagai laporan polis ke atas "trio" Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Saya telah bertanya secara terperinci apakah hasil daripada laporan polis berkenaan pertuduhan rasuah ke atas Peguam Negara terutamanya melibatkan buku terbaru peguam Zainal Abidin Ahmad bertajuk "Tan Sri Gani Patail: Pemalsu, Penipu, Penjenayah?"?
Ini adalah jawapan bertulis Nazri:
"Yang Berhormat Ipoh Timur ingin mengetahui tindakan terhadap dakwaan rasuah oleh Peguam Negara Malaysia sebagaimana dalam buku tulisan Zainal Abidin Ahmad yang bertajuk 'Tan Sri Abdul Gani Patail Pemalsu, Penipu, Penjenayah'. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buku yang ditulis oleh Zainal Abidin Ahmad mengenai dakwaan rasuah terhadap Peguam Negara yang bertajuk 'Tan Sri Abdul Gani Patail Pemalsu, Penipu, Penjenayah' masih dalam siasatan pihak polis."
Berkenaan laporan rasuah ke atas Ketua Menteri Sarawak, jawapan bertulis Nazri menyatakan:
"Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Serdang ingin mengetahui hasil siasatan tuduhan rasuah yang melibatkan YAB Ketua Menteri Sarawak. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, isu ini masih dalam siasatan SPRM. Siasatan kes-kes rasuah yang dibuat oleh SPRM adalah berlandaskan undang-undang dan memerlukan beban pembuktian yang cukup kukuh sehingga mencapai tahap (dengan izin) beyond reasonable doubt. Ini kerana penyiasatan sesuatu kes itu menjurus kepada intipati kesalahan yang melibatkan keterangan saksi, dokumen dan bukti-bukti lain yang mampu menyokong kes berkenaan."
Dalam ucapan saya, telah saya katakan walaupun membanteras rasuah adalah salah satu keutamaan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) bagi Program Transformasi Kerajaan (GTP) Najib, rasuah di Malaysia telah bertambah buruk dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini seperti yang dikesan Indeks Persepsi Rasuah Transparency International.
Saya katakan saya bersetuju sepenuhnya dengan bekas anggota panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang yang menyatakan bahawa persidangan antarabangsa perangi rasuah di Kuala Lumpur hari ini adalah membuang masa dan hanya acara untuk kerajaan Malaysia berpura-pura serius membanteras rasuah.
Ini respon Nazri dalam jawapan bertulisnya:
Yang Berhormat Ipoh Timur membangkitkan isu berkenaan kejatuhan negara dalam skor Corruption Perception Indeks (CPI). Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bebanan pencapaian skor CPI tidak boleh diletakkan dibahu Kerajaan semata-mata dan kerjasama daripada semua pihak adalah sangat perlu agar tanggungjawab membanteras rasuah digembleng bersama di antara sektor Kerajaan, sektor swasta, masyarakat usahawan, NGO, parti-parti politik dan rakyat keseluruhannya bagi mencapai matlamat Pelan Transformasi Kerajaan ke arah menjadikan negara kita bebas rasuah.
Yang Berhormat Ipoh Timur mendakwa penganjuran 6th IAACA Annual Conference and General Meeting adalah membuang masa. Pandangan bahawa penganjuran 6th IAACA Annual Conference and General Meeting yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) adalah membuang masa dan tidak mencerminkan indeks persepsi rasuah negara adalah menunjukkan bahawa Yang Berhormat Ipoh Timur mempunyai pandangan yang cetek. Kerajaan berpandangan bahawa penganjuran ini boleh membawa impak yang besar kepada negara dari segi kerjasama antarabangsa dalam usaha pembanterasan rasuah. Ini kerana rasuah sebagai jenayah yang juga merentasi sempadan memerlukan kerjasama antarabangsa bagi membendungnya.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, IAACA secara rasmi telah ditubuhkan pada 22 Oktober 2006 di Beijing, China bertujuan membantu negara-negara ahli bagi memenuhi ketetapan dalam United Nations Convention Against Corruption (UNCAC). Persidangan pada tahun ini menekankan Artikel 6 UNCAC iaitu 'Technical Assistance and Information Exchange' sebagai tema. IAACA mempunyai lebih daripada 300 ahli organisasi yang meliputi hampir semua agensi pengkuatkuasaan undang-undang memerangi rasuah dan melibatkan lebih daripada 2,000 ahli-ahli individu dari 18 buah negara termasuk pendakwa, penyiasat dan pakar-pakar yang mempunyai pengalaman dalam penyelidikan anti-rasuah. Keputusan yang berjaya dicapai dalam persidangan-persidangan lepas termasuklah menghasilkan dua deklarasi penting iaitu mengenai kerjasama antarabangsa menentang rasuah dan pencegahan rasuah.
harakah/- |
Pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat, Senawang 3 Nov Posted: 17 Oct 2012 12:31 AM PDT 1 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan mengadakan Pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat di Senawang, Seremban 3 November ini.
Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu berkata, program itu merupakan pemula kepada program jelajah ke seluruh negara yang akan diadakan selepas itu, lapor Keadilandaily.
Program tersebut dijadual bermula jam 4 petang hingga 12 malam dengan dihadiri semua kepimpinan utama Pakatan Rakyat.
Antaranya termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Himpunan Kebangkitan Rakyat sepatutnya dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, 3 November ini namun ditangguhkan kerana stadium tersebut akan digunakan untuk Pertandingan Bolasepak Piala Suzuki AFF.
Ianya telah diumumkan ditunda ke Januari Tahun hadapan dan pihak penganjur sedang membuat permohonan untuk mendapatkan sama ada Stadium Nasional Bukit Jalil atau Stadium Merdeka.
Bagaimanapun, pelancaran himpunan itu tetap dibuat pada tarikh sama tetapi dengan mengubah tempatnya ke Senawang Negeri Sembilan.
Dari Negeri Sembilan, program jelajah Kebangkitan Rakyat pula katanya akan bergerak ke seluruh negara mengikut zon dan negeri.
Menurut Mohamad, mereka akan bergerak ke setiap negeri termasuk Kedah, Terengganu, Pahang, Johor serta Perak dan diikuti negeri-negeri lain sebelum kemuncak himpunan tersebut di ibu negara Januari tahun hadapan.
Himpunan kali ini katanya adalah bertujuan menggesa lapan tuntutan Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang hampir tidak dihiraukan oleh kerajaan.
harakah/- |
Dah terbukti Pakatan lebih bagus dari BN Posted: 16 Oct 2012 11:50 PM PDT 1 Zulhijjah 1433H. [MOD]- Pujian Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang terhadap prestasi membanggakan di semua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (Pakatan) membuktikan gabungan itu selangkah lagi menuju ke Putrajaya. Bendahari Agung KEADILAN, William Leong yakin rakyat makin bijak menilai dan membeza pentadbiran mana lebih berintegriti, menolak rasuah serta mengutamakan kepentingan rakyat. "Ini adalah kali ketiga berturut-turut negeri Pakatan mendapat pujian Ketua Audit Negara. Lebih membanggakan prestasi kali ini jauh lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. "Pakatan Rakyat selangkah lagi untuk menuju Putrajaya" katanya.
Hah, mana mau lari lagi pencacai umno sekalian, mana laporan Audit negeri umno pulak, nak jugak tengok. kah..kah..kah
Sudah 3 tahun Audit menunjukkan bn tidak lebih baik dari Pakatan ni bukti jelas Pakatan mampu memerintah, bayangkanlah kalau pentadbiran pusat tak beri kerjasama penuh pun kita boleh buat camni, macam mana pulak kalau Pakatan yang memerintah pusat nanti?.
Senang je jawapannya, ekonomi makin bagus, harga barang boleh diturunkan, pendapat makin meningkat dan kita taraf hidup makin baik.
tapi kalau umno yang terus memerintah, sendiri rasa la, makan ikan "kembung" lagi la , itu pun kalau poket berisi sikit, kalau tgh bulan makan biskut kering je.
Kenapa?, cuba check hutang negara berapa dah, kalau bn jugak memerintah dan si najib tu perdana menteri lagi, bangkrap negara nei, belanjawan asyik defisit je, pastu tabur duit entah mana punca.. pinjam bank dunia kot, tak pun pinjam soros agaknya. harakah/-
|
Gempa Bumi Kuat Landa Celebes, Indonesia Posted: 16 Oct 2012 11:44 PM PDT 1 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat dengan magnitud 6.1 pada skala Richter berlaku di Laut Celebes, Indonesia pada 12.42 tengah hari Rabu.
Gempa itu berpusat pada 4.2 darjah utara dan 124.6 darjah timur, dan 222km barat laut Pulau Talaud, Indonesia dan 677km tenggara Semporna, Sabah, kata Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan pada Rabu.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu. -BERNAMA |
Sembilan Soalan Manusia di Jawab Oleh Al-Quran Posted: 16 Oct 2012 11:32 PM PDT 1 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah, Setiap kejadian yang berlaku dimuka bumi dan kepada diri manusia semuanya mengandungi hikmah dan Allah S.W.T. Maha Mengetahui setiap apa yang diciptakan dan ditakdirkan-Nya.
Manusia perlu bersabar dan bertenang dan mencari kebaikan dan hikmah dibalik setiap peristiwa yang berlaku. Dari sinilah akan melahirkan jiwa yang reda dengan Qadak dan Qadar dan bersyukur di atas nikmat dan rahmat daripada Allah S.W.T.
Terdapat sembilan persoalan yang sering dikemukakan oleh manusia kepada Allah S.W.T. dan Dia menjawannya di dalam al-Quran.
Soalan pertama : Kenapa aku diuji?
Quran menjawab : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut ayat 2-3).
Setiap ujian yang ditimpakan oleh Allah S.W.T. kepada para hamba-Nya sebenarnya Dia ingin mengurniakan sesuatu ganjaran yang lebih besar dan lebih baik. Allah S.W.T. akan menghapuskan dosa-dosanya dan memberi ganjaran pahala yang besar. Di hari akhirat nanti tidak ada balasan yang lebih baik melainkan mendapat balasan syurga.
Soalan kedua : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui". (Surah al-Baqarah ayat 216)
Sseungguhnya sesuatu perkara itu hakikat sebenarnya Allah Maha Mengetahui. Baik atau buruk sesuatu perkara itu ianya adalah di dalam ilmu Allah. Yakinilah jika sesuatu doa atau hajat tidak ditunaikan-Nya ada sesuatu yang lebih baik akan diberi Allah S.W.T. sebagai penganti apa yang kita hajatkan. Jika tidak dapat di dunia, nanti di hari akhirat Dia akan memberkannya kepada kita, oleh itu berbaik sangkalah kepada-Nya.
Soalan ketiga : Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab : "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya". (Surah al-Baqarah ayat 286)
Allah S.W.T. Maha Mengetahui kemampuan kita sebagai hamba-Nya yang kerdil, oleh itu apa sahaja yang berlaku keatas diri kita sebenarnya masih dibawah kemampuan kita untuk menghadapinya. Anggaplah sesuatu ujian itu dengan fikiran yang positif dan cubalah renungkan bahawa terdapat orang lain yang lebih berat menghadapi ujian daripada kita maka dengan itu akan terasa beban yang ditanggung akan menjadi lebih ringan.
Soalan keempat : Kenapa kita rasa kecewa?
Quran menjawab : "Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman". (Surah Ali Imran ayat 139)
Yakinlah sifat orang mukmin tidak akan rasa kecewa atau putus asa kerana orang mukmin akan sentiasa reda dengan Qadak dan Qadar. Jika kita merasai kita mulia di sisi Allah S.W.T. kerana kita orang yang beriman dan bertakwa maka akan hilang perasaan negatif ini.
Soalan kelima : Bagaimana harus aku menghadapi kesusahan ini?
Quran menjawab : "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat , dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk". (Surah al-Baqarah ayat 45)
Benarlah saranan Allah S.W.T. bahawa sifat sabar dan sentiasa mengerjakan solat wajib dan sunat akan membantu orang mukmin ketika dia menghadapi ujian dan kesukaran dalam hidup. Dia akan melapangkan fikiran kita dan melepaskan daripada segala kesusahan ini jika kita istiqamah dengan bersabar dan menjadikan solat kerana solat adalah doa dan munajat para hamba kepada Tuhannya.
Soalan keenam : Kepada siapa aku berharap?
Quran menjawab : "Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal". (Surah at-Taubah ayat 129)
Tidak ada tempat lain untuk kita bergantung dan memohon pengharapan hanya kepada Allah S.W.T. yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tuhan yang mengkabulkan segala doa dan permintaan.
Soalan ketujuh : Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab : "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka". (Surah at-Taubah ayat 111)
Tidak ada balasan yang paling berharga yang di miliki oleh manusia yang bertakwa melainkan balasan syurga seluas langit dan bumi. Semua ujian yang dihadapai tidak akan sia-sia kerana Allah S.W.T. telah berjanji akan memberikan balasan syurga kepada siapa yang sanggup berjihad dijalan-Nya dengan harta, masa dan nyawa semata-mata mencari keredaan-Nya.
Soalan kelapan : Aku tak tahan dengan ujian ini!
Quran menjawab : "...dan janganlah kamu ber putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir". (Surah Yusuf ayat 12)
Orang mukmin tidak akan putus asa dengan rahmat Allah dan sentiasa bersabar dengan ujian yang melanda dirinya kerana sifat orang yang putus asa adalah sifat orang-orang kafir.
Soalan kesembilan : Sampai bila aku akan merana begini?
Quran menjawab : "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan". (Surah al-Insyirah ayat 5-6)
Benar apa yang dijelaskan oleh al-Quran bahawa setiap kesusahan itu akan ada kebahagiaan . Allah S.W.T. Maha Adil dan tidak pernah
menganiaya hamba-hamba-Nya dan akan sampai pula masanya Dia akan memberi pertolongan dan memberi kemudahan. Ingatlah bahawa pertolongan Allah S.W.T. cukup dekat bila kita baik sangka dengan-Nya.
Sahabat yang dimuliakan,
Begitulah sembilan soalan dan semuanya telah diberi jawapan oleh al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran adalah mukjizat daripada Allah S.W.T kepada semua hamba-hamba-Nya. Apabila kita dapat memahami hikmah dibalik semua kejadian di dunia ini, maka hati kita akan menjadi tenang dan yakin dengan janji-janji Allah S.W.T. yang dinyatakan-Nya di dalam al-Quran.
Firman Allah maksudnya : "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (loh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ". (Surah Al-Hadid ayat 22)
Dalam ayat yang lain Allah berfirman maksudnya : "Tidak luput darpada pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya tercatat) dalam kitab yang nyata (loh mahfuz). " (Surah Yunus ayat 61) cemerlang/- |
Saya patut diberi ganjaran bukan dihukum - Karadzic Posted: 16 Oct 2012 11:02 PM PDT 1 Zulhijjah 1433H. [MOD] - THE HAGUE: Bekas Pemimpin perang Serbia Bosnia, Radovan Karadzic memberitahu mahkamah perang Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu bahawa dia harus diberi ganjaran untuk "mengurangkan penderitaan", bukannya dituduh menjalankan jenayah perang. (Wajah orang yang didakwa pembunuh beramai-ramai rakyat Bosnia, Karadzic) Muncul pada hari pertama untuk mempertahankan diri beliau di The Hague Selasa lalu, Karadzic memberitahu para hakim bahawa dia tidak bersalah dan adalah seorang "manusia bertoleransi" yang cuba mendapatkan keamanan di Bosnia semasa perang 1992-1995. Karadzic, 67, menghadapi 10 tuduhan pembunuhan beramai-ramai dan jenayah terhadap kemanusiaan semasa peperangan pada tahun 1990-an, termasuk pembunuhan beramai-ramai Srebrenica dan pengepungan Sarajevo. Beliau telah ditangkap di Belgrade pada 2008, selepas menghabiskan 13 tahun dalam pelarian. Karadzic memulakan kenyataan peribadinya selama empat jam dengan menyatakan beliau telah melakukan "segala-galanya dalam bidang kuasa manusia untuk mengelakkan peperangan dan mengurangkan penderitaan manusia". "Saya seorang lelaki yang sederhana dan bertolak ansur," Karadzic memberitahu hakim-hakim di International Criminal Tribunal for the former Yugoslavia (ICTY), sambil menambah bahawa beliau "mempunyai kapasiti yang besar untuk memahami pihak lain. "Saya, ataupun sesiapa sahaja yang saya tahu, tidak pernah terfikir akan ada satu pembunuhan beramai-ramai terhadap mereka yang bukan berwarganegara Serbia," katanya kepada mahkamah sambil diperhatikan isteri dan saudara-mara mangsa pembunuhan beramai-ramai dari galeri. harakah/-
|
Noh akui kelemahan pengagihan subsidi beras Posted: 16 Oct 2012 11:01 PM PDT 1 Zulhijjah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar hari ini mengakui kelemahan pihak kerajaan dalam pengagihan subsidi beras kepada syarikat-syarikat yang mendapat kouta.
Bercakap pada sesi penggulungan bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata pihaknya kini dalam proses membuat kajian dan mencari mekanisma baru.
"Kita sedang mencari kaedah baru yang lebih memberi manfaat," katanya.
Sementara itu, Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) ketika mencelah penggulungan itu meminta Noh menyenaraikan nama-nama syarikat yang mendapat subsidi beras dari kerajaan.
Menurut Mahfuz, kerajaan wajar mengkaji semula pemberian subsidi beras yang dilihat lebih menguntungkan syarikat pemborong berbanding rakyat kebanyakan.
Malah katanya, penyelewengan pemberian subsidi beras bukan perkara baru dan meminta kerajaan mengambil tindakan ke atas mereka yang mendapat kuota kemudian menjual semula subsidi itu.
"Saya pernah sebut sebelum ini, kerajaan kena kaji semula. Kenapa tidak sahaja beri subsidi lima peratus, semua orang pakat beli tidak ada lagi syarikat yang akan ambil keuntungan," katanya yang juga Naib Presiden PAS.
Menjawab permintaan Mahfuz itu, Noh berkata pihaknya bersedia memberikan senarai lebih 30 syarikat tersebut.
"Saya boleh bagi senarai syarikat itu, tapi YB (Pokok Sena) berjanji dengan saya akan bagi tahu syarikat mana yang tidak layak menerima kuota itu.
"Saya lagi suka. Saya minta YB Pokok Sena tolong kita," ujar Noh.
Pada tahun ini, kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM528 juta subsidi beras dan penggunaan beras sebanyak 180,000 tan metrik di seluruh negara.
harakah/-
|
Audit: Tahniah kerajaan negeri Pakatan Rakyat Posted: 16 Oct 2012 11:00 PM PDT 1 Zulhijjah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh kepimpinan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat kerana mendapat komentar yang positif daripada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang di dalam laporan Ketua Audit Negara 2011.
Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, Laporan Ketua Audit Negara 2011 telah membuktikan sistem pemerintahan dan pentadbiran yang cekap serta telus di Negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang adalah lebih baik berbanding negeri BN.
"Kita merasakan Laporan Ketua Audit Negara 2011 telah membuktikan bahawa kecekapan dan kebijaksanaan pemimpin Pakatan Rakyat mentadbir walaupun dalam tempoh masa hanya 5 tahun.
"Ianya juga adalah lebih baik daripada urustadbir pemimpin Barisan Nasional yang telah memerintah negara selama lebih 50 tahun yang penuh dengan pemborosan dan ketirisan," katanya dalam satu kenyataan.
Dengan pujian dari ketua audit itu katanya, maka wajar bagi seluruh rakyat Malaysia memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara Malaysia daripada BN.
Sementara itu, beliau juga menghargai usaha kerajaan Negeri Selangor untuk menghadiahkan ganjaran sebanyak RM 20,000 kepada lapan jabatan dan agensi negeri yang telah mencapai prestasi pengurusan kewangan terbaik seperti yang telah dikeluarkan dalam Laporan Audit 201.
Agensi yang terlibat Majlis Perbandaran Subang Jaya, Pejabat Tanah dan Galian, Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Agama Islam Selangor, Pejabat Tanah dan Daerah Sabak Bernam, Pejabat Menteri Besar/Setiausaha Kerajaan Negeri, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor dan Perbendaharaan Negeri Selangor.
"Kita mengharapkan semoga Kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang akan terus meningkatkan mutu kerja pentadbiran dengan lebih baik selain tidak melupakan imbuhan yang sesuai kepada penjawat-penjawat awam yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan hasrat dan agenda kerajaan Negeri Pakatan Rakyat," tegasnya.
harakah/- |
Planet Seperti Bumi Ditemui di Luar Sistem Solar Posted: 16 Oct 2012 10:58 PM PDT 1 Zulhijjah 1433H. [MOD] - WASHINGTON: Sebuah planet yang sama seperti bumi berdasarkan lokasi dan saiznya ditemui di luar sistem solar, demikian menurut ahli astronomi Eropah.
Ia berjaya dikesan ketika mengelilingi sistem bintang pada jarak 40 trilion kilometer.
Bagaimanapun, planet yang sama seperti bumi itu didapati berada pada kedudukan terlalu hampir dengan bintang, yang mana ia mengelilingi hanya selang beberapa hari. - AP
|
Hutang dijamin k'jaan melepasi paras RM100b Posted: 16 Oct 2012 10:08 PM PDT 1 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Malaysiakini/- LAPORAN AUDIT Pinjaman terkumpul yang dijamin kerajaan persekutuan meningkat sebanyak RM19.85 bilion atau 20.5 peratus pada tahun 2011 dan buat pertama kalinya telah melepasi paras RM100 bilion untuk mencecah RM116.76 bilion, demikian didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.Angka ini telah meningkat dua kali ganda dalam tempoh empat tahun dan mengalami peningkatan pesat sejak tahun 2008. Peningkatan dari tahun 2008 kepada 2011 adalah 69 peratus atau RM47.52 bilion.Pinjaman dijamin kerajaan adalah pinjaman yang diambil oleh badan-badan berkanun dan syarikat-syarikat tetapi dijamin oleh kerajaan persekutuan di bawah Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965.Pinjaman ini adalah berasingan daripada hutang kerajaan persekutuan dan tidak dicerminkan dalam bajet tahunan, dan sering digambarkan sebagai sebahagian daripada "hutang tersembunyi" negara.
Menurut laporan audit, hutang kerajaan persekutuan pada tahun 2011 mencecah RM456.12 bilion, atau 51.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), beberapa peratus di bawah siling hutang digubal 55 peratus.
Jika RM116.76 bilion pinjaman kerajaan terjamin dimasukkan ke dalam hutang persekutuan, maka jumlah hutang akan menjadi RM573 bilion atau 65 peratus daripada KDNK, yang jauh melebihi siling hutang.
Bagaimanapun, Kementerian Kewangan telah berhujah bahawa kerajaan tidak mengambil kira liabiliti luarjangka seperti pinjaman off-budget, dalam nisbah hutang-kepada-KDNK.
Pinjaman PTPTN Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan bahawa RM116.76 bilion yang terkumpul pada tahun 2011 merupakan jumlah pinjaman dalam dan luar negeri dua badan berkanun dan 23 syarikat berkaitan kerajaan yang dijamin Putrajaya pada akhir tahun 2011.
Kenaikan sebanyak RM19.85 bilion dari tahun 2010 adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh peningkatan pinjaman untuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), gergasi perladangan Felda dan Jambatan kedua Sdn Bhd
Kerajaan juga menjamin pinjaman baru yang diambil oleh Syarikat Govco Holdings Bhd, Pengurusan Air SPV Bhd dan SRC International Sdn Bhd pada tahun 2011.
PTPTN, yang telah menambah pinjaman dengan ketara sejak tahun 2007, mengambil 17 peratus atau RM20.35 bilion daripada jumlah pinjaman yang dijamin kerajaan, diikuti oleh Pengurusan Air SPV Bhd (RM9.5 bilion atau 8 peratus) dan Felda (RM3.42 bilion atau 3 peratus).
Pinjaman tertunggak PTPTN meningkat lebih dua kali ganda - daripada RM7.5 bilion pada tahun 2007 kepada RM20.35 bilion pada tahun 2011 - peningkatan tertinggi di kalangan semua peminjam yang dijamin kerajaan persekutuan. |
100 berdemo tolak AES depan JPJ Ipoh Posted: 16 Oct 2012 10:06 PM PDT 1 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Kira-kira 100 orang berhimpun di hadapan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ipoh bagi mendesak kerajaan membatalkan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi kesalahan trafik.
Timbalan Setiausaha Pemuda PKR (AMK) Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, perhimpunan kira-kira sejam bermula pada jam 10 pagi itu hanya permulaan daripada kempen bantahan berterusan yang akan dianjurkan di setiap negeri.
"Kita sedang susun untuk jadikan sebagai gerakan rakyat. Akan ambil tanda tangan sebagai tanda protes dan ke negeri-negeri untuk berdemonstrasi.
"Himpunan ini juga ingin menyedarkan rakyat bahawa tindakan kerajaan melaksanakan AES ini menekan dan menzalimi rakyat yang semakin dihimpit kekangan ekonomi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Turut hadir anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja Chang Li Kang yang juga pemimpin PKR negeri.
Bermula 23 September lalu, sebanyak 14 kamera AES dipasang di kawasan hitam di Lembah Klang dan Perak.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad, mereka menyasarkan pemasangan 831 kamera AES secara berperingkat dalam masa 18 bulan di seluruh negara.
Malaysiakini/- |
Teras, Salimah sokong iklan wanita tutup aurat Posted: 16 Oct 2012 09:11 PM PDT 1 Zulhijjah 1433H. [MOD]- KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah) Negeri Kedah menyokong penuh keputusan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang menetapkan peraturan pakaian model wanita yang menutup aurat dan berpakaian sopan dalam pengiklanan di bandaraya tersebut.
Demikian dinyatakan Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid dan Pengerusi Salimah Negeri Kedah, Rubiyah Haron dalam kenyataan bersama.
Kata mereka, peraturan untuk menetapkan garis panduan mengenai penggunaan model wanita dalam iklan khusus untuk orang Melayu Islam dan umumnya untuk kaum lain adalah munasabah dan sangat dituntut dalam hukum syariat.
Kenyataan penuh mereka sebagaimana di bawah.
Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Pengerusi Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah) Negeri Kedah menyokong penuh keputusan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang menetapkan peraturan pakaian model wanita yang menutup aurat dan berpakaian sopan dalam pengiklanan di bandaraya tersebut.
Peraturan untuk menetapkan garis panduan mengenai penggunaan model wanita dalam iklan khusus untuk orang Melayu Islam dan umumnya untuk kaum lain adalah munasabah dan sangat dituntut dalam hukum syariat.
Kami melihat ia bukan suatu yang tidak rasional kerana semua kaum di Malaysia harus menghargai etika dan kehormatan wanita bila menggunakan model wanita dalam iklan seperti dipapan iklan.
Teras dan Salimah tidak nampak kenapa ia harus ditentang kerana ini merupakan suatu yang memberi kesan kepada maruah kaum wanita. Wanita tidak harus menjadi alat yang merendahkan maruah diri dalam industri iklan.
Apakah hanya kerana ia dituntut oleh Islam untuk dikenakan ke atas orang Melayu Islam pihak DAP Kedah tidak bersetuju dengan peraturan tersebut?
Pihak DAP Kedah perlu faham bahawa mengenakan peraturan wanita yang sesuai dengan kehendak Islam adalah kewajipan agama yang tidak ada kena mengena dengan politik.
Peraturan itu yang juga menetapkan penggunaan model wanita bukan Islam dalam iklan hendaklah mengguna pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata juga sesuai dan perlu.
Kami yakin semua kaum dan agama menghormati kemulian wanita yang tidak harus dihina dan dieksploitasi hanya kerana mahu melariskan penjualan barangan.
Kami percaya bahaya menjadikan tubuh wanita untuk tujuan komersil adalah bertentangan dengan rukun negara yang disepakati semua iaitu kesopanan dan ketatasusilaan.
Kami menegaskan bahawa ketetapan untuk menguatkuasakan peraturan itu hendaklah dilaksanakan tanpa lengah.
Malah contoh peraturan yang ada di negeri Kelantan dan tidak ditentang oleh mana-mana pihak dari kalangan kaum lain yang bukan Islam sepatutnya di contohi dan diambil pengajaran oleh DAP Kedah.
Kami menggesa agar hak kaum Muslimin untuk menetapkan peraturan yang sesuai dengan tuntutan syariat untuk orang Islam sendiri jangan diganggu oleh kepentingan politik.
Kami juga menuntut supaya maruah wanita hendaklah dipertahankan demi memelihara kemulian mereka. Desakan pasaran untuk mengkomersilkan tubuh wanita adalah suatu penghinaan yang tidak boleh dikompromi.
harakah/-
|
Masjid bersejarah Syria terbakar di Aleppo Posted: 16 Oct 2012 08:59 PM PDT 1 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
ALEPPO - Pertempuran yang berlaku antara tentera Syria dengan para penentang Presiden Bashar Al-Assad telah memusnahkan Masjid Ummayad yang didirikan pada abad ke-13, kata seorang koresponden agensi berita AFP kelmarin.
Kebakaran akibat pertempuran memusnahkan permaidani antik dan perabot kayu yang digunakan untuk menghiasi masjid berkenaan pada Sabtu lalu.
Tiga helai rambut dan sebatang gigi Nabi Muhammad SAW yang terdapat di dalam masjid tersebut telah dicuri.
Bashar dilaporkan mengarahkan pembentukan sebuah panel untuk memantau kerja-kerja pemuliharaan masjid tersebut, lapor agensi berita SANA.
Menurut seorang wartawan AFP, pihak tentera menguasai sepenuhnya kawalan di masjid tersebut. Bagaimanapun, katanya, para penentang berada di sekitar masjid berkenaan.
Para penentang turut menembak mati seorang jurutera, Mohammed Marwan Jarada yang mengiringi satu jawatankuasa pakar ke masjid tersebut untuk menyaksikan kerosakan kelmarin.
Kehadiran para penentang di sekitar Masjid Ummayad menyebabkan sukar untuk memindahkan jurutera tersebut yang cedera di kaki.
Sementara itu, jet-jet tentera Syria melakukan serangan udara di bandar Idlib dan Aleppo, utara negara tersebut.
Bagaimanapun, para aktivis yang menyokong para penentang berkata, serangan tersebut adalah yang paling buruk sejak minggu lalu.
Dalam perkembangan yang sama, Utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Lakhdar Brahimi mendesak supaya gencatan senjata diadakan bagi menghormati ketibaan Hari Raya Aidiladha.
Brahimi turut meminta supaya pihak berkuasa Iran membantu memastikan gencatan tersebut berjaya dilakukan.
Lebih 30,000 orang terbunuh ekoran pertempuran yang berlaku antara kumpulan penentang dengan tentera Syria sejak Mac tahun lalu.
Para penentang itu mahu menggulingkan Bashar yang didakwa gagal melakukan pembaharuan politik dan kebebasan bersuara. - Agensi
|
Tembakan isi minyak Posted: 16 Oct 2012 08:46 PM PDT 1 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
TEMBAK...beberapa anggota polis melakukan siasatan di tempat kejadian dan kesan tembakan di kereta Proton Wira milik Ong ( gambar kecil). KOTA BHARU: "Saya baru saja mahu mengisi minyak kenderaan sebelum terdengar bunyi tembakan beberapa kali. Disebabkan panik, saya tidak sempat berfikir atau melihat apa-apa," kata Ong Sok Cha, 48, saksi kejadian samun dan tembak di sebuah stesen minyak di Jalan Kebun Sultan, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.45 malam itu, seorang peniaga berbangsa Siam luka di bahagian kanan kepala dan lengan selepas terkena tembakan dilepaskan seorang suspek.
Mangsa, Samnuan Sunnuan, 21, dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), untuk rawatan lanjut dan keadaannya kini dilaporkan stabil.
Kejadian itu dikatakan berlaku apabila mangsa bersama rakan wanitanya, Lee Win Dee, 20, singgah di stesen berkenaan untuk mengisi minyak kereta Perodua Myvi sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang membawa sepucuk pistol dan memasuki kereta itu. Akibat ketakutan, Lee berlari keluar lalu masuk ke dalam kereta Proton Wira milik Ong sambil diikuti suspek, Samnuan ditembak tiga das ketika cuba membantu rakannya itu.
kosmo/-
|
Cerpen lucah telefon bimbit Posted: 16 Oct 2012 08:44 PM PDT 1 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
BUKTI...Rosli menunjukkan gambar lucah laman web terbabit.
IPOH: Kecanggihan aplikasi di dalam telefon bimbit masa kini disalahgunakan segelintir remaja untuk membaca cerpen lucah lengkap bergambar dari Indonesia dengan bayaran langganan RM17 seminggu.
Mendedahkan aktiviti tidak bermoral itu, seorang pelajar dikenali sebagai Rosli, 15, berkata, dia dan ramai rakan kini seronok, malah ada yang mula ketagih membaca cerpen lucah dari negara jiran itu.
Menurutnya, ada ratusan cerpen lucah boleh dilayari dan dibaca dengan mudah menerusi skrin telefon bimbit yang setiap satu turut memaparkan gambar pornografi wanita dari negara berkenaan.
"Dengan bayaran Internet RM17 seminggu, tidak sukar untuk memasuki laman web menawarkan bahan bacaan lucah itu kerana pautannya boleh dicapai dengan perkataan tertentu. "Walaupun kebanyakan laman web lucah tempatan sudah disekat, kami masih boleh menikmati cerita lucah dari Indonesia dengan menggunakan perkataan tertentu menggunakan bahasa Indonesia," katanya.
kosmo/-
|
Tak habis2 nak politikkan soalan exam (gambar) Posted: 16 Oct 2012 08:35 PM PDT 1 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Jika bukan kerana Allah SWT yang Maha Pencipta sudah tentu saya tidak wujud.... Ingatlah wahai kerajaan tolong jgn ungkit tanggungjawab kau sebagai pemimpin.
harakah/- |