Rosli Dhobi Pejuang Kemerdekaan Luar Biasa yang dilupakan Posted: 14 Sep 2011 05:19 AM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] - Kenyataan Media Pemuda PAS Sarawak
SIBU,11 Sep,:- Dewan Pemuda Pas Negeri Sarawak (DPPNS) telah berkunjung ke Makam Rosli Dhobi dan mengunjungi Rumah kakak beliau sejurus selepas itu. Ketika mengunjungi rumah kakak Allahyarham, kakaknnya(Fatimah) begitu sebak apabila kami memberitahu tujuan kunjungan kami adalah untuk mengetahui sebenar latar belakang beliau. Kakaknya juga turut sedih kerana pembelaan kaatas Kes Rosli Dhobi adalah tidak adil. Menurut kakaknya, penderitaan yang ditanggungi oleh keluarganya memang tidak dapat dirasai oleh generasi kini. Sejak Rosli Dhobi ditahan, mereka sekeluarga dipulau sehinggalah kini Kerajaan Negeri sendiri seolah-olah telah melupakan bahawa Rosli Dhobi pernah menggegarkan dunia dan Kerajaan British seluruh Dunia kerana keberanian Anak muda berusia 17 tahun itu menentang Gabenor British ketika itu. Pengiktirafan juga tidak diberikan oleh kerajaan Negeri, amat malang lagi, tidak ada apa-apa pampasan atau saguhhati yang diberikan kepda pihak keluarga sehingga kini, melainkan hanya diberikan sekankang lot tanah shaja sebagai tapak rumah.
DPPNS begitu kesal dengan sikap ketadak perihatinan kerajaan seolah-olah melupakan segala pengorbanan begitu besar yang telah dikorbankan oleh Rosli Dhobi kepada Negara. Didalam rumah yang didiami kakanya kini juga masih terdapat gambar Allahyarham ketika bersekolah dan juga surat terakhir sebelum beliau digantung di tali gantung hanyalah kerana anak muda itu ingin melihat bumi Sarawak ini bebas dari cengkaman penjajah British. DPPNS berpendapat Sejarah Rosli Dhobi patut diangkat kerana perjuangannya adalah perjuangan yang benar dan suci demi mempertahankan agama dan negara daripada penjajah.
DPPNS juga mengesa kerajaan Malaysia agar memberi tumpuan khas kepada ciri-ciri perjuangan anak muda itu dan tidak salah harus diangkat sebagai Ikon Anak Muda Malaysia bersemperna Hari Malaysia 16 September yang akan datang. Dalam kesibukan Kerajaan Malaysia kini yang ingin menyemak semula sejarah Malaysia, diharap kajian terperinci dan penumpuan kepada tujuan sebenar serta ciri-ciri perjuangan Rosli Dhobi ini mesti dimasukkan sekali dalam semakan tersebut. Inilah permata hati Rakyat Sarawak malah tidak salah kita katakan Anak muda yang bernama Rosli Dhobi ini telah mengangkat martabat perjuagan dimata dunia bahawa seorang Gabenor British pernah dibunuh oleh seorang Anak muda berumur 17 Tahun! Namun masa berlalu, tiada siapa pun yang perduli akan kisah perjuangan Rosli Dhobi.
DPPNS juga menggesa pengkaji sejarah kena perbetulkan kesilapan sejarah yang telah diresapi oleh unsur-unsur penjajah di mana para perjuang kemerdekaan sebenar dianggap pengkhianat serta fakta-fakta sebenar telah disembunyikan dan diseleweng.
Para pengkaji sejarah perlulah menjalankan tugas mereka dengan jujur dan amanah agar rakyat tahu sejarah tanah air dengan sebenar dan tepat tanpa di pengaruhi oleh unsur-unsur politik sempidan sebagainya.
Mohammad Arifiriazul B Paijo, Ketua Pemuda PAS Sarawak. http://pemudapassarawak.blogspot.com |
Kerajaan perlu tubuh panel khas kaji sejarah Posted: 14 Sep 2011 02:00 AM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 14 Sept: Kekalutan dengan pelbagai andaian mahupun pendapat sendiri mengenai sejarah negara ini perlu dirungkai semula agar satu jalan penyelesaian diperolehi bagi memuktamadkan kedudukannya sebelum mencapai kemerdekaan. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyuarakan pendapat dalam mencari satu usaha penyelesaian kerajaan perlu mewujudkan satu Panel Jawatankuasa Khas bagi membincangkan kembali sejarah negara.
"Kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Profesor Negara (MPN), Datuk Zainal Kling itu perlu dirungkai kembali dan saya tidak mengatakan ia benar tetapi setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh setiap pihak perlu diambil perhatian dan kita sendiri tidak pasti mungkin kenyataan yang diutarakan oleh Zainal itu menpunyai fakta yang selama ini kita tidak ketahui.
"Jalan yang terbaik untuk jalan penyelesaiannya ialah kerajaan perlu menubuhkan satu Panel Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji balik sejarah negara ini dengan membuat rujukan yang mana kita tahu sejarah negara ini ditulis berasaskan dari barat belum pasti kesahihannya. Maka kita melihat ada permasalahan dalam sejarah negara ini dan ia perlu dilihat kembali.
"Panel ini perlu melihat dari semua sudut dan pandangan dari pelbagai pihak sama ada politik, ahli akademik mahupun sejarawan malah ia juga boleh disertai oleh MPN seperti Profesor Datuk Dr Zainal Kling dan Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim begitu juga Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang mempunyai pendapatnya sendiri," jelasnya
Tambah Mahfuz lagi, panel ini perlu ditubuhkan dengan segera kerana untuk membuat kajian semual ia memerlukan masa yang agak lama tetapi penjelasan perlu dipercepatkan agar kekeliru yang berlaku sekarang dapat diatasi.
"Walau masa perlu diberikan oleh panel tersebut tetapi penjelasan perlu dipercepatkan kerana kita tidak mahu kekeliruan tentang sejarah ini menjadi semakin kusut.
"Saya bersetuju dengan langkah yang diambil oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd Khalid Nordin dalam isu ini yang mahukan subjek sejarah di peringkat sekolah dikaji semula setelah didapati beberapa fakta sebelum ini tidak lengkap dan bercanggah dengan fakta yang hasil kajian ahli falsafah dan teologi negara, Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam buku terbarunya 'Historical Fact and Fiction'.
"Syed Naquid mempersoalkan mungkin terdapat beberapa sejarah penting tidak dicatit sebelum pemerintahan Melaka dan kemungkinan beberapa fakta juga berat sebelah.
"Seperti juga kenyataan khalid yang meminta kajian semula kedatangan Islam ini tidak dimasukkan dan apa yang berlaku umpama mengelapkan sejarah kedatangan Islam dan apatah lagi sejarah negara kita. Bagi memulihkan kembali fakta sejarah maka kajian semula perlu dilakukan dan kerajaan perlu bertindak segera," katanya lagi.
Isu kemerdekaan dan sejarah negara muncul apabila kenyataan Majlis Profesor Negara (MPN) bahawa negara ini tidak pernah dijajah British serta diikuti beberapa kenyataan yang dikeluarkan pakar sejarah dan terbaru bekas perdana menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengakui bahawa Malaysia tidak pernah dijajah tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu.
harakahdaily/- |
Mat Sabu saman Utusan, Muhyiddin menyusul Posted: 14 Sep 2011 01:51 AM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menyaman Utusan Malaysia kerana didakwa memfitnahnya dalam isu tokoh kontroversi Mat Indera.
Peguam Hanipa Maidin berkata, writ saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.
Pengarang Utusan Datuk Aziz Ishak dinamakan sebagai defenden pertama manakala Utusan Melayu (M) Bhd sebagai penerbit dinamakan sebagai defenden kedua.
Menurut Hanipa, saman itu difailkan berikutan laporan Utusan pada 27 Ogos yang memetiknya melabel Mat Indera sebagai komunis.
Manakala, pada 28 Ogos pula, memetik Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Utusan melaporkan Mohamad didakwa "mengangkat kezaliman komunis sebagai kemuliaan".
malaysiakini/- |
ISA: Tak perlu timbang, mansuh terus Posted: 14 Sep 2011 01:50 AM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 14 Sept: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor tetap beranggapan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak perlu diberikan pertimbangan untuk diubah melainkan ianya perlu dimansuhkan terus kerana sudah tidak relevan lagi masa kini.
Ketuanya, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) menyambut baik hasrat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak untuk melakukan beberapa pindaan terhadap undang-undang keselamatan negara bagi menjamin kebebasan bersuara yang lebih meluas yang antara lain membabitkan pindaan membataskan kuasa menteri dalam negeri dan mengurangkan tempoh penahanan awal di bawah ISA.
Tambahnya, akta-akta yang memerlukan pindaan seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Auku dan Akta Pilihan raya perlulah disegerakan supaya dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap keadilan sistem pemerintahan di dalam negara ini.
"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor meminta supaya Perdana Menteri tidak beretorik dan hanya mengeluarkan kenyataan ini semata-mata untuk membeli 'jiwa' rakyat supaya menyokong Umno BN yang sedang 'kelemasan'," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Sebelum ini, katanya Perdana Menteri dan Umno sendiri pun telah mempunyai sejarah dalam menipu rakyat berkenaan dengan pelbagai perkara dan isu yang berlaku di dalam negara.
Katanya, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor tidak mahu isu cadangan pindaan ini juga akan menjadi 'gula-gula dan 'penipuan baru Perdana Menteri terhadap rakyat disebabkan pilihanraya umum yang semakin hampir dan tarikh pembubaran parlimen untuk diadakan pilihanraya hanya diketahui oleh beliau sahaja.
"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berharap semoga pindaan yang akan dicadangkan oleh Perdana Menteri untuk kebebasan bersuara yang lebih meluas akan benar-benar menepati aspirasi dan hak rakyat Malaysia walaupun kami cukup yakin dan percaya Umno BN tidak akan melakukan sebarang pindaan terhadap mana-mana akta sekiranya tidak memberikan keuntungan dan kelebihan kepada agenda penerusan politik kotor mereka," ujarnya.
Tambahnya, Pemuda PAS negeri akan memberikan sokongan sekiranya pindaan yang akan dilakukan menepati kehendak dan keperluan rakyat dan akan memberikan tentangan dan penolakan sekiranya pindaan tersebut mengkhianati amanah dan kemahuan rakyat.
harakahdaily/- |
Kelar telinga bekas kekasih Posted: 14 Sep 2011 01:45 AM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
AMPANG: Seorang remaja berusia 19 tahun mengelar telinga bekas kekasihnya selepas berang hubungan cinta mereka putus di tengah jalan.
Kejadian di sebuah restoran di Pandan Indah di sini pada jam 3 pagi Ahad lalu menyebabkan telinga kanan gadis 19 tahun itu hampir putus dan pipi kanannya turut cedera.
Sumber polis berkata, sebelum kejadian, mangsa menerima SMS daripada teman lelakinya meminta dia pergi ke sebuah restoran untuk berbincang mengenai masalah hubungan cinta mereka.
Bimbang sesuatu yang buruk berlaku ke atasnya, mangsa mengajak rakan baiknya menemaninya dan sebaik tiba di restoran berkenaan, mereka melihat bekas teman lelaki mangsa meracau seorang diri di luar restoran.
"Mangsa dan rakannya masuk dan duduk di salah satu meja di dalam restoran berkenaan. Menyedari kehadiran mangsa, suspek terus menghampirinya dan memaki-hamun mangsa," katanya.
metro/- |
Komunis: Utusan Malaysia disaman Posted: 14 Sep 2011 01:30 AM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 14 sept: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menyaman akhbar Utusan Malaysia ekoran penyiaran satu berita yang didakwa memfitnahnya berhubung isu komunis.
Saman tersebut difailkan pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates.
Ianya berikutan laporan muka depan akhbar Umno itu pada 27 Ogos lalu bertajuk "Mohamd Sabu Hina Pejuang, Anggap Pengganas Komunis Hero Sebenar Tragedi Bukit Kepong" yang didakwanya sebagai fitnah.
"Saya hanya mempertahankan diri dan mengelak daripada fitnah terutama tuduhan komunis, tuduhan sebagai pengganas dan mempertikai aqidah.
"Fitnah-fitnah yang disebutkan tadi boleh menyebabkan keselamatan saya dan keluarga saya terjejas, maka kita perlu ambil tindakan undang-undang," kata Mohamad pada sidang medianya di Pejabat Agung PAS hari ini.
Turut serta pada sidang media itu peguam mewakilinya, Hanipa Maidin.
Menurut Hanipa, saman tersebut menamakan dua pihak iaitu Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sebagai pencetak dan penerbit akhbar berbahasa Melayu itu.
Antara yang dituntut termasuklah ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.
Bagaimanapun jumlah ganti rugi tersebut tidak ditentukan dan bergantung kepada tafsiran mahkamah.
Dalam laporan Utusan Malaysia 27 Ogos lalu, akhbar itu menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Mat Indera, lelaki yang didakwa bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.
Bagaimanapun laporan itu dakwa Mohamad sebagai tidak benar dan fitnah kerana beliau tidak pernah mengaitkan Mat Indera dengan Komunis namun dilapor sebaliknya oleh Utusan Malaysia.
Ekoran laopran itu juga menurut Mohamad, beliau dan anggota keluarganya yang lain menerima pelbagai ugutan termasuk dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti 'awak patut bertaubat, awak berbohong dan jangan sampai ada yang simbah asid ke atas isteri dan anak perempuan kamu.'
Beliau berkata, ada juga mendesak beliau dibuang negara, termasuk dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), selepas laporan akhbar didakwa memesongkan kenyataannya.
harakahdaily/- |
Anak Ghadafi Ditahan Di Nigeria Posted: 14 Sep 2011 01:20 AM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
Saadi, putera pemimpin Libya yang digulingkan Muamar Ghadafi yang akhir minggu lalu tiba di Nigeria, dikenakan tahanan rumah di satu rumah pemerintah, kata Departmen Luar Negeri AS seperti dikutip AFP.
"Dia dikenakan tahanan rumah di satu wisma tamu negara," kata juru cakap Departmen Luar Negeri AS Victoria Nuland kepada wartawan di Washington.
Saadi (38), anak ketiga dari tujuh putera Ghadafi, tiba di Nigeria dengan anggota lain pemimpin terguling Libya tersebut. Pada 2003, si playboy ini disewa oleh kelab bola division satu Itali , Perugia, tapi jarang menendang bola ketika diskors setelah positif menggunakan nandrolone, steroid anabolik. Ia meninggalkan karier bola sepaknya pada tahun berikutnya dan bergabung untuk kemudian memimpin unit elite militer Libya.
32 anggota kubu Ghadafi, termasuk Saadi Ghadafi, telah memasuki Nigeria sejak 2 September. Pemerintah AS telah mendesak pemerintah Nigeria agar menahan Saadi. |
P’raya: Mahathir mula tekan Najib? Posted: 14 Sep 2011 01:00 AM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 14 Sept: Tekanan seperti apa yang berlaku pada zaman pemerintahan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi (Pak Lah) makin terasa apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mula menyuarakan pendapatnya agar pilihan raya tidak diadakan dalam masa terdekat.
Mahathir berpendapat jika pilihanraya diadakan pada secepat yang mungkin ia tidak akan memberi kemenangan mahupun berpihak kepada Barisan Nasional (BN) dan Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tempoh masa yang panjang bagi meneliti kembali senarai calon-calon yang ingin bertanding pada pilihanraya nanti.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang berkata pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahathir itu memberi gambaran yang jelas bahawa wujud permasalahan sama ada di dalam Umno mahupun BN.
"Teguran yang disuarakan oleh Mahathir itu jelas menggambarkan berlakunya permasalahan sama ada di dalam Umno mahupun BN dan saya tidak menolak beliau mula memainkan peranannya bagi memberi tekanan kepada Perdana Menteri sekarang, inilah yang berlaku pada pemerintahan Pak Lah dulu.
"Tindakan Mahathir yang mahukan BN mengambil masa yang lebih panjang bagi meneliti kembali senarai calon agar memastikan kemenangan kepada BN bukan hanya tertumpu kepada senarai nama yang lain malah ia lebih memfokuskan kepada kedudukan Najib sebagai Pengerusi BN.
"Mesej yang jelas membuktikan Najib tidak lagi dapat memberi kemenangan kepada BN pada pilihanraya yang akan datang," jelasnya.
Tambah Mahfuz lagi, Mahathir juga dilihat sebagai "mastermind" dalam perancangan agar Najib berundur sebelum berlangsungnya pilihanraya umum nanti.
Malah tidak mustahil akan ada mereka yang menjadi pengikut telunjuk Maahathir.
"Mahathir akan cuma memberi tekanan dam memastikan Najib berundur sebelum pilihanraya nanti dan beliau sendiri dilihat sebagai mastermind dalam usaha tersebut, saya pasti apabila kenyataan yang disuarakan oleh beliau itu akan ada mereka yang di dalam Umno mahupun BN menjadi pengikut telunjuk serta menyokong pendapat yang beliau utarakan itu.
"Bagi memastikan kemenangan kepada BN, pengerusinya perlu ditukar dan orang akan melihat siapa ketua sebelum membuat pilihan, inilah yang dimaksudkan oleh Mahathir," sambung Mahfuz lagi.
Sebelum ini, Mahathir telah mengeluarkan pendapat beliau pada satu forum yang diadakan di Putrajaya yang menyatakan pemilihan calon yang boleh menang dalam pilihan raya akan menimbulkan masalah antara pucuk pimpinan dan peringkat.
Calon yang boleh menang dalam pilihan raya bergantung kepada penilaian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan penasihat dalam menentukan calon yang akan bertanding. |
Wow !! Mahligai mewah Menteri Hal Ehwal Agama ? Posted: 14 Sep 2011 12:40 AM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menggesa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir menjelaskan rumah mewahnya yang dianggar menelan jutaan ringgit.
Keraguan timbul apabila menteri yang baru dilantik 3 tahun oleh Perdana Menteri dan hanya memiliki gaji tidak menjangkau RM15,000 itu, mampu memiliki kediaman mewah dalam masa yang singkat.
"Kalau dia (Jamil Khir) rasa seorang yang berpegang teguh terhadap agama dan ada kebertanggungjawaban terhadap negara, dia perlu jujur menjelaskan kekayaan sebelum dan selepas (menjadi menteri)," katanya mengulas isu yang didedah oleh akhbar Suara Keadilan semalam.
Khairul berkata ia bukan perkara memeranjatkan kerana menjadi kebiasaan menteri yang ditadbir Kerajaan Barisan Nasional (BN) hidup mewah.
Beliau merujuk kes bekas Menteri Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mencetus kontroversi kerana kos kediamannya dikatakan melebihi kemampuan sebagai menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.
"Rakyat pun tidak terperanjat dengan isu yang sudah dianggap biasa ini. Oleh itu, jika beliau (Jamil) ada sedikit rasa tanggungjawab dengan imej dan kedudukannya, beliau perlu tampil memberi penjelasan.
"Walaupun (dia) Jamil Khir merupakan Menteri Agama namun ia bukanlah jaminan beliau berperangai seperti Menteri-menteri lain" katanya kepada Keadilandaily.
Sebelum ini KEADILAN pernah mempersoalkan kehilangan RM32,000 wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) didakwa membiayai yuran guaman Jamil Khir dan Pengarah Jabatan Islam (JAWI), Datuk Che Mat Ali.
Ia terbongkar melalui kenyataan media Timbalan Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim, beberapa bulan lalu.
Wang zakat tersebut didakwa digunakan bagi menghalang permohonan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari Azlan, sedangkan Jamil dan Che Mat tidak tergolong dalam kategori yang layak menerima zakat.
batu versi kayu/- |
Lelaki berang tikam ibu, bapa dan kakak Posted: 14 Sep 2011 12:25 AM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
SANDAKAN - Sepasang suami isteri mati ditikam oleh anak lelaki mereka di sebuah rumah di Batu 1, Jalan Utara dekat sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 malam itu, lelaki berkenaan yang berusia 31 tahun turut menikam kakaknya.
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowell Marong berkata, mangsa dikenali sebagai Yew Hiap Foh, 70, dan isterinya, Chu Ching Moi, 60, dan kedua-dua mereka mati di tempat kejadian akibat tikaman di dada.
Katanya, mayat Yew ditemui terbaring di bilik tidur, manakala Chu ditemui terbaring di atas sofa di ruang tamu rumah tersebut.
Kakak mangsa yang berusia 37 tahun mengalami cedera parah akibat ditikam di perut dan kini dirawat di Hospital Duchees of Kent Sandakan dan dilaporkan dalam keadaan stabil, katanya di sini hari ini. - Bernama |
Sisi peribadi berbeza Gaddafi Posted: 14 Sep 2011 12:22 AM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
TRIPOLI - Paparan video selama 32 saat memaparkan pemimpin Libya digulingkan, Muammar Gaddafi bersama dua cucu lelakinya memberi satu pandangan sisi peribadi berbeza beliau.
Akhbar The Associated Press mendedahkan rakaman tanpa tarikh yang diperoleh melalui komputer riba salah seorang anaknya, Hannibal itu mungkin dirakamkan beberapa bulan lalu.
Rakaman tersebut menunjukkan Gaddafi, 69, kelihatan gembira melayan kerenah kedua-dua cucunya yang kerap memberi tabik hormat kepada datuk mereka selepas beliau selesai mengerjakan solat.
Imej seorang datuk penyayang adalah berbeza dengan sifat Gaddafi sebagai pemimpin diktator yang diketahui umum dan didakwa memerintah Libya dengan kejam selama 42 tahun.
Sementara itu, sekurang-kurangnya 15 pengawal keselamatan maut selepas pasukan barisan pertahanan pro-Gaddafi menyerang pusat pemeriksaan loji minyak di Ras Lanuf, kelmarin.
Tindakan serangan balas tersebut dilancarkan selepas Gaddafi berikrar untuk berjuang merampas Libya kembali.
sinar harian/- |
Integritikah Dr Rohana? Posted: 14 Sep 2011 12:15 AM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) merupakan badan induk mahasiswa yang diiktiraf oleh Universiti Malaya. Bahkan, MPMUM dipilih sendiri oleh mahasiswa dalam pemilihan perwakilan pelajar yang dijalankan secara rasmi setiap tahun.
Namun kini, MPMUM telah menjadi asing di tempat sendiri. Malah, amat memalukan apabila mereka dihalang terlibat secara menyeluruh dalam Minggu Haluan Siswa Universiti Malaya yang telah berlangsung pada 4 hingga 9 September ini.
Alasan yang diberikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof. Dato' Dr. Rohana, mereka telah melatih 300 orang Pembantu Mahasiswa bagi menjalankan tugas sepanjang minggu Haluan Siswa (MHS). Beliau juga mendakwa keterlibatan MPMUM dalam minggu orientasi hanya membuat 'kacau'.
Terdapat beberapa persoalan menjadi tanda tanya berikutan tindakan TNC HEP ini. Mengapakah MPMUM sebagai badan mahasiswa yang sah dinafikan hak untuk menjalankan perkhidmatan mereka dalam minggu orientasi?
Terdapat juga beberapa staf di fakulti dan Kolej Kediaman yang hairan dengan tindakan TNC HEP yang menghalang MPMUM daripada membantu mereka. Malahan para staf ini menyifatkan tindakan TNC HEP ini sebagai 'pelik' dan tidak masuk akal.
Juga yang menjadi tanda tanya, adakah tindakan TNC HEP ini berbaur dendam?
Jika kita melihat kronologi perjalanan MPMUM yang dimenangi oleh Pro-Mahasiswa pada pemilihan Februari lalu, tanda tanya ini mungkin ada benarnya. Dendam TNC HEP terhadap kemenangan kumpulan Pro-Mahasiswa nampaknya belum berakhir malahan semakin membarah.
Bermula awal kepimpinan MPMUM lagi, regim HEP di bawah Dr.Rohana telah memulakan agenda 'membalas dendam' terhadap kemenangan Pro-Mahasiswa. Bermula dengan melambat-lambatkan pengesahan kemenangan, penggantungan kemenangan ke atas 2 Calon Umum, kelewatan pembentukan kabinet dan pemberian watikah pelantikan sehingga mengambil tempoh 2 bulan setelah pemilihan. Kesemuanya sangat tidak berintegriti.
Dalam ucapan beliau, perkataan integriti seringkali diucapkan dan menjadi sebutan beliau di mana sahaja beliau berucap. Pokok persoalannya,adakah beliau sendiri faham makna sebenar integriti sedangkan dalam urusan pentadbiran beliau penuh dengan korupsi dan penipuan. Diskriminasi bermaharajalela dalam pemerintahan diktator beliau.
Satu persatu tembelang beliau semakin pecah. Persatuan yang tidak pernah wujud dalam Universiti Malaya telah diberi kuasa untuk mendoktorin mahasiswa baru.Persatuan itu adalah Penggerak Mahasiswa. Adakah Penggerak Mahasiswa ini persatuan yg mendaftar di universiti Malaya? Kenapa TNC HEP membenarkan banner penggerak di gantung dan badge penggerak diedarkan? Adakah itu integriti yang dicanangkan oleh beliau?
Jika ia benar, pengiktirafan Universiti Malaya sebagai universiti terbaik di dalam negara dan di peringkat dunia perlu dikaji semula. Hal ini perlu dilakukan kerana 'universiti terbaik' ini gagal mengangkat nilai-nilai demokrasi, hak asasi manusia dan nilai-nilai sejagat yang selayaknya. |
Semak soalan Sejarah PMR, SPM 2011 Posted: 14 Sep 2011 12:00 AM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 14 Sept: Isu sejarah Malaysia yang dipolemik oleh Umno dan BN akhir-akhir ini semakin mendapat tempat di hati rakyat.
Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa berkata, kesannya, semakin hari terserlah kepincangan dan putar belit sejarah oleh politikus dan pengampu Umno dan BN.
Katanya, kenyataan berbelit oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap sejarah negara, ditambah dengan dakwaan Majlis ProfesorNegara dan lain-lain pihak yang didakwa mempunyai autoriti, telah menimbulkan kekabutan dan kekeliruan bukan sahaja dikalangan rakyat, bahkan generasi pelajar sekolah menengah yang diwajibkan mengambil subjek sejarah.
Oleh yang demikian, ujarnya cadangan pembetulan dan pembaikan subjek Sejarah harus disegerakan tanpa kompromi dan campur tangan politik khususnya Umno dan BN.
"Sudahlah ia wajib, subjek sejarah juga menjadi subjek wajib lulus di dalam peperiksaan SPM bermula 2013," ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau menambah, walaupun yakin soalan subjek serajah Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah disiapkan, pihaknya mendesak kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pelajaran supaya menyemak soalan yang berkait dengan isu-isu sejarah yang dibangkitkan akhir-akhir ini.
Katanya, antara mekanisme yang boleh dilakukan ialah:
a) Soalan kontroversi ditukar kepada soalan dengan jawapan yang tiada perbezaan pandangan, atau
b) Skema jawapan ditambah bagi soalan kontroversi dengan mengambil kira semua pandangan. Dalam erti kata lain, teori sejarah selain di dalam silibus juga diterima sebagai jawapan yang betul.
c) Jika tidak cukup masa, soalan yang kontroversi dan wujud perbezaan pandangan dibatalkan. Maka, markah yang terbabit tidak dimasukkan di dalam perkiraan markah pelajar
Katanya, kenyataan terbuka itu dibuat kerana ia memberi kesan kepada prestasi pelajar.
Beliau berkata, jika pelajar mendapat A kerana jawapan yang mengikut skema dan silibus, tetapi ia adalah fakta yang salah, ia menafikan ketulenan kefahaman pelajar itu sendiri.
"Jika pelajar berkenaan tidak percaya kepada jawpan di dalam silibus tetapi terpaksa juga demi mendapat A, ia mengajar pelajar bersifat hipokrit yang menafikan sifat amanah yang seharusnya dipupuk dikalangan pelajar," ujarnya.
Katanya, bbukan sekadar itu, kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi juga dipengaruhi oleh keputusan itu.
"Alangkah malangnya pelajar yang cemerlang dinafikan hak hanya kerana menjawab dengan amanah dan betul. Ia memberi kesan negatif di dalam mencorak masa depan generasi muda negara," katanya lagi.
Jika tiada tindakan dibuat, ujarnya ini jelas membuktikan sekali lagi Umno dan BN menipu rakyat Malaysia.
Kali ini, tambah beliau pelajar juga ingin diajar hipokrit dan menipu.
Katanya, alangkah bobroknya sifat pemimpin Umno yang hanya mementingkan survival politiknya.
Itu, katanya belum dikira keputusan-keputusan subjek sejarah tahun-tahun sebelum ini yang jelas Umno dan BN telah memperbodohkan rakyat.
"Bagi semua pelajar PMR dan SPM, selamat menghadapi peperiksaan. Jawablah dengan ilmu yang tulen berasaskan kefahaman, jangan tertipu dengan agenda politik Umno. Bebaskan kongkongan sistem pendidikan negara dari unsur politik," ujarnya. |
10,000 pengundi kes 'MyKad palsu' dikeluarkan - PAS Posted: 13 Sep 2011 11:48 PM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
Pemuda PAS mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh dua bulan telah mengeluarkan nama lebih 10,000 pengundi yang dikaitkan dengan kes kad pengenalan palsu.
Pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi dewan itu Suhaizan Kaiat berkata, perkara itu dikesan setelah pihaknya rancak mengenalpasti keraguan dalam daftar pemilih.
"Bukan mudah untuk sesuatu jabatan kerajaan menjejaki lebih 10,000 kes kad pengenalan palsu dalam waktu dua bulan.
"Persoalannya apakah JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) sememangnya sudah memiliki senarai kad pengenalan palsu yang akan dimasukkan dalam daftar pemilih SPR untuk tujuan manipulasi pilihan raya?" soalnya.
Pada sidang media di pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Suhaizan turut mengedarkan senarai sepuluh nama bagi membuktikan dakwannya.
Ia melibatkan kes di Selangor, Perak dan Johor yang telah didedahkan sebelum ini.
harakahdaily/- |
Rosakkan kereta lambang kekeringan hujjah Posted: 13 Sep 2011 11:45 PM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] - KUALA KRAI, 14 Sept: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyifatkan perbuatan merosakkan kenderaan masyarakat awam yang menghadiri majlis forum atau ceramah umum anjuran Pakatan Rakyat khususnya PAS adalah tindakan mereka yang kekeringan hujah untuk berlawan. Bahkan, Ketua DPPNK Ustaz Abd Latif Abd Rahman mendakwa perbuatan itu satu tindakan bagi menghidupkan semula perbuatan ala Pemuda Tahan Lasak Umno yang diamalkan suatu ketika dahulu. (Kereta wartawan Sinar yang diconteng dan dicalarkan) "Mereka cuba hendak menghidupkan semula perbuatan seperti itu kerana tidak ada hujah hendak berlawan dengan kerajaan negeri atau pemimpin PAS. "Justeru kalau Umno betul berani, tampillah berdebat (terutama dalam konteks isu serangan terhadap Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu), dan YB Mat Sabu pun sudah mencabar – kalau berani, berhujah, berdebat. "(sebenarnya) Mereka berani ugut di belakang, namun tidak berani berdepan," dakwa Ustaz Latif (gambar bawah)ketika dihubungi pemberita sebentar tadi. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang mengulas perbuatan merosakkan kenderaan awam termasuk kereta yang diletakkan di kawasan Dataran Stadium Sultan Mohamad Ke-IV semasa Forum Rakyat berlangsung semalam. Dalam kejadian semalam, beberapa kenderaan pengunjung yang diletak di bahu jalan dipercayai dicalar dan dispray dengan cat setelah digoreskan dan ada yang ditikam tayar kenderaan itu dengan menggunakan benda tajam. Difahamkan, kebanyakan kenderaan yang menjadi mangsa semalam ialah kenderaan pengunjung yang diletak di jalan berhadapan Gelanggang Seni, di Gelanggang Tenis dan di Jalan Hospital dekat Stadium Sultan Mohamad Ke-IV. Dalam satu tinjauan, antara kenderaan itu termasuk kenderaan petugas media dan wartawan tempatan. Antaranya termasuk kenderaan Wartawan Kanan Sinar Harian Kelantan Suhaiza Abu Bakar, 35. Ekoran kejadian itu semalam, beliau telah pun membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu pada pukul 1.30 tengah malam semalam. "Saya meletakkan kenderaan saya, Harrier di Jalan Hospital dekat Stadium pada jam 8.50 malam sebelum membuat liputan majlis Forum Rakyat di Dataran. "Kereta saya dicalar dan dispay cat sepanjang satu depa pada sebelah pintu kiri kereta apabila saya kembali ke kereta saya pada 12.30 tengah malam apabila setelah selesai membuat liputan majlis," katanya ketika dihubungi pemberita. Pengunjung Forum Rakyat Nasir Ismail, 45, dari Pohon Buloh, Pasir Mas mendakwa kenderaannya (Ansa) telah dicalar dan dispray dengan cat. "Mereka spray dengan membuat line memanjang dengan cat pada bodi kereta saya, dan saya menganggarkan kos RM1,000 bagi memulihkan semula," katanya kepada pemberita. Dalam hubungan ini, DPPNK menurut Ustaz Latif, akan mengambil peranan proaktif dalam usaha mempertingkatkan kawalan keselamatan di tempat ceramah atau majlis awam khususnya anjuran Pakatan Rakyat atau PAS. "Untuk masa-masa akan datang, kita akan kerahkan seramai mungkin Anggota Unit Amal kita khususnya pada program yang besar yang terbabit dengan pemimpin besar dan mempertingkatkan kawalan keselamatan bukan saja membabitkan pergerakan lalu lintas jalan," katanya |
|
Ustaz ghairah ‘kebun emas’ Posted: 13 Sep 2011 11:41 PM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
JOHOR BAHRU: Seorang isteri dan tiga anaknya kini terpaksa hidup bagai pelarian selepas diancam along berikutan tindakan suaminya meminjam wang sehingga RM20,000 untuk membeli 'kebun pokok emas' berkeluasan sembilan hektar yang kononnya terletak di alam ghaib.
Malah, suami wanita itu yang juga guru agama berzikir di tengah padang sekolahnya pada tengah malam kerana tindakan itu dikatakan membolehkannya mendapatkan kemewahan dengan lebih cepat.
Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Lela, 42, berkata akibat tindakan suaminya yang dipanggil Ustaz Man, 45, dia terpaksa menggadai barangan berharga selain menjalani kehidupan umpama pelarian selepas diburu along sejak hampir sebulan lalu.
"Sebelum ini, sepanjang 15 tahun berumah tangga dia amat bertanggungjawab, malah menjadi rujukan beberapa individu untuk mendalami ilmu agama.
"Namun, sikapnya mula berubah sejak beberapa bulan lalu selepas menyertai satu kumpulan dipercayai menyebar ajaran sesat di Senai yang kononnya mampu menyedut kemewahan dari kebun emas yang wujud di alam ghaib," katanya ketika ditemui.
metro/- |
Jangan hentikan misi kemanusiaan kerana kematian Posted: 13 Sep 2011 11:30 PM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
BERIKUTAN maut menimpa Noramfaizul dalam tugas misi bantuan ke Somalia, maka berbagai tindakan tindakan dicadangkan bagi mengelakkan kemalangan seperti kecederaan dan maut serta insuran perlindungan kepada keluarga si malang.
Seperti membekal jeket kalis peluru kiranya ke negara yang bergolak seperti di Somalia sekarang, di Bosnia dan di Iraq semasa perang memuncak dulu. Anggota rombongannya dilengkapkan dengan perlindungan insuran.
Ia adalah tindakan memperkemas pengurusan dan persediaan kebajikan untuk semua. Ia adalah tindakan yang baik dan terpuji. Kesemua tindakan susulan itu disebabkan terjadi kemalangan semasa bertugas itu.
Semua yang berbangkit itu adalah dalam perhitungan Islam dan ia adalah sebahagian dari persiapan dan perancangan kebajikan seperti yang disarankan oleh tema muktamar PAS yang terbaru itu ialah kearah menegakkan negara dan masyarakat berkebajikan.
Tahniah kepada keluarga Noramfaizul kerana disediakan oleh misi dengan perlindungan insuran dan mereka akan menerima ganjarannya. Dan selepas ini mungkin masing-masing dibekalkan dengan jeket kalis peluru.
Apa pun semua persiapan dan perlindungan itu tidak menjamin tidak akan berlaku kecederaan. Tetapi semua tindakan itu adalah untuk berhati-hati dan bagi mengurangkan risiko dari kemalangan.
Yang penting dalam tugas dan amal membantu sebarang bencana dan ancaman kemanusiaan mesti diteruskan. Yang utama adalah bantuan dalam apa jua bentuk termasuk pergi sendiri ke tempat kejadian seperti ke Somalia yang diacam kebuluran oleh kemarau yang teruk.
Persiapan mengelakkan kemalangan adalah perkara kedua. Jangan tanpa jeket kalis peluru dan perlindungan insuran, maka misi kecemasan tidak dilakukan lagi. Dan jangan kerana berlakunya satu kematian, maka kita kaji semula pengiriman petugas ke tempat yang memerlukan itu.
Kerja itu adalah kerja yang mulia. Jika bagi masyarakat yang tidak ada pahala dan dosa, berlumba-lumba untuk mengirim petugas kemanusiaan ke tempat seperti itu, maka Islam yang tahu ganjaran pahala tentulah lebih terpanggil untuk melakukan kerja kebajikan itu.
Selagi Malaysia mempunya sumber bantuan secukupnya, dan selagi ancaman kebuluran di Somalia itu belum diatasi, maka sewajarnya ada misi dari negara kita bagi menyumbang apa yang terdaya. Pada ketika yang sama bantuan ke tempat lain seperti Gaza juga diteruskan.
Kita teringat dan kita memuji misi-misi bantuan kecemasan di masa lalu yang pergi ke Bosnia dan ke Iraq, betapa ancaman perangnya adalah lebih mencabar dari di Somalia. Mereka telah ke sana tanpa jeket kalis peluru dan ada doktor kita terkena peluru di sekitar punggung. Semua kejadian yang mereka lalui tidak mematahkan semangat untuk meneruskan kerja yang mulia.
Sepanjang sukarelawan kita mengambil bahagian dalam kerja seperti itu masing-masing pergi dengan perisai seperti yang diibaratkan oleh Datuk Azeez, ketua Kelab Putera 1Malaysia bahawa mereka berjeket kalis peluru dengan doa orang ramai dan semangat mahu beramal.
Dengan perisai sedemikian sekaliannya pulang selamat ke tanahair. Hanya ajal yang menimpa Noramfaizul, jadi tragedi pertama yang menggemparkan seluruh rakyat hingga timbul berbagai cadangan menambah baik persediaan kita.
Jangan jadikan jeket kalis peluru dan perlindungan insuran untuk kita tidak menyambung kerja baik itu.
Adanya jeket kalis peluru itu tidak lebih dari satu ikhtiar mengelak kecederaan. Nabi saw dan para sahabat pun ada baju besi ketika berperang dengan musuh. Baju besi itu menjadi azimat mereka akan kebal. Ramai juga para sahabat gugur syahid sekalipun mereka lengkap dengan baju besi. Baju besi itu bukan satu jaminan.
Yang penting ialah kita ke medan jihad. |
Gamis, PUM lancar Kempen Kami Tak Nak Maksiat Posted: 13 Sep 2011 11:25 PM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 14 Sept: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) sebagai peneraju gerakan mahasiswa Islam di Malaysia berasa terpanggil untuk turun meraikan sambutan meriah Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, khususnya menjelang detik keramat, pukul 12 tengah malam 16 september ini.
"Insya Allah Gamis akan memimpin para belia juga mahasiswa untuk turun membawa gerakan dakwah bagi membasmi masalah sosial yang diwariskan setelah detik 12 malam berlalu," kata Ketua Penerangan Gamis, Mohd Yusof Hadhari dalam satu kenyataan.
Menurutnya, atas dasar itulah Gamis dengan kerjasama Persatuan Ulama Malaysia (PUM) akan melancarkan gerakan khas yang bertemakan 'Kempen Kami Tak Nak Maksiat' bagi membuat pemerhatian, pemantauan dan juga pencegahan awal agar virus kemaksiatan dapat disekat dan dihapuskan.
Oleh itu, ujarnya Gamis menjemput seluruh mahasiswa Islam dan belia untuk hadir ke XPDC Dakwah Malam Merdeka 2011.
"Bagi yang berkelapangan untuk hadir, pihak kami menjemput anda untuk bersama kami berhimpun di Masjid KLCC pada pukul 9 malam yang dimulakan dengan bacaan yassin dan satu taklimat khas akan diadakan sebelum para petugas XPDC diagihkan mengikut kawasan sasaran," ujarnya.
Katanya, para petugas juga digalakkan memakai pakaian kemas bagi menunjukkan imej contoh para belia lainnya.
Sehubungan dengan itu, katanya Gamis juga menjemput para wartawan untuk hadir bagi membuat Liputan.
"Dijangkakan XPDC ini akan tamat selewat-lewatnya pukul 2 pagi. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk bersama menerokai pengalaman berdakwah bersama pasukan kami.
"Bersamalah kita berkongsi nikmat kemerdekaan ini dengan mencari redha Illahi disamping membantu menyelamatkan anak bangsa yang masih kehilangan arah tuju kehidupan," ujarnya.
Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada Ridhuan (013-2229803) atau Syahirah (013-3932657).
harakahdaily/- |
Misi keluar negara tanpa kalis peluru Posted: 13 Sep 2011 11:00 PM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
BERIKUT maut menimpa Noramfaizul dalam tugas misi bantuan ke Somalia, maka berbagai tindakan tindakan dicadangkan bagi mengelakkan kemalangan seperti kecederaan dan maut serta insurans perlindungan kepada keluarga di malang.
Seperti membekal jeket kalis peluru kiranya ke negara yang bergolak seperti di Somalia sekarang, di Bosnia dan di Iraq semasa perang memuncak dulu. Anggota rombongannya dilengkapkan dengan perlindungan insurans.
Ia adalah tindakan memperkemas pengurusan dan persediaan kebajikan untuk semua. Ia adalah tindakan yang baik dan terpuji. Kesemua tindakan susulan itu disebabkan terjadi kemalangan semasa bertugas itu.
Semua yang berbangkit itu adalah dalam perhitungan Islam dan ia adalah sebahagian dari persiapan dan perancangan kebajikan seperti yang disarankan oleh tema muktamar PAS yang terbaru itu ialah ke arah menegakkan negara dan masyakat berkebajikan.
Tahniah kepada keluarga Noramfaizul kerana disediakan oleh misi dengan perlindungan insurans dan mereka akan menerima ganjarannya. Dan selepas ini mungkin masing-masing dibekalkan dengan jaket kalis peluru.
Apa pun semua persiapan dan perlindungan itu tidak menjamin tidak akan berlaku kecederaan. Tetapi semua tindakan itu adalah untuk berhati-hati dan bagi mengurangkan kemalangan.
Yang penting dalam tugas dan amal membantu sebarang bencana dan ancaman kemanusiaan mesti diteruskan. Yang utama adalah bantuan dalam apa jua bentuk termasuk pergi sendiri ke tempat kejadian seperti ke Somalia yang diancam kebuluran oleh kemarau yang teruk.
Persiapan mengelakkan kemalangan adalah perkara kedua. Jangan tanpa jaket kalis peluru dan perlindungan insurans, maka misi kecemasan tidak dilakukan lagi. Dan jangan kerana berlakunya satu kematian, maka kita kaji semula pengiriman petugas ke tempat yang memerlukan itu.
Kerja itu adalah kerja yang mulia. Jika bagi masyarakat yang tidak pahala dan dosa, berlumba-lumba untuk mengirim petugas kemanusiaan ke tempat seperti itu, maka Islam yang tahu ganjaran pahala tentulah lebih terpanggil untuk melakukan kerja kebajikan itu.
Selagi Malaysia mempunya sumber bantuan secukupnya, dan selagi acaman kebuluran di Somalia itu belum diatasi, maka sewajarnya ada misi dari negara kita bagi menyumbang apa yang terdaya. Pada ketika yang sama bantuan ke tempat lain seperti Gaza juga diteruskan.
Kita teringat dan kita memuji misi-misi bantuan kecemasan di masa lalu yang pergi ke Bosnia dan ke Iraq, betapa ancaman perangnya adalah lebih mencabar dari di Somalia. Mereka telah ke sana tanpa jaket kalis peluru dan ada doktor kita terkena peluru di sekitar punggung. Semua kejadian yang mereka lalui tidak mematahkan semangat untuk meneruskan kerja yang mulia.
Sepanjang sukarelawan kita mengambil bahagian dalam kerja seperti itu masing-masing pergi dengan perisai seperti yang diibaratkan oleh Dato Azeez, ketua Kelab Puera 1Malaysia bahawa mereka berjaket kalis peluru dengan doa orang ramai dan semangat mahu beramal.
Dengan perisai sedemikian sekaliannya pulang selamat ke tanahair. Hanya ajal yang menimpa Noramfaizul, jadi tragedi pertama yang menggemparkan seluruh rakyat hingga timbul berbagai cadangan menambah baik persediaan kita.
Jangan jadikan jaket kalis peluru dan perlindungan insurans untuk kita tidak menyambung kerja baik itu.
Adanya jaket kalis peluru itu tidak lebih dari satu ikhtiar mengelak kecederaan. Nabi SAW dan para sahabat pun ada baju besi ketika berperang dengan musuh. Baju besi itu menjadi azimat mereka akan kebal. Ramai juga para sahabat gugur syahid sekalipun mereka lengkap dengan baju besi. Baju besi itu bukan satu jaminan.
Yang penting ialah kita ke medan jihad. |
Jadikan Hari Malaysia medan muhasabah penipuan pilihanraya Posted: 13 Sep 2011 09:45 PM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 14 Sept: Menjelang Hari Malaysia 16 September ini, PAS meminta rakyat menjadikannya medan muhasabah terhadap kerajaan terutama dalam isu penipuan pilihan raya yang semakin berleluasa. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta rakyat jangan membiarkan Malaysia menjadi semakin lemah di bawah kerajaan Umno BN, kerana generasi anak cucu kitalah nanti yang akan menerima sengsaranya. Beliau berkata demikian dalam perutusan yang dikeluarkan hari ini. Malaysia buat pertama kalinya menyambut Hari Malaysia serentak dengan Hari Kemerdekaan 16 September ini. Hari Malaysia mula dibincangkan selepas ia bangkitkan oleh Pakatan Rakyat dan kini ia menjadi acara rasmi kerajaan. Sambutan bersama ini diadakan ekoran Hari Kemerdekaan 31 Ogos jatuh serentak dengan Hari Raya Aidil Fitri. Namun sambutan Kemerdekaan negara menjadi isu apabila seorang profesor Umno, Profesor Zainal Kling berkata, negara tidak pernah dijajah oleh British. Bagi Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang, adalah menjadi naluri semua manusia tanpa mengira latar belakang, kaum, agama, bahasa dan sebagainya untuk hidup sebagai manusia yang bebas merdeka, sama ada merdeka jasad dan akal fikiran dari sebarang bentuk perhambaan. Tidak akan ada orang yang waras akal fikiran mahu hidup di bawah belenggu mana-mana penjajahan, apatah lagi dikawal minda dan tindakannya, katanya. "PAS ingin menegaskan bahawa kami menentang semua penjajah, sama ada komunis atau bukan komunis, mahupun oleh blok timur atau barat. "PAS amat menghargai peranan yang dimainkan oleh semua pihak dan tokoh seperti Sultan Abdul Samad, Sultan Zainal Abidin, Raja Abdullah serta Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Dr Burhanuddin Helmy, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan lain-lainnya (sekadar beberapa nama) yang menyumbang sehingga lahirnya negara kita dengan bentuknya yang ada pada ketika ini," tegas Abdul Hadi dalam kenyataannya itu. Mereka ini, kata beliau, telah meletakkan asas negara ini, "walaupun ada tindakan mereka yang kita tidak bersetuju kerana wujud kelemahannya yang tersendiri." "Namun segala kelemahan orang lalu yang telah pun meninggal dunia ini tidak wajar untuk kita balas dengan kata nista. "Apa yang wajar dilakukan ialah kita memohon agar kesilapan yang mereka lakukan mendapat keampunan dari Allah SWT," tambahnya. Apa pun, katanya, peranan baik yang telah dilaksanakan akan dibalas dengan pahala di sisi Allah SWT. Kelemahan dan kesilapan lalu dalam merangka sebuah negara yang bernama Malaysia pula perlulah diperbaiki oleh kita yang hidup di zaman ini dan berterusan menjadi tanggungjawab generasi akan datang. "Alangkah baiknya kehidupan berbagai bangsa dan agama, budaya dan bahasa yang wujud dalam negara kita ini mampu untuk menjadi resepi utama dalam melahirkan negara Malaysia yang benar-benar melindungi kebajikan rakyatnya," katanya. Pada saat ini, kata beliau, rakyat negara ini sedang sama-sama melihat betapa kerajaan Umno BN yang ada ini sudah diberi amanah pemerintahan selama lebih 50 tahun dan semakin membawa negara kita kepada penyakit yang menyusahkan rakyat. Antaranya daya saing negara yang makin merudum, kos hidup yang meningkat dan barang keperluan yang melambung harganya, keluhuran akhlak yang tidak lagi dianggap penting, kehidupan beragama ditinggalkan dan seribu lagi macam kerosakan, maka tentulah menjadi tanggungjawab semua untuk sama-sama melakukan perubahan. |
Tebus resit tol dapat Touch n' Go percuma Posted: 13 Sep 2011 09:25 PM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
ABDUL KARIM (dua dari kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Mohamad Razali di Kuala Selangor semalam.
KUALA SELANGOR - Pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) kini berpeluang memiliki Kad Peringatan Latar-Touch n' Go berserta nilai tambah percuma dengan cara mengumpul resit tol lebuh raya itu.
Dengan menebus 30 resit, pengguna layak menerima satu kad dengan nilai tambah RM5 manakala untuk 60 resit akan mendapat nilai tambah RM30.
Pengerusi Kuala Lumpur-Kuala Selangor Express- way Bhd. (KLSEB), Datuk Ir. Mohamad Razali Othman berkata, tawaran itu adalah bersempena pembukaan lebuh raya tersebut pada 23 Jun lalu selain mempromosi penggunaan kad Touch n' Go.
Menurutnya, kad berkenaan boleh ditebus di dua kaunter perkhidmatan pelanggan di Plaza Tol Kuang Timur dan Kuang Barat.
"Kad peringatan ini mempunyai empat jenis corak gambar berbeza dan setiap pengguna hanya layak menebus satu kad," katanya pada majlis pelancaran Kad Peringatan Latar-Touch n' Go di sini semalam.
Pada majlis tersebut, KLSEB turut menandatangani perjanjian dengan pengendali sistem pembayaran elektronik, Touch n' Go Sdn. Bhd. (TNGSB) bagi pelaksanaan sistem tol elektronik di lebuh raya berkenaan.
TNGSB diwakili Ketua Pegawai Operasinya, Abdul Karim Md. Lassim.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KLSEB, Amran Amir memberitahu, kira-kira dua juta pengguna telah menggunakan lebuh raya itu dengan purata 30,000 kenderaan sehari.
kosmo/- |
PAS hormati keputusan Muhyiddin, minta hentikan hipokrisi Posted: 13 Sep 2011 09:15 PM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 14 Sept: PAS menghormati keputusan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak sanggup berdebat dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, walaupun keputusan itu telah mengecewakan banyak pihak. "Kerana sebelum ini, beliaulah yang secara yakin menyuruh Mohamad untuk bertaubat seolah-olah pasti apa yang Utusan Malaysia laporkan terhadap kenyataan Mohamad adalah benar," terang Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini. Beliau juga menegaskan bahawa debat yang dicadangkan PAS berbentuk ilmiah dan bukannya untuk mencari siapa menang siapa kalah, tetapi untuk rakyat menilai hujah mengenai tafsiran sejarah pra-kemerdekaan masing-masing. "Jadi seharusnya, tiada apa yang harus ditakutkan oleh mana-mana pihak sebab debat ilmiah ini bersifat terbuka kepada rakyat. "Meskipun Muhyiddin menolak, namun PAS tidak akan mengeluarkan kata-kata kesat menghina beliau sebagaimana yang dilakukan oleh graduan Oxford Ketua Pemuda Umno kerana PAS yang mengundang beliau, maka kita perlu hormati keputusan beliau samada untuk terima atau tolak," kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu merujuk kerana karenah Khairy Jamaluddin yang melenting tak tentu arah apabila Mohamad menyuruhnya berdebat dengan Pemuda PAS. Orang ramai, katanya ingin mendengar hujah dari kepimpinan kedua-dua parti politik terutamanya setelah pemimpin dan media Umno telah begitu hebat menghentam dan mengkritik serta memutar-belitkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohamad. "Apa tidaknya isu ini dibelitkan sehinggakan ada seorang Menteri Besar terpaksa menidakkan kandungan buku yang beliau buat kata pengantarnya 7 tahun lalu demi menyelamatkan putar-belit yang semakin hilang arah," sindir beliau merujuk kepada buku 'Pengukir Nama Johor' yang dikeluarkan Yayasan Warisan Johor. Sikap Umno, kata beliau tidak menggambarkan keberanian untuk mempertahankan hujah yang dikemukakan sebagaimana PAS, yang telah menyatakan 8 pendirian tegas dalam isu kontroversi sejarah ini. "Cuma PAS nasihatlah kalau undangan debat ilmiah tidak sanggup diterima, Umno haruslah berhenti londehkan hipokrisi sendiri di depan rakyat lagi dengan hanya berani di belakang; tapi bilamana diajak bersemuka, tak sanggup pula," nasihat beliau. Selain itu, Tuan Ibrahim turut berkata PAS juga bersetuju dengan pandangan Datuk Seri Khaled Nordin dan Tun Dr Mahathir bahawa perlunya ada kajian semula terhadap sejarah kemerdekaan negara kerana terdapat fakta yang dihilangkan dalam sejarah. "Perkara ini dilihat semakin perlu hari ke hari, lebih-lebih lagi dalam keadaaan rakyat, terutamanya pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan tidak pasti samada perkataan 'Merdeka' patut digunakan bersama tarikh 31 Ogos 1957 apabila Majlis Professor Negara (MPN) dan Dr Mahathir telah secara tegas dan yakin menyatakan secara teknikalnya negara kita tidak pernah dijajah," terang beliau. Pendirian PAS dalam kontroversi isu sejarah:1. PAS menolak dan tidak pernah menyokong fahaman, golongan mahupun gerakan komunis. 2. PAS menganggap peristiwa Bukit Kepong 1950 adalah satu tragedi, tapi berpendirian bahawa Mat Indera patut digolongkan sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan yang berhaluan kiri. 3. PAS tegas mempertahankan fakta bahawa transkrip ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada Ogos 21 di Tasek Gelugor hanya mengiktiraf Mat Indera sebagai hero tanpa kaitan dengan komunis, akan tetapi akhbar Utusan Malaysia memutarkan kenyataan beliau sehingga melabelkan Mohamad and PAS sebagai penyokong komunis bermula 27 Ogos untuk 13 hari berturut-turut. Ini adalah satu tuduhan fitnah yang langsung tidak masuk akal. 4. PAS yakin dengan hasil penyelidikan yang tercatat di dalam buku 'Pengukir Nama Johor' terbitan Yayasan Warisan Johor pada 2004 bahawa Mat Indera adalah salah seorang agamawan dan juga pejuang kemerdekaan. 5. PAS juga yakin dengan hasil penyelidikan yang dibuat Ayub @ Uiop Kassim pada tahun 1973 untuk memenuhi keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, bertajuk "Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem" yang menyimpulkan bahawa Mat Indera bukan berfahaman komunis. 6. PAS berpendirian perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan bermula jauh lebih awal sebelum Umno ditubuhkan. Para pejuang kemerdekaan berhala kiri, yang mengambil 'total confrontation approach' menuntut kemerdekaan seperti Mat Indera, Rosli Dohbi, Datuk Maharajalela di Perak, Tok Gajah, Tok Bahaman di Pahang, Dol Said di Negeri Sembilan and Melaka, Tok Janggut di Kelantan, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu dan lain-lain lagi juga mesti diberi tempat dalam sejarah untuk jasa mereka. 7. PAS berpendirian bahawa Umno tidak pernah mengangkat senjata untuk mendapatkan kemerdekaan. Pejuang-pejuang lain yang menggadaikan nyawa mereka sehingga menyebabkan penjajah dalam keadaan amat parah. Apa yang Umno buat ialah menjalankan pusingan keempat yang akhir dan menuntut kredit mutlak atas kejayaan tersebut, tanpa sebarang pengiktirafan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang tersungkur dalam tiga pusingan awal yang berjaya melemahkan kuasa penjajah. Walaubagaimanapun, PAS tidak menafikan bahawa Umno, walaupun sekadar melaksanakan tugas terakhir untuk mendapat kemerdekaan, mempunyai sedikit jasa dalam mendapatkan kemerdekaan negara. 8. Umno sekadar penerima manfaat terakhir yang mendapatkan kemerdekaan tapi dengan cara kanan, iaitu 'peaceful cooperation' dengan penjajah British. Oleh itu, mereka tidak boleh menafikan bahawa para pemimpin mereka pernah menjadi pegawai British satu masa dahulu. |
|
Tangguh bubar Parlimen, laksana reformasi p'raya Posted: 13 Sep 2011 08:45 PM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 14 Sept: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dituntut melaksanakan janjinya untuk melakukan reformasi pilihanraya dengan tidak membubarkan Parlimen selagi janjinya tidak dilaksanakan.
Sekiranya Najib bercadang untuk membubarkan Parlimen dalam masa terdekat sempena persidangan Parlimen bermula 3 Oktober ini, cadangan itu didesak ditangguhkan bagi membolehkan Perdana Menteri melaksankan janjinya terlebih dahulu.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat melihat perkara itu tidak sukar untuk dilaksanakan oleh Perdana Menteri kerana ia boleh disamakan dengan tindakan kerajaan yang menangguhkan keputusan syarikat-syarikat telekomunikasi (Telco) untuk mengenakaan caj cukai perkhidmatan 6% prabayar telefon mudah alih semalam.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menegaskan, PKR dan Pakatan Rakyat tidak bersetuju dengan caj cukai perkhidmatan 6% itu, tetapi jika kerajaan boleh menangguhkannya, tidak ada sebab Perdana Menteri tidak boleh menangguhkan pembubaran Parlimen selagi reformasi pilihanraya tidak dilaksanakan.
"Itulah tuntutan PKR dan Pakatan Rakyat yang mesti dilaksanakan oleh Perdana Menteri. Sekiranya tuntutan itu boleh dilaksanakan, Pakatan Rakyat bersedia bekerjasama dengan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang akan ditubuhkan nanti," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Pemuda DAP (Dapsy), Antony Loke berkata, DAP berjanji akan memberi komitmen penuh kepada Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang akan ditubuhkan itu sekiranya Perdana Menteri berjanji tidak membubarkan Parlimen sempena persidangan Parlimen bermula 3 Oktober ini, selagi reformasi pilihanraya tidak dilaksanakan.
"Kami tak nak janji Perdana Menteri itu hanya sebagai sandiwara kerana jika pembubaran Parlimen dibuat sebelum reformasi pilihanraya dilaksanakan bermakna reformasi pilijhanraya tetap tidak dilaksanakan oleh kerajaan.
"Sebab itulah kami mendesak Perdana Menteri melaksanakan janjinya itu sebelum pembubaran Parlimen," katanya yang juga Ahli Parlimen Rasah yang turut bersama ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat lain pada sidang media itu.
Manakala Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, tuntutan 5 perkara oleh Pakatan Rakyat berkaitan reformasi pilihanraya amat perlu dilaksanakan oleh kerajaan bagi membolehkan pilihanraya di negara ini diadakan dengan bersih dan adil.
Katanya, dalam hubungan ini, Pakatan Rakyat tidak mahu kerajaan berdolak dalih lagi sehingga terus mengelirukan rakyat dengan pelbagai tindakan termasuk berhubung tindakan kerajaan memberikan kerakyatan kepada warganegara asing yang tidak diketahui statusnya.
"Ini samalah juga dengan tindakan pihak tertentu berhubung isu penjajahan negara yang jelas untuk mengelirukan orang ramai demi kepentingan politik Kerajaan BN," katanya yang juga Ahli Parlimen Tumpat.
Manakala Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata, untuk melaksanakan reformasi pilihanraya, kerajaan sudah boleh memulakannya sejak dulu kerana sebahagian daripadanya boleh dilaksanakan hanya menerusi peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Kenyataan beliau turut disokong oleh timbalannya yang juga Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud sambil menambah,reformasi yang boleh dilaksanakan menerusi peranan SPR itu merupakan 8 tuntutan yang telah dikemukakan oleh Bersih baru-baru ini.
Sidang media tersebut diketuai oleh Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub. Turut hadir, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar. |
Kembar siam tertua di dunia rai hari jadi ke-50 Posted: 13 Sep 2011 08:30 PM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] - GEORGE dan Lori membuktikan jangkaan doktor mengatakan mereka hanya dapat hidup hingga 30 tahun ternyata salah. LONDON: Kembar siam paling tua di dunia yang masih hidup melepasi ramalan doktor mencecah usia 50 tahun.
George dan Lori Schappell yang melekat di kepala meraikan hari jadi mereka Ahad ini. Pasangan itu bercadang meraikan hari jadi mereka dengan pergi ke London. Menakjubkan kerana kembar siam itu dapat menjalani kehidupan masing-masing secara berbeza. Lori ada menjalin hubungan dan George pula, memutuskan untuk hidup sebagai seorang lelaki. Lori juga juara boling 10 pin dan George adalah penyanyi country. Lori berkata: "Ketika kami dilahirkan, doktor tidak fikir kami akan mencecah usia 30 tahun, tetapi kemi membuktikan yang mereka salah.
"Kami sudah belajar banyak perkara sejak 50 tahun lalu dan akan terus hidup dengan sepenuhnya." Lori yang berketinggian 5 kaki 1 inci dilahirkan bertubuh sempurna, sementara George, 4 kaki 4 inci mengalami penyakit spina bifida yang menyebabkan masalah pergerakan. George tidak boleh berjalan, dia duduk di kerusi roda yang ditolak Lori supaya mereka dapat bergerak. - TS |
Usah percaya ‘pakar’ mimpi Posted: 13 Sep 2011 08:25 PM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
JEDDAH: Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Al-Asheikh melarang keras orang ramai daripada mendengar penerangan golongan pentafsir mimpi melalui program radio dan televisyen.
Amaran beliau itu dikeluarkan ekoran trend semasa yang semakin popular di kalangan penduduk yang gemar merujuk kepada 'pakar' supaya mimpi mereka ditafsirkan melalui program radio atau TV.
"Kebanyakan pentafsir (mimpi) tidak mempunyai pengetahuan Islam yang betul mengenainya," katanya dalam khutbah Jumaat di Masjid Imam Tuki bin Abdullah di Riyadh.
Mufti berkenaan mengatakan semakin ramai orang gemar mengikuti program sedemikian dan memberi amaran mengenainya.
"Ramai yang selalu merujuk kepada pentafsir mimpi dan mempercayai penjelasan mereka dengan sepenuh hati seolah-olah apa yang diperkatakan itu adalah inspirasi daripada Tuhan," katanya. Sheikh Abdul Aziz meminta orang ramai supaya merujuk kepada sunnah Rasulullah dalam hal ini iaitu tidak memberitahu orang lain mengenai mimpi buruk yang dialami mereka.
"Sekiranya orang ramai ingin tahu makna sebenar mengenai apa yang dimimpikan dalam tidur, mereka perlu merujuk kepada ulama yang mempunyai pengetahuan mendalam mengenai agama," katanya. Mufti terbabit menuduh pentafsir mimpi dalam program radio dan TV mengeksploitasi peluang yang wujud dengan melakukan penipuan untuk wang dan memperdaya orang ramai.
Harian Metro |