Mahkamah Tangguh Rayuan Gugur Kes Adun Sri Muda Posted: 21 Jul 2011 02:00 AM PDT SHAH ALAM 21 JULAI : Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menangguhkan rayuan kes Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafie 11 Ogos depan bagi membolehkan Shuhaimi dan peguam beliau memilih satu daripada dua rayuan yang dikemukakan. Rayuan yang dibuat oleh Shuhaimi pada hari ini adalah untuk menggugurkan kes ke atas beliau manakala satu lagi ialah pertikaian mengenai akta hasutan yang difailkan ke atasnya bersabit penulisan dalam blog yang didakwa menghina Sultan Selangor tahun lalu. Hakim Nor Azian Shaari meminta peguam yang mewakili shuhaimi melampirkan salah satu daripada rayuan yang ingin dikemukakan pada 26 Julai ini. Peguam Shuhaimi, Edmund Bon hari ini memberitahu mahkamah pihaknya memohon supaya kes yang difailkan ke atas Shuhaimi digugurkan selain menyifatkan seksyen yang dikenakan ke atas anak guamnya di bawah Akta Hasutan bertentangan dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan. "Pengistiharaan bahawa Akta Hasutan seksyen 4 (1) adalah bertentangan dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan," kata beliau. Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan merujuk kepada manifestasi prinsip kebebasan bersuara yang dijamin dalam sebuah negara berpelembagaan. Oleh itu, Hakim Nor Azian meminta peguam Shuhaimi berbincang dengan anak guamnya untuk menetapkan salah satu daripada rayuan untuk dipertimbangkan. Shuhaimi yang ditemui TvSelangor berharap, kes ini berkesudahan dengan baik. "Apa pun langkah yang diambil, saya serahkan semuanya ini kepada peguam, saya yakin akhirnya nanti kes ini digugurkan," kata beliau ketika ditemui di luar mahkamah. Terdahulu pada 19 Julai, Mahkamah Sesyen Shah Alam memutuskan untuk menangguhkan kes kepada 8 ogos depan sementara menunggu keputusan rayuan kes di Mahkamah Tinggi. Shuhaimi dihadapkan ke mahkamah berhubung artikel berjudul "Pandangan saya berasaskan undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959" tahun lalu. Artikel bertarikh 30 Disember 2010 yang ditulis Shuhaimi mendapat kecamanan hebat dari musuh politik yang dilihat cuba mengambil kesempatan dengan memanipulasi penulisan beliau selain membuat beberapa laporan polis kononnya Adun PKR itu menghina Sultan Selangor. Siri serangan terhadap Shuhaimi terus dipergiat apabila pihak tidak bertanggungjawab bertindak menyimbah cat merah dipintu Pejabat Adun Sri Muda di Kota Kemuning Shah Alam. Shuhaimi dituduh mengikut seksyen 4 (1) Akta Hasutan ekoran penulisannya itu dikaitkan dengan kontroversi pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Khusrin Munawi. Manakala pihak pendakwaan pula dikendalikan oleh timbalan pendakwa raya Mohamad Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof.
Sumber: TVSNEWS |
'Selangorku' Bakal Slogan Baru Kerajaan Negeri Posted: 20 Jul 2011 02:00 AM PDT "Selangorku" akan dijadikan slogan baru kerajaan negeri Selangor mulai Ahad ini. Menurut Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, slogan "Selangorku" itu adalah kesinambungan program "Merakyatkan Ekonomi Selangor" dan "Hasil Negeri untuk Rakyat" yang dilaksanakan sejak Pakatan Rakyat menguasai negeri itu pada pilihan raya umum 2008. "Kerajaan Selangor akan melancarkan slogan baharu Selangorku pada Ahad, 24 Julai ini di Stadium Malawati Shah Alam. "Slogan ini mengajak seluruh rakyat Selangor agar bersama-sama bertanggungjawab dan mempertahankan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui pentadbiran yang telus dan bertanggung jawab. "Adalah diharapkan slogan ini dapat menambah kecintaan dan sayang rakyat kerana negeri ini adalah hak mutlak rakyat," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Menurut Khalid, selepas dilancarkan, slogan ini akan digunapakai untuk urusan rasmi melibatkan kerajaan negeri dan anak-anak syarikatnya. "Bersempena dengan pelancaran pada Ahad ini, pelbagai aktiviti menarik disediakan secara percuma kepada pengunjung seperti pertandingan futsal, pocket bike, pony ride dan gerai-gerai jualan. "Kerajaan Negeri juga akan mengedarkan 40,000 kupon percuma bernilai RM5 kepada pengunjung untuk membeli makanan dan minuman yang di gerai-gerai yang disediakan," katanya. Sehubungan itu, seluruh rakyat Selangor dijemput menghadiri program pelancaran "Selangorku" yang akan bermula jam 8 pagi sehingga 8 malam.
Sumber: Malaysiakini |
Blueprint Basmi Kemiskinan : Sabak Bernam Penerima Teramai Posted: 20 Jul 2011 01:30 AM PDT SABAK BERNAM 20 JULAI – Sabak Bernam menjadi daerah paling ramai menerima bantuan peralatan Blueprint Pembasmian Kemiskinan dari mula ia diwujudkan sehingga kini. Setakat Jun 2011, seramai 211 permohonan diluluskan dengan 74 peserta daripadanya dari Sabak Bernam, Kuala Selangor (47), Gombak (38) dan Hulu Selangor (48). Salah seorang penerima bantuan, Mohd Haata Juni, 52, berkata, peralatan Chest Freezer 450 L yang diterima melalui program bantuan itu membantu mengembangkan lagi perniagaan membekalkan ais yang diusahakannya. "Sebelum ini saya membekalkan ais secara kecil-kecilan di majlis kenduri, melihat perniagaan ini berpotensi untuk dimajukan, saya membuat permohonan bantuan peralatan dengan hasrat boleh membekalkan lebih banyak ais bagi memenuhi permintaan pelanggan," katanya.
Mohd Haata berkata, perusahaan membekalkan ais mampu dijadikan dana tambahan bagi menampung pendapatan yang diperoleh sebagai pekebun kecil. Menurutnya, usaha itu selaras dengan hasratnya untuk menyara keluarga dan menyediakan wang saku salah seorang anak yang belajar di luar negara. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Surat Tawaran kepada penerima Bantuan Peralatan Blueprint Pembasmian Kemiskinan di Rumah Rehat Kelab Rekreasi, di sini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr Xavier Jayakumar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim. Antara peralatan yang diluluskan adalah mesin jahit lurus, mesin jahit tepi, motor roda tiga, mesin penguli tepung, mesin pembakar, mesin ABC, gerai bergerak dan pelbagai peralatan lain. Seorang pengusaha kerepek tempe, Siti Maznah Ramli, 44, berkata, mesin penghiris tempe yang diterima membantu meningkatkan pengeluaran produknya yang diusahakan sekitar awal 2010 lalu.
Sumber: Sinar Harian |
Behind Bars, Jeyakumar Says Remains Socialist Posted: 20 Jul 2011 01:15 AM PDT KUALA LUMPUR, July 20 — Sungai Siput MP Dr Michael Devaraj Jeyakumar has insisted he will not waver from his socialist beliefs despite being held under the Emergency Ordinance (EO) for allegedly attempting to revive communism. In a statement released late yesterday, the Parti Sosialis Malaysia (PSM) leader said that current economic practices both locally and globally were an unsustainable "race to the bottom." "This is not the world that I wish to bequeath my grandchildren. That is why I am a socialist and intend to remain so despite the EO arrest," he wrote after three weeks in detention. Dr Jeyakumar was among 30 PSM members arrested on June 25 for allegedly planning to "wage war against the Yang di-Pertuan Agong" and attempting to revive communist in part of a dragnet leading up to the July 9 Bersih rally.
Police found in their possession T-shirts bearing the likenesses of former Communist Party of Malaya (CPM) leaders Chin Peng and Rashid Maidin. Police later dropped all charges but immediately rearrested the lawmaker and five others under the EO on July 2 and charged the remaining 24 for possession of Bersih material and involvement in an illegal organisation. In the aftermath of the chaotic rally, Bersih and opposition leaders as well as human rights activists have pushed for the release of the six. This comes as the Najib administration has embarked on a damage control exercise due to the stinging tone taken by the international press over its handling of the demonstration calling for free and fair elections. In his statement yesterday, Dr Jeyakumar called for a "workable alternative to an economy driven by corporate greed." He maintained that despite the general opinion that socialism "has been assigned to the dustbin of history" and is only championed by "deluded people," it was still crucial in "averting a collosal economic-ecological disaster that will occur within the next 30-60 years." "The global owners of capital and technological expertise who control market access are a relatively small number of corporations – about 500 to 1000. They have become all powerful in the unipolar world of today and can "bargain hunt". Even the biggest governments can't control them," he wrote. He specifically pointed out that Malaysia's policies to attract investors, including lowering corporate tax, allowing contractualising of labour and weakening unions as well as privatisation of basic services such as healthcare and tertiary education, was piling pressure on the poorest 70 per cent of the population. The National Economic Advisory Council has said that 40 per cent of Malaysian households are still living on RM1,500 per month or less. "The issue here is not insufficient regulations but a misdistribution of the world's wealth! To address this problem, the power of the corporations has to be challenged," Dr Jeyakumar added. He stressed that these patterns if left unchecked could "lead to an ecological, food or climatic disaster that will lead to a decimation of the world's population."
Source: The Malaysian Insider |
Bersih Warns of Rally for EO6 Posted: 20 Jul 2011 01:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 today denied that the six detained Parti Sosialis Malaysia (PSM) members were prime movers of its July 9 rally and raised the possibility of another rally to demand their release. "The allegation has no factual foundation," Haris Ibrahim of the Bersih steering committee said in reference to a police response to affidavits submitted by families of the detained.
He called for their immediate release. The six, held without trial under the 1969 Emergency Ordinance, are Sungai Siput MP Dr D Michael Jeyakumar, PSM deputy president M Sarasvathy, central committee members Choo Chon Kai and M Sugumaran, Youth chief R Saratbabu and Sungai Siput branch secretary A Letchumanan.
"They were never part of the steering committee," Haris said. "Neither were they involved in planning or mobilising the crowd" for the rally.
"Don't force us to rally for the release of the six," he added. In attempting to justify the arrest and detention of the activists, Assistant Commissioner of Police Kamarul Zaman Mamat said police had to prevent the July 9 rally because a similar rally in 2007 had caused public disorder.
The police are confused, according to Dr Subramaniam Pillay, another member of the Bersih 2.0 steering committee.
He pointed out that the Bersih 2.0 steering committee had no members coming from any political party, unlike the committee for the 2007 rally.
"PSM cannot claim credit" for the recent rally, he added.
In a related development, PSM secretary-general S Arutchelvan blasted de facto Law Minister Nazri Aziz for his recent statement that the Emergency Ordinance was necessary because communism was "still around".
"The law minister doesn't understand law," Arutchelvan said. "EO has nothing to do with curbing communism."
The six detainees, he pointed out, were being punished for their alleged involvement with Bersih, not communism.
He also noted that Umno had direct links with China's Communist Party.
Source: Free Malaysia Today |
Afidavit Buktikan Enam Anggota PSM Bukan Ditahan Kerana Fahaman Komunis Posted: 20 Jul 2011 12:45 AM PDT KUALA LUMPUR 20 JULAI : Parti Sosialis Malaysia (PSM) mencabar dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bahawa enam ahli parti itu termasuk ahli parlimen Sungai Siput ditahan di bawah Ordinan Darurat kerana kaitan dengan usaha menghidupkan semula fahaman komunis. Peguam PSM, Edmund Bon dipetik dari portal The Malaysian Insider berkata, perkara itu sangat jelas berdasarkan kandungan 37 afidavit yang diserahkan kepada parti itu semalam sebagai respons kepada permohonan habeas corpus, sekali gus menunjukkan polis hanya menyoal siasat keenam-enam mereka, didakwa mendalangi perhimpunan Bersih 2.0. "Jangan bercakap mengenai sosialisme, komunisme, semua yang karut. "Kesemua ini pembohongan kerana polis sendiri tidak menyebut langsung mengenai sosialisme, tidak sebut langsung mengenai komunisme, tidak sebut langsung mengenai Chin Peng," kata beliau.
Sumber: TVSNEWS |
522 Police Reports and Counting Posted: 20 Jul 2011 12:30 AM PDT PETALING JAYA: A total of 522 police reports have been lodged over the past four days calling for the release of the six Parti Sosialis Malaysia (PSM) members held under the Emergency Ordinance. The reports were filed nationwide against Home Minister Hishammuddin Hussein, Inspector-General of Police Ismail Omar and his deputy Khalid Abu Bakar.
The campaign which began on Saturday is one of the efforts to exert pressure on the authorities to release the detainees, now known as the EO6. Other efforts include nightly candlelight vigils, handing over of memorandums and a signature drive.
"This is the total number until yesterday. People are still making their reports," said campaign coordinator M Nalini when contacted.
She said the largest number of reports were made in Perak. One of those detained, Dr D Michael Jeyakumar, is an MP (Sungai Siput) in that state.
The other detainees are PSM deputy president M Saraswathy, central committee members Choo Chon Kai and M Sugumaran, Youth chief R Sarathbabu and Sungai Siput branch secretary A Letchumanan.
Police: We're investigating Contacted later, Perak CID chief SAC II Dzuraidi Ibrahim said the reports filed in the state would be forwarded to the Penang police, which arrested the six. "We have been taking their statements. We will accept their reports and refer them to the investigating officer in Penang because that is where the six were arrested," he told FMT.
Penang police chief Ayub Yaakob said the police are "looking into the matter".
"We will compile the reports and investigate. From time to time, (federal police headquarters) Bukit Aman will issue statements on the development (of the case)," he said.
The six were among 30 PSM members arrested on June 26 over the charge of waging war against the King. PSM and numerous other quarters dismissed this as ludicrous.
After the expiry of their seven-day remand order on July 2, the six were re-arrested under the EO, which provides for detention without trial.
Meanwhile, family members have lodged reports against the police over alleged mistreatment of the detainees.
N Sasinthradevi, who is Sarasvathy's cousin and A Manivelu, who is Letchumanan's brother, each lodged report at the Kampung Tawas police station in Ipoh.
In the reports, Sasinthradevi claimed that Sarasvathy had complained of chest and gastric pain when she visited the latter on July 15.
However, to date the police had failed to inform the family members about providing them medical care.
Manivelu in his report alleged that Letchumanan, who is suffering from piles, was not provided with proper food.
He added that his brother is also worried about the police interrogation methods after being forced to undergo a lie detector test. Source: Free Malaysia Today
|
Ditahan Dibawah Ordinan Darurat Penganiayaan Kepada PSM 6 Posted: 19 Jul 2011 08:50 AM PDT Bukit Aman, 19 Julai 2011 - Keenam-enam aktivis PSM (Parti Sosialis Malaysia) masih lagi ditahan pihak berkuasa di bawah Ordinan Darurat 1969. Mereka yang ditahan ialah Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D. Michael Jeyakumar, 56, Sukumaran a/l Munisamy, 50, Letchumanan a/l Aseer Patham, 49, Choo Chon Kai, 33, Sarasvathy a/p Muthu, 58, dan Sarat Babu a/l Raman, 25. Dibawah Ordinan Darurat mereka boleh ditahan selama 60 hari tanpa sebarang perbicaraan. Perhimpunan aman candlelight vigil masih lagi diteruskan dan pada malam ini YB Dr Xavier Jayakumar mengutuk dan mendesak kerajaan supaya membebaskan kesemua tahanan dengan segera. Turut hadir dan menjelaskan kezaliman penahan tanpa bicara adalah bapa saudara kepada Dr Michael Jeyakumar Devaraj, Encik Victor Oorjitham yang juga merupakan peguam yang telah bersara. Lebih seratus hadir menyalakan lilin tanda protes penahanan dan juga sebagai sokongan kepada mereka yang ditahan. |
5,000 Doktor Swasta Tuntut Jeyakumar Dibebaskan Posted: 19 Jul 2011 02:00 AM PDT Persekutuan Pengamal Perubatan Swasta yang mewakili kira-kira 5,000 doktor swasta di seluruh negara bergabung dengan pertubuhan perubatan yang lain menuntut pembebasan ahli parlimen Sungai Siput D Jeyakumar. "Kami amat prihatin dengan tahanan berterusan rakan kami, Dr Jeyakumar Devaraj, yang kami iktiraf dan sahkan sebagai seorang doktor yang mematuhi undang-undang, cekap dan tekun. "Rekod perkhidmatan awamnya cukup cemerlang dan sepanjang pengetahuan kami, beliau tentunya bukan ancaman kepada keselamatan negara ini," kata persekutuan itu dalam satu kenyataan media hari ini. Ia memetik Jeyakumar telah berkhidmat untuk tempoh yang lama dengan kerajaan dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat, tanpa mementingkan dirinya. Doktor itu juga dipuji kerana kerja-kerja kebajikan dan sikap baik hati yang ditunjukkannya kepada semua di bawah jagaannya tanpa mengira bangsa dan agama. "Kami, rayu perintah tahanan ke atas Dr Michael Jeyakumar ditarik," petik kenyataan itu yang juga memohon pembebasan lima anggota Parti Sosialis Malaysia yang ditahan bersama. Jeyakumar dan lima rakannya kini ditahan mengikut Ordinan Darurat kerana didakwa terbabit dengan aktiviti haram bagi merancang perhimpunan BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan pilihan raya. Sebelum ini, 176 pengamal perubatan lain juga telah mengeluarkan kenyataan yang sama menuntut pembebasannya.
Sumber: Malaysiakini |
Laporan Polis Desak Pembebasan PSM 6 Posted: 17 Jul 2011 03:00 AM PDT Klang, 17 Julai 2011 - YB Dr Xavier Jayakumar hari ini membuat laporan polis mendesak pembebasan enam aktivis PSM (Parti Sosialis Malaysia) yang ditahan dibawah Ordinan Darurat.
Laporan polis tersebut dibuat di Balai Polis Klang Selatan. Hadir bersama-sama YB Dr Xavier adalah Encik P. Sundarajoo, Ahli Majlis Perbandaran Klang, Encik Sadek Bin Wali, Ketua Kampung Teluk Menegon, Encik Vicknesvaran Krishnan, wakil PIKOM serta Encik Syed Ahmad Putra, Setiausaha DUN Seri Andalas.
Ordinan Darurat hampir sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kedua-duanya membolehkan polis menahan suspek sehingga 60 hari tanpa didakwa.
Mereka yang ditahan ialah Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D. Michael Jeyakumar, 56, Sukumaran a/l Munisamy, 50, Letchumanan a/l Aseer Patham, 49, Choo Chon Kai, 33, Sarasvathy a/p Muthu, 58, dan Sarat Babu a/l Raman, 25. |
Candlelight Vigil PSM 6 di Bukit Bintang Posted: 16 Jul 2011 08:50 AM PDT Bukit Bintang, 16 Julai 2011 - Sekurang-kurangnya 200 orang berhimpun secara aman pada candlelight vigil yang diadakan demi enam aktivis PSM yang ditahan dibawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 di Bukit Bintang. Perhimpunan aman tersebut telah menarik perhatian orang ramai yang berada di sekitar Bukit Bintang untuk turut bersama-sama mendengar berita terkini mengenai mereka yang ditahan. Salah seorang pemimpin yang melawat Dr Michael Jayakumar Devaraj iaitu YB Sivarasa menyampaikan berita tentang keadaan YB Ahli Parlimen Sungai Siput tersebut. Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan sempat memberi sedikit penerangan serta soal jawab mengenai Ordinan Darurat dan ISA kepada orang ramai. Arutchelvan berkata seramai 1,500 pernah ditahan dibawah ordinan tersebut.
|
Majlis Pelancaran Jom Shopping Warga Emas di Tesco Kuala Selangor Posted: 16 Jul 2011 02:00 AM PDT Kuala Selangor, 15 Julai 2011 - YAB Dato' Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah melancarkan satu lagi program di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) khusus kepada warga emas yang dikenali sebagai 'Jom Shopping'. Majlis pelancaran telah diadakan di pasar raya besar Tesco, Kuala Selangor jam 3 petang. Seramai 60 warga emas dari DUN Ijok diberi penghormatan untuk menyertai program ini pada hari perasmian. DUN Ijok dipilih kerana berjaya mendaftarkan perserta program tertinggi. Program Jom Shopping ini adalah lanjutan dari Program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang dilancarkan Jun 2008, selepas genap 100 hari Pakatan Rakyat membentuk kerajaan negeri. SMUE diwujudkan untuk memberi manfaat kepada warga Selangor berumur 60 tahun ke atas dalam bentuk Khairat Kematian berjumlah RM2,500 bagi setiap jenazah. Bagi memberi peluang kepada warga emas yang masih hidup untuk menikmati hasil negeri, kerajaan negeri menyediakan dua kemudahan iaitu Skim Takaful dan yang terbaru Skim Baucer untuk beli belah atau Jom Shopping. Warga emas yang mendaftar dengan SMUE akan menerima baucer bernilai RM100 untuk mereka membeli barangan keperluan di pasar raya terpilih yang memberi peluang mereka bersantai bersama ahli keluarga serta wakil rakyat. Baucer ini diagihkan kepada semua Pusat Khidmat Masyarakat DUN di seluruh negeri dan wakil rakyat akan menetapkan tarikh untuk membawa warga emas ini membeli belah. Kerajaan Negeri berharap cara ini dapat memupuk sikap toleransi dan saling mengenali antara wakil rakyat Pakatan Rakyat, warga emas serta ahli keluarga mereka. Untuk program Jom Shopping ini, Kerajaan Selangor memperuntukkan antara RM5 hingga RM10 juta berdasarkan keperluan semasa. Kerajaan Selangor juga akan memperkenalkan beberapa lagi program kebajikan dalam bentuk dana untuk menggalakkan rakyat berdikari dan membina asas ekonomi yang kukuh untuk jangka masa panjang. Bagi tujuan itu, kerajaan negeri akan memperuntukkan RM700 juta daripada anggaran Bajet 2012 berjumlah RM1.5 billion untuk program kebajikan. Jumlah ini tidak termasuk RM100 juta yang akan diperuntukkan oleh Menteri Besar Pemerbadanan (MBI). Sebanyak RM30 juta daripada peruntukan MBI ini akan digunakan untuk aktiviti meningkatkan pendapatan keluarga dan keusahawanan seluruh Selangor manakala RM50 juta disalurkan kepada Mikro kredit Miskin Luar Bandar (SKIMSEL) dan RM20 juta Mikro Kredit Bandar (MIMBAR).
|
Berhujan Demi Tahanan Enam Aktivis PSM Posted: 15 Jul 2011 08:50 AM PDT Bukit Aman, 15 Julai 2011 - Walaupun terpaksa mengharungi hujan, orang ramai tetap meneruskan candlelight vigil demi enam aktivis PSM (Parti Sosialis Malaysia) yang ditahan. Mereka yang menghadiri perhimpunan terdiri daripada ahli PSM, ahli keluarga aktivis-aktivis yang ditahan, para penyokong serta para pemimpin masyarakat. Pada perhimpunan malam ini lebih ramai ahli keluarga yang hadir, ini disebabkan ahli keluarga telah dibenarkan berjumpa dengan mereka yang ditahan. Ibu Dr Michael Jeyakumar Devaraj turut sempat melawat beliau pagi ini. Kesediaan para hadirin mengharungi hujan yang menyebabkan mereka basah dan kesejukan menunjukkan semangat yang tidak luntur dalam menuntut kebenaran dan keadilan demi mereka yang ditahan. Dr Michael Jeyakumar Devaraj dan lima lagi; Sukumaran a/l Munisamy, Letchumanan a/l Aseer Patham, Choo Chon Kai, Sarasvathy a/p Muthu, dan Sarat Babu a/l Raman ditahan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969. Esok, candlelight vigil dijadualkan diadakan di Bukit Bintang.
|