Selasa, 12 Februari 2013

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


TAHNIAH BUAT PELAJAR CEMERLANG SMA DAN SMATQ

Posted: 12 Feb 2013 08:30 AM PST

Anda bakal modal insan cemerlang dan ikutan rakyat Selangor
Add caption



MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


People turn down BN ‘Gangnam Style’ | Free Malaysia Today

Posted: 12 Feb 2013 05:56 AM PST

Ahli Parlimen Kota Belud

Ahli Parlimen Kota Belud


Sabah will follow Sarawak

Posted: 12 Feb 2013 01:02 AM PST

Anyone who wants to predict Sabah result in the coming general elections should take a peek at Sarawak state election held in 2011.

At that time, Anwar Ibrahim and other Pakatan leaders were criss-crossing the state, giving fiery ceramah full of character assassination, wild allegations and demonization of BN leaders, with many of their ceramahs were well attended by a lot of curious people. Not a day passed by without Pakatan making sensational and outlandish claims against BN.

But in the end, when the results were known, not only Sarawak BN won the state election, it won it handsomely with clear two thirds majority. I believe the same thing will happen in Sabah.

Pakatan brand of politics of demonization, populism and hatred ness has reached feverish pitch in Sabah. But it is for these very same reasons, I strongly believe, Sabahans will reject Pakatan outrght just like Sarawakians did in 2011.

Sabahans want a party which has clear direction and solid experence in developing the state. They want a party wth steady hands to captain the state towards vision 2020. That party is Barisan Nasional and the captains are Datuk Ser Najib Tun Razak and Datuk Seri Panglima Musa Aman.

Regrettably but predictably, Pakatan instead chose to go to the people of Sabah without realistic economic blueprint and visionary future. It chose to be arrogant, ignorant, petty and small minded, preferring splitting unity and pitting Malaysians with each other in the hope that divided people will be easier to convinced and manipulated for their own narrow interests.

In Sarawak election, PKR was adamant to be given the biggest seat allocation among Pakatan's allies. DAP and PAS reluctantly gave in and allowed PKR to contest in 49 seats out of 71 in Sarawak state election.

Anwar Ibrahim demanded the largest share of seats claiming PKR had the biggest support among Sarawakians. When the results were announced, PKR only won 3 miserable seats out of the 49 contested. In comparisan, DAP won 12 out of 15 it contested. Soon enough, PKR's greediness became the favourite joke of Sarawakians in the coffee shops for many months after the election.

Once again, I am convinced the same thing will happen in Sabah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Menyampaikan Hadiah & Menutup Pertandingan Karate Do Di Pekan Bangi

Posted: 12 Feb 2013 03:01 PM PST

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


Mandarin Orange and Angpow Distribution at Pasar Pagi Sg Chua

Posted: 26 Jan 2013 04:30 PM PST

Tarikh: 27hb Jan 2013
Waktu: 8.30 pagi
Tempat: Pasar Pagi Sg Chua







(More......)

Mandarin Orange and Angpow Packs Distribution at Tmn Megah

Posted: 25 Jan 2013 05:30 PM PST

Tarik: 26hb Jan 2013
Waktu: 9.30 pagi
Tempat: Pasar pagi Taman Megah





(More......)

Mandarin Orange and Angpow Packs Distribution at Tmn Megah

Posted: 25 Jan 2013 05:30 PM PST

Mandarin Orange and Angpow Distribution at Kampung Baru Balakong

Posted: 24 Jan 2013 06:00 PM PST

Date: 25th Jan 2013
Time: 9 am
Venue: Kampung Baru Balakong







(More......)

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Gong Xi Fa Cai to all Malaysian Chinese and “Selamat Bercuti” to others by Anonymous

Posted: 11 Feb 2013 11:52 PM PST

YB Gong Xi Fa Cai to you. All the best for 2013.

Direct Free Kick

Direct Free Kick


11 Feb 2013 - Hari sempat ziarah 3 kawan laman di kawasan Jln 1/1, Pandan Indah sempena Tahun Baru Cina - Mr Lam, Mr Hew dan Mr Beh. Telah berbincang juga masalah penduduk setempat.

Posted: 11 Feb 2013 10:23 PM PST

11 Feb 2013 - Menziarahi keluarga Mendiang Rajanayagem di flat Taman Cahaya Indah. Takziah.

Posted: 11 Feb 2013 06:50 PM PST

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Posted: 11 Feb 2013 11:33 PM PST






Hari ini, 12 Februari telah berlangsungnya majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) Peringkat DUN Seberang Takir 2013 bertempat di Bangunan Penyelaras UMNO DUN Seberang Takir.

Taklimat PDM Seberang Takir Pantai

Posted: 11 Feb 2013 05:09 PM PST




Malam tadi, 11 Februari telah menghadiri sesi taklimat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Seberang Takir Pantai bagi DUN Seberang Takir bertempat di Bilik Gerakan UMNO, Kg. Seberang Takir Pantai.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Mantan Ketua Pemuda Umno & 2 lagi pemimpin Sabah masuk KEADILAN

Posted: 11 Feb 2013 10:35 AM PST

Keadilandaily

Beberapa tokoh pemimpin Umno Sabah termasuk mantan Ketua Pemuda Umno Negeri isytihar sertai KEADILAN di majlis yang dihadiri Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut berbuat demikian, mantan Ketua Penerangan Umno Tuaran dan bekas Setiausaha Akhbar Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor.

Kemasukan itu sempena lawatan Anwar ke Sabah pada sambutan Tahun Baru Cina.

Pengisytiharan itu dibuat pada Majlis Makan Malam Perayaan Tahun Baru Cina anjuran KEADILAN Sabah di Restoran Putera Ballroom, Kota Kinabalu, malam tadi yang dihadiri lebih 1,500 orang.

Selepas itu, Anwar berdialog bersama anak muda dan profesional di Hotel Megah D Aru, Tanjung Aru dalam forum bertajuk Kembalikan Autonomi Sabah.

Panelis lain adalah Pengerusi KEADILAN Sabah, Tamrin Jaini, Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Aziz Bari dan peguam rakyat, Ansari Abdullah.

Terdahulu, pada sebelah petang, Anwar menyampaikan ceramah perdana di Kampung Panginatan, Ranau.

Ketibaan Anwar disambut meriah oleh penduduk dengan laungan 'Ini kalilah!'.

Tamrin, Datuk Seri Lajim Ukin, Datuk Seri Wilfred Bumburing, Senator Maijol Mahap dan Christina Liew turut berceramah.

Diikuti Forum Perdana Suara Anak Sabah (Suasa) di Restoran Pelancongan, Keningau.

Sambutan Tahun Baru Cina diteruskan Anwar ke Sarawak pada hari ini.

Program dimulakan dengan ceramah Anwar 'Solusi Baram' di Beluru Bazaar, Beluru, Bakong.

7.00 malam ini, Anwar bersama pemimpin Pakatan Rakyat meneruskan program Makan Malam Gong Xi Fa Cai di Restoran Cina Mega Hotel, Miri.

Acara diakhiri dengan Ceramah Perdana Gong Xi Fa Cai di Waterfront Commercial Centre, Miri bermula jam 8.00 malam.

Selain Anwar, penceramah dibarisi, Pengerusi KEADILAN Sarawak, Baru Bian, Ali Biju, See Chee How dan Dr Michael Teo Yu Keng.

.

.


Nik Zawawi: Kunci calon Pas bersih

Posted: 11 Feb 2013 08:34 PM PST

MAJLIS Syura Ulama Pas merupakan entiti tertinggi dalam Pas. Sebelum ini, suara mereka bagai tiada kedengaran namun, sejak akhir-akhir ini Majlis Syura Ulama Pas semakin lantang menyuarakan dasar perjuangan parti itu masih sama.

Ini berdasarkan dakwaan mengatakan Pas sudah jauh tersasar daripada landasan perjuangan asal apabila mengambil langkah menjalinkan kerjasama politik bersama PKR dan DAP. Kerjasama tersebut tidak lain untuk membentuk sebuah negara berkebajikan.

Ikuti wawancara wartawan Sinar Harian dan Sinar Harian Online, RUZY ADILA IDRIS danHASLINA KAMALUDIN bagi mendapatkan kupasan terperinci peranan Majlis Syura Ulama Pas bersama setiausahanya, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.

Apakah peranan Majlis Syura?
Majlis Syura Ulama ditubuhkan di dalam Pas sebagai satu badan tertinggi di dalam parti. Mengikut penstrukturannya, di bawah Majlis Syura Ulama adalah Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat. Kemudian, ia dibahagikan pula dengan tiga Dewan iaitu Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Muslimat serta Dewan Himpunan Penyokong Pas.

Majlis Syura Ulama berfungsi sebagai memastikan perjalanan parti tidak bercanggah dengan syariat dan syarak ALLAH SWT. Apa juga tindakan politik parti mesti dirujuk dengan Majlis Syura Ulama.

Adakah Majlis Syura berperanan dalam merancang polisi?
Ya. Majlis Syura Ulama juga merancang dari sudut polisinya di mana perjalanan parti mesti mengikut lunas-lunas yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama. Sebagai contoh kami mencadangkan untuk mewujudkan tahaluf siyasi (kerjasama) bersama parti politik lain termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk yang bukan Islam.

Kita putuskan polisi. Hukumnya harus. Teknikal yang lain akan dibincangkan oleh Ahli Jawatankuasa atau Dewan dalam parti. Majlis Syura juga yang akan membuat keputusan kecuali calon pilihan raya. Majlis Syura hanya akan menapis senarai nama dan ia akan dibuat secara terperinci dan teliti. Alhamdulillah, Pas bersih daripada calon lompat parti. tidak ada dalam sejarah parti, calon lompat seperti parti lain.

Berapa lama proses tapisan seseorang calon?
Ia bergantung. Kami akan meneliti nama-nama yang diberikan. Kadang kala mesyuarat dibuat dua bulan sekali, tetapi jika ada masalah, ia akan sebulan sekali.

Bagaimana Majlis Syura Ulama melihat masa depan Pas dalam politik negara ini?
Sebelum pelaksanaan tahaluf siyasi, kami telah berbincang. Kami dapati ada dua aspek yang perlu diberikan fokus iaitu politik dan dakwah Islamiah. Kami sedar tidak mudah untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN). Jadi, satu gabungan telah berlaku iaitu bergabung dengan beberapa parti. Untuk mewujudkan sebuah kerajaan bersih dan adil, perlukan penggabungan. Kita nak lawan satu parti, kita tidak mampu menjatuhkan Umno dan BN.

Alhamdulillah, walaupun Pakatan Rakyat (PR) masih baru, tetapi ternyata boleh menggugat BN bahkan berdasarkan kajian penganalisis politik juga mengatakan Kerajaan Pusat akan bertukar pada PRU13 ini. Itu adalah fokus Majlis Syura Ulama daripada sudut politik dan kami telah membuat perbincangan dari A hingga Z.

Daripada perbincangan inilah, tercetusnya hukum sama ada boleh atau tidak, wajib atau tidak berasaskan kajian yang kita buat. Jika Pas tidak bergabung dengan masyarakat majmuk, kemudian mahu melawan BN ada parti politik yang berbagai-bagai, dan terus melawan, kita tidak akan mampu menumbangkan mereka.

Sehingga akhir-akhir ini, kami mendapat lambaian daripada beberapa parti politik dari Sabah dan Sarawak untuk turut sama bergabung bagi menguatkan barisan. Keduanya, dari sudut dakwah. Pas turut menekankan dakwah Islamiah di mana masyarakat bukan Islam di negara ini ditakut-takutkan oleh orang Islam sendiri.

Ini sangat mendukacitakan kerana ia berlaku daripada golongan mereka yang ada ilmu agama, adakalanya daripada mulut mufti-mufti, kadi serta orang-orang tertentu yang memegang jawatan penting dalam kerajaan yang mengatakan Islam tidak sesuai dengan masyarakat majmuk.

Negara Islam tidak boleh diwujudkan dalam masyarakat majmuk. Ia menyebabkan masyarakat bukan Islam menjadi kabur sedangkan agama Islam seolah-olah jauh dengan mereka dan menimbulkan masalah kepada mereka. Sedangkan Islam diturunkan ALLAH untuk semua.

Sewaktu Rasulullah SAW membina Islam di Madinah, ada 40 agama, 100 bangsa dan bahasa yang dituturkan dan berlaku pertelingkahan yang parah. Tetapi, apabila Islam sampai, Alhamdulillah, Islam telah menyatukan mereka. Bukan hanya Madinah, tetapi selepas Rasulullah SAW membuka semula kota Mekah selepas meninggalkan selama lapan tahun, masalah Islam boleh selesai.

Bagaimana suasana pada negara kita ketika ini?
Inilah yang dibawa Pas. Maaf cakap, ada ulama tidak bertanggungjawab dengan agama Islam sepatutnya disebut kelebihan, kewibawaan, tetapi wujud kenyataan pemimpin Islam terkemuka negara yang sangat memalukan orang Islam hingga memperlekeh agama Islam dalam satu ucapannya dan ia sangat memalukan. Ia tidak sepatut berlaku.

Pas ingin buktikan kepada masyarakat bukan Islam, dengan itu Pas laksanakan tahaluf siyasi yang mendekatkan Islam dengan masyarakat bukan Islam. Islam berjaya selesaikan masalah majmuk. Ia dibawa oleh Pas hari ini. Pas dekat dengan masyarakat Cina, Siam, India dan kaum lain. Saya tidak menafikan ada beberapa individu yang beberapa sahaja.

Ketika Pas memperkenalkan kerajaan berkebajikan. Ia boleh diterima semua kaum. Islam membela rakyat. Ia sepatutnya perlu dinyatakan oleh semua alim ulama tidak mengira parti. Ia menyedihkan menyebabkan kami berbincang dan langkah penggabungan diambil.

Realiti yang ada hari ini, orang Islam terpedaya dengan dakyah yang batil. Bahkan ada desakan daripada Kelab Penyokong Pas, termasuk Lim Guan Eng yang mengatakan ingin membina negara selepas PRU13, diwujudkan sistem Islam.  

Ketika ini, tanpa reputasi, kredibiliti Majlis Syura dipersoalkan. Sejauh manakah kebenaran apabila beberapa pemimpin  dan bekas pemimpin Pas mendakwa Pas sudah tersasar daripada dasar perjuangan asal?

Pas berada di atas landasan Islam, tidak pernah meninggalkan polisi Islam cuma cara pendekatan dan politik boleh berbeza daripada masa ke masa. Hukum boleh berbeza iaitu bukan yang dasar iaitu kerana perubahan masa dan suasana.

Contohnya, di Jordan, pilihan raya di Jordan haram, tetapi setelah suasana berubah ia menjadi wajib. Sebelum ini, Pas tidak mengalu-alukan untuk bergabung dengan masyarakat bukan Islam, tetapi selepas melihat keadaan iaitu kematangan dan kekuatan, Pas merasakan bergabung dengan parti bukan Islam dan parti-parti lain adalah satu tuntutan dalam agama kita. Itulah keistimewaan Islam.

Bagaimana respons tahaluf siyasi ini?
Walaupun usia tahaluf siyasi ini masih baru. Tetapi ia menunjukkan perkembangan positif di mana ia diterima masyarakat Islam dan bukan Islam. Saya tidak nafikan ada beberapa individu yang masih belum boleh menerimanya, tetapi setakat ini, sudah ada gesaan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kelab penyokong Pas serta segolongan DAP untuk dilaksanakan sistem atau negara Islam di Malaysia kerana mereka tahu keadilan dan bersih.

Kita yakin, dengan penjelasan negara Islam untuk membentuk manusia dan mengembalikan sistem keadilan dalam negara. Kita berharap tidak ada pihak yang akan mengeruhkan perkara ini kerana tidak ada satu kaedah yang boleh menyatukan semua kaum kecuali dengan Islam termasuklah 1Malaysia. Hanya ALLAH yang berjaya membentuk manusia. Negara maju seperti Amerika Syarikat tidak berjaya menyatukan orang kulit hitam dan putih, inikan pula negara belum maju seperti Malaysia.

Sejauh mana keyakinan untuk pelaksanaan perkara ini?
Lebih daripada yakin. Kerana itu, kita tidak boleh lari daripada dasar perjuangan kerana ia datang daripada al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qia.

Menjelang PRU13, bagaimana pula tugas Majlis Syura dalam PRU13 dengan penggabungan bersama DAP dan PKR?
Ia akan diteruskan. Tidak ada khilaf dan pandangan kedua. Kita sudah sebulat suara akan menentang Umno dan Barisan Nasional. Kritik adalah tanda sempurna. Apabila manusia mengkritik melihat kewibawaan Majlis Syura ulama sentiasa berada di landasan yang benar.

Apa kelebihan Majlis Syura Ulama?
Kita mempunyai hubungan baik dengan ulama daripada Mesir, Jordan, Sudan dan seluruh negara Arab hingga ke seluruh dunia termasuk negara Barat. Mereka mengatakan keistimewaan Pas kerana mempunyai Majlis Syura Ulama Pas.

Benarkah Mursyidul Am, Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat didakwa berpengaruh sehingga dikatakan keputusan Pas atau Majlis Syura adalah keputusan Nik Aziz?
Mursyidul Am Pas adalah Pengerusi dan setiausahanya adalah anak saudara beliau. Mungkin yang bermata rabun sahaja yang berkata begitu. Dalam Majlis Syura Ulama, mereka sangat terbuka dan bertolak ansur. Beliau dan pemimpin yang lain bersikap terbuka dan akan bersetuju jika ada hujah yang kuat berdasarkan al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qia.

Apakah kesan pengguguran Nasharuddin Mat Isa ke atas penyokong Pas?
Penyokong Pas adalah yang taat kepada kepimpinan, taat kepada Majlis Syura Ulama. tidak ada menimbulkan apa-apa. Pas adalah perjuangkan dasar.  Sejarah dalam Pas, yang lari, tidak ada yang ikut. Presiden Pas, Datuk Dr Asri Muda, Datuk Nakhaie Ahmad, tiada yang akan ikut. Berbanding Umno, kalau Ku Li (Tengku Razaliegh Tengku Hamzah), jatuh Kelantan. Datuk Seri Anwar (Ibrahim) dipecat, separuh lari. Inilah keistimewaan Pas.

Adakah Umno dan Pas dikatakan sebagai 'punching bag' kerana sering dilaga-lagakan?
Pertama, politik melaga-lagakan dihentikan dalam masyarakat kerana tidak memberi keuntungan. Gunakan cara yang profesional. Media dan televisyen diguna secara terbuka. Biar rakyat menilai kerana ia akan membina negara dan melahirkan pemimpin mantap dan berwibawa.

Apakah polisi dan dasar yang akan dibawa. Ramai yang cakap hakim boleh disuap, menteri boleh disogok rasuah. Jadi ada tekniknya bagaimana untuk mengelakkan perkara ini. Politik melaga-lagakan akan merugikan. Berikan peluang dalam televisyen.

Yang penting, pemerintah adalah yang benar-benar berkualiti. Cari bagaimana nak banteras, nak buat. Apakah teknik yang akan digunakan. Perdana menteri sekarang gagal dalam memerangi isu ini. Tidak guna bercakap kosong, buangkan politik laga-laga. Buangkan. zaman ini, zaman terpelajar dan orang nak menilai.

Bagaimana dasar perjuangan Pas setelah bergabung dengan Pakatan Rakyat?
Dasar dalam Islam berbalik kepada perkara yang menguntungkan Islam. Di mana ruginya Islam dalam suasana kita menerangkan Islam kepada bukan Islam. Kerana itu Pas bergabung. Paling tidak, orang bukan Islam yang tidak mahu memeluk Islam, tidak memusuhi Islam.

Tidak ada ideologi seperti hadis Rasulullah yang bermaksud 'Sesiapa yang mengkhianati orang zhimmah (bukan Islam), Aku isytihar perang'. Mana ada ideologi dunia yang sama dengan Islam. Politik Islam mesti dihayati oleh semua orang Islam yang menjaga kepentingan manusia tanpa mengira parti politik mana pun.  

Bagaimana Majlis Syura ulama melihat isu kalimah ALLAH yang sudah mencapai satu keputusan muktamad iaitu tidak boleh digunakan di dalam bible versi bahasa Melayu, namun masih ada pihak terutamanya Karpal Singh yang masih berharap isu ini diteliti semula?

Isu ini sudah selesai di dalam Pas apabila keputusan dikeluarkan Majlis Syura Ulama dan ia diterima secara sepakat. Apabila ada rayuan daripada pihak luar, bermakna mereka tidak boleh membuat apa-apa selagi tidak mendapat jawapan daripada Majlis Syura Ulama. Ini memberi gambaran bahawa itulah dia kredibiliti yang ada pada Majlis Syura Ulama.

Kita ucapkan ribuan terima kasih kerana Majlis Syura Ulama sangat terbuka. Perkara yang boleh dibincangkan, Insya-ALLAH akan dibuat. Tetapi dalam masa sama, Majlis Syura Ulama sangat tegas terutama kepada perkara yang membabitkan dasar, polisi dan umat Islam, ia tidak akan berganjak sama sekali.

Ada dua keadaan, Majlis Syura tidak akan berbincang tetapi menegaskan ia dilakukan oleh Rasulullah. Keduanya perkara biasa yang melibatkan pandangan. Isu tahaluf siyasi kami dapatkan pandangan sehingga peringkat antarabangsa yang mengikut keadaan di Malaysia. Pas berbeza dengan parti politik yang lain.

Apakah harapan Majlis Syura Ulama Pas selepas ini?
Selepas PRU13, sekiranya ditakdirkan PR dapat menguasai negara dan dapat pergi ke Putrajaya, Majlis Syura Ulama akan berperanan sebaik mungkin untuk memastikan apa yang mahu dilaksanakan ini benar-benar menjadi realiti. Pelaksanaan Islam ini menepati kehendak-kehendak yang ditetapkan di dalam al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias.

Kita yakin, cara yang akan dibuat ini mendapat sokongan besar daripada kalangan rakyat pelbagai dan kaum. Selain daripada itu, gagal yang mana tidak mendapat restu ALLAH kerana tidak berteraskan agama. Dalam firman ALLAH yang bermaksud, ALLAH akan menarik semula keamanan hasil daripada dusta itu.

Jika berbalik kepada agama, ALLAH buka pintu rahmat di pintu langit dan bumi sama dengan zaman Rasulullah dan Saidina Abu Bakar. Majlis Syura akan memastikan ia masih berada pada landasan dan paksi yang sama.



SUMBER: http://www.sinarharian.com.my/wawancara/nik-zawawi-kunci-calon-pas-bersih-1.130242

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Isu Haram Jadah: Najib Tak Sedar Beliau Yang Bakal Terima Padah

Posted: 12 Feb 2013 05:41 AM PST

1 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Rata-rata rakyat menyifatkan makian "haram jadah" Najib kepada rakyatnya amat keterlaluan dan hanya akan memberi padah kepada Najib sendiri.

Najib dalam ucapannya di Majlis Sejahtera Peneroka bersama Perdana Menteri di Jengka 8 juga berkata dirinya tidak redha dan tidak rela pembangkang mengambil 'durian runtuh' RM15,000 itu selepas cuba menghalang penyenaraian FGVHB.

"Haram jadah mereka tu. Jangan terima kebaikan daripada penyenaraian (FGVHB). Saya nak tengok muka-muka mereka ni terima durian runtuh. Haram jadah," katanya.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mengulas Najib sepatutnya bertindak adil terhadap peneroka kerana semuanya berhak menerima 'durian runtuh' selepas tanah mereka dicagarkan untuk penyenaraian FGVHB.

"Ini hak peneroka, tanah peneroka, apa isunya nak maki hamun…eh duit siapa ni? Cara ucapannya memang tak nampak langsung Perdana Menteri punya material," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata, perkataan 'haram jadah' yang digunakan Najib langsung tidak menggambarkan dirinya sebagai seorang pemimpin, apatah lagi negarawan yang baik.

"Najib sangat terdesak dan panik dengan kebangkitan peneroka yang menuntut hak mereka hingga sanggup mencerca peneroka Felda.

"Ramai peneroka marah dengan kata-katanya. Adakah orang seperti ini masih mahu dipertahankan?," katanya

Sementara itu Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman kepimpinan Anak Negeri Johor telah membuat laporan polis di Balai Polis Kulai,terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak.

Kata Mazlan, ia ekoran ucapan Najib ketika mengumumkan 'Durian Runtuh' di Felda Jengka 8 di Pahang pada 8 Mei lalu.

Beliau berkata, 'haram jadah' dalam kamus DBP bermaksud 'Anak Luar Nikah' dan ia sangat bertentangan prinsip Rukunegara- Kesopanan dan Kesusilaan'; apatah lagi ajaran Islam yang menekankan ketinggian akhlak dan moral, lebih-lebih lagi pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh ikutan rakyat.

"Laporan polis mendesak PM menarik balik ucapannya dan meminta maaf secara terbuka kerana golongan yang tidak bersetuju dengan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia terlalu ramai," ujarnya.

GB pernah menyatakan bahawa: Najib telah memulakan sesuatu yang tidak baik maka hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya, sesuatu yang tidak baik itulah bakal menimpa Najib semula. You get back what you give.

Apabila Najib memaki rakyatnya iaitu sesetengah peneroka yang tidak bersetuju dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia, itu tanda-tanda akan berakhirnya tempoh Najib sebagai PM Malaysia... Percayalah!

Di dalam konteks masyarakat melayu ia dinamakan "buang tabiat".

Gejala buang tabiat lazimnya berlaku di saat-saat akhir kehidupan seseorang.

Najib telah gagal dengan ujian sepertimana seorang bapa memaki hamun lantaran gagal menghadapi rencamnya karenah anak-anak sendiri. Pendek umur ayah sedemikian kerana tidak berupaya menguruskan stress.


Seorang pengkomen di blog GB memberi komennya:

Aduhai Najib...mu satu orang kata HARAM JADAH kepada 1000 peneroka...maka 1000 peneroka akan kata HARAM JADAH kepada mu seorang...fikir fikirkan lah..!!

Kita sekadar ingin mengingat dan menyedarkan Najib agar jangan keterlaluan melalui peristiwa betapa Allah itu Maha Tinggi dan Maha Berkuasa, dan kita juga ingin mendengar kot-kot ada penafian dari Najib mengenainya atau jika ada pengakuan Najib bahawa beliau tidak takut dengan peringatanNya itu.

kelab grennboc/-

Ajal berbadan dua

Posted: 12 Feb 2013 01:08 AM PST

1 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


Foto
Penampang: Kegembiraan seorang suami yang bakal menerima cahaya mata kelima berakhir dengan tragedi apabila isterinya yang mengandung dua bulan maut selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh sebatang pokok dalam kejadian di Kilometer 15, Jalan Papar-Kota Kinabalu, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari, mangsa Rhuhaifah Azhar, 29, tersepit di tempat duduk penumpang hadapan dan mati serta-merta akibat parah di kepala.
Difahamkan, kenderaan dipandu suaminya, Paisal Mohd Tutoh, 29, bersama empat anak mereka dan dua adik ipar dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Limbising, Putatan.

Mereka dipercayai baru selesai menghadiri kenduri di Kampung Pengalat Besar, Papar.

Namun, menurut sumber polis, setibanya di tempat kejadian, kenderaan jenis Proton Wira dinaiki mereka gagal dikawal lalu terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di bahu jalan.
METRO/-

Lagi ‘janji tidak ditepati’ dikesan di Pontian

Posted: 12 Feb 2013 12:48 AM PST

1 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


image


PONTIAN - PAS Benut mangambil inisiatif sendiri menyiapkan projek memperbaiki sebuah rumah milik seorang ibu tunggal secara bergotong royong.

Menurut Yang Dipertua PAS Pontian, Raden Sarobo Pono, langkah ini dibuat berikutan peruntukan yang dijanjikan sejak tiga tahun lalu tidak ditunaikan oleh pihak berwajib sehingga sebahagian bahan-bahan binaan yang ada kian reput dan tidak boleh digunakan.

"Saya difahamkan, Zainon Salleh, 42, telah menerima bantuan membaiki rumah beberapa tahun lalu berjumlah RM5000, malangnya pihak terbabit gagal menyiapkan seperti yang dirancang," katanya lagi.

Menurut Raden Sarobo lagi, PAS Cawangan Parit Mansor bersama kira-kira 50 orang dari kalangan Unit Amal serta penduduk kampung telah mengadakan aktiviti gotong royong selama dua hari bagi tujuan tersebut.

"Kami hanya menyempurnakan usaha ini dengan mengumpul kira-kira RM10,000 bagi menyiapkan ruang dapur, bilik air, lantai, dinding, bumbung dan lain-lain," katanya lagi ketika ditemui di Parit Mansor, Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Zainon berkata, dia kesal dengan pihak terbabit yang gagal menyiapkan rumah seperti mana yang dijanjikan.

"Saya kesal dengan dia. Bersimpatilah. Saya ada tiga orang anak. Semuanya masih bersekolah. Yang bongsu pula, kategori OKU (orang kurang upaya).

"Saya hanya dapat bantuan daripada JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat). Itupun khas buat anak. Saya tak dapat. Saya kecewa kerana pemimpin UMNO tak pernah datang menjengok apa lagi membantu.

"Terima kasih kepada PAS yang sudi buat bergotong royong menyiapkan rumah yang sudah tiga tahun terbengkalai," katanya lagi.

Sehubungan itu, bagi meringankan beban ibu tunggal ini, pihak PAS Benut mengambil langkah membantu mendapatkan bantuan daripada agensi berwajib.

harakah/-

Mohon Umno P Pinang respons aksi politik RM2j

Posted: 12 Feb 2013 12:40 AM PST

1 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin mempersoalkan siapakah penaja yang sanggup membayar RM2 juta kepada Psy yang popular dengan lagu 'Gangnam Style' di Pulau Pinang semalam tetapi merahsiakannya.

"Bukankah penaja sepatutnya mahu tajaan mereka diketahui bagi tujuan promosi khidmat atau barangan mereka?" tanya beliau yang lebih dikenali Che'GuBard dalam satu kenyataan.

Katanya, inilah kali pertama dalam dunia penaja buang duit tetapi mahu merahsiakan.

harakah/-

Heret bakal menantu Najib ke muka pengadilan – Fariz

Posted: 11 Feb 2013 08:30 PM PST

Najwa1 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 11 Feb: Kemunculan Daniyar Nazarbayev, warga Kazakhstan bersama Perdana Menteri dan anaknya, Nooryana Najwa ketika menikmati nasi kandar di Pulau Pinang malam semalam bukti Datuk Seri Najib Razak sorok bakal menantunya itu di negara ini, kata Fariz Musa.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu berkata, kehadiran Daniyar di khalayak mengesahkan dakwaan mengatakan Najib sembunyikan tunang Nooryana, penjenayah paling dikehendaki.

"Najib bukan sahaja menyembunyikan jenayah seperti kes pembunuhan Altantuya (Shaariibuu) tetapi turut melindungi penjenayah. Inilah sebenarnya Najib.

"Sikap diam diri Najib sebelum ini berhubung bakal menantunya sekarang terjawab apabila muncul makan nasi kandar di Pulau Pinang," kata Fariz ketika dihubungi.

Najib yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan seorang lagi anaknya, Ashman Razak, menjamu selera selama 40 minit di Nasi Kandar Beratur di Jalan Kapitan Kling, sempena lawatan kerja dua hari ke negeri itu.

Sebelum ini, Daniyar – mengikut laporan New York Post dan media antarabangsa lain, menipu bapa tirinya, Bolat Nazarbayez seunit kondominum mewah berharga AS$20 juta (RM60 juta).

Mengikut media berkenaan, ia berdasarkan dokumen mahkamah yang difail di Mahkamah Agung Manhattan, Amerika Syarikat manakala Daniyar kemudian dilapor menghilangkan diri.

Fariz menempelak tiada tindakan polis terhadap penjenayah itu walaupun media antarabangsa mendedahkan penipuan oleh beliau membabitkan puluhan juta ringgit.

"Selama ini, kita yakin beliau bersembunyi di Malaysia atau lebih tepat di kediaman Perdana Menteri.
"Kita syak beliau menggunakan kedudukan bakal bapa mertuanya itu untuk mengelak dari diambil tindakan oleh pihak berkuasa," ujar Koordinator Jingga 13 itu lagi.

Keadilan Daily sebelum ini juga melaporkan seorang lelaki menyerupai Daniyar sedang menjalani latihan ketenteraan dengan lengkap berseragam seakan-akan tentera Malaysia di kem askar Port Dickson.

Malah beliau turut muncul pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di Pekan, Pahang, 26 Ogos lalu.

Menurut Fariz, Jingga 13 akan mengadakan perbincangan untuk membuat laporan polis dan menghubungi polis antarabangsa (Interpol) supaya mengambil tindakan lanjut.

"Ia menimbulkan kontroversi bagaimana seorang yang terpalit dengan jenayah antarabangsa seperti itu boleh bergerak bebas dalam negara, malahan di kediaman Perdana Menteri," kata Fariz.

keadilandaily/-

Paksa penerima BR1M undi BN, k’jaan tak ikhlas bantu rakyat

Posted: 11 Feb 2013 08:00 PM PST

RASUAH-POLITIK1 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 12 Feb: Memaksa penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mengundi Barisan Nasional (BN) bukti kerajaan Umno tidak ikhlas bantu rakyat, kata Naib Pengerusi KEADILAN Johor, Hassan Abdul Karim.

"Kita tahu BR1M adalah rasuah kepada rakyat menjelang PRU 13, tetapi dengan memaksa rakyat untuk mengundi BN selepas menerima bantuan bukti mereka memang tidak ikhlas," katanya kepada Keadilan Daily.
Beliau mengulas arahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nusa Jaya, Datuk Aziz Supian yang memaksa penerima BR1M 2.0 supaya mengundi BN.

Aziz yang juga Ketua Umno Bahagian Gelang Patah berkata, semua penerima BR1M, terutama di kawasan Nusa Jaya perlu menyokong dan mengundi BN dalam PRU 13 kerana wang yang diberikan itu adalah wang Barisan Nasional.

"BR1M adalah peruntukan yang dibentangkan secara rasmi oleh kerajaan dalam Bajet 2013 dan diluluskan Parlimen. Jadi tidak ada keraguan ia adalah wang kerajaan," kata Hassan mengulas kenyataan Aziz.

"Justeru, BN tiada hak langsung untuk mengatakan wang BR1M adalah wang mereka apatah lagi memaksa rakyat untuk mengundi mereka sebagai balasan. Itu kenyataan tidak bertanggungjawab," bidasnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan BR1M 2.0 semasa pembentangan Bajet 2013 di Parlimen pada 28 September dan mula diedarkan 2 Februari lalu.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail sebelum ini mendedahkan BR1M 2.0 menggunakan RM2 bilion peruntukan wang luar jangka bagi tujuan itu.

Peruntukan wang luar jangka juga dikenali sebagai peruntukan kecemasan Perbendaharaan Nagara, yang sepatutnya digunakan pada masa-masa kecemasan seperti selepas berlaku bencana alam dan seumpamanya.

keadilandaily/-

Imej puting beliung landa Hattiesburg di AS

Posted: 11 Feb 2013 07:45 PM PST

1 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
 

HATTIESBURG, Mississippi - Gambar angin puting beliung di sini berjaya dirakamkan oleh jurugambar Jordan Holliman pada Ahad lalu.

Beberapa pegawai kecemasan berkata, puting beliung itu menyebabkan sejumlah bangunan mengalami kerosakan.

Kampus Universiti Southern Mississippi turut mengalami kerosakan.

Satu rakaman video yang menunjukkan pergerakan puting beliung itu juga berjaya dirakamkan oleh Rynal Grant.
Sebanyak tiga orang dilaporkan cedera dalam kejadian itu. - Agensi

Menteri gembira di Kuala Lumpur, rakyat di kampung derita

Posted: 11 Feb 2013 07:25 PM PST

1 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Sejak rumahnya dirobohkan oleh penguatkuasa Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) pada 20 Januari lalu, Alias Muda bersama dua orang anaknya terpaksa meneruskan kehidupan, tinggal di balai raya Kampung Tuan, Chukai, Kemaman. (Gambar atas)

Penolong Setiausaha PAS Negeri Terengganu, Hanafiah Mat yang menziarahinya kelmarin berkata, Alias dan dua anaknya terpaksa tidur berlantaikan simen dan nasib serta masa depannya masih tidak menentu.

"Sudah masuk 3 minggu Alias dan dua anaknya tidur berlantaikan simen di balairaya Kampung Tuan setelah rumahnya dirobohkan oleh kerajaan Umno BN, sehingga kini tiada khabar berita daripada Pejabat Daerah Kemaman.

"Wakil rakyat yang diharap untuk menyelesaikan masalah keluarga itu, langsung tidak bertemu muka dengannya, harapkan JKKK yang tinggal berjiran dengannya kini bagaikan anjing menyalak bukit sahaja," ujarnya dipetik BuletinOnline.

Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai berkata, inilah gambaran rakyat 'marhaen' yang hanya dinilai dan dibayar tempoh lima tahun sekali apabila tibanya pilihan raya.

Beliau hairan, bagaimana Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said selaku Ketua Umno Bahagian Kemaman boleh tidur lena dalam banglo mewahnya, sedang rakyat hidup dalam keadaan menderita.

Begitu juga, katanya, Menteri Belia dan Sukan yang berasal dari Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, boleh gembira hidup di Kuala Lumpur, sedang rakyat di kampung halamannya menderita.

harakah/-

Air: Khalid sedia debat dengan calon MB Umno BN

Posted: 11 Feb 2013 07:00 PM PST

1 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -



KUALA SELANGOR: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersedia untuk berdebat mengenai isu air Selangor dengan mana-mana calon Menteri Besar Selangor daripada Umno-BN.
Menurut Abdul Khalid, dengan mengadakan debat, masyarakat Selangor akan mendapat manfaat dengan membuat penilaian dan perbandingan di antara cara pengurusan perkhidmatan air Selangor oleh Pakatan Rakyat Selangor dan Umno-BN.

"Baguslah kalau (Datuk Seri) Noh Omar mahu berdebat, kalau dia bakal Menteri Besar, kita boleh berdebat," ujar beliau dalam sidang media di Kampung Bukit Badong di Bestari Jaya pagi tadi.

Pengurusan perkhidmatan air di Selangor adalah antara isu utama yang akan menentukan gagasan mana akan berjaya memerintah negeri pada pilihan raya akan datang.

Dalam lima tahun pentadbiran, 92 peratus pengguna domestik di Selangor telah mendapat faedah daripada skim air percuma 20 meter padu.

Di samping itu, kenaikan tarif tarif air sebanyak 52 peratus yang diminta oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam tempoh itu, telah berjaya disekat oleh pentadbiran Abdul Khalid.

MP Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar dilaporkan mencabar Abdul Khalid untuk berdebat dengan beliau dalam isu air Selangor.

Perebutan jawatan Menteri Besar di kalangan pemimpin Umno-BN Selangor terus hangat apabila beberapa nama disebut bakal menyandang kerusi itu sekiranya Umno-BN berjaya merampas semula pentadbiran Selangor dari Pakatan Rakyat.

Selain Noh yang kini Timbalan Ketua Umno Selangor, nama lain yang turut disebut adalah Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, Adun Permatang, Sulaiman Abdul Razak dan Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman.

harakah/-

‘Saya sangka anak bermain’

Posted: 11 Feb 2013 06:55 PM PST

Foto1 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Baling: "Saya tidak mampu berbuat apa-apa sebaik terdengar suara anak menjerit di tingkat atas ketika saya bersama isteri dan anak bongsu berlari keluar untuk menyelamatkan diri apabila melihat api marak di bahagian dapur kerana menyangka arwah bermain di luar rumah."

Begitu kata anggota tentera, Irwan Md Nayan, 32, apabila gagal menyelamatkan anak kedua daripada tiga beradik, Adam Akmal, 4, yang ditemui rentung apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Rambong Padang, Batu Tujuh, dekat sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 4.30 petang ketika keluarga itu berehat selepas pulang menghadiri kenduri di rumah saudara mereka di Sungai Petani, dekat sini.

Irwan berkata, sebelum kejadian dia berehat bersama isteri, Siti Khuzaimah Abas, 33, di ruang tamu selepas pulang menghadiri kenduri dan tiba-tiba ternampak kepulan asap di sebuah bilik di ruang dapur.
RUMAH Irwan yang hangus dijilat api yang meragut nyawa anak keduanya di Kampung Rambong Padang, Batu Tujuh.

Menurutnya, dia bergegas keluar rumah bersama isteri yang mengendong anak perempuan berusia tiga bulan menyelamatkan diri dan menyangka arwah bermain di luar rumah bersama abang sulung berusia lima tahun.

metro/-

Pope umum letak jawatan

Posted: 11 Feb 2013 06:52 PM PST

1 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -




BANDAR VATICAN - Pope Benedict XVI yang berusia 85 tahun mengumumkan beliau mahu meletakkan jawatan sebagai Ketua Gereja Roman Katolik pada 28 Februari ini.

Beliau berkata, usianya itu menghalangnya untuk melakukan tugas-tugasnya dengan lancar.
Peletakan jawatan itu tidak pernah berlaku dalam sejarah moden Gereja Katolik.
Beliau membuat pengumuman itu semasa mesyuarat Kardinal di sini, semalam.

Pope itu sebelum ini lebih dikenali sebagai Joseph Ratzinger dari Jerman dilantik sebagai ketua kepada 1.1 bilion penganut Kristian Katolik pada 19 April 2005.
Beliau menggantikan Pope John Paul II.

Pada tahun 1296, Celestine V pernah meletakkan jawatan sebagai Pope atas alasan beliau tidak berupaya untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya. - AFP

14 Feb: Gerakan Hari Menutup Aurat Sedunia

Posted: 11 Feb 2013 06:51 PM PST

1 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Gabungan NGO-NGO Islam Malaysia ingin menarik perhatian umum berkenaan pelancaran kempen Gerakan Menutup Aurat (Gemar) yang kini telah masuk tahun kedua.


"Gemar merupakan satu usaha kreatif untuk memberi pendedahan dan kefahaman masyarakat berkenaan isu-isu eksploitasi wanita dan lelaki melalui kempen penutupan aurat yang sempurna," ujar Setiausaha Gemar Malaysia, Hikmah Sahimi dalam satu kenyataan.

Katanya, eksploitasi tubuh sebagai sebuah komoditi komersial jarang disedari oleh masyarakat kerana eksploitasi itu dijelmakan dalam bentuk fesyen atau 'trend' tanpa masyarakat sedar tubuh mereka sebenarnya telah dieksploitasi demi keperluan meterialistik.

Tambahnya, terdapat juga tanggapan menutup aurat adalah penyebab kemunduran umat Islam, tidak kurang juga yang mengatakan penetapan menutup aurat ke atas wanita Muslim adalah bentuk penindasan kaum lelaki ke atas wanita.

Sebagai contoh, ujarnya isu yang pernah ditimbulkan oleh salah satu pertubuhan wanita di Malaysia yang mengatakan bahawa wanita mempunyai hak dan kebebasan untuk menentukan cara mereka berpakaian.

"Dalam hal ini, kami berpandangan bahawa dalam Islam hak berpakaian bukanlah hak milik mutlak individu.

"Sebagai hamba Allah, kita perlu memahami hidup sentiasa diikat dengan pelbagai jenis hak antara satu sama lain," tegasnya.

Katanya, komuniti yang berpakaian sopan adalah hak yang perlu dinikmati masyarakat, sementara persoalan-persoalan lain berkenaan aurat telah juga Gemar sediakan jawapannya di laman 'facebook' Gemar Malaysia'.

Justeru, katanya  diharapkan ia dapat menjadi rujukan umum bagi mereka yang memerlukannya.

Tambahnya, tarikh 14 Februari pula dipilih sempena sambutan hari kekasih dan ia diharapkan dapat menjadi satu sambutan alternatif kepada keghairahan sambutan tersebut.

Jelasnya, Gemar Malaysia turut menegaskan, sambutan Hari Kekasih oleh warga muslim pada hari ini, tidak lebih dari sekadar eksploitasi komersial untuk melariskan produk-produk cinta, mengambil kesempatan diatas kejalihan dan pendek akal masyarakat.

Katanya, kempen Gemar telah dimulakan di peringkat nasional dan antarabangsa sejak pertengahan Januari.

Kata beliau, di peringkat nasional dan Pulau Pinang khususnya, satu garis panduan mudah telah dipromosiakan di laman 'facebook' Gemar Malaysia.

"Melalui garis panduan ini, sesiapa sahaja yang mempunyai kesedaran tentang kempen aurat ini boleh memulakan usaha dakwah mereka di komuniti masing-masing dengan mudah dan secara rasmi, mereka adalah sebahagian daripada 1,500 penyokong Gemar setakat ini," ujarnya.

Dalam masa yang sama, katanya hal ini menyatakan bahawa anda tidak berseorangan dalam memperjuangkan isu kewajipan menutup aurat.

Beliau berkata, kempen Gemar Malaysia telah disambut oleh komuniti-komuniti di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

"Di peringkat antarabangsa, kempen ini dijalankan secara aktif oleh rakan NGO-NGO Indonesia di samping sokongan oleh komuniti muslim Nusantara di Mesir, Perancis dan Hong Kong," jelasnya lagi.

Katanya, acara kemuncak kempen itu akan diadakan di Pulau Pinang pada 14 Februari iaitu aktiviti turun lapangan untuk temu seru komuniti di sekitar Bayan Baru dan Kepala Batas dan Karnival Gemar di Masjid At-Taqwa, Bertam Indah pada 17 Feb yang akan menampilkan selebriti bertudung Diana Amir sebagai tetamu.

Selain itu, ujarnya penyokong-penyokong Gemar Malaysia di komuniti yang lain juga, merancang aktiviti mereka tersendiri.

harakah/-

Trauma Patah Hati

Posted: 11 Feb 2013 06:50 PM PST

1 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Sahabat, pernahkah anda jatuh cinta? pernah ditolak cinta? pernah patah hati? Bagaimana rasanya? Aduh, kebayang deh sakitnya? Mereka yang merasakan jatuh cinta biasanya pernah patah hati. Perasaan patah hati teramat pedih untuk diungkapkan dengan kata-kata. 
Bagi seorang akhwat tentunya harus cerdas menjaga hati, berhatilah-hatilah dalam menjalani hidup, jangan mudah terpengaruh dengan rayuan gombal. Jika pernah patah hati, sulit untuk melupakan luka dan perih dihati. Patah hati dapat menyebabkan trauma. Ada perasaan takut gagal lagi. Ada kecenderungan menutup diri. Hsl ini ysng menyebabkan patah hati menjadi salah satu faktor penyebab terhambatnya untuk bertemu jodoh.

Sahabatku yang ingin segera menikah, untuk menyembuhkan trauma patah hati, luruskan kembali niat, niat yang benar, prosesnya benar, tujuan benar maka pernikahan anda mendapat keberkahan didunia dan akhirat, menjadi keluarga sakinah mawaddah warahmah. Membawa kebaikan bagi keluarga kita dan umat. Bila memang ada niat & keinginan sungguh2 untuk mendapatkan jodoh. Jangan putus asa, tetaplah berikhitiar & memohon kpd Allah maka Allah akan mengirimkan jodoh yg terbaik untuk anda.

Buaya terbesar mati di Filipina

Posted: 11 Feb 2013 06:48 PM PST

1 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -




MANILA - Seekor buaya jantan air masin terbesar yang pernah dipelihara di dalam kurungan, Lolong mati selepas 17 bulan reptilia itu ditangkap.

Lolong yang berukuran 6.17 meter (m) panjang mati pada malam Ahad lalu akibat penyakit misteri di sebuah taman ekopelancongan di Bunawan, Pulau Mindanao.

Taman itu dibina oleh kakitangan perbandaran untuk mempamerkan buaya berkenaan.

Kehadiran haiwan tersebut menyebabkan ramai pelancong datang ke Bunawan sekali gus memberi pulangan ekonomi yang besar kepada bandar kecil itu.

"Ia merupakan hari yang paling sedih buat kami. Lolong telah membawa kemasyhuran kepada bandar kami," kata jurucakap bandar itu, Welinda Elorde kepada agensi berita AFP.

Reptilia itu ditangkap di sebatang anak sungai pada September 2011 selepas ia dipercayai membaham kepala seorang kanak-kanak perempuan.

Perangkap besi digunakan untuk menangkap haiwan itu.

Buaya itu juga dipercayai membaham seorang nelayan.

Kira-kira 100 orang yang diketuai Elorde menarik buaya tersebut dengan menggunakan tali dari anak sungai kecil sebelum ia diangkut dengan kren ke atas sebuah trak. 

Selepas ditangkap oleh sekumpulan penduduk tempatan dan pakar-pakar haiwan itu, ia diletakkan di dalam kurungan untuk dipamerkan kepada orang ramai.

Akhbar The Philippine Star melaporkan semalam bahawa Lolong menelan tali pntal tiga minggu lalu.
"Kami telah memberikan haiwan itu daging, ayam dan itik.

"Tidak mungkin, ia makan makanan lain," kata Elorde.
Pada tahun lalu, Guinness Book of World Records secara rasminya mengisytiharkan Lolong sebagai buaya terbesar pernah hidup dalam kurungan.

Menurut Elorde, haiwan itu diberi nama Lolong sempena nama seorang pegawai alam sekitar yang mati disebabkan serangan jantung selepas dia pergi ke Bunawan untuk membantu menangkap buaya tersebut.
Satu majlis pengebumian khas akan diadakan untuk Lolong yang seberat hampir satu tan.
Badannya mungkin diawet untuk dipamerkan di sebuah muzium.

Penduduk Bunawan merancang untuk melakukan majlis ritual dengan menyembelih ayam bagi mengucapkan terima kasih kepada roh hutan kerana populariti yang dibawa haiwan berkenaan.

Sekumpulan penganut Kristian juga akan berdoa sebelum reptilia itu dibedah siasat.

Lolong menewaskan pemegang rekod sebelum in, Cassius yang sepanjang 5.48m.

Cassius dipamerkan di sebuah taman di Pulau Green di luar perairan Queensland, Australia. - Agensi


Taring hampir terbenam di leher

Posted: 11 Feb 2013 06:46 PM PST

1 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

FotoGua Musang: "Sepanjang 15 minit bergelut dengan haiwan itu, saya hanya ingat mati, malah hampir pengsan menahan sakit akibat dicakar di seluruh badan," kata buruh ladang, Alip Abil, 33, yang bertarung dengan seekor harimau kumbang bagi menyelamatkan nyawanya di ladang sawit Felda Perasu, dekat sini, pagi kelmarin.

Apabila taring haiwan ganas itu hampir terbenam di lehernya, Alip berjaya diselamatkan seorang rakannya dalam kejadian jam 8.30 pagi itu.

Sejurus kejadian itu, Alip dibawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut dan menerima 50 jahitan di kepala, punggung, dada, lengan kanan dan tangan kiri.
NURAIDI menunjukkan kepala Alip yang cedera bergelut dengan harimau kumbang.

Lelaki warga Indonesia itu dirawat sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang ke rumah kongsinya di tanah rancangan berkenaan pada hari sama.

metro/-

Masuk ular ke dalam hidung

Posted: 11 Feb 2013 06:00 PM PST

1 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
 

BEIJING - Seorang lelaki membuat persembahan unik bagi memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina di Kuil Ditan di sini semalam. 

Lelaki itu memasukkan seekor ular hidup yang kecil ke dalam hidung.

Mulut lelaki itu juga dilihat mengandungi ular semasa dia membuat persembahan tersebut. - Agensi

Pari gergasi 150kg tersangkut di pukat

Posted: 11 Feb 2013 05:45 PM PST

1 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


Pari gergasi 150kg tersangkut di pukat
Mohamad Azri (kanan), Nik Mohamad Anaz (dua, kiri) dan rakan bersama ikan pari gergasi yang tersangkut pada pukat, semalam.
 
PASIR PUTEH - Penduduk di sini gempar apabila dua remaja membawa pulang ikan pari seberat 150 kilogram yang tersangkut di pukat yang dipasang di Terusan Semerak berhampiran Tidal Gate Kulim, Gong Datuk dekat sini, semalam.

Ikan 'pari batik' atau nama saintifik himantura uarnak itu menarik perhatian penduduk yang rata-ratanya belum melihat ikan pari sebesar itu.

Mohamad Azri Azmi, 20, berkata, kejadian itu disedari ketika dia bersama rakan, Nik Mohd Anaz Nik Mansor, 17, ke sungai untuk memungut hasil tangkapan jam 7.30 pagi semalam selepas memasang pukat jam 5 petang kelmarin.

Katanya, dia pada mulanya menyangka pukat tersangkut kerana tidak terdaya untuk mengangkatnya ke bot.

"Saya terkejut melihat ikan pari besar tersangkut pada pukat, ketika kami mengangkatnya ke bot, ikan itu menggelepar sehingga bot hampir tenggelam.

"Kami panik tapi terus berusaha menariknya ke tebing kerana tidak mahu ikan itu terlepas begitu sahaja kerana inilah kali pertama ikan sebesar itu tersangkut pada pukat saya," katanya yang tidak menyangka ikan pari sebesar itu berada dalam kawasan air tawar.

Mohamad Azri terpaksa menghubungi ayahnya supaya datang dengan kereta untuk membawa pulang ikan tersebut.

"Ayah saya sampai tidak lama selepas itu dan dengan dibantu beberapa kawan, ikan itu berjaya dibawa pulang ke rumah dengan mengikatnya di atas bonet kereta.

"Saya menganggap ini rezeki keluarga kerana sebelum ini pukat hanya mengena ikan kecil, tidak berbaloi untuk berulang alik sejauh tujuh kilometer dari rumah saya," katanya.

Himantura uarnak hidup dalam habitat pantai dan air payau serta banyak ditemui di antara Afrika Selatan hingga ke Australia itu boleh membesar sehingga dua meter lebar sementara ikan pari yang berjaya ditangkap Mohamad Azri semalam selebar 1.8 meter dan panjangnya tiga meter.

Mengikut senarai merah International Union for the Conservation of Nature (IUCN), Himantura uarnak dari famili Dasyatidae itu diklasifikasikan sebagai haiwan hampir terancam.

sinar/-

Arab Spring: Spekulasi Musa Hassan amat dangkal

Posted: 11 Feb 2013 05:30 PM PST

1 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kesal seorang lagi individu, kali ini bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan turut bermain api untuk berspekulasi bahawa huru-hara seperti Arab Spring akan berlaku apabila ada pihak yang kalah dalam pilihan raya umum nanti.

"Kami kesal kenyataan seperti ini boleh keluar dari seorang yang sepatutnya lebih tahu implikasi dari spekulasi yang tidak bertanggungjawab dan merbahaya ini. Malah ini petanda negara  akan memboleh pihak berkuasa bertindak hanya dengan kenyataan bersifat spekulasi semata-mata," ujar Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) dalam satu kenyataan.

Malah, katanya Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak yakin akan berlaku Arab Spring kerana berpendapat bahawa rakyat sudah matang dan kesedaran terhadap kepentingan keselamatan negara semakin meningkat.

Soalnya, kata Mohd Azmi sejak 12 kali pilihan raya yang terdahulu, pihak pembangkang yang sudah banyak kali kalah dan tidak dapat menumbangkan kerajaan, namun persoalannya  bilakah pernah berlaku huru-hara yang dicetuskan oleh pembangkang yang kalah itu.

Ternyata, ujarnya Musa sebagai orang yang telah lama tahu mengenai keselamatan dalam negeri hanya membuat spekulasi dangkal.

Menurutnya, pada hakikatnya  yang berlaku ialah betapa pihak pembangkanglah yang sering ditekan dan diperlakukan secara paling tidak demokratik dalam pilihan raya, namun maseh tidak ada peristiwa ketegangan berlaku yang beliau katakan itu.

"Kenapa pula Musa kali ini berspekulasi bahawa huru hara akan tercetus?

"Adakah beliau turut mengetahui keputusan yang bakal berlaku ataukah beliau tahu penipuan sedang diatur oleh pihak tertentu untuk mengekalkan kuasa?" tanya beliau.

Justeru, ujarnya Teras kesal dengan sikap dan kenyataan Musa yang tidak berubah pemikirannya seolah-olah beliau tahu bahawa suatu kejutan akan berlaku dalam PRU13.

"Sekali lagi nampaknya orang seperti beliau berspekulasi bahawa  'Arab Spring' boleh berlaku di negara ini sekiranya pihak yang kalah pilihan raya umum akan datang tidak puas hati dengan keputusannya," katanya lagi.

Soalnya, tanya Mohd Azmi kenapa pula Musa tidak yakin jika pihak kerajaan yang kalah akan ada pihak yang menggunakan penyokong-penyokong mereka membuat huru-hara dan rusuhan bagi menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Sepatutnya, ujar beliau yang dinasihati ialah supaya jentera pengurusan pilihan raya iaitu SPR memastikan plihanraya berjalan secara adil dan bersih.

"Maklumat ini yang sepatutnya dikumpul oleh pihak polis," katanya.

Menurutnya lagi, Musa kelihatan ghairah untuk mempertahankan ISA walaupun ramai yang menjadi mangsa ketidakadilan akibat undang-undang itu atas nama pencegahan.

haakahdaily/-

Nuffnang