Mahathir kambinghitamkan Pak Lah untuk tutup kelemahan sendiri Posted: 10 Aug 2012 12:28 AM PDT 21 Ramadhan 1433H. [MOD] - SHAH ALAM - Di sebalik spekulasi bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan dipanggil dalam waktu terdekat, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, kekurangan besar yang sedang dilalui Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri ialah beliau mewarisi sebuah kerajaan yang lemah. "Masalah di sini bukan Najib... beliau pemimpin sebuah kerajaan yang lemah," kata Dr Mahathir yang menyandang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum bersara pada Oktober 2003. - Sinarharian. Tak habih-habih Dr. Mahathir ni nak kondem PakLah. Memanglah tak dinafikan sebagai Perdana Menteri PakLah memang lemah, bukan setakat lemah malah digambarkan PakLah suka tidur. Tapi bela Najib dengan kata dia mewarisi kerajaan yang lemah dari PakLah sangat tak tepat pasai PakLah pun sebenarnya mewarisi kerajaan yang memang dah lemah. Kelemahan PakLah dia tak berjaya kuatkan kerajaan yang lemah yang dia warisi tu. Kerajaan yang lemah tu PakLah warisi tak lain tak bukan dari Dr. Mahathir sendiri. Aku yakin semua orang yang celik politik setuju yang Dr. Mahathir 'terpaksa' lepaskan jawatan dia kepada PakLah pasai dia yakin kalau dia masih lagi jadi PM sampai ke PRU11 Umno BN mungkin akan kalah. Masa tu kebencian rakyat kepada Dr. Mahathir cukup memuncak sampai Dr. Mahathir digelar MahaFiraun, satu perlambangan yang cukup teruk untuk seorang ketua negara dari pandangan Islam. Kalau betul Dr. Mahathir umumkan dia nak letak jawatan pada Jun 2002 tu pasai dia memang "dah lama dah" nak bersara dia takkan berlagak macam dia masih lagi PM walaupun dah lepaskan jawatan tu kepada PakLah, terutama sekali selepas kemenangan besar Umno BN pada PRU11. Dan antara faktor keputusan PRU12 jadi paling teruk untuk Umno BN hasil kerjabuat Dr. Mahathir sendiri yang kritik kepimpinan PakLah dan ramai ahli dan penyokong yang tak undi calon Umno pasai terpengaruh dengan kritikan Dr. Mahathir. Antara sebab utama Dr. Mahathir kritik PakLah gila-gila pasai banyak 'legasi' Dr. Mahathir yang PakLah cantas termasuk Jambatan Bengkok yang cukup menjolok mata. Termasuk juga mungkin pasai PakLah berjaya 'cantas' Mukhriz melalui menantu dia Khairy Jamaluddin. Jadinya sangat tak kena Dr. Mahathir nak salahkan PakLah saja. Patutnya dia salahkan diri dia sendiri lebih dari dia salahkan PakLah. Sinarharian juga melaporkan: Bercakap kepada Bloomberg, Dr Mahathir berkata, sebarang bentuk berpaling tadah akan menyebabkan "BN kalah dalam pilihan raya akan datang." - Ibid. Nampaknya Dr. Mahathir bukan saja salahkan PakLah tapi dia juga dah siap-siap sediakan alasan untuk digunakan kalau betul Umno BN tumbang pada PRU13 nanti. Moga-moga 'ramalan' Dr. Mahathir tu jadi kenyataan... Hahaha... "Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya" harakahdaily/- |
PANAS! Siapa Pemimpin BN Sabah Bakal Keluar Sabtu Ini? Posted: 10 Aug 2012 12:26 AM PDT 21 Ramadhan 1433H. [MOD] - Lagi berita menggemparkan dari kepulauan Borneo! Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim memberi bayangan awal bahawa seorang lagi pemimpin Barisan Nasional (BN) di Sabah akan keluar dan mengisytiharkan bersama Pakatan Rakyat, Sabtu dan Ahad ini. Anwar menjelaskan pengumuman mengenainya akan dibuat di Kota Belud dalam rangka lawatannya ke negeri itu bagi memperkuatkan pengaruh Pakatan Rakyat selepas dua ahli parlimen BN keluar akhir bulan lalu dan awal bulan ini. Parlimen Kota Belud diwakili Abdul Rahman Dahlan dari Umno-APCO tetapi desas-desus mengatakan pemimpin lain yang akan meninggalkan BN dan bukannya Rahman. Setakat ini nama-nama yang dijangka adalah bekas Ketua Menteri, Osu Sukam dan ahli parlimen Kalabakan, Abdul Ghapur Salleh. Namun, pengumuman rasmi akan dibuat Anwar yang juga akan melawat Penampang dan beberapa tempat lagi. Kebetulan, hujung minggu ini perdana menteri Najib Altantuya akan berada di Sabah bagi lawatan sehari bermula dengan melawat Kuching, esok. Dijangka, Najib Altantuya akan memberi 'rasuah' berupa projek kerajaan persekutuan kepada pemimpin BN sebagai tutup mulut dan tidak berpaling tadah seperti apa yang dilakukan oleh ahli parlimen Tuaran, Wlifred Bumburing dan ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin. Sementara itu dalam sidang media sama, Anwar berkata Umno-APCO kini memulakan kempen pelampau agama melalui laporan Utusan Malaysia yang mendakwa berdosa sekiranya menyokong parti DAP. Laporan berkenaan yang memetik pandangan seorang guru pondok antara lainnya menyatakan bahawa DAP "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud." Namun, Anwar memberitahu satu sidang media hari ini, akhbar tersebut tidak melaporkan bahawa Perdana Menteri, Najib Altantuya dan mantan perdana menteri juga tidak menyokong hukum hudud. "Najib Altantuya kata selagi jadi PM beliau tak akan laksanakan hukum hudud," katanya sambil menambah, Mahathir Mohamad juga pernah menulis surat kepada menteri besar Kelantan bagi menyatakan penolakan kepada pelaksanaan hukum hudud. "Kalau ini pandangan mereka, kenapa DAP saja disebut tak boleh disokong sedangkan kenyataan Umno dan MCA masuk kategori sama," katanya lagi. Kit Siang: Ini hasutan berapi-api Dalam sidang media sama, ketua ahli parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Utusan melalui laporan muka depannya hari ini juga meneruskan hasutan tersebut dengan seruan untuk menolak parti tersebut. "Ini hasutan yang berapi-api," katanya yang menjelaskan, DAP sejak dahulu lagi menghormati peruntukan perlembagaan yang menetapkan Islam agama rasmi. "Pendirian kita tidak berubah. Kita negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi," kata Lim (kiri). Jelasnya, kenyataan itu sama dengan pendirian oleh tiga perdana menteri pertama Malaysia. Namun, kata Lim, DAP diserang begitu rupa oleh Utusan sehingga disifatkan sebagai "kafir harbi". "Perdana menteri yang kempen 1Malaysia tak patut benarkan Utusan teruskan kempen ini," katanya lagi. Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, di Pulau Pinang, setiausaha politik kepada setiausaha agung DAP Zairil Khir Johari turut membuat laporan polis berhubung laporan Utusan itu. Blog jalanpulang1978.blogspot.com/- |
Apa hukum MCA, Umno tolak hudud? Posted: 10 Aug 2012 12:24 AM PDT 21 Ramadhan 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: "Jika DAP yang menolak hudud boleh dikatakan kafir harbi, bagaimana dengan Umno dan MCA yang juga menolak hudud." (MCA membuat demonstrasi di depan pejabat PAS membantah Hudud) Persoalan ini dibangkitkan oleh Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ekoran laporan muka depan akhbar Umno, Utusan Malaysia yang mendakwa haram undi DAP. Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Pahang itu meminta Majlis Fatwa buat keputusan apakah benar fatwa Pengasas Pondok Genting yang sekian lama menjadi alat Umno itu. Menurutnya, penolakan MCA terhadap hukum hudud dapat dilihat secara terang-terangan, selain turut disokong Umno sendiri yang mengaku beragama Islam. (Penolakan Najib terhadap hudud...Berita ini hanya disiarkan dalam akhbar MCA) Tuan Ibrahim berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri pernah mengeluarkan kenyataan menolak hukum hudud. "Kita kena sedar, bukan DAP sahaja tolak hudud, tapi MCA juga berbuat demikian secara terang-terangan. Malah, Najib sendiri pernah mengatakan bahawa beliau tidak akan melaksanakan hudu selagi menjadi perdana menteri," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Justeru, kata beliau semua pihak perlu melihat keseluruhan aspek, tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan yang berat-sebelah dan hanya untuk memuaskan hati pihak berkepentingan. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah, dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia yang mengatakan haram bagi umat Islam mengundi DAP, baru-baru ini. Tambah beliau, mana-mana hukum yang dikeluarkan perlu bersandarkan syarak dengan dalil-dalil dan nas yang betul, bukan boleh dikeluarkan sewenangnya dengan bersandarkan perasaan. Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Pahang (Gambar kanan) itu menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan segera mengeluarkan fatwa berhubung kenyataan tersebut, lebih-lebih lagi kenyataan yang melabelkan DAP sebagai 'kafir harbi'. Ini kerana, katanya kenyataan itu merupakan satu perkara yang begitu besar kerana dihalalkan darah mereka, harta mereka yang disifatkannya boleh menimbulkan suasana tidak aman di dalam negara berbilang kaum dan agama ini. "Justeru, saya minta Majlis Fatwa segera melihat perkara ini secara serius dan menyegerakan fatwa bagi mengelakkan berlkunya sebarang kerosakan di negara ini," tegas beliau. Tahaluf Siasi Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menyokong kenyataan bekas mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (gambar kiri) yang mengatakan sekiranya orang bukan Islam tidak boleh disokong, bagaimana mereka boleh dilantik menjadi menteri seperti amalan yang dilakukan Umno. Sambil menegaskan kerjasama PAS dengan DAP bukan berbentuk wala' iaitu patuh atau ikut arahan, sebaliknya tahaluf siyasi (kerjasama politik), beliau berkata perkara tersebut tidak difahami kebanyakan pihak. "PAS bertanding dengan lambang PAS, calon PAS, duit PAS. PKR dengan lambang PKR, calon PKR. Begitu juga DAP. Tidak seperti MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti komponen lain dalam BN, mereka terpaksa ikut arahan bertanding atas satu lambang iaitu BN," tegas beliau lagi. harakahdaily/- |
Pesawat mendarat cemas dengan 1 enjin Posted: 10 Aug 2012 12:19 AM PDT 21 Ramadhan 1433H. [MOD] -
TOKYO - Sebuah pesawat sistem penerbangan Jepun yang membawa 55 penumpang berjaya mendarat dengan selamat walaupun hanya sebuah enjin berfungsi, kelmarin.
Menurut jurucakap syarikat penerbangan itu, sejurus selepas pesawat Bombardier DHC8 tersebut berlepas menuju ke Miyazaki, papan pemuka menunjukkan paras minyak pada salah satu enjin berada pada tahap sangat panas.
Difahamkan, juruterbang terpaksa mengambil risiko dengan menutup enjin yang terjejas dan berpatah balik ke Fukuoka dan melakukan pendaratan cemas.
sinar harian/- |
Jepun tarik balik gelas McDonald Posted: 10 Aug 2012 12:10 AM PDT 21 Ramadhan 1433H. [MOD] -
TOKYO - Restoran makanan segera terkenal, McDonald yang beroperasi di Jepun, kelmarin menarik balik gelas percuma bertemakan Sukan Olimpik London 2012 selepas menerima 130 aduan daripada pelanggan.
Jurucakap McDonald, Kazuyuki Hagiwara berkata, mereka turut menerima 78 aduan pelanggan cedera.
"Kebanyakan pengguna mengalami luka kerana gelas sumbing. Kami mendapati kesilapan semasa prosedur pembuatan gelas tersebut menjadi punca insiden ini berlaku," katanya.
Difahamkan, enam juta gelas percuma itu telah diberikan kepada pelanggan sejak Jun lalu.
sinar harian/- |
Remaja lelaki maut tercampak sejauh 13m Posted: 10 Aug 2012 12:03 AM PDT 21 Ramadhan 1433H. [MOD] -
CHUKAI - Seorang remaja lelaki maut tercampak sejauh lapan meter apabila motosikal yang ditungganginya masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Perodua Viva di kawasan selekoh di Jalan Banggol Indah-Kampung Paya Berenjut, dekat sini, lewat petang kelmarin.
Dalam kemalangan kira-kira jam 7.15 petang itu, Che Ayup Aziz, 18, mengalami yang kecederaan parah dengan bahu kiri terbelah, patah paha kiri dan kaki kiri luka teruk meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, motosikal jenis Honda EX5 Dream yang ditunggangi si mati bertembung dengan kereta yang dipandu seorang pegawai teknologi maklumat wanita, berusia 27 tahun yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geliga, yang dalam perjalanan ke Chendor untuk berbuka puasa.
Menurutnya, berikutan perlanggaran kuat berkenaan, Che Ayup yang bekerja sebagai juru selenggara dan beralamat di Kampung Paya Berenjut bersama motosikalnya, dipercayai terkena pengadang besi jalan sebelum tercampak ke dalam longkang.
Che Ayup kemudiannya tercampak sekali lagi sejauh lima meter dari motosikal yang dinaikinya sementara kereta tersebut pula tercabut tayar depan sebelah kiri.
"Pelanggaran kuat secara berdepan juga menyebabkan motosikal yang dinaiki si mati remuk teruk di bahagian depan. Mayat kemudian dihantar ke Hospital Kemaman dan hasil bedah siasat yang dilakukan pada jam 9 malam mendapati si mati meninggal akibat kecederaan dalaman," katanya.
Mayat Allahyarham Che Ayup kemudian dituntut keluarga kira-kira jam 10 malam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Geliga.
sinar harian/- |
Sabit berdarah di sisi mayat Posted: 10 Aug 2012 12:02 AM PDT 21 Ramadhan 1433H. [MOD] - RAUB: Seorang wanita yang mengutip buah di kebun hampir pengsan apabila menemui mayat lelaki tertiarap berlumuran darah dipercayai dibunuh di Kampung Gali Tengah, dekat sini, tengah hari semalam. Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa berusia 40-an yang berasal dari Myanmar ditemui mati di tempat kejadian selepas kehilangan banyak darah akibat dilibas dengan sabit oleh penyerangnya. Sebelum kejadian, wanita berusia 44 tahun itu yang berjalan di kebun berkenaan curiga selepas melihat satu objek tertiarap dihurung lalat dan dia memberanikan diri menghampiri bagi memeriksa objek itu. Timbalan Ketua Polis Daerah Raub, Deputi Superintendan Azhar Abdul Rahman berkata, selepas menghampiri objek berkenaan, wanita terbabit melarikan diri dari tempat kejadian sebelum menghubungi Balai Polis Raub memaklumkan penemuan mayat seorang lelaki. Menurutnya, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah dan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan sebelum menemui mayat lelaki tanpa baju yang hanya berseluar panjang. Katanya, hasil pemeriksaan di tempat kejadian, polis kemudian menemui sabit yang masih berlumuran darah dipercayai digunakan suspek untuk menyerang mangsa sebelum lelaki warga asing itu maut di tempat kejadian. "Sehingga kini, rakan sekerja mangsa sudah menghilangkan diri dan kami percaya lelaki itu mempunyai kaitan dalam kejadian pembunuhan terbabit. "Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raub (HR) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti identiti sebenar," katanya di sini, semalam. metro/- |
Jet-jet Syria serang kampung Posted: 09 Aug 2012 11:55 PM PDT 21 Ramadhan 1433H. [MOD] - SEBUAH jet tentera Syria melancarkan serangan roket di Kampung Tel Rafat semalam. DAMSYIK - Seorang wartawan agensi berita Reuters menceritakan detik-detik sebuah jet tentera Syria membedil Kampung Tel Rifaat di sini. Jet tersebut melancarkan serangan roket dan terbang pada ketinggian yang rendah. Wartawan agensi berita itu melihat jet tersebut membuat banyak pusingan di ruang udara kampung tersebut yang didiami beberapa ribu penduduk. Kampung tersebut terletak 35 kilometer ke utara bandar Aleppo. Jet tersebut melepaskan tembakan dan melancarkan serangan peluru berpandu. Penduduk kampung itu panik dan sebahagian mereka cuba untuk melarikan diri dengan menunggang motosikal. Beberapa penduduk lagi berlindung di dalam kenderaan roda tiga. Letupan kemudian kedengaran manakala sebuah trak yang mempunyai 12 tayar terbakar. Seramai enam orang kanak-kanak dan seorang wanita yang menangis berlari meninggalkan rumah mereka. Seorang wanita kelihatan memegang kitab al-Quran di kepala, menciumnya dan beberapa wanita lain mengetuk kepala mereka dengan tangan. Seorang pejuang yang menentang kepimpinan Presiden Bashar Al-Assad, Abu Hassan menyatakan jet-jet tersebut menjadikan pangkalan pemberontak sebagai sasaran serangan. "Setakat ini empat daripada pangkalan kami terkena bedilan," katanya. Tentera-tentera yang setia kepada Bashar berdepan dengan para pemberontak yang bersembunyi di dalam rumah ladang, Walaupun, para juruterbang tentera Syria dilihat mengetahui lokasi pangkalan pemberontak, mereka kerap kali melakukan serangan secara sembarangan. Lembu-lembu berlari dan melompat semasa letupan kedengaran di padang manakala beberapa anggota sebuah keluarga berselindung di bawah pokok zaitun. Sementara itu, Bashar menamakan seorang Perdana Menteri baharu semalam bagi menggantikan Riad Hijab yang berpaling tadah. Perkembangan tersebut berlaku ketika tentera Bashar membedil kedudukan pemberontak di sebuah daerah strategik di sini. Bashar melantik Wael Al-Halki yang merupakan pengikut fahaman Sunah dari wilayah Deraa, selatan Syria untuk menjadi perdana menteri selepas Riad melarikan diri pada Isnin lalu. Dalam perkembangan berkaitan sekurang-kurangnya 78 orang terbunuh dalam keganasan di seluruh Syria semalam, kata Kumpulan Pemerhati Syria Bagi Hak Asasi Manusia. Menurut pertubuhan itu angka kematian itu melibatkan 35 orang awam, 25 askar dan 18 anggota pemberontak yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria. Kebangkitan rakyat menentang Bashar bermula pada Mac tahun lalu. Lebih 19,000 orang dilaporkan telah terbunuh ekoran pertempuran antara kumpulan pemberontak dengan tentera Syria. - Agensi |
Selangor lancar kempen keselamatan jalan raya Posted: 09 Aug 2012 11:54 PM PDT 21 Ramadhan 1433H. [MOD] - SHAH ALAM: Sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri, kerajaan negeri Selangor akan melancarkan kempen keselamatan jalan raya. Majlis pelancaran kempen ini akan disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Plaza Tol Bukit Jelutong, Lebuhraya Guthrie mulai jam 8.30 pagi Isnin ini. Ia bertujuan untuk memberikan peringatan kepada semua pengguna kenderaan agar menjaga keselamatan masing-masing menjelang hari perayaan ini. Umat Islam mula bergerak dari Kuala Lumpur dan lain-lain bandar untuk pulang ke kampung masing-masing minggu depan bagi menyambut Hari Raya yang dijangka berlangsung Sabtu atau Ahad depan. Menjelang mereka pulang, kerajaan Selangor cuba untuk mengajak semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan dan memandulah dengan selamat. Setiap tahun berpuluh-puluh bahkan kadang-kadang meningkat kepada ratusan rakyat Malaysia mati akibat kemalangan semasa musim perayaan. Ini kerana masing-masing berebut untuk pulang ke kampung masing-masing di samping jumlah kenderaan yang meningkat di atas jalan raya semasa musim perayaan. Selain mengedarkan risalah keselamatan jalan raya, kerajaan Selangor juga menyediakan buah kurma dan air mineral untuk bekalan mereka jika terpaksa berbuka di dalam kereta. Selain Menteri Besar, turut akan mengedarkan kit keselamatan ini adalah para Exco dan Adun Selangor sepanjang minggu depan. harakahdaily/- |
15 kanak-kanak terkurung dalam kubu bawah tanah dibebas Posted: 09 Aug 2012 11:45 PM PDT 21 Ramadhan 1433H. [MOD] -
MOSCOW 10 Ogos - Polis Rusia membebaskan 15 kanak-kanak yang terkurung selama bertahun-tahun di dalam sebuah bangunan bawah tanah di Kazan, timur Republik Tartarstan, semalam.
Pegawai penyiasat, Ranis Bakhitov berkata, kesemua kanak-kanak terbabit dipaksa tinggal bersama kira-kira 60 ahli kumpulan agama yang telah menghuni dalam bangunan di bawah sebuah masjid itu sejak lebih 10 tahun lalu.
"Kanak-kanak tersebut terpaksa tinggal dalam keadaan yang sangat kotor dan kawasan tersebut ibarat penjara buat mereka," katanya.
Premis itu ditemui selepas pihak polis membuat siasatan terhadap beberapa pertubuhan Islam di bandar tersebut berhubung dua serangan berkembar terhadap dua orang guru agama pada bulan lalu. - AFP |
Jual nasi seawal 10 pagi Posted: 09 Aug 2012 11:44 PM PDT 21 Ramadhan 1433H. [MOD] - TAMAN KERAMAT - Tindakan segelintir peniaga di AU3, di sini yang menjual makanan seawal jam 10 pagi menimbulkan kecurigaan penduduk setempat apabila ramai pembeli beragama Islam datang membeli. Melalui aduan orang ramai, tinjauan Sinar Harian mendapati tiga gerai nasi berlauk menjalankan perniagaan sekitar jam 10 pagi. Bagaimanapun, aktiviti tersebut mengundang curiga dan ketidakpuasan hati penduduk setempat yang mahukan pihak berkuasa agama menyiasat. Pengerusi Surau Al- Ehsaniah AU3, Aziz Jaafar berkata, isu peniaga ini sudah berlarutan beberapa tahun setiap kali Ramadan dan penduduk tidak mahu bersubahat sekiranya perniagaan tersebut akan menjurus kepada perbuatan yang dilarang ketika umat Islam melakukan ibadah puasa. "Penduduk tidak pernah mempertikaikan atau melarang peniaga mencari punca rezeki tetapi waktu mereka berniaga pada bulan Ramadan ini boleh dipersoalkan kerana boleh mengundang pelbagai andaian dan persepsi negatif. "Pihak berkuasa agama tempatan diharap dapat menyiasat perkara ini kerana selain waktu perniagaan yang terlalu awal, perniagaan ini berkemungkinan boleh mencemarkan kesucian Ramadan sekiranya perniagaan ini menjurus kepada menggalakkan umat Islam untuk tidak berpuasa," katanya. Penduduk yang mahu dikenali sebagai Suzieyana berkata, tindakan peniaga ini boleh mencemarkan kebaikan Ramadan sekiranya ada pembeli yang tidak berpuasa mengambil kesempatan. "Adalah sesuatu yang tidak rasional dan menimbulkan kemusykilan apabila pembeli membeli makanan nasi berlauk seawal 11 pagi sedangkan waktu berbuka puasa masih lambat. "Dalam pengetahuan saya, pada bulan Ramadan, peniaga hanya boleh berniaga selepas jam 3 petang dan difahamkan pihak berkuasa boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang berniaga awal. "Bagaimanapun, peniaga ini seolah-olah kebal menjalankan perniagaan setelah bertahun-tahun menjalankan perniagaan tanpa sebarang tindakan oleh pihak berkuasa setiap kali Ramadan," katanya. sinar harian/- |
Lihat anak bulan Syawal 18 Ogos Posted: 09 Aug 2012 11:43 PM PDT 21 Ramadhan 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR - Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ialah pada petang Sabtu, 18 Ogos bersamaan 29 Ramadan ini, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja hari ini.
Menurut kenyataan itu Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
"Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen," kata kenyataan itu.
Jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Syawal di Pontian Kecil; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara; Telok Kemang, Port Dickson; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Kuala Langat; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam; Pantai Pasir Panjang, Daerah Manjong; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang).
Lokasi lain ialah Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; Menara Alor Star; Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap KUSZA, Setiu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai; Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu; Tanjong Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching; Tanjung Batu, Bintulu.
Tempat lain ialah di Balai Cerap Al-Biruni, Putatan; Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan; Tingkat 13 Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). - Bernama |
Tipu sampai muflis Posted: 09 Aug 2012 11:00 PM PDT 21 Ramadhan 1433H. [MOD] - KESAL...Zali (kanan) dan Amri menunjukkan cek transaksi pindahan wang yang dibuat. KOTA BHARU: Umurnya sudah mencecah 61 tahun dan perwatakannya lembut serta meyakinkan, namun itu semua hanya topeng untuk memperdaya ramai ahli perniagaan di seluruh Malaysia menyebabkan dia kini diburu polis selepas disyaki terbabit dalam penipuan pelaburan bernilai lebih RM10 juta. Dikesan aktif melakukan penipuan sejak beberapa tahun lalu, wanita itu yang dikenali sebagai Ramalah Mohd Nor, 61, dipercayai menipu sekurang-kurangnya 10 individu dan ada di antara mangsanya kerugian sehingga RM2 juta. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan, Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud berkata, suspek dikenal pasti aktif menipu golongan profesional untuk melabur dalam sektor hartanah sehingga ada mangsanya diisytiharkan muflis selepas rumah atau tanah yang mereka cagar tergadai. "Kami mendedahkan gambar suspek yang kini diburu selepas terbabit dalam kes penipuan lebih RM10 juta. Orang ramai yang mengenali suspek boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di talian 09-7455622," katanya di sini, semalam. metro/- |
Hubungan PAS-DAP stabilkan Malaysia - Fauzi Posted: 09 Aug 2012 10:54 PM PDT 21 Ramadhan 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari berkata, persefahaman PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat mencetuskan suasana politik lebih sihat, berbanding sebelum mereka bersama dalam gabungan itu. (Datuk Fauzi - gambar Malaysiakini) Fauzi berkata, berdasarkan pemerhatian beliau, keadaan semasa berbeza dengan sebelum ini apabila kedua-dua parti itu dianggap "macam anjing dan kucing" ekoran perbezaan ideologi. "Kalau dulu kita lihat PAS dan DAP memang macam anjing dengan kucing. Langsung tidak boleh (bersama). Tapi (selepas) ada faktor jalinan ini, kita lihat satu keharmonian dalam masyarakat Malaysia ini. "Kalau dulu kita lihat, ada banyak syak wasangka. Tapi sekarang (apabila) saya meninjau dari segi kedudukan hubungan antara kaum, walaupun masih ada kebimbangan, ada rasa perkauman, tapi saya nampak darjah perbezaan yang ketara. "Dulu kita nampak ada unsur-unsur perkauman tetapi sekarang (ini) tenteram, aman, tak banyak syak wasangka. Ini saya nampak memberi suasana baru di Malaysia," katanya dalam wawancara yang disiarkan Malaysiakini hari ini. Ketika diwawancara Malaysiakini, Fauzi - yang menyertai PAS Mei lalu – berkata, jalinan keharmonian antara PAS dan DAP melalui usaha Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi faktor yang mengikat mereka. "Jalinan ini kita nampak cukup berkesan, dan rakyat boleh terima secara baik, apatah lagi bukti-bukti sekarang ini, orang kata, keharmonian begini menambahkan lagi suasana aman, dan ini menyebabkan rakyat mudah membuat pilihan," katanya. harakahdaily/- |
Ribuan sertai qiam bersama Sultan Kelantan Posted: 09 Aug 2012 10:24 PM PDT 21 Ramadhan 1433H. [MOD] - KOTA BHARU: Ribuan rakyat negeri Kelantan tidak melepaskan peluang untuk menghidupkan Ramadhan bersama Sultan Kelantan dalam program Qiam With Me di Istana Negeri di sini malam tadi. Program julung-julung kali diadakan itu menerima sambutan luar biasa rakyat yang mahu bersama sultan kesayangan mereka Sultan Muhammad V. Suasana malam tadi menyaksikan Dewan Jubli Perak, di Istana Negeri, Kubang Kerian itu penuh malah kesemua khemah diluar dewan juga sesak. Program Qiam With Me bermula dengan Solat Isyak kemudian diteruskan dengan solat Terawih bersama Sultan Muhammad V. Turut hadir pada program itu, saf kepimpinan negeri termasuk Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Selepas solat Isyak, program diteruskan dengan kuliah agama yang disampaikan penceramah popular dari Terengganu Ustaz Azhar Idrus sebelum masing-masing diberikan masa untuk berehat. Program seterusnya dimulakan pada jam 4 pagi untuk qiamullail sehingga sahur dan kemudiannya solat Subuh secara berjemaah. Berikut adalah antara-gambar sekitar program itu malam tadi. harakahdaily/- |
Suami dituduh bunuh Eksekutif Pentadbiran TV9 Posted: 09 Aug 2012 08:56 PM PDT 21 Ramadhan 1433H. [MOD] -
Petaling Jaya: Suami kepada Eksekutif Pentadbiran wanita TV9, dituduh di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas tuduhan membunuh isterinya di kediaman mereka di Damansara Damai, bulan lalu.
Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, bekas pekerja bahagian teknologi maklumat (IT) Bernama dilihat mengangguk faham sebaik tuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah terhadapnya.
Tertuduh kini bertugas sebagai eksekutif IT di sebuah syarikat gas dan minyak. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Norazman Bashah dituduh membunuh mangsa di rumah bernombor 115, Tingkat 1, Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, Sungai Buloh antara jam 12.30 tengah hari dan 7.30 malam, 28 Julai 2012.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.
berita harian/- |
16, 17 Ogos cuti berganti persekolahan sempena Aidilfitri Posted: 09 Aug 2012 08:55 PM PDT 21 Ramadhan 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR 10 Ogos - Jemaah Menteri bersetuju supaya 16 dan 17 Ogos ditetapkan sebagai cuti berganti persekolahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 19 Ogos.
Perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Kabinet Rabu lepas, kata Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran membenarkan sekolah untuk memohon cuti berganti melalui pendaftar masing-masing untuk kelulusan.
Bagi tujuan penyelarasan, kementerian mencadangkan supaya cuti berganti persekolahan 16 Ogos diganti pada Sabtu, 8 September manakala cuti berganti 17 Ogos diganti pada Sabtu, 22 September. - BERNAMA |
Kebahagiaan Seorang Suami Posted: 09 Aug 2012 08:53 PM PDT 21 Ramadhan 1433H. [MOD] - Kebahagiaan yang sesungguhnya bagi seorang suami begitu bermakna justru bukan dalam kegembiraan namun disaat keluarganya sedang diuji oleh Allah, Apakah dirinya sanggup melewati ujian itu atau tidak? Kekuatan cinta karena Allah akan mampu melewati semua derita, menanggung beban dalam suka maupun duka, hidup bersama istri dan anak-anaknya. Itulah kebahagiaan bagi seorang suami dengan cintanya yang tulus untuk keluarga. Pernah ada seorang bapak yang diuji oleh Allah. Istri yang dicintainya sedang sakit. bersama putrinya senantiasa menjenguk istri tercintanya yang terbaring diranjang. disekelilingnya ada alat pengukur tekanan nafas dan tabung untuk memeriksa kesehatan. Bila sampai dirumah sakit, suami yang setia itu datang menggantikan pakaian istrinya dan menanyakan keadaan istrinya. Selalu saja tidak ada perubahan sama sekali. Kondisi istrinya tetap seperti semula. Tidak ada kemajuan atau perubahan yang membaik. Kesembuhan istrinya seolah tidak bisa diharapkan. Setelah menjenguk dan merawat istrinya, sang bapak dengan putrinya selalu memanjatkan doa kepada Allah agar memberikan kesembuhan. Setelah itu barulah meninggalkan rumah sakit. Beliau hampir setiap hari selalu menjaga, merawat dan mendoakan untuk kesembuhan istrinya. Meluangkan waktu untuk merawat ditengah kesibukannya yang juga harus bekerja mencari nafkah. Kesediaannya merawat istri yang sedang sakit membutuhkan energi yang sangat besar. Sifat konsistensi untuk menjaga, merawat dan mendoakan istrinya yang sedang sakit sungguh sangat luar biasa. Padahal kondisi istrinya belum pulih. Bahkan ada orang yang menyarankan agar mengunjunginya seminggu sekali aja. Suami setia itu memilih tegar dan bersikukuh untuk menjaga dan merawat istrinya, 'Allah tempat memohon pertolongan.' Ditengah kegelisahan itulah beliau datang ke Rumah Amalia untuk bershodaqoh ke Rumah Amalia agar Allah berkenan memberikan kesembuhan bagi istri yang dicintainya. Sampai suatu hari sesaat sebelum dirinya datang, istrinya bergerak dari tempat tidur. Dia merubah posisi tidurnya. Tak lama kemudian istrinya membuka kelopak matanya. dan mencopot alat bantu pernapasan. Ternyata istrinya sudah duduk tegap. Dokterpun datang membantu menolong, meminta perawat mencopot alat-alat bantu dan membersihkan bekas alat bantu ditubuhnya. 'Begitu saya datang, saya terperanjat, jantung saya seolah mau copot. Bagaimana tidak, ditengah saya kehabisan harapan, saya melihat istri saya kembali pulih.' Katanya bapak itu dengan tangis haru bercampur bahagia tidak bisa dibendung lagi. Beliau menangis, memanjatkan puji syukur kehadirat Allah yang telah memberikan kesembuhan total terhadap istrinya. 'Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.' tuturnya. posted by :agussyafii |
Pakatan sokong Hari Internet Blackout Posted: 09 Aug 2012 08:28 PM PDT 21 Ramadhan 1433H. [MOD] - PETALING JAYA: Pakatan Rakyat menyokong penuh usaha Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia yang melancarkan kempen Hari Internet Blackout pada 14 Ogos 2012 nanti. "Kita dari Pakatan Rakyat menyokong usaha dan kempen Internet Blackout yang dicadangkan pada 14 Ogos nanti. "Ia juga selaras dengan penentangan yang dibuat terhadap Seksyen 114A yang merupakan pindaan terbaru bagi Akta Keterangan 2012 yang menyekat kebebasan berintenet," kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini semalam. Seksyen 114A merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 2012 yang diwartakan pada 31 Julai lalu. Ianya dilihat satu usaha untuk menyekat kebebasan pengguna internet di negara ini. CIJ dalam satu kenyataannya sebelum ini menjelaskan kempen ini bertujuan untuk menyedarkan para pengguna Internet tentang kesan negatif pindaan ini terhadap kebebasan berinternet. Pada hari Internet Blackout ini, semua laman web yang mengambil bahagian akan ditutup dan tidak dapat diakses dalam masa 24 jam. Pengguna juga akan dapat melihat paparan yang mempunyai mesej kempen tersebut apabila cuba mengakses laman web tersebut. "Kita harap semua penyokong Pakatan Rakyat dan pemimpin turut sama dalam kempen tersebut mengelapkan internet tanpa sebarang informasi. "Dengan cara ini sahajalah kita dapat menunjukkan kepada kerajaan tentangan kita terhadap akta tersebut," sambungnya lagi. Setakat ini, laman-laman web popular seperti laman jual beli lelong.com.my, komuniti forum cari.com.my, dan portal hiburan gua.com.my telah menyatakan hasrat untuk menyertai kempen ini. Selain itu, laman berita seperti Malaysiakini, Harakahdaily, Free Malaysia Today, The Nut Graph dan Digital News Asia turut sama menunjukkan minat Seksyen 114A bukan sahaja mengandaikan kesalahan di pihak tertuduh, bahkan juga menjadikan individu-individu yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan berkaitan Internet seperti ruang forum, blog dan pengehosan web bertanggungjawab terhadap segala bahan yang terkandung dalam perkhidmatan mereka. Di bawah pindaan terbaru ini, seseorang pengguna Internet yang akaun atau komputernya digodam dianggap bertanggungjawab terhadap segala bahan yang dimuat naik atau turun oleh penggodam. harakahdaily/- |
Tanda Kiamat: Amanah disia-siakan Posted: 09 Aug 2012 08:10 PM PDT 21 Ramadhan 1433H. [MOD] - Salam semua, عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ بَيْنَمَا آلنَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحَدِّثُ القَوْمَ جاءَهُ أَعْرَا بِيٌّ فَقَالَ مَتَى السَّاعَةُ فَمَض رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحَدِّثُ فَقَالَ بَعْضُ القَوْمِ سَمِعَ مَا قَالَ فَكَرِهَ مَا قَالَ . وَقَالَ بَعْضُهُمْ بَلْ لَمْ يَسْمَعْ. حَتَّى اِذَا قَضَ حَدِيْثَهُ قَالَ أَيْنَ أَرَاهُ السَّائِلَ عَنِ السَّاعَةِ قَالَ هَا أَنَا يَا رَسُولُ الله . قَالَ فَاِذَا ضُيِّعَتِ اَلا مَا نَةُ فَا نْتَظِرِ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ اِضَا عَتُهَا قَالَ اِذَا وُسِّدَ الا مْرُ اِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ Dari Abu Hurairah r.a, katanya: "Pada suatu ketika, Nabi S.A.W sedang berbicara dengan orang yang ramai (memberi ceramah atau pengajian), tiba-tiba datang seorang Arab pedalaman menanyakan kepada beliau : Bilakah datangnya saat (kiamat)?" Rasulullah S.A.W tidak langsung menjawab, tetapi beliau meneruskan perbicaraannya dengan orang ramai. Kerana sikap Rasulullah yang demikian, orang mengatakan Rasulullah SAW mendengar pertanyaan itu tetapi beliau tidak menyukainya. Dan setengah lagi mengatakan Rasulullah SAW tidak mendengarnya. Setelah Rasulullah SAW selesai berbicara, beliau bertanya, " Di mana orang yang bertanya perkara saat tadi?" Orang itu menyahut, " Saya, Ya Rasulullah SAW" Rasulullah SAW bersabda, " Apabila amanah telah disia-siakan orang, maka waspadalah terhadap datangnya saat (kiamat)". Tanya orang itu, " Bagaimanakah cara amanah disia-siakan?" Jawab Rasulullah SAW, " Apabila suatu urusan (pekerjaan) diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka waspadalah terhadap datangnya saat (kiamat, kehancuran)". Sumber: Bab Ilmu, Terjemahan Hadis Shahih Bukhari, Hadis No 49, ms 40. Input Berguna: 1. Salah satu tanda yang akan membawa kepada kiamat adalah apabila suatu amanah atau tanggungjawab diserahkan kepada mereka yang bukan ahlinya. Dengan kata lain, menyerahkan suatu urusan kepada orang yang tidak mengerti, tidak sanggup, tidak cekap dan tidak jujur. Sebagai contoh: apabila seseorang pemimpin yang dilantik tidak mempunyai kemahiran atau kelayakan yang sepatutnya untuk jawatan tersebut. 2. Hadis ini turut mengajar kita tentang tatatertib menanyakan soalan. Janganlah memotong percakapan orang lain kerana hal ini akan mengganggu kosentrasi orang yang bercakap. Wallahua`lam. selatan online/- |
Fatwa' Utusan: DAP buat 2 laporan polis Posted: 09 Aug 2012 08:01 PM PDT 21 Ramadhan 1433H. [MOD] - PETALING JAYA: Penasihat DAP Lim Kit Siang memaklumkan dua laporan polis telah dibuat berhubung laporan muka depan akhbar Umno, Utusan Malaysia yang bertajuk 'Haram Sokong DAP' kelmarin. Menurutnya laporan polis itu dibuat masing-masing di di Pulau Pinang dan juga di Perak. "Apa yang dipaparkan itu merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab serta merupakan satu jenayah yang besar berbentuk hasutan. "Kita telah membuat laporan polis di Pulau Pinang dan Perak terhadap apa yang disiarkan," katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR semalam. Membidas laporan itu Kit Siang juga berkata, DAP tidak pernah menentang Perlembagaan Persekutuan khususnya kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini dan apa yang dinyatakan oleh akhbar tersebut tidak benar serta fitnah. "Pendirian DAP jelas kita menerima dan hormat di dalam Perlembagaan Islam adalah agama rasmi. "Malah pendirian kita tetap sama dengan Umno yang mana pendirian Perdana Menteri sebelum Tun Mahathir Mohamad telah mengatakan Malaysia negara sekular dan Islam adalah agama rasmi," katanya. Tegasnya, tindakan utusan itu tidak bertanggungjawab dan hanya untuk memecahbelah rakyat Malaysia. Sehubungan itu beliau mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan pandangan terhadap sikap Utusan itu. Pelampau agama Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan laporan Utusan yang juga lidah rasmi Umno itu sebagai lebih kepada kempen pelampau agama. "Hanya kerana DAP tidak menyokong negara Islam dan hudud maka mereka kata sokong DAP adalah haram. "Kenapa tidak kepada MCA yang juga jelas menentang negara Islam dan Hudud, malah Umno juga turut tidak mahu melaksanakan hudud di negara ini," tegas Anwar. Katanya, Pakatan Rakyak akan terus mengekalkan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan mempertingkatkan penghayatan Islam dalam masyarakat serta negara bukannya melempar tuduhan sedemikian demi kepentingan politik sempit. harakahdaily/- |
Bakal pengantin maut rempuh tembok jalan Posted: 09 Aug 2012 07:56 PM PDT 21 Ramadhan 1433H. [MOD] - KEADAAN kereta Soon Hup yang remuk teruk selepas melanggar tembok batu dan tiang lampu di Parit Pulai, Jalan Abdul Rahman, Muar kelmarin. Gambar kecil, Chia Soon Hup. MUAR - Seorang pemborong otak-otak terpaksa menahan kesakitan selama 20 minit akibat tersepit sebelum maut selepas kereta yang dipandunya merempuh tembok jalan dan tiang lampu di Parit Pulai, Jalan Abdul Rahman di sini kelmarin. Dalam kejadian pukul 10.30 malam itu, Chia Soon Hup, 31, yang berasal dari Jalan Jabbar, Parit Jawa dekat sini disahkan mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. Ketika kejadian, mangsa yang dalam perjalanan ke Muar dikatakan hilang kawalan menyebabkan kereta Toyota yang dipandunya masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh tembok jalan dan tiang lampu. Ekoran rempuhan itu, kenderaan mangsa remuk teruk dan Soon Hup tersepit di tempat duduk pemandu. Pegawai Operasi Kanan I, Jabatan Bomba dan Penyelamat Muar, Ismail Mahmud berkata, pihaknya mengambil masa selama 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang cedera parah di kepala akibat terhantuk pada stereng. "Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi. Dalam pada itu, seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Ang, 50-an, memberitahu, sebelum kejadian, penduduk setempat mendengar bunyi dua dentuman kuat yang pada mulanya disangka bunyi guruh. kosmo/- |
Kambing lebih sayang nyawa daripada manusia (gambar) Posted: 09 Aug 2012 07:51 PM PDT 21 Ramadhan 1433H. [MOD] - harakahdaily/- |
Malaysia sejahtera tanpa Umno Posted: 09 Aug 2012 07:44 PM PDT 21 Ramadhan 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Kerakusan Umno mengapi-apikan perkauman dan sentimen keagamaan membuktikan bahawa Malaysia akan hanya selamat dan sejahtera tanpa parti itu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Setelah isu perkauman yang diapi-apikannya selama ini semakin tidak laku dan tinjauan mendapati sokongan orang Melayu kepada Umno semakin merosot, hari ini parti itu mengapi-apikan pula sentimen keagamaan dengan bermodalkan sangkaan yang sesat mengenai Islam," kata beliau. Mahfuz yakin, apa yang berlaku itu membuktikan Umno tidak ada modal lain lagi untuk mendapatkan sokongan melainkan mengapi-apikan perkauman dan sentimen keagamaan bermodalkan sangkaan jahat yang sesat terhadap Islam. "Perbuatan Umno yang sangat tidak bertanggungjawab itu akhirnya akan memecabelahkan rakyat dan menghancurkan negara ini. "Ia semakin membuktikan bahawa jika rakyat mahukan negara ini terus selamat dan sejahtera, masa hadapan negara ini mestilah dibina tanpa Umno. "Selagi Umno masih berkuasa, kita bimbang negara ini tidak selamat dan sejahtera," katanya. Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyifatkan percubaan Umno meracuni fikiran rakyat dengan pelbagai sangkaan jahat yang sesat mengenai agama tidak akan dapat memadamkan pelbagai pencerahan yang dibuat oleh PAS mengenai kerjasama untuk menentang kemungkaran. "Di dalam pelbagai kertas kerja dan kajian yang dibuat oleh PAS termasuk yang disiarkan di dalam laman-laman web kita, pelbagai hujah telah diberikan yang menjelaskan bahawa Islam menggalakkan kita berkerjasama untuk menentang kemungkaran dengan semua pihak asalkan tidak menggadai prinsip. "Kita tidak pernah gadai prinsip kita dan (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) sendiri mengiktiraf perkara itu dalam pilihan raya kecil Tenang dulu apabila beliau mengisytiharkan bahawa sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan hendak pinda perlembagaannya," kata beliau. Sebaliknya, kata Mahfuz, sifat Umno yang menjadi suatu kemungkaran dan kemudaratan diiktiraf dan diisytiharkan oleh tokoh-tokoh parti itu sendiri. "Sifat Umno yang mungkar dan mudarat yang membahayakan rakyat dan masa hadapan negara diiktiraf dan diisytihar oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sendiri yang sehingga hari ini diiktiraf sebagai tokoh paling berpengaruh di dalam Umno melebihi pengaruh (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan isterinya (Datin Seri) Rosmah (Mansor). "Dr Mahathir ingatkan kita dengan jelas bahawa Umno sudah jadi parti perasuah dan beliau juga tulis bahawa parti yang pernah dipimpinnya itu sudah busuk hingga ke usus," katanya. Mahfuz menjelaskan, rakyat boleh mendapatkan hakikat yang sebenarnya mengenai Umno melalui apa yang dikatakan oleh tokoh-tokoh parti itu sendiri. "Bukan PAS atau parti lain kata , Dr Mahathir sendiri yang akui dan isytihar bahawa Umno sudah jadi parti perasuah dan mengenai PAS pula, Muhyiddin sendiri yang iktiraf dan isytihar bahawa PAS tidak pernah berniat hendak perlembagaannya," kata beliau. Malah, katanya lagi, dari segi sikap Umno terhadap Islam pula, ia terbukti dengan kenyataan Najib yang menyatakan kepada para wartawan pada 20 April 1983 bahawa negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan. Mahfuz mengingatkan rakyat bahawa negara ini akan hancur jika terus dicengkam oleh parti perasuah. "Sejarah menunjukkan pelbagai tamaddun hancur binasa antara lain kerana rasuah dan kepimpinan dari jenis yang busuk hingga ke usus," katanya. Mahfuz juga yakin, rakyat khususnya orang-orang melayu semakin matang dan tidak akan terpengaruh dengan kerakusan Umno mengapi-apikan perkauman dan sentimen keagamaan dengan bermodalkan sangkaan yang sesat mengenai Islam. harakahdaily/- |