Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Bersama Mencegah Jenayah
- Kenapa Muzium N.Sembilan anjur Forum Komunis?
- Bagaimana kolej tipu boleh lulus PTPTN?
- Isu air menjelang Raya, penduduk Jengka 7 rayu kerajaan tunai janji
Posted: 10 Aug 2012 12:07 AM PDT |
Kenapa Muzium N.Sembilan anjur Forum Komunis? Posted: 09 Aug 2012 08:01 PM PDT Kenapa pula Lembaga Muzium Negeri Sembilan pula yang menganjurkan Forum Pengkisahan Sejarah Kekejaman Komunis pada 3 September 2012? Kenapa tidak Muzium Tentera Darat yang terletak di Port Dickson yang menganjurkannya? Lembaga Muzium N.Sembilan sepatutnya menjejak kembali sejarah kepahlawanan pejuang Negeri Sembilan sejak zaman kejatuhan Melaka. Menampilkan tokoh pahlawan dari negeri ini seperti Dato Siamang Gagap, Sarjan Hassan, Lt. Adnan, Prebet Ujang yang bersama Lt. Adnan. Di samping itu Lembaga Muzium Negeri Sembilan sepatutnya memberi kesedaran kepada generasi kini di negeri ini, bahawa Angkatan Tentera Malaysia itu sendiri terbentuk hasil dari buah pemikiran pemerintah negeri ini iaitu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan serta Undang Rembau dan kesultanan Perak. ************** Forum Pengkisahan Sejarah 'Kekejaman Komunis' sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-55 peringkat Negeri Sembilan akan dilaksanakan pada 3 September 2012 (Isnin), jam 8.30 pagi, di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan Tokoh: i) YBhg. Dato' Nadzan bin Haron, 'Sejarah Kemunculan Komunis' ii) YBhg. Left.Jen. (B) Dato' Seri Zaini Mohd. Said, 'Mengimbas Kembali Perang Menentang Insorgensi Komunis' iii) YBhg. Tan Sri Rahim Nor, 'Perjanjian Damai Malaysia-PKM' Untuk keterangan lanjut, sila hubuingi Lembaga Muzium Negeri Sembilan 06-7361149 Destinasi yang pertama Anak Rembau singgah ialah maqam Penghulu Luak Rembau yang pertama, Dato' Lela Maharaja Seri Rama dan isterinya, Puan Isteri Siti Hawa binti Laut Dalam.,di Chengkau Ulu. Memang menyedihkan keadaan maqam pemerintah Luak Rembau yang pertama. Penuh dengan semak samun, pagar yang runtuh….bumbung dah pecah. Filem Sarjan Hassan lakonan P. Ramlee adalah berdasarkan watak sebenar. Sarjan Hassan dilahirkan di Kampung Batu 12, Mantin, Negeri Sembilan pada Julai 1927. Pada usia 7 tahun, ibunya meninggal dunia. Oleh kerana kesukaran bapanya untuk menjaga adik beradik beliau seramai 5 orang, datuknya, Penghulu Ismail telah membawa Sarjan Hassan pulang ke Pantai dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pantai. Beliau bersara dengan menyandang pangkat Kapten. Di penghujung tempoh perkhidmatannya sebagai tentera, beliau telah berjaya membunuh seramai 54 orang komunis di samping menerima pelbagai pingat anugerah sama ada daripada pihak British mahupun Kerajaan Malaysia. Beliau meninggal dunia pada 30 April 1991, jam 4.30 pagi di Hospital Besar Seremban dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tuan Haji Muhammad Said, Seremban. Bekas anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1RAMD) Prebet Ujang Mormin yang berjuang bersama ketika Leftenan Adnan Saidi ketika Perang Dunia Ke 2 terus mendapat perhatian pelbagai pihak yang menghargai jasanya kepada negara. Antaranya, Undang Luak Rembau, Datuk Mohamad Sharip Othman yang melwat rumahnya di Rumah Rakyat Sikamat dekat sini. Ujang yang berasal dari Kampung Kundur Hilir di Rembau, pernah berjuang bersama Adnan menentang tentera Jepun di benteng pertahanan terakhir negara di Bukit Candu, Singapura pada 1942. Benarkah Lt. Adnan Keturunan Datuk Siamang Gagap? Datuk Siamang Gagap atau Pendekar Siamang Gagap merupakan pahlawan Melayu yang menentang Inggeris di Negeri Sembilan. Beliau yang memimpin angkatan perang Seri Menanti menentang askar British dalam perang Bukit Putus pada 25 November 1875. Setelah Datuk Siamang Gagap meninggal dunia, anak-anaknya merantau membawa diri mencari rezeki. Salah seorang anaknya mudek ke Sungai Beranang lalu menetap di kampong Sungai Ramal, Kajang. Semasa menjejaki waris Allahyarham Leftenan Adnan, ada yang berkata Leftenan Adnan itu orang Minangkabau keturunan Datuk Siamang Gagap. Semenjak tahun 1902, Raja-Raja Melayu terutamanya Sultan Alang Iskandar Shah (Sultan Perak), Tuanku Muhamad Ibni Yam Tuan Antah (Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan), Raja Chulan (Kerabat DiRaja Perak) dan Dato Abdullah Haji Dahan (Undang Luak Rembau) telah menggesa Kerajaan Kolonial British di Malaya untuk menubuhkan satu rejimen tentera yang dianggotai oleh orang-orang tempatan. Pada 1 Februari 1933, seramai 25 orang anak Melayu daripada 100 orang calon telah dipilih sebagai "sesuai untuk diambil menjadi rekrut" di dalam pasukan Askar Melayu. http://ms.wikipedia.org/wiki/Rejimen_Askar_Melayu_DiRaja |
Bagaimana kolej tipu boleh lulus PTPTN? Posted: 09 Aug 2012 05:32 PM PDT Adakah kolej-kolej yang tipu di bawah ini, para pelajarnya mendapat pinjaman PTPTN? Bagaimana PTPTN boleh meluluskan pinjaman untuk kolej-kolej penipu ini? Apakah PTPTN hanya menguntungkan IPTS terutamanya kolej-kolej penipu ini? Apakah Kementerian Pengajian Tinggi sudah hilang kawalan terhadap kolej swasta dan kolej penipu, akhirnya yang menjadi mangsa anak bangsa kita sendiri yang terpaksa membayar pinjaman PTPTN walaupun mendapat ijazah yang tidak laku atau tidak diiktiraf. Kolej tipu pengiktirafan 10 Ogos 2012 Kuala Lumpur: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengesan beberapa kes kolej swasta melakukan penipuan dengan mendakwa ijazah dan diploma ditawarkan memperoleh akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata tindakan itu dilakukan untuk mempengaruhi pelajar melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) terbabit. Tipu ada prasarana "Kolej terbabit turut mengumumkan pelbagai prasarana pengajaran dan pembelajaran (P&P), sedangkan sebenarnya kemudahan itu tiada. Kes itu terbongkar hasil siasatan Bahagian Penguatkuasaan dan Inspektorat KPT," katanya kepada BH, di sini semalam. Dalam perkembangan berkaitan, sebuah IPTS yang mempunyai seramai 800 pelajar di Seri Kembangan, Serdang didakwa beroperasi secara haram, biarpun sudah diarahkan oleh KPT supaya menggantung operasi bagi membolehkan pihak pengurusannya menyelesaikan masalah dalaman. Kena tindakan gagal bayar gaji pekerja Bekas kakitangan pentadbirannya yang enggan namanya disiarkan mendakwa, kolej itu sudah dikenakan tindakan oleh KPT dan Jabatan Tenaga Kerja kerana gagal membayar gaji pekerja dalam tempoh tiga hingga empat bulan. Katanya, setiap kali wakil kementerian dan jabatan terbabit membuat pemeriksaan ke kolej itu, IPTS terbabit mengarahkan pelajarnya bercuti atau menangguh kuliah bagi mengelak dikenakan tindakan. Bimbang nasib pelajar "Kami turut bimbang dengan nasib pelajar kolej itu kerana pihak pengurusan kerap meminta mereka bercuti dan menunda kuliah kerana ketiadaan pensyarah selepas 100 pensyarah serta kakitangan pentadbirannya meletak jawatan," katanya. Jurucakap mendakwa, beliau bersama 10 bekas pensyarah kolej itu membuat aduan mengenai masalah dalaman kolej itu kepada KPT di Putrajaya, baru-baru ini dan kolej terbabit sudah diarahkan membayar gaji mereka. |
Isu air menjelang Raya, penduduk Jengka 7 rayu kerajaan tunai janji Posted: 09 Aug 2012 01:19 AM PDT 9 Ogos 2012 - Rata-rata penduduk Felda Kenanga Jengka 7 dekat sini, kembali gusar dengan masalah ketiadaan bekalan air menjelang perayaan Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi. Isu yang sudah puluhan tahun menghantui penduduk kini menjlema kembali walau pun berbagai ikhtiar dan usaha telah dilakukan oleh pihak yang berkenaan. Malah, lebih mengecewakan Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang yang dulunya berada di bawah Kerajaan Negeri Pahang, kini sudah dikorporatkan menjadi Perbadanan Air Pahang Berhad (PAIP) sejak awal tahun ini, namun malangnya isu berkenaan tidak juga dapat diselesaikan sehingga ke hari ini. Apa yang mengejutkan senarionya lebih buruk daripada tahun-tahun sebelumnya. Menurut seorang penduduk yang tidak mahu namanya disiarkan kerana gusar dikenakan tindakan oleh Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Felda berkenaan berkata beliau terpaksa membeli tangki tambahan yang berharga hingga RM600 bagi persediaan menghadapi masalah ini. "Bayangkan, rumah kami pernah tiada air selama sebulan baru-baru ini. Kami sungguh sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku. Sejak 40 tahun lalu, inilah masalahnya. Segala janji-janji yang ditaburkan oleh pihak berkenaan gagal dan kami terus menjadi mangsa .. menderita terutamanya ketika menjelang musim raya apabila anak-anak cucu mula pulang ke kampung. Malu rasanya, bila kejadian ini terus menimpa walau pun selepas lebih 50 tahun kita merdeka. Bila diajukan perkara ini kepada pihak atasan, kami diugut dengan berbagai-bagai tindakan. Akhirnya terpaksalah kami tanggung derita dan sengsara ini berterusan entah sampai bila agaknya. Mana janji kerajaan untuk bela nasib kami?", kata mangsa terbabit. "Jika dulu.. kami ada Wakil Rakyat untuk mengadu, tapi kini selepas beliau meninggal dunia nasib kami mungkin tidak lagi terbela. Tiada tempat lagi untuk kami mengadu. Alasan yang sama diberikan oleh pihak JBA dan kini PAIP.. bila ada wakil penduduk berjumpa mereka.. Kami terus hidup terseksa dan dirundung ketakutan senantiasa.. tambahan pula bila menjelang hari raya atau majlis-majlis kenduri kendara", kata beliau lagi dengan nada sungguh kecewa. Krisis air semakin teruk 6 Ogos 2012 JENGKA 12 - Pemilik lapan rumah di Blok M dan N Felda Jengka 12 meminta pihak berwajib menyelesaikan krisis air dihadapi mereka berikutan keadaan semakin teruk setiap kali tiba bulan Ramadan. Penduduk, Syarifah Fatimah Syed Abu Bakar, 66, berkata, kedudukan rumah mereka di kawasan tanah tinggi dijadikan alasan punca air paip sukar sampai ke kediaman mereka. "Bukan tahun ini sahaja, malah keadaan itu berlaku sejak awal kemasukan ke tanah rancangan dahulu. Namun sehingga kini masih belum ada penyelesaian. "Kami menghadapi masalah ini sejak sekian lama. Namun setiap kali Ramadan tiba, masalah air didapati semakin teruk hingga menyukarkan penduduk menjalankan urusan harian," katanya. Dia berkata, air hanya dapat ditadah sekitar jam 12 tengah malam dan berhenti sekitar dua jam kemudian. Menurutnya, lebih menyakitkan hati apabila bil air diterimanya lebih mahal berbanding penduduk kawasan lain. "Bil air sekitar RM20 ke RM30 sebulan, sedangkan rumah yang menerima air 24 jam tanpa henti cuma membayar RM4 hingga RM6 sebulan. Ia tidak sepatutnya berlaku kerana saya duduk bersendirian," katanya. Abdul Molok Abdul Gani, 65, berkata, dia mengambil pelbagai inisiatif untuk mengatasi masalah itu termasuk membina tiga tangki dengan setiap satunya berharga RM320 dan memasang pam penggalak. "Namun, itu semua tidak dapat menyelesaikan masalah air ini khususnya apabila tiba musim perayaan atau cuti panjang," katanya. Malah katanya, penduduk sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak atasan berhubung masalah tersebut, malahan perkata itu pernah disiarkan di sebuah rancangan televisyen. "Kesudahannya, mereka datang menjalankan kerja baik pulih. Namun hanya bertahan untuk seketika kerana masalah ini berulang semula tidak lama selepas itu. "Malah, mereka juga ada membina tangki dan pam penggalak. Namun saya dapati tangki dan pam itu seperti tidak berfungsi. Pembinaannya merupakan satu bentuk pembaziran," katanya. Mohd Farid Mohd Marzuki, 26, pula berkata, setiap kali dia dan adik-beradik lain pulang ke kampung, mereka akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan air. "Kami pernah mandi dan menggunakan air di surau kerana air di rumah tidak mencukupi walaupun ditadah semalaman," katanya. |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan