Kumpulan siswa mahu cuti 5 hari untuk p'raya Posted: 09 Apr 2013 02:35 AM PDT 28 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Kumpulan pelajar pro-Mahasiswa, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menuntut agar kementerian pengajian tinggi mengarahkan universiti memberi cuti tambahan kepada golongan siswa dan kakitangan kampus untuk keluar mengundi dalam pilihan raya umum ke-13. Presiden Gamis Muhamad Azan berkata kumpulan siswa itu menuntut tempoh cuti sekurang-kurangnya selama lima hari – termasuk dua hari sebelum mengundi dan dua hari selepas hari pengundian.
Katanya, universiti juga seharusnya membatalkan segala kursus, dan aktiviti ko-kurikulum melibatkan warga kampus semasa pilihan raya.
"Tujuan yang paling besarnya ialah memberikan ruang kebebasan sepenuhnya kepada warga universiti melibatkan mahasiswa, ahli akademik dan kakitangan universiti untuk turun mengundi dalam pilihanraya umum yang akan datang,
"Usaha ini juga tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mendidik rakyat secara umumnya tentang kepentingan merayakan pesta demokrasi terbesar dalam negara kita, ini bukan usaha main-main," katanya dalam satu kenyataan.
Wakil kumpulan berkenaan menyerahkan memorandum yang mengandungi tuntutan tersebut kepada pegawai khas kepada timbalan menteri pengajian tinggi, Syahmi Amri di Putrajaya hari ini, menurut kenyataan itu.
Kumpulan siswa berkenaan diiringi penyokong, antaranya dari Persatuan Mahasiswa Universiti Putra Malaysia, Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia dan Maaruf Club Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini berkata pilihan raya kali ini tidak semestinya diadakan semasa hari cuti.
Abdul Aziz dalam laporan The Star Online hari ini menyebut, hari cuti sekolah atau hari minggu bukanlah pertimbangan utama untuk menetapkan hari pengundian.
SPR juga tidak semestinya mengikut amalan lalu, katanya.
Malaysiakini/- |
Shahrizat sah tidak bertanding pada PRU13 Posted: 09 Apr 2013 02:27 AM PDT 28 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Shahrizat Abdul Jalil KUALA LUMPUR - Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengesahkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Barisan Nasional (BN), berkata PRU13 bukanlah masa yang sesuai untuk beliau bertanding, sebaliknya ia masa untuk membantu menguatkan jentera Wanita untuk memastikan kemenangan BN.
"Walaupun saya 'jeneral tentera' Wanita tapi tak semestinya saya kena bertanding. Saya seorang yang realistik, masa untuk saya akan datang tapi bukan PRU13," katanya dalam sidang media di sini.
Beliau memulakan kerjaya dalam arena politik pada 1982 apabila dipilih sebagai Ketua Wanita Umno Cawangan Kepong Baru dan kemudian dipilih sebagai Ketua Wanita Umno bagi penggal 2008/2011 setelah mengalahkan Tan Sri Rafidah Aziz.
Pada PRU12 yang diadakan pada 2008, Shahrizat yang bertanding kerusi Parlimen Lembah Pantai dikalahkan Nurul Izzah Anwar daripada PKR dengan majoriti 2,895 undi.
Beliau bagaimanapun dilantik sebagai Senator pada 9 April 2009 dan menjadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum meletakkan jawatan pada 11 Mac 2012. - Bernama |
Bekas PM Thatcher meninggal dunia Posted: 09 Apr 2013 01:41 AM PDT 28 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Margaret Thatcher LONDON - Bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher yang terkenal dengan panggilan 'Iron Lady' dan satu-satunya wanita menyandang jawatan tersebut di negaranya, meninggal dunia hari ini. Mendiang berusia 87 tahun. Jurucakapnya berkata, Thatcher, yang menjadi perdana menteri dari 1979 hingga 1990, mengalami strok. Thatcher memimpin Parti Konservatif dari 1975 hingga 1990. Beliau pernah mengalami strok pada 2002 dan beberapa kali selepas itu.
sinar/- |
Kaji semula arah 240,000 petugas PRU undi pos Posted: 09 Apr 2013 01:40 AM PDT 28 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Apa akan jadi dengan 240,000 kertas undi kakitangan kerajaan apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewajibkan mereka mendaftar sebagai pengundi pos pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. Keresahan ini timbul apabila undi pos sering dihantui isu manipulasi dan ketelusan tambahan pula ia lebih mudah dikesan dan memberi 'risiko' kepada pengundi berkenaan. Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Teo Nie Ching, berkata perkara itu dimaklumkan seorang guru yang menghadiri taklimat SPR yang diadakan di Bangi, 7 Januari lalu. "Kakitangan yang menjadi petugas pilihan raya kini wajib menjadi pengundi pos. Perkara itu menimbulkan keraguan sebab pada PRU 2008, mereka dibenarkan keluar mengundi di kawasan masing-masing. "Mereka juga boleh keluar makan dan menunaikan sembahyang bagi petugas beragama Islam," ujar Teo pada satu sidang media. Penyandang Parlimen Serdang itu menggesa SPR membenarkan petugasnya untuk mengundi lebih awal kerana ia lebih dipercayai dan boleh dipantau ejen parti politik. "Kita harap SPR dapat mendengar dan prihatin dengan keresahan yang timbul itu," kata beliau. Satu daripada tuntutan Pakatan Rakyat (PR) dan Bersih untuk pilihan raya yang adil, bersih dan telus adalah pemansuhan undi pos. Antara manipulasi dan penipuan yang boleh berlaku dalam undi pos ialah kerana pengundi mempunyai risiko untuk diugut dan pertindihan nama yang mana pengundi boleh mengundi secara pos dan pada masa yang sama boleh mengundi seperti biasa. harakahdaily/- |
Ahli arkeologi cari artifak di kubu purba Posted: 09 Apr 2013 01:38 AM PDT 28 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
MARY, Turkmenistan – Sekumpulan ahli arkeologi mencari artifak yang tertanam di sebuah kubu purba di gurun Kara Kum di barat negara ini.
Kubu itu sebeum ini ditemui oleh sekumpulan ahli arkeologi dari Kesatuan Soviet sebelum empayar komunis itu runtuh.
Ahli-ahli arkeologi Soviet itu menemui kubu tersebut pada abad ke-20 yang tertanam di bawah pasir di gurun tersebut.
Bangunan kubu tersebut yang seluas 30 hektar dipenuhi dengan dinding dan terletak 50 kilometer dari bandar purba Mary.
Kubu Gonur-Tepe itu terletak di sebuah kawasan penempatan manusia yang wujud kira-kira 2,000 Tahun Sebelum Masihi. Setakat ini, kerja-kerja menggali di kawasan tersebut menemui barang-barang kraf tangan yang dihasilkan pada zaman gangsa.
Seorang ahli arkeologi Rusia, Viktor Sarianidi yang berumur 84 tahun berkata, sebuah objek mozek yang cantik telah ditemui pada tahun ini di kawasan itu. – AFP
|
Pemuda Gaza dicukur rambut Posted: 09 Apr 2013 01:34 AM PDT 28 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Dua remaja lelaki yang masih terkejut dengan tindakan mencukur rambut mereka. BANDAR GAZA - Dua remaja tempatan berimej rambut panjang dan terpacak ala Barat dibawa ke balai polis di ibu negara oleh sepasukan pegawai sebelum rambut mereka dicukur didakwa sebagai usaha pengajaran, kelmarin. Lapor aktivis Hak Asasi Kemanusiaan Palestin, tindakan pegawai polis tempatan terhadap anak-anak muda adalah salah satu usaha kerajaan Hamas menolak kemasukan budaya Barat yang bertentangan dengan ajaran Islam. Bagaimanapun, tindakan pihak berkuasa tempatan terhadap golongan muda mendapat kritikan kerana dianggap sebagai mengongkong kebebasan bersosial. Pelukis tempatan, Ayman al-Sayed, 19, berkata, beliau hanya menyimpan rambut sehingga pada paras bahu tetapi polis Gaza bertindak sedemikian tanpa persetujuannya. "Satu perkara yang saya ingin lakukan sekarang adalah meninggalkan negara ini," katanya. Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Gaza, Ziad al-Zaza berkata, operasi mencukur rambut pemuda berimej rambut panjang amat jarang sekali berlaku sebaliknya kerana kehendak pegawai polis itu sendiri. "Ia berlaku tanpa pengetahuan pihak atasan dan saya berjanji operasi seumpama ini tidak berulang lagi kerana ia boleh dianggap sebagai pencabulan hak awam," katanya menurut laporan AFP.
sinar/- |
Mati dalam pelukan suami Posted: 09 Apr 2013 01:31 AM PDT 28 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Klang: Tindakan pantas seorang suami mengusung keluar isterinya beberapa minit sebaik kereta mereka terbakar menyelamatkan isterinya itu daripada rentung selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh kenderaan lain di Kilometer 11.7 Lebuhraya Selat Klang Utara dari Meru ke Bandar Sultan Sulaiman, di sini kelmarin.
Namun, isterinya yang parah meninggal dunia dalam pelukan suaminya sebaik diselamatkan daripada kereta mereka yang terbakar. Dalam kejadian jam 6 pagi itu, lelaki berusia 35 tahun itu segera keluar dari kereta Alza dinaiki bersama isterinya sebaik menyedari kenderaan mereka terbakar. Menyedari isterinya masih berada di tempat duduk pemandu, dia nekad membawa keluar isterinya berusia 36 tahun yang parah. Kejadian itu menyebabkan seorang anggota polis marin cawangan Pelabuhan Klang, Mohd Herwazi Ismail, 29, patah kaki selepas kereta pasangan itu merempuh belakang keretanya menyebabkan kenderaan berkenaan remuk di bahagian belakang dan tepi. Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Asisten Superintendan Zawary Mahadi berkata, ketika kejadian pasangan itu dalam perjalanan menghala Bandar Sultan Sulaiman.
ANGGOTA polis trafik IPD Klang Utara melihat keadaan kereta pasangan terbabit yang rentung. "Mereka dalam perjalanan pulang namun setiba di lokasi kejadian, kenderaan mereka gagal dikawal lalu terbabas dan merempuh belakang sebuah kereta Perodua Kelisa dipandu seorang anggota polis marin. "Anggota polis marin itu dalam perjalanan untuk bertugas di Pelabuhan Klang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Rantau Panjang.
"Rempuhan kuat itu menyebabkan kereta dinaiki pasangan suami isteri itu meletup lalu terbakar. Kedua-dua mangsa sempat keluar daripada kenderaan namun isteri pemandu itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah," katanya. Zawary berkata, pemandu kereta Alza itu turut cedera dan dia kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.
metro/- |
Najib gagal tunai janji 650,000 peluang kerja baru Posted: 09 Apr 2013 01:27 AM PDT 28 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mempertahankan angka 650,000 peluang pekerjaan baru setiap tahun yang dijanjikannya, apabila jelas rekodnya dalam mewujudkan peluang pekerjaan tidak ditepati. Demikian kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan sebagai respons kepada salah satu janji utama yang dimuatkan di dalam Manifesto BN iaitu mewujudkan sejumlah 3.3 juta peluang pekerjaan dengan sasaran 2 juta peluang pekerjaan berpendapatan tinggi. Katanya, tawaran peluang pekerjaan itu menjadi antara tawaran ekonomi paling utama di dalam Manifesto BN kepada rakyat Malaysia. "Sebelum ini, Barisan Nasional selalu ghairah menuduh bahawa program ekonomi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat sebagai tidak realistik, walaupun mereka tidak berkemampuan untuk menyanggah pembentangan angka-angka yang dibawa oleh Pakatan Rakyat," katanya. Jelasnya, untuk menyuburkan amalan demokrasi dan persaingan dasar menjelang PRU13 ini, PKR mengambil langkah membandingkan janji-janji di dalam Manifesto BN dengan rekod pencapaian mereka setakat ini, untuk menilai sama ada janji yang dibawa itu benar-benar boleh ditepati seperti yang selalu dilaungkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Setiap tahun, ujarnya Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri menerbitkan jumlah pekerjaan keseluruhan dan guna tenaga buruh rasmi di dalam negara ini. Angka itu, jelasnya yang juga Ahli Jawatankuasa Dasar dan Manifesto Pakatan Rakyat adalah tepat untuk menganggarkan jumlah pekerjaan baru yang dihasilkan setiap tahun. Beliau berkata, perangkaan Unit Perancang Ekonomi menunjukkan bahawa Barisan Nasional hanya berjaya mewujudkan sekitar purata 300,000 pekerjaan baru sahaja setiap tahun sejak Najib menjadi Perdana Menteri, seperti di bawah. Tahun | Jumlah Pekerjaan | Bilangan Pekerjaan Baru | 2009 | 11.6 juta | | 2010 | 11.9 juta | 300,000 | 2011 | 12.2 juta | 300,000 | 2012 | 12.5 juta | 300,000 |
Justeru, kata Rafizi untuk mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan baru seperti yang dijanjikan di dalam Manifesto BN, ini bermakna Najib perlu menambah pekerjaan sebanyak 650,000 setahun secara purata, iaitu lebih dari satu kali ganda dari jumlah sedia ada. "Angka ini tidak munasabah, terutamanya apabila tidak ada apa-apa rancangan di pihak Barisan Nasional untuk mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing seperti yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat," ujarnya. Di dalam Manifesto Rakyat, Pakatan Rakyat mensasarkan untuk mewujudkan tambahan 1 juta peluang pekerjaan baru dengan tumpuan khusus untuk mengurangkan pekerja asing dan melatih pelajar lepasan SPM, bagi mengelakkan pengangguran di kalangan mereka. harakahdaily/- |
Kelayakan Papagomo jadi calon p'raya dipersoal Posted: 09 Apr 2013 12:53 AM PDT 28 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Laporan Malaysiakini hari ini membawa pandangan dua orang peguam yang mempersoal kelayakan Papagomo, atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris yang mahu bertanding menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.
Portal berita itu memetik peguam, Razlan Hadri Zulkifli dan Ranjit Singh yang sependapat bahawa berkata Papagomo tidak boleh bertanding disebabkan pernah dijatuhkan hukuman penjara 14 hari dan didenda RM10,000 oleh mahkamah atas kesalahan rasuah ketika bertugas sebagai konstabel polis trafik.
Ianya selaras dengan Perkara 48 dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa seorang anggota parlimen hilang kelayakan apabila didapati bersalah dan dijatuhi hukuman untuk tempoh tidak kurang dari satu tahun dan didenda tidak kurang dari RM2,000 dan tidak menerima pengampunan.
Perkara itu juga menyatakan, individu yang didapati bersalah tidak dibenarkan untuk bertanding dalam tempoh lima tahun
Ambil borang calon
Sementara itu, bloger Umno itu dalam entri terbarunya hari ini memberitahu beliau telahpun mengambil borang calon SPR untuk bertanding di Permatang Pauh menentang Anwar yang juga Ketua Umum PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.
Menurutnya, borang itu diambil wakilnya Ambil borang calon Rafi Awang Kecik yang juga merupakan Presiden Nadi Rakyat Malaysia.
Harakahdaily/-
|
Husam tanding di Putrajaya, Salahuddin di Pulai Posted: 09 Apr 2013 12:52 AM PDT 28 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR - Pas mengumumkan Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu akan bertanding di kerusi Parlimen Pendang, manakala Naib Presidennya, Datuk Husam Musa pula di Putrajaya, yang kini disandang oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Tengku Adnan juga merupakan Setiausaha Agung Umno. Husam, yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan, sebelum ini disebut-sebut akan diturunkan di Putrajaya. Selain itu, dua lagi Naib Presiden Pas iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub masing-masing akan bertanding di kawasan Parlimen Pokok Sena di Kedah dan Pulai, Johor.
Pengumuman calon-calon tersebut dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang media di sini hari ini.
Dalam pada itu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad diumum sebagai calon kerusi Parlimen Kuala Terengganu manakala bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari pula akan bertanding di Larut, Perak seperti dilaporkan sebelum ini.
Penyanyi Wan Aishah Wan Arifin pula diumum sebagai calon kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan. Abdul Hadi mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi Marang. Sebanyak 76 kerusi Parlimen akan ditandingi Pas manakala di peringkat Dewan Undangan Negeri pula parti itu akan bersaing di 230 kerusi. Ketika Abdul Hadi ditanya pemberita mengenai masalah pertindihan kerusi yang berlaku khususnya di Labuan, beliau berkata, perkara itu akan diselesaikan di peringkat pusat dalam masa terdekat. Sinar/- |
Najib gagal tunai janji 650,000 peluang kerja baru Posted: 09 Apr 2013 12:19 AM PDT 28 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mempertahankan angka 650,000 peluang pekerjaan baru setiap tahun yang dijanjikannya, apabila jelas rekodnya dalam mewujudkan peluang pekerjaan tidak ditepati.
Demikian kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan sebagai respons kepada salah satu janji utama yang dimuatkan di dalam Manifesto BN iaitu mewujudkan sejumlah 3.3 juta peluang pekerjaan dengan sasaran 2 juta peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.
Katanya, tawaran peluang pekerjaan itu menjadi antara tawaran ekonomi paling utama di dalam Manifesto BN kepada rakyat Malaysia.
"Sebelum ini, Barisan Nasional selalu ghairah menuduh bahawa program ekonomi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat sebagai tidak realistik, walaupun mereka tidak berkemampuan untuk menyanggah pembentangan angka-angka yang dibawa oleh Pakatan Rakyat," katanya.
Jelasnya, untuk menyuburkan amalan demokrasi dan persaingan dasar menjelang PRU13 ini, PKR mengambil langkah membandingkan janji-janji di dalam Manifesto BN dengan rekod pencapaian mereka setakat ini, untuk menilai sama ada janji yang dibawa itu benar-benar boleh ditepati seperti yang selalu dilaungkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
Setiap tahun, ujarnya Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri menerbitkan jumlah pekerjaan keseluruhan dan guna tenaga buruh rasmi di dalam negara ini.
Angka itu, jelasnya yang juga Ahli Jawatankuasa Dasar dan Manifesto Pakatan Rakyat adalah tepat untuk menganggarkan jumlah pekerjaan baru yang dihasilkan setiap tahun.
Beliau berkata, perangkaan Unit Perancang Ekonomi menunjukkan bahawa Barisan Nasional hanya berjaya mewujudkan sekitar purata 300,000 pekerjaan baru sahaja setiap tahun sejak Najib menjadi Perdana Menteri, seperti di bawah.
Tahun | Jumlah Pekerjaan | Bilangan Pekerjaan Baru | 2009 | 11.6 juta |
| 2010 | 11.9 juta | 300,000 | 2011 | 12.2 juta | 300,000 | 2012 | 12.5 juta | 300,000 |
Justeru, kata Rafizi untuk mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan baru seperti yang dijanjikan di dalam Manifesto BN, ini bermakna Najib perlu menambah pekerjaan sebanyak 650,000 setahun secara purata, iaitu lebih dari satu kali ganda dari jumlah sedia ada.
"Angka ini tidak munasabah, terutamanya apabila tidak ada apa-apa rancangan di pihak Barisan Nasional untuk mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing seperti yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat," ujarnya.
Di dalam Manifesto Rakyat, Pakatan Rakyat mensasarkan untuk mewujudkan tambahan 1 juta peluang pekerjaan baru dengan tumpuan khusus untuk mengurangkan pekerja asing dan melatih pelajar lepasan SPM, bagi mengelakkan pengangguran di kalangan mereka.
Harakahdaily/- |
Rahsia sebalik kemalangan Posted: 09 Apr 2013 12:01 AM PDT 28 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Van yang menjadi 'rumah' dua beranak hangus terbakar. LENDU - Nasib dua beranak yang tinggal dalam van sejak tiga bulan lalu akibat kesempitan hidup berakhir apabila kenderaan yang menjadi 'rumahnya' selama ini hangus terbakar selepas terlibat kemalangan di Jalan Kampung Air Hitam Lendu, di sini, petang kelmarin.
Zubaidi Alias, 34 dan anak bongsunya, Siti Zulaikha, 5, menghadapi kehidupan sukar apabila isteri dan anak sulungnya menghilangkan diri disebabkan kesempitan hidup, sebelum dihalau keluar dari rumah sewa akibat gagal melunaskan tunggakan sewa.
Bagi meneruskan hidup, Zubaidi tinggal dalam van jenis Nissan Vannette yang dipinjamkan dari saudaranya, dalam masa sama digunakan untuk mencari sesuap nasi dengan kerja-kerja ringan, seperti mengambil upah mengangkut bekalan kelapa.
Sekiranya tidak menumpang di rumah saudara mara, kedua beranak itu menjadikan van berkenaan sebagai tempat tidur waktu malam yang diparkir di mana-mana lokasi sesuai, dengan menumpang tandas awam di stesen minyak untuk mandi dan buang air.
Namun, dalam kejadian kira-kira 6.10 petang kelmarin, anak beranak itu terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan mengambil baki barangan di rumah sewa di Durian Tunggal yang ditinggalkan sebelum ini, untuk ditumpangkan ke rumah bapa angkatnya di Kampung Panchor.
Kejadian berlaku disebabkan mangsa terlalu letih.
Van Zubaidi terbabas rempuh sebatang tiang jalan, terhumban dalam gaung lalu terbakar selepas berlaku kebocoran padan tangki minyak.
Kemalangan menyebabkan kaki Zubaidi tersepit di celah pedal minyak.
Menurut sumber, anak mangsa pula terperosok bawah papan pemuka tempat duduk penumpang.
"Melihat anaknya meraung ketakutan, mangsa bertindak mencapai anaknya itu sambil merentap kaki kirinya yang tersepit.
"Ketika itu, mangsa terhidu bau hangit serta kepulan asap hitam dan api kecil keluar dari enjin kenderaan. Mangsa bertindak melompat keluar dari pintu pemandu," katanya.
Menurutnya, beberapa saat selepas itu, mangsa dan anaknya berjaya keluar dan api mula menyambar bahagian hadapan van berkenaan sebelum berlaku letupan kuat di bahagian enjin," katanya.
Sementara itu, Zubaidi berkata, sebaik saja dapat melepaskan diri, dia menahan sakit berusaha memanjat tebing gaung yang curam sambil mendukung anaknya itu, sebelum dibantu orang awam yang berhenti di tepi jalan.
"Saya sedih lihat van ini terbakar. Selama ini menjadi tempat saya bergantung mencari rezeki. Kini, semua musnah," katanya.
Menurutnya, dia tidak pasti ke mana hala tuju dia bersama anak kecil selepas van yang menjadi rumahnya selama ini musnah.
"Bila dah sihat nanti, baru saya fikirkan macamana nak mulakan hidup baru supaya masa depan anak saya tak terjejas," katanya sebak sambil mengesat air mata.
Dalam pada itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Eslizan Nurhan Amin berkata, dua jentera membabitkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah dan Masjid Tanah dikejarkan ke tempat kejadian dan mengambil masa kurang 10 minit untuk memadamkan kebakaran.
Mangsa yang cedera dilaporkan stabil dan kini menumpang sementara di rumah saudaranya di Masjid Tanah. Sinar/- |
Fenomena lompat parti: Antara prinsip demokrasi dan survival politik Posted: 08 Apr 2013 11:38 PM PDT 28 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
PRU13 ANALISIS - Tidak sia-sia bagi sesiapa yang berkunjung ke Pameran Katak dan Kodok di Muzium Alam Semulajadi yang berlangsung sejak 22 Mac lepas di Putrajaya. Sekurang-kurangnya mereka boleh mengenali ciri-ciri yang membezakan antara katak dan kodok. Pameran selama sebulan itu menampilkan 38 spesies haiwan berdarah sejuk berkenaan yang menarik perhatian kira-kira 1,000 penghujung sehari. Maklumat yang terpapar ialah katak mempunyai permukaan kulit yang licin, bertubuh langsing dan kecil malah gemar hidup di kawasan berair, manakala kodok pula berkulit badan menggerutu, gemuk serta pendek dan hidup di kawasan kering. Ironinya, pada setiap musim pilihan raya seperti sekarang, topik 'katak lompat' atau "lompat parti" sering menjadi perbualan ramai, kerana fenomena itu menjadi lumrah politik pilihan raya di Malaysia. Apa jua pandangan atau persepsi terhadap fenomena itu, topik lompat parti sememangnya menarik dibahaskan malah hujah mengenainya pernah dibangkitkan di mahkamah.
Pada April 1992, Mahkamah Agung ketika itu dalam kes Nordin bin Salleh vs Dewan Undangan Negeri Kelantan, memutuskan bahawa undang-undang yang mewajibkan seseorang anggota dewan yang bertukar parti untuk mengosongkan kerusi bercanggah dengan kebebasan berpersatuan yang diperuntuk di bawah Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan. Ini ekoran tindakan kerajaan Kelantan, dan diikuti kerajaan Sabah, ketika itu mengubal undang-undang anti-lompat bagi mengelakkan wakil rakyat bertukar parti. Ketika itu, terdapat parti politik yang meminta calon pilihan raya mereka menandatangani surat perjanjian tanpa bertarikh terlebih dahulu bahawa mereka akan meletakkan jawatan jika bertindak keluar parti selepas menang pilihan raya. Perbualan 'lompat parti' juga menjadi hangat apabila pada 2008 Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu ghairah mengumumkan beliau akan dapat menarik beberapa anggota parlimen untuk membolehkannya menubuhkan kerajaan pada 16 Sept. Sejak pilihan raya umum 2008, insiden lompat parti begitu ketara dengan beberapa wakil rakyat keluar parti, sama ada dari pembangkang mahu pun Barisan Nasional, dan menjadi anggota Bebas, baik di Semenanjung mahu pun di Sabah.
Bagi penganalisis politik Prof Dr Ahmad Atory Hussain dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, insiden lompat parti sebenarnya menunjukkan politik di Malaysia mengamalkan prinsip demokrasi yang adil kerana tiada akta digubal yang tidak membenarkan mana-mana anggota keluar parti kerana berpindah ke parti lawan yang mahu meraih majoriti. Katanya tindakan lompat parti biasanya berlaku apabila keadaan terutama ketika sesebuah parti tidak mendapat undi majoriti menjadikannya tidak boleh membentuk kerajaan dan ini menyebabkan ada antara anggotanya merasakan kedudukan mereka terancam sehingga bertindak meninggalkan parti masing-masing dan menyertai pihak lain. "Secara mudahnya kita panggil ia sebagai politik cari makan dan bukan politik berprinsip kerana sikap anggota parti sebegini selalunya akan mudah tertawan dengan tawaran berbentuk wang ringgit dan jawatan oleh parti lain. "Sikap tidak kuat pendirian itu mendorong anggota parti itu berasa tidak lagi berguna pada parti selain ada anggota yang lompat parti ibarat 'merajuk' apabila tidak tercalon pada pilihan raya," katanya kepada Bernama di sini. Menurutnya, pada pilihan raya umum ke-12 (PRU12) lalu, insiden lompat parti banyak berlaku contohnya di Perak apabila keputusan undi majoriti pada PRU12 itu tidak memihak pada mana-mana parti dan keadaan sebegini menyebabkan ada calon yang rapuh memegang prinsip parti cuba mengambil kesempatan dengan pelbagai alasan untuk menukar 'kiblat' politiknya.
Keputusan Mahkamah Agung pada 1992, bagaimanapun tidak menghalang kerajaan DAP di Pulau Pinang melakukan pindaan perlembagaan negeri pada November lepas untuk menghalang tindakan melompat parti di negeri itu, meskipun menyedari tindakan itu boleh dicabar kemudian hari. Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal berkata jentera BN akan bekerja keras dan taat setia kali ini ekoran pengalaman pada pilihan raya umum 2008. "Saya begitu yakin dan percaya akan kesetiaan calon kepada perjuangan parti dalam mentadbir negara dan pasti tiada calon akan hilang kepercayaan pada parti kerana mereka (calon) sendiri tahu, pembangkang tidak mampu mentadbir negara sebaik (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak)," katanya. Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata beliau percaya 100 peratus fenomena lompat parti tidak akan berlaku dalam PAS serta yakin dengan kesetiaan anggota Pas. Bagi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua pula, pihaknya mengambil langkah berhati-hati dengan memikirkan cara terbaik untuk mengelakkan berlakunya lompat parti malah pucuk pimpinan parti itu telah menyenaraikan calon yang terbaik dan sangat dipercayai untuk bertanding. - Bernama |
Wanita maut, traktor dipandu terbabas ke dalam parit Posted: 08 Apr 2013 11:33 PM PDT 28 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
KUANTAN - Seorang wanita maut selepas traktor yang dipandunya terbabas ke dalam parit di kawasan kebun sayur milik keluarganya di Kampung Sri Damai dekat Jaya Gading di sini. Zubaidah Daud, 23, dari Kampung Sri Damai meninggal dunia di rumahnya yang terletak bersebelahan kebun sayur itu sebelum sempat dibawa ke hospital. Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim, kejadian berlaku 9.30 pagi semalam ketika mangsa memandu traktor untuk mengambil sayur-sayuran di kebunnya. "Traktor yang dipandu mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan terjunam ke dalam parit sedalam dua meter. "Ekoran kejadian itu, mangsa yang cedera di bahagian dalaman dan dada itu dibawa balik ke rumah namun disahkan meninggal dunia sebelum sempat ke hospital," katanya di sini, hari ini.
Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan. Sementara itu dalam satu kejadian berasingan, seorang lelaki maut selepas kereta Proton Wira yang dipandunya merempuh sebuah van yang diletakkan di bahu jalan di Batu 6, Jalan Kuantan-Gambang. Dalam kejadian kejadian 7 petang semalam itu, Woi Chun Wah, 46, dari Air Putih di sini, mati di tempat kejadian. "Dipercayai mangsa gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh van terbabit, mangsa mati akibat cedera parah di kepala dan dada," katanya. - Bernama
|
Lagi dokumen sulit diplomatik AS didedah Posted: 08 Apr 2013 11:03 PM PDT 28 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
WikiLeaks mendedahkan lebih 1.7 juta dokumen sulit diplomatik AS bertarikh 1973 hingga akhir 1976. LONDON - Laman pembocor maklumat, WikiLeaks, semalam mendedahkan lebih 1.7 juta dokumen sulit diplomatik dan maklumat risikan Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1970-an yang digelar sebagai Perpustakaan Awam Diplomasi AS (PlusD). Rekod berusia lebih empat dekad yang disimpan di Arkib Kebangsaan AS itu didakwa tidak pernah didedahkan kepada umum sebelum ini. Menurut pengasasnya, Julian Assange, kesemua dokumen tersebut menunjukkan pengaruh AS dalam pelbagai aspek di seluruh dunia. Kebanyakan daripada dokumen sulit itu ditulis atau dihantar kepada Henry Kissinger yang merupakan Setiausaha Negara dan Penasihat Keselamatan Kebangsaan AS pada masa tersebut. Pada 2010, WikiLeaks mengejutkan pemimpin dunia selepas laman itu mendedahkan lebih 250,000 dokumen sulit AS yang memalukan negara tersebut dan sekutu kuatnya menurut laporan AFP.
sinar/- |
Kos hidup: Manifesto BN bersifat jangka pendek Posted: 08 Apr 2013 11:00 PM PDT 28 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Dalam pelancaran 'Aku Janji"-nya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan manifesto yang seakan-akan manifesto yang dilancarkan oleh Pakatan Rakyat (PAKATAN) beberapa minggu yang lalu. Namun, apa yang kekurangan adalah Najib tidak memberi penyelesaikan kepada bagaimana beliau hendak menaikkan taraf hidup rakyat Malaysia dalam menghadapi kenaikan taraf hidup dalam negara. Di mana Najib ingin meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Najib gagal untuk menyatakan usaha mampan dan berjangka panjang untuk meningkatkan taraf hidup rakyat terutamanya rakyat Malaysia yang miskin. Pemberian BR1M ini ternyata tidak mencukupi untuk meliputi satu tahun, malah perbelanjaan satu minggu bagi sebuah keluarga di kawasan bandar terutamanya kawasan-kawasan maju seperti Lembah Klang. Di mana PAKATAN merancang untuk mengurangkan kadar caj air dan caj elektrik untuk membantu meringankan bebanan rakyat Malaysia, Najib masih meneruskan pemberian wang tunai yang tidak akan mengeluarkan rakyat Malaysia yang miskin dari kemiskinan. Najib ingin meneruskan pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan barangan yang dijual oleh KR1M mungkin lebih murah kerana tidak berjenama akan tetapi, dengan skandal kualiti rendah atau merbahaya, Najib telah menolak hak rakyat Malaysia untuk akses kepada barangan berkualiti pada harga berpatutan. Beliau telah menggalakkan situasi, kualiti rendah, harga rendah, keselamatan dan kesihatan rakyat diabaikan pada jangka masa panjang. Najib juga mengutarakan menaikkan Baucer buku 1Malaysia (BB1M) dari RM250 kepada RM300 namun pada masa yang sama, Najib tidak mengutarakan sebarang rancangan untuk membantu para pelajar pada jangka masa panjang, iaitu di mana kadar yuran kemasukan universiti kian meningkat terutamanya di sektor swasta, masih tiada penyelesaian alternatif kecuali penerusan pinjaman PTPTN yang sebenarnya membantu pihak institusi pengajian tinggi meraih keuntungan dan membebankan para pelajar terutamanya selepas habis pengajian. Begitu juga rancangan Najib untuk melaksanakan dasar 1Malaysia 1Harga untuk barangan keperluan asas. Akan tetapi, pada masa yang sama, Najib gagal untuk menyatakan mekanisme untuk memastikan dasar tersebut tidak menguntungkan mana-mana pihak berkepentingan. Ini adalah berbeza dengan PAKATAN merancang untuk menaikkan gaji minimum kepada RM1,100 sebulan merupakan suatu permulaan yang positif untuk membantu rakyat menghadapi taraf hidup yang kian meningkat. Di samping meletakkan jenama politik kepada barangan keperluan asas rakyat, ianya tidak memberikan sebarang penyelesaian kepada masalah kabotaj di Sabah dan Sarawak. Najib juga tidak menyatakan rancangan untuk membantu warga Sabah dan Sarawak untuk menghadapi kenaikan barangan memandangkan kedua-dua negeri mempunyai kadar kemisikinan antara yang tertinggi di Malaysia. Memandangkan dasar 1Negara 1Harga ini hanya meliputi barangan keperluan asas, ianya mempunyai skop yang lebih kecil dari skop yang diberikan oleh manifesto PAKATAN untuk menghapuskan dasar kabotaj di Sabah dan Sarawak. Dalam manifesto BN, Najib memilih untuk mentransformasikan automotif negara dengan mengurangkan harga kereta sekurang-kurangnya 20 peratus akan tetapi, walaupun ianya diambil dari rancangan PAKATAN untuk menurunkan harga kereta dalam cara menghapuskan duti eksais, ianya tidak memberikan rancangan terperinci mengenai mekanisme untuk menurunkan harga serta jangka masa yang diperlukan untuk menurunkan harga kereta. Secara asasnya, di bawah Najib, amalan pemberian wang tunai diteruskan tanpa memberikan penyelesaian kukuh kepada masalah kemiskinan dan ketidakmampuan rakyat untuk menghadapi taraf hidup yang kian meningkat. Di mana Najib meletakkan jenama politik ke atas keperluan asas rakyat seperti pendidikan, perumahan, barangan runcit, kesihatan, Najib memilih untuk mempolitikkan kehidupan seharian rakyat.
harakahdaily/- |
Bekas Presiden AIC United Kingdom calon Parlimen Sekijang Posted: 08 Apr 2013 10:53 PM PDT 28 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - TANGKAK, 9 APRIL : Bekas Presiden Kelab Anwar Ibrahim Club (AIC) United Kingdom , Julailey Jemadi dicalonkan bertanding di P141 Parlimen Sekijang, Johor, Julailey yang kini merupakan pembantu khas Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah juga memegang jawatan sebagai Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia. Turut dicalonkan ialah Timbalan Pengerusi KEADILAN Johor, Dr Ahmad Faidhi Saidi yang dinamakan untuk mewakili KEADILAN di P159 Pasir Gudang. Manakala muka baru yang memberi cabaran di parlimen P149 Seri Gading ialah Mohd Khuzzan Abu Bakar, Timbalan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Johor. Nama-nama calon diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 3,000 hadirin di ceramah Merdeka Rakyat di Batu 16, Jalan Muar, Kg Anjung Batu, Tangkak malam tadi. (SDQ)
selatan online/- |
Air mata keluarga angkat Posted: 08 Apr 2013 10:48 PM PDT 28 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - BUKIT MERTAJAM - Suasana di pekarangan Mahkamah Majistret di sini semalam bertukar riuh bercampur suka apabila lebih 100 ahli keluarga angkat menangis kegembiraan sebaik mahkamah
mengarahkan mereka diberi hak penjagaan ke atas 28 bayi dan kanak-kanak yang diselamatkan Februari lalu.
Keluarga angkat tersebut diberi hak penjagaan bersyarat untuk tempoh dua tahun ke atas bayi dan kanak-kanak yang diselamatkan selepas menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Keputusan itu dibuat oleh Majistret Arif Mohamed Shariff berdasarkan arahan mahkamah yang dikeluarkan sebelum ini mengatakan kesemua mangsa berusia antara dua bulan hingga tiga tahun itu akan dijaga oleh keluarga angkat masing-masing.
Namun sepanjang tempoh siasatan polis, mereka diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Johor.
sinar/-
|
Posted: 08 Apr 2013 10:44 PM PDT 28 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
HONG KONG - Sebuah mangkuk merah dihiasi corak bunga teratai memecahkan rekod dunia barangan seramik pada era Dinasti Kangxi di China dalam satu lelongan oleh firma Sotheby's semalam.
Berlangsung di sini selama lima hari, lelongan tersebut melibatkan koleksi wain, barang kemas, hasil seni, seramik dan jam tangan dari Asia serta China.
Mangkuk yang dinamakan Falangcai dari era Kangxi antara tahun 1662 hingga 1722 itu dilelong pada harga HK$74 juta (RM29.1 juta).
Artifak tersebut dibeli oleh seorang penjual seramik di sini, William Chak. Lebih daripada 400 pembeli hadir pada sesi pagi lelongan itu untuk membida 57 barangan seramik. - Reuters |
Maut rempuh bas, pelajar meninggal kereta terbabas Posted: 08 Apr 2013 10:00 PM PDT 28 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Mayat mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba sebelum dihantar ke HTAA. KUANTAN - Keseronokan tiga rakan memecut motosikal bersaing sesama sendiri berakhir tragedi apabila salah seorang mereka maut selepas motosikal ditunggang merempuh belakang sebuah bas persiaran yang berhenti di tepi jalan di Kilometer 127, Jalan Kuantan-Johor Bharu dekat Rompin, awal pagi kelmarin. Dalam nahas kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa berketurunan Orang Asli, Ramzi a/l Rahim, 18 meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, bas terbabit berhenti di tepi jalan di lokasi itu sebelum pemandunya, Mohammad Shah Sahal, 49 turun untuk membuang air. Menurutnya, ketika bas terbabit bergerak untuk meneruskan perjalanan, pemandunya ternampak tiga motosikal dari arah belakang ditunggang laju. "Salah seorang penunggang dipercayai gagal mengelak ketika mendekati bas lalu merempuh bahagian belakang kenderaan itu. "Mangsa tercampak jatuh ke atas jalan manakala motosikal jenis Honda EX-5 yang ditunggang tersepit di belakang bas," katanya, semalam. Katanya, mangsa yang parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat. "Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada tindakan penunggang menunggang secara melulu. Punca nahas masih disiasat ikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Tersepit dalam kereta Sementara itu, seorang penumpang maut manakala pemandunya parah selepas kereta jenis Perodua Kancil yang dinaiki mereka terbabas di Jalan Pintasan Kuantan di sini, petang semalam. Dalam nahas kira-kira jam 7 petang itu, mangsa, Nur Ajlaa Dzurkarnain, 19 dari Kampung Sungai Isap 1 di sini disahkan meninggal di tempat kejadian akibat cedera di kepala. Manakala pemandu, dikenal sebagai Norlaila Nabilah, 19 berasal dari Temerloh yang parah menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, kereta dinaiki dua pelajar itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Bukit Rangin menghala ke Gambang. Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, kereta terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan. "Mangsa berada di kerusi penumpang hadapan tersepit dalam kenderaan yang hampir remuk dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya di sini, semalam. Katanya, mayat mangsa dihantar ke HTAA untuk bedah siasat sebelum jenazah dituntut keluarga untuk dikebumikan.
sinar/- |
Manifesto BN: Siasat Dahulu Ketua Menteri Sarawak Posted: 08 Apr 2013 09:59 PM PDT 28 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Saya meneliti Manifesto BN 2013 atau juga diwar-warkan sebagai 'Aku Janji' oleh Barisan Nasional. Mengejutkan, seperti yang telah disebut oleh rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain, banyak 'janji-janji' BN ini merupakan idea cedokan Manifesto Pakatan Rakyat yang telah disebut sejak beberapa tahun yang lalu.
Bagi rakyat Sarawak, lebuhraya Pan Borneo, merupakan aspirasi Pakatan Rakyat Sarawak sejak beberapa tahun yang sudah. Pastinya banyak alasan telah diberikan oleh pemimpin BN untuk menolak cadangan tersebut. Antaranya ialah faktor geografi dan faktor kos yang tinggi. Tiba-tiba, ia dimasukkan dalam 'Aku Janji' BN. Saya tidak berniat untuk berbicara panjang mengenai janji-janji cedokan dan ciplak BN ini.
Namun, Dewan Pemuda PAS Sarawak amat tertarik dengan komitmen terbaru BN untuk membenteras rasuah. Antara cadangannya ialah dengan mewujudkan mempertingkat ketelusan dalam prosedur perolehan kerajaan dengan mendedahkan kontrak kepada awam serta mewujudkan akses yang cepat terhadap Laporan Audit Prestasi Ketua Audit Negara untuk tindakan segera. Ini janji lama, yang dilaung kembali oleh BN tanpa ada tindakan serius dan bersungguh-sungguh.
Ketua Menteri Sarawak, yang turut berada di perlancaran 'Aku Janji' BN, tidak lama sebelum itu dengan angkuh menolak untuk memberikan kerjasama kepada SPRM yang disifatkan 'tidak jujur' dan 'nakal' dalam siasatan kes video bertajuk 'Inside Malaysia's Shadow State' oleh Global Witness yang menjadi sensasi internet. Berbeza dengan komitmen semua Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat yang sentiasa terbuka dengan siasatan SPRM, Ketua Menteri Sarawak kelihatan kebal dan angkuh dalam memberikan kerjasama terhadap usaha membenteras rasuah. Jika tidak bersalah, kenapa enggan berkerja sama?
Nasihat Dewan Pemuda PAS Sarawak kepada Perdana Menteri, selesaikan dahulu tuduhan rasuah Ketua Menteri Sarawak sebelum 'berjanji' membenteras rasuah. Janganlah hanya sedap didengar, tetapi hakikatnya kosong belaka.
Ketua Pemuda PAS Sarawak |
Betul tidak mesti menang tapi silap akan kalah Posted: 08 Apr 2013 09:35 PM PDT 28 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Kewarasan pemimpin mana-mana parti untuk membayangkan apa yang mereka katakan dalam paparan mereka terhadap rakyat dalam siri kempen sekarang menjadi salah satu dari elemen penentu dalam pilihan raya kali ini. Menurut penulis Aspan Alias, jika kedua-dua pihak tidak melakukan kesilapan di saat-saat akhir ini, Pakatan Rakyatlah yang akan mendapat kejayaan kerana geraf sokongan yang bertambah dari hari kehari. "Pendeknya dalam pilihanraya kali ini, bukannya siapa yang betul yang akan menerima kemenangan sebaliknya ia bergantung kepada pihak mana yang melakukan kesilapan yang akan kalah dalam mother of all elctions ini," tulis beliau di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com, sebagaimana di bawah. Dengan kuasa yang begitu besar dan otot yang besar, UMNO masih tidak mampu mengekang kemaraan Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihanraya kali ini. BN mempunyai media massa arus perdana yang canggih sedangkan Pakatan Rakyat hanya mempunyai media alternatif yang sama-sama dipergunakan oleh pihak BN. Jalan yang sebenarnya ada kepada pihak Pakatan hanyalah majlis ceramah yang diadakan setiap hari di seluruh negara. Sekarang kekuatan Pakatan Rakyat adalah sama dengan kekuatan BN. Pakatan Rakyat walaupun menghadapi kesukaran untuk berhubung dengan rakyat melalui saluran TV perdana mereka (rakyat) tetap jelas memberikan sokongan. Ini adalah bukti yang rakyat berkendakkan pembaharuan yang besar kepada kehidupan bernegara. Keadaan 50/50 kali ini mencemaskan BN khususnya UMNO sehinggakan BN hanya membubarkan Parlimen pada 3hb April yang lalu kerana mereka (BN) dalam keadaan terdesak. Apabila keadaan seperti ini wujud, mana-mana pihak yang melakukan kesilapan kecil akan menghadapi kekalahan. Jika BN terus-menerus melakukan kesalahan lagi ia akan mempastikan BN itu kalah. Begitu juga di pihak Pakatan Rakyat. Jika PR melakukan kesilapan kecil dan ditarik balik sokongan oleh hanya segelintir masyarakat yang mengundi maka Pakatan akan menghadapi kekalahan. Mana-mana pihak tidak boleh mengambil ringan tentang isu ini. Tetapi apabila keadaan 50/50 seperti yang berlaku sekarang ini, kewajaran untuk Pakatan Rakyat untuk mendapat undi kemenangan itu lebih mudah kerana graf sokongan rakyat terhadap PR sedang meninggi. Ini ditambah pula dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh BN dalam banyak perkara selalu terjadi sekarang ini. Bagi PR kenaikan geraf inilah yang perlu dipertahankan untuk menghindar geraf itu mendatar atau menurun. UMNO akan menghadapi masalah untuk mengumumkan calon di setiap kawasan kerana sedikit permainan 'cah keting' di kalangan ahli-ahlinya sudah pasti membawa mudharat terhadap UMNO itu. Kesalahan yang dilakukan di satu kawasan dalam beberapa isu penting akan memberikan kesan kepada kawasan-kawasan lain. Mencalonkan seorang yang 'winnable' di satu kawasan itu tidak semestinya membawa kebaikan jika calon 'winnable' di kawasan itu adalah pimpinan besar tetapi mempunyai masalah besar kepada diri mereka dari sudut persepsi rakyat seluruh negara. Contohnya, jika Ibrahim Ali terpaksa menjadi calon BN di Pasir Mas dan disokong oleh Dr Mahathir dan mendapat kemenangan, ia akan menjejaskan UMNO di seluruh negara kerana Ibrahim dipersepsikan sebagai seorang yang terlalu 'controversial' bagi seluruh rakyat terutamanya di kawasan-kawasan yang mempunyai pengundi dari berbilang kaum. Keadaan yang serupa akan dialami oleh mana-mana parti sama ada dari pihak BN atau pun dari pihak pembangkang. Meletakkan calon di suatu tempat itu akan mempengaruhi kawasan-kawasan lain kerana pemilihan calon-calon di satu kawasan itu menunjukkan sikap parti itu sendiri. Jika sikap yang ditunjukkan itu memberikan gambaran yang tidak selari dengan apa yang dijanjikan oleh sesuatu parti itu, maka rakyat akan berfikir banyak kali untuk terus menyokong parti-parti tersebut. Isu ini menjadi isu besar apatah lagi keadaan sama kuat di antara pihak pemerintah dan pembangkang sekarang. Kesilapan yang kecil akan memberikan impak yang besar terhadap keputusan pilihanraya, lebih-lebih lagi dari kumpulan atas pagar yang agak besar kali ini. Rakyat perlu ingat parti-parti dalam Pakatan Rakyat kini bukan lagi parti-parti pembangkang tetapi sebaliknya parti-parti ini adalah parti-parti 'altenative' yang mempunyai 'consequence' besar dalam pilihanraya kali ini. Kedua-dua pihak akan menghadapi masalah yang sama, iaitu untuk mendapatkan pengundi di atas pagar. Selalunya pengundi di atas pagar ini akan mementingkan kredibiliti sesebuah parti itu. Kredibiliti sesebuah parti akan dinilai dari kesungguhan parti parti itu melakukan apa yang mereka janjikan dalam hal politik negara sekarang ini. 'Communal politics' sudah menjadi elemen yang telah 'outmoded' buat generasi sekarang ini. Jika ada bayangan yang sesebuah parti itu masih terbelenggu dengan 'communal politics' ini pengundi di atas pagarlah yang akan menentukan ke mana arah 'pattern' pengundian semasa hari mengundi itu nanti. Bayangan itu tentulah mudah dilihat dari senarai calon-calon yang diturunkan oleh parti-parti itu. Sebenarnya isu-isu dalam masa berkempen sekarang sudah difahami oleh ramai rakyat dan itu bukan lagi menjadi isu untuk diperbesar-besarkan. Yang menjadi pemerhatian rakyat sekarang bagaimana seriusnya sesebuah parti itu benar-benar melaksanakan perjuangan sesebuah parti itu. Pihak mana yang membuat kesilapan akan mendapat kerugian dan inilah yang selalu terjadi dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu. Peralihan 2% atau 3% undi sahaja akan menentukan menang kalah mana-mana pihak kali ini. Bagi rakyat yang penting bagi mereka sekarang ini ialah perubahan, bukan sahaja dari perubahan parti politik yang memerintah, tetapi juga berusaha untuk memilih perubahan suasana dan sikap politik yang boleh memantapkan pengurusan negara dan negeri. Mana pihak yang berkemampuan untuk menjadikan rasuah sebagai sejarah dan tidak menunjukkan sikap politik komunal parti itulah yang akan mencapai kejayaan. Parti itulah yang akan berjaya menambat hati rakyat yang sedang dalam pencarian ini. Kita lihat dan telah banyak membaca sejarah, kuasa yang besar yang disandang sebegitu lama akan hilang kerana kerakusan pimpinannya dan kufur terhadap nikmat yang mereka dapat sekian lama. Ada juga sejarah yang membuktikan kuasa yang hampir diperolehi terlepas dari genggaman mereka semata-mata kerana kesilapan kecil dan sikap yang menakutkan rakyat terpancar pada saat-saat matlamat mereka tercapai. Kewarasan pimpinan mana-mana parti untuk membayangkan apa yang mereka katakan dalam paparan mereka terhadap rakyat dalam siri kempen mereka sekarang ini menjadi salah satu dari elemen penentu dalam pilihanraya kali ini. Jika kedua-dua pihak tidak melakukan kesilapan di saat-saat akhir ini Pakatan Rakyatlah yang akan mendapat kejayaan kerana geraf sokongan yang bertambah dari hari kehari.Pendeknya dalam pilihanraya kali ini, bukannya siapa yang betul yang akan menerima kemenangan sebaliknya ia bergantung kepada pihak mana yang melakukan kesilapan yang akan kalah dalam mother of all elections ini.
harakahdaily/- |
BN Tak ‘Gentleman’ Guna Media Milik Rakyat – Dr Maszlee Posted: 08 Apr 2013 09:28 PM PDT 28 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Kerajaan Sementara Barisan Nasional patut bersikap 'gentleman' dengan memberi ruang kepada Pakatan Rakyat untuk bentang manifesto mereka, termasuk mengadakan debat terbuka, kata tokoh akademik, Dr Maszlee Malik. Pensyarah Kuliyyah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu mengulas pelancaran manifesto BN semalam yang disiar secara langsung di saluran RTM.
Selain TV1, ia disiar selama sejam di stesen televisyen utama seperti TV3, NTV7, Astro Awani dan TV Al-Hijrah.
Bagaimanapun, bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim sebelum ini hanya menawarkan 10 minit kepada Pakatan untuk kemukakan manifesto mereka di RTM.
"BN kalau nak bertanding, tandinglah secara 'gentleman'. Kena ada level playing field' (padang sama rata). Akses media, ruang untuk bertemu rakyat dan peluang untuk menerangkan manifesto.
"Lagi pun media yang digunakan ialah media milik rakyat, yang ditampung oleh wang pembayar cukai. Tidak boleh ada keistimewaan, media kena neutral," kata Maszlee ketika dihubungi.
Katanya, sekiranya media bersikap terbuka kepada dua-dua belah pihak, rakyat boleh membuat penilaian berdasarkan manifesto ditawarkan.
"Macam pendakwa raya dengan peguam bela. Kena bawa bukti. Kalau dengar sebelah pihak sahaja, macam mana hakim nak buat keputusan adil?,
"Nak bercakap sejam, cakaplah. Tapi beri ruang pada orang lain untuk bentang manifesto... dan lagi baik kalau ada debat," kata Maszlee.
Mengulas mengenai debat, katanya, ia bukan semata-mata budaya Eropah, tetapi diamalkan oleh negara demokrasi di seluruh dunia.
"Debat politik kini diamalkan di Mesir, sebelum pilihan raya. Di Indonesia diadakan debat calon Gabenor Jakarta. Malah, Kenya baru-baru ini pun adakan debat Presiden mereka yang pertama.
"Bila tidak ada ruang dan padang sama rata, terbukti pihak BN tidak 'gentleman'," tegas Maszlee.
Ulasan GB
Bukan sahaja tidak gentkeman, malah ia merupakan satu penyalahgunaan kuasa.
Berpuluh tahun lamanya kerajaan UMNO BN telah menyalahgunakan kuasa, namun hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mengambil tempatnya. Yang menyalahgunakan kuasa akan tetap terhukum akhirnya..... perhatikanlah pemerintah-pemerintah di seluruh dunia, yang menyalahgunakan kuuasa akan tetap mendapat balasan... Mubarak adalah contoh paling baik untuk renungan Najib serta seluruh pemimpin UMNO BN..
Jangan main-main dengan "sunnatullah"....
|
Daging puyuh rawat lelah Posted: 08 Apr 2013 09:28 PM PDT 28 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata keenakan sup puyuh yang dinikmati penulis dan jurugambar ketika mengunjungi seorang penternak haiwan itu, baru-baru ini.
Keenakan sup puyuh dihidangkan isteri usahawan burung puyuh, Ahmad Jais Mohee, 44, memang terbaik. Bukan mahu memuji, namun rasa sup disajikan itu benar-benar membuka selera sesiapa saja yang ingin mencuba sup pedas Kemboja bercita rasa tempatan.
Ahmad Jais bersama isterinya, Ismak Math, 29, turut menghidangkan penulis pelbagai hidangan burung puyuh, antaranya puyuh goreng dan sambal tumis telur puyuh. PUYUH tahan dengan cuaca panas. Mungkin ramai tidak tahu, burung puyuh atau nama saintifiknya, Japanese quail atau Coturnix japonica sangat digemari masyarakat Cina bagi merawat lelah.
Selesa dipanggil Haji Ahmad, ladang puyuh di Kampung Parit Kassan, Ithnin Maarof, Simpang Renggam, Johor, itu kerap dikunjungi pelanggan setia dikenali Uncle Chong.
Menurutnya, daging puyuh membantu memanaskan badan sesuai dijadikan sup.
"Sebab itu, saya sering mendapatkan bekalan puyuh segar di ladang ini sejak empat tahun lalu.
"Sup puyuh yang ditambah herba ginseng membantu mengurangkan penyakit lelah," katanya.
Burung puyuh mampu terbang dalam ketinggian tiga meter sebelum ke kawasan landai untuk menyembunyikan diri selain hidup di kawasan semak, belukar, ladang pertanian dan sawah kering.
Terdapat beberapa kategori ladang penternakan puyuh, ada mengeluarkan anak bagi daging dan telur manakala yang lain menternak puyuh dari jenis pedaging dan penelur.
Penternak dan pembekal produk Puyuh Best Frozen Food itu berkata, pembabitannya dalam industri berkenaan bermula 10 tahun lalu.
Dengan modal RM1 juta, Ahmad membeli pelbagai bentuk aset seperti mesin pengeraman dan penetasan telur, tanah empat hektar, bangunan serta reban.
"Awalnya, saya mendapatkan stok bekalan burung puyuh dari pengeluar di Kedah dan Perak, tetapi tidak mencukupi.
"Ketika itulah timbul idea membuka sebuah pusat pembiakbakaan puyuh pedaging," katanya.
Katanya, daripada 30,000 burung puyuh yang dihasilkan dalam tempoh sebulan, bilangannya ditingkatkan enam kali ganda menjadi 180,000 ekor sebulan.
"Malah, kami mampu mengeluarkan kira-kira 300,000 puyuh pedaging dalam tempoh sebulan," katanya.
Menurutnya, industri penternakan burung puyuh mampu mendatangkan pulangan lumayan jika diusahakan bersungguh-sungguh.
"Penjagaan burung puyuh tidak begitu sukar, cuma penternak perlu ada ilmu selain faham aspek teknikal," katanya.
Dia bertuah kerana ladangnya mendapat khidmat nasihat Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Johor.
Ahmad Jais menternak dua jenis puyuh iaitu puyuh baka Institut Kemahiran Ternakan Ayam (IKTA) JPV Johor dan baka komersial biasa.
"Puyuh IKTA cepat membesar untuk tempoh 24 hingga 25 hari penternakan.
"Tekstur daging baka IKTA lebih lembut," katanya.
Dari aspek penjagaan kesihatan, burung puyuh perlu diberikan antibiotik dan vitamin.
"Kawasan reban perlu bersih dan lakukan semburan bagi mengurang bau, lalat dan pencemaran," katanya.
Ahmad Jais pernah merangkul Anugerah Ternak Jaya Peringkat Negeri Johor tahun lalu dan Anugerah Penternak Jaya Peringkat Kebangsaan pada 2012.
"Saya sering memberi ceramah asas ternakan puyuh.
"Awal tahun ini, seramai 120 peserta mengikuti ceramah berkaitan penternakan puyuh," katanya.
Kini, syarikat itu menguruskan penternakan puyuh dari proses pengeluaran telur, penetasan, pemeliharaan puyuh, penyembelihan dan produk hiliran bagi jenama Puyuh Best Frozen Food.
"Dulu, kami ada membeli sebuah mesin eraman puyuh secara manual daripada sebuah syarikat di Singapura.
"Mesin automatik itu membolehkan telur digerakkan empat jam sekali berbanding tenaga manusia," katanya.
Katanya, purata seekor baka puyuh IKTA mengeluarkan sebiji telur sehari atau 350 biji telur setahun," katanya.
Di bilik penetasan, anak puyuh pedaging dan penelur akan dieram kira-kira 16 hari sebelum dimasukkan ke mesin penetasan selama tiga hari.
"Kira-kira 300,000 biji telur boleh dimasukkan ke mesin eraman dengan 60 peratus daripadanya menetas.
"Burung puyuh akan menetas sebaik diletak pada suhu 37 darjah celsius.
"Selepas menetas, anak puyuh dilepaskan dalam kawasan ternakan sebelum diberikan air minuman mengandungi vitamin dan antitekanan bagi tempoh sebulan," katanya.
Ahmad Jais mempunyai 16 reban puyuh dengan lima daripadanya memuatkan 25,000 ekor puyuh telur bagi puyuh pembiak bakaan, manakala selebihnya untuk puyuh pedaging.
"Syarikat juga menghasilkan 3,000 biji telur puyuh IKTA sehari dan 7,000 biji telur komersial sehari," katanya.
Di bawah jenama Puyuh Best Frozen Food, syarikat itu mengeluarkan empat produk hiliran puyuh seperti Puyuh Berempah, Puyuh Black Pepper, Puyoh Crispy dan Sumbat Berempah Golek.
Hubungi 9A, Jalan Berlian 1, Taman Renggam Jaya, 86200 Simpang Renggam, Johor atau e-mel hj.ahmadjais@yahoo.com.my untuk maklumat lanjut.
metro/- |
Rafizi: BR1M kurang bijaksana, kos RM11b setahun Posted: 08 Apr 2013 09:02 PM PDT 28 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Rafizi Ramli PETALING JAYA – Pendekatan Barisan Nasional (BN) yang mahu meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) setiap tahun akan membebankan negara RM11 bilion setahun menjelang 2023, dakwa pemimpin Pakatan Rakyat (PR). Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa, pemberian BR1m itu juga dilihat tidak akan menyelesaikan masalah dihadapi isi rumah berpendapatan rendah. "Malahan, aku janji BN untuk menjadikan bantuan popular itu sebagai dasar tetap juga menandakan kegagalan mereka (BN) untuk memahami masalah asas yang menjejaskan ekonomi Malaysia. "Pendekatan ini kurang bijaksana kerana ia menelan belanja besar tanpa mengubah struktur ekonomi sedangkan peruntukan RM7 bilion hingga RM11 bilion setahun itu lebih berkesan jika digunakan untuk menurunkan harga barang, menghapuskan tol, menurunkan harga kereta dan lain-lain," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, semalam. Sabtu lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan manifesto BN yang menggariskan 17 teras utama. Antara yang disebutkan termasuklah menaikkan kadar BR1M kepada RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang bagi menangani kos sara hidup, jika parti komponen itu terus diberi mandat memerintah. Sementara itu, Rafizi menambah, jika BN meneruskan hasrat itu, inflasi dan kenaikan harga barang akan melunturkan kesan pemberian wang terus ini kepada rakyat yang dijangka akan menelan belanja sebanyak RM7.2 bilion dalam tahun pertama. "Mengambil kira pertumbuhan penduduk sebanyak dua peratus secara purata dan inflasi pada kadar purata dua peratus untuk tempoh sedekad dari sekarang, menjelang tahun 2023 jumlah pembayaran BR1M akan mencecah RM11 bilion.} "Pendekatan BN menggunakan pemberian 'popular' (BR1M) untuk memenangi hati pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana menjangkakan akan berjaya memenuhi tuntutan rakyat sedangkan jumlah penerima bertambah jika reformasi gaji tidak dilakukan," katanya lagi. Sebaliknya kata Rafizi, PR tidak akan meneruskan pemberian BR1M sekiranya mengambil alih kerajaan tetapi akan menggunakan pendekatan lain yang akan memberikan kesan kepada seluruh rakyat Malaysia. Katanya, bantuan kewangan terus sebenarnya akan bertambah jika PR memerintah cuma dalam bentuk jenama dan pendekatan yang lain serta mengkhususkan kumpulan-kumpulan tertentu seperti warga emas, suri rumah dan orang kelainan upaya (OKU).
"... tetapi bukan kepada keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM3,000. PR akan cuba menyelesaikan masalah ekonomi mereka dan tidak hanya memberikan wang semata-mata," jelas beliau. "Dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang, saya tidak yakin wang berjumlah RM1,200 akan berjaya memenuhi tuntutan rakyat.
"Rakyat akan memohon supaya wang ini dinaikkan pada masa yang sama setiap tahun jumlah penerima juga akan bertambah sekiranya tidak ada reformasi ekonomi yang menaikkan gaji pekerja dan menambah peluang pekerjaan," katanya lagi.
Dalam pada itu, Rafizi berkata, beliau akan terus mengemukakan analisis khusus terhadap isu perumahan, ekonomi dan lain-lain sepanjang minggu ini melalui penulisan serta video agar rakyat dapat membandingkan kedua-dua manifesto.
sinar/-
|