Nuffnang

Anwar Ibrahim

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:41 PG

Anwar Ibrahim


Jelajah Pakatan Harapan Rakyat & Pengumuman Calon PKR Sabah Oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim – SABAH 12 & 13 April 2013 (Jumaat & Sabtu)

Posted: 09 Apr 2013 04:26 AM PDT

12 April 2013 (Jumaat)

1) 12.30 Tghari – Solat Jumaat – Masjid Taman Fajar, Batu 7, Sandakan

2) 2.30 – 5.00 ptg – Ceramah Pakatan Harapan Rakyat

& Pengumuman Calon PKR Sabah
Lokasi: Sabah Hotel, Sandakan

3) 6.30 ptg – Solat & Tazkirah Maghrib

Lokasi : Surau Lot M, Bukit Garam, Kinabatangan

4) 8.00 malam – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat

Lokasi : Pejabat PKR, Bukit Garam, Kinabatangan

13 April 2013 (Sabtu)

1) 10.00 pagi – Ceramah Pakatan Harapan Rakyat

Lokasi: Batu 16, Pekan Gum-Gum, Sandakan

2) 1.00 ptg – Ceramah Pakatan Harapan Rakyat

Lokasi : Ball Room, Sanbay Hotel, Jln Leila,
Batu Sapi, Sandakan

3) 6.00 ptg – Ceramah Pakatan Harapan Rakyat

Lokasi: Pejabat PKR Tawau, Taman Gek Poh,
Batu 1, Jalan Kuhara, TAWAU

Barisan Penceramah:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YBhg Tamrin Jaini

iii. YB Dato' Seri Panglima Lajim Ukin

iv. YB Dato' Seri Panglima Wilfred Bumburing

v. Lt. Jeneral (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid

vi. YB Zuraida Kamaruddin

vii. YB Senator Maijol Mahap

viii. YBhg Tan Sri Ibrahim Menuddin

ix. YBhg Hamzah Abdullah

x. YBhg Steven Wong

[VIDEO] Anwar Ibrahim: Saya Nak Menang Kerana Rakyat Kasih & Percaya Dengan Dasar Kita

Posted: 09 Apr 2013 04:12 AM PDT

[VIDEO] Anwar Ibrahim: Ceramah & Pengumuman Calon PKR Melaka

Posted: 09 Apr 2013 04:07 AM PDT

[VIDEO] Anwar Ibrahim: Masalah Negara Ini Kerana Pemimpin Sombong, Curi Duit Rakyat & Negeri

Posted: 09 Apr 2013 04:04 AM PDT

[VIDEO] Dato Omar Abu Bakar – Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Dato Seri Anwar Ibrahim

Posted: 09 Apr 2013 02:42 AM PDT

KENYATAAN MEDIA: Janji Mewujudkan 3.3 Juta Peluang Pekerjaan Baru Dalam Manifesto BN Tidak Realistik

Posted: 08 Apr 2013 10:08 PM PDT

Salah satu janji utama yang dimuatkan di dalam Manifesto BN adalah untuk mewujudkan sejumlah 3.3 juta peluang pekerjaan dengan sasaran 2 juta peluang pekerjaan berpendapatan tinggi. Tawaran peluang pekerjaan ini menjadi antara tawaran ekonomi paling utama di dalam Manifesto BN kepada rakyat Malaysia.

Sebelum ini, Barisan Nasional selalu ghairah menuduh bahawa program ekonomi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat sebagai tidak realistik, walaupun mereka tidak berkemampuan untuk menyanggah pembentangan angka-angka yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Untuk menyuburkan amalan demokrasi dan persaingan dasar menjelang PRU13 ini, KEADILAN mengambil langkah membandingkan janji-janji di dalam Manifesto BN dengan rekod pencapaian mereka setakat ini, untuk menilai sama ada janji yang dibawa itu benar-benar boleh ditepati seperti yang selalu dilaungkan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak.

Setiap tahun, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri menerbitkan jumlah pekerjaan keseluruhan dan guna tenaga buruh rasmi di dalam negara kita. Angka ini adalah tepat untuk menganggarkan jumlah pekerjaan baru yang dihasilkan setiap tahun.

Perangkaan Unit Perancang Ekonomi[1] menunjukkan bahawa Barisan Nasional hanya berjaya mewujudkan sekitar purata 300,000 pekerjaan baru sahaja setiap tahun sejak Dato' Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, seperti berikut:

 

Tahun

Jumlah Pekerjaan

Bilangan Pekerjaan Baru

2009

11.6 juta

 

2010

11.9 juta

300,000

2011

12.2 juta

300,000

2012

12.5 juta

300,000

 

Untuk mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan baru seperti yang dijanjikan di dalam Manifesto BN, ini bermakna Dato' Seri Najib Tun Razak perlu menambah pekerjaan sebanyak 650,000 setahun secara purata, iaitu lebih dari satu kali ganda dari jumlah sedia ada.

Angka ini tidak munasabah, terutamanya apabila tidak ada apa-apa rancangan di pihak Barisan Nasional untuk mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing seperti yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat. Di dalam Manifesto Rakyat, Pakatan Rakyat mensasarkan untuk mewujudkan tambahan 1 juta peluang pekerjaan baru dengan tumpuan khusus untuk mengurangkan pekerja asing dan melatih pelajar lepasan SPM, bagi mengelakkan pengangguran di kalangan mereka.

Saya mohon Dato' Seri Najib Tun Razak mempertahankan angka 650,000 peluang pekerjaan baru setiap tahun yang dijanjikannya, apabila jelas rekodnya dalam mewujudkan peluang pekerjaan tidak ditepati.

 

RAFIZI RAMLI

Pengarah Strategi

Ahli Jawatankuasa Dasar dan Manifesto Pakatan Rakyat

[KENYATAAN MEDIA] Salah Guna Wang Rakyat Untuk Pengiklanan Dan Publisiti Najib-BN

Posted: 08 Apr 2013 09:35 PM PDT

Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), William Leong Jee Keen mengkritik Barisan Nasional (BN) mengambil kesempatan ketika memegang kuasa pentadbiran. Ini berikutan berlakunya penyalahgunaan kuasa wang rakyat boros bagi membiayai kos pengiklanan dan pemasaran. Tindakan BN ini adalah hanya untuk menutup ketidakcekapan pengurusan wang rakyat dan penyelewengan yang berlaku sepanjang 50 tahun mentadbir negara. Melalui pembiayaan pengiklanan ini, BN telah memasarkan kepada rakyat Malaysia perasaan kemakmuran walaupun realitinya Malaysia sebenarnya menghadapi cabaran yang genting, terutamanya dalam keselamatan negara sepertimanya yang berlaku baru-baru ini.

Menurut laporan Maybank bertarikh 19 Mac 2013, ianya dilaporkan bahawa Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah membelanjakan sebanyak RM36.1 juta ke dalam media arus perdana, terutamanya kempen pengiklanan di stesen radio dan televisyen. Di samping itu, BN juga telah membelanjakan sejumlah RM4.9 juta dalam publisiti media.

Menurut satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini oleh William Leong Jee Keen, pada bulan Februari sebelum Tahun Baru Cina, Datuk Seri Najib Tun Razak memakai pakaian Cina yang berwarna merah sebagai pelakon di dalam iklan Tahun Baru Cina. Iklan tersebut turut disiarkan dalam siaran televisyen, Youtube, serta dalam laman sesawang surat khabar. Setiap kali pengguna membuka laman web yang berkenaan, iklan tersebut akan muncul atau 'Pop Up' di skrin komputer si pengguna. Di samping itu, setiap radio stesen mengutarakan iklan Najib berdialog bersama anaknya secara berterusan. Pengiklanan sebegitu adalah iklan yang berbentuk 'spam' yang memberikan kekacauan kepada si pengguna.

Sambung William Leong Jee Keen, sementara rakyat dihujani dengan pengiklanan seperti itu secara berterusan, pada masa yang sama, wang rakyat disalurkan ke dalam poket syarikat-syarikat telekomunikasi dan media dengan senyap tanpa diperasan oleh rakyat.

William Leong Jee Keen ialah calon kerusi Parlimen Selayang bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Menurut beliau, parti politik di luar negara juga membelanjakan wang untuk pengiklanan sewaktu kempen pilihan raya untuk mempromosikan calon-calon dan falsafah politik serta propaganda politik kepada penonton yang lebih luas. Dalam usahanya menghadapi PRU 13, Najib telah membelanjakan sebanyak RM36.1 juta wang rakyat sebelum kempen pilihan raya dimulakan dan ini hanyalah untuk membentuk imej positif beliau. Di samping itu, ianya juga mencerminkan Najib sebagai seorang yang kelahiran dalam sebuah keluarga bangsawan gagal untuk memahami perbezaan di antara kepentingan awam dan kepentingan persendirian.

“Najib bukan sahaja Perdana Menteri negara ini, beliau juga merangkap Menteri Kewangan Malaysia. Kegagalan untuk beliau menggunakan wang rakyat secara bernas, iaitu menggunakannya untuk kepentingan awam dan bukannya kepentingan peribadi beliau sahaja, maka, beliau gagal sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.” William berkata.

Di samping itu, sebelum kempen PRU-13 dimulakan, BN telahpun membelanjakan sebanyak RM4.9 juta pada Februari 2013 bagi tujuan menyebarkan propaganda melalui media. Lantas, kita boleh melihat di bawah hegemoni BN, Pakatan Rakyat (PAKATAN) tidak diberikan sebarang peluang untuk muncul dalam media arus perdana seperti televisyen atau radio seperti TV3 dan RTM tanpa sekatan atau syarat-syarat. ini menunjukkan kerajaan BN masih menyokong sistem pilihan raya yang tidak adil.

William Leong Jee Keen percaya bahawa sejak kerajaan Najib menggalakkan transformasi negara, ianya juga haruslah melibatkan transformasi pilihan raya. Ini boleh dilakukan dengan merujuk contoh negara lain bagi hadkan perbelanjaan kempen Pilihan Raya bagi mengelakkan pembaziran sumber yang berlebihan serta membawa kesan kepada ekonomi negara ini. Lantas, ianya juga boleh mengelakkan pilihan raya menjadi medan pertempuran wang.

Akhirnya, William Leong Jee Keen menggesa para pengundi menolak Najib yang merupakan anak daripada keluarga bangsawan dan menyokong sepenuh kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang berasal dari kalangan keluarga rakyat biasa. William Leong Jee Keen yakin bahawa hanya di bawah kepimpinan Anwar, sumber-sumber negara ini akan diagihkan secara adil, tepat dan seksama, di mana ianya akan memanfaatkan rakyat dan bukannya mengagungkan diri dalam kempen politik media.

Jelajah Pakatan Harapan Rakyat & Pengumuman Calon PKR Oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim Di SARAWAK

Posted: 08 Apr 2013 09:16 PM PDT

11 April 2013 (Khamis)

1) 6.00-8.30 mlm – Ceramah & Sepetang Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi: Pasar Siburan, Batu 17, Jalan Kucing-Serian
(P- Mambong)

2) 7.00-9.00 mlm – Ceramah Perdana Anwar Ibrahim

Lokasi : Maong Bazaar, 3rd Mile Rock Road, Kucing

3) 8.00 – 11.00 mlm – Ceramah Pakatan Harapan Rakyat &
Pengumuman Calon PKR Sarawak

Lokasi: Lorong Cahaya Damai 8G, Bandar Baru Samariang,
Petra Jaya

4) Barisan Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Baru Bian
iii. YB Ali Biju
iv. YB See Chee How
v. YB Dato' Seri Panglima Lajim Ukin
vi. Lt. Jeneral (B) Dato' Abdul Ghafir Abdul Hamid
vii. Lt. Kol Abang Hamdan Abang Hadari
viii. YBhg Zul Rosdi Mohd Hol
ix. YBhg Ahmad Nazib Johari

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP