Posted: 31 Jul 2013 04:20 AM PDT 22 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Ahmad Baei Jaafar Setelah kita berhempas pulas bermujahadah menahan nafsu sepanjang bulan Ramadan, kini sampai masanya kita bersuka ria menyambut hari kemenangan yang dinamakan Aidilfitri.
Tarikh 1 Syawal tetap menjegah kita tanpa gagal sama ada kita berpuasa atau pun tidak. Namun Aidilfitri datang secara khusus untuk meraikan umat Islam melakukan puasa sepenuhnya.
Walau bagaimanapun mereka tidak melakukan puasa sepenuhnya termasuk kanak-kanak boleh turut menyambut hari kemenangan ini, malah dalam realitinya merekalah orang yang paling gembira dengan kedatangan Syawal ini.
Yalah, bagi kanak-kanak mereka akan mendapat duit raya, malah sesetengahnya mendapat beratus ringgit juga. Manakala golongan yang puasanya kurang sempurna berasa gembira kerana tekanan lapar sudah berakhir dan kini boleh membalas dendam, makan sepuasnya. Selain itu, mereka boleh berhibur semahunya.
Sebaliknya mereka yang mampu berpuasa dengan sebaiknya tidak sebegitu ghairah menyambutnya. Mereka selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri akan berziarah sanak saudara. Selepas itu mereka akan menyambung puasa sunat Syawal pada 2 Syawal.
Barangkali mereka inilah golongan yang akan beroleh taqwa. Persoalannya di mana kedudukan anda?
Siapa yang layak menyambut Sememangnya orang yang berpuasa diharapkan mencapai tahap taqwa seperti yang difirmankan Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183; "Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."
Jadi, bagaimana dengan puasa anda, mencapai taqwa atau tidak? Sudahkah anda berpuasa dengan penuh rasa iman dan taqwa? Ya, mereka yang beriman dan bertaqwa berpuasa bukan sekadar tidak makan dan minum dan tidak melakukan perkara yang membatal puasa, tetapi turut menjaga lidah, tangan, kaki, mata dan telinga daripada melakukan dosa kecil apatah lagi besar.
Selain itu mereka yang berjaya menambah pahala sunat seperti solat sunat tarawih yang sempurna, membaca al-Quran dan memberi makan orang berbuka puasa dengan seikhlasnya berpeluang menambahkan mutu Ramadannya. Ibadah ini merupakan bonus untuk menjadikan mereka bertaqwa seperti yang diharapkan Allah dalam ayat di atas.
Mereka yang berjaya melaksanakan ibadah puasa dan segala amalan sunat dalam bulan Ramadan tentu Allah melihatnya dengan penuh rahmat. Apa tidaknya, mereka ini boleh berakhlak baik dengan manusia apatah lagi dengan Allah. Mereka juga boleh berakhlak dengan haiwan dan alam sekitar. Jika inilah hasil daripada ibadah puasanya, tidak syak lagi mereka ini adalah orang yang paling layak untuk menyambut Aidilfitri.
Sejarah Rasulullah dan Sahabat mencatatkan bahawa mereka menyambut hari raya secara sederhana malah mereka bersedih dengan pemergian Ramadan. Oleh sebab itu mereka akan melakukan segala amalan sunat sebaik sahaja diisytiharkan sudah masuk satu syawal.
Mereka mulakan dengan takbir dan tasbih raya. Seterusnya pada siang hari diulang lagi amalan takbir sehingga sebelum solat sunat Aidilfitri dimulakan imam. Sebelum itu sebelum solat subuh mereka akan mandi sunat hari raya. Dan selepas solat subuh mereka akan makan sebagai tanda tidak berpuasa lagi.
Lazimnya selepas solat Aidulfitri mereka akan melakukan amalan ziarah rumah ke rumah, bermula dengan jiran terdekat dan kemudiannya menziarahi sanak saudara terdekat. Mereka rapatkan hubungan terutama silaturrahim dalam kalangan kaum keluarga.
Siapa yang dihalang menyambut Sebenarnya Islam tidak pernah menghalang sesiapa pun untuk menyambut hari raya ini. Malah orang bukan Islam juga boleh bersama-sama orang Islam meraikannya. Oleh sebab itu tidak salahlah orang yang gagal berpuasa sebagaimana yang sewajarnya, menyembut hari raya seperti orang lain. Hal ini kerana mereka adalah golongan yang berpuasa kategori orang awam.
Tetapi lazimnya kita dapati mereka ini menyambut hari raya bak kata ibarat "lebih sudu dari kuah". Sambutan mereka lebih hebat daripada orang yang layak dalam kalangan golongan khawas dan khususul khawas. Mereka menyambut secara melampau dalam berhibur. Malah hiburan adalah keutamaan mereka, sedangkan amalan ziarah sudah dikesampingkan.
Sepatutnya mereka dalam kategori awam ini menyambut Syawal sebagai meraikan golongan yang berjaya termasuk kanak-kanak. Mereka sepatutnya bertemu orang yang berjaya dan mengucapkan tahniah dan doakan kebaikan. Tetapi bagaimana kita hendak kenal mereka yang berjaya kerana lazimnya orang yang berjaya pun tidak mahu mengaku berjaya.
Maka atas semangat itu Islam menganjurkan amalan menyambut Syawal dengan mengucapkan tahniah dan doa kepada orang yang kita temui.
Dengan saling mengucap tahniah yang sekali gus berdoa akan kejayaan orang lain, diharapkan kita semua beroleh kejayaan. Kalaupun tidak sampai ke tahap taqwa, setidak-tidaknya kita menjadi orang yang redha dengan keputusan Allah.
Pada masa yang sama, kita digalakkan bersedekah kepada anak-anak semoga dengan sumbangan ikhlas itu Allah ampun dosa kita dan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan. Kita tidak tahu sejauhmana amalan kita diterima Allah, tetapi kalau kanak-kanak yang suci hati turut mendoakan kita tentu sedikit sebanyak ada penambahan kebaikan untuk kita.
Amalan Sunnah
Rata-rata umat Islam di sini telah melakukan aturcara di atas tetapi sejauhmana mereka dapat melakukannya sebagai yang dianjurkan oleh Islam. Berapa ramai umat Islam yang bangun melakukan mandi sunat Aidilfitri? Wanita yang uzur juga tidak harus ketinggalan untuk melakukan mandi sunat. Kalau begitu semua umat Islam patut melakukannya tanpa gagal.
Begitu juga dengan amalan berkunjung ke tempat solat Aidilfitri, wanita yang uzur masih ada tempat dan ruang untuk sama-sama mendengar khutbah raya. Kalau semua umat Islam datang lebih awal untuk mengambil tempat yang sesuai tentulah besar ganjaran untuk mereka. Wanita uzur walaupun tidak boleh solat mereka boleh duduk di tempat khas di luar masjid untuk sama-sama mendengar khutbah hari raya.
Tetapi saya tidak pasti, berapa buah masjidkah yang menyediakan tempat khas untuk wanita uzur? Atau adakah wanita uzur sendiri tidak berminat untuk mendengar khutbah lalu kerana itu tempat mereka tidak disediakan? Realitinya wanita yang uzur lebih selesa berada di dalam rumah semasa orang lain bersolat hari raya. Alangkah ruginya mereka kerana tidak mendapat nasihat yang baik pada pagi hari raya.
Sebenarnya solat sunat hari raya dan khutbahnya amat besar faedahnya. Selain solat berjemaah itu mendapat pahala berlipat kali ganda, dapat pula umat Islam berkenal mesra antara satu sama lain. Ya, kadang-kadang jiran rumah pun kita tidak berpeluang bercakap, maka pada hari ini kita berpeluang berbual sambil mengucap tahniah atas kejayaan menjalankan ibadah puasa.
Namun tidak dinafikan, ada umat Islam yang walaupun berkumpul ramai-ramai, mereka tidak mahu mengambil perluang berkenalan dengan rakan solat di sebelahnya. Adakah mereka malu untuk berkenalan atau mereka sombong kerana menilai orang tidak layak berkenalan dengannya. Kalau itu yang difikirkan bagaimana kita boleh berjaya dalam menempuh ujian Allah. Boleh jadi inilah tanda awal kita gagal melaksanakan ibadah puasa.
Sebaiknya sewaktu bersalaman kita memperlawa mereka ke rumah anda. Inilah amalan orang soleh sejak zaman berzaman. Mereka akan berziarah jiran terdekat selain sanak saudara dengan saling mengucap tahniah kerana berjaya memenuhi ibadah puasa. Cuma dalam amalan masyarakat Melayu, kita sering ucapkan "Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin" kepada orang yang kita temui. Semoga ucapan itu dinilai sebagai doa juga. Bagi menambah baik ucapan itu bolehlah juga kita susuli dengan ucapan; "tahniah anda berjaya beroleh taqwa, tahniah anda berjaya melaksanakan puasa dengan sempurna dan yang seumpamanya. Bagi masyarakat Arab mereka sering ucapkan كل عام وأنتم بالخير yang bermaksud semoga setiap tahun kamu dalam keadaan baik.
Sebenarnya pada zaman Rasulullah ada satu ucapan yang turut dipakai, ini berdasarkan sebuah hadis daripada Wasilah bin al-Asqa' katanya, aku bertemu Rasulullah SAW pada hari raya lalu aku berkata: تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ maka baginda berkata: ya تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ maksudnya: "Semoga Allah terima amalan daripada kami dan kamu juga."
Amalan yang diucapkan oleh sahabat ini untuk Rasulullah adalah untuk menunjukkan adab memberi ucapan tahniah. Selain itu apabila baginda membalas dengan ucapan yang sama menunjukkan ucapan itu boleh digunakan oleh umat Islam.
Berdasarkan itu ucapan sebegini masih releven diucapkan sewaktu kita berziarah ke rumah orang yang kita hormati juga kawan-kawan yang kita sayangi. Semoga amalan ini juga boleh dijadikan hiburan buat kita sepanjang berhari raya. |
Polis tahan jurulatih anjing isu video hari raya Posted: 31 Jul 2013 04:06 AM PDT 22 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Polis hari ini menahan jurulatih anjing Maznah Mohd Yusof, yang mencuri tumpuan ramai dengan video ucapan Hari Raya Aidil Fitri bersama anjing.
Maznah mengesahkan perkara itu dan memberitahu beliau kini ditahan di Bukit Aman.
Maznah ketika dihubungi Malaysiakini dengan tenang berkata beliau telah disoal siasat oleh polis Cawangan Khas dan pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
"Mereka tanya niat saya memuatnaik video itu (tiga tahun lalu) dan pekara berkaitan," katanya.
Peguam Latheefa Koya sewaktu dihubungi berkata Maznah menghubungi beliau sewaktu berada dalam kereta polis.
Katanya, Maznah juga memaklumkan bahawa beliau dibawa ke Bukit Aman dan mungkin akan ditahan selama 24 jam.
Malaysiakini/-
|
Beri peluang laksana undang-undang syariat Islam Posted: 31 Jul 2013 02:52 AM PDT 22 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Nasrudin Hassan
- Meskipun kerajaan menjadikan agenda pengurangan jenayah sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara, namun statistik dan laporan pendedahan jenayah di media akhir-akhir ini menunjukkan sebaliknya.
Daripada data sampel yang dikumpul dari paparan media sejak 1 April 2013 hingga 30 Julai 2013, sebanyak 15 kes jenayah melibatkan senjata api, pedang dan parang telah berlaku. Mangsa jenayah pula meliputi golongan berstatus tinggi hingga ke status rendah. Tambahan lagi, kejadian-kejadian yang berlaku adalah di perkarangan umum seperti di tepi jalan, tempat parkir kereta dan berdekatan sekolah pada waktu pagi, petang dan malam. Ekoran daripada kes-kes tersebut, timbul beberapa persoalan: a) Bagaimana penjenayah-penjenayah bersenjatakan pistol dan pedang samurai begitu mudah menembak serta menetak mangsa di lokasi-lokasi awam? b) Adakah senjata-senjata seperti pistol dan pedang samurai senang diperolehi di pasaran serta tidak terkawal? c) Benarkah dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan wujud banyak kumpulan samseng/mafia yang mempelopori sindiket-sindiket haram seperti pembunuh upahan berprofil tinggi di negara ini? Saya menyeru kepada semua pihak termasuk daripada PAS agar turut sama berganding bahu untuk membantu pihak polis dalam membanteras jenayah di negara ini menggunakan kapasiti kemampuan masing-masing. Mewujudkan persekitaran negara yang aman dan selamat merupakan agenda serta komitmen seluruh rakyat. Saya juga menggesa agar saksi-saksi kejadian tidak gentar malah segera tampil ke hadapan untuk membantu pihak polis menyelesaikan kes-kes jenayah yang berlaku. Malah, pihak kerajaan khususnya Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) dapat mempertingkatkan usaha-usaha seperti sentiasa mengaktifkan keberadaan anggota-anggota polis di lokasi-lokasi panas, memperbaiki CCTV di kawasan awam dan memperkemaskan gerak kerja risikan agar sindiket jenayah dapat ditumpaskan. Berikut adalah data sampel kes-kes jenayah bersenjatakan pistol dan pedang samurai dari 1 April 2013 hingga 30 Julai 2013. a) 1 April 2013 - Kejadian tembak dan tetak seorang lelaki di Taman Seri Timah, Balakong. b) 26 April 2013 - Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim ditembak mati dengan jarak dekat di Lebuh Sentosa, Putrajaya. c) 7 Mei 2013 - Kejadian tembak di sebuah kedai cuci kereta di Kampung Keliang, Kalumpang, Hulu Selangor. d) 25 Mei 2013 - Seorang peraih ikan ditembak mati selepas keluar daripada Masjid Nurul Anuar, Mukim Dalam Rhu, Pasir Puteh. e) 27 Mei 2013 - Seorang lelaki yang sedang berkebun di kawasan rumahnya cedera parah selepas ditembak di Jalan Melati, Nilai. f) 28 Mei 2013 - Kes menetak, mengikat dan menembak pekerja kontrak Petronas di Dungun g) 2 Jun 2013 - Seorang pemandu bas sekolah cedera ditembak lima das tembakan di hadapan rumahnya di Taman Rembau, Butterworth. h) 7 Julai 2013 - Polis Kelantan mengesan tiga kumpulan besar pengedaran dadah yang menyebabkan beberapa kes tembakan. i) 8 Julai 2013 - Pembunuhan seorang guru Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Kota Bharu selepas terkena tiga das tembakan. j) 13 Julai 2013 - Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun menjadi mangsa akibat tembakan yang disasarkan oleh penjenayah tidak menepati sasaran di Pangsapuri Golf View Bukit Jambul, Georgetown. k) 17 Julai 2013 - Seorang guru ditembak mati di Simpang Empat Keladi, Kulim dalam perjalanan ke sekolah. l) 24 Julai 2013 - Seorang lelaki yang baru selesai dari berjoging cedera parah selepas ditembak di kawasan letak kereta Taman Rekreasi Gunung Lambak, Kluang. m) 26 Julai 2013 - Seorang pemandu lori Pertubuhan Peladang Kawasan Temerloh cedera setelah ditembak dalam perjalanan ke Jerantut. n) 28 Julai 2013 - Pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) MyWatch cedera parah setelah ditembak di persimpangan jalan Taman Cempaka, Bahau. o) 29 Julai 2013 - Pengasas Arab Malaysian Bank maut dan isterinya ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur. Jika negara buntu dan pihak berkuasa mati kutu untuk menangani jenayah yang meningkat mendadak secara luar biasa, saya sekali lagi mahu mengulangi pendirian saya yang pernah saya lontar satu masa dulu betapa perlunya perlaksanaan undang-undang Syariat Islam dikuatkuasakan sebagai alternatif dari kegagalan teruk sistem yang ada pada hari ini. Berilah peluang kepada Islam membuktikan keupayaan dan kemampuannya menangani dan membanteras jenayah yang semakin membarah. Islam pasti sahaja akan memastikan keadilan dan kesaksamaan kepada semua kaum dan bangsa tetutama insan tertinda dan mangsa jenayah serta Islam menurunkan berkat dan rahmat Allah swt tuhan yang Maha Mencipta. Pada masa yang sama, insya-Allah Dewan Pemuda PAS Malaysia akan turun padang mengedarkan risalah untuk meniup kesedaran rakyat betapa perlunya "Bersama Perangi Jenayah" di pertengahan syawal selepas ummat Islam menyambut hari lebaran Aidil Fitri yang bakal menjelma tidak berapa hari sahaja lagi. Institut Pemikiran Fadhil Noor (INFO) sebagai sebuah agensi di bawah lajnah Penerangan DPPM akan diaktifkan sebagai agen yang akan bekerjasama dengan pihak PDRM, menyampaikan kesedaran ini kepada masyarakat menerusi forum dan wacana awam "Bersama Perangi Jenayah" . NASRUDIN HASSAN adalah ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dan ahli parlimen Temerloh.
|
PAS persoal pengendalian petisyen pilihan raya Posted: 31 Jul 2013 02:35 AM PDT 22 Ramadhan 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: PAS kesal dengan tindakan Mahkamah Pilihan Raya yang menolak petisyen dikemukakan oleh PAS dengan menggunakan alasan dan denda yang sama.
PAS memfailkan keseluruhan 16 petisyen di seluruh negara dan 11 darinya telah ditolak oleh mahkamah.Tiga lagi belum disebut di mahkamah adalah bagi kawasan Nusa Jaya dan Gambir di Johor, Kelawang, Negeri Sembilan sementara dua kawasan di Terengganu Hulu Besut dan Kuala Berang keputusan akan diperolehi esok. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah yang dilihat sebagai membelakangkan proses demokrasi. "Kita kesal cara pengendalian petisyen yang berjalan di mahkamah, 16 petisyen yang dikemukakan oleh PAS dan 11 darinya telah ditolak dengan alasan serta denda yang sama. "Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kata kalau tidak puas hati dengan keputusan boleh bawa ke mahkamah untuk keadilan, tetapi bila dibawa kita melihat ia tidak dikendalikan sepertimana yang kita harapkan," jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat Agung PAS sebentar tadi. Malah katanya lagi, keputusan tersebut juga dilihat sebagai ada arahan dari pihak tertentu. "Kita juga melihat keputusan tersebut seperti mendapat arahan dari pihak tertentu kerana alasan sama termasuk juga kos yang diarahkan juga amat luar biasa," sambung beliau. Tutup penyelewengan?Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu keputusan tersebut seperti sebagai usaha menggunakan mahkamah untuk menutup segala penyelewengan yang berlaku pada pilihan raya yang lepas. Katanya, kerajaan tidak boleh salahkan sesiapa jika rakyat mempunyai satu persepsi negetif terhadap kredibiliti mahkamah yang dilihat tidak memihak kepada pihak yang mahukan keadilan mengikut saluran demokrasi yang betul. Dalam pada itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub melahirkan kebimbangan tindakan tersebut akan memberi ruang kepada rakyat untuk menuntut keadilan mengikut cara mereka sendiri. "Kita tuntut keadilan melalui proses demokrasi yang betul tetapi kerajaan menutup ruang tersebut. "Saya bimbang dengan keputusan ini rakyat akan bangkit menuntut keadilan mengikut saluruan mereka sendiri, kita tidak mahu negara ini menjadi seperti negara-negara yang lain," kata Salahuddin. Sementara itu PAS akan menghantar satu memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong dalam masa terdekat berhubungan kedudukan Pengerusi SPR agar perlantikannya dikaji balik serta pendedahan penyelewengan yang berlaku di dalam pilihanraya yang lepas. Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Hatta Mohd Ramli, Peguam Mohamed Hanipa Maidin (Ahli Parlimen Sepang), Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud (Ahli Parlimen Kota Raja).
Harakahdaily/- |
Turki gantung 27 perjanjian dengan Mesir Posted: 31 Jul 2013 02:30 AM PDT 22 Ramadhan 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Kerajaan Turki semalam menyerlahkan lagi pendirian tegas mereka menentang rampasan kuasa di Mesir apabila bertindak menggantung sebahagian besar perjanjian yang termeterai antara Ankara dengan Kaherah. Beberapa buah akhbar Turki semalam melaporkan, pengantungan itu melibatkan sejumlah 27 perjanjian berkaitan perhubungan dua hala, pengajian dan kesihatan yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Tayyib Erdorgan sewaktu lawatan beliau ke Mesir tahun lepas. Difahamkan keputusan tersebut diambil Turki sebagai protes berterusan terhadap rampasan kuasa oleh pihak tentera.
Ianya juga ekoran insiden terbaru serangan polis Mesir pada pagi 27 Julai lalu yang menyebabkan kematian 200 orang penyokong Morsi dan ribuan lagi cedera.
Tindakan tegas itu menyusul selepas ucapan Erdorgan pada petang Ahad lalu ketika menghadiri majlis jamuan berbuka puasa di bandar Istanbul yang mengecam "pembunuhan yang membunuh 200 orang" dan berkata, "Kita tidak akan berdiam diri dengan apa yang berlaku di Mesir."
Erdogan sebelum ini antara pemimpin Islam yang lantang menolak kerajaan sementara lantikan tentera Mesir dan menganggap Morsi masih Presiden Mesir yang sah yang telah dipilih oleh rakyat.
|
Terkini :Lelaki ditemui mati dengan tiga kesan tembakan di Parit Buntar Posted: 30 Jul 2013 11:42 PM PDT 22 Ramadhan 1434 H. [MOD] - PARIT BUNTAR: Seorang lelaki ditemui maut dengan tiga kesan tembakan pada tubuhnya di kawasan persimpangan Jalan Permai 2, Parit Buntar di sini, pagi tadi.Dalam kejadian kira-kira 9.40 pagi itu, lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan sedang menunggang motosikal sebelum orang ramai mendengar bunyi tiga das tembakan. Polis menemui dua kesan tembakan di rusuk kanan dan kesan tembakan di perut serta menemui tiga kelongsong peluru di tempat kejadian yang berdekatan Pejabat Pendidikan Daerah. Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan mengesahkan kejadian dan polis masih menjalan siasatan lanjut.
Berita Harian. |
Terkini ; Seorang mati di tembak di Parit Buntar. Posted: 30 Jul 2013 10:54 PM PDT 22 Ramadhan 1434 H. [MOD] - PARIT BUNTAR : Seorang penduduk Taman Semarak Parit Buntar berketurunan India telah mati ditembak sekitar jam 10.30 pagi tadi berdekatan dengan simpang tiga tidak jauh dari Sekolah Kebangsaan Baru Parit Buntar. Menurut saksi sebanyak 3 das tembakan telah di lepaskan ke arah mangsa dan 2 darinya kena pada mangsa . Satu dibahagian hati dan satu dibahagian perut. Tembakan tersebut juga jelas kedengaran dari Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang yang terletak hampir 1 km dari tempat kejadian. Dikatakan mangsa dengan menaiki motosikal telah ditembak dari jarak dekat oleh 2 orang yang tidak di kenali yang juga menaiki sebuah motosikal. Sehingga jam 1 petang masih ramai kaum india berada berdekatan lokasi yang juga simpang menghala ke Pejabat Pendidikan Daerah Kerian itu. Sehingga kini motif tembakan masih tidak dapat disahkan. |
Wakil EU tidak dedah isi pertemuan dengan Morsi Posted: 30 Jul 2013 08:59 PM PDT 22 Ramadhan 1434 H. [MOD] - MESIR: Ketua Dasar Asing Kesatuan Eropah (EU) Cathrine Ashton yang bertemu dengan Dr Mohammed Morsi semalam mendakwa beliau tidak mengenali di mana tempat presiden yang digulingkan tentera itu disembunyikan. Beliau juga berkata, Morsi tidak dikunjungi oleh mana-mana wakil dan beliau juga gagal dihubungi oleh keluarga selain mereka tidak tahu di mana Morsi disembunyikan.
Ashton memberitahu media dalam sidang akhbar bersama Naib Presiden sementara Dr.Mohammed El-Baradei, semalam.
Beliau yang tiba di Mesir dua hari lalu mengadakan pertemuan dan perbincangan secara langsung selama dua jam dengan Morsi semalam.
Beliau juga menyifatkan pertemuan dua jamnya dengan Mursi sebagai "mesra, terbuka dan sangat jujur".
Walau bagaimanapun Ashton berkata, beliau "tidak dapat menyingkap secara terperinci" sambil mendakwa kesihatan Presiden Mursi berada dalam keadaan baik.
Beliau juga berkata, Mursi mempunyai akses kepada televisyen dan akhbar serta dimaklumkan berhubung keadaan dalam negara.
"Saya tidak tahu di mana dia berada, tetapi saya nampak kemudahan yang dia ada," katanya.
|
Pemimpin Eropah: Keadaan Mursi baik Posted: 30 Jul 2013 08:57 PM PDT 22 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Mesir membenarkan diplomat tertinggi Eropah menemui presiden Islamis yang digulingkan Mohamed Mursi pada Isnin.
Catherine Ashton, ketua dasar asing Kesatuan Eropah (EU) sekali gus menjadi orang luar pertama menemui Mursi sejak rampasan kuasa tentera pada 3 Julai, lapor Reuters. Mursi selepas itu dibawa ke tempat tahanan dan disiasat atas pelbagai dakwaan, termasuk membunuh.
Ashton menyifatkan pertemuan dua jamnya dengan Mursi sebagai "mesra, terbuka dan sangat jujur".
Pembantunya berkata perbualan kedua-dua pihak "mendalam".
"Saya cuba memastikan anggota keluarganya tahu baik keadaan dirinya," kata Ashton, yang diterima kedua-dua pihak bertelagah.
Ashton juga berkata, Mursi mempunyai akses kepada televisyen dan akhbar serta dimaklumkan berhubung keadaan dalam negara.
"Saya nampak beliau di mana," katanya.
"Saya tidak tahu di mana dia berada, tetapi saya nampak kemudahan yang dia ada." |
Siasat bagaimana rakyat mudah miliki senjata api Posted: 30 Jul 2013 08:55 PM PDT 22 Ramadhan 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak PDRM menyiasat sedalam mungkin punca pemilikan senjata api dengan mudah, apakah ia dari rakyat di negara ini sendiri atau dibawa masuk dari luar.
"Apakah senjata api menjadi suatu industri gelap dilakukan di kawasan hitam, dimiliki sekumpulan kongsi gelap serta memiliki rangkaian di seluruh negara?" tanya Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam satu kenyataan. Katanya, persoalan itu perlu dijawab dengan kerajaan perlu berusaha menumpaskan jenayah ini sehingga ke akar umbi agar tiada lagi mangsa ditembak selepas ini.
Kenyataan penuh beliau seperti di bawah.
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan kebimbangan atas kejadian yang berlaku sejak akhir-akhir ini melibatkan jenayah bersenjata api. Insiden terbaharu berlaku apabila pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysian Hussain Ahmad Najadi mati ditempat kejadian setelah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari Tokong Kuan Yin di Lorong Ceylon jam 2 petang semalam. Isterinya pula cedera parah ditembak pada kejadian yang sama.
Dua hari lepas, pengerusi NGO MyWatch, R Sri Sanjeevan cedera parah ditembak dari jarak dekat oleh individu yang tidak dikenali. Insiden ini berlaku pada tempoh yang berdekatan dan dilakukan melalui modus operandi yang sama.
Beberapa minggu yang lalu, dua orang guru mati ditembak melalui insiden yang berasingan juga melalui modus operandi yang sama. Dalam masa yang hampir sama, PDRM menahan dua individu yang didakwa memiliki senjata api yang digunakan untuk disewakan.
Nampaknya kehadiran pasukan peronda polis sudah tidak lagi digeruni penjenayah. Rondaan kerap juga dilihat gagal mematahkan helah dan strategi penjenayah mencari mangsanya.
Kamera litar tertutup atau CCTV seperti tidak berfungsi untuk mematahkan jenayah daripada berlaku. Polis juga sudah tidak lagi berjaya mewujudkan suasana aman di negara ini sehingga wujudnya insiden jenayah di mana-mana.
Isunya adalah bagaimana kejadian jenayah melibatkan senjata api boleh berlaku begitu mudah di kawasan terbuka, orang ramai serta berlaku di waktu siang sejak kebelakangan ini?
Mengapa penjenayah sudah semakin berani menggugat keselamatan awam dengan melakukan aksi samseng atau kongsi gelap dengan melepaskan tembakan sesuka hati kepada suspek tanpa merasa takut?
DPPM mempersoalkan mengapa senjata api mudah dimiliki, dibawa masuk atau diseludup ke dalam negara dengan begitu mudah?
Apakah pintu sempadan negara sudah bocor diterobos oleh penjenayah licik sehingga gagal dikesan aktiviti penyeludupan senjata api ke negara ini atau adakah industri pembuatan senjata api boleh dibuat dalam negara ini melalui teknologi yang ada pada rakyat negara ini?
Isu pemilikan senjata api mengingatkan rakyat bagaimana insiden sekumpulan pengganas luar menceroboh masuk ke dalam negara di Lahad Datu, memiliki senjata api berat, mengancam penduduk tempatan dan mengisytiharkan perang ke atas kerajaan Malaysia.
Jika sekumpulan penceroboh dan pengganas membawa senjata berat masuk ke dalam negara gagal dikesan, tidak mustahil pula penjenayah individu atau sekumpulan kecil menerobos masuk ke dalam negara membawa senjata kecil dan ringan.
Insiden ini menunjukkan bahawa Malaysia sudah bukan lagi sebuah destinasi aman dan selamat bagi rakyatnya. Negara ini sudah mirip menjadi seperti negara Amerika Selatan, Afrika atau sebahagian negara yang sedang berkonflik perang serta memiliki rangkaian kartel dadah terbesar sehingga samseng, kongsi gelap atau pembunuh upahan yang bermaharajalela sesuka hati.
Keamanan negara-negara tersebut ditentukan oleh pengaruh kekuatan kumpulan masing-masing, siapa kuat dia berkuasa dan mereka menentukan keamanan atau huru hara sesebuah kawasan.
DPPM dengan ini mendesak kerajaan agar segera menubuhkan pasukan khas memantau, mencegah serta memerangi jenayah senjata api. Isu ini perlu ditangani serta merta dengan tindakan bersepadu agar insiden ini tidak berulang ke atas mana-mana mangsa lain.
Golongan korporat, usahawan, ahli politik dan profesional paling merasa terancam dengan kejadian ini dan bimbang jika mereka pula menjadi sasaran pula selepas ini.
DPPM juga mendesak PDRM menyiasat sedalam mungkin punca pemilikan senjata api dengan mudah, apakah ia dari rakyat di negara ini sendiri atau dibawa masuk dari luar.
Apakah senjata api menjadi suatu industri gelap dilakukan di kawasan hitam, dimiliki sekumpulan kongsi gelap serta memiliki rangkaian di seluruh negara?
Persoalan ini perlu dijawab dengan kerajaan perlu berusaha menumpaskan jenayah ini sehingga ke akar umbi agar tiada lagi mangsa ditembak selepas ini. |
Kumpulan peguam Mesir saman kerajaan sementara Posted: 30 Jul 2013 08:54 PM PDT 22 Ramadhan 1434 H. [MOD] - MESIR: Sekumpulan para peguam Mesir semalam mengemukakan saman terhadap kerajaan sementara lantikan tentera yang melakukan rampasan kuasa terhadap Presiden Dr Muhammad Morsi.
Kumpulan peguam itu yang diketuai Hameed Sodiq menamankan Presiden sementara Adli Mansour, Naib Presiden Dr.Mohammed El-Baradei, Perdana Menteri Hazim Beblawi, Menteri Pertahanan Abdul Fattah As-Sisi, Syeikh Al-Azhar Dr.Ahmed Toyyib dan Ketua Gereja Koptik Pope Tawadhrox sebagai defendan. Saman tersebut antara lain atas dakwaan merancang dan menyebabkan pembunuhan lebih 200 orang penunjuk perasaan yang berhimpun secara aman, menggunakan kekerasan melalui polis dan tentera yang menganggap mereka ini adalah "pengganas".
Pemimpin Islam terus diburu
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa Mesir terus memburu pemimpin Islam dalam usaha mereka meredakan kebangkitan rakyat yang membantah rampasan kuasa tentera.
Semalam dua lagi aktivis Islam ditahan iaitu Presiden Parti Wasat Ir.Abul 'Ela Madhi dan Naib Presiden Esom Sultan.
Kedua-dua mereka diperintah oleh mahkamah untuk ditahan reman selama 15 hari bagi disoalsiasat.
Esom Sultan didakwa bertanggungjawab membunuh, membakar pejabat-pejabat kerajaan, menangkap serta menyeksa mangsa yang terdiri dari rakyat Mesir di dataran Raba'ah.
Ianya dilihat satu dakwaan yang pelik dan dianggap banyak pihak sebagai "dakwaan rekaan" yang bermotif politik.
Esom Sultan adalah antara pimpinan Islam yang lantang mengkritik rampasan kuasa dan beliau antara yang berkampung di Dataran Raba'ah bersama jutaan lagi rakyat mendesak Morsi dikembalikan.
Beliau juga adalah bekas salah seorang anggota Panel Penggubal Perlembagaan 2012 ketika Morsi ditampuk kuasa.
Selain mereka, lapan lagi pemimpin Ikwanul Muslimin masih lagi ditahan dan belum dibebaskan.
Antara mereka termasuk bekas Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Syeikh Mahdi 'Akif dan Presiden Parti Rayah (Salafi) Syeikh Hazim Abu Ismail. |
Lagi video hina umat Islam Posted: 30 Jul 2013 08:52 PM PDT 22 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Rakaman video individu berbaju Melayu menyambut Aidilfitri bersama anjing. Kuala Lumpur: Satu rakaman video yang menular dalam internet memaparkan seorang individu yang menyambut Aidilfitri bersama anjing mencetuskan kontroversi dan kemarahan umat Islam. Video itu yang menggunakan latar bunyi takbir raya menunjukkan individu terbabit menyambut Aidilfitri bersama tiga anjingnya.
Babak sensitif dan menghina Islam dalam video berkenaan bermula dengan aksi individu berkenaan memakai baju Melayu hitam membasuh kaki seekor anjingnya dan kakinya sendiri seolah-olah berwuduk.
Individu terbabit kemudian meletakkan biskut raya di atas meja untuk dimakan tiga anjingnya.
Video berkenaan yang diakhiri dengan pesanan 'Raikanlah Aidilfitri Bersama-sama Tanpa Mengira Spesies, Warna dan Asal-Usul' yang merujuk kepada manusia dan anjing.
Tinjauan di laman sosial Facebook mendapati video itu disebarkan secara meluas dan mendapat pelbagai reaksi rakyat Malaysia.
Sebelum ini kotraversi berlaku bila penghinaan kepada Ramadhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dan perempuan keturunan cina dan berakhir dengan mereka berdua didakwa di Mahkamah.
Tindakan tegas kepada siapa sahaja yang menghina agama orang lain termasuk Islam mestilah dilakukan mengikut undang-undang yang sedia ada. Ini termasuk beberapa individu Melayu yang telah menghina peribadi Nabi Muhamaad dalam FB nya. |
Petisyen batalkan keputusan empat kerusi Parlimen ditolak Posted: 30 Jul 2013 08:28 PM PDT 22 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Mahkamah Pilihan Raya di sini, sebentar tadi menolak petisyen untuk membatalkan keputusan pilihan raya bagi kerusi Parlimen Sepang, Sungai Besar, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.
Kesemua kerusi parlimen itu dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) kecuali bagi kawasan Sepang yang dimenangi calon PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei lalu. |
Petisyen: BN kekal di Parlimen Pulai, Tebrau & PAS di DUN Puteri Wangsa Posted: 30 Jul 2013 05:49 PM PDT 22 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Mahkamah Pilihan Raya Johor Bahru hari ini mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Pulai dan Parlimen Tebrau selepas menolak petisyen yang difailkan PAS dan PKR. Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham turut mengekalkan kemenangan PAS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa selepas menolak petisyen yang difailkan BN. Menolak semua petisyen itu dengan kos, Abraham menyatakan semua pempetisyen gagal mematuhi peraturan penyampaian, selain kandungannya yang terlalu umum.Bagi Parlimen Pulai, Abraham mengarahkan pempetisyen membayar kos RM10,000 kepada responden pertama, Ahli Parlimennya, Datuk Nur Jazlan Mohamed manakala RM25,000 masing-masing kepada responden kedua, pegawai pengurus bahagian pilihan raya Parlimen Pulai dan ketiga, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Bagi Parlimen Tebrau, pempetisyen diarah membayar kos RM10,000 kepada responden pertama, Ahli Parlimennya, Khoo Soo Seang manakala RM25,000 masing-masing kepada responden kedua, pegawai pengurus bahagian pilihan raya Parlimen Tebrau dan ketiga, SPR. Pada pilihan raya umum lalu, Nur Jazlan menewaskan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dengan majoriti 3,226 undi manakala Khoo menewaskan calon PKR, Choong Shiau Yoon dengan 1,767 undi. Mahkamah turut mengarahkan pempetisyen yang difailkan BN membayar kos RM10,000 kepada responden pertama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Puteri Wangsa, Abdullah Hussin manakala RM25,000 masing-masing kepada responden kedua, pegawai pengurus bahagian pilihan raya DUN Puteri Wangsa dan ketiga, SPR. Abdullah yang mewakili PAS menewaskan calon BN, M Soorianarayanan dan Bebas dengan majoriti 3,469 undi. BN pada ketiga-tiga prosiding petisyen itu diwakili peguam Syed Faizal Syed Abdullah dan Mohd Reza Abu Hassan. PAS pula diwakili peguam Rohana Ramli dan Firdaus Masod, PKR diwakili peguam Ranjit Singh dan Razlan Hadri manakala Peguam Kanan Persekutuan S Narkunavathy mewakili responden kedua dan ketiga. - Bernama |
Rompakan terbesar permata Posted: 30 Jul 2013 05:44 PM PDT 22 Ramadhan 1434 H. [MOD] - CANNES 30 Julai - Seorang perompak melarikan barangan kemas bernilai lebih AS$136 juta (RM440 juta) dalam rompakan bersenjata pada satu pameran di sebuah hotel mewah di French Riviera, tenggara Perancis, kelmarin.
Pejabat pendakwa raya di bandar berhampiran, Grasse mengeluarkan angka itu, semalam berdasarkan satu inventori barangan yang dicuri pada pameran barangan kemas yang diadakan di hotel mewah Carlton. Jumlah itu adalah dua kali ganda lebih besar daripada anggaran awal yang diberikan oleh media tempatan iaitu kira-kira AS$53 juta (RM172 juta), sekali gus menjadi rompakan permata terbesar di negara ini.
Rompakan bersenjata itu dilakukan tengah hari kelmarin oleh seorang perompak yang menggunakan pistol automatik dan memakai topi serta menutup muka.
Dia bertindak mengugut pengawal keselamatan dan jurujual sebelum melarikan diri bersama beg bimbit mengandungi 72 barangan kemas, termasuk batu permata, cincin, loket dan anting-anting bertatah berlian daripada satu koleksi milik pakar berlian Leviev.
Menurut seorang jurucakap daripada pejabat pendakwa raya, lelaki itu memasuki bilik pameran itu melalui pintu kaca yang sepatutnya telah diperkukuhkan . Siasatan awal turut mendapati perompak itu tercicir beberapa barangan kemas ketika melarikan diri melalui pintu lain. - AGENSI
|
Penyokong Mursi berhimpun Posted: 30 Jul 2013 05:41 PM PDT 22 Ramadhan 1434 H. [MOD] - KAHERAH 30 Julai - Beribu-ribu penyokong bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Mohammed Mursi berarak menuju ke ibu pejabat keselamatan di sini, lewat semalam, sekali gus meningkatkan kebimbangan tercetusnya pertempuran baharu. Perhimpunan itu diadakan, meskipun Majlis Pertahanan Kebangsaan memberi amaran akan mengambil 'tindakan tegas' ke atas penunjuk perasaan jika mereka melampaui batas.
Ketegangan memuncak di Mesir selepas pasukan keselamatan Mesir bertindak menembak mati berpuluh-puluh penyokong Mursi ketika mereka mengadakan tunjuk perasaan di Kaherah pada Sabtu lalu.
Beribu-ribu penyokong Mursi dilaporkan mula berhimpun di Masjid Rabaa al-Adawiya pada kira-kira pukul 11 malam tadi (5 pagi tadi waktu Malaysia) selepas berbuka puasa.
Kumpulan itu bergerak dari Masjid Rabaa al-Adawiya menuju ke bangunan Kementerian Dalam Negeri dan dua bangunan keselamatan sambil melaungkan slogan anti-tentera.
Satu pergerakan Islam yang dikenali sebagai Perikatan Anti-Rampasan Kuasa yang turut menentang penggulingan Mursi turut menggesa pengikutnya mengadakan perhimpunan besar-besaran, hari ini.
"Kami seru berjuta-juta rakyat Mesir untuk turun di bawah nama 'Syahid akibat Rampasan Kuasa' hari ini," kata pergerakan itu dalam satu kenyataan.
Gesaan itu meningkatkan kemungkinan tercetusnya konfrontasi terbaharu selepas Majlis Pertahanan Kebangsaan turut mengeluarkan amaran, semalam bahawa penunjuk perasaan akan berdepan tindakan kekerasan jika mereka melanggar undang-undang. - AFP
|
10 maut banjir dan tanah runtuh di Ambon Posted: 30 Jul 2013 05:40 PM PDT 22 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
JAKARTA 31 Julai - Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan empat lagi masih hilang ketika bencana banjir dan tanah runtuh melanda bandar Ambon di timur Indonesia, semalam. Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Sutopo Nugroho berkata, banjir berikutan hujan lebat sejak kelmarin menjejaskan 12 buah kampung di ibu negeri wilayah Maluku.
Tambahnya, lebih daripada 4,300 penduduk telah dipindahkan manakala 28 lagi cedera. - DPA
|
Lapan cedera loji gas meletup di Florida Posted: 30 Jul 2013 05:39 PM PDT 22 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
MIAMI: Beberapa siri letupan berlaku di loji gas di tengah Florida, semalam menyebabkan lapan cedera dengan tiga daripadanya dilaporkan kritikal.
"Mereka yang cedera adalah pekerja di loji berkenaan," kata jurucakap Pejabat Sheriff Lake County, John Herrell.
Beliau berkata, letupan berlaku jam 10.30 malam apabila sekumpulan pekerja terdiri antara 24 hingga 26 orang berjalan untuk membuat pertukaran waktu bekerja.
Letupan itu menyebabkan kebakaran besar di loji Blue Rhino dan berjaya dipadamkan awal hari ini.
Terdapat satu kebocoran gas berlaku di sebuah tangki simpanan besar namun ia tidak mendatangkan risiko kepada Bandar Tavares yang berdekatan.
Ketua Jabatan Bomba Tavares, Richard Keith, menolak kemungkina kejadian itu disebabkan sabotaj sebaliknya dipercayai berpunca daripada kerosakan peralatan. - AFP |
10 maut pertempuran di sempadan Pakistan-Afghanistan Posted: 30 Jul 2013 05:38 PM PDT 22 Ramadhan 1434 H. [MOD] - PESHAWAR: Sekurang-kurangnya 10 maut dalam pertempuran antara pihak keselamatan Pakistan dengan militan Islam, di sempadan Pakistan- Afghanistan, awal hari ini. Laporan menyebut berpuluh penyerang bersenjata menyerang pos pemeriksaan di Wilayah Khyber dengan lapan militan dan dua askar terbunuh ketika berbalas tembakan.
"Serangan berlaku di pos tentera berdekatan Sungai Bara. Pasukan tentera bagaimanapun berjaya menyerang balas," kata seorang pegawai. - AFP |
Puasa Yang Tidak Di Terima Dengan Sempurna Posted: 30 Jul 2013 03:54 PM PDT 22 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, ia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallambersabda, مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَ العَمَلَ بِهِ وَ الجَهْلِ فَلَيْسَ للهِ حَاجَةٌ فِي أَن يَدَعَ طَعامَه وشرابَه Artinya; "Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan dusta, mengamalkannya dan bersikap bodoh, maka Allah tidak butuh terhadap sikapnya meninggalkan makan dan minumnya (puasanya)" Diriwayatkan al-Bukhari dan Abu Daud dan lafazh hadits ini milik Abu Daud. KOSA KATA
قول الزور : Ucapan kedustaan. و العمل به : Mengamalkannya, artinya, perbuatan diakibatkan ucapan dustanya. والجهل : Sikap tolol.
PENJELASAN HADITS
Man lam yada' qaula al-zur, maksudnya: Barangsiapa yang tidak bisa meninggalkan ucapan yang diharamkan saat berpuasanya seperti; berdusta, bersumpah palsu, mengghibah orang, mengadu domba, kazhaf (menuduh zina), serta mencaci atau mencela.
Wal 'amal bihi, maksunya; tidak meninggalkan perbuatan yang diharamkan seperti; berbuat dzalim, menipu, berkhianat (melanggar janji), dan makan harta riba dst.
Falaisa lillahi hajatun fi an yada'a tha'amahu wa syarabahu, maksudnya bahwa saumnya orang tadi tidak diridhai Allah Subhanahu wa Ta'ala, tidak diterima dengan sempurna di sisinya, tidak juga mendapatkan pahala sebesar yang pernah Allah janjikan untuknya yaitu; pahala tanpa hisab (hitungan). Walaupun dia telah terlepas dari beban kewajiban melaksanakan ibadah puasa dan puasanya juga sah (benar).
KESIMPULAN
1. Sesungguhnya ucapan dusta dan perbuatan akibat dusta serta tindakan tolol dapat menodai puasa. 2. Sesungguhnya dikhawatirkan atas seseorang yang melakukan kemaksiatan ini sedangkan ia sedang berpuasa, puasanya tidak diterima. 3. Peringatan untuk yang berpuasa agar meninggalkan ucapan yang haram dan perbutan yang haram, karena dapat mengurangi pahala puasanya, dan dia juga tidak mendapatkan pahala tanpa hisab (hitungan) yang dijanjikan itu.
4. Bahwa tujuan dari ibadah puasa bukan untuk meninggalkan makan dan minum semata melainkan bertujuan untuk menjalankan akibat darinya seperti disiplin diri, mengatur prilaku seseorang kearah yang benar.
Sumber : diterjemah dari situs www.muslim.org dan kitab terjemah فقه الإسلام شرح بلوغ المرام من جمع أدلة الأحكام, Abdul Qadir Syaibah al-Hamd, hal:250, Penerbit Darul Haq Jakarta. http://alsofwah.or.id |
Ada lagi ? Kementerian siasat kenyataan 'balik China, India' Posted: 30 Jul 2013 02:46 PM PDT 22 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Kementerian Pelajaran akan menyiasat dakwaan terkini seorang pengetua sekolah menengah yang dikatakan mengeluarkan kenyataan perkauman, kata timbalan menterinya P Kamalanathan.
Katanya, perkara itu sudah dibawa ke perhatian kementerian dan siasatan segera akan dilakukan.
"Kita tidak sesekali membiarkan perkara ini... Jika dakwaan ini benar, tindakan mesti diambil," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini.
Beliau merujuk kepada Ketua MIC Shah Alam A Prakash Rao yang mendakwa ibu bapa mengadu kepadanya berhubung perkara itu.Prakash mendakwa, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah memarahi pelajar India dan China dengan menyuruh mereka "balik India dan China".
Ibu bapa mendakwa, pengetua itu marah apabila pelajar membuat bising semasa ucapannya dalam perhimpunan sekolah.
Enggan layan panggilan telefon
Sebelum ini, naib presiden Gerakan A Kohilan Pillay menggesa pengetua itu dipecat jika siasatan mendedahkan dia benar-benar mengeluarkan kenyataan itu.
Katanya, kenyataan itu, jika benar, merupakan simptom "perkauman terang-terangan" di kalangan penjawat awam dan guru-guru, yang berbahaya jika dibiarkan tanpa disemak.
Insiden terbaru itu muncul selepas kontroversi "kantin bilik persalinan" di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana.
Kakitangan SMK Alam Megah memberitahu Malaysiakini, pengetua itu tidak akan melayan soalan pemberita. "(Pengetua) tidak akan menerima sebarang panggilan telefon kerana sekolah sudah putuskan tidak membuat sebarang kenyataan melalui telefon," katanya.
Menurutnya lagi, pengetua juga sebelum itu menghadiri mesyuarat di luar sekolah dan sekarang sedang menunggu "seorang pegawai" lain untuk satu lagi mesyuarat.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada pegawai itu dari kementerian.Malaysiakini. |
Dua lelaki didenda RM500 tidak puasa Posted: 30 Jul 2013 02:44 PM PDT 22 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
KUANTAN: Dua lelaki, seorang daripadanya warga emas dikenakan hukuman denda RM500 oleh Mahkamah Syariah Kuantan selepas mengaku bersalah tidak berpuasa pada 12 dan 17 Julai lalu.
Mohd Noh Johari@Atan, 68, ditahan ketika menghisap rokok di restoran Sin See Kee, Jalan Besar pada 12 Julai, jam 9.50 pagi.
Abdul Aziz Abdul Majid, 48, pula ditahan ketika makan di sebuah pusat snuker di Kuantan pada 16 Julai, jam 1.10 tengah hari.
Kedua-duanya yang ditahan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang didakwa mengikut Seksyen 137 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1980 yang membawa hukuman denda RMM500 atau tiga bulan penjara atau kedua-duanya.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Syarie Samsul Kamal Kamaruddin di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Abdul Wahid Md Ali.
Ini adalah kes pertama umat Islam tidak berpuasa dihadapkan ke Mahkamah Syariah di Pahang.
- BERNAMA |
Tempoh visa semasa ketibaan negara tertentu dipendekkan Posted: 30 Jul 2013 02:43 PM PDT 22 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen memendekkan tempoh visa semasa ketibaan (VOA) untuk rakyat dari negara tertentu yang sering kali menjadikan Malaysia sebagai negara transit untuk menetap secara haram di Australia. Tanpa menyebut nama negara-negara terbabit, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata tempoh visa untuk negara-negara berkenaan dipendekkan kepada 14 hari berbanding 90 hari sebelum ini.
Beliau berkata, langkah itu dibuat atas permintaan kerajaan Australia, katanya pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Miles Kuppa di pejabatnya di sini, hari ini.
"Langkah terbaharu Australia untuk menempatkan pelarian ke Papua New Guinea merupakan tindakan bijak dan terbaik untuk mengatasi masalah pelarian kerana Malaysia dan negara-negara Asean lain sering dijadikan sebagai negara transit sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Australia," katanya.
Sementara itu Kuppa berkata, pelarian yang tiba di Australia melalui bot untuk mendapatkan suaka di negara itu akan ditempatkan di Papua New Guinea.
"Kerajaan Australia mahu menghantar mesej kepada sindiket penyeludupan manusia dan mereka yang ingin mendapatkan suaka bahawa tidak guna pergi ke Australia tanpa visa dan dokumen yang sah kerana mereka akan dihantar ke Papua New Guinea," katanya. Pada 19 Julai, Perdana Menteri Australia Kevin Rudd berkata pemohon suaka yang tiba dengan bot tidak akan berpeluang menetap di Australia sebagai pelarian kerana Australia telah mengesahkan perjanjian dengan kerajaan Papua New Guinea mengenai pemohon suaka.
Rudd dan Perdana Menteri Papua New Guinea, Peter O'Neill menandatangani perjanjian mengenai pemohon suaka.
Pemohon suaka akan dihantar ke Papua New Guinea untuk penilaian, dan jika mereka didapati pelarian, mereka akan ditempatkan di sana, jika tidak, mereka akan dihantar balik ke negara mereka atau dihantar ke negara ketiga, kata Rudd sambil menjelaskan bahawa perjanjian itu bertujuan mengentikan penyeludupan manusia.
- BERNAMA |
Berlian Tokong Kuan Yin berusia 200 tahun dijumpai semula Posted: 30 Jul 2013 02:40 PM PDT 22 Ramadhan 1434 H. [MOD] - GEORGETOWN: Sebutir berlian berusia 200 tahun di Tokong Kuan Yin, Jalan Masjid Kapitan Keling di sini yang dilapor hilang petang semalam, dijumpai semula hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan Ismail Idris, berkata berlian itu dijumpai pengurusan tokong di dalam sisa pecahan almari kaca ketika kerja pembersihan dilakukan pagi tadi. "Berlian itu sudah diletakkan kembali di dahi patung dewi berkenaan dan polis tidak menyiasat secara terperinci mengenai kehilangannya kerana semasa pemeriksaan dibuat berlian itu tidak dijumpai di badan suspek," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, suspek yang cedera pada bahagian kepala akibat dipukul penjaga tokong kerana cuba mencuri berlian itu masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan berada dalam keadaan stabil.
Dalam kejadian 1 petang semalam, suspek berusia 35 tahun itu memecahkan almari kaca yang menempatkan patung Dewi Kuan Yin dan cuba melarikan berlian yang terletak di dahi patung berkenaan.
Bagaimanapun, perbuatannya itu disedari beberapa orang awam dan suspek dipukul sebelum diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
- BERNAMA |
DUN Manong, Pasir Panjang kekal milik BN Posted: 30 Jul 2013 02:37 PM PDT 22 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
BATU GAJAH: Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manong dan Pasir Panjang selepas Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen terhadap dua kerusi itu semalam. Hakim Abang Iskandar Abang Hashim membuat keputusan itu dengan kos ditanggung oleh pempetisyen. Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 baru-baru ini, calon BN, Mohamad Kamil Shafie memenangi kerusi DUN Manong dengan majoriti 231 undi manakala Rashidi Ibrahim memenangi DUN Pasir Panjang dengan majoriti 304 undi. |