Sabtu, 23 Julai 2011

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Ceramah Ramadhan Di Pasar ? Menarik & Unik !

Posted: 23 Jul 2011 05:46 PM PDT

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


Posted: 23 Jul 2011 09:46 PM PDT

Three MACC officers singled out by the RCI should be charged in court, an open apology must be issued and due compensation be paid by the Government t

Posted: 23 Jul 2011 08:33 AM PDT

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


[July 26 - Tues] Forum@Kes TBH: Di manakah Kebenaran? 明福沉冤待雪讲座会

Posted: 23 Jul 2011 09:43 AM PDT

Forum: Kes TBH "Di manakah Kebenaran?" 说好的真相呢?明福沉冤待雪讲座会

Date: 26/7/2011 (Tuesday)  星期二

Time: 8:00pm  晚上8时

Venue: Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)  隆雪华堂 Click here to view MAP 

Speakers: YB Lim Kit Siang, YB Husam Musa, YB Saifuddin Nasution, YB Gobind Singh, Teoh Lee Lan

(More......)

【南洋商报】治安不靖环境恶劣 . 沙登顺达山庄屋价暴跌

Posted: 23 Jul 2011 08:49 AM PDT

For blog post written in BM, please click here.

众嘉宾在警民与市议会交流会上,解答居民的疑问及记录投诉。前排左起黄世界、桑桑、欧阳捍华、张念群及韩旦。

(沙登23日讯)沙登顺达山庄居民面对一箩箩的治安与民生问题,居民批评该区居住环境恶劣,造成屋价暴跌,深感不满。

该区居民指出,他们除了面对抢劫偷窃与偷车等治安不靖、排污系统欠佳、路灯失灵、垃圾四处、道路凹凸不平,另有居民也要求市议会重新种植遭砍伐的大树。

顺达山庄民生交流会

居民昨晚出席顺达山庄与杨桃岭举办的民生交流会上,向沙登区国会议员张念群、史里肯邦安区州议员欧阳捍华、警方与梳邦再也市议会代表,反映他们当前所面对的“奇难杂症”。

3小时的交流会上,居民热烈响应与发问,超过150名居民出席,居民先后发表各种意见,要求有关当局采取适当措施,改善居民面对的问题。

综合众多民生问题之中,治安欠佳为居民最头疼的问题,其中有破门行窃、抢劫兼伤人,因此,居民建议聘请保安人员,组织保安社区自保。

吁增加警察人数

居民要求当地警方加强巡逻,纷纷呼吁雪州警方增加顺达山庄警察局的警察人数,并对顺达山庄该区警察局只有区区7名警察负责的警力严重不足,感到无奈。

欧阳捍华:记录在案 发生罪案应报警

(More......)

Penduduk Tmn Sg Besi Indah Gusar Keselamatan Terancam

Posted: 23 Jul 2011 08:39 AM PDT

Lokasi: Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan


Penduduk Taman Sungai Besi Indah yang menghadiri majlis  dialog bersama penduduk yang dianjurkan oleh JKP Zon 24 telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap persekitaran perumahan mereka yang semakin berleluasa dengan kes-kes pecah rumah.


Sebahagian penduduk yang hadir dialog bersama penduduk

Kebimbangan mereka telah disampaikan kepada pihak polis yang diwakili oleh Cif Inspektor Zam Zam dari polis IPD Serdang yang hadir bagi pihak OCPD Serdang Supt Abdul Razak Elias yang tidak dapat hadir. Banyak persoalan dan kebimbangan telah ditimbulkan oleh para penduduk dan mereka amat mengharapkan pihak polis dapat mempertingkatkan usaha untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman kawasan kejiranan mereka.

(More......)

【光明日报】明福案皇委会调查报告 ‧ 施虐形同刑事罪行 ‧ 张念群促控3官员

Posted: 23 Jul 2011 12:12 AM PDT

Following the release of Royal Commission of Inquiry (RCI) report on Teoh Beng Hock's death, Serdang MP Saudari Teo Nie Ching calls on the Attorney General's Chambers to charge the three MACC officers who responsible for Teoh Beng Hock's death.

张念群:虐待是一种刑事罪,可以被提控上庭,让法庭审判。(图:光明日报)

(吉隆坡22日讯)民主行动党沙登区国会议员张念群指出,赵明福案皇委会提出3名反贪会官员以严酷手法对待赵明福,虐待导致他人自杀也形同刑事罪行,应以刑事法提控。

张念群也是律师,她周五接受《光明日报》访问时说,任何人以任何方式,迫使一个人走向自杀,也算是谋杀的行为。

她披露,谋杀罪分成多种等级,一级谋杀为蓄意谋杀,而误杀则归纳为二级谋杀。因此,施以酷刑或虐待,而导致他人自杀,其举动也将是为是谋杀。

“虐待就是一种刑事罪,可以被提控上庭,让法庭审判。”

愤怒3官员不被提控

调查赵明福死因的皇家委员会周四公佈报告,内容指3名反贪会官员,即时任雪州反贪会副主席希桑慕汀哈欣、雪州反贪会调查官莫哈末安努亚及助理执法官阿斯拉夫,曾对赵明福施酷刑且精神虐待,最后导致赵明福走向自杀。

但总检察署周五宣佈,不决定以刑事罪提控上述三人,交由公共服务局以纪律处分对付。

(More......)

[July 22] Penyampaian Sumbangan & Bantuan di perkarangan Surau Al Amin, Bdr Tun Hussein Onn

Posted: 22 Jul 2011 09:25 PM PDT

Lokasi: Perkarangan Surau Al Amin, Bandar Tun Hussein Onn, Balakong

Pada malam 22 Julai 2011 (Jumaat) yang lalu, Ahli Parlimen Serdang Saudari Teo Nie Ching bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Balakong Saudara Yap Lum Chin, Ahli Dewan Undangan Negeri Bangi YB Dr Shafie serta Ahli MPKj Datuk Noorhisham telah menghadirkan diri di Surau Al Amin bagi meraikan Majlis Penyampaian Peruntukan ADUN Balakong dan Ahli Parlimen Serdang kepada Nazir-Nazir Masjid dan Pengerusi-Pengerusi Surau di seluruh Balakong.

Sebanyak 9 buah masjid dan 43 buah surau yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri Balakong telah menerima peruntukan daripada ADUN Balakong dan Ahli Parlimen Serdang yang disalurkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor ini.

Untuk makluman saudara dan saudari sekalian, jumlah peruntukan wang untuk setiap masjid adalah RM1,000 sementara jumlah wang sumbangan untuk setiap surau adalah bernilai RM500. Di samping itu, Al-Quran, beras, buah tamar, minyak masak dan lain-lain turut disampaikan kepada wakil-wakil surau dan masjid.

Dalam ucapan ADUN Balakong Saudara Yap Lum Chin sebelum menyampaikan peruntukan, beliau menyatakan tahun ini merupakan tahun ketiga bagi beliau menyampaikan peruntukan Ramadhan bagi masjid dan surau di Balakong. Beliau berharap dengan sumbangan ini dapat membantu masjid dan surau menjalankan kegiatan selama sebulan Ramadhan. Dengan ini diharap umat Islam tahun ini dapat menjalankan ibadat dengan lebih sempurna.

(More......)

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


SERLAHKAN IZZAH PARTI - DR. KHAIRUDDIN

Posted: 23 Jul 2011 12:20 AM PDT


TELUK INTAN, 20 Julai - Pimpinan serta ahli PAS diseru menonjolkan kehebatan dari sudut organisasi, gerak kerja sehinggalah kepada cara berpakaian dan peribadi. Demikian telah dinyatakan Dr. Khairuddin Dato' Abdul Malek semasa menyampaikan pengisian di dalam majlis Liqa Fikri PAS Teluk Intan bagi bulan Julai ini. Program telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan.


"Kita jangan dipandang lekeh oleh musuh kita. Tunjukkan izzah kita kerana di dalam sirah, Rasulullah sendiri sentiasa mengambil berat akan penonjolan kehebatan dan kekuatan terutama semasa berhadapan dengan musuh di medan peperangan," tambah beliau.

"Kita juga perlu ambil kira aspek remeh seperti kebersihan markaz, bilik air dan sebagainya. Seterusnya, tunjukkan juga setiap tindakan kita mempunyai matlamat dan berwawasan dan gerak kerja yang terurus."

Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Perak itu juga menyarankan agar ahli PAS tidak bersikap eksklusif hanya berada di kelompoh sendiri. Sebaliknya, mereka perlulah melebarkan jaringan dengan kumpulan-kumpulan lain.

Di samping itu, beliau juga berharap amalan sihat dalam jemaah seperti wala', mesyuwarah, suka berkorban menjadi contoh dan diikuti oleh masyarakat.

"Kekalkan ketulenan ciri-ciri sihat dalam jemaah tadi selama-lamanya walaupun kita berada dalam suasana kemenangan selesa nanti."

Beliau juga menerangkan konsep psikologi pengurusan dan bagaimana ia bermanfaat diamalkan di dalam jemaah semasa mengurus ahli-ahli seperti memahami perasaan dan kehendak ahli, berjiwa besar, fleksibel dan sebagainya.

Akhir sekali, beliau berharap agar setiap pimpinan dan ahli mengamalkan budaya mengucapkan terima kasih yang boleh menjadi motivasi kepada para penggerak parti untuk terus bekerja di samping dapat mengukuhkan ukhuwwah.

intanhijau.blogspot.com

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Permit Ceramah Malam ni sudah di perolehi

Posted: 22 Jul 2011 11:58 PM PDT

Alhamdulillah berkat sikap baik PAS Kota Raja yang sentiasa bekerjasama dan mematuhi arahan Polis akhirnya mereka sudah mengeluarkan Permit Polis untuk Ceramah Perdana malam ini yang disertai oleh barisan Pimpinan Pakatan Rakyat yang terdiri dari :-

YAB Tuan Guru Nik And Aziz Nik Mat
Menteri Besar Kelantan merangkap Mursidur Am PAS.

YB Tuan Lim Kiat Siang
Penasihat DAP merangkap Ahli Parlimen Ipoh

YB Dr Xavier Jayakumar
Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap ADUN Sri Andalas

YB Tn Shihaimi bin Shafiee
Ketua Penerangan PKR Selangor merangkap ADUN Sri Muda

YB Dr Siti Mariah Mahmud
Tuan Rumah merangkap AJK PAS Pusat dan Ahli Parlimen Kota Raja.

Seluruh Rakyat Malaysia di jemput Hadir & sebarkan pada semua

Nota : Masuk PERCUMA, sila bawa kupon untuk mendapatkan makanan.

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


MMA Gesa Bebaskan Jeyakumar

Posted: 22 Jul 2011 02:00 AM PDT

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa perdana menteri dan menteri dalam negeri supaya membebaskan Dr D Jeyakumar, yang sedang ditahan hampir sebulan di bawah Ordinan Darurat, sejak beliau ditangkap pada 2 Julai.

Jeyakumar yang juga ahli PSM dan ahli parlimen Sungai Siput (kanan) merupakan ahli seumur hidup MMA yang dianggotai 13,000 pengamal profesyen perubatan.

"Dalam tempoh beberapa minggu lalu, MMA menerima banyak panggilan telefon, e-mel dan mesej dari ramai ahli kami yang memandangkan berat penangkapan dan penahanan berterusan Dr Jeyakumar," kata Presiden MMA, Dr Mary Suma Cardosa dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah Persatuan Perubatan Sedunia (WMA) juga membuat gesaan yang serupa kepada para pemimpin BN.

WMA menggesa perdana menteri supaya menghormati piawaian antarabangsa bagi perbicaraan yang adil dan membebaskan segera semua aktivis atau mendakwa mereka di mahkamah.

Pada 25 Jun lalu, 30 ahli PSM termasuk Jeyakumar ditahan di plaza tol Sungai Dua atas dakwaan "melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong".

Mereka dibebaskan pada 2 Julai, tetapi Jeyakumar dan lima yang lain, ditangkap semula di bawah Ordinan Darurat (EO).


Sumber: Malaysiakini

Perhimpunan di Bukit Aman Tuntut Bebas Aktivis PSM

Posted: 22 Jul 2011 01:30 AM PDT

Kira-kira 200 penyokong Parti Sosialis Malaysia (PSM), Pakatan Rakyat dan NGO mengadakan perhimpunan aman di hadapan pintu masuk ibu pejabat polis Bukit Aman petang ini, menuntut pembebasan enam aktivis PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Mereka juga berkumpul untuk menyerahkan memorandum menuntut pembebasan mereka yang ditahan akhir bulan lalu apabila mereka didapati memiliki bahan-bahan yang didakwa polis mempromosi komunisme dan sebagai bukti rancangan mereka untuk melancarkan 'perang terhadap Yang di-Pertuan Agong'.

Mereka pada mulanya dituduh melanggar Seksyen 122 Kanun Keseksaan, tetapi ini digugurkan. Keenam-enam mereka kemudian ditahan semula di bawah Ordinan Darurat pada 2 Julai atas dakwaan bahawa mereka menjadi ancaman kepada ketenteraman awam

Mereka yang ditahan ialah Ahli parlimen Sungai Siput, Dr Michael D Jeyakumar dan lima lagi aktivis PSM iaitu M. Sukumaran, AP Letchumanan, Choo Chon Kai, M Sarasvathy dan R Sarat Babu.

Diketuai oleh setiausaha agung PSM S Arutchelvan, pintu depan Bukit Aman ini bergema apabila mereka melaungkan "Bebas Tahanan", "Hidup Rakyat" dan "Mansuhkan EO" beberapa kali.

Turut hadir adalah beberapa ahli parlimen Pakatan antaranya Tian Chua, Gobind Singh Deo, Anthony Loke, Lim Lip Eng, Tan Kok Wai dan Dr Dzulkefly Ahmad.

Antara pemimpin NGO yang hadir ialah penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram) E Nalini, Nashita Mohd Noor (ahli jawatankuasa Gerakan Mansuhkan ISA) dan Ivy Josiah selaku pengarah eksekutif Women's Aid Organisation.

Kebangkitan rakyat

Sewaktu berhimpun mereka menyampaikan ucapan ringkas antaranya menuntut pembebasan semua tahanan itu segera dan berharap rakyat terus memperjuangkan perkara ini sehingga mereka dibebaskan.

"Pencabulan (kepada mereka) tidak seharusnya berlaku... Mereka 'dikambinghitamkan', mungkin. Ketidakadilan ini kita pertikaikan.

"Kami menganggap mereka ditahan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Saya berharap rakan-rakan dapat memperjuangkan (pembebasan mereka)," kata pengerusi PSM Dr Nasir Hashim.

Manakala Tian yang juga naib presiden PKR mengingatkan jika pemimpin negara terus menggunakan undang-undang yang didakwanya tidak relevan, maka mereka dianggap "tidur dan akan menjadi tidak relevan di mata rakyat".

"Kepada ketua polis negara dan timbalan polis negara kena sedar bahawa kini adalah zaman kebangkitan rakyat yang akan membuat penilaian," katanya.

Menurutnya lagi, rakyat tidak akan berhenti untuk menuntut pembebasan tahanan itu, dan akan meneruskan perhimpunan yang lebih besar untuk menuntut keadilan ke atas mereka.

Manakala Gobind mempersoalkan apakah negara ini dalam keadaan darurat dan terdapat ancaman komunis. Katanya-katanya disambut teriakan "tidak" oleh peserta perhimpunan itu.

"(Untuk) kerajaan dan polis, rakyat tidak takut dan perjuangan ini tetap diteruskan. Ini amaran kepada kerajaan, jangan main-main dengan kuasa rakyat. Rakyat yang akan menentukan siapa yang akan menjadi kerajaan," katanya.

Undang-undang drakonian

Sementara Dr Dzulkefli pula yang memulakan ucapan dengan laungan "Hidup Rakyat" dan "Mansuhkan EO, mendesak pembebasan segera semua enam pemimpin PSM itu dan menyifatkan Ordinan Darurat sebagai undang-undang drakonian yang perlu dihapuskan.

Perhimpunan itu berlangsung selama hampir sejam bermula jam 2.30 petang, di mana mereka berarak 100 meter dari pintu masuk ibu pejabat polis itu. Kira-kira 40 anggota polis berkawal di hadapan pintu masuk ibu pejabat berkenaan.

Sementara itu, dalam memorandum tuntutan - yang disokong 90 badan yang terdiri daripada parti politik, NGO dan kumpulan mahasiswa - mereka menuntut tiga perkara penting kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Selain menuntut pembebasan segera keenam-enam pemimpin PSM itu, mereka juga menuntut supaya menghentikan penyiksaan dan pencabulan hak asasi ke atas tahanan itu serta memansuhkan semua akta yang membenarkan penahanan tanpa bicara.

Dalam memorandum itu, mereka mendakwa penahanan enam orang aktivis ini adalah satu pencabulan hak asasi manusia dan mala fide (berniat jahat).

"Alasan awal penahanan enam aktivis ini adalah cukup jelas dan nyata iaitu untuk menjadikan kambing hitam bagi menakut-nakutkan rakyat Malaysia daripada menyokong dan menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011.

"Kemudian notis pemberitahuan ini ditarik balik dan pertuduhan itu ditukar dan mereka dikaitkan dengan tuduhan akan membawa kemudaratan kepada ketenteraman awam.

Kelirukan rakyat

"Kini BERSIH 2.0 yang ditakuti pihak polis dan pihak kerajaan, sudah pun berlalu. Walaupun, kami tidak bersetuju dengan alasan menahan mereka kerana BERSIH, tetapi kini polis tidak mempunyai alasan lagi untuk menahan aktivis ini memandangkan semua orang lain sudah pun dibebaskan atau akan didakwa di mahkamah," memorandum itu dipetik.

Selain itu, mereka juga mendakwa polis membuat tangkapan ISA dengan menggunakan nama Ordinan Darurat untuk mengelirukan rakyat.

Dakwa mereka, cara dan prosedur tahananan mereka digunakan bagi tahanan ISA antaranya mereka ditahan berseorangan dan bukan di lokap polis.

Memorandum itu juga turut menjelaskan tahanan itu merupakan aktivis sosial dan ahli PSM yang berjuang kepentingan rakyat secara terbuka.

"Mereka bukannya sekumpulan pengganas atau penjenayah yang merancang untuk menggulingkan kerajaan," katanya mereka.

Sehubungan itu, mereka menggesa Ismail agar membebaskan semua tahanan itu dan menekankan "selagi mereka berada dalam tahanan polis, keselamatan mereka adalah tanggungjawab pihak polis".


Sumber: Malaysiakini

Exco Selangor Tolak Laporan Suruhanjaya, Mahu Semakan Semula

Posted: 22 Jul 2011 01:00 AM PDT

SHAH ALAM 22 JULAI : Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah menyambut baik keputusan peguam keluarga mendiang Teoh Beng Hock untuk memohon satu semakan kehakiman sekali gus mencabar keputusan suruhanjaya diraja di mahkamah.

Ean Yong berkata, ini kerana hasil siasatan dan keputusan Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock semalam bahawa kematian Beng Hock berpunca daripada bunuh diri tidak dapat diterima serta disifatkan sebagai tidak masuk akal.

"Saya tidak percaya bahawa Teoh Beng Hock membunuh diri kerana dakwaan suruhajaya jelas menunjukkan bahawa sememangnya SPRM dan pegawai SPRM  telah menyalahgunakan kuasa serta tidak mengikut peraturan semasa soal siasat dan semasa siasatan kes dibuat," katanya memberitahu Tvselangor.

Menurut Ean Yong, berdasarkan hasil siasatan suruhanjaya semalam ia jelas menunjukkan bahawa Beng Hock 'terganggu' ekoran sikap tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilabel sebagai "Arman yang membuli, Ashraf salah guna (kuasa) dan HH pemimpin yang angkuh."

"Ya, ia memang tidak masuk akal. Kerana dalam sesi pendengaran, pegawai SPRM telah menjelaskan kes saya yang telah disiasat mereka jelas menunjukkan bahawa saya dan Beng Hock tidak terlibat dalam korupsi serta penyalahgunaankuasa. Dan jika ia benar, ini bermaksud Teoh Beng Hock tidak ada alasan untuk membunuh diri,"tegasnya.

Malah ujarnya, suruhanjaya juga memutuskan bahawa pegawai-pegawai SPRM di Selangor sebagai terbuka kepada pembohongan.

Ketiga-tiga mereka yang dinamakan ialah bekas pengarah SPRM Selangor Hishammuddin Hashim, dua pegawainya Arman Alies dan Mohd Ashraf Mohd Yunus.

Ketiga-tiga mereka dinamakan sebagai pegawai soal siasat kes Teoh dalam laporan suruhanjaya itu, sebagai pihak yang 'menundukkan' Teoh ketika sesi soal siasat empat peringkat, yang bermula 15 Julai sehingga keesokan pagi.

Menurut laporan suruhanjaya itu, "Arman yang membuli" kemungkinan telah memanipulasikan saksi untuk mendapatkan bukti.

Tambah Ean Yong, tindakan SPRM untuk menyiasat wakil rakyat Pakatan Rakyat di Selangor adalah berunsur politik.

"Ini jelas menunjukkan bahawa tindakan SPRM untuk menyiasat semua wakil rakyat Pakatan Rakyat di Selangor adalah berunsur sifat politik," tambahnya.

Peguam keluarga Teoh Beng Hock, Karpal Singh berkata, pihaknya berkemungkinan memohon agar diadakan satu semakan kehakiman ke atas penemuan suruhanjaya diraja yang menyiasat kes kematian pembantu politik kepada seorang wakil rakyat DAP itu.

Karpal yang juga Pengerusi DAP kebangsaan berkata, beliau sedang meneliti laporan suruhanjaya itu "baris demi baris" untuk menentukan tindakan susulan, yang akan diketahui menjelang awal minggu depan.

Karpal berkata, beliau tidak dapat fikirkan sebarang tindakan yang boleh diambil ke atas tiga pegawai yang dinamakan selain tindakan disiplin.

Seorang lagi peguam keluarga Beng Hock, Gobind Singh Deo bagaimanapun berkata mereka sedang meneliti satu peruntukan dalam undang-undang yang boleh digunakan untuk meliputi tindakan ke atas pegawai-pegawai terbabit.

Keputusan mengenai punca kematian Teoh itu terkandung dalam laporan setebal 124 muka surat prosiding Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang didedahkan kepada umum, semalam.

Teoh, 30, pembantu politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.


Sumber: TVSNEWS

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Terima Keputusan Dengan Hati Terbuka

Posted: 23 Jul 2011 12:29 AM PDT




Rasional Atas Kematian Setiusaha Politik

1. Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian Setiausaha Politik EXCO Selangor itu mengumumkan hasil siasatan setelah hampir dua tahun kematian beliau.

2. Pelbagai reaksi kedengaran, nada kecewa kerana keputusan tidak memihak kepada keluarga mangsa dan pastinya rasa sedikit lega kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana kes itu dikategorikan bunuh diri sebagai puncanya.

3. 70 saksi telah dipanggil, termasuk pakar luar negara hinggakan ia sempat dijadikan modal parti politik untuk menghentam kerajaan dalam temmpoh dua tahun kebelakangan ini.

4. Bagi mereka yang neutral, pastinya terluah pendapat 'walau apa pun yang kerajaan buat, ia tidak akan memuaskan hati semua pihak'. Sebenarnya itu adat dunia, apatah lagi jika kes ada kena mengena dengan politik.

5. Semua permohonan keluarga mangsa dipenuhi – mereka mahukan inkues menyiasat punca kematian kemudian mendesak menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja – semua ditunaikan.Permohonan menggunakan khidmat pakar patologi forensik Thailand, Dr Khunying Portnthip Rojanansunan turut dibenarkan.

6. Rumusan bunuh diri bukan jawapan yang pembangkang mahukan, mereka ingin bukti Beng Hock didera teruk oleh SPRM dan mereka mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku.

7. Mereka mahu SPRM dipersalahkan dan akhirnya kesalahan itu akan berakhir dan terlekat dibahu kerajaan, dan siapakan kerajaan? sudah pastinya Barisan Nasional yang akan mendapat kesan langsung dari keputusan itu.

8. Bagi Kak Midah situasi ini tidak berkait soal siapa menang, siapa kalah. Ia sebenarnya situasi 'menang- menang' kerana pihak berkuasa memenuhi tuntutan keluarga si mati dan pegawai SPRM pula didapati tidak bersalah membunuh Beng Hock.

9. Bagi umat Islam kita beranggapan bahawa setiap kematian itu adalah ketentuan qada dan daqar yang telah ditetapkan. Buka minda dan berfikirlah secara rasional

Kak Midah
Sg Rapat, Perak

.

.


Lynas........kita tidak akan biarkan dan akan menentangnya," kata Presiden PAS

Posted: 22 Jul 2011 04:30 PM PDT

KUANTAN, 21 Julai: "Di negara mereka, ditetapkan peraturan zon bafer seluas 30 km dari kilang rare earth (nadir bumi), namun di sini, jika apa-apa berlaku seluruh bandar Kuantan akan terlibat kerana kilang ini hanya 25 km sahaja dari bandar Kuantan."


Fakta inilah yang membuatkan penduduk Kuantan sekarang resah dengan kehadiran kilang 'lampu' atau 'Lamp' yang akan dibina di kawasan perindustrian Gebeng, 25 km dari bandar Kuantan. Ia disingkatkan dengan nama Lamps On pada papan tandanya di Gebeng.

Namun sebagaimana biasa, masyarakat Cina di sini jauh lebih resah berbanding dengan orang Melayu kerana inilah yang sentiasa berlaku apabila melibatkan sensitiviti masyarakat. Mereka telah mengepalai NGO "Save Malaysia - Stop Lynas' bagi melawan projek ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyalahkan sikap media Melayu yang terlalu 'membela' kerajaan dalam laporan mereka menyebatkan sensitiviti orang Melayu rendah dalam isu sebegini.

Satu keluarga Cina di Kuantan diminta berpindah dari bandar itu oleh ibu mereka kerana takutkan apa yang berlaku di Bukit Merah, Ipoh berlaku lagi di Kuantan dengan pembinaan kilang 'Lamp' ini.

Ini kerana, kilang yang sama di Bukit Merah, Ipoh (bukan Bukit Merah, Taiping) telah diarahkan tutup oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 1992 ekoran tindakan penduduk tempatan membantahnya selepas dipercayai menyebabkan pelbagai kecacatan dan kematian kepada penduduk berhampiran kilang ini.

(Papan tanda jalan masuk ke kilang Lynas di kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan)

Lamp adalah singkatan dari perkataan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) sebuah kilang memproses nadir bumi yang sudah 65 peratus siap (ada yang berkata 90 peratus siap) sekarang ini. Ia dibina di atas tapak sebuah kawasan perindustrian yang berjiran juga dengan kilang-kilang perindustrian yang lain di situ.

Antara kilang yang berkongsi pagar dengan Lamp adalah Polyplastics, BASF Petronas Chemicals dan juga Palmoil Industrial Cluster yang sedang dibina.

Di seberang jalan pula adalah pusat latihan Agensi Penguatkuasaan Meritim Malaysia (APMM).

Pada papan tandanya, tercatat papan tanda LAMPS ON atau Lynas Advanced Material Plant (LAMP) yang dimiliki Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah kakitangan sekitar 42,000 orang.

Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22 Februari 2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta.

UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng dianggarkan sekitar RM700 juta.

(Bangunan APMM yang siap untuk digunakan hanya dipisahkan dengan jalan raya dan sebuah kilang sahaja dengan kilang Lynas. Ia tidak sampai 5 km jaraknya sebagaimana yang disarankan dalam laporan EIA)


Kilang ini adalah 100 peratus milik Lynas Australia dan dijadual untuk disiapkan Suku-3 2011 (iaitu September). Tarikh asal dikatakan pada suku-pertama 2011 (Mac).

Selepas siap nanti, nadir bumi yang dilombong di Australia akan dibawa ke perlabuhan Kuantan dengan kapal. Dari kapal, ia akan dibawa dengan lori ke kilang ini untuk diproses sebelum dieksport semula.

Ada beberapa isu penting yang membimbangkan penduduk tempatan.

1) Bahan 'nadir bumi' ini berupa gentian yang sangat halus yang mengandungi bahan radio aktif. Ia sangat merbahaya kalau tertelan atau dihidu dan masuk ke dalam badan. 2) Semasa memproses nadir bumi ini, ia akan melibatkan penggunaan yang asid Hidroklorik dan asid Sulfurik yang banyak. Ia sangat bahaya kalau terlepas bebas ke udara. 3) Prosesnya juga melibatkan banyak air dan air yang telah digunakan akan dilepaskan ke Sungai Gebeng selepas dirawat. Namun setakat manakah rawatan itu berlaku dan apa berlaku jika rawatan ini tidak lengkap. 3) Bahan sisa kilang ini juga mengandungi radio aktif. Di mana ia akan dibuang dengan selamat.

Ke empat-empat isu inilah telah menyebabkan penduduk tempatan khasnya di Beserah dan Gebeng serta Kuantan menubuhkan NGO khas bagi menghadapinya.

Badan itu adalah Save Malaysia - Stop Lynas dan satu lagi Badan Bertindak Anti-Rare Earth Refinery (Badar).

(Tiga penggerak utama Badar yang dipimpin oleh Amdan Sura [berdiri di tengah] ketika ditemui di Gebeng Ahad lepas)

Hari ini, Badar telah menyerahkan memorandumnya kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi membantah kebenaran yang diberikan MITI untuk pembinaan kilang ini di Malaysia.

Mereka juga bertemu dengan Lajnah Guaman PAS bagi membuat proses tindakan undang-undang bagi menyekat pembinaan kilang ini di Gebeng.

"Pada peringkat awal dahulu kita agak lunak dengan pembinaan kilang ini tetapi setelah mengetahui secara mendalam, kita tidak akan biarkan dan akan menentangnya," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul hadi Awang kepada Harakahdaily dua hari lalu.

Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4486-penduduk-kuantan-resah-dengan-lynas (Zulkifli Sulong)

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


BN kian terdesak dan tidak rasional malah telah menjadi semacam tidak siuman.

Posted: 22 Jul 2011 11:11 PM PDT

21 Syaaban 1432H. [MOD] -

Tindakan kerajaan BN pimpinan Najib Razak telah tersilap langkah apabila mengarahkan pihak imegresen menangkap Peguam Perancis (William Bourdon) ketika pesawatnya mendarat di KLIA semalam.

Walhal William Bourdon merupakan peguam yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan - Sherpa - dan mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan.

Apakah kesalahan dan jenayah yang telah beliau lakukan sehingga dilayan seperti penjenayah?

Tindakan tersebut disusuli dengan arahan oleh Najib Razak supaya peguam tersebut dihantat pulang segera ke negaranya kerana khuatir maklumat jenayah yang dikaitkan dengan Perdana Menteri tersebar ke seluruh negara.

Bagi saya tindakan tersebut telah memberikan imej yang tidak baik terhadap Malaysia di mata dunia, selain itu ianya memberi gambaran tentang kebebasan bersuara yang semacam disekat di Malaysia.

Saya fikir rakyat negara ini perlu khuatir sebagai warga Malaysia jika berhasrat mahu bercuti keluar Negara. Rasa bimbang mungkin ada sekiranya pihak lain bertindak bals kepada rakyat Malaysia yang datang ke negara tersebut khususnya Perancis.

Tindakan Najib Razak selaku Perdana Menteri telah mencerminkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai sistem pentadbiran yang paling lemah, mereka dibayangi dengan ketakutan kepada oleh pendedahan tentang penyelewengan yang dilakukan kepada umum.

Tidak ubah seperti kisah-kisah pemimpin kotor yang diambarkan dalam filem Tamil.

Selepas Nasjib berbohong kepada Perdana Menteri Britain mengenai Himpunan Bersih, kini pentadbirannya menghalau seorang warga Perancis yang masuk ke Malaysia secara sah dengan tanpa sebab dan alasan yang kukuh

Tindakan yang saya rasa melambangkan betapa Najib dalam ketakutan untuk mermpertahankan kuasa dipenghujung usianya.

Justeru saya amat optimis bahawa Umno-Bn sememangnya akan tersungkur di tangan kuasa dan gelombang rakyat pada PRU 13 nanti di mana berdasarkan rentetan demi rentetan langkah yang diambil Umno-BN jelas menggambarkan kepada kita bahawa mereka kian terdesak dan tidak rasional malah telah menjadi semacam tidak siuman.

DRS. KHALIL IDHAM LIM,
PARIT BUNTAR, 23 Julai 2011

PAS Akan Bertanding Parlimen Miri

Posted: 22 Jul 2011 11:03 PM PDT

21 Syaaban 1432H. [MOD] -
PAS Miri

PAS menegaskan akan bertanding dalam parliamen Miri dalam pilihanraya umum ke 13 (PR13) nanti. PAS Miri sudah bersedia dengan calon yang ada potensi untuk menawan Miri. PAS akan meletak calon yang professional dari kalangan penduduk tempatan yang mempunyai ramai keluarga,saudara mara dan sahabat handai yang akan membantu PAS dalam misi menawan Miri. Calon tersebut boleh menguasai banyak bahasa termasuk bahasa
tempatan. Calon tersebut juga sesuai dan boleh di terima oleh semua golongan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

Sekali lagi kita tegaskan tujuan utama PAS bertanding dalam kawasan bandar dan majority bukan Islam adalah untuk menunjukan bahawa PAS boleh di terima oleh semua bangsa dan agama serta bukan parti perkauman dan extrimis. PAS yakin dengan adanya kerjasama dalam Pakatan PAS boleh menawan parlimen Miri.

Walaupun rakan dalam Pakatan seperti DAP dan PKR juga ingin meletak calon masing-masing kita dalam Pakatan akan berunding untuk tentukan calon terbaik dari Pakatan untuk bertanding dalam parlimen Miri nanti. Sekiranya tidak ada penyelesaian di peringkat kawasan kita serah pada negeri dan pimpinan pusat untuk kata putus.

Setiap rakan dalam Pakatan Rakyat harus menghormati keputusan dari pimpinan pusat sekiranya mahu Pakatan menguasai Parlimen Malaysia dan menuju ke Putra Jaya. Hanya dengan adanya kerjasama dalam Pakatan Rakyat pembangkang di Malaysia dapat menawan Putra Jaya. Jangan adanya sikap tamak dan ego semasa pembahagian kerusi nanti menyebabkan Pakatan Rakyat gagal sekali lagi menawan atau menumbang kerajaan BN.

Harap dapat kerjasama sepenuhnya dari rakan Pakatan demi mencapai impian dan kebajikan rakyat.

PAS untuk semua

Yang Menjalankan Amanah
Jofri Jaraiee
YDP PAS Miri merangkap Timbalan Pesuruhanjaya PAS Sarawak

Makhluk ganjil ditangkap di China

Posted: 22 Jul 2011 11:00 PM PDT

21 Syaaban 1432H. [MOD] -


MAKHLUK ganjil bermata besar, berkepala botak dan kurus ditangkap oleh seorang suri rumah, Mao Xiping di Kampung Gezhai, wilayah Henan, China baru-baru ini.

BEIJING: Seekor haiwan ganjil ditangkap seorang wanita dan dimasukkan ke dalam baldi sebelum diserahkan kepada polis, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu yang merupakan seorang suri rumah, Mao Xiping pada mulanya memberitahu polis bahawa dia menemui seekor makhluk yang kebuluran mencuri timun dari flatnya.

Xiping memberitahu polis, haiwan itu mempunyai muka seperti makhluk asing dan dia tidak pernah melihatnya.

Namun, polis tidak mempercayai dakwaan wanita tersebut.

Wanita itu kemudian bertindak memerangkap haiwan tersebut dan membawa makhluk berkenaan yang berada di dalam baldi ke sebuah balai polis di kampung Gezhai, wilayah Henan, tengah China.

Dia juga meminta polis menahan haiwan itu.

Kelmarin, beberapa pakar masih melakukan pemeriksaan bagi mengetahui dengan lebih terperinci tentang spesies makhluk itu.

Makhluk itu kelihatan amat kurus sehingga tulang rusuknya dapat dilihat selain berkepala botak.

Terdapat dakwaan bahawa ia merupakan seekor monyet yang bermata besar.

Menurut wanita itu, dia pada mulanya menyangka haiwan itu seekor arnab.

Dia berkata, jiran-jirannya juga menyatakan mereka tidak pernah melihat haiwan tersebut sebelum ini.

"Makhluk tersebut berhenti makan timun apabila kami memberikan haiwan itu buah pic. Haiwan itu kini tidak mahu lagi makan makanan lain," katanya.
-Agensi-

Mat Sabu: Buat apa saya tipu?

Posted: 22 Jul 2011 06:55 PM PDT

21 Syaaban 1432H. [MOD] -

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata tidak ada sebab bagi beliau menipu apabila mendakwa sebuah kenderaan polis merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

NONE"Buat apa saya tipu, siapa mahu masuk hospital, duduk saja, tidak boleh berceramah hentam Umno yang zalim," katanya kepada Harakahdaily di Georgetown, malam semalam.

Malah dakwanya, tayangan video yang dipaparkan oleh polis kepada media pada Khamis lalu bagi menyangkal tuduhan mengenai kemalangan itu adalah tidak benar.

"Gambar kereta yang merempuh saya yang sedang membonceng motosikal tidak kelihatan dalam gambar kerana Pajero milik polis berada di hadapan.

"Jika tidak pasti nampak kereta polis (Proton Waja) merempuh sehingga saya terjatuh dari motor," katanya.

Sehubungan itu, menurut Harakahdaily lagi, bagi menangkis tohmahan jahat polis, Mohamad sudah pun mengarahkan peguam PAS, Mohamed Hanipa Maidin supaya menyaman Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Saleh Mat Rashid yang melemparkan tuduhan, menghina dan memfitnahnya.

police mat sabu google map bersihSaleh pada taklimat di Bukit Aman itu berkata menurut siasatan polis, timbalan presiden PAS itu juga hanya cedera ringan dan diberi rawatan unit pesakit luar. Justeru, katanya, polis tidak faham mengapa beliau perlu berkerusi roda.

"Kami tidak tolak kemungkinan mengambil tindakan ke atasnya. Tidak terdapat sebarang perlanggaran di sini... Ini dibuktikan melalui CCTV yang terdapat di kawasan tersebut. Rakaman itu menyaksikan motosikal yang dibonceng Mat Sabu terbabas ketika melakukan pusingan U dan terlanggar Pajero polis," katanya.

Tambahnya, hasil siasatan menunjukkan Mohamad Sabu sebenarnya terjatuh selepas motosikal yang dinaiki hilang kawalan di sebelah kanan jalan.

NONEPemimpin PAS pada wawancaranya dengan Malaysiakini pada Rabu lalu menafikan beliau berlakon dan mengemukakan gambar x-ray yang menunjukkan skru sepanjang 2.5 inci terpaksa dimasukkan ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan.

"Alhamdullilah berkat doa rakan-rakan semua pembedahan lutut saya untuk memasukan besi sudah pun selesai," katanya kepada Harakahdaily semalam.

Mohamad Sabu berkata, jika polis tidak teragak-agak menyamannya kerana mendakwa dia menipu, pihak beliau juga tidak teragak-agak untuk menyaman polis atas dakwaan memfitnah dirinya.

NONESebelum ini, Umno dan rakan-rakannya juga mendakwa, pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Mohamad dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim berpura-pura cedera untuk meraih simpati.

Empat hari lalu, pengawal peribadi Anwar membuat laporan polis ekoran kecederaan yang dihadapinya selepas terkena kanister gas pemedih mata sehingga menyebabkan tulang pipinya patah.

Pada perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu, hampir 1,700 orang ditangkap dan ramai yang mendakwa polis bertindak kasar dan keterlaluan.

Di sebalik bukti gambar dan video, namun ini disangkal oleh pihak polis sendiri termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk seri Hishamuddin Hussein.

Malaysiakini/-

2 maut, 15 cedera dalam serangan terburuk terhadap bangunan kerajaan

Posted: 22 Jul 2011 06:41 PM PDT

MANGSA menerima rawatan di luar bangunan kerajaan di pusat bandar Oslo, semalam berikutan letupan yang turut merosakkan bangunan pejabat Perdana Menteri. - Foto AP

21 Syaaban 1432H. [MOD] -

OSLO: Letupan bom yang kuat menggegarkan beberapa bangunan kerajaan termasuk pejabat Perdana Menteri di bahagian tengah ibu kota Norway semalam menyebabkan sekurang-kurangnya dua terbunuh dan 15 lagi cedera.

Serangan itu disifatkan sebagai yang terburuk melanda Oslo yang lebih biasa disebut sebagai tempat anugerah Nobel Keamanan.

Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg terselamat kerana bertugas dari rumah, kata penasihat kanan kerajaan, Oivind Ostang.

Lokasi tempat bom meletup penuh dengan besi bengkok dan serpihan kaca selain kertas dokumen dari pejabat beberapa bangunan sekitarnya menempatkan pejabat kerajaan dan ibu pejabat beberapa akhbar utama negara itu termasuk tabloid terbesar, Verdens Gang (VG).

Banyak tingkap pecah di bangunan setinggi 20 tingkat yang menjadi pejabat Perdana Menteri dan menteri lain.

Polis berkata, kejadian disebabkan satu atau beberapa butir bom tetapi enggan membuat spekulasi dalang serangan. Anggota keselamatan kemudian menutup laluan ke kawasan masuk pejabat berdekatan termasuk stesen televisyen TV 2 selepas menemui satu bungkusan mencurigakan.

"Sehingga ini, pihak polis tidak boleh memberi apa-apa ulasan mengenai sejauh mana kerosakan berlaku kecuali ia disebabkan satu atau beberapa letupan," menurut kenyataan polis.

Seorang wartawan yang kebetulan berada di pejabat agensi berita NTB Norway memberitahu, bangunan itu bergegar selepas letupan kuat berlaku dan pekerjanya dipindahkan selepas loceng kecemasan berbunyi.

Di tengah jalan, dia nampak seorang mangsa berlumuran darah di kaki dibawa keluar dari situ. Stesen televisyen kerajaan NRK menyiarkan gambar sebuah kereta rentung. – AP

Khutbah Jumaat : "TUNTUTAN SOLAT BERJAMAAH"

Posted: 22 Jul 2011 06:37 PM PDT

21 Syaaban 1432H. [MOD] -

(20 Sya'ban 1432 / 22 Julai 2011)

"TUNTUTAN SOLAT BERJAMAAH"

الْحَمْدُلِلَّهِ الْقَائِلِ،

وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرْكَعُوا۟ مَعَ ٱلرَّ‌ٰكِعِينَ ﴿٤٣﴾

"Dan dirikanlah solat dan keluarkanlah zakat serta rukuklah (solat berjamaah) bersama-sama orang yang rukuk".(Al-Baqarah ayat 43)

أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ, فَيَا عِبَادَاللهِ! اتَّقُوا اللهَ, أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى الله, فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat sekalian, marilah kita bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan sebenar-benar taqwa, yakni dengan mengerjakan semua perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita akan beroleh kejayaan sama ada di dunia ini mahu pun di akhirat kelak. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.

Hadhirin yang dihormati sekalian,

Solat adalah rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim semenjak mereka baligh, lima kali sehari semalam mengikut waktu yang telah ditetapkan. Solat menjadi tonggak dalam kehidupan Umat Islam yang akan memastikan kita sentiasa mentaati dan mengingati Allah Subhanahu Wata'ala sepanjang kehidupan. Ianya menjadi sebab untuk kita mendapatkan Rahmat Allah di dalam kehidupan kita. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah An-Nur ayat 56;

وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ ﴿٥٦﴾

"Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan taatlah kepada Rasul, agar kamu diberi rahmat".

Sidang Jumaat Sekelian,

Perlaksanaan solat melambangkan kualiti iman dan keyakinan kita terhadap Allah Subhanahu Wata'ala. Solat merupakan ibadat yang membezakan antara umat Islam dengan penganut agama-agama lain. Solat merupakan penanda aras kekuatan agama, kemantapan jati diri dan keteguhan akhlak.

Oleh sebab itulah umat Islam dituntut mengajar anak-anak mereka untuk solat sewaktu berumur tujuh tahun dan boleh dipukul apabila berumur sepuluh tahun jika meninggalkan solat. Solat tidak boleh ditinggalkan sama sekali walaupun dalam keadaaan yang penuh dengan kesukaran seperti ketika berperang, ketika sakit, ketika bermusafir atau ketika bertugas. Walaubagaimanapun atas kasih sayang Allah terhadap manusia maka diberikan rukhsah (keringanan) bagi melaksanakan solat dengan cara yang lebih mudah dalam keadaan-keadaan tersebut.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Selain daripada tuntutan melaksanakan solat secara bersendirian, kita juga dituntut agar melakukannya secara berjamaah. Sabda Rasulullah s.a.w.:

صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِيْنَ دَرَجَةً

"Solat berjamaah mengatasi solat bersendirian dua puluh tujuh darjat"

- Riwayat Muslim –Bil. 650

Ulamak menyatakan hukum solat berjemaah adalah samada Fardhu Kifayah ataupun sunat muakkad. Tetapi Hadis nabi menyatakan bahawa tidak boleh meninggalkan Solat berjemaah selama mana mendengar seruan azan sebagaimana sabda baginda :

عَنْ أَبِي رَزِينٍ عَنْ ابْنِ أُمِّ مَكْتُومٍ أَنَّهُ سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي رَجُلٌ ضَرِيرُ الْبَصَرِ شَاسِعُ الدَّارِ وَلِي قَائِدٌ لاَ يُلاَ ئِمُنِي فَهَلْ لِي رُخْصَةٌ أَنْ أُصَلِّيَ فِي بَيْتِي قَالَ هَلْ تَسْمَعُ النِّدَاءَ قَالَ نَعَمْ قَالَ لاَ أَجِدُ لَكَ رُخْصَةً - رواه ابو داود

Daripada Abi Razin daripada Ibnu Ummi Maktum, bahawa beliau bertanya kepada nabi (saw), maka katanya ; Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku seorang yang cacat penglihatan, tinggal berjauhan dan tidak sentiasa mempunyai pembantu untuk memanduku datang ke masjid, adakah aku diberi keringanan untuk sembahyang di rumah. Maka sabda baginda; adakah kamu mendengar azan. Jawab Ibnu Ummi Maktum; ya. Maka sabda Rasulullah saw; kamu tidak diberi keringanan.

Malah mereka yang meninggalkan solat Jemaah juga akan mudah dikuasai oleh syaitan. Maka tidak hairanlah jika rumahtangga, masyarakat, negeri ataupun negara yang tidak mengambil berat mengenai solat berjemaah tidak akan merasai keamanan dan ketenangan dalam kehidupan mereka jika mereka mengabaikan solat berjemaah. Sabda Rasulullah saw :

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ ثَلاَثَةٍ فِي قَرْيَةٍ وَلاَ بَدْوٍ لاَ تُقَامُ فِيهِمْ الصَّلاةُ إِلاَّ قَدْ اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمْ الشَّيْطَانُ فَعَلَيْكَ بِالْجَمَاعَةِ فَإِنَّماَ يَأْكُلُ الذِّئْبُ مِنَ اْلغَنَمِ الْقاَصِيَةِ

Daripada Abu Darda' berkata; aku mendengar rasullullah saw bersabda; tidak ada 3 orang di dalam sesuatu qaryah atau kampung yang tidak didirikan solat kecuali mereka akan dikuasai oleh syaitan, maka lazim atas kamu berjemaah kerana hanya kambing yang bersendirian sahaja yang akan dimakan oleh serigala

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Solat Jemaah menjadi lambang kesatuan dan perpaduan ummat dalam mencari Allah Subhanahu Wata'ala. Kita menghadap kiblat yang sama, kita patuh kepada imam yang sama dan segala bacaan dan pergerakan kita adalah sama. Solat Jemaah juga menjadi latihan kepada pemantapan kepada hubungan antara rakyat dan kepimpinan. Makmum perlu taat kepada imam selama mana imam melaksanakan tanggungjawabnya terhadap Allah. Makmum berhak menegur imam dan imam hendaklah menerima teguran makmum dengan penuh tawadhuk. Jika sekiranya imam berterusan melakukan kesilapan tanpa mahu membetulkan keadaan maka dibenarkan makmum mengambil alih kedudukan imam kerana tidak boleh sama sekali kita terus mengikut pemimpin kita yang membawa kita kepada kesesatan tanpa ada usaha untuk memperbaiki keadaan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Kita sentiasa bercakap mengenai perpaduan umat Islam dan Bangsa Melayu. Perpaduan tidak akan dapat dicapai kecuali semua pihak tunduk kepada perintah Allah. Makmum tidak akan bersatu mengikut imam jika imam melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perintah Allah. Sebahagian dari makmum yang mempunyai ilmu akan menegur imam atau berniat mufaraqah (mengasingkan diri dari Jemaah) manakala sebahagian lagi yang jahil akan terus menjadi pak turut kepada imam yang kerana mereka tidak tahu bagaimana caranya untuk menegur imam ataupun memisahkan diri dari ikutan mereka terhadap imam. Maka makmum akan kelihatan berpecah belah walaupun mereka asalnya mengikut imam yang satu. Jika ini berlaku, maka untuk menyatukan kembali Jemaah tersebut, maka imam wajib bersifat tawaddhuk dengan mengakui kesilapannya dan kembali kepada kebenaran. Jika egonya menguasai diri dan berterusan melakukan kesilapan, maka bersedialah untuk disingkirkan daripada jawatannya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Perpaduan dan kesatuan amat penting dalam kita menghadapi saat yang amat genting ini. Kegagalan kita untuk bersatu padu telah diambil kesempatan oleh musuh-musuh Allah untuk menambahkan lagi kelemahan kita. Musuh-musuh Allah ini kebanyakannya tidaklah sekuat mana. Kita pernah menguasai mereka sebelum mereka merasai kemajuan tamadun yang mereka kuasai pada hari ini. Namun apabila umat Islam tidak bersatu padu maka mereka tidak langsung merasa gerun dengan kita. Untuk kembali menguasai mereka, kita mesti bersatu untuk saling menguatkan antara sesama kita, bukan tekan menekan antara satu sama lain. Kita perlu mewujudkan rasa gerun di hati mereka bukan sekadar mengambil hati mereka. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam surah Al-Anfal ayat 60:

وَأَعِدُّوا۟ لَهُم مَّا ٱسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍۢ وَمِن رِّبَاطِ ٱلْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِۦ عَدُوَّ ٱللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَءَاخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ ٱللَّهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِن شَىْءٍۢ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ ﴿٦٠﴾

"Dan bersedialah untuk menghadapi mereka (musuh-musuh Islam) dengan segala jenis kekuatan yang termampu, daripada kuda-kuda perang yang ditambat untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedangkan Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dizalimi".

Muslimin mukminin yang dirahmati Allah sekelian,

Bersempena dengan kedatangan Bulan Ramadhan yang mulia tidak berapa lama lagi, saya ingin menyeru jemaah sekelian untuk memulakan dengan diri kita sendiri untuk membuat perubahan dalam diri kita sebagi tanda kesungguhan kita untuk mencapai darjat ketaqwaaan dengan:-

1) Berazam untuk tidak lagi melepaskan peluang solat fardhu dan solat berjamaah di Masjid, surau, musolla atau di mana saja.

2) Sentiasa berpakaian lengkap dan menutup aurat agar kita dapat menunaikan solat pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

3) Sentiasa menjaga waktu setiap solat dan tempat untuk kita bersolat berjamaah di awal waktu walaupun ketika bermusafir.

4) Sentiasa mepersiapkan diri dengan ilmu dan kelayakan yang mencukupi untuk menjadi makmum atau imam dalam situasi yang memerlukan.

5) Memastikan agar Amar Makruf Nahi Mungkar sentiasa ditegakkan dalam masyarakat.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ, وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ, وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ, أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.


Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Perak

Bagaimana mendapat taqwa dengan berpuasa?

Posted: 22 Jul 2011 04:16 PM PDT

21 Syaaban 1432H. [MOD] -
Ahmad Baei Jaafar

Untuk memiliki rasa takut atau taqwa, umat Islam perlukan latih-tubi dalam tempoh yang panjang, bahkan lebih berkesan kalau dilakukan secara beramai-ramai. Oleh sebab itu bulan Ramadan adalah masa yang sesuai untuk umat Islam memulakan latihan taqwa. Kenapa?

Bukankah dalam bulan Ramadan semua orang berpuasa dan sama-sama mahu meningkatkan ibadah masing-masing.

Sebenarnya dalam bulan Ramadan itu Allah sediakan banyak latih tubi yang seharusnya diikuti oleh umat Islam. antara bentuk latihan itu ialah:

1. Berlatih untuk patut perintah Allah yang sunat di samping yang wajib. Islam perintahkan umatnya sahur pada waktu akhir, berbuka puasa diawalkan waktunya, membaca al-Quran dan berzikir. Allah juga perintahkan solat Tarawih sebanyak mungkin.

Kalau semua perintah Allah ini dapat dipatuhi umat islam secara istiqamah sehingga akhir Ramadan, pasti mereka akan beroleh sebahagian rasa taqwa.

2. Berlatihlah untuk meninggalkan larangan Allah yang makruh apatah lagi yang haram. Oleh sebab itu janganlah makan sahur pada jam 12 malam tetapi bangun pagi jam 7 pagi sehingga lewat Subuh. Janganlah melambatkan berbukan puasa dan makan dalam jumlah yang banyak hingga tidak sempat melakukan solat Maghrib. Lebih-lebih lagi tidak patut, kalau berbuka puasa dengan rokok.
Perlu diingatkan di sini, merokok walaupun pada sesetengah orang masih berpegang kepada makruh, seharusnya bermula Ramadan ini mereka bertanya diri kenapa masih mahu menempah kebencian Allah? Bukankah maksud makruh ialah dibenci. Sedangkan yang benci itu sekurang-kurangnya ada tiga pihak iaitu Allah, Rasul dan orang ramai. Bayangkan kalau Allah benci anda, bolehkah anda rasa bahagia. Bagaimana kalau kekasih anda bencikan anda, bolehkah anda rasa tenang?

Ketahuilah kalau Allah benci bukan sahaja ibadah kita dan kebaikan kita tidak diterima, malah boleh jadi kita tidak beroleh rasa taqwa. Jadi, jauhilah perkara makruh dan haram di mana-mana demi rasa takut kepada Allah. Anda mampu mengubahnya.

3. Dalam tempoh berpuasa itu setiap umat Islam diminta supaya bercakap dengan baik, membaca al-Quran, tidak bercakap sia-sia apatah lagi mengumpat dan membuat fitnah.
Bayangkan kalau selama sebulan kita boleh menjaga lidah ke arah kebaikan, apakah mungkin masih ada lagi dosa lidah. Percayalah mereka yang boleh mempertahankan sikap itu sudah pasti layak beroleh taqwa.

Dapatkan banyak lagi ilmu dan maklumat mengenai puasa dalam majalah Fardu Ain edisi 3.
Kenapa tidak meningkat?

Jika umat Islam memahami KPI puasa sebagaimana yang ditetapkan Allah, wajarkah mereka terus berpuasa pada tahap yang sama dari awal balighnya hingga ke usia ini? Secara logiknya mereka akan berasa tidak wajar. Semua yang berlaku di dunia itu berkembang dan bertambah hatta dalam ibadah.

Mutu puasa seseorang perlu ke arah yang lebih baik dari masa ke masa. Begitu juga dengan ganjaran yang akan Allah berikan, mengikut mutu yang dipersembahkan hamba-Nya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Ramadan itu awalnya rahmah, pertengahannya maghfirah dan akhirnya pembebasan daripada api neraka." (Riwayat Ibn Khuzaimah)

Makannya kalau mereka tahu begitulah peningkatan dan perubahan yang disediakan Allah pasti pada 10 hari pertama bulan Ramadan dilakukan dengan sebaiknya. Dan ditingkatkan lagi pada 10 Ramadan kedua dan tingkatkan mutunya lagi pada 10 Ramadan yang terakhir. Tawaran duniawi yang sehebat ini tidak harus diabaikan begitu sahaja.
Sungguhpun begitu, ramai umat Islam yang tidak tahu kehendak Allah itu. Mereka tidak tahu bahawa ibadah yang dilakukan itu harus lebih baik dari hari ke hari. Hal ini kerana mereka lupa bahawa syurga yang disediakan itu berbeza-beza mengikut tahap ibadah yang kita lakukan.
Rata-rata umat Islam tidak menyedari tuntutan Allah itu lalu ibadah yang dilakukan cukup setakat memenuhi syarat dan rukun sahaja. Yang penting pada mereka ibadah itu sah dan diterima Allah. Padahal Allah hendak lebih daripada itu iaitu takwa. Jadi, Ibadah yang dilakukan tidak seharusnya statik tanpa berkembang.

Kalau anda mahu berubah, bacalah rencana ini seterusnya dalam Solusi isu 34

Nuffnang