Jumaat, 4 Mac 2011

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


BANTUAN PERKAHWINAN BELIA KURANG MAMPU:Projek perintis GeMS

Posted: 04 Mar 2011 09:16 AM PST

Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial Kerajaan Selangor yang dijenama sebagai GeMS(GENERASI IDAMAN SELANGOR) mengorak langkah maju ke depan untuk membantu belia yang sudah perlu atau mahu berkahwin tetapi kurang mampu untuk mengikat tali pernikahan yang sah dalam PROGRAM PERKAHWINAN PERDANA.
     Satu program perintis akan diadakan di Klang dan akan diselaraskan oleh JAWATANKUASA GeMS DAERAH KLANG yang dipengerusi oleh Pegawai Daerah Klang dan melibatkan jabatan dan agensi kerajaan ketua-ketua kampung serta 2 masjid di Klang.
    Program ini perlu dimanfaat oleh muda-mudi yang perlu bantuan daripada kos penyediaan makanan, baju pengantin serta segala kos yang terlibat daripada penganjuran perkahwinan. Justeru untuk membantu belia yang perlu dengan menyediakan baju pengantin, makanan,urusan pendaftaran perkahwinan, ujian saring HIV, pasukan polis serta penguatkuasa MPK akan membantu daripada segi konvoi pengantin lelaki dan keluarga.
   Pasukan sukarelawan BRIGED AMAL SELANGOR juga akan bertugas sebagai penanggah dan tugas-tugas khas bagi mempasti perjalanan majlis lancar.

Perincian program:
Tarikh; 26.3.11
(sabtu)
8.30pg:      Ketibaan pengantin lelaki dan keluarga di MASJID MUTTAQIN, KPG SG UDANG, KLANG
                   Ketibaan pengantin perempuan dan keluarga di MASJID NURUL AMIN, KPG  
                   DELEK,KLANG

9.30pg:      Konvoi pengantin-pengantin lelaki di dahului dengan konvoi bermotor belia
                   Perarakan dengan pasukan kompang
                   Di sambut dengan persembahan silat  di MASJID NURUL AMIN, Kpg Delek, KLANG

10.30pg     KHUTBAH nikah oleh YB EXCO AGAMA
                    Majlis akad nikah
                    Ucapan perasmian YAB DATO' MENTERI BESAR
12.30tgh     Jamuan


9.00mlm; FORUM KELUARGA BAHAGIA


TARGET: 50 orang pasangan
KEUTAMAAN: pasangan daripada keluarga asnaf/muallaf/bermasalah
UNTUK BELIA/BELIAWANIS SELANGOR (belia daripada daerah lain juga boleh memohon: diutamakan dariapda KLANG)

Sila hubungi nombor di atas blog ini untuk keterangan lanjut atau
daftar di PEJABAT ADUN SELAT KLANG ATAU
ONE-STOP GeMS  Centre, BLOK L , PANGSAPURI SRI PERANTAU , PELABUHAN KLANG
 ATAU PEJABAT AGAMA KLANG

Hanya Engkau tujuanku,hanya Engkau yang patut jadi tumpuan cintaku

Posted: 04 Mar 2011 08:24 AM PST

Vitamin spiritual mujarab

HIBURAN KHAS UNTUK PENGUNDI MERLIMAU DAN KERDAU

Posted: 04 Mar 2011 07:38 AM PST

KENALI PARTI BULAN
jom undi bulan!

KHUSUS KEPADA PENGUNDI KERDAU DAN MERLIMAU: SILA FIKIR-FIKIR

Posted: 04 Mar 2011 07:30 AM PST

Untuk pilih menantu pun perlua pilih ikut kriteria.Nak pilih sekolah pun mesti pilih yang terbaik. Nak tanam buah pun kita pilih benih yang terbaik. Nak pilih ketua kampung pun mesti teliti inikan pula nak pilih wakil rakyat yang mewakili suara rakyat seluruh kawasan DUNnya

MESIR: OPS EHSAN PELAJAR SELANGOR: UPDATES

Posted: 04 Mar 2011 06:54 AM PST



4.3.11
SHAH ALAM
Perbincangan terkini dengan JAIS dan TOURISM SELANGOR yang di arah untuk mengendalikan penerbangan pulang pelajar Selangor ke Mesir:
Jadual Penerbangan 12.3.11 -15.3.11(1penerbangan sehari)

Urusan visa dikendalikan oleh Tourism Selangor melalui BPI JAIS
Logistik pengangkutan di Mesir dikendalikan oleh JAIS dan pegawai LEMBAGA ZAKAT SELANGOT bersama BKASM,PMRAM dan ILMAM.
Pelajar di minta mendaftarkan diri bersama BKASM  dan JAIS supaya kebajikan pelajar mudah dipantau dan sekira ada keberangkalian berlaku kecemasan kepada pelajar, kerajaan negeri lebih mudah untuk membantu sekiranya sudah ada dalam pangkalan data negeri.

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


Datuk Kong Cho Ha and or Chor Chee Hong must provide immediate and satisfactory answers to the deceased’s families

Posted: 04 Mar 2011 07:30 PM PST

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


SIVARASA - di Wangsa Permai

Posted: 04 Mar 2011 12:35 AM PST

Sivarasa turun padang di Wangsa Permai. Bersama penduduk-penduduk tempatan memantau keadaan trafik di kawasan Wangsa Permai 2; yang baru-baru ini dijadikan laluan satu hala. Juga mendapat maklum-malas daripada penduduk-penduduk.

Sivarasa juga berpeluang mendapat maklum-balas daripada penduduk-penduduk tempatan mengenai isu meja kerusi yang diletakkan di tepi jalan oleh kedai-kedai kopi di kawasan tersebut.

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Menteri Besar Lancarkan Mikro Kredit Bandar (MIMBAR): Apa Perlu Lebih Dari Satu Mikro Kredit ?

Posted: 04 Mar 2011 03:28 PM PST

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


My little niece, Yu Xin..

Posted: 04 Mar 2011 05:16 AM PST

My niece, who loves to pose when taking pictures :-DDD

(More......)

Suspected illegal timber logging activity in Bukit Bindu Reserve Forest, Johor..

Posted: 04 Mar 2011 03:48 AM PST

On Feb 22, a complaint had been made by local residents regarding illegal timber logging activity in Bukit Bindu Reserve Forest, Johor. DAP's MP for Bakri Saudara Er Teck Hwa accompanied by Serdang MP Teo Nie Ching's father Saudara Teo Chin Liang visited the reserve forrest for further inspection.

2010年2月23日,民主行动党峇吉里国会议员接获投诉,在Bukit Bindu森林保留地有人被怀疑非法砍伐木桐。

余德华和张敬良在疑为非法伐木地点的边缘地段发现作为收集木桐的『码头』

Er and Teo were observing a timber dock. Wood fragments can be found everywhere.

点击阅读相关资讯:

余德华:峇都巴辖境内保护林疑被非法滥伐

(More......)

Download the latest issue of SELANGOR TIMES here!!

Posted: 04 Mar 2011 03:13 AM PST

Hi all.

You can download the latest issue of Selangor Times (English version) at the following URL:-

http://www.scribd.com/doc/49987048/Selangor-Times-March-4-2011-Issue-14

 

You can also download the latest issue of Selangor Times (Chinese version) at the following URL:-

http://www.scribd.com/doc/49985574/%E9%9B%AA%E5%B7%9E%E6%97%B6%E6%8A%A5%E7%AC%AC%E5%8D%81%E5%9B%9B%E6%9C%9F-March-4-2011

Download a copy for yourself and your family now..

(More......)

[ MAC 5 - 6 & MAC 12 - 13] Voter Registration Drive in Selangor

Posted: 04 Mar 2011 02:30 AM PST

Date: 5 - 6 March (This Saturday & Sunday)
Venue: Summit USJ, S'gor
Time: 10am - 9pm

Date: 12-13 March
Venue: Lower Ground of Tropicana City Mall, S'gor (Next Saturday & Sunday)
Time: 10am - 10pm (More......)

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


It is unreasonable for Pos Malaysia to seek to add on profits for what is essentially an essential service for all Malaysians

Posted: 03 Mar 2011 10:21 PM PST

The Penang state government regrets that Pos Malaysia intends to increase the commission charges for payment of water bills from 70cents to 90 cents for every payment of water bill. However PBA will continue to use the services of Pos Malaysia to assist consumers in paying their water bills easier.

PBA spends RM700,000 annually in commission charges to Pos Malaysia. This amount is absorbed by PBA to lessen the burden to consumers. The increase by 20 cents from 70 cents to 90 cents will result in increased charges of RM 200,000 from RM 700,000 to RM 900,000 annually.

The Penang state government hopes that Pos Malaysia would not increase commission charges as part of their service to customers and also fulfill their corporate social responsibility as water is a necessity for everyone. As it is the 70 cents charged for every water bill is already high compared to the 50 cents service charge imposed by banks.

It is unreasonable for Pos Malaysia to seek to add on profits for what is essentially an essential service for all Malaysians. After all if Pos Malaysia seeks to even profit unreasonably from providing an essential service, then it should stop calling itself Pos Malaysia but change its name to Pos Mata Duitan.

However if Pos Malaysia refuses to listen to the appeals by PBA, then PBA has no choice but to bear the extra costs. I have directed PBA to continue to allow payment of water bills from the public at Pos Malaysia offices so that the public will not be inconvenienced and to make it easier for them to pay their bills.

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Teruskan Usaha Untuk Kemenangan Berganda

Posted: 03 Mar 2011 05:02 PM PST




PAS semakin terdesak. Melihat kelemahan jentera kempen pembangkang sejak hari penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau, menyaksikan keyakinan pengundi terhadap calon mereka semakin merosot. PAS di kedua-dua pilihan raya kecil ini sedang melalui saat sukar terpaksa menabur pelbagai janji tanpa sebarang komitmen, dengan harapan meraih sokongan pengundi.

Sebaliknya, komitmen jentera parti komponen dan peningkatan sokongan pengundi, Barisan Nasional (BN) yakin mampu melenyapkan impian PAS menawan DUN Merlimau dan Kerdau, sekali gus memberi kesan buruk kepada pembangkang, selain menggoyahkan kepercayaan sekutunya – DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Buktinya, kekalahan calon PAS di DUN Tenang, mula menghilangkan keyakinan sekutu kuatnya DAP apabila Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng secara terang-terangan menyifatkan jentera kempen PAS lemah.


Keadaan sama tidak mustahil berlaku jika calon PAS sekali lagi kecundang di Merlimau, Ahad ini. Sebagai anggota pembangkang, kekalahan PAS turut memberi kesan kepada DAP dan PKR. Guan Eng juga berhak untuk melahirkan kemarahan dan berasa kecewa dengan prestasi PAS. Sebagai pilihan raya kecil terakhir penggal ke-12 ini, kekalahan berturut-turut pembangkang di DUN Bagan Pinang, Galas dan Tenang memberi impak positif kepada BN, lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya negeri Sarawak.

Keadaan terdesak PAS terserlah apabila pemimpinnya merayu pengundi memberi kemenangan calonnya kali ini bagi membolehkan wakil tunggal parti itu bersuara dalam persidangan DUN. Ini mencerminkan DAP yang mempunyai lima wakil gagal membawa suara dan kepentingan PAS dalam DUN Melaka.

Gerakan antikerajaan di Mesir juga dibawa ke Melaka untuk menjadi modal berkempen. Kepemimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam difitnah tanpa mengkaji rasional di sebalik pelaksanaan setiap projek kerajaan negeri. Penguatkuasaan saman ekor turut dipolitikkan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Anwar, PKR serta PAS bukan saja diperalatkan DAP, malah kedua-duanya diperkudakan parti ultra rasis itu untuk mencapai matlamat politiknya.

"Tanpa bantuan kedua-dua parti Melayu ini, mereka (DAP) tidak akan dapat sebanyak mana (kerusi) yang ada sekarang," katanya sambil meminta orang Melayu sedar bahawa mereka harus tengadah sebelum terhantuk sekali lagi dengan permainan DAP seperti berlaku di tiga negeri – Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Ditanya tahap seriusnya kalau orang Melayu tidak berubah sikap dan sanggup diperalatkan pembangkang, Ahmad Zahid berkata: " Kita kehilangan kerajaan. Apakah orang Melayu mahu kehilangan kerajaan?"

Beliau berkata, kehilangan kerajaan menyebabkan agenda yang disusun bagi melaksanakan transformasi ekonomi, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) serta agenda Bumiputera tidak dapat dilaksanakan.

"Mungkin (ketika) itu akan menjadi kekesalan berpanjangan bagi orang Melayu. Saya minta orang Melayu tanpa mengira parti politik (supaya) utamakan agenda Melayu dengan tidak mengetepikan kaum lain.


(Laksanakan) agenda Islam dengan tidak mengetepikan agama lain dan (utamakan) agenda kebangsaan dengan tidak mengetepikan agenda negeri dan juga wilayah," katanya.

Rekod menunjukkan calon PAS tidak pernah memenangi kerusi DUN di Melaka (kecuali satu ketika PAS dalam BN) tetapi membantu DAP yang ketika ini menguasai lima daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka iaitu Kesidang, Kota Laksamana, Bachang, Ayer Keroh dan Bandar Hilir.

Sementara itu, Ali ketika ditemui berkata: "Kita nak menang cantik sikit dan lebih daripada undi 2008. Kita nak menang lebih. Jentera parti kena bekerja kuat dan ikhlas dalam perjuangan untuk bangsa agama serta tanah air."

Beliau berkata: "Saya tengok PAS ini 'one-man show'. Dia banyak gunakan politik Machiavelli. PAS masih gunakan isu agama untuk menarik pengundi Melayu dan (pada) pengundi Cina, dia cuba longgarkan lagi nilai-nilai Islam. Itu cara PAS... macam disarankan oleh Lee Kuan Yew...dia pun ikut.


Hari ini PAS sudah membenarkan DAP berceramah dalam masjid tempat imam sujud dan senamrobik (dalam pekarangan masjid) pun boleh."

Untuk mendapatkan sokongan PKR dan pengundi, ada sepanduk menyebut 'Undi PAS masuk syurga' dan 'PAS Melaka menyokong penuh fahaman pluralisme agama Datuk Seri Anwar Ibrahim' tetapi Ketua Penerangannya, Idris Ahmad, menafikan sepanduk itu milik parti berkenaan.

Kenyataan beliau mencetuskan banyak spekulasi dan persepsi. Antaranya, Idris menafikan kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang berulang kali menyebut fatwa politik yang sama dalam siri kempen pilihan raya kecil dan pilihan raya umum lalu.


Persoalannya, kenapa Idris berani menafikan kenyataan Nik Aziz dengan menyatakan PAS secara rasmi tidak pernah mengeluarkan kenyataan Menteri Besar Kelantan itu.

Selain itu, Idris memberi gambaran PAS tidak menyokong Anwar yang mendukung konsep pluralisme agama.

Ditanya taktik DAP menggunakan PAS dan PKR untuk menawan DUN Melaka dalam pilihan raya umum akan datang, Ali berkata itu sekadar gimik parti pembangkang.

Beliau berkata, mereka tahu Melaka adalah kubu kuat BN dan mencipta pelbagai slogan serta gimik untuk mempengaruhi rakyat yang sebenarnya berdiri teguh menyokong kerajaan BN.

"Saya percaya orang negeri Melaka takkan bagi...takkan izin," katanya.

Kehadiran PAS dalam kempen di DUN Merlimau juga hambar dan ala-kadar seperti di DUN Tenang kerana parti itu menyedari apa saja kos dibelanjakan dan menampilkan calon terbaik tetap berkesudahan dengan kekalahan.


Menampilkan calon yang tidak 'pandai bercakap' membuktikan PAS ketandusan 'pemimpin'. Kalau ada yang bagus pun mereka terpaksa disimpan untuk diturunkan ketika pilihan raya umum kelak.

Selepas tiga kali kalah kepada BN, PAS sebenarnya mahu menyekat peningkatan sokongan terhadap BN, tetapi apakan daya, PAS yang terdesak tetap tidak berupaya merubah keadaan dan mungkin terpaksa berdepan dengan kekecewaan sekali lagi, Ahad ini.

Fanatik, Taksub dan Politik Melayu

Posted: 03 Mar 2011 04:27 PM PST


Pas seru ahli serang UMNO

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 3 Mac - Seorang bekas penyokong fanatik Pas, Rashid Wahab, hari ini tampil mendedahkan bahawa parti itu bukan sahaja memperalatkan agama bagi mengkafirkan ahli UMNO malah menyeru ahlinya supaya mengangkat senjata menentang UMNO.

Rashid yang 22 tahun mengabdikan diri kepada Pas berkata, kerana taksub dengan amanah Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau terpaksa meringkuk dalam penjara apabila ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebanyak tiga kali.

"Saya pernah ditahan di bawah ISA sebanyak tiga kali kerana membawa senjata.

"Kononnya berjuang untuk Islam tetapi saya bersyukur kerana akhirnya telah diberi hidayah daripada terus ditipu oleh Pas," katanya seperti dipetik dari portal, http://umno-online.com, hari ini.

Pendedahan itu sekali gus mengesahkan mengenai kewujudan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) yang dikaitkan dengan Pas, sehingga menyaksikan anak kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Adli dan puluhan ahli Pas ditahan di bawah ISA.

Menurutnya, kerana amanah Abdul Hadi itu juga, beliau dan rakan-rakannya bukan sahaja mengkafirkan ahli UMNO malah, tergamak mengkafirkan bapa sendiri hanya kerana insan yang membesarkan mereka itu tidak menyokong perjuangan Pas.

Pada masa sama, beliau juga mendedahkan bahawa pucuk pimpinan Pas tidak pernah ikhlas untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini sebaliknya ia dijadikan perkakas dan modal politik bagi memancing sokongan orang Melayu.

Katanya, hakikat itu terbukti apabila para pemimpin Pas berdolak-dalik setiap kali ditanya mengenai hukum hudud dan penubuhan negara Islam, sedangkan dahulu mereka berjanji sebaik sahaja memegang kuasa, Pas akan melaksanakan perundangan Islam di negara ini.

"Apabila didesak mengenai kes hudud kenapa tidak dilaksanakan selepas menguasai Kelantan, Terengganu dan Kedah, jawapan yang diberi oleh pucuk pimpinan Pas adalah hudud ini hanya satu per dua ribu sahaja dalam Islam, maknanya mereka berbohong," jelasnya.

Dedah Rashid lagi, Pas juga pernah mengeluarkan 'fatwa' bahawa solat di masjid-masjid yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah tidak sah dan ahli parti itu diharamkan daripada beribadah di masjid terbabit kerana perjuangan nasional tidak selari dengan Islam.

Bagaimanapun jelas beliau, sebaik sahaja Pas berjaya menawan Terengganu pada 1999, segalanya berubah dan Abdul Hadi yang menjadi Menteri Besar pada ketika itu, membenarkan masjid yang dahulunya haram digunakan oleh ahli Pas bagi tujuan ibadah.

"Pas menggunakan agama. Dalam usrah dan ceramahnya, Pas sering mengelirukan pengikutnya dengan cerita-cerita keislaman pada zaman Rasulullah SAW. Jadi pengikut Pas terasa dengan menyokong Pas mereka berjuang untuk Islam tetapi mereka sebenarnya keliru.

"Mereka tidak dapat membezakan yang mana satu parti dan yang mana satu agama. Selama menyertai Pas selama 22 tahun, sekarang barulah saya sedar, Pas dan Islam adalah berbeza. Islam itu adalah agama dan Pas hanyalah sebuah parti," terangnya.

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Najib masih berteka-teki

Posted: 04 Mar 2011 06:46 AM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum awal akan diadakan dengan cakap-cakap ia bakal diadakan tahun ini.

Bagaimanapun kata Najib, beliau tidak memerlukan mandat baru menerusi pilihan raya umum ke-13 untuk meneruskan pembaharuan seperti memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Dalam temu bual dengan Reuters sempena lawatan ke Australia hari ini, Najib berkata, prestasi yang baik pada pilihan raya negeri Sarawak akan membantu tanggapan orang ramai dan kemungkinan memberikan petanda ke arah pilihan raya umum awal.

Mandat semasa kerajaan pusat hanya berakhir April 2013.

Di DUN Sarawak, BN kini memiliki 63 daripada 71 kerusi.

Najib, yang perikatan pimpinannya BN menyaksikan prestasi buruk tiga tahun lalu, berjanji untuk memulihkan keyakinan pelabur di Malaysia dengan melaksanakan pembaharuan termasuk memperkenalkan cukai tertangguh berganda.

Ketika pilihan raya umum 8 Mac 2008, Najib adalah timbalan perdana menteri. Beliau menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri pada April 2009.

"Ia persoalan mengenai penilaian di akar umbi, bagaimana rakyat fikir tentang kerajaan, sama ada kita boleh ada faktor rasa selesa dan rakyat ada keyakinan ke atas kerajaan dan kedudukan pembangkang.

"Saya tidak menolak apa jua kemungkinan. Kemungkinan awal atau kemungkinan kemudian. Saya masih menilai situasi. Sarawak akan menjadi sebahagian daripada penilaian (saya), sudah pasti," kata Najib yang juga pengerusi BN.

Najib merujuk kepada kejayaan BN dalam empat daripada lima pilihan raya kecil yang lalu, mengatasi Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang turut berhadapan dengan kes liwat keduanya.

BN berhadapan dengan dua pilihan raya kecil serentak iaitu DUN Merlimau dan Kerdau dengan pengundian pada Ahad ini.

"Setakat ini ia (kedudukan, sokongan) nampak baik. Setakat ini laporan dari lapangan agak menggalakkan tetapi kami tidak boleh memandang ringan, kerana pembangkang akan lebih bersungguh-sungguh kali ini untuk menerokai laluan di Sarawak," katanya.

Menurut beliau perkembangan itu adalah usaha ke arah membentuk keyakinan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun Najib mengakui bahawa pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri bukan segala ukurannya jika mengambil kira keputusan akhir pilihan raya umum.

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Congratulation Celcom for making huge profits! What about your poor customer service? by Mohd

Posted: 04 Mar 2011 07:02 AM PST

Kalau tidak dapat keuntungan sebegini tak layak memegang jawatan CEO. Jagalah rakyat jelata. Janagan fikir kpd projek sahaja. Kurangkan caj-caj seperti yang dicadangan oleh YB.

Comment on Congratulation Celcom for making huge profits! What about your poor customer service? by Setapak Lim

Posted: 04 Mar 2011 06:44 AM PST

I agree with the comments. ANy idiot can achieve that profits level if it is operating like a monopoly. If Shazalli can achiee such profits in UK or America where there are so many providers then I will congratulate him. Most fitting, the celcom staff are bunch of ROBOTs with no brain. Of course Maxis is no exception. Celcom and Maxis are abang adek.

YB please bring it up in Parliament for the government to know that the rakyat are no fools. stop letting these providers Celcom and Maxis to control the market which will see the rakyat having to suffer.

Comment on Congratulation Celcom for making huge profits! What about your poor customer service? by Cel-con

Posted: 04 Mar 2011 06:17 AM PST

What big deal is the huge profits, when Celcom is operating under a monopoly. Nothing to rave about. Shazali should tell Malaysians what he had done to keep the charges low and attracted more subscribers and at the same time making good profits. That is what a good CEo is all about. After all Celcom is more like a GLC.

Stop talking about expanding with more projects. Make sure that the expansion projects come whit open tender!

Comment on Congratulation Celcom for making huge profits! What about your poor customer service? by Rashid

Posted: 04 Mar 2011 02:32 AM PST

I cannot agree more. They are only talking about upgrading network. Upgrading what? What bullshit/ They should be talking of upgrading customer services – how to make its customers happy and enjoy the services that they provided.

This matter should be brought to Parliament. That is the place to teach telcos like Celcom lesson of A, B & C. The customer welfare must come first. Datuk Shazali, please think about your customers first and not about projects for your ….

Comment on Congratulation Celcom for making huge profits! What about your poor customer service? by RD

Posted: 04 Mar 2011 01:33 AM PST

Dear YB.

I totally agree with you.

“The glaring fact is telcos are making huge profits yearly and there was no talk of reducing charges to help their subscribers.”

In-fact they are always looking for ways & ideas, how everything they term as ‘service’ could indirectly benefit them. They even use arm twisting method by collaborating with ‘External Content Provider’ to take advantage of subscribers. I have a very bad experience with Telcos and I refuse to pay them RM1021. I deleted the names of this Telco, since, I am still waiting their reply before I go to the Tribunal or the Police.
Below is the complaint, I send by e-mail to their Customer Service “Contact Us”. I refuse to talk to them by phone since I do not want to loose a single cent more, to them.

On Mac.01 2001, I went to xxxxxxx, to complaint & persuade xxxxx to waive the outstanding amount especially, which are related to ‘Download & External Content Provider’. Obviously, I was disappointed, by the clerk’s asking me to call this external provider for explanation. Why should I do so, when I pay the bills to you. As a customer, we do not ask for this service, if you had ask us orally, before sending. The clerk also suggest that I could go to the Tribunal Pengguna, instead. I am contemplating on it now.

I am also not satisfied:-

1. Why this phone no.(SIM Card -Prepaid) which was initially bought by my wife, then change to my name, when top-up was change the to ‘Line’. Done in Sg. Buloh, 3 @ 4years ago, I think.

2. Why was my wife not informed when the Credit limit is increase, each time, from the initial RM30. Is the increase, now RM1895 to suit for this ‘Service Provider’?
The clerk says that, since my account has been ‘perfect’ and I always pay on time, the top mgt. decide I should be given a rise. Without asking my opinion?

3. My wife call the ‘Help Line, end Jan, 2011 to block these games download, but still surface in Feb.’s bill. We accept the fact that our son did use a few of these game service in Dec.10, but surely he does not anticipate the compulsory subscription, RM3~8, 3 times a day, almost everyday of the month. The provider send an e-mail, of which my wife delete, each time and we must pay for it?

Now my wife is terrified to use this ‘line phone’ and she has bought a new SIM card from Celcom, using the traditional Top-up. I am keeping the 012-3586190 SIM Card.

Please tell me what I should do next by calling my home phone or e-mail.

Thank You.

I regret the day I change my phone & my wife from Pre-paid to ‘Line’.

Comment on Datuk Wong Chun Wai, Datuk Johan Jaafar, Datuk Chua, Syed Akbar Ali & others: Congratulation! by Tony car got toilet?

Posted: 03 Mar 2011 09:04 PM PST

Our daddy LKS is SILENCE ( 2. The Selangor sand scandals involving Kumpulan Semesta where no actions or words from top PKR leader ) but is very BUSY due to ( Felda settlers made up 35% of the total voters in Kerdau , tak boleh menang the seat , so must menang some face ?? )

- dared MCA president Dr Chua Soi Lek to declare his and the MCA's stand on the corruption charges against

a) Dr Ling was charged in a Sessions Court here last July with misleading the Cabinet about buying land for the Port Klang mega distribution hub when he was transport minister from 1986 to 2000.

b) Chan had, on Feb 28, claimed trial to three counts of cheating former prime minister Badawi over the PKFZ scandal.

Anyway Daddy Anak ( Semakin ) Pening ( Party ) its MP Tony Pua

http://tonypua.blogspot.com/2011/02/rm6-billion-opvs-navy-can-sue-me.html

and another guy say ” The only difference between Tony & that African lady is that she is ‘cloth-LESS’, while Tony’re ‘brain-LESS’. ”

and now lagi http://tonypua.blogspot.com/2011/03/mrt-runaway-train.html

Malaysia have had its share of "disasters" in terms of public transport infrastructure privatisation projects, where the
Government had to bail out the failed STAR LRT (RM3.3 billion),
Putra LRT (RM4.5 billion), KL Monorail (RM882 million) as well as the privatised bus service operators (~RM200 million).
This has resulted in Syarikat Prasarana Bhd, a wholly-owned subsidiary of Ministry of Finance, holding debts in excess of RM9 billion which it is unable to service even the interest.

———————————-

We pun sudah banyak kali pakai STAR-PUTRA-KL Monorail to KLCC , KL Sentral and so on , this called FAIL ?
This si GILA MP say LRT is wasting money , Monorail is Wasting money , ha ha even bus service also wasting money …… so
tomorrow will we see Tony Pua as taxi driver in street ????

Even you drive your own car also wasting HIS future money in Putrajaya consider petrol subsidy ….

We say ” The only same between Tony & that African lady is both need to masuk HOSPITAL Sakit Jiwa ”

———————————–

WE have just visit some underground MRT in Singapore . One of the MRT station benefits compared to bus
is public toilet ….. May be Tony Pua’s car inside got toilet ha ha

Comment on PKR should start its KPI on Anwar first by Daddy Happy Birthday

Posted: 03 Mar 2011 06:39 AM PST

This is our daddy happy brithday

http://www.wretch.cc/blog/teonieching/21613308

ha ha luckyly we are NOT invited ….. otherwise we will
say we prefer cendol than sharkfin …. may be belum
makan cendol sudah sakit perut ha ha ….. happy birthday
to Lee Kee Hiong , oh sorry salah cakap …

SUARA PERAK

SUARA PERAK


KEMPEN PENDAFTARAN PENGUNDI BARU

Posted: 03 Mar 2011 10:44 PM PST

MAHA SHIVARATHIRI - SHIVAN TEMPLE, JLN SG PARI, IPOH

Posted: 03 Mar 2011 07:12 PM PST

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


Kenyataan Media: Utusan Rakyat, 4hb Mac 2011

Posted: 03 Mar 2011 09:09 PM PST

KENYATAAN MEDIA
UNTUK SEBARAN SEGERA
4hb MAC 2011

Media arus perdana di Malaysia mengalami persepsi ianya dikongkong pihak berkuasa menerusi Akta Percetakan dan Penerbitan 1984, antara lain. Juga, realiti milikan media oleh sesetengah parti politik (samada secara terus atau menerusi proksi) menjustifikasikan persepsi "berat sebelah" atau prasangka pengarang (editorial bias) dalam siaran dan laporan. Seperti yang dilaporkan dalam The Malaysian Insider pada 1hb Mac yang lalu, seorang editor Utusan Malaysia telah berkata bahawa tugas Utusan Malaysia ialah untuk "menyokong Umno dan Barisan Nasional" dan "tiada dasar atau polisi berkaitan laporan mengenai parti-parti pembangkang."

Justeru, saya bersama beberapa rakan mengambil keputusan untuk memulakan sebuah akhbar mingguan dalam Bahasa Malaysia bertajuk 'Utusan Rakyat'. Akhbar mingguan ini akan bersifat dwipartisan dan saksama dalam laporan, dengan mengambil kira suara dan pendapat pelbagai pihak.

Ini mampu dilakukan melalui pimpinan lembaga penasihat pengarang (editorial advisory board) yang akan memberikan pandangan lebih menyeluruh kepada isu-isu semasa. Pada waktu ini, lembaga ini dianggotai Datuk Ambiga Sreenevasan sebagai wakil badan bukan kerajaan dan saya sebagai wakil Pakatan Rakyat. Beberapa tokoh politik mewakili pihak Barisan Nasional yang dijemput masih belum memberikan kata putus walaupun pada dasarnya bersetuju dengan inisiatif dwipartisan ini.

Namun, Utusan Rakyat bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak tanpa mengira batasan politik, selagi niat pihak-pihak tersebut ialah untuk meluaskan ruang demokratik dan memperjuang kebebasan media di Malaysia. Maka, apabila tiba masanya nanti, saya berharap agar tokoh-tokoh politik tersebut khususnya dan rakyat Malaysia amnya akan bangkit dan bersama-sama bergerak memulihkan demokrasi di negara tercinta kita ini.

Saya berharap dengan adanya Utusan Rakyat, rakyat Malaysia akan menikmati wacana baru yang membantu kita semua mendekati isu-isu terkini dengan fikiran matang, minda rasional, dilengkapi jiwa yang benar-benar merdeka.

Maka saya berharap pihak Kementerian Dalam Negeri akan menyahut cabaran memulihkan demokrasi negara dengan tidak akan teragak-agak untuk meluluskan permit penerbitan Utusan Rakyat, demi Malaysia yang lebih baik.

NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI

Blog@Wengsan...博客@永山

Blog@Wengsan...博客@永山


Terkejut melihat wajah sebenar pekan Kerdau

Posted: 03 Mar 2011 07:51 PM PST

马华公会的高调问政已经荒腔走板,变成“搞调问政”

Posted: 03 Mar 2011 07:27 PM PST

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Enam Lagi Rakyat Malaysia Pulang Dari Libya Esok

Posted: 04 Mar 2011 12:46 AM PST

29 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Mereka terdiri tiga pelajar lelaki dan dua pelajar perempuan serta seorang petugas Ranhill Berhad, demikian menurut kenyataan Wisma Putra pada Jumaat.

Mereka dijangka tiba pada 7.30 pagi menerusi penerbangan Malaysia Airlines MH187.

Lima pelajar itu adalah antara tujuh pelajar yang ditaja oleh World Islamic Call Society untuk mengikuti pengajian di Universiti Dakwah Islamiah di Tripoli.

Libya kini bergolak akibat bantahan rakyatnya terhadap pemimpin negara itu Muammar Gaddafi.

mStar/-

Halim : Ali Rustam Mungkin Dalang Bawa Ummi Hafilda Dalam Ceramah BN

Posted: 04 Mar 2011 12:45 AM PST

29 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 4 MAC : Pengarah pilihanraya kecil PAS bagi kawasan Merlimau, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menyelar Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam yang membenarkan siri ceramah BN diselubungi dengan kisah fitnah dan mengaibkan oleh Ummi Hafilda terhadap Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Halim, hal seperti ini tidak sepatutnya berlaku apatah lagi kes fitnah terhadap Anwar masih dibicarakan di mahkamah dan Ummi tidak ada kredibiliti untuk bercakap tentang hal itu.

Oleh kerana sikap yang ditonjolkan oleh ketua menteri itu, Halim tidak menolak kemungkinan, Ali Rustam mungkin adalah dalang yang membawa Ummi dalam usaha terdesak BN untuk meraih undi di Merlimau. �

"Bukan dia (Ali Rustam) nak ambil tindakan, dia lah yang menaja ini (Ummi Hafilda) datang kemari.

"Adakah pihak Ali RUstam ini terdesak sangat? Sampai bawa dia ke mari. Maknanya Umno Melaka ini benar-benar terdesak sehingga bawa Ummi Hafilda ke pilihanraya kecil,"katanya kepada Tv Selangor.

Halim juga turut mempersoalkan tujuan Ummi Hafilda berceramah dalam kempen pilihanraya DUN Merlimau jika bukan didorong atau diminta oleh pihak tertentu berbuat demikian.

Senada dengan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, Halim juga menyifatkan Ummi sebagai askar upahan rejim Umno-BN.

"Kenapa sekarang dia bangkit. Tak kena mengena datang cerita keburukan orang di sini. Kes liwat ini masih bicara di mahkamah. Siapa dia ini? Askar upahan ?

"Pengundi di sini tak makan dengan isu begitu. Dia bertindak sebagai askar upahan saja. kalau tidak, dia tak akan datang sini, datang sini buat apa,"kata Halim.

Ummi Hafilda seperti yang dijangka terus menabur fitnah terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saudara kandungnya sendiri, Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Tv Selangor/-

Kerdau: BN mahu cetuskan ketegangan

Posted: 04 Mar 2011 12:35 AM PST

29 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

TEMERLOH, 4 Mac: Barisan Nasional (BN) didakwa semakin agresif melakukan provokasi sehingga sanggup 'menyerang' ke bilik gerakan PAS dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kerdau.

Terbaru, kira-kira jam 3.30 pagi tadi, lebih 50 petugas Umno menghampiri markas PRK PAS di Kampung Desa Murni dengan menunjukkan kemarahan, mengeluarkan kata-kata ugutan dan memasang bendera BN melindungi bendera PAS yang telah sedia dinaikkan.

Menurut Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Temerloh, Fairus Hisyam Nordin, yang berada di tempat kejadian, apa yang memeranjatkan provokasi tersebut diketuai sendiri oleh Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Said.

"Malam tadi kira-kira jam 3.30 pagi lebih 50 orang petugas BN datang ke bilik gerakan PAS di Desa Murni diketuai Ismail Said, mereka berteriak dengan nada marah dan menghamburkan kata-kata berbentuk ugutan.

"Masa itu kami dalam khemah cuma ada 15 orang dan tidak melayan provokasi tersebut kerana jika melawan mungkin mereka akan gunakan sebagai kempen di media kononnya PAS ganas, walaupun mereka yang memulakan.

"Tak cukup dengan itu, kami syak beberapa orang anggota polis berulang kali mengambil gambar juga untuk tujuan mengugut sebab ada antara kami yang berkerja sebagai kaki tangan awam. Manakala yang lain menaikkan berdera BN di hadapan bendera PAS," katanya.

Tambah Fairus, beliau kecewa dengan tindakan provokasi pihak Umno itu dan akan membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini bagi mengelakkan insiden yang sama berulang.

Pusat mengundi Desa Murni dijaga oleh kontingen dari PAS Kawasan Temerloh.

Sementara itu Ketua Pemuda PAS Pahang, Suhaimi Saad, kecewa dengan pembabitan ahli parlimen tersebut yang sepatutnya bertindak mempertahankan demokrasi dan keamanan.

"Kita faham jika budak-budak Umno yang bertindak secara tidak bertamadun begitu, tapi bila melibatkan seorang ahli parlimen yang merupakan penggubal undang, itu jadi pelik. Sepatutnya dia tidak bertindak kebudaka-budakan walaupun kita tahu Desa Murni ada kampung beliau.

"Apa jadi jika Pemuda PAS melayan karenah dan provokasi mereka... tidakkah nanti akan terjadi perkara yang buruk seperti pergaduhan? Kenapa tak boleh fikir?," soal Suhaimi.

Dalam pada itu, seorang penyokong PKR mengadu tayar kereta beliau dipancetkan ketika pergi mendengar ceramah ketua umum parti mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim di Rumpun Makmur malam semalam.

Sebelum ini, berlaku juga gangguan kepada program PAS di kawasan Felda Mohamad Sabu berceramah dan Bob Lokman di waktu yang berlainan.

Harakahdaily/-
Oleh : Khairil Abdul Rahim.

Fuziah Gesa Peneroka Tuntut Janji Najib

Posted: 04 Mar 2011 12:30 AM PST

29 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KUALA KRAU 4 MAC : Peneroka Felda digesa oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Fuziah Salleh menuntut janji Perdana Menteri Najib Razak untuk memberi wang tabungan penanaman semula kumpulan tabungan penanaman semula (CES) dan Lembaga Sawit Malaysia (MPOB) yang dijanjikan beliau sebelum 6 Mac ini.

Dakwa Fuziah, Najib yang hadir berkempen di Jengka beberapa hari lalu telah menjanjikan kononnya akan membayar tunggakan bernilai RM13 ribu kepada peneroka Jengka 22 menerusi CES dan RM4 ribu seorang kepada peneroka skim penanaman semula MPOB dalam usahanya meraih undi peneroka di kawasan itu.

"Tiba-tiba ingat kepada peneroka Jengka 22 yang selama ini ada duit CES yang tertunggak sebanyak RM 13 ribu. Kenapa teringat? Kenapa Jengka 22 sahaja? Kenapa
tak teringat semua peneroka CES di seluruh negara. Saya nak cabar BN beri kepada semua sebelum 6 Mac beri duit CES kepada peneroka getah yang tanam semula kelapa sawit di seluruh negara setuju atau tidak?

"RM4 ribu itu hanya boleh dibayar selepas pokok ditebang. (Anda) tahu kan? tapi berani dia menjanjikan. Terdesak dan takutnya dia kepada penduduk Jengka 23. Sekarang tuan-tuan tuntut dia bayar sebelum pokok ditebang,"ujar Fuziah.

Menurut Fuziah lagi, apa yang membimbangkan ialah tawaran Najib jelas bertentangan dengan peraturan MPOB dan hanya akan merugikan peneroka yang menebang pokok mereka segera.

"6 Mac tarikh akhir kita beri pada dia beri duit RM4 ribu MPOB. Tuan-tuan jangan tebang pokok. Sekarang ini harga sawit tinggi RM813 setan. Duit ini hanya diberi bila harga sawit kurang RM400 setan. Saya tahu, dan MPOB semua tahu. Tapi kerana PM takut sangat tak dapat undi dari Felda Jengka 23, itulah tawaran beliau." kata Fuziah di hadapan kira-kira 700 hadirin di Felcra Rumpun Makmur, Kuala Krau malam tadi.

Ini bukan kali pertama Najib berjanji kepada masyarakat Felda, semasa PRK Parlimen Hulu Selangor, tahun lalu beliau berjanji untuk menyelesaikan isu perumahan generasi kedua Felda di Felda Soeharto, Gedangsa dan Sg Tengi.

Perdana Menteri juga pernah berjanji ketika PRK Tenang bulan lalu apabila mengumumkan 500 lot tanah kepada generasi kedua di Felda Cemplak, Cemplak Barat dan Felda Tenang namun sehingga hari ini tiada tanda-tanda ianya dilaksanakan.

Fuziah menyatakan ini merupakan taktik biasa Umno yang selalu melupakan rakyat dan hanya 'teringat'kan mereka bila menjelang pilihanraya.

"Pilihanraya kecil ini ialah waktu orang Kerdau dapat imbuhan. Selama ini jalan tuan-tuan berlubang, ada BN ingat? Selama ini susah payah tuan-tuan, ada
Najib dan BN ingat? Tapi sekarang PRK, tiba-tiba ingat. Tiba-tiba ingat dan tiba-tiba buat jalan," kata Fuziah.

Justeru beliau menggesa masyarakat Kerdau menjadi lebih proaktif dalam memperjuangkan nasib mereka dan tidak hanya menerima sahaja apa yang disogok dan
digula-gulakan kerajaan UMNO.

"Kita kena tunjukkan bahawa kita sudah berani kepada kerajaan BN. jangan kamu nak gula-gulakan kami, jangan nak beli kami dan kami tuntut hak kami dan bukan
untuk digula-gulakan,"kata Fuziah.

Tv Selangor/-

Pelajar syukur terima sumbangan kerajaan negeri

Posted: 04 Mar 2011 12:00 AM PST

29 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

GEORGETOWN, 4 Mac: Pelajar Mesir dari Pulau Pinang beruntung mempunyai kerajaan negeri yang dipimpin walaupun bukan Islam tetapi tahu menilai keresahan dan kerumitan ibu bapa untuk mencari dana membiayai semula pembelajaran mereka.

Mereka berpendapat apa gunanya jika pemimpin kerajaan yang memerintah tidak mahu menyelami kesusahan keluarga untuk menghantar kembali anak-anak bagi meneruskan pembelajaran di Mesir.

Ketika ditemui di Dewan Sri Pinang selepas program penyerahan cek RM2,000 kepada 318 pelajar oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng kelamrin, ramai tersenyum kerana ibu bapa mereka hanya perlu menambah sahaja kewangan bagi mencukupkan tambang untuk kembali belajar.

Tambang RM2,000 itu diberikan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) menerusi Pusat Urus Zakat (PUZ) yang memperuntukan RM1,000 seorang manakala kerajaan negeri pula RM1,000.

Mereka juga boleh berbangga kerana Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tetap mengutamakan mereka untuk menyambung pembelajaran kembali selepas pergolakan negara Afrika Utara itu reda.

Sharifuddin Fuat dari Maahad Qiraat Al-Azhar mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan negeri kerana menghulurkan bantuan kepada pelajar.

"Walaupun RM2,000 tapi ia sudah memadai untuk kami teruskan usaha sehingga tamat pengajian.

"Orang kata RM2,000 itu sikit berbanding tambang sebenar tetapi bagi kami ia satu penghargaan yang luar biasa dari kerajaan yang ketua menteri bukan Islam," tegasnya.

Mohd Zahid Ismail dari Univesiti Al Azhar, Kaherah dalam bidang Syariah pula berkata, sumbangan berkenaan memberi galakan yang tidak terhingga untuknyai berjuang di medan ilmu sehinggalah pulang menabur bakti pada tanahair tercinta.

"Pemberian itu sebagai satu azimat untuk kami belajar dengan lebih bersungguh. Biar kepulangan kami nanti lebih diberkati," terang beliau.

Muhamad Faiz Abdul Jalil dari Univesiti Al-Azhar Cawangan Zagazig bangga dengan keprihatin kerajaan negeri mengadakan majlis meraikan sumbangan tersebut.

"Kami ucapkan terimakasih pada Yang Dipertua Maipp, Ustaz Elias Zakaria, Pengarah PUZ, Dr Azman Samad serta kepimpinan kerajaan negeri kerana sanggup membiayai pemergian semula ke Mesir," ujarnya yang mengambil jurusan Usuluddin.

Harakahdaily/-
Oleh : Mohd Sabri Said.

Apa lagi mahu diharap pada kerajaan BN

Posted: 03 Mar 2011 11:31 PM PST

29 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KEPALA BATAS, 4 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, negara tidak memerlukan pemimpin yang jahat dan bodoh tetapi mahukan individu yang baik akhlak, amanah dan bijaksana dalam mengatur peluang untuk memajukan negara.

Tambahnya lagi, kepimpinan yang ego, rakus dan gilakan kuasa pastinya merugikan pembangunan negara kerana bertindak bukan berdasarkan kehendak rakyat sebaliknya mengikut kepala atau arahan pihak ketiga walaupun tahu setiap arahan itu rakyat yang menanggungnya.

"Negara tidak memerlukan seorang pemimpin yang jahat dan bodoh kerana sikap tersebut tidak menguntungkan pentadbiran negara. Bertambah parah kalau individu itu tidak berakhlak, melakukan penyelewengan dan bersikap ego," ujarnya ketika berucap pada majlis Karnival Penang Harmoni di Dewan Millenium, di sini malam tadi.

Kerakusan dan kezaliman ketika memerintah, tegasnya, bukan sahaja dirasai oleh rakyat bahkan pelabur juga terasa bimbang untuk meneruskan usaha menaman modal di negara ini.

Sebab itu, hari ini ekonomi Malaysia semakin mengucup setelah kebanyakan pelabur lari.

Bagaimanapun, katanya sejak kebelakangan ini apabila empat negeri di bawah Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor menunjukan prestasi ekonomi membanggakan berbanding negeri di bawah Barisan Nasional (BN).

Katanya, untuk mencapai tahap negara maju, rakyat harus menolak pemimpin jahat yang merampas harta rakyat dan gagal merencanakan pembangunan mengikut acuan sebenar, bukannya program 'mi segera' yang akhirnya menguntungkan kroni.

Sekarang ini, ujarnya kepimpinan negara seakan filem 'Ali Baba dan 40 orang penyamun' kerana menipu dan ditipu.

"Apa tidaknya, di era kepimpinan Tun Dr Mahathir, beliau yang dianggap pandai merampas hak rakyat akhirnya ditipu pula oleh Menteri Pengangkutan ketika itu," katanya.

Begitu juga dengan Perdana Menteri kelima, Tun Abddulah Ahmad Badawi juga menjadi mangsa penipuan Menteri Pengangkutan.

"Apa lagi nak harapkan BN memerintah nanti semua harta rakyat dikebas satu persatu. Melainkan rakyat bangkit jadi 'Marjinah' hasil lakonan Seniwati Negara, Sarimah yang mengajak rakannya menuang air panas ke dalam tong yang ada penyamun," katanya disambut gelak ketawa hadirin.

Turun berceramah pada malam tadi ialah Ketua Wanita DAP, Choong Eng dan penulis lirik, Bob Lokman.

Harakahdaily/-
Oleh : Mohd Sabri Said.

Najib tidak tolak kemungkinan pilihan raya umum awal

Posted: 03 Mar 2011 11:00 PM PST

29 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Najib di Melbourne hari ini.

MELBOURNE, 4 Mac — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menolak kemungkinan akan mengadakan pilihan raya umum awal, yang disebut-sebut bakal diadakan tahun ini.
Bagaimanapun tegas Najib beliau tidak memerlukan mandat baru menerusi pilihan raya umum ke-13 untuk meneruskan pembaharuan-pembaharuan seperti memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan.

Dalam temu bual dengan Reuters sempena lawatan ke Australia hari ini, Najib berkata, prestasi yang baik pada pilihan raya negeri Sarawak akan membantu menilai tanggapan orang ramai dan kemungkinan akan memberikan petanda ke arah pilihan raya umum awal.

Mandat semasa kerajaan pusat hanya berakhir April 2013.

Di DUN Sarawak, BN kini memiliki 63 daripada 71 kerusi.

Najib, yang perikatan pimpinannya Barisan Nasional (BN) yang menyaksikan prestasi buruk tiga tahun lalu, berjanji untuk memulihkan keyakinan pelabur di Malaysia dengan melaksanakan pembaharuan termasuk memperkenalkan cukai tertangguh berganda.

Ketika pilihan raya umum 8 Mac 2008, Najib merupakan timbalan perdana menteri. Beliau menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri Najib April 2009.

"Ia persoalan mengenai penilaian di akar umbi, bagaimana rakyat fikir tentang kerajaan, sama ada kita boleh ada faktor rasa selesa dan rakyat ada keyakinan ke atas kerajaan dan kedudukan pembangkang," katanya.

"Saya tidak menolak apa jua kemungkinan. Kemungkinan awal atau kemungkinan kemudian. Saya masih menilai situasi. Sarawak akan menjadi sebahagian daripada penilaian (saya), sudah pasti," kata Najib yang juga pengerusi BN.

Najib merujuk kepada kejayaan BN dalam empat daripada lima pilihan raya kecil yang lalu, mengatasi Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang turut berhadapan dengan kes liwat kedua dalam hidupnya.

BN berhadapan dengan dua pilihan raya kecil serentak iaitu DUN Merlimau dan Kerdau dengan pengundian pada Ahad ini.

"Setakat ini ia (kedudukan, sokongan) nampak baik. Setakat ini laporan dari lapangan agak menggalakkan tetapi kami tidak boleh memandang ringan, kerana pembangkang akan lebih bersungguh-sungguh kali ini untuk menerokai laluan di Sarawak," kata beliau.

Katanya perkembangan-perkembangan itu adalah usaha ke arah membentuk keyakinan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun Najib mengakui bahawa pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri bukan segala ukurannya jika mengambil kira keputusan akhir pilihan raya umum.

TheMalaysianInsider/-

Persediaan Sebelum Tidur

Posted: 03 Mar 2011 10:55 PM PST

29 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Hadith:

DIRIWAYATKAN daripada Abdullah bin Zaid al-Ansari r.a bahawa dia pernah melihat Nabi Muhammad SAW berbaring terlentang di dalam masjid, meletakkan sebelah kakinya pada sebelah kakinya yang lain.

Riwayat al-Bukhari

Huraian Hadith:

Sekiranya hendak tidur kita disarankan mengikut sunah Rasulullah SAW.

Dalam suatu riwayat menerangkan: "Daripada 'Aisyah r.a katanya: "Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda mengangkat kedua tangannya (seperti berdoa), lalu meniup dan membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Nas, kemudian baginda menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dimulai dari kepalanya dan mukanya dan bahagian depan daripada badannya, Baginda melakukannya sebanyak tiga kali. (at-Tirmizi)

Selain itu sebelum tidur baginda menunaikan sembahyang witir kerana Nabi SAW juga telah mengingatkan umatnya bahawa syaitan sering mengganggu manusia ketika tidur.

Oleh itu kita dianjurkan supaya mengamalkan solat witir setiap kali sebelum tidur.

Ketika baginda terbangun daripada tidur di tengah malam pula, baginda akan membasuh muka dan kedua belah tangan sebelum baginda tidur semula.

Berkenaan dengan cara tidur pula, Rasulullah SAW selain daripada tidur miring ke sebelah kanan, baginda juga pernah tidur terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagaimana maksud hadis di atas.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Pembangkang Libya tolak Chavez sebagai orang tengah

Posted: 03 Mar 2011 10:30 PM PST

29 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

BENGHAZI: Kumpulan pembangkang dan pemberontak di Libya hari ini menolak pembabitan Presiden Venezuela, Hugo Chavez sebagai orang tengah dalam rundingan bagi membawa semula keamanan serta meleraikan krisis politik di negara itu.

"Kami mempunyai kenyataan yang jelas. Ia sudah terlambat. Sudah banyak darah mengalir," kata Mustafa Gheriani, jurucakap pembangkang yang mengisytiharkan penubuhan Majlis Kebangsaan di bandar timur Benghazi, sebelum ini.

Chavez, yang menjadi rakan pemimpin rapat dengan Presiden Libya, Muammar Gaddafi mencadangkan agar satu misi pengaman antarabangsa diwujudkan di kalangan negara yang menjadi rakan baik Libya bagi mengadakan rundingan bagi mengelak perang saudara. "Kami tidak akan berunding dengan sesiapa mengenai rakyat kita yang sudah terkorban.

"Salah satu jalan untuk kami berunding dengan Chavez ialah jika Gaddafi meninggalkan negara ini ke Venezuela.

"Selepas itu kami akan meminta Gaddafi dihantar semula ke Libya untuk dihadapkan ke muka pengadilan," katanya.

Berita Harian/-

ADUN Lenggeng didapati bersalah rasuah

Posted: 03 Mar 2011 09:20 PM PST

29 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Negeri Sembilan, Mustafa Salim didapati bersalah menerima suapan RM2,000 daripada seorang kontraktor bertujuan mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.

Mahkamah Sesyen di sini, hari ini mendapati ADUN Barisan Nasional itu bersalah terhadap dua tuduhan menerima suapan daripada M Manimaran untuk tujuan itu. Dia didakwa di bawah Seksyen 10(a)(aa) Akta Anti-Rasuah 1997, menerima wang suapan di sebuah restoran di Mantin pada 31 Ogos 2008 dan boleh dikenakan hukuman penjara antara 14 hari dan 20 tahun serta denda lima kali ganda daripada jumlah suapan atau minimum RM10,000. Hakim Mahkamah Sesyen, Amran Jantan dijangka menjatuhkan hukuman terhadap Mustafa pada jam 2.45 petang ini

Kapal misi hantar makanan ke Libya berpatah balik

Posted: 03 Mar 2011 08:20 PM PST

29 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

ROM: Sebuah kapal yang membawa muatan 1,000 tan tepung ke bandar Benghazi di timur Libya dilaporkan berpatah balik semalam selepas menerima laporan kawasan itu terdapat pengeboman udara.

Menurut laporan yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kapal itu berpatah balik tanpa menurunkan semua muatan tepung yang sepatutnya dihantar ke negara bergolak itu.

"Keputusan itu dibuat pemilik kapal berkenaan kerana ia berisiko. Kami juga peka terhadap operasi pengemboman dari udara di kawasan berkenaan," kata Greg Barrow, jurucakap Program Makanan Dunia PBB yang beribu pejabat di Rom, Itali.

Berita Harian/-

Pengeboman untuk takutkan pemberontak: Anak Gaddafi

Posted: 03 Mar 2011 07:57 PM PST

29 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

LONDON: Serangan bom ke atas bandar pelabuhan Brega hanya bertujuan untuk menakut-nakutkan pemberontak Libya ke atas Presiden Muammar Gaddafi, kata anaknya, Seif Al-Islam kepada stesen televisyen Britain, Sky News, lewat malam tadi.

"Operasi pengeboman udara itu hanya untuk menakut-nakutkan mereka supaya menjauhi kawasan berkenaan. "Sebenarnya tiada bandar di sana. Bandar Brega terletak berbatu jauhnya. Saya bercakap mengenai pelabuhan yang mempunyai pusat penapisan minyak," katanya. Seif berkata, rejim pemerintahan tetap akan mempertahankan pelabuhan itu daripada jatuh ke tengan pemberontak.

"Ini adalah hub minyak dan gas di Libya. Kepada kami semua, kami makan, kami hidup kerana Brega. Tanpa Brega enam juta rakyat tidak mempunyai masa depan kerana kita eksport semua hasil minyak kami dari sana," katanya.

Berita Harian/-

Kejadian rusuhan kain buruk, 180,000 tinggalkan Libya - PBB

Posted: 03 Mar 2011 07:47 PM PST

29 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

GENEVA 4 Mac - Sekurang-kurangnya 180,000 orang telah meninggalkan Libya akibat daripada kejadian rusuhan yang semakin buruk ketika ini, menurut Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR), hari ini.

Kebanyakan individu yang meninggalkan negara yang sedang bergolak itu adalah pekerja dari Mesir dan Tunisia termasuk pekerja dari beberapa negara lain.

Utusan Malaysia/-

PM Mesir pula letak jawatan, Essam Sharaf jadi PM baru

Posted: 03 Mar 2011 07:26 PM PST

29 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KAHERAH 4 Mac - Perdana Menteri Mesir, Ahmed Syafiq meletakkan jawatannya berkuat kuasa semalam, satu lagi sambutan kegembiraan bagi penunjuk perasaan yang mahukan sisa pemerintahan rejim Presiden Hosni Mubarak dibersihkan.

Bekas Menteri Pengangkutan, Essam Sharaf dilantik untuk menggantikan Shafiq dan membentuk kerajaan baru.

Angkatan bersenjata memerintah negara itu sejak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan pada 18 Februari lalu ekoran protes selama 18 hari di seluruh negara tersebut.

Utusan Malaysia/-

Pemberontak minta PBB matikan serangan tentera

Posted: 03 Mar 2011 06:39 PM PST

29 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

BREGA - Pemberontak Libya meminta pertolongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghentikan serangan udara tentera upahan Afrika yang diarah pemimpin Muammar Gadaffi untuk menyerang rakyatnya sendiri, semalam.

Pasukan tentera Gaddafi melancarkan serangan, kelmarin terhadap pemberontak melalui darat dan udara sebagai amaran jika ada negara Barat mahu campur tangan dalam krisis negara itu.

Askar Gaddafi dilaporkan berjaya mendapat semula Brega selepas seminggu ditawan pemberontak dan mereka akan bergerak ke ibu negara Libya jika beliau tetap enggan meletak jawatan.

Terdahulu, Gaddafi mengecam bahawa ribuan rakyatnya akan terbunuh jika Amerika Syarikat atau Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) campur tangan dalam krisis negaranya.

Serangan bom turut berlaku berdekatan terminal minyak kelmarin, di mana sekurang-kurangnya 14 orang terkorban.

Sinar Harian/-

Cerai setiap 15 minit

Posted: 03 Mar 2011 06:30 PM PST

29 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

PUTRAJAYA - Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menunjukkan perceraian berlaku dalam kalangan umat Islam dicatatkan setiap 15 minit pada tahun 2009.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, jumlah itu meningkat daripada tahun ke tahun akibat daripada kurangnya penghayatan agama dalam kalangan suami isteri termasuk mengabaikan solat.

"Jika solat lima waktu sehari semalam tidak dapat dilaksanakan, sudah tentu dapat kita bayangkan mereka juga sukar untuk melaksanakan peranan dan tanggungjawab sebagai suami dan isteri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar sempena Maulidur Rasul Rasulullah Ikon Keluarga Bahagia yang disertai 1,200 penjawat awam.

Anggota panel pada seminar itu terdiri daripada pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan pendakwah, Datuk Dr Fatma Zahrah Mohd Ramadan.

Mashitah berkata, Jakim akan memperbanyakkan lagi program pemantapan keluarga yang menerapkan kesedaran terhadap peranan suami dan isteri, kemahiran keibubapaan, pendidikan serta pengurusan ekonomi keluarga.

Setakat ini katanya, Jakim menganjurkan sebanyak 900 program kekeluargaan dengan kerjasama jabatan agama Islam negeri dalam usaha untuk memperkasakan institusi rumah tangga.

Dalam perkembangan lain Mashitah berkata, Jakim masih memantau pergerakan saki baki pengikut ajaran al-Arqam yang didakwa mengadakan perjumpaan dikenali sebagai 'Sidang Parlimen Roh' selepas kematian pengasasnya, Ashaari Mohamad atau Abuya pada 13 Mei tahun lalu.

"Kita masih mengikuti apa yang mereka buat. Jadi minta kepada rakyat supaya berhati-hati dan tidak mengkuti kepada ajaran itu," katanya.

Sinar Harian/-

9.4 juta saman belum dijelas

Posted: 03 Mar 2011 06:00 PM PST

29 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail memberitahu sebanyak 9.4 juta saman masih belum dijelaskan pesalah trafik sehingga kelmarin.

Hussin berkata demikian selepas merasmikan perasmian kaunter saman trafik Polis Diraja Malaysia di Pos Malaysia Berhad di pejabat Pos Besar di sini semalam.

Menurutnya, pesalah trafik kini boleh menjelaskan saman di 703 cawangan Pos Malaysia di seluruh negara yang menyediakan perkhidmatan untuk orang ramai menyemak serta membuat pembayaran selain daripada 153 kaunter yang sedia ada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), lima di pusat membeli belah dan portal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
"Dengan adanya perkhidmatan itu, orang ramai terutamanya penduduk luar bandar tidak perlu untuk ke IPD bagi menjelaskan saman malah boleh berbuat demikian di mana-mana cawangan pejabat pos yang terdekat.

"Bagi mereka yang ingin membuat bayaran di IPD, polis akan membuka kaunter setiap hari dari jam 8 pagi hingga 10 malam sehingga Khamis depan," katanya.

Sinar Harian/-

Kempen BN di Merlimau bertentangan slogan 1Malaysia

Posted: 03 Mar 2011 05:30 PM PST

29 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau sangat kotor dan bertentangan dengan slogan 1Malaysia yang dilaungkan BN.

Beliau yang kesal dengan beberapa perbuatan khianat termasuk penyebaran risalah fitnah dipercayai dilakukan Umno BN berkata, Umno BN harus bertanggungjawab dalam perkara ini.

"Kempen ini mahu menonjolkan 1Malaysia yang sepatutnya menunjukkan perpaduan dan satu kempen yang bersih.

"Tapi sangat sedih apabila melihat kempen yang sangat kotor. Ada fitnah, dusta, risalah-risalah dan gambar lucah, tuduhan-tuduhan tidak berasas dan siapa yang bertanggungjawab?

"Tentulah Barisan Nasional. Tak boleh lari daripada itu," kata beliau pada sidang media di bilik gerakan DAP, pekan Merlimau dekat sini, petang ini.

Hadir sama ialah calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat pada PRK Merlimau, Yuhaizad Abdullah.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu juga berkata, Umno harus memberi peluang kepada pengundi-pengundi untuk memilih calon daripada mana-mana parti tanpa menggunakan wang sebagai umpan.

"Siapa menang siapa kalah terpulang kepada pengundi-pengundi.

"Berkempenlah secara bersih dan hormati keputusan rakyat. Tak perlu ada insiden-insiden seperti pecah kereta, pentas DAP cuba dibakar.

"Ini semua tidak patut berlaku dan semua bertentangan dengan slogan 1Malaysia.

"Politik wang sangat jelas dan ini bukan satu pertandingan yang sihat dan sangat dikesali," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai potensi Pakatan Rakyat untuk menang pada PRK ini, beliau berkata, kalah atau menang bukan keutamaan tapi perkara yang lebih penting adalah melihat perubahan yang dilakukan pengundi-pengundi yang terdiri daripada pelbagai kaum.

"Kita tahu tempat ini memang sukar untuk menang, mungkin tak boleh menang tapi apa yang mustahak dapat sambutan pengundi-pengundi di kawasan ini yang menunjukkan sokongan lebih kuat kepada Pakatan Rakyat," katanya.

Ujarnya juga, selepas pilihan raya umum 2008, semakin ramai rakyat yang mahukan politik baru.

"Sejak tsunami politik tiga tahun dahulu kita lihat ada perubahan bukan sahaja di negeri Melaka tapi di Malaysia dan apa yang berlaku di Mesir,Tunisia dan Timur Tengah, kita lihat perkembangan politik baru dan rakyat mahu menuntut perubahan termasuk di Malaysia," katanya.

Harakahdaily/-
Oleh : Hazayani Zakaria.

Merempat..? Harga Rumah Mahal!

Posted: 03 Mar 2011 05:00 PM PST

29 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

MIRI, 3 Mac 2011 – Sering kita diperdengarkan dengan kenyataan keluar dari mulut pemimpin negara seperti dibawah;

"Selaras dengan gagasan 1Malaysia, kerajaan komited dan akan terus memberi keutamaan dalam penyediaan perumahan yang mencukupi, berkualiti dan mampu dimiliki atau disewa mengikut keperluan golongan tertentu" – sumber Utusan Malaysia

tetapi amat malang sekali rakyat masih dibebani dengan harga rumah yang mahal dan segelintir masih merempat terbiar di kawasan setinggan.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan Dasar Perumahan Negara (DRN) telah digubal dan ianya akan memenuhi keperluan asas rakyat, iaitu tempat tinggal yang selesa dan mampu dimiliki bagi memperkasakan pilihan dan autonomi rakyat.

Menurut beliau, bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), kerajaan telah mensasarkan pembinaan sebanyak 78,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara bagi memenuhi keperluan pelbagai golongan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan penempatan semula setinggan.

Begitu juga dengan Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata pelaksanaan (DRN) di Sarawak akan memastikan kerajaan negeri menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti mengikut piawaian ditetapkan untuk kumpulan sasaran.

Menurut beliau, di bawah pelaksanaan (DRN) harga rumah mampu milik negara telah disemak semula dengan harga rumah kelas itu di Semenanjung Malaysia meningkat daripada RM30,000 kepada RM42,000 manakala di Sarawak daripada RM42,000 kepada RM50,000 seunit. Pada masa sama kerajaan akan membina 8,000 unit Rumah Mampu Milik untuk dijual di seluruh negeri dan kedua-dua projek ini akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10)

Apa yang lebih mengecewakan sekarang ini ialah kerajaan persekutuan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (PPP) telah memperkenalkan Program Perumahan Rakyat (PPR), Rumah Mampu Milik (RMM), Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) dan sebagainya yang berharga RM40,000 hingga RM80,000 seunit tetapi masih ada lagi segelintir rakyat tidak mampu untuk membeli dan memiliki rumah.

Lain ceritanya pula dengan pemaju perumahan konglomerat seperti Naim Cendera, Miri Housing dan lain-lain di Sarawak ini harga rumah (single & double storey/terrace/corner/intermediate) boleh mencecah sehingga RM150,000 ke RM600,000 seunit dan kebiasaannya harga rumah terus melambung naik secara mendadak dalam tempoh masa kurang setahun dengan alasan pemaju bahawa minyak, harga tanah dan bahan binaan dikatakan telah menaikkan kos binaan.

Keadaan ini boleh mengakibatkan rakyat yang berpendapatan sederhana dan pertengahan tidak mampu membeli rumah idaman mereka.

Kini, trend pembinaan rumah mewah nampaknya semakin tidak terkawal oleh pemaju perumahan. Dengan mencecah setengah atau suku juta ringgit, berlipat kali ganda lebih tinggi berbanding purata pendapatan isi rumah di Sarawak. Masalah peningkatan melampau nilai hartanah dan rumah kebelakangan ini memang telah lama dirasai dan jika diteliti pemilik rumah-rumah mewah di pinggir Bandaraya Miri khususnya di perumahan Luak, Piasau dan Permyjaya kebanyakan pembeli asing iaitu warganegara Brunei.

Memang tidak dinafikan kehadiran pembeli asing khususnya warganegara Brunei akan memberikan impak positif kepada ekonomi negara atau negeri tetapi ia tidak harus memperjudikan hak dan nasib rakyat tempatan.

Sekarang ini masih ada lagi rakyat berkeluarga miskin, tiada berpendapatan tetap, pendapatan kurang RM1000 sebulan, papa kedana, dengan keadaan rumah yang usang dan dengan keadaan hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang merempat di bumi sendiri.

Apa nasib rakyat, anak cucu kita 10 tahun lagi? Berapakah harga hartanah dan rumah di Sarawak ketika itu nanti? Masihkah ingat kenyataan lawak baru-baru ini oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Alfred Jabu ak Numpang?
"kerajaan negeri sedang berusaha mengeluarkan rakyat tanpa mengira kaum di negeri ini keluar dari belenggu kemiskinan dengan mendapat pendapatan sebanyak RM1,200 sebulan bagi satu keluarga dalam tempoh 10 tahun akan datang." – sumber The Borneo Post

…dan rakyat nak jawab dan tanya balik Tan Sri Alfred Jabu ak Numpang pula…
Apa yang Tan Sri boleh nampak pada nilai wang RM1,200 untuk keluarga pada 10 tahun akan datang??? jika itulah sasaran dungu kamu wahai sang pemimpin; sudah pasti rakyat masih 'meNUMPANG' di bumi sendiri…

oleh : masalahrakyat

Pesta rasuah di Kerdau dan Merlimau

Posted: 03 Mar 2011 04:30 PM PST

29 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Salah guna kuasa/sogokan/rasuah/pancing/beli undi dan penyelewengan pihak BN mengiringi sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Kerdau. Kes-kes berikut telah dicatatkan berlaku menjelang penamaan calon sehingga kempen 2 Mac 2011:

1. Pada Seminar Kecemerlangan Institusi Keluarga di Sekolah Kebangsaan Chenderah di Kampung Chenderah di Merlimau, Rabu (2 Mac) - Mohd Ali, Ketua Menteri Melaka menyogok 70 basikal kepada murid sekolah SK Chenderah (MstarOnline 3 Mac) dengan taktik memancing undi ibu bapa pelajar terbabit.

2. Muhyiddin dalam lawatannya ke DUN Merlimau (1 Mac), memancing undi dengan menjanjikan peruntukan geran pembinaan sekolah agama rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau berjumlah RM1.5 juta (Utusan online 3 Mac).

3. Pihak Felda turut membantu BN di PRK Kerdau membeli undi melalui pengumuman bayaran ses di bawah Skim Insentif Tanam Semula yang diberi kepada 433 peneroka dengan bayaran wang insentif RM1,000 sehektar atau bersamaan RM4,000 seorang yang kesemuanya bernilai RM1.8 juta. Majlis membeli undi itu dijadualkan pada Jumaat ini (4 Mac), dua hari menjelang pengundian (Umno online 2 Mac; Utusan online 3 Mac).

4. Umpan untuk beli undi ibu bapa pelajar telah dilakukann oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dengan memberi sumbangan kepada seramai 34 pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu termasuk 29 pelajar dari Sekolah Menengah Dang Anum. Majlis mengumpan itu diadakan di Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dan Jamuan Rakyat DUN Merlimau (dlm. Sinar Haroiana online - http://www.sinarharian.com.my/merlimau/).

5. PAS menerusi Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Sabki telah mengadu secara rasmi kepada pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melibatkan penggunaan jentera kerajaan/premis awam pihak BN di Kerdau sebagai tindakan salah guna kuasa dan penggunaan melampau premis Sekolah Rendah Batu Sawar, Padang Awam Teluk Sentang dan Dewan Orang Ramai Felda Jengka 23 serta Balai Raya Kuala Tekal. Di situ telah didirikan khemah dan menaikkan bendera parti serta aktriviti kempen.

6. Tan Sri Muhyiddin telah berjanji bersifat menyogok 300 seramai ibu bapa merupakan pengundi Dun Kerdau sedia meluluskan pembinaan blok tambahan untuk bengkel kemahiran hidup dan makmal bernilai RM5 juta di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau dan turut mempengaruhi pengundi sebagai pancing undi dengan sanggup dimasukkan cadangan dalam projek Rancangan Malaysia ke-10. Di samping turut berjanji untuk menyiapkan 18 sekolah di parlimen Kuala Krau yang akan diberikan peruntukan penyelenggaraan sebanyak RM1.9 juta (Malaysiakini 1 Mac).

7. Berlaku pengedaran kotak barangan kepada pengundi Cina di Kerdau dan dilihat menyogok dan merasuah pengundi apabila peenerima diarahkan memasang pelekat BN pada rumah masing-masing dan dibuktikan lagi (sogokan dari BN) kerana pada kotak itu ada gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil. Setiap kotak mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin (Malaysiakini 28 Februari).

8. Datuk Seri Najib Razak mengumumkan satu nilai sogokan untuk memancing undi berjumlah hampir RM10 juta bagi projek pembangunan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau menjelang hari penamaan calon. Pengumuman itu dibuat di dua majlis perjumpaan berasingan di hadapan pengundi di Batu Sawar dan pengundi Cina, India dan Orang Asli di Kampung Baru Kerdau. Sogokan sebanyak RM10 juta itu dalam bentuk sogokan projek mengganti paip bernilai RM9.25 juta, gelanggang serbaguna masyarakat Cina RM400,000, membina kuil Hindu RM100,000, dan Balai Bomba sukarela RM150,000 (Malaysiakini 27 Februari).

9. Kehadiran Mohd Najib dan isterinya Rosmah menaiki helikopter berkempen sebelum penamaan calon di sekitar daerah mengundi Kerdau dan 'kawasan 3+1' – gugusan Felda Jengka 22, Felda Jengka 23, Felda Jengka 25 dan Felcra Rumpun Makmur dilihat sebagai salah guna kuasa kerana menggunakan wang kerajaan. Helikopter itu tidak dibiayai oleh Umno Kerdau (Malaysiakini 28 Februari).

10. Masjid as-Sujjah Merlimau (premis awam) juga digunakan sebagai pentas menyampaikan kempen oleh pengkuliah antara waktu maghrib-isyak (pada Isnin, 2 Feb). Antara ucapan pengkuliah yang sempat dicatatkan ialah "Yahudi menguasai ekonomi di Amerika Syarikat kerana ia adalah negara mereka, dan di Malaysia, orang Melayu tidak menguasai ekonomi, tetapi sebaliknya mereka menguasai politik. Jadi, anda mesti menyokong parti yang melindungi dan mempertingkatkan martabat Melayu... Saya berharap rakyat akan membuat keputusan yang betul dalam pilihan raya supaya martabat kita dapat dipertahankan." Memahami konteks itu, jelas pengkuliah itu adalah berkempen untuk BN atas masjid (Malaysiakini 2 Mac).

11. Tan Sri Muhyidin mengumumkan akan membina sekolah agama rakyat di Taman Muhibah dekat Masjid as-Sujjah Merlimau berjumlah RM1.5 juta di majlis perjumpaan pegawai agama masjid yang dihadiri sama calon BN Roslan (Berita Harian 2 Mac). Pengumuman itu satu sogokan dan mempengaruhi pengundi dari kalangan pegawai masjid seluruh Dun Merlimau.

12. Satu majlis di SMK Dang Anum, Merlimau (premis awam) pada hari Isnin (28 Februari) Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengeluarkan kenyataan, berikutan pengumuman kenaikan gaji para guru oleh Tan Sri Muhyidin, lalu beliau meminta 311 orang guru di Merlimau dapat membalasnya dengan mengundi BN (Malaysiakini 2 Mac).

13. Agensi kerajaan Pusat, Biro Tata Negara Negara (BTN) turut menyertai kempen pilihan raya kecil Merlimau dengan mengadakan tiga ceramah setiap hari bermula Ahad (27 Mac) lalu. Misinya ialah memburuk-burukkan DAP yang kononnya 'menentang Islam dan mengancam orang Melayu' (Malaysiakini 1 Mac).

14. Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari telah membuat laporan SPRM berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan pentadbrian di bawah Mohd Ali Rustam melibatkan projek dan dana Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berjumlah RM13.85 juta. Penyelewengan didakwa berlaku dalam kes pembinaan kompleks MAIM dan penyerahan milik lot PT 83 kepada kontraktor dan penjualan lot 106 dan 106 oleh kontraktor terbabit kepada pihak ketiga serta kelewatan jadual pembinaan kompleks yang tidak diambil sebarang tindakan (Berita Harian 2 Mac). Atas kes ini ada isu amalan kronisme, subhat dan semacam melindungi penyelewengan oleh MAIM dan Mohd Ali selaku Ketua Menteri.

15. Mohd Ali Rustam juga diketahui umum oleh para kontraktor yang menyertai tender projek negeri Melaka, sebagai ketua menteri yang mengamalkan kronisme dan rasuah. Mana-mana kontraktor yang ingin mendapatkan projek dan kelulusan tender perlu mendapat surat akuan daripada runnernya dan perlu berjumpanya terlebih dulu, kemudian membuat beberapa komitmen untuk kepentingannya (Laporan menerusi SMS 3 Mac).

Perkara yang sama turut dilaporkan oleh seorang profesor dari salah sebuah universiti di USA yang membuat kajian berkaitan pembangunan negeri Melaka.

Berdasarkan pendekatan BN yang tidak bermoral, tiada integriti dan mencabar amalan demokrasi di PRK Merlimau-Kerdau, maka by hook or by crook BN akan menang!

Ini kerana, pihak pengundi sedia terperangkap dengan segala janji manis, takut dengan ugutan dan terpukau dengan sogokan berjuta-juta ringgit. Itulah pengundi BN.

Harakahdaily/-
Oleh : Wan Nik Wan Yussof .

Nuffnang