Rabu, 21 Disember 2011

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


21 Blok Sibertel Terbiar - Rosak: Pemilik Buat Aduan Kepada Adun Bangi

Posted: 21 Dec 2011 04:38 PM PST

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


Happy Winter Solstice

Posted: 21 Dec 2011 06:50 PM PST

【念念有辞】做名女人的家人不容易

Posted: 20 Dec 2011 10:25 PM PST

This column article published on the Website of Chinese Newspaper Chinapress.com.my

影后刘晓庆曾这么说过:"做人难,做女人难,做名女人更难。"

过去三年多,虽然总有风雨,可是关心鼓励也并不少,所以说难也没很难。

搞不好,做名女人的家人其实更也不容易。

首当其冲的就是舅舅。朋友找他帮忙,他总是竭尽所能不求回报,原以为朋友的想法也会和他一样。谁知两年前一通寻求协助的电话,居然成了朋友用来攻击外甥女和她同志的利器。

(More......)

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Hassan Ali hentam ... Dewan Muslimat pertahan "Negara Berkebajikan"

Posted: 21 Dec 2011 07:30 AM PST

Sepertimana pendirian Dewan Muslimat ketika membahas Ucapan Dasar Presiden PAS di Muktamar Tahunan PAS pada bulan Jun 2011 yang lepas yang bertemakan "Membangun Negara Berkebajikan", 

Dewan Muslimat untuk sekian kalinya konsistan mengucapkan terima kasih, syabas dan tahniah kepada  Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Hj. Awang, Presiden PAS kerana telah mengangkat suatu tema yang kami sifatkan sebagai telah pun memenuhi ciri-ciri kesyumulan Islam hatta upaya menggambarkan betapa Islam itu Rahmat kepada sekalian alam.
Ucapan terima kasih, tahniah dan syabas ini juga kami panjangkan kepada seluruh Kepimpinan PAS Pusat dan para Perwakilan Muktamar Tahunan PAS yang telah sebulat suara menerima Ucapan Dasar Presiden PAS ketika itu iaitu "Membangun Negara Berkebajikan". 

Ini adalah suatu keputusan paling sah, legitimate dan digarap melalui semangat syura kaum Muslimin (orang-orang Islam) yang menjadi anggota Gerakan Islam, PAS.

Sehubungan dengan itu, Dewan Muslimat menyelar tindakan Datuk Dr Mohd Hassan Ali, mantan Naib Presiden PAS yang kini juga merupakan AJK PAS Pusat atas tindakan mempersoalkan "Negara Berkebajikan" PAS seterusnya beliau juga menuduh bahawa PAS telah terkeluar daripada landasan perjuangannya. 

Pendirian sebegini sesungguhnya adalah pendirian Umno yang senantiasa mahu memburukkan dan melemahkan PAS khususnya di mata orang-orang Melayu.

Persoalan kami, apakah nawaitu Dato' Dr Hassan Ali ketika bercakap mengikut rentak musuh-musuh politik PAS? Begitu juga bila beliau "memainkan" isu 3R – Religion, Race and Royal (Agama, Bangsa Dan Raja) yang umum juga tahu ini adalah strategi dan senjata UMNO untuk terus mendapatkan "sokongan hayat" daripada para simpatisan dan chauvanis Melayu?!

Dewan Muslimat berpendirian "Mempertikaikan Negara Berkebajikan bermaksud juga mempertikaikan dan tidak menghormati Presiden dan Perwakilan Muktamar Tahunan PAS yang sebulat suara menerima Ucapan Dasar Presiden."

Muslimat PAS menyifatkan tindakan terbaru Datuk Hassan Ali melalui pendirian kenyataan medianya kelmarin (20 Disember 2011), "completely" mempertikaikan PAS, Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung dan Perwakilan Muktamar Tahunan PAS 2011.

Satu Malaysia telah menyaksikan tindakan ini kerana telahpun disiarkan oleh TV3 melalui slot Buletin Utama.

Justeru, Dewan Muslimat menyarankan agar Tindakan Tatatertib yang tegas mesti diambil oleh PAS ke atas beliau agar tindakan seumpama ini tidak menjadi budaya dan ikutan. 

PAS wajar memperkasakan keperluan Disiplin di dalam parti kerana PAS bukan sahaja dilihat sebagai parti politik biasa sifatnya tetapi juga sebagai sebuah Gerakan Islam yang diterima di peringkat dunia; hatta dihormati kawan dan lawan. Ini juga yang kami fahami sejak muda remaja dalam asuhan dan tarbiyyah PAS. 

Ini kekuatan yang telah menghimpunkan generasi muda yang cintakan Islam untuk hadir berjuang dan memperjuangkan Islam bersama PAS.

Sehubungan dengan itu juga, Dewan Muslimat menyeru kepada semua anggota Gerakan Islam – PAS di semua peringkat baik "Qiadah" (Pimpinan) mahupun "Jundiyyah" (Pengikut/Pelaksana) agar memahami dan menjiwai peruntukan dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 2011), Fasal 82 (1) (g).  

Dewan Muslimat juga menyelar percubaan dangkal dan nakal pihak-pihak tertentu yang berterusan memfitnah PAS dan kepimpinan PAS bahawa kononnya telah menjadi kuda tunggangan DAP dan seumpamanya.

Sebenarnya, jika diteliti ini lah nada dan ungkapan versi UMNO kini. Malangnya kedapatan juga "dilagukan" oleh segelintir pimpinan dan ahli PAS yang kami sifatkan berada dalam dua situasi : 1. Bijak tapi bermasalah, 2. Dungu dan gelap hati.

PAS adalah parti paling "senior" dalam lanskap politik Malaysia kini. Keanggotaan PAS pula adalah daripada pelbagai peringkat latar belakang pendidikan, sosial dan usia. 

Pemimpin dan ahli boleh datang dan pergi tetapi Islam yang mendasari perjuangan PAS dan kekuatan "infrastruktur organisasi" di dalam PAS itu insyaAllah semakin teguh dan utuh. 

Gagal memahami sejarah dan "nilai-nilai" perjuangan PAS akan menatijahkan tindakan dan suara yang sumbang sekalipun individu itu galak melaungkan mereka mahu kembalikan PAS ke landasan asal kerana kononnya telah tersasar!

Perangai seumpama ini telah kita lihat berulang kali dalam sejarah perjuangan  PAS tetapi insyaAllah PAS semakin kuat kerana yang memelihara Gerakan Islam PAS ini sesungguhnya adalah Allah Azza Wajalla.

Hakikat yang mesti kita semua sedari ialah Allah sedang merancang suatu yang lebih baik untuk PAS agar upaya merealisasikan Islam Rahmat Kepada Sekalian Alam. Dewan Muslimat berharap Pimpinan tertinggi akan mengambil langkah wajar seperti yang dicadangkan. 

Manakala Muslimat PAS menyeru semua anggota Gerakan Islam PAS agar Fokus menghadapi PRU13, Perkemaskan Gerakan Dan  lets MOVE FORWARD TO PUTRAJAYA. InsyaAllah, tanda-tanda Kemenangan semakin terserlah.

Buat anak-anak muda yang kami kasihi, contohi dan susuri strategi kemenangan Sultan Muhammad Al Fateh ketika menawan Kota Constantinople, bukannya keliru dan dikelirukan oleh pemikiran dan pendirian Datuk Dr Mohd. Hassan Ali.

AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
Ketua Penerangan

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


"TIADA NIAT SEBESAR ZARAHPUN NAK SERTAI UMNO" - ustaz Nasharuddin

Posted: 21 Dec 2011 02:52 AM PST


KUALA LUMPUR, 21 Dis: "Saya tegaskan di sini bahawa saya adalah adalah ahli PAS, dan perjuangan saya kekal bersama PAS untuk menjunjung risalah Islam menyumbang kepada ummah dalam apa juga keadaan," tegas AJK PAS Pusat, Nasharudin Mat Isa (gambar).

"Berikutan beberapa dakwaan, tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan secara langsung oleh beberapa pihak terhadap saya sejak kebelakangan ini menerusi media massa, blog dan laman sosial seperti Facebook dan Twitter, saya berasa perlu untuk mengeluarkan kenyataan media ringkas sebagai penjelasan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, sebagai seorang yang terdidik dalam dua dunia dan latar belakang berbeza iaitu bukan agama dan kemudiannya berpindah kepada pengajian Syari'ah dan Perbandingan Undang-Undang, beliau menyedari sepenuhnya bahawa pembabitan langsung di pentas politik nasional pasti mengundang seribu satu macam cabaran dan dugaan.

Katanya, dalam dunia dakwah, kita dididik dengan hakikat bahawa laluan dakwah ini tidak dibentang dengan hamparan permaidani merah, jauh sekali untuk sentiasa direnjis dengan wangian bunga.

"Saya akur sepenuhnya dengan Tariqud-Dakwah (Jalan Dakwah) yang saya lalui ketika ini telah lebih awal disusuri oleh para anbiya', sahabat dan ulamak terdahulu daripada kami yang memilih PAS sebagai pentas perjuangan  politik dalam konteks sistem demokrasi berparlimen sedia ada di Malaysia," ujarnya yang juga ahli Parlimen Bachok.

Justeru, jelas Nasharudin lagi, dakwaan kononnya beliau 'terperangkap dalam agenda permainan musuh politik PAS iaitu Umno' adalah sesuatu yang terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan langsung tidak berasas.

Menurutnya, sepanjang pembabitannya dalam PAS yang saya terima sebagai wadah menyampaikan suara Islam kepada umat di Malaysia, belum pernah beliau ungkapkan bahawa akan menyertai Umno.

Justeru, ujarnya buat kesekian kalinya beliau menegaskan bahawa tidak mempunyai niat sebesar zarah sekalipun untuk menyertai Umno.

"Janganlah gunakan alasan mudah seperti ini untuk menyimpulkan tindakan, pandangan atau perhitungan politik saya pada ketika kita mengharung gelombang percaturan politik yang jauh lebih mencabar.

"Saya harap penjelasan ringkas ini memadai dalam mengukur kesetiaan saya terhadap perjuangan PAS,"(harakahdaily)

PERTAHAN DASAR "MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN"

Posted: 21 Dec 2011 02:40 AM PST


KUALA LUMPUR, 21 Dis: Sewaktu pimpinan PAS dan seluruh ahlinya ijmak menerima konsep Negara Berkebajikan melalui muktamar tahunannya, malah ia adalah kandungan ucapan dasar presiden parti 'Membangun Negara Berkebajikan' yang telah diterima sebulat suara, maka ia menjadi dasar parti yang mesti dipertahankan oleh semua pimpinan dan ahlinya.

Justeru, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan (gambar) menegaskan tidak layak bagi mana-mana pemimpin atau ahli parti mempertikai konsep yang telah diijmakkan melalui satu majlis pemesyuaratan yang besar seperti muktamar tahunan yang sah, sementara kritikan membina dan pandangan tambah nilai adalah senantiasa dialu-alukan.

AJK PAS Pusat, Datuk Dr Hassan Ali melalui akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini mempertikaikan dasar "Membangun Negara Berkebajikan" yang menjadi tema PAS sekarang ini.

Bagi Hassan, PAS sepatutnya kekal dengan dasar negara Islam yang telah menjadi perjuangan asal PAS.

Bagi Nasrudin, Konsep Negara Berkebajikan adalah manifestasi dari konsep negara yang disebut oleh al-Quran iaitu Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur (Negara yang sejahtera dan mendapat keampunan Tuhan Yang Maha Pengampunan).

"Konsep ini juga dipertegaskan dengan tiang serinya iaitu ubudiah iaitu pengabdian diri kepada Allah SWT, Tuhan Yang Maha Mencipta," katanya.

Justeru itu, jelasnya Negara Berkebajikan ditakrifkan sebagai 'Kerajaan beramanah yang berpaksikan prinsip-prinsip adil dan ihsan (al Adl wal Ihsan) di dalam seluruh sistem pemerintahan termasuklah pentadbiran, perundangan, kehakiman, politik, ekonomi, sosial dan lain-lain, seterusnya membawa kepada pembinaan sebuah masyarakat yang berlumba-lumba melakukan kebajikan (Istibaq al Khayrat) dan saling bekerjasama (at-Ta'awun) ke arah kejayaan (al Falah) pemerintah dan rakyat di dunia dan di akhirat'.

Menurutnya, berasaskan takrif tersebut, layaknya tidak timbul lagi keraguan terhadap konsep Negara Berkebajikan apakah ia menepati atau bercanggah dengan perjuangan asal PAS.

Tambahnya, lantaran PAS tetap konsisten dengan dasar Islam yang diperjuangkannya dan konsep Negara Berkebajikan bukanlah suatu penyimpangan sebaliknya ia adalah suatu peneguhan terhadap asas dan dasar perjuangan Islam yang diperjuangkan selama ini.

"Dewan Pemuda PAS Malaysia tetap akan mempertahankan konsep Negara Berkebajikan yang telah dimuktamadkan oleh parti melalui Muktamar Tahunannya yang ke 57 baru-baru ini dan insya Allah Dewan Pemuda PAS Malaysia juga telah memutuskan satu komitmen besar untuk turun ke serata negara bagi memperjelaskan Konsep Negara Berkebajikan ini," ujarnya.(harakahdaily)

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on MAS paid 8 month bonus in 2010 to Firefly staff! by Kamal

Posted: 21 Dec 2011 06:28 AM PST

Hai yaa, how many times I told you. AJ, Danny and TF very smart one. Goreng sini goreng sana got very well paid maaa.
.
You all laa kerja macam nak mampus, sampai tua tak kemana.

Serve you right laa, masa Roti Jala tidur macam orang mati.

Hai yaaa!

Comment on MAS paid 8 month bonus in 2010 to Firefly staff! by din0

Posted: 20 Dec 2011 08:09 PM PST

For god sake,help these country.Its full of raketeering and worst still.under PM’s watch yet nuting is done.What is wrong with this picture? Only u n I knw the fact that it is MALAYSIA BOLEH! A stunt that ordinary people on the streets like u n I can’t do it as the minute we pull a stunt of this sort,the whole world will know.But when cronies and big KO PARAT guys does this sort,they get away wit murder even.

All for the name of dollars and cents.Maybe BN wants sum share and piece of that icing? Who knows if MAS n AA are actually lauging to the bank – declaring all sorts of rubbish while they conned everyone especially their own hard working staffs by hundreds of millions Rgt! All they need to do is to keep declaring losses while the Govt and agencies keep smiling acting like there is no big deal. I am so tired of all these bull stories happening with MAS and AA.Which God will send THOR or any destructive eagle from HELL and wipe these morons from the planet including those sleeping!!

If they can’t run the country clean,let the RAKYAT run it!!

Comment on MAS paid 8 month bonus in 2010 to Firefly staff! by Anonymous

Posted: 20 Dec 2011 01:58 PM PST

FF is a company run by cronies. its engineering department is run by a group of ppl from a single state. Check out who is the first O2 holder in that company. who’s son is he? fresh from school and he gets wages higher than most ppl. They tell you flight is delayed, but actually they wont fly if they dont have a full pax.

Direct Free Kick

Direct Free Kick


Majlis Mesra Rakyat Khas 21/12/2011 bersama YB Taufik Abdul Ghani (ADUN Paroi) dan YB Tian Chua (Ahli Parlimen Batu) di Pejabat JPP Zon 17, Pandan Indah.

Posted: 21 Dec 2011 08:10 AM PST

Majlis Mesra Rakyat Khas 21/12/2011 bersama YB Taufik Abdul Ghani (ADUN Paroi) dan YB Tian Chua (Ahli Parlimen Batu) di Pejabat JPP Zon 17, Pandan Indah

Posted: 21 Dec 2011 08:03 AM PST

Majlis Mesra Rakyat Khas 21/12/2011 bersama YB Taufik Abdul Ghani (ADUN Paroi) dan YB Tian Chua (Ahli Parlimen Batu) di Pejabat JPP Zon 17, Pandan Indah.

Posted: 21 Dec 2011 07:53 AM PST

Majlis Mesra Rakyat Khas 21/12/2011 bersama YB Taufik Abdul Ghani (ADUN Paroi) dan YB Tian Chua (Ahli Parlimen Batu) di Pejabat JPP Zon 17, Pandan Indah.

Posted: 21 Dec 2011 07:50 AM PST

20/12/2011 - Telah mempengerusikan Dialog Mekanisme Penyelenggaraan Kuota Perumahan Bumiputera di SUK, Shah Alam.

Posted: 20 Dec 2011 04:28 PM PST

Isu kuota perumahan Bumiputera melibatkan kepentingan 2 pihak iaitu pemaju dan masyarakat Bumiputera. Oleh itu, saya telah menjemput kedua-dua pihak.

Bagi pihak pemaju, REHDA dan FIABCI telah menghantar delegasi yang ramai. Lebih 10 orang telah mewakili REHDA.

Tetapi malang sekali hanya 1 NGO Melayu/Islam yang hadir.

Lawatan kerja ke Ampang Chinese Methodist Church 19/12/2011.

Posted: 20 Dec 2011 04:12 PM PST

Bersama Pastor gereja itu, Reverend Toh Kee Hean dan keluarganya. Turut bersama dalam lawatan tersebut adalah Cik Lee Shok Jing, Ahli Majlis MPAJ bagi Zon 17.

Lawatan kerja ke Ampang Chinese Methodist Church, Kg Baru Ampang 19/12/2011.

Posted: 20 Dec 2011 03:59 PM PST

Telah bertemu dengan Pastor gereja itu, Reverend Toh Kee Hean.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam


Posted: 21 Dec 2011 09:03 AM PST

Program YB Hari Ini

10.30 pagi di Dewan Padang Sera, Kodiang.
Majlis Penyampaian sumbangan basikal kepada 70 orang keluarga miskin dalam DUN Ayer Hitam & DUN Kota Siputeh.
Anjuran :  Pejabat Kebajikan Daerah Kubang Pasu

11.30 pagi di Pejabat Penghulu Mukim padang Perahu
Majlis bacaan Yaasin sempena memasuki pejabat baru dekat Homestay Padang Perahu

1.00 tengahari
Menghadiri kenduri kahwin di Rumah Hj Mahamad Nasir B Hj Arshad di Kg Bohor Karang, Jerlun  

Majlis Penyampaian Bantuan Sekolah dan Anugerah Cemerlang UPSR 2011

Posted: 21 Dec 2011 08:55 AM PST

PKWR DUN Ayer Hitam telah menganjurkan Majlis Penyampaian Bantuan Sekolah dan Anugerah Cemerlang UPSR 2011 pada 20 Disember 2011 di Perkarangan PKWR di Kg Lubuk Pinang. Seramai 70 orang pelajar yang mendapat 5A bagi pelajar Sekolah Kebangsaan  dan 7A bagi pelajar SJKC dalam DUN Ayer Hitam.

Dalam ucapannya, YB Ust Abd Ghani merakamkan penghargaan kepada ibu bapa yang bertungkus lumus mendidik anak-anak mereka sehingga mencapai keputusan cemerlang dalam UPSR yang lalu. Sesungguhnya kejayaan mereka dalam pelajaran akan dapat merubah kehidupan keluarga dan membantu meringankan bebanan para ibu bapa apabila bekerja nanti.

Dalam hal ini, Kerajaan Negeri mengambil tanggungjawab membina kampus baru Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil, Baling dengan meningkatkan bilangan kursus daripada 7 program kepada 47 program yang meliputi pelbagai bidang daripada Ijazah Pertama hingga PhD. Kerajaan Negeri juga memperuntukkan bantuan Iwang tunai kepada rakyat negeri Kedah yang berjaya memasuki IPTA di mana di peringkat Diploma sebanyak RM 200 manakala di peringkat Ijazah Pertama sebanyak RM 400. Tahun ini sahaja, PKWR DUN Ayer Hitam telah menyampaikan sumbangan IPTA berjumlah RM 28,000.00. Mulai tahun 2012, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM 1.7 juta bantuan persekolahan kepada setiap keluarga miskin yang berdaftar dengan e-Sinar di mana mereka akan menerima RM 100.00 secara one off.

Dalam majlis yang sama, YB Ust Abd Ghani turut menyampaikan sumbangan pakaian sekolah kepada 189 orang pelajar dari kalangan keluarga yang tidak berkemampuan. Beliau juga menyampaikan bantuan Kafalah kepada 13 orang waris yang berjumlah RM 6500.00. Majlis tersebut diakhiri dengan jamuan bubur asyura yang disediakan oleh PKWR Ayer Hitam.

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


Jawapan PAC : Penggunaan Wang Zakat dalam Kes Anwar Ibrahim

Posted: 21 Dec 2011 02:02 AM PST

 

Nuffnang