Rabu, 21 Disember 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


SPRM Pasti Temui Rasuah Dalam Skandal NFC

Posted: 21 Dec 2011 02:54 AM PST

Malaysiakini

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya badan itu menyiasat penglibatan menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam skandal projek National Feedlot Centre.

Saifuddin berkata, asas utama dakwaan beliau hari ini adalah “adakah pada ketika kerajaan luluskan pinjaman RM250 juta itu menteri terlibat dan hadir mesyuarat (kabinet).”

Katanya lagi, SPRM perlu menyiasat sama ada Shahrizat mengetahui mengenai pembabitan keluarganya dalam projek berkenan ketika mesyuarat jemaah menteri itu berlangsung.

Tambahnya, beliau tidak mahu SPRM memberi alasan sama seperti yang diberikan selepas satu laporan berkenaan dibuat sebelum ini berhubung pembelian kondominium mewah One Menerung daripada dana NFC.

“Kita tidak mahu SPRM beri alasan lagi bahawa kes itu bukan kes rasuah.

“Dengan kompilasi bukti ini, kita berpendapat SPRM pasti akan temui elemen rasuah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Antara bukti yang turut diserahkan kepada SPRM hari ini akaun syarikat, status pegangan saham, sijil saham dan juga hasil carian data di Suruhanjaya Syarikat Malaysia kata

Saifuddin yang kini terikat dengan Seksyen 29(4) Akta SPRM 2009 berhubung kes berkenaan turut ditemubual hampir dua jam di pejabat SPRM Selangor, Shah Alam.

Seksyen berkenaan menghalang pengadu daripada mendedahkan butiran aduan tersebut kepada awam.
“Tapi kalau ada maklumat baru, contohnya ada kondo di Australia pula, saya boleh beritahu,” katanya dengan berseloroh.

Tambahnya, beliau turut diberitahu bahawa kes berkenaan akan diserahkan untuk disiasat oleh ibu pejabat SPRM Putrajaya memandang kes berkenaan berprofil tinggi.

Permohonan Untuk Pinjaman Bank Dunia Dibuat Oleh NEAC Yang Dipengerusikan Tun Mahathir

Posted: 21 Dec 2011 02:42 AM PST

Saya mengucapkan terima kasih kepada Tun Mahathir Mohamad yang akhirnya mengaku[1] bahawa pentadbiran beliau memang ada mengambil pinjaman dari Bank Dunia yang ditandatangani pada 31 Mac 1999 semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Ini bertentangan dengan penafian beliau sehari sebelum itu kononnya beliau tidak mengambil sebarang pinjaman Bank Dunia.

Malangnya, adalah mendukacitakan apabila beliau masih meneruskan pembohongan untuk mengabui mata rakyat. Beliau menulis kononnya "rundingan terakhir dibuat dalam tahun 1997 untuk mendapatkan pinjaman Bank Dunia" dengan niat menyabitkan Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan permohonan pinjaman tersebut.

Hakikatnya adalah berbeza dan ini disahkan oleh dokumen-dokumen Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia. Saya rujuk rentetan peristiwa dan dokumen-dokumen berikut untuk membuktikan bahawa permohonan untuk pinjaman sebanyak USD404 juta dari Bank Dunia dibuat atas arahan Tun Mahathir Mohamad sendiri:

1) Dokumen Bank Dunia (Laporan Awal Permohonan Pinjaman PID6999 yang disertakan bersama) pada halaman 2 perenggan terakhir menyebut:

"In view of these circumstances in July 1998, the Government announced a National Economic Recovery Plan to bring the economy back on a positive growth path. One of the six strategic objectives of the National Economic Recovery Plan is to continue the country's equity and socio-economic agenda which had been instrumental during the past two decades, in maintaining social stability in the country. In line with this objective, the Government has proposed a plan of action to mitigate the adverse social impacts of the crisis which threaten to reverse the gains made in the past.The Government has approached the Bank for help in strengthening this plan and implementing it through a Social Protection Project"

Dokumen Bank Dunia itu menjelaskan tujuan permohonan pinjaman yang dibuat iaitu untuk membiayai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (National Economic Recovery Plan, NERP) yang diumumkan di dalam bulan Julai 1998. Permohonan juga dibuat oleh Kerajaan Malaysia, bukannya ditawarkan oleh Bank Dunia seperti yang didakwa Tun Mahathir.

2) NERP diumumkan dan ditadbir sepenuhnya oleh National Economic Action Council (NEAC) atau Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). NEAC dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri. Perjalanan seharian NEAC diputuskan oleh Pengarah Eksekutif NEAC iaitu Tun Daim Zainuddin, Menteri Tugas-tugas Khas yang dilantik oleh Tun Mahathir Mohamad. Setiausaha NEAC adalah Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang bertanggungjawab penuh kepada Tun Mahathir Mohamad ketika itu.

3) Maka, jelas terbukti bahawa permohonan mendapatkan bantuan kewangan dari Bank Dunia dibuat oleh NEAC bagi pihak Kerajaan Malaysia untuk membiayai NERP yang dilancarkan dalam bulan Julai 1998. NEAC dikawal sepenuhnya oleh Tun Mahathir Mohamad.

4) Ini bertepatan dengan jadual kelulusan pinjaman dari Bank Dunia seperti yang termaktub di dalamLaporan Penilaian Permohonan Pinjaman (Project Appraisal Document 18855-MA yang disertakan bersama) mukasurat 29. Ia menyebut tarikh-tarikh penting seperti berikut:

  1. Permohonan mula-mula diterima dari Kerajaan Malaysia pada 26 Julai 1998
  2. Pasukan penilai dari Bank Dunia berlepas ke Malaysia pada 30 November 1998
  3. Rundingan hanya bermula 1 Februari 1999

5) Bukan sahaja permohonan dibuat oleh NEAC mengikut arahan Tun Mahathir Mohamad, malah kesemua proses rundingan berlaku selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim sudah pun dipenjarakan.

Saya percaya Tun Mahathir Mohamad akan mencari alasan baru untuk menerangkan perkara ini walaupun ia sudah jelas terbukti, sebagaimana beliau akhirnya mengaku beliau ada mengambil pinjaman Bank Dunia (walaupun menafikannya sebelum itu).

Saya juga menasihatkan Tun Mahathir Mohamad agar tidak begitu ghairah mencabar orang lain bersumpah di atas al-Quran dalam hal ini, kerana jika polemik cabar-mencabar untuk bersumpah ini melarat kepada isu-isu yang membabitkan keluarga beliau, sukar untuk beliau menafikannya.

Contohnya, adalah lebih berguna sekiranya beliau bersumpah di atas al-Quran bahawa anak beliau, Mirzan Mahathir tidak membeli pegangan besar di dalam konglomerat arak terbesar di rantau ini iaitu San Miguel kerana soal keluarga pembesar negara beragama Islam menguasai perniagaan arak adalah soal yang sensitif bagi masyarakat beragama Islam di Malaysia. Tambahan pula, bila konglomerat yang sama ingin menguasai perniagaan hiliran milik ExxonMobil Malaysia yang melibatkan ribuan rakyat Malaysia beragama Islam yang tidak sanggup dibayar gaji dari wang yang terlibat dengan arak.

Jika beliau bersungguh-sungguh untuk bersumpah di atas al-Quran, bersumpahlah menafikan perkara ini terlebih dahulu.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

20 DISEMBER 2011

Penyata Akaun Negara Sahkan Pinjaman Mahathir Dari Bank Dunia

Posted: 20 Dec 2011 05:50 PM PST

Keadilan Daily

KEADILAN sekali lagi tampil dengan bukti menyanggah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menafikan membuat pinjaman dari Bank Dunia pada 1999.

Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli,  meskipun Mahathir 'meragui' dokumen rasmi Bank Dunia berhubung pinjaman itu, namun beliau tidak boleh menafikan dokumen rasmi kewangan negara yang dikeluarkan kerajaan Malaysia dan diluluskan di parlimen.

Dokumen itu ialah penyata Akaun Memorandum hutang Awam Luar Negeri pada 31 Disember 2008, yang terkandung dalam Anggaran perbelanjaan persekutuan 2010 dan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Oktober 2009.

"Penyata tersebut mengesahkan bahawa Kerajaan Malaysia telah mengambil pinjaman dari Bank Dunia dalam tahun 1999 dengan rujukan "4452 MA Projek Sokongan Sektor Sosial" dari Bank Dunia,".

"Kadar faedahnya adalah 7.47% bagi tahun 2008 dan sehingga 31 Disember 2008, Kerajaan Malaysia masih berhutang sebanyak RM701,040.14 daripada keseluruhan pinjaman berjumlah USD60 juta yang diambil dalam tahun 1999," kata Rafizi dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Rafizi yang menulis surat kepada Bank Dunia bagi mengesahkan pinjaman itu, turut membidas kenyataan Tun Mahathir yang mempersoal kenapa isu itu baru dibangkitkan sekarang.

"Saya nasihat mudah saja. Sekarang kita hanya bolehsearch internet. Ia tak sama macam tahun 1999. Kini semua dokumen rasmi ada di internet, cuma nak tahu macam mana nak cari sahaja," kata beliau.

Tegas Rafizi, KEADILAN menuntut Mahathir memohon maaf secara terbuka kerana kenyataan beliau yang jelas merupakan satu pembohongan.

"Sewajarnya Tun Mahathir Mohamad perlu menerima hakikat bahawa beliau telah tersilap dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana berbohong mengenai bantuan Bank Dunia kepada Malaysia dalam tahun 1999," tegasnya

Tiada ulasan:

Nuffnang