:: cina islam | 2011 :: |
- AMK bertemu NGO rancang himpunan bebas Anwar
- IMF, Mahathir saja bersumpah laknat
- Kelantan tandatangan 6 MoU pembangunan
- Nicol terima hadiah RM50,000 dari PBA P Pinang
- PAS: Perubahan gaji tak seimbang, Najib harus tangguh SBPA
- Contohi Mahasiswa seperti Adam Adli, orang kuat UMNO melatah seperti baru keluar dari gua.
- Skandal NFC: Pemimpin KEADILAN lapor ke SPRM
- Polis disangka mat rempit
- ‘Niat niat sebesar zarah untuk sertai Umno’
- Umno bukan lagi berjuang untuk rakyat
- ‘Saya insaf sepanjang berada di penjara’
- AS sekat 10 syarikat jalin kerjasama dengan Iran
- Jumlah mangsa banjir Johor menurun kepada 2,991 orang
- Najib sokong skim cepat kaya, 200 ribu kini mangsa
- Pahang gagal jana sumber hasil negeri
- Makan Malam Pakatan “Bersatu Menuju Ke Putrajaya”
- Nasha ikrar setia kepada PAS
- SAMM Pertahan Adam, Bersolidar Dengan SMM dan Kesian Kepada Pemuda Umno
- Dakwat kekal, Pelbagai alasan seperti budak hingusan yang tidak sedar hingusnya meleleh.
- Parti Islam Indonesia bentuk Aliansi Hijau
- Radioaktif Jepun cemar Pasifik
- Jepun beli pesawat tempur canggih F-35 buatan AS
- MAS siasat dakwaan sogokan di unit kargo, ketua diarah cuti
- Aziz Bari ucap UIA ‘selamat tinggal’ 31 Dis
- Pemandu lori maut ditetak
AMK bertemu NGO rancang himpunan bebas Anwar Posted: 21 Dec 2011 01:00 AM PST 25 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR 21 Dis : Angkatan Muda KEADILAN akan bertemu Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi merancang perhimpunan menuntut keadilan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 9 Januari 2012. Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, mesyuarat pada malam esok dirancang diadakan bersama Pemuda Pakatan Rakyat, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Generasi 709, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) dan kelompok mahasiswa. "Setelah kita bermesyuarat malam esok, hasilnya kita akan umumkan Jumaat ini dan antaranya ialah pengumuman program-program di dalam kempen bebas Anwar," kata Shamsul. Kempen tersebut dinamakan #BebasAnwar901, telah dimulakan secara maya di laman 'Twitter' bagi mengumpul solidariti terhadap Ketua Pembangkang itu yang dituduh dalam kes Fitnah II. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan keputusan terhadap Anwar pada 9 Januari depan. Sementara itu, koordinator Kumpulan anak muda pasca Bersih 2.0 (Generasi 709), Lee Khai Loon mengesahkan akan turut serta berhimpun secara aman bagi menunjukkan keprihatin anak muda terhadap sistem kehakiman negara. "Tarikh 9 Januari adalah satu hari yang penting iaitu keputusan mahkamah atas kes fitnah II yang bakal memberi kesan ke atas badan kehakiman. Rakyat juga sudah muak dengan perkara ini kerana kes Fitnah tersebut jelas sudah tidak ada bukti yang kukuh tapi masih lagi diteruskan," "Anak muda dari pelbagai bangsa prihatin dan akan turut bangkit sebagai agen perubahan untuk negara yang lebih membangun. Kita (anak muda) mahukan negara yang demokrasi dan bebas dari cengkaman undang-undang yang menindas," katanya Keadilan Daily. |
IMF, Mahathir saja bersumpah laknat Posted: 21 Dec 2011 12:40 AM PST 25 Muharram 1433H. [MOD] - DR. MAHATHIR mengajak Anwar Ibrahim bersumpah laknat kerana mendakwanya pernah minta bantuan kewangan dari IMF, Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia. Antara punca Anwar disingkirkan dari kerajaan dan Umno selain dari tohmah liwat adalah juga bekas Timbalan Perdana Menteri itu didakwa menjadi hamba kepada IMF dan Bank Dunia. Hampir 15 tahun setelah keduanya berpatah arang berkerat rotan, Anwar pula mendakwa Dr. Mahathir juga kaki penyembah Bank Dunia. Ertinya kedua-duanya lebih kurang saja dalam hubungan Bank Dunia dan IMF. Justeru itu Dr. Mahatahir mengajak Anwar bersumpah laknat. Nampaknya bertambah orang yang mahu bersumpah laknat dengan Anwar. Tetapi tiada yang memikirkan Datuk Seri Najib mesti bersumpah laknat atas kes Altantuya dan tidak yang memikirkan Sharizat Jalil wajar berumpah laknat atas isu skandal lembu dan kondo. Dr. Mahathir sepatutnya tidak terikut sangat dengan budak yang mendakwa dia diliwat Anwar dan geng Datuk T tentang video lucah yang cuba mengaiabkan Anwar. Jika Dr. Mahathir sebenar bersih dari sebarang hubungan dengan Bank Dunia, dia tidak perlu mencabar Anwar bersumpah laknat tetapi dia sendiri bersedia untuk bersumpah seorang diri. Apa yang Dr. Mahathir patut buat ialah meminta Anwar membuktikan dakwaan yang dibuat ke atasnya. Kalau Anwar benar, maka dia akan membuktikan tuduhan terhadap Mahathir, tetapi kalau benar Dr. Mahathir bersih dari sebarang hubungan dengan Bank Dunia, tentulah sukar malah mustahil untuk membuktikannya. Kalau Anwar dapat membutikannya tetapi Dr. Mahathir tidak dapat menerima kekterangan itu, dia berhak membela diri dan menafikannya. Dr. Mahathir kalau mahu boleh bersumpah. Dia tidak perlu menyuruh Anwar bersumpah. Dia sendiri saja yang bersumpah. Apakah Dr. Mahathir akan membuat sumpah palsu atau sebaliknya, ia adalah masalah antaranya dengan Allah. Allah saja yang tahu apakah dia bersumpah benar atau palsu. Orang lain tidak boleh takwil lagi. Termasuk Anwar sendiri dengan hujah dan buktinya yang kuat misalnya, tak perlu mengongketnya lagi. Bagi orang ramai pula mesti membebaskan fikirannya terhadap Dr. Mahahtir kerana dia sudah bersumpah. Kalau dia membuat sumpah palsa, maka biarlah Allah menentukan akibatnya. Allah tidak akan melepaskan sesiapa yang membuat sumpah palsu. Anwar tidak perlu membuat sumpah. Apakah kita hendak mempercayai Anwar atau mempercayai Dr. Mahathir, maka tidaklah perlu untuk memanjangkannya lagi kerana Dr. Mahatahir sudah bersumpah. Kes itu kira-kira ditutup setakat sumpah Dr. Mahathir itu. Tidak perlu dia hendak menyuuh Anwar mesti bersumpah juga. Jika Anwar pula hendak bersumpah sebagai yang dituntut oleh Dr. Mahathir, itu adalah masalah dirinya sendiri. Tetapi dia tidak dikehendaki menunaikan kemahuan Dr. Mahathir. Tugas dan tanggungjawab Anwar ialah membuktikan dakwaannya. Apakah kita dapat mempercayainya, bergantung pula kepada hujah penafian Dr. Mahathir dan apabila Dr. Mahathir berani bersumpah, kita serah saja kepada Yang Maha Hakim. Selagi Dr. Mahathir tidak bersumpah, kita boleh bandingkan keterangan dan bukti siapa yang kuat. Setakat ini Anwar tidak menapikan dia adalah hubungan yang baik dengan IMF. Dr. Mahathir pula tentulah dirasakan sebagai seorang yang tidak mahu terikat dengan IMF. Kalau dia juga ada hubungan dengan IMF, maka tidaklah dia wajar menempelak orang yang ada hubungan atau pernah berhubung dengan IMF. Apakah IMF itu berguna kepada manusia atau sebaliknya, ia bukan isu yang dibincangkan. Ada pro dan kontranya pinjaman IMF. Isu yang kita hadapi ialah hubungan kedua-duanya dengan IMF. Selama ini Anwar itu digambar buruk oleh Dr. Mahathir atas hubungannya yang baik dengan IMF. Anwar digambarkan hamba kepada IMF. Sekarang Anwar pula mengatakan Mahathir juga tidak bebas dari bahana IMF itu. Dakwaan Anwar itu boleh diterima kiranya Dr. Mahathir tidak membuat sumpah laknat. Harakah Daily |
Kelantan tandatangan 6 MoU pembangunan Posted: 21 Dec 2011 12:30 AM PST 25 Muharram 1433H. [MOD] - KOTA BHARU, 21 Dis: Sebanyak enam perjanjian persefahaman antara kerajaan negeri dengan beberapa buah syarikat swasta untuk enam program pembangunan rakyat di negeri itu. Perjanjian persefahaman itu meliputi program modal insan, industri multimedia, animasi, akademi filem Islam kreatif, penubuhan wings coffee, salon dan latihan pembangunan industry kreatif. Majlis perjanjian persefahaman itu diwakili oleh wakil-wakil kerajaan negeri dan syarikat swasta terbabit, Universiti Kreatif Limkokwing, profima, Wings Coffee Sdn Bhd, Making Headlines Design Sdn Bhd dan Zentrum Future Studies. Perjanjian berkenaan diadakan sempena majlis perasmian Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Kreatif Kelantan 2011 yang diadakan selama dua hari bermula 20 Disember di KTC pagi semalam. Sebanyak 30 gerai yang mewakili syarikat-syarikat kreatif Kelantan dan luar mempamerkan produk masing-masing pada program yang bertemakan 'Kuasa Anak Muda Pemangkin Industri Kreatif'. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata program ini berpeluang anak-anak muda Kelantan untuk mempamerkan bakat kreatif mereka kepada umum. Katanya, pada masa yang sama ianya juga bertujuan untuk memberi peluang anak muda Kelantan mempelajari pelbagai ilmu kemahiran kreatif seperti batik, fotofrafi, seramik, ukiran kayu dan berbagai lagi. "Ianya dapat menjana pendapatan keluarga melalui kemahiran yang ada,"ujarnya. Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob. Harakah Daily |
Nicol terima hadiah RM50,000 dari PBA P Pinang Posted: 21 Dec 2011 12:30 AM PST 25 Muharram 1433H. [MOD] - Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David menerima hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam satu majlis khas malam tadi. Sumbangan yang disampaikan oleh Pengerusi PBAPP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang merupakan penghargaan kepada atlet yang mengukir nama di peringkat global. nicol david squashNicol dalam ucapannya berkata, dengan penghargaan hadiah seumpama itu, beliau berharap lebih ramai jaguh sukan bertaraf antarabangsa dapat dilahirkan dari Pulau Pinang. "Dengan adanya pelbagai program pembangunan sukan, adalah diharapkan lebih ramai bakat-bakat baru yang berpotensi dapat diketengahkan," katanya. Beliau yang mempertahankan gelaran juara dunia sebanyak enam kali dijadual berlepas semula ke Amsterdam, Belanda bagi meneruskan sesi latihan intensifnya selepas perayaan Krismas ini. - Bernama |
PAS: Perubahan gaji tak seimbang, Najib harus tangguh SBPA Posted: 21 Dec 2011 12:20 AM PST 25 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 21 Dis ― PAS mahu Putrajaya menangguhkan dengan segera pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) atas alasan perubahan gaji antara kakitangan peringkat bawahan dan atasan tidak memberi gambaran sebenar. Parti itu, sebagaimana didakwa oleh Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menegaskan sebahagian besar daripada 1.4 juta kakitangan kerajaan tidak diberi maklumat yang sebenar mengenai perubahan skim gaji dan sifir gaji. Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan perlu mengarahkan satu perundingan semula diadakan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs berkenaan pelaksanaan SBPA. "SBPA ini patut ditangguhkan. Penelitian kami menunjukkan SBPA menjadi penjawat awam Kumpulan Premier kakitangan emas manakala kakitangan rendah pula dianaktirikan," katanya. "Selepas mengadakan perundingan, kita mahu hasil perbincangan itu dibawa ke Parlimen. Kami juga mahukan jawatankuasa pilihan khas diadakan bagi mengkaji semula struktur gaji yang disyorkan menerusi SBPA," kata beliau lagi. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual mengadakan pertemuan dengan Cuepacs berkenaan kontroversi SBPA esok. Mahfuz (gambar) yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menegaskan, maklumat yang beliau terima menunjukkan bahawa penjawat awam dalam Kumpulan Premier, yang dianggarkan dalam jumlah sekitar 40 orang, akan menerima gaji antara RM35,000 hingga RM60,000 tidak termasuk elaun tetap, elaun perumahan dan elaun khas pembantu rumah serta lain-lain. Menurut beliau, penjawat awam dalam kategori satu Kumpulan Premier akan menerima gaji RM60,000, RM45,000 (kategori dua), RM40,000 (kategori tiga) dan RM35,000 (kategori empat). Beliau menyifatkan kadar itu satu jumlah yang tinggi dan percaya perubahan itu adalah "terlalu besar" berbanding kakitangan peringkat bawahan. "Sedangkan saya dengar kakitangan Kumpulan Sokongan (kini dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana) menerima kenaikan sekitar RM80, RM100, RM200," kata beliau. Katanya, apa yang menghairankan sehingga kini JPA masih belum mengeluarkan sifir gaji - skala perubahan gaji kakitangan awam. Di bawah SBPA, yang dijadual untuk dilaksanakan mulai 1 Januari ini, menyediakan skim gaji satu lapis berbanding gaji tiga lapis di bawah Sistem Saraan Malaysian (SSM). Ahad lalu, Cuepacs membuat pendirian tegas meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem SBPA, yang akan dikuatkuasakan 1 Januari ini, dan mengadakan perundingan dengan badan induk kesatuan awam itu. Badan induk itu mendakwa pihaknya "amat kesal" kerana kerajaan dan JPA tidak mengadakan langsung perundingan dengan Cuepacs sebelum menggubal dan melaksanakan SBPA. Presidennya Datuk Omar Osman berkata, kerajaan seharusnya memastikan setiap anggota perkhidmatan awam, yang saiznya 1.4 juta orang, menerima maklumat yang tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA. "Kami mahu kerajaan mengadakan perundingan dengan Cuepacs, kami mahu sistem ini dikaji semula... kalau boleh, tangguh melaksanakan SBPA, ada orang kata naik gaji 1 Januari, tetapi mana yang penting, naik gaji 1 Januari atau mendapatkan maklumat betul dan tepat, faedah yang baik. "Kenaikan gaji 1 Januari boleh dianjakkan satu dua bulan lagi, katakan Mac, kita bayar tunggakan gaji, tiada masalah," kata Omar. "Soal penangguhan itu bagi kami, itu perkara kedua dan ketiga, tetapi kami mahukan hak perundingan, mahu hak perundingan dikembalikan, sistem gaji ini dikaji semula, berunding dengan kami," kata beliau sambil menegaskan urusan opsyen SBPA perlu ditangguhkan. "Kami meminta ahli-ahli kami tidak menerima opsyen sehingga perkara ini selesai," kata beliau sambil menambah sekitar 900,000 daripada 1.4 juta kakitangan awam mendapat perlindungan menerusi perjuangan Cuepacs. Omar berkata, perkiraan pihaknya menunjukkan Ahad lalu, Cuepacs membuat pendirian tegas meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem SBPA dan mengadakan perundingan dengan badan induk kesatuan awam itu. Badan induk itu mendakwa pihaknya "amat kesal" kerana kerajaan dan JPA tidak mengadakan langsung perundingan dengan Cuepacs sebelum menggubal dan melaksanakan SBPA. Presidennya Datuk Omar Osman berkata, kerajaan seharusnya memastikan setiap anggota perkhidmatan awam, yang saiznya 1.4 juta orang, menerima maklumat yang tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA. "Kami mahu kerajaan mengadakan perundingan dengan Cuepacs, kami mahu sistem ini dikaji semula... kalau boleh, tangguh melaksanakan SBPA, ada orang kata naik gaji 1 Januari, tetapi mana yang penting, naik gaji 1 Januari atau mendapatkan maklumat betul dan tepat, faedah yang baik. "Kenaikan gaji 1 Januari boleh dianjakkan satu dua bulan lagi, katakan Mac, kita bayar tunggakan gaji, tiada masalah," kata Omar. "Soal penangguhan itu bagi kami, itu perkara kedua dan ketiga, tetapi kami mahukan hak perundingan, mahu hak perundingan dikembalikan, sistem gaji ini dikaji semula, berunding dengan kami," kata beliau sambil menegaskan urusan opsyen SBPA perlu ditangguhkan. "Kami meminta ahli-ahli kami tidak menerima opsyen sehingga perkara ini selesai," kata beliau sambil menambah sekitar 900,000 daripada 1.4 juta kakitangan awam mendapat perlindungan menerusi perjuangan Cuepacs. JPA membuka opsyen menerima SBPA mulai 16 Disember lalu dan ia akan ditutup pada 30 Disember. Omar juga mendakwa kakitangan awam dipaksa menerima opsyen tanpa diberikan maklumat mengenai sifir gaji dan tangga gaji. malaysiakini/- |
Contohi Mahasiswa seperti Adam Adli, orang kuat UMNO melatah seperti baru keluar dari gua. Posted: 21 Dec 2011 12:19 AM PST 25 Muharram 1433H. [MOD] - Umno-BN dengan reaksinya yang menggambarkan kepada kita betapa mereka mahu memerintah negara buat selamanya, ini jelas berdasarkan respon demi respon BN yang tidak masuk akal bagi masyarakat yang telah maju daya fikirnya. Apabila ada anak muda di kalangan mahasiswa bersuara, kita dapat lihat pemimpin Umno mula menzahirkan "kuasa" mereka, tidak ketinggalan juga orang-orang kuatnya yang melatah seperti baru keluar dari gua. Disini sahaja kita sudah boleh lihat betapa bodohnya para pemimpin negara sedangkan mahasiswa lebih cerdik dan matang dari mereka. Saya amat kesal terhadap apa yang berlaku ke atas Adam Adli yang merupakan mahasiswa UPSI, golongan ini cuma menyuarakan hak yang sepatutnya diberikan perhatian sewajarnya, pelik melihat kelakuan pemimpin BN dalam isu ini kerana gagal bezakan antara "koyak" dan "turun" mengenai isu penurunan bendera Najib di PWTC. Seperti kebiasaan, parti ketuanan Melayu dan konconya menzahirkan perasaan marah yang aneh terhadap perbuatan menurunkan bendera tersebut, malah lebih menyedihkan ugutan kepada Adam Adli sampai kepada keluarganya. Sehingga tidak dibenarkan pulang ke rumah sendiri, adakah negara ini telah bertukar status kepada sebuah negara mafia?. Tidak cukup dengan insiden itu, UPSI juga didesak oleh para orang kuat Umno supaya Adam Adli diberhentikan serta merta, adakah ini cara Umno "mendidik" jika benar ada pihak yang perlu dididik, saya tidak kisah jika yang mendesak itu adalah para pensyarahnya. Parti ketuanan Melayu seperti Umno ini sudah dirasuk oleh namanya sendiri, sehingga boleh mennganggap tidak mengapa kerana dirinya tuan besar dan boleh bertindak seperti samseng negara. Di mata pemimpin BN menganggap bahawa tuntutan mahasiswa adalah sampah yang menghalang "proses" demokrasi ala sang perompak, malah suara si penyangak dan pengampu itulahlah yang lebih mulia di kaca mata BN berbanding suara mahasiswa. PM Najib sendiri langsung tidak memberikan sebarang respon, amat menghairankan memandangkan bendera tersebut tertera gambarnya. Saya ingin memberikan semangat khusus buat seluruh golongan belia termasuklah mereka yang bergelar mahasiswa supaya contohi Mahasiswa seperti Adam Adli yang berani menyuarakan hasrat. Bersesuaian dengan ungkapan PM Najib bahawa belia adalah golongan Super Hero, maka jolokan adiwira ini memang berkuasa mengubah sesuatu untuk diselamatkan, ada 15.1 juta golongan belia, menjelang PRU 13 ini, ayuh selamatkan Malaysia dari penjahat Umno-BN. Drs. Khalil Idham Lim |
Skandal NFC: Pemimpin KEADILAN lapor ke SPRM Posted: 21 Dec 2011 12:04 AM PST 25 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR 21 Dis: KEADILAN akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal membabitkan National Feedlot Corporation (NFC). Laporan berkenaan akan dibuat Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin di pejabat SPRM, Shah Alam jam 2.30 petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam satu kiriman email kepada Keadilan Daily pagi ini. Skandal NFC sebelum ini menggemparkan negara berikutan penyelewengan dana RM250 juta yang disalurkan kepada syarikat milik keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil itu. Ia mula terbongkar selepas Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 mendedahkan projek yang dijalankan syarikat itu gagal mencapai sasaran yang ditetapkan. Namun pada masa sama NFC didedahkan membeli dua unit kondominum mewah di Bangsar berharga RM13.8 juta dan membiayai percutian keluarga Shahrizat ke luar negara termasuk pakej mengerjakan umrah. Selain gagal mencapai sasaran, NFC juga didakwa memberikan diskaun kepada restoran mewah yang juga milik keluarga Shahrizat, di samping simpanan dalam deposit tetap yang memberi keuntungan ratusan ribu ringgit. Lebih mengejutkan, NFC turut didedahkan membeli kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 serta dua bidang tanah bernilai RM3,363,507 di Putrajaya. Semalam, KEADILAN membongkar satu lagi pendedahan terbaru membabitkan pembelian sebuah kondominium oleh keluarga Shahrizat berharga RM9.9 juta di Singapura. Keadilan Daily |
Posted: 21 Dec 2011 12:00 AM PST 25 Muharram 1433H. [MOD] - KULIM - Polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim, berjaya menahan lebih 10 remaja dalam operasi di Jalan Kilang Lama, kira-kira jam 3 pagi kelmarin. Difahamkan, kesemua remaja lelaki Melayu yang ditahan berusia antara 15 hingga 17 tahun. Semasa operasi berkenaan, polis terpaksa memakai pakaian preman dan menunggang motosikal di hadapan kumpulan berkenaan bagi menarik perhatian mereka. Mungkin menyangka kumpulan mat rempit lain mengajak berlumba, beberapa remaja yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 itu dilihat cuba mengejar anggota polis berpakaian preman terbabit, sebelum mereka sendiri ditahan. Hasil pemeriksaan, polis mendapati kesemua remaja terlibat tidak mempunyai lesen memandu, cukai jalan motosikal sudah tamat tempoh, selain kenderaan digunakan diubah suai bertujuan untuk memecut. Polis turut telah mengenal pasti beberapa lokasi sering digunakan oleh golongan remaja untuk menunggang motosikal mereka dengan laju dan berlumba. Kesemua penunggang motosikal itu kemudiannya diarahkan menolak kenderaan mereka ke Balai Polis Trafik untuk tindakan lanjut. Ketua Trafik Kulim, Asisten Superintendan Ismail Ayub berkata, rata-rata motosikal terlibat tidak mempunyai cermin sisi dan menggunakan ekzos yang bising. "Daripada maklumat diterima, kebanyakan remaja ditahan tinggal di Serdang dan motosikal digunakan dimiliki oleh ahli keluarga mereka. "Selain itu, ada kalangan mereka tidak membawa kad pengenalan. Ini merupakan kesalahan serius dan ibu bapa seharusnya memberikan perhatian," katanya selepas operasi cegah jenayah untuk mengenal pasti motosikal curi, pagi kelmarin. Dalam pada itu, Ismail turut mengingatkan, sekiranya berlaku kemalangan yang mengakibatkan maut, penunggang motosikal mempunyai kesalahan berkenaan tidak akan dilindungi insurans. Katanya selain itu, polis boleh mengambil tindakan menyaman pemilik motosikal kerana membenarkan kenderaan mereka dibawa oleh penunggang yang tidak mempunyai lesen. "Golongan remaja merupakan antara penunggang motosikal sering terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan kecederaan parah dan maut," katanya. Sinar Harian |
‘Niat niat sebesar zarah untuk sertai Umno’ Posted: 20 Dec 2011 11:57 PM PST 25 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 21 Dis: "Saya tegaskan di sini bahawa saya adalah adalah ahli PAS, dan perjuangan saya kekal bersama PAS untuk menjunjung risalah Islam menyumbang kepada ummah dalam apa juga keadaan," tegas AJK PAS Pusat, Nasharudin Mat Isa (gambar). "Berikutan beberapa dakwaan, tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan secara langsung oleh beberapa pihak terhadap saya sejak kebelakangan ini menerusi media massa, blog dan laman sosial seperti Facebook dan Twitter, saya berasa perlu untuk mengeluarkan kenyataan media ringkas sebagai penjelasan," ujarnya dalam satu kenyataan. Jelasnya, sebagai seorang yang terdidik dalam dua dunia dan latar belakang berbeza iaitu bukan agama dan kemudiannya berpindah kepada pengajian Syari'ah dan Perbandingan Undang-Undang, beliau menyedari sepenuhnya bahawa pembabitan langsung di pentas politik nasional pasti mengundang seribu satu macam cabaran dan dugaan. Katanya, dalam dunia dakwah, kita dididik dengan hakikat bahawa laluan dakwah ini tidak dibentang dengan hamparan permaidani merah, jauh sekali untuk sentiasa direnjis dengan wangian bunga. "Saya akur sepenuhnya dengan Tariqud-Dakwah (Jalan Dakwah) yang saya lalui ketika ini telah lebih awal disusuri oleh para anbiya', sahabat dan ulamak terdahulu daripada kami yang memilih PAS sebagai pentas perjuangan politik dalam konteks sistem demokrasi berparlimen sedia ada di Malaysia," ujarnya yang juga ahli Parlimen Bachok. Justeru, jelas Nasharudin lagi, dakwaan kononnya beliau 'terperangkap dalam agenda permainan musuh politik PAS iaitu Umno' adalah sesuatu yang terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan langsung tidak berasas. Menurutnya, sepanjang pembabitannya dalam PAS yang saya terima sebagai wadah menyampaikan suara Islam kepada umat di Malaysia, belum pernah beliau ungkapkan bahawa akan menyertai Umno. Justeru, ujarnya buat kesekian kalinya beliau menegaskan bahawa tidak mempunyai niat sebesar zarah sekalipun untuk menyertai Umno. "Janganlah gunakan alasan mudah seperti ini untuk menyimpulkan tindakan, pandangan atau perhitungan politik saya pada ketika kita mengharung gelombang percaturan politik yang jauh lebih mencabar. "Saya harap penjelasan ringkas ini memadai dalam mengukur kesetiaan saya terhadap perjuangan PAS," jelasnya lagi. Harakah Daily |
Umno bukan lagi berjuang untuk rakyat Posted: 20 Dec 2011 11:30 PM PST 25 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 21 Dis: Pemuda PAS Selangor berasa lucu dengan tindakan 'kebudak-budakan' dan tidak bertamadun puak-puak Umno dan rakan sekutu mereka seperti Perkasa, GPMS, Majlis Belia dan lain-lain yang berterusan mengecam dan mengancam Adam Adli kerana menurunkan bendera bergambar Najib baru-baru ini. Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, Umno kini sudah kehilangan arah perjuangan yang sebenar sehingga terlalu memuliakan pemimpin mereka sehingga ke tahap yang tidak sepatutnya. "Adakah tindakan meminta permohonan maaf Adam Adli lebih diutamakan atau penipuan dan kezaliman Umno terhadap rakyat yang perlu dihentikan? "Apakah tindakan Adam Adli menurunkan gambar Najib terlalu ekstrem sehingga boleh merosakkan aqidah orang-orang Umno?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Katanya, pihaknya merasakan Umno kini semakin pelik dan perjuangan parti itu hanya untuk mempertahankan individu tertentu sahaja dan bukan untuk rakyat jelata. Jelaslah, ujarnya Umno dan Barisan Nasional kini sudah tidak boleh diharapkan untuk menjaga agama, bangsa dan negara ini apabila rakyat di semua peringkat semakin menolak pendekatan politik dan dasar perjuangan mereka. Pemuda PAS negeri, ujar beliau mengucapkan tahniah kepada mahasiswa dan mahasiswi yang telah bangkit menuntut penghapusan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) serta mempertahankan hak mereka. Pihaknya juga, kata beliau berharap pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap Umno dan rakan sekutu mereka yang terus-terusan memberi tekanan dan ancaman secara terbuka kepada Adam Adli dan para mahasiswa. "Adakah mereka ini 'kebal' daripada undang-undang Malaysia sehingga boleh menumbuk dan memberi ancaman kepada orang lain secara terbuka?" soalnya. Harakah Daily |
‘Saya insaf sepanjang berada di penjara’ Posted: 20 Dec 2011 11:25 PM PST 25 Muharram 1433H. [MOD] - KOTA BHARU – "Saya insaf sepanjang berada di penjara." Itu pengakuan seorang pendawai elektrik di Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku terjebak dengan gejala penagihan dadah, Oktober lalu. Pengakuan itu menyebabkan Zailan Asmadi Mohamad, 45, dijatuhi hukuman enam bulan penjara oleh Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly. Zailan didapati bersalah mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memberikan dadah morphine kepada dirinya sendiri di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, pada jam 12.20 tengah hari, 13 Oktober lalu. Berdasarkan fakta kes, Zailan Asmadi ditahan dalam serbuan di sebuah kedai di hadapan Masjid Melor, Jalan Pasir Puteh, Melor di sini, sebelum dibawa ke Pejabat Narkotik IPD untuk menjalani ujian saringan air kencing. Siasatan yang dijalankan mendapati air kencing Zailan Asmadi positif dadah. Zailan Asmadi dalam rayuannya mengaku insaf dan merayu supaya hukumannya diringankan. "Saya mohon hukuman saya diringankan seringan-ringannya kerana saya mempunyai banyak tanggungan iaitu lapan anak yang masih bersekolah," katanya. Sementara itu, Mohd Fazaly Ali sebelum membuat keputusan memuji keinsafan Zailan agar tidak terjebak semula dalam gejala itu. Sinar Harian |
AS sekat 10 syarikat jalin kerjasama dengan Iran Posted: 20 Dec 2011 11:20 PM PST 25 Muharram 1433H. [MOD] - WASHINGTON 21 Dis. - Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) semalam mengenakan sekatan terhadap 10 syarikat yang menjalinkan kerjasama dengan industri perkapalan Iran, atas dakwaan syarikat-syarikat terbabit membantu program ketenteraan dan peluru berpandu republik Islam itu. Jabatan Perbendaharaan AS berkata, 10 syarikat yang berpangkalan di Malta dan seorang individu dikaitkan dengan tiga syarikat perkapalan Iran iaitu Republic of Iran Shipping Lines, Irano Hind dan ISI Maritime. Syarikat-syarikat Iran itu dituduh 'terlibat dengan usaha Iran untuk memajukan program peluru berpandu dan kargo pengangkutan tentera' serta cuba mengelak dikenakan sekatan dengan berselindung di sebalik 10 syarikat lain terbabit. - AFP |
Jumlah mangsa banjir Johor menurun kepada 2,991 orang Posted: 20 Dec 2011 11:00 PM PST 25 Muharram 1433H. [MOD] - JOHOR BAHARU: Jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di Johor setakat 10 pagi ini menurun kepada 2,991 orang berbanding 3,265 semalam. Portal banjir Majlis Keselamatan Negara melaporkan sebanyak 31 pusat pemindahan masih beroperasi iaitu 16 di Kluang, lima masing-masing di Batu Pahat dan Segamat, Pontian (3) dan Kulai Jaya (2). Cuaca baik sejak semalam turut menyebabkan paras air Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat, turun daripada 6.25 meter kepada 6 meter walaupun masih dalam kategori berbahaya. Sementara itu, paras Sungai Muar di Kampung Awat dan Buloh Kasap di Segamat, Sungai Simpang Kiri di Sri Medan, Sungai Senggarang di Senggarang, Batu Pahat serta paras air di Empangan Macap di Kluang masih lagi pada status amaran. BERNAMA |
Najib sokong skim cepat kaya, 200 ribu kini mangsa Posted: 20 Dec 2011 10:56 PM PST 25 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 21 Dis: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa meluluskan satu program cepat kaya sehingga lebih 200,000 orang tertipu kerananya. Kini ketika semua pihak tertanya-tanya ke mana pergi pemimpin skim cepat kaya itu menghilangkan diri, pihak polis pula meminta ianya jangan diganggu dan serahkan kepada proses penyiasatan pihak polis. (Laporan akhbar Harian Metro) Namun bangkai gajah ini kini meletup dan tidak boleh ditutup lagi apabila sebahagian mangsa mengesyaki ia ada kaitan dengan pengumpulan dana untuk Umno menjelang pilihan raya umum akan datang ini. Pada 26 April 2008 lalu, Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu meluluskan satu permohonan untuk melaksanakan satu skim yang dinamakan Sistem Ekonomi Berkonsep Parlimen. Surat itu mencadangkan agar kawasan Pekan dijadikan pilot projek ini. Persetujuan Najib jelas berdasarkan tandatangan Najib pada kertas permohonan itu dan ia telah digunakan oleh penganjur skim ini dalam kempen mereka mengumpulkan sokongan. (Gambar, tandatangan kelulusan dan sokongan Najib terhadap permohonan skim ini) Dua hari kemudian, 28 April, Pejabat Timbalan Perdana Menteri melalui Setiausaha Sulit Kanannya mengeluarkan surat sokongan rasmi kepada projek itu. Berbekalkan surat dan tandatangan Najib ini kempen dibuat oleh pengajurnya ke seluruh negara untuk mengumpul wang orang ramai. Ia dikaitkan dengan usaha untuk kepentingan Islam dan menjaga kepentingan ekonomi orang Melayu. Pemimpinnya pula adalah bergelar seorang ustaz yang kini dikatakan sedang diburu polis dan dikatakan orang yang paling dikehendaki Bank Negara Malaysia. Melalui projek ini, setiap peserta boleh melabur antara RM1,000 - RM1 juta dan bayaran 10 kali ganda akan diberikan kepada peserta itu dalam masa satu tahun. "Selepas empat bulan, kami bayar 30%, empat bulan lagi 30% dan selepas cukup setahun, lagi 40% akan dibayar dengan keuntungan 10 kali ganda itu "Saya sendiri secara pribadi menerima wang dan membayar untuk enam bulan pertama duit itu kepada peserta di bawah saya, namun selepas itu tidak ada lagi bayaran dibuat hingga sekarang," kata satu sumber kepada Harakahdaily. Semua urusan pembayaran ini dibuat secara tunai. Baru-baru ini, akhbar Harian Metro meletupkan kes ini melalui laporan muka depan mereka dengan tajuk "Lebai RM200J". Namun bagi sumber Harakahdaily, Ustaz ini kini menyimpan hampir satu bilion ringgit wang peserta program ini yang lebih 200,000 orang itu. Ustaz ini dikatakan mempunyai helikopter dan jet peribadi dan tinggal di kawasan perumahan mewah di Shah Alam. "Yang membingungkan saya adalah ke mana Ustaz ini pergi. Saya bimbang kalau ia ada konspirasi dan saya minta Datuk Seri Najib menjelaskan perkara. "Ini kerana, melalui surat Datuk Seri Najib lah ramai yang terpengaruh dengan projek ini dan menyertainya dengan melaburkan wang mereka," katanya. Harakah Daily |
Pahang gagal jana sumber hasil negeri Posted: 20 Dec 2011 10:52 PM PST 25 Muharram 1433H. [MOD] - TEMERLOH, 21 Dis: Rakyat sepatutnya tidak terpengaruh dengan propaganda hanya BN boleh memerintah dan mengurus kerana selama ini prestasi parti itu menunjukkan sebaliknya termasuk di Pahang. Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan (gambar) berkata, ini terbukti dengan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Pahang yang menunjukkan tidak berlaku peningkatan serta anak-anak syarikat kerajaan negeri banyak yang rugi. Nasruddin yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, dulu ada anak syarikat kerajaan yang dikira mampu membuat untung iaitu Pahang Cement yang memegang 51% saham. "Tetapi syarikat yang punyai prospek itu kemudiannya dijual semua sahamnya kepada takan kongsinya YTL kini bertukar menjadi YTL Cement. Apabila projek yang untung dan sangat berpotensi pada masa depan itu dijual sedangkan simen merupakan produk keperluan utama untuk pembangunan. "Ada juga projek lembu tenusu di ladang seluas 446 hektar milik anak syarikat kerajaan negeri, bayangkan syarikat yang membuat cagaran bank RM20 juta itu hanya mengeluarkan dadih dijual di pasar malam. "Mak saya buat dadih modal RM150 saja, kenapa ladang sebesar itu yang diberikan oleh anak syarikat kerajaan negeri hanya usahakan dadih? "Mana pelan pasal projek itu dulu, kenapa tidak diusahakan jadi susu tepung?" soal Nasruddin. Nasruddin berkata, pelabuhan Kuantan yang dulu milik anak syarikat kerajaan negeri turut terlepas kepada pihak lain. Berceramah di majlis anjuran Pemuda PAS Temerloh di Kampung Chatin di sini, Nasruddin berkata, pendapatan kerajaan negeri juga cukup mengecewakan. "Dalam bajet yang dibentangkan menteri besar baru-baru ini kerajaan hanya peruntukkan lebih kurang RM69 juta perbelanjaan pembangunan dari sumber negeri tetapi terpaksa meminjam lebih RM54 juta dari Kerajaan Persekutuan. "Ini bermakna Kerajaan BN Pahang gagal menjana sumber kemewahan hasil yang ada menyebabkan hutang negeri sudah menjangkau RM2.3 bilion. Inikah yang dikatakan pandai memerintah?" soalnya. Sementara itu, kira-kira 300 pendengar yang hadir terpukau menonton filem pendek "Oleyy!" karya Pemuda PAS Pusat. Mengenai filem yang popular di internet itu, Nasruddin berkata ia merupakan filem pendek ke 17 di dunia paling ramai ditonton dalam talian dan pada hari pertama pelancaran sahaja iaitu pada 15 Disember ia sudah ditonton oleh lebih 150,000 pelayar internet. Turut berceramah Ketua Lajnah Kebajikan Negeri, Hassanuddin Salim, Setiausaha Pemuda PAS Pahang, Junaidi Ishak dan Bendahari DAP negeri, Woo Chee Wan. Harakah Daily |
Makan Malam Pakatan “Bersatu Menuju Ke Putrajaya” Posted: 20 Dec 2011 10:50 PM PST 25 Muharram 1433H. [MOD] - PAS Miri bersama Pakatan Rakyat terdiri dari DAP dan PKR akan mengadakan Majlis Makan Malam bersama pimpinan dari Pusat dan juga negeri Sarawak. Antara pimpinan yang hadir pada hari tersebut ialah Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, YB Chong Chien Jen Naib Pengerusi DAP Malaysia, Setiausaha DAP Sarawak dan Che gu Bard ahli Jawatan Kuasa PKR Pusat. Majlis makan malam tersebut akan diadakan pada 28 Disember 2011 nanti di Eastwood Valley Miri pada sebelah malam dengan tema yang hangat "Bersatu Menuju ke Putrajaya". Diminta para penyokong Pakatan Rakyat dapat hadir beramai-ramai untuk memeriahkan majlis makan malam tersebut nanti. Tiket makan malam tersebut boleh didapati dari wakil PAS Azwani 0133603290 dan Wan 0199108316. Bagi pihak DAP wakilnya Eunice Lim 0198846104 dan wakil PKR Zulhaidah 0138337662 PAS Miri Jofri Jaraiee |
Posted: 20 Dec 2011 10:45 PM PST 25 Muharram 1433H. [MOD] - Bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang menerima asakan demi asakan berhubung kesetiaannya dalam parti, hari ini membuka mulut dan menyatakan beliau "tidak mempunyai niat sebesar zarah sekalipun untuk menyertai Umno." Katanya, dakwaan bahawa beliau terperangkap dalam agenda Umno, "terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan langsung tidak berasas." "Saya tegaskan di sini bahawa saya adalah ahli PAS dan perjuangan saya kekal bersama PAS untuk menjunjung risalah Islam, menyumbang kepada ummah dalam apa juga keadaan," katanya. Bercakap dalam satu kenyataan hari ini, Nasharudin juga berkata beliau belum pernah mengungkapkan untuk menyertai Umno sepanjang pembabitan beliau dalam parti itu. "Janganlah gunakan alasan mudah seperti ini untuk menyimpulkan tindakan, pandangan atau perhitungan politik saya pada ketika kita mengharung gelombang percaturan politik yang jauh lebih mencabar," katanya lagi. Beliau yang popular dengan nama jolokan Nasha di kalangan peminatnya, juga tampil membuat penjelasan ringkas hari ini untuk menjawab "tohmahan" di media dan laman sosial. Dakwaan bahawa beliau terperangkap dalam agenda Umno disuarakan setiausaha agung parti, Datuk Mustafa Ali yang turut menyelar bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali. Mustafa juga menganggap Nasharudin dan Hasan kecewa kerana tidak dapat mempertahankan kedudukan masing-masing sebagai timbalan presiden dan pesuruhjaya Selangor. malaysiakini/- |
SAMM Pertahan Adam, Bersolidar Dengan SMM dan Kesian Kepada Pemuda Umno Posted: 20 Dec 2011 10:30 PM PST 25 Muharram 1433H. [MOD] - SAMM pertahankan tindakan Adam Adli dan kesian dengan Pemuda Umno yang tertipu alat propaganda sendiri Solidariti Anak Muda Malaysia dengan ini menyatakan secara terbuka mempertahankan tindakan Adam Adli, 22 tahun siswa UPSI yang bertindak meminjam tiang bendera di PWTC untuk menaikkan panji gerakan mahasiswa. SAMM juga menyatakan solidariti bersama SMM memperjuangkan kebebasan akedemik. Pertama yang perlu dilihat ialah isu kebebasan akedemik itu, tunjuk rasa mahasiswa pada 17 Disember lepas ialah untuk menuntut kebebasan akedemik di dalam negara ini. Jika regim Umno tidak campur tangan dan wujud kebebasan akedemik maka tunjuk rasa tersebut pasti tidak berlaku. Kehadiran kumpulan lebih 400 siswa di PWTC (Bangunan Umno) selepas mereka menghantar memorandum di SUHAKAM ialah selepas pimpinan Umno, Dato' Saifuddin Abdullah setuju menerima rombongan mereka untuk menghantar memorandum, malah beliau turut sudi berucap dalam himpunan tersebut memberikan jaminan bagi pihak Umno. Semasa himpunan belansung, beberapa siswa telah bertindak meminjam tiang bendera di PWTC untuk menaikkan bendera gerakan mahasiswa. Namun tindakan ini telah difitnah oleh Utusan Malaysia dengan menambahkan perkataan pijak , koyak dan seumpamanya. Ini merupakan amalan biasa bagi alat propaganda Umno ini untuk menimbulkan kemarahan orang ramai. Namun malangnya pemuda Umno sendiri yang telah termakan penipuan alat propaganda mereka sendiri dengan mengeluarkan amaran tidak bertamadun. Ketahuilah tiang bendera itu hanya dipinjam hanya 5 - 10 minit sahaja dan kemudian kumpulan mahasiswa yang sama menaikkan semula bendera asal seperti sediakala. Cuma dalam 6 tiang bendera kenapa mahasiswa menurunkan bendera Najib Razak itu kena difikirkan ia mungkin saja manifestasi anak muda yang sudah muak dengan Najib itu sendiri. SAMM mengecam tindakan pemuda Umno yang menggunakan gangster sehingga membawa ugutan ke rumah ibubapa Adam di Pulau Pinang. Adam diugut dalam media baru termasuk sms, panggilan telefon. Setelah berjumpa Adam saya nasihatkan Adam membuat laporan polis. Pada 19 Disember lepas saya hadir untuk menyokong Adam ke Bukit Aman untuk membuat laporan dan berbincang dengan polis. Kami diterima baik oleh Tuan Foo dari Bukit Aman. Selepas selesai Adam terus memberikan kenyataan ringkas di depan wartawan yang sedang menunggu di luar. Sejak dari turun kereta hingga masuk ke kawasan Bukit Aman hingga keluar semula kami diekori oleh sekumpulan lelaki yang saya kenali antaranya anggota polis ada beberapa orang memakai topi berjenama senjata api. Ketika Adam selesai memberikan kenyataan seorang lelaki yang bertopi berjenama senjata api yang bersama dengan kumpulan polis terbabit terus menyerang Adam. Namun cubaan mencederakan Adam berjaya dielakkan apabila beberapa teman bertindak menolak lelaki tersebut. Percayalah jika lelaki yang menyerang Adam itu dibalas dengan asakkan fizikal dari pihak SAMM mahupun mahasiswa SMM, pastinya polis yang betul-betul berada disekitar sidang media itu akan terus membuat tangkapan ke atas kami. Jika berlaku sedemikian, maka ia pasti mengalih perhatian dari isu sebenar terutamanya dari sudut persepsi. Mujurlah SAMM dan SMM tidak termakan provokasi yang berniat untuk terus merosakkan nama baik mahasiswa. Malangnya polis yang ramai hanya melihat kejadian tersebut. Suspek cukup dikenali kerana polis turut memanggil namanya sebagai 'lan'. Bukan sengaja meletakkan curiga kepada polis dengan kejadian ini tetapi sehingga hari ini laporan polis ugutan terhadap Adam turut tidak dilayan. Semalam seharian Adam terpaksa 'berulang hubung' antara IPD Dang Wangi dan IPD Tanjung Malim kerana tidak ada pegawai penyiasat untuk laporan polis beliau. Maka sehingga jam 8 malam Adam keluar dari Balai HS Lee tanpa ada pegawai penyiasat sedia mengambil kesnya. Tidak cukup dengan ugutan gangster, Umno turut membuat demonstrasi di depan UPSI (maknanya umno juga sudah mengiktiraf aksi jalanraya) untuk mendesak Adam dibuang pengajian. Begitulah Umno yang terperangkap dengan pemikiran politik lama berdepan dengan kebangkitan anak muda khususnya mahasiswa. Tiba - tiba dalam kes Adam ini Umno merujuk budi bahasa dan seumpamanya, tetapi bagaimana pula dengan tindakan proksi Umno menghantar kek tahi kepada ketua menteri dan kakitangan awam atau tindakan pemuda kencing digambar Tuan Guru Hj Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz. Gambar atas ialah tindakan kurang ajar pemuda yang digunakan dengan bangga di blog - blog umno gambarnya. manakala dua gambar berikut ialah tindakan (ahli) Umno menghantar kek tahi ke ketua menteri Pulau Pinang, kemudian dia memotong kek tersebut dan sajikan kepada kakitangan awam. Kecewa kek tahinya tidak ada yang ambil akhirnya dia sendiri makan kek tersebut. Tindakan hina ini bukan kali pertama sebelum ini proksi Umno pernah hantar pakaian dalam juga kepada kakitangan awam di KOMTAR, Pulau Pinang. Namun Umno, utusan dan lain - lain tidak melihat ini sebagai menghina malah ia dianggap tindakan beradap dan hero. Beberapa tahun lepas SAMM pernah muncul didepan Pejabat Perdana Menteri untuk secara 'terhormat' menghantar kek 'elok' sempena hari ulangtahun kelahiran Altantuya bagi mengingatkan mengenai kejadian kejam pembunuhan yang berkaitan dengan penyelewengan pembelian alat pertahanan negara. Namun polis telah bertindak kasar dan menangkap serta menahan kami dalam lokap. Salahkah jika dikatakan tindakan dan istilah mengancam keselamatan itu terpilih berdasar faham parti politik ? Polis diminta bersikap profesional. Jika Adam Adli salah sila dakwa dia berdasar undang - undang tak kisah lah jika ada akta menurun bendera dakwanya. Sebagai anak muda seharusnya ketika dia melakukan perkara tersebut dia juga harus sedia berdepan risikonya. Kepada rakyat lihatlah cara tidak bertamadun Umno berdepan dengan tuntutan rakyat. Jika apa-apa berlaku kepada Adam maka Najib presiden Umno yang membiarkan budaya ugutan dan gansterisma dalam umno ini terus dilindungi harus bertanggungjawab. Khairy Jamaluddin selaku ketua pemuda Umno menyatakan pendirian sama ada dia bersetuju cara pemuda Umno membuat ugutan termasuk membuat rakaman video ugutan atas nama pemuda Umno. Kepada anak muda terus bangkit, jangan takut. Ketika hujung usia regim di Mesir dan dibanyak negara , gerakan rakyat bukan sahaja berdepan dengan tindakan polis/tentera melindungi regim tetapi berdepan dengan gangster upahan yang takut pelindung mereka hilang kuasa. Bersatulah semua gerakan rakyat untuk menumbangkan regim. Ayuh sama kita kibarkan bendera kebersamaan dalam perjuangan dengan mengenepikan perbezaan. Bersekutu mendesak perubahan, Asalkan Bukan Umno. che'GuBard Solidariti Anak Muda Malaysia. |
Dakwat kekal, Pelbagai alasan seperti budak hingusan yang tidak sedar hingusnya meleleh. Posted: 20 Dec 2011 09:44 PM PST 25 Muharram 1433H. [MOD] - KENYATAAN MEDIA Isu dakwat kekal ini telah mencetuskan pelbagai kisah yang menarik dan tidak kurang juga yang melucukan, isu ini juga telah membuatkan Umno hilang kewarasan nya. Selain itu NGO tegarnya iaitu PERKASA yang mana tindakan mereka telah menjelaskan terhadap kita betapa mereka hilang akal apabila timbul ura-ura SPR mahu menggunakan dakwat kekal menjelang PRU 13 tidak lama lagi. Perkasa memberi amaran, tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang akan menyebabkan orang Melayu tidak keluar mengundi. Katanya lagi penggunaan dakwat kekal akan membawa negara ke belakang. Sebenarnya langkah itu seiring dengan syor jawatankuasa pilihan khas Parlimen berhubung penambahbaikan proses pilihan raya. Pelbagai alasan yang langsung tidak kukuh dikemukakan oleh mereka kononnya bertujuan untuk menimbulkan keraguan di kalangan rakyat, Umno-BN dalam hal ini seperti budak hingusan yang tidak sedar hingusnya meleleh. Rakyat ternanti-nanti bilakah agaknya kerajaan mahu mengorak langkah untuk ke arah perubahan, walaupun cuma satu harapan iaitu pelaksanaan dakwat kekal. Memandangkan negara-negara yang lebih "hebat" suasana sosiologinya seperti di beberapa negara di timur tengah dan Asia Tenggara telah pun menggunakan dakwat kekal dalam proses pilihanraya mereka. Namun apabila sampai kepada batang hidung kumpulan pro Umno, penggunaannya terus dikatakan ketinggalan zaman, alasannya pula tidak dihuraikan lanjut secara hujjah yang bernas. Baru-baru ini blogger tegar Umno yang dikatakan "kebal" perundangan, iaitu papagomo telah menerbitkan satu video mengenai tutorial menghilangkan palitan dakwat kekal dijari, ini juga satu lagi usaha Umno bagi menimbulkan keraguan rakyat. Saya katakan begitu kerana ia dirakam secara potong-potong dan edit semula sebagaimana yang dikatakan lima minit itu, mungkin juga dakwat itu telah dicampur dengan bahan lain yang boleh menghilangkan keasliannya, jika tulisan dalam blognya boleh dicampur dengan unsur fitnah, inikan pula dakwat miliknya, sudah pasti amat mudah dicampur dengan unsur lain. Umno sejak tahun 90-an lagi, sememangnya telah menjadi ejen pembunuh harapan rakyat, justeru "pembunuh" sebegini perlu ditukar segera demi menjaga kestabilan negara yang tercinta ini. Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa harapan rakyat tidak mati begitu sahaja, buktinya boleh dilihat di empat buah negeri yang ditadbir Pakatan, ini komitmen yang perlu dinilai seadilnya, saya boleh gambarkan betapa Malaysia boleh cemerlang dibawah pentadbiran Pakatan, anda? buktinya di PRU 13 nanti. Drs. Khalil Idham Lim Parit Buntar, 21 Disember 2011 |
Parti Islam Indonesia bentuk Aliansi Hijau Posted: 20 Dec 2011 08:20 PM PST 25 Muharram 1433H. [MOD] - JAKARTA, 21 Dis: Parti-parti Islam di Indonesia tidak mahu lagi situasi politik negara umat Islam terbesar di dunia itu ditentukan parti didominasi kumpulan nasionalis sekular seperti yang ada sekarang. Malam tadi mencetus satu lembaran baru yang menuntut keikhlasan penuh bagi membentuk acuan baru politik berlandas dimensi Islam apabila satu aliansi baru dibentuk. Mengejutkan apabila aliansi itu dinamakan Aliansi Hijau dengan logo berbentuk seperti berlian hijau yang bergaris dua putih di tengah. Aliansi itu dibentuk melalui kesepakatan dengan perjanjian persefahaman di antara Partai Bulan Bintang (PBB) dan Partai Kebangkitan Nasional Ulama (PKNU) dengan penuh sesak kehadiran penyokong di sebuah hotel di sini. MoU itu ditandatangani Ketua Umum PBB, Dr H M Kaban dan Ketua Umum Dewan Tertinggi PKNU, Drs H Chairul Anam dengan disaksikan pemimpin tertinggi kedua-dua parti dan penyokong dari seluruh wilayah Indonesia. Suara sokongan dengan laungan Aliansi Hijau bergema dalam dewan yang memuatkan lebih 1,000 peserta. Turut serta beberapa lagi pemimpin partai Islam lain bagi memberi dokongan awal. PAS dan kerajaan Kelantan turut diwakili Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri, Wan Nik Wan Yussof dan Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, Drs Zainuddin Awang Hamat, Pengarah IT PAS Pusat, Suhaimi Embong dan 13 lagi delegasi. Mereka tiba petang semalam. Penasihat Umum PBB, Prof Dr Yusri Indera meminta lebih banyak lagi parti-parti yang berteras Islam bergabung dalam Aliansi Hijau bagi membentuk satu kekuatan baru mendepani cabaran demokrasi di Indonesia. Katanya, parti-parti Islam perlu membentuk satu sepakat baru bagi membaiki semula demokrasi pilihan raya di Indonesia yang masih lagi tempang sehingga sekarang. "Pemilu 2009 adalah yang paling buruk dalam sejarah negara Indonesia. Keadaan itu perlu dibaiki dan tidak boleh selama-lamanya dibiarkan begitu," katanya memulakan ucapan pidato barisan pemimpim utama kedua-dua parti di majlis penuh bersejarah itu. Ketua Majlis Ulama PKNU, KH Abdul Adzim Suhaimi berkata, semangat hijrah memuncul satu persepakatan baru di antara dua partai umat Islam yang terbesar di Indonesia. Kata beliau Islam menjadi panduan bagi umat Islam Indonesia bagi menentukan hala tuju baru. "Payung-payung Islam yang banyak terdapat di Indonesia hendaklah bangunkan satu perubahan politik. Bagi mencapai hasrat itu keikhlasan menjadi tuntutan paling penting kedua-dua pihak," ujarnya. Dr H M Kabam dengan ucapan yang penuh bersemangat berkata, kesepakatan partai-parti Islam di Indonesia sudah lama ditunggu penduduk Islam di negara itu. Menurutnya rakyat tidak boleh mengharapkan perubahan dilakukan pemerintah yang ada sekarang kerana ia semakin jauh daripada falsafah sebenar kemerdekaan negara. "Pemilu 2009 dilakukan dengan cara tidak jujur sehingga melahirkan produk yang tidak jujur dan muncul pemimpin yang tidak jujur. Semuanya bohong belaka," ujarnya mendapat tepukan gemuruh. Drs Chairul Anam tidak mahu aliansi itu hanya sekadar perjanjian sahaja dan perlu betul-betul menjadi hijau yang boleh menakutkan pemerintah yang ada sekarang. Harakah Daily |
Radioaktif Jepun cemar Pasifik Posted: 20 Dec 2011 08:00 PM PST 25 Muharram 1433H. [MOD] - TOKYO: Selepas Perdana Menteri Jepun mengisytiharkan malapetaka nuklear di Fukushima terkawal Jumaat lalu, akhbar Jepun, Asahi Shimbun, mendedahkan sekurang-kurangnya 462 trilion becquerel bahan radioaktif strontium memasuki Lautan Pasifik, menjadikannya satu daripada kes pencemaran marin paling teruk dalam sejarah. Menurut penyelidikan bebas Greenpeace, kerajaan dan penyelia utiliti tidak melindungi orang awam daripada pencemaran radioaktif berbahaya kerana makanan laut di Pasifik masih dijual tanpa label di Jepun dan di pasaran antarabangsa termasuk Amerika Syarikat meskipun satu perjanjian rahsia dimenterai antara Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton dan Perdana Menteri Jepun Yoshihiko Noda. "Sekurang-kurangnya 462 trilion becquerel radioaktif strontium bocor ke Lautan Pasifik sejak bencana Mac lalu di loji jana kuasa nombor 1 Fukushima, menjadikannya satu daripada kes pencemaran marin paling teruk di dunia," kata akhbar Asahi Shimbun. Strontium yang meresap ke dalam tulang akan menyebabkan kanser tulang dan leukimia. Pakar kesihatan menggesa tinjauan meluas jumlah strontium yang tersebar supaya langkah dapat dibangunkan bagi menguruskan masalah itu. "Oleh kerana strontium wujud dengan cesium, isi padunya dianggarkan kurang 10 peratus daripada cesium, tinjauan dilakukan untuk menyekat isi padu strontium dalam hidupan marin." Agensi perikanan menjalankan tinjauan persampelan untuk menilai bahan radioaktif yang berkumpul dalam hidupan marin. Laporan sebelum ini menyatakan, bahan radioaktif dalam makanan laut adalah rendah, satu rumusan mengelirukan menurut Satoshi Katayama, seorang profesor dalam ekologi sumber marin di Universiti Tohoku. Katayama berkata, "Strontium dengan mudah berkumpul dalam haiwan, walaupun kandungannya rendah." Bulan lalu, jurukempen Greenpeace di Laut Jepun Wakao Hanaoko, mengambil sampel makanan laut darilima rangkaian pasar raya, Aeon, Ito Yokado, Uny (Apita), Daiei dan Seiyu. Daripada 75 sampel, radioaktif cesium 134 dan 137 dikesan dalam 27 sampel. "Walaupun berada di bawah paras dibenarkan, makanan laut tercemar masih mewakili satu risiko kesihatan, terutama kepada wanita hamil dan kanak-kanak dan meletakkan mereka yang jauh dari Fukushima kepada risiko kerana makanan laut dihantar ke pasar raya meluas." – Agensi |
Jepun beli pesawat tempur canggih F-35 buatan AS Posted: 20 Dec 2011 07:40 PM PST 25 Muharram 1433H. [MOD] - JET pejuang canggih F-35 buatan AS yang dibeli oleh Jepun. - AFP TOKYO 20 Dis. - Jepun hari ini memilih jet kalis radar F-35 buatan Amerika Syarikat (AS) sebagai pesawat pejuang generasi baru yang akan menjadi tunjang pertahanan udaranya, selepas kematian pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il menjadi peringatan mengenai risiko meletusnya ketidakstabilan di rantau itu. Jepun memilih pesawat tersebut bagi menggantikan jet F-4 lama yang digunakan oleh tentera udaranya selama ini, dalam urus niaga yang dianggarkan bernilai lebih AS$4 bilion (RM12 bilion). Kerajaan akan membeli 42 unit pesawat F-35A selepas tahun fiskal 2012 bagi menggantikan dan memodenkan jet-jet pejuang yang digunakan sekarang oleh Pasukan Pertahanan Udara, menurut Kabinet Jepun dalam satu kenyataan. - AFP |
MAS siasat dakwaan sogokan di unit kargo, ketua diarah cuti Posted: 20 Dec 2011 07:30 PM PST 25 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 21 Dis ― Syarikat penerbangan nasional MAS, yang dihimpit dengan isu kerugian kebelakangan ini, sedang menyiasat dakwaan unsur sogokan di unit kargonya, turut membawa kepada pengarah urusan MASkargo, Shahari Sulaiman bercuti sejak awal bulan lalu, kata sumber. The Malaysian Insider difahamkan, laporan siasatan dalaman telah dihantar kepada lembaga syarikat penerbangan nasional meskipun laporan polis tidak dibuat berhubung isu itu. "Ia berkaitan dengan bayaran sogokan di MASkargo dan lembaga sudah pun mempunyai menerima laporan," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider. Sumber itu menambah, pengarah urusan baru MAS Ahmad Jauhari Yahya dan pengurusan kanan kini meneliti dokumen melibatkan semua bahagian syarikat itu yang merekodkan kerugian RM1.2 bilion dalam tiga suku tahun kewangan semasa. MAS tidak dijangka akan memperoleh keuntungan sehingga 2013 meskipun sedang mengusahakan pelan pemulihan bisnes yang baru. "Mereka sedang membersihkan syarikat. Ini hanya permulaan," katanya lagi. Bagaimanapun tidak pasti mengapa MAS tidak membuat laporan polis berhubung isu bayaran sogokan di MASkargo, yang merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM142 juta pada 2010. Business Times ada melaporkan bahawa Shahari 'bercuti' sejak awal bulan lalu selepas dakwaan terbaru mengenai masalah di unit itu muncul. Lembaga baru MAS memulakan pemeriksaan ke atas semua aspek syarikat penerbangan itu susulan perjanjian pertukaran saham antara MAS-AirAsia awal Ogos lalu. Difahamkan, siasatan sudah dimulakan dan inkuiri dalaman juga diadakan, tetapi dakwan baru membawa kepada siasatan ini. Shahari dinamakan sebagai pengarah urusan unit itu pada 1 September 2007 menggantikan Datuk Ong Jyh Jong. Sebelum itu Shahari merupakan pengurus besar bahagian operasi kargo di MASkargo. Di bawah pengurusan Shahari, MASkargo memenangi anugerah "Best Air Cargo Carrier in Asia" di Hong Kong pada 2009. MALAYSIAN INSIDER/- |
Aziz Bari ucap UIA ‘selamat tinggal’ 31 Dis Posted: 20 Dec 2011 07:00 PM PST 25 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 21 Dis — Prof Dr Abdul Aziz Bari, pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menjadi sasaran siasatan tiga pihak dua bulan lalu, akan melangkah keluar dari pusat pengajian tinggi itu, 31 Disember ini. Ketika dihubungi malam tadi, pakar perlembagaan itu mengesahkan perkembangan terbaru ini. "Ia hari terakhir saya berkhidmat di UIA," kata beliau (gambar). Bagaimanapun beliau tidak memberitahu rancangan masa depannya. "Saya tidak dipecat oleh UIA dan saya yakin mereka tidak ada alasan yang kukuh untuk berbuat demikian. "Apa pun senario yang ada tidak mengizinkan saya berfungsi sebagai ahli akademik yang komited kepada ideal kebebasan akademik," kata beliau dengan merujuk kepada perkembangan sejak beberapa bulan lalu. "Kemungkinan, saya merupakan tenaga akademik pertama menjadi mangsa disebabkan persekitaran seperti ini, berhadapan dengan tekanan kerana memberi komen hanya berdasarkan kepakaran saya. "Memang ada tenaga akademik yang pernah berhenti kerana bercakap atas platform menggunakan pertubuhan bukan kerajaan, tetapi saya memberi pandangan mengenai isu-isu semasa menggunakan kepakaran saya," kata beliau lagi. Awal bulan ini, beliau tidak menafikan beliau akan meninggalkan UIA ekoran siri tekanan termasuk siasatan berkenaan kenyataan beliau menyentuh titah Sultan Selangor dalam kes Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)-gereja. "Saya sedang mempertimbangkan perkara ini, ada beberapa opsyen," kata beliau ketika itu. Aziz berkata, walaupun ada beberapa pilihan tetapi jika boleh mahu terus kekal berkhidmat dalam bidang akademik. Bulan lalu, Sultan Selangor secara langsung dan terbuka telah menyebut nama Aziz berhubung isu audit Majlis Agama Islam Selangor (Mais). Pada Oktober itu, Aziz menerima surat tunjuk sebab berhubung isu titah Sultan Selangor - yang ketiga sepanjang berkhidmat dengan UIA. Menurut surat tunjuk sebab UIA itu, Aziz didakwa telah memudaratkan imej universiti. Setakat ini, kata Aziz, hasil siasatan UIA belum diketahui. Beliau juga disiasat oleh polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Aziz, 52, telah berkhidmat lebih dua dekad di Kuliah Undang-undang UIA dan sering dilantik sebagai pemeriksa luar bagi ijazah lanjutan baik di dalam maupun di luar negara. The Malaysian Insider difahamkan Aziz juga telah disenaraikan untuk kenaikan pangkat sebagai profesor gred 'A'. Ditanya perasaannya, Aziz berkata, beliau rasa berat dan sedih meninggalkan universiti, khususnya para pelajar yang berebut-rebut mahu mendaftar mengikuti kursusnya. Beliau juga tidak dapat berbuat apa-apa dan meninggalkan beberapa orang pelajar pengajian doktor falsafah. Mengulas mengenai rancangan masa depan, Aziz berkata, "saya masih ada kertas peperiksaan yang perlu ditanda selain memastikan para pelajar PhD saya selamat dan tidak ditolak ke sana ke mari. Buku-buku saya juga banyak dan ini semua perlu diangkut balik dan ini semua memakan masa paling tidak sebulan." Mengenai spekulasi yang beliau akan memasuki politik, Aziz memberitahu, "politik sebagaimana akademik adalah medan yang perlu untuk perubahan dalam masyarakat." "Tetapi politik bukan bidang yang akan jadi profesyen saya sebagaimana akademik. Saya tetap akan berfungsi sebagaimana sebelumnya, khususnya memberi pandangan, menulis dan seumpamanya. Saya harap saya akan kembali ke dunia akademik meskipun tidak semestinya di UIA," katanya lagi. Difahamkan Aziz sedang menyiapkan buku ke-10 beliau, yang menyentuh mengenai kedudukan dan peranan raja berperlembagaan di Malaysia. MALAYSIAN INSIDER/- |
Posted: 20 Dec 2011 06:41 PM PST 25 Muharram 1433H. [MOD] - MERU - Seorang pemandu lori tidak sempat menjamah sarapan pagi apabila dia secara tiba-tiba diserbu tiga lelaki bersenjatakan parang sebelum dia dikejar dan ditetak beberapa kali di anggota badan menyebabkannya maut selepas terjatuh dalam parit, di Jalan Haji Abdul Manan, Aman Perdana, pagi semalam. Sekitar jam 9 pagi, mangsa dikenali N Moorthy, 25, dari Taman Seri Bayu, Karak, Pahang dalam perjalanan menghantar muatan kayu ke sebuah kilang di kawasan Aman Perdana. Dia bagaimanapun terlebih dahulu singgah di sebuah restoran dipercayai untuk mengalas perut. Ketika ingin menjamah sarapan pagi, dia didatangi tiga lelaki bersenjatakan parang yang terus menyerbu ke arahnya tanpa mempedulikan pelanggan lain yang turut sama sedang menikmati hidangan. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintenden Mohamad Shukor Sulong berkata, mangsa yang dipercayai mengenali ahli kumpulan terbabit segera melarikan diri dengan keluar dari restoran itu dipercayai khuatir dicederakan. "Ketika sedang berlari, tiga lelaki terbabit turut sama mengejar dan sebaik menghampiri mangsa, dia ditetak beberapa kali hinggalah mangsa tidak terdaya lalu jatuh tersungkur ke dalam parit beberapa meter di hadapan restoran itu. "Sebaik suspek mendapati mangsa sudah lemah dan nyawa-nyawa ikan, kesemua mereka melarikan diri dengan menaiki kereta Proton Waja warna silver bersama seorang lagi rakan mereka yang menanti dalam kenderaan tidak jauh dari tempat kejadian," katanya. Menyedari keadaan yang menimpa mangsa, menurutnya, beberapa pelanggan yang berada dalam restoran itu segera memberikan bantuan lalu segera menghubungi Polis. "Polis yang tiba di tempat kejadian mendapati mangsa sudah meninggal dunia. Terdapat beberapa kesan tetakan di bahagian hadapan dan belakang kepala mangsa selain di tangan kanannya. "Berdasarkan siasatan lanjut, polis percaya mangsa memang mengenali salah seorang suspek dan kejadian berlaku dipercayai atas faktor dendam dan cemburu," katanya. Dalam pada itu, Mohamad Shukor berkata, berdasarkan makluman awam kesemua suspek dipercayai berusia sekitar 21 hingga 25 tahun dan tidak menolak kemungkinan mangsa sudah diekori dari awal. "Hingga kini kita masih mencari saksi yang melihat kejadian ini berlaku. Justeru itu, saya minta mereka tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Sungai Kapar Indah bagi membantu siasatan," katanya kepada media di lokasi kejadian. Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan