Mahkamah Pilihan Raya Tetapkan Tarikh Dengar Bantahan Awal Bagi Tiga DUN Di Perak Posted: 15 Jul 2013 02:17 AM PDT 6 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Mahkamah Pilihan Raya di sini pada Isnin menetapkan tarikh untuk mendengar bantahan awal oleh pempetisyen dan responden terhadap petisyen pilihan raya yang difailkan bagi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Hakim Pilihan Raya Abang Iskandar Abang Hashim menetapkan 25 Julai sebagai tarikh untuk mendengar bantahan awal bagi kawasan DUN Manjoi dan 29 Julai bagi kawasan DUN Manong serta DUN Pasir Panjang. Abang Iskandar menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas berjumpa dengan peguam yang mewakili semua pihak terbabit dan peguam kanan persekutuan yang mewakili pegawai pilihan raya (RO) bagi setiap kawasan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ketika ditemui pemberita, peguam yang mewakili Barisan Nasional (BN) Badrul Hishah Abdul Wahab berkata Hakim turut menetapkan 17 dan 18 Julai ini untuk responden dan pempetisyen memfailkan hujahan bertulis.
Peguam Kanan Persekutuan Muhamad Anas Mahadzir dan peguam mewakili PAS Aminuddin Zulkifli turut hadir di kamar Hakim pada Isnin.
Pada Jun lepas, calon PAS pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) memfailkan petisyen untuk mengisytiharkan tidak sah dan membatalkan keputusan pilihan raya umum bagi DUN Manjoi, DUN Manong dan DUN Pasir Panjang.
Pada PRU13, calon PAS Asmuni Awi kalah kepada calon BN Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin dengan majoriti 132 undi di DUN Manjoi.
Bagi DUN Pasir Panjang, calon BN Rashidi Ibrahim menewaskan calon PAS Rohawati Abidin dan calon Bebas S.Vijayan dengan majoriti 304 undi manakala Mohamad Kamil Shafie daripada BN menang kerusi DUN Manong apabila mendapat majoriti 231 undi sekali gus mengalahkan calon PAS Jamil Dzulkarnain.- BERNAMA |
PAS: Pangsapuri 'percuma' BN dibina atas tanah rampas Posted: 15 Jul 2013 02:07 AM PDT 6 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
PAS mendakwa kerajaan BN Terengganu merampas dan meroboh beberapa rumah yang dibina di Kampung Lay Out, Tok Saboh, bagi kerja pembinaan pangsapuri 72 unit yang dirasmikan oleh timbalan perdana menteri Sabtu lalu. Yang Dipertua PAS Besut Wan Azhar Wan Ahmad mendakwa tanah lot perumahan di situ diberikan oleh kerajaan Terengganu yang ditadbir oleh PAS pada 1999 hingga 2004. Bagaimanapun, dakwanya, kerajaan BN yang kembali berkuasa selepas itu yang di bawah pentadbiran menteri besar ketika itu Datuk Seri Idris Jusoh telah membatal dan merampas kembali tanah rakyat di 'Rancangan Tanah Berkelompok' tersebut, tanpa pampasan. "Isu sejarah rampasan tanah rakyat di Tok Saboh berlaku apabila kerajaan Umno-BN kembali berkuasa pada tahun 2004, bertindak merampas tanah-tanah Lesen Menduduki Sementara (LMS) pemberi kerajaan PAS Terengganu. "Hari ini, di tempat yang sama, kerajaan bercadang membina pangsapuri percuma untuk rakyat. "Jika tidak kerana pilihan raya ini, tidak mungkin rumah/pangsapuri tersebut diberi percuma," kata Wan Azhar dalam sidang medianya pagi ini. Gambar pemilik menangisProjek pembinaan pangsapuri empat tingkat sebanyak 72 unit telah dirasmikan upacara pecah tanah oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu lalu yang bernilai lebih RM10 bilion dan disifatkan sebagai "durian runtuh" dan "mungkin diberi percuma" kepada penduduk yang terlibat. Mengulas lanjut mengenai perobohan rumah yang didakwanya sebelum ini telah didirikan, Wan Azhar berkata sebanyak lima buah rumah yang terlibat dan salah satu daripadanya telah didiami sementara bakinya masih dalam pembinaan. Dalam sidang media itu juga, Wan Azhar turut menunjukkan gambar pemilik rumah yang menangis ekoran perobohan rumah mereka diami dan menyedarinya selepas pulang bekerja. "Pendapatan mereka terlalu kecil tetapi proses kemanusiaan, pada ketika itu, kepada rakyat yang miskin, telah dinafikan oleh kerajaan BN," katanya. Wan Azhar berkata kerja perobohan terakhir Kampung Lay Out berlaku pada 4 Oktober 2012 dan mendakwa antara sebab diberikan adalah "ada projek yang akan dilaksanakan di tanah berkenaan dan lesennya tidak disambung". "Agak mendukacitakan, pampasan tidak diberikan kepada pemilik rumah yang berkenaan," katanya. Tuduh empat pemimpin UmnoBagaimanapun Wan Azhar berkata beliau tidak pasti sama ada pemilik rumah yang dirobohkan atau keluarga tersebut mendapat rumah pangsapuri itu apabila ia siap kelak. Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefli Ahmad yang turut hadir dalam sidang media itu berkata beliau difahamkan kerajaan negeri Terengganu memberi tempoh tiga tahun untuk membina rumah sebelum diberikan hak pemilikan dengan diberikan borang 5A. "Harap-haraplah diberikan percuma. Kita nak lihat sejauh manakah (kebenarannya)," katanya. Pada masa yang sama juga, Dr Dzulkefli mendakwa empat pemimpin Umno Besut memiliki sebidang tanah seluas satu hektar sedangkan rakyat diberikan alasan tiada tanah sewaktu mereka memohonnya. Beliau mendakwa pihaknya mempunyai dokumen untuk menyokong dakwaannya dan enggan mendedahkan lanjut mengenai dakwaannya itu, apabila diminta oleh wartawan untuk berbuat demikian. "Ini tradisi mendahulukan penguasa politik. Kami cabar terangkan apa sebenarnya (berhubung hal ini," katanya.
Harakahdaily/- |
Kurma, buah paling berkhasiat dalam dunia Posted: 15 Jul 2013 01:51 AM PDT 6 Ramadhan 1434 H. [MOD] - http://omakkau.blogspot.com, | 15 Jul 2013 |
• Percayakah anda bahawa kurma tidak menyalurkan bakteria dan mikrob? Ulat yang ada di dalam kurma lama dapat memusnahkan amuba dan membunuh bakteria yang mungkin menyerang manusia. • Seandainya tidak kerana kurma dan kopi arab, nescaya penduduk Jazirah Arab akan diserang berbagai penyakit yang tidak diketahui hujung pangkalnya kecuali oleh Allah. • Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin? • Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita? • Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma? • Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar? • Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit? • Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih? • Tahukah anda bahawa kurma barhi dianggap sebagai eliksir bagi para pemuda dan di dalamnya tersimpan rahsia besar kerana ia dapat menggiatkan kelenjar dan menguatkan saraf? • Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu? • Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat? • Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya, dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian? • Tahukah anda bahawa terdapat sejenis pokok kurma yang mati seiring dengan kematian pemiliknya? • Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia? • Tahukah anda bahawa kurma mengandung protein tumbuhan yang bagus dan mudah dicerna? • Tahukah anda bahawa kurma mengandungi sejumlah vitamin, seperti vitamin A, vitamin B, vitamin C, biotin, riboflavin, dan lainnya? • Tahukah anda bahawa kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana ada kandungan zat besi dalam kadar yang tinggi? • Percayakah anda bahawa kurma dapat menguatkan rahim ketika melahirkan kerana mengandungi hormon pitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan? • Percayakah anda bahawa kurma dapat mencegah keradangan kerana mengandung antiseptic dan antirematik? • Percayakah anda bahawa kurma mengandungi kadar serat baik yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah sembelit? • Tahukah anda bahawa kurma dapat melindungi usus besar dari kanser? • Tahukah anda bahawa kurma adalah penggekang nafsu makan? • Tahukah anda bahawa jenis kurma yang kalorinya paling rendah adalah 'ajwah Madinah, razizi, dan rabi'ah? • Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling sesuai untuk mendapatkan tubuh yang ideal adalah Hulwah Ha`il, kerana setiap 100 gram darinya tidak mengandungi lebih dari 67 kalori? • Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling banyak mengandungi mineral dan vitamin yang tinggi dari potasium dan besi adalah rabi'ah Madinah? • Percayakah anda bahawa kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan kerana kaya dengan tunggal-tunggal yang tidak memerlukan proses pencernaan? • Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi ketegangan syaraf yang diakibatkan oleh aktiviti kelenjar tiroid yang melampau? • Percayakah anda bahawa kurma adalah makanan yang mudah dicerna dan tidak memberatkan tubuh? • Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi rasa lapar yang amat sangat pada orang yang berpuasa? • Percayakah anda bahawa kurma dapat menyediakan perut untuk menerima makanan dan mencegah konstipasi? • Tahukah anda bahawa kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci ginjal? • Tahukah anda bahawa kurma dapat membersihkan liver dari racun dan meredakan pergolakan saraf? • Tahukah anda bahawa kurma basah mengandung kadar gula tinggi yang mudah dicerna dan diserap seperti glukosa? • Tahukah anda bahawa kurma basah dapat menurunkan tekanan darah bagi perempuan hamil dan menormalkannya ketika prakelahiran? • Tahukah anda bahawa kurma basah dapat membersihkan usus besar (kolon) sehingga bermanfaat untuk membantu dan memudahkan proses melahirkan? • Tahukah anda bahawa kurma dinamakan dengan manjam (tambang) kerana mengandung banyak unsur mineral seperti fosfor, kalsium, magnesium, besi, sodium, sulfur, dan klorin? • Tahukah anda bahawa kurma terdiri dari 21% air, sejumlah besar vitamin, 2,1% protein, 18% lemak, 73% gula dan 3% serat? • Percayakah anda bahawa kandungan kalori dari 1 kg kurma sama dengan kandungan 1 kg daging? • Tahukah anda bahawa kandungan nutrisi 1 kg kurma mentah setara dengan 3 kg makanan lain? • Percayakah anda bahawa kurma dapat memelihara kelembaban dan kecerahan mata, serta menajamkan pandangan pada malam hari? • Percayakah anda bahawa kurma dapat melembabkan usus sehingga memeliharanya dari radang dan infeksi? • Percayakah anda bahawa kurma membekalkan tubuh dengan zat besi yang diperlukan oleh darah dan fosfor yang membantu proses berfikir? • Percayakah anda bahawa kurma menyuplai tubuh dengan panas dan vitamin yang membantu pertumbuhan dan menguatkan saraf? • Percayakah anda bahawa kurma dapat membantu menenangkan perasaan dan jiwa sehingga disarankan kepada orang yang berpenyakit saraf dan panas baran? • Percayakah anda bahawa memakan kurma sebelum makan pagi dapat membunuh cacing? • Percayakah anda bahawa kurma dianggap sebagai makanan paling baik di gurun sahara kerana dapat disimpan dalam masa yang lama tanpa ditimpa kerosakan? • Percayakah anda bahawa kurma memainkan peranan yang baik dalam membersihkan zat-zat beracun yang dihasilkan oleh proses asimilasi bahan makanan dalam tubuh? • Percayakah anda bahawa di antara penduduk Sahara dan Oasis tidak mengidap kanser kerana mereka biasa mengambil kurma sebagai makanan asas? • Percayakah anda bahawa garam-garam alkali yang ada dalam kurma berfungsi untuk membetulkan kemasaman darah yang diakibatkan oleh pengambilan makanan-makanan berlemak yang melampaui batas? • Tahukah anda bahawa kurma tidak mengandung zat-zat yang dapat menghalangi penyerapan zat besi? • Tahukah anda bahawa kurma juga dapat meningkatkan daya serap dalam tubuh, khususnya pada anak-anak? • Percayakah anda bahawa jenis zat-zat gula dalam kurma dapat diserap dengan cepat sehingga dapat terus sampai ke darah dan sel-sel tubuh? • Percayakah anda bahawa kadar serat dalam kurma pada fase ruthab sekitar 2% dan meningkat hingga 4% pada kurma yang disimpan? • Percayakah anda bahawa kurma mengandung fosfor dengan kadar yang lebih tinggi daripada kadar fosfor dalam apricot, pir, stroberi, dan anggur, dan bahwa dalam setiap 100 gram kurma terdapat 40 miligram fosfor?
|
Obama 'pujuk' Morsi 3 kali sebelum rampasan kuasa Posted: 15 Jul 2013 01:49 AM PDT 6 Ramadhan 1434 H. [MOD] -Harakahdaily, | 15 Jul 2013 |
MESIR: Naib Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), sayap politik Ikhwan Muslimin, Dr.'Esom Eryan mendedahkan, minggu terakhir sebelum berlaku rampasan kuasa tentera, Presiden Dr. Muhammad Morsi menerima tiga kali panggilan telefon dari Presiden Amerika, Barack Obama yang meminta Mursi bertolak ansur dalam beberapa perkara selain mengugut untuk mengenakan sekatan ekonomi. Ihkwanonline melaporkan, Eryan (gambar)yang yang juga Ketua Whip FJP dalam Dewan Senat berkata, ketika panggilan kali terakhir Obama kepada Mursi, beliau sendiri memaklumkan bahawa rampasan kuasa akan berlaku terdekat ini dan kata Obama, Amerika sama sekali tidak akan menghalangnya.
Eryan dilaporkan mendedahkan perkara itu dalam temubual dengan stesen Al-Jazeera semalam. Eryan berkata, berita rampasan kuasa ini turut dimaklumkan oleh Duta Amerika di Kaherah kepada Pembantu Presiden Mesir, Dr.'Esom Haddad. Eryan yang juga bekas anggota Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin berkata, bekas Menteri Pembangunan Tempatan, Dr. Ali Bishr (dari Ikhwan) menerima panggilan telefon setiap hari dari pimpinan tentera untuk berunding. Beliau juga mengakui saban hari dihubungi oleh pimpinan tentera atas tujuan yang sama tetapi mereka menolak sebarang rundingan sehingga hak rakyat dan Morsi sebagai Presiden dikembalikan terlebih dahulu. Beliau juga menggesa agar Morsi dibebaskan dari tempat beliau disembunyikan bagi diziarahi oleh anggota keluarga terdekat, peguam serta badan hak asasi manusia kerana persembunyian beliau mengundang kebimbangan berkaitan keselamatan dan kesihatannya. |
Larang takzirah: PAS Perak kecewa dengan mufti Posted: 15 Jul 2013 01:41 AM PDT 6 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
IPOH:PAS Perak melahirkan kekecewaan dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melarang masjid dan surau mengadakan tazkirah di sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. Timbalan Pesuruhjayanya, Ustaz Misbahul Munir Masduki (gambar)berkata, tazkirah di bulan yang mulia ini adalah satu langkah baik dan bijak oleh kerana bilangan kehadiran umat Islam sangat tinggi. Menurutnya, kita sepatutnya mengambil peluang terbaik ini untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat dan ianya mungkin menjadi permulaan untuk rakyat meminati dan cinta akan majlis ilmu. "PAS Perak sangat tidak bersetuju dengan larangan daripada mufti ini kerana ianya akan merugikan peluang yang Allah berikan pada bulan yang mulia ini. "Majlis ilmu pada bulan-bulan lain kurang sambutan, jadi apa salahnya di saat kehadiran masyarakat di bulan ini agak ramai, kita gunakan peluang yang terbaik ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Beliau menjelaskan, tazkirah ini adalah pengganti kepada kuliah-kuliah termasuklah kuliah Maghrib yang dihentikan di sepanjang bulan Ramadhan. Dalam keadaan ini, Misbahul berkata, PAS Perak menyarankan Pejabat Mufti mahupun Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mengeluarkan garis panduan termasuklah teks tazkirah untuk dibaca oleh penyampai tazkirah. Ujar misbah, buku tebal yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Perak untuk menjadi bahan tazkirah oleh para imam juga baik digunakan ketika ini. "Diharap mufti menarik balik larangan tazkirah yang semakin diminati oleh masyarakat dan yang tidak suka mendengar tazkirah ini hanyalah segelintir yang sememangnya tidak suka kepada majlis ilmu. "Kalau nak dikira bid'ah sekali pun, ia masih lagi bid'ah hasanah sebagaimana amalan-amalan bidaah yang lain. "Janganlah hanya kerana segelintir yang tidak suka tazkirah, amalan yang baik ini diharamkan," jelasnya lagi. Tegasnya, sebagai mufti, Harussani sepatutnya menggalakkan amalan baik ini dan berterima kasih kepada penganjur serta pemberi tazkirah kerana mereka sebenarnya telah membantu menghidupkan Ihya' Ramadhan dan mengembangkan syiar dakwah.
Harakahdaily/- |
MP pertikai 3 kali tukar nama kementerian Posted: 15 Jul 2013 01:35 AM PDT 6 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
- Ahli Parlimen PKR hari ini mempertikaikan penukaran nama bagi Kementerian Pendidikan yang telah dilakukan hampir tiga kali.
Ketika membahaskan usul Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan bagi kementerian itu, Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) mendakwa, pertukaran nama kementerian yang berubah itu seolah-olah dilakukan tanpa kajian yang teliti oleh kerajaan. - "Dulu dipanggil Kementerian Pendidikan. Tapi bila (bekas) menteri pendidikan pada 1998 (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dinyahkan daripada parti pemerintah, pemerintah cepat-cepat tukar nama Kementerian Pelajaran. Tak ada sebab apa pun. Kajian pun tak ada. Tapi tukar.
"Lepas itu dipecahkan pula dengan dua kementerian. Rakyat terima. Satu untuk pelajaran rendah dan satu lagi untuk pelajaran tinggi. Sekarang balik pada asal, gabung balik, tukar nama kepada Kementerian Pendidikan.
"Jadi Yang Dipertua, apa yang berlaku sekarang seolah-olah tak ada kajian daripada kerajaan seperti tak ada kajian apabila kerajaan kenalkan Pengajian dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam perbahasan itu juga, beliau turut mengaitkan pertukaran nama kementerian yang tidak dikaji terlebih dahulu dengan PPSMI yang dikenalkan kerajaan pada tahun 2003 dan dimansuhkan pada 2011.
Beliau turut berkata, individu yang bertanggungjawab untuk "memansuhkan" Bahasa Inggeris di dalam pendidikan juga ialah orang yang sama memperkenalkan dasar PPSMI iaitu mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Setiap perubahan yang berlaku tak ada kajian mendalam yang dilakukan tapi lebih kepada sentimen pemimpin. Nak tunjuk siapa lebih hebat daripada menteri sebelum itu.
"Dan yang bertanggungjawab yang memunahkan Bahasa Inggeris ialah orang yang sama suruh belajar Sains dan Matematik dalam Inggeris. Kedua-duanya tak ada kajian," katanya.
Menurut Johari, pada tahun 1969, Dr Mahathir pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pendidikan harus menggunakan bahasa Malaysia sahaja. Malaysiakini/- |
Risalah dari helikopter, desak penyokong Morsi bersurai Posted: 14 Jul 2013 10:01 PM PDT 6 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
MESIR: Himpunan membantah rampasan kuasa oleh tentera Mesir dan mendesak Presiden Dr Muhammad Morsi dikembalikan semula ke tampuk kuasa, memasuki gelombang baru hari ini.
Hari ini, sekali lagi himpunan besar-besaran akan berlaku berpusat di Dataran Raba'ah sebagai usaha berterusan memberi tekanan kepada pihak tentera yang melakukan kudeta.
Himpunan hari ini dinamakan "Himpunan Bertahan" dan ianya juga sebagai memperingati genapnya seminggu tragedi 'Subuh berdarah' di hadapan Bangunan Pengawal Republik yang mengorbankan lebih 80 nyawa pada pagi 8 Julai lalu. Tentera gugurkan risalah dari helikopter Himpunan besar-besaran hari ini juga dibuat disebalik amaran pihak tentera agar dataran himpunan dikosongkan dan mengarahkan penyokong Morsi pulang ke rumah masing-masing. Semalam merupakan kali ketiga pihak tentera menggugurkan risalah menyeru peyokong Morsi pulang ke rumah sejak himpunan lebih seminggu mereka berhimpun di Dataran Raba'ah. Menjawab kepada risalah itu, Presiden Kesatuan Ulamak Sunni Dr.Sofwat Hijazi ketika berucap dipentas Raba'ah berkata, mereka tidak akan keluar dari dataran tersebut sehingga hak mereka dikembalikan semula. Ribuan penyokong Mursi turut menjulang gambar Presiden kesayangan mereka sambil melaungkan "Kami tidak akan berundur, Sisi yang akan berundur."
[LIHAT VIDEO] reaksi penyokong Morsi saat helikopter menggugurkan risalah amaran. |
Bila menteri 'cap ayam' mahu selesaikan isu ayam Posted: 14 Jul 2013 09:48 PM PDT 6 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Setiap kali musim perayaan, rakyat pasti menghadapi masalah kenaikan harga barang-barang keperluan harian. Semua barang menaik harganya. Antara yang tidak pernah terlepas dari mengalami kenaikan harga setiap kali musim perayaan ialah ayam. Meskipun menteri silih berganti tetapi harga ayam tidak pernah dapat diselesaikan seolah-olah peniaga ayam lebih cerdik daripada menteri. Tahun ini harga ayam naik lagi. Di sesetengah tempat ia mencecah sehingga RM9.00 sekilo. Bagaimanapun bagi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hassan Malek, beliau mempunyai cara yang amat mudah untuk menyelesaikan masalah kenaikan harga ayam ini iaitu dengan mencadangkan supaya rakyat beralih kepada menu lain seperti ikan atau daging bagi mengekang kenaikan harga itu. Orang Kuala Pilah di mana Hassan Malek menjadi Ahli Parlimen tentunya menjerit membaca berita ini. Gilo apo montori ni... Nampaknya senang sangat kerja menteri di Malaysia, bila ayam naik disuruhnya makan menu lain walaupun sepatutnya tugas beliau beliau mencari jalan menstabilkan harga ayam di pasaran. Berbagai cara boleh dilakukan seperti menemui pengeluar atau penternak, menambah bekalan melalui pengimportan, melakukan tindakan penguatkuasaan dan seumpamanya. Tetapi semua itu tidak dilakukan, yang disuruhnya rakyat tukar menu makanan. Lagi pula tindakan beliau memberi pilihan supaya makan ikan atau daging itu juga tidak logik sama-sekali kerana harga ikan sebenarnya lebih mahal daripada ayam. Ikan yang paling biasa menjadi menu rakyat Malaysia iaitu ikan kembung saja sudah berharga RM12.00 hingga RM15.00 sekilo. Belum lagi dikira ikan lain seperti ikan siakap, bawal atau tenggiri yang menjadi santapan orang-orang yang lebih berada. Nampaknya menteri ini tidak pernah ambil tahu harga pasaran barangan pengguna di pasaran atau barang kali tidak pernah turun ke pasar sebelumi ini. Beliau seperti bercakap ikut sedap mulut saja bila jumpa mikrofon atau kamera tv. Selain itu, jika ayam mahu ditukar dengan daging pula, kedua-duanya mempunyai khasiat yang berbeza dan dari sudut kesihatan pula, daging putih lebih baik berbanding daging merah. Sebab itulah ayam lebih menjadi pilihan, selain rasanya yang lebih sedap dan kanak-kanak juga lebih menyukai ayam berbanding daging atau ikan. Sebab itulah ayam menjadi pilihan semua golongan dan bangsa. Dan tugas menteri yang gajinya dibayar melalui cukai rakyat ialah mesti memastikan harga pasaran keperluan rakyat ini sentiasa berada di paras yang stabil dan tidak terlalu membebankan, bukannya mencadangkan rakyat menukar menu makanan. Kenaikan ayam di musim perayaan orang Islam juga, selain ia menjadi pilihan semua peringkat umur untuk berbuka puasa, ia juga sesuai dibuat rendang ketika Hari Raya untuk dimakan dengan lemang atau ketupat. Walaupun daging boleh juga dibuat rendang tetapi ayam lebih menjadi pilihan kerana ia lebih enak. Tetapi ikan tidak boleh dibuat rendang. Sudahlah harganya lebih mahal daripada ayam, penggunaannya untuk masakan juga agak terhad. Mungkin jamuan raya Hassan Malek pada tahun ini ada menu rendang Negeri Sembilan ikan kembung agaknya! Kenyataan Hassan Malek mengenai kenaikan harga ayam ini mendapat ulasan paling banyak di laman-laman sosial di mana rata-rata rakyat tidak setuju dengan pandangan yang diberinya. Memang sesiapa pun akan geleng kepala membaca keyataan separuh masak menteri itu. Beliau bercakap seolah-olah tidak tahu apa-apa mengenai kedudukan harga barang keperluan harian di pasaran sekarang. Selain itu, ramai juga yang mengecam beliau seolah-olah begitu senang kerja seorang menteri di negara ini. Harga ayam naik disuruh makan ikan atau daging, nanti kalau semua ayam, ikan dan daging naik, disuruhnya pula makan lauk kicap saja. Atau kalau beras naik, mungkin disarankannya makan bubur nasi atau mee maggi saja. Kenyataan Hassan Malek ini mendedahkan standard beliau sebagai menteri hanya cap ayam saja. Jika begitu senanglah kerja seorang menteri, pastinya lebih ramai daripada 3.2 juta ahli UMNO yang jauh lebih layak daripada beliau. Sebelum ini seorang lagi menteri, Shahidan Kassim juga memberi jawapan ala-ala cap ayam mengenai kerahsiaan pembekal dakwat kekal untuk SPR. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, nama pembekal itu tidak boleh didedahkan kepada umum kerana jika diketahui nama dan alamat pembekalnya akan menyebabkan rakyat beratur panjang untuk membeli dakwat itu dan akhirnya akan mengganggu perjalanan pilihanraya di negara ini. Kalau dihalusi, kenyataan itu bukan saja tidak logik, bahkan juga menunjukkan Shahidan tidak kurang cap ayamnya dengan Hassan Malek. Tolongnya Najib, berilah panduan dan nasihat kepada menteri-menteri agar janganlah mengeluarkan kenyataan atau bercakap seolah-olah mereka itu cap ayam, nanti Perdana Menteri atau kerajaan pun dikata rakyat cap ayam juga. -
|
Pakatan saman SPR, mohon isytihar PRU tak sah Posted: 14 Jul 2013 09:41 PM PDT 6 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
- Pakatan Rakyat hari ini memfailkan saman terhadap tujuh orang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk timbalan dan pengerusinya bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa keputusan pilihan raya umum ke-13 yang lalu tidak sah.
- Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa berkata, saman tersebut juga dilakukan berhubung dakwaan penipuan pelaksanaan dakwat kekal dalam pilihan raya umu yang lalu serta tindakan anggota SPR yang dilihat berat sebelah.
"Kami mahu kes mahkamah yang khusus untuk ketengahkan serta mendedahkan isu ini dan perkara yang paling utama ialah mendapatkan pengisytiharan daripada SPR bahawa mereka gagal untuk melaksanakan dasar perlembagaan, berniat jahat dan tidak jujur berhubung penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
"Jika mahkamah setuju dengan kita, maka kesimpulan yang logik yang akan kita perolehi ialah keputusan (pilihan raya umum) itu akan diketepikan.
"Kita mahu satu pengisytiharan bahawa semua 222 kerusi Parlimen yang diisytiharkan tidak sah," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. - Malaysiakini/-
|
Akaun Facebook Pasangan Persenda Ramadan Ditutup Posted: 14 Jul 2013 09:30 PM PDT 6 Ramadhan 1434 H. [MOD] - mstar.com.my
PETALING JAYA: Penulis blog berunsur seks, Alvin Tan dan Vivian Lee, atau lebih dikenali dengan panggilan Alivi, terus menutup akaun laman sosial Facebook mereka buat selama-lamanya selepas memuat naik posting kontroversi 'Selamat Berbuka Puasa' baru-baru ini.
Posting berkenaan telah menimbulkan kemarahan pelayar internet, masyarakat Islam dan bukan Islam, apabila pasangan berkenaan memaparkan sekeping gambar mereka sedang makan bak kut teh (hidangan daging babi). Dalam akaun Twitter milik pasangan tersebut, @AlviviSwingers, mereka memaklumkan bahawa akaun Facebok tersebut terpaksa ditutup selepas mereka menerima 'kritikan dan maklumbalas yang negatif daripada pengujung laman web tersebut.
Pasangan berkenaan turut menggunakan bahasa kasar dalam tweet yang berikutnya, mereka menyalahkan orang awam, media dan pihak pentadbir akaun Facebook ekoran penutupan akaun mereka.
Kurang daripada 24 jam selepas mereka memuat naik gambar kontroversi berkenaan, pasangan tersebut menerima lebih daripada 500 komen yang mengecam tindakan yang disifatkan biadap dan tidak peka terhadap sentsitivi masyarakat Islam di Malaysia.
Terdahulu Tan memberitahu The Star mereka memuat naik gambar berkenaan, tanpa sebab munasabah dan sekadar satu bahan guraan.
Selepas mendapat kritikan yang negatif, mereka memuat naik gambar yang baru pada Jumaat, dengan memaparkan 'hidangan babi' tersebut disorokkan dibelakang makanan halal.
Kapsyen gambar tersebut turut diubah daripada "Selamat Berbuka Puasa" kepada "Ampunkanlah Kami".
Pada Oktober tahun lalu, pasangan ini turut memuat naik rakaman video diri mereka mengadakan hubungan seks. |
Persenda bulan Ramadan, apa alasan kamu ? Posted: 14 Jul 2013 09:23 PM PDT 6 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Penulis blog berunsur seks, Alvin Tan dan Vivian Lee, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Alivi' tiba di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada pukul 10.45 pagi Isnin untuk memberi keterangan mengenai tindakan mereka memuat naik gambar yang mempersenda bulan Ramadan dan umat Islam di negara ini. |
Mursi mula disoal siasat Posted: 14 Jul 2013 09:19 PM PDT 6 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
KAHERAH 14 Julai - Pasukan penyiasat mula menyoal siasat Presiden Mesir yang digulingkan, Mohammed Mursi dan ahli kumpulan Ikhwanul Muslimin, hari ini berhubung dakwaan mereka terlibat dalam kejadian banduan melarikan diri dari penjara pada 2011.
Siasatan itu dilakukan berikutan dakwaan bahawa Mursi dan ahli-ahli Ikhwanul Muslimin melarikan diri dari penjara Wadi Natrun semasa kebangkitan yang menamatkan pentadbiran bekas Presiden, Hosni Mubarak. Penyiasat juga menyiasat sama ada kumpulan asing termasuk Hamas dari Palestin dan Hezbollah dari Lebanon terlibat dalam kejadian itu.
Menurut sumber kehakiman, penyiasat keselamatan negeri menyoal siasat Mursi di satu lokasi yang tidak didedahkan.
Siasatan itu dilakukan beberapa jam selepas pendakwa raya menerima aduan terhadap Mursi dan anggota lain Ikhwanul Muslimin yang mendakwa mereka mengintip dan menghasut melakukan keganasan.
Namun, Pejabat Pendakwa Raya tidak mendedahkan siapa yang mengemukakan aduan berkenaan. Sepanjang pentadbiran Mursi selama setahun, beliau dituduh mengukuhkan kuasa Ikhwanul Muslimin, memburukkan ekonomi negara dan gagal melindungi penduduk minoriti.
Mursi yang merupakan Presiden Mesir pertama dipilih melalui pilihan raya tidak dilihat sejak digulingkan dan pemimpin sementara negara ini menyatakan beliau kini ditahan di satu tempat selamat demi keselamatannya.
Mursi digulingkan oleh tentera pada 3 Julai lalu.
Penyokong Mursi menuduh tentera melanggar prinsip demokrasi dengan menggulingkan seorang pemimpin yang dipilih rakyat dan mereka berikrar akan terus berjuang bagi mengembalikan kuasa beliau.
Sementara itu, rundingan bagi membentuk Kabinet sementara Mesir oleh Perdana Menteri, Hazem al-Beblawi diteruskan, hari ini.
Barisan Kabinet sementara itu dijangka diumumkan pada minggu depan selepas rundingan dengan calon-calon diadakan semalam oleh Hazem dan Naib Presiden, Mohamed ElBaradei. Hazem berkata, beliau menjangka Kabinet sementara itu akan diwakili 30 kementerian.
"Keutamaan mereka adalah untuk mengembalikan keselamatan, memastikan penyediaan barangan dan perkhidmatan, selain bersedia untuk mengadakan pilihan raya Parlimen dan Presiden," katanya. - AFP/AFP |
Bekas duta ke AS dilantik Menteri Luar Mesir Posted: 14 Jul 2013 09:13 PM PDT 6 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
KAHERAH 15 Julai - Bekas duta ke Amerika Syarikat, Nabil Fahmy menerima jawatan Menteri Luar dalam kabinet baharu menggantikan Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Mursi.
Fahmy menerima tawaran itu daripada pemimpin utama Hazem al- Beblawi yang memegang hari kedua rundingan dengan calon-calon menteri kabinet sementara, lapor sumber Kementerian Luar.
Agensi berita rasmi MENA bagaimanapun mengesahkan pelantikan tersebut.
Fahmy adalah seorang diplomat dan Dekan pengasas sekolah hal ehwal awam di Universiti Amerika di Kaherah, dan pernah berkhidmat sebagai duta di Washington antara 1999 dan 2008. - AFP |
Gunung berapi Tungurahua meletus Posted: 14 Jul 2013 09:08 PM PDT 6 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
QUITO (Pichincha): Gunung berapi Tungurahua di Ecuador hari ini memuntahkan abu dan gas setinggi 5,000 meter ke udara, demikian menurut laporan Institut Geofizik. Letupan itu mengelaurkan amaran "oren", tahap kedua tertinggi selepas "merah".
Letusan itu berlaku pada jam 6.47 pagi (waktu tempatan) dan kedengaran sehingga di bandar Guayaquil dekat Pasifik. Gas dan debu boleh dilihat sejauh bandar Quito, kira-kira 153 kilometer ke utara gunung berapi. - AFP |
18 terbunuh dalam rempuhan kejohanan tinju di Indonesia Posted: 14 Jul 2013 09:02 PM PDT 6 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
JAKARTA: Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dalam rempuhan stadium selepas penonton merusuh bagi membantah kekalahan peninju tempatan dalam sebuah kejohanan tinju di timur Indonesia, lewat malam tadi. Leftenan Kolonel Gede Sumerta Jaya berkata, mangsa dipijak apabila kira-kira 1,500 penonton bergegas keluar dari stadium selepas rusuhan berlaku. Peninju tempatan tewas dalam perlawanan merebut Piala Bupati, di Stadium Kota Lama, wilayah Papua Nabire. Jaya berkata, rusuhan bermula selepas penyokong membaling kerusi pada hakim. Katanya, 12 yang mati adalah wanita dan sekurang-kurangnya 47 yang lain parah. - AP |
33 terbunuh keganasan terbaru Iraq Posted: 14 Jul 2013 08:58 PM PDT 6 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh dalam satu siri keganasan di tengah dan selatan Iraq hari ini, demikian menurut satu sumber, menjadikan jumlah kematian pada Julai mencecah sehingga 370. Menurut sumber keselamatan dan perubatan, lebih 2,600 orang terbunuh dalam pergolakan sepanjang tahun ini. - AFP
|
Pasangan Alvin Tan, Vivian Lee tiba di SKMM bagi beri keterangan Posted: 14 Jul 2013 08:54 PM PDT 6 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee tiba di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Bangunan Sultan Abdul Samad, di sini, 10.45 pagi tadi bagi memberi keterangan berhubung gambar yang menyentuh sensitiviti umat Islam yang dimuat naik dalam laman Facebook. Semalam, Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi , memanggil pasangan berkenaan untuk merakamkan kenyataan mereka dan membantu siasatan. |