Sabtu, 15 Disember 2012

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


DAP adds non-Chinese, East M’sians to CEC | Free Malaysia Today

Posted: 15 Dec 2012 10:51 PM PST

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Y.B. Iskandar Serah Surat Tawaran Rumah Mampu Milik Kepada Yang Berjaya Di Bangi

Posted: 15 Dec 2012 03:07 PM PST

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Kesabaran Penduduk Amat Dihargai, Projek Mitigasi Banjir Siap Tahun Depan

Posted: 15 Dec 2012 02:00 AM PST

KLANG 15 DIS : Penduduk di sekitar Klang khususnya di Taman Sentosa dan Taman Klang Jaya diminta bersabar dengan kejadian banjir di kawasan mereka kerana projek mitigasi banjir dijangka akan siap tahun depan.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata kawasan tersebut sering dilanda bencana itu kerana pembangunan pada masa lalu yang tidak mementingkan aspek banjir.

"Kebanyakan taman perumahan lama tidak mempunyai kolam tadahan air.

"Sebab itu, kerajaan membuat satu kajian di mana kawasan baru yang bakal dibangunkan berdekatan dengan kawasan lama (taman perumahan lama), perlu ada kolam tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian di dalam ucapannya di Sambutan Krismas anjuran penduduk Taman Klang Jaya, di sini.

Sebelum ini dilaporkan bahawa mitigasi banjir itu melibatkan pembinaan sebuah kolam tadahan 25 ekar di Bandar Botanik dan saluran yang baru bagi melancarkan pengaliran air ke Sungai Aur. Projek tersebut akan memakan kos RM 350,000.

Jelasnya,  saluran itu perlu dibina kerana saluran yang sedia ada tidak dapat menampung kapasiti pengaliran air yang meningkat disebabkan pembangunan perumahan yang pesat sejak beberapa tahun lalu.

Beliau berkata kebelakangan ini, kawasan itu sering dilanda banjir disebabkan musim hujan yang berterusan menyebabkan lebih 500 rumah akan terlibat dengan bencana itu.

"Kawasan saya itu sudah dibangunkan tahun 80an lagi, pelan pembangunan pula bukan seperti sekarang, jadi banyak pembangunan naik.

"Sekarang pula hujan sudah turun tiga kali ganda, oleh itu kita perlukan langkah bagi mengatasi masalah itu," katanya.

Dalam majlis itu, Xavier turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir dan sekurang-kurangnya 100 penduduk taman terbabit hadir memeriahkan majlis.

Sumber: Selangorku

Lebih RM 600 Juta Sudah Dibelanja Untuk Kebajikan Rakyat Selangor

Posted: 15 Dec 2012 01:15 AM PST

KUALA SELANGOR, 15 DIS : Kerajaan Selangor sudah membelanjakan lebih RM 600 juta untuk program kebajikan rakyat di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Program-program ini termasuk bantuan khairat kematian dan Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan caruman Tabung Anak Warisan Selangor (TAWAS).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, walaupun Kerajaan Selangor memperuntukkan sejumlah besar untuk program itu namun simpanan Rizab Tunai Kerajaan Selangor turut bertambah yang kini melebihi RM 2 bilion.

"Jadi maknanya walaupun Kerajaan Selangor berbelanja banyak tetapi tetap ada simpanan sebab kita tahu ke mana wang itu dibelanjakan.

"Apa duit yang Kerajaan Selangor belanjakan rakyat boleh melihat ketelusannya.

"Dengan cara itu rakyat akan bersama-sama dalam pembangunan itu, sekarang rakyat boleh kata itu 'duit kita'," kata Abdul Khalid.

Katanya, Kerajaan Selangor mempunyai sistem rekod warga emas yang efektif berbanding kerajaan terdahulu di mana sistem ini akan memudahkan penyaluran bantuan.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyampaian bantuan SMUE di Pekarangan Pejabat Khidmat DUN Ijok, Ijok di sini.

Abdul Khalid bersama isteri,Puan Sri Salbiah Tunut bersama-sama menyampaikan SMUE itu kepada 47 orang penerima bagi Fasa Kedua kawasan Ijok berjumlah RM 1,000.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Noraini Roslan dan Pegawai Daerah Kuala Selangor yang baru Mohamad Yasid Bidin.

Yasid juga sebelum ini pernah berkhidmat di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sementara itu penerima SMUE, Mohd Sahar Sadri,43, berkata, usaha Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat (PR) itu wajar dicontohi negeri-negeri lain.

"Memang bagus program SMUE ini dan saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat  yang mengusahakan skim ini kerana ia juga dapat meringankan sedikit bebanan kepada pihak waris," katanya.

Sumber: Selangorku

Lebih 14,000 Telah Mendapat Manfaat Jom Shopping Bonus Selangorku

Posted: 15 Dec 2012 01:00 AM PST

PUNCAK ALAM 15 DIS : Sejak diperkenalkan pada April lalu, lebih 14,000 kanak-kanak yang lahir pada tahun 2008 di Selangor sudah menikmati manfaat program 'Jom Shopping Bonus Selangorku'.

Program tersebut dikhususkan kepada peserta Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) yang menerima baucer membeli-belah bernilai RM 100 ketika menyambut ulang tahun kelahiran mereka.

Sehingga kini, RM 1.4 juta telah dibelanjakan untuk menjayakan inisiatif ini di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Petang tadi, bertempat di Econsave Alam Jaya di sini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyempurnakan upacara penutupan program 'Jom Shopping Bonus Selangorku' yang disertai 181 peserta TAWAS dari DUN Ijok dan DUN Jeram.

"Ini bukanlah bermakna program ini akan tamat terus sebaliknya kita menutup program untuk tahun ini sahaja.

"'Jom Shopping Bonus Selangorku' tetap akan diteruskan lagi selagi Pakatan Rakyat memerintah untuk memberi manfaat kepada anak-anak Selangor," kata Abdul Khalid yang juga Adun Ijok.

Dalam pada itu, beliau yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 66 semalam turut dikejutkan dengan hadiah kek harijadi dari kakitangan Yayasan Anak Warisan Selangor (YAWAS).

Sejurus selesai upacara memotong kek, Abdul Khalid juga berkesempatan menemani para peserta Tawas yang hadir untuk membeli belah bersama ibu bapa atau penjaga masing-masing.

Turut hadir ialah isteri beliau, Puan Sri Salbiah Tunut, Pengurus Besar YAWAS, Mohd Nor Mohd Zin serta Yang Di Pertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Noraini Roslan.

Sumber: Selangorku

Comments for Haniza Talha - Landscaping New Politics

Comments for Haniza Talha - Landscaping New Politics


Comment on Wanita Keadilan Selangor kecam kenyataan seksis ADUN Btg Kali by Mohd Nor Talib

Posted: 15 Dec 2012 04:04 AM PST

Nama pun UMNO, sudahlah hutan dara dia orang pun habis di balunnya. Specis UMNO ni apa yang dia kata kat orang tu sebenarnya dia yang buat. MNT, Senawang…

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on AirAsia’s X’mas Big Sale! by weechookeong

Posted: 15 Dec 2012 08:08 AM PST

Anonymous 11:54 pm

As far as I know Expedia itself has no license. It was using the license of AirAsia Go Holiday Sdn Bhd.

Regards

Wee choo Keong

Comment on AirAsia’s X’mas Big Sale! by KrystalClear

Posted: 15 Dec 2012 08:04 AM PST

Out of curiosity I flew with AA from Kota Kinabalu to LCCT Sepang just one way and came back using MAS. That was the first and last time I’d fly with the crappy airline. The difference in fares with MAS was not that much but AA service was atrocious.

Comment on AirAsia’s X’mas Big Sale! by Anonymous

Posted: 15 Dec 2012 07:54 AM PST

alooo yb…what happen to xpedia….wa..have license or not…why everbody are keep quiet….

Comment on AirAsia did not meet regulatory standard? by Now Everybody Want To Pilot A380

Posted: 15 Dec 2012 07:53 AM PST

Even if “Captain Sumali” was not correctly spelled, it makes no different. The fact is that he is a DCA officer. His job is to do safety audit on AA and other non-IATA airlines. What was he doing when he was exposed to have piloted the A380.

Of course, we are appreciative of him uncovering the discrepancies after so many years! No wonder DCA was asleep all these years because you have officer like him who was more interested in piloting a plane or taking a joy ride than carrying their duties as DCA officer.

Comment on AirAsia’s X’mas Big Sale! by Nujum Pak Belalang

Posted: 15 Dec 2012 06:20 AM PST

If you all happen to meet TF and a cobra at the same time, you know what to do, dont you?.. Only then NOW EVERYONE CAN FLY SAFELY.

Comment on AJ & Zahrah Zaid brought back the A380! by usjT

Posted: 14 Dec 2012 11:49 PM PST

Such a large entourage of 80, to do what? Does MAS know what they are doing? Isn’t it any wonder why MAS is high in it’s expenditure, and making losses, spending and paying unnecessarily? How to make money when such simple maths does not seem to make any sense to the top management and board of directors of MAS. Truly “Mana Ada Sense”.

Comment on AirAsia did not meet regulatory standard? by abeeonawindow

Posted: 14 Dec 2012 04:24 PM PST

I’ll spare you all looking…

(from http://www.casa.gov.au)

CASA's primary function under the Civil Aviation Act 1988 (the Act) is to conduct the safety regulation of civil air operations in Australian territory and the operation of Australian aircraft outside Australian territory, by means that include ‘developing effective enforcement strategies to secure compliance with aviation safety standards’.

CASA takes enforcement action when it detects non-compliance with obligations imposed by the Act, the Civil Aviation Regulations and the Civil Aviation Safety Regulations, other instruments made under the Act or the Regulations and relevant parts of the Criminal Code. Non-compliance in this context may involve contravention of the Act or the Regulations, but it may also involve a breach of a condition attaching to a licence or certificate, or acts or omissions which indicate that a person no longer meets the standards required by the legislation for the holding of a licence or certificate.

CASA has a range of enforcement options and takes an holistic approach to safety enforcement by utilising the most appropriate enforcement remedy or remedies given the facts of the particular breach and its safety implications. These enforcement options are exercised in accordance with the procedures set out in the Enforcement Manual.

More interesting if you read this: http://www.atsb.gov.au/media/3543830/ao2010027.doc

Comment on AirAsia did not meet regulatory standard? by abeeonawindow

Posted: 14 Dec 2012 03:41 PM PST

Ummm, whatever some of you guys personally think or feel about “Captain Sumali” (that’s not even the correct spelling), know these points…

He was the one conducting the DCA audit of AA. He was the one “uncovering the discrepancies” (probably knew already but so it goes…). DFO went out of his way to pi$$ Sumar off and he issued the limited AOC (obviously after consultation with the powers in Putrajaya). Bear in mind he is #2 in DCA and will be the Director General most likely in 2013.

Comment on AirAsia did not meet regulatory standard? by abeeonawindow

Posted: 14 Dec 2012 03:28 PM PST

And Mo, your heart’s in the right place bro, but mind who you accuse of poor English when yours is a little off the mark. Emotion is getting the better of your argument.

Comment on AirAsia did not meet regulatory standard? by abeeonawindow

Posted: 14 Dec 2012 03:23 PM PST

Guys, guys, guys… cool it. Adun is partly correct even if he/she didn’t word it nicely. The Aussie authorities probably wouldn’t be laughing (well they might have a chuckle) but if you haven’t found out already they’ll most likely say “we can’t really help you, but you could try forwarding your grievances to … “. CASA will love you if you give them something juicy on AirAsiaX but end of the day they can only act upon what is legally provable and enforceable. Giving them a heap of trash on AirAsia does not permit them to “take it out” on AirAsiaX (no matter how much they might like to). What you are asking/hoping of CASA to do is akin to your condemnation of DCA here. C’mon lah bro, be rational.

And FYI, when Tiger was fully grounded in Australia they continued to sell tickets for flights in advance of the present date… how? Because the “promise” of travel to which your ticket is proof is only broken when the purchased flight fails to commence. If Tiger knew they would never fly again then there is a case, but if they honestly believe they will be able to fly in the not-too-distant-future they can still make those “promises”. Of course they must abide by the rules of breaking that promise to the consumer should it occur in any event, but you know what… they got your money already. Even if they have to give it back to you at some point they have it right now and it becomes part of their operating revenue. How on earth do you think AA survives from day to day in the present, largely in part due to forward sales. This is how all LCCs operate. It’s the airline equivalent of buying property development off-plan/pre-construction. Normal airlines wait months to get the revenue from non-internet ticket sales (goes through IATA clearing accounts) sometimes even after you have travelled. That’s why Fernandes hates IATA and AA for a long time wasn’t a member. But I digress.

Direct Free Kick

Direct Free Kick


Dis 2012 - Bersama Ustaz Zaharuddin, Pegawai Agama Kumpulan Perangsang di program Dari Hati Ke Hati Masih Ada Yang Sayang.

Posted: 15 Dec 2012 06:30 AM PST

9 Dis 2012 - Di Karnival Dari Hati Ke Hati Masih Ada Yang Sayang, Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

Posted: 15 Dec 2012 06:27 AM PST

Sent from my Nokia phone

9 Dis 2012 - Di Karnival Dari Hati Ke Hati Masih Ada Yang Sayang, Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

Posted: 15 Dec 2012 06:07 AM PST

9 Dis 2012 - Bersama Ustaz Zaharuddin, Pegawai Agama Kumpulan Perangsang di program Dari Hati Ke Hati Masih Ada Yang Sayang.

Posted: 15 Dec 2012 06:00 AM PST

Di kenduri kahwin anak En Baba di Pandan Indah dekat Surau Raihan.

Posted: 15 Dec 2012 05:55 AM PST

Makan malam Exco bersama Tuanku Sultan sempena Hari Keputeraan ke 67 di Saujana.

Posted: 15 Dec 2012 05:50 AM PST

15 Disember 2012 - Majlis penyerahan surat tawaran membeli Rumah Mampu Milik PKNS di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.

Posted: 14 Dec 2012 10:57 PM PST

Sent from my Nokia phone

15 Disember 2012 - Majlis penyerahan surat tawaran membeli Rumah Mampu Milik PKNS di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.

Posted: 14 Dec 2012 10:05 PM PST

15 Disember 2012 - Majlis penyerahan surat tawaran membeli Rumah Mampu Milik PKNS di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.

Posted: 14 Dec 2012 10:03 PM PST

15 Disember 2012 - Majlis penyerahan surat tawaran membeli Rumah Mampu Milik PKNS di Seksyen 3, Bandar Baru Bang

Posted: 14 Dec 2012 08:29 PM PST

15 Disember 2012 - Majlis penyerahan surat tawaran membeli Rumah Mampu Milik PKNS di Seksyen 3, Bandar Baru Bang

Posted: 14 Dec 2012 08:26 PM PST

15 Disember 2012 - Majlis penyerahan surat tawaran membeli Rumah Mampu Milik PKNS di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.

Posted: 14 Dec 2012 08:24 PM PST

15 Disember 2012 - Bersama sebahagian dari mereka yang ditawarkan untuk membeli Rumah Mampu Milik PKNS di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.

Posted: 14 Dec 2012 08:04 PM PST

12 Dis 2012 - Menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar yang menuntut di Mesir Sumbangan diterima oleh bapa beliau.

Posted: 14 Dec 2012 03:36 PM PST

14 Dis 2012 - Bersama belia-belia Angsana Hilir.

Posted: 14 Dec 2012 03:32 PM PST

Menyampaikan bantuan di Karnival Dari Hati Ke Hati Masih Ada Yang Sayang 9 Disember 2012.

Posted: 14 Dec 2012 03:27 PM PST

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


Krisis Pemaknaan Pendidikan: Dr Siddiq Fadzil

Posted: 14 Dec 2012 08:23 PM PST

KRISIS PEMAKNAAN PENDIDIKAN:
MENANGANI GEJALA EXCELLENCE WITHOUT SOUL

Oleh: Dr Siddiq Fadzil

Kekalutan bersaing mencapai kecemerlangan akademik dan obsesi terhadap permintaan pasaran kerja telah mengakibatkan sistem pendidikan kita kehilangan visi, lalu terjebak dalam sindrom shorttermism sehingga mengabaikan  misi asasi pembinaan dan pengutuhan insan. Yang dipentingkan bukan lagi apa yang perlu untuk memperbaiki kemanusiaan atau insaniyyah anak didik, tetapi yang lebih dipentingkan adalah memenuhi permintaan semerta atau immediate demand mereka. Mungkin ungkapan judul buku Harry R. Lewis tentang bencana kependidikan yang sedang menimpa Universiti Harvard, Excellence Without a Soul (Kecemerlangan Tanpa, Roh), tepat untuk menggambarkan gelala global – krisis pendidikan yang kehilangan esensi, erti hakiki dan misi asasinya. Justeru, yang didedahkan oleh Harry R. Lewis, Profesor yang pernah menjadi Dekan di Harvard itu, pada hakikainya bukan hanya kepincangan Harvard, tetapi kepincangan universiti-universiti di seluruh dunia umumnya. Sejak terbitnya buku Excellence Without a Soul, Harry R. Lewis banyak memenuhi undangan universiti-universiti di pelbagai rantau dunia, dari Hong Kong hingga ke New Haven. Tema pembicaraannya tidak lain adalah tentang Universiti Harvard yang kehilangan roh atau without a soul itu. Tetapi yang dirasakan oleh para professor dan khalayak pendengarnya bukan hanya sebuah kisah tragedi kependidikan di Harvard. Bagi mereka Harry R.Lewis sesungguhnya telah berbicara tentang hakikat universiti mereka sendiri dengan sangat tepat dan sekaligus sangat menakutkan, "described their situation with frightening accuracy".

Gejala Kehilangan Arah

Memang demikianlah hakikatnya, gejala aimlessness, bencana kehilangan arah telah mengglobal. Apa yang terjadi kepada Harvard adalah cerminan apa yang terjadi kepada IPT dunia. Justeru, Harvard adalah university tertua, terkaya dan ternama yang selalu dilihat sebagai model terunggul universiti kelas dunia. Benar, institusi-institusi pengajian tinggi umumnya berjaya memberikan pengetahuan dan kemahiran, tetapi ternyata gagal melaksanakan misi asasi pendidikan – pengutuhan dan penyempurnaan insan. Dalam konteks Harvard, Harry R.Lewis menyatakan bahawa mereka telah melupakan "the fundamental job of undergraduate education, tanggungjawab dasar terhadap anak didik", termasuk, "…to help them grow up, to learn who they are, to search for a larger purpose for their lives, and to leave college as better human beings." Pidato-pidato pimpinan universiti umumnya lebih banyak berkisar pada masalah-masalah dunia, kepentingan ilmu, kerja kuat dan kejayaan; tetapi sedikit sekali menyentuh persoalan tentang kekuatan peribadi, integriti, kasih-sayang, kerjasama dan bagaimana untuk hidup dalam dunia yang lebih baik. Semakin besar universitinya, semakin sengit pula ia bersaing meraih kemenangan di kancah pasaran dan di lahan perebutan dana penyelidikan, tetapi ketika itu jugalah mengurangnya pembicaraan yang serius tentang pembinaan watak pelajar, "…about their development into people of good character who will know that they owe something to society for the privileged education they have received."

Demikianlah pengakuan jujur orang dalam, seorang profesor Harvard, tentang penyakit yang sedang membarah di tubuh universiti tersohor itu. Dua tahun selepas terbitnya Excellence Without a Soul (2006), muncul pula seorang graduan Harvard Business School dengan bukunya yang berjudul What They Teach You at Harvard Business School, Philip Delves Broughton merakamkan pengalaman kesiswaannya di institusi yang terkenal dengan ijazah MBAnya yang berprestij itu, institusi yang disebutnya sebagai the cauldron of capitalism atau kawah besar kapitalisme, where capitalism goes, the MBA follows. Dengan latar pencitraan sedemikian, tidak ada siapa pun yang hairan jika ramai graduannya menjadi kapitalis yang barbarik, menjadi binatang ekonomi yang materalistik, mementingkan diri, rakus dan boros. Orientasi kebendaannya memang kental sekali sehingga Philip Delves Broughton hanya mampu mengeluh bahawa yang selalu menjadi pokok pembicaraan masyarakat siswanya bukan lagi soal pengajian, ilmu, atau persiapan menghadapi dunia kerjaya; tetapi lebih banyak tentang ambitions dan nafsu besar – mahu pangkat apa, mahu gaji berapa, mahu jadi sekaya siapa, dan mahu gaya hidup semewah mana.

Ternyata Harvard Business School (HBS) dan banyak sekolah-sekolah bisnes lainnya telah kehilangan misi moral dan sosialnya. Para graduannya dirangsang merajai dunia bisnes dan berlumba mengaut kekayaan tanpa mempedulikan batasan-batasan etik dan moral. Subjek Business Ethics yang diajarkan di sekolah-sekolah tersebut jelas sudah tidak berdaya lagi mengawal polah-tingkah para usahawan kapitalis rakus dan curang sehingga mengakibatkan leluasanya pelbagai skandal korporat kelas multi-nasional, dan akhirnya meledakkan krisis kewangan dunia dengan segala bencana kemanusiaan bawaannya. Memang demikianlah kenyataannya, ramai dari kalangan mereka yang muncul sebagai orang kaya yang kehilangan kepedulian sosial. Mereka selalu melakukan pelbagai helah untuk mengelak cukai, malah apa yang disebut CSR (corporate social responsibility) itupun seringkali dilakukan hanya untuk mengelak cukai. Kesedaran kemasyarakatan memang telah sirna sejak lama. Yang tinggal hanya sisa-sisa perhatian yang terbatas pada hal-hal yang mereka berminat (sukan, hiburan dsb), dan itu pun seringkali dilatari motif kepentingan.

Justeru, sebagai universiti paling berpengaruh di dunia, kerosakan Harvard boleh merosakkan dunia seluruhnya, termasuk kita, khususnya orientasi pendidikan kita. Harvard sudah menjadi kiblat pengajian tinggi di mana-mana, dan keghairahan meniru Harvad sudah mewabak meratai jagat. Dominasi Harvard tidak terbatas hanya dalam bidang bisnes, tetapi sudah merempuh bidang-bidang lain, termasuk politik, ekonomi, kebudayaan dan pendidikan. Philip Delves Broughton mencatatkan bahawa sepanjang pengajiannya di HBS (2004-2006), para alumni HBS telah menempati pelbagai posisi strategik termasuk Presiden Amerika Syarikat, Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Presiden Bank Dunia, Datuk Bandar New York, dan sejumlah yang tidak terkira CEO badan- badan korporat gergasi. Beliau juga mencatatkan bahawa alumni HBS menguasai 2O% tiga jawatan teratas di 500 buah syarikat yang disenaraikan oleh Fortune. Sementara itu, sejak tahun 2000, para pemegang ijazah MBA yang menempati pejabat kepresidenan Amerika Syarikat (Oval Office) telah membuat keputusan-keputusan besar tentang pelbagai masalah dunia dengan segala implikasi kemanusiaan dan kesejarahannya.

Broughton seterusnya merumuskan bahawa semua orang dalam bidang apa pun seharusnya memprihatinkan segala yang sedang terjadi di HBS kerana, "The language, practices, and leadership styles taught in MBA course affect all of us. Business schools no longer produce just business leaders. MBAs determine the lives many of us will lead, the hours we work, the vacations we get, the culture we consume, the health care we receive, and the education provided to our children. … And it has ambitions to matter even more." Pendeknya, orang bisnes memang sangat bernafsu untuk menguasai segala-gala.

Misi Penyempurnaan dan Pengutuhan lnsan

Latar dunia pengajian tinggi yang sedemikian rupa menambah keyakinan kita terhadap kerelevanan kita sebagai pengembang misi pengutuhan dan penyempurnaan insan. Sesungguhnya kehadiran kita bukan suatu piIihan, tetapi suatu kewajipan kemanusiaan dan keagamaan. Kita harus memikul tanggungjawab melaksanakan pendidikan keinsanan dalam erti pengembalian insan kepada kemurnian dan keunggulan fitrinya sebagai makhluk sebaik-baik kejadian (ahsani taqwim) yang dimuliakan Allah (al-takrim al-Ilahiy) dengan hembusan ruh penciptaan-Nya (al-nafkh al-Ilahiy). Insan bukan sekadar makhluk tanah (tin) yang rendah. la telah diangkat darjatnya dengan hembusan ruh Ilahi, yang kerananya para malaikat rela sujud menghormatinya. Di sinilah kegagalan iblis mempersepsikan insan secara utuh – tanah dan hembusan ruh Ilahi. Bagi iblis, insan hanyalah makhluk tanah, semata-mata tanah; dan kerana itu pulalah ia membantah perintah sujud.

Fungsi pendidikan tidak hanya sekadar memelihara ke-tanah-an insan, tetapi lebih daripada itu ialah untuk memelihara hembusan ruh Ilahi yang merupakan asetnya yang termahal, martabat keunggulannya, dan sumber potensi kesempurnaan insaniahnya. Hakikat inilah yang diserlahkan oleh Qadi Abu Bakr ibn al-’Arabiy dalam huraiannya tentang insan sebagai makhluk ahsani taqwim:

"Tiada makhluk Allah yang lebih baik daripada manusia, kerana Dia telah menganugerahkannya kadar tertentu daripada sifat-sifat ketuhanan-Nya seperti: hayyan, 'aliman, qadiran, mutakalliman, sami'an, basiran, mudabbiran dan lain-lainnya."

Memang, tidak ada makhluk Tuhan yang penciptaannya Iebih baik daripada insan. Justeru, Tuhan telah mengurniakannya cebisan daripada sifat-sifat rabbaniyyah-Nya, yang dapat dikembangkan hingga sejauh yang terjangkau oleh kudrat insaniahnya, dan sekaligus dapat menjulang martabatnya mengungguli segala makhluk lain.

Hakikat inilah juga yang diungkapkan oleh al-Shaykh 'Abd al-Karim al-Jiliy dalam tulisannya al-Insan al-Kamil fi Ma'rifat al-Awakhir wa al-Awa'il Ketika menjelaskan makna hadith nabawi bahawa Allah menciptakan Adam 'a.s. menurut gambaran-Nya ('ala suratih), al-Jiliy mengatakan:

"Sebagaimana yang diketahui, Allah bersifat Hidup, Berilmu, Berkuasa, Berkehendak, Mendengar, Melihat, Berkata-kata, maka demikian jugalah manusia – hidup, berilmu dan sebagainya."

Manusia yang penciptaannya sedemikian rupa memang seharusnya mampu menghayati sifat-sifat Rabbaniy, dan itulah sebenarnya ukuran kesempurnaan dan kebahagiaannya yang disebut oleh al-Ghazaliy:

"Bahawa kesempurnaan dan kebahagiaan manusia (hamba Allah) terletak pada kesediaan dan keupayaannya berakhlak dengan akhlak Allah."

Jelmaan kesempurnaan paling ideal yang disebut al-Insan al-Kamil sebagaimana yang dikonsepsikan oleh al-Jiliy adalah Muhammad (s.'a.w.). Dalam kaitan ini, pendidikan sebagai proses pengutuhan dan penyempurnaan insan harus menjadikan al-Insan al-Kamil sebagai model keinsanan terunggul.

Keinsanan dengan segala keunggulannya yang berpangkal dari kurnia hembusan ruh Ilahi dengan segala implikasinya itu pada hakikatnya adalah amanah berat yang tidak terpikul oleh langit, bumi, gunung atau makhluk-makhluk lain segagah mana pun. Amanah inilah yang selalu dilupakan sehingga mengakibatkan kejatuhan martabat insan dari puncak ahsani taqwim merudum ke jurang asfala safilin. Demikianlah mesej firman Ilahi:

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta  gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan."
(Al-Ahzab: 72)

Al-Insan disebut zalum dan jahul (zalim dan jahil). Ia zalum kerana selalu menzalimi diri sendiri dengan menjatuhkan martabat diri dari ketinggian darjat keinsanannya; dan ia juga jahul kerana tidak tahu tentang hakikat  dirinya sebagai pengembang amanah  keinsanan. Bukankah gejala zalum dan jahul ini yang menimpa masyarakat dunia, termasuk mereka yang dianggap kaum terpelajar?   Gejala zalum dan jahul adalah sejenis dehumanisasi yang melahirkan generasi yang hilang keinsanannya. Ayat tersebut sebenarnya membawa pesan kependidikan yang sangar penting; bahawa pendidikan harus melaksanakan misi penyelamatan insan dari menjadi zalim dan jahil dalam pengertian tersebut.

Misi Ummatik: Pembinaan Khayriyyat al-Ummah

Demi maruah dan martabat, sistem pendidikan kita harus berorientasi khayriyyah (keunggulan) yang berteraskan iman, komitmen terhadap nilai-nilai kemakrufan, dan semangat melawan gejala kemungkaran, sesuai dengan ayat khairiyyat al-ummah dalam surah Ali 'Imran. Khayriyyat al-ummah bukan ketuanan warisan. Ia adalah wawasan Qur'ani yang terbuka kepada semua umat yang sanggup memenuhi syarat, tanpa, mengira asal usul keturunan. Ia adalah keunggulan bersyarat yang harus dicapai dengan perjuangan kependidikan membangun watak umat, menegakkan prinsip-prinsip iman, menghayati nilai-nilai murni dan membasmi gejala maksiat. Faktor keturunan bukan jaminan keunggulan, tanpa cirri-ciri khayriyyat  al-ummah, keturunan siapapun akan mengalami kehinaan senasib dengan kasut, "dari atas diinjak kaki, dari bawah ditusuk duri, sudah usang dibuang orang". Tepat sekali ungkapan Dr.Muhammad 'Imarah bahawa ia adalah shurut muktasabah, la 'unsuriyyahy mawruthah (syarat yang dicapai, bukan perkauman yang diwarisi).
        
Pendidikan Kewarganegaraan

Selain pendidikan keumatan, sistem pendidikan yang baik juga melaksanakan pendidikan kewarganegaraan, mempersiapkan anak-didik menjadi rakyat yang bertanggungjawab, rakyat negara Malaysia yang demokratik, dan berbilang kaum. Akibat obsesi yang berlebihan terhadap pengkhususan dalam disiplin ilmu  tertentu, semangat kewarganegaraan, kesedaran sivik dan kepedulian politik seringkali terabai. Institusi Pendidikan seolah-olah sudah, menjadi sebuah pulau. Masyarakat sekitar tidak mendapat pencerahan darinya. Lebih setengah  abad mengamalkan demokrasi, namun erti demokrasi belum difahami secara meluas. Bagi sebilangan rakyat, demokrasi hanya bererti pilihanraya, dan tidak lebih daripada itu. Mereka seharusnya sudah memahami demokrasi bukan hanya pilihanraya, tetapi yang lebih mendasar adalah prinsip-prinsip dan nilai-nilainya, yang harus dipelajari, dihayati dan dibudayakan. Institusi Pendidikan seharusnya mampu membina manusia demokrat yang murni, matang dan berjiwa besar. Tetapi jika dilihat bagaimana demokrasi dilaksanakan di kampus-kampus,  ternyata banyak Institusi Pendidikan yang gagal memberikan pendidikan demokrasi di kalangan warganya. Pilihanraya kampus seringkali dicemari sikap undemocratic dan unethical pihak pentadbiran yang memaksakan kemahuannya memenangkan kelompok tertentu dan mempastikan kekalahan kelompok yang lain. Demikianlah berlakunya tragedi kematian nilai-nilai demokrasi di kampus-kampus yang seharusnya menjadi model masyarakat demokratik yang sihat dan menginspirasikan. Apakah ini bukan suatu pengkhianatan terhadap amanah pendidikan kewarganegaraan?

Misi Perubahan

Institusi Pendidikan yang dibina di atas kesedaran dakwah pembebasan manusia dari kegelapan kepada kecerahan, selamanya komited terhadap misi perubahan. Mungkin ada yang berfikir, bahawa kita sebenarnya hanya bermimpi. Perubahan apalah yang dapat dilakukan oleh orang kecil seperti kita. Mungkin benar, ketika ini kita sedang bermimpi. Tetapi syukurlah, kita masih berani bermimpi. Siapa tahu sewaktu-waktu mimpi menjadi realiti. Jangan lupa kita sebenarnya masih memiliki potensi kekuatan raksaksa yang berupa generasi muda yang enlightened. Gelombang perubahan yang menerjang seluruh Dunia Arab ketika ini adalah sepenuhnya hasil kebangkitan anak-anak muda, maka kerananya ia mendapat nama Thawrat al-Shabab (Revolusi Pemuda). Majalah The Economist (2 April 2011) menyebut mereka sebagai, "… a new generation of young idealists, inspired by democracy, united by Facebook and excited by the notion of opening up to a wider world,…". Gelombang kebangkitan yang mencengangkan itu telah dilakukan oleh anak-anak muda yang selama ini sudah dianggap lost generation, generasi yang sudah hanyut entah ke mana. Mereka adalah Facebook generation pencipta keajaiban, merubah sejarah. Dalam tempoh hanya tiga minggu mereka melakukan suatu yang tidak mampu dilakukan oleh bapa-bapa  mereka selama tiga puluh

lstiqamah Sebagai Manusia Berprinsip

Kita tidak akan kecewa andainya anda lupa sebahagian daripada kurikulum pengajian tetapi kita akan sangat kecewa andainya anda gagal meninggalkan institusi pengajian sebagai better human being (manusia yang lebih baik). Justeru, pendidikan keinsanan adalah misi terbesar kita. Kita akan sangat berbahagia menyaksikan para graduan menjadi al-insan al-salih atau yang disebut orang Melayu sebagai orang baik. Konsep orang baik dalam pemikiran Melayu sebenarnya  dipadankan dari sabda nabawi, khayru 'n-nas anfa'uhum li 'n-nas  (orang terbaik adalah yang paling berguna kepada orang lain). Sabda inilah yang mengilhami pengungkapan konsep manusia serba guna dalam warisan kepujanggaan bangsa:

Bagaikan kayu besar di tengah padang,
Rimbun daunnya tempat berteduh,
Kuat dahannya tempat bergantung,
Kukuh batangnya tempat bersandar,
Besar akarnya ternpat bersila.

Untuk bersikap istiqamah sebagai orang baik, ternyata tidak mudah, terlalu banyak goda dan pesonanya, lebih-lebih lagi pada zaman penuh kegilaan seperti sekarang ini yang sudah menepati ciri Jaman Edan era pujangga R.N. Ronggowarsito. Pada zaman gila, orang gila membolot segalanya, sehingga tidak tersisa untuk yang tidak gila atau yang tidak mahu ikut jadi gila. Kehidupan manusia berjalan di atas hukum: tak gila, tak merasa (ora edan, ora keduman). Dalam suasana seperti itulah terujinya ketahanan orang baik. Ronggowarsito meninggalkan pesan kepujanggaan yang menyuntikkan semangat hidup berprinsip, "seuntung mana pun orang yang gila, lebih beruntung orang yang beringat dan berwaspada". Orang baik tidak perlu iri hati terhadap orang gila, sebagaimana kita tidak perlu iri hati melihat gagak berlagak merak, atau kera memakai mahkota. "Jangan Jemu Menjadi Orang Baik".

The opposition demands an explanation and aggressive response from Putrajaya.

Posted: 14 Dec 2012 08:10 PM PST

KUALA LUMPUR: Malaysia's future could suffer as its students continue to score low in key subjects of science and mathematics, a situation the opposition blames on the government's refusal to deal with its weak education policies hands on.

The latest Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2011 survey published online showed Malaysia scoring 440 points in Form Two mathematics which is the equivalent to eighth grade worldwide, trailing countries like Singapore who are among the world's top scorers.

Malaysian 14-year-olds were found to have performed worse than Israel who chalked up 516 points, Lithuania (502) and Lebanon (449), but beat neighbouring Thailand, which scored 427 points on tests by a narrow margin.
In science, Malaysians scored 426 points, tying with Syria and just pipping Palestine, Georgia and Oman, which totted up 420 points each in the tests.
This means Malaysia's ranking in maths fell from 20th in 2007 to 26th last year while its science dropped drastically, from 21st to 32nd in the same period.

The only country which suffered declines in scores in all content and cognitive domains for the two subjects is Jordan.

Malaysia, however, is the worse performer among all countries between 1999 to 2011 with students achieving low percentage points in scoring full credits for what should be basic math and science questions.

BN blamed

DAP national publicity chief Tony Pua said the drop must be blamed on the Barisan Nasional government's national education system.

"This is extremely worrying, a great concern. We are losing quality that is crucial for the country's growth," he told reporters at the party's headquarters here.

Deputy Prime Minister and Education Minister Muhyiddin Yassin pledged for an overhaul with the announcement of a new National Education Blueprint that Putrajaya said would put Malaysia back on the right development path.

But even so, the blueprint only admitted to "some" mistakes while highlighting past achievements now invalidated by the survey.

PKR vice-president Nurul Izzah Anwar, speaking at the same press conference, also urged Muhyiddin to explain the disparity between the performance of male and female students with the latter scoring better.

"They cannot keep glossing over when we have a problem like this," she said.
DAP election strategist Dr Ong Kian Ming said the opposition will raise more issues pertaining to the report.

The opposition is expected to issue its own comprehensive response to the matter and is likely to use it as an election issue as key national polls loom.

Extracted from Free Malaysia Today

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/12/12/drop-in-ranking-for-key-subjects-worrying/

Blog@Wengsan...博客@永山

Blog@Wengsan...博客@永山


雪州马青及22区团为关丹独中筹款再次证明马华当家不当权

Posted: 15 Dec 2012 12:22 AM PST

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


THERE IS NO ESCAPE: Najib, Gani Must Respond to The Latest Altantuya Allegations

Posted: 14 Dec 2012 07:58 PM PST

Malaysia Chronicle
By Gobind Singh Deo

Malaysia will forever remain in a dark cloud over the killing of Mongolian Altantuya Shaariibuu because of the failure on part of our criminal justice system to secure complete justice for her.

We have failed until now to explain why Altantuya was killed and more importantly who directed her killing.

The recent claims by Deepak Jaikishan surrounding the making of a statutory declaration has added more fuel into a fire which just cannot seem to be put out.

The Attorney General Tan Sri Gani Patail, should respond to the allegations made by Deepak that “justice has not yet been done “in the case involving Altantuya

WHO ORDERED THE KILLING?

Deepak was earlier reported as saying:

“Whoever actually killed her, who actually instructed her killing, should be responsible. They must take the responsibility.”

This question has been asked again and again. The AG should tell us, who ordered the killing and why? This is the most important aspect of the case which has not been answered until now.

This angle ought to have been probed further during the trial of those who were charged with her murder. It is basic in all cases like this that motive is established. The prosecution owe the family of the deceased and the general public a duty here.

DEAFENING SILENCE

It is also surprising to note the Prime Ministers silence in this matter.

The Prime Minister has in past cases involving suspicious deaths, recognized the need for full ‘no stone unturned’ inquiries so as to get to the truth and so as to find justice and closure for the deceased and the families of the deceased.

Why is it different with Altantuya? Why are we not pressing for answers to these most important aspects of the case? Isn’t the Prime Minister as head of the government interested to know what actually happened more so given the manner in which the murder was executed?

JUSTICE MUST BE DONE

It is said that “Justice must not only be done, it must be seen to be done”.

I challenge the Prime Minister to direct a full inquiry into these aspects of this case. We must get to the truth. The truth must prevail.

With the election looming, the Prime Minister cannot afford to have this problem hoovering over his head. If he feels there is no need for further inquiry, and that the earlier investigations have answered all questions, then he should tell us, what does the investigation reveal?

Who ordered the killing of Altantuya and why?

GOBIND SINGH DEO is the DAP MP for Puchong

[VIDEO] Al Mayadeen TV: Insight With Malaysian Opposition Leader, Anwar Ibrahim

Posted: 14 Dec 2012 11:13 AM PST

Courtesy of Al Mayadeen TV & Malaysia Chronicle
An interview with Beirut-based Al Mayadeen TV conducted in Kuala Lumpur Malaysia on November 2012

Nuffnang