Khamis, 29 September 2011

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Meraikan Bakal Haji Kawasan Serdang & Dun Bangi

Posted: 29 Sep 2011 04:03 PM PDT

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


Body snatching: Syariah court can't cite kin

Posted: 29 Sep 2011 12:47 AM PDT

ZULKIFLI BIN NOORDIN

ZULKIFLI BIN NOORDIN


TGNA DIHINA!

Posted: 28 Sep 2011 09:58 PM PDT

(Kedua-dua pemimpin agong PAS kelihatan tidak bermaya mengapit Karpal biaDAP pada hari Perjanjian Persefahaman 18 Dis 2009 ditandatangani)

Salam 2 all.

"Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini, sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama [iaitu Deklarasi Perjanjian Persefahaman 18 Dis] dan Buku Jingga".

Itulah kenyataan bersama kepimpinan PaLut @ Pakatan Luar Tabi'e yang bermesyuarat selama 3 jam malam semalam membuat satu keputusan yang cukup jelas: kami faham hasrat TGNA nak laksanakan hudud di Kelantan tapi kami MENOLAKNYA kerana bertentangan dengan dasar PaLut! Itulah rumusan yang boleh dibuat daripada kenyataan berputar-belit Anwar Ibrahim selepas mesyuarat semalam!

Sebenarnya keputusan mesyuarat kaum PaLut semalam boleh disimpulkan dengan dua perkara yang jelas iaitu:

1. Dengan cara halus lagi licik, sebenarnya mereka menolak perlaksanaan hudud di Kelantan seperti yang dicadangkan TGNA. Kalau kita ambil secara reverse, keputusan semalam bermakna "kalau TGNA masih berkeras mahu melaksanakan hudud di Kelantan, bermakna TGNA melanggar Perjanjian Persefahaman 18 Dis & Dasar Buku Jinggay!". Itulah sebenarnya kesan keputusan semalam. Bermakna mereka menyebelahi pendirian kaum cauvinis biaDAP dan tunduk kepada desakan Karpal dan ugutan Guan Eng! Ini satu tempelak kepada TGNA. Ini satu penghinaan kepada TGNA; kerana TGNA yang cabar biaDAP keluar Pakatan kalau tidak mahu hudud dilaksanakan di Kelantan, tau-tau Anwar dan kaumnya tunduk dan mengikut telunjuk Karpal, Kitsiang, Guan Eng dan parti cauvinis biaDAP!

2. Tetapi isu yang lebih besar yang perlu umat dan rakyat, khususnya ahli PAS faham ialah Deklarasi Perjanjian Persefahaman 18 Dis & Dasar Buku Jinggay sebenarnya secara halus dan licik menolak Islam! Jelas bahawa dasar kaum PaLut ialah tidak akan menubuhkan sebuah Negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam (termasuk hudud, qisas & ta'zir) jika Pakatan dapat menjadi Kerajaan!!!

Ini yang perlu orang PAS faham. Sebab itulah Datuk Seri Azizan terpaksa sebut "Kerajaan PAS Kedah tidak akan laksanakan hudud, kerana kita perlu rujuk dan mendapat persetujuan biaDAP dan PKR dahulu". Sebab itu Haji Hadi tiba-tiba jadi buta tolak negara Islam kerana "takde dalam Quran". Kepimpinan PAS telah menjadi "syaitan bisu" bila berdepan dengan isu hudud ini.

Teman cukup yakin ramai dikalangan mereka berharap TGNA akan tutup mulut, sebab akan memecahkan tembelang bahawa mereka sebenarnya sudah bersetuju dengan persekongkolan bersama biaDAP & PKR bahawa PAS tidak akan tubuhkan negara Islam & laksanakan undang-undang Islam. Sebenarnya, kepimpinan PAS telah menjadi politikus kalkatus yang telah menjual dan menggadai perjuangan PAS untuk menubuhkan Daulah Islammiyyah & melaksanakan undang-undang Islam kerana terpedaya dengan pukauan cahaya mahkota Putrajaya. DAN ramai ahli PAS tidak tahu hakikat dan kebenaran ini!!!

Anwar menyatakan bahawa kaum PaLut tetap dengan dasar mematuhi dan melaksanakan Perjanjian Persefahaman 18 Dis 2009 dan Dasar Buku Jinggay. Apa yang jelas kedua-dua dokumen tersebut tidak menerima penubuhan sebuah negara Islam dan perlaksanaan syariat termasuk hudud sebagai dasar kaum PaLut jika memerintah. Ini yang telah teman sebut banyak kali sejak daripada dahulu lagi, dan menjadi antara sebab akhirnya teman dipecat kerana tidak bersetuju. Kerana pada teman, Perjanjian Persefahaman 18 Dis itu sebenarnya menggadai Islam dengan cara halus, menolak tanpa menyebut; betul-betul cara Yahudi la'natullah!

Dan cukup jelas, selain TGNA, kepimpinan PAS yang lain tunduk kepada kehendak, ugutan dan desakan biaDAP. Ini kerana ramai barisan kepimpinan PAS yang turut hadir dalam mesyuarat 3 jam itu. Kaum biaDAP pula diwakili oleh juara kafir-harbi la'natullah mereka Kitsiang dan Karpal. Setelah 3 jam berbincang, apa yang jelas ialah kepimpinan PAS yang hadir tunduk kepada ugutan dan tuntutan biaDAP. Seorang pun tak bersuara mempertahankan cadangan TGNA untuk melaksanakan hudud di Kelantan semasa didalam sidang akhbar tersebut. Kasian TGNA berseorangan nampaknya!

Teman pelik jugak yop, apa agaknya yang hebat sangat kaum cauvinis biaDAP ni sampai Anwar dan kaum Anwarinas begitu takut dengan mereka. Adakah kerana Karpal "tahu banyak rahsia Anwar"? Jangan lupa Karpal yang mendedahkan kegiatan homoseks dan liwat Anwar dalam Parlimen pada 22.10.1997, siap dengan kata ada bukti lagi. Jangan lupa mentor Kitsiang & Anak Jantannya iaitu Lee Kuan Yew pernah sebut "Bahagian Keselamatan Singapura mempunyai "bukti teknikal" tentang "kegiatan" Anwar". Teman sudah sebut banyak kali, isu-isu ini boleh diguna oleh mereka yang berkenaan untuk mengugut dan menekan Anwar Ibrahim apabila ada keperluan. Cuba bayang baru berapa hari lepas Anwar buat kenyataan konon menyokong hudud, tau-tau dalam kenyataan semalam langsung dia tak berani sebut dia menyokong TGNA untuk melaksanakan hudud!

Apapun, pada teman, keputusan kaum PaLut saperti yang dinyatakan oleh Anwar semalam jelas satu penghinaan besar kepada Kerajaan TGNA, dan kepada peribadi TGNA sendiri. Kerana TGNA sendiri yang mencabar Karpal & kaum biaDAP untuk keluar Pakatan Luar Tabi'e ini jika tidak setuju dengan kehendak TGNA untuk melaksanakan hudud di Kelantan. Karpal & kaum cauvinis biaDAP menjawab TGNA sudah nyanyuk (kerana lupa Perjanjian Persefahaman 18 Dis), seorang tua yang merengek mahukan perhatian (macam kata Azmin Ali kepada Mustafa Ali dulu), dan anak jantan Kitsiang siap ugut nak keluar PaLut jika TGNA teruskan hasrat. Akhirnya mereka tolak perlaksanaan hudud di Kelantan sebagai tidak termasuk dalam dasar kaum PaLut. Ini sudah tentu memalukan TGNA, kerana TGNA dah cabar biaDAP keluar kalau tak mahu hudud. Alih-alih TGNA yang dihina sekarang!

Pada teman, jalan paling terhormat untuk TGNA sekarang ialah mengeluarkan fatwa supaya PAS hendaklah keluar daripada Pakatan dan bergerak sendirian. Atau kalau PAS sendiri masih tunduk kepada desakan dan kehendak biaDAP, maka sangat wajar TGNA membawa Kerajaan PAS Kelantan keluar daripada Pakatan dan bergerak sendirian. Inilah jalan paling selamat bagi TGNA. TGNA sudah tentu tahu bahawa yang nak menjawab dengan ALLAH nanti ialah beliau sendiri. Masa tu Haji Hadi tak boleh tolong, Mustafa Ali tak boleh bantu, Mat Sabu entah kemana masa tu, Anwar mungkin sibuk bersilat dengan malaikat nak mintak tangguh, Karpal, Kitsiang & Guan Eng entah ke tengah kena rebus dah!

Dan kalau TGNA ikhlas mahu melaksanakan hudud, qisas & ta'zir di Kelantan, teman akan menjadi orang pertama menyokong TGNA dan akan membantu sedaya upaya supaya impian TGNA itu tercapai. It's better die trying, rather then living with nothing!

MENDIRIKAN DAULAH ISLAMIYYAH ITU JIHAD!
MELAKSANAKAN SYARIAT ISLAM ITU JIHAD!

Wallahua'alam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
01 Zul Qaedah 1432
29 Sept 2011

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


[The Star] Victim sees red over paint

Posted: 29 Sep 2011 08:31 PM PDT

SERI Kembangan Section 12 resident Chong Yoon Lin had a shock when she found her house splashed with red paint last Friday.

“At 1am, I smelled paint and went out to check and found four bags of red paint thrown into my house, splattering two of my cars as well.

Sorry sight: Chong’s house was splashed with red paint in the wee hours of the morning.

“I do not owe Ah Long (loan sharks) money,” she said, adding that she would lodge a police report after speaking to reporters.

This is her first encounter with such an incident.

However, she previously lodged a police report in May after being threatened by a former tenant.

Serdang MP Teo Nie Ching and Seri Kembangan assemblyman Ean Yong Hian Wah who visited her urged the police to investigate the issue.

Source: The Star

(More......)

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Tahniah ; PAS kini sudah 60 tahun

Posted: 29 Sep 2011 07:47 PM PDT


Sambutan 60 Tahun PAS yang bermula malam ini, PAS menjelaskan bahawa aktiviti dan perjuangannya adalah dalam kerangka demokrasi dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini, aktiviti dan perjuangan PAS yang dimaksudkan termasuklah:

1. Soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan jaminan kebebasan mengamalkan agama-agama lain

2. Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda masing-masing

3. Kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu dan

4. Kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Kenyataan itu turut menyatakan dengan jelas komitmen PAS untuk melaksanakan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini, menerusi muafakat rakyat yang telah dipersetujui dalam penegasan bersama yang disebutkan dalam Platfom Dasar Bersama Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat Common Policy Platform) dan Buku Jingga.

PAS turut berjanji untuk terus berpegang dan memperjuangkan prinsip negara berkebajikan yang menuntut dilaksanakan keadilan Islam untuk semua dalam masyarakat.

Pada masa yang sama, Tuan Ibrahim berkata PAS turut memberikan jaminan akan menolak sekeras-kerasnya tindakan yang berunsur kezaliman terhadap mana-mana rakyat dalam semua tindakannya samada di peringkat dasar parti atau kerajaan yang dipimpin oleh PAS.

Menyentuh mengenai perbezaan pendapat dengan DAP dalam melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menjelaskan bahawa perbezaan tersebut berpusat di atas penafsiran bahawa ianya bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

"Persoalan penafsiran ini adalah suatu isu yang sangat relatif kerana ujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya. PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan," kata beliau lagi.

Tuan Ibrahim turut menegaskan bahawa PAS melihat perakuan Pakatan Rakyat terhadap Enakmen Jenayah Syariah II (1993) Kelantan dan Enakmen Jenayah Syariah (2003) Terengganu sebagai satu hak untuk kerajaan negeri untuk memperkanunkan undang-undang tersebut.

"Persoalan sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran merupakan perkara kedua yang perlu diselesaikan melalui proses yang sesuai dan munasabah. Rakyat Kelantan khususnya memilih PAS atas dasar Islam yang di bawanya, kerana itu mereka seharusnya diberi hak bagi mengamalkan ajaran mereka. 

"Sebarang usaha menghalang adalah bertentangan dengan semangat demokrasi yang dipersetujui bersama. Kini terpulang kepada kerajaan Kelantan bagi membawa Enakmen berkenaan di peringkat yang seterusnya," kata kenyataan itu lagi.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS malam semalam telah mengambil pendirian akan mempertahankan segala dasar yang dipersetujui bersama di samping menghormati perbezaan ideologi di antara ketiga-tiga parti khususnya dalam isu hudud.

Kesemua komponen parti katanya memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 sebelum muafakat dalam Pakatan Rakyat wujud.

"Kita mendengar penjelasan Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili kerajaan Kelantan bahawa perlaksaan hudud di negeri itu hanya boleh dibuat dengan pindaan perlembagaan persekutuan.

"Kita tidak boleh menafikan mana-mana hak PAS, DAP dan PKR untuk mengemukakan pandangan termasuk dalam isu syariah.

"Kita jelas menghormati hak dan aspirasi PAS (mahu laksanakan hudud). Cuma dia terikat dengan apa yang kita sebut dasar bersama, semangat perlembagaan dan Buku Jingga," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim...
harakahdaily

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Tan Sri Nor Yacop & Azman Mokhtar: Wake up & learn from Tan Sri Abdul Aziz by I am a Khazanah guy

Posted: 29 Sep 2011 03:40 AM PDT

TF, Rashdan, Azman Mokhtar, Md Nor Md Yusof, Azman yahya and Nor Yacop cannot reply. Let the Minister provide the answer in Parliament then we can scrutnise and whack them. These people must be taught a good lesson. They think that they can do what they like. YB Please check on how have Khazanah spent on consultant fees since Azman Mokhtar took office and whether he kept appointing Bina Takir boy (Rashdan) to do it. I am sure that the consultant fees will be many many million by now.

Comment on Issues for your MP by weechookeong

Posted: 28 Sep 2011 10:22 PM PDT

Hi Jessica

Thank you so much for coming to the open house. I am glad that you and your friends had an enjoyable evening.

Will try my best to get the co-operations from the management of the Chung Hwa School.

Will revert as soon as I received the responds.

Thank you.

With kindest regards

wee choo keong

Comment on Rashdan: Do you know about the RM50 ancillary charges imposed by the so called “No Frills” AirAsia by weechookeong

Posted: 28 Sep 2011 10:20 PM PDT

DC / Puteriwangsamaju

Hi

Thank you for your comments and invitations. I regret that I am unable to go to your esteemed office at this moment because of the work loads and the coming Parliamentary session commencing this Monday.

Thank you.

With kindest regards

wee choo keong

Comment on Thank you Warga Wangsa Maju & others, all of you have made the open house a memorable event by Gunalan

Posted: 28 Sep 2011 10:12 PM PDT

Thank you YB for a beautiful evening where we see all races are present and enjoying themselves. Please organise more function like that so that we can get together. It was a very nice evening. It was a real 1Malaysia night.

Comment on Complaints for DBKL by Yaacob

Posted: 28 Sep 2011 09:34 PM PDT

Kepada Penguna-Penguna Jalan Genting Kelang.

Aduan Penutup Longkang Hilang Dan Rosak

Merujuk kepada perkara diatas hari ini pihak kami telah menghubungi DBKL Wangsa Maju, pihak DBKL telah mengesahkan bahawa tindakan mengantikan semua penutup longkang yang hilang dan rosak telah dilakukan.

Pihak kami masih menunggu surat rasmi dari pihak DBKL bagi mengesahkan perkara tersebut dan akan memaklumkan kepada pengadu melalui blog ini.

Sehubungan dengan itu pihak kami memohon jasabaik kepada semua penguna supaya dapat memaklumkan kepada pejabat kami sekiranya masih terdapat longkang-longkang yang berlubang dan belum dibaiki. Sila hubungi saya di no. 41433322.

Terima kasih

Yaacob Abd Hamid
Pembantu kepada
YB Wee Choo Keong

Comment on Rashdan: Do you know about the RM50 ancillary charges imposed by the so called “No Frills” AirAsia by DC

Posted: 28 Sep 2011 07:36 PM PDT

Hi YB,

Thank you for your replies on my post above. Please be assured that I am sincere about the invitation to visit our office, and the invitation is still open.

Sincerely hope to be able to show you around our operations & office one day soon.

Wish I could have gone to your open house to invite you personally instead.

Thank you YB.

Comment on Issues for your MP by Jessica

Posted: 28 Sep 2011 07:06 PM PDT

Dear YB

Thank you for your prompt reply.

As at this morning, Chong Hwa Secondary School (Jalan Gombak) still haven’t lower volume of the sound system.
We still can hear clearly the song (play before the assembly) and the speeches given by the teachers.

We really hope that YB can contact the school again to discuss on this matter.

A big thank you to you, YB Wee for organising the Raya Open House on Mon, 26 Sep 2011. Well done!
Nice to meet you in person! : )

Have a great day!

Comment on Tan Sri Nor Yacop & Azman Mokhtar: Wake up & learn from Tan Sri Abdul Aziz by Roslan from Khazanah

Posted: 28 Sep 2011 07:08 AM PDT

Ajay

Please go back to school again because you just cannot understand simple English. The questions have been put to you and/or your superior and/or your boss TF to answer. Why are you not answering those questions and instead you kept talking nonsense.

I am sure that your boss should be able to help you to draft and reply. Perhaps you may want to get Puteriwangsamaju (if you are not the same person) to help you to provide answers to the questions posed to you. If you cannot understand then you must be an idiot.

Comment on Thank you Warga Wangsa Maju & others, all of you have made the open house a memorable event by KL Joe

Posted: 28 Sep 2011 05:44 AM PDT

Great function, YB. We enjoyed it very much. You are one of a kind, the real people’s Rep. May Allah bless you.

Comment on Tan Sri Nor Yacop & Azman Mokhtar: Wake up & learn from Tan Sri Abdul Aziz by See

Posted: 28 Sep 2011 04:51 AM PDT

Ajay

Please don’t make yourself look so “CLEVER” – since you don’t like to be stupid. But your comments were not so clever. So please be more clever and answer points by points what have been said about AriAsia, AirAsix Sdn S B and Tony. You can provide acceptable answer than I will say you are very very clever.

May be you should start off with one question first other you cannot handle due to your mental state: Which country that allow a low cost airline or any airline to owe airport taxes for more than RM100 million for so many years?

If you can not answer then please pack up and shut your gap otherwise you will get more angry as more and more people will laugh at you; you will look like Puteriwangsamaju.

SUARA PERAK

SUARA PERAK


Media View : BANGUNAN RUMAH KEDAI BARU DI ATAS TANAH YANG DIKENALPASTI UNTUK SJKT GUNUNG RAPAT (MAKKAL OSAI 29SEPT11)

Posted: 28 Sep 2011 06:28 PM PDT

Blog@Wengsan...博客@永山

Blog@Wengsan...博客@永山


IGP’s order to arrest gambers in cybercafes with immediate effect are most welcomed and it shows the vast power police has in curbing illegal gambling

Posted: 28 Sep 2011 12:35 PM PDT

Lim Kit Siang

Lim Kit Siang


S’wak deports Haris Ibrahim

Posted: 29 Sep 2011 04:07 AM PDT

Patrick Lee | September 29, 2011 Free Malaysia Today PETALING JAYA: Human rights activist Haris Ibrahim has been denied entry into Sarawak and is currently awaiting deportation. Haris, the Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM) president, said that he was detained by Sarawak immigration authorites after landing at the Kuching International Airport at about 5.30pm today. [...]

Kedah-Kelantan pipeline carrot for Umno men, claims US cable

Posted: 29 Sep 2011 03:41 AM PDT

By Clara Chooi The Malaysian Insider Sep 29, 2011 KUALA LUMPUR, Sept 29 — A leaked US diplomatic cable issued in 2007 said that Malaysia's RM21 billion trans-peninsula oil pipeline was likely launched as a means to reward Umno loyalists with lucrative contracts if Kelantan's PAS government fell in Election 2008. The cable pointed out [...]

Pakatan: Hudud only if all parties agree

Posted: 28 Sep 2011 05:19 PM PDT

By Shannon Teoh The Malaysian Insider Sep 29, 2011 KUALA LUMPUR, Sept 29 — Pakatan Rakyat (PR) agreed today that the contentious hudud or Islamic criminal law is not part of its joint policy until all parties agree to it, stepping back from the brink of a major difference that broke an earlier opposition coalition. [...]

Hukum hudud is not Pakatan Rakyat agenda

Posted: 28 Sep 2011 05:30 PM PDT

KENYATAAN BERSAMA MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT 28 September 2011 Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku Jingga. Pakatan Rakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya-saingekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani koskehidupan yang semakin menekan. Mesyuarat [...]

.

.


HUDUD DI KELANTAN. . . . .BUKAN ISLAM jangan keliru n celaru

Posted: 28 Sep 2011 03:13 PM PDT

Jom kita baca kenyataan Tuan Guru Mursyidul Am PAS yang juga MB Kelantan. Baca dan fahami betul-betul supaya TIDAK KELIRU dan TIDAK CELARU nanti.

KOTA BHARU 26 Sept. – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempersoalkan apa hubungan DAP dengan Islam sehingga pemimpin parti tersebut sanggup bertindak 'mengugut' akan meletakkan jawatan beramai-ramai jika Pas meneruskan hasrat melaksanakan hukum hudud.

Menurut Nik Abdul Aziz (gambar), tindakan pemimpin DAP itu amat menghairankan kerana hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh Pas adalah untuk orang Islam dan melibatkan mahkamah syariah yang hanya mengendalikan kes-kes membabitkan orang Islam.

Beliau juga secara sinis mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa, mana-mana pihak termasuk DAP yang menentang hasrat Pas itu ibarat "orang takut melihat hantu."

"Nak keluar kerana apa? Hudud untuk orang Islam, apa hubungan dia dengan Islam? Macam saya kata kelmarinlah, orang takut hudud macam takut hantulah. Tanya dia hantu benda apa, dia tak tahu tapi orang dah takut dia takut sama. Budak kecil takut hantu tapi tanya dia apa hantu, dia tak tahu tapi mengaku takut," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam yang menegaskan, pemimpin-pemimpin kanan parti itu akan meletakkan jawatan beramai-ramai sekiranya terdapat usaha meletakkan matlamat atau melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, mengulangi kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini bahawa parti itu tidak akan menerima hudud atau idea membentuk sebuah negara Islam sekiranya mereka memperoleh kuasa ke Putrajaya.

Ditanya kemungkinan Pas akan kehilangan sokongan pengundi bukan Islam sekiranya melaksanakan hudud, Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas sebaliknya mempersoalkan kenapa masyarakat bukan Islam tidak menyokong parti tersebut.

"Tak sokong kerana apa, kerana hudud? Ini bukan untuk dia, untuk orang Islam," katanya sinis.

Nik Abdul Aziz semalam memberitahu, kerajaan Pas Kelantan kini dalam usaha memasukkan enakmen hudud dalam senarai hukum di mahkamah syariahnya walaupun pelaksanaan hukum Islam itu ditentang keras oleh DAP.

Beliau berkata, langkah itu bagi membolehkan hakim-hakim menggunakan akta tersebut dalam perbicaraan sesuatu kes sekiranya wujud prima facie.

Ditanya sama ada kerajaan negeri perlu meminta kebenaran daripada Kerajaan Pusat sekiranya hendak melaksanakan hukum tersebut, Nik Abdul Aziz berkata, ia tetap perlu meminta kebenaran walaupun bidang kuasa membabitkan mahkamah syariah terletak di bawah sultan.

"Tentu kena mintalah, jadi dia dah buat kenyataan semalam tak beri, Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad) dan Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) serupa sahaja sama-sama tak beri belaka. Jadi kesimpulannya, hudud tak boleh buat bukan kerana apa, kerana UMNO tak bagi."

Oleh YULPISMAN ASLI utusankelantan@utusan.com.my


Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0927&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka%5FHadapan&pg=mh_03.htm

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Letupan kuat kebakaran kilang penapisan Shell, Singapura

Posted: 29 Sep 2011 01:55 AM PDT

2 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SINGAPURA 29 Sept. - Satu letupan kuat kedengaran di kilang penapisan minyak Shell di Pulau Bukom kira-kira tengah hari semalam ketika operasi memadamkan kebakaran dijalankan di kilang penapisan itu.

Kebakaran di kilang penapisan itu dipercayai membabitkan produk petroleum daripada paip dalam tangki di kawasan kilang itu.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam kenyataan hari ini berkata, keadaan kini adalah terkawal.

Operasi penyejukan masih dijalankan bagi mengelak bahang panas merebak ke tangki simpanan berhampiran.

Dalam operasi memadamkan kebakaran itu, tiga jentera bomba SCDF mengalami kerosakan dengan dua daripadanya rosak teruk. - Bernama

Kuala Lumpur Menjadi Seperti Las Vegas... Tembak Menembak .. Senario Biasa.

Posted: 29 Sep 2011 01:50 AM PDT

2 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

12 das tembak tauke tarik kereta

KUALA LUMPUR: Angkara dendam, seorang pemilik syarikat tarik kereta cedera parah di perut dan tangan akibat ditembak secara rambang oleh dua lelaki yang menunggang motosikal dalam kejadian di Jalan Prima 2, Taman Metro Prima, di sini, semalam.

SIASAT ...pegawai forensik melihat kereta terkena peluru dalam kes suspek melepaskan 12 das tembakan ke atas pemilik syarikat penarik kereta

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, mangsa yang berusia 43 tahun sedang minum bersendirian di sebuah restoran berhampiran syarikat miliknya apabila secara tiba-tiba muncul dua lelaki menunggang motosikal dan berpakaian serba hitam melepaskan tembakan secara rambang ke arahnya yang turut menyebabkan dua orang lain cedera.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa berkata kedua-dua suspek melepaskan 12 das tembakan ke arah mangsa yang tidak menyedari kehadiran mereka.

"Suspek menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ berwarna biru menggunakan pistol jenis automatik dan melepaskan tembakan dari jarak 20 meter ke arah mangsa sebelum memecut laju.

"Akibat kejadian itu, mangsa cedera parah di perut dan tangan manakala seorang lelaki berusia 40-an yang minum di restoran sama dan seorang pekerja wanita warga Indonesia cedera di kaki," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, mangsa bersama dua lagi orang awam berkenaan dihantar ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan dan dilaporkan stabil. -HM

Parah dihujani peluru mafia

LOKASI Subramaniam terkena tembakan ala mafia di Jalan Metro Prima, Kepong, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Dua lelaki yang bersenjatakan sepucuk pistol bertindak ala mafia apabila melepaskan 12 das tembakan ke arah seorang penarik kereta menyebabkan mangsa dan dua orang awam cedera dalam kejadian di Jalan Metro Prima, Kepong di sini semalam.

Kejadian yang menggemparkan pada pukul 5.40 petang itu berlaku ketika mangsa yang dikenali sebagai Subramaniam, 43, sedang minum di sebuah kedai di situ. Dia mempunyai dua rekod jenayah lampau.

Tanpa diduga, salah seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ dan memakai topi keledar berpenutup terus melepaskan 12 das tembakan tanpa henti ke arah mangsa pada jarak kira-kira 20 meter.

Dua tembakan itu mengenai perut dan tangan lelaki itu manakala bakinya tersasar lalu terkena pada dua orang awam. Dua mangsa itu terkena serpihan peluru pada kaki masing-masing.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian itu bermotifkan dendam berdasarkan cara suspek menyerang mangsa yang seolah-olah ingin membunuh lelaki itu. -kosmo

Jaga 7 Sunnah Rasul

Posted: 29 Sep 2011 01:40 AM PDT

2 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia".

Ka'ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae'i dan Hakim.

-Bujangsusah

Bangla dipenjara 80 bulan lupus mayat

Posted: 29 Sep 2011 01:38 AM PDT

2 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Bangladesh dijatuhi hukuman penjara 80 bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini atas dua pertuduhan melupuskan mayat seorang wanita warga Indonesia dan anak lelakinya di sebuah kondominium di Taman Kosas, Ampang.

Majistret Wan Karimah Wan Ab. Ghani memerintahkan hukuman penjara 40 bulan bagi setiap pertuduhan berjalan secara berasingan terhadap Mosharof Hossain bermula tarikh dia ditangkap pada 15 Ogos lalu.

Mosharof, 23, didakwa melupuskan mayat Siti Sando, 35, dan anaknya, Mohd. Shukri berusia dua tahun, untuk melindungi pesalah daripada tindakan undang-undang yang didakwa dilakukan di No 40 Tingkat 5, Blok Chrsyaa Astaria Apartment, Taman Kosas, Ampang di sini antara 11.20 pagi, 29 Julai lalu dan 11 pagi, 3 Ogos lalu.

Kesalahan mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda. - Bernama

Web k'jaan negeri Melaka 'kembalikan' kerusi DAP

Posted: 29 Sep 2011 01:26 AM PDT

2 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Portal web rasmi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka hari ini membuat pindaan dan memasukkan lima kerusi dewan undangan negeri yang dipegang oleh pembangkang yang sebelum ini dicicirkan.

Semalam, Malaysiakini melaporkan semua kerusi DUN yang dimiliki oleh pembangkang 'hilang' dari laman web itu.

Semakan di laman web itu juga mendapati kawasan parlimen Bukit Katil hanya sebelum ini hanya menyenaraikan dua daripada empat kerusi dewan undangan negeri telah memasukkan semula kerusi Bachang dan Ayer Keroh.

Meskipun kawasan-kawasan dan kerusi yang lengkap telah disenaraikan semula, namun sehingga jam 2.30 petang tadi, mendapati perwakilan pembangkang yang dipilih oleh rakyat negeri Melaka terus 'tercicir'.

Ini berbeza dengan kerusi-kerusi yang dipegang oleh BN yang dibekalkan dengan maklumat dan nombor yang boleh dihubungi apabila diklik.

Pindaan juga dibuat pada laman pautan. Pautan kepada "Umno Malaysia" dan "Daftar Ahli Umno" kini telah dikeluarkan.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Muhammad Aizat Baharuddin .semalam mengkritik kerajaan negeri Melaka kerana gagal membezakan antara parti dan kerajaan dengan tidak menyenaraikan wakil rakyat pembangkang.

Kerusi yang tercicir atau hilang itu adalah lima kawasan yang dipegang oleh DAP - N15 Bachang, N16 Ayer Keroh, N19 Kesidang, N20 Kota Laksamana dan N22 Banda Hilir.

MALAYSIAKINI/-

PERKASA ancam lagi protes terhadap Mat Sabu

Posted: 29 Sep 2011 01:21 AM PDT

2 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

PERKASA Negri Sembilan memberi amaran akan menganjurkan lebih banyak protes ke atas Mohamad Sabu jika timbalan presiden PAS itu berani menjejakkan kakinya di negeri berkenaan untuk menyampaikan ceramah.

Ketua PERKASA negeri itu, Mohd Noor Nordin Abdullah berkata beliau sendiri akan mengetuai protes terhadap Mohamad atau lebih popular dikenali sebagai Mat Sabu, jika pemimpin parti Islam itu enggan memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai peristiwa Bukit Kepong.

"Saya beri jaminan buat protes terhadap tindakan Mat Sabu, memperlekehkan anggota polis dan keluarga mereka terkorban dalam serangan pengganas komunis.

"Protes ini bukan hanya disertai PERKASA negeri sahaja, malah melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kesal dengan kenyatan Mat Sabu," kata di Rahang, Seremban dipetik akhbar Sinar Harian.

Amaran itu dikeluarkan selepas pergaduhan tercetus pada ceramah Mat Sabu ceramah di Ampangan, Seremban Sabtu lalu. Pada kejadian itu dua penyokong PAS cedera selepas mereka cuba menghalang ahli PERKASA daripada mara menuju ke pentas ceramah.
Bertindak liar

Mat Sabu menimbulkan kontroversi selepas beliau pada ucapan pada 21 Ogos lalu memuji Mohamed Indera, seorang pemimpin pemberontak yang mengetuai serangan ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950, sebagai pejuang kemerdekaan.

Kenyataan itu telah menimbulkan perdebatan hangat di seluruh negara berhubungan perjuangan kemerdekaan negara. Tetapi Mat Sabu mempertahankan kenyataannya dengan mendakwa bahawa mereka yang berada di balai polis ketika itu berkhidmat kepada kerajaan Inggeris.

Mengulas pergaduhan Sabtu lalu, ketua penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor dalam satu kenyataan hari ini berkata PERKASA sengaja cuba menimbulkan suasana huru-hara.

"PERKASA sengaja membiarkan ahli dan penyokongnya bertindak liar bagi menghangatkan suasana supaya penyokong PAS pula bertindak balas.

Sepak terajang politik

"PAS telah lama bergelumang dalam politik, dan tahu asam garam serta sepak terajang politik tanahair. Ahli-ahli PERKASA tidak perlu mencetuskan provokasi yang akhirnya nanti menjerat ahli-ahli dan PAS sendiri.

"PAS telah lama mentarbiyah ahlinya supaya bersabar dan bertenang dalam situasi seperti ini sebagaimana PAS juga mentarbiyah ahlinya agar berjihad dan tidak gentar kepada sesiapa juga," katanya.

Menurut Riduan, menganggu program PAS serta memukul penyokong parti itu adalah tindakan penakut bagi mereka yang tidak mahu mencari kebenaran.

"PAS sama sekali tidak izinkan sebarang keganasan timbul di negara ini dan akan tetap istiqomah memilih jalan demokrasi bagi mendapatkan kuasa membentuk kerajaan.

"DPPM yakin rakyat telah mula membuka mata dan mencari kebenaran disebalik sejarah negara yang diselewengkan faktanya," katanya lagi.

MALAYSIAKINI/-

Pemimpin yang tidak jujur

Posted: 29 Sep 2011 01:00 AM PDT

2 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang diserahkan oleh Allah akan sesuatu urusan dari beberapa urusan pemerintahan kau muslimin, lalu ia tidak mempedulikan tentang keperluan mereka, kesusahan dan penderitaan mereka nescaya Allah tidak akan mempedulikan tentang keperluan, kesusahan dan penderitaannya di hari kiamat nanti." [HR Abu Daud dan at-Tirmidzi ]

Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:"Sesungguhnya Imam (pemimpin, pembesar atau penguasa) itu adalah bagaikan perisai, di mana orang berperang memakai perisai dan menjaga diri dengannya. Jika Imam memerintahkan supaya bertaqwa kepada Allah 'Azza wa Jalla dan berlaku adil, dia mendapat pahala kerananya dan jika dia memerintahkan selain itu maka dia mendapat siksa." (HR Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga).

Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)". (Riwayat Ahmad, al-Nasai, dan al-Tirmidhi)

Nabi saw. bersabda, "Tiada seorang pemimpin yang memimpin sepuluh orang (dan ke atas) melainkan dibawa datang pada hari kiamat dalam keadaan diikat. Tidak akan melepaskannya melainkan keadilan, atau dia akan dibinasakan oleh kezaliman" (Riwayat Ahmad, Abu Ya'la dan al-Baihaqi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Bukhari)

TAZKIRAH/-

Lagi kes buang al-Quran

Posted: 29 Sep 2011 12:50 AM PDT

2 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

ABDUL BASIDH (kiri) dan Abdul Mohsein Abdul Wahab menunjukkan cebisan tulisan ayat al-Quran di Alor Setar semalam.

ALOR SETAR - Seorang pengurus syarikat percetakan terkejut apabila menemui dua guni plastik berisi naskhah al-Quran yang dipercayai dibuang pihak tidak bertanggungjawab di kilangnya di Mergong di sini.

Plastik putih itu berisi helaian surah Yasin, doa, wirid serta panduan ibadah itu ditemui dibuang di tepi kilang Percetakan Siaran Sdn. Bhd. pada petang Isnin lalu.

Pengurus Pemasaran syarikat itu, Abdul Basidh Abdul Wahid, 40, memberitahu, dia menemui bungkusan itu ketika mahu menutup pagar premisnya kira-kira pukul 6 petang.

"Saya tidak menyangka dua bungkusan plastik itu berisi helaian al-Quran termasuk surah Yasin selain helaian doa, wirid dan panduan ibadah.

"Perbuatan itu satu penghinaan kerana tidak menjaga kesucian al-Quran dan agama," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Syarikat percetakan itu yang beroperasi sejak tahun 1958 adalah satu-satu syarikat percetakan yang mempunyai lesen mencetak teks al-Quran di Kedah dan Perlis.

Abdul Basidh memberitahu, selain mencetak bahan al-Quran, kilang itu turut mencetak buku agama dan kalendar yang ditempah pelbagai pihak.

Tambahnya, perbuatan membuang bahan al-Quran di premisnya itu dilihat mahu melepaskan tanggungjawab dan mengambil jalan mudah melupuskannya.

KOSMO/-

Perkasa desak Sime Darby batal beli saham E&O

Posted: 29 Sep 2011 12:45 AM PDT

2 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 29 Sept — Perkasa mendesak Sime Darby membatalkan rancangan untuk membeli 30 peratus saham syarikat Eastern & Oriental (E&O) Bhd yang disifatkan tidak perlu memandangkan syarikat milik kerajaan (GLC) itu mempunyai kepakaran dalam sektor hartanah.

Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kasim berkata alasan yang diberikan Sime Darby tidak boleh diterima dan dipersoalkan banyak pihak terutamanya berhubung untuk mendapatkan kepakaran E&O.

"Kita harap Sime Darby dapat meneliti semula rancangan itu dan seterusnya membatalkan hasrat untuk membeli saham E&O.

"Kita yakin Sime Darby mempunyai kepakaran dalam bidang hartanah dan tidak perlu untuk mendapatkan khidmat syarikat lain, jadi kita desak Sime Darby memberhentikan pembelian yang tidak wajar ini," kata beliau selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Sime Darby di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kontroversi pembelian 30 peratus saham syarikat E&O oleh Sime Darby dengan kos RM776 juta secara tunai, didakwa 60 peratus lebih mahal daripada harga pasaran sehingga menimbul pelbagai keraguan orang ramai.

Dalam memorandum itu, Perkasa menyifatkan langkah diambil Sime Darby itu satu pengkhianatan kepada amanah yang diberikan.

"Ia juga runtuhnya tanggungjawab moral dan kredibiliti Sime Darby sebagai syarikat terbitan awam, imej buruk terhadap jentera pentadbiran kerajaan kerana gagal memantau perjalanan syarikat terbitan awam supaya menepati kehendak perundangan negara serta amalan profesionalisme.

"Ia juga merupakan pelanggaran tatasusila korporat dan pencabulan undang-undang negara, mekarnya rasuah dan integriti dan terjejasnya usaha kerajaan bagi melakukan transformasi yang menyeluruh dalam semua sektor," kata Ruslan ketika membacakan memorandum itu.

Selain itu, Perkasa juga menuntut Sime Darby mengemukakan alasan yang bernas tentang rancangan pembelian itu.

malaysian insider/-

Petua Rasulullah saaw buat yang menghidap penyakit kronik..

Posted: 29 Sep 2011 12:30 AM PDT

2 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saaw;

Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."

Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.

Mesti cuba tau! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua

Oleh Ustaz Zahazan Mohamed

Kembar Siam di Terengganu

Posted: 29 Sep 2011 12:20 AM PDT

2 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU: "Masa mula-mula doktor beritahu bayi yang akan dilahirkan nanti kembar siam, kami berserah dan reda dengan ketentuan Tuhan sehinggalah bayi itu benar-benar bergabung di dada," kata Zulkifli Ngah, 41, bapa kepada bayi kembar yang dilahirkan isterinya, Noraini Mohamad, 31, di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, kira-kira jam 11 pagi, 22 September lalu.

Menurutnya, ketika isterinya menjalani imbasan di Hospital Kemaman kira-kira enam bulan lalu, doktor memberitahu zuriatnya itu kembar siam sebelum mereka mengikuti proses sama di HSNZ dan Hospital Kuala Lumpur selepas itu.

Kata penjual ikan di Kemaman itu, walaupun doktor di HSNZ masih belum membuat sebarang diagnosis penuh keadaan kembar siam itu, dia sedar bayinya itu perlu menjalani pembedahan pada masa depan.

"Seperti ibu bapa lain, saya ingin melihat kembar ini menjalani kehidupan yang sihat, begitupun saya tidak fikir mampu membayar bil perubatan dan pembedahan mereka," katanya.

Menurutnya, dugaan sebegini tidak pernah berlaku kepadanya sebelum ini apabila anak ketiga dan keempat lahir bergabung tidak seperti anak pertama dan keduanya yang kini berusia enam dan tujuh tahun.

"Saya terima dugaan ini sebagai takdir tetapi saya tetap memerlukan bantuan kewangan untuk keperluan mereka pada masa depan kerana pendapatan saya sebagai penjual ikan hanya cukup untuk kehidupan sederhana kami sekeluarga," katanya sambil berharap dapat bertukar kerja baru di bandar raya ini bagi memudahkannya berulang-alik menjaga bayi yang masih mendapat rawatan di HSNZ.

"Saya benar-benar berharap ada pihak sudi membantu menghulurkan bantuan untuk masa depan bayi kembar selepas ini dan saya menyerahkan kepada kebijaksanaan doktor menentukan bila masa sesuai bayi itu akan dibedah," katanya yang mengalukan sumbangan individu dan syarikat untuk menghubunginya di talian 012-9551435.

Harian Metro

Terangkan maklumat hudud kepada rakyat

Posted: 29 Sep 2011 12:15 AM PDT

2 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

RAWANG, 29 Sept: Selaras dengan agama rasmi negara ini iaitu Islam, sudah sampai masanya maklumat berhubung hukum hudud yang heboh diperkatakan pada masa kini diterangkan secara rasmi kepada rakyat.

Pengarah Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrul Amin Baharum berkata, kerajaan dan agensi berkaitan perlu menghidupkan majlis forum dan program mendidik rakyat berhubung hukum hudud.

"Pendidikan mengenai perkara ini (hudud) penting supaya rakyat faham apa itu hudud dan pelaksanaannya. Namun sekarang, peringkat inipun masih belum beres.

"Rakyat tidak kira Islam atau bukan, masih tidak faham berkenaan hukum hudud. Sebab itu perlu teruskan program pendidikan dan setelah faham barulah perkara ini boleh dilaksanakan," katanya kepada Harakahdaily dalam program bersama penduduk Taman Rahmat Jaya, di sini semalam.

Dalam pada itu, ujarnya amat dikesalkan apabila golongan yang bukan arif berhubung agama Islam memberikan komen berlebihan berhubung isu hudud terutama di media.

Katanya, ini menyebabkan golongan memberikan kenyataan itu boleh menimbulkan kecelaruan pemahaman terhadap hukum yang sudah ditetapkan dalam Islam itu.

"Sepatutnya biar hanya orang alim dan berwibawa untuk bercakap hal hudud ini kerana sudah menjadi kewajipan golongan ini memberikan kefahaman kepada rakyat.

"Namun secara peribadi, pada saya tidak wajar kita sebagai orang Islam menafikan hukum yang telah ditetapkan Tuhan ini dan harus berusaha untuk ke arah itu," katanya.

Menurut Badrul Amin, pelaksanaan hukum hudud di negara ini bagaimanapun tertakluk kepada keputusan Perlembagaan Persekutuan.

harakahdaily/-

Memang ada ejen dalam jentera kerajaan tetapi bukan ejen anwar

Posted: 29 Sep 2011 12:09 AM PDT

2 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

EDITOR Kanan Utusan, Datuk Zaini Hassan mendakwa terdapat `orang-orang Anwar' di dalam jentera kerajaan khususnya di bahagian-bahagian strategik untuk menjatuhkan Najib sebagai PM. Dakwaan beliau ini membuatkan DS Anwar tertawa dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Utusan.

Dalil buat Datuk Zaini beranggapan demikian seperti katanya, " ...anda fikirkanlah bagaimanakah kos perbelanjaan lawatan rasmi luar negara YAB PM boleh diperolehi dengan begitu detail, cepat dan pantas oleh pihak pembangkang?

"Bagaimanakah juga penerbangan percutian peribadi YAB PM juga boleh diperolehi dengan begitu detail dan cepat oleh pihak pembangkang? Dan banyak lagi contoh-contoh lain. Apakah ia diperolehi dengan mudah jika tidak kerana ada orang dalam yang membocorkan segala maklumat sulit itu?'' (Malaysiakini).

Jika begitulah keadaannya, Utusan sebenarnya mengaku bahawa pengaruh DS Anwar bertambah hebat, jika tidak masakan Ketua Pembangkang ini boleh `menyerapkan' orang-orangnya di dalam jentera kerajaan lebih-lebih lagi di bahagian-bahagian strategik yang tentunya sentiasa diawasi oleh perisik-perisik kerajaan?

Ini membuktikan bahawa segala fitnah dan propaganda yang dimainkan oleh media `berlidah Syaitan' ini gagal samasekali untuk menjatuhkan kredibiliti dan imej DS Anwar. Akibat kekecewaan mereka, maka keluarlah kenyataan seperti itu.

Sewajarnya persoalan yang harus ditanya adalah, "benarkah kos perbelanjaan lawatan resmi Najib dan Rosmah serta penerbangan percutian suami isteri ini mencapai jumlah seperti yang didakwa oleh Pembangkang? Benarkah kos senggaraan rumah PM termasuk bil letrik dan air mencapai jumlah puluhan juta ringgit setahun?

Benarkah Rosmah mendiami hotel mewah di Dhubai yang bernilai ratusan ribu semalam? Ini yang patut dipersoalkan oleh Datuk Zaini dan ini juga yang perlu dijawab oleh Najib dan Rosmah kalaupun Rosmah tidak mahu menjawab tentang isu cincin 24 Juta itu.

Mengapa yang ditekankan sangat atau yang dirisaukan sangat oleh Datuk Zaini adalah `siapa yang menyalurkan maklumat semua itu"? Datuk Zaini boleh menyebut beliau merasa lega dan boleh tidor lena jika tiada ejen DS Anwar di dalam jentera kerajaan.

Katanya, "Jika salah, mungkin saya boleh tidur lena dan bersyukur keadaan itu tidak berlaku, walaupun saya mungkin dipersalahkan kerana menulis sesuatu yang tidak berlaku."

Sebagai seorang Muslim yang bertanggungjawab, sepatutnya beliau tidak boleh tidor lena sekiranya beliau tahu maklumat bahawa Najib dan Rosmah berbelanja boros menghabiskan wang rakyat. Sebaliknya, beliau merasa lega jika tiada ejen DS Anwar walaupun mungkin ada kebenaran dari maklumat tersebut. Beliau lebih takut kepada DS Anwar daripada takut hilangnya wang rakyat jauh sekali takut kepada Allah. Tahap `pengampu' Editor Kanan Utusan ini mungkin sudah sampai ke tahap maksima.

Memang ada lojiknya jika terdapat `ejen' di dalam jentera kerajaan kerana setiap orang Islam adalah `ejen' kepada Allah untuk mencegah yang mungkar. Jika saya berada di dalam kerajaan sekali pun, saya akan dedahkan jika saya tahu ada kemungkaran yang berlaku tetapi bukan kerana Anwar.

Tidak dapat dinafikan sekarang ini majoriti kakitangan kerajaan adalah mereka yang tidak mahu bersekongkol dengan sifat rakus Najib dan Rosmah. Justeru itu, tanpa diminta oleh DS Anwar atau Pembangkang maklumat ini sampai juga.

Maka, memang wajarlah DS Anwar merasa lucu dan tertawa dengan dakwaan Datuk Zaini itu. Najib dan Rosmah harus ingat, ejen-ejen ini akan terus bekerja selagi Umno/Bn memerintah kerana rakyat sudah tidak sanggup lagi berputih mata melihat betapa rakusnya hak rakyat dibolot dan dijamu semahu-mahunya oleh dua insan bernama Najib dan Rosmah ini.

wfauzdin.blogspot.com

Polis Saudi rampas pesawat peluncur bawa 700,000 pil dadah

Posted: 29 Sep 2011 12:00 AM PDT

2 Zulkaedah 1432H. [MOD] -



RIYADH: Polis sempadan Arab Saudi merampas sebuah pesawat peluncur yang penuh dengan dadah yang memasuki ruang angkasa negara itu dari Iraq, minggu lalu.

Polis sempadan di utara negara itu menahan juruterbangnya dan merampas lebih 700,000 pil captagon yang tersembunyi dalam pesawat peluncur itu.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Mansour al-Turki berkata, pesawat peluncur itu terbang merentasi sempadan Saudi pada awal pagi 20 September lalu. Menurutnya, polis turut menangkap 10 orang berhubung cubaan menyeludup dadah itu.

Ini kali pertama pesawat peluncur digunakan untuk tujuan jenayah di Arab Saudi.

11 jenis manusia didoa malaikat

Posted: 28 Sep 2011 11:48 PM PDT

2 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

Orang yang membelanjakan harta (infak).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…'"

Orang yang sedang makan sahur.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."
Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.Rasulullah s.a.w bersabda,

maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

Related News:

Switzerland pula haram purdah

Posted: 28 Sep 2011 11:30 PM PDT

2 Zulkaedah 1432H. [MOD] -



GENEVA: Parlimen Switzerland semalam meluluskan usul kumpulan pelampau berhaluan kanan untuk mengharamkan pemakaian purdah atau apa saja yang menutup muka di tempat awam.

Seramai 101 anggota Parlimen menyokong usul itu dan 77 menolak.

Bagaimanapun, Dewan Negara perlu meluluskan usul terbabit sebelum ia dapat disahkan untuk dijadikan undang-undang.

Setakat ini empat negara sudahpun mengharamkan pemakaian purdah dengan yang pertama berbuat demikian ialah Itali, diikuti oleh Belgium dan kemudian Belanda. - AFP

Makan bangkai harimau elak gout

Posted: 28 Sep 2011 11:00 PM PDT

2 Zulkaedah 1432H. [MOD] -



KATHMANDU: Sekumpulan 15 penduduk kampung di Nepal termasuk remaja berusia 14 tahun ditahan kerana memakan harimau bintang ekoran percaya daging haiwan itu dapat melindungi penyakit gout, kata pihak berkuasa, semalam.

Menurut pegawai perhilitan, Hari Paudel, kumpulan itu berkata, mereka menemui harimau bintang yang mati di kuil dekat kampung mereka, 90 minit perjalanan dari jalan berhampiran di pergunungan Mahabharat di barat Nepal.

"Mereka didakwa kerana memakan daging haiwan terancam. Mengikut undang-undang mereka perlu memaklumkan kepada pegawai perhilitan daerah apabila menemui haiwan yang mati atau cedera," katanya.

"Seorang daripada penduduk kampung menghidap gout dan percaya dia dapat disembuhkan dengan memakan daging harimau bintang. Penduduk lain beranggapan mereka perlu memakan daging haiwan itu sebagai langkah pencegahan," katanya. Penduduk kampung yang ditangkap itu bakal didenda 10,000 rupee (RM390) dan penjara dua tahun jika didapati bersalah. - AFP

Kabinet arah media jalani latihan ketenteraan

Posted: 28 Sep 2011 09:16 PM PDT

2 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Kabinet memutuskan pengamal media yang ingin bertugas di zon bencana dan perang perlu menjalani latihan bersama Media Askar Wataniah Kementerian Pertahanan untuk persiapan fizikal dan mental.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu diambil kira dan penting untuk tujuan keselamatan pengamal-pengamal media menempuh pelbagai cabaran dalam menjalankan tugas.

"Hanya selepas selesai atau telah menjalani latihan barulah mereka dibenarkan turut serta mengikuti mana-mana misi kemanusiaan atau tugas di kawasan bencana," katanya ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Kuala Lumpur, malam semalam.

Jelasnya, Kementerian Pertahanan menyeru mana-mana agensi dan syarikat media menjalani latihan untuk menghantar pengamal media bagi menyiapsiagakan diri mereka dengan latihan keselamatan yang berguna untuk mereka.

Beliau turut menyarankan agar misi bantuan kemanusian atau tugasan di zon bencana dan perang dibekalkan dengan peralatan yang mempunyai tahap keselamatan tinggi seperti pemakaian jaket keselamatan dan jaket kalis peluru.

"Apabila pengamal media menjalani latihan bersama kementerian kami, kelak mereka akan sedar betapa pentingnya aspek keselamatan diutamakan dan didahulukan daripada tugas," katanya.

Dalam pada itu, beliau menuntut pampasan sewajarnya daripada tentera Burundi berikutan penglibatan tentera mereka dalam insiden tembakan yang menyebabkan kematian jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor pada 2 September lalu.

Ahmad Zahid berkata pampasan itu penting sebagai pengajaran dan iktibar kepada pihak lain.

Semalam, AMISOM memohon maaf terhadap kejadian itu dan melucutkan mereka yang terlibat daripada menjalankan tugas pasukan pengaman dan akan dihantar pulang ke Burundi untuk dibicarakan.

Noramfaizul, 39, terkorban setelah terkena tembakan curi ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda semasa menyertai misi bantuan kemanusiaan anjuran Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia.

- Bernama

Mengapa Perkasa melenting ceramah Mohd Sabu

Posted: 28 Sep 2011 09:10 PM PDT

2 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 29 Sept: Ahli-ahli Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) tidak perlu mencetuskan provokasi yang akhirnya nanti menjerat mereka sendiri berhubung ceramah Mohamad Sabu.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kesal dengan sikap ahli-ahli kumpulan Perkasa yang bertindak menyerang dan menumbuk penyokong PAS dalam ceramah umum yang dihadiri oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Ampangan, Seremban, beberapa hari lalu.

"Bagi DPPM, tindakan ahli atau penyokong Perkasa tidak wajar kerana ia boleh mencetuskan suasana tidak tenteram dan mengganggu ketenteraman awam," ujar Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor (gambar) kepada Harakahdaily.

Katanya, ceramah tersebut dianjurkan oleh PAS dan telah diberi permit. Penceramahnya pula adalah Tuan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS.

Semuanya, ujar beliau dilangsungkan dalam keadaan terkawal dan secara sah.

Menurutnya, dalam suasana demokrasi di negara ini, setiap parti berhak mengadakan aktivitinya dan ahli-ahli Perkasa tidak seharusnya mengganggu majlis yang sedang berlangsung.

PAS, jelasnya telah menyatakan sokongan terhadap kenyataan Mohamad Sabu berhubung fakta sejarah negara.

Bahkan, kata beliau ahli sejarawan juga menyatakan bahawa Mohamad Sabu telah mencetuskan suatu fenomena baru dalam pengkajian sejarah negara.

Katanya lagi, meskipun ada yang melihatnya dari sudut negatif, tidak kurang juga yang memandang kenyataan Mohamad Sabu dari sudut positif.

"Mengapa perlu ahli-ahli Perkasa melenting?" soalnya.

Katanya, DPPM melihat Perkasa sengaja membiarkan ahli dan penyokongnya bertindak liar bagi menghangatkan suasana supaya penyokong PAS pula bertindak balas.

Beliau menjelaskan, PAS telah lama bergelumang dalam politik, dan tahu asam garam serta sepak terajang politik tanah air.

"Ahli-ahli Perkasa tidak perlu mencetuskan provokasi yang akhirnya nanti menjerat ahli-ahli dan Perkasa sendiri," ujarnya.

Menurutnya, PAS telah lama mentarbiyah ahlinya supaya bersabar dan bertenang dalam situasi seperti ini sebagaimana PAS juga mentarbiyah ahlinya agar berjihad dan tidak gentar kepada sesiapa juga.

Akhirnya, kata beliau DPPM menegaskan bahawa hujah perlu dilawan hujah, bukan dengan tindakan ganas.

"Mengganggu program PAS serta memukul penyokong PAS adalah tindakan penakut bagi mereka yang tidak mahu mencari kebenaran," tegasnya.

DPPM, ujar beliau sama sekali tidak mengizinkan sebarang keganasan timbul di negara ini dan PAS akan tetap istiqamah memilih jalan demokrasi bagi mendapatkan kuasa membentuk kerajaan.

"DPPM yakin rakyat telah mula membuka mata dan mencari kebenaran di sebalik sejarah negara yang diselewengkan faktanya," katanya lagi.

harakahdaily/-

Samun di KLIA: Pegawai SPRM didakwa hari ini

Posted: 28 Sep 2011 08:40 PM PDT

2 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Ketiga-tiga anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa menyamun seorang pengurup wang rakyat asing membabitkan wang berjumlah kira-kira RM900,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 September lalu akan dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Ketiga-tiga mereka dikatakan telah digantung tugas dan kemudian dipindahkan ke bahagian pentadbiran suruhanjaya berikutan penangkapan itu.

Ketiga-tiga pegawai - berusia antara 20 hingga 25 tahun itu - memegang jawatan pemangku penolong pesuruhjaya (Gred P48), penolong kanan penguasa (Gred P32) dan penolong penguasa (Gred P29).

Mereka akan didakwa di mahkamah di Sepang. Sehingga berita ini ditulis, belum ditentukan mahkamah mana yang akan mendengar kes berkenaan.

Tiga pegawai itu, yang bertugas di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, ditahan kerana disyaki menyamun seorang pengurup wang rakyat asing membabitkan wang berjumlah kira-kira RM900,000.

malaysiakini/-

Dihukum 10 sebatan

Posted: 28 Sep 2011 08:30 PM PDT

2 Zulkaedah 1432H. [MOD] -



JEDDAH: Mahkamah di bandar raya ini, semalam menjatuhkan hukuman 10 sebatan kepada seorang wanita rakyat tempatan yang melanggar undang-undang pengharaman memandu.

Shayma Jastaniah didapati bersalah kerana memandu di jalan raya di Jeddah. Dua lagi wanita atas dakwaan sama dijadualkan hadir di mahkamah dalam waktu terdekat.

"Saya masih terkejut dan tidak dapat berfikir dengan waras atas apa yang berlaku. Saya akan merayu terhadap hukuman dikenakan," katanya.

Dia memberitahu Arab News yang dia memandu hanya sekali iaitu sebelum Manal-al-Sharif, kempen berprofil tinggi wanita memandu yang dihentikan. Shayma mempunyai lesen memandu antarabangsa.

Peguam Shayma, Adnan al-Saleh memberitahu media, anak guamnya menunggu keputusan adil dan telus mengenai isu wanita memandu. Dia berkata, wanita yang memandu tidak dianggap melakukan jenayah mengikut undang-undang Saudi atau ajaran Islam.

"Ini bukan isu berkaitan moral atau adat, mahupun jenayah yang perlu dihukum. Mahkamah kini menganggap mana-mana wanita yang memandu tanpa lesen memandu Arab Saudi telah melakukan jenayah yang perlu dihukum sebat. Ini bermakna, mana-mana wanita yang ditangkap kerana memandu pada masa depan akan menerima hukuman sama atau mungkin dipenjarakan," katanya.

"Dalam situasi ini, pemandu wanita berhak membuat rayuan dan mengemukakan bantahan kerana ia adalah hukuman berat. Kes akan dipindahkan ke mahkamah rayuan," katanya. Dia berkata, Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Abdullah memberi keizinan supaya wanita mengambil bahagian dalam Majlis Syura dan mengundi serta bertanding dalam pilihan raya majlis perbandaran, tetapi mahkamah Saudi menghukum wanita kerana memandu.

"Bagaimana wanita diizinkan menerajui negara jika dia tidak dibenarkan memandu?," katanya.

Seekor KUCING BERMUKA DUA Catat Rekod Dunia

Posted: 28 Sep 2011 08:27 PM PDT

2 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Frank dan Louie memang istimewa. Haiwan itu kini digelar sebagai kucing berwajah dua yang tertua di dunia.

Menurut Reuters, kucing yang juga mempunyai dua mulut, dua hidung, dan tiga mata, namun hanya mempunyai satu otak ini telah berusia 12 tahun. Pencapaian Frank dan Louie ini diakui oleh lembaga pencatat rekod terkemuka dunia, Guinness World Records.

"Mereka adalah kucing Janus yang paling lama bertahan hidup," kata juru cakap Guinness World Records, Sara Wilcox, Selasa lalu. Diperkenalkan oleh Dr. Karl Shuker, Janus merupakan kumpulan kucing yang memiliki kelainan genetik.

Menurut Wilcox, Frank dan Louie ini akan dicatatkan di dalam buku rekod edisi 2012. Kucing itu lahir pada 9 September 1999 dan dipelihara oleh Marty, warga AS yang tinggal berdekatat Kota Worcester, Massachusetts.

Bagi Marty, kucing Janus itu tergolong sebagai luar biasa kerana boleh hidup begitu lama. "Biasanya, kucing dengan keadaan seperti itu hanya bertahan hidup antara satu hingga empat hari," kata Marty. "Saat kucing itu lahir, setiap hari adalah berkat," tambah Marty.

Marty mengatakan bahawa kucing Janus ini berkelakuan seperti anjing. "Ketika dibawa berjalan, kucing itu dipandu dengan tali dan dia suka dibawa di dalam kenderaan ," kata Marty.

kosmo/-

Hanya Logo Halal JAKIM Boleh Digunakan Mulai 1 Januari Depan

Posted: 28 Sep 2011 08:17 PM PDT

2 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

PUTRAJAYA: Mulai 1 Januari depan, hanya logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh digunakan dan diiktiraf.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu susulan penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 yang diluluskan Parlimen Julai lepas dan akan berkuatkuasa 1 Nov.

"Bermakna premis makanan, restoran, hotel dan pihak-pihak lain yang sebelum ini menggunakan logo halal bukan dikeluarkan Jakim, perlu membuat permohonan baru kerana selepas tarikh 1 Jan, logo halal sedia ada adalah terbatal.

"Mana-mana pihak lain juga tidak boleh lagi memperakukan atau mengeluarkan sijil halal ataupun membuat pengisytiharan sendiri berhubung status halal," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Ismail Sabri berkata selepas tarikh itu mereka yang masih menggunakan logo halal lain boleh didenda sehingga RM250,000 bagi pertubuhan perbadanan dan sehingga RM100,000 bagi orang perseorangan atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Ismail Sabri berkata bagi pihak industri pula, tempoh setahun diberikan untuk menukar semua produk keluaran mereka dengan logo halal Jakim.

Bagi barangan yang diimport pula, pihak yang memasarkan barangan itu boleh mendapatkan perakuan atau sijil halal melalui 53 badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jakim.

"Semua pihak terbabit dinasihat membuat permohonan awal menerusi Majlis Agama Islam negeri masing-masing kerana Jakim sudah memberi kuasa kepada semua majlis agama Islam negeri bagi melicinkan proses permohonan," katanya.

Dianggarkan 1,500 termasuk premis perniagaan seperti restoran, gerai, hotel dan pihak industri seperti kilang tidak menggunakan logo halal daripada Jakim. – BERNAMA

PM Thailand miliki kekayaan RM53.7 juta

Posted: 28 Sep 2011 08:00 PM PDT

2 Zulkaedah 1432H. [MOD] -






BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra (gambar) memiliki aset bersih berjumlah 541 juta baht (RM53.7 juta) sekali gus jauh kurang daripada kekayaan abangnya Thaksin, kata sebuah badan pencegah rasuah semalam.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan dalam laporannya menyatakan, anak lelaki Yingluck yang berusia sembilan tahun memiliki aset sebanyak 4.4 juta baht (RM449,233) manakala suaminya mengisytiharkan pemilikan aset berjumlah 76.8 juta baht (RM7.84 juta) bersama hutang sebanyak 369.7 juta baht (RM37.74 juta).
Yingluck yang memiliki aset termasuk hartanah dan pelaburan bukan merupakan anggota kabinet terkaya di Thailand.
Kedudukan tersebut adalah milik Menteri Sains dan Teknologi Plodprasop Suraswadi dengan aset berjumlah 963 juta baht (RM98.3 juta).
Sebelum menjadi Perdana Menteri, Yingluck merupakan Presiden firma hartanah Thailand, SC Asset Corp dan pernah memegang pelbagai jawatan dalam empayar perniagaan abangnya, Thaksin.
Pada Februari 2010, Mahkamah Tinggi Thailand merampas sejumlah AS$1.4 bilion (RM4.4 bilion) kekayaan Thaksin iaitu lebih separuh asetnya kerana dakwaan salah guna kuasa. - AFP

11 budak korban letupan bom

Posted: 28 Sep 2011 07:51 PM PDT

2 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KABUL - Seramai 11 kanak-kanak dan empat wanita antara 16 penumpang yang terkorban, selepas bas mini yang mereka naiki terperangkap di dalam letupan bom di wilayah Herat, Afghanistan, menurut jurucakap polis, kelmarin.

Walaupun pihak berkuasa Afghanistan memaklumkan bas mini itu terlanggar periuk api, Jabatan Negara Amerika Syarikat pula mendakwa ia adalah angkara pejuang Taliban yang meletupkan bom di tepi jalan.

Dalam satu kenyataan lain, Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) turut mengutuk serangan tersebut, yang turut mencederakan orang awam kerana ia memberi ancaman terhadap kebebasan dan keselamatan penduduk Afghanistan.

sinar harian/-

Nuffnang