N50 Dun Sri Muda |
Majlis Buka Puasa Oleh MPP Zon 14, MBSA Pada 17/08/2011 Posted: 28 Sep 2011 09:56 AM PDT |
Posted: 28 Sep 2011 07:48 AM PDT Hudud: Kenyataan penuh Datuk Seri Anwar IbrahimSaya tegaskan bahawa Pakatan Rakyat merupakan suatu muafakat utuh dan berlandaskan kejujuran mahukan Perubahan buat rakyat negara Malaysia. Oleh kerana itu, isu yang menyentuh kepentingan rakyat pastinya dibincangkan bersama kesemua wakil dari parti komponen serta keputusan yang dibuat merupakan pendirian bersama. Pun demikian Pakatan Rakyat berpendirian, setiap dari parti komponen sewajarnya mempunyai ruang untuk mengungkapkan keyakinan, faham serta ideologi terutamanya kepada pendokong mereka. Saya sendiri telah merujuk ke mahkamah syariah berkaitan tuntutan qazaf, dan pimpinan Pakatan Rakyat tidak pernah pula menghalang. Hakikatnya hanya Menteri Hal Ehwal Agama Umno yang bertindak menghalang saya dari meneruskan tuntutan qazaf tersebut. Selain itu Dato' Jamil Khir terpalit dengan tuduhan bahawa beliau menggunakan dana zakat bagi membiayai kos guaman kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam tuntutan Qazaf saya. Permuafakatan Pakatan Rakyat bukanlah suatu bentuk usahama seperti Umno-BN yang sekadar mahu mendapat laba politik sehingga menafikan hak serta suara mereka yang tidak sehaluan. Berkaitan hasrat Negeri Kelantan mahu melaksanakan hudud, saya berpandangan kita sewajarnya menghormati keputusan tersebut, namun pastinya ia tertakluk kepada beberapa perkara. Pertamanya persoalan Maqasid al Syariah, Matlamat Utama Syariah, iaitu menjamin keadilan untuk semua. Malah dalam karya saya yang berjudul Gelombang Kebangkitan Asia, tuntas saya ungkapkan keutamaan Maqasid al Shariah demi menjamin keadilan untuk semua. Justeru adalah baik untuk kita merenung beberapa aspek perundangan syariah yang berjaya dilaksanakan di Kelantan, maka tidak wajar buat saya menempelak atau meremehkan langkah tersebut. Sebagai seorang Muslim, pastinya saya menjunjung tinggi perintah Allah SWT serta pesan-pesan Nya yang terkandung di dalam Al Quran. Apabila ditanya, apakah pandangan saya mengenai hudud di Malaysia dan isu berkaitan undang-undang syariah serta perlaksanaannya oleh mahkamah syariah di negara ini, jawab saya, dalam konteks masyarakat Malaysia, kita semua tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana itu perlaksanaan hukum Islam sewajarnya mengambil kira keberkesanan pentadbiran mahkamah syariah negara ini memastikan keadilan untuk semua. Menyentuh persoalan keadilan untuk semua, perlaksanaan undang-undang syariah semestinya menjamin hak bukan Islam tidak dicerobohi serta dizalimi. Saya menasihati rakan-rakan untuk meneliti kenyataan saya ini berasaskan muafakat yang tertera dalam Buku Jingga: "Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153." Namun apa yang saya kesalkan adalah hipokrisi Umno-BN memperalatkan isu hudud ini sebagai permainan politik. Pimpinan Umno-BN tidak pernah berhasrat membincangkan isu ini secara tuntas dan serius. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak bulat-bulat malah mempersendakan peranan undang-undang syariah serta beberapa pesan yang dianggap sebahagian dari sunnah Rasulullah SAW. Media yang dikuasai pemerintah pula mencanangkan kononnya undang-undang syariah sebagai suatu warisan zaman primitif. Harus diingat, pandangan beberapa kerat pimpinan Umno yang mempersenda hukum Islam ini sesungguhnya tidaklah mewakili umat. Waima mutakhir ini beberapa pimpinan Umno memperlihatkan diri sebagai jagoan memperjuangkan Islam, manakala seringkali pula mereka menuduh pimpinan Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat agama dan bangsa, sedangkan yang sering dilaung-laungkan oleh pimpinan Umno-BN sekadar retorika membakar sentimen serta sering tersasar dari kehendak syariah yang mahukan kemaslahatan untuk rakyat. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=20868 |
Posted: 28 Aug 2011 07:47 AM PDT Selain Khir, ada komplot jatuhkan Najib dalam Umno(Oleh: Rusnizam Mahat)
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata bukan setakat Dr Mohd Khir Toyo, tetapi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga menjadi mangsa konspirasi oleh pihak tertentu dalam Umno. Ia berhubung dakwaan bekas Menteri Besar Selangor itu bahawa tiga menteri kabinet, termasuk seorang dari negeri itu, mahukan beliau dipenjarakan dalam kes rasuah yang dihadapinya. Menurut Shuhaimi, selain Khir, wujud perancangan serius untuk singkirkan Najib selaku perdana menteri dan Presiden Umno yang didalangi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Malah katanya, suara-suara untuk memaksa Najib berundur didengar semakin keras menjelang perhimpunan Agung Umno yang akan bermula pada penghujung November ini. "Dalam Umno ini bukan setakat Khir Toyo, bahkan Najib juga akan dikonspirasikan di Putrajaya. Bukan satu rahsia bahawa ini adalah perancangan Mahathir," "Ini kerana di Selangor, Khir Toyo adalah liabiliti, di peringkat pusat Najib menjadi liabiliti kerana peranan isterinya bukan tinggalkan legasi tetapi tinggalkan liabiliti kepada Najib Razak," kata beliau kepada Keadilandaily.com. Ditanya samada dakwaan konpirasi terhadap perdana menteri itu hanyalah spekulasi pembangkang semata-mata, Shuhaimi berkata 'Dalam Umno ini spekulasi itu lah yang benar'. "Ini bukan rahsia dan bukan cerita baru di dalam Umno," ujarnya lagi. Mengulas isu Khir Toyo, Shuhaimi berkata, beliau pernah mendedahkan mengenai pertemuan antara Khir dan Menteri Industri dan Asas Tani, Datuk Noh Omar yang juga Timbalan Pengerusi Umno Selangor sejak Febuari 2010. "Khir Toyo terlalu lambat, baru sedar ada perancangan dari Umno. "Perancangan ini sudah bermula sejak tahun lepas dan ketara pada April tahun ini. Tapi gerakan itu sudah dua tahun dan mereka menjadikan Khir Toyo sebagai kambing hitam," "Saya berani katakan, salah seorang menteri yang dimaksudkan ialah Noh Omar," ujarnya yang mengibaratkan perancangan untuk menyingkirkan Khir Toyo itu "ibarat menarik selimut dari bilik tidur Khir Toyo'. Dalam blognya hari ini, Khir enggan mendedahkan nama menteri berkenaan, tetapi menegaskan sumbernya boleh dipercayai dan sahih. "Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya," tulisnya. Katanya, konspirasi itu tersebar apabila seorang daripada menteri itu dilaporkan berkata kepada dua rakannya bahawa BN mampu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat jika dirinya didakwa. "Seorang menteri dilaporkan berkata kepada dua orang menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan. Dr Khir diarah membela diri berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=19487 |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan