Jumaat, 23 Ogos 2013

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Sempurna Insan Tingkat Kemasyarakatan

Posted: 23 Aug 2013 04:51 PM PDT

MY VOICE FOR NATION

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


Tragedi Yang Bakal Berulang Jika............

Posted: 23 Aug 2013 08:55 PM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Bila hujan lebat

Posted: 23 Aug 2013 03:32 AM PDT

Semalam hujan. Semenjak jadi yb bila hujan saya bimbang air naik dan rakyat terpaksa menghadapi banjir kilat lagi. Walaupun belum ada yang mati kelemasan, namun banjir yg kerap menyusahkan rakyat dan menyebabkan kerugian. Bila berulang kali berlaku siapa yang tahan sabar.

Sudah ada penambahbaikan di kawasan klang disegi pembesaran sungai atau parit dan pembinaan longkang2 baru dalam kawasan kota raja. Namun masih ada bbrp "bottleneck" yg sukar yang blm diambil tindakan. Longkang yg ada berlainan tuan. JKR, JPS dan MPK/MBSA. Semua diasak oleh pejabat adun dan parlimen utk mengambil tindakan. Kerajaan negeri pun telah memperuntukan jutaan ringgit utk memastikan banjir tidak berulang.

Cuma bagaimana baik sistem perparitan nanti pun, bila hujan lebat dikala air laut pasang, kunci air tidak dapat dibuka. Air akan naik dikawasan rendah. Pam pam yg sedia ada tidak mampu utk mengalih air dari anak2 sungai ke laut. Saya sudah melihat perkara ini sudah lima tahun. Dah muak dgn alasan. Saya tidak dengar ada peruntukan baru utk meningkatkan kuasa pam pam di kunci air yg sedia ada. Setiap kali para jurutera jps atau pbt akan menyebut KALAU pam air kuat kita boleh cepat alih air dari sungai ke laut, cepatlah turun paras air sungai. Saya tanya kenapa tak buat, mereka kata mahal. Jutaan ringgit. Siapa punya tanggung jawab... mereka diam. Kjaan pusat? Kjaan negeri?

Namun saya tak mahu nak minta kerajaan pusat lagi utk membina pam pam ini. Jawapan mereka stereotype di parlimen ialah tiada bajet. Mereka dah buat itu dan ini. (Kalaulah duit BRIM yang berbillion itu digunakan utk menambah pam, nilainya lbh tinggi kpd penduduk di kawasan klang. )

FORGET abt kerajaan pusat.

Saya merayu kepada kerajaan negeri utk menggunakan simpanan berbillion tu. Ambil sedikit utk bina pam pam yg lebih berkuasa. Saya tak fikir ia akan membangkrapkan negeri selangor. Harap para ADUN dapat menggesa kerajaan negeri selangor di dalam dan diluar dewan undangan utk kebajikan rakyat jangka masa panjang.

Dalam masa dua tahun pertama utk sesi 3013 -2018 ni semua ADUN perlu menyelesaikan masalah yg di bawah kuasa kerajaan negeri atau PBT dlm DUN mereka. Jangan hanya harapkan ahli ahli majlis sahaja.

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Expats & Seabury Consulting are the flavours of AJ by Kamal

Posted: 23 Aug 2013 11:08 AM PDT

Aj we all know you are a close friend of Tony. Can you tell us more about the company called Spear Liner.

The AirAsia’s boys and sympathisers like Rozman Omar, Shane Nollan, Danny the nanny, Al-Ishal Ishak have all left MAS. Why are you still treasuring that Botak Azhari Dhalan like gold in MAS. We know that Tony needs Azhari in the MAS MRO. Can someone help on the Spear Liner.

Comment on Expats & Seabury Consulting are the flavours of AJ by Cinderella

Posted: 23 Aug 2013 06:34 AM PDT

Ello brader Bob the Builder,

Gua tengok2 lu ni mesti one the newbie yg masuk2 MAS nak tunjuk terrer. Belajar la dulu bro. lmu tak setinggi mana, tak payah lah nak ajar orang plak.

Kita yg lama2 kat MAS ni, lagi la sayangkan MAS. Lu ingat kita nak tengok MAS lingkup? And lu ingat kita ni don't believe in changes?

Lu silap orang bro. kita jugak perlukan perubahan tapi bukan lah membabi buta. Nak perabih duit memang senang sebab bukan mak bapak dia punya duit!

Apa la yg terer sangat mat saleh pujaan lu tu.kalu setakat nak jual tiket murah, budak2 sales kita pun boleh buat, Cuma tak dibenarkan.

Kalau setakat nak buat produk cantik2 and canggih2, tak payah ambik org dari luar.budak2 kita pun tau nak buat tapi tak dibenarkan atas alasan2 yg satu dunia pun tahu.

So tak payah lah nak agung-agungkan mat Salleh tu.

Mat saleh ni pun haprak punya kaki jugak. Yang sorang tu kaki betina, pantang Nampak pompuan, mesti nak masuk bawah skirt. Takkan lu tak tau citer ni, dah sampai kat atas, kat HR, kat whistle blow. Bukan satu bro, banyak kes. Apa tindakan ce citer sikit?

Yg satu lagi konon nya jaga product.ce citer dah setahun apa produk yg dia buat? Commercial produk pun tak terbuat bro. paling tinggi pun iklan MAS bawak beg yg bodoh tu. Kena gelak satu dunia. Ini mat saleh pujaan lu bro? tolong sikit la jangan la insult kita orang punye intelligence

Lu tau bro brape entertainment claim mat salleh2 ni per month? Tanya2 la sikit bro jgn jadi katak bawah tempurung. It runs into beberapa puluhan ribu ringgit per month. Entertain apa bro? entertain diri sendiri!

Kita tau bro depa pi DT, pas tu dah la dapat daily allowance, makan minum sendiri kat bar, restoran, gi enjoy kat karaoke sume caj balik kat company under entertainment. Entertain sape bro. lu jgn ingat kita orang takde bukti. Whistle blow pun dah tau. Apa tindakan? Ce citer sikit.

Pas tu ada la pulak satu mamat melayu, ni pun sama ngan mamat jaga Malaysia/asean yang gua kutuk dulu, kemaruk nak berjalan satu dunia, memanjang duty travel.

Lu tak pecaye bro, pegi la check, tak sudah2 berjalan kehulu-kehilir merata dunia. Apa reason pegi DT bro. kalau setakat nak gi seminar, nak gi dengar focus group discussion, nak gi travel mart etc etc tak yah la bro, buang duit company je. Benda ni sume berlambak kat internet.

Ada plak yg tak cecah tanah bro, turun KLIA sambung lagi pun ada. Sama macam mamat Malaysia/asean tu. Kita ingat dah jaga Malaysia je kurang la berjalan. Tak jugak rupanya. Fam trip sini Fam trip sana. Factory outlet fam trip pun ada bro kita dengar.

Cuba la lu pegi check sikit unless lu pun macam depa jugak. Org melayu kata ' ngabehkan boreh'

Pas tu lu konon2nya attack mamat yg jaga customer experience tu. Bro, nak banding lu ngan dia macam langit ngan bumi. Prove yourself dulu bro sebelum kutuk orang.

Dari segi kelayakan, segi pengalaman, segi ilmu, segi cara berfikir, segi buat keja dan pastikan keja jalan, mamat ni lagi terer dari lu bro, tak payah la sebok nak cong nak angkat budak2 baru masuk tu. Apa contribution yg dia orang dah buat? Pas tu lu nak compare ngan mat saleh tu Apa yg depa dah contribute? lu ni ada darah belanda ke? Satu MAS tau mamat ni kuat keja, memang la mulut kadang2 laser, keja sampai tgh malam, meeting tak habis2 tapi keja jalan bro, ikut jadual ikut target.

Kalau setakat argument lu, mamat ni suka challenge idea2 orang lain, memang cam ni la yg kita harapkan dari pemimpin kita. Takkan nak telan cakap orang bulat2 buta tuli. Dia kalau challenge pun ada isi bro dan tak kira la orang baru ke orang lama ke.

Lu ni apa masalah sebenarnya? Kalau setakat nak bodek nak jilat bontot mat saleh lu tak payah la nak komen lebih2. Buktikan kebolehan diri sendiri dulu beb!

Comment on Expats & Seabury Consulting are the flavours of AJ by Nizam MAS

Posted: 23 Aug 2013 02:20 AM PDT

MAS paid Malaysian RM10,000 but Mat Salleh RM100,000. What a clueless CEO who need to employ Mat Salleh and had to appoint another Mat Salleh consulting firm (Seabury) to think for the Mat Salleh in MAS. AJ, you are just a joker. As a MAS staff we are ashamed to be associated with you. We hope that Najib will tell Amok not to renew your contract.

Comment on Expats & Seabury Consulting are the flavours of AJ by azman ahmad

Posted: 22 Aug 2013 07:53 PM PDT

Dear Bro Wee,

It is indeed an insult to Malaysians that we have to rely on such a large team of foreigners trying to think for us Malaysians what is good and bad for our beloved national airline.

If we just followed your expose over the years and look at the various comments from those in the know, we obviously know what ails the airline and the biggest factors are CORRUPTION AND PRIVATE/PERSONAL INTEREST.

If we truly have selfless individuals who work for their PAY (i.e. their salary and legitimate remuneration within the context of their job description) we would not have this major headache on our hands.

The very fact that we have capable Malaysians at the helm of other companies including MNCs that have operations in Malaysia actually shows we have more than enough talent to grow our companies into being world beaters. More so when under the leadership of Tan Sri Aziz Rahman MANY MANY YEARS AGO, we were already at the top of the game.

Although that may have been many years ago and the rules of the game has changed since, the game is still the same i.e. FLYING PEOPLE AND GOODS TO THEIR INTENDED DESTINATIONS.

To think that by now we do not have competent Malaysians to lead and strategise the fortunes of our own national airlines is truly an insult.

Competency development, succession planning and handover of authority and leadership to local capable leaders is among THE PRIMARY DUTIES OF THE CEO. Therefore if he is not able to do that then he has probably lost the legitimacy to continue to helm the national airline.

Comment on Expats & Seabury Consulting are the flavours of AJ by Gaji Buta

Posted: 22 Aug 2013 07:25 PM PDT

Hollywood and Bollywood stars. ka! ka! ka! They are just the left overs. MAS is paying them good money but getting monkeys. With their background, no wonder AJ needed to employ Seabury Consulting to do their job for them. The shameless lots.

Direct Free Kick

Direct Free Kick


KENYATAAN AKHBAR : PROJEK SURI HIJAU MAMPU JIMATKAN PERBELANJAAN HARIAN.

Posted: 22 Aug 2013 09:48 PM PDT

Projek SURI HIJAU bagi Kawasan Dewan Negeri Chempaka akan dilancarkan oleh isteri Ahli Dewan Negeri (ADN) itu, Puan Salasiah Zakaria pada 25 Ogos 2013 ini jam 12 tengah hari di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah sempena Majlis Hari Raya Aidilfitri ADN tersebut.

Projek ini adalah untuk menggalakkan suri rumah menanam keperluan harian mereka. Di antara tanaman-tanaman yang digalakkan ditanam adalah lada, bawang, serai, halia, kunyit, lengkuas, daun kesum, limau purut, limau kasturi daun pandan dan daun saderi.

Seramai 30 orang suri rumah akan menerima kit permulaan (starter kit) untuk membantu mereka memulakan penanaman.

Selain dari itu, kursus-kursus bimbingan akan dianjurkan bagi memastikan para suri rumah mendapat hasil tanaman yang baik. Pertandingan-pertandingan juga akan dianjurkan untuk memberi galakan kepada para suri rumah yang menyertai projek ini.

Adalah diharapkan agar projek ini akan dapat membantu mengurangkan perbelanjaan harian keluarga mereka yang mengambil bahagian.

Iskandar Abdul Samad
Ahli Dewan Negeri Chempaka
23 Ogos 2013

SUARA PERAK

SUARA PERAK


Party Re-electio​n - CEC decision 22.8.13

Posted: 23 Aug 2013 08:47 AM PDT

治安不好怡保流动警亭​却形同虛设

Posted: 23 Aug 2013 08:42 AM PDT

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Lebih 300,000 terjejas akibat banjir di Sudan - WHO

Posted: 22 Aug 2013 08:22 PM PDT

16 Syawal 1434 H. [MOD] -

KHARTOUM: Lebih 300,000 penduduk di seluruh Sudah dilaporkan terjejas akibat banjir besar yang melanda negara itu dengan 50 orang maut dalam bulan ini, kata Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) hari ini.


Ibu negara Khartoum adalah kawasan paling teruk dilanda banjir dan ia adalah terburuk dalam tempoh 25 tahun.
"Hujan lebat dan banjir di Sudan setakat ini sudah mengorbankan banyak nyawa dan kerosakan harta benda bagi 65,957 keluarga atau 320,000 penduduk," kata WHO dalam laporannya.
Sehingga semalam, 48 orang terkorban manakala 70 lagi cedera manakala kerosakan harta benda dilaporkan melanda 14 daripada 18 negeri di Sudan.
Menteri Dalam Negeri Sudan, Ibrahim Mahmoud Hamed bagaimanapun memberitahu jumlah korban akibat banjir kini meningkat kepada 53 orang sejak seminggu lalu.
WHO berkata, apa yang menjadi perhatian utama mereka adalah masalah kesihatan susulan bencana alam berkenaan.
Bantuan asing untuk mangsa banjir mula tiba dari Maghribi, Qatar, Ethiopia dan Mesir, demikian menurut media tempatan Sudan. - AFP

Kes Altantuya: Azilah, Sirul dibebaskan dari tuduhan membunuh

Posted: 22 Aug 2013 08:20 PM PDT

16 Syawal 1434 H. [MOD] -

Putrajaya: Bekas Pegawai Unit Tindakan Khas (UTK) Cif Inspektor Azilah Hadri dan bekas Koperal Sirul Azhar Umar dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan daripada sabitan hukuman mati atas dakwaan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lalu.

Panel tiga hakim mahkamah rayuan diketuai hakim datuk mohamed apandi ali bersama sama datuk linton albert dan datuk tengku maimon tuan mat sebulat suara membuat keputusan itu yang dibacakan oleh tengku maimon.
Azilah Hadri dan Sirul Azhar masing masing akan dibawa pulang ke penjara Kajang dan Tapah untuk menjalani beberapa proses sebelum dilepas dan dibebaskan.

Mangsa: Pemandu bas 'marah-marah' sebelum kemalangan

Posted: 22 Aug 2013 05:00 PM PDT

NONE16 Syawal 1434 H. [MOD] -

Ketika punca sebenar kemalangan bas di Genting Higland semalam masih tidak dapat dipastikan secara rasmi, beberapa versi cerita telah muncul daripada mangsa yang terselamat.

Seorang daripadanya, Mosammat Sirajum (kanan) mendakwa sejurus sebelum kemalangan berlaku, pemandu bas itu dan seorang pemandu teksi kelihatan marah-marah di antara satu sama lain sewaktu memandu kenderaan masing-masing.

"Dua anak saudara lelaki saya nampak pemandu bas itu dan seorang pemandu teksi seperti saling menunjuk-menunjukkan isyarat marah  antara satu sama lain," kata pemastautin tetap Malaysia dari Bangladesh itu.

"Menurut mereka, pemandu teksi itu cuba memotong bas tersebut dan pemandu bas sempat menekan pedal brek," kata Mosammat sewaktu ditemui di Hospital Selayang.

Menurutnya, anak-anak saudara beliau yang masing-masing berumur 22 tahun dan 14 tahun kehilangan ayah mereka yang berusia 54 tahun dalam kemalangan itu walaupun ibu mereka terselamat.

"Ini kali pertama sepupu saya, seorang warganegara Kanada, membawa keluarga mereka ke Malaysia," katanya.

NONESeorang lagi mangsa, warganegara Indonesia, Andri Purwadi (kiri) yang berusia 23 tahun, memberitahu wartawan yang bas itu dipandu laju.

Andri berkata beliau adalah salah seorang daripada lima penumpang yang membeli tiket berharga RM7 tetapi terpaksa berdiri kerana tempat duduk telah penuh.

Beliau yang sakit gigi menaiki bas jam 2 petang untuk bertemu doktor gigi di bandar sementara rakannya Nur Firdil Gusman, 25 tahun, juga warganegara Indonesia yang bekerja sebagai tukang cuci di Genting Highlands, diwadkan di Hospital Selayang.

Andri yang juga bekerja sebagai tukang cuci berkata pemandu itu tidak mengantuk atau pun mabuk.

Menurutnya beliau berada dalam kesakitan sewaktu bas itu mencecah tanah selepas terjunam dan mereka terpaksa menunggu selama kira-kira sejam sebelum bantuan tiba.

Andri patah kaki dan akan dibedah petang ini.

Malaysiakini/-

Beri pendidikan percuma, tolak PTPTN – Pemuda PR

Posted: 22 Aug 2013 04:58 PM PDT


16 Syawal 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,
KUALA LUMPUR: Pemuda Pakatan Rakyat menganggap keputusan kabinet semalam yang menolak cadangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) terhadap peminjam PTPTN mulai bulan ini adalah hasil kejayaan perjuangan rakyat sehingga kerajaan tunduk dengan tekanan semua pihak.


Demikian kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Ketua DAPSY, Teo Kok Siong dalam kenyataan bersama.



Bagi Pemuda PR, keputusan kabinet belum cukup melegakan peminjam PTPTN kerana mereka masih lagi terbelenggu dengan hutang yang perlu dijelaskan. 



"Pengumuman kerajaan ibarat hanya melepaskan batuk di tangga atau sekadar tindakan politik bagi meredakan kemarahan rakyat," ujarnya mereka. 



Kenyatan penuh seperti di bawah.



Pemuda Pakatan Rakyat menganggap keputusan kabinet semalam yang menolak cadangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) terhadap peminjam PTPTN mulai bulan ini adalah hasil kejayaan perjuangan rakyat sehingga kerajaan tunduk dengan tekanan semua pihak.



Bagi Pemuda PR, keputusan kabinet belum cukup melegakan peminjam PTPTN kerana mereka masih lagi terbelenggu dengan hutang yang perlu dijelaskan. 



Pengumuman kerajaan ibarat hanya melepaskan batuk di tangga atau sekadar tindakan politik bagi meredakan kemarahan rakyat. 



Peminjam PTPTN masih lagi diburu, diambil tindakan-tindakan lain serta dipaksa menjelaskan hutang mereka sekalipun belum mampu melangsaikannya. 



Apa yang diketahui, sebahagian besar peminjam PTPTN masih belum keluar dari kemelut ekonomi yang mencengkam hidup mereka akibat kos sara hidup yang tinggi, tiada pekerjaan tetap, pendapatan yang tidak mencukupi atau di bawah tahap kelayakan mereka, selain menampung keluarga dan keperluan-keperluan lain. 



Rakyat sebenarnya menginginkan pengumuman kerajaan lebih daripada membatalkan cadangan PTPTN melaksanakan CCRIS. 



Golongan belia mahukan peminjam PTPTN diberi kelonggaran atau fleksibility dalam pembayaran hutang atau dikurangkan jumlah pembayaran ke tahap yang memuaskan. 



Perbincangan perlu dibuat bagi keselesaan antara golongan belia dengan pihak kerajaan supaya tidak wujud jurang serta ketidak puasan hati antara rakyat dengan kerajaan.



Pemuda PR mendesak agar diwujudkan lebih banyak bantuan kewangan seperti biasiswa kepada mahasiswa segenap peringkat. 



Kerajaan perlu melabur dalam aspek pendidikan melalui pemberian biasiswa kerana rakyat adalah aset negara dan pendidikan yang mereka perolehi disumbangkan pula untuk negara di kemudian hari. 



Tidak ada salahnya kerajaan berbelanja besar dalam sektor pendidikan demi rakyat kerana rakyat itu jugalah yang akan memberi hasil kepada negara.



Pemuda PR menegaskan, komitmen PR untuk memberikan pendidikan percuma adalah agenda utama yang akan diperjuangkan sehingga akhirnya ianya akan dilaksanakan. 



Dengan pendapatan dan hasil negara yang banyak, agenda ini bukan mustahil untuk dilaksanakan malah ianya mampu dilaksanakan sekiranya kerajaan mahu. 



Pendidikan percuma adalah impian dan aspirasi rakyat kerana ia adalah keperluan utama rakyat dan PR bertekad tidak ada rakyat yang tercicir mendapat pendidikan sehingga ke tahap tertinggi denagn kemudahan percuma yang semua rakyat di negara ini boleh miliki.

Polis Tawau Berkas Remaja Disyaki Miliki 10 Unit 'Flying Feather' Dan Pisau

Posted: 22 Aug 2013 04:53 PM PDT


16 Syawal 1434 H. [MOD] -

TAWAU: Polis Tawau menahan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun selepas menemui 10 anak panah 'flying feather' (anak panah lastik), dua alat pelepas anak panah dan sebilah pisau dipercayai milik remaja itu di Kampung Titingan (Kampung Ice Box) pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata remaja yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu ditahan pukul 6.45 pagi selepas dilihat berkelakuan mencurigakan.

"Apabila anggota polis ingin memeriksanya, remaja itu cuba melarikan diri. Polis menjumpai satu kantung (beg kecil) hitam mengandungi empat anak panah flying feather di dalam poket kiri seluarnya dan satu alat pelepas anak panah," katanya kepada pemberita di sini.
Awang Besar berkata pemeriksaan lanjut ke atas remaja itu membawa kepada penemuan enam lagi unit flying feather, satu unit pelancar anak panah dan sebilah pisau kira-kira dua meter dari tempat remaja itu ditahan.
Katanya remaja berkenaan dan semua senjata yang dirampas itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau untuk siasatan lanjut. -BERNAMA

Empat Sekeluarga Warga Bangladesh Antara Mangsa Nahas Bas

Posted: 22 Aug 2013 04:50 PM PDT


16 Syawal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tinggi Bangladesh mengesahkan antara mangsa nahas bas di Genting Highlands semalam ialah empat sekeluarga warga negara itu, dengan bapa dilaporkan maut.

Kaunselornya S.M. Anisul Haque berkata tiga lagi anggota keluarga itu - ibu dan dua anak lelakinya sedang dirawat di Hospital Selayang dan dilaporkan stabil walaupun patah tangan, kaki dan belakang.

Semasa dihubungi Bernama, beliau berkata seorang lagi anak lelaki keluarga itu dan saudara mara mereka dijangka tiba di Kuala Lumpur hari ini dan mereka merancang untuk memindahkan keluarga yang cedera ke Hospital Gleneagles di sini, sekiranya boleh.
Menurut senarai dikeluarkan polis hari ini, Rashidah Buyah, 50, dan dua anak lelakinya Rezyan, 24, dan Raawlok, 14, antara 16 orang yang cedera dalam kemalangan itu.
Bas itu terjunam ke dalam gaung sedalam 60 meter semalam semasa menuruni jalan curam di Km3.5 Jalan Genting Highlands, meragut nyawa 37 orang termasuk pemandunya, yang merupakan nahas bas terburuk di negara ini. S.M Anisul berkata sebaik sahaja keadaan mereka semakin stabil, keluarga itu merancang untuk membawa mereka pulang ke Dhaka, Bangladesh.
Sementara itu, Kedutaan Besar Republik Indonesia di Malaysia memaklumkan bahawa mereka masih belum mengetahui sama ada warganegaranya turut maut dalam kemalangan itu.
Kaunselor Perhubungannya Dino Nurwahyudin berkata ini kerana, proses bedah siasat mangsa masih sedang dijalankan oleh pasukan forensik Malaysia.
Beliau berkata setakat ini, tiga daripada 16 penumpang yang cedera dalam nahas itu adalah warganegaranya dan sedang dirawat di Hospital Bentong dan Hospital Selayang. "Kami (Kedutaan Indonesia) sudah mengunjungi semua mangsa yang cedera dan salah seorang dari mereka yang dirawat di Hospital Bentong sudah boleh keluar," katanya dihubungi.
Dino berkata selepas jumlah kematian warganegaranya dikenal pasti, jika ada, pihak kedutaan akan menghubungi dan memanggil anggota keluarga untuk proses mengecam mayat.
"Sekiranya anggota keluarga mahu mangsa dikebumikan di Indonesia, pihak kedutaan akan membantu proses penghantaran jenazah," katanya. -BERNAMA

Pemilihan Semula CEC DAP Akan Diadakan Pada 29 September

Posted: 22 Aug 2013 04:47 PM PDT


16 Syawal 1434 H. [MOD] -

PETALING JAYA: Pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan diadakan pada 29 September ini dan 17 perwakilan yang dipecat juga boleh mengambil bahagian sekiranya mereka mahu berbuat demikian, kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.
Beliau berkata senarai calon untuk pemilihan semula akan menggunakan senarai yang sama digunakan pada Kongres Nasional 2012, Disember lalu.

"Ini kerana tidak ada kontroversi berhubung senarai nama calon dan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) hanya mengarahkan pemilihan semula CEC diadakan," katanya.
Beliau berkata mesyuarat CEC pada Khamis telah memutuskan tempat pemilihan semula akan ditetapkan kemudian.
Lim berkata jawatankuasa perhubungan parlimen AGM parti dan konvensyen biasa akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan oleh CEC baru nanti.
Beliau berkata parti akan melantik firma perakaunan antarabangsa untuk memantau proses pengiraan undi, sementara Setiausaha Organisi Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook dan strategis pilihan raya, Dr Ong Kian Ming masing-masing akan bertindak sebagai pengerusi jawatankuasa pemilihan dan pegawai pengurus.
Pada 30 Julai lalu, Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman telah mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC parti kerana beliau tidak berpuas hati dengan 'kesilapan teknikal' yang berlaku dalam pemilihan DAP pada Disember lalu.
Kontroversi mula timbul apabila pengiraan semula yang mendedahkan bahawa Setiausaha Politik, Lim, Zairil Khir Johari yang pada mulanya menerima 305 undi, meraih 803 undi.
mStar/-

Kumpulan Pertama Pelajar Malaysia di Mesir Selamat Tiba di Tanah Air

Posted: 22 Aug 2013 04:42 PM PDT

16 Syawal 1434 H. [MOD] -
Rakyat Malaysia yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir (dari kiri) Ellyeen Nur Atiqah Mohd Salleh, Said Mubarak Said Ahmad, Balqis Mohd Sharif, Nurul Adha Saabani, Azka Rafiuddin Ramli dan Muhammad Yusuf Muhammad Razif mengaminkan doa selamat sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari dari Kaherah, Mesir. Mereka yang menaiki penerbangan komersil merupakan kumpulan pertama yang tiba dalam Ops Piramid 2 berikutan pergolakan di Mesir. Menyambut kepulangan mereka ialah Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan (dua, kiri). -Foto BERNAMA
SEPANG: Kumpulan pertama pelajar Malaysia di Mesir selamat tiba di tanah air.

Enam pelajar termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun diterbangkan pulang dengan menaiki pesawat Egypt Air daripada Mesir tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 6.36 petang Khamis.
Kumpulan berkenaan merupakan sebahagian daripada 3,300 pelajar yang dibawa pulang melalui Ops Piramid II selepas situasi di Mesir bertambah buruk dan dilihat mengancam keselamatan pelajar Malaysia yang menuntut di sana.
Satu lagi kumpulan, yang terdiri daripada lapan pelajar dijangka tiba pada pukul 9.45 malam ini.
Kira-kira 400 pelajar dijangka akan pulang melalui tiga penerbangan esok.
"Operasi pemindahan akan diteruskan hingga 27 Ogos ini," kata Timbalan Menteri Pendidikan,, P. Kamalanathan. Beliau berkata delegasi kumpulan daripada pihak kementerian akan terbang ke Mesir untuk berbincang dengan pihak berkuasa di sana isu berkaitan dengan pendidikan pelajar Malaysia di negara tersebut.
Selasa lepas, kerajaan memutuskan untuk membawa pulang 3,300 pelajar Malaysia di Mesir menggunakan pesawat komersial berikutan pergolakan di negara itu yang dilaporkan semakin tidak menentu. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini berkata keselamatan pelajar Malaysia di Mesir menjadi keutamaan kerajaan ketika ini dan urusan membawa mereka pulang tidak boleh dilengahkan kerana kemungkinan keadaan menjadi lebih serius.
Mengulas lanjut Kamalanathan yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor berkata beliau berharap misi membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir akan selesai selewat-lewatnya akhir bulan ini.
"Setelah mendengar pengalaman dan cerita daripada mereka (enam orang rakyat Malaysia ini) sangat menyedihkan dan menyayat hati," katanya.
Beliau berkata Kementerian Pendidikan menerusi Ketua Setiausaha Kedua Datuk Seri Dr Zaini Ujang dijadual akan mengetuai delegasi ke Mesir pada Sabtu ini untuk mengadakan perbincangan dengan kementerian pengajian tinggi negara itu membabitkan urusan pembelajaran semasa pelajar Malaysia.
Nurul Adha berkata beliau menetap di kawasan perumahan yang selamat di Mesir dan memilih pulang ke tanah air selepas mendapat nasihat kerajaan Malaysia. "Pengalaman yang saya tidak dapat lupakan ialah ketika menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah apabila ditahan tentera Mesir dan diperiksa secara menyeluruh kerana mereka mencari anggota pemberontak ketika itu," katanya.
Beliau berkata ada juga rakannya yang tidak mahu pulang ke tanah air kerana bimbang mereka akan ketinggalan pelajaran dan rugi masa untuk ulang kaji pelajaran.
Azka Raffudin, yang menetap di Zagazig berhampiran bandar Kaherah, berkata beliau tidak berani keluar rumah kerana perintah berkurung oleh pihak berkuasa Mesir. "Bagaimanapun, pengalaman mengerikan apabila saya berada dalam sebuah bas awam pada jarak sekitar 100 meter melihat dengan mata sendiri seorang rakyat Mesir ditembak di kepala dan rebah. Mangsa dibantu rakannya tetapi saya tidak tahu adakah mangsa selamat akibat tembakan itu," katanya.
Keadaan di sana sangat kelam-kabut dan sukar untuk mencari sebuah kawasan yang benar-benar selamat kerana pihak berkuasa Mesir akan melakukan pemeriksaan mengejut terhadap semua orang untuk mencari kumpulan pemberontak, kata Azka.
mStar/-

Ribuan penduduk Palestin terkandas

Posted: 22 Aug 2013 04:39 PM PDT


16 Syawal 1434 H. [MOD] -

GENTING GAZA 22 Ogos - Beribu-ribu penduduk Palestin terkandas untuk memasuki atau meninggalkan Genting Gaza ekoran tindakan kerajaan Mesir menutup satu-satunya pintu merentasi sempadan di Rafah.

Jurucakap pergerakan Hamas, Ihab al-Ghusen berkata, mereka tidak mempunyai maklumat bila pintu 
sempadan Rafah akan dibuka dan rundingan sedang dijalankan dengan pihak berkuasa Mesir.

"Penutupan pintu sempadan itu menyebabkan berlakunya krisis apabila beribu-ribu penduduk Palestin kini terkandas di dalam dan di luar Gaza," katanya

Wael Salem, 24, seorang pelajar kejuruteraan di Sweden adalah antara beratus-ratus penduduk Palestin yang pulang ke wilayah ini sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, dan kini tidak dapat pulang ke Sweden.

Sejak tentera Mesir melancarkan rampasan kuasa menggulingkan Presiden, Mohammed Mursi pada 3 Julai lalu, negara itu telah mengurangkan waktu kerja di Rafah kepada lima jam sehari.

Operasi di terminal juga dihentikan apabila berlaku serangan bersenjata yang disasarkan terhadap pasukan keselamatan dan pos pemeriksaan Mesir di Semenanjung Sinai.

Pihak berkuasa Hamas berkata, pintu sempadan di Rafah untuk semua tujuan telah ditutup.

Sebelum bulan Julai, purata 1,200 pengunjung menggunakan laluan Rafah untuk meninggalkan Gaza dalam tempoh sehari, tetapi angka itu menurun kepada 150 orang selepas Mursi digulingkan.

Pada Sabtu lalu, kerajaan Mesir secara mengejut membuka sempadan itu bagi membolehkan mereka yang terkandas selama beberapa hari melintasinya, tetapi hanya sebuah bas dibenarkan meninggalkan Gaza melalui Rafah.

Pada hari Isnin pula, pihak berkuasa Mesir mengumumkan penutupan sempadan Rafah sehinggalah notis baharu dikeluarkan ekoran insiden pembunuhan 25 anggota polis negara itu. - AGENSI



Mesir , Puas hati sekarang?

Posted: 22 Aug 2013 04:34 PM PDT


16 Syawal 1434 H. [MOD] -
Ustaz Yusof Embong 

1: Seorang lelaki yang berketurunan petani dari delta sungai Nil, membesar dalam persekitaran agama, dan ilmu akademik duniawi, membawa lel...aki ini ke tahap pencapaian akademik dan kebendaan yang cukup tinggi. Ber dekad menjadi pensyarah kejuruteraan kimia di Universiti dalam dan luar negara, Menjadi staff muslim di NASA, malah menerima gelaran Profesor, itu semua tidak membawa lelaki ini jauh dari ALLAH. beliau, Mohamed Mursi merupakan seorang haffiz al Quran, malah isteri dan 5 orang anaknya juga turut dididik menjadi hafiz al Quran.


2: Jun 2012, Mursi dilantik menjadi presiden Mesir. Beliau yang memilih Ikhwanul Muslimin sebagai landasan juang hidupnya, tidak pernah mencalonkan dirinya, sebaliknya dipilih oleh syura. Presiden Mursi yang meringkuk didalam Penjara sewaktu era Hosni, kini diangkat menjadi presiden sebuah negara Mesir yang disebut berkali-kali didalam Al Quran. 

3: Presiden Mesir menyahut perlantikan ini dengan ucapan syukur dan mengimami solat hajat dan sunat syukur. Lantas berpidato umpama Khalifah Abu Bakar dan Umar. Tidak menunggu lama, beliau telah berusaha sehabis daya untuk memulihkan hubungan umara' dan para ulama mesir yang telah lama terpisah sejak era 32 tahun Hosni. Lelaki berani ini, menolak surat ucapan tahniah dari Israel atas kemenangannya. Beliau membuktikan, beliau bukan mudah diperalat dan diboneka kan seperti patung-patung negara arab yang lain. Morsi telah membuka semula pintu sepadan Rafah antara Mesir dan Gaza, bagi memudahkan urusan penghantaran bantuan. Ini merupakan jasa terbesar beliau dan kemerdekaan terbesar rakyat Gaza dan kesenangan hakiki kepada para sukarelawan Gaza. 

4: Morsi tidak cukup dengan itu, mengaum deras di persidangan NAM di Tehran dengan memulakan aluan ucapannya dengan memuji-muji saidina Abu Bakar dan Umar, sedangkan beliau sedang berada di negara Syiah yang sering mencerca para sahabat nabi ini. Didalam ucapannya itu, Presiden Morsi telah mengutuk sekeras kerasnya tindakan rejim Basyar keatas rakyat Syria hingga memaksa delegasi syria yang turut berada di dewan itu melangkah keluar dewan dengan rasa tidak puas hati. 


5: Didalam negara pula, presiden Mursi berkeras untuk tetap tinggal di rumah lamannya berbanding tinggal di istana mewah presiden. Beliau memutuskan agar pegawai-pegawai tentera yang berpanas untuk mengawalnya, agar tidak perlu berkawal dan boleh mencari tempat berteduh. Ucapannya yang paling popular, "tidak mengapa, ALLAH ada untuk menjaga saya.." setelah sekian lama Mesir berada dalam cengkaman kerajaan yang pro israel, alhamdulillah kini mesir merdeka dan bakal mendirikan kerajaan khilafah yang pemimpinnya seorang protaz (profesional dan ustaz).

6: Namun! 3 julai 2013 merubah segala-galanya. Golongan kecil manusia bodoh di Mesir berusaha keras untuk menjatuhkannya. Tidak cukup dengan itu, pegawai tertinggi tentera juga berpaling tadah. Ini membuatkan kumpulan kecil ini menjadi garang dan besar hingga menyaksikan penggulingan kerajaan Mursi dilakukan dengan cara yang sangat biadap!


7: Dunia islam yang terkenal dengan bacul dan pengecut tahap langit ke tujuh, seperti biasa, mendiamkan diri. Rumah presiden ini dikepung puak khianat ini. Ancaman bertalu talu menghala kearahnya. Dan, profesor dr.Mohamed Mursi Al Hafiz ini akhirnya karier politiknya ditamatkan dengan cara yang cukup kurang ajar. Bagi Morsi, beliau tidak rugi apa-apa. 30 juzuk masih kekal didalam dadanya, profesor dan pakar kejutueraan kimia masih segar di kepalanya. siapa yang rugi dalam hal ini??


8: Kita! Termasuk Malaysia. Isu mursi adalah isu dunia islam sejagat. Bukan sekadar isu dalaman mesir semata-mata. Saya sangat sedih bila melihat negara-negara islam dunia menjadi tuli dan bisu dengan pengkhianatan ini, sebaliknya hanya Turki yang menyuarakan sokongan penuh kepada Presiden Mursi. Adakah hanya turki sahaja negara islam didalam dunia ini??


9: Selepas ini, penempatan tenteran israel di tanah arab akan mara semula, pintu sempadan rafah yang merupakan talian hayat penduduk Gaza bakal ditutup kembali, ulama mesir akan dipinggir dan disingkir semula,rakyat Mesir akan kembali berada dalam wilayah pemerintahan diktator kekeluargaan yang tidak berperi kemanusiaan dan menjadi balaci barua yahudi. 


10: Usah salahkan yahudi dalam hal ini, kerana sebilangan kecil manusia muslim di mesir yang bodoh dan bertindak diluar timbang rasa Iman. Mengapa 32 tahun kezaliman Hosni anda diamkan, 1 tahun perubahan Morsi anda bertindak keterlaluan? Padamlah cahaya dari bumi mesir ini, hilang satu-satunya suara lantang dari negara islam dunia. 


11: Sejarah hanya berulang semula, Umar Abd Aziz hanya sempat memerintah dua tahun, lalu dibunuh oleh kerabat sendiri kerana khianat. Sedangkan baginda memerintah dengan cukup adil. Begitu juga Saidina Uthman, beliau dibunuh ketika usianya 86 tahun, rumahnya dikepung selama 40 hari oleh golongan pemuda islam yang bodoh, lalu beliau dikerat tangannya , dan dipancung tanpa belas kasihan oleh pedang milik islam sendiri. sejarah sekadar berulang. Disebalik kebodohan minoriti muslim ini, kita pemerhati luar tidak sudah-sudah menghentam Yahudi yang berada disebalik konspirasi ini. 

12: CUKUP!! Berhenti menunding jari kepada Yahudi, pandanglah kepada diri sendiri! ahh.. mudah benar kita ini, berlaku apa-apa kekalutan dan kecelakaan, kita berasalan, 'ahh.. ini agenda Yahudi.' Sedangkan yang berteriak membakar gambar Morsi, memancung saidina Uthman, dan membunuh Khalifah Umar Abd Aziz adalah mereka yang sama mengucap dua kalimah syahadah! Kalau benar pun Yahudi terlibat, apakah bodoh benar kita ini untuk mengikut mereka?? 


13: Ya.. peristiwa pembunuhan saidina Uthman menyaksikan puak Yahudi yang mengapi-apikan kemarahan. Tetapi siapa yang mara membawa pedang meragas istana dan memancung saidina Uthman?? Bukankah islam itu sendiri? Yahudi hanya bertepuk tangan. Silap-silap, Yahudi berkata didalam hati, "alamak, gua acah je.. sampai mati pemimpin mereka dibuatnya.." 

14: Buat kita pemerhati luar, bukalah tempurung besimu, lihatlah sekitar mu kini, maka nanti aku akan bertanya, puas hati sekarang? Disaat nanti pintu sepadan rafah kembali dikunci, negara mesir kembali ditindas, aku ingin bertanya, 'puas hati sekarang?" dan ketika islam dimain-mainkan, dihina, negara islam dizalimi, dan ketika itu OIC berlari bersembunyi dalam dasar laut, ketika itu semua mencari mana pemimpin negara islam yang berani bangun melawan? Pandang kiri, saudi menyorok dibawah meja, pandang kanan, Malaysia berlari bersembunyi dalam bilik paip bomba, dan ketika itu, aku ingin bertanya, "Puas hati sekarang?"


15: Musuh islam sedang berpesta, dan si bodoh-bodoh di mesir itu pun sedang bergembira, entah apa yang mereka suka. Ingat, jika Morsi hidup, ia tetap pakar kejuruteraan kimia, 30 juzuk tetap tak lekang dalam kepalanya, dan jika beliau mati pun, syurga sedang menantinya. Sekarang kita dan musuh islam sama-sama bersuka. Tunggulah.. tak lama.. nanti dunia islam akan kembali menderita. Ketika itu, aku ingin bertanya, mungkin ini yang kalian mahukan?

Hosni Mubarak kembali 'bebas'

Posted: 22 Aug 2013 04:26 PM PDT

16 Syawal 1434 H. [MOD] -

Hosni Mubarak kembali 'bebas'
Hosni Mubarak

Bekas Presiden ditahan di rumah selepas dua tahun dipenjara 


Kaherah: Pemimpin Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak, dibebaskan dari penjara semalam dan dihantar ke hospital tentera di sini di bawah perintah tahanan rumah, lapor televisyen rasmi. 


Sebuah helikopter membawa peralatan perubatan membawa Mubarak ke hospital tentera di daerah Maadi, selatan Kaherah. 


Rakaman televisyen menunjukkan helikopter membawa Mubarak tiba di tapak pendaratan di luar hospital dekat Sungai Nil. 



Mubarak segera dibawa masuk ambulans dengan kawalan ketat dan dihantar ke dalam hospital. Bekas Presiden Mesir itu tidak kelihatan kepada kru televisyen sepanjang liputan berkenaan. 



Ini berikutan arahan mahkamah supaya beliau dibebaskan kelmarin berikutan lebih dua tahun dalam tahanan. 



Perkembangan itu adalah yang terbaru sejak beliau disingkirkan dalam kebangkitan rakyat pada 2011. 
Cetus ketegangan baru 



Pada masa sama, ia dianggap berpotensi mencetuskan ketegangan baru di kalangan penduduk yang sudah berpecah-belah. 



Ia juga akan menaikkan kemarahan terhadap kerajaan yang disokong tentera dan dakwaan Ikhwanul Muslimin bahawa rampasan kuasa tentera bulan lalu terhadap Presiden Mohammed Morsi adalah langkah ke arah mengembalikan rejim lama. 



Kelmarin, Perdana Menteri sementara Mesir, Hazem el-Beblawi, mengarahkan Mubarak dikenakan tahanan dalam rumah sebagai sebahagian langkah darurat yang dilaksanakan bulan ini selepas penyingkiran Morsi. 



Keputusan bertujuan meredakan kritikan berhubung pembebasan Mubarak dan memastikan dia hadir di mahkamah minggu depan bagi perbicaraan berasingan. 



Mahkamah arah bebas 



Pengumuman El-Beblawi dibuat beberapa jam selepas mahkamah mengarahkan Mubarak dibebaskan buat kali pertama selepas ditahan pada April 2011. 



Sejak hilang kuasa, penyokong Mubarak membuat beberapa pendedahan bercanggah termasuk beliau yang berusia 85 tahun menderita serangan angin ahmar, serangan jantung dan koma. Pengkritik menyifatkannya cubaan menagih simpati rakyat bagi meringankan hukuman. 



Isterinya, Suzanne, yang tinggal di Kaherah kerap melawat Mubarak dan dua anak lelaki mereka di penjara. 



Mubarak turut berdepan perbicaraan semula dakwaan bersubahat dalam pembunuhan penunjuk perasaan dalam kebangkitan 2011. - AP

Nuffnang