Direct Free Kick |
KENYATAAN AKHBAR : PROJEK SURI HIJAU MAMPU JIMATKAN PERBELANJAAN HARIAN. Posted: 22 Aug 2013 09:48 PM PDT Projek SURI HIJAU bagi Kawasan Dewan Negeri Chempaka akan dilancarkan oleh isteri Ahli Dewan Negeri (ADN) itu, Puan Salasiah Zakaria pada 25 Ogos 2013 ini jam 12 tengah hari di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah sempena Majlis Hari Raya Aidilfitri ADN tersebut. Projek ini adalah untuk menggalakkan suri rumah menanam keperluan harian mereka. Di antara tanaman-tanaman yang digalakkan ditanam adalah lada, bawang, serai, halia, kunyit, lengkuas, daun kesum, limau purut, limau kasturi daun pandan dan daun saderi. Seramai 30 orang suri rumah akan menerima kit permulaan (starter kit) untuk membantu mereka memulakan penanaman. Selain dari itu, kursus-kursus bimbingan akan dianjurkan bagi memastikan para suri rumah mendapat hasil tanaman yang baik. Pertandingan-pertandingan juga akan dianjurkan untuk memberi galakan kepada para suri rumah yang menyertai projek ini. Adalah diharapkan agar projek ini akan dapat membantu mengurangkan perbelanjaan harian keluarga mereka yang mengambil bahagian. Iskandar Abdul Samad Ahli Dewan Negeri Chempaka 23 Ogos 2013 |
You are subscribed to email updates from Iskandar A Samad's Direct Free Kick To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan