Sabtu, 20 Oktober 2012

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


ADUN SELAT KLANG sokong sepenuhnya usaha kitar semula sisa minyak

Posted: 20 Oct 2012 08:47 AM PDT

 PUSAT KOMUNITI WANITA BERDAYA
DUN SELAT KLANG
20/10/12


YB Dr Hjh Halimah Ali melancarkan program kitar semula sisa minyak masak anjuran PUSAT WANITA BERDAYA DUN SELAT KLANG dengan kerjasama LUAS dan syarikat kilang biodiesel.

Alhamdulillah, sambutan daripada wanita yang terdiri daripada surirumah. Minyak dapur yang telah banyak dibuang begitu sahaja samada terus ke sinki yang akhirnya akan menuju longkang, parit, sungai dan seterusnya ke laut.
 Tidak kurang peniaga goreng pisang, dan warung-warung yang menuangkan minyak sisa dapur ini ke dalam tong sampah atau terus ke longkang.

Dengan usaha menggunakan sisa minyak ini untuk diproses atau dikitar semula untuk melahirkan bahan tenaga khususnya biodiesel yang menggantikan diesel biasa.

Yang menakjubkan asap yang keluar daripada exhaust kereta yang dibawa syarikat tersebut oleh JAAFAR ABDULLAH berwarna putih yang hanya samar-samr. Baunya pula mirip bau yang seperti bau goreng di dapur.
 Tidak ada bau teruk yang lazim keluar daripada kereta yang menggunakan diesel biasa.

Difahamkan oleh En Mazlan, Penolong Pengarah ALAM SEKITAR daripada LUAS, maintenance kereta juga mudah kerana combustion atau pembakaran biodiesel ini lebih efisyen dan bersih.

Turut hadir JKKK , wakil masjid dan PA ADUN SELAT KLANG.
Tahniah kepada Hjh Pujiah Bahran, Ustazah Muntamah dan Puan Anees kerana berjaya mencari ruang memberdayakan wanita. Boleh jual sisa minyak!




Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


YB Dr. Ahmad Yunus Rasmikan Gelanggang Futsal Dun Bangi Di Kajang Utama: Mengapa Pembinaan Tidak Menurut Spesifikasi Pekej Ditentukan ?

Posted: 20 Oct 2012 04:44 PM PDT

Posted: 20 Oct 2012 04:38 PM PDT

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


[Perbahasan Parlimen] Gimik politik atau realiti: "krisis air" di Selangor

Posted: 20 Oct 2012 04:13 AM PDT

My debate with Minister of Energy, Green Technology and Water Dato' Sri Peter Chin regarding Non-Revenue Water in Selangor:-

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui:
Mengenai masalah air di Selangor. Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, soal air ini di Selangor ini hangat dibincangkan. Sampailah isu ini sekarang digunakan sebagai bahan politik. Sebenarnya Yang Berhormat, utiliti seperti air dengan elektrik ini kita janganlah politikkannya sebab ini sebagai bahan yang kita kena guna untuk kehidupan kita, untuk industri kita. Kalau kita politikkannya dan akhirnya siapa yang akan menghadapi masalah? Ya, negara kita. Kalau kita sebut Selangor, Selangorlah yang akan hadapi masalah. Apa masalahnya kalaulah tidak ada air, siapa yang akan invest di Selangor? Semua FDI ini akan habislah, tamat. Macam mana you hendak bina Selangor jadi negara maju kalau tanpa air? 

Jadi, maksud saya ialah Yang Berhormat sebab perkara ini, kita binalah Selangor Langat 2. Jangan tahankan. Ya, Yang Berhormat, jangan tahankan. Hari ini baru saya baca Yang Berhormat Subang katakan, “Oh!I Ini Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dia terima salah nasihat daripada perundangan”. This is just for the sake of argument Yang Berhormat. Kalau kita binalah Langat 2 ini, Langat 2 tidak payah Selangor keluar duit. Hanya berikan kelulusan untuk membina sahaja. Oleh sebab itu, saya selalu sebut kepada Yang Berhormat Bandar Tun Razak, janganlah kita ambillah perkara ini sebagai bahan politik. 

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Minta penjelasan. 

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui: Saya mintalah kita kerjasama antara Selangor dengan Kerajaan Persekutuan supaya kita buatlah Langat 2 supaya kita cukup air. Cukup air bukan untuk masa sekarang, cukup air untuk masa 2016, 2017, 2018 dan sebagainya. 

Seorang Ahli: Open tender. 

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Minta penjelasan. 

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui: Buat tender, yes. No problem. Buat tender. Ya. 

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Saya hendak tanya sedikit okey. Selain daripada kita membina Projek Langat 2, saya rasa satu isu penting di negeri Selangor adalah tentang kadar itu non-revenue water (NRW) dengan izin. Saya rasa sekarang NRW di negeri Selangor adalah sebanyak 32.3%. Kalau berbanding dengan Pulau Pinang di mana NRW hanya merupakan 18.4%. Jadi, saya hendak tanya adakah kementerian apa itu usaha untuk menurun ini NRW? Saya rasa air ini walaupun air ini telah dirawat oleh SYABAS tetapi air ini tidak boleh diguna oleh pelangganpelanggan kerana semua telah dibazirkan kerana paip sudah usang, paip bocor dan lain-lain isu. 

(More......)

[Malaysiakini] MP: Gov't abused telcos by spamming customers

Posted: 20 Oct 2012 04:03 AM PDT

Source: Malaysiakini

Serdang MP Teo Nie Ching today alleged that major telcos spamming five million Merdeka celebration text messages was a breach of the Personal Data Protection Act and an abuse by the government.

"Personal data is given in confidence to telecommunications service providers for the purpose of obtaining their services, and shall not be used for any other purposes without the consent of the data subject," she said in a statement today.

NONETeo was responding to the, Communications and Culture Ministry'srevelation in Parliament that the government sent 5,782,000 text messages for this year’s Merdeka celebration through cellular service providers Celcom, Maxis, DiGi and U-mobile.

Parliament was further informed that the barrage of text messages that cost RM332,599 was borne entirely by the telco companies.

(More......)

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Menjawab Auta TV3 dan Ketua Umno Cawangan

Posted: 20 Oct 2012 07:26 AM PDT

Air tidak surut : gambar ini diambil jam 5.30 petang hari jumaat dihadapan rumah ketua kampung johan setia
Saya tidak berkesempatan menonton TV3 semalam namun saya dihubungi tanpa henti oleh pengundi-pengundi di Parlimen saya selepas siaran berita TV3 menyiarkan lapuran keadaan banjir di Kampung Johan Setia.

Mengikut lapuran dari penonton-penonton TV tersebut kononnya Ketua Umno Cawangan mengakui bahawa saya dan YB Shuhaimi Shafiee ada turun melawat mangsa banjir tapi tidak berbuat apa-apa untuk mengelakkan banjir tersebut dari berlaku.

Untuk makluman semua Ketua Umno Cawangan nampak begitu naif dan bercakap tidak mengikut fakta dan memalukan diri sendiri.

Ini adalah fakta kerja-kerja Tebatan Banjir yang telah YB Shuhaimi dan saya dilakukan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran Klang.


1. Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Saliran Di Kawasan Johan Setia @ Kg. Sc. Mukim Klang, Selangor Darul Ehsan (siap Julai 2012) Kos rm350,000

2. Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Saliran Serta Pengukuhan Tebing Dan Ban Parit Tanah Kg. Johan Setia Bermula Ch Di Hadapan Sek. Menengah Johan Setia Utk Mencegah Banjir Di Kwsn Kg. Johan Setia, Daerah Klang, Selangor (Siap September 2012) Kos rm320,000

3. Kerja pengorekan dan pembersihan parit johan setia dari persimpangan Jalan Banting sehingga ke Jalan Kebun. (Siap September 2012) kos rm20,000

4. Kerja pengorekan dan pembersihan parit Jalan Kebun dari SMK Jalan Kebun sehingga ke persimpangan Jalan Kampung Lombong (Siap September 2012) kos rm20,000

Jumlah keseluruhan adalah rm 710,000. 

5. Disamping itu, susulan dari banjir pada 19 Oktober 2012 JPS Klang sedang dalam pelaksanaan kerja pengorekan parit sepanjang Jalan Pandamar, dan juga sepanjang Jalan Rojian.

Umum mengetahui.keadaan sebenarnya punca banjir adalah paras air laut yg tidak surut atau istilah (air pasang keling). Hujan yang turun menyebabkan air semakin bertakung lalu mengakibatkan banjir.Ianya satufenomena alam, tiada manusia yg mampu mengatasinya. Adalah jelas bukan kerana longkang atau parit yang tersumbat, tidak dikorek atau YB tak buat kerja.

TV3 hanya mencari keuntungan politik sahaja. Saya tidak mengungkit tapi kalau fenomena seperti ini apakah YB Umno boleh buat. 

Apa pun menjadi kebanggaan saya bila saya bersama sukarelawan Jabatan Amal, Briged Amal, Sukarelawan Masjid An Naim Jalan Kebun, Persatuan Penduduk Taman Setia membantu membersihkan rumah-rumah dan semasa lawatan tersebut tidak ada seorang pun yang saya temui menyalahkan sesiapa, sebalik menyatakan apa yang berlaku adalah takdir dari Allah SWT.

Hairan bin ajaib dari pukul 3 pagi Jumaat hingga pukul 1.00 tengahari saya bersama sukarelawan berada di Kampung Johan Setia tidak kelihatan langsung Ketua Kampung tersebut, JKKP dan RELA datang membantu .... sebaliknya saya diberitahu ramai anggota RELA sepatutnya membantu mangsa-mangsa banjir dikampung mereka tetapi mereka lebih rela bertugas menjaga lalu lintas dirumah kenduri ... kerana imbuhan yang tak seberapa.



Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on AES was awarded to Beta Tegap Sdn Bhd and Commercial Circle Sdn Bhd as early as in 2005/6 when Chan Kong Choy was the MOT by wondering...

Posted: 20 Oct 2012 05:45 AM PDT

So… The sleepy head really mess up our country … From MAS catering contract ,special treatment for aa and now the AES … Hope no more suprise for malaysian in the future from his legacy ..

Comment on AES was awarded to Beta Tegap Sdn Bhd and Commercial Circle Sdn Bhd as early as in 2005/6 when Chan Kong Choy was the MOT by Pak Ngah

Posted: 20 Oct 2012 04:43 AM PDT

mana boleh mengunakan data 2006 untuk 2012. Kerajaan jangan memperbodohkan rakyat. Batalkan tender Slumber Jack dan panggil tender semula untuk sekarang.

Comment on AES was awarded to Beta Tegap Sdn Bhd and Commercial Circle Sdn Bhd as early as in 2005/6 when Chan Kong Choy was the MOT by Ragunathan

Posted: 20 Oct 2012 03:05 AM PDT

Just halt the AES and have re-tender it. The data in 2006 were all outdated in 2012. We want the best. We don’t want rubbish. Please press on during the Committee Stage.

Comment on AES was awarded to Beta Tegap Sdn Bhd and Commercial Circle Sdn Bhd as early as in 2005/6 when Chan Kong Choy was the MOT by Anonymous

Posted: 19 Oct 2012 07:42 PM PDT

This was part of the 4th Floor Project. The Slumber Jack should be shot for the AES. Najib is suffering from the legacy of the Slumber Jack and his 4th Floor boys.

Comment on AES was awarded to Beta Tegap Sdn Bhd and Commercial Circle Sdn Bhd as early as in 2005/6 when Chan Kong Choy was the MOT by Admin

Posted: 19 Oct 2012 11:41 AM PDT

PLEASEHAVE A LOOK AT complains from public all over the world here: http://fireredflex.com/cameras.html,

Direct Free Kick

Direct Free Kick


Program Wanita Berdaya di Chempaka 20 Okt 2012.

Posted: 20 Oct 2012 12:40 PM PDT

Program Wanita Berdaya di Chempaka - 20 Okt 2012.

Posted: 20 Oct 2012 12:36 PM PDT

Sent from my Nokia phone

Program Wanita Berdaya di Chempaka 20 Okt 2012.

Posted: 20 Oct 2012 12:32 PM PDT

20 Okt 2012 - Program Mencorak Wanita Berdaya di DN Chempaka.

Posted: 20 Oct 2012 05:29 AM PDT

Gwo-Burne for Kelana Jaya

Gwo-Burne for Kelana Jaya


UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2013

Posted: 17 Oct 2012 12:15 PM PDT

OLEH AHLI PARLIMEN KELANA JAYA PADA 18 OKTOBER 2012 Terima kasih Yang Dipertua kerana mengizinkan saya membahaskan Bajet 2013. Di dalam perbahasan ini, saya ingin hanya menyentuh enam perkara dengan ringkas. Pertamanya ialah mengenai Petunjuk Indeks Prestasi atau lebih dikenali dengan singkatannya KPI, dengan izin. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menanamkan disiplin terhadap anggota kabinet beliau mengenai penilaian [...]

Lim Kit Siang

Lim Kit Siang


MCA’s death knell gets louder

Posted: 19 Oct 2012 10:26 PM PDT

Stanley Koh | October 20, 2012 Free Malaysia Today The party goes into a crucial annual assembly amidst doubts over its chances of recovery. COMMENT Chinese voters are no longer asking whether MCA will remain credible as part of the ruling coalition, but whether it will survive even as an opposition party. The general belief [...]

How do Najib, Nazri or MACC know whether RM40 million “smuggled” cash at HKIA in August 2008 was laundered money or not?

Posted: 19 Oct 2012 09:37 PM PDT

The Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak yesterday denied that there was any attempt to illegally smuggle the RM40 million "donation for Sabah Umno" into the country. Responding to a question at a press conference at the UMNO headquarters yesterday, Najib curtly said "No" when asked whether there was any basis to the opposition claim [...]

HK dropped Musa’s case after MACC probe, says Nazri

Posted: 19 Oct 2012 06:05 PM PDT

By Clara Chooi Assistant News Editor The Malaysian Insider Oct 20, 2012 KUALA LUMPUR, Oct 20 ― Putrajaya has confirmed that Datuk Musa Aman was only cleared of corruption after Malaysian graftbusters told Hong Kong authorities that a RM40-million cash contribution allegedly meant for the Sabah chief minister was a "political donation" to Umno. De [...]

The Choices Before Us – Emigration, Encampment or Engagement

Posted: 19 Oct 2012 08:25 AM PDT

By Thomas Fann 19.10.2012 I had an interesting conversation with a friend this week about some of the choices made by people we know. Over dinner, my friend related to me about his brother who had worked and lived in France for many years and how he had decided to return to Malaysia for his [...]

.

.


Rekod Lebihan Surplus Yang Paling Tinggi Dalam Sejarah Pulau Pinang Yang Naik 312% Kepada RM 138 Juta Pada 2011(bm/cn)

Posted: 19 Oct 2012 03:00 PM PDT


Published on  October 16, 2012 , 2:33 pm in EconomyComments
Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar George Town Pada 15.10.2012.
Rekod Lebihan Surplus Yang Paling Tinggi Dalam Sejarah Pulau Pinang Yang Naik 312% Kepada RM 138 Juta Pada 2011 Berbanding RM 33 Juta Pada 2010 Adalah Usaha Gigih Rakyat Pulau Pinang Dan Semangat Berpasukan Semua Anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri.
Pengesahan Laporan Ketua Audit Negara 2011 bahawa lebihan surplus yang paling tinggi dicatat dalam sejarah Pulau Pinang yang naik 312% kepada RM 138 juta pada 2011 berbanding RM 33 juta pada 2010 adalah usaha gigih rakyat pulau pinang dan semangat berpasukan semua anggota pentadbiran kerajaan negeri. Pentadbiran Cekap Akauntabel dan Telus atau CAT kerajaan negeri PR telahpun membolehkan surplus naik RM 105 juta dalam setahun ke rekod RM 138 juta berdasarkan kenaikan hasil yang dikutip yang naik RM 192 juta atau 47% daripada RM 411 juta pada 2010 kepada RM 603 juta pada 2011 sungguhpun perbelanjaan mengurus naik RM 88 juta atau 23% daripada RM 377 juta pada 2011 kepada RM 465 juta pada 2011.
Kerajaan negeri juga berterima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz(Free Malaysia Today Online news) yang mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Pulau Pinang atas pengurusan kewangan baik negeri, khususnya dalam menaikkan kutipan hasil sebanyak 47% atau RM 192 juta. Sungguhpun prestasi kewangan adalah yang paling baik dalam sejarah negeri Pulau Pinang, maka kerajaan negeri menerima teguran Laporan Ketua Audit Negara dengan hati terbuka.
Saya telahpun mengarahkan jawapan daripada semua jabatan berkenaan sekiranya ada kelemahan yang harus diperbaiki ataupun ada teguran audit yang tidak berasaskan fakta ataupun disebabkan oleh kesilapan pihak lain dan bukannya melibatkan kerajaan negeri. Di antara teguran audit yang saya hendak jelaskan di sini adalah bahawa daripada RM 557.25 juta yang diperuntukkan kepada 9 jabatan Negeri untuk menjalankan 2,489 projek, hanya RM 171.05 juta telah dibelanjakan, ataupun RM386.2 juta tidak dibelanjakan.
Sebenarnya hanya RM 23.9 juta yang tidak dibelanjakan dan bukannya RM 386.2 juta. RM 23.9 juta tidak dibelanjakan kerana projek bermula lewat dan jabatan telahpun diarahkan untuk memastikan kelewatan dapat dielakkan.
Baki RM 362.3 juta tidak dibelanjakan disebabkan oleh dua (2) perkara utama iaitu:
• RM 100 juta yang diperuntukkan untuk pengambilan tanah hub pendidikan Asian Women Leadership University atau AWLU di Kampung Genting, Balik Pulau tidak dibelanjakan apabila AWLU bersetuju memilih tapak kerajaan negeri di Pondok Upeh. Oleh itu pengambilan tanah di Kampung Genting dibatalkan dan kos RM100 juta dijimatkan; dan
• RM 262.3 juta diperuntukkan untuk membayar hutang pinjaman projek bekalan air yang tidak perlu lagi dibelanjakan selepas perjanjian penghijrahan aset air kepada kerajaan persekutuan menerusi Perbadanan Asset Air Bhd(PAAB). Ini adalah kerana kerajaan persekutuan diperlukan membina Empangan Air Mengkuang dan mengambilalih hutang pinjaman ini sebagai pra-syarat kerajaan negeri bersetuju menyerahkan aset air kepada PAAB.
Laporan Ketua Audit Negara telahpun menyatakan bahawa daripada 2,489 projek yang telah diluluskan pada 2011, 2455 projek (iaitu 98.6%) telah siap sepenuhnya. Hanya dua perbelanjaan besar sebanyak RM 362.3 juta tidak dijalankan seperti yang dijelaskan di atas.
Daripada jumlah peruntukan RM557.25 juta hanya RM23.9 juta tidak dapat dibelanjakan kerana lewat berjalan projek. Pada keseluruhannya ulasan Ketua Audit Negara adalah bahawa pencapaian yang baik dari segi bilangan projek yang berjaya disiapkan.
Lim Guan Eng

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


The Murder of Altantuya Shaariibuu

Posted: 19 Oct 2012 10:29 PM PDT

From Asia Sentinel
By John Berthelsen

Six years on, troubling questions remain about the Mongolian beauty’s death, and who ordered it

It will be six years tomorrow since bodyguards for now-Malaysian Prime Minister Najib Tun Razak dragged the Mongolian translator and party girl Altantuya Shaariibuu out of a car in a patch of jungle near the Kuala Lumpur suburb of Shah Alam. As she begged for her life and apparently that of her unborn child, they knocked her unconscious, then shot her twice in the head. 

That was Oct. 19, 2006. According to court testimony, Chief Inspector Azilah Hadri and Corporal Sirul Azhar Umar, members of the elite Unit Tindakan Khas, both assigned to Najib's office, then wrapped Altantuya's body in C4 plastic explosives and blew her up, possibly to mangle her remains so badly that the fetus would be destroyed. 

Sirul Azhar was interrogated by police shortly after the murder was discovered. He was informed that anything he said could be held against him, in accordance with the law. In his cautioned statement, as his confession was called in Malaysia, he told authorities he and Azilah had been offered RM100,000 to kill the woman and her two companions, who were causing highly public embarrassment for Abdul Razak Baginda, Najib's best friend. The 28-year-old Mongolian woman, in a letter found after her death, wrote that she was sorry she had been blackmailing Razak Baginda, who had jilted her after a jet-setting whirl throughout Europe and Asia.
If French police records are to be believed, Razak Baginda was allegedly central to a massive bribery case in which a total of nearly €150 million in payments were steered to two Razak Baginda companies, Perimekar Sdn Bhd and Terasasi Hong Kong Ltd. 

As Asia Sentinel reported earlier this year, records seized by the French police show that former Prime Minister Mahathir Mohamad and the French Foreign Minister Alain Juppe were aware of the transactions. Memos obtained by Asia Sentinel show the French expected at least part of the money to be steered to the United Malays National Organization, Malaysia's biggest ethnic political party. 

Sirul's confession was never admitted in court despite its seeming legality. And, despite a 14-month trial, neither the prosecutors, the defense nor the judge asked who had offered the RM100,000 payment to the two men. Najib's chief of staff, Musa Safri, reportedly dispatched the two policemen to pick up Altantuya and her companions, who mercifully weren't around when the two murderers abducted Altantuya, or presumably they would have died with her, As nearly as can be detremined from official records, Musa Safri was never questioned about the matter, nor was Najib. 

This recounting is important because in recent weeks Najib's government has embarked on a concerted legal campaign to discredit a long string of political reform and independent news organizations who have kept the Altantuya story and others concerning corruption and political misdoings alive in Malaysia. Instead, the government and UMNO leaders have accused the reformers of being the tools of the opposition Pakatan Rakyat coalition, or of foreign powers, out to destabilize Malaysia. The presumptive foreign powers are shadowy ones, sometimes German, sometimes American, sometimes Israeli, sometimes unnamed. Enormously long blogs have been written calling into question the French documents, which were published by Asia Sentinel.

But whoever these foreign powers are, they are cast as out to hoodwink Malaysia's voters out of the government that is best for them in national elections to be held sometime next year, probably in April. This is an old story, peddled by a long string of disreputable governments across the world when reformers get too close, and it may hold sway again in Malaysia. 

But there is one incontrovertible fact. Altantuya Shaariibuu is dead, and she appears to have been killed at the behest of someone with considerable clout in Kuala Lumpur. If her dying statement to Sirul Azhar, as he recounted it in his confession, is to be accepted, she appeared to have been carrying the baby of someone, perhaps high in power in Malaysia. 

And, despite indignant denials from the powers that be, Altantuya appears to have had inside knowledge of the later events in France when Razak Baginda and Najib Tun Razak visited to deal with matters surrounding the purchase of Scorpene submarines from the French contractor DCN. 

Although pro-government critics have denied she had ever visited France, according to testimony given by Abdul Razak when he was under investigation for ordering the two bodyguards to kill Altaantuya, he himself told investigators he traveled with her to France in 2005. 

Records seized by French investigators from DCN, the defense contractor that sold Malaysia the submarines, bear that out, According to French investigators' records, Abdul Razak Baginda and Altantuya met with Jean Marie Boivin, the alleged French fixer who helped to organize "commissions" for friends in high places to pick DCN's submarines on that same trip. Boivin arranged to pay for a jaunt by Altantuya and Abdul Razak to Macau.

Najib has sworn on the Quran that he never met Altantuya, although she was in France at the same time as he was, accompanying Najib's best friend, Abdul Razak Baginda. On June 11, 2005, Najib gave a press conference after having visited the site where the Scorpene submariners were being trained. 

"As a maritime nation, (the) acquisition will give our navy the added capabilities," he told the media. Earlier, in the port city of Brest, Najib visited a naval base where Malaysian navy submariners were training, and, according to the log of an Australian submariner association, presented jackets made available by Perimekar – Abdul Razak Baginda's company – to the crew.

Back in Kuala Lumpur when it was realized that Altantuya was missing, her cousin lodged a police report and sought help from the Mongolian embassy in Bangkok. The Malaysian police found fragments of bone, later verified as hers, in forested land near Shah Alam. The honorary Mongolian consul in Malaysia was given a packet of pictures of Altantuya in Paris, apparently recovered from her hotel room. She had posed in front of the Louis Vuitton headquarters and a variety of other Paris sites. Altantuya's cousin said she had been shown a picture of the dead woman at a dinner with Najib. If it existed, it was not included in the packet made available to the Mongolian consul, who forwarded the rest of them to Asia Sentinel.

After the arrest of Razak Baginda and the two policemen, there ensued a carnival of a trial in a Malaysia high court, in which prosecutors were switched at the last minute; in which Abdul Razak Baginda was acquitted without having to put on a defense; in which nobody in Najib's office was called to testify about who offered to pay the RM100,000; in which Sirul's confession was never introduced, nor was he asked about any of the facts in it; in which nobody ever asked why immigration records for Altantuya and her two companions disappeared; why or how the two policemen were able to get their hands on C4 plastic explosives available only to the military in the bid to destroy her body. The honorary consul was never asked who gave him the pictures, nor if there others that might have shown more than just her.

On Feb. 3, 2009, Sirul pleaded with the court not to sentence him to death, describing himself as “a black sheep that has to be sacrificed” to protect unnamed people. “I have no reason to cause hurt, what’s more to take the life of the victim in such a cruel manner …. I appeal to the court, which has the powers to determine if I live or die, not to sentence me so as to fulfill others’ plans for me.” 

Eventually the two bodyguards were convicted and packed off to prison. They launched appeals, then other appeals. Their appeals were supposed to have been heard in February this year, eight months ago. Mysteriously their appeals have been delayed. They were supposed to be heard in August. They have been delayed again, and the suspicion is that they will be delayed until after the next election, or perhaps forever. 

Altantuya Shaariibuu continues to await justice. Birnam Wood still may come to Dunsinane

Tekad Kita Pertahankan Perlembagaan dan Keharmonian

Posted: 19 Oct 2012 12:08 PM PDT

“……. menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.”
- Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu, 31 Ogos 1957

Pakatan Rakyat terbina di atas keringat rakyat yang dahagakan perubahan di negara ini. Bumi bertuah ini tidak kurang bakat dan khazanahnya. Malangnya jika gagal ditadbir urus dengan baik, semua potensi yang kita miliki akan hancur sia – sia akhirnya.

Usaha terdesak pimpinan UMNO dan Barisan Nasional memainkan isu agama dan perkauman; meniup api kebencian di kalangan rakyat; memomokkan rakyat dengan ancaman ketidakstabilan dan kacau – bilau adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Mewar – warkan penglibatan anasir asing dalam politik negara; cuba mewujudkan keresahan dengan melaga – lagakan di kalangan penganut agama dan cuba menyemarakkan api perkauman sesama rakyat adalah taktik politik yang lapok, jijik dan biadap. Lebih biadap tatkala pimpinan Umno dan Barisan Nasional yang ketandusan isu menuduh Pakatan Rakyat berniat mengubal perlembagaan dan memporak – perandakan negara.

Pakatan Rakyat telah menandatangani Dasar Bersama pada Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama – menegaskan bahawa ketiga – tiga parti; Keadilan-PAS-DAP menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan amalan demokrasi Raja Berperlembagaan. Ketegasan ini membuktikan bahawa Pakatan Rakyat tuntas untuk mengembalikan Malaysia sebagai negara yang patuh pada keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang – undang. Keharmonian sesama kaum, bekerjasama membentuk negara Malaysia yang lebih baik menjadi tema perjuangan Pakatan Rakyat sejak dari awal lagi.

Tuduhan tak berasas bahawa negara kucar – kacir apabila Pakatan Rakyat memerintah kelak ternyata seperti anjing menyalak bukit, takkan runtuh – kebaikan yang dicela kebejatan, tentu tidak akan binasa kebaikannya. Laporan Audit Negara 2011 yang memuji kecekapan dan tadbir urus baik negeri – negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat membuktikan kemampuan dan kesediaan Pakatan Rakyat untuk benar – benar membawa perubahan dan menawarkan tadbir urus yang lebih baik dan bertanggungjawab untuk sama – sama kita membina Malaysia yang lebih baik.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk menolak pimpinan dan pemerintahan yang saban hari menyemai api kebencian, menanam ranjau pertelingkahan yang akhirnya akan menghancurkan negara. Sudah tiba masanya kita kembalikan halatuju negara ke arah membentuk masyarakat madani yang harmoni dan mengangkat ketamadunan bangsa kita menjadi bangsa yang berilmu, beradab dan bermaruah.

Reformasi!

ANWAR IBRAHIM

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Haram mengundi MCA, Umno bagaimana?

Posted: 19 Oct 2012 04:49 PM PDT

4 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


Riduan Mohd Nor,

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik kenyataan keras Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Ali yang membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya ekoran kenyataan terbaru Presiden MCA berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.



DPPM menganggap Perkasa masih mempunyai iman di hati kerana sanggup mempertahankan Islam dengan mengeluarkan kenyataan keras seperti ini meskipun akan dibenci oleh pemimpin Umno BN serta rakan-rakan NGO mereka yang lain.

Setidak-tidaknya Perkasa berani mengeluarkan kenyataan beramaran tersebut yang pastinya akan menyentakkan pemimpin MCA. Kebenaran perlu ditegakkan meskipun ianya pahit untuk ditelan.

Namun demikian DPPM merasa sedih kerana para pemimpin Umno masih diam membatu dan 'menikus' untuk bangkit menegur atau mengherdik Presiden MCA itu.

Para ulama dan cendikiawan Islam di dalam Umno juga ramai, tetapi tidak ada seorang pun yang bangkit  lantang menegur pemimpin MCA. Seolah-olah tidak ada apa yang berlaku dan pemimpin Umno menganggap itu bukan suatu kesalahan.

Di sisi rakyat, kesalahan tersebut adalah suatu penghinaan terhadap agama Islam. Kesalahannya terlalu serius dan tindakan keras perlu diambil terhadap pemimpin seperti ini.

Lebih malang lagi, bukan sekadar tidak menegur, malah Umno masih lagi berkompromi dan menjalinkan kerjasama padu dengan MCA melalui BN. Seolah-olah kenyataan Presiden MCA yang terang-terangan menghina Islam tidak memberi apa-apa kesan terhadap hubungan erat antara mereka.

MCA masih lagi diberi tempat, kerusi, kedudukan bahkan bersuara apa sahaja yang mereka inginkan tanpa sekatan dan teguran dari pemimpin Umno. Apakah nilai pemimpin Islam seperti ini?

DPPM percaya, umat Islam di negara ini merasa malu kerana mendapat pemimpin negara yang begitu lemah sehingga ada pemimpin parti komponennya yang menghina Islam lalu mereka tidak boleh berbuat apa-apa.

Sehubungan itu, DPPM mencabar Perkasa keluarkan kenyataan dan pendirian tegas berhubung sokongan terhadap UMNO dalam Barisan Nasional dalam PRU13.

Jika mengundi MCA dianggap haram, mengundi Umno yang bersekongkol dengan MCA bagaimana pula?

Justeru, Jika benar Perkasa mahu mendaulatkan Islam dan menjaga kesucian Islam, mereka perlu tegas dalam menyatakan 'amar ma'aruf nahi mungkar' sekalipun mereka akan dihina dan dicemuh oleh Umno.

Persimpangan ini perlu dipilih dan Perkasa perlu ikhlas dalam menentukan hala tuju perjuangan mereka dengan berpandukan perkara berikut: Mahu menjaga kepentingan agama Islam atau kepentingan politik dan dunia yang sempit sehingga mengundang kemurkaan Allah SWT.

Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia

Mengapa Fathul Bari tidak bantah Chua Soi Lek?

Posted: 19 Oct 2012 04:48 PM PDT

4 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


Azhar Yahya,

Ketika Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya hudud dilaksanakan di Malaysia. Ramai tertanya-tanya, di manakah Fathul Bari yang dilihat sunyi sepi tidak membantah kenyataan tersebut.

Persoalan ini timbul apabila Fathul Bari sebelum ini banyak mengeluarkan kenyataan mewakili Ulamak Umno dalam berbicara tentang agama.

Sepatutnya kenyataan Datuk Seri Chua ini menjadi perhatian beliau untuk ditegur tanpa lengah kerana ia berkait rapat dengan kesucian Islam dan sensitiviti umat Islam.

Adakah beliau memilih isu menguntungkan sahaja untuk mengulas?

Isu-isu yang merugikan politik Umno ditinggalkan walaupun ia isu yang besar di sisi Islam.

Datuk Seri Chua yang memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali sebenarnya menggunakan cara yang sama yang diajar oleh Umno untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia.

Umno menakut-nakutkan orang ramai dengan pelbagai andaian yang karut sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Negara akan muflis, mundur ke belakang dan lain-lain lagi menjadi bebelan Umno ke mana sahaja mereka pergi.

Nampaknya Datuk Seri Chua belajar daripada Umno untuk menakutkan rakyat dengan menghina hukum Hudud. Beliau begitu berani menghina kerana yakin tidak ada sesiapa pun daripada kalangan pemimpin dan Ulamak Umno termasuk Fathul Bari akan menegur dan mengambil tindakan kepadanya.

Beliau yakin Umno dan Ulamaknya tidak akan berbuat apa-apa kerana ia memberi keuntungan kepada politik Barisan Nasional untuk menarik undi orang Cina.

Kalau PAS yang menegurnya, beliau tidak ambil kisah kerana memang sifat PAS yang suka membangkang.

Ini bukan kali pertama Umno dan ulamanya senyap dalam berdepan dengan kenyataan Datuk Seri Chua menghina hudud.

Ketika Datuk Seri Chua menyatakan bahawa Malaysia akan kehilangan pelabur dan negara akan binasa jika Hudud dilaksanakan selepas merasmikan forum mengenai Hudud di Wisma MCA, Umno dan ulamanya juga senyap tidak membantah.

Malah beliau juga menegaskan bahawa hudud tidak adil kepada semua khasnya kaum wanita di samping menyebut bahawa undang-undang Islam adalah kejam.

Mungkin kerana ugutan keras MCA akan keluar Barisan Nasional jika Umno melaksanakan hudud menyebabkan Umno dan ulamanya termasuk Fathul Bari menikus demi kepentingan survival politik mereka walaupun terpaksa menggadaikan Islam.

Penulis ialah Timbalan Ketua Ulamak Pelapis PAS (Pusat).

Najib enggan ulas isu hilang kerja kerana hudud

Posted: 19 Oct 2012 04:45 PM PDT

4 Zulhijjah 1433H. [MOD] -




 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang mendakwa 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika hukum hudud dilaksanakan.


"Saya tak nak komen (perkara itu)," katanya ringkas dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang ini.

Kenyataan Chua semalam menerima kritikan keras daripada PAS dan NGO pendesak Melayu PERKASA.

Ketua pemuda PAS Nasrudin Hasan mendakwa pemimpin MCA itu meracau-meracau dan cuba menjadi hero kartun apabila mengeluarkan kenyataan seperti itu.



Nasrudin juga berkata Chua tidak profesional kerana mengeluar kenyataan "dangkal", "melucukan" dan "tidak berasas" itu, dengan hanya bersandarkan SMS daripada individu yang tidak dikenali.

Manakala PERKASA hari ini membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya umum akan datang ekoran kenyataan terbarunya berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.

Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA.


Chua menimbulkan dakwaan itu dalam satu blog video dan di Facebook semalam, dengan memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali.


Beliau menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas sekiranya hudud dilaksanakan, termasuk pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan pengirim tersebut kerana panggilannya tidak disambut, katanya.


Sumber Asal : Malaysiakini/-

200 aktivis tuntut hubungan Jordan-Israel diputuskan

Posted: 19 Oct 2012 04:31 PM PDT

4 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


AMMAN 20 Okt. - Kira-kira 200 aktivis Jordan mengadakan demonstrasi di pejabat kedutaan Israel di sini, semalam, menuntut kerajaan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel.

Aktivis-aktivis sayap kiri dan kemerdekaan menggesa Amman menamatkan "dasar-dasar pemulihan" dengan Israel yang mereka dakwa telah "memusnahkan perjuangan rakyat Palestin" pada satu tunjuk perasaan sempena 18 tahun perjanjian damai di tandatangani antara kedua-dua negara, yang di sering dirujuk sebagai Perjanjian Wadi Araba.

Peserta demontrasi bertindak membakar bendera Amerika Syarikat (AS) dan Israel sambil melaungkan ke arah pejabat kedutaan "Tidak seorang Zionis di tanah Jordan" . - DPA


Nuffnang