Khamis, 20 Disember 2012

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Menyelaras Kerja Antara AJK Masjid Al-Umm & SRA Sungai Tangkas

Posted: 20 Dec 2012 03:46 PM PST

MY VOICE FOR NATION

Dr. Boo Cheng Hau's Trilingual Blog: SAY WHAT YOU LIKE

Dr. Boo Cheng Hau's Trilingual Blog: SAY WHAT YOU LIKE


Ucapan Perbahasan Bajet 2013

Posted: 20 Dec 2012 12:48 AM PST


Ucapan Perbahasan Bajet Negeri Johor 2013 Dr. Boo Cheng Hau ADUN Skudai merangkap Ketua Pembangkang DUN Johor pada 10 Disember 2012

Selamat pagi dan salam sejahtera. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Dato' Speaker kerana diberikan peluang untuk berbahas berkenaan Bajet Negeri Johor 2013.

PENDAHULUAN

YB Dato' Speaker,

Prestasi Ekonomi Negeri Johor dan Iskandar Malaysia

Pada tahun 2009 ekonomi Negeri Johor berasaskan KDNK menuncup -4.0%; KDNK per kaipta  menguncup dengan kadar yang amat membimbangkan,  iaitu sebanyak -12.5% dan KDNK per kapita berasaskan pariti kuasa beli menurun sebanyak -18.0%.

KDNK Negeri Johor pada tahun 2010 melonjat 9.3 %, KDNK per kapita dan KDNK per kapita berasaskan pariti kuasabeli melonjak sebanyak 12.0% dan 21.2%. KDNK Negeri bertumbuh sebanyak 5.9% pada tahun 2011.
kelonjakan pertumbuhan ekonomi ini disebabkan penguncupan ekonomi pada tahun 2009 dan cuma membawa prestasi ekonomi Negeri Johor ke tahap tahun 2008.

Indeks Harga Pengguna Malaysia Oktober 2012 (Kemaskini: 23/11/2012, Jabatan Perangkaan Malaysia)

Walaupun  KDNK Negeri Johor meningkat sebanyak 5.9%  pada tahun 2011,  inflasi mengurangkan kemampuan rakyat jelata menikmati pertumbuhan ekonomi.
Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi tempoh Januari hingga Oktober 2012 meningkat sebanyak 1.7% berbanding dengan  tempoh yang sama tahun 2011.  Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2012, indeks Makanan & Minuman Bukan Alkohol dan indeks Bukan Makanan mencatatkan kenaikan masing-masing sebanyak 2.8 dan 1.3 peratus

Perubahan IHP bagi tempoh Januari - Oktober 2012 / 2011

Kenaikan sebanyak 1.7 peratus dalam IHP adalah disebabkan oleh kenaikan indeks bagi semua kumpulan utama kecuali indeks Komunikasi ( - 0.7 peratus ) dan Pakaian & Kasut ( - 0.5 peratus ).

Kenaikan yang ketara bagi kumpulan utama yang berwajaran tinggi ialah indeks Makanan & Minuman Bukan Alkohol  ( + 2.8 peratus ); bagi IHP makanan, IHP ikan dan makanan laut melambung sebanyak 7.3%.

Oleh itu, salah satu kesan sampingan projek RAPID di Pengerang akan mendesakkan lagi permasalahan kekurangan bekalan makanan laut di Negeri Johorr  sebab Pengerang adalah salah satu tempat pengeluaran ikan dan makanan laut utama di Negeri Johor setakat ini.

Harga ikan dan makan laut dijangka akan melambung di Negeri Johor pada beberapa tahun akan datang.  Harga udang adalah RM 25 hingga 45 sekilogram,  ikan kembung yang paling murah pun mencecah RM 12 sekilogram, ikan bawal RM 45 sekilogram,  sotong RM 18 sekilogram.

Di sebaliknya harga petrol RON 97 RM 2.80 seliter iaitu RM 4 sekilogram.  Oleh itu, sama ada Projek RAPID akan sebenarnya membawa efek ekonomi yang positif perlu dikaji dengan terperinci.

Ucapan Bajet YAB Menteri Besar telah menyatakan bahawa 12 ribu orang nelayan telah menghasilkan 108,000 tan metrik tangkapan ikan laut bernilai RM 509 juta pada tahun 2011.  Dijangka rezeki 3 ribu orang nelayan di Pengerang akan lenyap selepas projek RAPID dimulakan  dan Negeri Johor dijangka akan kehilangan 27,000 tan metric tangkapan ikan laut  yang bernilai  RM 127 juta setahun.

Perkembangan ini bercanggah dengan ucapan YAB Menteri besar bahawa kerajaan negeri berusaha membangunkan projek perikanan berpontensi tinggi.

Kenaikan harga keperluan seharian telah membebankan semua kalangan masyarakat. Kenaikan harga  lain  di antara 0.8 dan 3.0 % termasuk  perumahan, air, Elektrik, gas  dan bahan api Lain,  pengangkutan, pendidikan dan lain-lain.

Indeks Harga Pengguna atau inflasi dan harga rumah yang melambung telah membayangkan rakyat jelata gagal menikmaiti pertumbuhan ekonomi yang dihebah-heburkan.

Usaha Membina Rumah Mampu Milik
Y.B. Dato' Speaker,

Harga hartanah di persekitaran Iskandar Malaysia telah melambung sebanyak 30 % hingga 100%  pada 3 tahun yang lalu,  khasnya di Nusajaya pelabur asing telah membeli sebanyak 70% hartanah di pasaran.

Menurut  Penilaian Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Harta Laporan Pasaran Hartanah 2011, semua Indeks Harga Rumah melonjak kepada 156.9 mata dalam suku keempat 2011 berbanding 147.2 mata yang dicatatkan pada suku ke-4,  2010.

Walau bagaimanapun Statistik rasmi menunjukkan bahawa hanya 2.4% (bernilai RM1.45bil) urus niaga yang dijalankan dalam sektor kediaman tahun lepas bernilai RM1 juta dan lebih .

Oleh itu, sama ada pelaksanaan harga lantai dari RM 500 ribu kepada tahap yang lebih tinggi  dijangka mempunyai kesan positif  ke atas  pasaran hartanah setempat atau projek-projek perumahan mampu milik yang lebih agresif akan membawa maanfat terbesar kepada warga tempatan seharusnya dikaji secara menyeluruh.

Walalupun antara tahun 2008 dan 2012 Pejabat Menteri Besar elah memperuntukkan RM 8.9 juta untuk Program Bantuan Rumah yang melibatkan pembinaan baru 292 rumah dan baik pulih 124 rmah. usaha ini perlu dipertingkatkan melalui badan perumahan berkanun kerajaan.

Syarikat berkaitan kerajaan persekutuan dan negeri termasuk Syarikat Perumahan Nasional Berhad SPNB dan JCorp sepatutnya memainkan peranan yang lebih pro-aktif dalam usaha membina rumah dan rumah kedai mampu milik khasnya atas tanah milik JCorp dan kerajaan negeri yang masih ada. 

Kayakinan bisines atau Business Confidence
Keyakinan bisines atau Business Confidence Malaysia (www.tradingeconomics.com) menurun dari 109.6 pada January 2010  merosot kepada 96.0 pada  Oktober tahun ini.
Meneurut CPI , walaupun kedudukan Malaysia menaik ke tempat ke-54  antara 176 negara dari ke-60 antara 183 negara pada tahun 2011, tetapi keadaan indeks persepsi rasuah Malaysia adalah lebih teruk berbanding dengan negara-negara kurang maju  seumpamanya,  Rwanda (50), Bhutan (33) and Botswana (30), dan negara-negara industri baru Asia termasuk  South Korea (45), Taiwan (37), Hong Kong (14) and Singapore (5).
Keadaan yang membimbangkan adalah  menurut Kajian Pandangan Pambayar Rasuah Transparency International, 50% responden mengakui bahawa mereka gagal mendapatkan kontrak atau bisines baru disebabkan pesaing lain telah membayar rasuah untuk memdapatkan kontrak. Persepsi rasuah ini telah menjejaskan keyakinan pelabur kepada Malaysia dan Iskandar Malaysia.

YB Dato'Speaker,
Menurut statistik terbaru Jabatan Perangkaan, di antara Januari dan Oktober 2012, berasaskan bulan ke bulan, eksport naik 1.8% atau RM1.1 bilion walau bagaimanapun, dalam terma pelarasan musim, eksport turun 2.9%.
Berasaskan bulan ke bulan, import menguncup 3.8% atau RM2.0 bilion; dalam terma pelarasan musim, import jatuh 8.2%.
Berasaskan tahun ke tahun, eksport berkurang 3.2% atau RM2.1 bilion kepada RM61.3 bilion.
Berasaskan tahun ke tahun, import meningkat 5.7% atau RM2.8 bilion kepada RM51.7 bilion.
Jumlah perdagangan Malaysia pada bulan Oktober 2012 bernilai RM113.0 bilion, lebihan dagangan bernilai RM9.6 bilion direkodkan pada bulan Oktober 2012.
Walaupun lebihan dagangan ini meningkat 48.1% daripada RM6.5 bilion yang telah direkodkan pada bulan lalu. Namun begitu, berbanding tahun lepas, ia merosot 33.5%.
Oleh itu, pertumbuhan ekonomi pada tahun 2012 dan 2013 tidak menentu lagi bagi Malaysia dan Negeri Johor.

Indeks Harga Pengeluar (IHPR) terdiri daripada indeks pengeluaran tempatan, import dan ekonomi domestik

Pada Oktober 2012, IHPR bagi ekonomi domestik turun 1.5 %. Ini disebabkan oleh penurunan IHPR bagi pengeluaran tempatan sebanyak  2.1%, indeks harga import sebanyak  0.1 peratus.
Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan  indeks ekonomi domestik turun sebanyak  -2.7 %,  indeks pengeluaran tempatan jatuh -3.8 % dan indeks harga import susut  -0.1%.
Oleh itu, untuk membawa Negeri Johor dan Malaysia ke tahap pembangunan negara maju, kerajaan  perlu meyakinkan para pelabur domestik dan asing dengan keazaman menghapuskan rasuah di dua-dua bidang awam dan swasta, malahan mempertingkatkan  produktiviti industri.

Y.B. Dato' Speaker,

Pada tahun 2011, FDI Net Inflows adalah 3.3% KDNK, tetapi FDI Net Outflowsadalah 6.8% GDP, yakni modal pelaburan asing bersih  adalah negatif.
Oleh itu, persepsi rasuah sewajarnya diperbaiki khasnya untuk meyakinkan para pelabur dan rakyat jelata bahawa Kerajaan berazam membersihkan imej negatif disebabkan masalah rasuah.

Guna Tenaga Kurang Mampan

Walaupun sebanyak RM 33 billion modal pelaburan telah disumbangkan oleh 61% pelaburan asing dan 39% pelabur tempatan di Negeri Johor sejak 2008, dan 82,000 pelaung pekerjaan dihasilkan, guna tenaga yang lebih mampan  dan taraf kepuasan terhadap gaji masih belum tercapai sebarang kejayaan.

Warga asing adalah 15% dari bilangan penduduk Johor yang kebanyakan melibatkan diri dalam sektor swasta sebagai buruh. Di sebaliknya, kadar penyertaan tenaga buruh dari warga Johor  adalah 62.3%, kalangan lelaki 80.7% dan wanita 42.8% sahaja pada tahun 2010. Ini bermakna taraf kadar penyertaan tenaga buruh kurang memuaskan khasnya antara kaum wanita.

Negeri Johor akan  dapat mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing jika kaum wanita digalakkan menawar diri di pasaran pekerjaan.

Dijangka seramai 542,000 perempuan tempatan dalam lingkungan umur produktif tidak dapat berkerja di Negeri Johor.  Bilangan ini adalah dua kali ganda berbanding dengan 273,000 warga asing di Johor. Untuk menggalakkan kaum wanita berdikari dan memberikan sumbangan kepada ekonomi negara, kebajikan kaum wanita dan kanak-kanak sewajarnya diberikan perhatian yang paling mendesak.

Di negara maju, taska, tadika, sekolah rendah dan menengah adalah di bawah penjagaan kerajan tempatan dan negeri. Ini akan membolehkan kerajaan tempatan membimbing tren pembangunan di bawah kawasan pentadbiran mereka.

Kerajaan negeri Johor sewajarnya mempelapori usaha meluluskan suatu Enakmen supaya tapak tanah akan diperuntukkan di setiap kawasan kediaman dan kawasan komersil untuk tujuan mendirikan taska dan tadika supaya kaum ibu dapat menghantar anak mereka ke taska di bawah penjagaan pengasuh kanak-kanak bertauliah. Selain daripada itu, subsidi pengasuhan kanak-kanak sepatutnya diberikan kepada kaum ibu berkerja untuk meringankan beban keluarga mereka.

Insentif sepatunya diberikan kepada usahawan yang menyediakan kemudahan taska dan pusat penjagaan kanak-kanak  kepada pekerja  kaum wanita  mereka. Jika sebahagian besar 542,000 kaum wanita dapat bekerja di sektor swasta, ini bukan sahaja akan meningkatkan pendapatan keluarga masing-masing, tetapi juga akan mengurangkan pergantungan ekonomi kita kepada pekerja asing yang seramai 273,000 di Negeri Johor pada tahun 2010.

Oleh yang demikian, selain daripada usaha mengingkatkan modal insan usahawan, peningkatan  kemahiran pekerja-pekerja setempat adalah lebih mustahak sebab bukan semua pihak yang berminat menjadi peniaga. Latihan kemahiran akan bermanfaat kepada lapisan pekerja yang lebih meluas.

Strategi yang lebih realisitik adalah mempertingkatkan kemahiran pekerja setempat serta mengadakan program-program melatih  kaum wanita dan bekas perajurit dan kaki tangan awam  yang ingin menceburi bidang industri swasta.

Pada tahun 2009, hanya  19.1% tenaga buruh berkerja di Negeri Johor mempunyai kelulusan tertiari, 61.8% keleusan sekolah menengah, 16.7 % sekolah rendah. Oleh itu, staregi untuk mempertingkatkan ekonomi Negeri Johor adalah meningkatkan produktiviti tenaga buruh melalui latihan dan pendidikan selanjutnya.

Selain dari itu, YB Dato' Speaker, seramai 248,600 pekerja atau 18.7% tenaga buruh berkhidmat di bidang awam, iaitu bilangan kaki tangan awam di Negeri Johor adalah terlalu tinggi berbanding dengan 10% di peringkat nasional, perlu disalurkan kepada bidang swasta untuk mempercepatkan lagi  pembangunan Iskandar Malaysia. Bekas kaki tangan awam boleh berkerja di bidang swasta di Iskandar Malaysia untuk  mengeratkan perhubungan di antara bidang swasta dan awam dan  mengintegrasikan bisines domestik dan asing.

Pendidikan Tambahan Selain dari "Mainstream"

YB  Dato' Speaker,

Pendidikan dan latihan kemahioran dalah mustahak bagi memajukan masyarkat dan membangun ekonomi negeri Johor. Selama-lama ini prasangka bahawa cuma SJKC dan SJKT terabai dari segi pembangunan oleh kerajaan, malahan Laporan Ketua Audit Negara bagi Negeri Johor tahun 2011 telah menyatakan bahawa kemudahan infratsruktur sekolah-sekolah agama di Negeri Johor  kurang lengkap dan uzur.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabtan Audit Negara sebab dengan fakta-fakta dikemukakan dalam laporan berkenaan, Jawatankuasa DAP Parlimen Gelang Patah telah buat kali pertama meluluskan sumbangan RM 1 ribu setiap sekolah kepada 2 buah sekolah agama di Kawasan Skudai, 3 buah SJKT dan 8 buah SJKC semasa jamuan malam anjuran DAP Parlimen Gelang Patah pada 28 Okotber lalu.

Saya juga mengucapkan taniah kepada dua-dua  Sekolah Agama, SJKT, 6 SJKC sudi menerima sumbangan DAP.  2 buah SJKC gagal hadir menerima sumbangan DAP kononnya atas ugutan seorang pemimpin MCA di Kawasan Gelang Patah.

Baru-baru ini PAS Kawasan Air Hitam di Kawasan Parlimen Timbalan Menteri Pelajaran telah memberikan sumbangan RM 500 kepada Sekolah Menengah  Persendirian Tiong Hua Yopng Peng.

YB dato' Speaker,

Saya mengajak semua parti politik bersaing secara positif dengan memberikan itkhtiar dan bantuan kewangan  untuk membangun sekolah dan sistem pendidikan tambahan seumpama SJKC,SJKTdan sekolah agama tanpa kira parti politik dan kuam.

Kita sewajarnya berpolitik secara konstruktif  serta menghargai keamanan, seperti dalam buku  "Stones into Schools" oleh seorang karyawan Amerika Greg Mortenson yang mengatakan "promote peace with books, not bombs" denga izinnya.

Oleh itu, saya telah memimpin 10 ribu penyokong Pakatan Rakyat di Skudai semasa Jamuan 28 Okober berikrar bahawa kami akan menyertai PRU-13 secara aman dan memastikan pilihanraya dijalankan secara bersih dan adil.

Oleh itu, saya mengajak semua Ahli-ahli Dewan ini bersama-sama berikrar negara ini akan memara ke hadapan secara aman dan bangga sebagai  Bangsa Malaysia.


Keadaan Kewangan Kerajaan Negeri

YB Dato' Spekaer,


Kumpulan wang disatukan kerajaan Johor adalah sejumlah RM 505 juta pada tahun 2012 tatapi menurun 10.9% pada tahun 2011 kepada RM 450 juta.

Jumlah pelaburan Kerajaan Negeri menurun sejumlah RM 121 juta atau 25.9% pada tahun 2011.

Dengan penjualan aset SAJH kepada PAAB dengan harga RM 4 billion (4,000 juta), sepatutnya Kerajaan Negeri mempunyai pelaburan yang lebih kukuh.

Pada tahun 2010 hutang awam kerajaan negeri adalah sebanyak RM 1,379 juta dan dijelaskan RM 897 juta pada tahun 2011  dan justeru telah menurun ke RM 482 juta.  Sebahagian hutang dijelaskan dengan penjualan aset SAJH kepada PAAB.

Sebenarnya, selepas menjelaskan hutang RM 897 juta, Kerajaan Negeri sepatutnya   mempunyai baki RM 3,103 juta. Kerajaan Negeri sewajarnya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini:  ke manakah baki RM 3,103 juta dari penjualan aset SAJH selepas menjeaslakn sebahagian hutang kerajaan negeri?

Dan kenapa kemerosotan jumlah pelaburan kerajan negeri masih berlaku ekoran penjualan aset SAJH?


YB Dato' Speaker,

Pada tahun 2011, penurunan hasil kerajaan negeri sebanyak 17.7% atau RM 181.40 juta. Kutipan hasil pada tahun 2010  adalah RM 1,023 juta dan pada tahun 2011 menurun ke RM 841 juta tahun   disebabkan kutipan bukan hasil cukai dan  terimaan bukan hasil menurun.

Kutipan hasil yang berkesan amat penting untuk megurangkan defisit keraajn negeri. Oleh itu, usaha mesti diperitnkatkan untuk memperkukuhkan kedudukan kewangan kerajaan negeri Johor.


Perbadanan Johor


YB Dato' Speaker,

Jumlah liabiliti Kumpulan Johor Corporation  telah meningkat dari RM 9,349 juta pada tahun 2010 kepada RM 10,890 juta pada tahun 2011.

Liabililti semasa Kumpulan Perbadanan Johor meningkat dari  RM 3,876 juta pada tahun 2010 kepada RM 6,702 juta pada tahun 2011, tetapi jumlah aset semasa hanya RM 4,461 pada tahun 2010.

Maka jumlah liabiliti bersih semasa Kumpulan perbadanan Johor meningkat dari RM 697 juta pada tahun 2010 kepada RM 2,129 juta pada tahun 2011.

Jumlah liabilit Syarikat induk Perbadanan Johormeningkat semula dari  RM 4,303 juta  pada tahun 2010 kepada RM 4, 802 juta pada tahun 2011, iaitu bertambah  sebanyak 10.4%.   Aset semasa bersih Jcorp pada tahun 2010 RM 410 juta telah menjadi pula   liabiliti semasa bersih –RM 1,956 juta.


YAB Menteri Besar sepatutnya memaklum kepada Dewan yang mulia ini berkenaan penstrukturan semula Johor Corp untuk menyelesaikan liabiliinya. JCorp seharusnya menjelaskan bon sejumlah RM 3.48 billion pada 31 Julai tahun ini.

Jcorp telah menjual sebahagian aset perladangannya termasuk Sindora Bhd kepada Kulim Berhad dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran, dan penstrukturan semula QSR Brands Bhd dan KFC Holdings (Malaysia) Bhd..

Penjualan aset Jcorp bukan sahaja tidak mengurangkan liabiliti semasa Jcorp, malahan memperlipatgandakan liabiliti semasa JCorp.

Kerajaan Negeri mempunyai tanggungjawab  memberikan keterangan kepada Dewan yang mulia ini  apa sebabnya keuntungan dari penjualan aset perladangan Jcorp dan penstrukturan semula QSR Brands dan KFC (Malaysia) Bhd tidak dapat mengurangkan hutang JCorp?


YB Dato'Speaker,

Malangnya, rumah seorang pemimpin Pakatan Rakyat  iaituTimbalan Pesuruhjaya PAS Johor telah dikenakan bom petrol  disyaki sebab mempertikaikan prosidur Jcorp menstruktur semula QSR dan KFC.

Setakat ini pihak polis belum membuat sebrang tangkapan terhadap kes jenayah yang begitu serius khasnya dengan percubaan membunuh seorang pemimpin pembangkang yang cuma ingin memastikan penstrukturan GLC adalah tulus.

Insiden ini telah menjejaskan keyakinan para pelabur khasnya penstrukturan QSR dan KFC kurang tulus. Dewan yang mulia ini sewajarnya mengambil inisiatif untuk memastikan wakil-wakil rakyat dan para pemimpin politik dapat menjalankan tugas masing-masing dengan selamat.

Dijangka 30% anak syarikat Johor Corp telah menjadi dorman atau tidak beroperasi. Anak-anak syarikat yang dorman dan kurang berprestasi sepatutnya dijual secara terbuka di pasaran kepada bukan sahaja syarikat tempatan tetapi juga syarikat anatrabangsa jika Iskandar Malaysia ingin dijadikan sebagai tumpuan pelaburan asing dan domestik.

Di sebaliknya jika ada sesetengah pemimpin yang ingin membolot proses penjualan aset atau hak milik GLC, beliau akan menjadi liabiliti kepada kerajaan Negeri Johor dan Iskandar Malaysia sebab para pelabur domestik dan asing meragui ketulusan pentadbiran Kerajaan dengan persepsi rasuah berleluasa di Iskandar Malaysia.

YB Dato' Speaker,

Garis panduan KPKT menyatakan pemancar telekomunikasi setinggi 45 meter dan ke atas mesti dijauhi sekurang-kurangnya 30 meter dari tempat kediaman, 20 meter jika ketinggian pemancar kurang dari 45 meter. Tujuan menghadkan jarak berkenaan bukan disebabkan gelombang telekomunikasi yang belum terbukti berbahaya kepada kesihatan penghuni berhampiran  tetapi jarak tertentu diwajibkan untuk mendirikan oemancar telekomunikasi  dari tempat kediaman dalah mencegah keruntuhan pemancar supaya tidak akan mengancam keselamatan penduduk berhampiran.

Oleh itu, adalah kurang logik jika pemasangan   pemancar telekomunikasi dibernarkan di padang bola sepak sekolah di man kanak-kanak berkumpul. Pihak PBT dan KPKT sewajarnya meneliti garis panduan berkenaan semula sebab tafsiran garispanduan tersebut telah menglirukan sesetengah PBT dan diabaikan oleh Kementerian Pelajaran.

YB Dato Speaker,

Saya mengucapkan taniah kepada Pemaju dan JKR sebab Jambatn Bertingkat Jalan Pontian dan Taman Impian Emas Skudai telah disiap sedia. Namun beigtu, saya berharap pihak berkuasa akan mempertimbangkan serta merealisasikan cadangan penduduk supaya laluan dari arah ke Jalan Sri Skudai, Taman Sri Skudai didirikan dari Jambatan Bertingkat berkenaan.

YB Dato Speaker,

Permasalahn pemungutan sampah semakin menular di seluruh Negri Johr sejak pemantauna diambil alih oleh KPKT. Maka PBT telah kehilangan kuasa untuk memantau pemungutan sisa pepejal di peringkat tempatan. Sebenarnya sistem demokrasi kita telah berundur dengan merampaskan kuasa asas PBT.

Sekian terima kasih.

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


Rezeki anak Selangor negeri berkebajikan

Posted: 20 Dec 2012 04:36 AM PST

Sejak diperkenalkan pada April lalu, lebih 14,000 kanak-kanak yang lahir pada tahun 2008 di Selangor sudah menikmati manfaat program 'Jom Shopping Bonus Selangorku'.

Program tersebut dikhususkan kepada peserta Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) yang menerima baucer membeli-belah bernilai RM 100 ketika menyambut ulang tahun kelahiran mereka.
Sehingga kini, RM 1.4 juta telah dibelanjakan untuk menjayakan inisiatif ini di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Selangor negeri berkebajikan: bantu Syria

Posted: 20 Dec 2012 04:20 AM PST

S'gor cadang tabung di masjid bantu rakyat Syria 9:11AM Dis 20 2012 Kerajaan Selangor bercadang untuk mengadakan Tabung Kemanusian Rakyat Syria di seluruh masjid di negeri ini bagi membantu rakyat negara itu yang ditimpa kesusahan berikutan pergolakan politik. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata beliau telah meminta Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga pembantu Exco Hal Ehwal Islam, Dr Rani Osman untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). "Sebagai umat Islam, kita sepatutnya prihatin dengan nasib malang yang menimpa rakyat Syria yang kini hidup dalam kesusahan dan serba kekurangan. Dengan kutipan derma ini kita berharap dapat meringankan penderitaan yang ditanggung rakyat Syria," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan delegasi daripada Syria yang diketuai Ketua Kesatuan Ulama Syam, Sheikh Dr Muhammad Ali As Soubuni di pejabatnya semalam. Sebagai tanda persahabatan dan penghargaan atas kunjungan itu, menteri besar menghadiahkan al-Quran yang ditempah khas kepada delegasi berkenaan. Sementara itu, Sheikh Muhammad Ali menceritakan kekejaman yang ditanggung rakyat Syria dan menggesa masyarakat Islam memperjuangkan kebebasan dan menentang kezaliman pemerintah terhadap rakyat. "Kami datang ke Malaysia kerana rakyat Islam di negara ini lebih prihatin dengan penderitaan umat Islam di Syria berbanding negara-negara Arab dan negara Islam lain," katanya.

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


【沙登快讯】AES罚单摆乌龙,误把冯京当马良

Posted: 20 Dec 2012 06:44 AM PST

~ 张念群

NONE一位居住于东甲的符先生向我投诉,他于10月24日收到一张AES罚单,指控他于10月16日早上8时,在南北大道超速驾驶。执法单位要求符先生于12月16日前缴费RM300的罚款,否则就必须于12月24日到太平的推事庭自辩。

符先生一头雾水,因为他不曾在该时间出现于该地点。仔细检视AES罚单内的照片,才发现图片中的汽车是一辆车牌号码为WJW9999的银色Totoya Camry,而他的爱车则是一辆车牌号码为WJM9999的白色Toyota Vios。

 作汉最无权,马华是摆设

除了上述事例,总检察署宣布搁置自动执法系统(AES)的法庭提控程序的宣布也显示,自动执法系统充满各种法律与技术问题尚未解决。一意孤行、之前宣称AES“不检讨、没搁置”的交通部长江作汉难辞其咎。

(More......)

[Malaysiakini] Pemandu lapor polis dakwa terima saman AES salah

Posted: 20 Dec 2012 06:41 AM PST

~ Zulaikha Zulkifli

Seorang pemandu membuat laporan polis berhubung saman kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang diterimanya pada 24 Oktober lalu kerana mendakwa tidak pernah melakukan kesalahan tersebut.

Tambahan pula kereta yang dipaparkan dalam saman itu berbeza jenis, warna dan nombor pendaftarannya.

NONEFoo Teck Heng, 46, membuat laporan polis di Balai Polis Sagil, Muar dan saman itu memaklumkan beliau melakukan kesalahan memandu melebihi had laju di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 di kilometer 204.6 Lebuhraya Utara-Selatan.

Gambar dalam saman AES itu juga menunjukkan kereta yang dipandu berwarna perak, sedangkan kereta milik Foo berwarna putih.
(More......)

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Kerajaan Selangor: Menjaga Kebajikan Hingga Ke Akhir Hayat

Posted: 19 Dec 2012 06:30 PM PST



Lima Profesional Teliti Projek Kontroversi Kondo Batu Caves

Posted: 19 Dec 2012 01:15 AM PST

SHAH ALAM 19 DIS : Lima profesional dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi menganggotai jawatankuasa bebas untuk meneliti kelulusan projek pembinaan kondominium di Batu Caves dan kawasan sekitarnya.

Ahli-ahli profesional itu adalah Orang Besar Daerah Klang, Datuk Setia Diraja Datuk Abdul Ghani Pateh ; Pakar bedah neuro, Dr M Nachiappan ; bekas Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ranita Hussein ; pakar undang-undang pembinaan, Harbans Singh dan Pakar Geologi, Tan Boon Kong.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata jawatankuasa itu akan mengkaji isu tersebut dengan bebas dan profesional, dan menasihati Kerajaan Negeri tentang isu itu.

Jawatankuasa tersebut akan memulakan mesyuarat rasminya pertama dalam masa terdekat.

"Kerajaan Negeri berterima kasih kepada lima profesional ini kerana kesediaan mereka untuk membantu menyelesaikan perkara ini," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat exco Selangor di ibupejabat SUK di sini.

Sebelum ini, Projek Dolomite Park Avenue oleh pemaju Dolomite Properties Sdn Bhd di Batu Caves mendapat tentangan yang behat kerana kawasan tersebut merupakan tumpuan masyarakat Hindu beribadat.

Ekoran itu, ratusan penganut dan aktivis Hindu mengadakan perhimpunan untuk membatah pembinaan tersebut.

Manakala, sesetengah pihak menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor meluluskan pembinaan kondominium itu.

Bagaimanapun, Majlis Perbandaran Selayang (MPSp) kemudiannya mendedahkan minit mesyuarat penuh bulanannya yang menunjukkan projek tersebut diluluskan pada 2007 ketika pentadbiran Umno-BN.

Sumber: Selangorku

Rumah Berhala Kecil Boleh Bina Dalam Rumah

Posted: 19 Dec 2012 01:00 AM PST

SHAH ALAM 19 DIS : "Altar" atau rumah berhala kecil bagi individu dan keluarga yang dibina di dalam rumah tidak perlu mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Bagaimanapun, kelulusan mesti diperolehi untuk membina tambahan atau struktur lain di luar rumah kata Menteri Besar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Keputusan itu dicapai selepas meneliti laporan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) berhubung isu perobohan sebuah "altar" di Bandar Baru Salak Tinggi, bulan lepas.

"MPS sudah menerangkan kepada Kerajaan Negeri mengenai perobohan altar di Sepang.

"Kami juga sudah menerima dan meneliti memorandum daripada masyarakat kaum tersebut selain pandangan kumpulan-kumpulan lain yang meminta kita cari jalan yang sesuai selesaikan masalah ini.

"Jadi keputusanya kita sudah tetapkan," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di ibupejabat Kerajaan Negeri di sini.

Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri akan meneliti operasi MPSp untuk berlaku adil kepada semua pihak.

Pada Nov 20, seramai 30 pegawai penguatkuasa MPSp memasuki kawasan berpagar seorang penganut Hindu, Umah Devi di Bandar Baru Salak Tinggi dan meruntuhkan altar kecil yang dibinanya.

Tindakan tersebut mendapat teguran daripada beberapa pihak yang mendakwa Kerajaan Negeri melanggar kebebasan beribadat keluarga itu.

Ekoran itu, Kerajaan Negeri memulakan siasatan tentang operasi tersebut selepas didedahkan bahawa ia tidak mendapat kelulusan dari Yang Di-Pertua MPSp Sayuthi Bakar dan Exco-exco yang bertanggungjawab terhadap hal-ehwal bukan Islam.

Sumber: Selangorku

Dr Xavier Serah 631 Permohonan MyKad Biru Kepada JPN

Posted: 18 Dec 2012 01:45 AM PST

PUTRA JAYA, 18 DIS: Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar hari ini menyerahkan 631 borang permohonan MyKad biru kepada ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini.

Permohonan tersebut merupakan permohonan dari warganegara Malaysia yang sah dari Klang, tetapi sehingga kini masih tidak memperolehi MyKad biru sepertimana warganegara lain.

Antara yang terlibat termasuklah mereka yang telah melalui proses permohonan berpuluh tahun, tetapi masih gagal memperolehi Mykad biru.

"Mereka terdiri daripada 467 dari kaum India, 110 Cina dan 54 Melayu dari seluruh Klang.

"Ada yang mempunyai MyKad merah, dah mohon lama untuk dapat MyKad biru, datang ke JPN berkali-kali, tetapi masih tak dapat sehingga ada yang dah hilang kepercayaan kepada JPN, berputus asa untuk mencuba lagi," kata Dr Xavier selepas menyerahkan borang permohonan kepada pihak JPN.

Menurut Dr Xavier, jumlah permohonan yang dibawa ini merupakan sebahagian dari 300 ribu yang tidak mempunyai MyKad seperti yang didakwa Naib Presiden PKR, N Surendran baru-baru ini.

"Selepas ini kami bawa lagi secara berperingkat, kalau perlu bawa pemohon juga kami akan usahakan," kata Dr Xavier lagi.

Menurut Dr Xavier, ramai di antara pemohon MyKad tersebut merupakan golongan miskin tegar, tidak mempunyai pendidikan dan tidak mempunyai pengetahuan yang baik tentang prosedur permohonan MyKad.

"Mereka ini termasuklah warga emas dan miskin tegar, jadi mereka terlepas hak mereka untuk menerima pelbagai bantuan samada dari program Kerajaan Negeri mahupun dari Kerajaan Pusat," katanya lagi.

Dr Xavier memberitahu lagi, selain golongan warga emas, masa hadapan golongan belia yang terlibat turut menjadi gelap apabila mereka tidak menerima sebarang pendidikan formal di sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan.

Dalam isu sama, Dr Xavier turut menggesa agar Exco berkaitan di negeri-negeri lain agar bertindak pro-aktif mengambil langkah sama menangani masalah warganegara yang tidak memiliki MyKad.

Sebelum itu, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JPN, Abu Hassan Dahaman menerima 631 permohonan MyKad biru dari Dr Xavier dan delegasinya.

Selain Dr Xavier turut sama dalam delegasi tersebut, Naib Ketua AMK Azmizam Zaman Huri.

Sumber: Selangorku

EXCO Selangor serah Permohonan My Kad Merah ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya

Posted: 18 Dec 2012 01:40 AM PST

Exco Kerajaan Negeri Selangor telah menyerah kira-kira 631 fail bagi permohonan My Kad Merah Kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)  dalam satu sesi pertemuan dengan pengurusan tinggi JPN petang tadi.

Fail dokumen tersebut diterima oleh Abu Hassan Bin Dahaman, Timbalan Ketua Pengarah - Pengurusan bagi pihak JPN.

Turut serta ialah Hassan Bin Wahid, Pengarah-Kewarganegaraan dan Wan Zakaria Wan Awang, Pengarah Siasatan & Penguatkuasa JPN.

Fail permohonan tersebut terdiri dari : 

54 orang bangsa Melayu / Islam & beberapa orang Indonesia yang telah lama bermastautin di Negara ini. 
·        110 orang permohonan masyarakat Cina.
·        467 orang dari masyarakat India.

# 144 lagi permohonan telah dihantar terus ke JPN cawangan Klang oleh 'MySel', sebuah pusat pendaftaran bagi kes-kes My Kad Merah, Surat Beranak dan Kewarganegaraan kelolaan Kerajaan Negeri Selangor berpejabat di Plaza MPK, Klang, Selangor.
Dokumen dan butiran Pemohon ini dikumpulkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam satu program perhimpunan Daerah Klang yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 27 Mei, 2012 yang lalu.

Ini adalah bagi menyahut saranan YB Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein agar berjumpa beliau bagi kes-kes melibatkan MyKad Merah, Surat Beranak dan Kewarganegaraan.

Walaubagiamana pun sejak Julai 2012 , empat pucuk surat telah dihantar kepada YB Menteri untuk mendapatkan temujanji bagi menyerahkan fail-fail tersebut tetapi tidak mendapat maklumbalas dari pihak YB Menteri.

JPN Putrajaya hanya memberi respon baru-baru ini apabila Pengarah - Bahagian Kewarganegaraan menghubungi pejabat YB Dr. Xavier Jayakumar Exco Negeri Selangor awal bulan Disember 2012 baru ini.

Dalam perbincangan singkat tersebut , YB Dr. Xavier telah membangkit isu pembayaran RM300 bagi penukaran My Kad Merah kepada My Kad Biru dimana katanya ramai kalangan Pemohon tidak mampu menjelaskannya.

YB Exco mencadangkan agar JPN memberikan senarai Permohonan (hanya rakyat Negeri Selangor sahaja ) yang telah lulus tersebut untuk dibayar oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi meringan beban kewangan Pemohon-pemohon  yang tidak berkemampuan tersebut..

Ekoran respon yang baik dari pihak JPN itu, ujar Dr. Xavier lagi Kerajaan Negeri Selangor bercadang mengadakan  perhimpunan dan membuka kaunter pendaftaran yang dianjorkan oleh Kerajaan Negeri bagi mengumpul  butiran pemohon- pemohon My Kad Merah di 8 buah daerah lagi di seluruh Negeri Selangor dan kemudiannya dolumen-dokumen tersebut akan diserahkan kepada pihak JPN. 






 

Surendran: Kerajaan Pusat Mesti Selesai Kes IC Masyarakat India

Posted: 18 Dec 2012 01:30 AM PST

SHAH ALAM 18 DIS : Kerajaan Umno-BN diminta segera menyelesaikan masalah ketiadaan dokumen pengenalan diri melibatkan masyarakat India di negara ini dan tidak berdolak dalik berhubung isu berkenaan.

In kerana menurutnya Naib Presiden PKR, N Surendran, umum mengetahui perkara itu memang berlaku dengan beratus ribu masyarakat India terutamanya di Semenanjung dinafikan hak memiliki dokumen pengenalan diri biarpun mereka adalah rakyat yang lahir dan menetap di negara ini.

Beliau berkata, cabaran supaya dibuktikan terdapat kira-kira 300,000 masyarakat India tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, hanya akan dibuat seandainya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunjukkan komitmen bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

"Saya nak Najib dan kerajaan terangkan dulu kepada rakyat mengapa selepas 55 tahun merdeka masih ada begitu ramai rakyat negara kita yang dinafikan kad pengenalan biru walaupun mereka rakyat. Jikalau mereka (kerajaan Umno-BN) dapat memberikan jawapan yang munasabah, saya akan menunjukkan bukti mengenai kes 300,000 ini.

"Kita menuntut supaya kerajaan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin dan jangan keluarkan cabaran-cabaran yang kosong dan tidak bermakna ini," katanya kepada TVSelangor di sini hari ini.

Surendran mengulas kenyataan dibuat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk SK Devamany yang sedia meletakkan jawatan jika pakatan pembangkang dapat membuktikan dakwaan 300,000 masyarakat India di negara ini tiada dokumen pengenalan diri seperti dilaporkan Bernama.

Kenyataan tersebut disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab daripada seorang Timbalan Menteri kerana sepatutnya tiada seorangpun rakyat yang lahir dan hidup di negara ini dinafikan hak memiliki dokumen itu.

"Saya lihat tiada apa-apa komitmen oleh kerajaan temasuk Perdana Menteri dan MIC untuk menyelesaikan masalah yang amat kritikal ini. Kita tahu beratus ribu rakyat menghadapi masalah ini," katanya lagi.

Pada 12 Disember lalu, Surendran dan beberapa pemimpin PKR mengetuai Himpunan Duduk Bantah di Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya yang dihadiri lebih 300 orang bagi menuntut Kerajaan Pusat menyelesaikan masalah masyarakat India yang dinafi hak sebagai warganegara.

Sumber: Selangorku

MB: Cukai Pintu Ditetap Kementerian Kewangan Bukan PBT

Posted: 18 Dec 2012 01:15 AM PST

SHAH ALAM 18 DIS : Proses kenaikan cukai pintu dan lesen perniagaan bukan ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) di Selangor tetapi ia ditetapkan oleh Jabatan Penilaian Harta (JPPH) dan Kementerian Kewangan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Tak ada 10 kali ganda, itu Zin tak pandai kira, perkara ini bukan dibuat oleh pegawai PBT dengan sewenangnya tapi ada undang-undang, ia berasaskan nilai tanah semasa, bukan dibuat oleh pegawai MBSA atau PBT lain, tetapi dibuat olh JPPH dari kementerian kewangan.

"Mereka yang tentukan nilai dan kita tidak boleh tukarkan nilainya, jadi jangan salahkan PBT.

"Semua pihak harus memahami nilai hartanah di sekitar Lembah Klang tinggi, ditambah pula pelaburan negeri lebih tinggi berbanding negeri lain, jadi tidak mustahil mereka menaikkan cukai itu," katanya ketika mengulas kenyataan Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin mendakwa kenaikan cukai pintu sehingga 10 kali ganda berlaku di Kampung Baru Sungai Buloh dan Kampung Baru Subang serta kawasan lain mulai tahun depan.

Abdul Khalid juga memaklumkan Kerajaan Negeri akan berjumpa dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan pihak terlibat berhubung isu kenaikan cukai pintu dan lesen perniagaan Januari depan.

Menteri Besar berkata, selepas perjumpaan itu, pihaknya akan mengadakan sesi penerangan kenaikan cukai, bagaimana proses dilakukan seterusnya keputusan hasil perbincangan itu.

"Setakat ini kita sudah membuatnya dengan telus, cara kita buat kiraan sangat telus dan kita boleh bagi beberapa potongan sementara sehingga selesai kenaikan kos itu," katanya dalam sidang media selepas merasmikan program Himpunan Artis Sayang Islam (HIAS).

Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam negeri, Ahmad Zaki Arshad dan Exco Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

Sumber: Selangorku

Minta TNB, TM Baiki Kabel Runtuh Punca Banjir Kilat

Posted: 18 Dec 2012 01:00 AM PST

SHAH ALAM, 18 DIS : Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia (TM) digesa segera bertindak terhadap runtuhan jambatan kabel yang menyekat laluan air ke Sungai Kandis, di sini sehingga mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan di Sri Muda.

Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata, pihaknya membuat aduan kepada jabatan berkaitan pada 3 November lepas, namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan diambil.

Beliau berkata, ekoran kejadian itu, banjir kilat dilaporkan masih berlaku sehingga semalam di sekitar kawasan Bukit Naga, Kampung Sri Gambut, Kampung Batu Lapan, Taman Sri Meena, Sentosa, Taman Mewah Jaya dan Bukit Rimau.

"Punca utama berlakunya banjir sudah tentu disebabkan hujan lebat, namun ia turut membabitkan masalah saliran. Kita  banyak bersihkan saliran tetapi masih terdapat parit yang yang belum dibaiki salah satunya kabel voltan ke arah Sungai Kandis.

"Jadi itu antara punca yang menyebabkan air tersekat dan tidak boleh mengalir. Bila air banyak, saliran itu akan bergerak perlahan dan menyebabkan banjir kilat," katanya ketika dihubungi TV Selangor.

Beliau berkata, sebagai langkah awal, pihaknya memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mengatasi masalah berkenaan.

Katanya lagi, insiden banjir kilat kawasan Sri Muda dilaporkan berlaku sejak 16 November lalu.

"Untuk kawasan yang teruk dilanda banjir seperti Kampung Johan Setia, pihak JPS telah mengambil tindakan membersihkan 11 parit sepenuhnya. Maka apabila hujan turun, air tidak masuk ke dalam rumah dan mengalir terus ke Sungai Air Hitam.

"Beberapa kawasan lain belum diatasi sepenuhnya ekoran utiliti masih belum dibaiki. Bagaimanapun, kita akan laksanakan tindakan segera," ujarnya.

Turun Padang Melawat Kawasan Banjir

Posted: 17 Dec 2012 07:50 AM PST

Taman Sentosa, Klang, 17 Disember 2012 - Berikutan hujan lebat yang berlaku selama beberapa jam, beberapa kawasan di sekitar DUN Seri Andalas telah dinaiki air banjir. YB Dr Xavier Jayakumar telah turun padang pada malam tersebut untuk melihat sendiri dan memastikan pemasangan mesin pam dilakukan untuk menyalurkan air banjir ke dalam sungai untuk mengurangkan paras banjir.




Jambatan Ke-Tiga Klang Akan Siap Dalam Dua Tahun, Elak Kesesakan

Posted: 17 Dec 2012 01:00 AM PST

SHAH ALAM, 17 DIS: Pengguna jalan raya tidak perlu lagi meredah kesesakan di tengah bandaraya Klang untuk ke Kuala Lumpur atau sebaliknya ke Pelabuhan Klang, selepas jambatan ke-tiga Klang siap sepenuhnya dalam dua tahun lagi.

Jambatan enam lorong yang akan merentasi Sungai Klang itu akan menyalurkan trafik antara Klang Utara dan Klang Selatan tanpa melalui Klang yang merupakan pekan ke-tiga terpadat di Selangor.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pembinaan jambatan sepanjang 500 meter itu akan memakan kos RM 300 juta dan bakal dimulakan awal tahun depan.

"BN gagal tepati janji untuk bina jambatan ke-tiga, walaupun sebenarnya ia sudah perlu dilakukan sebelum 2008 lagi kerana mengikut kajian lebih 200,000 kenderaan melalui jambatan-jambatan di Klang, bermakna ia penuh sesak.

"Orang dari Sijangkang, Banting, Pelabuhan Klang yang ingin ke Shah Alam, Kuala Lumpur, Petaling Jaya tak perlu melalui Bandar Klang dengan jambatan ke-tiga ini dan dapat mengurangkan kemasukan kenderaan di Bandar Klang," kata Abdul Khalid.

Beliau berakata demikian selepas mengadakan lawatan di tapak cadangan pembinaan jambatan tersebut.

Lokasi pembinaan jambatan yang merentasi Sungai Kelang itu terletak di Kampung Sungai Pinang di sebelah Klang Utara dan Sungai Bertih di sebelah Klang Selatan.

Selain itu, menurut Abdul Khalid, walaupun kos pembinaan jambatan ke tiga Klang tersebut ditanggung oleh Kerajaan Negeri, beliau berharap agar projek ini dapat dimasukkan dalam Rancangan Malaysia yang akan datang.

"RM 300 juta peruntukan adalah dari wang rizab Kerajaan Negeri, tetapi kita harap dapat masukan dalam Rancangan Malaysia yang akan datang," ujar beliau lagi.

"Bulan depan kita akan tunjuk pelan rekabentuknya dan dijangka akan ambil masa sekurang-kurang dua tahun untuk disiapkan," kata Abdul Khalid.

Abdul Khalid mengumumkan pembinaan jambatan baru tersebut pada sesi Dewan Negeri Selangor bulan lepas.

Jambatan tersebut pada mulanya, dijanjikan oleh Kerajaan Pusat Umno-BN seminggu sebelum pilihanraya ke-12 pada Mac 2008. Akan tetapi, sampai sekarang kerajaan pusat masih tidak menepati janji tersebut.

Terdahulu, Abdul Khalid diiringi beberapa Exco Kerajaan Negeri mengadakan lawatan kerja di beberapa lokasi pembinaan jambatan tersebut.

Turut sama dalam lawatan itu, Speaker DNS, Datuk Teng Chang Kim, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Perihatin, Dr Xavier Jayakumar dan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

Sumber: Selangorku

Nuffnang