Nuffnang

Dr Shafie Abu Bakar

Posted by Unknown | Posted on 11:47 PTG

Dr Shafie Abu Bakar


Ucapan Adun Bangi Membahas Belanjawan Negeri Selangor 2013

Posted: 21 Nov 2012 03:01 PM PST

N45 Dr Halimah Ali

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG

N45 Dr Halimah Ali


PAS jaga kebajikan rakyat isu AES, SAMAN EKOR

Posted: 21 Nov 2012 06:09 AM PST

PAS's AES complaints booth proved a hit

Harakahdaily, 21 November 2012
Nov 21: Hours after it opened today, some 100 people visited a complaints booth set up by PAS's Anti Postal Summons Campaign (KASE) at the party's headquarters in Kuala Lumpur, armed with copies of their traffic summonses.

Set up in collaboration with PAS Youth's Law and Human Rights Department (Juham), the counter hopes to help those who have been slapped with summonses under the controversial Automated Enforcement System.

The counter, located at the lobby of the PAS HQ in Jalan Raja Laut, will be open once every fortnight for an hour. It will next open on December 1 at 12.00 pm.

Members of the public who turned up today were briefed on the court procedure.

Earlier, KASE head Mahfuz Omar (left) launched the booth.

"Today, people of all races came. There were even those driving official government vehicles," he said.

The first court case related to the AES traffic summons is expected to be heard at the Magistrate's court in Jalan Duta on December 6.

Juham director Zamri Asa'ad Khuzami pledged to accompany the affected motorists and said it would seek to challenge the AES's legality at the High Court.

He also urged the public not to fear going to court.

"Don't be worried because a traffic offence is considered a minor offence. Defendants will not be sitting in the dock," he said.

Juham lawyer Zulqarnain Lukman meanwhile urged those issued AES summonses to plead not guilty and fight them in court, adding that there was a likelihood of winning such cases.

"The prosecution is still hazy, not knowing which SOP should be used," he added.

More details are available at KASE's Facebook page or by email kempenantisamanekor@gmail.com

MY VOICE FOR NATION

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG

MY VOICE FOR NATION


A disappointment to all young Malaysians — Ong Kian Ming

Posted: 21 Nov 2012 09:18 PM PST

From Kuantan to Dataran Merdeka: The emancipatory journey for a green Malaysia — Boon Kia Meng

Posted: 21 Nov 2012 09:13 PM PST

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted by Unknown | Posted on 3:43 PTG

Dr Siti Mariah Mahmud


Dewan Kecoh

Posted: 21 Nov 2012 01:53 AM PST

Persidangan Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha enggan memberi laluan kepada ahli-ahli parlimen Pakatan untuk mencelah bertanyakan soalan berkaitan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Ketika sesi penggulungan peringkat jawatankuasa Kementerian Pengangkutan pagi tadi, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar cuba bangun meminta penjelasan menteri walaupun tidak diberikan peluang bertanya.

"Kenapa menteri enggan memberi ruang untuk kita bertanya dan saya lihat menteri seolah-olah takut untuk jawab kerana risau ia akan terbongkar.

"Saya pasti ini disebabkan semuanya ada kepentingan sebab itu takut," jelas beliau walaupun Kong Cho Ha enggan memberi laluan.

Sebelum itu, pada awal sesi penggulungan telah timbul kekecohan apabila menteri mengatakan akan menjawab isu berkaitan AES pada akhir penggulungan.

Mahfuz ketika itu mengatakan tindakan tersebut adalah alasan menteri untuk tidak menjawab pertanyaan AES.Mahfuz yang meneruskan pertanyaan meminta kerajaan memberitahu apakah bukti kukuh yang mengatakan pemasangan kamera dapat mengurangkan kadar kemalangan.

"Ada perkara yang tidak betul dalam pelaksanaan projek ini, dan saya pasti ia bukannya untuk tujuan menyelamatkan nyawa serta mengurangkan kadar kemalangan.

"Tetapi ia adalah sebenarnya untuk kayakan kroni dengan cara merompak duit dari rakyat," kata Mahfuz sambil ditentang oleh ahli-ahli parlimen Barisan Nasional.

Tambahnya lagi, kerajaan perlu memberi penjelasan bagaimana syarikat yang tidak mempunyai pengalaman dalam pelaksanaan AES boleh dilantik untuk melaksanakan projek tersebut.

Kong Cho Ha dalam jawapan ringkasnya menyatakan apa yang ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Pakatan adalah dengan niat untuk memutar belitkan fakta.

Namun kenyataan tersebut disangkal oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang memberitahu menteri sepatutnya menjawab persoalan yang dibangkit bukannya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Penggulungan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pengangkutan bersambung pada jam 2.30 petang.

Mahfuz dan Kong Cho Ha terus menjadi tumpuan apabila kedua-dua mereka terus menimbulkan isu di dalam dewan dan di lobi parlimen.

Comments for Wee Choo Keong

Posted by Unknown | Posted on 1:20 PTG

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Complaints for DBKL by Yaacob

Posted: 21 Nov 2012 12:37 AM PST

Pakcik Boss

Merujuk kepada aduan jalan rosak dan berlubang di Jln 2/27A dan 3/27A, pihak kami dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Kerja Awam DBKL mengesahkan kerja-kerja menampal jalan-jalan yang rosak dan berlubang sedang dilakukan di Jalan 2/27A dan 3/27A di Seksyen 1, Wangsa Maju sebagaimana aduan Tuan.

Pihak kami juga dimaklumkan bahawa kerja-kerja membaiki jalan tersebut mengambil masa sedikit disebabkan musim hujan sekarang. Dan sekiranya pihak Tuan memerlukan maklumat lanjut sila hubungi kami di no 41433322 atau 0122186929.

Terima kasih.

Yaacob Abd Hamid
Pembantu kepada
YB Wee Choo keong

SUARA PERAK

Posted by Unknown | Posted on 11:31 PG

SUARA PERAK


Sumbangan Deepavali Oleh Wanita Pakatan Rakyat Perak

Posted: 21 Nov 2012 12:21 AM PST

SAMBUTAN DEEPAVALI DI KINTA VALLEY

Posted: 21 Nov 2012 12:12 AM PST

.

Posted by Unknown | Posted on 7:46 PG

.


Dewan Rakyat sebulat suara kutuk serangan Israel

Posted: 20 Nov 2012 03:56 PM PST



KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat sebulat suara mengambil ketetapan mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Gaza yang mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin termasuk golongan wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kecaman tersebut turut mengutuk tindakan Israel yang menyebabkan kemusnahan harta benda, infrastruktur dan menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari Wilayah Palestin di Gaza serta Tebing Barat.

"Kerajaan hari ini mengecam tindakan keganasan Israel yang melancarkan serangan ketenteraan yang dinamakan Operasi "Pillar of Defence" pada 14 Novemer 2012 ke atas wilayah Palestin di Gaza meliputi pengeboman dan serangan udara dan laut.

"Serangan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza merupakan tindakan yang mencabuli undang-undang serta angkuh dan perlu dikutuk oleh seluruh dunia," katanya dalam pembentangan usul, yang dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Seri Nazri Aziz  di Dewan Rakyat, pagi tadi.

Beliau menambah, kecaman turut membabitkan pencabulan undang-undang yang dibuat oleh Israel meliputi undang-undang antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta merupakan jenayah oerang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949 mengenai Perlindungan Orang-Orang Awam Dalam Masa Perang.

"Rakyat Malaysia berpegang teguh kepada pendirian bahawa tiada alasan bagi penggunaan kekerasan yang dilakukan secara tidak seimbang, sembarangan dan melampau ke atas wilayah Palestin di Gaza dan dengan itu menolak tindakan hukuman kolektif yang diambil ke atas rakyat Palestin di Gaza.

"Rakyat Malaysia berasa sangat dukacita dan kesal dengan ketidakmampuan masyarakat antarabangsa, terutamanya, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghentikan dengan serta-merta keganasan Israel yang dilakukan ke atas wilayah Palestin di Gaza," katanya lagi.

Dengan ini Dewan Rakyat mengambil ketetapan seperti berikut:

1. Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza yang mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin, termasuk golongan wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua dan kemusnahan harta benda dan insfrastruktur serta menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari Wilayah Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

2.Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan supaya Israel menghentikan dengan serta merta gencatan senjata dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman PBB bagi menguatkuasa gencatan.

3.Menggesa Perhimpunan Agung PBB supaya mengadakan sesi tergempar khas perhimpunan agung PBB- "Uniting For Peace- di bawah resolusi 377 A(V) sekiranya Majlis Keselamatan PBB gagal menjalankan tanggungjawabnya.

4.Menggesa pihak-pihak yang terlibat supaya menyambung semula usaha terhadap proses damai serta melaksanakan dan mematuhi pelbagai resolusi yang telah ditetapkan oleh PBB berhubung isu Palestin dan konflik Arab-Israel.

5.Memutuskan Malaysia bekerjasama dengan negara anggota-anggota Pertubuhan Kerjasama Islam, Pergerakan Negara-negara Berkecuali, Liga Arab dan negara-negara sependapat untuk mengambil tindakan yang lebih konkrit bagi mendukung prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB dalam menangani konflik yang berlaku di Timur Tengah sekarang.

6. Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Pelestin ke arah mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

7. Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu-padu dengan tujuan mempertahankan hak mutlak dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

8. Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk wilayah Palestin di Gaza dengan serta merta.

9. Menggesa Majlis Keselamatan PBB menyiasat dan mengambil tindakan bagi maksud pendakwaan ke atas jenayah perang Israel yang disyaki terlibat dengan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin.

10. Mengambil keputusan untuk menyampaikan resolusi ini kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen yang berkenaan, khasnya kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen, khasnya Kongres Amerika Syarikat (AS), Parlimen Britain dan Perlimen Kesatuan Eropah, Setiausaha Agung PBB dan Presiden Majlis Keselamatan PBB.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/dewan-rakyat-sebulat-suara-kutuk-serangan-israel-1.105349

Harga kamera had laju polis RM23.5j - Menteri

Posted: 20 Nov 2012 03:40 PM PST


Walaupun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sudahpun dilaksanakan, polis masih menggunakan kamera perangkap laju yang berharga lebih RM23.5 juta.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kamera perangkap had laju itu berharga di antara RM173,000 hingga RM220,000 setiap satu.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan lisan MP Jerai, Mohd Firdaus bin Jaafar, Hishammuddin menjelaskan kamera itu dibekalkan secara berperingkat kepada PDRM sejak tahun1995.

Kamera yang dibekalkan itu terbahagi kepada dua jenis – model laser Digicam sebanyak 85 unit berharga RM173,925 seunit dan model laser Truecam sebanyak 39 unit berharga RM223,500 seunit, kata Hisham dalam jawapan bertulisnya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop sebelum ini dilaporkan berkata sistem kamera perangkap had laju PDRM masih diteruskan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keselamatan di jalan raya. 

Menurutnya, kerajaan tidak bercadang memansuhkan sistem itu walaupun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) telah dilaksana.
http://www.malaysiakini.com/news/214658

Anwar Ibrahim

Posted by Unknown | Posted on 7:45 PG

Anwar Ibrahim


Siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Melaka

Posted: 21 Nov 2012 03:16 AM PST

23 November 2012 (Jumaat)

1) 5.00 ptg – Hi-Tea – Pekan Tiang Dua, Ayer Molek, (P- Bukit Katil)

2) 7.00 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib (P- Jasin)

Lokasi : Surau Umri, Serkam Pantai
3) 8.00 – 12.00 mlm – Ceramah & Jamuan Makan Malam (P-Kota Melaka)

Lokasi: Dewan Pay Fong, Jalan Kubu, Melaka
4) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat (P-Bukit Katil)

Lokasi: Taman Muzafar Syah, Ayer Keroh
5) Barisan Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Lim Kit Siang

iii. YB Salehuddin Ayub

iv. Sdr Shamsul Iskandar Mohd Akin

[VIDEO] Jelajah Merdeka Rakyat, Kemaman Terengganu 17/11/2012

Posted: 21 Nov 2012 03:05 AM PST

Pemimpin Umno Jaja Istilah Islamik Kaburi Penyelewengan

Posted: 21 Nov 2012 03:02 AM PST

Keadilan Daily

Pimpinan Umno BN sibuk menjaja istilah Islamik untuk mengaburi kecurangan dan penyelewengan yang mereka lakukan selama ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Bila buat sambutan Maal Hijrah, bersyarah tentang wasatiyah. Dalam masa sama, kontrak, balak, hilang. Beri pada keluarga dan kroni. Masalah ekonomi tak selesai.

"Nak jadi pemimpin kena berani. Usul kecam serangan Israel terhadap Gaza di Parlimen tapi Najib tak berani sebut nama Amerika dan Obama?.

"Jumpa Obama takut, Sebut nama Amerika takut. Balik rumah pun takut?" katanya disambut gelak tawa hadirin.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian depan 5,000 orang pada ceramah Merdeka Rakyat di padang awam Kampung Setia Tasik Biru, Kuang, malam tadi.

Turut hadir Ahli Parlimen Selayang, William Leong, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Adun Rawang Gan Pei Nei.

Anwar turut menyingkap semula peristiwa Hijrah Rasulullah saw dari Madinah ke Mekah betapa perubahan di negara ini hanya akan berlaku apabila seluruh lapisan rakyat memainkan peranan.

"Bukan hanya di kalangan pimpinan, paling utama ialah persiapan di kalangan rakyat. Dalam hijrah Nabi ada disebut, peranan anak muda iaitu (Saidina) Ali.

"Kerana anak muda bencikan rasuah dan mahu lakukan sesuatu untuk membela nasib keluarga dan ibu bapa.

"Begitu juga di kalangan wanita. Terakam dalam Baiah al-Nisa' selepas perjanjian Aqabah melalui peranan Asma' Abu Bakar.

"Fungsi wanita kritikal dan sentral dalam melakukan hijrah. Asma' Abu Bakar, meskipun ketika peristiwa Hijrah mengandung tujuh bulan, masih mampu memainkan peranan.

"Begitu juga orang bukan Islam. Antaranya Abdullah Ibnu Uraiqith yang menjadi pemandu laluan menuju ke Mekah dalam peristiwa Hijrah.

"Sebagai pimpinan, kita datang bagi merai orang bukan Islam. Yang dimainkan Umno ialah pluralisme agama sedangkan dia sendiri tidak faham.

"Nabi Muhammad anggap Abdullah (Ibnu Uraiqith) sebagai orang yang boleh dipercayai dalam pasukan.

"Jadi apa isunya? Isunya tentang nilai dan kebaikan. Akhlak yang menjadi contoh dan teladan," katanya.

Malaysian Oppostion Fears Electoral Fraud

Posted: 20 Nov 2012 07:47 PM PST

From : ABC.Net

 

Click: Listen to Tony Eastley’s full interview with Anwar Ibrahim

TONY EASTLEY: In Malaysia, Anwar Ibrahim, leader of the largest opposition party, is so worried about corruption in the next general election, he’s passed a handwritten note to Australia’s Foreign Minister Bob Carr asking for help.

He says Australia regularly calls for countries to conduct free and fair elections and that should apply to Malaysia and its ruling party, UMNO.

It comes at a delicate time for Australia as it seeks Malaysia’s help to process asylum seeker arrivals.

A Malaysian election is due to be held sometime next year but there’s widespread speculation the government will go early.

Sixty five-year-old Mr Anwar says he’s uncovered evidence and produced it in parliament which reveals fake voter registrations and a host of other anomalies.

I spoke by telephone to Mr Anwar in Kuala Lumpur last night.

Anwar Ibrahim, welcome to AM. You have fears that the election will be fraudulent and that it won’t reflect the will of the Malaysian people. What evidence do you have to back this?

ANWAR IBRAHIM: We have produced and submitted specific evidence based on the electoral role prepared by the election commission where we showed a few hundred thousand people who are ineligible to vote, not allowed to vote, or some who are not eligible, who are 12 years old or two years old, in the electoral list.

Yesterday the election commission in a private discussion with the members of parliament admitted they were at fault.

TONY EASTLEY: These voter inconsistencies you mention – false names, underage voters and ghost voters – who is behind this alleged rigging?

ANWAR IBRAHIM: Well election commission is supposed to be independent. But right now of course they, in their statement, in their public announcement, seem to represent the ruling UMNO party.

But one of the other major demands – there’s not one minute access to the mainstream media. So how can election commission consider this fair elections when the opposition has been denied even one minute of air time?

TONY EASTLEY: Why do you think the election commission is operating and doing what it is?

ANWAR IBRAHIM: Well they are political appointees and they are, many of them we have actually produced evidence they’re even card carrying members of the ruling party, which runs contrary to the requirements of the law of the commission.

TONY EASTLEY: What can Australia do to ensure a free and fair election?

ANWAR IBRAHIM: Well in my note to Minister Bob Carr and my discussions earlier with Kevin Rudd I said look, you talk about free elections in Afghanistan and Iraq – why are we rather muted when it comes to free, fair elections in Malaysia?

I’m not asking you to intervene beyond that. Why are you now talking about the need for free elections in Burma and not saying anything about neighbouring countries?

TONY EASTLEY: Why do you think that is?

ANWAR IBRAHIM: (Laughs) I’m not probing the immigration or (inaudible) subject. But…

TONY EASTLEY: You are no doubt aware that Australia is or has been negotiating with Malaysia over a regional asylum seeker policy. Relations are at a tense or critical point aren’t they?

ANWAR IBRAHIM: Yeah, yeah. And my explanation in my full conversations with Minister Bob Carr I say look, why do we raise? Because the only explanation given by the minister of home affairs in this country is we are in the midst of finalising an agreement. And nothing – no detail, information or agreement has been given to Malaysians. I mean, so I say we have every reason to question this regimen.

TONY EASTLEY: Malaysia's de facto opposition leader, Anwar Ibrahim.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Lim Kit Siang

Posted by Unknown | Posted on 7:30 PG

Lim Kit Siang


Do Your Job Right, PTPTN

Posted: 21 Nov 2012 07:05 AM PST

By Kee Thuan Chye Malaysian Digest 21 November 2012 It's unbelievable how lackadaisical the National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) is in collecting loan payments. These, after all, constitute the rakyat's money, and it is the responsibility of the corporation to be accountable for it. And yet its chief executive officer, Agos Cholan, can say, [...]

Tunisia’s Hamadi Jebali: The face of moderate Islam?

Posted: 21 Nov 2012 04:11 AM PST

Al Arabiya News AFP 19 November 2011 TUNIS – With deep roots in the fight against anti-Muslim oppression, Hamadi Jebali emerged from years in jail under a repressive regime as a man of compromise and the moderate face of Tunisia's Ennahda Islamist party. The 63-year-old Ennahda secretary general is set to become the north African [...]

Umno is ‘rakyat’, not wrong to acquire public land, says Kuang rep

Posted: 21 Nov 2012 02:17 AM PST

By Zurairi AR The Malaysian Insider Nov 21, 2012 SHAH ALAM, Nov 21 — A Selangor assemblyman denied today that Umno had abused its political ties to grab state land meant for the public, as the party represented the people. All 24 plots of land in Selangor — alleged to have been acquired by Barisan [...]

The politics of accommodation in PAS

Posted: 20 Nov 2012 04:24 AM PST

Bridget Welsh Malaysiakini Nov 20, 2012 COMMENT Islamist parties throughout the world are grappling with new roles and responsibilities. PAS is no exception. The discussions at the party's muktamar held in Kota Bharu last weekend highlight that PAS is adapting to new conditions globally and nationally, and in fact embracing reform. Perhaps more than any [...]

:: cina islam | 2011 ::

Posted by Unknown | Posted on 7:25 PG

:: cina islam | 2011 ::


Ghaib ketika berjalan

Posted: 21 Nov 2012 12:17 AM PST

7 Muharram 1433H. [MOD] -

KUANTAN: "Saya hairan bagaimana anak saya boleh hilang sedangkan dia berjalan di tengah-tengah antara kami lima beranak. Sebelum itu saya lihat dia begitu ceria berlari-lari bersama dua beradiknya yang lain.

"Sebaik menyedari kehilangannya, hati saya terus terdetik sesuatu yang buruk menimpanya dan cuba mencari di kawasan sekeliling namun gagal," kata Chan Tah Jek, 45, bapa kepada murid tahun tiga yang ditemui mati dalam sebuah lubuk di kawasan perkelahan Air Terjun Pelangi, Sungai Lembing, dekat sini.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari kelmarin, Chan Pek Sheng, 9, hilang ketika dia bersama empat ahli keluarganya dan empat sanak saudara lain dalam perjalanan turun dari kawasan perkelahan itu.

Bagaimanapun, mayat kanak-kanak itu hanya ditemui jam 1.30 tengah hari semalam oleh pasukan mencari dan menyelamat membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan dibantu penduduk kampung berhampiran.

Tah Jek berkata, mereka pergi ke kawasan air terjun berkenaan pada jam 6.40 pagi kelmarin kerana tertarik dengan kisah keindahan pelangi selain mahu membawa tiga anaknya berseronok sempena cuti sekolah.

Katanya, sebelum kehilangan anak bongsunya itu disedari, dia melihat mangsa bergelak ketawa bersama dua beradiknya yang lain, namun tidak menyangka itu kali terakhir dia melihat anaknya.

"Salah seorang anak memaklumkan Pek Sheng berjalan bersama saya sedangkan saya langsung tidak melihatnya ketika itu.

"Saya hanya mampu berdoa agar Pek Sheng dijumpai dengan selamat walaupun saya tahu harapan itu agak tipis. Saya tidak sangka keseronokan kami berakhir dengan kejadian sedih ini," katanya yang tinggal di Kluang, Johor.

Tah Jek membuat laporan kehilangan anaknya itu di Balai Polis Sungai Lembing sebelum gerakan mencari dan menyelamat dimulakan jam 2 petang kelmarin. Bagaimanapun, operasi dihentikan jam 6 petang berikutan cuaca gelap.

Sementara itu, Penguasa Kanan 1 Bomba di sini, Zulfahmi Sutaji berkata, mayat mangsa ditemui dalam sebuah lubuk oleh penduduk kampung kira-kira dua kilometer (km) dari lokasi kali terakhir mangsa dilihat.

"Selepas mendapat maklumat dari penduduk tempatan, anggota saya terus menyelam ke lubuk berkenaan dan menjumpai mayat mangsa di dasar lubuk itu dan dibawa keluar.

"Punca kejadian masih lagi disiasat dan tidak menolak kemungkinan mangsa tergelincir ke dalam lubuk berkenaan sebelum lemas," katanya ketika di temui di Balai Polis Sungai Lembing selepas operasi berkenaan dihentikan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, semakan mendapati keluarga itu tidak memaklumkan kepada mana-mana pihak berkuasa sebelum memasuki kawasan air terjun berkenaan.

"Kejadian ini boleh dielak jika mana-mana pihak yang ingin memasuki kawasan rekreasi bagi berkelah atau berkhemah memaklumkan terlebih dulu kepada pihak berkuasa. Ini bagi memudahkan kami merekodkan setiap butiran dan memberikan nasihat kepada mereka untuk tujuan keselamatan.

"Selain itu, kawasan rekreasi juga perlu dilengkapi papan tanda amaran mencukupi bagi memberi maklumat kepada pengunjung di samping menyediakan kemudahan yang mencukupi untuk keselesaan pengunjung," katanya.

metro/-

Empat maut, empat cedera dalam kemalangan dekat Gopeng

Posted: 21 Nov 2012 12:00 AM PST

7 Muharram 1433H. [MOD] -

REMPUH...kereta yang terhimpit selepas dilanggar sebuah treler. FOTO Supian Ahmad
REMPUH...kereta yang terhimpit selepas dilanggar sebuah treler. FOTO Supian Ahmad 
 
IPOH: Empat pekerja Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (Propel) maut manakala empat lagi rakan sekerja mereka cedera selepas dirempuh sebuah treler yang membawa muatan coklat di Kilometer 294.1 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gopeng, awal hari ini.

Ketua Polis Perak Datuk Mohamad Shukri Dahalan berkata kemalangan berlaku pada 4.30 pagi ketika lapan pekerja Propel itu sedang menjalankan kerja penyelenggaraan di lorong kiri lebuh raya berkenaan.
Sebelum itu, treler dari arah Johor Bahru ke Ipoh yang hilang kawalan itu merempuh kereta Proton Iswara, MPV Mitsubishi Triton, van dan lori kecil milik pekerja Propel itu yang diletak di lorong kecemasan sebelum melanggar lapan pekerja terbabit, katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Empat pekerja yang maut ialah Ismady Mohd Rodzi, 32, dari Kulim, Kedah, Shaharuddin Abd Aziz, 51, dari Kuala Kangsar, Mohd Shafie Ismail, 56, dari Taman Shatin, Ipoh dan Hafiz Yunus, 39, dari Kuala Lumpur.

Tiga daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Pekerja Propel yang cedera pula ialah Dino Azmi, 36, Azhan Ismail, 44, Mahyuddin Idris, 48, dan Shafudin Abdul Jalil, 31.

Turut mengalami kecederaan ialah pemandu treler yang hanya dikenali sebagai Zulkifli dan kelindannya, Mohd Rozi Mat Sharif, 44.

Kesemua mayat dibawa ke HRPB manakala mangsa yang cedera dihantar ke HRPB dan Hospital Kampar bagi menerima rawatan.

Mohamad Shukri berkata ketika kejadian, keadaan lokasi berbukit dan pemandu treler itu dipercayai gagal mengawal kenderaannya semasa menuruni cerun ketika hujan renyai.

Pemandu lori terbabit akan ditahan selepas dirawat untuk siasatan lanjut, katanya. - Bernama

Dewan kecoh, menteri mengelak jawab AES

Posted: 20 Nov 2012 11:40 PM PST

7 Muharram 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha enggan memberi laluan kepada ahli-ahli parlimen Pakatan untuk mencelah bertanyakan soalan berkaitan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Ketika sesi penggulungan peringkat jawatankuasa Kementerian Pengangkutan pagi tadi, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar cuba bangun meminta penjelasan menteri walaupun tidak diberikan peluang bertanya.

"Kenapa menteri enggan memberi ruang untuk kita bertanya dan saya lihat menteri seolah-olah takut untuk jawab kerana risau ia akan terbongkar.

"Saya pasti ini disebabkan semuanya ada kepentingan sebab itu takut," jelas beliau di Parlimen walaupun Kong Cho Ha enggan memberi laluan.

Sebelum itu, pada awal sesi penggulungan telah timbul kekecohan apabila menteri mengatakan akan menjawab isu berkaitan AES pada akhir penggulungan.

Mahfuz ketika itu mengatakan tindakan tersebut adalah alasan menteri untuk tidak menjawab pertanyaan AES.

Mahfuz yang meneruskan pertanyaan meminta kerajaan memberitahu apakah bukti kukuh yang mengatakan pemasangan kamera dapat mengurangkan kadar kemalangan.

"Ada perkara yang tidak betul dalam pelaksanaan projek ini, dan saya pasti ia bukannya untuk tujuan menyelamatkan nyawa serta mengurangkan kadar kemalangan.

"Tetapi ia adalah sebenarnya untuk kayakan kroni dengan cara merompak duit dari rakyat," kata Mahfuz sambil ditentang oleh ahli-ahli parlimen Barisan Nasional.

Tambahnya lagi, kerajaan perlu memberi penjelasan bagaimana syarikat yang tidak mempunyai pengalaman dalam pelaksanaan AES boleh dilantik untuk melaksanakan projek tersebut.

Kong Cho Ha dalam jawapan ringkasnya menyatakan apa yang ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Pakatan adalah dengan niat untuk memutar belitkan fakta.

Namun kenyataan tersebut disangkal oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang memberitahu menteri sepatutnya menjawab persoalan yang dibangkit bukannya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Penggulungan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pengangkutan bersambung pada jam 2.30 petang.

Mahfuz dan Kong Cho Ha terus menjadi tumpuan apabila kedua-dua mereka terus menimbulkan isu di dalam dewan di lobi parlimen.

harakah/-

Muslim Care rayu bantuan Gaza

Posted: 20 Nov 2012 11:30 PM PST

7 Muharram 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Pasukan Bantuan Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) akan ke Gaza pada 27 November ini bagi menghantar bantuan asas kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa serangan terbaru Israel.

Bagi tujuan itu, Muslim Care merayu rakyat Malaysia agar memberikan bantuan kewangan ke Tabung Bantuan Untuk Gaza yang dilancarkannya bagi meringankan beban rakyat Palestin ketika ini.

Presiden Muslim Care Malaysia, Zulkefli Mohd Nani berkata, pihaknya mensasarkan kutipan sekurang-kurangnya RM100,000 untuk membeli keperluan makanan, khemah dan ubat-ubatan untuk rakyat Palestin.

"Pasukan bantuan akan menyerahkan bantuan kewangan kepada rakan NGO kita di Gaza dan keperluan asas akan dibeli di sana. Kalau bawa dari sini, lebih banyak kos diperlukan. Kita ingin salurkan bantuan segera buat masa ini," kata beliau pada sidang media di Masjid As-Syakirin KLCC hari ini.

Dua wakil Muslim Care dari Malaysia yang akan ke Gaza ialah bendaharinya, Zulkifli Wahijan dan exco, Ridhuan Md Noor manakala seorang lagi wakil Muslim Care di United Kingdom, Alias.

Mereka akan bergabung dengan beberapa NGO dari negara lain dan akan berada di Gaza selama tiga hari.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan ke Akaun Maybank Muslim Care (Viva Palestin) 5644 902 111 59 atau ke Akaun RHB (Muslim Care) 2621 2000 004747.

Zulkefli juga berkata, selain bantuan segera ini, Muslim Care turut mensasarkan kutipan RM1 juta bagi membantu rakyat Palestin menjelang awal tahun hadapan.

Tabung-tabung akan diedarkan ke seluruh masjid di Masjid bagi tujuan derma selain kutipan derma melalui siri jelajah yang sudah bermula Jumaat lalu.

"Kita akan cuba sedaya-upaya mencapai satu juta dan penyerahan mob cek akan diadakan di masjid ini pada malam sambutan tahun baru," katanya.

Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Presiden Muslim Care, Mat Ariffin Ismail, setiausaha agung, Zakaria Abd Latif dan Ketua Imam Masjid As-Syakirin, Mohd Saiful Azhar, bekas anggota kumpulan rock XPDC, Zua yang akan menyanyikan lagu 'Gaza Menangis' sepanjang siri jelajah.

Dalam pada itu, setakat ini sekurang-kurangnya 120 terbunuh dan hampir 900 orang tercedera melalui lebih 1643 serangan roket yang dilancarkan oleh tentera darat dan laut.

Manakala sekurang-kurangnya 822 rumah musnah akibat serangan ini.

harakah/-

Roboh: Penjelasan MPPP kes di Sungai Gelugor

Posted: 20 Nov 2012 11:28 PM PST

7 Muharram 1433H. [MOD] -


Pada tahun 2007, pentadbiran ini telah menerima banyak aduan menerusi portal rasmi Majlis Perbandaran Pulau Pinang mengenai aktiviti pembinaan sebuah struktur bangunan tanpa kelulusan Majlis. Encik Zulkifly bin Mohamad yang juga merupakan jiran bersebelahan, telah mengadu bahawa pembinaan tanpa kelulusan ini telah menjejaskan kualiti kawasan perumahannya, membahayakan dan juga telah menyebabkan pembiakan nyamuk.

Siasatan yang dijalankan oleh kakitangan Majlis mendapati struktur "extension" 2 tingkat berkenaan dibina tanpa kelulusan pelan bangunan dan ia dikhuatiri boleh membahayakan keselamatan kerana struktur dibina sehingga ke lot sempadan rumah pengadu.

Pada 1.10.2007, satu notis telah dikeluarkan di bawah Seksyen 72 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 ke atas kerja-kerja pindaan dan tambahan yang telah dijalankan dalam kawasan premis berkenaan.

Struktur tambahan yang dimaksudkan ini adalah suatu binaan dari jenis tiang dan konkrit bertetulang 2 tingkat berukuran 10' 0'' x 80' 0'' dan struktur bersaiz  20' 0'' x 10' 0'' di bahagian hadapan premis berkenaan. Struktur ini juga boleh mendatangkan implikasi keselamatan memandangkan ia tiada anjakan 2 meter dari sempadan lot sisi.

Pada  11.10.2007, Notis   di bawah Sek.72(6)  Akta  Jalan, Parit   dan  Bangunan  1974 dikeluarkan memberi tempoh  30 hari kepada   pemilik untuk berhenti dari   menjalankan kerja-kerja pembinaan struktur berkenaan. Namun pemilik premis berkenaan masih engkar dan tidak mematuhi kehendak-kehendak notis berkenaan.

Kes ini telah dibawa ke mahkamah pada 21 Julai 2008 untuk kesalahan di bawah seksyen 70 Akta Jalan Parit dan Bangunan di mana pemilik telahpun mengaku bersalah dan telah dikenakan denda oleh mahkamah sebanyak RM2,000.

Pada 19 Januari 2009 Majlis telah memberikan nasihat kepada pemilik premis berkenaan untuk mematuhi semua kehendak-kehendak notis yang telah dikeluarkan kepada beliau.

Beliau telah mengemukakan rayuan dan rayuan beliau telah dipertimbangkan untuk beliau mematuhi kehendak notis dalam tempoh 3 bulan mulai 12 Mac 2009. Tempoh yang diberikan ini adalah munasabah supaya pemilik berkenaan berusaha untuk mematuhi kehendak-kehendak notis.

Walaupun tempoh ini diberikan, pemilik didapati tidak mengemukakan sebarang permohonan pelan bangunan kepada majlis sehingga kini. Struktur berkenaan juga dibiarkan terbengkalai dan tidak dirobohkan, yang mana telah mencacatkan pandangan dan menimbulkan bahaya dari segi keselamatan kepada jirannya dan juga pembiakan nyamuk.

MPPP dari semasa ke semasa menerima aduan daripada Encik Zulkifly bin Mohamad dan yang terkini, pada 12 Julai 2012, di mana pengadu amat tidak berpuas hati kerana tiada tindakan penguatkuasaan diambil ke atas aduan yang telah dikemukakan oleh beliau.

Pelbagai tohmahan dilemparkan kepada Majlis kerana gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai Pihak Berkuasa Tempatan. Majlis dengan penuh prihatin telah mengambil langkah-langkah sewajarnya dan telah mematuhi " Standard Of Procedure " Kerajaan Negeri termasuk kelulusan daripada ADUN Kawasan Seri Delima dalam menguatkuasakan undang-undang berkenaan.

Oleh yang demikian, tindakan yang diambil oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang pada 8 November 2012 ke atas struktur Tanpa Kelulusan Pelan  Di Lengkok Sungai Gelugor Satu adalah memenuhi peruntukan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Tindakan yang dijalankan pada 8 November 2012 hanya membabitkan struktur di bahagian hadapan premis berkenaan tanpa melibatkan struktur yang dihuni oleh pemilik berkenaan.

Majlis sentiasa mengambil perhatian ke atas keprihatinan masyarakat berhubung pelaksanaan tindakan penguatkuasaan dan akan sentiasa memperbaiki perkhidmatannya.

Bagi sebarang tindakan penguatkuasaan kelak di masa hadapan, pihak Majlis melalui Jawatankuasa Penyelarasan Operasi sentiasa terbuka dan akan mengambilkira dan mempertimbangkan pelbagai sudut dan pandangan orang awam, pengadu, wakil setempat dan juga sensitiviti masyarakat. MPPP akan merujuk perkara ini kepada Kerajaan Negeri dan sedia menerima apa-apa arahan yang disyorkan.

Sekian, terima kasih.

Patahiyah ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Subky sangkal kritikan Pemuda PAS WP

Posted: 20 Nov 2012 11:25 PM PST

7 Muharram 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Tokoh yang telah memainkan peranan penting dalam penubuhan Harakah, Haji Subky Latif (Gambar), telah menolak pandangan Dewan Pemuda PAS supaya lidah parti termasuk Harakahdaily diletakkan di bawah satu jawatankuasa bagi tujuan memantau dan menyemak kandungan mereka.

"Tidak ada keperluan untuk jawatankuasa penyelia kerana sudah ada lembaga pengarah yang diketuai oleh pengerusi. Apakah tugas lembaga dan adakah mereka sentiasa berbincang dengan editor Harakah dari semasa ke semasa? " tanya Subky Latif, yang diberi penghargaan secara meluas kerana mengasaskan lidah parti yang popular itu.

Subky bagaimanapun mencadangkan bahawa penasihat yang bilangannya "tidak lebih daripada tiga orang" boleh dilantik untuk membimbing akhbar tersebut.

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan baru-baru ini membawa satu usul pada Muktamar Dewan Pemuda PAS yang menyerang Harakah dan laman berita dalam talian, Harakahdaily, kedua-duanya dikendalikan oleh PAS, berkata mereka telah tersasar daripada dasar parti.

Perwakilan menegaskan bahawa akhbar tersebut terlalu memberi ruang kepada Pakatan Rakyat berbanding PAS, manakala seorang wakil mengeluh bahawa lidah parti tersebut mempunyai kecenderungan melaporkan pandangan Syiah, berkemungkinan merujuk kepada liputan konflik antara Iran dan Barat.

Tetapi Subky (gambar) tidak bersetuju, berkata isu-isu tertentu yang melibatkan Iran mesti diberitahu kepada orang ramai.

"Isu-isu tertentu yang berkaitan dengan Iran mesti dipertahankan. Berita tentang Syiah juga perlu diterbitkan, tetapi tidak sesuai yang promosikan Syiah. Begitu juga, sentimen Wahabi tidak harus dipromosikan, " ujar Subky.

Subky, 72 tahun, yang pernah menjadi sebahagian daripada Jawatankuasa PAS Pusat dan pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, juga menekankan keperluan untuk Harakah dan Harakahdaily dalam memberi liputan kepada Pakatan Rakyat, berkata ia adalah sangat penting dalam perjuangan menentang Barisan Nasional.

"BN tidak boleh diganti jika orang hanya tahu tentang PAS tetapi kabur tentang Pakatan Rakyat dan kebaikannya," katanya, sambil menambah bahawa liputan itu mestilah selaras dengan perspektif PAS.

Mengenai dakwaan bahawa Harakah telah tersasar daripada dasar parti, Subky bertanya apa yang dimaksudkan dengan dasar.

"Adakah semua orang tahu apakah dasar dan adakah lembaga pengarah tahu dasar sidang editorial? Sila jelaskan apa yang dimaksudkan dengan 'tersasar', "katanya.

Sebelum ini, Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi lidah parti tersebut.

"Setakat ini, saya berpuas hati dengan Harakah dan Harakahdaily," katanya. "Kita mesti faham bahawa Harakah berada di persimpangan, (ia adalah) untuk ahli-ahli parti dan pada masa yang sama ia perlu mencapai orang ramai. Inilah dilema mereka.

harakah/-

Kelawar Asia penyebar virus baru?

Posted: 20 Nov 2012 11:21 PM PST


7 Muharram 1433H. [MOD] -




ROTTERDAM - Virus berbahaya dikaitkan dengan Sars (Sindrom Pernafasan Akut Teruk) yang mencetuskan kebimbangan pada awal tahun ini didakwa disebarkan oleh kelawar dari Asia, menurut kajian yang diterbitkan, semalam.
Saintis di Netherlands melaporkan hasil penyelidikan mereka ke atas sampel diambil dari mangsa di Arab Saudi menunjukkan Sars kembali semula dalam bentuk baru.
Dr Ron Fouchier di Pusat Perubatan Erasmus di Rotterdam berkata, virus korona baru, HCoV-EMC/2012 itu dikatakan turut terdapat pada sampel darah kelawar spesies Tylonycteris pachypus  dan Pipistrellus abramus yang biasanya ditemui di beberapa negara di Asia.

"Kajian kami menunjukkan virus tersebut mungkin disebarkan oleh haiwan mamalia itu," katanya. - AFP


Bangunan kementerian Syria dibedil mortar

Posted: 20 Nov 2012 10:55 PM PST

7 Muharram 1433H. [MOD] -


Bangunan kementerian Syria dibedil mortar

Pemberontak gesa Assad digulingkan
DAMSYIK - Bangunan ibu pejabat Kementerian Maklumat Syria, terbakar selepas terkena bedilan mortar yang dilancarkan sebanyak dua kali dekat sini, semalam.
Menurut televisyen kerajaan, serangan yang tidak mencetuskan kemalangan jiwa itu dilakukan kumpulan pemberontak yang mahu menjatuhkan Presiden Bashar Al-Assad.

Aktivis pembangkang, Samir Al-Shami berkata, pemberontak sengaja membedil bangunan Kementerian Maklumat Syria di tengah daerah Mezzeh, yang berhampiran dengan lokasi persembunyian mereka.

Sementara itu, kumpulan pemberontak terbesar Aleppo, menolak pertubuhan Gabungan Kebangsaan Syria dengan alasan mahukan sebuah negara Islam, semalam.

"Kami kumpulan pejuang bandar Aleppo, sebulat suara menolak projek sulit Gabungan Kebangsaan Syria dan bersetuju menubuhkan negara Islam dalam Syria," kata jurucakap pemberontak dalam rakaman video.

Rakaman video dihantar dalam talian itu, menyiarkan 30 lelaki yang diketuai seorang jurucakap tidak dikenali menolak untuk menerima mana-mana gabungan atau pertubuhan majlis luar Syria.
Sementara itu, Kesatuan Eropah memberi pengiktirafan kepada Gabungan Kebangsaan Syria mewakili suara rakyat.
Aktivis dan paramedik melaporkan, sekurang-kurangnya 50 orang terkorban sejak awal minggu ini dan menjadikan lebih 39,000 nyawa melayang dalam tempoh lebih 20 bulan tercetusnya perang saudara di Syria. - Al-Jazeera

SINAR/-

Ditembak ketika buka bungkusan

Posted: 20 Nov 2012 10:41 PM PST

7 Muharram 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHRU – Seorang kontraktor menyangka dia akan mati apabila seorang lelaki berjaket gelap tiba-tiba melepaskan dua das tembakan ke arahnya yang ketika itu berada di dalam kereta dan sedang membuka sebuah bungkusan di Pusat Komersial Taman Johor Jaya di sini semalam. 

Semasa kejadian pada pukul 1.20 petang, mangsa O. Raman, 56, rakyat Singapura yang mempunyai taraf penduduk tetap negara ini dan isterinya, S. Padmavathi, 52, baru masuk ke dalam kereta BMW miliknya yang diletakkan di tempat letak kereta di depan pusat kurier di situ.

Bagaimanapun, cerita Raman, tiba-tiba seorang lelaki yang memakai topi keledar dan berjaket gelap muncul di tepi keretanya dan terus melepaskan tembakan ke arahnya.

"Ketika mendengar tembakan itu, saya hanya ingat mati tetapi apabila lelaki berjaket itu beredar saya bersyukur kerana masih bernyawa dan hanya cedera di kaki kanan terkena satu das tembakan manakala tembakan lagi satu menembusi cermin tingkap tempat duduk sebelah pemandu.

Terdahulu, Raman yang banyak berurusan di Singapura dan Pasir Gudang berasa hairan apabila bungkusan yang dibuka hanya mempunyai sebuah diari.

"Kami tidak pasti sama ada bungkusan itu merupakan perangkap untuk musuh saya mencederakan saya," kata Raman ketika ditemui di sini.

Raman bagaimanapun menafikan dia mempunyai musuh perniagaan.

Sementara itu, Padmavathi berkata, sebaik penjenayah itu beredar, dia yang dalam keadaan panik terus menghubungi anak perempuannya untuk mendapatkan bantuan.

Pasangan tersebut mempunyai tiga anak perempuan dan Padmavathi memiliki tiga buah tadika di sini.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, polis sedang menyiasat motif kejadian tersebut selain memburu lelaki yang dipercayai cuba membunuh mangsa.

sinar/-

Peserta akan berkhemah, tunggu MP di Dataran

Posted: 20 Nov 2012 10:27 PM PST

7 Muharram 1433H. [MOD] -




 
Penganjur perarakan jalan kaki anti-Lynas berkata, mereka akan berkhemah di Dataran Merdeka sebaik menamatkan perjalanan 14 hari dari Kuantan dan bukannya berarak ke bangunan Parlimen.


Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack berkata, aktivis berkenaan akan berkhemah di situ pada Ahad sementara menunggu kunjungan perdana menteri dan ahli parlimen pada keesokan harinya.

Wong mengumumkan perkara itu di Bentong, Pahang lewat malam tadi.

Ketika dihubungi selepas itu, Wong berkata perubahan itu bagi memudahkan wakil rakyat bertemu aktivis berkenaan di Dataran Merdeka.


MALAYSIAKINI/-

Nyaris maut disondol babi

Posted: 20 Nov 2012 10:23 PM PST

7 Muharram 1433H. [MOD] -


Mohamad Nor menunjukkan lokasi tali air di mana mangsa hampir maut diserang babi hutan, Sabtu lalu.

Mohamad Nor menunjukkan lokasi tali air di mana mangsa hampir maut diserang babi hutan, Sabtu lalu.
GUNUNG SEMANGGOL - Seorang penduduk Kampung Batu 40, Bukit Merah, di sini nyaris maut setelah diserang seekor babi hutan ketika sedang menjala ikan di kawasan tali air berhampiran rumahnya, Sabtu lalu.

Anak mangsa, Latifah Omar, 45, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, ayahnya Omar Mahmud, 69, pergi menjala seorang diri sebelum terlihat satu objek pelik di dalam tali air itu yang disangkakan ikan.

Menurutnya, ayahnya yang sedang menaiki motosikal melihat kelibat ikan di sepanjang tali air itu lantas memperlahankan kenderaannya untuk melihat 'objek pelik' itu secara dekat.

"Ayah memperlahankan motor dan terlihat seperti ikan berkocak dalam air, bagaimanapun setelah dilihat lebih teliti, baru ayah menyedari ia merupakan seekor babi hutan yang sedang berendam di dalam tali air dan hanya menampakkan muncungnya sahaja.

"Belum sempat dia memberhentikan motosikal, babi hutan itu melompat dari dalam air dan terus menyondol motosikal ayah," ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Hadir sama, Penyelaras Dun Gunung Semanggol, Zainal Abidin Hanafiah dan Ketua Kampung Bukit Merah, Mohamad Nor Hassan.

Latifah berkata, serangan babi hutan itu menyebabkan motosikal ditunggangi ayahnya terjatuh sebelum ia menyerang paha kanan ayahnya sehingga mengalami kecederaan parah.

Selain kecederaan paha kanan, Latifah menyatakan ayahnya turut mengalami luka dalam di bahagian kedua-dua tapak tangan dan kaki akibat disondol haiwan ganas itu.

"Menurut cerita ayah, sondolan babi hutan itu menyebabkan paha kanannya dicederakan taring haiwan yang terbenam sepanjang hampir dua inci.

"Kesakitan dialami ayah menyebabkan dia bertindak menendang haiwan itu dengan menggunakan kaki kiri, bagaimana tendangan itu mengenai taring haiwan berkenaan dan menyebabkan luka dalam.

"Setelah hampir 15 minit bertarung nyawa, ayah saya sempat mencapai sebuah batu besar di kawasan berhampiran sebelum menghempaskannya ke atas kepala haiwan itu dan menyebabkan babi hutan itu 'pengsan'," katanya.

Latifah berkata, ayahnya segera berlari sejauh 200 meter untuk meminta pertolongan kerana bimbang babi hutan itu akan kembali sedar dan menyerangnya kembali.

"Mujurlah terdapat ramai orang kampung yang datang membantu ayah dan menghantarnya balik ke rumah," katanya.

Latifah berkata, dia dan keluarga bergegas menghantar ayahnya ke Hospital Taiping untuk rawatan segera susulan melihat keadaan paha kanan ayah yang berlumuran darah.

"Syukur keadaan ayah kembali stabil setelah ditempatkan di unit rawatan kecemasan dan kami difahamkan ayah terpaksa menerima sepuluh jahitan di bahagian paha kanan yang cedera teruk," katanya.

Ketua Kampung Bukit Merah, Mohamad Nor Hassan berkata, susulan kejadian itu, pihak Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dipanggil untuk menembak haiwan berkenaan bagi mengelakkan kejadian serupa berulang kembali.

SINAR/-

Dituduh rancang culik 100 wanita

Posted: 20 Nov 2012 10:17 PM PST

7 Muharram 1433H. [MOD] -

SEORANG lelaki yang mendakwa dirinya saudara lelaki anggota polis Gilberto Valle, disoal oleh media pada 25 Oktober lalu.


NEW YORK - Seorang anggota polis di sini, mengaku tidak bersalah di atas tuduhan merancang untuk menculik, memasak serta memakan sehingga 100 orang wanita.
"Saya tidak bersalah," kata anggota polis tersebut, Gilberto Valle kepada hakim Mahkamah Persekutuan Manhattan apabila ditanya mengenai tuduhan itu.
Dia juga didakwa menceroboh pangkalan data komputer polis bagi mendapatkan maklumat tentang wanita yang akan dijadikan mangsanya.
Valle yang berusia 28 tahun didakwa merancang jenayah tersebut bersama seorang rakan yang tidak dikenali dengan menggunakan klorofom untuk membuatkan mangsa pengsan.
Mereka kemudian akan membawa mangsa-mangsa pulang ke rumahnya dan merancang untuk memasak mayat mereka yang dikerat-kerat di dalam oven atau dipanggang.
Dia didakwa bertukar-tukar e-mel mengenai konspirasi itu dengan konconya dan menceroboh masuk pangkalan data polis untuk mengumpul maklumat mangsa-mangsanya.
Hasil carian dalam komputer milik Valle mendedahkan terdapat sekurang-kurangnya 100 fail wanita yang lengkap dengan nama, gambar, maklumat peribadi termasuk alamat.
Peguam Valle berkata, tiada seorangpun wanita menjadi mangsa dan ia sekadar satu fantasi.
Semalam, peguam Valle, Julia Gatto merayu supaya anak guamnya dibebaskan dengan ikat jamin.
Bagaimanapun hakim Paul Gardephe menegaskan, permohonan sama pernah ditolak sebanyak dua kali oleh dua orang hakim lain sebelum ini dan permintaan itu sukar untuk ditunaikan. - AFP



Maut ditetak rakan karib

Posted: 20 Nov 2012 10:15 PM PST

7 Muharram 1433H. [MOD] -


Ahli keluarga mangsa sugul mendengar berita kematian Peng Kang,39, di rumah keluarga, Parit Buntar s

Ahli keluarga mangsa sugul mendengar berita kematian Peng Kang,39, di rumah keluarga, Parit Buntar semalam.
Kereta mangsa dipenuhi kesan darah akibat pendarahan kritikal sewaktu dia dikejarkan ke Hospital Par

Kereta mangsa dipenuhi kesan darah akibat pendarahan kritikal sewaktu dia dikejarkan ke Hospital Parit Buntar awal pagi semalam.
Anggota forensik mengambil bahan bukti di tempat kejadian.

Anggota forensik mengambil bahan bukti di tempat kejadian.
PARIT BUNTAR - Seorang pekerja kontrak maut selepas ditetak rakan karibnya dalam satu kejadian di Pekan Baru, di sini selepas mereka pergi berhibur bersama-sama rakan-rakan lain di sebuah kelab malam, awal pagi semalam.

Abang mangsa, H'ng Peng Joo, 47, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.15 pagi, mangsa, H'ng Peng Kang, 39, yang mempunyai tiga anak ditemui rakan dalam keadaan berlumuran darah di rumahnya setelah lengan kirinya ditetak dengan menggunakan parang di hadapan rumah suspek.

Menurutnya, mangsa dikatakan berselisih faham dengan suspek dan mula bertelagah di premis kelab malam sebelum dileraikan rakan-rakan lain lalu pulang ke rumah masing-masing.

"Bagaimanapun, mereka kembali bertelagah di hadapan rumah suspek sejurus selepas itu dan pergaduhan itu akhirnya membawa kepada keganasan setelah suspek bertindak menetak lengan kiri adik saya dengan menggunakan parang.

"Adik saya sempat memandu pulang ke rumah selepas kejadian itu sebelum dikejarkan ke Hospital Parit Buntar oleh beberapa rakannya lebih kurang jam 3.30 pagi kerana mendiang mengalami pendarahan teruk," katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di hadapan bangunan Unit Forensik, Hospital Parit Buntar, di sini semalam.

Peng Joo berkata, mangsa mengalami pendarahan kritikal akibat kecederaan dialami dan disahkan meninggal dunia di unit rawatan kecemasan hospital itu pada jam 4.30 pagi semalam.

Menurutnya, pemergian mangsa amat mengejutnya memandangkan mendiang masih mampu berjalan sendiri mendapatkan rawatan di unit rawatan kecemasan tanpa perlu dipapah sewaktu tiba di hospital.

"Saya tak sangka mendiang adik dibunuh rakan karibnya sendiri. Hubungan mereka berdua sebelum ini amat rapat sehinggakan suspek pernah berhasrat mengambil salah seorang anak adik sebagai anak angkatnya.

"Sebelum ini, mendiang tak pernah mengadu mengenai sebarang masalah dengan suspek, malah saya sendiri menemui dia dan suspek minum bersama sehari sebelum kejadian. Saya kasihan mengenang nasib tiga anaknya yang masih kecil dan bersekolah, lebih-lebih
lagi isteri mendiang sudah meninggalkan mereka sejak perayaan Tahun Baru Cina lalu," katanya.

Peng Joo turut mendedahkan mendiang adiknya pernah meluahkan hasrat untuk bekerja di luar negara setelah diajak rakan-rakan selain ingin memiliki rumah sendiri memandangkan rumah yang diduduki sebelum ini merupakan rumah sewa.

"Beberapa minggu sebelum ini, mendiang kerap pulang ke rumah keluarga setelah mendapat projek membina tempat parkir kenderaan terletak di hadapan rumah itu.

"Pemergian mendiang menyebabkan projek berkenaan tidak dapat disiapkan dan kami sekeluarga benar-benar meratapi kehilangannya memandangkan dia merupakan seorang anak yang baik," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menegaskan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Menurutnya, polis masih mengesan suspek yang merupakan orang tempatan setelah dipercayai menghilangkan diri sejurus selepas mangsa ditetak.

"Pada masa sama, kami masih menyiasat motif sebenar suspek menetak mangsa sehingga menyebabkan kematian setelah difahamkan kedua-duanya merupakan rakan karib," katanya.


SINAR/-

Nasib malang anak comel ditinggal ibu bapa

Posted: 20 Nov 2012 09:46 PM PST

7 Muharram 1433H. [MOD] -

dorothy Chong Mei Sem menunjukkan gambar ibu dan bapanya pada sidang akhbar bersama Lee Kon Yin di Ipoh semalam.


IPOH – Kata pepatah Cina, kasih ayah setinggi gunung, kasih ibu sedalam laut.
Bagaimanapun, pepatah tersebut tidak menggambarkan nasib seorang kanak-kanak comel berusia tiga tahun, Chong Mei Sem apabila dia ditinggalkan oleh ibu bapanya untuk dipelihara oleh seorang peniaga sejak tiga bulan lalu.
Lebih memilukan, bapa kanak-kanak malang itu, Chong Chee Liong sanggup pula mengucapkan selamat hari lahir untuk anaknya itu melalui khidmat pesanan ringkas baru-baru ini.
Dia juga sanggup meletakkan sebiji kek hari jadi untuk anaknya itu di hadapan pintu pagar rumah penjaga anaknya di sini baru-baru ini.
Bercerita lanjut mengenai masalah yang timbul, wanita dikenali sebagai Madam Choong, 52, yang memelihara Mei Sem berkata, kanak-kanak tersebut ditinggalkan oleh ibunya sendiri yang dikenali sebagai Chu Sin di rumahnya di Kampung Gunung Rapat dekat sini pada kira-kira pukul 10 malam, 9 Ogos lalu.
Katanya, Chu Sin meminta dia menjaga Mei Sem sementara dia keluar untuk mencari kerja dan berjanji memberikan upah sebanyak RM1,000 sebulan.
"Betul, memang dia beri upah RM1,000 itu dengan memasukkannya ke akaun bank saya tetapi hanya pada bulan September. Selepas itu langsung tiada apa-apa berita daripada mereka.
"Setiap panggilan ke telefon bimbit Chu Sin dan suaminya langsung tidak berjawab malahan saudara-mara pasangan terbabit juga tidak tahu ke mana mereka pergi," katanya pada sidang akhbar bersama Pengerusi Biro Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional negeri, Datuk Lee Kon Yin di sini semalam.
Menurutnya, Mei Sem seorang kanak-kanak yang baik dan tidak pernah buat perangai.
"Apabila diberitahu ibu bapanya tiada, dia cuma diam dan bermain seperti biasa.
"Cuma sekarang saya tidak mampu lagi menanggungnya. Saya minta ibu atau bapanya ambil semula anaknya dan saya beri masa seminggu sebelum menyerahkan kanak-kanak ini ke Jabatan Kebajikan Masyarakat," ujarnya.
Sementara itu, Kon Yin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ibu bapa kanak-kanak itu supaya menghubungi beliau menerusi talian 05-253 6981 atau 012-515 1178.
KOSMO/-

[BONGKAR] Umno-BN Sapu 23 Lot Tanah Nilai Lebih RM 20 Juta

Posted: 20 Nov 2012 08:39 PM PST

7 Muharram 1433H. [MOD] -

Kes pemilikan tanah di Selangor oleh parti komponen Umno-BN akan dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana didakwa terdapat penyalahgunaan kuasa.

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata tanah tersebut melibatkan 23 kawasan di tujuh daerah seluruh Selangor dari 1999 hingga 2008 yang diperoleh ketika era pentadbiran Umno-BN.

Ia melibatkan parti komponen dan pemimpin Umno-BN termasuk Umno, MCA, MIC dan Gerakan di mana parti-parti tersebut hanya dikenakan bayaran premium RM 1 satu meter persegi.

Katanya, semua kawasan tersebut melibatkan nilai lebih RM 20 juta dengan saiz setiap lot antara satu hingga tujuh ekar yang mana Umno menerima 14 kawasan, MCA (lima), MIC (tiga) dan Gerakan (satu).

"Kes ini wujud elemen salahguna kuasa dan bagaimana ia diluluskan, kenapa untuk Umno-BN, kita akan minta perkara ini disiasat.

"Kita juga akan buat laporan polis dalam masa terdekat," katanya dalam sidang media di lobi Dewan Annex sempena sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Suee Lim mendakwa kes-kes tersebut melibatkan pemimpin Umno bahagian seperti Selayang, Ampang, Subang, Puchong, Tanjong Karang dan Sungai Besar.

"Semua 23 kawasan tanah ini adalah tanah dengan nilai tinggi iaitu tanah komersial.

"Semua kegunaan untuk perniagaan seperti rumah kedai dan bangunan perniagaan. Bila mereka dapat tanah ini mereka akan buat usahasama dengan mereka dapat dana keuntungan," dakwanya lagi.

"Inilah antara contoh dan wajah sebenar Umno-BN yang beria-ria sekarang serang (Kerajaan PR) sana sini tetapi hakikatnya mereka ialah pihak yang Sapu Tanah Rakyat.

"Rakyat didahulukan tetapi dalam kontek di mana Umno, MCA dan yang lain, merekalah yang didahulukan."

Azan selain suara, sebutan mesti betul

Posted: 20 Nov 2012 08:34 PM PST

7 Muharram 1433H. [MOD] -

Pernah suatu ketika dahulu saya mendengar cerita yang kononnya berlaku dalam satu kampung seorang penduduk marah sangat dengan azan katanya, "anjing sudah menyalak". Barangkali dia belum puas tidur tiba-tiba dikejutkan untuk solat Subuh. Dipendekkan cerita, orang itu akhirnya ditimpa penyakit batuk dan lidahnya sentiasa terjelir.

Walaupun cerita itu sekadar cerita sensasi imaginasi penulis yang tidak kena mengena dengan orang hidup atau mati. Namun baru-baru ini saya terdengar sendiri azan di sebuah surau, laungannya benar-benar seperti anjing menyalak. Masya-Allah, takut saya.

Ini semua bertitik tolak daripada muazzin tersebut tidak belajar cara azam secara berguru. Mungkin dia berminat dengan azan lalu belajar melalui pendengaran azan di radio atau tv. Mungkin juga dia selalu mendengar azan dekat masjid atau surau. Daripada situ dia mencuba sendiri dan akhirnya mampu meniru suara azan tersebut.

Apabila belajar tanpa guru maka gurunya adalah syaitan, demikian maksud hadis. Sedangkan syaitan akan cuba memesongkan hati kita daripada Allah. Jadi, setiap sebutan bahasa Arab diubah secara halus hingga akhirnya merobah maknanya. Sekadar contoh beberapa perkataan:

اللهُ اَكْبَر  apabila dibaca berlagu maka terjadi begini اللهُ ءَاكَبَر dan sesetengahnya dipanjangkan bunyi bar الله أَكْبَار perubahan ini menjadikan makna asal Allah maha besar itu kepada maksud lain.

لَا إِلَهَ إِلَّا الله  apabila dibaca secara berlagu maka perkataan ilaha dipanjangkan ha begini لَا إِلَـهاَ إِلَّا الله ilaha yang bermaksud tuhan apabila dipanjangkan ha sudah tidak bermaksud tuhan lagi.
Berdasarkan itu, semua muazzin perlu ambil perhatian agar sebutannya selepas itu tepat sebagaimana yang dikehendaki. Kita tidak tahu adakah dengan sebab azan yang tidak betul itu menjadi punca orang ramai tidak mahu datang ke masjid atau surau untuk berjemaah. Kalau benar puncanya di sini, besarlah dosa muazzin tersebut.

Selain itu muazzin juga perlu tahu hukum "tarje'" dalam azan. Dalam hukum ini, muazzin perlu ulang dua kali lafaz لَا إِلَهَ إِلَّا الله dan اشهد أن لا اله الا الله dan اشهد ان محمدا رسول الله secara perlahan selepas menyebut lafaz itu secara nyaring.

Antara tujuan tarje' adalah untuk memberi jarak yang munasabah antara dua lafaz. Di sinilah kesilapan sesetengah muazzin, azan yang dilaungkan amat cepat kerana tidak dilakukan tarjek terlebih dahulu. Kita perlu ingat azan adalah untuk memanggil orang solat, kalau lafaznya seperti tergesa-gesa, nanti mesej yang hendak disampaikan tidak benar-benar masuk ke dalam lubuh hati mereka.

Lafaz yang lain tidak perlu tarjek tetapi terdapat satu sunnah Bilal bin Rabah yang boleh diteruskan iaitu, memalingkan muka ke kanan dan kiri ketika membaca lafaz حي على الصلاة  dan حي على الفلاح Amalan ini dilakukan oleh Bilal adalah untuk melihat sama ada jemaah sudah hadir atau belum. Dan yang paling dinantikan ialah Rasulullah.
Hukum orang yang mendengar azan

Seruan azan perlu dijawab malah berdosa bagi mereka yang mengabaikan seruan itu. Kita tidak boleh secara sengaja menangguhkan solat sedangkan dia berpeluang untuk solat waktu mendengar azan. Kita seharusnya mengikut tabiat Sahabat Rasulullah yang serius hadir solat setelah mendengar azan.
Dalam hal ini Rasulullah ingatkan kita:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي الأَذَانِ وَالصَّفِّ الأَوَّلِ لاسْتَهَمُوا عَلَيْهِ " .(حاكم)

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW sabdanya: "Kalaulah manusia tahu apa yang ada pada azan dan saf pertama nescaya mereka akan mengundi untuk hadir ke tempat itu." (Riwayat Hakim)

Sebab itulah sahabat tidak pernah abaikan seruan azan malah berusaha untuk mendapat tempat pertama. Hal ini kerana Rasulullah menjadi tempat rujuk mereka:

عَنْ حَفْصَةَ ، قَالَتْ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ  إِذَا سَمِعَ أَذَانَ الصُّبْحَ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ ، وَخَرَجَ إِلَى الْمَسْجِدِ . (محمد بن اسحاق)

Daripada Hafsah katanya: Adalah Rasulullah apabila mendengar azan Subuh, dia solat sunat  Subuh dua rakaat, dan keluar ke masjid. (Riwayat Muhamad bin Ishak)

Kalau Rasulullah sendiri keluar ke masjid setelah mendengar azan, maka kita yang tinggal jauh daripada masjid sepatutnya datang awal sebelum azan, supaya dengan itu kita dapat duduk di saf pertama.

Selain itu kita juga perlu menjawab lafaz azan seperti yang disebut dalam hadis berikut:
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : إِذَا سَمِعْتُمُ النِّدَاءَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ الْمُؤَذِّنُ ، وَالأَذَانُ مَثْنَى مَثْنَى ، وَالإِقَامَةُ مَثْنَى مَثْنَى" .(الربيع بن حبيب)

Maksudnya: Daripada Abi Said al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu mendengar azan, katalah seperti apa yang dikatakan muazzin. Azan sebut dua dua dan Iqamah juga dua dua." (Riwayat Rabe' bin Habib)

Untuk membolehkan kita menjawab azan, adalah tidak wajar kita bercakap sewaktu azan dikumandangkan. Biadablah mana kalau kita terus bercakap dengan kawan-kawan ketika itu. Diharapkan selepas ini kita dapat menjawab azan pada dua sudut di atas.

Ahmad Baei Jaafar


18 maut insiden rempuhan jambatan runtuh di India

Posted: 20 Nov 2012 08:22 PM PST


7 Muharram 1433H. [MOD] -


SEORANG wanita menangis di samping mayat-mayat mangsa yang terkorban akibat rempuhan pada satu sambutan Chhath Puja di Patna, India pada Isnin lalu.

PATNA, India - Pihak berkuasa India membuka satu kertas siasatan mengenai kejadian rempuhan yang mengorbankan 18 orang wanita dan kanak-kanak selepas sebuah jambatan buluh yang dibina sempena festival perayaan Hindu runtuh kelmarin.
Insiden itu berlaku di timur bandar Patna, berhampiran sungai Ganges pada lewat malam kelmarin ketika berpuluh-puluh ribu penganut Hindu berpusu-pusu melalui jambatan itu.
Di sebalik bencana yang berlaku, para penganut tetap berkumpul di kawasan kejadian untuk bersembahyang sebelum matahari terbit.
Ia merupakan ritual wajib pada festival tersebut dengan mempersembahkan buah-buahan kepada Tuhan, menyalakan lilin dan mandi di sungai Ganges.
"Ketua Menteri Bihar, Nitish Kumar telah mengarahkan satu siasatan dilakukan," kata setiausaha dalam negeri, Amir Subhani kepada agensi berita AFP.
Berpuluh-puluh orang yang cedera parah kelihatan menunggu di luar Kolej Perubatan Patna dan Hospital di mana kebanyakan mangsa yang cedera dibawa.
"Ramai yang panik selepas rempuhan berlaku menyebabkan mereka mencampak barang persembahan sembahyang bagi menyelamatkan diri masing-masing," kata seorang peniaga teh, Akhilesh Prasad kepada wartawan tempatan.
Superitendan polis di Patna, Jayant Kant berkata, 18 orang disahkan maut termasuk 10 wanita dan lapan kanak-kanak.
Angka kematian dijangka meningkat kerana masih ramai mangsa yang dilaporkan hilang belum ditemui.
"Mayat kesemua yang maut dalam rempuhan telah dihantar ke hospital untuk dibedah siasat," kata Kant. - AFP

Gaza: Mahasiswa anjur demo Jumaat ini

Posted: 20 Nov 2012 08:20 PM PST


7 Muharram 1433H. [MOD] -




KUALA LUMPUR: Gabungan mahasiswa akan mengadakan himpunan besar-besaran di hadapan Kedutaan Rasmi Arab Saudi, 23 November ini bagi mendesak negara pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) itu menyatakan pendirian tegas berhubung serangan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza.

Himpunan yang menggabungkan beberapa kumpulan mahasiswa dan dinamakan sebagai Himpunan Solidariti Mahasiswa & Anak Muda untuk Gaza itu akan berhimpun di hadapan Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat sebelum berarak ke bangunan kedutaan.

Menurut Naib Presiden Strategik & Mobilasi Massa Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), himpunan tersebut memilih tema pakaian hitam sebagai tanda berkabung kepada rakyat Gaza yang dibunuh, dibom dan dizalimi.

Justeru beliau yang juga jawatankuasa koordinator himpunan mengajak semua mahasiswa untuk bersama-sama menunjukkan solidariti kepada rakyat palestin.

"Koordinator penganjur meletakkan sasaran 2,000 ribu orang untuk hadir dan bersolidariti pada himpunan nanti.

"Saya menyeru seluruh mahasiswa dan anak muda untuk sama-sama bersolidariti dalam himpunan ini tanpa mengira perbezaan kaum dan batas agama kerana isu ini melibatkan isu sejagat dan hak asasi manusia. Kita sangat mengalu-alukan mana-mana pertubuhan, NGO, persatuan mahasiswa dan anak muda untuk bersama dalam himpunan Jumaat nanti," katanya kepada Harakahdaily.

Antara kumpulan yang akan bersama-sama ialah Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI), Demi Mahasiswa Kuis (DMK), Sister In Movement (SIM), Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA), Pro-Mahasiswa Nasional (PRO-MN), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM), Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM), Maaruf Club UIAM dan Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM).

14 November lalu, Israel melancarkan serangan ketenteraan yang dinamakan Operasi "Pillar of Defence", ke atas Wilayah Palestin di Gaza meliputi pengeboman dan serangan udara dan laut.
HARAKAH/-

Aktivis berdepan dengan bos Lynas di AGM syarikat

Posted: 20 Nov 2012 08:10 PM PST

7 Muharram 1433H. [MOD] -




 

Aktivis SMSL (Save Malaysia, Stop Lynas) berdepan dengan Pengerusi Lynas, Nick Curtis di mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat Australia itu di Sydney hari ini, selepas Curtis memberitahu pemegang saham bahawa loji kontroversinya di Gebeng, akan mula memproses nadir bumi bulan depan.

azlan
SMSL, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang ini berkata, beberapa pemegang saham di AGM itu meragui pengumuman dan 
menyoal Curtis tentang rancangan Lynas - sekiranya kerajaan Malaysia sekarang kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, Curtis mengelak soalan tersebut dan menyatakan bahawa adalah tidak sesuai baginya untuk menjawab soalan hipotetikal itu semasa AGM, tambah kenyataan SMSL itu lagi.

Selepas jurucakap SMSL, Tan Bun Teet, membangkitkan soalan pertamanya, barulah pemegang saham lain menyedari bahawa wakil SMSL hadir dalam mesyuarat itu.

Para pemegang saham kemudian berulang kali meminta mesyuarat tersebut membenarkan wakil SMSL menyuarakan kebimbangan mereka tetapi ia ditolak oleh Curtis, yang mencadangkan perkara itu akan dibincangkan dalam pertemuan di luar mesyuarat, kata SMSL.

Apabila peguam Lynas, Arnold Andrew memaklumkan kepada mesyuarat tersebut bahawa syarikat itu telah melepasi semua halangan undang-undang di Malaysia, ia disangkal oleh Tan yang berkata Mahkamah Tinggi di Kuantan hanya menarik balik penggantungan lesen operasi sementara Lynas dan bahawa kes itu belum sampai ke peringkat perbicaraan penuh.

NONE
SMSL juga mendakwa Curtis memberitahu mesyuarat itu bahawa 
SMSL telah menolak jemputan awal dari Lynas untuk melawat kilang nadir bumi itu.

Bagaimanapun, Tan segera menyangkal  dakwaan tersebut dan mendakwa Curtis pembohong kerana kerana SMSL yang meminta untuk melawat loji tersebut dan mengadakan dialog dengan pihak pengurusan syarikat tersebut seawal Oktober 2011 tetapi Lynas tiada sebarang jawapan dari Lynas.

Di luar premis AGM tersebut, aktivis dan penyokong SMSL mengadakan protes, dengan membawa sepanduk dan poster. Ia juga dihadiri MP New South Wales, Jamie Parker, yang memberikan ucapan semasa protes tersebut.


MALAYSIAKINI/-

Dunia semakin teruk tercemar karbon dioksida

Posted: 20 Nov 2012 08:04 PM PST


7 Muharram 1433H. [MOD] -




GENEVA - Agensi meteorologi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan, pencemaran karbon dioksida (CO2) di udara adalah paling tinggi pada tahun lalu.
Agensi berkenaan yang dikenali sebagai Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) memberitahu, kadar kandungan CO2 di atmosfera kini meningkat 40 peratus berbanding sebelum Zaman Industri yang bermula sekitar tahun 1700.
Beberapa pegawai WMO semalam turut berkata, terdapat 30 peratus peningkatan kesan pemanasan iklim dunia antara tahun 1990 dan 2011 yang berpunca daripada gas CO2 hasil pembakaran bahan api fosil.
Setiausaha Agung WMO, Michel Jarraud berkata, sebanyak 350 bilion metrik tan gas CO2 dilepaskan ke atmosfera Bumi sejak tahun 1750. - AP

Protes remaja Palestin bersendirian tarik perhatian

Posted: 20 Nov 2012 08:01 PM PST


7 Muharram 1433H. [MOD] -



Mahmoud Al Sammouni, yang berusia 15 tahun, berdiri di depan Kedutaan Amerika Syarikat, sekutu Tel Aviv, dan menggesa
Israel menghentikan keganasan tenteranya di Gaza yang dilaporkan meragut nyawa 100 penduduk di wilayah yang terkepung itu.
    
Di bawah pengawasan mata pengawal keselamatan kedutaan itu, Mahmoud menjadi tumpuan apabila wartawan, jurugambar dan jurukamera berasak-asak untuk mendekatinya di luar bangunan yang terletak di Jalan Tun Razak yang sibuk di pusat bandar Kuala Lumpur. 
    
Mahmoud, seorang daripada 11 saksi rakyat Palestin pada prosiding Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur berkaitan Palestin yang sedang berlangsung, membawa sepanduk berbunyi, 'Kenapa anda biarkan perkara yang sama berlaku lagi di Gaza?'
    
Bercakap menerusi seorang jurubahasa, beliau berkata "Saya ingin menggesa tentera Israel berhenti menindas penduduk Gaza terutama kanak-kanak. 

"Saya berharap orang akan mendengar suara saya dan Malaysia boleh membantu menghentikan keganasan tentera Israel."

Mahmoud telah memberi keterangan bapanya ditembak walaupun mengangkat tangan sebagai tanda menyerah diri semasa serangan Israel. Turut terbunuh adik lelakinya yang berusia empat tahun.
    
"Saya telah kehilangan ramai anggota keluarga di tangan Israel namun saya akan berjuang sehingga kami mencapai kemenangan, dan saya berdoa Tuhan akan membantu kita," kata remaja itu yang menyelempangkan sehelai skaf Palestin di bahunya.
    
Beliau diiringi wakil Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF).

Terdahulu, Presiden PGPF Tun Dr Mahathir Mohamad ketika melancarkan Tabung Kecemasan Gaza, menggesa rakyat Malaysia terus memberi bantuan dalam pelbagai bentuk kepada penduduk Gaza yang sedang ditindas Israel.
    
- Bernama

Akhirnya Ahli Umno Ini Memohon Maaf

Posted: 20 Nov 2012 07:56 PM PST

7 Muharram 1433H. [MOD] -


Akhirnya Haji Alfaiezeen minta maaf secara terbuka setelah menghina ulama dan ahli Pas serta mempersendakan kalimah syahadah.

Setelah dikecam dengan hebat dilaman sosial dan blog Haji Alfaiezeen Hamat terpaksa tunduk dan MEMOHON MAAF kerana keceluparan kata katanya yang menghina ulama serta mempersendakan kalimah syahadah.

Moga diampun dosa serta di beri petunjuk dan hidayah oleh Allah kepada Haji Alfaiezeen.

Pepatah melayu ada menyebut telajak perahu boleh di undur tetapi kalau telajak menulis jika tak sempat delete maka ini lah padahnya.

Saya penulis pun tak terlepas dengan perkara seperti ini. mohon dijauhkan dari Allah. amennnn. -batuvskayu

Pondok TG Haji Salleh sumbang Lebuhraya Rakyat

Posted: 20 Nov 2012 07:36 PM PST

7 Muharram 1433H. [MOD] -


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima sumbangan daripada Pondok Tuan Guru Haji Salleh Sik, Kedah untuk tabung pembinaan Lebuhraya Rakyat.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh wakil Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah (PPPT),  Ustaz Helmi di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka selepas Menteri Besar Kelantan itu selesai menyampaikan kuliah subuh baru-baru ini.

Helmi ketika ditemui berkata, sumbangan kira-kira RM5,100 itu dikumpulkan oleh pelajar serta pendokong pondok tersebut yang simpati dengan nasib rakyat Kelantan yang dizalimi oleh BN.

Katanya, pelajar-pelajar bersungguh-sungguh mengumpul sumbangan dengan pelbagai usaha yang dilakukan untuk membantu Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh Tok Guru Nik Aziz.

"Ianya adalah tanggungjawab kami untuk melihat projek untuk rakyat itu berjalan baik.

"Kami ingin bersama-sama membantu Tok Guru agar projek lebuhraya ini dapat disiapkan," ujarnya.

Pondok Tuan Guru Haji Saleh mengadakan program Kembara Ilmu mendekati Ulama melibatkan 120 pelajar pondok tersebut.

Dikesempatan itu, rombongan singgah menunaikan solat subuh di Masjid Tok Guru dan menyerahkan sumbagan tersebut terus kepada Tok Guru Nik Aziz.

Pembinaan Lebuh Raya Rakyat sejauh 73 kilometer untuk fasa pertama yang menelan kos RM1.8 juta itu terpaksa dibina sendiri oleh kerajaan negeri berikutan Kerajaan Pusat menarik balik pembinaan lebuh raya Kota Bharu.

harakah/-

Ketua Pemuda MIC Bahagian Batu Kawan letak jawatan

Posted: 20 Nov 2012 07:36 PM PST

7 Muharram 1433H. [MOD] -

BUTTERWORTH - Ketua Pemuda MIC Bahagian Batu Kawan Dr D. K. Devavijayan hari ini meletak jawatan dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta bagi memberi tumpuan kepada perniagaannya. 
  
Devavijayan, 36, berkata beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan Pengerusi MIC Bahagian Batu Kawan R. Muthiah hari ini, memaklumkan hasratnya itu.
  
"Saya masih anggota MIC dan menyokong kuat Barisan Nasional, cuma saya tidak boleh memberi komitmen terhadap jawatan itu (Ketua Pemuda MIC Batu Kawan) kerana dalam masa yang sama perlu menguruskan perniagaan.
  
"Saya sudah lama memikirkan perkara ini (meletak jawatan) kerana perniagaan saya tiada sesiapa uruskan dan saya juga bimbang jika pilihan raya nanti saya gagal memberi fokus terhadap kerja-kerja parti berikutan urusan perniagaan," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
  
Katanya beliau tidak akan menarik balik peletakan jawatan itu walau dipujuk oleh mana-mana pihak kerana percaya keputusan tersebut adalah yang terbaik baginya dan MIC.

Beliau juga berkata keputusan itu dibuat bukan atas desakan mahupun pengaruh mana-mana pihak.
  
Sementara itu, Ketua Pemuda MIC Pulau Pinang J. Dhinagaran berkata beliau akan bertemu dengan Devavijayan dalam tempoh terdekat bagi mengetahui punca sebenar peletakan jawatannya.
  
"Saya terkejut menerima sistem pesanan ringkas (SMS) Devavijayan yang menyatakan beliau meletak jawatan serta-merta kerana selama ini beliau sangat komited dalam melaksanakan tanggungjawabnya di peringkat bahagian, negeri dan pusat.
  
"Lebih memeranjatkan kerana beliau rapat dengan presiden parti dan saya akan bertemunya paling lewat pagi esok untuk memberikan nasihat serta pandangan.
  
"Selain itu, saya akan cuba meminta beliau menarik balik peletakan jawatan itu kerana parti memerlukan pemimpin berdisiplin sepertinya," katanya ketika dihubungi. - Bernama

2 tahanan ISA ingin fail habeas corpus dibebas

Posted: 20 Nov 2012 07:30 PM PST

7 Muharram 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Dua orang tahanan ISA, Shamsuddin Alik dan Mohd Sarail Osman dibebaskan pada 19 November, jam 10 malam, kata Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh (gambar).

"Maklumat ini diperolehi melalui mesej pesanan ringkas yang dihantar oleh Shamsuddin kepada Peguam GMI, Fadiah Nadwa dan Sivamalar," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, pembebasan terbaru itu menjadikan jumlah baki tahanan seramai 27 orang yang terdiri daripada 10 orang rakyat Malaysia, seorang (Pakistan), 6 (Sri Lanka), 2 (India), 2 (Iraq),  2 (Indonesia), seorang warga Bangladesh dan seorang warga Filipina.

Beliau menjelaskan, Shamsuddin dan Sarail ditahan di Tawau pada 15 November 2011 atas tuduhan terlibat dengan kegiatan terorisme.

"Sekiranya dirujuk kepada perintah tahanan, mereka hanya akan dibebaskan pada Januari 2014. Namun pembebasan awal ini menunjukkan perintah tahanan adalah sesuatu yang boleh dirombak mengikut arahan Menteri Dalam Negeri," ujarnya lagi.

Perkara itu, katanya dinyatakan dengan jelas dalam Klausa 32 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) yang menyebutkan sebarang perintah tahanan yang dikeluarkan di bawah ISA akan terus berkuatkuasa sehinggalah dibatalkan oleh menteri.

"Pembebasan ini juga dipercayai dilakukan bagi menyelamatkan imej Kerajaan ekoran kesediaan Shamsuddin dan Sarail untuk memfailkan habeas corpus bagi mencabar penahanan mereka," katanya.

Menurutnya, mereka menyatakan kesediaan tersebut selepas mendapat saranan peguam untuk berbuat demikian.

Justeru, kata beliau GMI juga ingin mempersoalkan rasional Menteri Dalam Negeri yang masih enggan membebaskan baki tahanan yang lain.

"Pada hemat GMI, Menteri Dalam Negeri seperti ingin menunjukkan kuasa yang dimiliki beliau dengan melakukan pembebasan secara arbitrari," ujarnya.

Dalam masa yang sama, ujar beliau Menteri Dalam Negeri juga masih gagal memberi respons terperinci mengenai kayu ukur yang digunakan untuk menilai sama ada seorang tahanan itu boleh dibebaskan atau tidak.

harakah/-

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP