Selasa, 19 Mac 2013

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


Perak DAP will fight the coming election as a united team.

Posted: 19 Mar 2013 08:16 PM PDT

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


PARLIMEN SUDAH DIBUBARKAN HARI INI?

Posted: 19 Mar 2013 10:01 PM PDT

DS NAJIB DI ISTANA NEGARA
Terkini....Parlimen sudah dibubarkan atas perkenan DYMM Yang DiPertuan Agong bagi membuka jalan untuk PRU13. Buat para petugas dan 'amilin Pakatan Rakyat, diucapkan selamat berjihad serta betulkan niat. Jumpa anda di puncak jaya.

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Mengambialih Tugas MPKj ? Masalah Sampah Masih Berterusan !

Posted: 19 Mar 2013 05:18 PM PDT

Ibu Tunggal Berjom Shopping Kali Pertama Di Dun Bangi

Posted: 19 Mar 2013 04:07 PM PDT

Direct Free Kick

Direct Free Kick


Asalamalekum,

Posted: 18 Mar 2013 09:13 PM PDT

Asalamalekum,

Dengan izin dan limpah dan kurnia Yang Maha Kuasa saya masih lagi berpeluang meneruskan hidup ini.Walau saya tahu entah

esok atau luasa masa akan datang dan saya akan dipanggil untuk menemui yang Kuasa. Saya tahu hari demi hari kondisi tubuh

saya semakin lemah dan penyakit lukimia yang saya tanggung semakin parah .Saya pasrah pada ajal dan maut tapi sebagai

manusia ada hajat yang tidak kesampaian. Bagaikan tak terasa begitu cepat masa berlalu tannpa saya dapat mengejarnya

Sebagai insan biasa di bumi ALLAH saya tahu saya tak dapat lari dari melakukan kesilapan .Hari demi hari berlalu dan saya

tetap seperti dan doktor juga memberitahu yang saat itu semakin dekat.Seperti yang saya katakan saya reda Tiada apa yang

tinggal hanya lah sedikit harta yang akan saya sumbangkan untuk bantuan kemanusiaan kepada yang memerlukan dari saya dan

juga allahyarham suami mandangkan kami tidak mempunyai pewaris.

Saya tidak mengharapkan apa-apa sebagai balasan cuma dengan izin ALLAH sedikit sumbangan yang akan saya salurkan ke jalan

yang benar akan menjadi amal jariah untuk saya dan Almarhum suami insyallah. Dana simpanan kami sebanyak (Dua Juta

Great Britain Pounds) telah saya berikan amanah dan kuasa kepada peguam saya untuk menguruskan hal selebihnya sehingga

ianya dapat dipindahkan kepada pewaris saya yang amanah dan bertanggungjawab demi menunaikan niat saya dan arwah suami saya

untuk membantu projek amal kepada yang memerlukan.Harapan saya ianya dapat dilakukan sebelum saya menutup mata.

Semoga ALLAH SWT memberi petunjuk dan membantu kita bersama-sama melakukan amal jariah......Amin...
Sekian,

Puan Maryan Forsythe Ahmad.
From: Malaysia.

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Majlis Penyerahan e-BOOK Tahun 4 DUN Ladang 2013

Posted: 19 Mar 2013 11:05 AM PDT



19 Mac 2013, selepas selesai proram himpunan bulanan JPNT telah menghadiri ke prgram penyerahan e-BOOK bagi pelajar Tahun 4 bagi sekolah-sekolah dalam DUN Ladang bagi Tahun 2013 yang telah disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB. Dato' Seri Ahmad bin Said bertempat di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.

Ucaptama Himpunan Bulanan JPNT

Posted: 19 Mar 2013 10:56 AM PDT








19 Mac 2013, telah merasmikan himpunan bulanan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) seterusnya menyampaikan ucaptama pada perhimpunan tersebut. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan tahmiah kerana Terengganu sekali lagi menunjukkan prestasi cemerlang dalam STPM 2012. Tahniah kepada calon-calon STPM yang mendapat keputusan yang cemerlang, JPNT, para guru, ibu bapa dan semua yang terlibat. Semoga negeri Terengganu dapat mengekalkan lagi prestasi cemerlang ini pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang. InsyaAllah.

.

.


Kenyataan 'reban ayam': Saya tak hina pasukan keselamatan, kata Ghafir

Posted: 18 Mar 2013 02:57 AM PDT



 
Bekas pegawai tertinggi tentera Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid berkata, beliau tidak pernah menghina pasukan keselamatan dengan menyifatkannya tiada misi jelas sehingga perlu "duduk di bawah rumah orang dan reban ayam". 

Bekas timbalan panglima Angkatan Tentera Darat itu sebaliknya berkata, kenyataannya pada 12 Mac lalu di sebuah forum di Kuala Lumpur itu diputar belit oleh akhbar Umno Utusan Malaysia.

NONE"Apa yang saya kata sebelum ini ialah, jika tentera tidak membuat risikan dengan proper, maka tentera terpaksa cari musuh di tepi rumah orang, tepi reban ayam.

"Saya menyentuh kegagalan perisikan.Utusan dah spin (putar -belit) kenyataan saya. Saya akan saman mereka," kata Ghafir ketika ditemuiMalaysiakini dalam sebuah ceramah di Seremban malam tadi.

Utusan Online pada 13 Mac lalu melaporkan Ghafir sebagai memperleceh cara polis dan tentera menangani pengganas sehinggakan "hanya duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam".

Beliau juga dilapor menyifatkan seolah-olah pelaksanaan Ops Daulat gagal danmembuatkan pasukan keselamatan dalam keadaan keadaan terkejut menyelesaikannya.

'Tengok dia punya jamban'
Sementara itu, Ghafir turut menyelar tindakan kerajaan membeli senjata mahal secara tender rundingan terus dan bergantung kepada satu pertender semata-mata, sehingga mewujudkan perbezaan harga yang ketara berbanding pembelian negara lain.

"Banyak kos-kos tersembunyi. Kita boleh tanya apa dia kos tersembunyi? Termasuklah komisyen. Kalau orang kaya dipanggil komisyen, kalau mata-mata di tepi jalan dipanggil rasuah," katanya.

Menurut beliau lagi, beliau sudah banyak kali menimbulkan situasi yang merugikan duit rakyat itu tetapi belum mendapat respon daripada Kementerian Pertahanan. 

NONE"Satu lagi apabila membeli senjata yang kita sentiasa kita balik kepada pembekal untuk dapatkan alat ganti. Apabila senjata itu rosak kena hantar ke London, Perancis atau sebagainya. 

"Jadi benda itu makan duit yang banyak. Disebabkan itu kalau kita perhati, sektor-sektor yang penting tidak dibangunkan.

"Umpamanya kalau kita tengok berek. Berek tentera Kem Rasah (Seremban), tak usah pergi jauh lah kan. Sehingga hari ini menjadi bukti bagaimana baik atau tak baiknya Kem Rasah. Kalau tengok dari luar memang cantik. Masuk dalam, tengok dia punya jamban!

"Ada bekas tentera sini tak? Ramai?" soalnya sambil disambut laungan "ya" oleh segelintir daripada 800 orang ramai yang hadir.

Ghafir mempersoalkan kenapa keadaan kekurangan sebegitu boleh berlaku sedangkan negara Malaysia sebuah negara yang kaya.

"Kalau tidak kerana rakusnya mereka berbelanja, saya rasa keadaan rumah keluarga, dewan makan mereka (tentera) boleh dimodenkan.

Turut berceramah ialah bekas panglima Logistik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Briged Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab dan Timbalan Ketua Cabang PKR Seremban, Dr Mohamad Rafie Abdul Malek.

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Bukan gemilang tetapi Ladang yang malang

Posted: 19 Mar 2013 07:12 AM PDT

7 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


(Kampung Ladang Tok Pelam yang bakal lenyap)

KUALA TERENGGANU: Sebut saja apa kraftangan tradisi yang tidak dihasilkan di Kampung Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu.

Dari pertukangan keris, emas, tembaga, perak hinggalah songket boleh diperolehi di kampung tradisi yang terletak di bandaraya Kuala Terengganu ini.

Namun, kini tragedi besar sedang melanda kampung tradisi ini. Ia sedang dihancurkan oleh kerajaan negeri Terengganu kononnya demi pembangunan.

Terletak di pinggir pusat Bandaraya Warisan Pesisir air @ Kuala Terengganu. 

Kampung yang dibina di tanah wakaf dan juga tanah persendirian menjadi rebutan di kalangan pelbagai pihak kerana kedudukannya yang strategik. 

Sejak 80-an, kampung berkenaan dirancang untuk dibersihkan tetapi rancangan tersebut selalu gagal dan sehingga kini, rancangan untuk merobohkan kampung telah berjalan.

Itu sahajalah kampung Melayu yang kekal di bandaraya ini (bandaraya ke?). Terengganu telah menyaksikan beberapa kepupusan kampung tradisi seperti Kampung Keling dan Kampung Putera di kawasan Bazar Warisan yang baru siap dibina. 

Kampung terbabit dirobohkan kerana pembinaan tempat letak kenderaan. Kini, Bazar Warisan dibina menggantikan tempat letak kenderaan berkenaan. 

Kampung Paya Bunga juga tiada kini kerana memberi laluan kepada pembinaan asas Bandaraya Warisan Pesisir Air ini.

Kehilangan mereka tidaklah dititikberatkan kerana sememangnya mereka berada di tapak asas bandaraya ini. 

Namun, apabila cadangan perobohan Kampung Ladang Tok Pelam diutarakan, ini menimbulkan rasa tidak puas hati. Johor Bahru ada Majidee dan Kuala Lumpur ada Kampung Baru. Bolehkah Kuala Terengganu mengekalkan Kampung Ladang Tok Pelam?

Rumah tradisi mereka dirobohkan dan mereka dipindah ke rumah flat yang dinamakan Ladang Gemilang.

Namun, flat 18 tingkat ini nama saja gemilang. Tiada tempat buangan sampah, tiada surau dan tangganya yang amat sempit. Lif pula selalu saja rosak.

Pernah berlaku, apabila seorang penghuninya meninggal, mayatnya terpaksa didokong hingga ke bawah akibat lifnya rosak.

Ketika dijanjikan, penduduk di sini dijanjikan mereka akan menduduki flat ini dengan sewa beli sebanyak RM165 sebulan.

Namun selepas diduduki, mereka dikenakan sewa RM300 dan terbaru dinaikkan lagi ke RM350 sebulan. Soal sewa beli sudah hilang kerana yang tinggal sewa selepasa tiga tahun berlalu.


Terbaru mereka dijanjikan selepas September nanti ia akan diserahkan kepada penduduk dan menjadikan sewa mereka RM300 sebulan itu sebagai deposit. Namun ia hanya berlaku selepas pru-13.

Orang yang sedang memperjuangkan nasib mereka kini adalah arkitek terkenal,  Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Di mana-mana beliau berucap, Raja Bahrin akan menceritakan penderitaan dan kemusnahan warisan budaya di bandaraya Kuala Terengganu ini.

"Sepatutnya sebagai sebuah kerajaan, kita menggalakkan rakyat untuk berdikari dan membantu mereka untuk maju. Namun, sikap kerajaan yang ada tidak begitu, mereka mahu rakyat sentiasa bergantung kepada mereka," kata Raja Bahrin (gambar kanan) dalam satu pertemuan dengan penduduk Bukit Besar, 2 kilometer dari kampung Ladang Tok Pelam ini.

Bagi Raja Bahrin, cerita-cerita sedih yang berlaku kepada penduduk asal kampung ini amat menyayat hati.

"Bayangkan tuan-puan. Dulu mereka mengukir keris, tembaga dan perak. Sekarang di atas flat yang serba kekurangan ini, di mana mereka nak menempa barang-barang ini semua.

"Kat mana mereka nak letak peralatan membuat batek mereka. Kat mana mereka nak tempa dan bakar keris mereka. Semuanya tidak akan ada lagi.

"Akhirnya mereka terpaksa kerja di Mydin dan pasaraya yang lain. Dari hidup berdikari kini terpaksa makan gaji. Inilah yang dikehendaki kerajaan," cerita Raja Bahrin.

Raja Bahrin menegaskan beliau bukan anti pembangunan tetapi meminta kerajaan membuat pembangunan yang terancang.

"Di bandaraya kita ini banyak tanah kosong yang belum dibangunkan. Kenapa kita nak musnah kampung tradisi orang kita.

"Bagi saya ini bukan Ladang Gemilang tetapi Ladang yang malang," kata beliau kesal.

Raja Bahrin juga antara pihak yang sangat vokal menentang perobohan Pasar Payang Kuala Terengganu yang dicadangkan kerajaan BN.

Pasar itu hendak dirobohkan bagi membolehkan sebuah hotel lima bintang dan kondo mewah di bina di atas tapak itu.

Kononnya dibawahnya akan dibina pasar yang berhawa dingin.

"Kalau sudah pasar berhawa dingin, siapa yang akan berniaga di situ...pasaraya besarlah bukan lagi peniaga ikan, buah atau kuih muih Melayu lagi," katanya.

Harakahdaily/-

Rosmah: Cincin RM24j dipulang setahun kemudian

Posted: 19 Mar 2013 06:43 AM PDT

7 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -



Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata cincin kontroversi berharga RM24 juta yang dibawa masuk ke negara ini pada April 2011 untuk dilihat bakal bisannya Maira Nazarbayev, dikembalikan kepada syarikat penjual barang kemas itu setahun kemudian.
Katanya, cincin itu sampai ke Malaysia pada 16 April 2011 dengan satu penerbangan dari New York, dan dikembalikan semula ke ibu pejabat syarikat tersebut pada 13 Mei 2012.

rosmah mansor biography book launch event 190313 12"Kisah saya membeli cincin berlian berharga RM24 juta itu adalah tidak benar sama sekali. Ia adalah fitnah.
"Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya," katanya dalam tulisan berbentuk soal jawab dalam buku biografinya yang dilancarkan hari ini.

Dalam tulisan itu juga, Rosmah menjelaskan bahawa beliau kelihatan mewah kerana memakai perhiasan yang dihadiahkan oleh para tetamunya, demi menjaga hati individu berkenaan.

Katanya, tidak manis sekiranya pemberian mahal ditolak, dan ia menjadi pembaziran sekiranya barang kemas tersebut, termasuk cincin, jam dan perhiasan diri itu disimpan dalam peti besi.

rosmah mansor biography book launch event 190313 13"Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu. Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan berasa kecil hati," katanya.

Rosmah dalam buku biografinya terbitan Yayasan Amanah Perdana itu juga mendakwa tidak mahu bermegah-megah dengan pemberian tersebut.

"Takkanlah saya mahu menghebohkan kepada semua orang bahawa orang itu beri saya jam, orang itu beri saya beg tangan dan sebagainya. Itu sudah riak namanya, seperti mahu menunjuk-nunjuk," katanya.

Jelasnya, sebagai isteri perdana menteri mahu kelihatan kemas dan terhias apabila mengenakan perhiasan berkenaan, yang turut melibatkan barangan yang dibelinya sendiri.

"Saya tidak mahu kelihatan selekeh kerana apabila saya selekeh akhirnya saya dikritik," tambahnya yang bimbang akan diejek apabila masyarakat melihat penampilannya seperti itu.
Buku biografi Rosmah berharga RM150 terbitan Yayasan Amanah Perdana itu ditulis oleh Siti Rohayah Attan dan Noraini Abdul Razak.

malaysiakini/-

Realitinya pegawai tinggi kerajaan tolak Umno BN

Posted: 19 Mar 2013 06:39 AM PDT

7 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Mentaliti rendah dengan menganggap pihak lain sama seperti mereka menyebabkan pemimpin Umno terkurung dalam dogma lapuk, kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor.

  
Justeru, katanya Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menjadi semakin tidak rasional apabila menuduh beberapa bekas pegawai tinggi kerajaan menyokong parti pembangkang, berkemungkinan sebagai jalan pintas untuk mereka menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.

"Apakah beliau berfikir semua pegawai tinggi sama seperti beliau, masuk parti politik hanya semata-mata untuk bertanding dan merebut jawatan?

"Inilah mentaliti Ketua Penerangan Umno yang menjadi tunjang dalam kerajaan," kata beliau dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, Ahmad tidak mengerti amalan demokrasi seperti negara ini kerana parti politik yang berdaftar bukan sebuah pertubuhan haram.

Jelasnya, PAS dan lain-lain parti adalah parti yang sah dan berdaftar secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan.

Beliau menambah, sebagai parti politik mereka berhak mengkaderkan mana-mana individu atau kumpulan menyertainya.

Justeru, ujarnya terpulang kepada rakyat, daripada pelbagai lapisan peringkat, untuk menyertai parti tersebut atau tidak.

Katanya lagi, keyakinan rakyat menyertai sesebuah parti politik diukur daripada sejauh mana prestasi parti tersebut.

"Amat mengkagumkan dalam keadaan PAS dan PR dituduh sebagai parti songsang, parti ajaran sesat, parti pemecah belah masyarakat, di samping kempen negatif oleh media rasmi kerajaan, berduyun-duyun masyarakat menyertai PAS dan Pakatan Rakyat.

"Yang menyertai PR bukan setakat rakyat biasa, bahkan bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan, para intelektual, akademis, cendikiawan, golongan korporat sehingga kepada golongan selebriti," katanya.

Yang menghairankan pula, ujarnya dalam keadaan BN sebagai parti yang memerintah, dibantu pula oleh kempen propaganda oleh media utama siang dan malam, gagal pula menarik minat bekas pegawai kerajaan menyertai mereka.

"Mengapa Datuk Ahmad Maslan begitu marah dengan penyertaan bekas pegawai tinggi kerajaan dalam PR sedangkan partinya gagal meraih sokongan golongan yang sama?

Baginya, tuduhan Ahmad bererti menghina golongan elit dalam PR, juga menghina hak rakyat yang bebas memilih parti politik pilihan mereka.

"Realitinya yang beliau perlu sedari bahawa parti beliau bukan lagi menjadi harapan rakyat," ujarnya.

Katanya, BN sudah sampai tamat tempohnya dan perlu diganti dan kini rakyat sudah menemui penggantinya bersama PR.

Harakahdaily/-

Tuan Ibrahim ketuai konvoi anak muda bermotosikal

Posted: 19 Mar 2013 06:30 AM PDT

7 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


(Tuan Ibrahim mengetuai konvoi bermotosikal bersama anak muda di Jengka)

JENGKA: Tanggal 17 Mac yang lalu, Karnival Anak Muda Bersama Artis anjuran Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Kuala Krau dengan kerjasama Alternatif Riding Club (ARC) Pahang, telah berlangsung dengan jayanya.

Konvoi disertai oleh kira-kira 250 buah motosikal dan 30 buah kereta turut disertai oleh Datuk Tuan Ibrahim Bin Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Shahril Azman Al Haffiz, Ketua Pemuda PAS Pahang dan Tuan Haji Nazri Bin Hussin, Timbalan  Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krau serta kepimpinannya.

Karnival bermula dengan Konvoi Anak Muda untuk Perubahan dari Pekan Kerdau melalui Pekan Jenderak. 
Kemudian, konvoi berhenti  solat Zohor di Masjid Lama Bandar Jengka sebelum memulakan aktiviti sukan bermotor di Dataran Nadi Kota, Bandar Jengka.

Sambutan dan penyertaan daripada masyarakat setempat serta penduduk di sekitar Kawasan Kuala Krau untuk karnival dan konvoi ini adalah di luar jangkaan.

Di sebelah petang, aktiviti diteruskan dengan Sembang Santai Anak Muda bersama Artis yang menampilkan Farah Asyikin Zulkifli (One in the Million) dan Nurul Suhadah Shuib (Ameerah Malaysia).

Kehadiran orang ramai yang terdiri daripada beliawanis dan kaum wanita adalah melebihi 300 orang. Keadaan hujan panas sedikitpun tidak mengganggu perjalanan program tersebut.

Kemudiannya, Munajat Anak Muda diadakan di Masjid Lama Jengka sebelum Pogram Bicara Selebriti berlansung pada malam harinya.

Program yang membawa penampilan Iwan yang bergandingan Farah Asyikin di samping Tuan Ibrahim bersama panelis lain telah menyebabkan orang ramai membanjiri Dataran Nadi Kota Jengka.

Iwan bersama Farah turut mempersembahkan beberapa buah lagu secara live kepada para hadirin.

Dalam ucapannya Tuan Ibrahim mengingatkan rakyat bahawa perubahan bermula dari diri sendiri.

"Jangan harap perkara akan berubah sekiranya sendiri tidak berubah dulu. Nak berubah ke arah yang lebih baik, sendiri harus berubahlah dulu," katanya.

Kehadiran anak muda menggalakkan ini menandakan satu arus perubahan bakal berlalu di pilihanraya umum ke 13 akan datang.


Sumber berita: Helmy Harun

Harakahdaily/-

Isu sepina timbul kembali dalam perbicaraan Ling

Posted: 19 Mar 2013 06:29 AM PDT

7 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Isu sepina timbul kembali dalam perbicaraan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dimaklumkan notis sepina tidak menyatakan dengan khusus tarikh bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan tiga lagi menghadiri prosiding mahkamah sebagai saksi pembelaan.


Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Majid Tun Hamzah memberitahu Hakim Datuk Ahmadi Asnawi bahawa notis yang diperoleh pasukan pembelaan daripada mahkamah semalam, hanya diserahkan kepada pegawai penyiasat (IO) Supt R Rajagopal kira-kira 2.15 petang ini, oleh peguam utama Dr Ling, K K Wong untuk notis itu diserahkan kepada saksi.

Tun Majid berkata notis bagi empat saksi itu (Najib, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas penasihat ekonomi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Ali Abu Hassan dan ketua pegawai operasi Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Datuk Faizal Abdullah, hanya menyatakan mereka perlu hadir di mahkamah pada jam 2.30 petang ini dan esok.

"Notis turut menyatakan tarikh-tarikh seterusnya yang mereka perlu berada di mahkamah. Terdapat dua isu di sini, pertama notis diserahkan kepada IO pada saat akhir dan kedua ia akan menyukarkan IO dalam memastikan saksi hadir di mahkamah,
memandangkan tiada tarikh khusus dinyatakan dalam notis itu," kata Tun Majid ang bercakap bagi pihak pegawai penyiasat itu.


Semalam perbicaraan ditangguhkan selepas Wong gagal memperoleh sepina baru daripada mahkamah mengakibatkan Faizal tidak hadir di mahkamah.

Ahmadi mengarahkan Wong supaya memperoleh sepina baharu dengan menyatakan semua tarikh khusus.

Sebagai rekod, Abdullah, Ali dan Faizal ditawarkan oleh pendakwaan kepada pembelaan di akhir kes pendakwaan.

Dr Ling, 69, didakwa memperdayakan kerajaan dengan tidak mendedahkan kepada Kabinet kadar faedah tambahan 7.5 peratus setahun bagi RM1.088 bilion (pada kadar RM25 setiap kaki persegi) dalam pembelian tanah bagi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, antara 25 September 2002 dan 6 November 2002.

Beliau turut minta dibicarakan terhadap dua pertuduhan alternatif iaitu menipu yang membawa hukuman lebih ringan.

Sementara itu, dalam prosiding hari ini, saksi pembelaan, akauntan 
bertauliah dari Singapura, Sajjad Ahmad Akhtar, memberi keterangan bagaimana beliau menjalankan pengiraan terperinci berdasarkan kaedah diskaun aliran tunai (DCF) berdasarkan terma yang dipersetujui oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta yang bertindak bagi pihak vendor (Kementerian Kewangan) dalam pembelian 1,000 ekar tanah bagi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang.


Perbicaraan bersambung esok.

- Bernama

Suasana politik di Sabah memihak kepada Pakatan

Posted: 19 Mar 2013 06:26 AM PDT

7 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Perkembangan politik terkini di Sabah terhadap pembangkang cukup dinamik dan keadaan ini memberi potensi besar kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih negeri itu begitu meyakinkan, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Katanya, sokongan dan kerjasama antara parti-parti yang bertanding di Sabah dengan PAS cukup memberangsangkan dan suasana ini akan memudahkan kemenangan selesa kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti.

Dalam rangka lawatan ke Sabah dua hari lepas, Salahuddin turut bertemu dengan Presiden Pakatan Perubahan Sabah, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin di pejabatnya di Likas.

"Apa yang lebih penting sebuah parti yang bertanding mesti fokus kepada kemenangan di Sabah. Lajim juga bergembira dan berpuas hati dengan dengan kerjasama yang diberikan PAS khususnya sokogan yang begitu baik oleh PAS," katanya ketika ditemui di Pejabat Agung PAS di sini petang tadi.

Dalam pada itu, katanya, Lajim Ukin turut bersetuju bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mesti membentangkan kertas putih dalam parlimen untuk menyelesaikan kemelut di Lahad Datu yang tidak ada penyudahannya.

Beliau turut dimaklumkan bahawa kerajaan telah mengabaikan aspek keselamatan di Sabah khususnya di Lahad Datu sekian lama.

Malah katanya, pihak keselamatan Sabah pernah mencadangkan dan membuat permohonan bagi mengiktiraf keselamatan di daerah Lahad Datu malangnya Kuala Lumpur tidak pernah menghiraukan.

"Pihak keselamatan Lahad Datu tidak pernah memiliki peralatan logistik dan kenderaan pacuan empat roda sentiasa rosak dan bot peronda dalam keadaan teruk," katanya.

Harakahdaily/-

Kes Sosilawati: Jurubahasa Terjemah Akuan Bersumpah Kepada Kathavarayan Di Mahkamah Pada 7 Januari

Posted: 19 Mar 2013 05:35 AM PDT

7 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


SHAH ALAM: Seorang jurubahasa mahkamah memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, beliau telah berjumpa dan menterjemahkan satu akuan bersumpah ke dalam bahasa Tamil kepada R.Kathavarayan, tertuduh keempat kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, pada 7 Januari lepas.
B. Tharini, 23, jurubahasa Mahkamah Majistret Sivil di sini berkata kira-kira pukul 10 pagi pada hari berkenaan beliau diarahkan oleh majistret untuk pergi ke bilik reman di tingkat tiga bangunan Kompleks Mahkamah Shah Alam untuk satu tugasan yang memerlukan jurubahasa Tamil.
Saksi ke-21 pihak pembelaan itu berkata pada ketika itu beliau bagaimanapun tidak diberitahu siapa yang memerlukan khidmat terjemahan itu.
"Saya pergi ke bilik reman dan ketika saya berada di sana, Hasshahari (peguam Hasshahari Johari Mawi) masuk bersama Kathavarayan yang saya camkan seorang (daripada empat) tertuduh dalam satu perbicaraan yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Dua anggota polis turut bersama mereka.
"Hasshahari serahkan kepada saya satu akuan bersumpah bertaip sepanjang 10 muka surat dan akuan bersumpah itu dalam Bahasa Melayu. Hasshahari meminta saya terjemahkan akuan bersumpah itu dalam bahasa Tamil kepada Kathavarayan dan saya buat terjemahan itu," katanya pada pemeriksaan utama oleh peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili tertuduh pertama N.Pathmanabhan.
Pathmanabhan, 43, T.Thilaiyalagan, 21, R. Matan, 22, dan Kathavarayan, 33, diperintah membela diri atas pertuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.
Keempat-empat tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Tharini berkata selepas membuat terjemahan kepada Kathavarayan, beliau kemudian meminta tertuduh keempat itu mengesahkan kandungan akuan bersumpah berkenaan dan Kathavarayan mengesahkannya sebelum menandatangani dokumen itu.
"Saya turut menandatangani akuan bersumpah berkenaan dan begitu juga seorang Pesuruhjaya Sumpah yang turut hadir. Saya kemudian meninggalkan bilik reman itu dan menyambung kembali tugas saya di Mahkamah Majistret Sivil 1," katanya.
Dalam perbicaraan sebelum ini, persoalan timbul apabila tiada rekod menunjukkan bahawa Kathavarayan dibawa keluar dari Penjara Sungai Buloh pada 7 Januari lepas.
Pengarah Penjara Sungai Buloh, Timbalan Komisioner Narander Singh dalam keterangannya berkata berdasarkan rekod penjara, Kathavarayan tidak dibawa keluar pada tarikh berkenaan sebaliknya dia berada di klinik penjara.
Manjeet Singh mempersoalkan bagaimana penjara tidak merekodkan pergerakan keluar Kathavarayan pada 7 Januari sedangkan mahkamah telah mengeluarkan 'Perintah untuk Mengeluarkan' (OTP) bagi membolehkan tertuduh keempat menemui peguamnya, Hasshahari di mahkamah pada tarikh itu.
Kathavarayan dalam keterangannya sebelum ini memberitahu dia menemui Hasshahari di mahkamah pada 7 Januari lepas dengan kehadiran dua pegawai mahkamah tetapi tidak dapat mengenal pasti identiti pegawai berkenaan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung esok. - BERNAMA

BMW lancar motosikal F 700 GS dan F 800 GS

Posted: 19 Mar 2013 05:23 AM PDT

7 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


BMW F 800 GS

BMW F 800 GS dikombinasikan dengan kualiti lebih baik.
BMW Group Malaysia melancarkan motosikal baru BMW F 700 GS dan BMW F 800 GS yang ditambah baik oleh BMW Motorrad mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai syarikat automotif jualan premium di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Dr Gerhard Pils berkata, tahun lalu, BMW Motorrad mencatatkan pertumbuhan 21 peratus dalam perniagaannya berbanding tahun sebelumnya, dengan jualan 362 motosikal.

"Ini merupakan sumbangan kukuh terhadap prestasi keseluruhan BMW Group Malaysia yang menyaksikan 2012 sebagai tahun prestasi paling baik, dengan jualan kenderaan keseluruhan 7,021 BMW, Mini dan Motorrad," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, BMW Group Malaysia, BMW F 700 GS direka bagi tunggangan lasak di luar jalan biasa serta memenuhi keupayaan semua keadaan bagi kegunaan setiap hari, manakala BMW F 800 GS dikombinasikan dengan kualiti lebih baik juga untuk
kegunaan di luar jalan biasa.

Kedua-dua model akan boleh mula didapati di semua pengedar sah BMW Motorrad seluruh negara bermula 22 Mac, pada harga atas jalan, tanpa insurans RM79,800 untuk BMW F 700 GS dan RM89,800 untuk BMW F 800 GS. - Bernama

Rumah, kereta pula disimbah cat merah

Posted: 19 Mar 2013 05:18 AM PDT

7 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Rumah, kereta pula disimbah cat merah

Keadaan rumah serta kereta selepas dibaling dengan cat bewarna merah.
KOTA TINGGI – Selepas menerima 'hadiah' batu nisan daripada pihak yang tidak diketahui hujung bulan lalu, sekali lagi keluarga Pengerusi Gabungan NGO Pengerang di sini menerima kejutan apabila rumah serta kereta mereka disimbah cat Sabtu lalu.

Menurut pengerusi NGO tersebut, Anis Afida Mohd Azli, kejadian tersebut disedari pada waktu pagi oleh ibunya yang ketika itu berada di rumah mereka di Bandar Penawar.

Menurutnya, berikutan kejadian itu dinding serta kereta milik ibu bapanya mempunyai kesan cat merah dipercayai dibaling oleh pihak yang tidak dikenali.

"Saya percaya kejadian itu dilakukan oleh pihak yang sengaja mahu menganiaya kami. Ekoran kejadian itu saya juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Penawar.

"Saya khuatir jika berlaku kejadian yang tidak diingini kepada keluarga di kemudian hari.

"Malah dalam masa sama dengan laporan yang dibuat ini diharap dapat memberi jaminan keselamatan kepada kami sekeluarga," katanya.

Pada 24 Februari yang lalu, Sinar Harian menyiarkan Anis bersama dua lagi ahli jawatankuasanya membuat laporan polis selepas menerima batu nisan yang tertera nama dan tarikh kematian masing-masing.

Batu nisan yang diterima Anis tertulis namanya dan digantung di hadapan pintu pagar rumah keluarganya di Bandar Penawar.

Salah seorang ahli jawatankuasa NGO tersebut, Yahaya Maspie pula menerima 'hadiah' yang sama tertulis namanya di hadapan rumahnya.

Manakala Setiausaha Cabang PKR Pengerang, Taufik Tahir pula menerima batu nisan berserta namanya di hadapan Bilik Gerakan di Kampung Teluk Ramunia, di sini.

Dalam kejadian itu Anis tidak menolak kebarangkalian insiden yang berlaku itu ekoran perjuangan dilakukan mereka berkaitan isu-isu yang berlaku akibat daripada Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang.

Sinar harian/-

Anak tiri Adun Melor maut kemalangan

Posted: 19 Mar 2013 05:14 AM PDT

7 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Anak tiri Adun Melor maut kemalangan

Ahli keluarga mangsa sugul sebaik saja tiba di tempat kejadian. Gambar kecil (atas): Wan Ismail, Gambar kecil (bawah): Muhd Izzat Iman
KOTA BHARU - Anak tiri, Adun Melor, Wan Ismail Wan Jusoh, maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas dalam kemalangan berhampiran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini petang kelmarin.                                  

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu menyebabkan mangsa, Muhd Izzat Iman Mayadi, 17, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Mangsa dipercayai membuat pusingan U, dari arah Sabak ke Pengkalan Chepa untuk bertemu sepupu di sebuah restoran makanan segera, namun tidak dapat mengawal motosikal yang ditunggang lalu terbabas di tengah-tengah pembahagi jalan.  

Sementara itu, menurut bapa mangsa, Wan Ismail, anak tirinya yang bersekolah dalam tingkatan lima di Maktab Sultan Ismail Petra (SIC) Telipot menuntut dalam aliran Sains dan tidak sempat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

"Tidak saya sangka pemergiannya dan saya terkejut menerima berita itu selepas dimaklumkan keluarga ketika berada di Kuala Lumpur.

"Motosikal itu merupakan milik abangnya, dan dia jarang menunggang motosikal itu ke luar kawasan, paling jauh pun di sekitar kediaman di Telipot, tetapi tidak pada hari kejadian semalam, kerana dia keluar seorang diri menuju ke Pengkalan Chepa untuk bertemu rakannya," katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Wan Ismail lagi, Izzat merupakan anak bongsu dari lima beradik yang amat rapat dengannya walaupun merupakan anak tiri hasil perkahwinan isterinya terdahulu, serta anak yang baik dan sering mendengar nasihatnya.

"Memang terkejut terima berita itu kerana ketika itu saya berada di Kuala Lumpur bersama isteri, Siti Madinah Illias Khan, 52, dan saya terus bergegas balik ke Kelantan.

"Sebelum arwah keluar makan bersama sepupunya, dia sempat solat Asar dan kali terakhir saya bertemunya Sabtu lalu, ketika dia bersama adik-beradiknya menghantar saya ke lapangan terbang," katanya.

Kata beliau, sebelum ini, arwah tidak pernah menghantarnya ke lapangan terbang kerana sibuk dengan pelajaran.

"Saya pun pelik kerana sebelum ini dia tidak pernah hantar saya ke lapangan terbang, tetapi Sabtu lalu selepas solat Subuh, dia teruja untuk menghantar saya dan uminya (isteri) ke lapangan terbang," katanya.

  Beliau berterimkasih kepada Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa yang melawat di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Adun Mengkebang, Abdul Latif Abdul Rahman.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan kejadian dan menurutnya, mayat mangsa di bawa ke HRPZ II untuk  bedah siasat sebelum.
Sinar harian/-

Alasan CAP Bantah Projek Terowong Dasar Laut Kurang Waras - Guan Eng

Posted: 19 Mar 2013 05:11 AM PDT

7 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata bantahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terhadap pembinaan terowong dasar laut atas alasan "berlaku kemalangan" adalah tidak lojik.
Lim berkata CAP tidak harus membuat kenyataan yang subjektif dan mengikut sentimen kerana presidennya S.M. Mohamed Idris tidak menghadiri dialog mengenai projek mega cadangan kerajaan negeri itu.
"Kalau CAP mahu berbincang dengan kerajaan negeri, pintu saya terbuka bila-bila masa untuk S.M. Idris. Tapi jangan sebut kerana ada kemalangan kita tak boleh bina terowong.
"Kalau macam ini jangan bina jalan kerana pun ada kemalangan. Jangan gunakan logik macam ini, saya rasa ini (alasan CAP) kurang waras," kata Lim ketika mengulas bantahan CAP terhadap cadangan pembinaan terowong itu.
S.M.Idris semalam menyuarakan kerisauan terhadap projek berkenaan terutama dari segi keselamatan.
Lim berkata keputusan terakhir untuk membina terowong itu tertakluk kepada penilaian impak alam sekitar (EIA) dan kerajaan negeri tidak akan meneruskan projek itu jika laporan EIA tidak meluluskannya.
"Satu tender yang diberikan tertakluk kepada suatu kontrak yang hanya akan ditandatangani selepas perbincangan butir-butir terperinci dalam beberapa bulan lagi. Ada lagi yang boleh diubah," katanya.
Projek mega bernilai RM6.3 bilion oleh kerajaan negeri pimpinan DAP melibatkan pembinaan empat lebuh raya utama termasuk terowong dasar laut dari Gurney Drive ke Bagan Ajam. - BERNAMA

Miliki IC merah pun teroka tanah kerajaan

Posted: 19 Mar 2013 05:07 AM PDT

7 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA KRAI: Beberapa peneroka yang mendakwa kononnya kerajaan negeri merampas tanah mereka didapati bukan penduduk tempatan, malah ada juga hanya memiliki kad pengenalan merah.

Sebahagian besar lagi tidak pernah memiliki tanah di Kampung Senduk dan Serasa dekat Dabong.

Adun Dabong, Arifabillah Ibrahim berkata, penduduk yang benar-benar pernah mengusahakan tanah di kawasan itu hanya 36 orang dan bukan 200 seperti didedah akhbar harian baru-baru ini.

Katanya, penduduk yang telah membayar deposit tanah tersebut dikeluarkan daripada kawasan pembangunan ladang yang dibangunkan sebuah agensi kerajaan dengan kerjasama syarikat swasta.

"Kita pun hairan bagaimana ada penduduk mendakwa tanah mereka dirampas kerajaan negeri. Apa yang berlaku selepas syarikat masuk ada pula pihak datang menanam pokok buah-buahan.

"Sebelum ini memang tidak ada tanaman milik peneroka di kawasan yang sedang dibangunkan dengan tanaman kelapa sawit.

"Hanya setelah syarikat masuk membuat kerja-kerja tanah ada peneroka mulai menanam pokok untuk membolehkan mereka menuntut pampasan," katanya di sini.

Sebuah akhbar baru-baru ini mendakwa 200 penduduk berhimpun bagi membantah tanah yang didakwa diusahakan mereka sejak 30 tahun lalu, dirampas kerajaan negeri.

Sebahagian yang hadir pada perhimpunan itu memakai baju NGO tajaan Umno, Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi (Tukar).

Arifabillah berkata, perundingan dengan 36 penduduk yang benar-benar terbabit sudah diadakan sejak 2010 dan terbaru pada awal tahun ini.

Menurutnya perjumpaan itu diadakan di Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai beberapa kali bagi memastikan hak peneroka yang benar-benar mengusahakan tanah terbela.

Oleh itu beliau menegaskan dakwaan kerajaan negeri merampas tanah rakyat di Kampung Senduk dan Serasa adalah tidak berasas kerana kesemua tanah yang sudah ada deposit dikeluarkan daripada kawasan pembangunan ladang.

"Saya juga berharap agensi penguatkuasa kerajaan pusat termasuk Imigresen menyiasat ada warga asing yang meneroka tanah kerajaan di kawasan hulu," katanya.

Harakahdaily/-

Pakatan mahu PM jawab isu video keluarga Taib Mahmud

Posted: 19 Mar 2013 05:05 AM PDT

7 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Anwar Ibrahim


Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab pendedahan sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa, melalui video, yang mendakwa ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan rakannya berkenaan industri pembalakan di negeri itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dalam memimpin sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, adalah mustahil bagi Najib boleh berdiam diri dalam isu ini.

"Beliau mesti memberi ulasan mengapa perkara ini dibiarkan ataupun tidak mengambil beberapa tindakan segera.


"Kami berharap perdana menteri memberi respons segera mengenai perkara ini," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PR di sini, sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Anwar mendakwa, perkara itu adalah serius memandangkan badan antarabangsa telah meneliti akaun, beberapa penyalahgunaan kuasa dan jumlah dana yang dikumpulkan oleh Taib serta keluarganya.

"Najib tidak boleh diam diri selepas beliau banyak mendiamkan diri terutamanya selepas beliau mendiamkan diri berkaitan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pencerobohan di Lahad Datu.

"Ini adalah isu yang akan membuatkan pihak pembangkang akan terus ketengahkan," katanya.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula membidas kerana Najib tidak mengotakan janji untuk menukar Ketua Menteri Sarawak selepas pilihan raya negeri 2011.

"Kegagalan Najib berbuat demikian membuktikan beliau seorang pemimpin yang gagal mengotakan janji.

"Apa yang berlaku sekarang, menunjukkan Taib lebih berkuasa daripada perdana menteri termasuk bekas perdana menteri yang pernah perintah negara selama 22 tahun," katanya.

Sinar harian/-

Motor harga RM140,000 lesap

Posted: 19 Mar 2013 04:11 AM PDT

7 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Motor harga RM140,000 lesap

Model motosikal seperti inilah yang dikesan hilang selepas bengkel membaiki motosikal di Bertam Kios dipecah masuk, malam kelmarin. Gambar kecil: Abdul Rah man.
PINANG TUNGGAL - Sebuah motosikal berkuasa tinggi berharga RM140,000 lesap dipercayai dicuri selepas sebuah bengkel membaikinya di Bertam Kios di sini dipecah masuk, malam kelmarin.

Kehilangan motosikal jenis MV Agusta buatan Itali itu disedari oleh salah seorang pekerja bengkel berkenaan pada jam 8.30 pagi semalam selepas membuka premis itu untuk memulakan kerjanya.

Bengkel berkenaan yang turut menempatkan beberapa motosikal berkuasa tinggi dan motosikal lain untuk dibaiki ditutup pada setiap Ahad.

Pemilik bengkel yang enggan didedahkan namanya berkata, dia menerima panggilan telefon daripada pekerjanya memaklumkan kehilangan itu sebelum bergegas ke premisnya dan mendapati motosikal disimpan di situ hilang.

"Saya memeriksa sekeliling kedai dan mendapati pintu belakang bengkel mengalami kerosakan seperti telah dipecah.

"Motosikal milik seorang kenalan itu telah hampir sebulan ditempatkan di sini untuk proses penyelenggaraan dan bukan untuk dibaiki," katanya yang membuat laporan polis berkaitan kehilangan itu kemudiannya.

Difahamkan, motosikal model itu hanya terdapat sebuah sahaja di negeri ini dan pemiliknya merupakan seorang kontraktor berjaya, tetapi beliau enggan ditemui.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim yang dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 457/379 (A)(1) Kanun Keseksaan kerana pecah premis dan curi kenderaan.

Dalam kes lain, Abdul Rahman berkata, pihaknya telah berjaya menahan seorang lelaki Melayu di Taman Bagan Dalam, malam Ahad lalu selepas usaha menjejakinya dilakukan hampir dua bulan lalu kerana dipercayai terlibat dalam satu kes bunuh di Langkawi, Kedah awal Januari lalu.

"Suspek yang merupakan pekerja sebuah stesen minyak di daerah ini dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan seorang warganegara Bangladesh dalam kejadian itu yang ditikam sehingga mati selepas disamun sebelumnya.

"Suspek juga dikehendaki kerana terlibat dalam kejadian pecah amanah apabila dipercayai melarikan sejumlah wang milik majikannya beberapa minggu lalu," katanya.

Sinar harian/-

Hidup mewah hasil jual dadah

Posted: 19 Mar 2013 04:10 AM PDT

7 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Hidup mewah hasil jual dadah

Ab Rashid (kanan) menunjukkan ganja yang berjaya dirampas daripada pasangan suami isteri itu.
KAJANG - Kemaruk untuk hidup mewah melalui jalan pintas mendorong sepasang suami isteri yang bekerja sepenuh masa sebagai tukang urut, menjadi pengedar dadah.

Bagaimanapun, kemewahan yang mereka nikmati melalui kegiatan haram lagi merbahaya itu, tidak bertahan lama.

Lelaki berusia 54 tahun dengan isterinya yang berumur 42 tahun itu ditangkap dekat simpang tiga Kampung Padang, Jalan Sungai Congkak, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pihaknya menemui satu ketulan mampat ganja 300 gram dan 40 paket plastik lutsinar mengandungi ganja seberat 400 gram dalam kereta mewah yang mereka naiki.

"Polis kemudian pergi ke rumah pasangan itu di Taman Jasmin, di sini, dan berjaya merampas enam lagi bungkusan ketulan mampat ganja seberat 3,130 gram, bersama alat membungkus bahan itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kajang, semalam.

Katanya, keseluruhan ganja yang dirampas daripada pasangan itu bernilai RM12,250 dipercayai untuk edaran sekitar Lembah Klang.

Menurutnya, hasil saringan ujian air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah. Lelaki itu mempunyai satu rekod jenayah lampau.

Pasangan itu ditahan reman tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952.

Sinar harian/-

Bas terbabas elak monyet

Posted: 19 Mar 2013 04:08 AM PDT

7 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Bas terbabas elak monyet

Bas ekspres yang membawa 19 penumpang bersama dua pemandu terbabas selepas cuba mengelak seekor monyet.
MARAN - Gara-gara mahu mengelak seekor monyet melintas, seramai 19 penumpang bersama dua pemandu sebuah bas ekspres nyaris maut apabila kenderaan itu terbabas lalu merempuh pengadang jalan di Kilometer 142.6 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), dekat susur keluar Paza Tol Chenor, kira-kira jam 1.30 pagi, semalam.
Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, bas ekspres dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun itu dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur.

"Kejadian berlaku akibat pemandu gagal mengawal kenderaan selepas cuba mengelak seekor monyet yang secara tiba-tiba melintas dari tepi jalan ke tengah laluan lebuh raya.

"Ia menyebabkan bas terbabas ke sebelah kiri jalan lalu merempuh pembahagi jalan sehingga menyebabkan kerosakan teruk pada bahagian hadapan bas," katanya.

Sulaiman berkata, ketika kejadian, hampir kesemua penumpang termasuk seorang pemandu tambahan sedang tidur dan hanya menyedari kejadian itu selepas bas terbabas.

Menurutnya, penumpang yang terselamat dibawa ke destinasi tujuan menggunakan sebuah bas ganti dari syarikat sama.

Sinar harian/-

Nik Aziz syukur Kelantan catat STPM terbaik

Posted: 19 Mar 2013 04:06 AM PDT

7 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merakamkan syukur yang tidak terhingga ekoran kejayaan negeri itu melakar sejarah terbaik dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 yang diumum semalam.

Dalam keputusan yang diumumkan Pengarah Pelajaran negeri, Hussain Awang semalam, 12 calon dari negeri itu mendapat A dengan Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 dalam semua mata pelajaran yang diambil, berbanding hanya empat orang tahun sebelumnya iaitu menyaksikan peningkatan tiga kali ganda.

"Tahniah saya rakamkan, semoga kejayaan hari ini akan menjadi motivasi untuk terus maju di masa hadapan. 

"Tidak lupa kepada semua calon-calon STPM yang menerima keputusan semalam, panjatkanlah syukur dengan kejayaan yang cemerlang dan teruskan usaha jika keputusan sebaliknya," katanya melalui Facebook.

Tuan Guru yang juga Musryidul Am PAS berkata, apa yang penting ialah, kecemerlangan dalam hidup perlu diteruskan. 

"Kejayaan yang hakiki ialah apabila kita berjaya memanfaatkan diri kita untuk kebaikan orang lain, dan yang paling bermaka jika kejayaan itu diiringi pula dengan kejayaan di akhirat, Insya-allah," katanya.


Harakahdaily/-

Keputusan SPR adakan PRU13 serentak muktamad

Posted: 19 Mar 2013 04:04 AM PDT

7 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Wan Ahmad Wan Omar

Wan Ahmad Wan Omar
PEKAN - Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya negeri dan Parlimen serentak pada pilihan raya umum  ke-13 (PRU13) adalah muktamad.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, keputusan itu dibuat setelah menimbang beberapa faktor yang perlu diambil kira termasuk menjimatkan duit rakyat.
"SPR akan tetap buat pilihan raya (negeri dan Parlimen) secara serentak... ini kerana jika dibuat secara berasingan ia akan melibatkan perbelanjaan yang besar, buang masa rakyat dan akan berlaku pembaziran," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke kawasan Parlimen Pekan di sini hari ini.
Wan Ahmad berkata, jika pilihan raya negeri dan Parlimen dibuat berasingan SPR terpaksa menanggung kos perjalanan dan proses pilihan raya yang sangat tinggi.
"Sebagai contoh, sebuah negeri kalau dia nak buat pilihan raya berasingan kos yang perlu ditanggung sekitar RM20 juta, kalau negeri yang banyak penduduk macam Selangor lagi tinggi kosnya iaitu dalam RM35 juta, jadi kenapa nak buat pilihan raya berasingan," katanya.
Sebelum ini beberapa negeri yang ditadbir pihak pembangkang berhasrat untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Parlimen pada PRU13.
Dalam pada itu mengenai persiapan SPR di Pahang, Wan Ahmad berkata, pihaknya telah bersiap sedia dari segi logistik termasuk menyediakan pengangkutan udara bagi mengendalikan peti undi dari kawasan yang jauh ke pusat pengumpulan undi.
"Di Pahang, SPR menyediakan pengangkutan udara di kawasan Rompin, Jerantut dan Cameron Highlands bagi mengangkut peti-peti undi dari kawasan yang terlibat.
"Ini berikutan jika menggunakan perjalanan darat ia mengambil masa hingga dua atau tiga jam untuk sampai ke pusat pengumpulan undi," katanya. - Bernama

Gambar fitnah: Anwar akan saman Papagomo

Posted: 19 Mar 2013 04:01 AM PDT

7 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan saman ke atas blogger pro-Umno, Papa Gomo berhubung penyebaran gambar fitnah berunsur lucah di internet yang didakwa menyerupainya.

Peguam kepada Ketua Pembangkang itu, N Surendran dalam satu kenyataan berkata, surat tuntutan telah dihantar kepada bloger Papa Gomo.

Menurut Surendran, Anwar menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris, pemilik blog Papa Gomo sebagai individu bertanggungjawab menyebar gambar fitnah tersebut.

Katanya, dalam surat itu Anwar menuntut Papa Gomo menarik balik tuduhan berniat jahat itu, meminta maaf dalam tempoh 48 jam bermula hari ini, dan membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta. 

Surendran yang juga Naib Presiden PKR berkata, laman web Papa Gomo menyiarkan gambar palsu dan tuduhan keras terhadap Anwar dalam usaha untuk mengaitkan Ketua Umum PKR itu ke dalam satu lagi video seks yang direka. 

Anwar dalam Twitternya hari ini turut mengesahkan tindakan mahu menyaman bloger tersebut.

"Saya telah arah pasukan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas blogger pemfitnah yang mempunyai kaitan rapat dengan Umno," katanya.

Harakahdaily/-

Mada mohon RM64 juta baik pulih sawah jerlus

Posted: 19 Mar 2013 04:00 AM PDT

7 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) telah memohon sebanyak RM64 juta kepada kerajaan pusat bagi membaik pulih 8,107 hektar sawah jerlus dalam kawasan lembaga itu di Kedah dan Perlis.

Pengerusi Mada, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata dari jumlah itu, RM35.9 juta sebagai wang ehsan, RM26.7 juta bagi membaiki infrastruktur dan sistem saliran manakala RM1.9 juta lagi untuk pemulihan tanah selepas dibaik pulih.

Katanya 3,870 petani terbabit tidak dapat mengusahakan sawah untuk dua musim bermula musim II/2013 September tahun ini dan musim pertama 2014 bermula Januari, akan dibayar wang ehsan.

"Jumlah sawah terbabit ini hanya mengurangkan pengeluaran beras kawasan Mada tidak sampai lapan peratus dan tidak merisaukan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Mada di ibu pejabatnya di Alor Setar, hari ini.

Mahdzir yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pedu berkata tanah jerlus tersebut ialah dalam Wilayah III Mada (Pendang) seluas 3,975 hektar, Wilayah II (Kubang Pasu) seluas 2,573 hektar dan bakinya di Perlis.

Sementara itu beliau meminta petani mematuhi Jadual Penanaman Padi Musim I/2013 bermula bulan depan supaya musim penuaian tidak terjejas dan musim 2/2013 yang bermula pada September berjalan lancar.

Katanya penanaman padi membabitkan sawah melebihi 100,000 hektar dibuat dalam tiga fasa bermula dengan pelepasan air fasa pertama ke 37,000 hektar sawah pada 11 April.

Tarikh akhir menabur benih (penanaman) ialah 9 Mei manakala fasa kedua meliputi 38,000 hektar mulai 25 April dan tarikh akhir penanaman 23 Mei manakala fasa ketiga (26,000 hektar) bermula 9 Mei dan tarikh penanaman 6 Jun, tambahnya.

Mahdzir berkata jadual itu dibuat bagi mengelak ketidakcukupan jentera pembajak dan menuai padi apabila masak dalam masa serentak.

-Bernama

Pakatan Rakyat tubuh Majlis Penasihat Keselamatan

Posted: 19 Mar 2013 03:59 AM PDT

7 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat hari ini memutuskan akan menubuhkan Majlis Penasihat Keselamatan bagi membincangkan soal-soal keselamatan yang berlaku di dalam negara ini.

Perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS hari ini.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media selepas itu memberitahu penubuhan majlis penasihat merupakan satu langkah penting dalam menangani isu keselamatan negara.

"Pakatan telah memutuskan untuk menubuhkan Majlis Penasihat Keselamatan kerana isu keselamatan ini amat penting.

"Jeneral-jeneral kanan dan juga pegawai-pegawai kanan polis yang menyokong Pakatan Rakyat akan bersama dengan Majlis Penasihat Keselamatan dalam memberi nasihat kepada pimpinan pakatan rakyat terutama konflik yang timbul di Lahad Datu," kata beliau.

Menurut Anwar lagi, perkembangan terakhir di Lahad Datu menimbulkan persoalan kenapa ada kelemahan kawalan keselamatan di pengairan negara.

"Kenyataan telah kita dikeluarkan, kita mengulangi tentang langkah kawalan keselamatan yang diambil oleh pasukan keselamatan.

"Namum pemimpin Umno menggunakan isu ini untuk politik demostik yang membuat tuduhan kepada Pakatan Rakyat tanpa menjawab setiap persoalan yang ditimbul," sambung beliau lagi.

Anwar yang menegaskan sehingga sekarang Umno gagal menjelaskan tentang rundingan yang dilakukan oleh pimpinan Umno dengan Sultan Sulu sebelum ini.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pula menyatakan sepatutnya apa yang berlaku di dalam negara ini sama ada soal keselamatan ataupun ekonomi adalah tanggungjawab kerajaan yang memerintah bukannya menyalahkan pihak pembangkang.

"Kita tegaskan apa yang berlaku di negara ini sama ada soal keselamatan mahupun ekonomi adalah tanggungjawab pemerintah dan bukannya mengambil jalan mudah menyalahkan pembangkang.

"Segala kebocoran yang berlaku adalah kerana kealpaan mereka dalam mengendalikan urusan negara, kita bukan sahaja menghadapi masalah inflasi yang semakin meningkat tetapi juga soal keselamatan negara yang semakin serius," jelas beliau.

Turut hadir pada mesyuarat itu adalah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan juga Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali serta Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli.

Sementara itu bagi PKR pula hadir sama Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar manakala Penasihat DAP Kebangsaan Lim Kit Siang dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke mewakili DAP.

Harakahdaily/-

Pakatan Rakyat tawar Wifi percuma , PM umum setengah jam percuma internet .

Posted: 18 Mar 2013 11:59 PM PDT

7 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Ketika PRU ke 13 semakin hampir pada hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian percuma setengah jam pertama perkhidmatan internet Telekom Malaysia (TM) kepada golongan miskin yang berada di dalam dan luar bandar. 

Katanya, perincian mengenainya akan diumumkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim dalam tempoh terdekat. 


Beliau berkata demikian pada majlis Ramah Mesra PM bersama TM di ibu pejabat TM Bangsar di sini, sebentar tadi. 

Tawaran ini jauh tertinggal kebelakang berbanding dengan tawaran Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia termasuklah menawarkan perkhidmatan wifi percuma diseluruh negara.

Nampaknya agak mustahil kalau pengunaan wifi hanyalah selama setengah jam sahaja untuk mengelakkan pembayaran, atau lagi tidak masuk akal kalaulah yang dianggap percuma adalah setengah jam pertama untuk bil setiap bulan.

Saya berminat untuk mendengar apakah perincian mengenai setengah jam percuma yang  akan diumumkan Menteri Penerangan nanti.

5.369 Juta Penerima BR1M Tunai Baucer - Ahmad Husni

Posted: 18 Mar 2013 11:49 PM PDT

7 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


PUTRAJAYA: Sehingga Isnin seramai 5.369 juta daripada 6.114 juta penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 telah menunaikan baucer masing-masing.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata daripada jumlah itu, 1.376 juta yang menunaikan baucer ialah individu bujang dan 3.993 juta isi rumah.
"Negeri paling ramai penerima yang menunaikan baucer ialah Selangor iaitu seramai 837,904 orang, diikuti Johor 729,124 dan Sarawak 623,673," katanya kepada pemberita selepas majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini, Selasa.
Objektif utama BRIM 2.0 ialah untuk membantu seisi keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dengan bantuan sebanyak RM500 dan individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000 sebanyak RM250.
Pada majlis itu, Kementerian Kewangan turut menyampaikan sumbangan untuk Tabung Wira Lahad Datu Media Prima berjumlah RM60,000.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata untuk menggalakkan semangat patriotik dalam kalangan warga kementerian, satu skuad Wataniah akan diwujudkan tidak lama lagi.
"Permohonan untuk menyertai skuad itu baru dibuka, setakat ini telah menerima 30 permohonan dan kami yakin jumlah itu akan bertambah," katanya. BERNAMA

PRU13: Nizar bertanding Dun Changkat Jering

Posted: 18 Mar 2013 11:41 PM PDT

7 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -



IPOH: Teka-teki siapa calon Dun Changkat Jering bagi PRU13 terjawab apabila diumumkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bertanding di situ.

Pengisytiharan tersebut dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain dalam satu program ceramah di Kampung Air Kuning, Changkat Jering, dekat sini malam tadi. (Gambar atas)


Pemimpin PAS negeri yang hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Pesuruhjaya, Razman Zakaria; Setiausaha, Dr Muhaimin Sulam; Ketua Pemuda, Ustaz Zawawi Hassan; Timbalan Ketua Muslimat, Rohaya Abu Bakar; wakil Dewan Ulamak, Ustaz Sidek Noor dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Beh Heng Kin.

Ustaz Abu Bakar ketika ditemui Harakahdaily berkata, ia adalah keputusan Badan Perhubungan PAS Perak dan telah dimaklumkan kepada PAS Pusat.

Katanya, pilihan Mohammad Nizar  yang juga mantan Menteri Besar Perak adalah keputusan yang terbaik memandang beliau sudah lama berkhidmat di kawasan tersebut. 

"Mohammad Nizar sudah dikenali dan karektornya telah diterima baik oleh pelbagai lapisan masyarakat yang kebetulannya beliau ketika ini menyandang Ahli Parlimen Bukit Gantang.

"Saya yakin keputusan yang dibuat ini adalah tepat," katanya.


Mengenai Dun Pasir Panjang yang ketika ini disandang oleh Mohammad Nizar, Abu Bakar menjelaskan, PAS Perak telah mengenal pasti calon yang sesuai dan akan diumumkan dalam masa yang terdekat.


"Ya, PAS Perak sudah kenal pasti calon yang sesuai, insya Allah dalam masa yang terdekat kami akan mengumumkan," jelasnya.

Harakahdaily/-

Cara S'wak elak cukai, syarat pegangan saham

Posted: 18 Mar 2013 11:38 PM PDT

7 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


EKSKLUSIF Bukan sahaja penyalahgunaan lesen pembalakan oleh keluarga dan rakan niaga ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, modus operandi haram mereka untuk mengelak daripada cukai dan syarat supaya 51 peratus daripada saham terdiri daripada pegangan tempatan turut didedahkan.

Satu siasatan penyamaran yang dijalankan Global Witness, sebuah NGO berpengkalan di London yang menyiasat dan berkempen menentang pencabulan hak asasi dan dalam sekitar, merakam video secara rahsia – menunjukkan dua orang sepupu Taib serta peguamnya yang menjelaskan mekanisme tersebut.

Dengan menyamar sebagai "pelabur asing" yang berminat untuk membeli tanah untuk tanaman kelapa sawit, penyiasat yang dihantar oleh Global Witness itu mengunjungi satu badan kerajaan negeri yang bertanggungjawab menangani pelaburan asing dan terus dirujuk kepada anggota keluarga Taib yang tertentu.

Anggota keluarga ini berhasrat untuk menjual syarikat mereka yang diberikan lesen oleh Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Sarawak – diketuai Taib – untuk menebang balak dan membersihkan tanah untuk perladangan.

Salah satu syarikat tersebut ialah Ample Agro Sdn Bhd, yang mana enam pemegang sahamnya ialah para sepupu Taib dan kesemua anak perempuan kepada bekas ketua menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Ya'akub (kiri).

Individu berkenaan termasuk MP Tanjung Manis Datuk Norah Abdul Rahman serta Khadijah, yang juga merupakan ipar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Enam beradik tersebut mengawal syarikat RM2 tersebut melalui satu syarikat pegangan dinamakan Sateras Holdings Sdn Bhd.

Malaysiakini/-

Nuffnang