Selasa, 19 Mac 2013

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Jamalul Kiram III Lancar Perang Gerilla , Doakan Keselamatan Parajurit Negara

Posted: 18 Mar 2013 08:35 PM PDT



SHAH ALAM - Individu yang menabalkan dirinya Sultan Sulu, Jamalul Kiram III kelmarin mengarahkan tentera dan penyokongnya di Sabah melancarkan perang gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

Beliau turut menarik balik arahan gencatan senjata sebelah pihak seperti yang diumumkan sebelum ini.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh The Phillipine Star, Jamalul bertegas bahawa pengunduran  atau menyerah diri tenteranya dari Sabah bukan satu pilihan kerana katanya Sabah adalah tanah air mereka.

"Mereka sudahpun berada di tanah air mereka, mengapa perlu pulang semula?" kata Jamalul kepada wartawan di kediamannya di Bandar Taguig, Manila.

Sementara itu, jurucakap kepada Jamalul, Abraham Idjirani berkata, penentangan di Sabah akan diteruskan.

Beliau berkata, arahan gencatan senjata yang ditawarkan oleh kesultanan telah ditarik balik dan tentera Kiram diarahkan untuk menjalankan operasi 'serang dan lari' ke atas pasukan keselamatan Malaysia.

Jamalul juga mengakui adiknya, Azzimudie Kiram masih lagi berada di Sabah, berbeza dengan laporan daripada pihak berkuasa Malaysia yang mengatakan ketua militan itu telah melarikan diri ke Selatan Filipina.

Idjirani dilaporkan telah bercakap dengan Azzimudie pada malam Sabtu lalu dan diberitahu bahawa kumpulan mereka masih kuat.

Menurut akhbar Filipina, Idjirani berkata, pengikut kesultanan yang berjumlah 170 orang berpecah kepada tiga kumpulan untuk mengelak daripada dijejaki pesawat pengintip Malaysia yang berlegar-legar di udara sekitar Lahad Datu.

Selain itu, media Filipina melaporkan melalui sumber kerajaan mengatakan bahawa Azzimudie tiba di Kepulauan Sulu bersama pengiring terdiri dari pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).

Sumber itu menyebut Azzimudie kemungkinan berjaya melepasi kepungan tentera melalui Lahad Datu ke Sandakan sebelum tiba di Pulau Sibutu dan Sitangkai.

Baru-baru ini, pihak berkuasa Filipina telah memintas dua bot membawa 35 pengikut Sulu bersenjata berhampiran di Kepulauan Taganak dan menempatkan mereka di pangkalan tentera laut di Bato-bato, Panglima Sugala. Kumpulan ini dipercayai tiba dari Sabah.

Sejak 1 Mac lalu, 10 anggota keselamatan negara terbunuh dan 62 militan Kiram berjaya ditembak mati.

Malaysia melancarkan Op Daulat sejak 5 Mac lalu bagi menghapuskan kira-kira 200 pengikut Jamalul Kiram yang menuntut Sabah dari Malaysia atas alasan wilayah tersebut 'disewa' kepada negara.

sinarharian

Skandal NFC :Shahrizat Mempersoal Mengapa Dia Harus Minta Maaf Kepada Rakyat

Posted: 18 Mar 2013 08:24 PM PDT




KUALA LUMPUR, 18 Mac — Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Mahkamah Tinggi hari ini mempersoalkan mengapa beliau perlu meminta maaf ke atas rakyat Malaysia mengenai skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
Peguam Rafizi Ramli, Ranjit Singh berkata, pengarah strategi PKR dalam kenyataan media pada 28 November 2011 menyeru bekas menteri Kabinet itu memohon maaf kepada rakyat kerana dakwaan menyalahgunakan wang rakyat ke atas projek penternakan lembu yang mencetuskan kemarahan orang ramai.
"Untuk apa saya perlu minta maaf kepada rakyat Malaysia?" kata Shahrizat di Mahkamah Tinggi hari ini.
"Adakah anda bertanya kepada seorang isteri apa yang suaminya buat dengan membeli kondo? Adakah anda bertanya kepada seorang isteri untuk menerangkan apa suaminya buat dalam kondo atau beberapa buah kondo?" katanya dengan meluahkan perasaan marah.
Shahrizat juga tidak bersetuju dengan kenyataan Rafizi apabila beliau menimbulkan persoalan sama ada wang rakyat digunakan selepas National Feedlot Corporation (NFCorp) meminjam RM81 juta kepada National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC) untuk membeli dua buah unit kondominium mewah di Bangsar.
"Persoalan itu tidak timbul sehingga klien anda cuba untuk memutarbelit kenyataan kepada seluruh negara," kata Shahrizat.
"Ini adalah fitnah dan tuduhan semata-mata," katanya lagi.
Shahrizat turut berkata beliau tidak tahu apakah NFCorp meminjam RM81 juta itu datang dari dana RM250 juta pinjaman dari kerajaan kepada NFCorp.
Ketua Wanita Umno itu bagaimanapun mengakui NFCorp menggunakan dana tersebut untuk membeli unit kondominium itu bukanlah dari tujuan asal pinjaman dari kerajaan.
"Wang tersebut adalah program untuk NFC, tetapi rumah penyembelihan masih belum dibina, jadi sebab itu mereka melabur dalam sektor hartanah. Sebab itu ia bukan tujuan dari pinjaman," kata Shahrizat.
Beliau mengatakan beliau menjadi satu-satunya sasaran Rafizi dan setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bersama pada 10 November 2011, dengan menamakan beliau, dan beberapa individu - termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, dan bekas menteri tersebut yang kini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin - sebagai mereka yang terlibat dalam isu NFC.
"Mereka memang menyerang saya, saya satu-satunya sasaran," kata Shahrizat.
Projek NFC dianugerahkan kepada NFCorp, yang dimiliki oleh suami Shahrizat Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, pada 2006 ketika Shahrizat masih lagi dalam Kabinet.
Ranjit berkata timbalan ketua Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional Datuk Bung Mokhtar Radin yang mahu Shahrizat meletak jawatan sebagai menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat selepas skandal NFC terbongkar.
"Adakah anda telah menyaman beliau? Tidakkah anda rasa anda difitnah?" tanya Ranjit.
"Sebab utama saya menyaman (Rafizi), kerana apa yang dilakukan oleh klien anda, orang ada sangkaan buruk ke atas saya. Orang dalam parti saya sendiri pun ada tanggapan buruk ke atas saya," kata Shahrizat.
"Klien anda menyuruh saya memohon maaf kepada rakyat Malaysia terhadap sesuatu yang tidak dilakukan oleh saya dan keluarga saya," katanya lagi.
Jawatan Senator Shahrizat tidak diperbaharui April lalu dan portfolionya diambil alih oleh Najib.
Shahrizat memfailkan saman RM100 juta ke atas Rafizi dan ketua wanita PKR Zuraida Kamaruddin kerana isu NFC pada Januari tahun lalu.
Hakim Vazeer Alam Mydin menangguhkan perbicaraan pada hari esok.

themalaysianinsider

Hentikan Spekulasi , Dr MAZA Berdiri Di Tengah

Posted: 18 Mar 2013 08:03 PM PDT




KUALA LUMPUR, 18 Mac — Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menamatkan spekulasi beliau akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 apabila beliau berkata hanya mahu kekal neutral dan berada dalam sempadan sedia ada.
Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (kanan) hari ini berkata beliau hanya mahu kekal neutral dan berada dalam sempadan sedia ada. — Gambar fail"Saya tidak bertanding. Saya mahu kekal dalam sempadan yang saya berada sekarang," kata beliau dipetik laporan Sinar Harian Online
Bekas mufti Perlis itu sebelum ini diwar-warkan akan menyertai politik sekaligus bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.
Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu juga sebelum ini pernah mengakui ditemui pemimpin politik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) berhubung perkara itu.
Asri sebaliknya berkata beliau hanya mahun memainka peranan sebagai pemikir yang hanya akan "menegur" pemimpin kerajaan yang memerintah.
"Kalau semua bertanding dan mengambil pendirian memihak mana-mana satu kumpulan, siapa yang akan menjadi kumpulan kritis," katanya lagi.
Asri sejak 2010 dikatakan akan bertanding dalam pilihan raya, namun desas-desus itu masih tidak jelas parti politik mana yang akan menjadi pilihannya.
Selain Asri, tokoh agama lain yang turut disebut akan bertanding pilihan raya adalah Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya.
Kedua-dua tokoh agama ini mula menjadi rebutan parti politik kerajaan dan pembangkang untuk bertanding di bawah lambang bendera mereka bagi menarik sokongan pengundi.
Juanda juga bagaimanapun masih lagi belum menamakan mana-mana parti yang menjadi pilihan untuk beliau wakili dalam pilihan raya akan datang.

themalaysianinsider

Tiada ulasan:

Nuffnang