Bomba maut jatuh siling Posted: 23 Oct 2012 01:40 AM PDT 7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Siling yang roboh. Lokasi mangsa ditemui terjatuh. Gambar kecil: Isa ALOR GAJAH - Seorang anggota bomba maut selepas terjatuh dari siling ketika hendak memeriksa kebocoran tangki air di rumahnya, lewat petang kelmarin. Kejadian berlaku kira-kira 6.30 petang di Taman Seri Aman, dekat sini, apabila Isa Budin, 57, dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, di sini, terjatuh dipercayai tersalah duduk di siling berkenaan. Ketika kejadian, mangsa bersama anaknya, Ahmad Ikhwan Isa, 16, dikatakan naik ke bahagian siling untuk memeriksa kebocoran pada tangki, Ahmad Ikhwan berkata, bapanya jatuh kira-kira 10 minit selepas naik ke atas siling berkenaan. "Saya bantu ayah ke atas untuk periksa kebocoran tangki air yang terletak antara ruang tamu dan dapur. Ahli keluarga lain semua berada di bahagian depan rumah. "Semasa hendak betulkan kedudukan atas siling, ayah cari tempat sesuai untuk duduk sebelum periksa bahagian tangki yang bocor. Dia sudah alas tempat yang hendak duduk menggunakan sekeping papan," katanya. Bagaimanapun, katanya, ayahnya tersilap duduk di bahagian siling rumah mengakibatkan siling berkenaan pecah sebelum terjatuh dalam keadaan kepala kepala ke bawah dan terkena bucu mesin jahit. "Dalam keadaan panik, saya turun lihat ayah sudah tidak sedarkan diri dalam keadaan terbaring penuh darah di kepala. "Saya terus memanggil dan menggoncang tubuh ayah, namun tiada sebarang tindak balas," katanya kepada Sinar Harian. Difahamkan, isteri Isa, Hayati Shafie, 50, kemudian tiba dan sempat memangku arwah serta mengajar mengucap sebelum meminta bantuan jiran untuk menghantarnya ke hospital. Sementara itu, Ahmad Ikhwan berkata, semasa dalam perjalanan, dia melihat ayahnya itu masih menggerakkan tangan, bagaimanapun setiba di hospital, doktor mengesahkan ayahnya sudah meninggal dunia. Dalam pada itu, Pemangku Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat (Bahagian Keselamatan) Negeri Melaka, Zulkifli Nordin berkata, mangsa sudah berkhidmat dalam bomba sejak lebih 33 tahun dan akan bersara penghujung Februari tahun depan.
sinar/- |
Insentif pelajar luar berkhidmat di negara ini Posted: 23 Oct 2012 01:35 AM PDT 7 Zulhijjah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub mencadangkan kerajaan memberikan insentif kepada pelajar luar negara yang menyambung pengajian di Malaysia supaya dapat memberikan sumbangan kepada negara. Beliau berkata, tanpa mengenepikan pelajar-pelajar tempatan, pelajar luar negara juga harus diberikan insentif untuk kemudahan mereka menghabiskan pengajian seterusnya berkhidmat di Malaysia di dalam bidang yang tidak mendapat tempat di negara ini. Langkah ini, katanya dapat menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan untuk bersaing dengan negara-negara lain. "Saya cadangkan pelajar-pelajar luar negara ini diberikan insentif-insentif tertentu supaya selepas menamatkan pengajian, mereka terus berkhidmat di negara kita supaya untuk jangka panjang, Malaysia dapat dijadikan hub pendidikan," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. Sebelum itu, Salahuddin mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat berhubung usaha kerajaan menyediakan insentif untuk pelajar dan pensyarah luar negara. Soalan tersebut rentetan soalan asal Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol yang meminta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan jumlah pelajar dan pensyarah luar negara di semua Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) mengikut bidang kursus sehingga September 2012. Dalam sidang media sama, Salahuddin berkata, bidang sains sosial masih belum mendapat tempat yang baik di Malaysia sedangkan di negara barat, mereka sangat menitikberatkannya. "Saya tidak nampak ada cadangan serius dan teliti untuk menarik pelajar luar negara berkhidmat di Malaysia. "Di Malaysia sains sosial kadang-kadang tidak diberi keutamaan berbanding bidang perubatan, kejuruteraan misalnya. "Sedangkan bidang ini penting untuk perkembangan sosial masyarakat. Misalnya di hospital, di jabatan kerajaan kekurangan pakar psikologi dan kaunselor. Jadi penting untuk menyediakan insentif kepada mereka yang memilih bidang ini," katanya yang juga Nab Presiden PAS.
harakah/- |
PKR dakwa tanah hutan simpan dipindah milik pada pemimpin BN Posted: 23 Oct 2012 01:25 AM PDT 7 Zulhijjah 1433H. [MOD] - PKR hari ini mendakwa tanah hutan simpan Jeram Padang Selatan di Jempol, Negeri Sembilan seluas 48.73 hektar diteroka secara haram untuk aktiviti pembalakan. Pengarah strateginya Rafizi Ramli mendakwa, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dilanggar apabila kawasan itu diteroka untuk "manfaat syarikat yang ada kaitan dengan pemimpin BN Negeri Sembilan" pada tahun 2004. "Cukuplah kita katakan tanah itu dipindah milik kepada beberapa syarikat dan individu..dan kita akan dedahkan perkara ini. "Sesetengah (ahli politik) bijak apabila menggunakan orang tengah tetapi ada juga yang mempunyai pemilikan terus dalam syarikat ini," kata Rafizi kepada wartawan. Bercakap pada sidang media hari ini, yang disifatkannya sebagai pendedahan pertama daripada siri pendedahan akan datang, Rafizi mendakwa tindakan itu bukan sahaja merugikan kerajaan negeri malah menyebabkan banjir besar di kawasan Pekan Jelai pada tahun 2010. Dakwanya, pembalakan di hutan simpan tersebut bermula pada tahun 2009. Dakwanya, penerokaan hutan simpan Jeram Padang Selatan yang digazetkan pada tahun 1918, melanggar Seksyen 18(1) akta itu yang menetapkan tiada tanah boleh digunakan jika penggunaanya bertentangan dengan pelan tempatan. Menurut Rancangan Tempatan Daerah Jempol 2002-2015, hutan simpan Jeram Padang Selatan ditandakan sebagai Zon Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Tahap 1 yang tidak membenarkan sebarang bentuk pembangunan dilakukan. Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2001 - 2020 pula menyatakan agar kawasan ditanda sebagai KSAS "dipelihara supaya tidak membawa bencana alam seperti tanah runtuh yang akan mengancam nyawa dan harta benda masyarakat". Rafiziz mendakwa, kerjasama di antara ahli politik dan ahli perniagaan yang korup untuk memindahkan hak milik tanah itu adalah satu kitaran yang berterusan. "Mereka kemudian dapat manfaat dari proses membalak yang meluas, kemudian mengkomersilkan kawasan itu untuk kelapa sawit dan selepas itu ia menjadi kawasan perumahan. "Ini meninggalkan kesan mendalam kerana kawasan ini adalah kawasan tadahan air," katanya. Beliau mendakwa, ramai tidak mengetahui bahawa kawasan hutan simpan di Negeri Sembilan adalah yang paling banyak diteroka untuk pembalakan. Dakwanya sebanyak 8,616 hektar atau 5.3 peratus hutan simpan diteroka di negeri itu dari tahun 2005 sehingga 2011. "Semua ini berlaku di bawah kepimpinan MB (Datuk Seri) Mohamad Hassan," katanya. Turut hadir pada sidang media tadi adalah setiausaha PKR Negeri Sembilan Sabaruddin Mohd Yassin dan ADUN Ampangan Rashid Latiff.
harakah/- |
Wacana Sinar Harian: Peranan Ulama Menasihati Pemimpin Posted: 23 Oct 2012 01:15 AM PDT 7 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Wacana Sinar: Peranan Ulama Menasihati Pemimpin BERIKUT intipati hujah diketengahkan oleh ahli panelis Wacana Sinar Harian Ke-15: Peranan Ulama Menasihati Pemimpin
Wacana Sinar: Moderator Dr Maszlee Malik mulakan sesi wacana.
Wacana Sinar: Anggota panelis berhujah, mula dengan Datuk Dr Siddiq Fadzil, diikuti Dr Asri dan kemudian Syahrin Md Jamaludin dari Pemuda Umno
sinar/-
|
2 juta pekebun pikul beban harga komoditi jatuh Posted: 23 Oct 2012 12:35 AM PDT 7 Zulhijjah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menyerahkan memorandum kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung masalah kejatuhan harga komoditi yang semakin membebankan lebih dua juta pekebun kecil.
Memorandum itu sepatutnya diserahkan kepada Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok.
Menurut Presiden Anak, Mazlan Aliman, pihaknya telah berusaha untuk bertemu menteri terbabit setelah dua kali membuat permohonan namun ia gagal.
Bagi Mazlan Aliman, isu kejatuhan harga komoditi tidak boleh dipandang ringan kerana ia membabitkan peneroka Felda, Felcra dan Risda.
Malah beliau tidak nampak usaha dan langkah kerajaan bagaimana untuk mengawal harga komoditi supaya ia stabil.
"Apakah langkah-langkah setakat ini yang dibuat oleh kerajaan?
"Jika sebelum ini tahun 1990, harga komoditi jatuh kerajaan umumkan langkah-langkah membantu pekebun kecil misalnya memberi subsidi mengikut tan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.
Tambahnya, kerajaan juga terpaksa sediakan pelan subsidi lebih satu billion untuk membantu pekebun kecil daripada terus terbeban waktu itu.
"Tetapi hari ini kita tidak dengar usaha kerajaan, kita serah memorandum ini supaya isu ini dapat diatasi," katanya.
Katanya, sekarang adalah musim melawas di mana produktiviti tidak tinggi iaitu setiap pekebun hanya memperoleh pendapatan kira-kira RM700 hingga RM1,200 sebulan.
Baginya, pendapatan ini sangat kecil yang perlu dihadapi oleh pekebun apatah lagi berdepan dengan pelbagai kenaikan kos.
"Jika inilah pendapatan yang mereka peroleh bagi saya mereka sudah diklasifikasikan golongan miskin.
"Apatah lagi hujung tahun pelbagai perkara perlu diambil kira termasuklah persiapan persekolahan anak-anak," jelasnya.
Beliau percaya, unjuran harga komoditi akan terus mengalami kejatuhan selepas ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar berkata, kerajaan selalu menyatakan harga komoditi mengikut pasaran dunia ini bermakna kerajaan gagal meletakkan harga kepada paras minimum.
Katanya, keadaan ini sekali gus memperlihatkan menteri berkenaan gagal dalam mengenal pasti isu petani dan pekebun tempatan.
Harga kedua-dua komoditi pertanian utama mengalami aliran menurun, Oktober 2012 harga minyak sawit turun naik antara RM2,492 hingga RM2,501 setan metrik.
Ini jauh lebih rendah daripada harga tertinggi yang melebih RM3,000 setan metrik yang pernah dicapai pada tahun 2009.
Penganalisis pasaran menyatakan kejatuhan harga ini disebabkan oleh stok (simpanan tidak terjual) minyak sawit yang tinggi.
Harga getah turut mengalami penurunan sebanyak RM6 sekilogram, ia pernah mencapai RM10 sekilogram tetapi jatuh kepada RM8 pada tahun 2011.
Anak turut menyerahkan memorandum tersebut kepada Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub. Turut bersama dalam sidang media itu Ahli Parlimen Padang Terap Mohd Nasir Zakaria dan beberapa wakil dari Anak di peringkat negeri.
harakah/- |
Pembaca: AES bukan langkah popular, harus dikaji semula Posted: 23 Oct 2012 12:25 AM PDT 7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM - Penggunaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sekarang disifatkan sebagai langkah yang tidak popular dan dikhuatiri boleh menjejaskan populariti Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Seramai 89 peratus daripada 2,197 pengunjung portal Sinar Harian Online, yang menyertai bancian online, menyifatkan penggunaan AES sebagai langkah tidak popular.
Sehubungan itu, seramai 2,517 menjawab soalan sama ada wajar AES dikaji semula.
Menjawab soalan itu, seramai 86 peratus memilih jawapan "setuju" manakala 14 peratus tidk setuju. Pengunjung portal ini juga ditanya sama ada AES wajar diberi peluang untuk diuji keberkesanan.
Daripada 2,118 menjawab soalan itu, sermaai 41 peratus berkata "setuju" manakala 59 peratus kata "tidak setuju".
Dalam laporan diberi Sinar Harian sebelum ini,
Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia (PPBSM) menggesa kerajaan mengkaji semula penggunaan AES di negara ini.
Pengerusinya, Sa'adan Man berkata, kerajaan harus mengkaji penggunaan AES itu dengan lebih terperinci merangkumi semua aspek, terutama kepada pengguna jalan raya yang menggunakan pelbagai jenis kenderaan bermotor berbeza.
Katanya, PPBSM tidak menyalahkan mana-mana pihak, tetapi mahu kerajaan mengkaji semula pengguna AES ini kerana ia secara jelas membebankan rakyat.
Berikut beberapa pandangan yang diutarakan oleh pembaca Sinar Harian Online:
Alanzo Shariff: "Point camera AES sekarang macam nak mencari untung kerana seperti di Putrajaya dan Equine - Uniten bukanlah tempat biasa berlaku kemalangan. Tapi seolah-olah dibubuh untuk mencari keuntungan semata kerana had kelajuan 60-70 bagi kawasan tersebut tidak munasabah dan cuba tanya orang ramai... siapa bawak kereta di kawasan tiga laluan dengan 60km."
Syed Hidayat: "Pergi lawan di mahkamah, ada peluang menang sebab... sebab tiada papan tanda had laju dan operasi had laju dipacak dalm jarak 300m."
Razman Rashid: "Saya cadangkan kerajaan keluarkan kereta Proton berkelajuan maksimum 100km/j saja, dgn ini duit rakyat lagi jimat dr perabis duit buat bayar saman."
Mohamad Takiudin Abd Rahman: "Tambahan lagi kawasan itu kawasan sesak... peluang menyaman dan mendapat untung adalah tinggi.... takkan ini orang tak faham."
Worldkuliah Kuliah: "Keengganan kerajaan memansuhkan AES membuatkan kita terpaksa memansuhkan kerajaan yang sedia ada, insya-ALLAH."
Esa Adam: "Orang dungu aja berfikiran begini."
Hasanul Hamid: "Wajar bagi sistem AES diteruskan. Tetapi lokasi AES perlu dikaji dan diteliti dengan lebih mendalam sebelum diputuskan untuk diletakkan di tempat tersebut. Contohnya, AES tidak wajar diletak di jalan lebuh raya yang lurus, jalan lurus menuruni bukit atau jalan-jalan yang sememangnya tiada bahaya kepada pemandu. Bagi AES di kawasan lampu isyarat, ia sepatutnya diteruskan dah diperluaskan, tetapi tidaklah diperlukan sepanjang 24 jam sehari di kawasan-kawasan yang tidak sibuk. Ada persimpangan berlampu isyarat yang sememangnya lengang pada 3 hingga 4 pagi."
Mohamad Hakimi Azmi: "Saya nak mengemukakan ketidakpuasan hati saya mengenai AES di mana ia dilaksanakan 24 jam. Ini kerana, pada waktu malam, AES menggunakan FLASH dan ini akan menjadi punca berlakunya kemalangan. Saya juga pernah merasakan terutama di lebuh raya. Saya ingin menceritakan situasinya, bayangkan anda sedang memandu walaupun 115 km/j, tiba-tiba anda terkejut dengan lampu 'flash' dari AES, ada kemungkinan kereta yang dipandu akan terbabas? Bagi orang biasa OK, jika orang itu mempunyai penyakit? Bagaimana? Fikirlah!"
Sukri Mohd Salleh: "Sesuai diteruskan tapi harus berada..." Badaruddin Muhammad: "Kamera AE diletakkan di kawasan 'blackspot' yang berisiko tinggi dan sering berlaku kemalangan. Tidak timbul isu lubuk duit. Sila buang pemikiran negatif dan keterlaluan dari pemikiran saudara. Maknanya kawasan yang ada kamera AES tu memang kawasan berbahaya."
Hamdan Nazam: "Badaruddin anda baca komen saya di atas dan lakukan di negara kita pasti semua selamat duit poket selamat, duit kerajaan selamat dan kemungkinan risiko kemalangan rendah iaitu pemasangan meter kelajuan dihadkan kepada 110km/j sepertimana yang dilakukan ke atas trak tentera."
Rohaifi Azri: "Kerajaan andai serius nak membendung kemalangan, laksanakanlah seperti cadangan saudara Hamdan Nazam. Kalau sekadar kuat kuasa had laju 110km/j tapi pada masa yang sama Proton pun dok keluarkan kereta yang enjinnya bersuntikan turbo, pejadah turbo kalau tidak boleh bawak lebih 110km/j? Kancil pun selamba henjut 120km/j kat lebuh raya."
Halim Samad: "Pemasangan AES kalau di tempat yang sesuai adalah wajar, tetapi kalau ia dipasang di kawasan yang telah ditentukan had laju 60-90km sejam di kawasan jalan dua atai tiga laluan, memang ia bukan satu tindakan holistik untuk mengurangkan kemalangan tetapi semata-mata tindakan holistik nak memerangkap pengguna jalaraya untuk dikenakan saman.
Adakalanya had laju yang ditetapkan sudah tidak sesuai lagi, kalau keadaan jalan dua hingga tiga laluan mana ada orang pandu kurang 90km sejam, sekarang zaman dah berubah, mana ada sangat dah pengguna memandu kereta berusia 30-an, semua kereta baru, teknologi enjin pun hebat, setakat 60km sejam tu macam rase kayuh basikal je."
sinar/-
|
SPR temu ahli Parlimen selepas Aidiladha Posted: 23 Oct 2012 12:22 AM PDT 7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengalu-alukan ahli-ahli Parlimen khususnya pembangkang supaya dengan "serius menggunakan kesempatan pertemuan", yang akan diadakan selepas sambutan Aidiladha, bagi membincangkan apa saja perkara berbangkit mengenai sistem pilihan raya.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, langkah diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz semalam adalah perkembangan baik kerana membolehkan wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) bertemu dengan suruhanjaya itu.
Difahamkan pertemuan itu akan diadakan di bangunan Parlimen.
Menurutnya, pertemuan SPR dengan parti politik salah satu program SPR untuk berbincang serta berinteraksi dengan ahli-ahli Parlimen yang mempunyai keraguan dan sebagainya.
Tambahnya, "kita memang nak jumpa sangat dengan semua pemimpin politik yang menjadi ahli Parlimen, mereka selalu mempertikaikan kita di belakang."
"Jangan jadikan persidangan Parlimen sebagai platform untuk meluahkan perasaan tak puas hati dan sebagainya kepada SPR tapi apabila kita adakan perjumpaan tak mahu hadir," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, SPR akan bersedia pada bila-bila masa jika pihak Parlimen mengaturkan pertemuan dimaksudkan.
Katanya, "SPR sentiasa bersedia untuk bertemu dengan ahli Parlimen, jika Nazri kata minggu depan kita ikutlah, tapi yang pasti kita akan buat dalam bulan November ini, selepas sambutan Hari Raya Haji."
"Lagi pun memang kita akan buat perjumpaan dengan mereka untuk urusan pilihan raya, seperti penggunaan dakwat kekal dan bersoal jawab dengan mereka," ulasnya lagi.
sinar/- |
'Kami tak mampu bersabar lagi' Posted: 23 Oct 2012 12:21 AM PDT 7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Pemandangan dari rumah Poopathy yang terletak berhadapan pusat berkenaan. Gambar kecil: Poopathy. SEREMBAN - Kesabaran penduduk Felda Sendayan berhadapan dengan pencemaran udara sejak 16 tahun lalu sampai ke kemuncaknya apabila mereka yang tinggal berdekatan Pusat Kualiti Alam mendesak agar ia dipindahkan segera. Seorang penduduk, C Poopathy, 68, berkata, sejak pusat pelupusan sisa kimia itu dibuka, dia sering mengalami sakit tekak dan sesak nafas. "Rumah saya yang paling hampir dengan pusat pelupusan itu kira-kira satu kilometer sahaja dan saya boleh melihat dengan jelas asap tebal yang keluar dari pusat berkenaan. "Selain itu, saya juga sering mengalami gatal-gatal kulit. Saya menghidap asma dan sering berulang alik ke hospital setiap bulan, keadaan ini sudah tentu menyebabkan penyakit saya bertambah teruk," katanya. Poopathy berkata, dia menetap di kampung itu sejak 50 tahun lalu dan tidak berhasrat untuk berpindah. Sementara itu, jirannya, R Devi, 48, berkata, sudah acap kali aduan dibuat, namun tiada tindakan diambil. "Sejak pusat berkenaan dibuka pada 1996, kami membuat aduan kepada pihak kilang dan pihak berkuasa, namun tiada tindakan dibuat. "Selain asap, kenderaan dan kawasan rumah kami pernah diselaputi habuk berwarna kuning dan saya yakin ia datang dari pusat kilang," katanya. S Parimala, 38, pula berkata, asap tebal akan kelihatan pada sebelah pagi, tengah hari dan petang. Menurutnya, ketika asap berkenaan kelihatan di udara ia akan mengeluarkan bau gas yang amat busuk. "Jika saya menyidai pakaian, pakaian akan berbau gas dan saya terpaksa mencucinya semula kerana bimbang kulit akan gatal," katanya. Manakala, Azizah Hassan, 55, berkata, dia mendiami kawasan Felda itu sejak ianya dibuka pada 1979. Azizah berkata, bantahan pertama yang disuarakan penduduk adalah pada 1998 iaitu dua tahun selepas pusat berkenaan dibuka. "Kami sudah pergi ke pejabat pentadbiran Pusat Kualiti Alam dan menyuarakan bantahan, namun sehingga kini ia masih beroperasi. "Paling teruk apabila musim hujan kerana asap yang keluar selepas hujan adalah lebih hitam dan ia membahayakan penduduk," katanya. Katanya, pertambahan penduduk di kawasan Felda menyebabkan pusat pelupusan sisa kimia itu dianggap tidak sesuai berada di kawasan berkenaan.
sinar/- |
Khir Toyo mohon maaf pada Ronnie Liu di mahkamah Posted: 23 Oct 2012 12:20 AM PDT 7 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Bekas Selangor Menteri Besar, Dr Mohd Khir Toyomemohon maaf kepada Exco Kerajaan Selangor,
Ronnie Liu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kenyataan fitnah bahawa Liu menghalang pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan terhadap sebuah tempat yang dikatakan menjadi pusat maksiat di Puchong.
Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad.
Khir membuat permohonan maaf terbuka di mahkamah dengan membaca kenyataan yang disediakan dalam bahasa Inggeris dan kemudian Bahasa Malaysia.
Khir membuat permohonan maaf terbuka di mahkamah dengan membaca kenyataan yang disediakan dalam bahasa Inggeris dan kemudian Bahasa Malaysia.
Khir berkata beliau meminta maaf kepada ADUN Pandamaran dan exco kerajaan negeri Selangor itu berikutan artikel bertajuk "Khir membongkarkan lapuran polis Liu Tian Khiew pernah bercampur tangan dalam urusan menghapuskan kegiatan pelacuran.
Artikel itu yang disiarkan dalam China Press bertarikh 5 Mei 2008.
malaysiakini/- |
PRU13: Krisis calon BN Perak makin jelas Posted: 23 Oct 2012 12:17 AM PDT 7 Zulhijjah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: PAS Negeri Perak melihat krisis calon Barisan Nasional (BN) negeri semakin jelas dengan kedengaran suara-suara sumbang di kalangan pimpinan mereka.
Ketua Penerangannya, Ahmad Nuri Al-Amin (gambar) berkata, antara yang nyata ialah kenyataan Datuk Hamidah Osman dan maklum balas Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selaku Pengerusi BN negeri berhubung kelewatan mengumumkan calon-calon BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti. Katanya, desakan Hamidah agar calon-calon BN Perak diumumkan lebih awal itu dapat diertikan sebagai satu bentuk tekanan yang ditujukan kepada ketuanya sendiri.
Malah, ujarnya desakan itu juga secara langsung berhubung kait dengan kedudukan kerusi panas Dun Sungai Rapat yang telah dimenangi Hamidah yang juga Exco kerajaan negeri pada PRU12 lalu. "Banyak persoalan yang menarik timbul dari desakan ini. Adakah Datuk Hamidah agak tergugat dan tidak selamat lagi di Dun Sungai Rapat?
"Beranikah Datuk Seri Zambry menolak Datuk Hamidah bagi mengekalkan kerusi Dun Sungai Rapat?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Bagi PAS negeri, kata beliau krisis itu jelas menjadi ujian kepada Zambry yang pertama kali mengetuai BN Perak.
Katanya, jika sebelum ini bekas Pengerusi BN Perak, Tan Sri Mohammad Tajol Rosli Ghazali pernah menangis berikutan 'menggadai' kerusi Parlimen Grik pada PRU12 yang ditandingi Gerakan, apakah Zambry bakal menerima tekanan yang lebih hebat lagi di ambang PRU13 ini.
harakah/- |
PAS tanding 30 dari 56 kerusi DUN Johor Posted: 23 Oct 2012 12:16 AM PDT 7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
(Dr Mahfodz, pesuruhjaya PAS Johor)
KLUANG: PAS akan bertanding 29 atau 30 dari 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Johor dalam pilihan raya umum akan datang ini. Di peringkat Parlimen pula, PAS akan bertanding lapan kerusi, kata Pesuruhajaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dalam wawancara khas dengan Harakahdaily. Ini bermakna, PAS bertanding paling banyak kerusi DUN Johor berbanding rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP yang akan bertanding kira-kira 27 kerusi lagi. "Dalam pilihan raya 2008, kita bertanding 33 kerusi. Namun kali ini kita serahkan sebahagiannya kepada PKR dan DAP," kata beliau kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas majlis dialog dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS di sebuah hotel dekat sini. KERUSI TUMPUANDari jumlah itu, PAS memberikan tumpuan kepada 17 kerusi untuk dimenangi dalam pilihan raya umum akan datang. "Kita beri tumpuan untuk menang 17 kerusi ini untuk membolehkan kita 'lead' Pakatan di Johor," kata beliau yang memberitahu, PAS Johor sudah bekerja keras sejak tiga tahun lalu. DAP akan bertanding kira-kira 14 dan PKR pula akan bertanding 15 kerusi DUN. KEBANGKITAN UNDI CINAMenurut beliau, pengundi Melayu perlu memberikan undi kepada PAS dalam pilihan raya ini untuk mempastikan kestabilan politik berlaku di negeri ini. "Ini kerana, ekoran kebangkitan pengundi Cina selepas 2008, kebanyakan kerusi di Johor akan jatuh kepada Pakatan Rakyat," katanya Ini ekoran dari tindakan BN memasukkan pengundi Cina ke kebanyakan kerusi DUN di Johor dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 untuk menghadapi kebangkitan undi Melayu dalam pilihan raya sebelum itu (1999). Hasilnya, banyak kerusi DUN yang mempunyai komposisi pengundi Cina sekitar 40 peratus. "Dalam pilihan raya 2008, hanya 60 - 65 peratus sahaja pengundi Cina mengundi PAS. Kali ini, kita jangka pengundi mereka akan bertambah (untuk PAS)," kata Dr Mahfodz. Jika pengundi Melayu masih terus bersama Umno, mereka akan bersama pembangkang dan kerajaan yang dibentuk nanti tidak akan stabil. "Kita tidak mahu ulangi apa yang berlaku di Perak di mana kerajaannay tidak stabil. Oleh itu, orang Melayu perlu mengundi PAS bukannya Umno dalam pilihan raya akan datang ini," kata beliau. AGENDA
Menurut Dr Mahfodz, yang mendapat PhD dalam bidang undang-undang syariah, agenda negara berkebajikan akan mendominasi hala tuju PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umu ini.
"Kita telah mencapai kata sepakat dalam Pakatan Rakyat, kita akan tumpukan kepada kebajikan rakyat.
"Tawaran air percuma adalah agenda utama kita untuk rakyat Johor," kata beliau.
Beliau memberitahu, syariah Islam hanya akan dilaksana jika mendapat sokongan semua pihak dalam Pakatan Rakyat. Sebab itu, kata beliau, ia tidak menjadi agenda sehingga kini.
"Kita menyertai pilihan raya ini secara bersama, jadi apa-apa yang hendak kita buat mesti mendapat persetujuan bersama dalam konteks demokrasi," kata beliau.
harakah/- |
Amaran pertumpahan darah di selatan Thai Posted: 23 Oct 2012 12:15 AM PDT 7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Beberapa serangan awal telah berlaku sempena ulang tahun pembunuhan beramai-ramai Tak Bai pada Khamis ini. NARATHIWAT - Penduduk di kawasan pedalaman selatan Thailand, semalam, diberi amaran agar bersedia menghadapi kebangkitan keganasan yang dijangka tercetus susulan ulang tahun insiden pembunuhan beramai-ramai di Tak Bai pada Khamis ini.
Amaran dikeluarkan pihak atasan Operasi Keselamatan Dalaman 4, berikutan wilayah berkenaan akan berhadapan hari bersejarah melibatkan insiden pertumpahan darah dalam beberapa hari lagi. Sepanjang tempoh ini, beberapa insiden serangan telah berlaku, melibatkan satu rangkaian pengeboman dan tembakan di Narathiwat pada Sabtu dan kelmarin.
Sekurang-kurangnya dua askar terbunuh selain lebih10 orang termasuk kanak-kanak berumur sembilan tahun parah.
Jurucakap pegawai, Kolonel Pramote Prom-in berkata, semua tentera di wilayah bergolak itu telah diarah bersedia menghadapi serangan yang lebih kejam sehingga hujung bulan ini.
Katanya, pasukan risikan tempatan mendedahkan kira-kira 2,000 ahli puak pemisah bakal melancarkan serangan di pedalaman selatan Thailand.
"Mereka tidak akan hanya memfokuskan daerah Tak Bai, sebalik kumpulan penyerang ini akan berpecah ke kawasan lain.
"Mereka juga dijangka cuba menguatkan serangan balas dendam terhadap kerajaan yang sebelum ini berjaya membuatkan 93 militan selatan menyerah diri kepada pihak berkuasa," kata Pramote.
Pada 25 Oktober 2005, tentera kerajaan terpaksa bertindak keras terhadap beribu penunjuk perasaan yang mengadakan bantahan di pintu masuk balai polis Tak Bai bagi mendesak pembebasan enam sukarelawan kampung yang ditahan. -Bangkok Post
Akibat daripada itu, seramai 85 orang terbunuh, 78 daripada mereka maut kerana lemas dan dihempap semasa dipindahkan ke pusat tahanan. Tujuh daripadanya mati ditembak. -Bangkok Post |
إخلاص دان رضاله برقوربان أونتوق اضام الله Posted: 23 Oct 2012 12:14 AM PDT 7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى جَعَلَ هذاَ الْيَوْمَ عِيْدًا كَبِيْرًا وَسُرُوْرًا أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ ِالاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ رَسَوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ. اَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ اِلاَّ وَاَنْتـُمْ مُسْلِمُوْنَ. قَالَ الله تَعاَلَىْ فِيْ مُحْكَمِ ايآتِهِ : فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَأَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِيْنَ - سورة الصآفات : 102 مك كتيك اسماعيل سمفاي كفريغكت عمور يغ ممفو براوسها برسماث، ابراهيم بركات: واهي انقكو سسوغضوهث اكو مليهت دالم ميمفيكو بهوا اكو مثمبليه كامو. مك اف فنداغنمو مغنإيث. كات اسماعيل: واهي بفاكو، لقساناكنله اف يغ دفرينتهكن. كامو اكن مندافتيكو دغن إذين الله، مروفاكن اورغ يغ صبر.
واهي همب-همبا الله، هاري اين سلوروه أومة إسلام مثمبوت عيد الأضحى اتو هاري راي قوربان، دالم كأدأن باثق مغوربانكن اسلام بربنديغ برقوربان أونتوقث. كيت ماسيه لاضي منجادي قوربان ككجامن، فغهينأن دان كبيادابن موسوه اسلام لنتاران جيوا كيت يغ سوده سماكين جأوه درفد كونسيف فغوربانن يغ دتونتوت أوليه الله. عيدالاضحى اين تيدق هاث ممافركن قيصة فثببليهن نبي الله اسماعيل يغ دضنتيكن دغن سؤيكور كيبش تتافي عيدالأضحى اين مغاجر كيت ارتي كإخلاصن دان رضا كتتافن الله دان رسولث. عيدالأضحى تله منخاتتكن كضمبيرأن نبي الله إبراهيم عليه السلام دان كلوارضاث سلفس مريك برجاي ملالوءي اوجين الله يغ ساغت ضتير دان منخغكم جيوا نوراني مأنسي بياسا. هاري اين، كيت بركوغسي كضمبيرأن ايت، دغن مراعيكن هاري راي عيدالأضحى دسلوروه نضارا دالم سواسان يغ خريا. كيت هاري مغوربانكن بيناتغ ترنقكن دالم ضلق دان تاوا سدغكن حقيفتث نبي الله ابراهيم فرنه ملاكوكنث دغن تيتيسن اير مات. نامون فرينته الله يغ مها اسا تتف دلقسانا دغن إخلاص دان رضى ترهادف كتنتوانث. فستيله أمت بسر معناث كضمبيرأن نبي الله إبراهيم سكلوارض كران مريك برجاي ملفاسي اوجين يغ أمت بسر دالم برقوربان كران الله.
اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ مسلمين مسلمين سكلين، قيصة نبي الله إبراهيم دان انقث نبي اسماعيل عليهما السلام بوكنله مغاجر كيت ارتي فغوربانن بياسا. فغوربانن مريك بوكن كران سسواتو متلامت يغ ترسيرت تتافي هاث سمات-مات كران فاتوه كفد فرينته الله.
اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ مسلمين مسلمين سكلين، كيت بياسا برقوربان دان مغوربانكن سسواتو اونتوق مندافتكن سسواتو يغ لبيه باءيق. كيت مغوربانكن كضمبيرأن برفويا-فويا دلوار رومه اونتوق برسام منعماتي كضمبرأن برسام كلوارض. انق-انق مغوربانكن وقتو برمإين دان منونتون تيليويشن اونتوق منومفوكن فرهاتيان ترهادف فلاجران باضي منخافاي كجايأن دالم ففريقسأن. فميمفين مغوربانكن ماس برسام كلوارض اونتوق ممناغي هاتي رعيت اضر تروس ترفيليه سباضاي خالون دالم فيليهنراي. فارا فكرجا مغوربانكن ماس ريحت دان برسانتاي باضي مثيافكن كرجا اونتوق مندافتكن انوضره كخمرلغن. مك كيت هاث اكن مندافت اف يغ كيت ايدامكن جك متلامت فغوربانن كيت تيدق دسانداركن كفد الله دان رسولث.
مسلمين مسلمات سكلين، نبي إبراهيم تله سغضوف مثمبليه انقث تنفا دجنجيكن كيبش يغ اكن مغضنتيكن انقث، تتافي باضيندا ملاكوكنث سمات-مات كران مماتوهي فرينته الله. نبي إبراهيم سبلومث سغضوف منيغضلكن سيتي حجر، استري يغ دسايغيث برسام نبي اسماعيل يغ كتيك ايت ماسيه كخيل. اين سموا دلاكوكن تنفا جامينن اوليه الله اونتوق ممبينا سبواه كوتا اتاو فركمفوغن. نبي اسماعيل بضيتو فسره برقوربان سهيغضا سغضوف مغأخيري كهيدوفن مودا بلياث ماله ممبري سوكوغن دان ضالقكن كفد نبي إبراهيم اونتوق سضرا مثمبليهث. اين سموا دلاكوكن تنفا جامينن اوليه الله اونتوق منداتغكن كيبش سباضاي ضنتي تتافي دي ملاكوكنث سمات-مات كران مماتوهي فرينته الله. مريك سلوروه اهلي كلوارض تله برقوربان أونتوق منطاعتي فرينته الله.
سودارا-سوداراكو سكلين، دالم ساتو حديث رواية إمام الترميذي، نبي صلى الله عليه وسلم برسبدا: عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ إِنَّهَا لَتَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنْ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنْ الأَرْضِ فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا داري عائشة بركات بهوا رسول الله صلى الله عليه وسلم برسبدا : تيدق ادا عمالن مأنسي دهاري رايا قوربان يغ لبيه دسوكإي اوليه الله بربنديغ منومفهكن داره بيناتغ قوربان. سسوغضوهث اياث اكن دداتغكن دهاري قيامة دغن تندوق، بوبو دان كوكوث. مك دارهث اكن منداتغكن كريضأن الله سبلوم جاتوهث اي كتانه. مك أخلاص دان رضاكنله هاتيمو ترهادقث. اينله سبنرث اساس كفد كجايأن يغ واجر كيت راياكن. كجايأن يغ دبريكن اوليه الله حاصيل فغوربانن يغ تولوس إخلاص كفد الله، بوكن كجايأن يغ دخافاي سمات-مات كران أوسها تيتيق فلوه دان كبيجقسنأن كيت يغ ملوفاكن كيت دغن نعمة فمبريان الله. تيدق اكن اد كجايأن يغ حقيقي دان درضأي تنفا فغوربانن. يقينله كيت بهاوا سضالا فغوربانن كيت ترهادف الله تيدق اكن دفرسيا-سياكن. فرمان الله سبحانه وتعالى : أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لاَ يُفْتَنُونَ (2) وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ (3) أفاكه مأنسي مثغكا بهوا مريك اكن دبياركن بركات، كامي برايمان سدغكن مريك تيدق داوجي. دان سسوغضوهث تله دأوجي مريك يغ سبلوم داري كامو مك اكن مها مغتهؤي سيافامكه يغ بنر سيافامكه يغ بردوستا - العنكبوت: 2-3
واهي همبا-همبا الله، سغضوفكه دان برانيكه كيت سموا اونتوق برقوربان سمات-مات كران الله دان رسولث. سغضوفكه كيت مغنفيكن كفنتيغن فريبادي، كفنتيغن كلوارض دان كتورونن، كفنتيغن فارتي دان كومفولن ترتنتو ماله مغنفيكن كفنتيغن دنيا دان سإيسيث سمات-مات كران الله. سغضوفكه كيت مغوربانكن سضالا كفنتيغن دنيا اونتوق برساتو مندولتكن اضام الله يغ تله مغأنوضرهكن برباضاي نعمة يغ تيدق ترهيغضا. سغضوفكه كيت برسام كمبالي مغحياتي شريعة الله سفنوهث تنفا فرلو كفد بالاسن درفد سسيافا تتافي سمات-مات كران فاتوه كفد فرينته الله يغ مها بيجقسانا دالم مننتوكن خارا هيدوف تربإيق أونتوق مأنسي. كيت سبنرث تيدق ممرلوكن سبارغ فوجيان بتاف ايندهث شريعة الله درفد مان-مان فيهق افاته لاضي داري ليده اورغ-اورغ يغ تيدق برايمان. فرلقسنأن شريعة الله تله تربوقتي كسسوايان دان كبركساننث دالم مغاتور كهيدوفن مأنسي. يقينله كيت بهاوا شريعة الله اداله يغ ترباءيق دان كايندهنث اكن ترسرله افابيلا دلقسانكن سفنوهث. هاث مأنسي يغ بودوه دان بوتا سجاره سهاج يغ مراسا بيمبغ دان سغسي ترهادف كعاديلن شريعة الله. اخيرث، يقينله بهاوا سضالا فغوربانن كيت أونتوق ممرتابتكن اضام الله اداله اونتوق منفعة كيت برسام. سضالاث اكن دبلي دان دباير اوليه الله دغن نيلاي يغ ترلالو برهرضا يإيتو كموليأن دان كريضأنث ددنيا دان دآخرة. إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (التوبة :111) سسوغضوهث الله تله ممبلي دري اورغ-اورغ يغ برايمان اكن جيوا مريك دان هرتا بندا مريك دغن بالسن بهاوا مريك اكن بروليه شورض، دسببكن مريك برجواغ فد جالن الله مك دانتارا مريك اد يغ ممبونوه دان تربونوه. بالسن شورض يغ دمكين اياله سباضاي جنجي يغ بنر يغ دتتفكن اوليه الله ددالم توراة دان انجيل سرتا القرءان دان سيافاكه لاضي يغ لبيه مثمفورناكن جنجيث درفد الله؟ اوليه ايت، برضمبيراله دغن جوالن يغ كامو جالنكن ايت دان كتاهويله بهاوا جوال بلي يغ سفرتي ايت اياله كمناغن يغ بسر. |
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ. خطبة يغكدوا اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، وَِللهِ الْحَمْدُ. اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَالاَهُ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ اتَّقُوا اللهََ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ. سودارا دان سوداري سكلين، فد هاري اين ماريله كيت برشكور كفد الله يغ تله مغرنياكن كفد كيت إيمان دان إسلام. ماريله كيت مغوربانكن ماس لافغ كيت أونتوق مغحساب ديري كيت، كلوارض، مشاركت دان نضارا سمأد ممنوهي تونتوتن إسلام اتو تيدق؟ ماريله كيت برسام كمبالي مغحياتي سضالا اجاران الله دان رسول. اين سموا فرلوكن فغوربانن يغ امت بسر دان فغوربانن اين مستيله إخلاص سمات-مات كران الله. كيت مستيله رضا دغن فغوربانن يغ كيت لاكوكن كران كيت هاثاله مخلوق يغ دجاديكن اوليه الله دان كفد الله جواله كيت اكن دكمباليكن. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ اْلأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَاْلأَمْوَاتِ. اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِينَ. اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسلاَمَ وَالْمُسْلِمِينَ، وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِينَ، وَالنِّفَاقَ وَالْمُنَافِقِينَ، وَالظُّلْمَ وَالظَّلِمِينَ. وَانْصُرْنَا عَلَى هَؤُلآءِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَنَا وَيَصُدُّونَنَا عَنْ سَبِيلِ اللهِ. اَللَّهُمَّ قَوِّ عَزَائِمَهُمْ، وَاجْمَعْ كَلِمَتَهُمْ. اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكََفَرَةَ وَالْمُنَافِقِينَ وَأهْلِكْ أَعْدَاۤءَكَ أَعْدَاۤءَ الدِّيْنِ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ. اَللَّهُمَّ يَا مُجْرِىَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ اْلأَحْزَابِ، اِهزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ. اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سُلْطَانَ اَزْلَنْ مُحِبُّ الدِّيْنِ شَاهِ ابْنُ اَلْمَرْحُوْمِ سُلْطَانِ يُوْسُفِ عِزُّ الدِّيْنِ شَاهِ غَفَرَاللهُ لَهُ رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ. وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، وَِللهِ الْحَمْدُ. |
Para Pemimpin Dan Ahli PAS Diminta Hadapi Serangan UMNO-MCA-Perkasa Dengan Berhemah & Ingat Operasi Lalang Posted: 23 Oct 2012 12:11 AM PDT 7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
PAS perlu respon isu-isu dan serangan bertubi-tubi UMNO-MCA-Perkasa yang datang sekaligus.
Walaupun provokasi dan serangan mereka membara hati, PAS perlu menjaga etika dalam membalas serangan.
Ahli dan para pemimpin PAS diseru jangan beremosi semasa menjawab isu-isu yang bermotifkan provokatif.
Tujuan mereka menyerang adalah untuk mengharapkan kita memberikan reaksi yang salah dan rakyat mendapat persepsi yang menyimpang.
Tapi mereka silap. Ahli dan pemimpin PAS ditarbiah untuk menjaga etika sepanjang masa walaupun serangan itu berjenis menyinggung emosi.
Tidak perlu untuk mengulangi di sini apa yang diserang Umno-MCA-Perkasa termasuk kesanggupan mereka membiarkan agama Islam dipersendakan,
Kenyataan pimpinan MCA menggambarkan kejahilan mereka terhadap Islam khususnya hukum hudud dan kegagalan Umno memahamkan mereka tentang Islam.
MCA perlu diajar menghormati budaya dan agama lain serta memahami sensitiviti umat Islam.
Islam mengajar kita agar menjawab hujah dengan hujah bukan emosi amarah yang tidak terbendung. Firman Allah, "Dan apabila kamu berbicara dengan orang yang jahil, maka ucaplah selamat kepada mereka.
Seluruh pimpinan dan ahli PAS ditarbiah untuk beristiqamah dalam perjuangan. Respon dengan berhemah dan tertib. Kita menjawab isu dengan hujah.
Dengan ini, muka-muka hipokrit Umno dan Perkasa akan terlondeh sendirinya untuk dililhat rakyat.
PAS mengingatkan semua tentang operasi Lalang yang dicetuskan oleh MCA dan Umno. Namun yang ditahan ialah pimpinan PAS dan DAP.
Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS Pusat
|
Kerja di KL, hujung minggu di Kulai untuk Pakatan Posted: 22 Oct 2012 09:49 PM PDT 7 Zulhijjah 1433H. [MOD] - | |
Suki adalah petugas sepenuh masa ibu pejabat DAP di Pudu, Kuala Lumpur. Namun, setiap hujung minggu, Suki akan pulang ke rumahnya di Kulai, Johor.
Suki atau nama sebenarnya Wong Shu Qi pulang untuk membantu aktiviti DAP di kawasannya terutama di Dun Senai dan Parlimen Kulai tempat beliau dan keluarga tinggal.
Sebagai bekas wartawan, Suki sangat mudah bergaul dengan penduduk sekitarnya. Beliau yang terlepas untuk mengundi pada tahun 2008 tidak sabar-sabar untuk mengundi buat pertama kalinya dalam pilihan raya ke 13 ini.
"Mak saya tidak benarkan saya balik sebelum 2008 lalu kerana katanya Johor tidak selamat. Ragutlah, rogol dan macam-macam lagi kes jenayah," cerita Suki (gambar kanan) ketika ditemui di sebuah kedai kopi di pekan lama Kulai.
Namun selepas apa yang berlaku pada pilihan raya tahun 2008, keluarga beliau membenarkan Suki pulang ke tanah air dan bekerja di Kuala Lupur.
Ibunya seorang guru manakala hampir kesemua keluarganya yang lain bekerja di Singapura walaupun tinggal di Johor.
Malam minggu lalu, lebih 1,300 khasnya masyarakat Cina di Kulai menyertai majlis makan malam anjuran DAP Kulai di sebuah restoran mewah. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang adalah antara tetamu utamanya.
Majlis makan malam itu adalah siri majlis makan malam yang dianjurkan DAP untuk mengumpul dana untuk pilihan raya umum ke 13 mereka.
Hampir kesemua majlis ini 'full house' sehingga kadang-kadang melimpah keluar. Di majlis macam inilah, DAP akan menjual bahan-bahan kempen mereka berupa mascot, baju, topi dn sebagainya.
Suki adalah antara organizer majlis ini bagi pihak DAP. Ia majlis yang penuh makna untuk Suki dan DAP di Kulai ini.
"Semasa pilihanraya umum 2008, orang-orang Johor tidak terlibat dengan tsunami politik. Selepas itulah, orang Johor baru sedar kita boleh berubah. Masa itulah juga mak saya benarkan saya pulang," beritahu Suki kpeda Harakahdaily.
Atas sebab itulah, katanya, Johor kini sedang alami gelombang perubahan. Hampir kesemua program yang dianjurkan Pakatan Rakyat mendapat sambutan yang hangat.
Hujung minggu lalu, lebih 5,000 menyertai majlis di Sutra Mall, Skudai, lebih 1300 menyetai majlis makan malam di Tropical Garden, Kulai dan lebih 1,000 memenuhi Dewan Chun Moi, Kota Tinggi.
Semuanya melambangkan sambutan dan gelombang perubahan di Johor.
Pada mata kasar, gelombang ini kelihatan berlaku dengan jelas di kalangan masyarakat Cina, namun kajian terbaru yang dibuat Universiti Malaya menunjukkan ia juga berlaku di kalangan masyarakat Melayu khasnya di bandar dan pekan.
Gelombang masyarakat Cina ini memberikan kesan besar kepada kedudukan politik di Johor. Ini kerana, persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 telah menyebarkan pengundi Cina ke merata kerusi pilihan raya di Johor.
Strategi BN ketika itu adalah untuk menghadapi kebangkitan pengundi Melayu yang dikesan pada pilihan raya 1999. Untuk menghadapinya, strategis BN telah memasukkan banyak pengundi Cina ke kawasan DUN atau Parlimen yang selama ini mempunyai majoriti pengundi Melayu yang ramai.
Hasilnya, banyak kerusi DUN di Johor mempunyai lebih 40 peratus pengundi Cina. Dengan kebangkitan mereka, kerusi-kerusi inilah yang mempunyai potensi besar untuk jatuh kepada Pakatan Rakyat termasuk DUN dan Parlimen yang bakal ditandingi PAS sendiri.
"Ibu saya Cina, ayah saya Melayu. Jadi badan saya ini yang kiri Cina dsn yang kanan Melayu. Jadi, tuan-tuan jangan bimbang untuk mengundi PAS kerana di badan saya saja kita semua sudah bersatu," kata Salahudin Ayub ketika berucap di Restoran Tropical Garden, Kulai hujung minggu lalu.
Salahudin disebut-sebut bakal bertanding di kerusi campuran sebegini iaitu Parlimen Pulai dan Dun Nusajaya.
Dengan kenaikan 4 - 5 peratus pengundi Melayu untuk Pakatan sebagaimana kajian Univerisiti Malaya (UMCEDEL) dan sokongan sehingga 80 peratus pengundi Cina, Johor bakal menjadi penyumbang besar kepada Pakatan untuk membolehkannya menuju Putrajaya.
harakah/- |
Penduduk kesal Orang Asli gondolkan hutan Posted: 22 Oct 2012 09:47 PM PDT 7 Zulhijjah 1433H. [MOD] - LABIS – Penduduk Kampung Tenang di sini melahirkan rasa bimbang dengan tindakan sekumpulan Orang Asli yang sesuka hati menebang serta membersihkan Hutan Simpan Kekal Labis yang telah diwartakan kerajaan. Seorang penduduk, Ahmad Faizal Ab. Aziz, 34, mendakwa, perlakuan Orang Asli berkenaan menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan kerana mereka bukan sahaja menebas ranting dan semak-samun tetapi turut membakar semua kayu balak yang ditebang. "Kami tertanya-tanya adakah perbuatan mereka mendapat restu dan kelulusan pihak berkuasa tempatan," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam. selatan online/- |
DHPP tekad menangkan calon PAS di Sabah Posted: 22 Oct 2012 09:44 PM PDT 7 Zulhijjah 1433H. [MOD] - KOTA KINABALU: Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi negeri Sabah kali ini dilihat lebih menarik apabila Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di negeri ini telah menyatakan kesediaan menggerakkan jentera mereka membantu PAS. Mereka yang kini disertai lebih 3,000 ahli di sini, bakal membantu calon PAS yang bertanding di beberapa kawasan, khususnya dalam usaha menarik pengundi bukan Islam untuk menyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Naib Ketua (Kaum Cina) DHPP Pusat, Vincent Lee berkata, pihaknya kini memberi tumpuan di beberapa kawasan yang dikatakan akan ditandingi calon PAS termasuk di Dun Pitas yang terkenal sebagai kawasan paling miskin di Sabah. Mereka akan turun sebagai pasukan yang akan memberi penjelasan berhubung isu agama yang sering dimainkan BN kepada pengundi bukan Islam khususnya isu hudud yang diperjuangkan PAS. "Bagi kita, rakyat Sabah tidak ada pilihan lain selain memilih calon PAS dan Pakatan Rakyat jika mahu merubah nasib mereka dan negeri ini "Ini kalilah, rakyat Sabah perlu membuat perubahan demi masa depan mereka," katanya kepada Harakahdaily. Di Dun Pitas, 60 peratus penduduknya adalah beragama Islam manakala 40 peratus lagi penduduk Kadazan, Dusun dan Murut beragama Kristian. Paling menarik, DHPP di Pitas seperti yang dilaporkan Harakahdaily sebelum ini digerakkan oleh seorang pemimpin agama Kristian bertaraf pastor, Otou @ Francis Singoron. Sabtu lalu, DHPP juga turut melancarkan tabung pilihan raya peringkat Sabah untuk membantu gerak kerja calon PAS di Pitas yang disempurnakan sendiri Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Pelancaran itu dibuat sempena program Konvensyen Politik Baharu Sabah yang buat pertama kalinya disertai semua parti dalam Pakatan Rakyat. Ianya termasuk Pakatan Perubahan Sabah yang diketuai Datuk seri Panglima Lajim Ukin serta Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing serta bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Yahya Lampong yang kini menyertai PKR. Sebagai permulaan, tabung ini telah menerima sumbangan awal dari Semenanjung sebanyak RM2,000. Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Dr. Siti Mariah Mahmud yang juga Ahli Parlimen Kota Raja pernah melawat ke Pitas baru-baru ini. Dana PAS Kawasan yang amat terhad juga menjadi kekangan untuk melaksanakan gerak kerja dengan jayanya di sini. Program bantuan kebajikan kepada rakyat amat sukar dilaksanakan. Keperluan pengangkutan menjadi keutamaam kerana kebanyakkan jalanraya yang ada hanya boleh dilalui pacuan 4 roda sahaja. Sehubungan itu, kepada mana-mana pihak yang sudi membantu PAS di Pitas ini, bolehlah memberikan sumbangan terus ke akaun Ambank Islamic Parti Islam Semalaysia kawasan Kudat 1690020154073.harakah/- |
Akhirnya Mami Shahrizat mengaku kalah.. Posted: 22 Oct 2012 09:32 PM PDT 7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Ketua wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akhirnya hari ni menyatakan dan memberi sokongan penuh kepada Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebagai calon untuk bertanding mewakili Umno/BN bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi. Semua tahu bahawa sebelum ini mereka berdua berseteru kerana berebut nak jadi calon Umno/BN bagi kawasan parlimen tersebut. Mungkin Mami Ijat dah mula sedar yang dia bukan lagi calon favourite bagi kerusi tersebut angkara skandal lembu yang sedang di hadapinya ketika ini.
Ayat cover line yang Mami Ijat keluar cukup2 terharu kerana katanya dia dah memberi sokongan kepada Nong Chik ni sejak 3 tahun lepas lagi tapi baru hari ini dia umumkan nya. Nak cover seolah2 rakyat kawasan parlimen tu tak tahu apa sebenarnya yang berlaku antara mereka berdua atau mungkin Mami Ijat dah sedar bahawa nama dia sudah tak tersenarai sebagai calon untuk kali ini.
Walaupun track record Mami Ijat di parlimen Lembah Pantai agak baik, namun hanya kerana lembu, maka peluang untuk dioa merampas kembali kerusi tersebut dari anak Anwar Ibrahim, Nurul Izzah terpadam terus.
Kemenangan Nurul Izzah di Lembah Pantai memang sesuatu yang mengejutkan. Bayangkan seorang yang tiada pengalaman seperti Nurul Izzah sebagai MP mampu untuk menumbangkan calon favourite yang di katakan selamat.
Letak la sesiapapun kat lembah Pantai tu kali ini jika sentimen rakyat masih belum berubah, maka kemenangan yang di cari oleh Umno/BN nampak tipis. Dan PRU 13 kali ini akan membuktikan bahawa rakyat yang matang dan tidak terbatas sumber informasinya akan menolak Umno/BN buat selama2nya.
ada aku kisah/- |
Keadaan jalan makin teruk Posted: 22 Oct 2012 09:31 PM PDT 7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Pengguna terpaksa menggunakan bahu jalan untuk mengelak lubang terbabit. JENGKA - Keadaan jalan berlubang di hadapan Balai Bomba Bandar Jengka semakin kritikal, lebih-lebih lagi pada musim hujan kini. Peniaga di situ, Yusuf Awang, 68, berkata, keadaan lubang yang terbentuk sejak lebih setahun lalu itu semakin teruk menyebabkan pengguna terpaksa mengelak dengan menggunakan bahu jalan sehingga berlecak. "Pengguna terpaksa menggunakan bahu jalan untuk mengelak lubang semakin teruk itu. "Saya harap lubang-lubang itu dapat dibaiki segera sebelum menjadi bertambah teruk. Lebih-lebih lagi ketika musim hujan," katanya. Sinar Harian difahamkan berlaku beberapa kes di mana penunggang motosikal terjatuh hingga tercedera kerana tidak sempat mengelak lubang itu. Bagaimanapun, masalah itu dipercayai akan diselesaikan sebaik sahaja jalan di taman perumahan sekitar bandar ini siap dibaik pulih tidak lama lagi.
sinar/- |
Tidak tahan atap bocor Posted: 22 Oct 2012 08:57 PM PDT 7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Talib menunjukkan besin digunakan untuk menadah air hujan yang memenuhi biliknya. TEMERLOH – Seorang pesara kerajaan di Kampung Buntut Pulau, di sini, terpaksa menyediakan lebih 10 besin untuk menadah air setiap kali hujan berikutan keadaan atap rumahnya bocor. Pesara Majlis Daerah Temerloh (kini Majlis Perbandaran Temerloh) itu, Talib Saheh, 72, berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana tidak mempunyai wang mencukupi untuk membaiki kerosakan berikutan hanya menerima pencen sebanyak RM370 sebulan. Menurutnya, dia juga tidak mampu mengambil upah menoreh getah lagi berikutan keadaan kesihatannya semakin teruk sejak kebelakangan ini. Isterinya, Jahar Samiah Kassim, 62, pula terpaksa mengambil upah menoreh getah dengan pendapatan kira-kira RM450 sebulan. Talib berkata, dia tinggal bersama tiga cucu dan dua anak termasuk seorang anak orang kurang upaya (OKU) yang pernah memohon bantuan membaiki rumah daripada kerajaan beberapa tahun lalu. "Dua kali orang datang ambil gambar. Mereka kata hendak bagi bantuan ganti atap. Saya tidak tanya mereka daripada mana dan kali terakhir mereka datang kira-kira setahun lalu," katanya. Menurutnya, selain masalah atap bocor di dapur dan ruang tamu, dia juga tidak pernah menggantikan kabel elektrik rumahnya yang berusia lebih 40 tahun. "Masalah ini sangat membimbangkan saya kerana kabel dalaman elektrik perlu ditukar baru selepas 15 tahun untuk mengelak litar pintas yang boleh menyebabkan rumah kami terbakar," katanya. Talib berkata, atap rumahnya juga rosak teruk terutama di bahagian ruang tamu, dapur dan bilik anaknya. Menurutnya, keadaan itu menyebabkan isterinya terpaksa menggantikan tilam dan bantal dalam bilik tidur, malah makanan di dapur cepat rosak kerana terkena air hujan. Sehubungan itu, Talib merayu kerajaan membantu menukar atap rumahnya di bawah skim baik pulih rumah diumumkan kerajaan kerana keluarganya benar-benar tidak mampu.
sinar/- |
Takdir suami lumpuh Posted: 22 Oct 2012 08:56 PM PDT 7 Zulhijjah 1433H. [MOD] - KASIH ABANG...Abdul Razak membantu Ismail yang lumpuh minum air. GELANG PATAH: Hanya kerana penat dan berputus asa selepas suami yang lumpuh tidak sembuh sejak 11 tahun lalu, seorang isteri menghantar suaminya ke rumah keluarga lelaki itu di Taman Nusantara, di sini, sejak awal tahun ini.
Lebih mendukacitakan, wanita berusia 46 tahun itu dikatakan sudah memfailkan tuntutan fasakh di mahkamah syariah di ibu negara bagi melepaskan tanggungjawabnya.
Wanita itu yang kini menetap di Gombak, Selangor, turut meninggalkan dua anak mereka untuk dijaga keluarga suaminya dan hanya beberapa kali menziarah mereka sejak awal tahun ini.
Perkara itu didedahkan Abdul Razak Ismail, 48, yang kini menjaga adik iparnya, Ismail Hashim, 41, yang lumpuh separuh badan, selain menghadapi kesukaran untuk bercakap dan lemah ingatan. Dia ditinggalkan bersama dua anaknya, masing-masing seorang lelaki dan perempuan berusia 11 dan 15 tahun.
metro/- |
Derita sakit kulit sejak 4 tahun Posted: 22 Oct 2012 08:50 PM PDT 7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Nur Irmanyanti malu apabila ada yang merenung tangan dan kakinya. Gambar kecil: Rahimah PASIR MAS - Seorang kanak-kanak 11 tahun di Kampung Kedondong di sini, mungkin terpaksa melupakan cita-citanya untuk menjadi seorang guru, dewasa kelak. Ibu, Rahimah Salleh, 51, berkata, anaknya Nur Irmanyanti Semaun tidak dapat ke sekolah, setelah penyakit kulit yang dialami sejak empat tahun lalu, menjadi semakin serius. Menurutnya, Irmanyanti yang juga penyakit sindrom down, ditakuti oleh rakan sepermainan kerana penyakit kulit yang dialami. "Jika ubatnya habis, kulitnya akan kering dan bergumpal di hujung jari kaki dan tangan. "Irmanyanti akan menangis jika saya potong kulit kering dan kuku di tangan dan kakinya," katanya. Katanya, bagi mengelakkannya menggaru hingga berdarah, dia terpaksa membelanjakan RM400 untuk perbelanjaan perubatan di klinik swasta. Rahimah berkata, suaminya, Semaun Ismail, 59, yang bekerja sebagai tukang kebun sekolah dekat sini, terpaksa menghabiskan semua gajinya untuk perubatan dan persekolahan dua anaknya, di tingkatan satu dan tiga. Dia berharap agar pakar kulit sedia membantunya agar dapat mencari penawar kepada penyakit anak bongsunya ini. Sementara itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Pasir, Abd Aziz Mohamad berkata, pihaknya sudah memanjangkan bantuan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). "InsyaAllah, bantuan ini akan diluluskan agar dapat membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih bermakna, kelak," katanya, selepas melawat Irmanyanti, semalam
|
PERSIAPAN UNTUK HARI AKHIRAT Posted: 22 Oct 2012 08:48 PM PDT 7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Ingatlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Salah satu daripadanya ialah hidup sebelum mati. Hayat yang ada ialah peluang yang paling berharga bagi seorang hamba Allah. Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Kematian adalah ketentuan Allah dan merupakan penamat segala kehidupan serta penutup segala peluang untuk beribadah kepada Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Mulk, ayat 2: ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلاً۬ۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُ Maksudnya: "Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup kamu untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu. Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya dan Dia Maha Berkuasa lagi amat Pengampun." Selagi kita masih hidup, sama ada kita masih muda atau lebih-lebih lagi jikalau sudah tua hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya untuk melakukan amalan yang akan menjadi bekalan untuk hari akhirat. Kita sewajarnya menumpukan perhatian dan masa untuk berbakti kepada Allah dan memperbaiki segala ibadat. Seorang pemuda pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W, "Wahai Rasulullah S.A.W. siapakah insan yang paling baik?". Rasulullah S.A.W. menjawab, "orang yang panjang usianya dan baik amalannya". Pemuda itu bertanya lagi, "Siapa pula insan yang paling keji?" Baginda menjawab, "Orang yang panjang usianya tetapi jahat lakunya." Berikut ialah persiapan-persiapan yang sewajarnya kita lakukan kerana kita sepatutnya sedar bahawa usia ini akan berakhir pada bila-bila masa. Antaranya ialah:- 1) Kita hendaklah meluangkan masa untuk belajar atau menuntut ilmu khasnya memastikan akidah dan amal ibadat kita sah menurut Islam. Amalan yang baik dapat menambah keberkatan hidup dan memanjangkan usia. Rasulullah bersabda " Tiada yang dapat menolak ketentuan takdir melainkan doa dan tiada yang dapat memanjangkan usia melainkan amal kebajikan." (Imam Tarmizi) 2) Memilih sahabat yang baik serta mampu memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan kita, membantu meningkatkan kefahaman terhadap agama serta berani menegur ketika kita melakukan kesilapan. 3) Kita juga hendaklah selalu bertaubat dan berusaha mengembalikan hak kepada yang berhak serta memohon maaf dan memberi kemaafan sesama insan. 4) Selalu berdoa mengharapkan pertolongan Allah S.W.T. Kesimpulannya, kita harus mensyukuri nikmat usia yang dikurniakan Allah dengan meningkatkan ilmu, beramal soleh dan menghiasi kehidupan ini dengan akhlak yang mulia. Selain itu, kita perlu melazimi taubat kepada Allah S.W.T dan memohon doa agar sentiasa ditetapkan iman dan mencapai husnul khatimah. Janganlah kita sesekali lalai dengan kehidupan dunia yang hanya sementara. Sebaliknya ingatlah bahawa kehidupan akhirat jua yang abadi.
|
Ambil tindakan, jangan undi Soi Lek - Abim Posted: 22 Oct 2012 08:43 PM PDT 7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Dalam nada yang marah dan kesal, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mendesak kerajaan mengambil tindakan ke atas Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Abim juga mengajak umat Islam di mana sahaja jangan mengundi Chua di mana sahaja beliau bertanding. Demikian kata Presidennya, Amidi Abdul Manan dalam satu kenyataan medianya hari ini. Abim menyertai umat Islam di seluruh negara membuat bantahan terbuka kepada kenyataan Chua yang menghina Islam dan hukum-hukumnya. Sebelum ini, pelbagai pertubuhan dan individu, kecuali Umno, membantah siri kenyataan beliau yang sangat tidak sesnsitif bahkan menghina Islam. Abim, kata Amidi, sekali lagi menyuarakan kekesalan dan terkejut atas kenyataan liar oleh Chua Soi Lek dalam mesyuarat Agung Tahunan MCA berkenaan dengan hukum hudud. Kenyataan beliau yang menganggap bahawa negara yang mengamalkan hukum hudud sebagai yang paling banyak korupsi, tidak stabil dan tidak selamat adalah suatu kenyataan yang tidak berasas dan amat liar.
Ini seolah-olah untuk menzahirkan kepada umat Islam dan bukan Islam akan keburukan hukum hudud yang difahami dari perspektif beliau yang jumud.
Walhal, katanya, umat Islam yang berpegang dengan keimanan dan aqidah yang murni yakin bahawa hukum hudud adalah salah satu daripada hukum yang mampu memartabatkan kemurniaan sosial, undang-undang bukan sahaja kepada umat Islam malah kepada bukan Islam.
Abim, katanya, menggesa agar umat Islam menolak Chua Soi Lek walau dimana pun dia bertanding dalam PRU akan datang. Beliau tidak layak untuk menjadi wakil rakyat bagi warga Malaysia yang menghormati ajaran agama lain.
"Malaysia tidak memerlukan pemimpin yang gagal menyantuni keharmonian masyarakat negara ini," tegas beliau.
Abim juga, katanya, memandang berat sikap pemimpin para yang enggan memberikan teguran sedangkan keceluparan ini bukan kali pertama berlaku.
"Jangan beralasan dengan 'maqasid syariah' sedangkan suara ini semakin biadab. 'Hifz ul-din' juga termasuk dalam 'maqasid syariah' jika itulah pertimbangannya.
"Apatah lagi jika diukur dengan neraca 'wasatiyyat ul- Islam' yang terlalu jauh penyimpangannya. Sudah sampai masanya rakan sekutu pemimpin ini menyatakan sikap yang jelas kepada beliau kerana kedegilan dan kebiadabannya sudah melampaui batas," tegas beliau.
harakah/- |
Hati Mana Tak terharu, Masih Ada Yang Tinggal Dirumah Semacam Ini... Posted: 22 Oct 2012 08:36 PM PDT 7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Kunjungan kami ke rumah Poksu atau nama sebenarnya Mustapha Mamat, 75, di Kg. Pengkalan Samak, Merlimau, amat menyayat hati dan menyentuh perasaan kami. Dengan tempat kediamannya yang sukar untuk dipanggil "rumah" seperti gambar yang tertera di atas, disitulah Poksu tinggal menahan sejuknya malam dan hangatnya mentari siang.
Berasal dari Kg. Aur Telong, Bachok, telah menetap di Merlimau sejak 18 tahun yang lalu. Bekerja dengan mengambil upah menurunkan buah kelapa dengan dibantu oleh seekor beruk peliharaannya, itulah sumber pendapatannya untuk meneruskan hidupnya sehari-hari.
Beliau tidak memiliki sebarang kenderaan, justeru itu terpaksa berjalan kaki untuk ke mana-mana sekalipun jarak dari rumahnya untuk ke mana-mana agak jauh juga, sehingga kami ternampak kesan bengkak di kakinya lantaran berjalan untuk mencari makanan walau sesuap nasi di kedai berhampiran.
Dengan rasa penuh sebak dan keinsafan, Ketua Pemuda PAS Melaka, Sdra Yuhaizad Abdullah bersama-sama dengan Jawatankuasa PAS Cawangan Merlimau Timur, pada petang tadi telah menziarahi Poksu dan telah membawa Poksu untuk ke bandar Merlimau dan membelikannya sebuah basikal agar memudahkan pergerakannya mencari rezeki.
Pihak PAS Cawangan Merlimau Timur juga berhasrat untuk membinakan sebuah rumah kediaman untuk Poksu - dengan kos lebih kurang RM10,000 - dengan harapan agar Poksu dapat hidup dengan lebih selesa daripada keadaan pondoknya yang terlalu uzur untuk didiami kini.
Justeru itu, dirayu kepada yang bersimpati, untuk menghulurkan sumbangan dan derma supaya hasrat murni tersebut dapat direalisasikan. Berikut ialah maklumat akaun:
Maybank: 154053463369 di atas nama PAS Cawangan Merlimau Timur
Maklumkan sumbangan/derma anda dengan menghantar SMS ke nombor 016-7705820 (Sdra Yuhaizad) atau maklumkan melalui email kami
Hari ini hari Poksu, justeru itu, taburkanlah bakti sementara kita masih berupaya, kelak Allah akan membantu kita sewaktu kita memerlukan pula. Jazakallahu khairan kathiran kepada semua penyumbang dan penderma, semuga Allah lipatgandakan pahala untukmu semua.
Poksu menceritakan kisah pengalamannya... Sdra Adel Jantan bersama Sdra Yuhaizad Abdullah menemani Poksu memilih basikal di kedai... Penyerahan basikal kepada Poksu... Di pondok inilah Poksu tinggal... Pondok ini menunggu masa untuk rebah ke bumi... Marilah bersama kita menolongnya... |