View issues with Tan Seng Giaw |
Marilah kita bersama-sama menuju ke Putrajaya Posted: 23 Oct 2012 12:54 AM PDT Ucapan Dr Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong, di Konvensyen Khas Pakatan Rakyat, PR, di Kuantan pada 21.10.2012. Saya berasa gembira dapat menyertai Konvensyen ini bersama-sama dengan saudara-saudari untuk persiapan yang bererti dan bersejarah di Kuantan. Kita menghadapi pelbagai masalah dan halangan. Kita terpaksa mencari jalan supaya kita boleh bersama-sama memara ke Putrajaya. Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib mengulangi bahawa PR adalah tidak mampu untuk menerajui kerajaan persekutuan. Hari ini, kita mengupas keadaan dan mendapati bahawa tanggapan beliau adalah salah. Kita tahu kerangka Kerajaan Barisan Nasional, BN, adalah lapuk. Kita tahu yang lapuk ini tidak dapat ditransformasikan. Kita tahu ia mestilah digantikan dengan sistem kerajaan PR yang cocok dengan zaman terkini. Selepas 55 tahun Kemerdekaan Zaman beralih, masa berubah. Lima puluh lima tahun yang lepas, para pengasas semua kaum yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman membawa kita ke kemerdekaan dengan cita-cita yang murni yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk nilai-nilai, prinsip-prinsip hak-hak asasi, kebebasan dan kebahagiaan. Selepas 55 tahun, wajah Malaysia sudah betukar daripada negara pertanian kepada industri dan daripada separuh universiti awam, Universiti Malaya, kepada 20 buah universiti awam, Institusi Pengajian Tinggi Awam, IPTA. Selepas 55 tahun, terdapat banyak dasar yang kurang adil. Selepas 55 tahun, kilang Lynas dengan sisa radioaktif boleh dibina di Gebeng, Kuantan. Selepas 55 tahun, jurang di antara yang miskin dengan yang kaya adalah besar. Selepas 55 tahun, perpaduan di antara kaum adalah kurang. Selepas 55 tahun, kualiti pendidikan dari sekolah rendah hingga univerisiti adalah diragui. Selepas 55 tahun, gejala rasuah berleluasa. Sekarang menginsafi Sekarang, rakyat menginsafi bahawa cita-cita prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang tercakup dalam Perlembagaan Persekutuan masih juah untuk dicapai. Pelbagai faktor menimbulkan gejala-gejala serius jenayah dan gengsterisme di kalangan kaum. Sekarang, rakyat menginsafi bahawa sistem kerajaan BN perlu digantikan untuk mewujudkan masyarakat yang lebih adil dan lebih saksama. YAB Najib melaungkan 1 Malaysia. Tetapi, timbalannya YAB Muhyiddin menekankan 2 Malaysia. Sekarang, rakyat menginsafi YAB hendak transformasi, misalnya ekonomi. Ada 130 projek dengan jumlah pelaburan RM203.1 bilion. Malangnya, amalannya tidak ada ketelusan dan tidak ada akauntabiliti. Sekarang, rakyat menginsafi bahawa Transparency International menganggarkan ketirisan di negara ini adalah lebih 30%. Cuba bayangkan ketirisan dari RM203.1 bilion, mungkin adalah lebih RM70 bilion. Sekarang, rakyat menginsafi bahawa YAB Najib menegaskan bahawa nilai etika diamalkan bendung gejala rasuah di akar umbi. Akan tetapi, apabila seorang Ketua Menteri mengundurkan diri semasa mesyuarat EXCO membuat keputusan untuk meluluskan beribu-ribu hektar tanah kepada sanak-saudaranya, beliau tidak boleh dihadapkan ke mahkamah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM. Jika perkara ini berlaku di Hong Kong atau Singapura, beliau sudah lama dimasuk ke rumah Yang di-Pertuan Agung. Sekarang, rakyat menginsafi bahawa SPRM haruslah dijadikan Suruhanjaya Perkhidmatan yang hanya bertanggungjawb kepada parlimen. SPRM memerlukan 5,000 kakitangan. Kini, ia mempunyai 1,600 tanpa mengira kerani. Belanjawan 2013 memperuntukan RM276 juta dan pertambahan kakitangan 150 orang setahun. Pertambahannya mestilah sekurang-kurangnya 500 orang setahun dan peruntukan Rm400 atau rM500 juta setahun. HARAPAN Kita mempunyai harapan untuk menggantikan BN di Putrajaya sebagai Kerajaan Persekutuan. Kita mempunyai harapan untuk mencapai cita-cita, nilai-nilai dan pinsip-prinsip yang tercakup dalam Perlembagaan Persekutuan. Kita mempunyai harapan untuk menggunakan kemampuan menerajui kerajaan persekutuan. YAB Najib mengulangi bahawa PR tidak mampu menerajui kerajaan pusat. Cuba lihat keupayaan PR di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. Kita mempunyai kemampuan untuk menguruskan kewangan Malaysia seperti yang ditunjukkan di Selangor dan Pulau Pinang. Belanjawan yang defisit diuruskan menjadi belanjawan berlebihan. Kita mempunyai harapan untuk melaksanakan dasar-dasar PR yang terkandung dalam Buku Jingga. Kerangka kerajaan BN sudah lapuk. Kita mampu mengambil alih tampuk pemerintahan. Kita mampu memenuhi cita-cita rakyat. Sungai Kuantan ikan kurang, Pendayung patah balik lelah lesu; Kilang Lynas perlu ditentang, Nak pecah ruyung mendapat sagu. Semua terpaksa berusaha kuat untuk mencapai cita-citanya. Kilang yang mengeluarkan sisa radioaktif yang perlahan diizinkan beroperasi di Gebeng, Kuantan. Kita mempunyai peluang untuk memberi rakyat hak-hak kehidupan dan pengejaran mencapai kebahagiaan. Kita menerangkan gula-gula yang dihulurkan oleh BN. Ibarat burung mulut manis jangan dipakai. Kita mempunyai peluang untuk memperjuangkan matlamatnya tanpa kekerasan. Kita memperjuangkan secara aman dan damai. Kita menghadapi pelbagai rintangan. Ibarat telur, pecah satu pecah semuanya. Pisang sesikat, Gulai sebelanga; Tanda muafakat, Bersama-sama. Marilah kita bersama-sama memara ke Putrajaya. |
Together Lets March Towards Putrajaya Posted: 23 Oct 2012 12:31 AM PDT On Sunday, October 21, 2012, Seng Giaw Tan wrote: Speech by Dr Tan Seng Giaw, Deputy National Chairman and MP for Kepong at the Pakatan Rakyat Special Convention in Kuantan on 21.10.2012. I am happy to be with you at this Covention which is a meaningful and historical event. We face various problems. We have to find a way so that together we can march towards Putrajaya. The Prime Minister YAB Datuk Seri Najib reiterates that PR is not capable of holding the rein of Federal Government. Today, we are gathered here to analyse the situation and to tell the Prime Minister that his view is wrong. We know that the framework of Barisan Nasional (BN) is dilapidated. We know that this cannot be transformed. We know that this dilapidated framework has to be replaced by PR system, consistent with the modern world. After 55 years of Merdeka Time changes. Fifty five years ago, the founding fathers led by Tunku Abdul Rahman laid down the foundation for Merdeka in the Federal Constitution with ideals, values and principles on basic rights, freedom and happiness. After 55 years, the face of Malaysia has changed from an agricultural country towards industrial society, from half a university, a branch of University of Malaya from Singapore, to 20 public universities. After 55 years, there is lack of fairness in many policies. After 55 years, Lynas rare earth factory with slowly radioactive waste has been built in Gebeng, Kuantan. After 55 years, the gap between the poor and the rich is wide. After 55 years, there is lack of unity among the races. After 55 years, the quality of education from primary, secondary to tertiary levels is still doubtul. After 55 years, corruption is rife. Now People Are Aware Now, people are aware that the ideals, the principles and the values enshrined in the Federal Constitution are still far off. Multiple factors contribute to serious crimes and gangsterism among the races. Now, people are aware that the BN system of government must be replaced to create a more equal society. YAB Najib talks of 1 Malaysia. His deputy YAB Tan Sri Muhyiddin stresses on 2 Malaysia. Now, the people are aware that YAB Najib reiterates on transformations. For example, economic transformation involves 130 projects with total investment estimated at RM203.1 billion. Unfortunately, there is lack of transparency and accountability. Now, the people are aware that Transparency International estimates that the leakages in Malaysia are over 30 percent. Just imagine the leakages for RM203.1 billion may be more than RM70 billion. Now, the people are aware that YAB Najib says that ethical values must be practised to tackle corruption at grassroots level. But, when a Chief Minister leaves the chair as the state EXCO meeting approves vast parcels of land to his or her relatives, he or she cannot be charged for corruption according to the existing laws. If he or she were to be in Hong Kong or Singapore, he or she would have been languishing in jail. Now, the people are aware that the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) must be elevated to be a service commission, responsible only to parliament. It requires 5,000 personnel. But, it only has 1,600 excluding administrative staff members. The 2013 national budget allocates only RM276 million and an annual increase of 150 personnel whereas it needs at least RM 400 million and personnel increase of RM 500 a year. We have hopes We have the hope of replacing BN in Putrajaya as the Federal Government. We have the hope of trying to achieve the ideals, the values and the principles enshrined in the Federal Constitution. We have the hope of using our capability to run the Federal Government. We have the hope of managing the federal finance effectively as shown in the PR state governments such as Penang and Selangor. We have the hope of implementing PR policies as contained in the Orange Book. We must be truly determined to overcome the obstacles and to uphold the wishes of the people, such as dealing with Lynas Rare Earth factory. Sungai Kuantan ikan kurang, Pendayung patah balik lelah lesu; Kilang Lynas perlu ditentang, Nak pecah ruyung mendapat sagu. We have the opportunity to fight for the rights of life and the pursuits of happiness for Malaysians. We explain to the people the goodies and the subsidies offered by BN are from taxes. Kita mempunyai peluang untuk memberi rakyat hak-hak kehidupan dan pengejaran mencapai kebahagiaan. Kita menerangkan gula-gula yang dihulurkan oleh BN. Ibarat burung mulut manis jangan dipakai. We have the opportunity to engage in non-violence struggle for the people. We engage in peaceful struggle. Kita mempunyai peluang untuk memperjuangkan matlamatnya tanpa kekerasan. Kita memperjuangkan secara aman dan damai. Kita menghadapi pelbagai rintangan. Ibarat telur, pecah satu pecah semuanya. Pisang sesikat, Gulai sebelanga; Tanda muafakat, Bersama-sama. Together let us march towards Putrajaya. Marilah kita bersama-sama memara ke Putrajaya. |
You are subscribed to email updates from View issues with Tan Seng Giaw To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan