Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 26.7.2013.
Action Should Be Taken Against Utusan Malaysia Under The 1984 Printing Presses And Publications Act Or Multimedia and Communications Act 1998 For False News That Police Will Be Using The Sedition Act Against Those Who Spread Photos Of The Makeshift Canteen In Shower Room Controversy.
DAP condemns that death threats made against the whistle-blower and parent of a student SK Seri Pristana who exposed the case of students being made to eat in a school shower room, Guneswari, as well as the school's headmaster Mohamad Nasir Mohd Noor. Such violent threats are criminal wrongdoings and completely against Malaysian culture of rational, reasoned and objective solutions towards problem solving. DAP hopes the police and catch those responsible for spreading this culture of violence.
On another matter, the public had had enough of lies spread by Utusan Malaysia to foment fear and hate amongst Malaysia's multi-religious society. For a paper that lies about PR leaders is done as easily like breathing in and breathing out. Opposition leaders like myself winning defamation suits in courts against Utusan has not stopped Utusan from continuing its lying culture. Nothing is beyond Utusan Malaysia until it can openly call for the bloody May 13 racial riots that killed thousands of innocent Malaysians to be celebrated as a holy day.
However Utusan Malaysia has reached another low when it lied about Selangor acting police A Thaiveegan warning that the police would not hesitate to use the Sedition Act against those who spread photographs of the makeshift canteen in the shower room because such images could result in provocation and racial conflict. According to A. Thaiveegan, he had not said anything to the effect of using the Sedition Act.
Firm action should be taken against Utusan Malaysia under the Printing Presses & Publications Act 1984 or Multimedia and Communications Act 1998 for false news that police will be using the Sedition Act against those who spread photos of the makeshift canteen in shower room controversy. Under section 8A of the Printing Presses & Publications Act 1984, the penalty for false news is a maximum fine of RM20,000 and imprisonment of 3 years or to both whereas under section 233(1) of the Multimedia and Communications Act 1998, the maximum fine not exceeding fifty thousand ringgit or to imprisonment not exceeding one year or to both.
DAP doubts that action will be taken against Utusan Malaysia for spreading false news as the BN practices double-standards and selective prosecution in only punishing its opponents but not those who support BN. Witness the failure to punish Perkasa leaders Ibrahim Ali and Zulkifli Noordin for their calls respectively to burn the Bible and make insults against Hindus. Worse UMNO Ministers like Urban Wellbeing, Housing and Local Government Minister Datuk Abdul Rahman's shocking refusal to condemn Ibrahim Ali's call to burn the Bible or that Ibrahim Ali should apologise and be punished.
LIM GUAN ENG
——BM Version —— Kenyataan Media oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 26 Julai 2013.
Ambil tindakan terhadap Utusan Malaysia di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 atau Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyiarkan berita palsu bahawa pihak polis akan menggunakan Akta Hasutan ke atas mereka yang menyebarkan gambar kontroversi kantin sementara di bilik mandi.
DAP mencela ugutan bunuh terhadap pihak yang memberi maklumat serta ibu bapa pelajar SK Seri Pristana yang mendedahkan kes murid disuruh makan di bilik mandi sekolah, saudari Guneswari, serta guru besar sekolah tersebut, Mohamad Nasir Mohd Noor. Ugutan ganas sedemikian adalah perbuatan jenayah dan sama sekali bertentangan dengan budaya Malaysia yang menggunakan rasional serta penyelesaian yang munasabah bagi menyelesaikan masalah. DAP berharap agar pihak polis bertindak ke atas pihak yang bertanggungjawab menyebarkan budaya keganasan ini.
Dalam perkara lain, orang awam sudah tidak tahan lagi dengan penipuan yang disebarkan Utusan Malaysia bagi membangkitkan ketakutan dan kebencian di antara masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Sebagai akhbar yang menipu tentang pemimpin Pakatan Rakyat, ia dilakukan dengan begitu mudah sekali, seperti bernafas. Pemimpin pembangkang seperti saya, yang menang saman fitnah terhadap utusan tidak juga menghentikan akhbar itu daripada meneruskan budaya berbohongnya. Tidak ada sesuatu yang melampau bagi Utusan Malaysia, sehinggakan ia boleh menyeru supaya rusuhan kaum 13 Mei yang telah mengorbankan ribuan rakyat Malaysia yang tidak bersalah disambut sebagai sebuah hari suci.
Begitu pun, Utusan Malaysia masih mampu mencapai tahap hina yang lebih rendah apabila ia berbohong tentang amaran Timbalan Ketua Polis Selangor Dato A Thaiveegan bahawa kononnya pihak polis tidak akan teragak-agak untuk menggunakan Akta Hasutan terhadap mereka yang menyebarkan gambar kantin sementara di bilik mandi tersebut, kerana gambar itu boleh menimbulkan provokasi dan konflik perkauman. Menurut A. Thaiveegan, beliau tidak ada pun menyebut demikian sehingga mahu menggunakan Akta Hasutan.
Tindakan tegas mesti diambil terhadap Utusan Malaysia Utusan Malaysia di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 atau Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyiarkan berita palsu bahawa pihak polis akan menggunakan Akta Hasutan ke atas mereka yang menyebarkan gambar kontroversi kantin sementara di bilik mandi. Di bawah Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, hukuman bagi menyiarkan berita palsu adalah denda maksimum RM20,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali; manakala di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, denda maksima tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.
DAP sangsi tindakan akan diambil terhadap Utusan Malaysia kerana menyebarkan berita palsu kerana BN mengamalkan 'double standard' dan pendakwaan terpilih dengan hanya menghukum lawannya tetapi bukan mereka yang menyokong BN. Lihat sahaja kegagalan untuk menghukum pemimpin Perkasa, Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin yang masing-masing menyeru untuk membakar kitab Bible dan menghina penganut Hindu. Lebih buruk lagi, menteri UMNO seperti keengganan Menteri Kesejahteraan Bandarm Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman untuk mengutuk seruan Ibrahim Ali untuk membakar Bible mahupun supaya Ibrahim Ali meminta maaf dan dihukum.
What is the crime rate in Selangor? Reducing they say, but my office gets calls everyday. About crime in the area, and now the people have started to call my hand phone to complain about suspicious characters in their neighborhood. I resend them to the Chief Police Officer of Selangor but no reply.
Police Threaten Sedition Act on Those Who Spreads the Photos of 'Toilet Canteen'
Now he talks about sedition, I wonder what he would do if it was his own children. We must not tolerate this kind of school management, with Head Master deciding in such a callous way. He should explain and the Ministry of Education must be seen to take action.
No More EO Excuses
As to Thevigan, you please pay attention to the crime rate in SELANGOR, no more excuses about the EO (Emergency Ordinance) being removed, instead use the police act which has wide range powers to curb crime in the state.
The people will use the media to highlight their problems, and people like Thevigan should not threaten them with sedition.
Rajit Singh of SC: wtf are you doing as the head of SC? If the man on the street like us could smell something fishy in the deal, why is SC stiill pretending to be stupid. Another gaji buta!
Of course, the Star did not publish the news about Maybank Investment bought another 5.4 million AAX shares. This is not newsworthy for that junkyard journalist. It is news when that pariah farted about “not giving up Japan”.
Junkyard journalist had to eat up her article. She was most irresponsible to mislead the public into buying the AAX IPO. If she had a professional editor in chief in the Star, she would have been reprimanded for her stupid article. Just another pariah journalist.
The authorities had to investigate this matter. How on earth SC allowed the IPO of AAX under the circumstances? I thought that there is a rule that AAX must have profit records of 5 years before it could be allowed to be listed. Did AAX made profits for the past 5 years?
SC/BURSA KL and Bank Negara must investigate this mode of maintaining the IPO price. If we want foreigners to have confidence in our capital market something had to be done by the authorities. Wake up authorities. You are there to look after the interest of the investing public.
Saya membaca keputusan Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut melalui akhbar tempatan hari ini yang menyaksikan PAS gagal menawan DUN Kuala Besut daripada penguasaan UMNO/Barisan Nasional. Dalam erti kata lain, tawaran PAS kepada rakyat Kuala Besut untuk posisi 16 : 16 ditolak oleh rakyat DUN Kuala Besut yang mengambil keputusan untuk terus memangkah UMNO kelmarin.
Saya secara peribadi tidak terkejut dengan keputusan ini. Pengalaman saya turun beberapa kali membantu calon PAS berkempen dalam pilihanraya kecil ini termasuk meninjau suasana hari pengundian memberikan gambaran kepada saya suasana kehidupan masyarakat di DUN ini. Kehidupan rata-rata rakyat Kuala Besut yang mencari pendapatan sebagai nelayan memberikan peluang yang cerah kepada UMNO/Barisan Nasional menabur sebanyak mungkin projek dan habuan wang ringgit.
Inilah rahsia sebenar kekuatan UMNO. Kesusahan dan kesempitan hidup rakyat diambil kesempatan sehabis mungkin bagi memberikan kemenangan kepada mereka. Perhatikan sahaja di seluruh Malaysia ini, kesemua ibu negeri ditawan oleh Pakatan Rakyat kecuali dua sahaja jatuh ke tangan Barisan Nasional. Secara logiknya, ibu negeri tentulah tempat berhimpunnya tenaga cerdik pandai dan berpendidikan tinggi. Dan di sinilah UMNO/Barisan Nasional gagal kerana kekuatan wang dan kebendaan ada sempadannya.
Di sinilah letaknya tugas PAS selaku parti yang membawa mesej perjuangan Islam. Di Kuala Besut yang rata-rata penduduknya bergantung kepada pencarian mata pendapatan cara kampung berada dalam tekanan hidup yang tinggi dan sukar untuk membuat pilihan yang terbaik untuk taraf kehidupan mereka sendiri dalam jangka masa panjang. Apatah lagi untuk berfikir demi kepentingan agama. Pada saya, apa yang disebut sebagai penyakit ghaplah (lalai) merajai benak fikir rata-rata penduduk sehingga mengenepikan tanggungjawab terhadap agama mereka sendiri. Inilah tugas gerakan Islam. Menyambung tugas Rasulullah SAW yang memikul tugas menghapuskan penyakit ghaplah ini. Firman Allah SWT yang bermaksud : "Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai." – Surah Yasin, ayat 6.
Perbezaan utama Kuala Besut dengan Pasir Puteh di Kelantan ialah budaya ilmu. Daripada budaya ilmu inilah akan lahirnya masyarakat yang sentiasa beringat-ingat tentang dosa dan pahala. Sebab itu di antara perkara terawal yang dilakukan di Kelantan setelah PAS mengambil alih teraju pemerintahan pada tahun 1990 ialah menubuhkan Unit Halaqat. Ini bukan satu kerja sambil lewa kerana hanya mahu mengharapkan peruntukan kerajaan. Ia sebenarnya misi kerajaan negeri untuk mendidik rakyat melalui pembudayaan ilmu di masjid-masjid yang dikendalikan oleh Unit Halaqat.
Manusia apabila berilmu akan menolak UMNO/Barisan Nasional yang jelas dan terang melawan aspirasi perjuangan Islam. Bukan mereka menolak UMNO/Barisan Nasional dengan emosi dan taksub, tetapi mereka menolak dengan pertimbangan ilmu yang dipelajari. Dengan ilmu, mereka membezakan intan dan kaca. Tanpa ilmu, jiwa akan kosong umpama tin kosong yang hanya dipenuhi oleh sampah sarap.
Lihat sahaja dakwah Rasulullah SAW di Mekah, ditolak habis-habisan oleh masyarakat Mekah yang rata-ratanya hidup dalam permusuhan panjang dan konflik sosial yang tinggi. Namun di Madinah yang agak maju sedikit dengan perkembangan ilmu dengan kehadiran ahli Kitab, Islam mudah diterima oleh penduduk di sana.
Nyata sekali Kuala Besut adalah 'kuala ujian'. Ujian untuk penduduknya yang ditawarkan pembangunan ratusan juta yang akhirnya ramai yang lemas di 'kuala ujian' ini. Ia juga medan ujian kepada petugas-petugas parti PAS yang datang dari seluruh negara namun akhirnya terpaksa menerima keputusan tewas pada malam tadi.
Hakikatnya, ini bukan kali pertama PAS tewas di dalam pilihanraya. Saya mendoakan kesemua petugas parti PAS yang berpenat lelah di bulan Ramadhan ini demi kemenangan calon mereka diberikan ganjaran oleh Allah SWT. Inilah bekal kita yang paling berharga iaitu kita mengharapkan pahala daripada Allah SWT. Perhatikanlah ayat al-Quran yang bermaksud : Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepada Allah apa yang mereka tidak harapkan.. (Surah al-Nisa' ayat 104).
Kita bertanding di dalam pilihanraya untuk menang. Kita mungkin sedih jika tewas, tetapi jangan sesekali kita kecewa. Segera bangkit dan meneruskan perjuangan kerana perjuangan Islam sekiranya berpijak di lantai ikhlas pasti dihadiahkan dengan pahala!
Salam hormat.
Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Al-Mursyidul Am, Parti Islam Semalaysia (PAS)
Bertarikh : 16 Ramadhan 1434H bersamaan 25 Julai 2013M
(Puluhan ribu penyokong Morsiberarak ke Dataran Raba'ah malam tadi untuk himpunan Jumaat Furqan hari ini)
MESIR: Bantahan terhadap rampasan kuasa Presiden Mesir yang sah Dr Muhammad Morsi yang masuk minggu ketiga, telah menyaksikan ratusan terkorban ditangan tentera yang dipimpian jeneral Abdul Fatah Al-Sisi.
Menurut sumber Ikhwan Muslimin, jumlah korban di kalangan penyokong Morsi mencecah 280 orang manakala lebih 7000 cedera dalam beberapa siri serangan tentera terhadap kumpulan penyokong yang berhimpun secara aman di beberapa kawasan.
Paling ramai mencatat angka korban adalah pada tragedi "Subuh Berdarah" 8 Julai lalu ketika penyokong Morsi yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik diserang polis dan tentera Mesir dengan peluru hidup ketika sedang menunaikan solat Subuh.
Dalam insiden itu lebih 50 dilapor terkorban manakala 300 lagi cedera.
Selain itu juga, sejumlah 800 lagi termasuk pimpinan tertinggi Ikwan Muslimin, pemimpin kumpulan parti Islam lain, ulama dan rakyat biasa yang bersolidariti menyokong Morsi, ditangkap dan ditahan oleh pihak tentera.
Biarpun berdepan pelbagai tekanan oleh pemerintah sementara khususnya pihak tentera, himpunan menyokong Morsi tidak pernah berkurang malah sentiasa bertambah dari masa ke masa.
(Penyokong Morsi sedang menampal poster tertulis "Akan pulang ke istanamu, Akan pulang kepada rakyatmu")
Kini masuk minggu ketiga mereka berkampung dan tidak berganjak dari tempat himpunan yang menjadikan Dataran Raba'ah sebagai pusat tumpuan.
Hari ini sekali lagi himpunan besar-besaran akan berlangsung di sini bagi menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa dan desakan agar Morsi dibebaskan dari tahan tentera dan dikembalikan sebagai presiden.
Himpunan hari ini digelar himpunan "Jumaat Furqan" atau "Jumaat Pembeza".
Biarpun himpunan rasmi akan berlangsung selepas Jumaat hari ini, namun sejak malam tadi Dataran Raba'ah telah dipenuhi oleh penyokong Morsi.
Di sebelah pihak tentera pula, mereka juga menyeru rakyat untuk turun berhimpun di Dataran Tahrir sebagai memberi mandat kepada mereka menggunakan segala kekuatan untuk mengekang dan menyuraikan himpunan penyokong Morsi.
Banyak pihak melihat seruan himpunan oleh tentera ini sebagai cara mendapat persetujuan untuk membuat "pertumpahan darah" bagi menyuraikan penyokong Morsi.
Dalam pada itu, perkembangan terkini di Mesir menyaksikan Kelab Hakim Mesir memecat 75 ahlinya yang mengumumkan sokongan mereka terhadap Morsi.
Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjadi pembeda antara haq dan batil" - Surah al Baqarah ayat 185.
Saya berpesan kepada tuan-tuan, dan diri saya sendiri, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT, dengan sebenar-benar takwa, kerana sesungguhnya hanya orang yang bertaqwa sahajalah yang akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
Sidang Jumaat Sekelian,
Penurunan Al-Quran secara sekaligus dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia, berlaku pada 17 Ramadhan. Al-Quran seterusnya diturunkan secara berperingkat kepada Rasulullah s.a.w. mengikut ketetapan dan perintah Allah dalam jangka masa lebih kurang 23 tahun. Dengan segala keistimewaan yang ada pada Al-Quran, semestinya semua Umat Islam meraikan hari penurunan Al-Quran ini agar kita dapat menghayati dan mengamalkan ajaran Al-Quran sepenuhnya.
Sidang Jumaat Sekelian,
Berapa ramai di kalangan umat Islam yang benar-benar menyedari bahawa al-Quran adalah merupakan mukjizat yang paling besar yang diberikan oleh Allah kepada manusia. Kehebatan bahasanya, keindahan ayatnya dan keunggulan isi kandungannya menjadikan al-Quran tidak mampu ditandingi oleh mana-mana kitab lain. Ini disebabkan kebanyakan kita gagal mempelajari dan menguasai bahasa Al-Quran dan gagal memahami apakah yang difirmankan oleh Allah dalam Al-Quran.
Saudara Sidang Jumaat yang dimuliakan,
Al-Quran telah terbukti berjaya membentuk para sahabat menjadi generasi al-Quran yang unik (جِيْلُ الْقُرْآنِ الْفَرِيْد) di bawah pentarbiahan secara langsung oleh Rasulullah saw. Generasi ini telah membawa panji-panji kebenaran Islam sehingga dikecapi oleh umat manusia sejagat. Generasi ini berjaya membebaskan manusia daripada perhambaan sesama makhluk kepada pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah. Generasi ini telah berjaya mengeluarkan segala bentuk penindasan dan kezaliman sistem dan undang-undang ciptaan manusia kepada keadilan sistem dan undang-undang Allah. Semua ini disebabkan mereka benar-benar menghayati seluruh ajaran Al-Quran tanpa memilih-milih. Malangnya sebahagian Umat Islam hari ini mengambil Al-Quran jika dirasakan sesuai dengan kepentingan mereka, namun mencari berbagai alasan untuk tidak mengamalkan ajaran Al-Quran jika tidak memenuhi kehendak nafsu mereka. Apa yang peliknya mereka masih tanpa segan silu menganggap diri mereka sebagai Muslim Mukmin yang terbaik tanpa merasa gerun dengan ancaman dan peringatan Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 85-86 :
Apakah kamu hanya beriman kepada sebahagian Kitab dan kufur kepada sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu darpada kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat kelak akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai tentang akan apa yang kamu lakukan.
Mereka itulah orang-orang yang membeli kehidupan dunia dengan menggadaikan kehidupan mereka di akhira,; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka, dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan.
Sidang Jumaat Sekelian,
Ramai antara kita yang takut dilaknat oleh Al-Quran jika salah ketika membacanya. Namun berapa ramai yang benar-benar takut dilaknat oleh Allah kerana meninggalkan Quran sepenuhnya ataupun sebahagian daripadanya. Imam Ibnu Katsir menjelaskan maksud meninggalkan Quran sebagai berikut :
a.Tidak membaca Al-Quran dan tidak mahu mendengarkannya.
b.Tidak beriman dengan ajaran Al-Quran.
c.Tidak mengkaji dan memahami Al-Quran.
d.Tidak membenarkan isi kandungan Al-Quran.
e.Tidak mengamalkan ajaran Al-Quran.
f.Berpaling daripada Al-Quran kepada yang lain
Maka Bulan Ramadhan inilah peluang yang terbaik bagi kita untuk mengelakkan kita daripada tergolong dalam kalangan mereka yang meninggalkan Al-Quran. Bacalah, fahamilah dan hayatilah isi kandungan Al-Quran jika kita benar-benar beriman.
فيا عبادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
Hadirin yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW adalah seorang Nabi dan Rasul yang amat mengasihi Umatnya. Sehebat manapun kejahatan dan kefasiqan Umatnya terhadap Allah dan Rasul, tidak pernah menyebabkan baginda berputus asa terhadap tugas dakwah yang dilakukan. Seboleh mungkin baginda tidak sekali-kali akan merintih dan mengadu kepada Allah terhadap perbuatan umatnya melainkan ianya adalah sesuatu yang amat besar dan jika ianya dilakukan maka ianya adalah akibat kebimbangan baginda terhadap kemurkaan Allah terhadap umatnya. Kembalilah kita kepada Al-Quran dan jangan sekali-kali meninggalkan Al-Quran dalam segala tindak tanduk kita sepanjang kita menumpang bumi tuhan.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
Ya Allah,
Kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada seluruh Umat Islam di muka bumi ini. Kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada seluruh Umat Islam yang prihatin terhadap nasib saudara seagama mereka. kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada Umat Islam yang membantu saudara segama mereka samada dengan kekuatan senjata, kekuatan harta benda termasuk yang mencurahkan tenaga dan ideauntuk membantu saudara-saudara mereka.
Ya Allah Ya Rahim,
Kurniakanlah keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah kepada mereka sehingga mereka menunaikan menunaikan zakat dan memberi bantuan kepada Umat islam yang memerlukan. Berilah hidayahMu kepada mereka yang masih belum terbuka hati untuk menunaikan tanggungjawab kepada Allah dan kepada sesama saudara seagama ini.
M. Indira Gandhi (kanan) tersenyum ketika berjalan keluar dari Mahkamah Tinggi Ipoh bersama ibunya, R. Rengamah.
IPOH: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis memutuskan perakuan pengislaman terhadap tiga anak seorang guru tadika, M. Indira Gandhi, adalah batal dan tidak sah.
Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Swee Seng memutuskan pertukaran agama yang dibuatMohd Ridzuan Abdullah, bapa kepada Tevi Darsiny, 16, Karan Dinish, 15 dan Prasana Diksa, 5, adalah tidak mengikut peraturan.
"Berdasarkan Enakmen Pentadbiran Islam Perak, ketiga-tiga anak itu perlu mempunyai hasrat untuk memeluk agama Islam tanpa sebarang paksaan.
"Dalam kes ini, ketiga-tiga anak berkenaan tidak dapat dibuktikan melafazkan dua kalimah syahadah dan mereka serta ibunya tidak hadir ke Pejabat Agama Islam untuk mendaftar bagi tujuan menukar agama," katanya dalam penghakimannya yang dibaca selama 1 jam 40 minit.
Lee berkata penukaran agama itu juga tidak sah dan batal kerana tiga beradik itu tidak hadir di hadapan pegawai agama bagi tujuan melafazkan pengisytiharan memeluk Islam (mengucap dua kalimah syahadah).
Katanya keputusan itu dibuat bukan untuk kemenangan mana-mana pihak tetapi lebih penting adalah keharmonian untuk semua agama dalam negara ini.
Mohd Ridzuan, yang sebelum ini dikenali sebagai K. Patmanathan, membuat pertukaran agama daripada Hindu kepada Islam bagi ketiga-tiga anaknya pada April 2009 dan memperoleh sijil pertukaran itu daripada Jabatan Agama Islam Perak untuk ditunjukkan kepada Indira Gandhi sebagai bukti.
Pada 25 Okt 2009, Indira Gandhi, 38, memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini untuk membatalkan Perakuan Memeluk Islam tiga anaknya.
Wanita itu kemudian membuat permohonan kepada mahkamah sama supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan empat persoalan berkaitan perundangan bagi kes ibu bapa dan anak-anak yang terbabit dalam perkahwinan didaftarkan mengikut Akta Pembaharuan (Perkahwinan dan Cerai) 1976.
Ia termasuk persoalan sama ada ibu atau bapa secara sebelah pihak boleh menukar agama anak mereka yang masih di bawah umur kepada Islam selepas perkahwinan tanpa mendapat persetujuan sebelah pihak lain dan keputusan manaterpakai jika berlaku pertentangan perintah yang dikeluarkan antara Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Syariah.
Kes pasangan berkenaan pernah mendapat perhatian umum hingga ke Kabinet pada April 2009, memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas seorang daripada pasangan itu menukar agama.
Keputusan itu bagi mengelak individu yang tidak bersalah, terutama anak-anak, menjadi mangsa dan dilayan secara tidak adil.
Pada April 2009, Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberi hak penjagaan tiga beradik itu kepada Mohd Ridzuan, tetapi 11 Mac 2010, Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim, memutuskan hak penjagaan tiga beradik itu diserahkan kepada bekas isterinya iaitu Indira Gandhi.
Sementara itu, Indira Gandhi ketika ditemui di luar mahkamah berkata beliau gembira dengan keputusan ini setelah menanti selama empat tahun.
"Saya berterima kasih kepada peguam saya yang banyak membantu dalam kes ini," katanya.
Kes berkenaan membabitkan enam responden iaitu Penolong Penasihat Undang-Undang negeri, Norazura Mokhtar mewakili responden satu, dua dan tiga iaitu Pendaftar Mualaf, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak dan kerajaan Perak serta turut menyebut bersama responden empat dan lima iaitu Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Malaysia.
Peguam Hatim Musa mewakili responden keenam iaitu Mohd Ridzuan manakala Indira Gandhi diwakili peguam M. Kulasegaran, N. Selvam dan K. Shanmuga. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Guru besar SK Seri Pristana di Sungai Buloh mengambil cuti seminggu atas kehendaknya sendiri, berikutan kekecohan di media sosial mengenai isu murid makan di bilik persalinan.
Mohamad Nasir Mohd Noor menafikan laporan sebuah portal berita bahawa beliau telah "dipaksa" untuk mengambil cuti.
"Saya memutuskan untuk mengambil cuti secara sukarela selama satu minggu bermula dari hari ini (Khamis). Saya juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama selepas saya menerima dua ugutan bunuh.
"Saya memutuskan bahawa saya perlu berada jauh untuk keselamatan saya sendiri selepas saya mendapat ugutan bunuh.
"Saya harap orang ramai tidak akan membangkitkan perkara itu lagi, dan saya telah meminta pihak sekolah untuk mengambil langkah-langkah keselamatan tambahan untuk memastikan bahawa pelajar-pelajar sekolah adalah selamat," katanya kepada The Star dalam satu temuramah malam Khamis.
Kantin di sekolah berkenaan telah dibuka semula pada Khamis manakala Kementerian Pelajaran mungkin memperuntukkan dana untuk sekolah rendah itu untuk membesarkan kantin tersebut bagi menampung 1,300 murid.
Mohamad Nasir berkata, kantin sementara yang kini telah beroperasi selama tiga bulan sekarang diwjudkan untuk menyelesaikan masalah kesesakan di kantin sekolah.
"Pada waktu pagi, cahaya terik matahari menghala ke arah kantin. Dan kerana kawasan ini adalah sangat panas, murid-murid yang tidak mahu makan apa-apa di sana dan sebaliknya mereka makan berhampiran dengan longkang.
"Saya menyatakan bahawa tempat itu tidak bersih, jadi saya menempatkan mereka di bilik mandi yang tidak digunakan sepenuhnya," katanya.
Guru besar menjelaskan bahawa murid-murid jarang menggunakan bilik mandi kerana mereka dibenarkan untuk memakai pakaian sukan untuk aktiviti ko-kurikulum.
Beliau juga berkata, notis telah diletakkan bagi melarang murid-murid menggunakan bilik berkenaan sebagai tandas, malah telah mengunci pair air di dalam bilik tersebut.
Kawasan kerap berlaku kemalangan di seluruh negara telah menurun kepada 146 tahun ini berbanding 183 kawasan tahun lepas, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ismail Ahmad malam tadi.
Beliau berkata antara lokasi itu ialah antara KM 12 hingga KM 70 di Kuala Lipis menuju Merapoh, KM 14 hingga KM 15 di Kuala Lumpur menuju Ipoh dan KM 4 hingga KM 13 di Johor Baharu menuju Air Hitam.
"Daripada 146 kawasan itu, 72 adalah di bawah JPJ manakala 74 di bawah polis," katanya pada sidang media di Plaza Tol Puchong arah Selatan (menghala Putrajaya) dekat Kuala Lumpur.
Terdahulu, beliau menyertai praoperasi bersepadu sempena Aidilfitri yang dijalankan bersama oleh JPJ, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat(SPAD), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Puspakom Sdn Bhd di plaza tol itu.
Ismail berkata praoperasi itu akan dijalankan sehingga 31 Julai ini sebelum Operasi Bersepadu diadakan serentak di seluruh negara dari 1 hingga 18 Ogos depan.
"Operasi ini lebih ditumpukan kepada kenderaan motosikal dan bas ekspres kerana ia sebagai penyumbang utama kepada kemalangan jalan raya di seluruh negara," katanya.
Ismail berkata sebanyak 69 saman dan sembilan notis dikeluarkan oleh JPJ bagi pelbagai kesalahan termasuk cukai jalan tamat tempoh, tidak memiliki lesen memandu, memasang cermin gelap melebihi tahap ditetapkan dan plat nombor tidak mengikut spesifikasi.
Beliau menasihatkan para pemandu dan penunggang motosikal supaya mengutamakan keselamatan menjelang hari raya berikutan peningkatan bilangan kenderaan di jalan raya.
(Berpuluh-puluh ribu rakyat sedang bergerak dari Masjid Nur,Abbasiyah selepas solat terawih ke dataran Raba'ah sebagai persediaan "Jumaat Furqan")
MESIR: Dua himpunan besar-besaran akan berlangsung hari ini masing-masing bagi menyatakan sokongan satunya kepada Presiden sah Dr. Muhammad Morsi yang digulingkan tentera, dan satu lagi kepada jeneral tentera Abdul Fatah As-Sisi yang menjadi dalang penggulinagn Morsi.
Para penyokong Morsi akan menjadikan Dataran Raba'ah - yang diduduki mereka masuk minggu ketiga - sebagai pusat himpunan hari ini manakala penyokong Al-Sisi di Dataran Tahrir.
Bagi penyokong Morsi, himpunan selepas solat Jumaat hari ini digelar sebagai "Jumaat Furqan" atau "Jumaat pembeza" antara hak dan batil.
Sejurus selesai solat terawih malam tadi, berpusu-pusu penyokong Morsi bergerak ke Raba'ah bagi persediaan himpunan ini petang nanti.
Medan Raba'ah menyaksikan beberapa siri himpunan besar para penyokong Morsi sejak presiden itu digulingkan pihak tentera melalui rampasan kuasa awal Julai lalu.
Sementara itu, di Dataran Tahrir Barisan 30 Jun dan kumpulan Tamarrud yang menyokong pihak tentera juga merancang untuk berhimpun bagi menyatakan sokongan kepada Al-Sisi.
Himpunan ini ekoran seruan Al-Sisi semalam yang menggesa rakyat Mesir keluar beramai-ramai bagi memberi mandat kepada tentera bertindak ke atas penyokong Morsi yang digelar Al-Sisi sebagai "pengganas".
Sehingga hari ini, kumpulan penyokong tentera masih gagal mengumpul rakyat Mesir bagi menunjukkan sokongan kepada tentera yang telah merampas kuasa.
Kedua-dua himpunan ini hari ini sangat penting bagi kedua-dua pihak khususnya pihak tentera yang mahukan mandat rakyat untuk menggunakan kekerasan menyuraikan penyokong Morsi yang telah berhimpun di seluruh Kaherah sejak tiga minggu lalu.
BEIRUT 26 Julai - Sekurang-kurangnya 2,014 penduduk Syria dengan kebanyakannya tentera dan pemberontak terbunuh dalam perang saudara sejak umat Islam mula berpuasa di bulan Ramadan 10 Julai lalu.
Pengarah Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman berkata, lebih 1,323 yang terkorban merupakan tentera dan pemberontak dengan jumlah kematian terus meningkat dalam empat hari lalu.
Selain itu, sebanyak 639 orang awam terbunuh termasuk 105 kanak-kanak dan 99 wanita dengan kebanyakannya terbunuh sewaktu serangan tentera.
Dalam kejadian terbaharu, sekurang-kurangnya tujuh maut manakala 62 lagi cedera dalam serangan bom kereta di pedalaman Jaramana di tenggara Damsyik, semalam. - AFP