Selamat datang para pencinta Nabi SAW Posted: 19 Sep 2012 01:30 AM PDT 3 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengalu-alukan kedatangan para peserta demonstrasi ke Kedutaan Amerika pada hari Jumaat ini, 21 Sept bagi membantah filem yang menghina Nabi Muhammad SAW. Bagi DPPWP, kata Ketua Penerangannya, Yusapiza Yaacob kehadiran peserta untuk berdemonstrasi tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan fahaman politik mencerminkan keprihatinan dan sensitiviti rakyat Malaysia berkenaan isu agama di negara ini. "Ianya turut membuktikan rasa cinta dan sayang umat Islam di Malaysia terhadap Rasulullah SAW. "DPPWP yakin, kehadiran demonstrasi kali ini bukan sahaja dihadiri oleh rakyat Malaysia, malahan akan turut disertai oleh ribuan umat Islam yang berasal dari negara lain tetapi menetap di Malaysia," ujarnya dalam satu kenyataan. Tegasnya, DPPWP turut mengecam terhadap sikap biadap yang ditunjukkan oleh Sam Bacile atau nama lainnya Naloula Basseley Nakoula yang secara berani menghina Nabi Muhammad SAW melalui filemnya. "Perbuatan Sam Bacile ini menzahirkan sikap anti-Islamnya dan tidak bertamadun kerana sanggup menghina agama lain. "Golongan ini sentiasa tidak puas dan akan mencari jalan bagaimana untuk menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW," katanya. Bagi DPPWP, katanya tiada kemaafan bagi mana-mana pihak yang sanggup menghina Nabi Muhammad SAW yang amat dicintai. "Bahkan, kami Pemuda PAS sanggup menggadaikan nyawa dan darah demi mempertahankan kesucian Islam dan Rasulullah SAW daripada dihina," ujarnya lagi. Justeru, kata beliau DPPWP ingin menyeru kepada semua rakyat Malaysia khususnya umat Islam yang berada di Lembah Klang untuk hadir bersama-sama berhimpun di Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak. DPPWP juga, ujarnya komited untuk menghantar seramai 5 ribu orang pemuda untuk bersama-sama hadir ke demonstrasi pada Jumaat ini. harakahdaily/- |
PRU13: Peluang Melayu merdeka daripada Umno Posted: 19 Sep 2012 01:29 AM PDT 3 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya hanya Umno yang boleh menentukan survival orang Melayu adalah ajaran sesat dan khurafat, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Beliau menyeru orang-orang Melayu supaya menolak dan menghapuskan ajaran sesat dan khurafat itu kerana kejayaan dan martabat bangsa Melayu bukan terletak di tangan Umno. Kejayaan dan martabat bangsa Melayu, katanya, kepada kesempurnaan iman kepada Allah dan pemerkasaan ilmu pengetahuan. Mahfuz juga mengecam tindakan Najib yang menyebarkan ajaran sesat dan khurafat itu semata-mata kerana kepentingan kuasa beliau dan partinya. "Ia bukan sahaja ajaran sesat dan khurafat malah kenyataan yang sangat berapi-api dengan perkauman itu boleh menjejaskan keselamatan negara dan ketenteraman awam kerana tindakan Najib menakut-nakutkan orang-orang Melayu itu boleh mengakibatkan pelbagai padah dan kesan buruk," katanya. Beliau juga menyifatkan dakwaan Najib yang juga Presiden Umno itu adalah pembohongan besar. Hakikatnya, kata beliau, selama 55 tahun Umno Barisan Nasional (BN) memerintah, bangsa Melayu masih mundur berbanding bangsa-bangsa lain di negara ini. "Kalau benar mereka memperjuangkan Melayu, bangsa Melayu sudah maju. Tetapi hakikatnya Melayu masih terkebelakang. Ekuiti dan pemilikan hartanah orang-orang Melayu masih lemah," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Di bawah cengkaman pemerintahan Umno, katanya, Melayu bukan sahaja masih jauh ketinggalan dari segi pemilikan ekuiti, malah RM52 bilion saham Bumiputera kini hanya tinggal RM2 bilion. "Lebih malang 80 peratus yang memiliki pendapatan RM1,000 ke bawah adalah orang Melayu…yang senang lenang ialah segelintir pemimpin Umno dan kroni mereka," katanya. Mahfuz juga menyifatkan dakwaan Najib itu sebagai percubaan penuh putus asa untuk menyuntik jarum halus dengan mengabui pemikiran masyarakat di saat menghadapi pilihan raya dengan memainkan sentimen 'Skim Takut 1Malaysia' (ST1M) yang berbaur perkauman semata-mata untuk mengekalkan kuasanya. Najib, katanya, berkata demikian dengan harapan orang-orang Melayu akan mengubah pendirian dan kembali menyokong parti pimpinannya kononnya disebabkan survival Melayu "Diingatkan yang akan terjejas PRU jika rakyat buat pilihan ialah survival politik Umno, bukan survival politik Melayu…ini sangat berbeza. "Umno sebenarnya yang takut kehilangan kuasa, sebab itu mereka menakut-nakutkan Melayu. Pendekatan ini dibuat secara halus untuk menanam kebencian bangsa Melayu kepada bangsa lain," kata Mahfuz. Beliau juga menyeru rakyat khususnya orang-orang Melayu agar menjadikan pilihan raya umum akan datang untuk merdeka daripada Umno. harakahdaily/- |
Hujan berterusan sebabkan tanah runtuh di Batu Ferringhi, Tanjung Bungah Posted: 19 Sep 2012 01:25 AM PDT 3 Zulkaedah 1433H. [MOD] - GEORGETOWN: Hujan lebat berterusan lebih enam jam sejak 2.30 pagi ini mengakibatkan kejadian tanah runtuh di Batu Ferringhi dan Tanjung Bungah. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal, Mohamad Noor Ismail berkata kejadian tanah runtuh pada jam 8.40 itu turut menyebabkan beberapa batang pokok tumbang dan merentangi Jalan Batu Feringghi. "Kita sudahpun membersihkan laluan yang terlibat dengan bantuan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan keadaan dilaporkan terkawal," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Sementara itu, petugas bahagian penyelenggaraan JKR yang nyaris dihempap pokok, Suhaimi Samsudin, 44, berkata pada mulanya beliau dan petugas lain mendapat arahan untuk membersihkan tanah runtuh di Jalan Lembah Permai. Katanya dalam perjalanan ke Jalan Lembah Permai secara kebetulan beliau melihat kejadian tanah runtuh kecil di Batu Feringghi. "Pada mulanya tanah runtuh sikit sahaja jadi kami buat keputusan untuk bersihkan kawasan itu dahulu. "Sedang kami bekerja, kebetulan ada bas pelancong yang lalu di situ, jadi saya dari jauh lagi, lari tahan bas berkenaan dan beberapa minit selepas saya dan rakan tinggalkan lokasi itu berlaku lagi sekali tanah runtuh diikuti pokok tumbang," katanya. Bagaimanapun, beliau bersyukur nyawanya dan puluhan penumpang warga asing yang menaiki bas pelancong itu selamat. Tinjauan mendapati trafik bermula dari Persiaran Gurney menuju ke Batu Feringghi mengalami kesesakan luar biasa sehingga jam 12.00 tengah hari ini. - Bernama |
Orang utan hidap kanser dirawat seperti manusia Posted: 19 Sep 2012 01:17 AM PDT 3 Zulkaedah 1433H. [MOD] - ORANG utan yang bernama Peanut dirawat di Pusat Kanser Menyeluruh Sylvester di Miami pada 5 September lalu. MIAMI - Seekor orang utan betina bernama Peanut di Amerika Syarikat (AS) menjalani rawatan kanser yang sama seperti manusia. Empat hari lalu, orang utan berusia lapan tahun itu menjalani rawatan kemoterapi di Pusat Kanser Menyeluruh Sylvester di sini selepas ia disahkan menghidap kanser darah. "Saya belum pernah diselubungi perasaan bimbang seperti ini," kata Joseph Rosenblatt salah seorang doktor yang merawat Peanut. Peanut bukan satu-satunya orang utan yang menerima rawatan kanser seperti manusia. Pada tahun 2000, seekor orang utan yang menghidap kanser di Zoo Nasional di Washington telah menjalani pembedahan untuk membuang tumor pada usus haiwan itu. Namun, berbeza dengan beberapa kes lain, Peanut masih muda dan berpeluang untuk hidup lama selepas menjalani rawatan. - AP |
[JENAYAH MENURUN?] Kereta Timb Menteri Hilang Di Johor Ditemui Terbakar Di Kapar Posted: 19 Sep 2012 12:55 AM PDT 3 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Klang - Kenderaan rasmi milik Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu anak Belum yang dilaporkan hilang di Seri Alam, Johor Bahru pada 2 Jun lalu, ditemui terbakar kurang 500 meter dari simpang Jalan Akob, Kapar di sini, Sabtu lalu. Gambar: Anggota polis memeriksa kereta timbalan menteri yang terbakar di Kapar. Kereta jenis Proton Perdana Executive itu ditemui oleh orang awam di tepi jalan kawasan terbabit kira-kira jam 7.30 malam, sebelum perkara itu dimaklumkan kepada polis. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Shukor Sulong berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian untuk siasatan dan kereta yang terbakar sepenuhnya itu berjaya dipadamkan dengan bantuan pihak bomba. Beliau berkata, siasatan awal gagal mengenal pasti nombor pendaftaran kereta terbabit kerana kenderaan itu musnah teruk. "Setelah kita periksa nombor chasis serta enjin kereta tersebut mendapati ia adalah kenderaan rasmi yang digunakan oleh timbalan menteri berkenaan. "Semakan juga menunjukkan kereta bernombor pendaftaran WRM 1146 itu dilaporkan dicuri di kawasan Seri Alam, Pasir Gudang kira-kira tiga bulan lalu," katanya ketika ditemui di Balai Polis Kapar di sini, hari ini. Mohd Shukor berkata, kereta itu dibawa balik ke Balai Polis Kapar untuk siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan jenayah bencana dengan api. "Setakat ini tiada tangkapan dilakukan dan siasatan menjurus pelbagai aspek sedang dijalankan," katanya. Menurutnya, bagi kes kehilangan kenderaan rasmi itu di Johor, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. kelab grennboc/- |
Selangor mahu Pusat lebih komited selesai isu air Posted: 19 Sep 2012 12:50 AM PDT 3 Zulkaedah 1433H. [MOD] - SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor telah memaklumkan kepada kerajaan Pusat tentang tindakan seterusnya untuk menyelesaikan perstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor seperti yang dikehendaki oleh Akta Perkhidmatan Bekalan Air 2006 (WSIA). Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, makluman telah dibuat melalui surat rasmi kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui bertarikh 14 September. "Surat ini juga dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk rujukan beliau. "Dalam surat ini, saya telah nyatakan kekecewaan kerajaan Selangor dengan sikap kerajaan Pusat yang tidak pernah menyokong dan membantu memulakan rundingan dengan syarikat-syarikat konsesi walaupun peruntukan itu jelas dinyatakan di bawah WSIA," ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini. Beliau juga menyatakan keengganan menteri dan kementeriannya untuk memulakan rundingan menunjukkan kerajaan Pusat memang sengaja mahu mengingkari tanggung jawab untuk memenuhi kepentingan awam dan obligasi sebagaimana dinyatakan di bawah Seksyen 191 (4) WSIA. "Sehubungan itu, saya memaklumkan sekiranya menteri dan kementeriannya tidak memberi maklum balas yang bertentangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat ini, saya beranggapan pihak kementerian tidak mempunyai sebarang bantahan untuk saya meneruskan penstrukturan ini," ujarnya lagi. Beliau menegaskan, kerajaan negeri komited dengan pendirian bahawa penstrukturan semula industri air secara menyeluruh boleh meningkatkan kecekapan perkhidmatan air pada tarif yang munasabah. harakahdaily/- |
Hudud kenapa tanya Karpal, tanya Umnolah - Nik Aziz Posted: 19 Sep 2012 12:48 AM PDT 3 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa hairannya dengan akhbar di negara ini apabila sibuk bertanya Karpal Singh tentang hudud sedangkan yang berkuasa adalah Umno. "Hairan saya, akhbar sibuk melaporkan kenyataan Karpal Singh sedangkan yang berkuasa hari ini ialah UMNO, dan yang menghalang hudud ialah UMNO! "Pada saya, jika perlembagaan bertentangan dengan hudud, perlembagaan itu sendiri perlu diubah," kata Menteri Besar Kelantan itu. TG Nik Aziz berkata demikian melalui facebooknya hari ini. Menurut beliau, selepas mesyuarat exco pagi tadi, beliau ditanya tentang kenyataan Karpal Singh yang dilaporkan berkata hudud tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan perlembagaan. Media khasnya milik MCA, The Star mula memanaskan balik isu hudud. Baru-baru ini, akhbar itu menyiarkan kembali kenyataan TG Nik Aziz beberapa bulan lalu tentang hudud. Selepas itu, media itu mengarahkan wartawannya mendapatkan pelbagai komen tentang hudud termasuklah bekas pemimpin kanan PAS dan Karpal Singh yang sememangnya penentang tegar hudud. harakahdaily/- |
Antara sebab mengapa parlimen belum dibubar Posted: 19 Sep 2012 12:42 AM PDT 3 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Inilah mungkin antara satu sebab utama mengapa Parlimen masih belum berani Najib Razak bubarkan bagi memberi laluan PRU 13 diadakan. Manakan tidak. Orang kaum Tionghua tidak lagi takut kepada PAS. Sudah semacam trend terkini, semakin PAS difitnah dan diburukkan semakin ramai bukan Melayu terutamanya kaum Tionghua rapat dan dakap perjuangan PAS. Ini kawasan luar bandar, dimana fobia kaum Tionghua dulu kala terhadap PAS cukup tinggi dan hebat. Kawasan bandar kaum Tionghua menyokong PAS tidak menghairankan. Kalau kawasan luar bandar dan separa bandar kaum Tionghua dah sokong PAS, alamatnya UMNO pada PRU 13 nanti, Insya Allah bakal menjadi parti pembangkang!!!! INILAH HASILNYA APABILA KAUM TIONGHUA TELAH MELIHAT SENDIRI PENTABIRAN DINEGERI KELANTAN DIBAWAH PEMERINTAHAN PAS/PR YANG DIKETUAI TGNA SEBAGAI PENDOMAN UNTUK DINILAI. harakahdaily/- |
Peruntukan Jalan Lapok Sudah Lulus, Mengapa Masih Belum Siap Sepenuhnya? Posted: 19 Sep 2012 12:32 AM PDT 3 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Keratan akhbar "The Borneo Post" bertarikh 10hb Januari 2009 dengan tajuk "RM150 million allocated for Lapok road: Lihan" di rujuk. Kebanyakan jalanraya di luar bandar di Sarawak amat daif dan jauh ketinggalan kalau dibandingkan dengan jalanraya negeri di Semenanjung. Keadaan jalan yang teruk ini menyebabkan penduduk di luar bandar sukar untuk berurusan dengan penduduk di bandar, dan kos pengangkutan juga mahal. Sekarang sudah tahun 2012, sudah hampir lebih dari 3 tahun Unit Perancang Ekonomi (UPE) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta untuk pembinaan jalan Lapok, sepertimana yang dinyatakan oleh Lihan Jok bekas Wakil Rakyat Telang Usan dalam keratan akhbar, tetapi sehingga kini jalan tersebut masih lagi belum banyak perubahan. Menurut penduduk Baram dan penduduk kampung yang tinggal dalam kawasan tersebut, jalan Lapok masih lagi teruk dan belum di tar sepenuhnya. Jalan yang masih dalam peringkat pembinaan itu cuma siap lebih kurang 20 peratus saja, sepatutnya jalan tersebut sudah siap sepenuhnya dalam masa 3 tahun yang lalu tetapi sehingga kini keadaan jalan masih teruk dan tidak banyak berubah hanya sesuai untuk kenderaan berat seperti lori balak dan pacuan 4 roda. Ketika musim hujan jalan tersebut amat merbahaya bagi kenderaan kecil dan boleh mengakibatkan kemalangan sekiranya tidak memandu dengan cermat. Jalan yang berbukit bukau dan berliku-liku amat merbahaya sekiranya jalan licin dan berlubang akibat hujan turun lebat. Penduduk di kawasan Lapok menuntut janji dari pihak kerajaan yang pernah berjanji untuk membina jalan tersebut agar dapat disiapkan sebelum PRU13 kerana mereka sudah lama menanti dengan penuh harapan agar jalan tersebut dapat dibina dengan sebaik mungkin untuk memudahkan urusan harian mereka seperti mengangkut dan menjual hasil pertanian mereka ke pasar atau bandar berdekatan. Kita ingin tahu kemana perginya peruntukan tersebut, adakah ianya sudah digunakan sepenuhnya atau sudah pun habis digunakan untuk tujuan lain atau perlu peruntukan tambahan? Penduduk Baram sudah terlalu lama menanti agar jalan Lapok dapat disiapkan dalam masa yang terdekat dan mereka juga mahu kerajaan menepati janji sepertimana slogan "Janji ditepati" yang dilaung-laungkan oleh pihak kerajaan sekarang. Mereka tidak mahu mendengar lagi janji yang sama setiap kali ada pilihanraya, dimana jalan tersebut masih juga tidak siap atau berubah sekadar menimbus batu ditepi jalan atau sepertimana kata peribahasa "menanam tebu dibibir saja". Cakap saja manis tapi kerja tidak dilaksanakan. Kita mendesak agar pihak kerajaan dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera kerana peruntukkan sudah pun diluluskan, jalan belum siap dan rakyat sudah lama menanti. Sampai bila rakyat mesti menanti jalan tersebut disiapkan, adakah mereka terus menunggu sampai 10 atau 20 tahun lagi? Kita harap kerajaan yang ada sekarang dapat menepati janji yang sudah mereka janjikan kepada rakyat, jangan hanya pandai berjanji tetapi tidak ditepati. Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak |
Polis, ROS 'jenguk' pejabat Suaram Posted: 19 Sep 2012 12:24 AM PDT 3 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Selepas Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) ditekan dengan siasatan untuk pendakwaan, kini NGO yang berkait dengannya pula Suara Rakyat Malaysia (Suaram) diberi tekanan sama. Hari ini sekumpulan anggota polis dan juga pegawai dari Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tiba di pejabat Suaram pagi tadi bagi mendapatkan maklumat berhubung kegiatan NGO tersebut. Difahamkan seramai enam orang pegawai ROS bersama polis tiba di pejabat Suaram di Petaling Jaya pada sekitar 11:50 pagi tadi. Bagaimanapun kakitangan Suaram yang berada di situ bersama peguam Fadiah Nadwa Fikri dan Latheefa Koya dilaporkan tidak membenarkan 'rombongan' pegawai itu masuk ke premis tersebut. "Mereka cuba untuk masuk ke pejabat untuk menggeledah pejabat, tetapi kami tidak benarkan kerana mereka tidak mempunyai waran geledah," kata Fadiah dipetik The Malaysian Insider. Pegawai berkenaan bagaimanapun tidak membuat serbuan tetapi menyerahkan satu borang "Laporan Pemeriksaan Pertubuhan" kepada Suaram. Borang berkenaan antara lainnya meminta NGO tersebut memberi maklumat berhubung kegiatan mereka. Pegawai berkenaan dilihat beredar pada kira-kira jam 12.30 tengahari. Semalam, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menyerahkan kertas siasatan membabitkan SISB kepada Peguam Negara untuk memutuskan sama ada pihak terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut pertuduhan yang disediakan berlandaskan undang-undang. Ia berikutan dakwaan SISB menerima dana asing dan dikatakan mempunyai "akaun yang meragukan". Suaram sebelum ini terlibat secara langsung dengan pendedahan penyelewengan wang bernilai berbillion ringgit untuk membeli dua buah kapal selam Scorpene. harakahdaily/- |
[BONGKAR] Campurtangan Najib & UMNO Di Dalam Projek OPS2020 UIAM Posted: 19 Sep 2012 12:22 AM PDT 3 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Sepucuk surat bertandatangan perdana menteri Najib Altantuya dengan restu Majlis Tertinggi Umno bertarikh 7 Ogos 2012 yang dihantar kepada Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zaleha Kamaruddin berhubung perlantikan Mizan Hitam menggantikan Nik Ahmad Kamal sebagai Timbalan Rektor universiti itu menjadi bukti terbaru bahawa Najib Altantuya adalah dalang di sebalik sebuah projek yang dipanggil OPS 2020! Tanpa segan silu menyalahgunakan kedudukan politik dan menggunakan kepala surat Umno bagi maksud tersebut, Najib Altantuya mengarahkan supaya Mizan diberikan kemudahan dan kerjasama sepenuhnya bagi memberi kemenangan kepada mahasiswa pro-Umno (pro-Aspirasi) di universiti itu. Menurut laman Facebook Buletin UIAM dalam posting terbaru dua jam lalu, OPS 2020 yang digerakkan Umno bertujuan memastikan kemenangan kesemua 20 kumpulan pro-Aspirasi yang condong kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) di kesemua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam pilihanraya kampus yang bakal diadakan pada 25 September ini. UIAM antara universiti yang menjadi sasaran utama Umno merampas kerusi majlis perwakilan mahasiswa yang selama ini dipegang pro-Mahasiswa yang pro-Pakatan Rakyat. Selain UIAM, universiti utama lain seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut dijadikan sasaran buat Umno kerana ia sebenarnya adalah cerminan terhadap keputusan pilihanraya umum yang akan datang. Projek yang sungguh menjijikkan ini diketuai timbalan menteri belia dan sukan, Razali Ibrahim yang juga pengerusi biro IPT Umno pernah didedah menghadiri satu mesyuarat Think Tank OPS 2020 bersama-sama dengan Tun Faisal Ismail Aziz yang bertindak selaku bos Unit Media Baru Umno. Surat yang sama dilampirkan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Mohamed Khaled Nordin dan Presiden UIAM yang juga bekas Ketua Setiausaha Negara, Sidek Hassan. -jalanpulang |
Lumpuh seluruh badan akibat renjatan elektrik Posted: 19 Sep 2012 12:20 AM PDT 3 Zulkaedah 1433H. [MOD] - ROMPIN - "Mujur saya tak mati rentung akibat renjatan elektrik, kalau tak, mungkin saya tak dapat hidup lebih lama lagi," demikian kata warga emas, Ketiting Changrah, 87. Ketiting berkata, meskipun dia lumpuh satu badan selepas tragedi hitam dua tahun lalu itu, namun dia bernasib baik kerana masih diberikan peluang 'kedua' untuk meneruskan hidup. Menurutnya, dia bernasib baik kerana arus elektrik tidak terus menyambarnya dalam tempoh lama, sebaliknya aliran itu terus menolak badannya daripada terkena renjatan yang lebih teruk. "Saya tak dapat menahan kesakitan kerana seluruh badan saya ketika itu bergetar hingga kaki dan tangan saya tak dapat diluruskan dalam keadaan normal sehingga ke hari ini," katanya kepada Sinar Harian. Ketiting berkata, demi menyelamatkan nyawanya, dia terpaksa dikejarkan ke Hospital Muadzam Shah bagi mendapatkan rawatan susulan. "Nasib saya baik kerana semasa kejadian, seorang anak lelaki saya berada di rumah berhampiran dan dia terus membawa saya ke hospital untuk menerima rawatan lanjut," katanya. Menurutnya, dia tidak menduga menerima dugaan buat kali kedua selepas rumahnya di Kampung Tanam, roboh selepas ditimpa ribut dan angin kencang. "Inilah dugaan yang paling teruk saya alami sepanjang hidup kerana selepas sehari rumah saya roboh, saya pula lumpuh terkena renjatan elektrik," katanya. Ketiting yang juga suku kaum Orang Asli Jakun berkata, akibat renjatan itu, dia lumpuh kedua-dua tangan dan kaki serta hanya mampu mengesot untuk bergerak. "Saya tidak ada kudrat untuk bergerak, tapi saya ada keyakinan untuk meneruskan sisa kehidupan yang masih ada," katanya. Menurutnya, dia kini yang sudah tidak lagi berkudrat untuk bekerja hanya mengharap bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menampung kos kehidupan. "Saya bersyukur kerana kerajaan bukan saja beri elaun RM300 sebulan, tetapi saya juga mendapat sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)," katanya. Penderitaan Ketiting itu mendapat perhatian daripada Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Muadzam Shah, Senator Datuk Maznah Mazlan. Kedua-dua pemimpin itu menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada warga emas itu pada Kempen Kesihatan Orang Asli Peringkat Parlimen Rompin. sinar harian/- |
Orang asal Baram: Jangan tenggelamkan rumah kami Posted: 19 Sep 2012 12:19 AM PDT 3 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Sekumpulan kira-kira 50 Orang Asal dari Baram mengadakan protes di hadapan bangunan sekretariat negeri Sarawak di Kuching semalam, membantah projek mega empangan yang akan menenggelamkan rumah panjang mereka. Mereka daripada 18 rumah panjang di Baram Hulu dan Tengah juga menyerahkan petisyen yang mengandungi lebih 1,000 tandatangan kepada Pejabat Ketua Menteri Sarawak. Petisyen itu menyuarakan tentangan mereka terhadap rancangan membina empangan mega di Baram yang akan membanjiri kawasan tersebut seluas separuh saiz Singapura, serta menenggelamkan tanah nenek moyang mereka, rumah dan ladang-ladang di situ. Dalam satu kenyataan semalam, Preiden Jaringan Orang Asal seMalaysia (Joas), Thomas Jalong, yang berasal dari Long Anap, Baram, berkata empangan itu akan menjejaskan kehidupan penduduk asal tempatan. baram sarawak"Empangan akan pasti menenggelamkan tanah nenek moyang dengan lebih 20,000 penduduk dan dalam proses itu, ia akan mengakibatkan kami kehilangan rumah kita," katanya. Dengan itu, katanya, mereka secara tidak adil akan kehilangan tanah mereka, sumber mata pencarian dan rezeki, dan menghadapi masa depan yang tidak menentu, Menurutnya, tanah itu bukan semata-mata sahaja menjadi sumber ekonomi bagi komuniti Orang Asal tetapi penting kepada identiti sosial, kebudayaan, kerohanian dan politik mereka. 12 empangan mega dirancang Sementara itu, Rangkaian Selamatkan Sungai Sarawak (Save Rivers), sebuah gabungan yang dibentuk untuk menentang pembinaan 12 empangan mega yang dirancang bagi Sarawak, berkata bantahan itu diadakan untuk mendesak kerajaan mematuhi Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Orang Asal. Presidennya, Peter Kallang berkata kerajaan negeri Sarawak perlu menghentikan semua kerja di atas jalan akses ke empangan kerana ia sudah pun menjejaskan masyarakat Orang Asal. Malah, wakil Jawatankuasa Bertindak Lindungi Baram, Philip Jau berkata perancangan untuk pembinaan empangan Baram tidak pernah telus. "Mereka tidak bertanya rakyat pandangan mereka mengenai rancangan membina empangan tetapi sebaliknya telah memulakan kerja mengukur jalan masuk ke projek itu," kata Philip. malaysiakini/- |
Lelaki Korea Selatan bermekap untuk kerjaya Posted: 19 Sep 2012 12:17 AM PDT 3 Zulkaedah 1433H. [MOD] - GIL-NAM mencari produk penjagaan kulit di sebuah kedai di Seoul pada 10 Ogos lalu. SEOUL - Jika dahulu, pemakaian mekap sinonim dengan kaum wanita namun kini semakin ramai lelaki di Korea Selatan gemar bersolek bagi membantu mereka berjaya dalam kerjaya yang diceburi. Seorang pelajar sebuah pusat pengajian tinggi di sini, Cho Won-hyuk berkata, dia akan menggunakan bedak dan celak pada setiap pagi sebelum keluar rumah. "Memiliki wajah bersih dan licin membuatkan anda kelihatan memiliki penjagaan diri yang baik," kata pelajar kolej berusia 24 tahun tersebut. Seorang lelaki lain, Cho Gil-nam memberitahu, dia akan bersolek pada setiap pagi selepas mencuci dan memakai krim pelembap pada wajahnya. Bekerja sebagai seorang penyiasat insurans di sini, lelaki berusia 27 tahun itu berkata, dia turut membawa kotak mekap untuk digunakan di dalam tandas awam bagi memastikan wajahnya kekal bersih dan licin sepanjang hari. Mengulas fenomena yang kini melanda lelaki Korea Selatan, pakar kajian Korea di Universiti Nasional Australia, Roald Maliangkay berkata, kecantikan diri penting di negara berkenaan kerana ia menjadi penanda aras kejayaan seseorang lelaki. "Bagi masyarakat Korea Selatan, gambaran pertama amat penting. Kulit seseorang lelaki memainkan peranan utama tentang gambaran itu," kata seorang pelajar berusia 20 tahun, Kim Deuk-ryong yang sependapat dengan Maliangkay. - AP |
Semakin bengkok Posted: 18 Sep 2012 09:44 PM PDT 3 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Tiga pelajar berusia antara 13 dan 16 tahun kini terpaksa melupakan hasrat menduduki peperiksaan akhir tahun apabila penyakit 'Adolesence Idiophatic Scoliosis' atau tulang belakang 'S' yang dihidapi mereka semakin membengkok pada tahap membimbangkan. Ketiga-tiga mereka yang ditemui di Balai Berita, di sini, semalam ternyata bersedih meninggalkan bangku sekolah tiga bulan selepas bakal dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Oktober ini bagi tujuan pembedahan. Biarpun terpaksa melupakan alam persekolahan seketika, namun semangat mereka kembali pulih dan semalam mereka hadir menerima sumbangan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) berjumlah RM61,500. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ambrose, Air Tawar, Perak, Muhamad Asyraf Adan, 16, berkata penyakit dihidapi disedari bapanya dua tahun lalu apabila bahagian tulang belakangnya membengkak secara tiba-tiba. "Pada mulanya saya sangka ia hanya bengkak biasa dan tidak pernah ambil peduli. Sejurus dibawa bapa menjalani imbasan di Hospital Seri Manjung, tahun lalu, doktor memaklumkan tulang itu membengkok dengan ukuran 23 darjah dan memerlukan pembedahan," katanya. Menurut Muhamad Asyraf, biarpun diuji sebegitu namun rakan sekolahnya tidak pernah memberi ejekan dan banyak memberi sokongan. "Penyakit dihidapi menyebabkan saluran tulang belakang sempit selain gangguan pada pangkal otak," katanya. Pelajar SMK Cheras Perdana, Lee Tze Teng, 13, berkata akibat masalah terbabit, pergerakannya terbatas dan sukar melakukan kerja berat. "Saya bimbang kerana tulang ini sudah membengkok sehingga 50 darjah dan jika tidak dibedah ia akan memudaratkan," katanya. Pelajar SMK Kahang Timur, Kluang, Johor, Nur Aliah Shafikah Md Norisam, 13, berkata akibat penyakit itu, dia yang sebelum ini aktif bersukan terpaksa berhenti terbabit aktiviti itu. Orang ramai yang bersimpati terhadap nasib mereka boleh menghulurkan sumbangan di atas nama pesakit dan dikirimkan kepada Bahagian Kewangan dan Unit Kebajikan NSTP, Jalan Riong, di sini. |
Terima kasih Tun Mahathir Posted: 18 Sep 2012 09:40 PM PDT 3 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Kenyataan Tun Dr Mahathir, mantan Perdana Menteri dan mantan Presiden UMNO, supaya menjadikan syaitan yang dikenali sebagai rakan yang didampingi lebih baik daripada berkawan dengan malaikat yang tidak dikenali perlu dilihat secara positif, khususnya oleh pendokong UMNO. Kata-kata itu bersumberkan pepatah barat yang diucapkan oleh mendiang Winston Churchil, mantan Perdana Menteri British ketika perang dunia kedua. Apabila sangat terdesak di peringkat awal menghadapi kemaraan tentera Jerman, lalu beliau mengizinkan bersahabat dengan negara pernah bermusuh dengan Britain seperti Perancis dan lain-lain. Mengikut kaedah Usul Feqh Islam, sesuatu dalil itu perlu dilihat dalam dua aspek. Mantuq (yang dilafazkan atau diucap) dan Mafhum (yang difahami). Kadang-kadang diambil mafhum yang berlawanan dengannya. Saya berpendapat secara positif daripada kenyataan yang jelas itu memberi mafhum, supaya ahli UMNO yang beragama Islam meninggalkan UMNO dan menjadikan PAS sebagai gantinya, sekiranya tidak mampu melawan syaitan yang ada dalam UMNO atau menghapuskannya bagi menyelamatkan UMNO. Ini kerana bersama syaitan akan membawa akibat buruk di dunia dan akhirat bagi seseorang Islam. PAS adalah parti manusia bukan parti malaikat dan bukan parti syaitan. Manusia yang diajar dan ditarbiyah oleh Allah sejak bapa dan ibu yang pertama-tamanya iaitu Adam dan Hawa. Allah mengajar Adam mengenal Tuhannya Allah sahaja dan tidak ada sekutu baginya. Beliau turut diajar mengenali para malaikat dan mengenali iblis yang menjadi ketua syaitan seluruhnya. Tujuan manusia diciptakan supaya beribadat kepada Allah seperti makhluk yang lain dan dikurnia keistemewaan ditugaskan menjadi Khalifah di bumi, kerana sesuai dengan fitrahnya. Terpenting daripada khalifah itu ialah berpolitik, mentadbir urusan dunia dengan agama Allah (Al Din). Iblis adalah pemimpin syaitan, makhluk jahat yang telah melakukan kekacauan di bumi sebelum manusia diletakkan mengikut keputusan Allah. Iblis ditawan oleh para malaikat dan menjadi tawanan bersama mereka dan diminta berlaku baik bersama para malaikat. Tetapi Iblis hanya berlakon dan berpura-pura baik, tanpa diketahui oleh para malaikat segala yang tersirat dan tersembunyi dalam dirinya. Allah memperkenalkan para malaikat kepada Adam dan Hawa, bahawa mereka adalah makhluk paling baik menjadi contoh dan kawan, kerana sangat taat kepada Allah dan tidak sekali-kali menderhakai Allah. Begitulah tabiat para malaikat makhluk yang mulia itu. Allah juga mendedahkan kejahatan yang tersirat dalam diri Iblis dan begitulah juga pengikutnya yang ada di bumi. Mereka adalah bakal pencabar kepada makhluk manusia yang beriman dan budiman. Al Quran mengesahkan betapa para malaikat itu sangat mentaati Allah, sehingga menawarkan diri bertugas di bumi bukannya manusia. Menunjukkan sikap berlumba mentaati Allah. Apabila Allah mendedahkan kelebihan Adam kepada para malaikatnya, Adam makhluk manusia yang diberi ilmu bertugas dibumi dengan sifat kejadiannya yang berbeza dengan kejadian malaikat. Banyak perkara yang tidak ada kepada malaikat. Maka para malaikat menunjukkan sifat tawadu' dihadapan Allah serta memuji dan bertasbih. Allah mengesahkan dengan firmannya: وَعَلَّمَ آَدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَؤُلَاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (31) قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ (32) قَالَ يَا آَدَمُ أَنْبِئْهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ فَلَمَّا أَنْبَأَهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنْتُمْ تَكْتُمُونَ (33) (Dan Allah mengajar kepada Adam nama-nama semuanya, kemudian dibentangkan kepada para malaikat. Lalu mereka berkata :"Maha Suci Engkau. Tidaklah kami ketahui malainkan sekadar apa yang Engkau ajarkan kepada kami ". Allah berfirman kepada Adam :" ceritakan kepada mereka nama-nama semuanya ". Setelah Adam menyebut nama-nama semuanya. Allah berfirman :" Tidakkah aku katakan kepada kamu, bahawa aku mengetahui apa-apa yang tersembunyi di langit dan bumi dan aku mengetahui apa-apa yang kamu nyata dan kamu sembunyikan?). (Al-Baqarah: 31-33). Allah tidak dengan segera menghantar Adam dan Hawa ke bumi, tetapi lebih dahulu mereka diajar dan ditarbiyah di syurga, menikmati sifat–sifat yang ada pada diri manusia dan menyatakan sempadan halal dan haram apabila tiba di bumi nanti. Adanya perkara bagi makhluk yang lain, bukan untuk manusia, kalau melampauinya membawa mudarat. Allah juga mengajar dan tarbiyah Adam dan Hawa dengan melakukan dosa kesalahan secara mendedahkan sifat jahat yang tetap ada pada Iblis dan pengikutnya dikalangan syaitan, jin dan manusia, yang akan dihadapi oleh manusia ketika menjalankan tugas mereka di bumi nanti. Pendedahan dilakukan, bermula dengan secara bersama mengadap Allah. Apabila Allah memerintah mereka sujud kepada makhluk Adam bagi meraikan kejadian dan tugasnya. Tiba-tiba para malaikat sahaja yang sujud menunaikan perintah Allah. Iblis pemimpin syaitan pula tidak mahu sujud. Mendedahkan sifat buruk yang ada pada dirinya dan begitulah juga pengikutnya. Ketiga-tiga sifat itu ialah: enggan (derhaka), takabbur (sombong) dan kufur (ingkar melawan Tuhan). Seterusnya Allah memberi tahu Adam, dengan mendedahkan sifat yang keempat pada diri Iblis dan pengikutnya, iaitu menipu dengan apa cara sahaja, termasuk cara menggoda. Ternyata selepas diletakkan dalam syurga, Adam dan Hawa tertipu dengan godaan Iblis pemimpin syaitan itu, sehingga dihalau ke bumi bagi melaksanakan tugas mereka dengan segala cabarannya. Allah memberi hidayah kepada Adam dan Hawa kerana menyesal setelah berfikir dengan akal yang betul, sehingga bertaubat. Ada pun Iblis dan para syaitan bersamanya, dikalangan jin dan manusia tidak bertaubat sehingga mati, kerana sifat angkuh dan sombong. yang merasakan diri mereka terlalu bijak sehingga tidak perlu bergantung kepada Allah. Adam dan para Rasul yang dilantik membawa petunjuk Allah yang dinamakan Islam diperintah supaya beriman kepada malaikat disamping beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain. Beriman kepada para malaikat termasuk dalam rukun iman, bukan sahaja menganalinya sebagai makhluk yang tidak derhaka dan tidak berdosa, bahkan malaikat itu sentiasa bersama orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh. Sesiapa yang memusuhi para malaikat bermakna memusuhi Allah dan Rasulnya. Kita wajib juga beriman kepada adanya syaitan, termasuk dalam beriman kepada perkara yang ghaib. Wajib percaya bahawa syaitan itu makhluk paling jahat dan menipu. Mengikut syaitan dan menjadi penolongnya atau bersamanya bermakna ditipu dan menempah celaka dunia dan akhirat. UMNO diakui oleh Tun Mahathir ada syaitan yang dikenali. Rosaknya hingga ke usus, dilanda rasuah dalaman di semua peringkat dalam pemilihan daripada cawangan, bahagian, sehinggalah tertinggi. Namun tidak bersedia dirawat atau berundur bagi mengislahkan diri saperti semua parti dalam negara demokrasi tulen. Sebaliknya tetap mempertahankan kuasa dengan apa sahaja termasuk meggoda pengundi dengan rasuah pilihanraya, menaikkan pangkat kepada jentera kerajaan yang membantu kemenangannya, menipu undi demi kemenangan dan menggunakan media menutup kebatilan. Ia hanya menyatakan apa yang benar dilakukan secara menggoda. Sehinggalah rakyat tidak mampu menjadi hakim yang adil ketika mengundi. Al Marhum Tunku Abdul Rahman, Presiden pertama UMNO dan Bapa kemerdekaan meninggalkan UMNO. Oleh kerana usianya panjang, beliau sempat melihat tanda-tanda awal penyakit yang ada pada UMNO, diikuti oleh ramai lagi para pemimpin yang sedar dan peka. Tun Mahathir pula sudah dua kali keluar masuk UMNO. Semuanya sudah cukup bagi ahli UMNO membuat keputusan untuk tidak bersama syaitan yang sudah dikenali dan berusaha bersama manusia PAS memohon pertolongan Allah dan para malaikat yang nyata baiknya bagi menyelamatkan negara dan bangsa bersama Islam yang termaktub dengan nyata dalam kitab Allah dan huraian Rasulullah S.A.W. dalam Sunnahnya yang nyata. Inilah panduan tertinggi PAS, dicatat dalam undang-undang tubuhnya . Apabila wajib beriman kepada malaikat dan mereka adalah makhluk paling baik kerana taat dan tidak berdosa. Wajib pula beriman adanya makhluk Iblis dan para pengikutnya dikalangan manusia dan jin, yang dinamakan syaitan, makhluk paling jahat, menipu dan menggoda, sehingga mati tidak bertaubat. Maka jadikan kenyataan Tun Mahathir mengikut mafhumnya adalah nasihat dan amaran. Ini kerana kalau difahami secara nasnya, sangat bercanggah dengan nas Al Quran. Hadis Rasulullah S.A.W. yang lebih daripada ucapan yang lain tidak boleh bercanggah dengan Al Quran. Allah berfirman dalam surah Yasin yang dibaca oleh kebanyakan umat Islam, termasuk dianjurkan oleh Umno, maksudnya: 60. "Bukankah Aku telah perintahkan kamu dengan perjanjian,wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu! 61. "Dan (aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; Inilah jalan Yang Lurus. 62. "Dan Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dengan akal yang insaf?. (Surah Yaasin: 60-62) Allah juga mendedahkan diantara godaan syaitan itu tidak melaksanakan Islam seluruhnya, tetapi sebahagian sahaja daripada ajaran dan meninggalkan sebahagian yang lain. Firman Allah, maksudnya: 208. Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke dalam agama Islam semuanya (dengan mematuhi segala hukum-hukumnya;) dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata. (Al Baqarah: 208). Allah juga memberitahu bahawa syaitan mengugut dengan kemiskinan kalau melawannya, maksudnya: 268. Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan, dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadanya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha luas limpah kurniaNya, lagi sentiasa meliputi pengetahuanNya.) (Al Baqarah: 268). Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS |
Bagaimana Artis Melakar Masa Hadapan? Posted: 18 Sep 2012 09:26 PM PDT 3 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Saya ingin membuat respon daripada kenyataan Presiden Seniman, Saudara Zed yang ghairah mengutuk beberapa artis yang berada dalam PR. Begitu juga keluhan yang disuarakan oleh Pengarah Filem, Hafsham Othman semasa dalam Dialog Industri Kandungan Kreatif 2012 yang menyebut bahawa golongan artis perlu bersatu bagi menghadapi buli oleh gergasi industri hiburan tanahair. Kedua-dua kenyataan itu sebenarnya manifestasi golongan karyawan dalam menghadapi dunia di luar layar dan pentas. Mungkin artis dan para karyawan berjaya di atas pentas dan layar tetapi gagal bila berpijak di bumi nyata. Yang paling ironinya, para artis dan karyawan salah menyalah antara pihak-pihak yang berbeza fikrah. Kita tidak boleh menghentikan perbezaan kerana itulah warna dalam kehidupan. Yang paling utama bagaimana untuk mengurus perbezaan dan seterusnya meningkatkan kualiti kehidupan berkarya. Saranan untuk para artis bersatu adalah slogan politik. Politik adalah satu cabang seni yang cukup berbeza dengan seni lakonan ataupun drama. Oleh itu, berhati-hatilah para artis dan karyawan jika berbicara soal politik. Ini kerana politik negara kita masih dalam proses menuju kematangan (baca; tidak matang). Siapakah yang dimaksudkan oleh Hafsham sebagai gergasi industri hiburan tanahair yang sering membuli para karyawan dan artis? Ia mungkin stesyen media perdana dan juga syarikat rakaman, penerbit dan pemasaran karya kreatif itu sendiri. Para karyawan dan artis sebenarnya adalah sama seperti penonton dan masyarakat umum. Produk kreatif yang ditawarkan dalam pasaran dinikmati oleh masyarakat. Dan golongan karyawan dan artis itu sendiri hidup dalam masyarakat. Bagaimana bentuk produk kreatif yang tersedia ada di pasaran pada hari ini? Adakah ia merupakan satu hiburan yang memberi santapan mata, nafsu atau akal? Secara umumnya, industri hiburan kita meriah tetapi rohnya telah 'mati' dan kehilangan fungsi sebenarnya. Hiburan kini menjadi alat propaganda dan doktrin politik kapitalis dan pemikiran yang sempit. Pemikiran masyarakat dipaksa menelan dogma-dogma palsu bikinan penguasa dan pemain gergasi industri. Ayu Utami dalam novelnya 'Bilangan Fu' menyebut,orang pintar sangat terseksa bila menonton televisyen. Setiap segmen, adalah adegan yang memperbodohkan penonton. Hari ini, penguna industri hiburan mengalami penderaan pemikiran yang sangat teruk. Lebih-lebih menjelang pilihanraya yang bakal meletup. Samada para karyawan ataupun artis dan juga masyarakat pengguna, mereka sebenarnya terperangkap dalam kerangka kapitalis yang berwajahkan populariti, glamour, perundangan dan dasar-dasar kerajaan. Bahkan ada yang lebih menyakitkan ialah kapitalis berwajah agama. Filem-filem atau produk kreatif berbentuk agama yang dipersembahkan dalam bentuk 'dakwah murahan' juga termasuk dalam mata rantaian kapitalis yang lebih kreatif mencipta keuntungan. Ada ruang-ruang tertentu, para karyawan dan artis perlu memikul rasa tangungjawab yang lebih besar. Mereka bukan sekadar pemain tambahan yang boleh digunakan sewenang-wenangnya. Kerana itu, para karyawan dan artis mesti memiliki prinsip hidup dalam diri mereka sendiri. Dari proses pemilihan skrip atau lirik, kaedah lakonan dan persembahan, pemasaran dan sebagainya perlu diambil berat oleh mereka. Jangan kerana memiliki bakat atau kecantikan yang kononnya dikurniakan oleh Allah s.w.t., maka produk kreatif para karyawan dan artis menyalahi syariat, sarat dengan maksiat dan menyerang kepercayaannya sendiri. Apabila mendapat tempat pada mana-mana majlis anugerah, ucapan syukur dan Alhamdulillah tidak pernah lekang daripada bibir. Wal hal, kemenangan itu sebenarnya satu kemalangan ngeri dalam hidupnya. Kita selalu mendengar, para pelakon yang tertentu berkata, mereka hanya berlakon mengikut skrip yang ada. Penyanyi hanya menyanyikan lirik yang sedia ada. Lukisan atau ukiran yang dicipta hanya untuk memenuhi permintaan pasaran. Menang terlalu mudah sesetengah para karyawan dan artis melakukan helah bela diri untuk mengesahkan kreativitinya di tengah masyarakat. Apabila 'saham' para karyawan dan artis merundum, mereka akan ditinggalkan sebatang kara. Miskin, merempat dalam industri dan juga kehidupan yang sebenar. Tragedi yang berlaku pada seniman agung P. Ramlee seharusnya menjadi iktibar bagaimana hal yang sama tidak berulang. Kehilangan P. Ramlee begitu dirasai selepas ketiadaannya. Sebaliknya semasa beliau hidup berkarya, ramai para kapitalis yang menghisap darah atas kreativiti seniman agung itu. Tanpa menafikan ada beberapa kelemahan sendiri yang wujud dalam diri seniman agung mengurus kerjayanya sebagai seniman. Masyarakat pada keadaan tertentu juga harus dipersalahkan kerana terus meraikan kesongsangan dalam hidup. Maksiat dipuja, usaha kebaikan tidak diberikan galakan. Tanpa disedari membentuk pemikiran hedonism murahan dalam masyarakat. Untuk menyatukan persatuan-persatuan seniman ataupun para pendokong karyawan samalah sukarnya menyatukan parti politik yang berbeza kepentingan. Masing-masing ada kekuatan dan cuba melindungi kelemahan yang ada. Itu normal. Tetapi yang lebih utama, bagaimana persatuan seniman dan karyawan membawa prinsip kreativiti yang memberikan kebajikan yang menyeluruh pada kehidupan para pengiatnya. Mendapat manfaat di dunia, selamat di akhirat. Cubalah elakkan daripada mengulangi retorik ahli politik atau para pendakwah simplistik seperti dengan kata-kata; 'Balik ke pangkal jalan', 'Islam jalan penyelesaian'. Retorik-retorik ini memerlukan langkah-langkah yang lebih realistik. Proses penterjemahan Islam sebagai agama yang memberi kerahmatan seluruh alam seharusnya dicernakan dalam pelbagai bentuk. Inilah cabaran yang perlu dipikul oleh semua pihak. Minggu lepas, Dinsman menghantar sms bertanya bagaimana jika lakonan yang melibatkan lelaki dan perempuan remaja diadakan di dalam ruang masjid? Drama itu bernafaskan skrip yang Islamik. Jawapan yang diberikan oleh Dr. Mujahid Yusu melegakan kami. Dalam berkarya kita perlu menjaga adab-adab, termasuk adab dalam masjid. Lakonan boleh dilakukan di ruang lain seperti serambi, bilik khas ataupun perkarangan masjid. Itu lebih baik untuk mengelakkan fitnah yang lebih besar jika dilakukan dalam ruang solat. Setidak-tidaknya Dinsman dan rakan-rakannya berjaya memecah sedikit tembok stigma masyarakat tentang peranan masjid. Berpuluh-puluh kali para penceramah menegaskan peranan masjid sebagai pusat aktiviti masyarakat. Tapi bagaimana? Masjid terus menjadi tempat ritual umat Islam mendapat 'ketenangan'. Sedang dalam masa yang sama, masyarakat di luar masjid sedang menderita sakit yang cukup kronik. Pendekatan-pendekatan ini perlu dilakar bersama antara para pendakwah, pemimpin masyarakat (termasuk JK Masjid), para karyawan dan seluruh masyarakat. Untuk masa hadapan yang lebih bermakna. Dr. Muhaimin Sulam Timb. Pengerusi Lujnah Seni dan Budaya PAS Pusat merangkap AJK PAS Pusat. |
UMAT ISLAM WAJIB MENGUASAI DUNIA Posted: 18 Sep 2012 09:22 PM PDT 3 Zulkaedah 1433H. [MOD] - اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ : وَلَقَدِ اسْتُهْزِئَ بِرُسُلٍ مِنْ قَبْلِكَ فَحَاقَ بِالَّذِينَ سَخِرُوا مِنْهُمْ مَا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ – الأنعام : ۱۰ Dan demi sesungguhnya! Telah diperolok-olok beberapa Rasul sebelummu, lalu orang-orang yang mengejek-ejek di antara mereka ditimpakan (balasan azab) bagi apa yang mereka telah perolok-olokkan itu. – Surah Al-An'am : 10 اَشْهَدُ اَنْ لاَ الهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبـَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنـَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ اِلىَ يَوْمِ الدِّيْنِ. اَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ اللهَ فَاِنَّ اللهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ. Sidang Jumaat Sekelian, Pada kesempatan kali ini marilah kita mengenang tentang peringatan Allah mengenai suasana yang telah dan akan menimpa umat Islam dari dulu, kini dan selamanya. Penghinaan terhadap para Rasul akan sentiasa berlaku dari masa ke semasa bermula ketika permulaan perutusan mereka. Jika tarikh 16 September merupakan hari gembira bagi kita sempena pembentukan Negara Malaysia, namun hati umat Islam terguris dengan ingatan penyembelihan Umat Islam oleh Yahudi Zionis di Shabra dan Shatila. September tahun ini pula hati kita diguris lagi dengan penyiaran filem yang menggambarkan Nabi Muhammad SAW sebagai pengganas, kejam dan gila sex. Filem sampah yang diterbitkan oleh seorang Yahudi Amerika yang menyamakan Rasulullah dengan sifat dan akhlak presiden-presiden mereka yang tidak berakhlak, tidak berperikemanusiaan dan terlibat dengan aktiviti sex songsang. Penghinaan terhadap Islam dan penganutnya telahpun sampai ke kemuncaknya sehinggakan kitab suci Al-Quran pernah dikencing, dibuang ke dalam tandas dan dibakar secara terang-terangan. Segala penghinaan ini terjadi apabila kita menjadi umat yang amat lemah dan musuh-musuh Allah amat menyedari bahawa kita tidak akan mampu berbuat apa-apa. Sidang Jumaat yang berbahagia, Kelemahan umat Islam pada hari ini telahpun diramal oleh baginda Rasulullah SAW sebagaimana sabda baginda: يُوْشَكُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمُ اْلأُمَمُ كَمَا تَدَاعَى اْلأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا، فَقَالَ قَائِلٌ: أَوَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ؟ بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيْرٌ، وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ، وَسَيَنْزِعَنَّ اللهُ مِنْ صُدُوْرِ عَدُوِّكُمُ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلْيَقْذِفَنَّ اللهُ فِيْ قُلُوْبِكُمُ الْوَهَنُ. قَالَ قَائِلٌ: يَا رَسُوْلَ اللهِ، وَمَا الْوَهَنُ؟ قَالَ: حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ. (رواه البيهقي، حديث حسن). Hampir tiba zamannya manusia mengerumuni kamu sepertimana lahapnya mereka yang mengerumuni makanan. Ada sahabat bertanya: apakah karena sedikitnya jumlah kita pada masa itu? Baginda bersabda: Bahkan jumlah kalian pada masa itu banyak. Tetapi kalian pada saat itu bagaikan buih yang hanyut. Dan Allah akan mencabut dari dada-dada musuh kalian (rasa) ketakutan kepada kamu, dan Dia akan memasukkan ke dalam hati-hati kamu al-wahan. Lalu sahabat bertanya: Ya Rasulullah apakah al-wahan itu? Beliau bersabda: cinta dunia dan takut mati" (HR. Baihaqi, hadis hasan). Sidang Jumaat Sekelian, Berbagai reaksi yang kita lihat lahir daripada Umat Islam seluruh dunia apabila berlakunya penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW. Hakikatnya, penghinaan seperti ini bukanlah suatu yang mengejutkan kerana permusuhan Yahudi dengan umat Islam sememangnya didedahkan oleh Allah melalui FirmanNya dalam surah Al-Maidah ayat 27 : لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ ءَامَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا Maka kamu akan dapati golongan yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan golongan musyrikin. Sidang Jumaat Sekelian, Umat Islam bukan sahaja sudah lama dihina sebegini malah telah diperlakukan sesuka hati mereka selama ini. Situasi ini bukan semata-mata disebabkan permusuhan mereka terhadap Islam malah ditambah dengan sikap Umat Islam sendiri selama ini. Musuh senantiasa melihat dan mengkaji tahap kepekaan Umat Islam dari semasa ke semasa sehinggalah mereka kini amat yakin bahawa walaupun sebahagian Umat Islam akan marah, memberontak dan sebagainya namun sebahagian besarnya hanya melihat dan mengeluh tanpa ada sebarang tindakan yang diambil. Malah dari masa ke semasa sebahagian dari umat Islam, media massa dan cerdik pandai Islam juga turut melakukan penghinaan yang sama, walaupun bukan ke atas peribadi Rasululah tetapi ke atas ajaran Rasulullah saw. Sidang Jumaat Sekelian, Musuh-musuh Allah begitu hebat dan bekerjasama dalam melakukan segala usaha memusuhi Islam. Artis dan dunia perfileman mereka sentiasa digunakan untuk menyebarkan propaganda agama dan cara hidup mereka disamping membangkitkan kebencian terhadap Islam. Malangnya artis dan dunia perfileman kita hanya membuai dan menambah rasa cinta terhadap dunia dan harta benda. Filem-filem keluaran negara terlalu sedikit yang mengaitkannya dengan asas agama malah jika adapun hanya menambahkan kebencian masyarakat dengan cara hidup beragama. Golongan yang mendekatkan diri dengan agama sering digambarkan sebagai manusia yang berfikiran kolot dan menjadi penghalang kepada kemajuan. Sidang Jumaat Sekelian, Kegilaan dan kebodohan dunia semakin ketara sejak akhir-akhir ini akibat pemikiran yang amat bercelaru. Atas nama kebebasan dan hak asasi, dunia diperbodohkan untuk menerima apa sahaja yang dibawa oleh Yahudi. Di negara inipun, pemikiran ini sedang parah menyerang, semata-mata untuk membolehkan mereka melempiaskan segala tuntutan nafsu kebinatangan mereka. Atas nama hak asasi mereka menuntut kebebasan melakukan apa sahaja tanpa ada sekatan agama dan budaya. Atas nama kebebasan bersuara mereka mahukan kebebasan untuk menulis dan bercakap apa sahaja walaupun menghina agama. Mungkinkah satu hari nanti dunia akan sampai ke tahap kebebasan mutlak sehingga undang-undang dan peraturan tidak diperlukan lagi. Pencuri akan menuntut hak kebebasan mencuri kerana berusaha mencari kekayaan. Penagih dadah akan menuntut hak kebebasan menagih kerana melepaskan gian dan tidak mengganggu sesiapa. Manusia akan bebas mencela dan mencaci sesiapa sahaja berdasarkan prinsip kebebasan bersuara. Persoalannya, mungkinkah kita juga punya hak kebebasan berdemontrasi, hak kebebasan memboikot barangan, hak kebebasan memberontak, hak kebebasan menyerang kedutaan negara mereka dan sebagainya bagi mengimbangi hak kebebasan mereka untuk menghina, mencerca dan mencabul kehormatan agama kita. بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ. خطبة كدوا اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ : وَلَقَدِ اسْتُهْزِئَ بِرُسُلٍ مِنْ قَبْلِكَ فَأَمْلَيْتُ لِلَّذِينَ كَفَرُوا ثُمَّ أَخَذْتُهُمْ فَكَيْفَ كَانَ عِقَابِ Dan sesungguhnya telahpun diejek-ejekkan Rasul-rasul yang diutus sebelummu (wahai Muhammad), lalu aku biarkan orang-orang yang tidak percayakan Rasul-rasul itu ke suatu masa yang tertentu, kemudian Aku menimpakan mereka dengan azab; maka tidaklah terperi seksanya azabKu itu. – Ar-Ra'du : 23 أَشْهَدُ أَنْ لاَ ِإِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. Sidang Jumaat sekelian, Luka di hati Umat Islam yang sudah sekian lama berdarah, tidak mungkin mampu dirawati dengan kecaman dan demostarasi yang menjadi medan pertempuran antara sesama kita dan pasukan keselamatan. Kelukaan Umat ini hanya mampu diubati dengan tindakan keras bagi mengajar dan menghukum sesiapa sahaja yang terlibat dan bersubahat mempersendakan agama suci kita. Tindakan ini tidak akan mampu kita lakukan selagi kita tidak menguasai dunia. Maka tidak akan ada cara lain untuk kita menguasai dunia kecuali dengan bersatu atas panjí Islam yang Maha suci ini. Kepentingan Islam wajib didahulukan melebihi kepentingan bangsa, kepentingan parti apatahlagi kepentingan peribadi. Janganlah kita berterusan menindas dan saling menjatuhkan sesama sendiri. Kembalilah kepada ajaran al-Quran dan Sunnah agar kita mampu menjadi Umat yang hebat, gagah perkasa dan diredhai. Sidang Jumaat sekelian, Mungkin terlalu jauh kemampuan kita buat masa ini untuk menghalang dan menghukum mereka yang menghina agama dan nabi kita. Maka yang mampu kita lakukan adalah tidak lagi menghina agama dan ajaran agama kita sendiri dan melaksanakan perintah Allah mengikut kemampuan masing-masing. Sebelum kita mampu menahan penyiaran filem-filem yang menghina nabi dari tatapan dunia, maka kita sekatlah segala filem yang menghina dan mencemarkan agama suci kita di Negara ini. Sebelum kita mampu menghukum rakyat Negara lain yang melakukan jenayah ini, maka ambillah tindakan segera terhadap rakyat di Negara ini yang melakukan perkara yang sama walaupun dalam bentuk yang berbeza. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ اْلأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَاْلأَمْوَاتِ. رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَِلإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِاْلإِيمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوبِنَا غِلاًّ لِلَّذِينَ آمَنُواْ رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَحِيمٌ. اَللَّهُمَّ اَصْلِحْ اَئِمَّتَنَا وَوُلاَةَ اُمُوْرِنَا اَللَّهُمَّ اجْعَلْ وِلاَيَتَنَا فِيْمَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ. اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ فِىْ بِلاَدِنَا هَذَا وَفِىْ كُلِّ مَكَانٍ وَفِىْ كُلِّ زَمَانٍ. اَللَّهُمَّ أَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِينَ، وَالنِّفَاقَ وَالْمُنَافِقِينَ، وَالظُّلْمَ وَالظَّلِمِينَ. وَانْصُرْنَا عَلَى هَؤُلآءِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَنَا وَيَصُدُّونَنَا عَنْ سَبِيلِ اللهِ. اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ دَعْوَاهُمْ فِيْهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلاَمٌ وآخِرُ دَعْوَاهُمْ اَنِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ . Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Perak |
Serangan berani mati di Kabul Posted: 18 Sep 2012 09:10 PM PDT 3 Zulkaedah 1433H. [MOD] - BEBERAPA pegawai keselamatan memeriksa lokasi serangan pengebom berani mati di Kabul, Afghanistan semalam. KABUL, Afghanistan - Seorang pengebom berani mati perempuan menyerang sebuah van di sini dengan menyebabkan 12 orang termasuk lapan warga Afrika Selatan terbunuh dalam serangan bagi membalas dendam penerbitan filem anti-Islam, Innocence of Muslims di Amerika Syarikat (AS). Penyerang dilaporkan meletupkan dirinya di dalam sebuah kereta semalam. Pengeboman di sebuah lebuh raya menuju ke lapangan terbang antarabangsa Kabul itu merupakan serangan berani mati kedua di bandar ini dalam tempoh 10 hari. Serangan tersebut membangkitkan persoalan berhubung kestabilan Afghanistan selepas Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara menyegerakan pengunduran askarnya dan menyerahkan kawalan keselamatan kepada tentera Afghanistan menjelang penghujung 2014. Seorang jurugambar agensi berita AFP melihat sekurang-kurangnya enam mayat terbaring dalam van berkenaan dengan sebuah lagi kenderaan masih terbakar di tengah lebuh raya akibat letupan tersebut. "Pada sekitar 6.45 pagi, seorang pengebom berani mati yang memandu sebuah kereta sedan meletupkan dirinya di lebuh raya menuju ke lapangan terbang di Daerah 15," kata polis dalam satu kenyataan. SEJUMLAH wanita Muslim menyertai tunjuk perasaan anti filem Innocence of Muslims di depan Kedutaan Amerika Syarikat di Bangkok, Thailand semalam. "Seramai sembilan pekerja sebuah syarikat asing dan tiga penduduk tempatan maut manakala dua anggota polis cedera dalam serangan ini," tambah kenyataan tersebut. Seorang pegawai Afghanistan dan Barat memberitahu, sembilan warga asing terbunuh dalam pengeboman kali ini. "Semua warga asing itu bekerja untuk sebuah syarikat persendirian di lapangan terbang Kabul," kata seorang pegawai tempatan. Kumpulan Hezb-i-Islami mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut. Sementara itu di Indonesia, penduduk negara berkenaan mengadakan demonstrasi bagi menuntut AS menghukum penerbit filem biadab itu. Sekitar 200 penunjuk perasaan membakar bendera AS dan beberapa buah tayar di luar Pejabat Konsulat AS di bandar ketiga terbesar di Indonesia, Medan semalam. Sebahagian mereka membawa kain rentang yang menyatakan: "AS pergi ke neraka". Para penunjuk perasaan itu menuntut Washington menghukum pembikin filem tersebut. Di sebuah lagi negara rantau Asia Tenggara, Thailand, sekitar 400 orang mengadakan bantahan aman di luar Kedutaan AS di Bangkok. Sekitar 700 anggota polis dikerahkan di lokasi tunjuk perasaan semalam bagi memastikan penunjuk perasaan mematuhi undang-undang. Bantahan berkenaan dianjurkan oleh sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka Persekutuan Al Quds Antarabangsa Thailand. Sementara itu, sebuah cawangan Al-Qaeda di Afrika Utara mendesak para diplomat AS diserang bagi membalas dendam terhadap filem tersebut. Cawangan itu, Al-Qaeda di Tanah Islam Maghreb mengancam melakukan serangan di Algeria, Tunisia, Maghribi dan Mauritania. Tunjuk perasaan turut berlaku di Srinagar, India yang menyebabkan sebuah kereta polis dibakar. - Agensi |
P'raya Kampus: Pro-M mohon pemantauan Suhakam Posted: 18 Sep 2012 08:45 PM PDT 3 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Pro Mahasiswa (Pro-M) Nasional semalam menghantar satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi memohon campurtangan badan itu memantau perjalanan Pilihan Raya Kampus (PRK) kali ini. Pengerusinya, Edikoup Lakip berkata, memorandum yang diberinama 'Bersih Kampus' itu antara lain memohon Suhakam menubuhkan pasukan khas memantau perjalanan pilihan raya kampus kali ini agar ianya berjalan secara bersih, adil dan berintegriti. Selain itu mereka juga mahu Suhakam menyiasat dakwaan camputangan asing termasuk parti politik yang di kenali sebagai 'Ops 2020' dalam pilihan raya kampus kali ini. "Tiada penarafan dalam ketelusan sistem pilihanraya kampus sejak dahulu lagi, sepatutnya universiti menjadi cerminan demokrasi yang paling telus dan adil" kata Saudara Edikoup semasa sidang mediaselepas penyerahan itu semalam. Aduan lain termasuk juga penetapan tarikh pilihanraya yang terlalu lambat, menuntut mahasiswa terlibat dalam mengurus pilihanraya kampus. "Kita mahu sistem pengundian telus, kebebasan berkempen dan peruntukan kepada calon dalam proses pilihanraya kerana mahasiswa telah membayar yuran kebajikan tetapi mahasiswa terpaksa menggunakan duit sendiri lagi"ujar saudara Edikoup lagi. Turut hadir Saudara Presiden Gamis Akram Ikrami, Pengerusi SMM Muhamad Safwan Anang, Presiden PMIUM Syis Abdul Kadir dan Koordinator Aksi Ekhsan Bukhari. harakahdaily/- |
Suami tinju, madu pukul Posted: 18 Sep 2012 08:41 PM PDT 3 Zulkaedah 1433H. [MOD] - PECAH...kakak ipar mangsa menunjukkan kesan tingkap yang pecah di rumah suspek. KANGAR: "Salahkah tindakan saya jika bertemu suami kerana mahu meminta wang bagi membeli susu untuk anak lelaki berusia 15 bulan yang sudah seminggu kelaparan susu, tetapi dipukul dengan penyapu selain turut ditumbuk dan diterajang." Begitu kata Wita Baharom, 42, dari Kampung Sena, dekat sini, apabila mendakwa trauma menjadi mangsa belasahan suaminya berusia 41 tahun dan isteri pertama lelaki itu berusia 34 tahun selepas meminta wang untuk membeli susu buat bayi lelaki mereka. Kejadian berlaku jam 5 petang kelmarin ketika mangsa yang juga isteri kedua kepada lelaki terbabit muncul di rumah suaminya di sebuah kampung, di sini, tetapi kedatangannya menimbulkan kemarahan suaminya sebelum ditinju kerana tidak berpuas hati dengan permintaannya. Wita yang bekerja sebagai tukang cuci berkata, dia kemudian dipukul dengan kayu oleh madunya yang masuk campur dan turut diterajang, ditumbuk dan ditampar suaminya ketika menyuarakan masalah mengenai perbelanjaan dapur. Menurutnya, dia datang ke rumah suami dan madunya bagi membincangkan isu nafkah sebelum diserang isteri pertama suspek yang juga madunya yang ketika itu berada di situ. metro/- |
Hui Yee pergi jua! Posted: 18 Sep 2012 08:36 PM PDT 3 Zulkaedah 1433H. [MOD] - PILU...Dina menatap gambar Hui Yee. KENANGAN...Hui Yee ketika menerima rawatan di IJN pada 2006. BATU PAHAT: "Bulan depan jantung yang saya guna genap lima tahun, mak tolong masakkan saya 'Mee Sua' (Mee Sup) dan jangan lupa jemput kawan-kawan saya sekali." Itu permintaan terakhir penerima jantung, Tee Hui Yee, 19, kepada ibunya Dina Bato Sam Bua, 51, kelmarin sebelum meninggal dunia, pagi semalam. Hui Yee remaja yang pernah mendapat perhatian masyarakat selepas penderitaannya bergantung hidup menggunakan jantung mekanikal dilaporkan media, meninggal dunia jam 10.02 pagi semalam selepas mengadu sakit bahu kanan, malam kelmarin. Dina berkata, sebelum Hui Yee mengadu sakit, dia bersama rakannya sempat keluar ke bandar untuk makan 'steam boat' yang juga makanan kegemarannya. "Hui Yee ada beritahu saya dia ke bandar untuk makan steam boat bersama rakannya, tetapi saya hairan kerana dia pulang awal malam itu. "Saya diberitahu rakannya yang Hui Yee muntah teruk sebelum mengadu sakit tulang bahu kanan. metro/- |
Siapa pembohong...polis baru siasat Hishammuddin cakap sudah ditangkap Posted: 18 Sep 2012 08:30 PM PDT 3 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Susulan dari peristiwa "Pijak Gambar Pemimpin Negara Perbuatan Melampau" yang hangat dibincangkan sejak kebelakangan ini; saya telah dikunjungi oleh seorang pegawai Polis dari Gombak pada hari Khamis pada 13 September sekitar jam 3 petang. Laporan dibuat di Balai Gombak oleh seorang yang sudah pasti meluat dengan sikap berat sebelah pihak berkuasa yang hanya mengambil berat persoalan gambar Najib dipijak tetapi tidak menghiraukan apabila gambar pimpinan PR dilakukan sedemikian rupa, malah lebih dari itu. Atas laporan tersebut pegawai berkenaan telah bertemu saya kerana telah tersebar luas di Internet bagaimana gambar saya dan pimpinan utama PAS, DAP dan PKR pernah juga dipijak oleh para samseng politik. Semasa pertemuan tersebut, pegawai berkenaan meminta maklumat berhubung peristiwa yang melibatkan gambar saya dipijak di perkarangan Masjid Negeri Shah Alam. Saya memaklumkan bahawa ianya berlaku pada awal 2010 dan bukan sekadar gambar, video pun ada. Apabila ditanya samada saya kenal atau tidak samseng tersebut, saya katakan tidak, tetapi boleh mengagak dari 'cawangan' mana. Saya memberitahunya sekiranya diperlukan, saya boleh cuba dapatkan maklumat berhubung siapakah mereka ini. Pada masa sama saya juga menunjukkan gambar budak upahan UMNO/BN yang kencing di atas gambar saya dan TGNA serta TGHH. Saya memaklumkan kepadanya bahawa banner yang dikencing itu adalah banner PRU 2008 yang dipasang oleh PAS Shah Alam. Pegawai berkenaan kemudiannya memaklumkan kepada saya bahawa ia adalah kes yang berasingan dan sedang disiasat oleh Polis dari Terengganu kerana laporan dibuat di Kerteh. Dengan itu perbincangan berakhir dan saya berjanji untuk menghantarkan video dan apa jua maklumat berhubung peristiwa tersebut kepadanya. Oleh yang demikian, sekiranya saudara saudari kenal mereka ini, sila maklumkan kepada saya melalui email atau datang sendiri ke pejabat saya di Seksyen 13 Shah Alam. Esoknya, pada hari Jumaat 14 September, saya mendapat panggilan dari seorang lagi pegawai Polis! Beliau dari Terengganu dan sudah berada di Shah Alam. Beliau ingin berjumpa saya juga berhubung peristiwa gambar TGNA dan TGHH yang telah dikencing itu. Saya berjumpa beliau pada jam 3 petang juga selepas solat Jumaat. Beliau meminta maklumat dari saya berhubung peristiwa tersebut. Saya memaklumkan kepadanya bahawa ianya berlaku semasa tempoh kempen PRU 2008 iaitu pada awal Mac. PAS Shah Alam telah memasang 5 sepanduk besar ukuran 10'x20' dan memasangnya dibeberapa lokasi strategik. Banner yg dikencing adalah salah satu darinya dan mungkin ianya banner yang dipasang di Seksyen 7. Itu sahaja maklumat yang ada pada saya. Gambar itu jelas menunjukkan kumpulan berkenaan berpakaian baju BN dan mungkin juga merupakan para petugas yang pemasang bendera yang diupah untuk berkerja pada waktu malam. Saya rasa mereka bukan warga Shah Alam tetapi adalah tenaga kerja dari luar. Selepas itu beliau minta diri dan meminta saya untuk memberikan apa jua maklumat tambahan kalau ada pada dirinya sebagai pegawai penyiasat. Saya beranggapan siasatan baru sahaja bermula; maka saya amat terkejut apabila Hishamuddin memaklumkan bahawa ada yang telah ditahan pada hari Sabtu keesokan harinya. Betulkah perkara ini saya tertanya? Atau satu lagi helah politik mainan UMNO sepertimana biasa? ~ yb-khalidsamad |
Peluru tembusi pipi Posted: 18 Sep 2012 08:14 PM PDT 3 Zulkaedah 1433H. [MOD] - BUKTI...anggota polis menemui parang yang digunakan kumpulan terbabit. Gambar kecil, Kalyani. SUNGAI PETANI: "Ketika berlari ke dalam rumah, saya melihat seorang lelaki mengangkat tangan ke arah ibu dan bapa mentua dalam gelap sebelum terdengar dua das tembakan dan mendapati ibu rebah di depan bapa mentua." Begitu kata V Devi, 23, menantu K Kalyani, 57, yang terbaring berlumuran darah dan mati di tempat kejadian akibat terkena satu daripada dua das tembakan selepas rumah mereka diserang sekumpulan lelaki di Estet Bukit Lembu, Bukit Selambau, dekat sini, kelmarin. Kejadian berlaku jam 11.45 malam ketika mangsa bersama suami, anak dan beberapa jiran berbual di hadapan rumah apabila sekumpulan 15 hingga 20 lelaki bermotosikal serta kereta muncul di pekarangan rumah berkenaan. Selepas menetak dua saudara serta anak mangsa yang cuba menghalang, kumpulan bersenjatakan parang dan kayu itu meluru lalu berhenti di hadapan pagar rumah berkenaan. Secara tiba-tiba seorang daripada suspek melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa dan suaminya yang ketika itu mengarahkan semua anaknya masuk dalam rumah. metro/- |
Janin ditemui di tangga kuarters KLIA Posted: 18 Sep 2012 07:58 PM PDT 3 Zulkaedah 1433H. [MOD] - SAIFUL NIZAM menunjukkan tempat janin yang ditemuinya di atas tangga di kuarters KLIA, Nilai. NILAI - Seorang kakitangan Jabatan Imigresen terkejut apabila menemui janin manusia di tangga tingkat satu sebuah blok kuarters KLIA dekat Nilai semalam. Saiful Nizam Abas, 40, berkata, dia ternampak janin itu ketika keluar dari rumah berhampiran lokasi kejadian untuk mengambil seorang kanak-kanak yang dijaga oleh isterinya. "Sebaik sahaja membuka pintu rumah, saya terkejut melihat beberapa tompokan darah di lantai berhampiran tangga untuk naik ke tingkat atas. "Saya ikut kesan tompokan darah itu sebelum ternampak objek yang bergulung seperti janin manusia," katanya ketika ditemui di sini semalam. Katanya, selepas memaklumkan perkara itu kepada jiran, dia kemudian segera menghubungi polis. Jelasnya, dia difahamkan oleh jururawat Klinik Kesihatan Kuarters KLIA yang tiba di lokasi bagi membantu siasatan, berdasarkan pemerhatian awal ia janin manusia berusia dalam lingkungan tiga bulan. Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Yusof Awang berkata, polis masih menyiasat kejadian itu dan sedang menunggu keputusan forensik daripada Hospital Tuanku Ja'afar Seremban. Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu, diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di talian 06-758 3222. kosmo/- |