Rabu, 19 September 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Prosedur bawa banduan oleh polis perlu dikaji

Posted: 18 Sep 2012 05:25 PM PDT


Prosedur membawa banduan terutama mereka yang dikaitkan dengan kes jenayah berat perlu dikaji semula. Dalam kes ini terdapat 3 anggota polis dalam satu kereta peronda bersama banduan tersebut. Ini bermakna wujud risiko, polis yang duduk di tempat duduk belakang kereta bersama banduan. Apakah perlu kereta peronda polis diletakkan penghadang besi dan kalis peluru antara tempat duduk hadapan dan belakang, serta tiada anggota polis duduk bersama banduan di tempat duduk belakang?

Kereta terbabas, banduan hilang
19 Sep 2012

KUANTAN - Seorang banduan yang baru dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan dadah bertindak agresif dengan bergelut dan menendang anggota polis yang mengiringinya menyebabkan kereta polis yang mereka naiki terbabas dan merempuh belakang sebuah lori.

Kejadian pada pukul 11.45 pagi di Jalan Kuantan-By Pass dekat Taman Dato Rashid di sini itu menyebabkan tiga anggota polis cedera parah manakala banduan itu pula berjaya melarikan diri.

Anggota polis yang cedera ialah pemandu kereta polis, Konstabel Filyx Lansaver Jinol, 25, Koperal Zulhairi Ramli, 24, dan Koperal Abd. Rashid Ahmad, 51.

Kesemua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusuff berkata, ketika kejadian, kereta polis berkenaan dalam perjalanan membawa banduan terbabit yang baru dijatuhkan hukuman atas kesalahan mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1953. Mereka bertolak dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Berang, Terengganu menuju ke Penjara Penor di sini.

"Sampai di tempat kejadian banduan terbabit, Roslan Ismail, 32, tiba-tiba bertindak agresif dan bergelut dengan anggota polis sebelum menendang pemandu hingga menyebabkan kereta polis hilang kawalan. Kereta itu terbabas dan melanggar sebuah lori rosak yang diletakkan di bahu kiri jalan menghala ke Kuantan.

"Selepas kejadian itu, banduan terbabit bertindak melarikan diri dengan tangan bergari menuju ke kawasan hutan berhampiran taman berkenaan," kata beliau kepada pemberita di sini.

Menurut beliau, seorang saksi yang berada di tempat kejadian cuba mengejar banduan terbabit dan menyuruh banduan itu menyerah diri namun dia tidak mengendahkan arahan itu dan terus menghilangkan diri.

Beliau berkata, pemandu lori berkenaan, Mohd. Zamri Abdul Kadir, 22, yang sedang menggantikan tayar sebelah kiri lorinya yang pancit di situ turut mengalami kecederaan di betis kiri akibat rempuhan kereta polis yang membawa banduan itu.

"Polis kini membuat sekatan jalan di sempadan daerah Kemaman, Maran, Temerloh dan Pekan bagi memburu banduan terbabit," kata beliau.

Polis pada pukul 10.25 malam tadi berjaya memberkas semula banduan itu ketika penjenayah terbabit pergi ke rumah penduduk di Taman Dato Rashid untuk meminta air dengan tangan masih bergari.

Banduan yang berasal dari Terengganu itu dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan sepuluh sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu berkuat kuasa pada 28 Jun lepas.

Ceramah Umum

Posted: 18 Sep 2012 05:24 PM PDT


Perkhidmatan Kumpulan Kompang

Posted: 18 Sep 2012 06:35 AM PDT

Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan perkhidmatan kumpulan kompang sekitar Seremban atau Senawang sila hubungi Sdr Zairul 013-6000239

Jawatan Kosong Guru PASTI

Posted: 18 Sep 2012 02:04 AM PDT


PASTI Al-Ain di Pedas, Rembau memerlukan Guru atau Pembantu Guru (muslimah ahaja) untuk persediaan sesi pembelajaran tahun 2013.

Tempat tinggal dan makanan disediakan
Keutamaan kepada yang belum berkahwin

Mereka berminat untuk memohon, sila hubungi Pn Norwani 013-3851202 atau e-mel ke halwan9@yahoo.com

Tiada ulasan:

Nuffnang