Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 10.5.2012.
Will Tun Mohammad Hanif Omar's Appointment Be A Whitewash Of Police Brutality On Peaceful Demonstrators, A Massive Cover-Up Of The Sufferings Of The Victims Or A Pretext To Justify BN's Wild Lies That Bersih 3.0 Was A Coup D’état Attempt.
The appointment of former inspector-general of police Tun Mohamad Hanif Omar to head of the independent panel to probe incidents of violence during the Bersih 3.0 rally has raised deep public concerns that the investigation will either be a whitewash of police brutality on peaceful demonstrators, a massive cover-up of the sufferings of the victims or a pretext to justify BN's wild lies that Bersih 3.0 was a coup d’état attempt.
Hanif, who is now Genting Malaysia Bhd Deputy Chair, had claimed that communist sympathizers were involved in the Bersih 3.0 rally, and supported Prime Minister Najib Abdul Razak’s claim that the Bersih 3.0 rally was an attempt to overthrow the government. Hanif further stated that the tactics of using provocateurs to cause the demonstrators to clash with police and to bring children along in the hope they would get injured were tactics learnt from past pro-communist demonstrations.
How can Datuk Seri Najib Razak consider Hanif as a "credible, experienced and respectable" individual that ensures its investigation panel is independent and unbiased, when Hanif has adopted such a prejudiced and partisan stand against the Bersih 3.0 rally as an attempt to overthrow the government? What makes those claims of a coup d'tat by Najib and Hanif most ridiculous is that both of them ignored the fact that six local pressmen and about 12 photographers and journalists from the foreign media were reportedly assaulted during the fracas on April 28 Bersih 3.0 rally by police.
To add insult to injury, Hanif is now heading the investigation panel raising doubts about the integrity, reliability and credibility of its findings. As a former Inspector-General of Police, Hanif is first and foremost disqualified from serving on the investigation panel due to this conflict of interest as the police is being accused. Secondly, by publicly condemning Bersih, Hanif's prejudiced bias would also disqualify him to serve on the investigation panel. Finally, by linking Bersih to communism, Hanif is still fighting yesterday's long-concluded wars, making the outcome of these investigations a foregone conclusion.
For these reasons, the Prime Minister should try to salvage or restore some credibility and public confidence as well as renew faith that "justice will not only be done but be seen to be done" by replacing Hanif with an independent, apolitical, unbiased and an upright person of integrity.
—-BM Version—
Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 10.5.2012
Adakah Perlantikan Tun Mohammad Hanif Omar Itu Akan Mengaburkan Kebenaran Keganasan Polis Atas Peserta Yang Berhimpun Secara Aman, Menutup Penderitaan Mangsa-Mangsa Ataupun Menjadi Alasan Untuk Mewajarkan Penipuan BN Bahawa Bersih 3.0 Merupakan Cubaan Coup D’état?
Perlantikan mantan ketua polis negara Tun Mohammad Hanif Omar sebagai ketua panel penasihat bebas untuk menyiasat insiden keganasan semasa perhimpunan Bersih 3.0 telah menimbulkan kebimbangan rakyat dan persoalan sama ada siasatan ini akan mengaburkan kebenaran keganasan polis atas peserta yang berhimpun secara aman, menutup penderitaan mangsa-mangsa ataupun menjadi alasan untuk mewajarkan penipuan BN bahawa Bersih 3.0 merupakan cubaan coup d’état.
Hanif, yang kini menjadi timbalan pengerusi Genting Malaysia Bhd, telah mendakwa bahawa golongan pro-komunis telah terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0, dan telah menyokong dakwaan Perdana Menteri Najib Abdul Razak bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah cubaan untuk menggulingkan kerajaan. Hanif telah menambah bahawa taktik menggunakan dalang pencetus provokasi untuk menyebabkan pertelingkahan dengan polis serta membawa kanak-kanak bersama dalam harapan mereka akan dicederakan merupakan taktik yang dipelajari oleh demonstrasi pro-komunis dahulu.
Bagaimana Dato' Sri Najib Razak boleh menganggap Hanif sebagai seorang individu yang "kredibel, berpengalaman dan dihormati" yang akan memastikan panel siasatan itu bersih dan tidak berat sebelah, apabila Hanif sudah pun mengambil pendirian yang prejudis dan partisan terhadap perhimpunan Bersih 3.0 sebagai cubaan untuk menggulingkan kerajaan? Yang tidak masuk akalnya, dakwaan coup d’état oleh Najib dan Hanif itu telah mengabaikan hakikat bahawa enam wartawan tempatan dan 12 jurugambar dan wartawan media asing telah dilaporkan dipukul oleh polis semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April.
Yang lebih teruknya, Hanif kini dilantik untuk mengetuai panel siasatan, lantas menimbulkan keraguan terhadap integriti, kepercayaan dan kredibiliti hasil siasatannya. Sebagai mantan ketua polis negara, Hanif seharusnya dikecualikan daripada menjadi ahli panel siasatan atas sebab konflik kepentingan kerana yang dituduh dalam kes ini adalah pihak polis. Kedua, dengan mengutuk Bersih secara terbuka, prejudis Hanif yang berat sebelah juga harus mengecualikannya daripada panel tersebut. Akhirnya, dengan mengaitkan Bersih dengan komunis, Hanif masih lagi melawan musuh zaman dahulu, serta membuatkan hasil siasatan ini satu perkara yang sudah pasti.
Untuk sebab-sebab ini, Perdana Menteri harus menyelamatkan atau memulihkan kredibiliti dan keyakinan umum bahawa "keadilan tidak hanya dilakukan tetapi juga dilihat sebagai dilakukan" dengan menggantikan Hanif dengan seorang yang bebas, tidak terlibat dalam politik, tidak berat sebelah dan seorang yang tegak berintegriti.
Lim Guan Eng
—–Mandarin Version—
民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2012年5月10日,在吉隆坡发表声明:
敦莫哈末哈聂夫奥玛受委率领独立调查团,是不是当局企图漂白警方对付和平集会者的暴力、掩饰受害者所承受的痛苦,或是以此找藉口,合理化国阵指净选盟3.0企图推翻民选政府的谎言?
前任全国总警长敦莫哈末哈聂夫受委领导独立调查团,以彻查净选盟3.0大集会的暴力事件,这项委任引起公众的关注,让人怀疑当局是不是企图漂白警方对付和平集会者的暴力、掩饰受害者所承受的痛苦,或是以此找藉口,合理化国阵指净选盟3.0企图推翻民选政府的谎言?
哈聂夫目前是云顶马来西亚有限公司的副主席,他曾指责净选盟3.0集会的参与者是共产党员的同情者,并支持首相纳吉的说法,指净选盟3.0企图推翻民选政府。哈聂夫还说,利用煽动分子鼓动示威者与警方发生冲突、携带小孩希望他们受伤的伎俩,都是从前亲共产党员示威时采用的策略。
在哈聂夫对净选盟持有如此偏见、认为净选盟3.0是企图推翻政府的集会,拿督斯里纳吉怎么可以视哈聂夫为"有公信力、有经验及受尊敬"的人士,确保有关独立调查团是独立、不偏不倚的?纳吉和哈聂夫的"推翻政府论" 最荒谬之处就是,他们完全忽略六名记者、12名摄影记者及外国媒体新闻从业员在428当天被警方使用暴力对待的事实。
更糟的是,独立调查团以哈聂夫为首,让它怀疑其报告的廉正、可信度及公信力。身为前任全国总警长,哈聂夫首先就没有资格受任成为这个调查团的成员,因为警方被指责,这变成直接的利益冲突。其二、哈聂夫公开谴责净选盟,既然他持有偏见,也没有资格成为调查团成员。最后,他指责净选盟与共产党有关联,既然他还活在已经从前那场已经总结的战争中,那么,我们可以预见这项调查工作的结果。
基于上述种种原因,首相应该撤换哈聂夫,另外委任一个独立、无党派、无偏见、正直的人士,以抢救或恢复一些公信力、公众信心以及让人相信"正义必须被实现,而且要以看得见的方式实现。"
林冠英