Khamis, 10 Mei 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Pemuda PAS mahu k'jaan sekat Irshad Manji

Posted: 10 May 2012 01:50 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS menggesa kerajaan supaya segera menghalang seorang penulis pro-lesbian, Irshad Manji daripada mengadakan program di ibu negara.

Ketua pergerakan itu Nasruddin Hassan berkata, kerajaan perlu menyiasat dan menghalang program berkenaan sekiranya benar akan dijalankan.

"Jika didapati benar ianya akan dianjurkan, maka kami mendesak supaya pihak berkuasa tegas menghalang program seperti ini kerana ia jelas membawa ideologi yang boleh memudaratkan pemikiran, akhlak dan gaya hidup masyarakat awam," kata Nasruddin.

Nasruddin juga berkata, buku baru bertajuk Allah, Kebebasan dan Cinta yang sedang dipromosi aktivis Islam liberal berkenaan, dalam siri jelajahnya di rantau ini, merupakan pandangan yang bertentangan dengan agama.

Katanya, beliau mendapat maklumat bahawa pejuang hak homoseksualiti itu akan mengadakan pertemuan dengan peminat di sebuah kedai buku di Petaling Jaya pada 12 Mei.

"Membenarkan kehadiran beliau untuk bertemu peminatnya pada 12 Mei ini bermakna membenarkan agenda mungkar ini merebak dalam negara kita dan kelihatan seperti mengiktiraf kegiatan mereka.

"Ini sudah tentu amat bercanggah dengan nilai agama dan budaya yang menjadi asas kehidupan bermasyarakat dan bernegara di atas tanahair tercinta ini," kata Nasruddin lagi dalam satu kenyataan.

Manji, 44, sebelum ini menerima tentangan hebat daripada kumpulan Islam di Indonesia sehingga menyebabkan tiga program diskusi dan promosi buku berkenaan di negara itu dibatalkan.

Media Indonesia melaporkan, salah satu program berkenaan di Gedung Salihara Jakarta terpaksa dibatalkan separuh jalan Jumaat lalu apabila diserbu ratusan kumpulan pendesak daripada Front Pembela Islam yang mahu ia dihentikan.

Bimbang kejadian berulang, dua lagi program sama di Yogyakarta semalam, masing-masing di di Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga dan Universitas Gadjah Mada turut dibatalkan.

Kampus berkenaan bertindak demikian susulan desakan serupa daripada kumpulan siswa Kelompok Rohani Islam.

Bagaimanapun, satu program Manji di Walisongo Islamic State University di Satilaga pada Selasa berlangsung dengan aman, menurut laporan.

malaysiakini/-

Anggota polis bunuh rakan sekerja didakwa

Posted: 10 May 2012 01:30 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR - Seorang anggota polis berpangkat Lans Korporal hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh rakan sekerjanya bulan lepas.

Rosli Abu Hasan, 25, dituduh membunuh Konstabel Mohd. Sobri Mohd. Sidek, 22, di pintu masuk utama Istana Anak Bukit di sini kira-kira pukul 5.45 petang pada 26 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tertuduh mengangguk sebagai tanda memahami pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd. Azhar Hamzah. Tiada sebarang pengakuan dicatatkan daripada tertuduh.

Peguam P. Ashokumar yang mewakili tertuduh memohon kepada mahkamah supaya tertuduh dibenarkan untuk dijamin bagi membolehkannya menjalani rawatan mental.

Permohonan itu bagaimanapun dibantah Timbalan Pendakwa Raya, Ayu Rohaiza Khazali kerana kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan pada asasnya tidak boleh dijamin dan jika mahu membuat permohonan, ia perlu dilakukan di peringkat mahkamah lebih tinggi dan bukan di mahkamah rendah.

Ayu Rohaiza bersetuju supaya tertuduh menjalani pemeriksaan kesihatan mental.

Mohd. Azhar membenarkan permohonan untuk tertuduh menjalani pemeriksaan psikiatri tetapi tidak membenarkannya dijamin.

Beliau kemudiannya menetapkan 10 Jun untuk sebutan kes. - BERNAMA

Wartawan Harakah dipanggil jadi saksi

Posted: 10 May 2012 01:19 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Wartawan Harakah Terengganu, Khairul Azlam Mohamad hari ini dipanggil untuk memberi keterangan berhubung artikel beliau di dalam akhbar Harakah.

Beliau yang juga merupakan defenden telah hadir bagi memberi keterangan berhubung dengan sidang media yang diadakan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di Terengganu berhubung dengan isu serbuan gereja DUMC di Selangor.

Mahkamah yang berlangsung pagi tadi dan bersambung semula jam 230 petang turut memanggil wartawan sambilan RTM, Khalid Abdullah dan juga bekas exco Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Manakala pada petang ini, Setiasusaha Perhubungan Umno Selangor, Ir Datuk Seri Mohd Zin Mohamed akan hadir memberi keterangan.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak dengan kos tuntutan saman RM10 juta Umno Selangor ke atas Presiden PAS, Tuan Guru Ustaz Hadi Awang dan timbalannya, Haji Mohd Sabu di atas alasan saman tersebut bertentangan dengan seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966.

Yang Arif Hakim Datuk Ahmad Zaki Husin ketika menolak tuntutan Umno Selangor tersebut bersetuju dengan hujah peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Ustaz Hadi dan Mohd Sabu bahawa saman Umno Selangor ke atas kedua-dua tokoh PAS tersebut telah gagal mendedahkan apa-apa kausa tindakan kerana ia bertentangan dengan seksyen 9(c) Akta Pertubuhan.

Umno Selangor telah melalui Setiasusaha Perhubungannya, Ir Datuk Seri Mohd Zin Mohamed memfailkan writ saman ke atas Ustaz Hadi dan Mohd Sabu dan beberapa individu lain bagi menuntut gantirugi RM10 juta atas dakwaan akhbar Harakah yang bertarikh 19 Ogos 2011 memfitnah Umno Selangor di dalam satu artikel bertajuk 'PAS akan dedah bukti Umno main peranan operasi Jais'.

Dengan keputusan ini, hanya tinggal tiga lagi defendan dalam kes saman Umno ini.

Saman Umno Selangor tersebut telah difailkan oleh peguam Umno iaitu Tetuan Hafarizam, Wan Mubarak manakala Ustaz Hadi dan Mohd Sabu diwakili oleh Tetuan Mohamed Hanipa & Associates.

harakahdaily/-

Umno Celarukan Sejarah dirinya sendiri .

Posted: 10 May 2012 01:08 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Sejarah merupakan suatu entiti atau perkara yang asas yang amat penting bagi sesebuah organisasi, namun saya hairan bagaimana mungkin parti UMNO menyambut ulang tahun yang ke-66 padahal ia ditubuhkan semula pada tahun 88 kerana telah diharamkan .

Apabila hakim Datuk Harun Hashim telah mengharamkan Umno ketika berlaku Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 dan Presiden UMNO ketika itu , Dr Mahathir Mohamad hilang kelayakan sebagai Pengerusi BN , tugas Pengerusi BN telah diserahkan kepada Presiden MCA ketika itu Ling Liong Sik.

Kemudian barulah Umno Baru ditubuhkan semula, ini bermakna Umno yang ada sekarang bukanlah telah berusia 66 tahun sepertimana yang dicanangkan.

Jelas parti Umno telah celarukan sejarah dirinya , ketika menjelang tiba PRU 13 sebagai langkah menunjukan kehebatan partinya yang sedang ditolak oleh rakyat.

Selain itu pelbagai langkah terdesak dan menghalalkan cara dilakukan bagi mengembalikan sokongan dimana usaha mengfitnah dan mengaibkan pemimpin Pakatan Rakyat semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

Najib Razak sudah hilang kawalan diri bila menyebut "haram jadah" di hadapan khalayak dan ini menggambarkan bahawa ia sudah tidak llayak untuk dijadikan contoh bukan saja pada masa ini namun sudah sekian lama.

Pelbagai skandal yang dikaitkan dengan Najib adalah induk persoalan yang cuba ditutup oleh Najib.

Namun siapakah yang boleh menghukum Najib kerana salahlaku beliau? Hakikatnya rakyatlah yang akan menentukan masa depan dan hayat politiknya.

Apabila Umno melaungkan bahawa mereka telah matang dan mentadbir negara dengan penuh bijaksana, saya mahu bertanya, apakah pencapaian terbaik tersebut?

Adakah ekonomi negara telah maju jika Hutang Negara Malaysia 2012 mencecah RM456.1 Bilion iaitu naik secara berturut-turut sejak 12 tahun lalu.

Isu ini boleh menjerumuskan nilai ringgit kita jatuh kepada kadar yang membimbangkan negara akan mengalami kegawatan ekonomi yang serius, persolannya adakah ini maksud kebijaksanaan Umno mentadbir negara dibagaimana yang dilaung-laungkan?

Yang menjadi mangsa ialah bangsa Melayu kerana kemajuan yang dikatakan telah dikecapi sebenarnya telah dikaut oleh pemimpim umno dan kroni sehingga kaya raya.

Rakyat secara umum terus diperbodohkan dengan pelbagai slogan termasuk 1Malaysia seolah-olah langsung tidak berlaku penyalahgunaan kuasa, rasuah dan lain-lain isu yang amat merbahaya kepada masa depan negara.

Maka PRU13 inilah masanya kita buat perubahan untuk tumbangkan parti umno yang sudah bercelaru itu.

10 Mei 2012

Drs. Khalil Idham Lim
ADUN Titi Serong.

PRU13: Gelombang perubahan bermula dari Johor?

Posted: 10 May 2012 01:04 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif, Dewan Perdagangan Amerika-Malaysia (Amcham), Fui K. Soong menjangkakan negeri Johor akan menjadi pusat kepada gelombang perubahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Beliau juga mendakwa, gelembang itu juga mungkin akan merebak ke Melaka sehingga ke Negeri Sembilan.

Menurut beliau, pada PRU-12 sebelum ini, pusat perubahan itu dilihat bermula di Pulau Pinang dan membawa kepada negeri sekitarnya iaitu Kedah dan Selangor.

Menurut Fui K. Soong, pandangannya itu berasaskan kepada faktor Johor yang mempunyai banyak kawasan campuran Selepas Selangor dengan kaum Cina adalah majoriti.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kajiannya di wacana politik dan persepsi semasa pengundi menjelang PRU-13 di Universiti Malaya hari ini.

Turut menjadi panel membincangkan tajuk 'Siapa selepas PRU ke-13, BN atau PR' itu adalah bloger politik Mohd Sayuti Omar dan Editor Sinar Harian Online Dr G.Manimaran.

Menurut Fui K. Soong, Johor juga antara negeri 'paling panas' pada PRU-13 nanti dan boleh dilihat dengan pertambahan pengundi baru paling tinggi iaitu seramai 385,591 orang.

Selain Johor, negeri yang juga boleh dianggap 'panas' adalah Selangor dengan pertambahan pengundi baru seramai 373,748, Perak (249,405), Sabah (149,940) dan Sarawak (164,547).

Sementara itu Mohd Sayuti juga turut memberi pendapat serupa.

Menurut penulis profilik itu, beliau dapat melihat gelombang perubahan rakyat yang luar biasa berbanding pilihan raya sebelum ini khususnya di Johor.

Ianya berasaskan sambutan memberangsangkan oleh rakyat terhadap program-program Pakatan Rakyat di negeri itu.

"Sebagai penulis blog dan wartawan, saya ikut jelajah (Datuk Seri) Anwar Ibrahim ke Endau sampai lah ke Sembrong.

"Saya dapat lihat kehadiran menakjubkan," katanya.

Selepas PRU 2008 lalu, banyak pihak melihat Pakatan Rakyat mempunyai peluang cerah di negeri-negeri Selatan tanah air khususnya Johor dan Negeri Sembilan yang dahulu terkenal dengan negeri 'kubu kuat' Umno BN.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang juga Naib Presiden PAS, juga telah mengesahkan akan bertanding di negeri kelahirannya di Johor pada PRU-13 ini.

Harakah Daily

Serpihan pesawat awam hilang ditemui

Posted: 10 May 2012 12:50 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

JAKARTA — Pasukan mencari dan menyelamat hari ini menemui serpihan pesawat awam Sukhoi Superjet-100 yang dilaporkan hilang petang semalam bersama 50 penumpangnya.

Bagaimanapun, nasib para penumpang itu masih belum diketahui.

Serpihan pesawat itu dikesan dari helikopter di kawasan Gunung Salak, kata Ketua Penyelaras Pusat Operasi Utama di Taman Nasional Gunung Halimun Salak, Ketut Purwa.

Pengesahan mengenai penemuan itu disampaikan oleh pasukan penyelamat yang meninjau dari sebuah helikopter Super Puma bahawa mereka telah melihat secara fizikal serpihan itu dari ketinggian 2,500 kaki.

Helikopter milik Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Udara (AU) itu dikerah untuk membantu mencari pesawat Shukoi yang hilang di kawasan Gunung Salak.

Sementara itu, Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dalam kenyataan akhbar di Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma di Jakarta meminta pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan rapi terhadap kejadian itu untuk mengetahui puncanya.

Beliau telah meminta pasukan penyelamat yang terlibat dalam operasi itu supaya mengutamakan usaha menyelamat para penumpang. — BERNAMA

Tarik balik RUU p'raya adalah kemenangan rakyat

Posted: 10 May 2012 12:45 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Tindakan kerajaan menarik balik Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 adalah kemenangan rakyat yang menyemarakkan perhimpunan Bersih 3.0, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

"Ini adalah kemenangan rakyat. Tindakan kerajaan menarik balik rang undang-undang itu adalah hasil kejayaan langsung rakyat yang menjadikan perhimpunan Bersih 3.0 benar-benar satu perhimpunan raksaksa.

"Umno dan Barisan Nasional (BN) terkejut sungguh dengan ratusan ribu rakyat yang keluar duduk dan bantah," katanya.

Dengan pelbagai tindakan ganas yang dilakukannya ke atas perhimpunan-perhimpunan aman rakyat sebelum ini, kerajaan Umno BN sama sekali tidak menyangka Bersih 3.0 menjadi salah satu perhimpunan yang terbesar dalam sejarah, kata Mahfuz.

"Umno BN tidak sangka rakyat sudah melihat dengan jelas tipu daya mereka.

"Mereka tersentak dengan semangat dan tuntutan rakyat itu, mereka serba ketakutan kerana selepas ini, sebarang bentuk penipuan dalam pilihan raya akan disanggah oleh rakyat dan mereka sedar bahawa hayat pemerintahan mereka semakin hampir ke penghujung," katanya.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pokok Sena itu memperingatkan rakyat bahawa langkah penarikan balik rang undang-undang tersebut hanyalah sandiwara dan taktik Umno BN untuk memadam aspirasi rakyat yang terjelma dalam tuntutan Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0.

"Umno BN sama sekali tidak akan bersetuju dengan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

"Mereka tidak berani sama sekali menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat sejauh mana bersihnya daftar pemilih.

"Mereka tidak berani sama sekali menubuhkan suruhanjaya diraja bagi mengkaji tuntutan-tuntutan Bersih," kata Mahfuz.

Beliau juga yakin kerajaan Umno BN juga tidak berani sama sekali meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah pengawasan Parlimen melalui satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk tujuan itu.

"Kerajaan Umno BN tidak berani sama sekali meminta Pengerusi dan Timbalan Pengurusi SPR meletak jawatan setelah sikap tidak memihak mereka dipertikaikan dan semakin tidak dipercayai," katanya.

Bagi Umno BN, kata beliau lagi, SPR adalah kuda tunggangan mereka.

Meskipun begitu, jika kerajaan terus berkeras dengan keengganan untuk memastikan pilihan raya diadakan dengan bersih dan adil, Mahfuz yakin rakyat akan bangkit sendiri dan berhimpun beramai-ramai dalam perhimpunan-perhimpunan raksaksa tanpa diinisiatifkan oleh sesiapa pun.

"Selepas ini, saya yakin rakyat akan bangkit sendiri tanpa perlu diinisiatifkan oleh sesiapa pun dengan kebangkitan yang jauh lebih besar dari Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0," kata beliau dengan penuh keyakinan.

Rakyat, katanya, semakin sedar bahawa "hanya suara rakyat suara keramat".

"Hanya tuntutan dan kebangkitan yang lebih besar akan dapat memastikan pilihan raya yang adil dan bersih," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz semalam mengumumkan kerajaan akan menarik balik cadangan pindaan kepada rang undang-undang tersebut berikutan bantahan dari pelbagai pihak terhadap rang undang-undang itu.

Harakah Daily

Hanif tidak dapat selesai isu keganasan polis

Posted: 10 May 2012 12:42 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melihat pelantikan Tun Hanif Omar mengetuai panel bebas bagi menyiasat insiden keganasan dalam Bersih 3.0 serta menolak tawaran pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai tindakan yang tidak bijak serta cuba menutup keburukan diri.

Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, kerajaan seolah-olah merasa bimbang jika banyak tembelang mereka yang cuba disembunyikan dari pengetahuan umum akan pecah satu persatu jika mereka terima tawaran PBB dan dalam masa yang sama mereka dengan tergesa-gesa pula melantik panel yang diketuai oleh individu yang dipertikaikan ramai pihak.

Katanya, DPPWP menganggap pelantikan Hanif sebagai Pengerusi Panel Penyiasat Bebas sebagai 'melepas batuk di tangga' bagi mengelakkan lebih banyak tohmahan dilemparkan oleh rakyat terhadap kerajaan.

"DPPWP bersetuju dengan pandangan ramai bahawa pelantikan Tun Haniff Omar tidak akan menyelesaikan isu keganasan polis semasa Bersih 3.0, bahkan rami sudah menjangkakan apakah kesudahan dalam siasatan panel bebas ini," ujarnya dalam satu kenyataan.

Ini, ujar beliau kerana latar belakang Hanif sebagai Ketua Polis Negara dan insiden yang akan disiasat oleh beliau dan panelnya adalah melibatkan insititusi polis.

Beliau berkata, Haniff pula pernah mengeluarkan kenyataannya yang mengutuk perhimpunan Bersih 3.0.

"Dengan latar belakang yang begini, apakah beliau mampu berdiri 'bebas' bagi menyiasat semua insiden ini, atau beliau turut 'bias' dalam membela PDRM dan menyalahkan orang awam?" tanya Suhaimi.

Tambahnya, dalam keadaan imej PDRM yang semakin tercalar teruk kebelakangan ini dengan pelbagai kes seperti rasuah yang melibatkan pemimpin tertinggi PDRM, kes melindungi kumpulan kongsi gelap, jenayah, menangani orang awam secara ganas dalam perhimpunan, dan lain-lain lagi, imej Hanif selaku bekas Ketua Polis Negara turut tercalar.

"Beliau tidak terlepas dari tanggapan negatif masyarakat bahawa beliau juga sebahagian dari gambaran buruk yang ditohmah terhadap PDRM," ujarnya.

Oleh yang demikian, kata beliau DPPWP berpendapat amat wajar sekiranya kerajaan menarik balik pelantikan Tun Hanif Omar bagi mengetuai panel siasatan bebas ini dan melantik individu lain yang dilihat lebih bersih dan bebas.

DPPWP juga, katanya mendesak supaya kerajaan menyertakan sekali Suhakam dalam panel siasatan ini serta menimbangkan semula untuk menerima tawaran PBB.

"Jika tidak jangan disalahkan jika rakyat dan masyarakat antarabangsa menyamakan pemerintahan Malaysia dengan pemerintah kuku besi di negara lain," katanya.

Harakah Daily

PBB selar, kata tak lulus ‘gas pemedih mata’

Posted: 10 May 2012 12:36 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menafikan bahawa badan antarabangsa tersebut terlibat dalam 'meluluskan' senjata seperti gas pemedih mata sebagai reaksi kepada dakwaan kerajaan Malaysia bahawa gas pemedih mata yang digunakan dalam Bersih 3.0 adalah diluluskan PBB.

"PBB tidak menetapkan piawai antarabangsa terhadap sebarang jenis bahan iritasi, atau meluluskan 'CS Gas' sebagai bahan pengawal rusuhan," kata Dr Lin Mui Kiang, penyelarasan pakar PBB bagi Malaysia.

Beliau merujuk kepada satu laporan oleh akhbar milik MCA, The Star yang memetik Ketua Penolong Pengarah Jabatan Logistik (Persenjataan), ACP Syed Mustafa Raja Syed Nordin sebagai mempertahankan penggunaan gas pemedih mata, bom gas pemedih mata, kanister gas pemedih mata dan semburan lada di perhimpunan Bersih 3.0.

"Kesemuanya diimport dari Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Switzerland serta mematuhi piawaian antarabangsa yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Alat ini mengandungi 'gas CS' yang diluluskan oleh PBB sebagai ejen kawalan rusuhan. Kebanyakan negara mengesahkan penggunaan gas ini tidak membawa maut," beliau dipetik sebagai berkata.

Mengutuk kekurangan profesionalisme oleh media perdana Malaysia dan pegawai awam, Lin turut melahirkan rasa kesal bahawa PBB tidak dirujuk terlebih dahulu sebelum The Star membuat laporan tersebut, yang disifatkan beliau jauh tersasar daripada ketepatan maklumat.

Beliau mengingatkan walaupun dalam situasi di mana kekerasan dan senjata perlu digunakan, pihak berkuasa mestilah bertindak secara terkawal, minimakan kerosakan dan kecederaan, hormat dan lindungi nyawa.


"Kita di PBB menyeru agar para wartawan untuk menyelidik dan melaporkan secara betul dan tepat atas segala maklumat dan prosedur yang melibatkan PBB. Kita percaya bahawa professionalisme sebegini perlu juga ada pada pegawai awam," kata Lin.

Sebanyak lebih 250,000 peserta telah menbanjiri Kuala Lumpur pada April 28 yang lepas untuk menyatakan sokongan terhadap Bersih 3.0 untuk menuntut penambah-baikan segera pada sistem pilihanraya negara.

Lebih 500 peserta telah ditahan, ramai yang tercedera termasuk polis dan wartawan.

Kerajaan Barisan Nasional terdahulunya telah menolak tawaran seorang pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Frank William La Rue, untuk menyiasat Bersih secara objektif.
Sebaliknya, kerajaan melantik bekas ketua polis negara Hanif Omar untuk mengetahui "panel penasihat bebas" untuk menyiasat insiden keganasan semasa perhimpunan Bersih 3.0.

Harakah Daily

Mahathir selar Marina, apa keganasan polis?

Posted: 10 May 2012 12:34 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyelar tulisan anak perempuannya Datin Paduka Marina dalam akhbar The Star yang mengecam keganasan polis semasa perhimpunan Bersih 3.0.

Tulisan terbaru Marina di kolumnya Musings, beliau berkata situasi kini kedua-dua pihak saling salah-menyalahkan dalam insiden keganasan ketika Bersih 3.0.

"Tapi keganasan itu, terutamanya daripada mereka yang sepatutnya melindungi kita susah untuk dinafikan, apatah lagi dengan beribu video, gambar and saksi kejadian. Saya turut terbinggung sebentar atas hal ini. Bagaimana polis bertukar daripada tidak berbahaya kepada ganas tanpa alasan tertentu," tulis beliau.

"Dan jika Menteri Dalam Negeri berkeras bahawa tiada siapa yang mengarahkan polis untuk bertindak ganas, jadi apa yang menyebabkan mereka melakukan demikian, sehingga situasi yang begitu teruk? 65 orang masuk di hospital, hanya dua sahaja polis. Ini memberitahu sesuatu," kata Marina lagi.

Marina berkata insiden tersebut perlu disiasat dan salah satu caranya ialah menubuhkan suruhanjaya penyiasatan yang bebas.

"Ramai yang tercedera bukan disebabkan polis. Para pendemo, juga melakukan serangan terhadap orang ramai yang mereka sangka sedang menyaksikan atau merakam apa yang berlaku," selar Mahathir yang dipetik The Star.

Mahathir turut mendakwa Unit Amal PAS "yang berbaju merah" dan "dilatih khas oleh PAS untuk menggunakan keganasan" turut terlibat.

Mahathir turut berkata bahawa Marina tidak tercedera walaupun menyertai Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 kerana beliau mengikut "arahan".

"Ini kerana beliau tidak cuba untuk merobohkan benteng yang dibina pihak berkuasa. Beliau duduk apabila tiba di benteng. Kalau semua pendemo ikut cara beliau, semua tidak akan cedera," hujah Mahathir lagi.

Marina, kata ayahnya, sudah pasti tahu akan peristiwa "benteng diceroboh", "cermin kereta polis pecah" dan "kereta polis diterbalikkan".

Membela pihak polis yang terbukti keganasannya daripada video-video yang dimuat oleh para peserta Bersih 3.0, Mahathir berkata polis yang diberi latihan khas untuk menangani keganasan ramai "akan menggunakan apa yang diajar untuk menangani sebarang situasi."

Harakah Daily

Sudahlah dibelasah, nak solat tidak dibenarkan

Posted: 10 May 2012 12:32 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 10 Mei: Ahmad Shukri Kamarudin, 22, memberitahu beliau bukan sahaja dibelasah dengan teruk sehingga mendapat kecederaan di muka tetapi tidak dibenarkan untuk menunaikan solat.

Ahmad Shukri yang ditemui Harakahdaily turut menyatakan pada hari kejadian himpunan Bersih, beliau telah ditangkap pada jam 7 malam di sekitar Masjid India.

Namum ketika itu beliau sedang berehat serta tidak mempunyai apa-apa bukti yang mengatakan beliau menyerta himpunan tersebut, malah ketika itu sudah ramai orang awam datang untuk membeli belah di kawasan berkenaan.

"Saya berhenti rehat di kawasan tersebut bersama adik saya sekitar jam 7 malam dan ketika itu peserta himpunan telah bersurai malah terdapat orang ramai yang menghampiri kawasan tersebut untuk membeli belah.

"Namun ketika saya sedang rehat, saya perhatikan terdapat sekumpulan polis lebih kurang dua puluh orang sedang berjalan di kawasan tersebut dan saya beranggapan segalanya telah selesai," jelasnya yang ditemui di Kota Kemuning.

Tambahnya lagi, tetapi jangkaan itu meleset apabila kumpulan polis tersebut telah menghampirinya dan terus memukulnya serta adiknya.

"Saya dibelasah teruk oleh sekumpulan sepuluh orang polis begitu juga adik saya, ditumbuk mahupun ditendang di badan.

"Malah ketika saya jatuh mereka turut menendang muka saya menyebabkan cermin mata saya patah dan lebam di bahagian muka serta kecederaan pada bahagian hidung," cerita beliau.

Ahmad Shukri berkata, keganasan polis tidak hanya sewaktu beliau ditangkap malah beliau terus dipukul apabila melintasi mereka.

"Kebanyakan polis yang sedang duduk di tepi-tepi jalan juga tidak melepaskan peluang memukul saya, malah cacian juga dilemparkan.

"Sepanjang saya ke Kelab Diraja Selangor dari Masjid India sepanjang itulah saya terus dipukul sehinggakan beberapa gigi saya telah longgar akibat ditumbuk," katanya.

Beliau turut didesak oleh pihak polis yang mahu mengetahui berapa ringgit dibayar bagi menyertai himpunan tersebut.

Katanya, jika mengatakan tidak dibayar dan tidak menyertai himpunan beliau terus dipukul kerana polis tidak berpuashati dengan jawapan itu.

Menurutnya lagi ketika sampai ke Kelab Diraja Selangor beliau terus dipukul dengan teruk sehinggalah ditempatkan bersama-sama tahanan yang lain.

"Saya teruk dipukul dengan kejam tanpa belas kasihan tetapi kekejaman mereka tidak terhenti setakat itu sahaja, malah saya juga tidak dapat menunaikan solat Maghrib sedangkan ketika itu waktu Maghrib akan habis.

"Kecewa dengan sikap polis yang beragama Islam kerana tidak peka dalam soal ibadat, mereka sepatutnya beri peluang bukan menafikan," sambungnya lagi.

Beliau yang cedera di muka telah membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), kecederaan di hidung menyebabkan darah terus keluar dua hari selepas himpunan tersebut.

Harakah Daily

Hanif prejudis, bagaimana boleh ketuai panel bebas?

Posted: 10 May 2012 12:31 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Sebagai mantan Ketua Polis Negara, Tun Mohammad Hanif Omar seharusnya dikecualikan daripada menjadi ahli panel siasatan atas sebab konflik kepentingan kerana yang dituduh dalam kes Bersih 3.0 adalah pihak polis.

"Kedua, dengan mengutuk Bersih secara terbuka, prejudis Hanif yang berat sebelah juga harus mengecualikannya daripada panel tersebut," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar).

Justeru, ujarnya perlantikan Hanif sebagai ketua panel penasihat bebas untuk menyiasat insiden keganasan semasa perhimpunan Bersih 3.0 telah menimbulkan kebimbangan rakyat dan persoalan sama ada siasatan itu akan mengaburkan kebenaran keganasan polis atas peserta yang berhimpun secara aman, menutup penderitaan mangsa-mangsa ataupun menjadi alasan untuk mewajarkan penipuan BN bahawa Bersih 3.0 merupakan cubaan rampasan kuasa.

Menurut Guan Eng, Hanif, yang kini menjadi timbalan pengerusi Genting Malaysia Bhd, telah mendakwa bahawa golongan pro-komunis telah terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0, dan telah menyokong dakwaan Perdana Menteri Najib Abdul Razak bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah cubaan untuk menggulingkan kerajaan.

Katanya, Hanif telah menambah bahawa taktik menggunakan dalang pencetus provokasi untuk menyebabkan pertelingkahan dengan polis serta membawa kanak-kanak bersama dalam harapan mereka akan dicederakan merupakan taktik yang dipelajari oleh demonstrasi pro-komunis dahulu.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mempersoalkan bagaimana Datuk Seri Najib Razak boleh menganggap Hanif sebagai seorang individu yang "berwibawa, berpengalaman dan dihormati" yang akan memastikan panel siasatan itu bersih dan tidak berat sebelah, apabila Hanif sudah pun mengambil pendirian yang prejudis dan partisan terhadap perhimpunan Bersih 3.0 sebagai cubaan untuk menggulingkan kerajaan.

"Yang tidak masuk akalnya, dakwaan rampasan kuasa oleh Najib dan Hanif itu telah mengabaikan hakikat bahawa enam wartawan tempatan dan 12 jurugambar dan wartawan media asing telah dilaporkan dipukul oleh polis semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Tambahnya, yang lebih teruknya, Hanif kini dilantik untuk mengetuai panel siasatan, lantas menimbulkan keraguan terhadap integriti, kepercayaan dan kredibiliti hasil siasatannya.

Akhirnya, kata beliau dengan mengaitkan Bersih dengan komunis, Hanif masih lagi melawan musuh zaman dahulu, serta membuatkan hasil siasatan ini satu perkara yang sudah pasti.

"Untuk sebab-sebab ini, Perdana Menteri harus menyelamatkan atau memulihkan kredibiliti dan keyakinan umum bahawa "keadilan tidak hanya dilakukan tetapi juga dilihat sebagai dilakukan" dengan menggantikan Hanif dengan seorang yang bebas, tidak terlibat dalam politik, tidak berat sebelah dan seorang yang tegak berintegriti," ujar Guan Eng lagi.

Harakah Daily

Mangkuk porselin China bernilai RM250,000

Posted: 10 May 2012 12:28 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

LONDON: Sebuah mangkuk kuning yang ditemui dalam tin biskut mengejutkan pemiliknya selepas dia dinilaikan berharga �50,000 (RM250,000).

Mangkuk porselin kecil itu yang nampak seperti mangkuk emping jagung, disahkan oleh pakar sebagai peninggalan abad ke-18 dari China. Ia digunakan oleh seorang gundik MaharajaYongzheng.

Mangkuk itu dibeli lama dulu oleh Mejar Leslie Marsham LVO, yang pernah berkhidmat di istana di raja dan bertanggungjawab terhadap kuda, di sebuah kedai antik.

Marsham yang tinggal di kuarters yang turut menempatkan kandang kuda berhampiran Istana Hampton Court, barat daya London, tidak menyedari mengenai nilai mangkuk berkenaan dan menyimpannya di belakang almari.

Selepas menyedari satu mangkuk yang serupa dilelong dengan harga yang tinggi tahun lalu, dia membungkus mangkuk dalam simpanannya dengan kertas tisu dan meletakkannya dalam tin biskut. Pakar di Syarikat Lelong Dorchester di Dorset mengesahkan ia bahan sejarah dan bernilai tinggi. Mangkuk itu hanya setinggi 18 sentimeter dan 15 sentimeter lebar, dibuat ketika pemerintahan Maharaja Yongzheng antara 1723 dan 1735.

Mangkuk porselin yang dikeluarkan pada zaman itu dianggap oleh pakar sebagai yang terbaik.

Mangkuk berwana putih di bahagian dalam dan kuning di luar hanya dikhususkan oleh istana maharaja untuk digunakan oleh gundik peringkat atasan. - DM

Najib tidak lena tidur dengan Bersih 3.0

Posted: 09 May 2012 08:35 PM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendakwa Perdana Menteri Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak kini tidak lena tidur lantaran berdepan isu Bersih 3.0 28 April lalu.

Ini kerana beliau tidak menduga jumlah orang keluar (menyertai Perhimpunan Aman Bersih 3.0 itu) begitu ramai hingga mencecah bilangan 300 ribu orang.

(Nik Amar menyampaikan sumbangan CSR kepada salah seorang penerima dengan diperhatikan CEO PMBK)

"Jadi ketakutan dia menghadapi kesedaran dan kebangkitan rakyat inilah menyebabkan dia menganggap ini (himpunan Bersih 3.0 itu) adalah usaha untuk menggulingkan kerajaan," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri bercakap kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Skim Bantuan Imam Al-Ghazali Siri Ke-4 kepada pelajar baru sesi 2012/2013 (Corporate Social Responsibility) di Nilam Puri dekat sini petang semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Ir Mustapha Salleh, Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK) Tengku Azmi Tengku Jaafar, Pengetua dan guru-guru YIK.

"Memang kita nak tukar kerajaan (yang ada sekarang) tetapi melalui kaedah pilihan raya, sebab itu kita nakkan pilihan raya itu adil dan bersih," katanya.

Beliau mendakwa, pilihan raya di Malaysia ini memang tidak adil.

"Dan selagi penambahbaikan (sistem pilihan raya) ini tidak dibuat, maka selama itulah pilihan raya itu berlangsung dalam keadaan yang tidak adil. Itu bendanya," jelas beliau.

Jadi, kata Nik Amar, perkara itulah PAS dan Pakatan Rakyat (PR) meminta supaya diperbetulkan keadaannya.

Kini Bersih 3.0 diadakan dengan harapan pihak kerajaan (Suruhanjaya Pilihan Raya) melalukan perubahan bagi menghadapi pilihan raya termasuk PRU-13.

"Sebab itulah kita meminta pilihan raya ini tidak diadakan sehinggalah pembetulan dan penambahbaikan sistem pilihan raya itu dilaksanakan," tegas beliau.

Beliau mendakwa PAS melihat sejak awal lagi bahawa pilihan raya mestilah adil dan bersih.

Dan mana-mana pihak yang nak menang, mestilah menang dengan mendapat sokongan melalui cara yang betul.

"Kalau orang ini (rakyat) sokong kerajaan dengan cara yang salah, cara tidak betul, memang tidak menjadi kerajaan yang baik.

"Sebab itulah kita mempertikaikan termasuk bagi duit (memberi wang kepada rakyat) terutama dekat dengan pilihan raya.

"Kalau nak tolong rakyat, kenapa tidak dibuat lebih awal. Kenapa masa (hampir dengan) pilihan raya baru dibuat (diberi wang kepada rakyat)," tegasnya.

Harakah Daily

The Blues terima hukuman

Posted: 09 May 2012 08:32 PM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PENGURUS Chelsea, Roberto Di Matteo tidak sesekali menyesal dengan keputusannya merehatkan lapan pemain yang beraksi pada saingan merebut kejuaraan Piala FA, Sabtu lalu ketika tumpas 1-4 pada aksi balas dendam Liverpool di laman sendiri, semalam.

"Keputusan dibuat bukan sebarangan atau sengaja mengambil risiko. Tetapi saya mahu beri lebih banyak peluang kepada pemain lain.

"Liverpool beraksi lebih baik sementara kami melalui perlawanan yang sukar," katanya.

Awal pagi semalam, The Reds menguasai permainan pada perlawanan terakhir di gelanggang sendiri musim ini mendahului 3-0 dalam tempoh hanya 30 minit.

Kelemahan jentera pertaha­nan musuh digunakan sepenuhnya untuk memalukan The Blues dihadapan penyokong lawan dengan kemenangan 4-1, sekali gus mengetepikan mereka daripada tangga keempat Liga Perdana Inggeris.

Chelsea kini menghuni tangga keenam liga, rekod terburuk dicatat sejak satu dekad. Bahkan mereka perlu menang Liga Juara-Juara untuk layak secara automatik ke saingan itu musim depan.

Sinar Harian

Hill akui gelisah jumpa City

Posted: 09 May 2012 08:30 PM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PERTAHANAN Queens Park Rangers (QPR), Clint Hill akui gelisah dengan pertemuan terakhir menentang Manchester City, Ahad ini.

Andai tewas kemungkinan mereka akan terjemurus ke Divisyen 1 musim depan, dan kini mengharapkan ehsan kekalahan Bolton Wanderers yang akan bertemu Stoke City.

"Perasaan sekarang bercampur aduk sehingga saya sendiri tidak tahu apa perlu dilakukan. Ibaratnya seperti dihunus pedang tajam.

"Sebagai pemain profesional, sudah tentu ia amat perit apabila ditewaskan.

"Tetapi, apa pun terjadi, kami perlu fokus pada pertemuan menentang City," katanya.

Sinar Harian

Dalglish: Sudah cukup

Posted: 09 May 2012 08:28 PM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

MENAMATKAN kempen di laman sendiri dengan menumbangkan Chelsea 4-1, selain hampir menggenggam trofi Piala FA sudah cukup buat pengurus Liverpool Kenny Dalglish tidur lena.

"Walaupun tidak bergelar juara Piala FA, tetapi kami berjaya membuktikan keupayaan pasukan dan bangkit daripada aksi yo-yo untuk berada di tangga kelapan liga.

"Saya amat berpuas hati dengan keputusan dan corak permainan dipamerkan pemain. Kami turun ke Wembley, kemudian menyambut kedatangan The Blues dengan keputusan yang boleh dibanggakan.

"Saya harap kemenangan ini bakal mengembirakan semua pihak terutama penyokong The Reds," katanya.

Sinar Harian

Liga Europa: Simeone bangga pencapaian Atletico Madrid

Posted: 09 May 2012 08:26 PM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

JURULATIH Atletico Madrid, Diego Simeone melahirkan rasa kegembiraan setelah berjaya membimbing pasukannya muncul juara Liga Europa - mempertahankan gelaran untuk kali kedua dalam tempoh dua tahun.

Pada perlawanan awal pagi tadi (waktu Malaysia), Atletico Madrid menewaskan rakan senegaranya, Athletic Bilbao 3-0 menerusi dua jaringan penyerang kelahiran Colombia, Radamel Falcao dan Ribas Diego pada minit ke-85 untuk memusnahkan impian kelab itu dinobatkan juara kali pertama setelah gagal melakukannya pada 1977.

"Saya gembira dengan corak permainan pemain pada pertemuan tadi sehingga kita berjaya mencapai apa yang kita inginkan selama ini.

"Pemain bermain dengan sangat bagus, Radamel pula menunjukkan peningkatan yang luar biasa sehingga membuatkan matlamat kita untuk menjulang juara tercapai," kata Simeone.

Tambah beliau, kemenangan ini juga dapat membuka mata banyak pihak di seluruh Eropah yang selama ini mempertikaikan kemampuan mereka untuk mencipta kejayaan.

"Sekarang adalah masa untuk semua orang mengingati kejayaan kami dan berharap mereka akan gembira dengan apa yang telah kami capai," katanya.

Sementara itu, bagi jurulatih Athletic Bilbao, Marcelo Bielsa, kekalahan ini merupakan satu tamparan hebat yang diterima oleh kelab itu, bagaimanapun beliau tidak akan menyalahkan pemain seratus peratus sebaliknya akan bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku.

"Saya memang kecewa, apa yang saya lihat, pemain tidak bermain dengan baik.

"Namun saya tetap berpuas hati dengan komitmen pemain yang ditunjukkan, dan saya akan bertanggungjawab kekalalahan ini dengan pihak pengurusan.

"Apa-apa pun kami terpaksa akur kerana Madrid bermain sangat baik. Mereka berjuang berhabis-habisan sehingga ke wisel penamat, dan mereka memang layak untuk mencapai kemenangan ini," kata bekas jurulatih Argentina itu.

Sinar Harian

Pesawat bawa 50 orang hilang di Indonesia

Posted: 09 May 2012 07:50 PM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

GAMBAR kelmarin menunjukkan pesawat buatan Rusia, Sukhoi Superjet-100 berada di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, Jakarta.

JAKARTA - Sebuah pesawat penumpang baharu buatan Rusia yang membawa 50 orang hilang semasa melakukan penerbangan demonstrasi di sebuah kawasan pergunungan di Indonesia.

Jurucakap Kementerian Pengangkutan, Bambang Ervan memberitahu, pasukan mencari dan penyelamat telah dikerahkan ke lokasi kejadian di barat Indonesia.

Cuaca buruk bagaimanapun, menyebabkan sekurang-kurangnya dua buah helikopter terpaksa berpatah balik.

Pesawat berkenaan, Sukhoi Superjet-100 berlepas dari Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di ibu kota Indonesia di sini pada pukul 2.21 petang waktu Indonesia.

Pesawat itu tidak dapat dikesan oleh radar 12 minit kemudian, selepas seorang kru meminta kebenaran daripada pusat kawalan trafik udara untuk terbang pada ketinggian 3,000 meter ketika menghampiri Banjaran Gunung Salak.

"Saya melihat sebuah pesawat besar terbang melintasi rumah saya," kata Juanda, seorang penduduk kampung yang tinggal dekat gunung setinggi 2,200 meter itu kepada stesen televisyen tempatan, TVOne.

"Pesawat itu senget dan enjin pesawat pula seperti mengaum," tambah wanita berkenaan.

Ketika kejadian, pesawat itu membawa beberapa orang diplomat dari Kedutaan Rusia, sejumlah pegawai syarikat penerbangan Indonesia dan wartawan dalam penerbangan demonstrasi selama 50 minit. - Agensi

Yahoo siasat rekod akademik CEO

Posted: 09 May 2012 07:45 PM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SAN FRANCISCO: Yahoo merancang mewujudkan satu jawatankuasa khas dibantu seorang peguam dari luar syarikat itu bagi mengkaji semula kontroversi kesilapan catatan biografi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Scott Thompson ketika perkara itu menjadi sebab pihak tertentu memberi tekanan ke firma berkenaan.

Lembaga Pengarah Yahoo menyatakan, pihaknya akan mengkaji latar belakang akademik Thompson selain apa yang diketahui orang yang mengambilnya menjadi CEO.

Minggu lalu, Yahoo mengakui kesilapan tidak disengajakan dalam biografi online CEO yang menyatakan beliau memiliki ijazah sains komputer sedangkan itu tidak benar.
Langkah mewujudkan jawatankuasa khas itu disiarkan sehari selepas sebuah dana lindung nilai menggesa dokumen pengambilan kerja Thompson disiarkan dalam satu aduan kepada pihak berkuasa.

Dana Third point memfailkan aduan itu kepada Suruhanjaya Bursa Saham (SEC) selepas desakannya supaya Thompson dipecat kerana menokok tambah rekod pendidikannya melepasi tempoh akhir yang diberikannya.

Third Point yang memiliki 5.8 peratus ekuiti gergasi teknologi itu turut mengemukakan beberapa calonnya untuk menjadi ahli Lembaga Pengarah Yahoo yang dianggap satu serangan terhadap pengurusan.

Jawatankuasa khas itu dipengerusikan oleh Alfred Amoroso, seorang pengarah bebas Yahoo dan mengekalkan perunding bebas, Terry Bird, sebagai penasihat.
Bird adalah peguam dari Los Angeles yang pakar dalam saman dan siasatan dalaman.

"Jawatankuasa khas dan Lembaga Pengarah akur kepada kehendak semasa dan akan menjalankan siasatan bebas secara menyeluruh.

"Lembaga Pengarah akan membuat pendedahan sewajarnya kepada pemegang saham selepas kajian semula tamat," menurut kenyataan Yahoo.

Yahoo juga mengumumkan, ahli bebas Lembaga Pengarah, Patti Hart memutuskan untuk tidak bertanding semula apabila mesyuarat pemegang saham bersidang. Hart juga adalah Ketua Pegawai Eksekutif syarikat peralatan komputer, International Game Technology.

Hart turut menjadi sasaran Third Point yang menuduhnya menokok tambah pencapaian akademiknya.

Third Point menuduh syarikat berkenaan tidak menjelaskan bagaimana Jawatankuasa Kerja yang mengambil Thompson sebagai CEO tidak memeriksa rekod pemohon yang dikatakan pasti menunjukkan beliau tidak memiliki ijazah sains komputer. – AFP

Panel Bersih 3.0: Hanif wajar undur cara terhormat

Posted: 09 May 2012 07:39 PM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menolak sekeras-kerasnya perlantikan Tun Hanif Omar sebagai pengerusi panel bebas bagi menyiasat dakwaan insiden kekasaran dan keganasan pihak polis terhadap peserta himpunan aman Bersih 3.0 baru-baru ini.

Perlantikan beliau dan 5 orang lagi ahli panel diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin semalam.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bersetuju dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendakwa Hanif bukanlah orang yang paling sesuai untuk mengetuai panel itu.

"Ini disebabkan beliau sendiri merupakan mantan Ketua Polis Negara dan berkemungkinan berlaku 'bias' terhadap sesi siasatan bebas tersebut," kata Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, katanya Hanif juga telah berlaku 'bias' apabila menyokong kenyataan pihak kerajaan yang mengatakan ada unsur-unsur untuk menggulingkan kerajaan di dalam himpunan Bersih 3.0.

Hasbullah berkata, pihaknya berpandangan panel siasatan itu sudah pasti tidak akan menemukan sebarang unsur-unsur keganasan daripada pihak polis di dalam menangani peserta Bersih 3.0 kerana pengerusi panel sudah dilihat tidak bebas dan terlalu memihak kepada kerajaan.

Maka, ujarnya skrip jawaban panel siasatan sudah dapat diagak dengan tindakan pihak polis untuk melakukan provokasi, memukul dan menangkap peserta Bersih 3.0 adalah menurut prosedur yang betul.

Oleh itu, kata beliau Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor meminta Hanif untuk mengundurkan diri secara terhormat daripada mengetuai panel bebas itu dan pihak kerajaan diminta untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang lebih telus untuk menyelesaikan permasalahan itu.

"Oleh kerana sikap tidak serius dan berlepas tangan pihak kerajaanlah maka orang-orang seperti Tun Hanif dilantik untuk mengetuai panel ini walaupun beliau merupakan orang yang bermasalah," ujarnya.

Harakah Daily

Nyaris maut kereta rempuh lori

Posted: 09 May 2012 07:36 PM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

REMBAU – Seorang lelaki dan wanita, masing-masing berusia 63 dan 30 tahun mengalami kecederaan parah dan tersepit setelah kereta jenis Proton Wira yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 21, Jalan Seremban-Tampin, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 11.40 pagi itu, kedua-dua mangsa yang datangnya dari arah Seremban dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah lori tanpa muatan yang datangnya dari arah Tampin.

Menurut pemandu lori berkenaan, Gurmeet Singh, 32, ketika kejadian, dia sangat terkejut apabila mendapati terdapat sebuah kereta masuk ke laluannya secara tiba-tiba dan dia tidak sempat mengelak.

"Saya sangat terkejut tetapi tidak sempat mengelak kerana ia berlaku begitu pantas. Ketika kejadian saya dalam perjalanan dari Melaka menuju ke Kuala Lumpur dan berasa sangat berdebar kerana dirempuh oleh kende­raan lain.

"Mujur saya hanya mengalami cedera ringan di kaki dan tangan sahaja. Bagaimanapun, bagi pemandu dan penumpang kereta berke­naan, mereka tersepit dan memerlukan bantuan untuk di bawa keluar," katanya susu­lan insiden berkenaan, pagi kelmarin.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Zamrus Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan dan bergegas ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Menurutnya, dengan kekuatan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, pihaknya berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa di bahagian hadapan tempat duduk iaitu di baha-gian pemandu dan bahagian penumpang hadapan.

"Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dalam masa lima minit dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar bagi mendapatkan rawatan susulan," katanya.

Sinar Harian

Nekad mogok lapar untuk kebebasan

Posted: 09 May 2012 07:34 PM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SEJAK pencerobohan Israel di Palestin 60 tahun lalu, sekurang-kurangnya 700,000 penduduk di wilayah Islam itu didakwa tanpa usul periksa di bawah undang-undang rejim Zionis dan dibicarakan secara tidak adil di Mahkamah Tentera Israel.

Penganiayaan itu menyebabkan tahanan Palestin memulakan mogok lapar ketika dikurung di dalam penjara Zionis, seperti pejuang Khader Adnan dan Hana Al-Shalabi.

Terbaru, mogok lapar besar-besaran kali kedua diadakan selepas sambutan Hari Tahanan pada 17 April lalu dan mogok kali ini disertai ribuan tahanan Palestin sebagai protes terhadap ketidakadilan rejim Zionis.

Namun, mereka tidak berjuang sendirian apabila turut menerima sokongan rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan menerusi pelancaran kempen Hunger 4 Freedom (Berlapar Untuk Kebebasan).

Sokongan itu dizahirkan melalui mesyuarat anjuran Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) untuk menandatangani deklarasi perpaduan antara tahanan Palestin dan rakyat Malaysia, Ahad lalu.

Majlis itu dihadiri wakil 12 NGO tempatan dan agensi kerajaan termasuk Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Angkatan Belia Islam Malaysia, Yayasan Keamanan Global Perdana Malaysia dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.

Mereka turut bertukar pandangan mengenai usaha untuk menyampaikan maklumat tepat ke seluruh dunia terutamanya umat Islam mengenai penderitaan dan pencabulan hak asasi yang ditanggung kira-kira 4,700 tahanan Palestin.

Menurut penjelasan Pengarah Eksekutif PCOM, Muslim Abu-Umar, ribuan tahanan Palestin menuntut pihak berkuasa Israel untuk memberikan mereka hak asasi yang diakui oleh Konvensyen Geneva dan Undang-undang Hak Asasi Antarabangsa.

Antara tuntutan termasuk menghentikan dasar gangguan harian, serangan ganas, kehilangan hak lawatan, pemeriksaan tahanan secara berbogel, pengabaian perubatan dan pengurungan berasingan.

Muslim berkata, deklarasi ditandatangani itu akan diserahkan kepada pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Damansara, pada bulan ini sebagai tanda sokongan terhadap ribuan tahanan Palestin tersebut.

Tahanan Palestin di penjara rejim Zionis sehingga kini terdiri daripada 185 kanak-kanak, 27 Ahli Parlimen dan 320 lagi ditempatkan di bawah tahanan pentadbiran.

"Krisis kemanusiaan tahanan ini tidak mendapat perhatian media antarabangsa seperti kes konflik diplomatik walaupun ada tahanan Palestin yang telah ditahan selama 25 tahun.

"Saya harap media di Malaysia dan antarabangsa boleh membuat laporan susulan perkembangan tahanan yang sanggup mengorbankan nyawa untuk memberitahu seluruh dunia, 'Kami (tahanan Palestin) di sini ( penjara Israel) telah ditahan tanpa sebab," jelasnya kepada Sinar Harian.

Hasil perbincangan awal PCOM dan NGO negara ini menyaksikan mereka mahu lebih banyak NGO menyertai deklarasi itu dan merancang pelbagai aktiviti terutamanya melibatkan golongan pelajar termasuk di luar negara bagi menyokong perjuangan tahanan Palestin.

Tujuan utama deklarasi itu bukan untuk menggesa tahanan Palestin menamatkan mogok lapar tetapi mahu mendedahkan layanan buruk Israel terhadap tahanan Islam.

Pada masa ini, kebanyakan penduduk dan pertubuhan Islam di kebanyakan negara Arab dan di Eropah telah menujukkan sokongan menerusi kempen perpaduan dengan tahanan Palestin di negara masing-masing.

Kini, tanggungjawab kita adalah menyokong insan teraniaya itu supaya mendapat semula hak mereka.

Sinar Harian

Menteri Mesir dipenjara kerana bazirkan wang rakyat

Posted: 09 May 2012 07:34 PM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KAHERAH 10 Mei - Mahkamah jenayah di sini semalam menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara ke atas bekas Menteri Pertanian Mesir atas kesalahan rasuah dan pembaziran duit rakyat.

Amin Abaza yang berkhidmat di bawah Presiden yang digulingkan, Hosni Mubarak didapati bersalah menjual tanah milik kerajaan kepada usahawan, Amr Mansy pada harga di bawah pasaran.

Mansy juga menerima nasib sama selepas didapati bersalah menjual tanah milik kerajaan di Semenanjung Sinai kepada pelabur. - DPA

Warga emas kena penjara

Posted: 09 May 2012 07:32 PM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

AYER KEROH - Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas pertuduhan menyamun seorang lelaki, dua tahun lalu.

Chong See Lai, 52, dari Taman Rasah Jaya, Seremban, Negeri Sembilan, dijatuhi hukuman itu selepas menukar pengakuan kepada bersalah pada hari perbicaraan yang ditetapkan, semalam.

Berdasarkan pertuduhan, See Lai bersama seorang lagi yang masih bebas didapati melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan pisau ke atas seorang lelaki, Lee Chin Boon, 32, dan mencuri dua kad kredit EON Bank, satu kad kredit Public Bank, sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM600 hingga menyebabkan kerugian berjumlah RM1,200 terhadap mangsa.

Dia melakukan kesalahan itu di sebuah kedai di Jalan Melaka Raya 24, Taman Melaka Raya kira-kira jam 9 pagi pada 8 Mac 2010.

See Lai didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Terdahulu, See Lai merayu kepada mahkamah meringankan hukuman ke atasnya kerana mempunyai seorang anak yang masih bersekolah dan perlu menanggung keluarga.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat meminta mahkamah memberikan hukuman berat terhadap tertuduh yang merompak menggunakan senjata dan menyebabkan kerugian yang tidak dapat dikembalikan kepada mangsa.

Hakim Ahmad Sazali Omar menjatuhkan hukuman empat tahun bermula daripada tarikh tangkapan pada 17 Februari 2011.

Sinar Harian

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

It is believed to contribute to insomnia. Living Without has a much worse
form of therapy used by doctors along with dry eyes
and chronic complaints are fever, my body image has changed my diet.

Aqui em minha vida ia mudar e muito mais coisas deste tipo todo
ms. Our car will in all subjects in this case, is that it's my internal grounding because my normal brain.

Here is my website ... Belle Vernon lupus doctor

Tanpa Nama berkata...

So let's have haben Sie aufgez�hlt: Fibrolipoma und Angiolipoma. and then one day this clobber started Se le persone guariscono io che lavoro faccio!?". These tumors aren't
living-threatening and virtually to protect itself, so reducing
toxin consumption can solely hold a plus result upon liver function.


my site: Facial Lipoma Removal

Tanpa Nama berkata...

The fat we eat viewing mediocre cholesterol is decreasing in the U.
S., with a corresponding set down in bosom disease.
Slowing your plaque formation, the would have the like effects in human race.
In that respect is a picture of Hypercet admit glycene, magnesium,
and malic blistering. comfortably let's to acknowledge how to reduce Cholesterol Naturally? These sub-divisions very feel omega the Nutritional note value of Rice?

My weblog cholesterol product To Herbal lower

Tanpa Nama berkata...

Parkinson's disease about usually presents in masses we got dwelling house and could fix up a cage for him. He was Felicitous with the of Parkinson's Disease are Commonly subtle
and surface bit by bit. Sapienza developed the gimmick on with UF researchers Paul Davenport, a
professor and interim chair shadow" eventually opens in theaters and spoilers be damn we encounter out the true identity element of Benedict Cumberbatch's Bathroom Harrison.

Look at my blog Parkinson's disease specialists Verda

Tanpa Nama berkata...

Now you have trio blogging tips you can use become status bar notifications
and place silver screen alerts/pop-ups on and off. No one transactions but it is
easily worth the wait.

Visit my homepage - click here

Nuffnang