Khamis, 10 Mei 2012

Direct Free Kick

Direct Free Kick


TEBING RUNTUH DI PANDAN MEWAH HEIGHTS AKAN DIBAIKPULIH.

Posted: 09 May 2012 10:58 PM PDT

Gambar oleh Shuaib Ayob, MEDIA SELANGORKU.

SHAH ALAM, 6 MEI 2012 : Penduduk Pandan Mewah Height kini boleh menarik nafas lega apabila kejadian tanah runtuh yang berlaku berhampiran saliran air berhampiran blok 5, kondominium itu tidak menjejaskan struktur bangunan terbabit.

Manakala kerja-kerja baik pulih kepada bahagian parkir dan temboh yang musnah akibat kejadiaan tersebut akan memakan masa lapan bulan.

Demikian beritahu Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar A.Samad dalam sidang medianya selepas mengadakan lawatan di kawasan runtuhan tersebut.

Menurut Iskandar, keputusan siasatan itu diperolehi daripada hasil siasatan yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

"MPAJ telah menjalankan siasatan terhadap bangunan berdekatan dan mendapati ianya selamat untuk diduduki. Penduduk tak perlu bimbanglah setakat ini.

"Saya juga telah dimaklumkan oleh MPAJ dan surat juga telah dikeluarkan kepada penduduk di sini," kata Iskandar.

Iskandar juga memberitahu, runtuhan yang berpunca dari hakisan tanah di tebing saliran berhampiran Blok 5 kondominium itu akan diperbaiki oleh Jabatan Parit dan Saliran dengan peruntukan sebanyak RM2 juta.

"Kerja siasatan tanah di sini memang ambil masa agak lama kerana tanahnya jenis berpasir.

"Bagaimanapun JPS telah umum akan buka tender kerja baik pulih pada 22 hari bulan ini dan saya memohon kepada JPS untuk memulakan kerja membaiki selewat-lewatnya pada 1 Julai ini.

"Kerja-kerja sepanjang 80 meter ini dengan kos lebih RM 2 juta akan mengambil masa 8 bulan jadi bermakna akan siap pada Febuari dan penduduk akan mendapat tembok yang lebih selamat dan lebih baik," ujarnya lagi.

Ekoran kejadian tanah runtuh yang berlaku pada November tahun lalu itu juga telah menyebabkan 30 lot parkir di perumahan  itu tidak dapat digunakan pemilik lot-lot parkir terlibat.

Bagaimanapun Iskandar memberitahu, kawasan tanah lapang berhadapan kondominium akan dijadikan kawasan parkir sementara.

Sementara itu dalam isu sama, Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Kondominium Pandan Mewah Height, Yap Wah Seng memberitahu penduduk kondominium terbabit tidak perlu bimbangkan soal peruntukan untuk membiayai kerja baik pulih tembok runtuhan itu.

"Kos membaik pulih akan ditanggung oleh JPS sepenuhnya, jadi ianya tak melibatkan dana pengurusan JMB, penduduk tak perlu risau soal itu."

Tiada ulasan:

Nuffnang