26 Syawal 1435. [MOD] -
Pertamanya saya ucapkan tahniah kekanda riduan tee yang telah dipilih oleh Allah untuk menjadi orang yang beriman sehingga memeluk agama yang diredhai satu2nya oleh Allah SWT. Seterusnya semasa dia beragama Islamlah dia menjadi orang yang berjawatan dan berlulusan tinggi apa lagi dikenali. Sering keluar wajahnya dikaca tv macam artis. Sebut saja riduan tee siapa tak kenal. Orang buta pun kenal suaranya.
Namun saya tidak lupa untuk mengucapkan takziah kepada beliau yang sering mengeluarkan kenyataan yang melampau sehingga bagi saya telah merosakkan pandangan orang bukan Islam kepada Islam yang dia dan saya anuti sekarang. Setiap kali kenyataannya keluar sangat menggambarkan apa yang dilakukan oleh nenek moyangnya sendiri adalah sesuatu yang semuanya mengancam dan membahayakan orang lain khususnya dinegara yang memiliki etnik berbagai bangsa seperti malaysia ini.Seawalnya saya sering bercakap dimana2 saya memberi kuliah khutbah dan ceramah adalah penegasan bahawa saya hanya masuk Islam dan bukannya masuk melayu. Bangsa mustahil akan berubah bila kita masuk Islam. Ianya anugerah Allah sekali sahaja dari Allah kepada setiap manusia yang lahir ke dunia ini.
Mengamalkan cara dan budaya Melayu yang tidak bercanggah dengan Islam adalah tidak salah malah bukan pasport hingga kita beruanah menjadi melayu. Tetapi bila masuk islam dikatakan dah jadi melayu adalah ajaran sesat yang ditanam seolah olah islam itu milik orang melayu yang mesti dinyahkan dibumi tercinta ini.
Sama lah juga dengan kekanda riduan tee bahawa kanda cuma masuk Islam dan kanda masih berbangsa cina lagi. Sedarlah kanda masih berbangsa cina lagi.
Berhubung dengan kenyataan berkaitan dengan darul babi beberapa hari lepas saya sesungguhnya sangat tersentuh. Jujur saya katakan apalah salahnya ternakan babi kalaulah ianya sudah ditata dengan sebaik mungkin dan boleh mengelakkan pencemaran dengan teknoloji canggih dan sebagainya. Biarlah dianya diternak kerana ianya adalah makanan sekelompok masyatakat cina yang berhak keatas makanan itu dinegaranya sendiri. Takkan untuk membeli babi kena ke negara lain untuk membelinya.
Adakah kerana babi diharàmkan oleh Islam untuk umat Islam dan apa sahaja yang diharamkan untuk umat Islam melayakkan kita menghinanya. Sesungguhya islam tidak pernah mengajar penganutnya untuk menghina sesiapapun walaupun melibatkan orang bukan Islam.
Islam adalah agama dàkwah dan sesiapa penganutnya punya tanggug jawab untuk menyebarkan kepada orang lain supaya mereka juga selamat dari azab Allah kelak. Setelah kita mengajak terserahlah kepada Allah untuk berikan hidayah kepada mereka kerana hidayah adalah hak Allah.
Bercakap tentang babi bila ditanya kepada saya adakah kamu pernah makan babi sebelum masuk Islam saya tanpa malu menjawabnya ..ya.. saya makan sehingga setahun sebelum masuk islam pada tahun 1985 saya makan babi. Bila ditanya lagi kenapa saya makan babi pada masa itu dan kenapa orang cina makan babi saya akan mnjawab kerana sedap. Maaf cakap kalau tidak sedap siapapun tidak mahu makan.
Namun bila diambang ingin memeluk islam dan apa lagi selepas saya masuk islam saya sudah tidak makan babi sesesuai dengan larang Allah Swt . Setiap yang mengandungi unsur baki saya benci dan haram memakannya termasuklah coklat cedbury.
Sebenarnya kalau ada yang mengejek tentang babi apa lagi datang dari seorang yang bebangsa cina ianya satu tragedi dan bagi saya semacam menghina bangsanya sendiri. Adakah reduan tee tidak meyedari hakikat ini. Adakah kerana sudah masuk Islam melayakkan ia menafikan semua adat budaya dan makan bangsanya sendiri ?.malah menghinanya sekali. Walaupun hasrat dalam tulisannya tidak jelas sebenarnya namun tulisannya menimbulkan pertentangan antara kaum dengan mengapi apikan sikap kebencian antara berlainan bangsa. Ini dilarang oleh islam.
Apa masalah sebenarnya kerana Sayapun selama berada di china selam 3 tahun di Guangzhou merasakan selesa bila setiap hari mahu ke pasar mesti melalui deretan jualan daging babi. Malah kadang kadang bimbang ada percikan tulang atau daging kearah badan kita. Semasa menjadi adun bila melawat pasar awam parit buntar sayapun tidak meninggalkan tempat jualan babi yang letakkan bersebelahan dengan pasar ikan. Saya masuk kedalam nya bertanya khabar kepada mereka dan mereka selesa untuk menerima kehadiran saya.
Semasa berkempen di Kuala Kangsar seingat saya sebanyak 3 kali saya melangkan masuk ke dalam ruangan pasar yang menjual daging babi untuk berkempen. Cuma jagalah diri kalau mereka ingin bersalam tentunya mesti ditolak dengan baik. Malah merekapun tidak mahu bersalam dengan kita dalam keadaan tangan baru memegang daging babi. Petugas yang mengekori saya dikalangan orang melayu terpaksa masuk bersama walaupun mereka nampak tidak selesa.
Tinggalkanlah jauh jauh sikap dan kenyataan yang boleh melaga lagakan sesama bangsa. Tidak ada yang untung malah merugikan. Marilah kita hidup harmoni tanpa rasa prajudis kepada bangsa lain apa lagi hak bangsa sendiri.
Selagi ada orang cina selagi itu babi akan ada untuk menjadi makanan mereka. Hak disini termasuk menternak dan menjual dan memakannya. Dan jangan sesakali hanya melebalkan hanya cina yang sinonim dengan babi kerana banyak lagi mereka dari bangsa lain yang makan babi. Yang melarang memakan babi dan seluruh komponennnya hanyalah islam. Lihatkan rancang disiaran astro dikalangan meraka yg bukan cina mengajar masak daging bagi dengan berbagai menu yg nampak lazar lazat.
Selamat hidup dalam sebuah negara yang aman damai dengan saling menghormati bangsa lain apa lagi bangsa sendiri.
Khalil Idham Lim @ Lim Chuan Hing.
Parit Buntar 22 Ogos 2014