Jumaat, 3 Ogos 2012

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


45 minit yang tidak ternilai harganya bagi YB DR HALIMAH

Posted: 03 Aug 2012 09:34 AM PDT


 31.7.12
KOTA BHARU
KELANTAN

Setelah 45minit berada di rumah seorang ulamak besar yang sudah pasti namanya terkenal di seantero dunia saya boleh buat satu rumusan penting. Iaitu ulamak yang dikagumi dan diakui keikhlasannya serta diyakini bersih jiwanya oleh kawan dan lawan ini seorang manusia dan BUKAN MALAIKAT! Beberapa kali saya dengar dia batuk. Dia kata dia kurang sihat selepas program turun padang melawat orang Asli di Kelantan. Jauh ke dalam.
YB Dato' Nik Amar yang menemaninya dalam program itu mengakui keletihan kerana perjalanannya agak 'taxing'. Beliau diberi cuti selama 3 hari. Namun temujanji bersama saya masih dipenuhinya. Sebenarnya saya serba salah. Nak teruskan pertemuan dengannya atau batalkan sahaja. Saya sudah berada di Kota Bharu untuk mesyuarat atas jemputan EXCO KERAJAAN Kelantan bagi tujuan program bersama dengan EXCO Pendidikan Selangor yang mahu diadakan di Selangor.
Setiausahanya memberitahu beliau bersedia berjumpa pukul 11pagi di kediaman peribadinya di Pulau Melaka. Saya bersyukur Allah beri kesempatan dan penghormatan untuk berjumpa insan yang dipilihNya sebagai khalifah yang mentadbir negeri Serambi Mekah.Sudah 22tahun lamanya. Penuh dengan onak dan duri.Namun Tok Guru sebagai pahlawan pewaris Nabi s.a.w. menganggap semua itu sebagai kemuncup di tengah jalan. Tidak perlu panik.Tidak perlu lemah semangat.Tidak perlu bersedih.

Yang penting baginya perjuangan perlu diteruskan.Katanya kepada saya, hidup ini mesti ambilkira syurga neraka.Ideologi lain tidak faham syurga neraka, pahala dosa. Hanya Islam yang mengambilkira apa yang kita lakukan di dunia ini ada kaitan dengan syurga pahala. Dalam semua perkara dosa pahala mesti diambilkira.

Kekadang dia memegang dadanya apabila batuk. Sakit sikit katanya. Hati saya sayu melihat kegigihan TOK GURU NIK AZIZ NIK MAT yang masih mahu meraikan kedatangan saya. Datin Tuan Sabariah bersama-sama dalam perjumpaan itu. Datin pun nampak letih.
Tujuan sebenar saya mahu berjumpa dengan TOK GURU ialah meminta restu Tok Guru sebagai mursyidul am dalam usaha saya mahu menyemai benih 'baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur' atau yang dikenali sebgai Mini Serambi Mekah @Kpg Delek. Saya berkongsi cita-cita saya untuk melihat pusat tamaddun Rabbani ini terjelma dalam masa yang terdekat dan memohon jalinan Serambi Mekah Kelantan sebagai pendorong dan pembantu daripada berkongsi pengalaman dan kemungkinan jaringan kerjasama dari segi pendidikan , ekonomi dan agama.

Beliau seorang yang berpandangan jauh.Beliau bertanya samada saya tahu berbahasa Cina kerana wajah saya seperti orang Cina. Beliau terus menyambut, 'Yang Berhormat perlu belajar bahasa Cina'! Saya teringat Hu Pang Chaw , Pengerusi DHPP dan lain-lain rakan.
Malangnya memang saya belum mahir berbahasa Cina. Nampaknya kena tambah lagi catuan masa...

Yang menarik segala pertuturannya berkisar ke akhirat!! Segala permasalahan dan perbincangan saya dengannya tentang impian saya sebagai wakil rakyat yang saya kongsikan dengannya dikaitkan dengan akhirat! Beliau terus mencelah bila dia dengar apa yang saya katakan itu menimbulkan minatnya...Tidak ada cerita habuan dunia, keseronokan dunia....
Beliau begitu tenang walaupun keadaannya tidak selesa kerana keuzuran fizikalnya. Namun yang jelas emosi nya sangat stabil. Rohaninya bersambung terus dengan AL KHALIQ. Subhanallah.

Sebenarnya, semasa saya menjadi insan biasa lebih 20tahun yang lepas, suami dan anak-anak saya pernah menziarahnya. Ketika itu, saya tidk masuk ke rumah kerana isteri Tok Guru tidak berada di rumah. Saya menunggu di kereta. Jadi saya sempoat melihat persekitaran rumahnya. Di rumah, Tok Guru menghidang air teh yang dibancuh dan dituang sendiri olehnya kepada suami dan anak-anak saya. YAB Menteri Besar Kelantan melayan tetamunya sendiri tanpa pengawal dan orang gaji!
 Berapa ramai ketua menteri di dunia ini yang seperti YAB Dato' Menteri Besar Kelantan.

 Rumah yang saya pergi dahulu hanya sekarang ini ditambah sedikit perabot.Itu pun dibeli orang lain semasa mula menjadi Menteri Besar. Dan beliau telah menegah supaya jangan dibeli lagi. Bersama saya Bendahari Persatuan Ulamak Malaysia, Ustaz Mohammad Ya, Timb Pengarah YIK dan Hj Azmi, PA EXCO Pendidikan Selangor.
Orang muda sekarang harus menilai kewujudan ulamak di tengah-tengah mereka dan merebut peluang bersama dengan ulamak tersebut. Allah mencabut ilmu daripada sesuatu masyarakat dengan pemergian ulamaknya. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


Bersih blasts T'ganu gov't for revoking scholarships

Posted: 03 Aug 2012 07:07 PM PDT

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Rumah Terbakar Di Taman Bukit Kajang Baru & Cadangan Membaikpulih Cerun Bukit Di Situ

Posted: 03 Aug 2012 04:31 PM PDT

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


Update on Teoh Beng Hock's Trust Fund

Posted: 03 Aug 2012 09:55 AM PDT

Date EXPENSE ITEMS AMOUNT
3-Oct-2009 Allowance for Cher Wee for monthly maternity check up 2000.00
2-Oct-2009 Supplements for Cher Wee 186.90
2-Feb-2010 Cord Blood Banking 脐带血 4,500.00
2-Feb-2010 Monthly Allowance for Er Jia (Feb till April 2010) 2,002.15
4-Mar-2010 Inpatient Bill - Pantai Hospital, Batu Pahat 2,549.85
16-Jun-2010 Monthly Allowance for Er Jia (May till December 2010) 8,002.15
11-Oct-2010 Monthly Allowance for Er Jia (Jan till June 2011) 6,002.15
25-May-2011 Monthly Allowance for Er Jia (July till December 2011) 6,002.15
23-Nov-2011 Monthly Allowance for Er Jia (Jan 2012 till June 2012) 9,000.15
 18-Apr-2012  Monthly Allowance for Er Jia (July 2012 till December 2012) 9002.15 
 18-Jun-12  Accounting Fee for the Accounts of TBH Trust Fund (2009 & 2010) 862.15 
 18-Jun-12  Audit Fee for the accounts of TBH Trust Fund (2009 & 2010) 4242.95 
Total 54,352.75

Closing Balance as at 23 July 2012 437,410.68
Expenses 54,352.75
Education Insurance 2011
15,002.25
Medical Card 2011 3,602.15
Education Insurance 2012
15,002.15
TOTAL 525,369.98

In the month of July, Teoh Beng Hock Trust Fund received 10 donations amounting to RM1025. So as at July 23, 2012, donations for Teoh Beng Hock Trust Fund totaled RM525,369.98 while disbursements for living expenses of Beng Hock’s son Er Jia amounted to RM54,352.75. Details of expenses can be found at the chart below.

RM30,004.40 was disbursed for purchasing education insurance for Er Jia (with payments in 2011 and 2012 amounted to RM15,002.25 and 15,002.15 respectively) and also RM3,602.15 was paid for a medical insurance.

(More......)

Pemyampaian buah kurma di Bazar Desa Serdang

Posted: 01 Aug 2012 01:22 AM PDT

Tarikh: 31hb Julai 2012
Waktu: 6.30pm
Tempat: Bazar Desa Serdang







(More......)

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


BN Is Dishonest And A Political Cheat For Playing The Double-Faced Game Of Opposing The Privatisation Of Penang Port And Yet Allowing Seaport Terminal Sdn Bhd To Finalise The Takeover Of Penang Port By December This Year.(en/cn)

Posted: 03 Aug 2012 04:22 AM PDT

Press Statement by Penang Chief Minister Lim Guan Eng in Komtar, George Town on 3.8.2012.

BN Is Dishonest And A Political Cheat For Playing The Double-Faced Game Of Opposing The Privatisation Of Penang Port And Yet Allowing Seaport Terminal Sdn Bhd To Finalise The Takeover Of Penang Port By December This Year.

BN is dishonest and a political cheat for playing the double-faced game of opposing the privatisation of Penang Port on the one hand and on the other hand allowing Seaport Terminal(Johor) Sdn Bhd(Seaport) to finalise the takeover of Penang Port by December this year. Unfortunately, it would appear that the federal government has given a letter of award without disclosing any details and providing any assurances to Penangites on the future of this public good.

The BN federal government must come clean on the Penang Port privatisation exercise by confirming Seaport's director Datuk Mohd Sidik Shaik Osman statement in the New Straits Times on 2 August that Seaport has already received the letter of award and will be in charge by the end of this year. In that case what is the point of BN Penang opposing this privatisation exercise but is another fait accompli that not only deceives others but also oneself?

Today Transparency International President Datuk Paul Low had slammed the privatisation exercise as violating the practices of good governance and transparency. He said awarding the contract to Seaport without an open competitive tender implies that the Federal government does not practice what it preaches on accountability and fighting corruption. Datuk Low even urged the Malaysian Anti-Corruption Commission(MACC) to look into allegations by the Penang Chinese Chamber of Commerce that the disposal of the Penang Port contravenes the Anti-Competition Act.

Penangites have the right to know the terms of this deal, and whether this privatisation is nothing more than a piratisation exercise, as it involves an important public good that is the Penang Port. So far there have only been sketchy details with Datuk Mohd refusing to state the amount of capital injection by Seaport into Penang Port but with vague remarks of a capital expenditure of RM1 billion by 2017 and RM4.7 billion by 2022.

Will the privatisation exercise be automatically terminated if Seaport fails to invest these sums of money? And why has Seaport refused to immediately undertake the RM353 million dredging of the port channel project? The Penang state government will only support the privatisation of Penang Port if it fulfils 5 principal conditions:-

a) Conduct an open competitive tender and not a limited tender open only to those invited to make a bid.

b) Clear and definite repudiation by the Finance Minister or Transport Minister of Penang Port Commission Chairman Datuk Seri Dr Chua Soi Lek's assertions that Penang Port will be a feeder port that will be secondary to Seaport's two other ports in Port of Tanjung Pelepas (PTP) and Pasir Gudang port;

c) Immediate implementation of the RM 353 million project to dredge the port channel to at least 15-17 meters immediately before the privatisation is completed;

d) Full public consultation with the stakeholders in the shipping industry, the Penang state government and the people of Penang;

e) Public and complete disclosure of plans and of amounts invested by Seaport how this privatisation of a public good(Penang Port) can benefit Penangites and restore Penang Port into a world class regional commercial port

All these lies, half-truths and empty promises are proof that the Penang Port privatisation exercise is going to go ahead without any disclosure of information and no assurances that the RM353 million dredging works will be carried out as promised in the 9th and 10th Malaysia Plans. Once again, the BN federal government has failed to keep the interests of Penangites at heart by going ahead with the privatisation of the Penang Port without providing guarantees that it will not end up as another piratisation exercise for private profit at the expense of public interest.

LIM GUAN ENG

=====================

Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 3.8.2012

BN tidak jujur dan berpolitik murahan dengan bermain talam dua muka berkaitan penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang namun membenarkan Seaport Terminal Sdn Bhd memuktamadkan pengambil alihan Pelabuhan Pulau Pinang menjelang Disember tahun ini.

BN tidak jujur dan berpolitik murahan dengan bermain talam dua muka berkaitan bantahan penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang di satu sisi manakala satu sisi lagi membenarkan Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd (Seaport) untuk memuktamadkan pengambilalihan Pelabuhan Pulau Pinang menjelang Disember tahun ini. Malangnya ia muncul apabila Kerajaan Persekutuan telah memberi surat anugerah tanpa mendedahkan apa-apa maklumat dan memberikan apa-apa jaminan masa depan kepada penduduk Pulau Pinang berkaitan kepentingan awam ini.

Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN) mesti tampil menjelaskan berkaitan penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang berikutan kenyataan Pengarah Seaport Datuk Mohd Sidik Shaik Osman dalam akhbar News Straits Times pada 2 Ogos bahawa Seaport telah menerima surat anugerah dan akan melaksanakannya menjelang akhir tahun ini. Dalam kes ini, apakah motif Kerajaan Barisan Nasional membantah langkah penswastaan ini tetapi dalam satu lagi keadaan mereka bukan sahaja menipu orang lain tetapi juga diri sendiri?

Hari ini, Presiden Transparency International, Datuk Paul Low telah mengecam langkah penswastaan sebagai melanggar amalan urus tadbir yang baik dan telus. Beliau berkata penganugerahan kontrak kepada Seaport tanpa melalui tender terbuka secara kompetitif menunjukkan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak pernah mengamalkan apa yang disarankan berkaitan akauntabiliti dan melawan rasuah. Datuk Low menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melihat dakwaan oleh Dewan Perniagaan Pulau Pinang bahawa pelupusan Pelabuhan Pulau Pinang telah melanggar Akta Anti- Persaingan.

Rakyat Pulau Pinang mempunyai hak untuk mengetahui terma-terma perjanjian ini dan sama ada penswastaan ini tidak lebih daripada menjalankan pelanunan kerana ia melibatkan kepentingan awam. Setakat ini terdapat hanya butiran tidak lengkap telah diterima dan Datuk Mohd enggan menyatakan jumlah suntikan modal oleh Seaport kepada Pelabuhan Pulau Pinang tetapi secara kasar perbelanjaan modal adalah sebanyak RM1 bilion menjelang 2017 dan RM4.7 bilion menjelang 2022.

Adakah penswastaan ini akan secara automatik ditamatkan jika Seaport gagal untuk melabur sejumlah wang? Dan mengapa Seaport enggan untuk segera melaksanakan pengorekan RM353 juta projek saluran pelabuhan ini? Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya akan menyokong penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang jika ia memenuhi 5 syarat utama :-

a)Mengadakan tender terbuka secara kompetitif dan bukannya tender yang terhad kepada mereka yang dijemput untuk membuat tawaran

b)Jelas dan pastikan sangkalan daripada Menteri Kewangan atau Menteri Pengangkutan terhadap dakwaan Pengerusi Penang Port Commission Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa Pelabuhan Pulau Pinang akan dijadikan pelabuhan penghantar yang akan memainkan peranan sokongan keapda dua pelabuhan lain iaitu Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Pelabuhan Pasir Gudang

c)Pelaksanaan segera peruntukan RM353 juta untuk mengorek saluran pelabuhan kepada sekurang-kurangnya 15-17 meter dengan segera sebelum penswastaan dijalankan

d)Rundingan awam dijalankan sepenuhnya dengan pihak-pihak yang berkepentingan di dalam industri perkapalan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan rakyat Pulau Pinang.

e)Mendedahkan butiran dan pelan yang lengkap serta jumlah pelaburan Seaport, dan bagaimana penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang ini boleh memberi manfaat kepada penduduk Pulau Pinang dan mengembalikan status Pelabuhan Pulau Pinang kepada pelabuhan komersial serantau yang bertaraf dunia.

Semua pembohongan, janji separuh benar dan janji-janji kosong ini adalah bukti bahawa penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang akan diteruskan tanpa mendedahkan mana-mana maklumat dan tiada jaminan bahawa kerja-kerja pengorekan RM353 juta akan dijalankan seperti yang telah dijanjikan dalam Rancangan Malaysia ke-9 dan ke-10. Sekali lagi, Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional telah gagal untuk menjaga kepentingan penduduk Pulau Pinang dengan meneruskan penswastaan Pulau Pinang tanpa memberikan jaminan bahawa ia tidak akan berakhir dengan satu lagi pelanunan demi keuntungan peribadi dan mengorbankan kepentingan awam.

Lim Guan Eng

—- Mandarin Version —-

槟州首席部长林冠英于2012年8月3日于乔治市光大发表的文告。

国阵大玩两面手法,一方面反对槟州港口私营化,另一方面允许海港终站(柔佛)有限公司于今年12月完成接管槟州港口,这根本是不老实及政治欺诈。

国阵大玩两面手法,一方面反对槟州港口私营化,另一方面允许海港终站(柔佛)有限公司于今年12月完成接管槟州港口,这根本是不老实及政治欺诈。很不幸的是,联邦政府在没有公开细节及保证槟州人未来的公众利益之下,发出得标书给海港终站有限公司。

国阵联邦政府在槟州港口私营化课题上必须解释,为何新海峡时报8月2日的报导,引述海港终站公司董事长拿督莫哈末西迪赛奥斯曼的言论,证实海港终站公司已经收获得标书,并在今年杪接管槟州港口。既然如此,槟州国阵反对槟州港口私营化的立足点到底在哪里?国阵到底是不是在自欺欺人,然后先斩后奏?

今天,国际透明组织大马分会主席拿督刘胜权大力抨击这项私营化违反良好施政及不透明。他说在没有公开招标的情形下,将合约颁给海港终站公司,显示联邦政府没有实现要有公信及打击贪污的承诺。拿督刘胜权甚至呼吁反贪委员会介入关于槟州中华总商会的指控,槟州中华总商会指控槟州港口私营化计划违反了反竞争法令。

槟州人民有权力知道这项交易的细节,以知道这到底是私营化还是强盗化,因为槟州港口涉及公众利益。目前为止,槟州港口私营化细节模湖,拿督莫哈末也拒绝透露海港终站公司实际注资槟州港口的情况,只大略透露海港终站2017年在槟州港口的开销经费是10亿令吉,2022年将达47亿令吉。

如果海港终站无法兑诺提供上述资金,这项私营化计划是否将自动终止?为何海港终站公司拒绝立刻注资3亿5300万令吉挖深港口海床计划?要知道,唯有在以下5个条件之下,槟州政府才会同意将槟州港口私营化:

a) 执行公开招标,而不是只邀请特定的公司参与竞标。

b) 财政部长或交通部长必须清楚及完全否定槟州港务局主席拿督斯里蔡细历所言,既槟州港口会成为Seaport属下丹绒柏勒巴斯及巴西古当两个大港的集散港。

c) 在私营化还没完成前,必须立刻推行3亿5300万令吉的挖深港口航道工程至15-17公尺的深度。

d) 完全咨询过物流船务业、州政府与槟州人民。

e) 完全公布计划,公布Seaport的投资额,说明这项港口私营化作为公共利益将如何惠及槟城人民,并如何将槟州港口打造为世界一流的商业港。

从所有似是而非的谎言及空头承诺,证明了槟州港口私营化计划将在不公布任何详情及无法保证兑现第9及第10大马计划要以3亿5300万令吉挖深海床的承诺。 再次证明,国阵联邦政府无法保护槟州人的利益,只一心想完成该私营化计划,却无法保证不会成为另一个典当人民利益,只位私利的强盗化计划。

林冠英

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Business Plan: Rebranding is a guarantee to turn around MAS by Gofirefly

Posted: 03 Aug 2012 10:21 AM PDT

Its obvious…they wanted to change all the aircrafts with the new all blue livery..starts with A380 and other aircrafts will follow suit. Now they realised and got caught that they have made fatal mistakes (no proper approval and most people disagree and cursing them on the new logo and livery including previous management)..so what next?? Well just say this new livery is only for A380 to distinguish it as a limited edition premium segment..are u saying other aircrafts like new a330 and 738 are just a normal segment?? What a load of rubbish..admit the fact that you have made a wrong decision earlier.. i can’t think of any airlines in this world having different liveries and logos for different aircrafts..hope other customers are not confused and willing to pay extra premium price than Emirates or Singapore A380s just because of the new livery and logo..and of course..because of new cutlery

Comment on DCA: How AirAsia has been granted Certificate of Airworthiness year in year out? by Tired Crew

Posted: 02 Aug 2012 06:10 AM PDT

Gulab

The recent flight delayed that brought up to court, now can you really say AK flight is always on time? Laugh my ass off.

SUARA PERAK

SUARA PERAK


Masyarakat India Mundur Kerana MIC

Posted: 03 Aug 2012 05:56 AM PDT

Program Syarahan Agama Pada 04 Ogos 2012 - Tronoh

Posted: 03 Aug 2012 02:15 AM PDT

Skandal Bola Keranjang Pusing

Posted: 02 Aug 2012 07:57 PM PDT

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Mesir Mohon AS Bebaskan Seorang Tahanan Rakyatnya Di Guantanamo

Posted: 03 Aug 2012 12:43 AM PDT

14 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KAHERAH: Mesir memohon Amerika Syarikat (AS) supaya membebaskan seorang rakyatnya yang dipenjara di Teluk Guantanamo selama lebih sedekad, kata Menteri Luar negara itu pada Khamis.

Menurut laman web Jabatan Pertahanan AS, Tareq al-Sawah dicedera dan ditangkap di Afghanistan selepas bertarung dengan tentera AS dalam peperangan Tota Bora.

Dia dituduh atas keganasan dan dikatakan menjadi pelatih letupan dalam rangkaian militan Al-Qaeda, sebelum dakwaan terhadapnya ditarik pada Mac lepas.

Dalam satu permohonan yang diserahkan kepada Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton pada Selasa, Kementerian Luar Mesir berkata, dengan perhatian berhubung pembebasan rakyatnya yang ditahan dan meminta supaya ia dibebaskan.

Kenyataan itu berkata, Mesir telah melantik seorang peguam di AS untuk mewakili Sawah sebelum satu petugas khas diputuskan oleh Presiden AS, Barack Obama bagi mengkaji status tahanan yang ditahan di penjara penuh kontroversi di pangkala tentera laut AS di Cuba. - AFP

Banjir lumpur terburuk

Posted: 03 Aug 2012 12:39 AM PDT

14 Ramadhan 1433H. [MOD] -

PASIR PANJANG – Dugaan buat penduduk Kampung Batu 14, Pasir Panjang, di sini apabila 10 rumah dilanda banjir lumpur dalam satu kejadian yang berlaku pagi semalam.

Penduduk, Md Aris Jamaluddin, 67, berkata, sejak dia menetap di situ kira-kira 35 tahun lalu, ia adalah kejadian banjir paling buruk yang pernah dialaminya.

"Kita percaya, sistem perparitan tak sempurna selain terdapat kerja-kerja pembinaan lebuh raya. Ini disusuli hujan lebat selama hampir tiga jam menyebabkan banjir lumpur berlaku di sini.

"Kawasan ini biasa berlaku banjir tetapi kali ini lebih teruk apabila banjir lumpur turut memasuki rumah penduduk," katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya, semalam.

Menurutnya, masalah banjir di kawasan tersebut sering dibangkitkan kepada pihak bertanggungjawab, namun hingga kini masih tiada langkah mengatasi diambil pihak berkenaan.

"Ini yang menimbulkan rasa kesal penduduk di sini. Setiap kali banjir, banyak kerugian yang terpaksa ditanggung selain membazir masa dan juga tenaga untuk membersihkan rumah.

"Jika sistem perparitan di sini tidak diselenggara secepat mungkin, tidak mustahil dalam masa terdekat kejadian banjir lumpur ini akan berulang memandangkan sekarang musim hujan.

"Kejadian ini sebenarnya merupakan kali kedua berlaku sejak tiga minggu lalu, namun kali ini lebih teruk," katanya.

Anggap ujian Ramadan

Sementara itu, menurut isterinya, Saleha Ahmad, 58, persiapan raya termasuk barangan elektrik banyak yang rosak akibat banjir kerana tidak sempat diselamatkan.

"Air masuk begitu laju sehingga saya tidak sempat menyelamatkan barang-barang untuk dibawa naik ke kawasan rumah yang lebih tinggi.

"Hujan mula turun sekitar jam 7.30 pagi kemudian lebat sekitar jam 10 pagi. Kira-kira satu jam kemudian, hujan berhenti dan air banjir berserta lumpur mula memasuki rumah.

"Keadaan pagi tadi (semalam) memang kelam kabut ditambah saya hanya tinggal berdua bersama suami dan cucu yang berumur tidak sampai setahun sementara anak sudah pergi kerja," katanya.

Menurut Saleha, semua anak-anaknya yang tinggal di Melaka, Seremban dan Shah Alam terpaksa balik ke kampung untuk membantunya membersihkan rumah.

"Saya dan suami memang tidak mampu membersihkannya sendiri kerana lumpur turut memasuki bilik dan segenap ruang rumah.

"Namun, kami menerima dugaan ini dengan sabar. Mungkin ini ujian yang diberikan oleh-Nya sempena Ramadan," katanya sambil tersenyum.

Sedih kenangkan sambutan Aidilfitri

Seorang lagi penduduk, Mariam Haris, 35, memberitahu, ketika kejadian dia baru sahaja selesai mendapatkan rawatan Hospital Port Dickson.

"Tuan rumah menghubungi saya memaklumkan kejadian ini dan sebaik tiba di rumah, banjir lumpur telah memasuki kediaman hingga ke paras lutut dan semua barang terapung-apung.

"Memang banyak barang yang rosak, tetapi apa boleh buat benda dah nak berlaku. Sedih juga apabila mengenangkan sekarang ini bulan puasa dan Aidilfitri dah nak dekat," katanya.

Menurutnya, sebelum dia keluar rumah untuk ke hospital, dia tidak menyangka hujan yang turun menyebabkan banjir sebegini buruk berlaku kerana kebiasaannya air hanya naik di kawasan perkarangan rumahnya.

JKM akan salur bantuan secepat mungkin

Sementara itu, itu Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah, Rahmat Sahat berkata, pihaknya akan menyalurkan bantuan pemulihan secepat mungkin kepada semua mangsa banjir terlibat.

Dalam pada itu, menurut sumber Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS), daerah, pihaknya telah mengenal pasti punca berlaku banjir dan akan menyegerakan operasi pembersihan sistem perparitan yang tersumbat di kawasan berkenaan.

Tinjauan Sinar Harian juga mendapati kontraktor yang dilantik untuk kerja pembinaan lebuh raya telah menyelenggara sistem perparitan di jalan utama Batu 14, Pasir Panjang supaya banjir lumpur tidak terus mengalir ke kawasan rumah penduduk.

Mana suara kita dalam isu Rohingya?

Posted: 03 Aug 2012 12:36 AM PDT

14 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Umat Islam etnik Rohingya di Myanmar perlu dibela dan umat Islam seluruh dunia. Jangan berpeluk tubuh sahaja apabila masyarakat Islam minoriti ini bukan sahaja dipinggirkan malahan disembelih hidup-hidup, dibakar dan wanitanya dirogol.

Mana perginya suara dan tindakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pertubuhan hak asasi manusia serta mana menghilangnya orang yang kita selama ini sanjung serta hormati dan simpati terhadapnya iaitu, Aung San Suu Kyi.

Tiada apa-apa tindakan yang boleh masyarakat dunia lakukan termasuk 'Polis Dunia', Amerika Syarikat. Nampaknya Amerika hanya menjaga kepentingan negara haram Israel sahaja tanpa memperdulikan sangat nasib negara-negara lain yang dianggap tidak mendatangkan keuntungan kepada mereka.

Tabiat buruk Amerika dan PBB ialah apabila semuanya mati atau tinggal abu barulah mereka sibuk lantang bersuara dan menghulurkan bantuan itu dan ini. Nampaknya umat Islam global sentiasa dimusuhi. Sempena bulan Ramadan ini doa umat Islam sangat dituntut dan diharapkan semua masjid dan surau di seluruh Malaysia mengadakan solat hajat dan diadakan khutbah khas Jumaat.

Kalau kita berani bersuara dan sanggup membantu saudara kita di Palestin, kenapa tidak juga kita bersuara dan membantu saudara seagama di Myanmar yang kini sedang menderita akibat kekejaman puak Rakhine.

harakahdaily/-

Konvoi royalti simbolik sambut Najib ke Kelantan

Posted: 03 Aug 2012 12:33 AM PDT

14 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Selepas berjaya menganjurkan konvoi dari Kota Bharu ke Gua Musang, NGO Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) hari ini pula meneruskan Konvoi Royalti dari Kota Bharu ke Pasir Puteh.

Menurut satu kenyataan NGO itu hari ini, pihaknya juga akan mengadakan sidang media jam 2.45 petang di Masjid Kubang Kerian.

Presidennya Nazri Deraman berkata, konvoi hari ini juga sebagai simbolik kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kelantan yang dijadual 5 Ogos ini.

"Kita mahu perdana menteri selesaikan isu tuntutan royalti Kelantan ini dengan cara baik mengikut apa yang termaktub dalam perjanjian antara Petronas dengan Kerajaan negeri," katanya.

Tambahnya lagi penyelesaian cara baik itu juga termasuk mengikut Akta Kemajuan Petroleum 1974, Perjanjian yang dimeterai pada 9 Mei 1975 antara Petronas dengan Kerajaan Negeri serta amanat Tun Razak sendiri.

Selain itu Sultan Kelantan juga telah menitahkan agar pendaratan Gas ke Kelantan serta telah menandatangani plak menuntut royalti pada 5 Jun 2012 lalu.

Pada 27 Julai lalu, Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri mengepalai Konvoi Royalti yang disertai lebih 200 kenderaan dari Kota Bharu ke Gua Musang.

Semalam, konvoi serupa turut diadakan bermula dari Kota Bharu ke Rantau Panjang.

harakahdaily/-

Pindah rumah dengan baj

Posted: 03 Aug 2012 12:05 AM PDT

14 Ramadhan 1433H. [MOD] -

TIGA buah rumah diangkut dengan menggunakan sebuah baj yang bergerak di Sungai Fraser, Richmond kelmarin.

RICHMOND - Sebuah baj digunakan untuk mengangkut tiga buah rumah yang dibina pada tahun 1915 ke Teluk Union dekat Comox di Pulau Vancouver, Kanada kelmarin.

Rumah tersebut dibeli oleh Ben Ford dan isterinya bagi mengelak ia dirobohkan oleh sebuah syarikat hartanah di 37th Avenue, Vancouver.

Ia dihantar ke Sungai Fraser dengan menggunakan sebuah trak sebelum diangkut dengan menggunakan baj.

Pembelian dan pemindahan rumah itu melibatkan kos sebanyak K$150,000. (466,073.91). - Agensi

LRT-Ampang: George Kent bohong, kata Rafizi

Posted: 02 Aug 2012 11:48 PM PDT

14 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Saya memandang berat kenyataan En Cheong Thiam Fook, Pengarah Eksekutif George Kent yang mendakwa konsortium tersebut lulus penilaian teknikal dan kewangan dalam bidaannya.

Kenyataan itu terang-terang membelakangkan laporan penilaian rasmi yang digunapakai oleh kerajaan dalam menentukan kontraktor bagi kerja-kerja tambahan sistem LRT Laluan Ampang.

Malah, En Cheong Thiam Fook dan George Kent telah berbohong apabila beliau mengeluarkan kenyataan-kenyataan berikut:

1. Bahawa Konsortium George Kent – Lion Pacific telah LULUS penilaian kewangan

2. Bahawa Konsortium George Kent – Lion Pacific telah MEMATUHI semua syarat-syarat kontrak

3. Bahawa Konsortium George Kent – Lion Pacific telah LULUS semua syarat teknikal

Pembohongan ini dibuat dengan tujuan untuk mengabui mata rakyat Malaysia. Konsortium George Kent dan rakan-rakan karib mereka dalam pentadbiran Umno/Barisan Nasional percaya dengan propaganda media yang berterusan, mereka dapat meyakinkan rakyat bahawa tidak ada unsur rasuah dan penyelewengan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak dalam memastikan konsortium itu mendapat kontrak.

Saya sertakan fakta-fakta dan susur galur yang membuktikan bahawa Konsortium George Kent telah berbohong:

Dalam satu surat bertarikh 20 Januari 2012, Dato' Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana telah mengemukakan ringkasan penilaian keseluruhan bidaan (penilaian teknikal, penilaian kewangan dan pematuhan kepada syarat-syarat kontrak) kepada Kementerian Kewangan bersama-sama cadangan lantikan untuk diluluskan Kementerian Kewangan;

Bidaan oleh George Kent dibuat melalui Konsortium George Kent-Lion Pacific yang turut melibatkan syarikat-syarikat Wijet dan Thales dari luar negara. Bidaan ini dilabelkan sebagai bidaan 3 dari 8 pembida (3/8);

Ringkasan penilaian keseluruhan bidaan (salinannya disertakan bersama) dengan secara jelas menunjukkan bahawa Konsortium George Kent hanya mendapat markah 8.7 daripada 30 markah keseluruhan bagi penilaian kewangan. Oleh itu, Prasarana telah memutuskan bahawa George Kent GAGAL dalam penilaian kewangan;

Ringkasan penilaian keseluruhan bidaan juga menyatakan bahawa George Kent TIDAK MEMATUHI syarat-syarat kontrak. Malah, ia membuat permohonan agar beberapa syarat seperti "bayaran ganti rugi kerosakan akibat gangguan" (atau Agreed Disruption Damages) disemak kembali;

Pada markah teknikal 38.62 dari 70 markah keseluruhan, George Kent berada di tempat ketiga tercorot dalam penilaian teknikal. Malah, di dalam laporan penuhnya, Perunding Halcrow dengan secara jelas menyatakan bahawa ia tidak yakin Konsortium George Kent boleh melaksanakan projek itu.

Kesemua fakta ini adalah fakta yang sah dan diangkat ke peringkat tertinggi Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan yang dipengerusikan Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri. Saya telah disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana mendedahkan dokumen yang sah ini.

Oleh itu, pembohongan yang dibuat oleh George Kent bahawa ia telah lulus semua penilaian dan mematuhi syarata-syarat menghina semua proses dan prosedur yang digunapakai di dalam sistem perolehan negara. Ia juga membayangkan bahawa proses dan prosedur ini tidaklah berfungsi dan berkesan sehingga ia langsung tidak dihormati oleh pembida.

Lebih merunsingkan, ia membayangkan 'lesen besar' yang dipunyai oleh George Kent untuk membuat kenyataan yang sewenang-wenangnya membelakangkan keputusan Kumpulan Prasarana.

Ini menimbulkan persoalan dimanakah kemampuan Prasarana kelak untuk memantau dan memastikan George Kent akan mematuhi semua syarat dan jadual kerja seperti yang dipersetujui, apabila belum pun kerja-kerja bermula George Kent dengan bongkaknya membohongi keputusan bidaan yang diangkat oleh Prasarana.

Saya yakin kebongkakan George Kent ini berpunca dari sokongan padu Dato' Seri Najib kepada syarikat itu. George Kent tahu mereka kini sudah kebal dari undang-undang kerana dilindungi sepenuhnya oleh Perdana Menteri, sebab itulah mereka tidak segan silu berbohong walaupun ada fakta dan bukti yang sahih.

harakahdaily/-

Punca 2 kematian di jeti terminal petroleum

Posted: 02 Aug 2012 11:18 PM PDT

14 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) mengenal pasti kekurangan langkah keselamatan sebagai punca dua insiden kematian di jeti terminal petroleum pada Januari dan Jun lepas.

Penolong Pengarah Bahagian Major Hazard, Izani Mohd. Zain memberitahu dua kematian itu berlaku di Pengerang, Johor.

Kematian pertama pada Januari melibatkan seorang jurutera yang maut ketika menyelam untuk memasang perlindungan katod pada struktur jeti, katanya menambah jurutera berkenaan tidak memberi respons terhadap bantuan pernafasan.

Kejadian kedua berlaku pada 16 Jun yang berpunca daripada kegagalan majikan memantau pekerja, mengakibatkan seorang daripada mereka terjatuh ke dalam laut dan lemas.- BERNAMA

Beza Ramadhan dulu dan sekarang

Posted: 02 Aug 2012 11:06 PM PDT

14 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Ramadan zaman dulu-dulu tak sama dengan Ramadan hari ini. Dahulu, apabila masuk bulan puasa, agak kurang meriahnya berbanding hari ini. Iyalah, zaman dahulu mana ada bazaar Ramadan, mana ada jualan mega raya dan mana ada iklan di tv dan radio serta akhbar yang gila-gila seperti hari ini. Zaman dulu, orang sambut kedatangan Ramadan dengan satu ingatan sahaja, nak berpuasa di siangnya dan bertarawih pada malamnya.

Kadang kala, rasanya sambutan Ramadan hari ini dari satu segi jauh lebih baik berbanding zaman dulu. Dulu, masuk sahaja bulan puasa, saya tak rasa sangat aura Ramadan. Tiada banner ucapan digantung bagi mengucapkan ihya Ramadan dan sebagainya. Majlis iftar di masjid pun kurang. Iktikaf 10 malam terakhir pun tak pernah dibuat orang. Pendeknya, ia berbeza dengan sekarang.

Sekarang ini di Bandar besar, misalnya Kuala Lumpur dan Shah Alam, setiap malam di bulan Ramadan, kebanyakan masjid dan suraunya melimpah ruah. Imam dijemput khas, sama ada imam hafiz tempatan mahu pun luar Negara. Ada masjid yang solat tarawihnya sampai dua jam.

Dahulu, solat tarawihnya selalunya laju. Imam akan buat 20 rakaat; tetapi lajunya minta ampun. Sekarang, selalunya orang suka buat lapan rakaat; tetapi siap ditambahkan dengan tazkirah. Pendeknya, pengisiannya lebih bermanfaat.

Dahulu, moreh menjadi kemestian. Ada orang (selalunya tukang masak masjid) tak solat tarawih, sebab nak siapkan moreh. Tapi sekarang, orang lebih berebut nak taja majlis iftar, sampai sesetengah masjid penuh jadual sebulan ditempah orang.

Dahulu, qiyamullail di bulan Ramadan agak jarang dibuat orang. Jika ada pun, lebih bersifat individu. Sekarang, qiyamullail dah jadi macam tradisi, khususnya pada 10 malam terakhir bulan Ramadan. Bahkan, ada orang ambil cuti 10 hari terakhir itu untuk memudahkannya beriktikaf di masjid. Bahkan, ada orang kaya yang ambil trip ke Mekah menunaikan umrah di hujung Ramadan.

Dahulu, bila musim Ramadan, amalan sedekah hanya berlegar di sekitar rumah dan jiran terdekat. Kini, amalan sedekah di bulan Ramadan dah jadi hebat, sampai ke luar Negara, Kemboja, Palestin dan sebagainya. Hebat sungguh sedekah zaman sekarang.

Dulu, orang sambut Ramadan dengan penuh kesederhanaan, makannya ala kadar, rasanya kurang pembaziran. Sekarang, orang jadikan Ramadan peluang mengaut keuntungan, makanan tidak sedap pun tidak mengapa, asalkan habis dibeli orang. Akhirnya, Ramadan jadi pesta makanan dan banyak terjadi pembaziran.

Inilah sedikit sebanyak perbezaan Ramadan antara dahulu dan sekarang…

http://www.hamizul.com/

ISA: Mengapa pembebasan terpilih, tidak semua

Posted: 02 Aug 2012 10:50 PM PDT

14 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengalu-alukan tindakan Kementerian Dalam Negeri yang telah membebaskan tiga orang tahanan ISA pada minggu ketiga Julai yang lepas.

"GMI percaya ini adalah hasil daripada kempen berterusan GMI dan rakyat Malaysia untuk membebaskan 45 tahanan dan hasil daripada mogok lapar yang dibuat oleh tahanan di Kamunting," ujar Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh dalam satu kenyataan, hari ini.

Penyelaras Suaram yang juga Sekretariat GMI, Syukri Razab turut mengeluarkan kenyataan itu.

Menurut sumber GMI, katanya mereka yang dibebaskan ialah Loganthan a/l Sanmugam, warganegara Malaysia, ditahan pada 2010, P. Valentine Jayakumar, warganegara Sri Lanka ditahan 2010 dan kerana pemerdagangan Malik Rehmat Ali Syakir, warganegara Pakistan, ditahan 2010, semua kerana pemerdagangan manusia.

"Menurut maklumat yang GMI miliki, tempoh tahanan ketiga-tiga mereka sepatutnya hanya akan tamat pada bulan Ogos, September dan Disember ini," ujarnya.

Kini, kata Syed Ibrahim seramai 42 tahanan masih ditahan di Kem kamunting, 19 warganegara Malaysia, Indonesia (6), Sri Lanka (5), Pakistan (3), India (2), Bangladesh (1), Iraq (2) dan Filipina (3)

"Pembebasan ini juga telah disahkan oleh Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan Dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri, Aswanjaya Abd Karim.

"Menurut beliau, ketiga-tiga tahanan dibebaskan oleh Menteri Dalam Negeri hasil daripada laporan keselamatan yang diserahkan kepada pihak menteri," katanya.

Namun, GMI tegasnya tetap mengutuk tindakan menteri yang melakukan pembebasan yang terpilih.

"Persoalannya, bagaimana dengan tahanan yang lain? Bukankah mereka seharusnya dibebaskan sedangkan ISA sudahpun dimansuhkan?" tanya beliau.

Beliau juga mempersoalkan apakah motif pembebasan yang terpilih itu, justeru menteri harus membebaskan kesemua tahanan ISA yang lain dengan serta merta.

"Pembebasan awal ini menunjukkan tuntutan GMI yang mewakili suara rakyat Malaysia sememangnya berasas. Menteri Dalam Negeri memiliki kuasa penuh untuk membebaskan tahanan walaupun perintah tahanan belum tamat," ujarnya lagi.

Justeru, katanya GMI tidak melihat sebarang sebab yang rasional untuk Menteri Dalam Negeri tidak membebaskan kesemua tahanan yang lain.

Menurutnya, melalui perhubungan pihak GMI dengan keluarga tahanan, rata-rata tahanan ISA tidak mengetahui perkembangan siasatan yang dibuat ke atas mereka.

"Bahkan mereka seolah-olah hanya dikurung tanpa dijelaskan mengenai proses yang sedang dan akan mereka lalui. Mereka sekadar dikurung dan hanya menunggu tarikh tamat perintah tahanan," katanya.

Justeru, kata beliau GMI menggesa Menteri Dalam Negeri untuk membebaskan semua 42 tahanan yang lain.

GMI juga, ujarnya ingin mengetahui alasan pihak KDN mengapa tahanan yang lain tidak boleh dibebaskan lebih awal.

"Jawapan yang diberikan oleh menteri sebelum ini iaitu semua tahanan perlu mengikuti tempoh perintah tahanan sudah tidak lagi relevan.

"Jika alasan yang diberikan ialah risiko keselamatan, GMI tidak melihat perkara itu sebagai sesuatu yang logik memandang tahanan telah dikurung melebihi satu tahun dengan kawalan ketat daripada Kemta," katanya.

Syed Ibrahim berkata, GMI juga mencadangkan agar menteri membentangkan kepada umum mengenai kayu ukur dan kaedah yang digunakan KDN untuk menilai sama ada seseorang tahanan itu memberi risiko keselamatan atau tidak.

harakahdaily/-

Royalti: Umno risau hilang undi orang muda

Posted: 02 Aug 2012 10:37 PM PDT

14 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS Kelantan yakin kesediaan Umno Kelantan untuk menyelesaikan tuntutan royalti minyak sebelum pilihan raya umum ke-13 disebabkan kebimbangan terhadap kebangkitan anak muda yang menyokong tuntutan tersebut.

Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Wan Yussof berkata, Umno Kelantan berasa ketinggalan dalam menjaga kebajikan rakyat negeri itu dan berusaha mengambil hati mereka semula.

"Umno Kelantan rasa rugi kalau tak turut serta dalam isu ini. Apatah lagi bila melihat mood orang muda yang menyokong NGO menuntut royalti minyak ini dikembalikan. Umno fikir mereka kena beri perhatian isu yang mendapat sokongan pengundi muda," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa Umno Kelantan akan berusaha menyelesaikan isu berbangkit termasuk tuntutan royalti minyak.

Badan-badan bukan Kerajaan (NGO) di Kelantan sebelum ini menubuhkan Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (GEGAR) dan mendapat sambutan yang hebat daripada golongan muda.

Wan Nik juga berkata, Umno tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil sebarang tindakan berhubung tuntutan ini kerana ianya sudah dibawa ke mahkamah.

"Saya yakin Mustapa mesti sudah berbincang dengan perdana menteri untuk uruskan hal tuntutan ini.

"Masalah tuntutan minyak ini sudah jadi kes mahkmah. Kalau betul Umno nak selesaikan, mereka kena selesai cara mahkmahlah. Hal ini tak mudah walaupun Mustapa cakap macam mudah sahaja," katanya.

Tambah beliau lagi, Mustapa dan pemimpin-pemimpin Umno yang lain terlebih dahulu perlu menarik balik kenyataan mereka sebelum ini yang menafikan hak rakyat ke atas royalti minyak.

"Sebelum ini Mustapa, Dr. Awang Adek dan pemimpin Umno Kelantan yang lain kata Kelantan tak layak dapat royalti. Jadi kalau nak selesaikan isu ini, mereka kena tarik balik semua kenyataan sebelum ini," katanya.

Ogos 2010, PAS Kelantan mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Petronas berhubung royalti minyak yang didakwa bukan terletak di perairan negeri.

harakahdaily/-

PAS setuju larang ceramah politik dalam Masjid

Posted: 02 Aug 2012 10:36 PM PDT

14 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Rani Osman bersetuju dengan gesaan beberapa pihak supaya tindak menggunakan masjid sebagai medan berpolitik kepartian.

Menurutnya, perkara itu sebelum ini juga pernah dinyatakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang juga tidak bersetuju dengan mana-mana pihak yang menggunakan masjid untuk politik kepartian.

Bagaimanapun, ia tidak mendatangkan sebarang masalah sekiranya tazkirah itu membincangkan soal politik kerana Islam dan politik memang tidak boleh dipisahkan.

"Ia berbeza antara politik kepartian dengan politik semasa. Politik semasa ini memang tidak boleh dipisahkan. Itu tak apa, yang tak bolehnya bila bercakap pasal PAS, pasal Umno," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Tambah beliau, mana-mana kariah masjid dan surau yang mendapati penceramah - sama ada daripada PAS atau Umno yang memberi tazkirah politik kepartian, boleh membuat aduan mengenainya.

"Mana-mana penceramah yang bercakap soal parti politik, kita minta diadukan kepada kita. Siap dengan bukti. Kalau ada rakaman, video dan sebagainya untuk menyokong dakwaan tersebut.

"Kita tidak mahu hanya ada yang kata penceramah ini bercakap pasal politik, tapi bila ditanya siapa, tidak boleh bagitahu. Jika ada bukti yang jelas dan kukuh, tindakan boleh diambil," tegas beliau lagi.

Ditanya bentuk tindakan yang boleh diambil ke atas penceramah terbabit, Adun Meru itu berkata perkara tersebut akan diadukan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan lanjut.

harakahdaily/-

Saksi kes langgar lari dicari

Posted: 02 Aug 2012 10:33 PM PDT

14 Ramadhan 1433H. [MOD] -

SEKINCHAN - Polis mencari saksi bagi membantu siasatan satu kes kemalangan langgar lari melibatkan penunggang basikal di kilometer 70 Jalan Teluk Intan - Klang, dekat Parit 7 Sungai Leman, malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian jam 8.30 malam itu, seorang budak 11 tahun maut serta merta di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah akibat dirempuh sebuah kereta dipercayai jenis Proton Saga BLM berwarna hitam.

"Ketika kejadian, mangsa, Muhammad Azman Mustafa, mengayuh basikal ke kedai runcit berhampiran sebelum sebuah kereta merempuhnya dari arah belakang.

"Kita percaya kereta melanggar mangsa dipandu laju dan jenisnya dikenalpasti berdasarkan serpihan bamper kereta yang berada di tempat kejadian,"katanya.

Menurut Mushar, polis kini sedang menjalankan siasatan bagi mengesan identiti suspek langgar lari tersebut dan sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat daripada saksi kejadian.

"Saya berharap mereka yang menyaksikan kejadian tampil memberikan kerjasama bagi mengesan suspek dan memastikan tindakan undang-undang dapat diambil,"katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Muhammad Norizan Ramli di talian 03-32245963 atau 012-5188046 bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian berasingan, seorang remaja, Muhd Anuar Maa'duan, 18, maut dirempuh kereta Proton Gen 2, di Jalan Batu 38 Sabak, kira-kira jam 5.45 petang, hari yang sama.

Noor Mushar berkata, dalam kejadian itu, kereta yang dipandu seorang lelaki dari Sabak ke Tebuk Berihun hilang kawalan dan merempuh motosikal Honda EX-5 yang ditunggang mangsa dari arah bertentangan.

"Pemandu berusia 36 itu dilepaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil dan siasatan terperinci sedang dijalankan,"katanya.

Mangsa yang sedang menunggu tawaran kemasukan ke universiti itu maut serta merta di tempat kejadian kerana kecederaan parah di bahagian kepala.

Sementara itu, Noor Mushar menggesa pengguna lebih menitikberatkan aspek keselamatan jalan raya terutamanya menjelang musim perayaan yang akan tiba nanti.

"Pemanduan yang berhemah dapat mengurangkan risiko kemalangan jalan raya dan pada masa sama menyelamatkan lebih banyak nyawa,"katanya.

sinar harian/-

Maut dibaling batu

Posted: 02 Aug 2012 10:30 PM PDT

14 Ramadhan 1433H. [MOD] -

MELAKA: Akibat pertelingkahan keluarga berpunca daripada masalah meletak kereta, seorang jurujual maut dalam satu pergaduhan membabitkan lebih 20 individu di sekitar Tanjung Kling, dekat sini.

Mangsa, Mohd Faizal Harun, 34, pada mulanya cedera parah di kepala selepas dibaling batu bata ketika pergaduhan kira-kira jam 5 petang 28 Julai lalu, namun disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 11.50 malam Selasa lalu.

Menurut sumber, pergaduhan itu berpunca apabila sebuah kereta terhalang ketika mahu keluar rumah, menyebabkan berlaku pertikaman lidah dengan anggota keluarga yang tinggal bersebelahan.

"Pergaduhan antara dua keluarga itu bertambah buruk apabila rakan dan saudara lain turut campur tangan hingga membabitkan lebih 20 orang," katanya di sini, semalam.

Menurutnya, dalam pergaduhan itu pelbagai senjata digunakan termasuk kerambit, batu bata, besi, kayu dan pasu bunga hingga mengakibatkan beberapa yang lain cedera.

metro/-

Sa’labah, si kaya yang kedekut

Posted: 02 Aug 2012 09:18 PM PDT

14 Ramadhan 1433H. [MOD] -

SA'LABAH bin Hatib, kehidupannya cukup sederhana, beliau adalah seorang lelaki yang taat menunaikan ibadah dan selalu berjemaah bersama Nabi Muhammad SAW. Kehairanan menerpa Rasulullah, apabila setiap kali usai solat, Sa'labah segera bangkit pulang ke rumahnya tanpa sempat bersalaman dan berzikir dengan jemaah lain.

Pada suatu hari, Rasulullah bertanya kepada Sa'labah." Hai Sa'labah, "Mengapa engkau cepat bangkit dari duduk mu apabila selesai menunaikan solat bersama kami?".

Lelaki itu menjelaskan kepada Rasulullah, beliau hanya mempunyai sehelai kain untuk solat. Beliau perlu cepat kembali ke rumah supaya kain yang dipakainya itu akan dipakai pula oleh isterinya untuk solat. Bagaimanapun, di sebalik ketaatannya itu, Sa'labah ada menyimpan sedikit perasaan ingin menjadi kaya. Berjumpalah Sa'labah dengan Rasulullah dan mengharapkan supaya Nabi berdoa kepada ALLAH supaya beliau beroleh kekayaan.

Mendengar permintaan Sa'labah itu, Rasulullah memandangnya dengan penuh kehairanan, lalu Baginda bertanya, "Untuk apa rezeki yang banyak itu wahai Sa'labah? Menurut pendapat ku, lebih baik bersederhana kerana rezeki yang banyak akan menyusahkan kita kelak!", hujah Rasulullah. Sa'labah terdiam. Dalam diamnya itu nafsu ingin kaya yang sudah lama tertanam di hatinya semakin menjadi-jadi.

Tidak lama selepas itu, Sa'labah menyampaikan lagi permohonannya kepada Rasulullah. Permintaannya kali ini disertai dengan alasan yang lebih kuat, antara lain Sa'labah berkata; "Kalau aku kaya kelak, golongan miskin dan melarat akan ku beri bantuan secukupnya, akan ku dirikan hospital, membangunkan rumah ibadah.

Pendek kata, segala harta yang dikurniakan akan digunakan sebaik-baiknya demi keredaan ALLAH," Mendengar ucapan Sa'labah yang bersungguh-sungguh itu maka Rasulullah mendoakan kepada ALLAH agar Sa'labah dikurniakan-Nya dengan harta yang banyak.

ALLAH memakbulkan permintaan hamba dan Rasul-Nya. Rezeki Sa'labah makin bertambah. Kambing Sa'labah makin membiak dengan banyaknya.

Semenjak kekayaannya bertambah, ibadahnya pun semakin berkurangan. Solat berjemaah tidak lagi dihadirinya akibat terlalu sibuk menguruskan kambingnya sudah berkembang biak itu. Dahulu sebelum beroleh harta kekayaan Sa'labah pernah berjanji kepada Rasulullah bahawa dia ingin menggunakan segala kekayaannya itu untuk berjuang ke jalan ALLAH tetapi dia tidak menepati janji.

Pada suatu hari turunlah ayat mewajibkan zakat kepada Nabi. Maka perintah zakat itu segera disampaikan oleh Rasulullah kepada segenap umat Islam yang mampu tidak terkecuali Sa'labah. Ketika amil sampai ke rumah Sa'labah, beliau tidak mempercayai suruhan itu bahkan mencurigai Rasulullah sendiri. Padanya itu hanya peraturan Rasulullah kerana cemburu disebabkan kambingnya yang banyak yang mesti dizakatkan dan bukannya perintah ALLAH.

Sa'labah tidak mempedulikan utusan Rasulullah. Dia masih juga tidak mahu membayar zakatnya kerana disangkanya perintah menunaikan zakat itu adalah ciptaan Rasullullah sendiri. Baliklah amil itu dengan perasaan hampa. Begitulah sifat Sa'labah setiap kali utusan Rasulullah datang. Ada sahaja helah dan alasan yang dikemukakannya untuk mengelakkan dari membayar zakat.

Pada masa itu, turunlah Firman ALLAH: "Di antara mereka, ada yang berjanji kepada ALLAH. Sekiranya aku diberi rezeki yang banyak, aku akan banyak memberi sedekah, aku akan menjadi orang yang soleh. Tetapi, setelah mereka memperoleh rezeki yang berlimpah ruah lalu mereka menjadi orang yang bakhil dan berpaling dari janjinya. Akhirnya mereka ditimpa penyakit Munafik pada hari di mana mereka itu kembali kepada ALLAH disebabkan mereka mengingkari janjinya sendiri dan disebabkan kebohongan mereka. Apakah mereka tidak tahu, bahawa ALLAH itu Maha
Mengetahui segala rahsia dan apa yang tersirat dalam hati mereka dan bahawa ALLAH itu mengetahui segala perkara ghaib ." (Surah al-Baqarah: 75-78)

Salah seorang daripada sahabat Sa'labah yang mengetahui turunnya ayat itu segera memberitahunya. Kata sahabat Sa'labah tersebut: "Berhati-hatilah engkau.

Apakah kambing-kambing mu yang banyak itu akan engkau bawa ke mati? Dahulu engkau telah berjanji kepada ALLAH dan bukan hanya kepada Nabi Muhammad! Sa'labah sahabat ku, zakat yang diminta oleh utusan Rasulullah itu bukanlah untuk Baginda dan bukan pula Baginda yang mengadakan hukum zakat itu." Mendengar penjelasan sahabatnya itu, membuatkan Sa'labah sedar akan kesalahan dan keangkuhannya selama ini.

Sa'labah bukan sahaja insaf, malah merasa takut yang amat sangat.

Tanpa berfikir panjang lagi. Sa'labah berjumpa Rasulullah dengan membawa berpuluh-puluh ekor kambing untuk dizakatkannya. Tetapi Rasulullah hanya menggelengkan kepala sambil mengatakan bahawa Baginda tidak menerima zakat itu, bahkan pintu zakat sudah tertutup bagi Sa'labah.

Mendengar jawapan tersebut Sa'labah menangis sekuat-kuat hatinya.

Sa'labah kembali ke rumahnya dengan membawa kambingnya itu. Hatinya penuh dengan penyesalan. Usaha Sa'labah hendak menyerahkan zakat ternakannya gagal. Hinggalah ke zaman pemerintahan Khalifah Osman bin Affan iaitu selepas kewafatan Rasulullah dan Saidina Abu Bakar.

Beliau tetap dalam keadaan takut, kecewa dan menyesal kerana zakatnya tidak diterima lagi sedangkan ancaman ALLAH sudah turun ditujukan kepada orang yang enggan membayar zakat.

SUMBER: http://dakwah-imanyakin.blogspot.com

Mencintai Karena Allah

Posted: 02 Aug 2012 08:35 PM PDT

14 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Sahabatku, Rasulullah bersabda, "Tiada yang bisa dilihat lebih indah oleh orang yang saling mencintai seperti halnya pernikahan." (HR. al-Hakim). Cinta itu berintikan kerelaan untuk memberi, berbagi dan membahagiakan. Itu tidak terjadi jika ego masih nomor satu, kita mencintai karena ingin menguasai.

Meredam dan menata ego adalah keharusan agar mampu mencintai setulus hati. "Ada tujuh golongan yang mendapatkan perlindungan Allah, tiada perlindungan kecuali dariNya -Disebutkan salahsatunya- dua orang yang saling mencintai karena Allah dan dia berpisah karena Allah." (HR. Bukhari).

Sahabatku, cinta karena Allah, cinta karena akhlaknya yang baik, rindu bertemu dengannya karena Allah, jika orang yang kita cintai ahli ibadah maka kita juga menjadi ahli ibadah. jika pasangan kita orang yang sangat peduli dan mencintai dunia anak-anak maka kita pun peduli dan mencintai dunia anak-anak. Jika pasangan kita orang yang peduli dengan penderitaan sesama, kita juga menjadi orang yang peduli dengan penderitaan sesama. Inilah ekpresi cinta karena Allah.

Bersyukurlah bila anda memiliki rasa cinta itu karena Allah. bukan menodai cinta, menodai hati, menodai pikiran dan menodai tubuh dengan kemaksiatan. Kemaksiatan kenikmatan yang mengakibatkan penderitaan, perasaan berdosa dihadapan Allah akan terus membayangi hidup. Hindarilah berpacaran. Keindahan cinta karena Allah hanya terwujud dengan ikatan suci pernikahan. Bila memang mencintainya karena Allah. Maka segeralah menikah!

Sahabatku, yuk..aminkan doa ini untuk mendapatkan jodoh yg terbaik dari sisi Allah.'Rabbana hablana milladunka zaujan thayyiban wayakuna shahiban lii fiddini waddunya wal akhirah' Artinya. "Ya Tuhan kami, berikanlah kami pasangan yg terbaik dari sisiMu, pasangan yg juga menjadi sahabat kami dlm urusan agama, urusan dunia & akhirat."

posted by :agussyafii

Pemberontak Syria bedil pangkalan tentera

Posted: 02 Aug 2012 07:54 PM PDT

14 Ramadhan 1433H. [MOD] -

BEIRUT – Kumpulan pemberontak Syria semalam membedil Pangkalan Tentera Udara Menagh di Aleppo dengan menggunakan sebuah kereta kebal yang dirampas daripada askar-askar tentera Presiden Bashar Al-Assad.

Penggunaan kereta kebal itu menunjukkan kumpulan pemberontak mula menempatkan senjata berat yang dirampas sejak beberapa minggu lalu daripada tentera Syria.

Pangkalan tentera Menagh di utara Syria itu digunakan helikopter dan pesawat untuk mengebom kumpulan pemberontak.

Bandar Aleppo dianggap penting buat kumpulan pemberontak yang menentang kepimpinan Bashar.

"Jika Aleppo jatuh (menjadi milik pemberontak) kami akan menubuhkan ibu pejabat di Istana Presiden," kata seorang anggota Majlis Kebangsaan Syria, Burhan Ghalioun lewat kelmarin di Paris.

Tentera Bashar turut melakukan serangan dekat Damsyik, Syria menyebabkan 43 orang terbunuh.

Serangan itu dilakukan kelmarin di daerah Jdaidet Artuz.

Tentera Bashar menangkap kira-kira 100 belia dan dibawa ke sebuah sekolah dan didera.
Malaysia Open House 2012 (Sunday 12 August 12.00-4.00pm)

Dalam perkembangan berkaitan, tiga juta penduduk Syria memerlukan bekalan makanan ekoran krisis di negara itu yang bermula sejak Mac tahun lalu.

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pemerintah Syria, seramai 1.5 juta penduduk memerlukan bekalan makanan dengan segera terutama di kawasan yang dilanda pertempuran.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama telah menandatangani satu dokumen yang membenarkan AS memberi sokongan kepada para pemberontak Syria.

Dokumen tersebut membenarkan Agensi Perisikan Pusat (CIA) melakukan tindakan secara rahsia.

Bagaimanapun, para pegawai White House enggan memberikan komen berhubung laporan tersebut.

Lebih 19,000 orang dilaporkan mati dalam pertempuran antara kumpulan pemberontak dengan tentera Bashar sejak Mac tahun lalu.

Pertubuhan Kerjasama Islam juga dijangka membincangkan untuk menggantung keanggotaan Syria.

Agensi berita Antara melaporkan Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa berkata lebih banyak langkah perlu dilakukan bagi menamatkan konflik di Syria. – Agensi

TERKINI: Kapal Dari Malaysia Tenggelam Di Aceh, 11 Mangsa Masih Dicari

Posted: 02 Aug 2012 07:48 PM PDT

14 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Banda Aceh - Sebuah kapal motor yang mengangkut 325 ton beras dan dua ton bawang dari Pulau Pinang Malaysia, tenggelam di perairan Selat Melaka antara wilayah Pidie dan Aceh Besar. 11 penumpang termasuk nakhoda kapal hingga kini masih dicari. Gambar fail

Firman, sukarelawan dari Tim Reaksi Cepat (TRC) menyatakan, kapal motor Artika dengan berat enjin 256 GT itu hilang komunikasi sejak Khamis 2 Ogos kira-kira 16.30 WIB, ketika dalam perjalanan menuju Pulau Sabang.

"Sebelumnya sempat ada hubungan telefon dengan syahbandar," katanya Jumaat (3/8/2012).

Nakhoda KM Artika bernama Riswan menyatakan kapalnya dalam keadaan bocor dan sudah tenggelam satu meter antara perairan Kecamatan Laweueng, Pidie dan Krueng Raya, Aceh Besar. Tiba-tiba kapal ini terputus komunikasi.

Pasukan SAR Aceh terus mengarahkan relawan dengan speedboat dari Pelabuhan Ulee Lheue, Banda Aceh. Namun ditengah perjalanan kehabisan bahan bakar sehingga terpaksa berpatah ke Sabang untuk pengisian minyak.

Sejumlah relawan SAR dibantu nelayan ketika ini sedang berusaha mencari mangsa. Dua kapal sudah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Maklumat yang diperoleh Okezone.com, kapal itu mengangkut beras dan bawang milik Zakaria Abdullah, warga Aceh. Barang itu hendak dibawa ke Sabang. -adaptasi bahasa dari okezone oleh GB

Saya sudah 11 tahun mati

Posted: 02 Aug 2012 07:44 PM PDT

14 Ramadhan 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHRU: "Saya umpama hantu bernyawa. Walaupun masih hidup, tetapi 'dimatikan' oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)," kata Siti Salbiah Kasmori, 45, yang mengalami pelbagai kesukaran dalam kehidupan kerana di dalam rekod JPN, dia sudah meninggal dunia 11 tahun lalu.

Ibu tunggal itu berkata, sejak kesilapan itu berlaku 11 tahun lalu, dia sudah membuat aduan kepada kepada JPN tiga kali pada 2001, 2006 dan 2008, namun masalah itu belum diselesaikan.

"Masalah ini menyukarkan hidup saya. Lebih teruk, saya tidak boleh menerima pencen arwah suami kerana secara rasminya saya sudah mati. Selain itu, saya risau keluar rumah kerana bimbang ditahan polis.

"Malah, pada Pilihan Raya Umum ke-12 empat tahun lalu, saya tidak dibenarkan mengundi kerana dalam rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) saya sudah meninggal dunia," katanya yang ditemui di rumahnya di Bandar Seri Alam, Masai, dekat sini.

Siti Salbiah berkata, dia menyedari status dirinya dikategorikan sudah meninggal dunia oleh JPN ketika mahu memohon MyKad baru diperkenalkan kerajaan pada 2001.

metro/-

Badminton subur harapan pingat untuk kontinjen M'sia

Posted: 02 Aug 2012 07:37 PM PDT

14 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Badminton masih terus menyalakan harapan tinggi Malaysia dalam memburu emas pertama negara dalam temasya Sukan Olimpik dengan Datuk Lee Chong Wei dan beregu Koo Kien Keat/Tan Boon Heong layak ke separuh akhir pada hari keenam, semalam.

Koo dan Tan merupakan atlet pertama menceriakan kontinjen Malaysia selepas menjinakkan beregu Thailand, Isara Bodin/Jongit Maneepong 21-16, 21-18 dalam masa 43 minit pada perlawanan suku akhir di Arena Wembley.

Bagaimanapun, Koo dan Tan, beregu nombor lapan dunia, terpaksa berdepan dengan beregu nombor dua dunia, Cai Yun/Fu Haifeng dari China pada separuh akhir Sabtu ini.

Manakala Chong Wei, pilihan utama di sini dan sandaran utama dalam membawa pulang emas pertama negara, seperti dijangkakan, menempah tiket ke separuh akhir dengan menundukkan pemain India, Kashyap Parupali, 21-19, 21-11 dalam masa 44 minit.

Chong Wei, pemain nombor dua dunia, akan berdepan dengan pemain ranking tiga dunia, Chen Long dari China, dalam perlawanan separuh akhir pada pukul 9.30 malam waktu Malaysia hari ini.

Chong Wei memang pingat perak pada Sukan Olimpik 2008 di Bejing apabila kalah kepada musuh ketat Lin Dan dari China pada perlawanan akhir.

Bagaimanapun, dalam kolam renang, Khoo Cai Lin, satu-satunya perenang Malaysia, gagal melepasi saringan 2 acara 800m gaya bebas wanita dengan hanya mampu menduduki tangga keenam daripada lapan perenang dengan masa 8:51.18s.

Beliau ketinggalan 16.000 saat daripada pemenang saringan 2, Julia Hassler dari Liechtenstein yang mencatatkan masa 8:35.18s. Hanya juara setiap daripada lapan saringan, layak ke final.

Esok di Padang Kriket Lord, pemanah Khairul Anuar Mohamad mempunyai peluang ke final dalam acara Recurve individu lelaki.

Tetapi terlebih dahulu, Khairul Anuar perlu berdepan dengan pemanah tuan rumah, Larry Godfrey pada pusingan ketiga.

Penerjun negara Cheong Jui Hoong/Ng Yan Yan akan bersaing dalam acara 3m papan anjal manakala pelumba basikal wanita Fatehah Mustafa akan mula merasai pengalaman sulung dalam Sukan Olimpik apabila beraksi dalam acara keirin.

Sementara itu, Chong Wei mengambil masa 44 minit untuk menundukkan Kashyap Parupali.

Pada set pembukaan, Chong Wei, mula melakukan gerakan perlahan untuk mencari rentak selepas tidak beraksi secara kompetitif akibat kecederaan buku lali sejak Mei lalu, dan terpaksa ketinggalan 3-6, 5-9, 6-10, 10-14.

Bagaimanapun, Chong Wei, yang menang pingat perak pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, berjaya memburu mata demi mata untuk menyamakan kedudukan 15-15 sebelum mengutip set pertama 21-19 dalam masa 27 minit.

Pada set kedua, Chong Wei mula memantapkan pukulan set-piece dan Kashyap tidak dapat menandingi ketangkasan pemain pilihan utama itu sebelum akur dengan keputusan 21-11 dalam masa 17 minit.

Selepas mengharungi dua perlawanan dalam kumpulan A menentang Ville Lang dari Finland dan pemain Indonesia, Simon Santoso, Chong Wei berkata walaupun nampak mudah namum Kasyhap memang memberi tekanan kepadanya.

"Dia bagus dan cuba mengganggu rentak sehingga memaksa saya melakukan beberapa kesilapan. Sekiranya saya ikut rentaknya, dia akan kalahkan saya," kata Chong Wei selepas perlawanan itu.

Dalam pada itu, dalam satu lagi pertemuan suku akhir, Chen Long tidak menghadapi masalah untuk mengetepikan pemain berpengalaman dari Denmark, Peter Gade dengan keputusan 21-16, 21-13.

Mengenai pertemuan dengan Chen Long hari ini, Chong Wei berkata lawannya itu dikenali dengan corak agresif dengan melakukan pukulan rali.

"Saya perlu bersedia untuk mengubah rentak," katanya.

Berpandukan statistik lepas, Chong Wei mempunyai kelebihan 6:4 dan kali terakhir mengalahkan pemain China itu pada Terbuka Malaysia 2012 Januari lepas dalam rubber-set 21-18, 17-21, 21-13.

Jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek berkata Chen Long dijangka menampilkan permainan rali dan Chong Wei perlu menggunakan ketangkasan untuk mematahkan rentak lawan.

"Chen Long telah mengubah gerakan taktikal dari pantas dan serang kepada pukulan jauh dan di situ Chong Wei perlu berjaga-jaga kerana lawannya itu hanya menunggu masa untuk mematikan pukulan," katanya.

- Bernama

Filem 'Penghasilan Filem "Tanda Putera" - Bukti Nyata UMNO Begitu Takut Hadapi Pilihanraya

Posted: 02 Aug 2012 07:25 PM PDT

14 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Tanda Putera' mampu cetus rusuhan kaum

Sebuah filem bertajuk 'Tanda Putera' mengalami situasi yang aneh kerana dikritik hebat sebelum ianya ditayangkan kepada umum.

Filem ini menempah kontroversi kerana ia menyentuh isu yang sangat sensitif dan berbaur perkauman kerana memfokuskan kepada tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969, satu peristiwa yang berlaku empat dekad yang lampau.

Peristiwa 13 Mei adalah tragedi berdarah yang tercetus di antara orang-orang Melayu dengan orang-orang Cina dan kini tercatat sebagai titik hitam dalam lipatan sejarah tanah air.

Dalam peristiwa itu seramai 196 orang dilaporkan terbunuh walaupun angka sebenar mungkin lebih dari jumlah itu.

Separuh dari bajet sebanyak RM4.5 juta filem arahan Shuhaimi Baba ini dibiayai oleh agensi kerajaan, Perbadanan Pembangunan Filem National (Finas).

Pengkritik menyoal kenapa filem ini diterbitkan di ambang negara sedang menghadapi pilihan raya umum ke 13 yang dijangka diadakan pada penghujung tahun ini atau selewat-lewatnya April 2013.

Motif filem ini tidak lain dan tidak bukan merupakan satu lagi dakyah pemerintah Barisan Nasional yang diterajui Umno untuk meraih kembali sokongan orang-orang Melayu yang semakin hari semakin terhakis.

Sebagai satu alat propaganda yang murah untuk menakut-nakutkan orang-orang Melayu dan bagi menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu terhadap orang-orang Cina dan etnik-etnik yang lain.

Mesej Umno mudah: "Undilah Umno jika kita mahu hak istimewa, nasib masa depan dan kuasa politik terus kekal di tangan orang-orang Melayu."

Kuasa politik

Jika orang-orang Melayu tidak bersatu di bawah 'payung' Umno maka orang-orang Cina akan mengambil alih pemerintahan negara ini.

Kuasa politik orang Melayu akan hilang, terpinggir dan orang-orang Melayu akan hidup merempat di tanah air sendiri.

Maka dicipta cerita bahawa jika orang-orang Melayu berpecah, parti DAP yang didominasi oleh orang-orang Cina akan mengambil alih pemerintahan di negara ini.

DAP dituduh telah diresapi oleh komunis dan parti PAS pula dituduh telah diresapi pengaruh Jemaah Islamiah (JI) yang membawa unsur keganasan.

Suasana kebimbangan ini turut disuarakan oleh Perdana Menteri apabila beliau menasihati orang-orang Cina supaya memilih parti yang dapat menjamin keamanan dan kestabilan politik di negara ini, jika mereka mahu terus berkembang maju dalam perniagaan.

Keadaan ini diburukkan lagi oleh media-media pro Umno yang terus menyemarakkan api perkauman dan mencipta suasana kebimbangan di kalangan rakyat, terutama di kalangan orang-orang Melayu.

Namun rakyat di negara ini tidak semudah itu termakan dengan dakyah Umno yang jahat dan bahaya ini. Pengundi terutama golongan muda yang celik IT dan media baru mula sedar.

Generasi baru

Generasi baru tidak lagi memikirkan diri mereka berasal dari etnik atau keturunan tertentu. Sentimen perkauman tidak lagi dapat mempengaruhi pemikiran mereka.

Seperti rakyat di negara-negara lain, contohnya di Afrika Utara dan Timor Tengah, mereka bersatu atas nama kebebasan, keadilan, kesamarataan dan menolak penindasan, kezaliman, penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa pihak pemerintah.

Hakikat inilah yang dibimbangi oleh Umno dan momentum untuk menuntut perubahan semakin kuat dan tidak dapat dibendung lagi oleh parti Umno yang lapuk itu.

Tidak pernah dalam sejarah, Umno begitu takut untuk menghadapi para pengundi. Ketakutan mereka mempunyai asasnya berdasarkan prestasi pilihan raya umum 2008.

Buat pertama kali mereka hilang dua pertiga majoriti di parlimen selain dari lima negeri – Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor – jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, walaupun Perak berjaya dirampas kembali.

Tetapi Umno tidak akan berhenti dari terus memainkan isu-isu sensitif seperti menerbit filem 'Tanda Putera' ini, termasuk filem dan video lucah dan porno bagi menyambung tali hayat politik mereka yang tinggal 'nyawa-nyawa ikan'. -FMT

Nuffnang