Presiden PAS kunjungi MB dan Exco Kelantan Posted: 13 May 2013 02:22 AM PDT 3 Rejab 1434 H. [MOD] -
KOTA BHARU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang, mengunjungi Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaacob, di pejabat Menteri Besar pagi tadi.
Tuan Guru ditemani Setiausaha Politiknya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, meluangkan masa kira-kira setengah jam bertemu Menteri Besar baru itu.
Kunjungan itu antara lain bagi merakamkan tahniah kepada Ahmad atas perlantikan beliau serta kepada kerajaan Kelantan yang masih mengekalkan kemenangannya masuk tahun ke 23.
Selepas itu, Tuan Guru Ahbdul Hadi juga turut mengadakan pertemuan dengan anggota exco kerajaan negeri yang baru di bilik mesyuarat Menteri Besar.
Pada pertemuan itu beliau mengingatkan kerajaan Kelantan supaya berhati-hati dengan permainan kerajaan pusat yang semakin lemas selepas PRU 13 lalu.
Menurutnya, Umno BN akan memaut sesiapa saja untuk menyelamatkan diri mereka sebagaimana orang yang lemas di laut mencari tempat bergantung agar tidak terus dibawa arus.
"Apa yang penting dasar kebajikan serta pentadbiran berasaskan kasih sayang perlu diteruskan.
"Biar rakyat sayangi kerajaan PAS kerana kebaikkannya dan bukannya takut kerana kerajaan yang garang," katanya.
Sehubungan itu beliau juga mengucapkan tahniah pada anggota-anggota exco baru yang dilantik.
"Saya harap dokongilah kerajaan negeri sebaik mungkin dengan mewujudkan semangat kerja berpasukan dan penuh rasa kasih bersama-sama,"ujarnya.
harakahdaily/- |
Kenyataan Mohd Noor hasil didikan Umno BN Posted: 13 May 2013 02:19 AM PDT 3 Rejab 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin berpandangan kenyataan Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah yang berbaur hasutan dipengaruhi pemikiran Umno BN. Beliau berkata, amat tidak wajar seorang cerdik pandai seperti Mohd Noor mengeluarkan kenyataan yang menggalakkan permusuhan kaum khususnya antara Melayu dan Cina.
"Pandangan beliau itu silap dan dipengaruhi oleh Umno BN. Macam mana orang yang bijak pandai fikirannya boleh dipengaruhi seperti ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Ahli jawatankuasa PAS Pusat itu juga mempersoal gesaan Mohd Noor agar sekolah jenis kebangsaan (SJK) dihapuskan.
Tegasnya, dalam negara yang mengamalkan demokrasi dan terdiri daripada masyarakat majmuk, setiap kaum berhak mempunyai sekolah aliran mereka.
"Kenapa kita nak tutup semua sekolah jenis kebangsaan sedangkan itu hak mereka?
"Hak mereka untuk belajar bahasa ibunda dan sepatutnya kita menggalakkan anak-anak Melayu turut belajar bahasa Cina dan Tamil supaya tahu pelbagai jenis bahasa. Tutup SJK tidak menyelesaikan apa-apa," katanya.
Tambah beliau, hasil didikan Umno BN selama 55 tahun melahirkan individu seperti Mohd Noor yang penuh dengan prasangka terhadap kaum lain.
"Inilah hasil didikan Umno BN sehingga melahirkan orang-orang seperti ini.
"Mereka penuh dengan rasa syak wasangka, perkauman yang kuat dan takut pada perkara yang tidak wujud," tegasnya.
Beliau bagaimanapun tidak bersetuju tindakan Mohd Noor dikaitkan dengan Akta Hasutan kerana berpandangan akta itu harus dimansuhkan.
"Saya tak setujulah kalau nak kaitkan dengan Akta Hasutan sebab Pakatan Rakyat mahu akta ini dimansuhkan jadi kenapa kita nak kenakan ke atas pihak lain mahupun Umno BN.
"Setiap orang berhak beri pandangan dan Mohd Noor kena bersedialah kalau orang ramai serang beliau kerana keluarkan kenyataan yang menimbulkan kebencian kaum," katanya.
Mohd Noor dilaporkan mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman termasuk mendakwa masyarakat Cina mengkhianati setiakawan dengan orang Melayu dalam satu seminar Pasca PRU13 di Kuala Lumpur semalam.
sinar/-
|
Susulan kes bunuh Cinang: Penduduk Batu Nilam trauma Posted: 13 May 2013 02:17 AM PDT 3 Rejab 1434 H. [MOD] -
Lokasi mayat Cinang ditemui. KLANG - Tragedi yang menimpa mangsa rogol dan bunuh, Nur Amyliana Shuhada Mohd Nor atau Cinang,11, yang ditemui mati di Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi 9 Mei lalu mengemparkan penduduk di kawasan berkenaan. Tinjauan Sinar Harian semalam mendapati rata-rata penduduk di kawasan itu berada dalam kebimbangan. Kebanyakan ibu bapa tidak lagi membenarkan anak mereka ke sekolah dan bebas bermain sendirian di luar rumah kerana bimbang kejadian sama menimpa anak mereka.
Seorang suri rumah, Fatimah Tarah, 41, mengakui terkejut dan sangat takut selepas mendengar berita sedih itu.
"Saya bersimpati kepada keluarga Cinang. Selepas kejadian itu, saya sendiri hantar anak ke sekolah termasuk tidak membenarkan dia ke sekolah sendirian mahupun bersama rakan sekelasnya. "Saya juga tidak benar anak saya keluar tanpa pengawasan seperti kebiasaannya, walaupun di depan rumah," katanya.
Bagi pembantu kedai, Rabiatul Adawiyah Mahamad, 24, berkata, dia kini mengambil langkah berhati- hati dan mengelak dari melalui lorong gelap berhampiran kawasan rumah kedai itu untuk pulang ke rumahnya.
"Kalau balik kerja malam, saya tumpang kereta kawan," katanya.
Pendapat sama dilontarkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Unjur, Krismawati Nordin, 16, yang sering berjalan kaki pulang ke rumah selepas tamat persekolahan.
"Sekarang saya lebih senang pulang beramai-ramai bersama rakan sekelas kerana penjahat berada di mana-mana," katanya.
sinar/- |
Hari ini 44 tahun lalu Posted: 13 May 2013 02:14 AM PDT 3 Rejab 1434 H. [MOD] -
44 tahun dulu, tanggal 13 Mei 1969, rusuhan pecah. Langit Kuala Lumpur merah. Asap hitam berkepol, rumah-rumah dijarah, tinggal puing, mayat bergelimpangan, rakyat panik.
Ketika itu usia belasan tahun, menuntut disebuah institusi pembelajaran di pinggir Kuala Lumpur, tiba-tiba seorang pegawai Polis pangkat tinggi datang "Sesiapa mahu menjadi sukarelawan polis boleh daftar nama sekarang juga"
Setelah mendaftar nama bersama ratusan teman-teman pelajar. Esoknya dibekalkan selaras senapang setiap seorang dengan 10 biji peluru penabur. Kartu berwarna kuning dengan lambang polis yang tertera nama pemilik diberikan.
"Tugas kamu membantu mengawal pengungsi (pelarian) yang melarikan diri dari kawasan awan ke lokasi selamat yang disediakan pemerintah, iaitu di Stadium Negara dan Stadium Chinwoo yang berdekatan," kata pegawai polis itu kepada komandan sekolah kami belajar.
Melihat anak-anak kecil yang menangis, ibu-ibu yang ketakutan, dan orang tua yang uzur dan saling curiga mencurigai tinggal dalam kondisi bersesak -sesak sehelai sepinggang dalam stadium, dengan bekalan air minum tak mencukupi apalagi untuk mandi, tandas tak sampai sepuluh buah untuk menampung ribuan penggusi, lalu pertanyaan pun timbul "Politik apa ini?"
Senasib dengan pengungsi ialah petugas seperti kami yang berkerja terus menerus siang malam tanpa ganti, stadium sudah menjadi rumah kami, makan ala kadar dan tanpa gaji atau elaun.
Dalam kepenatan itu, sambil baring, kami menolog "Wahai pemuka-pemuka negara yang bijaksana, kenapa kamu memilih politik perkauman seperti ini?"
Hari ini, genap 44 tahun tragedi Mei 13 berlalu, kita masih bersedih, ada lagi rupanya parti politik yang mengamalkan sikap perkauman!
Lalu teringat ucapan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Seminar Keharmonian Masyarakat Majmuk Pengalaman Kelantan, 8 Oktober 2011, PCB Resort, Kota Bharu.
"Perbalahan kaum seperti terjadi di Kuala Lumpur itu tak berlaku di Kelantan yang ketika itu di bawah pemerintahan PAS," ujar Tok Guru.
"Ini bukan secara kebetulan, tapi lebih kepada usaha yang dilakukan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Asri Haji Muda memanggil semua penghulu seluruh Kelantan ke JKR 10, memberitahu mereka; "Kerajaan Kelantan tak mahu melihat walau setitis darah orang Cina tumpah di bumi ini, atau sehelai bulu roma terlerai dari badan," sambung Tok Guru. Khalayak non-Muslim yang hadir pun senyum lebar.
Sebuah harapan dari seorang pemimpin yang meletakkan Islam segala-galanya melebihi ras.
Sekarang perjuangan itu diteruskan sosok yang baru, Datuk Haji Ahmad Yakob.
harakahdaily/- |
Zunar tubuh 'Kartunis Lawan Penipuan Pilihanraya' Posted: 13 May 2013 01:45 AM PDT 3 Rejab 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR:Sekumpulan kartunis dengan diketuai oleh Zunar hari ini menubuhkan gerakan bernama "Cartoonists Against Election Fraud (CAEF) Malaysia" atau Kartunis Lawan Penipuan Pilihanraya.
(Zunar bersama buku-buku kartun yang diterbitkan sebelum ini)
Antara kegiatan CAEF ialah menerbitkan karya-karya kartun dalam internet, buku, risalah dan animasi bagi membangkitkan kesedaran orang ramai tentang betapa besarnya penipuan dalam piliharaya yang diadakan baru-baru ini.
Ia juga dilakukan supaya rakyat bangun melawan penipuan pilihanraya. CAEF juga akan mengadakan road show mengenai isu ini.
"Kami sedia berkerjasama dengan BERSIH serta lain-lain NGO di seluruh negara," kata Zunar dalam kenyataannya.
Bagi Zunar, pilihanraya yang adil adalah faundamental dalam sesebuah negara demokrasi.
Bagi beliau, parti pemerintah Barisan Nasional yang dipimpin Perdana Menteri Najib Razak telah memenangi Pilihanraya Umum yang diadakan di Malaysia pada 5 Mei lepas dengan menggunakan kaedah penipuan.
Penipuan jelas dikukuhkan dengan fakta bahawa parti pembangkang, iaitu Pakatan Rakyat, yang diketuai Anwar Ibrahim mendapat 50.3% undi popular berbanding 46.8% oleh Barisan Nasional.
Antara penipuan termasuk: rakyat luar negara diberi hak mengundi, penipuan pengiraan, dakwat kekal yang boleh ditanggalkan, pengundi hantu, undi awal yang meragukan, pembelian undi serta senarai daftar pemilih yang meragukan.
Sebagai kartunis, saya berpendirian bahawa Najib dan Barisan Nasional tidak mempunyai kelayakan dari segi perundangan untuk memerintah Malaysia.
CAEF juga akan berusaha menjalin rangkaian dengan gerakan kartunis dan NGO di peringkat antarabangsa di seluruh dunia atas tujuan yang sama.
Matlamat CAEF adalah memberi tekanan kepada pihak berkuasa supaya tidak mengiktiraf keputusan Pilihanraya Umum ke-13 dan sebuah pilihanraya diadakan semula dengan pemantauan oleh badan berwibawa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
"Jika itu tidak dilakukan, kami tidak akan mengktiraf Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia," katanya.
CAEF akan bergerak atas wadah Kumpulan Kartunis Independen (KKI).
Majlis pelancaran CAEF akan diadakan di Amcorp Mall (menghadap tasik) pada Sabtu 18 Mei depan dari 11 pagi hingga 6 petang.
Ia akan dirasmi oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar antara jam 4 - 6 petang.
Selain pelancaran, turut akan diadakan ialah pameran kartun mini oleh ahli-ahi KKI, karikatur, sesi autograf dan penjualan buku.
Antara ahli KKI ialah Nor Azlin Ngah (Jonos), Johnny Ong, Amir Hakim (Ahyat), Mohd Afendi Ramli (Ronasina), Haili, Azmie Taha, Lawrence Jeyaraj (Loren), Oly, Abdullah Jones, Amier Hamzah Hashim (Ibnukaduk), Azhar Saad (Art), Azlan Isa (Orang2), Sham Saimun Ezil (Along), Megat, Firdaus dan Baba.
Zunar, Katua CAEF, adalah kartunis politik Malaysia yang merupakan pemenang anugerah Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial 2011 oleh Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa.
harakahdaily/- |
Selangor baik pulih rumah di Dun BN dan PR Posted: 13 May 2013 01:42 AM PDT 3 Rejab 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad berkata, mengkhianati tanggungjawab pemerintah kepada rakyat bukan budaya Pakatan Rakyat, meskipun berbeza warna kulit, agama mahupun haluan politik.
Katanya, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat yang memerlukan tanpa mengira latar belakang agama, lapor Selangorku.
Bahkan, ujar beliau lebih 100,000 hak milik tanah di Selangor diberikan oleh Kerajaan Pakatan Selangor kepada mereka yang berhak, termasuk penyokong tegar Umno BN.
Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor itu berkata demikian mengulas keluhan rakyat Terengganu yang kini menjadi mangsa balas dendam politik Umno BN negeri itu.
Bernama melaporkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata tiada rumah mampu milik akan dibina di kawasan yang dimenangi Pakatan di negeri itu.
"Ini satu pengkhianatan, sebab satu kerajaan sepatutnya mereka berkhidmat kepada setiap rakyat kepada negeri tersebut tak boleh pilih siapa yang pilih mereka sahaja yang akan diberikan bantuan," kata Iskandar ketika dihubungi TVSelangor.
Pada Pilihanraya Umum ke-13 baru-baru ni, BN Terengganu mengekalkan mandat pemerintahan di negeri itu apabila memenangi 17 kerusi Dun manakala Pakatan Rakyat memenangi 15 kerusi.
Iskandar menjelaskan pemerintah seharusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik dan samarata kepada rakyat, kerana keseluruhan operasi kerajaan, bahkan gaji Menteri Besar itu sendiri, sebenarnya ditanggung oleh pembayar cukai.
"Di Selangor, sebagai contoh kita ada projek ceria, projek membaik pulih rumah pangsa dan pangsapuri, kita baik pulih di semua Dun tidak kira itu Dun BN ataupun Dun PR.
"Kita bagi bantuan ini kepada semua sebab ini tanggungjawab kerajaan, kerajaan kena beri khidmat kepada semua rakyat sebab rakyat membayar cukai," kata Iskandar yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan.
harakah/- |
Iskandar Samad : Umno-BN Khianati Tanggungjawab Kepada Rakyat Posted: 13 May 2013 01:35 AM PDT 3 Rejab 1434 H. [MOD] -
SHAH ALAM 13 MEI : Mengkhianati tanggungjawab pemerintah kepada rakyat bukan budaya Pakatan Rakyat, meskipun berbeza warna kulit, agama mahupun haluan politik. Bekas Exco Perumahan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad, berkata Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat yang memerlukan tanpa mengira latarbelakang agama. Bahkan, lebih 100,000 hak milik tanah di Selangor diberikan oleh Kerajaan Pakatan Selangor kepada mereka yang berhak, termasuk penyokong tegar Umno-BN. Iskandar berkata demikian mengulas keluhan rakyat Terengganu yang kini menjadi mangsa balas dendam Umno-BN Terengganu. Bernama melaporkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata tiada rumah mampu milik akan di bina di kawasan yang dimenangi Pakatan di pantai timur itu. "Ini satu pengkhianatan, sebab satu kerajaan sepatutnya mereka berkhidmat kepada setiap rakyat kepada negeri tersebut tak boleh pilih siapa yang pilih mereka sahaja yang akan diberikan bantuan," kata Iskandar ketika dihubungi TVSelangor. Pilihanraya Umum ke 13 baru-baru ni, BN Terengganu mengekalkan mandat pemerintahan di negeri itu apabila memenangi 17 kerusi DUN manakala Pakatan memenangi 15 kerusi DUN. Daripada lapan kawasan Parlimen, BN menang di Besut, Setiu, Kemaman dan Hulu Terengganu manakala Pakatan menang di Dungun, Kuala Nerus, Marang dan Kuala Terengganu. Beliau menjelaskan pemerintah seharusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik dan samarata kepada rakyat, kerana keseluruhan operasi kerajaan, bahkan gaji Menteri Besar itu sendiri, sebenarnya ditanggung oleh pembayar cukai. "Di Selangor, sebagai contoh kita ada projek ceria, projek membaik pulih rumah pangsa dan pangsapuri, kita baik pulih di semua DUN tidak kira itu DUN BN ataupun DUN PR. "Kita bagi bantuan ini kepada semua sebab ini tanggungjawab kerajaan, kerajaan kena beri khidmat kepada semua rakyat sebab rakyat membayar cukai," kata Iskandar. selangorku/-
|
Perlumbaan ini pasti milik kita! Posted: 13 May 2013 01:31 AM PDT 3 Rejab 1434 H. [MOD] -
Tipu menang demi kuasa Tipu menang bukan haknya Tipu menang sampai gila Tipu menang rakyat kecewa Tipu menang rakyat sengsara Tipu menang sampai bila? Tipu tapi jangan lupa Jangan lupa bila sampai masa kebenaran pasti ada Jangan lupa kemenangan yang benar tetap membara Jangan lupa suara rakyat suara perkasa Jangan lupa hasrat rakyat pasti berjaya Jangan lupa kuasa rakyat kuasa luar biasa
Ku utus salam perjuangan untuk semua Salam untuk semua pencinta Pencinta demokrasi Negara Kukuh berpadu demi semua bangsa Tolak perkauman yang sangketa Mari terus bina semangat bersama Kerana hari ini dalam sejarah bangsa Bangsa bersatu bangsa bebas merdeka Semoga dipanjangkan usia wahai pejuang bangsa Terima kasih dan doaku kirim untuk semua Kerana perlumbaan ini pasti milik kita!
Uncle Brown 13 Mei 2013 |
4 peserta ‘Flash Mob Menolak Perkauman’ ditahan Posted: 13 May 2013 01:29 AM PDT 3 Rejab 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Hampir 30 polis mengepung Dataran Merdeka tengah hari ini bagi menghentikan program 'Flash Mob Menolak Perkauman' anjuran kumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka 'Angkatan Pembebasan Bangsa Malaysia'.
Empat peserta ditahan dan diminta menyerahkan kad pengenalan kepada ASP Garvinder dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Bagaimanapun, kesemua mereka dilepaskan polis beberapa minit kemudian, laporKeadilanDaily.
Salah seorang peserta yang ditahan, Ali Abdul Jalil berkata, polis meminta mereka segera bersurai dan menghentikan sebarang perhimpunan dan provokasi menentang kerajaan.
"Kami akan teruskan flash mob ini selagi media arus perdana terus dengan provokasi perkauman," kata aktivis itu kepada Keadilan Daily selepas dilepaskan.
Kumpulan berkenaan dijadualkan berarak ke Sogo, KLCC dan berakhir di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCHAH) jam 8 malam ini.
'Flash Mob Menolak Perkauman' diadakan serentak hari ini pada jam 1 petang di seluruh negara termasuk Selangor (Petaling Jaya, Shah Alam), Pulau Pinang (Kepala Batas, Bertam), Pahang (Bandar Kuantan) dan Kelantan (Kota Bharu).
Pengarah Flash Mob Tolak Perkauman Cabang Kuala Lumpur, Haizal Yatiran menyifatkan Flash Mob berkenaan penting bagi menolak provokasi perkauman yang sengaja dimainkan oleh Umno Barisan Nasional melalui media utama mereka.
harakah/- |
Himpunan rakyat berdepan puak rasis Posted: 13 May 2013 01:13 AM PDT 3 Rejab 1434 H. [MOD] -
Isyarat yang sangat jelas apabila menyaksikan himpunan rakyat menentang penipuan dalam PRU yang lalu di Kelana Jaya, Pulau Pinang dan Ipoh, ialah majoriti yang hadir adalah pengundi muda pelbagai kaum dan pengundi bandar yang juga pelbagai kaum.
Himpunan yang dinamakan Himpunan Black 505 – seterusnya akan diadakan dari negeri ke negeri, seluruh negara mencerminkan kemarahan rakyat terhadap pelbagai penipuan yang didakwa berlaku dalam PRU baru-baru ini.
Namun kebangkitan rakyat ini kelihatan berdepan dengan golongan rasis yang mengapi-apikan semangat perkauman dari pelbagai pihak yang dapat disimpulkan bahawa mereka dari golongan yang sangat kecewa dengan prestasi lemah Umno/BN.
Mengenai golongan perkauman ini, saya memetik pandangan Dr. Asri Zainal Abidin dalam tulisannya di Sinar Harian baru-baru ini yang menentang semangat rasis ini.
Katanya, tindakan sesetengah pihak mengapi-apikan isu perkauman kebelakangan ini adalah perbuatan jahiliyah yang diharamkan syarak. Tindakan ini kata beliau, boleh mengundang kemusnahan masyarakat dan negara terutama negara 'multiracial' seperti Malaysia ini.
Kerana, katanya, sikap ini akan menimbulkan pelbagai sangkaan dan penilaian yang mungkin tidak berasaskan fakta yang benar. "Lantas akan menimbulkan ketegangan yang tidak berasaskan prinsip kebenaran, sebaliknya atas 'prejudice' perkauman," kataya.
Dr. Asri menyebut, antara perkara yang ditentang oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah sikap fanatik perkauman ataupun 'asabiah' yang menilai kebaikan dan keburukan berdasarkan kaum bukan prinsip kebenaran dan keadilan.
Islam, kata Dr.Asri, adalah agama rentas kaum dan sempadan geografi dan keadilan Islam itu merentasi perbezaan pemikiran dan agama.
Sebenarnya pandangan para ilmua agama sudah lama didengar bagaimana Islam menentang fahaman perkauman, namun fahaman jahiliyah ini masih juga berkembang. Maka menjelang PRU yang lalu dan sesudahnya, suara perkauman terus kedengaran dan dihembus dengan kerasnya lagi oleh media yang mendukung fahaman itu.
Oleh itu, kebangkitan rakyat – terutama rakyat bandar dan generasi muda – yang berlaku sekarang akan terus berdepan dengan golongan rasis ini, namun golongan perkauman ini, akan dapat dikalahkan.
Kemenangan Pakatan Rakyat, khususnya kemenangan besar DAP bukan semata-mata undi Cina, bahkan undi Melayu juga. Umpanya kemenangan pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang di Gelang Patah, Lim Guan Eng di Pulau Pinang dan calon DAP di tempat lain bukan semata-mata kerana undi Cina, tetapi juga undi pelbagai kaum.
Begitu juga kekalahan calon BN, Ali Rustam di Bukit Katil di tangan calon PKR, bukan semata-mata kerana penolakan undi Cina di situ, tetapi juga penolakan pengundi Melayu yang ramai di kawasan itu.
Ada puluhan contoh lagi di mana ramai pengundi Melayu bandar dan semi bandar menolak calon BN, di samping pengundi Cina yang secara besar-besara menolak calon BN sama ada calon BN itu Melayu, Cina atau India. Pengundi bandar dan semi bandar serta pengundi generasi pemuda sudah jelas menolak calon BN bukan kerana bangsa atau keturunan, tetapi kerana BN dipenuhi rasuah, nepotisme, penyelewengan dan lain-lain.
Jelaslah keputusan PRU ke-13 itu tidak memihak kepada Barisan Nasioal, walaupun ia menang tipis, bukan kerana perkauman, tetapi hal-hal yang sudah diketahui umum.
Oleh itu sentimen perkauman itu cuba disemarakkan oleh golongan berkepentingan justeru mereka ini tidak mampu menerima hakikat sebenar.
Sebenarnya, api perkauman ini tidak mudah padam kerana ia akan terus dinyalakan oleh pihak berkepentingan, walaupun sikap mereka ini ditentang oleh Islam. Oleh itu golongan pengundi muda dan pengundi Melayu bandar yang kini sedang bangkit ini akan terus berdepan dengan golongan rasis ini.
Hari-hari mendatang, semakin hangat sambutan terhadap kebangkitan rakyat, semakin besar 'kemurkaan' golongan ini. Namun saya sekali lagi yakin golongan tersebut akan hanyut bersama sampah saraf sejarah.
Oleh itu, saya percaya bahawa negara ini yang rakyatnya berbilang kaum dan agama, yang selama ini hidup dengan harmoni, tidak akan menjadi sebuah negara rasis dan diktator seperti negara German di zaman Adolf Hitler.
Saya juga yakin, tidak akan wujud di negara ini kumpulan samseng dan rasis seperti Klu Klux Klan yang diwujudkan oleh Amerika Syarikat sendiri selepas perang saudara di negara itu dulu, semata-mata untuk mempertahankansupremacy kulit putih yang anti pendatang dengan melakukan tindaka keganasan.
Sementara kita menyaksikan terus kebangkitan rakyat, terutama pengundi muda dan pengundi bandar, kita mendengar berita bahawa Pakatan Rakyat sedang menyiasat 27 kes keputusan pilihanraya peringkat parlimen yang dimenangi oleh BN di mana ada laporan mendakwa ada berlaku penipuan.
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli yang mengetuai jawatan kuasa penyiasat itu berkata, pihaknya telah menerima 237 aduan dari pelbagai pihak mengenai apa yang terjadi dalam PRU yang lalu itu.
Menurut beliau, 27 kerusi parlime yang akan disasat ialah Bentong, Kuala Selangor, Baram, Sungai Besar, Pasir Gudang, Labis, Machang, Ketereh, Titiwangsa, Tebrau, Bagan Serai, Kota Marudu, Beaufort, Setiawangsa, Segamat, Ledang, Balik Pulau, Kulim Bandar Bharu, Pulai, Kuala Kangsar, Muar, Pendang, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Merbok, Pensiangan and Saratok.
Mari kita berdoa kepada Allah s.w.t. semoga kes-kes ini akan menang ketika di bawa ke mahkamah nanti. Ini adalah perjuangan yang panjang.
harakahdaily/- |
Khalid angkat sumpah Menteri Besar Selangor esok Posted: 13 May 2013 01:05 AM PDT 3 Rejab 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR 13 MEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengangkat sumpah pagi esok sebagai Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah, Klang. Istiadat itu berlangsung di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Perkara ini disahkan seorang pegawai di Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor. Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak mengekalkan jawatan Menteri Besar bagi penggal kedua selepas Pakatan Rakyat menguasai 44 kerusi daripada 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor atau majoriti dua pertiga. KEADILAN menang 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi, manakala BN pula hanya memenangi 12 kerusi. Perkembangan ini menamatkan teka-teki dan spekulasi tentang siapa pemimpin daripada PAS, KEADILAN dan DAP, yang akan mengisi kerusi Menteri Besar selepas PRU 13, 5 Mei. Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyatakan sokongan mereka kepada Khalid sebagai Menteri Besar. Dalam PRU 13, Khalid mengekalkan DUN Pelabuhan Klang apabila menumpaskan calon BN, Nasarruddin M Zin dengan majoriti 2,994. Khalid mengangkat sumpah pertama kali sebagai Menteri Besar pada 13 Mac 2008, empat hari selepas PRU 2008. Beliau juga merupakan orang pertama dalam kalangan pemimpin Pakatan yang dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Kesemua 13 Menteri Besar Selangor sebelum ini daripada Umno, parti komponen utama BN.
keadilandaily/- |
Lantai mozek berusia 1,500 tahun ditemui Posted: 13 May 2013 12:58 AM PDT 3 Rejab 1434 H. [MOD] -
DUA ahli arkeologi membersihkan lantai mozek berusia 1,500 tahun yang ditemui dekat Kibbutz Beit Kama di Negev, Israel semalam.
TEL AVIV - Sebuah lantai mozek berusia 1,500 tahun ditemui dekat Kibbutz Beit Kama di Negev, Israel, menurut Pihak Berkuasa Antikuiti Israel semalam. Lantai itu dibina di antara abad keempat hingga keenam Sebelum Masihi pada era pemerintahan empayar Byzantine. Sekumpulan ahli arkeologi Pihak Berkuasa Antikuiti Israel turut menemui beberapa struktur binaan lama di bawah sebuah padang di Kibbutz Beit. - AFP
|
Terima kasih pengundi, jentera anak muda Posted: 13 May 2013 12:47 AM PDT 3 Rejab 1434 H. [MOD] -
Saya selaku Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua pengundi anak muda seluruh negara yang telah berusaha mencatat suatu lagi lembaran sejarah apabila melakukan perubahan di merata tempat di negara ini.
Pengundi muda serta pengundi kali pertama berani melakukan perubahan dengan memberikan kemenangan berharga kepada calon-calon Pakatan Rakyat di merata tempat.
Bahkan, mereka jugalah yang mencorakkan majoriti tertinggi di kawasan Pakatan Rakyat khususnya di bandar-bandar.
Bagi pihak DPPM, kami yakin, keadaan ini mungkin berpunca dari kecelikan politik pengundi muda terhadap isu-isu semasa negara ini. Hasil bacaan, analisa serta artikulasi maklumat semasa mempengaruhi minda mereka melakukan perubahan.
Pakatan Rakyat berjaya menghasilkan kemenangan tambahan 7 buah kerusi parlimen menjadikan 89 buah kerusi pada PRU13 manakala di peringkat Dun pula, PR menambah 71 buah kerusi Dun menjadi 230 buah kali ini.
DPPM juga mengucapkan terima kasih kepada jentera Urusan Pengundi Muda di segenap peringkat daripada Jentera Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Negeri-negeri, Jentera Pilihanraya PAS Kawasan-kawasan (JPRK), Majlis Tindakan Dun (MTD) serta Unit Peti Undi (UPU) kerana memainkan peranan yang berkesan dalam memastikan kemenangan diraih oleh calon-calon Pakatan Rakyat.
Hasil kerja keras, ikhlas, sabar dan serta istiqamah petugas-petugas ini membuka mata dan hati pengundi untuk memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat menguasai Dun atau parlimen yang ditandingi.
Mereka inilah sebenarnya 'wira yang tidak didendang' (unsung heroes) yang memainkan peranan penting di sebalik tabir serta di barisan hadapan.
Tanpa pujian, upah dan ganjaran, petugas ini tekun bekerja selama 2-3 tahun kebelakangan ini dengan mengenepikan kepentingan diri semata-mata menyahut seruan jemaah.
DPPM juga merakamkan ucapan tahniah kepada calon-calon pemuda atau anak muda Pakatan Rakyat yang menang di kerusi Dun atau Parlimen.
Kemenangan ini adalah suatu kepercayaan rakyat yang dipikulkan ke atas calon atau wakil rakyat dari golongan muda untuk memimpin rakyat.
Kepada mereka, DPPM nasihatkan supaya memikul amanah in sebaik-baiknya dengan meletakkan rakyat di hadapan berbanding diri sendiri.
Selain itu, utamakan musyawarah dengan menjadikan Pakatan Rakyat di Parlimen atau Dun sebagai penasihat dalam sesuatu tindakan yang akan diambil.
Akhirnya, DPPM mengharapkan jentera pilihanraya pemuda di seluruh peringkat agar tidak berputus asa terhadap kekalahan yang dialami dengan meningkatkan usaha bagi memastikan kemenangan dapat diraih dalam PRU14.
Kawasan atau Dun yang mencatat kemenangan pula diharapkan tidak merasa selesa dengan kemenangan sehingga berdiam diri tanpa tindakan bagi mengekalkan kemenangan.
DPPM percaya, labih banyak kemenangan dapat diraih sekiranya semua pihak terus tekun dan berusaha bekerja untuk PRU13 bermula dari sekarang.
harakahdaily/- |
Adun disiasat kes rasuah dilantik Exco Terengganu? Posted: 13 May 2013 12:45 AM PDT 3 Rejab 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Terengganu, Ariffin Deraman mengkritik pelantikan barisan Exco kerajaan negeri yang mengangkat sumpah jawatan pada 11 Mei lalu, kerana menurutnya tiada portfolio khusus berkaitan dengan agama.
"Yang pertama sekali kita melihat tiada Exco agama, pelik, banyak Exco ni seorang pegang beberapa portfolio, tetapi kita lihat, dan kita cari juga, mungkin juga kerana Ustaz Ramli Nuh kalah di Dun Tepoh, lepas tu mereka tiada calon untuk melantik Exco Agama.
"Jadi kami persoalkan di mana letaknya, yang kata Umno ini memberi keutamaan agama Islam sehingga Exco Agama pun tidak ada," katanya dipetik Buletin Online yang meminta Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said memberikan penjelasan terhadap perkara tersebut.
Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Alor Limbat mempersoalkan kredibiliti Exco kerana ada yang dilantik masih disiasat terlibat dengan rasuah.
"Isu perlantikan Exco ini isu rasuah, masih terdapat Exco yang dilantik yang masih disiasat terlibat dengan rasuah, melemahkan integriti kerajaan Terengganu yang ada pada hari ini," tegasnya pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu, Kuala Terengganu semalam.
Beliau juga menyifatkan tindakan Ahmad tidak mahu membangunkan rumah mampu milik dalam Dun yang dimenangi oleh PAS sebagai satu diskriminasi dan kezaliman.
haarakahdaily/- |
Biar Umno perintah, MCA dan Gerakan beralih arah Posted: 12 May 2013 11:59 PM PDT 3 Rejab 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Biarkan sahaja Umno memerintah dengan sombong sendirian pasca PRU13 kerana kelak rakyat akan menghukum pula mereka dengan tsunami baru yang jauh lebih ganas melibatkan semua kaum.
Demikian kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor dalam kenyataan kepada Harakahdaily sebagai respons kepada pengumuman Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu dan Setiausaha Agungnya, Teng Chang Yeow meletakkan jawatan minggu depan ekoran prestasi terburuk mereka dalam PRU13.
Sebelum ini Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang didesak kuat oleh akar umbi MCA untuk meletak jawatan juga akan berundur seawal Jun tahun ini.
"Ini bererti kedua-dua presiden parti tersebut akur dengan tekanan dan desakan ahli parti masing-masing," ujarnya.
Menurutnya, Presiden Gerakan dan MCA cepat menghidu arus politik negara dengan mengundurkan diri kerana bagi mereka, lebih baik berundur diri secara terhormat daripada diundurkan oleh ahli dan rakyat secara paksa.
Sepatutnya, ujar beliau Presiden UMNO belajar dari politik matang seperti ini daripada kedua-dua pemimpin parti komponennya.
Tambahnya, mengambil tanggungjawab, memuhasabah diri serta berundur adalah langkah bijak daripada sibuk menyalahkan komuniti lain atas kegagalan sendiri. Bagi Riduan, MCA dan Gerakan melihat kepada realiti bahawa trend rakyat sekarang memilih parti yang berasaskan kepada keadilan sosial lebih daripada parti yang berteraskan kepada kaum tertentu semata-mata.
Bagi rakyat Malaysia, tambah beliau sebenarnya perjuangan berteraskan bangsa sudah ketinggalan dan dilupakan, malahan rakyat membenci perjuangan sempit perkauman yang akhirnya akan menjarakkan jurang antara kaum di negara ini.
Bagi rakyat, katanya perjuangan tersebut adalah sia-sia kerana negara ini berkongsi hidup antara setiap kaum kerana setiap kaum saling perlu memerlukan dan pembelaan sewajarnya daripada pemerintah.
Justeru, ujar Riduan lagi Gerakan dan MCA harus belajar dari kesilapan dengan menukar dasar perjuangan mereka.
"Sudah tentu yang paling mudah adalah dengan beralih arah kepada Pakatan Rakyat melalui DAP yang sekarang mendapat sambutan baik daripada rakyat," ujarnya lagi.
Kata beliau, kekuatan mereka akan lebih terserlah dengan gabungan ketiga-tiga parti bagi membentuk Pakatan Rakyat bersama PKR dan PAS.
"Dengan peralihan kepada PR akan memudahkan perjuangan mereka diterima oleh masyarakat, asal sahaja agenda perjuangan mereka tidak hanya berteraskan sesuatu bangsa sahaja," katanya.
Harakahdaily/- |
27 kerusi dimenangi BN dalam pilihan raya umum diragui, kata Rafizi Posted: 12 May 2013 11:41 PM PDT 3 Rejab 1434 H. [MOD] - Rafizi Ramli: Kerjasama siasatan diantara PKR, DAP dan PAS. — Gambar fail PETALING JAYA — PKR hari ini berkata mereka telah menerima 237 laporan penipuan yang berlaku ketika Pilihan Raya 2013 di 27 kawasan Parlimen yang dimenangi Barisan Nasional (BN). Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, berkata, pasukan #siasatPRU13 yang diketuainya turut menemui keraguan di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Kedah dan Pulau Pinang, dan akan meneliti kesemua kerusi berkenaan. "PKR akan bekerjasama dengan DAP dan PAS untuk menjalankan siasatan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini. "Oleh kerana 19 daripada kerusi ini dimenangi tipis oleh BN adalah kerusi PKR, proses mengumpul maklumat dan bukti bagi tujuan petisyen pilihan raya sedang giat dijalankan." Rafizi juga mengesahkan Pakatan Rakyat (PR) juga akan mengemukakan petisyen mengenai penipuan dalam pilihan raya umum ke-13 pada hujung Mei ini, namun mendakwa undang-undang pilihan raya tidak "mesra" pembangkang. "Kami akan kemuka petisyen hujung Mei ini ... bagaimanapun undang-undang semuanya menentang kami kerana BN yang buat undang-undang," katanya. "Saya tidak menjangkakan petisyen akan berpihak kepada pembangkang," katanya dan menambah, beliau tidak mempercayai gesaan pemimpin BN supaya menyuarakan rasa ketidak puasan hati mereka berhubung perjalanan pilihan raya melalui petisyen. Ketika sidang media itu juga, Rafizi turut mengemukakan senarai antara kerusi yang diraguinya, termasuklah Bentong; Kuala Selangor; Baram; Sungai Besar; Pasir Gudang; Labis; Machang; Ketereh; Titiwangsa; Tebrau; Bagan Serai; Kota Marudu; dan Beufort. Rafizi turut menyenaraikan kerusi Setiawangsa; Segamat; Ledang; Balik Pulau; Kulim Bandar Baharu; Pulai; dan Kuala Kangsar; Muar; Pendang; Hulu Selangor; Sabak Bernam; Merbok; Pensiangan; dan Saratok. Ahli Parlimen Pandan itu turut menegaskan, daripada 27 kerusi Parlimen berkenaan, hanya dua sahaja yang mereka masih lagi belum menerima laporan penipuan iaitu di kerusi Parlimen Machang dan Hulu Selangor. Antara kriteria utama yang menjadi fokus siasatan mereka jelas Rafizi adalah termasuk margin kemenangan tipis bawah 5 peratus; margin kemenangan tidak sepadan dengan undi rosak apabila undi rosak lebih besar daripada margin kemenangan; peratusan undi pos dan undi awal mengatasi margin kemenangan undi biasa sehingga keputusan pengundi biasa bertukar akibat pola undian kedua-dua undi berkenaan yang diragukan; serta kerusi yang dilaporkan bukti kukuh beserta laporan polis. PKR juga jelas Rafizi turut menumpukan kepada enam senarai penipuan yang jelas iaitu; pengundi dilarang mengundi kerana undi mereka dibuang orang lain; BN membeli undi; dakwat kekal tidak kekal; kesalahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menandatangani Borang14 sebelum pengiraan; dan pengundi warga asing. "Kami mempunyai bukti bergambar dan video untuk menyokong dakwaan kami di kerusi Parlimen Balik Pulau," katanya mendakwa berjaya memperolehi gambar pengundi menukarkan vaucer kepada wang tunai. "Kami sedang berusaha mendapatkan pengundi yang berani tampil mendedahkan tentang kewujudan vaucer berkenaan," tambah pemimpin muda PKR itu lagi. The Malaysian Insider/- |
Adun disiasat kes rasuah dilantik Exco Terengganu? Posted: 12 May 2013 11:40 PM PDT 3 Rejab 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Terengganu, Ariffin Deraman mengkritik pelantikan barisan Exco kerajaan negeri yang mengangkat sumpah jawatan pada 11 Mei lalu, kerana menurutnya tiada portfolio khusus berkaitan dengan agama.
"Yang pertama sekali kita melihat tiada Exco agama, pelik, banyak Exco ni seorang pegang beberapa portfolio, tetapi kita lihat, dan kita cari juga, mungkin juga kerana Ustaz Ramli Nuh kalah di Dun Tepoh, lepas tu mereka tiada calon untuk melantik Exco Agama.
"Jadi kami persoalkan di mana letaknya, yang kata Umno ini memberi keutamaan agama Islam sehingga Exco Agama pun tidak ada," katanya dipetik Buletin Online yang meminta Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said memberikan penjelasan terhadap perkara tersebut.
Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Alor Limbat mempersoalkan kredibiliti Exco kerana ada yang dilantik masih disiasat terlibat dengan rasuah.
"Isu perlantikan Exco ini isu rasuah, masih terdapat Exco yang dilantik yang masih disiasat terlibat dengan rasuah, melemahkan integriti kerajaan Terengganu yang ada pada hari ini," tegasnya pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu, Kuala Terengganu semalam.
Beliau juga menyifatkan tindakan Ahmad tidak mahu membangunkan rumah mampu milik dalam Dun yang dimenangi oleh PAS sebagai satu diskriminasi dan kezaliman.
Harakahdaily/- |
PR akan bentuk kerajaan pusat jika menang petisyen, kata Kit Siang Posted: 12 May 2013 11:38 PM PDT 3 Rejab 1434 H. [MOD] - Lim Kit Siang pada ceramah di Skudai semasa PRU13. — Gambar fail KUALA LUMPUR — Pakatan Rakyat (PR) menjangka kemenangan daripada 20 hingga 30 petisyen yang akan mereka kemukakan selepas keputusan pilihan raya umum ke-13 diwartakan bagi memberi laluan pembentukan kerajaan pusat baru, kata Lim Kit Siang. Penasihat DAP tersebut berkata Gobind Singh Deo telah dilantik untuk mengendalikan satu jawatankuasa khas petisyen tersebut, tetapi tidak mendedahkan bantahan tersebut akan dibuat terhadap kerusi-kerusi secara spesifik. "Kita tunggu keputusan PRU13 diwartakan, selepas itu dalam tempoh 21 hari, kita boleh buat petisyen. Kita jangka boleh kemuka petisyen di 20 hingga 30 kerusi Parlimen yang dimenangi BN," kata Lim yang dipetik berkata dalam akhbar Sinar Harian hari ini. Menurut Lim, PR hanya memerlukan kemenangan 22 kerusi daripada keseluruhan petisyen yang akan mereka kemukakan untuk membentuk kerajaan pusat yang baru dengan majoriti. "BN sekarang ada 133 kerusi Parlimen. Sekiranya daripada petisyen yang kita akan buat, kita berjaya dapat 22 kerusi, yang akan tinggal pada BN hanya 111 kerusi. Ini bermakna kita akan dapat majoriti dan jadi kerajaan," katanya lagi. Keyakinan yang Lim suarakan juga berasaskan undi popular yang diperoleh oleh PR pada pilihan raya 5 Mei lalu, dimana gabungan pembangkang memperoleh peratusan lebih tinggi daripada parti pemerintah Barisan Nasional (BN). PR mendapat 51 peratus undi popular berbanding BN yang hanya mendapat 47 peratus. "BN dapat sokongan minoriti daripada undi popular," katanya. Penubuhan jawatankuasa khas diumumkan DAP juga hampir sama seperti pengumuman oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lepas yang melantik Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli bagi mengetuai pasukan menyiasat penipuan PRU13. Dalam perkara berasingan, Lim berkata tidak perlu menghiraukan cabaran Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan supaya 89 calon PR yang memenangi kerusi Parlimen pada pilihan raya lalu tidak angkat sumpah kerana menolak keputusan PRU13. BN memenangi 133 berbanding 222 kerusi yang dipertandingkan untuk parlimen, menurun tujuh kerusi, kepada pembangkang jika dibandingkan dengan keputusan Pilihan Raya 2008. Daripada 89 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat, DAP memperolehi kerusi terbesar dengan 38 kerusi. BN turut hilang undi popular kepada PR — pertama kali sejak 1969 ketika parti itu dikenali sebagai Perikatan. The Malaysian Insider/- |
Anwar dakwa ucapan Mohd Noor berbaur perkauman Posted: 12 May 2013 11:30 PM PDT 3 Rejab 1434 H. [MOD] -
Datuk Seri Anwar Ibrahim SHAH ALAM – PKR menyifatkan kenyataan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah berbaur perkauman dengan mengeluarkan kenyataan seolah-olah memberi amaran kepada kaum Cina, yang menurutnya tidak menghargai orang Melayu. Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kenyataan seumpama itu hanya akan memalukan Klu Klux Klan dan membuat diktator Nazi Jerman Adolf Hitler berasa bangga.
"Berapa lama lagi kita bertolak ansur dengan kebencian seperti angin dan perangkap bangsa dari kerajaan Najib tidak sah?
"Walaupun Umno menuai benih-benih kebencian dan perbalahan, kita di Pakatan Rakyat (PR) akan terus menyemai semangat muhibah dan saling hormat-menghormati di negara ini," katanya yang dipetik dari laman blog beliau, hari ini. Semalam, Mohd Noor berkata walaupun kaum Melayu mempunyai nilai toleransi yang tinggi tetapi mereka juga tidak suka dikhianati dan diperkotak-katikkan maruahnya. Beliau berkata demikian dalam program 'Wacana Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah' anjuran Persatuan Alumni UiTM dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Anwar turut mengajak rakyat berganding bahu dan terus bersatu. "Kepada rakyat Malaysia - terima kasih untuk keluar malam di Ipoh dan menunjukkan ini fanatik apa yang sebenarnya menjadi Anak Malaysia bermakna," ujar beliau lagi.
Sinar/- |
Muktamar Tahunan PAS ke-59 pada 22 November Posted: 12 May 2013 09:40 PM PDT 3 Rejab 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 tahun ini akan diadakan pada 22 hingga 24 November depan, dengan negeri yang dipilih menjadi tuan rumah adalah Selangor.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pemilihan tarikh dan tempat itu diputuskan dalam mesyuarat PAS Pusat yang bersidang semalam.
Muktamar tahun ini juga akan berlakunya proses pemilihan kepimpinan yang baru bagi setiap peringkat untuk sesi dua tahun berikutnya iaitu 2013-2015.
Untuk tujuan itu Mustafa berkata, tarikh untuk diadakan mesyuarat agung bagi peringkat cawangan dan kawasan termasuk dewan-dewan serta muktamar dewan-dewan negeri dan pusat juga telah ditetapkan.
Bagi peringkat PAS cawangan, tarikh yang ditetapkan bagi mengadakan mesyuarat agung tahunan adalah bermula 25 Mei ini sehingga 15 Julai manakala peringkat kawasan pula 12 Ogos hingga 30 September.
Bagi Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulamak peringkat negeri pula, tarikh yang ditetapkan adalah bermula 1 Oktober hingga 31 Oktober manakala dewan-dewan peringkat pusat akan berlangsung pada 20 hingga 21 November.
harakahdaily/- |
18 Mei: Rakyat Turun Ke Jalanraya Jika Pengerusi & Timb SPR Tak Turun Posted: 12 May 2013 09:35 PM PDT 3 Rejab 1434 H. [MOD] -
Satu himpunan lebih besar akan diadakan pada Sabtu, 18 Mei bagi menuntut perletakan jawatan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan (SPR) dan jawapan badan itu berkenaan penyelewengan dalam Pilihan Raya Umum ke-13. Perkara demikian dinyatakan aktivis mahasiswa, Adam Adli ketika berucap pada himpunan aman di depan Ibu Pejabat SPR di di sini petang ini.
"Kita beri tempoh seminggu dari sekarang. Pengerusi SPR didesak untuk meletakkan jawatan. Jika tidak, hari Sabtu 18 Mei depan, beliau akan berhadapan dengan kemarahan rakyat.
"Kita dah bagi ruang supaya Pengerusi SPR untuk letakkan jawatan. Kita dah lama bersabar. Hanya rakyat yang boleh selamatkan demokrasi di negara ini," kata Adam disambut tepukan 200 aktivis NGO yang berhimpun.
Manakala dalam ucapan beberapa pimpinan mahasiswa dan wakil NGO, mereka menyatakan rasa marah kerana SPR sebagai badan pengendali pilihan raya tidak amanah menjalankan tanggungjawab sebagai 'pengadil'.
"Kami tidak mewakili mana-mana parti. Sebab itu kami minta beri laluan untuk bertemu Pengerusi SPR.
"Mereka hanya berani bawa pengundi hantu. Mereka hanya berani tukar peti undi. Tapi mereka tak berani nak jumpa rakyat," kata pemimpin mahasiswa, Safwan Anang.
Sementara itu, Pengarah Strategi KEADILAN pada kenyataan memaklumkan, beberapa Himpunan #Black505 akan diadakan di seluruh negara bagi menyatakan bantahan penyelewengan pilihan raya oleh SPR.
Antaranya di Stadium Kompleks Sukan Batu Kawan, Pulau Pinang pada Sabtu, 11 Mei; Medan Istana, Ipoh, Perak pada Ahad, 12 Mei; Kuantan, Pahang (14 Mei) dan Johor Bahru, Johor (15 Mei).
Mereka yang hadir digalakkan memakai pakaian hitam sebagai simbolik berkabung atas kematian demokrasi di negara ini. -KD
|
Bangladesh terus dilanda bencana industri Posted: 12 May 2013 09:33 PM PDT 3 Rejab 1434 H. [MOD] -
Kilang Tung Hai yang terbakar minggu lalu dipercayai angkara khianat. Kebanyakan ahli keluarga mangsa berada di lokasi kejadian berasa hiba setiap kali mangsa dikeluarkan dari sisa runtuhan. RESHMA BEGUM BANGLADESH terus dilanda bencana industri lewat Rabu lalu, selepas lapan orang maut dalam insiden kebakaran di kilang pakaian di Dhaka dalam tempoh dua minggu. Mangsa terkorban dalam kejadian itu termasuk pengarah urusan dan pemilik Kilang Tung Hai tersebut. Pihak berkuasa memberitahu, punca kebakaran masih belum diketahui. Siasatan awal mendapati, insiden berlaku di aras tiga bangunan setinggi 11 tingkat itu mungkin berpunca daripada perbuatan khianat. Minggu lalu, kerajaan mengumumkan penutupan 18 kilang pakaian di negara tersebut, beberapa hari selepas mereka berjanji untuk mempertimbangkan tahap keselamatan yang lebih tinggi susulan daripada perbincangan bersama Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). "Kesemua premis tersebut hanya dibenarkan buka semula selepas mereka membuat penambahbaikan struktur dan keselamatan," kata pegawai di Kementerian Buruh. Kebakaran adalah masalah utama di 4,500 kilang tekstil di Bangladesh berikutan kebanyakan syarikat beroperasi di bangunan usang dengan sistem pendawaian yang tidak mengikut piawaian. Menurut kumpulan Clean Clothes Campaign berpusat di Amsterdam, kira-kira 700 orang terbunuh dalam kebakaran kilang di Bangladesh sejak 2006. Peruncit Barat hanya tahu mengkritik premis terlibat kerana gagal memastikan keselamatan pekerja tetapi jenama utama terus membuat pesanan dan tidak mengendahkan masalah yang dihadapi buruh di Bangladesh. Terpaksa potong tangan Usaha seorang pekerja kilang berhampiran Plaza Rana, Didar Hussain menyelamatkan 34 mangsa di lokasi kejadian termasuk, Aanna Akhtar. Aanna menganggap dirinya bertuah walaupun terpaksa kehilangan pergelangan tangannya. "Saya mula bekerja di tingkat enam di bahagian pembuatan poket seluar kira-kira tiga minggu lalu. Kebanyakan rakan sekerja berjaya menyelamatkan diri. Saya hanya mampu menangis sebelum dibawa keluar pada hari kedua selepas insiden itu," katanya. Hussain yang mendengar tangisan gadis berumur awal 20-an itu cuba menenangkannya. "Saya tidak mempunyai pilihan, selain terpaksa memotong tangannya yang tersepit di bawah sisa runtuhan. Ia dilakukan atas persetujuan gadis tersebut," jelasnya. Difahamkan, usaha itu mengambil masa selama lima jam dan mangsa kini dirawat unit rawatan rapi dan dilaporkan semakin sembuh. Terperangkap selama 17 hari Seorang wanita ditemui masih hidup di bawah runtuhan selepas 17 hari insiden runtuhan tersebut. Reshma Begum memberitahu, usahanya mengetuk batang paip berjaya menarik perhatian pasukan penyelamat. "Jeritan saya tidak didengari sesiapa. Saya hampir berputus asa," katanya yang bekerja di tingkat dua Plaza Rana. Reshma menyatakan dia bergantung hidup dengan memakan makanan kering selama 15 hari selepas terperangkap di bawah sisa runtuhan berhampiran surau. Mejar Jeneral, Chowdhury Hasan Suhrawardy memaklumkan wanita itu juga terpaksa memotong rambutnya yang tersangkut dengan objek tajam. Usaha menyelamat Reshma turut disiarkan secara langsung di seluruh negara.
sinar/-
|
Pemandu bas nyaris maut Posted: 12 May 2013 09:28 PM PDT 3 Rejab 1434 H. [MOD] -
Bas dipandu Perakash terhumban ke dalam longkang selepas terbabas dan melanggar tiang elektrik. Gambar kecil: Ka Hoo. CHUAH - Seorang pemandu bas sebuah syarikat pelancongan nyaris maut apabila kenderaan yang dipandunya terbabas sebelum merempuh tiang elektrik dan terhumban ke dalam longkang di Kampung Chuah di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian sekitar jam 4.30 pagi, mangsa, V Perakash memandu berseorangan dalam perjalanan balik ke rumahnya di Kampung Sawah, Chuah selepas habis bertugas. Ketika kejadian tiada saksi kerana lokasi yang agak jauh dari kediaman penduduk dan pemandu hanya dibantu 10 minit kemudian oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut sebelum menghubungi ambulans. Penyelia bas syarikat pelancong itu, Tan Ka Hoo, 53, berkata, beliau hanya mengetahui kejadian itu apabila dihubungi oleh Perakash pada jam 5 pagi tadi (semalam). "Mujur ketika kejadian, bas ini tidak membawa penumpang dan Perakash hanya cedera di kaki. "Sejak hampir dua tahun Perakash bekerja sebagai pemandu di syarikat ini, dia belum pernah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Walau bagaimanapun kami akan menyiasat punca kejadian ini sama ada kecuaian pemandu atau pun masalah teknikal bas," katanya. Menurutnya, pihaknya juga akan membuat laporan polis terlebih dahulu dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. Katanya, Perakash dibawa ke Hospital Port Dickson untuk menerima rawatan dan dirawat sebagai pesakit luar.
sinar/- |
Ikatan PR buka laluan 'anak sulung' PAS di Melaka Posted: 12 May 2013 09:24 PM PDT 3 Rejab 1434 H. [MOD] -
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Renungan: "Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199) KETIKA berceloteh mengenai suasana hari penamaan calon di Melaka 20 April lalu, saya menyatakan ada 'kemajuan menarik' antara PAS dan DAP tatkala melihat buat pertama kalinya penyokong kedua-dua parti saling bercampur dengan bendera mereka (bulan dan roket) berkibaran berselang seli. Situasi itu tidak saya lihat pada PRU 2008 dan sebelumnya. 'Percampuran' itu terbukti membantu PAS dalam melahirkan anak sulungnya di bumi Hang Tuah (PAS melalui calonnya Dr Mohd Khalid Kassim menang di Bukit Baru, N17 dengan majoriti 48 undi) manakala DAP meraih manfaatnya apabila akhirnya berjaya mengakhiri legasi BN (MCA) di kawasan seperti Duyong (N23). Di Duyong, Pengerusi MCA Melaka yang juga penyandang kerusi itu, Dato' Gan Tian Loo ditewaskan oleh Pengerusi DAP negeri, Goh Leong San dengan majoriti 205 undi. Tentunya kejayaan itu dibantu KeADILAN, dan ia menjadi lebih manis lagi apabila ikatan padu ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat itu melenyapkan ego Ketua Menteri, Dato' Seri Mohd Ali Rustam yang kecundang di kawasan Parlimen Bukit Katil (P137) dengan majoriti agak besar (5,447 undi) di tangan Pengerusi KeADILan Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin. Kekalahan Mohd Ali yang pernah mengadakan majlis kahwin anaknya yang dihadiri lebih 100,000 tetamu, diselubungi 'misteri' seperti terpadamnya lampu ketika pengiraan undi. Beliau menyalahkan rakyat terutama orang Cina yang dakwanya tidak pandai 'mengenang budi'. Berdasarkan senario di Dun dalam Parlimen Bukit Katil (Bukit Baru, Bachang, Ayer Keroh dan Ayer Molek) dan Parlimen Bukit Katil sendiri, ada iktibar menarik yang boleh dijadikan panduan. Hanya kawasan inilah yang mencatatkan perubahan di Melaka; kawasan lain (luar bandar) tetap didominasi oleh BN manakala di bandar (terutama Kota Melaka) dimonopoli DAP. Di Dun Bukit Baru, pengundi Melayunya ada kira-kira 55 peratus, Cina lebih kurang 40 peratus manakala India kira-kira 5 peratus. Dipercayai pengundi Melayu berpecah dua; dan apabila situasi ini berlaku, dengan undian pengundi Cina terutama daripada DAP menyebelahi calon PAS, maka tercatatlah sejarah Dr Khalid yang pernah menjadi Timbalan Pengarah Hospital Melaka, 'melahirkan anak sulung' PAS di negeri Hang Tuah. Bagi Parlimen Bukit Katil (pengundi Melayunya 51 peratus, Cina 42 peratus dan India 6 peratus) faktor kebangkitan anak muda dan kesedaran sesetengah pengundi akan amalan korupsi dan seumpamanya, dibantu kejituan jentera dan penyokong PAS, KeADILan dan DAP serta kewibawaan dan kelantangan calonnya (Shamsul Iskandar), memberi sumbangan kepada kejatuhan Mohd Ali, ketua menteri selama lebih sedekad. Jika ditinjau kemenangan DAP (Goh Leong San) di Duyong pula (pengundi Cina lebih 50 peratus, Melayu 45 peratus dan India 4 peratus), saya percaya selain daripada sokongan pengundi tegar DAP, kesediaan ahli dan penyokong PAS dan KeADILan untuk memberi undi kepadanya berdasarkan suntikan semangat Pakatan Rakyat; menyebabkan Tian Loo beserta penyokongnya daripada orang Cina dan Melayu tersungkur sama. Rumusannya, kerjasama erat PAS, DAP dan KeADILan, membolehkan ketiga-tiga pihaknya mencatat kejayaan ditandingi calon mereka yang merupakan sejarah di bumi Hang Tuah. Penyokong rakan PAS dalam Pakatan Rakyat terutama DAP telah membuka laluan untuk PAS mencatat 'kelahiran anak sulung' dengan memenangi Dun Bukit Baru manakala penyokong PAS telah membantu calon DAP untuk menang di Dun seperti Duyong. Berkenaan sahabat saya, Harun Mohamed yang bertanding di Dun Telok Mas (N23) seperti dicoretkan dalam keluaran lalu; syabas diucapkan kerana beliau berjaya merapatkan jurang majoriti kekalahan kepada hanya 701 undi (beliau mendapat 7,332 undi berbanding Latiff Tamby Chik memperolehi 8,033 undi), Mungkin undian penyokong DAP sebagai bantuan kepadanya masih tidak memadai untuk beliau menang kerana kawasan itu mempunyai pengundi Melayu yang tinggi (70 peratus) sedangkan Cina hanya 28 peratus. Akhir sekali, syabas PAS Melaka kerana berjaya melahirkan anak sulung; pada PRU berikutnya diharapkan dapat melahirkan kembar yang banyak pula seterusnya mengetuai kerajaan baru rakyat; jadi terus bekerja keras dan berdoalah mulai sekarang! - http://lanh14.blogspot.com/ |
Blackout 505: PAS serah kepada negeri Posted: 12 May 2013 09:21 PM PDT 3 Rejab 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyerahkan kepada PAS negeri sama ada mahu menyertai atau tidak perhimpunan Blackout 505, 'Suara Rakyat Suara Keramat'. "Kita serahkan kepada (PAS) negeri sama ada mahu menyertai atau tidak," katanya ketika ditemui media selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Dewan Ulama PAS yang tidak menyokong tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan himpunan di seluruh negara bagi membantah keputusan PRU13. Pada PRU13, Pakatan Rakyat memperoleh 89 kerusi Parlimen manakala BN memenangi 133 kerusi Parlimen sekaligus mengekalkan mereka sebagai Kerajaan Persekutuan. Perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat mendapat sambutan luar biasa bermula di Kelana Jaya Rabu lalu, Pulau Pinang Sabtu lalu dan Perak malam tadi.
harakahdaily-/ |