Isnin, 13 Mei 2013

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Selamat Hari Guru

Posted: 12 May 2013 08:23 PM PDT



Saban tahun Sambutan Hari Guru semakin meriah, namun yang menggusarkan ialah disiplin para pelajar kita yang semakin merosot. Kita perlu lahirkan pelajar-pelajar yang hormat para guru serta guru-guru yang sayangkan para pelajar. Pelajar-pelajar beragama Islam pula apabila berada di sekolah pada sesi petang perlulah menunaikan solat fardu zohor dan asar secara berjemaah diimamkan oleh guru-guru mereka.

"Selamat Hari Guru"

ADAB BERGURU DALAM ISLAM

Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: "Kelebihan orang yang berilmu berbanding abid samalah seperti kelebihan bulan purnama berbanding segala bintang."(Sunan Abu Daud dan at-Tirmizi)

Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir yang dirakamkan dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi ayat 66-82 menunjukkan adab dalam menuntut ilmu.

Suatu perkara yang dapat dilihat dalam pertemuan antara Nabi Musa dan Khidir adalah bagaimana tawaduk dan rendah hatinya Nabi Musa sebagai seorang 'murid' yang mahu mempelajari sesuatu ilmu daripada gurunya. Tutur katanya penuh adab dan tingkah lakunya penuh sopan, syarat yang amat penting bagi sesiapa saja yang mahu menuntut ilmu.

Meneliti kisah Nabi Musa dan Khidir juga membolehkan kita membuat kesimpulan iaitu mereka secara tidak langsung menggariskan beberapa adab penting dalam mencari ilmu, khususnya dalam berguru.

Pertama, ilmu adalah kurniaan Allah. Tidak ada seorang manusia pun yang boleh mendakwa bahawa dia lebih berilmu berbanding orang lain, kerana ada juga ilmu yang juga anugerah Allah tanpa mempelajarinya.

Kedua, perlu bersabar dan tidak terburu-buru serta mengutamakan kebijaksanaan pada setiap ketika.

Ketiga, seseorang pelajar perlu memelihara adab dengan gurunya.

Antara adabnya adalah seseorang pelajar mesti bersedia untuk mendengar penjelasan daripada guru dari awal hingga akhir, sebelum bertindak dengan mengabaikan perintah guru.

Selain memuliakan guru, kita bertanggungjawab untuk menunaikan hak mereka.

Antara hak guru yang perlu ditunaikan adalah:-
- Merendah diri terhadap guru.
- Memandang guru dengan penuh hormat dan meyakini bahawa keperibadian mereka adalah lebih sempurna.
- Panggillah guru dengan gelaran mulia sebagai tanda menghormati mereka.
- Mengiktiraf hak guru terhadap diri kita.
- Mendoakan untuk guru sepanjang hayat mereka.
- Berkelakuan penuh sopan ketika mengikuti pembelajaran.
- Meminta izin guru sebelum memasuki kelas, rumah atau tempat yang khusus seperti bilik guru.
- Mendengar isi pengajaran dengan tekun walaupun topik perbincangan telah diketahui.
- Tidak mengemukakan pertanyaan bagi sesuatu masalah yang telah pun diketahui jawapannya.

Imam Al-Syafie pernah mengungkap: "Bersabarlah kamu dalam perjalanan jauh demi menemui gurumu, sesungguhnya lautan ilmu itu diperoleh menerusi perjalanan kamu menemuinya. Sesiapa yang tidak berasa kepahitan menuntut ilmu sedetik, ia pasti menelan kehinaan dek kejahilan sepanjang hayatnya."


Tawaran Waqaf Pembinaan Pondok Moden di Seremban

Posted: 12 May 2013 08:22 PM PDT



Tawaran Waqaf Pembinaan Pondok Moden di Seremban

Objektif :
- Sebagai organisasi tarbiyah, dakwah dan pendidikan berasaskan Al Quran dan Al Hadis
- Menubuhkan Ma'had Al Imam Al-Ja'fari Li Tahfiz Al Quran Wa Tafaqquh Fiddin
- Pusat pertemuan (multaqa) dan daurah serta periwayatan hadis para ulama tempatan, nusantara dan antarabangsa
- Pusat pendidikan anak yatim & warga emas (Darul Aytam wal musinnin)

Tenaga penggerak :
Ustaz Dr Hj Shuhadak Mahmud (Ahli Jawatakuasa Fatwa N.Sembilan, Pensyarah KUIS)

Anggaran Kos Pembinaan Pondok Moden :
- Pembelian tanah : RM 250,000
- Pembinaan Pondok Moden : RM 1,250,000

Untuk sumbangan atau waqaf sila salurkan ke akaun :
Nama akaun : Pertubuhan Sahah Syeikh Soleh Al-Ja'fari Negeri Sembilan
Bank Islam ( No akaun : 05012010077775 )
CIMB ( No akaun : 05130000790108 )

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Ustaz Dr Shuhadak 012-6127551
Ustaz Mohd Amin 013-6473452

Tiada ulasan:

Nuffnang