Pendatang disorok dalam but kereta dicekup UPP. Posted: 11 May 2011 08:02 PM PDT 09 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - Gambar: KOMANDER Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Perlis, Deputi Superintendan Zakaria Abdul Rahman (kanan) menunjukkan cara sembilan pendatang tanpa izin warga Myanmar berasak dalam PROTON Wira ketika cuba memasuki negara ini secara haram dengan bantuan seorang tekong warga Malaysia . - Foto Eizairi Shamsudin KANGAR: Sekumpulan pendatang warga Myanmar dikesan sanggup berhimpit dalam sebuah kereta termasuk berasak-asak dalam but bagi mengelak daripada dicekup pihak berkuasa.
Mereka yang terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita berusia antara 16 dan 21 tahun itu dicekup Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kuala Perlis di dalam sebuah kereta bersama seorang tekong warga tempatan berusia 30 tahun kira-kira jam 4 pagi semalam.
Komander UPP Perlis, Deputi Superintendan, Zakaria Abdul Rahman, berkata Pati berkenaan sanggup bersesak-sesak di dalam sebuah kereta Proton Wira termasuk di dalam but belakang hampir dua jam selepas berjaya membolosi pagar sempadan.
Menurutnya, mereka yang diekori pihak UPP sebaik saja meninggalkan sempadan Padang Besar itu bertindak memecut untuk melarikan diri sebaik tiba di Jalan Raja Muda, di sini, selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.
"Tekong yang juga pemandu kereta berkenaan memecut masuk ke dalam kawasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) sebelum mendapati pagar belakang hospital berkenaan ditutup menyebabkan enam warga asing berkenaan berjaya ditahan.
"Namun, lelaki itu termasuk tiga warga Myanmar lain bertindak melarikan diri dengan memanjat pagar berkenaan tetapi gagal sebelum berjaya ditahan UPP. Tekong itu turut mengalami kecederaan akibat terjatuh ke dalam longkang berdekatan," katanya ketika ditemui, di sini.
Menurut Zakaria, lelaki berkenaan kemudian dihantar ke HTF sejurus ditahan dan terpaksa menerima 16 jahitan di kepalanya yang koyak akibat terjatuh.
Katanya, sembilan Pati berkenaan dipercayai masuk ke negara ini menggunakan 'lubang tikus' yang dibina di pagar sempadan Padang Besar-Thailand berdekatan sebuah tanah perkuburan Cina, dekat sini, sebelum dijemput tekong. -BH
|
SINGAPURA PERLU RAMAIKAN MENTERI ISLAM Posted: 11 May 2011 02:00 AM PDT 08 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (LA DPPP) ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong diatas kejayaan partinya mempertahankan kerusinya pada pilihanraya negaranya tempohari.
Walaupun peratus undi yang diperolehi partinya PAP hanya 60 peratus, yakni merosot teruk sejak Singapura merdeka, namun mereka masih dapat mengekalkan majoriti kerusi mereka iaitu 81 daripada 87 yang dipertandingkan.
Pilihanraya Singapura baru-baru ini telah memperlihatkan kebangkitan rakyat Singapura yang mahukan perubahan dan berani menyuarakan isihati mereka dengan menghadiri majlis-majlis kempen pembangkang sehingga Berjaya menumpangkan beberapa menteri kanan.
Bagi pihak LA DPPP, harapan yang dianjurkan ialah agar Perdana Menteri Lee akan menunaikan permohonan maafnya secara terbuka kepada rakyat Singapura 3 hari sebelum hari mengundi atas segala permasalahan dan kelemahan kerajaan pimpinannya. Satu tindakan yang perlu dipuji kerana berani bertanggungjawap dan mengakui kelemahan dan kesilapan kerajaan dibawah pimpinannya.
LA DPPP juga berharap Perdana Menteri Lee mengotai janjinya kepada umat Islam Singapura untuk memperbaiki taraf hidup dan kebajikan umat Islam di Singapura.
Lantaran itu LA DPPP berharap Perdana Menteri Lee akan melantik lebih ramai Menteri-menteri dari kalangan umat Islam berbanding sesi yang lalu di mana beliau hanya mempunyai seorang menteri penuh Islam iaitu Dr Ibrahim Yaacob.
LA DPPP yakin dengan perlantikan lebih ramai menteri Islam, nasib dan kebajikan umat melayu dan Islam di Singapura akan lebih terbela dan terjaga. Disamping itu juga, ianya akan meningkatkan lagi tahap keprihatinan politik dikalangan orang Melayu dan Islam yang dilihat kurang prihatin terhadap isu semasa dan politik di Singapura.
LA DPPP yakin dengan kebolehan dan pencapaian umat Islam di Singapura mampu untuk memenuhi kabinet Singapura hatta sebagai menteri kanan seperti Menteri Luar Negara yang dilihat tiada calon yang dilihat sesuai.
RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA YAACOB Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat
|
Pandi Kutty : Kenapa Najib Begitu "Terasa", Tanya Azizah Posted: 11 May 2011 01:50 AM PDT 08 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
KLANG 11 MEI : Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail "hairan" kenapa Utusan Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu "terasa" terhadap perkataan 'Pandi Kutty' yang disebut suaminya pada satu ceramah Sabtu lalu.
"Kalaulah Perdana Menteri Najib kata Anwar kata dia 'pandi kutty', Anwar tak kata dia. Anwar kata siapa yang rasuah, siapa yang buat fitnah, siapa yang bunuh, itulah perangai 'pandi kutty'. Yang mereka nak terasa kenapa? Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya," kata Azizah dalam siri Ceramah Jelajah Selangor di Meru di sini malam tadi.
Akhbar Utusan Malaysia milik Umno semalam melaporkan kononnya Anwar menggunakan ungkapan bahasa Tamil itu yang bermaksud anak babi terhadap Najib.
Berasaskan laporan Utusan itu semata-mata, Perdana Menteri dan juak-juak Umno membidas Anwar tanpa usul periksa mengenai kesahihan laporan itu.
Najib semalam menuduh Anwar sebagai mengamalkan politik tak beretika kerana kononnya menggunakan perkataan kesat itu terhadap beliau.
Tuduhan Perdana Menteri itu tersasar. Rakaman ceramah Anwar di Kelang oleh TVSelangor menunjukkan Anwar tidak menggunakan perkataan itu terhadap Najib tetapi terhadap taktik-taktik jijik yang digunakan, khususnya video lucah untuk menjatuhkannya.
"Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus kearah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul "pandi kutti," Anwaf berkata di Dewan Hamzah Kelang.
"Ada orang kata Anwar cakap kasar. Macam mana tidak kasar. Ini kerja gila. Anda tahu sejarah India, Cina, Melayu Arab, adakah anda lawan politik begitu kotor macam Datuk Najib buat? Tidak ada," tambah Anwar di ceramah itu.
Hari ini Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata adalah menghairankan bagaimana Utusan, sebuah akhbar yang menjadi juara penyebaran kelucahan kepada masyarakat kini mahu menjuarai adab sopan.
Menurut Azizah, Utusan gagal menurut tujuannya iaitu pembina wacana orang Melayu sebaliknya melemahkan lagi pemikiran dengan isu remeh dan fitnah seperti ini.
Azizah turut merujuk berita muka hadapan Utusan 9 Mei lalu dimana bekas ahli PKR Aminah Abdullah meminta beliau bercerai dengan Anwar kerana video fitnah yang diuar-uarkan.
"Apa hal 'pandi kutty' pun nak jadik berita besar? Cik Aminah (Abdullah), orang Meru pun tak kenal Cik Min, boleh jadi muka depan suruh (saya) cerai. Ini pun jadi berita. Apa jadi dengan Utusan Malaysia? Sepatutnya menjana pemikiran orang Melayu. Apa orang Melayu tak ada pemikiran? Apa beginikah cara menjamu pemikiran orang Melayu?," kata Azizah.
Azizah kesal kerana media arus perdana termasuk Utusan cuba mengalihkan rakyat daripada masalah-masalah yang mencengkam kehidupan harian seperti kenaikan harga gula dan ketirisan kewangan di bawah pentadbiran Umno-BN.
Tv Selangor/- |
Humban 11 Mei Umno dalam muzium Posted: 11 May 2011 01:45 AM PDT 08 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
TIDAK ada maknanya bagi orang-orang Umno untuk mengenang peristiwa bersejarah penubuhan parti yang diasaskan pada 11 Mei 1946, jika ia sudah lari dari paksi perjuangan asalnya.
Umno yang ada hari ini jauh menyimpang, daripada yang diasaskan oleh Dato' Onn Jaafar. Umno yang ada adalah Umno versi Tun Dr Mahathir Mohamad, dihidupkan semula selepas sengaja dibiarkan haram pada tahun 1988.
Mengapa Umno dibiarkan haram? Jawapannya ialah kerana selepas Dr Mahathir hampir tewas pertandingan jawatan Presiden Umno pada tahun 1987 dengan beza 40 undi sahaja, bermakna separuh daripada perwakilan dan ahli Umno ketika itu menolaknya.
Apabila Umno diharamkan, penyokong Razaleigh dan Mahathir berpecah. Sebahagian besar masih ikut Mahathir kerana banyak faktor. Sebahagiannya mengikut Razaleigh yang menubuhkan Parti Melayu Semangat 46.
Dalam erti kata lain, Umno 'tulen' yang diasaskan perjuangannya oleh Onn sudah tidak wujud.
Umno dilahirkan di Istana Johor. Ia ditubuhkan dengan restu penjajah British. Mereka dijadikan anak emas penjajah dan diberikan red carpet untuk menerima anugerahkan kemerdekaan dengan mudah.
Sedangkan pejuang-pejuang asal kemerdekaan yang dipelopori pejuang-pejuang hebat seperti Abu Bakar Bashir, Dr Burhanuddin al-Helmi, Ibrahim Yaakub, Ahmad Boestamam dan ramai ulama-ulama tersohor yang dipenjara, dibunuh dan dibuang daerah.
Pada diri tokoh-tokoh hebat ini mengalir darah perjuangan Melayu-Islam. Mereka adalah pejuang sebenar, tetapi nama-nama hebat mereka dipadamkan sebagai pejuang tulen Islam dan nasionalisme Melayu menentang penjajahan British.
Tiada seorang pemimpin Umno pun menghadapi tekanan daripada British sebagaimana yang dihadapi oleh tokoh-tokoh hebat ini. Jangankan darah, tiada setitik peluh pun mengalir di dahi pemimpin Umno akibat hambatan British.
Justeru, hakikat sebenarnya, Umno tidak layak untuk mendabik dada kononnya mereka adalah parti yang benar-benar tulen memperjuangkan nasib bangsa.
Apa yang disebutkan sebagai asas perjuangan Umno adalah nasionalisme Melayu. Perjuangan Umno untuk memelihara bangsa, agama dan negara, hanya retorik kosong buat mengelabui mata rakyat semata-mata.
Memperingati hari lahir Umno pada 11 Mei saban tahun tidak bermakna jika paksi perjuangan Umno yang sebenarnya sudah tidak ada.
Umno harus sedar bahawa ia sudah dimamah kebusukan yang melampau. Kepimpinannya, dari Presiden, MT dan seluruh akar umbi sudah tidak mampu diperbetulkan.
Mereka sudah rosak dengan segala bentuk kekayaan dan ketamakan kerana terlalu lama di puncak kuasa. Amalan korupsi, kronisme dan nepostisme sudah semakin merosakkan Umno.
Umno lama berjuang untuk memartabatkan rakyat, justeru ramai kalangan pemimpinnya ketika itu datang dari golongan guru dan marhain. Menaiki basikal cabuk dan motor lama keluar masuk kampung berkempen.
Umno baru hari ini, jika Ketua Bahagiannya tidak berkereta mewah, tidak ahli korporat, tidak memperolehi projek daripada Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan PBT, tidak sah.
Itu baru Ketua Bahagian, belum lagi AJK Pemuda, Wanita dan Puteri. Semuanya pakat kongsi harta rakyat, hampir semuanya kaya raya. Lagi pun muda-muda lagi, orang Utara kata 'masih berhingus' dah dapat gelaran Dato'.
Hebat Umno ini. Punyalah sakan mereka meratah harta rakyat. Bahayanya ialah apabila sudah terlalu lama berkuasa, harta rakyat, harta negara, dianggap macam harta 'mak bapak' mereka sendiri.
Rakyat boleh melihat kepada Dr Mahathir. Lihatlah bagaimana semasa menjadi PM, anak-beranaknya mempunyai lebih 160 syarikat. Sekarang ini pun beliau menjadi Pengerusi Petronas, bagaimana anaknya boleh begitu kaya mendapat projek dan tender Petronas?
Dr Mahathir usahlah cakap putar alam, kononnya memperjuangan Melayu tulen. Nasionalis tulen yang hebat.
Begitu juga dengan bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika berkuasa. Syarikat milik anak-anak dan kroni beliau begitu rakus. Dengan Scominya, Patrick Limnya, Kalimullah Masheerul Hassannya. Macam-macam kehebatan, sehingga digelar kerajaan anak-beranak.
Lihat juga kepada PM Najib. Bagaimana adik beliau Dato' Nazir Razak memperolehi laba yang besar dalam negara.
Akhirnya rakyat harus berfikir, apakah faedahnya mereka menyokong Umno? Menyokong Umno kononnya atas nama perjuangan Melayu, tetapi yang kaya raya, yang menyapu harta rakyat, semuanya anak-beranak pemimpin-pemimpin Umno?
Kekayaan anak-beranak PM dan bekas PM bukan menjadi rahsia dalam Umno. Adakah semua mereka ini menjadi kaya raya dengan hasil titik peluh sendiri tanpa dukungan kerajaan yang memerintah?
Oleh sebab itu, pemimpin Umno termasuk bekas pemimpinnya seperti Dr Mahathir tidak layak untuk mendadik dada mereka adalah pejuang nasionalis yang sebenar.
Mereka sebenarnya hanya berjuang untuk memenuhkan wang saku serta kantung mereka semata-mata.
Mempertahankan kuasa Umno samalah seperti mempertahankan serta melindungi kepentingan peribadi yang begitu banyak dalam negara.
Jika Umno dijatuhkan dan Umno tidak lagi menjadi parti pemerintah, nescaya mereka semua akan turut tersekat daripada terus meratah harta rakyat.
Tiada jalan lain untuk menyelamatkan negara, menyelamatkan hak rakyat, selain menghumban Umno ke dalam muzium. Cukup-cukuplah Umno-BN berkuasa.
Justeru itu, menjelang setiap 11 Mei, rakyat tidak seharusnya bergembira, sebaliknya meratap kesedihan kerana puak-puak yang masih rakus membidak-bidak harta rakyat untuk kepentingan kroni dan kaum keluarga masih terus berkuasa.
Harakahdaily/- |
Pencalonan ditutup 15 Mei, sidang media 17 Mei Posted: 11 May 2011 01:40 AM PDT 08 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 11 Mei: PAS akan mengadakan sidang media khas Selasa 17 Mei ini bagi memaklumkan pencalonan untuk pimpinan tertingginya selepas ia ditutup Ahad 15 Mei ini.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau bersama dengan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS 2011, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman akan mengadakan sidang media itu bagi memaklumkan pencalonan itu.
Sidang media itu akan diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut jam 11 pagi.
PAS akan mengadakan pemilihan untuk pimpinan tertingginya dalam Muktamar yang akan diadakan 3 hingga 5 Jun depan di Taman Melewar, Kuala Lumpur.
Sejak Mac lalu, PAS kawasan-kawasan dan dewan-dewan peringkat negeri mengadakan mesyuarat agung mereka di mana setiap kawasan berhak membuat pencalonan untuk jawatankuasa PAS pusat.
Kertas pencalonan yang mereka hantar dimasukkan ke dalam satu kotak khas di Pejabat Agung PAS dan hanya akan dibuka oleh Jawatankuasa Pemilihan PAS 2011 yang dipimpin Ustaz Halim Ahad ini.
Antara jawatan itu adalah pengerusi tetap dan timbalannya, presiden, timbalan presiden, tiga naib-naib presiden, AJK dan juga pemeriksa kira-kira.
Kebanyakan kawasan menyerahkan kepada Jawatankuasa baru yang mereka pilih dalam mesyuarat agung kawasan untuk menetap pencalonan peringkat pusat dari kawasan mereka.
Ini bermakna terserahlah kepada jawatankuasa itu untuk mencalonkan siapakah pucuk pimpinan PAS yang mereka kehendaki.
Menurut peraturan yang ada, setiap calon memerlukan sekurang-kurangnya dua pencalonan untuk layak bertanding.
Dewan Ulamak, Muslimat dan Pemuda PAS akan mengadakan muktamar mereka pada 1 dan 2 Jun ini.
Mesyuarat dewan-dewan di peringkat negeri juga sudah berjalan. Mereka pula berhak membuat pencalonan untuk jawatan ketua, timbalan, naib dan AJK disamping pengerusi tetap, timbalannya serta pemeriksa kira-kira masing-masing di peringkat pusat.
Tarikh terakhir mesyuarat kawasan-kawasan adalah 14 Mei ini iaitu sehari sebelum tarikh tutup pencalonan diterima.
Antara kawasan yang akan mengadakan mesyuarat agung pada tarikh itu adalah PAS Kawasan Selayang dijangka panas ekoran pertandingan sengit untuk jawatan utamanya termasuk Yang Dipertua PAS kasawan.
Harakahdaily/- |
Najib tetapkan agenda mingguan Utusan - Hata Wahiri Posted: 11 May 2011 01:30 AM PDT 08 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 11 Mei: Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Mohamad Hata Wahiri berkata, agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.
Hatta dalam wawancaranya dengan laman web, Free Malaysia Today (FMT) (gambar) berkata, Ketua Pengarang Utusan yang ada sekarang akan menerima arahan dari mesyuarat Biro Politik Umno yang bersidang setiap hari Isnin malam.
Yang hadir dalam mesyuarat itu adalah Najib, timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin, naib presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamudin Husein dan Datuk Seri Safie Apdal serta Setiausaha Agung, Datuk Tengku Adnan Mansor dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan.
Agenda mingguan yang diputuskan dalam mesyuarat ini akan disampaikan kepada Ketua Pengarang Utusan melalui pejabat Perdana Menteri.
Hata telah dipecat oleh Utusan 1 Mei lalu, dua hari sebelum Hari Kebebasan Akhbar sedunia yang disambut pada setiap 3 Mei. Alasan Utusan adalah kerana Hata memalukan Utusan dalam kenyataan-kenyataan medianya.
"Utusan akan melaksanakan isu yang diarahkan selama tiga hari sebelum menghentikan sepenuhnya kecuali menerima sokongan kuat dari pemimpin utama BN," laporan laman web itu.
Utusan mendapat serangan dari pelbagai pihak sejak kebelakangan ini ekoran tindakannya mensensasikan pelbagai isu yang dianggap tidak wajar.
Yang terbaru isu "Kristian menjadi agama rasmi" sehingga MCA, rakan kongsi Umno dalam Barisan Nasional (BN) juga tidak percaya lagi kepada akhbar itu.
Selepas mendapat reaksi negatif, Najib sendiri seolah-olah tidak bersetuju dengan laporan itu dan meminta isu itu dihentikan.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika menjawab soalan wartawan tentang isu ini berkata, "Takkan saya nak percaya Utusan kalau MCA pun tidak percaya."
Utusan juga menjadikan agenda menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila mendakwa Anwar menggelarkan Perdana Menteri Najib sebagai 'pundi kutty' satu kenyataan mencarut dari bahasa Tamil.
Namun begitu, Anwar menafikan dakwaan itu kerana beliau menggelarkan pundi kutty kepada tindakan bejat BN bukannya kepada Najib.
Menurut FMT lagi, Hatta berkata, semasa Utusan dipimpin oleh Datuk Khalid Mohamad, perkara yang berlaku dalam Utusan sekarang tidak berlaku.
Ia hanya mula berubah selepas kekalahan teruk BN dalam pilihan raya umum 2008 dan Khalid telah digantikan oleh Datuk Aziz Ishak sebagai Ketua Pengarang.
"Menurut Hata, Aziz tidak mempersoalkan arahan editorial yang ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang bermesyuarat setiap Isnin malam bagi membincangkan agenda mingguan akhbar itu," lapor FMT.
Namun begitu, strategi ini telah memberikan kesan buruk kepada Utusan apabila jualannya jatuh merudum dan akhbar ini dilaporkan mengalami kerugian RM20 juta sejak 2009.
"Data dari Audit Bureau of Circulation (ABC) menunjukkan jualan harian akhbar ini jatuh 20 peratus antara Jun 2006 hingga Jun 2010," lapor FMT.
Harakahdaily/- |
HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT PAS GANTI UMNO PERINGKAT PERAK Posted: 11 May 2011 01:25 AM PDT 08 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
IPOH – Setiausaha PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir menyatakan kini gelombang kebangkitan rakyat untuk memastikan PAS menggantikan UMNO selaku kuasa politik utama orang melayu di negara ini bagaikan angin yang sedang bertiup kencang.
Justeru PAS Perak akan membawa program besar-besaran yang dinamakan sebagai himpunan kebangkitan rakyat 'PAS Ganti Umno' di negeri Perak pada 14-15 Mei 2011 di zon utara Perak iaitu di Padang Rengas dan 28-29 Mei 2011 di zon Selatan Perak iaitu di Pasir Salak, jelas beliau.
Menurut beliau lagi, PAS Perak akan menggerakkan Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS ganti UMNO ini dengan bersungguh dan penuh komitmen agar program yang dirancang ini dapat berlangsung dengan jayanya..
Beliau juga menyatakan, program besar- besaran PAS ganti UMNO ini adalah antara usaha PAS Perak untuk kembali memerintah negeri Perak sejak ia dirampas oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam kes rampasan kuasa secara zalim oleh UMNO BN ketika Pakatan Rakyat memerintah Perak selepas PRU 12 selama 11 bulan.
Setiausaha PAS Perak itu juga menyatakan, PAS Perak akan terus berusaha dan merancang serta melaksanakan pelbagai program untuk menawan hati rakyat.
Memetik ucapan beliau,
''Kita berhasrat dan memang berniat untuk mengambil semula pemerintahan negeri Perak, jadi beberapa perancangan dan program yang telah dan sedang rancak dijalankan untuk menghadapi Pilihanraya Umum 13 yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.
" Oleh itu kita memikirkan sesuatu yang boleh menggerak dan menawan hati rakyat, kita mendokong penuh program yang disarankan diperingkat PAS Pusat iaitu program "PAS Ganti Umno", dan kita akan jayakannya di peringkat negeri Perak.
Menurutnya lagi, kejayaan Himpunan PAS ganti UMNO di pantai timur tanah air menyebabkan pemimpin Umno akur melihat kekuatan rakyat yang begitu ramai berhimpun untuk menyatakan aspirasi mereka menyokong perjuangan PAS.
Justeru Ijtima' PAS Ganti UMNO adalah manifestasi perjuangan yang sekian lama dilaungkan oleh PAS dalam usaha menggantikan UMNO dalam penguasaan politik negara, ia juga merupakan matlamat utama parti mewujudkan sebuah pemerintahan yang adil mengikut lunas-lunas Islam.
Rakyat pasti akan lebih terbela masa depannya, manakala negara akan lebih stabil dalam semua aspek pembangunan sekiranya PAS berpeluang menggantikan UMNO yang sudah lama pincang dengan amalan rasuah, kronisme, salah guna kuasa, menzalimi hak rakyat, budaya fitnah dan beribu penyelewengan lagi.
mohd hafez sabri |
Utusan tak boleh masuk sidang DUN Posted: 11 May 2011 01:15 AM PDT 08 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
GEORGETOWN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, semalam, meluluskan usul melarang wartawan Utusan Malaysia daripada menghadiri dan membuat liputan sidang DUN pada masa depan.
Usul itu turut melarang wartawan Utusan Malaysia untuk berada di pekarangan dan memasuki bangunan DUN.
Usul itu dibentangkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) pada hari terakhir Mesyuarat Pertama Penggal Yang Keempat DUN Ke-12.
Ia adalah cadangan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Pulau Pinang selepas siasatan mendapati laporan Utusan Malaysia yang bertarikh 11 November 2010 mengenai kos kerja pembaikan banglo kediaman Guan Eng berjumlah RM1.5 juta adalah tidak tepat.
Guan Eng berkata, selain laporan kos pembaikan banglonya tidak tepat, berita muka depan akhbar itu bertajuk 'Malaysia Negara Kristian? beberapa hari lalu turut menjadi faktor usul berkenaan dibawa ke DUN.
Pada 11 November 2010, Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Shabudin Yahaya di DUN bahawa kos kerja pembaikan banglo yang didiami Guan Eng mencecah RM1.5 juta.
Laporan media itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan negeri dan sebanyak dua mesyuarat diadakan untuk membincangkan hasil siasatannya.
Berita Harian/- |
Cinta Sejati Seorang Ibu Posted: 11 May 2011 01:00 AM PDT 08 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair.
Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :
"Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang . Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang di ufuk barat. Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku."
Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam.
Beliau mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dan dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.
Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua umat Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka berkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuang tentera Islam.
Nasihat Khansa kepada anak-anaknya, "Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturunan kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahawasanya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa."
Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung."
Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.
Seterusnya Khansa berkata, "Jika kalian bangun esok pagi, insyaAllah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah kamu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal."
Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau syurga.
Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik saja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah .
Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang dari mereka bersyair,
"Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. InsyaAllah akan kita buktikan sedikit masa lagi."
Kemudian dia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api dia bersyair,
"Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur musuh-musuh bersama-sama sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah."
Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair,
"Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang. Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang. Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri. Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri. Dapatkan kemenangan yang bakal membawa kegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi."
Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair,
"Bukanlah aku putera Khansa', bukanlah aku anak jantan dan bukanlah pula kerana 'Amru yang pujiannya sudah lama terkenal. Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahaya, dan musnah mangsa oleh senjataku."
Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu.
Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang lainnya.
Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil saja yang dapat menyelamatkan diri.
Umat Islam lega.
Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan,
"Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengaharapkan dari Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!"
Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperangan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan 'Ummu syuhada' yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid.
- Artikel iluvislam.com |
Gerbang Perkahwinan : Kurniaan, Ibadah & Dakwah Posted: 11 May 2011 12:40 AM PDT 08 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Allah Taala telah menjadikan perkahwinan di antara tanda-tanda kekuasaanNya.
Menurut Syeikh Prof. Muhammad Ali al-Sabouni di dalam kitabnya az-Zawaaj al-Islami al-Mubakkir, Allah Taala menganugerahkan tiga kurniaan kepada hamba-hambaNya yang telah hidup berkeluarga (berkahwin) iaitu:
01.Pertama: Isteri merupakan seorang manusia mulia yang Allah Taala ciptakan dari jenis yang sama dengan lelaki (suami). Oleh itu, kemuliaan suami itu menjadi sejajar dengan kemulian dan kemanusiaan isterinya juga.
Firman Allah Taala bermaksud: Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri. (Surah ar-Rumm: Ayat 21).
Allah Taala juga menciptakan isteri dari jenis yang sama agar mereka saling kenal-mengenali dan berkasih-sayang sepertimana kata orang: Setiap jenis akan berkasih sayang dengan sesamanya juga.
Begitu juga dengan sebuah syair Arab yang indah ini:
Dalam asmara aku telah dikenakan baju indah bersulam cinta Oleh seorang gadis yang amat jelita Hingga purnama pun malu di hadapannya Bila mata ini berbuat salah kerananya Maka dengan airmata ia basuh semua dosa.
02.Kedua: Ketenteraman dan ketenangan jiwa yang dirasakan oleh suami ketika berdampingan dengan isteri yang solehah. Ini akan membawa kepada ketenteraman dan ketenangan dalam kehidupan berumahtangga.
Firman Allah Taala bermaksud: Isteri-isteri supaya kamu merasa tenteram kepadanya. (Surah ar-Rumm: Ayat 21).
Isteri yang menjadikan suami merasa tenteram dan suami juga menjadikan isteri merasa tenang menepati firman Allah Taala bermaksud:
Dialah yang menciptakan kalian dari diri yang satu dan darinya Dia menciptakan isterinya agar dia merasa senang kepadanya. (Surah al-Araaf: Ayat 189).
03.Ketiga: Dengan ikatan kasih sayang dan cinta maka Allah Taala mengikat hati suami dan isteri itu.
Firman Allah Taala bermaksud: Dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Surah ar-Ruum: Ayat 21).
Tanpa adanya nikmat ini nescaya seseorang suami tidak akan merasa senang kepada isterinya.
Dengan kekuasaan-Nya maka tertanamlah perasaan cinta ini sehingga apa yang menyakiti akan disakiti bersama dan apa yang disenangi akan disenangi bersama.
Perkahwinan Itu Satu Ibadah
Secara umumnya kita telah mengetahui bahawa perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah SAW. Perkahwinan juga adalah suatu ibadah serta salah satu cara mendekatkan diri kepada-Nya.
Dengan perkahwinan, seseorang Islam itu akan mendapat ganjaran dan pahala daripada Allah Taala bilamana perkahwinan itu dilakukan dengan ikhlas dan bukan kerana nafsu semata-mata.
Bahkan hubungan kelamin di antara suami isteri juga mendapat ganjarannya.
Sebuah hadis Rasulullah SAW bermaksud:
"Dan pada kemaluan seseorang dari kalian terdapat sedekah. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah seseorang yang menyalurkan nafsu syahwat (kepada isterinya) memperolehi pahala? Rasulullah SAW bertanya: Apakah seseorang yang menyalurkan nafsu syahwatnya dengan cara yang haram (berzina) ia berdosa? Mereka menjawab: Betul. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Demikian juga jika ia menyalurkan pada tempat yang halal maka ia akan memperolehi pahala." (Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad).
Halangan Dalam Melaksanakan Dakwah
Mungkin ada yang bertanya sendirian, mengapa saya memilih tajuk ini? Bukankah tajuk 'hebat' yang lain lebih banyak untuk dibicarakan?
Saya memilih tajuk ini kerana saya teringat satu tulisan ulama yang pernah saya baca suatu ketika dahulu mengenai halangan-halangan utama untuk berdakwah.
Di antara halangan tersebut ialah suami/isteri serta keluarga.
Asas dakwah sudah tentulah bermula dari institusi keluarga dengan suami dan isteri menjadi ketuanya.
Jika mereka sendiri tidak sehaluan dan rapuh pegangannya, mana mungkin dakwah ini dapat dijalankan dengan jayanya di rumah, apatah lagi untuk masyarakat Islam yang lain.
Oleh itu, suami atau isteri (serta bakal) perlu memahami perkara ini dengan sebaiknya agar usaha dakwah kita tidak terbantut di tengah jalan.
Kesimpulan ringkas dari tazkirah kali ini ialah: 1. Perkahwinan itu satu ibadah dan anugerah dariNya. 2. Percepatkan perkahwinan jika sudah bersedia. 3. Selain memilih pasangan hidup yang beragama, pasangan hidup yang memahami perjuangan kita juga perlu diutamakan. 4. Suami dan isteri perlu melayari bahtera rumahtangga dengan perasaan kasih sayang dan cinta. 5. Mendidik anak dengan agama adalah tanggungjawab ibubapa.
- Artikel iluvislam.com |
Uji Kekuatan Password Anda Posted: 11 May 2011 12:30 AM PDT 08 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
"Artikel semalam berkaitan password (link), mendapat beberapa responder ada yang mengatakan tidak tersenarai dalam list password yang paling selalu digunakan. Baguslah tetapi adakah anda yakin password anda betul-betul selamat dari diceroboh oleh cracker?
Ramai dari pakar sekuriti online mencadangkan password yang baik ialah:
1- Selalu ditukar-tukar. Tapi awas jangan sampai terlupa pula.
2. Menggunakan password kata yang panjang.
3. Menggunakan gabungan huruf capital dan small letter.
4. Menggunakan karakter gabungan alfa-numberik dan simbol-simbol.
Bagaimana kita boleh membuat password yang benar-benar selamat.
Ada satu alat pengukur password online yang bagus yang dapat menunjukkan seberapa kuat password anda
Klik –> Passwordmeter
* Masukkan password yang ingin diuji dalam Password Meter * Periksa semua saranan untuk menyukarkan dan memantapkan password anda. * Meter akan menunjukkan jika password menggunakan simbol, angka tengah, huruf kecil, huruf besar bersama dengan panjang password. * Jika percentage password belum 100% ubah password dengan beberapa tambahan untuk membuatnya kuat iaitu sebesar 100%.
Password meter ini sebagai alat ini dapat digunakan untuk memudahkan penggunaan untuk mengingati password menjadi lebih kompleks. Kebanyakan dari orang membuat password berdasarkan dari data diri sendiri atau hal-hal yang disukai.
Password begini dapat mudah diteka oleh orang lain tetapi jika password berisi dengan berbagai jenis karakteristik seperti huruf besar, huruf kecil serta simbol atau menambahkan nombor yang mudah diingati maka kombinasi tersebut cukup untuk password tidak mudah diteka.
Sebenarnya selain web passwordmeter.com ini, banyak lagi website dan perisian yang anda boleh gunakan untuk menguji kekuatan password anda. Anda boleh googling sendiri.
Semoga bermanfaat.
Oleh: blalang |
Khasiat Halia Posted: 11 May 2011 12:00 AM PDT 08 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Tumbuhan ini berasal dari Asia Selatan (India).Halia (Zingiber officinale) merupakan tumbuhan herba yang tumbuh sepanjang tahun. Hidup liar di ladang-ladang tanah lembab serta memperolehi banyak sinar matahari.
Kandungan kimia
Halia mengandungi banyak atsiri, damar, mineral sineol, fellandren, kamfer, borneol, zingiberin, zingiberol, gigerol(misalnya di bahagian bahagian merah), zingeron, lipidas, asam aminos, niacin, vitamin A, B1, C dan protein. Minyak halia berwarna kuning dan kental. Minyak ini kebanyakkannya mengandungi terpen, fellandren dan dextrokamfen.
Kandungan & Manfaat
Menurut farmakologi Belanda, umbi Zingiber officinale mengandungi 6% bahan ubat-ubatan yang sering diguna sebagai rumusan ubatan di 23 buah negara. Sejak dahulu lagi , halia dipergunakan sebagai ubat atau bahan untuk memasak. Halia boleh merangsang kelenjar pencernaan, baik untuk membangkitkan nafsu makan dan pencernaan.
Halia berguna sebagai ubat gosok untuk badan dan sakit kepala. Halia segar yang ditumbuk halus boleh digunakan sebagai ubat luar. Rasa dan aromanya pedas dapat menghangatkan tubuh dan mengeluarkan peluh.
Minyak atsirinya bermanfaat untuk menghilangkan rasa lenguh, anti inflamasi dan anti bakteria. Air perahan umbinya (akar tongkat) digunakan untuk penyakit katarak. Ia juga amat baik untuk mengubati luka luar dan dalam, merawat gatal-gatal(umbinya ditumbuk halus) dan juga dapat mengubati gigitan ular.
Kegunaan lain
Sakit kepala atau migrain, batuk, masuk angin, reumatik, lenguh pinggang, mengeluarkan angin dari perut, bengkak-benkak, mual dan mabuk dalam perjalanan, panau, digigit ular, ubat cacing gelang dan gatal akibat gigitan serangga.
Khasiat Halia
Membantu untuk menghadamkan makanan. Melembutkan perut dengan kelembutan yang sederhana. Mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah. Membantu untuk menguatkan tenaga jimak dan menambahkan air mani. Membuang angin yang terdapat dalam usus-usus kecil dan besar. Membuangkan kahak lendir yang melekat di bahagian halkum, jika halia itu dicampur dengan sedikit gula dan diminum dengan air panas. Menghilangkan bau busuk mulut. Menghilangkan kadar kesejukan yang terdapat pada makanan dan buahan atau sayuran bila sudah dimakan atau diminum. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang bermaksud: "Dan mereka (ahli syurga) meminum di syurga satu gelas air yang campurannya dari halia."
halawah shop |
DEWAN PEMUDA PAS MIRI BERSEDIA BERBINCANG DENGAN YB DAUD UNTUK MENYUBURKAN DAKWAH DI MIRI Posted: 10 May 2011 11:30 PM PDT 08 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Dewan Pemuda PAS Kawasan Miri (DPPKM) bersedia mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak termasuk YB Daud demi untuk kepentingan dakwah Islam, khususnya di Miri. DPP Miri melihat kerajaan negeri perlu membuat perubahan drastik dengan memberi perhatian serius ke atas perkembangan agama lslam di Sarawak dalam konteks yang lebih luas bukan hanya berasaskan sentimen politik sempit semata-mata, tetapi perlu dilihat secara telus tanpa ada sebarang unsur prejudis. Hasrat ini dinyatakan oleh Ketua Pemuda PAS Miri, Saudara Wan Husni berhubung kenyataan YB Daud dalam akhbar Borneo Post baru-baru ini.
Menurutnya lagi, Sarawak merupakan sebuah negeri yang mempunyai sempadan geografi yang sangat luas dan Islam adalah kelompok minoriti di negeri ini. DPP Miri merasakan masjid dan surau adalah antara medium yang paling sesuai untuk memperkasakan lagi agenda dakwah. Fenomena ini perlu diberi perhatian serta fungsi masjid dan surau mestilah diperluaskan untuk kepentingan masyarakat. Kita melihat realiti yang berlaku dimana fungsi masjid dan surau pada hari ini diperkecilkan dengan hanya menumpukan soal ibadat ritual semata-mata. Ada sesetengah masjid begitu usang dan uzur tanpa ada pengimarahan dan program yang dilaksanakan. Sepatutnya masjid dan surau ini menjadi pusat kegiatan masyarakat, contohnya dalam menguruskan soal poliItik, ekonomi, masyarakat dan sebagainya. Selain itu juga majlis ilmu perlulah dihidupkan secara berterusan bukan hanya bermusim, maka DPP Miri bersedia untuk membantu dalam sudut tenaga, masa dan idea yang diperlukan dan bersedia merangka dan menyusun program yang bersesuaian kepada masyarakat.
Selain itu juga DPP Miri menggesa pentadbiran Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) diperkemaskan. Kita sering mendengar keluhan masyarakat berkaitan isu tenaga-tenaga JAIS yang sangat terhad dan menyukarkan untuk merangka dan memantau program-program agama yang dilaksanakan. Program susulan kepada saudara baru perlu disusun dan dipantau secara sistematik dan berkesan serta dilaksanakan secara berterusan. Kita tidak mahu hanya menjalankan tanggungjawab seperti 'melepaskan batuk ditangga' sahaja tanpa ada ada sebarang tindakan dan pantauan.
Institusi pendidikan agama seperti SMKA, SRA juga perlulah diperbanyakkan khususnya di Miri. Sebenarnya permintaan masyarakat sangat menggalakkan dan rakyat merasakan ini adalah satu keperluan asas dalam membentuk masyarakat yang rabbani dan taat kepada Allah. Masalah sosial yang begitu kritikal berlaku pada masa kini tanpa ada jalan penyelesaian, maka DPP Miri merasakan langkah ini sebagai usaha untuk membendung masalah yang terus berleluasa ini.
Justeru DPP Miri mengharapkan hasrat dan pandangan kami ini diteliti serta diberi perhatian oleh mana-mana pihak yang terlibat. DPP Miri bersedia pada bila-bila pada masa untuk bertemu dan berbincang dengan sesiapa sahaja untuk kepentingan ummah khususnya di Miri.
Ketua Pemuda PAS Miri
Wan Husni Wan Osman |
Lagi pembohongan BN dengan MEB. Posted: 10 May 2011 09:30 PM PDT 08 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - PARIT BUNTAR, 11 Mei : Ketua Penerangan Pas Perak YB Drs Khalil Idham Lim berkata Perdana Menteri sekali lagi membohongi rakyat apabila menyatakan negara sedang mengorak langkah ke arah Model Baru Ekonomi (MEB) bagi merealisasikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi, mampan dan inklusif. "Rakyat tetap berpendapatan rendah, yang berpendapatan tinggi cuma beberapa kerat elit umno, kewangan rakyat makin tertekan bukan sahaja selepas kenaikan harga minyak bahkan terkini harga gula pula dinaikkan,' katanya ketika ditemui di sini. Menurutnya yang juga Adun Titi Serong, rakyat Malaysia terus mengalami kesempitan berbelanja dengan pelbagai kenaikan harga barang dan lebih malang lagi Najib sebagai Menteri Kewangan tidak kreatif dan lemah untuk mencari alternatif perolehan wang negara. Dalam pada itu YB khalil yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat menasihati Najib sekiranya mahu jadikan negara sebagai wilayah berkedudukan lebih kukuh dan pesaing yang kompetitif di dunia jangan selalu mengaut wang rakyat dengan sewenang wenangnya. Menurutnya usaha menarik subsidi adalah usaha kerajaan mengurangkan pengagihan kekayaan negara kepada rakyat. Janganlah sampai wang rakyat dari lapisan bawahan pun mahu di kikis, jadilah orang yang kreatif dan bukannya pengkikis wang rakyat," ujarnya. "Apalah salahnya salurkan keuntungan Petronas kepada rakyat Malaysia setelah perusahaan minyak negara itu mendapat untung berlipat ganda apabila harga minyak pasaran dunia meningkat," jelasnya lagi. "Pakatan Rakyat telah menawarkan pelan untuk kesenangan rakyat untuk 100 hari pertama dan seterusnya seperti yang termaktub dalam Buku Jingga bahawa rakyat akan mendapat pelbagai keuntungan apabila Pakatan Rakyat mendapat mandat pada PRU 13 nanti," katanya lagi. BN bukan berhasrat menyenangkan rakyat tetapi menyusahkan cara hidup rakyat, keran itu rakyat perlulah memberi harapan kepada PR demi untuk pembangunan dan pengagihan kekayaan negara Malaysia secara menyeluruh," katanya. |
Malaikat Maut mengintai kita 70 kali sehari Posted: 10 May 2011 09:20 PM PDT 08 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat kematian mereka.
Allah berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Surah al-Anbiyak ayat 35) Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.
Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.
Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia dimuka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa.
Maka berkata Izrail: 'Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.'"Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup.
Takdirnya esok hari terakhir Allah 'pinjamkan' nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?
Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian.Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya ataumiskin.
Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup.
Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian. Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yangamat menyeksakan.
Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).
Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: "Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.
"Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia." (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)
Kematian 'menjemput' manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha.
Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih.
Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.
Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar."
Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya.
Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas.
Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.
"Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.
"Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka.
Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun.
Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia.
Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan. Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.
Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku. Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut.
Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa.
Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh.
Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s.Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.
Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit,
tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah.
Umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu. Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul.
Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya.Tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.
Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar.
Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian. Mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan.
Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian.Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah.
selatanonline |
Tripoli kembali bergegar Posted: 10 May 2011 09:00 PM PDT 08 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
KEADAAN bangunan kerajaan yang didakwa diserang melalui udara di Tripoli, semalam. SEKUMPULAN wakil media mengambil gambar keadaan bangunan yang musnah.
NATO lancar siri serangan terbaru
TRIPOLI: Pesawat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) melancarkan satu siri serangan terbaru ke atas ibu negara Libya dengan sekurang-kurangnya lapan letupan besar kedengaran sepanjang awal pagi semalam, manakala dua serangan dilancarkan berhampiran pejabat media beberapa jam sebelum itu, kata saksi.
Laporan menyatakan, empat letupan kedengaran sejurus selepas jam 2 pagi semalam, menggegarkan tingkap sebuah hotel yang menempatkan sekumpulan wartawan, sebelum disusuli dua lagi letupan.
Bunyi siren dan jeritan kedengaran selepas serangan, disusuli tembakan raifal dan senjata berat, ketika pesawat terbang melintasi ruang udara bandar raya itu.
Awal kelmarin, saksi melaporkan mendengar dua letupan di ibu negara Libya itu ketika pesawat melintas di atasnya, manakala asap kelihatan berkepul berhampiran pejabat stesen televisyen Libya dan agensi berita JANA.
Seorang pegawai berkata sekurang-kurangnya satu serangan terkena sebuah bangunan yang pernah dibom 30 April lalu dan menempatkan beberapa pejabat pertubuhan awam.
Seorang pengawal berkata bangunan itu terkena serangan kira-kira jam 11 malam. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Sementara itu, seorang doktor di Pusat Pembedahan Plastik dan Rawatan Melecur di kawasan Shariah Zawiya di Tripoli berkata, seorang pesakit muda cedera terkena serpihan kaca dari tingkap yang pecah akibat salah satu serangan.
Wartawan tidak dibenarkan pergi ke lokasi serangan dikatakan berhampiran sebuah bangunan yang pernah digunakan sebagai pejabat perisikan tetapi kini menempatkan kementerian pertanian.
Letupan berlaku selepas ketua NATO, Anders Fogh Rasmussen berkata pemimpin Libya Muammar Gaddafi semakin kesuntukan masa dan akan 'menyedari bahawa tiada lagi masa depan untuk beliau dan rejimnya.'
Pada 1 Mei lalu, anak Gaddafi, Seif al-Arab, dan tiga cucunya terbunuh dalam satu serangan di rumahnya di Tripoli. – AFP |
Pindah pengundi: DAP cabar Ali Rustam dedah bukti Posted: 10 May 2011 08:30 PM PDT 08 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
BUKIT KATIL, 11 Mei: Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong (gambar) mencabar Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya membuktikan dakwaan bahawa DAP memindah pengundi ke kawasan parlimen Bukit Katil.
"Kita cabar Ali Rustam supaya buktikan bahawa DAP memindahkan pengundi dari kawasan lain ke kawasan Parlimen Bukit Katil.
"Jika beliau gagal buktikan bermakna beliau menipu rakyat," kata Khoo yang juga Setiausaha Publisiti DAP negeri pada sidang akhbar di pejabatnya di Bukit Beruang semalam.
Ali Rustam dalam kenyataan medianya semalam menyatakan bahawa DAP telah memindahkan pengundi ke parlimen Bukit Katil dan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat siasatan.
Beliau berkata terdapat 25 orang pemilih pada alamat yang sama.
Khoo berkata beliau akan bertemu dengan SPR untuk meminta badan tersebut menyiasat dakwaan Ali itu.
"DAP bersedia untuk disiasat dan jika kita juga meminta SPR menyiasat pihak lain, jika DAP terbukti melakukan perkara tersebut, kami sedia untuk dilucutkan keistimewaan menjadi Penolong Pendaftar SPR.
"Tidak ada apa yang DAP hendak takutkan kerana kami yakin ianya adalah tuduhan dan fitnah kepada DAP," katanya.
Sementara itu Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Wahab pula berkata kerja-kerja jahat seperti itu biasanya dilakukan oleh BN di kawasan-kawasan yang mereka rasakan akan kalah.
"Di Selangor, Umno dan BN memunggah pengundi-pengundi dari luar untuk merampas negeri Selangor dari PR, ianya didedahkan secara jelas dengan bukti-bukti yang nyata oleh PAS dan PR negeri Selangor.
"Ali Rustam cuba memfitnah PR di Melaka sedangkan kerja-kerja sedemikian sudah menjadi darah daging Umno dan BN," kata Yusof.
Harakahdaily/- Oleh : Ahmad Danial |
Bayi 1 badan 2 kepala Posted: 10 May 2011 08:00 PM PDT 08 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
JARANG BERLAKU...bayi kembar siam anak kepada pasangan petani China masih ditempatkan di hospital.
ISTIMEWA...seorang doktor dan jururawat melihat kembar siam yang kritikal akibat masalah pernafasan di sebuah hospital di Suining, Sichuan, semalam. BEIJING: Seorang wanita melahirkan bayi perempuan yang berkepala dua di wilayah Sichuan, lapor media semalam.
Bayi terbabit yang berkongsi tubuh, mempunyai dua tangan dan dua kaki, dilahirkan secara pembedahan caesarean minggu lalu.
Menurut media, bayi terbabit dipercayai mengalami dicephalic parapagus - sejenis kembar siam yang sangat jarang berlaku.
Menurut pakar, disebabkan bayi terbabit berkongsi tubuh, adalah mustahil untuk doktor memisahkan mereka.
Kakitangan Hospital Pusat Suining berkata, bayi itu dilahirkan Khamis minggu lalu.
"Pada awalnya, ibu bapa bayi itu enggan menerimanya kerana bimbang tidak mampu membesarkan anak mereka dengan baik kerana menyara hidup sebagai petani," katanya.
Jurucakap itu berkata, kembar terbabit kemudian dipindahkan ke sebuah hospital berhampiran Chong- qing untuk diperiksa pakar.
Menurut akhbar Huaxi Metropolis Daily, kembar itu seberat 4 kilogram dan tinggi 51 sentimeter.
Walaupun berkongsi tubuh, kembar itu memiliki dua tulang belakang dan saluran makanan bersaingan.
Pakar perubatan berkata, kembar dicephalic parapagus berlaku apabila sel telur gagal berpisah sepenuhnya dan amat jarang berlaku.
Walaupun kebanyakan kes dicephalic parapagus dilaporkan di Asia dan Afrika, kelahiran sebegitu pernah berlaku di Barat.
Antaranya, pada Julai 2009, Lisa Chamberlain, dari Portsmouth, melahirkan pasangan kembar Joshua and Jayden yang berkongsi tubuh.
Bagaimanapun, Jayden hanya sempat hidup 32 minit selepas dilahirkan. - Agensi |
11 Maut Serangan Bom Kereta Di Iraq Posted: 10 May 2011 07:30 PM PDT 08 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
TIKRIT 11 MEI : Sekurang-kurangnya 11 terbunuh apabila sebuah kereta yang membawa bom meletup ketika sebuah kereta peronda polis melalui pusat bandar Tikrit di utara Baghdad, awal hari ini.
Pegawai keselamatan berkata, beberapa pegawai polis terkorban ketika serangan berlaku 9.19 malam waktu tempatan di bandar kelahiran bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein. Walaupun tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu, namun ia ada kaitan dengan ikrar Al-Qaeda sebelum ini yang mahu membalas serangan Amerika Syarikat (AS) selepas kematian pemimpin rangkaian itu, Osama bin Laden, 2 Mei lalu.
Serangan itu adalah yang terbaru selepas kejadian pertumpahan darah antara Al-Qaeda dan AS, 29 Mac lalu yang mengakibatkan 58 orang terbunuh. - AFP |
Benarkan rakyat menilai prestasi kerajaan Posted: 10 May 2011 07:00 PM PDT 08 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Kerajaan mengumumkan bahawa mulai 1 Julai depan, ujian PTK bagi penjawat awam akan digantikan dengan penilaian berkonsepkan 360 darjah. Dalam konsep ini, prestasi setiap penjawat awam bukan hanya akan dinilai oleh penyelia masing-masing, malah mereka juga akan diperhatikan dan dinilai secara berterusan oleh rakan sejawat dan kakitangan bawahan.
Penilaian ini kemudiannya akan dipertimbangkan oleh panel khas bagi kenaikan pangkat, pengisian jawatan kosong yang lebih tinggi dan penempatan baru.
Saya ingin mencadangkan supaya sistem penilaian ini diperluaskan supaya merangkumi penilaian rakyat. Dalam erti kata lain, selain dinilai oleh penyelia, rakan sejawat dan kakitangan bawahan, rakyat juga seharusnya diberikan peluang bagi menilai prestasi penjawat awam.
Memang diakui bahawa rakyat tidak dapat menilai prestasi setiap seorang penjawat awam di Malaysia secara individu. Namun demikian, sudah tentu rakyat mampu menilai prestasi sesebuah badan kerajaan dan juga pengurusan tertingginya.
Pada masa yang sama, pada peringkat individu, sebarang maklumbalas positif ataupun negatif (jika ada) mengenai seseorang penjawat awam perlu diambil kira bagi menilai prestasi penjawat awam berkenaan. Dengan demikian, barulah semua penjawat awam di Malaysia lebih terdorong bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Selain itu, penilaian ini juga tidak harus terhad pada penjawat awam semata-mata, malah perlu juga digunakan bagi menilai prestasi para menteri. Prestasi setiap menteri perlu juga dinilai oleh kakitangan bawahan dan juga rakyat.
Pandangan rakyat dapat dikumpulkan sepanjang tahun, sama ada secara terbuka ataupun dengan menggunakan format tertentu, dan dengan memanfaatkan semua saluran, termasuk surat dan emel.
Maka setiap akhir tahun, prestasi setiap menteri dan badan kerajaan akan dinilai dengan mengambilkira penilaian dan maklumbalas oleh rakyat jelata. Akhir sekali, hasil penilaian prestasi setiap menteri dan badan kerajaan akan diperhalusi dan diumumkan kepada rakyat oleh Jabatan Audit Negara.
Harakahdaily/- Oleh : Diyana Kasim |
Gesaan MCA Pulaukan Utusan Tepat, Kata Nik Aziz Posted: 10 May 2011 06:30 PM PDT 08 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
SHAH ALAM 11 MEI : Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hairan dengan sikap media kawalan Umno-Barisan Nasional(BN), Utusan Malaysia kerana mengecam Datuk Seri Anwar Ibrahim serta mendakwa Ketua Pembangkang itu melabel Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai 'pandi kutty'.
Nik Aziz melalui laman sosial Facebooknya berkata adalah menghairankan bagaimana Utusan, sebuah akhbar yang menjadi juara penyebaran kelucahan kepada masyarakat kini mahu menjuarai adab sopan.
"Saya terbaca tajuk muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini, "Anwar Dikecam," kononnya kerana guna kata-kata kesat serang Perdana Menteri.
"Hairan saya, akhbar yang menyebarkan segala bentuk kelucahan dalam masyarakat hari ini menjadi juara adab sopan?" katanya.
Utusan Malaysia pada muka depannya semalam meletakkan tajuk 'Anwar dikecam' dengan membawa beberapa pandangan individu membidas sikap Anwar yang didakwa melabelkan Najib sebagai 'pandi kutty' - perkataan bahasa Tamil yang bermaksud anak babi.
Malah, akhbar kawalan Umno itu turut mencetak bidasan seperti pemimpin Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin yang berkata Anwar mengalami "sindrom pra-haid (PMS), kesan daripada kes liwat dan video seks yang sedang dihadapinya."
Hamidzun seperti pemimpin-pemimpin Umno yang lain termasuk Khairy Jamaluddin, Datuk Ibrahim Ali dan Mohammad Ezam Mohd Noor membidas Anwar hanya berasaskan laporan Utusan, tanpa mengesahkan kesahihan komen Anwar itu.
Mengulas isu yang sama, Najib dalam laporan Bernama, berkata kata-kata kesat yang dilemparkan itu tidak menjejaskan waktu tidur beliau.
"Ini tak menyebabkan saya tak tidur jendera (lena) waktu malam kerana dia (Anwar) buat sebutan sebegitu sebab saya yakin rakyat boleh menilai perbuatan yang dilakukan oleh pemimpin sepertinya," katanya.
Najib juga berkata ketua umum PKR itu sebagai sudah terjebak mengamalkan politik tidak beretika dan yakin rakyat boleh menilai sikap sebenar Anwar.
Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, gesaan MCA sebelum ini agar Utusan dipulaukan, sangat tepat.
"Tepat sungguh gesaan MCA agar Utusan Malaysia dipulaukan,"tulisnya lagi.
MCA bulan lalu menggesa rakyat Malaysia supaya memulaukan akhbar Utusan Malaysia kerana mecadangkan gerakan '1Melayu, 1Bumi' diutamakan. Parti itu mendakwa cadangan itu adalah untuk menghalalkan diskriminasi kaum.
Anwar dalam Twitternya semalam menulis serangan terbaru isu 'pandi kutty' terhadapnya itu adalah fitnah terbaru Umno BN.
Dalam ceramah perdananya di Klang, Sabtu lalu, Anwar tidak langsung menghemburkan perkataan itu terhadap Najib.
Sebaliknya Anwar pada ceramahnya berkata perkataan pandi kutty mungkin dianggap kasar namun mengingatkan hadirin bahawa tidak ada dalam mana-mana budaya di dunia ini menggunakan taktik-taktik kotor seperti video lucah untuk menjatuhkan pemimpin politik.
"Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus ke arah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul pandi kutty." kata Anwar pada ceramah tersebut.
Sebelum ini, Utusan juga dikecam banyak pihak berikutan tindakan keterlaluan akhbar itu menyiarkan pelbagai berita fitnah di muka depan laporan serta gambar, termasuk berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan Anwar .
Sabtu lalu, akhbar itu mendakwa golongan paderi bersekongkol dengan DAP untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini.
Tv Selangor/- |
Ferguson Sudah Ada Strategi Posted: 10 May 2011 06:28 PM PDT 8 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
FERGUSON (depan) bertekad untuk membalas dendam di atas kekalahan United kepada Barcelona pada final Liga Juara-Juara 2009
MANCHESTER - Alex Ferguson tampak seperti sudah mempunyai strategi bagi menyekat kemaraan Barcelona pada final Liga Juara-Juara di Stadium Wembley pada 28 Mei ini.
Menurut pengurus Manchester United itu, beliau akan menggunakan corak permainan menyerang habis-habisan bagi memastikan misi tersebut tercapai.
"Kami memiliki para pemain yang mampu menyebabkan corak permainan lawan terganggu. Diharapkan jentera serangan kami dapat menghadirkan masalah kepada Barcelona.
"Semua menganggap Barcelona sebagai pasukan yang hebat tetapi United sudah berjaya memasuki pentas final.
"Ramai juga berkata yang United bukan sebuah pasukan yang kuat musim ini tetapi persembahan kami di laman sendiri masih hebat dan kami juga belum tewas di pentas Eropah," kata Ferguson.
United pasti mahu membalas dendam di atas kekalahan kepada Barcelona pada final 2009 dan Ferguson mahu anak-anak buahnya merantai pergerakan Xavi, Andres Iniesta dan Lionel Messi sebaik mungkin kali ini.
"Pada final 2009 itu, kami bermula dengan baik tetapi memberikan gol mudah kepada Barce- lona. Jadi kami perlu cari penyele- saian untuk menghentikan ancaman daripada Xavi, Messi dan Iniesta.
"Semua orang mencari cara untuk menyekat pemain-pemain itu kerana mereka merupakan pemain yang cukup hebat. Tetapi kami juga memiliki kemampuan untuk melakukan perkara yang sama," jelas Ferguson.
Sementara itu, Ferguson tidak bersetuju jika pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti dipecat setelah gagal memenangi sebarang piala musim ini.
"Ia mungkin mengejutkan saya tetapi ia bukanlah satu kejutan. Industri bola sepak sering membuatkan saya berasa bingung.
"Ancelotti merupakan individu yang telah dua kali menjulang trofi Liga Juara-Juara. Musim lalu beliau menghadiahkan kejuaraan berganda buat Chelsea. Jadi apa lagi perlu dipersoalkan tentang kemampuannya?" soal Ferguson. -
Agensi |
Kerajaan cari sumber baru, bukan bebankan rakyat Posted: 10 May 2011 05:30 PM PDT 08 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 10 Mei: Kerajaan BN diminta menangguhkan cadangan untuk mewujudkan makmal rasionalisasi subsidi di negara ini, bagi mengelakkan rakyat mengalami bebanan lebih berat dengan kenaikan harga barangan yang tersusun.
Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen bermula hari ini merupakan salah satu petanda buruk dari cadangan mewujudkan makmal itu dan sekiranya diteruskan, pelbagai barangan lain pula pasti turut dinaikkan berperingkat-peringkat dari semasa ke semasa.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenaikan harga gula sebanyak 20 sen bermula hari ini dari RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram merupakan sesuatu yang amat tidak wajar kerana ia jelas lebih menghimpitkan lagi kehidupan rakyat.
Menurut beliau, namun tanpa berfikir panjang, Kerajaan BN telah pun melakukannya, setelah harga petrol RON97 dinaikkan beberapa hari lalu, tetapi harga petrol RON95 tidak pula diturunkan.
Dalam masa yang sama, Perdana Menteri melaung-laungkan negara ini sedang menuju era negara yang berpendapatan tinggi, tetapi rakyat pula sentiasa terbeban dengan kenaikan harga barangan utama.
"Jadi apa ertinya itu semua? Macam mana negara ini boleh muncul sebagai negara berpendapatan tinggi, sedangkan rakyat sentiasa tidak berkecukupan wang, berbelanja lebih dan sentiasa hidup dalam keadaan tertekan ekoran kenaikan harga barangan," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.
Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen bermula hari ini, tegas beliau, pasti akan menyebabkan kenaikan harga barangan lain nanti yang turut melibatkan gula dan ia pasti akan lebih membebankan rakyat.
Tindakan kenaikan harga gula itu diyakini berpunca dari rancangan Kerajaan BN untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat yang kini ternyata amat tidak praktikal, malah amat membebankan rakyat dari pelbagai aspek.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena sehubungan itu meminta Kerajaan BN melihat kembali cadangannya untuk mewujudkan makmal rasionalisasi subsidi itu, dengan mengadakan perbincangan menyeluruh terlebih dahulu dengan pelbagai pihak bagi mendapatkan rumusannya.
Dalam masa yang sama, beliau tidak menafikan kenaikan harga petrol RON97 sebanyak 20 sen dari RM2.70 kepada RM2.90 seliter mulai 5 Mei lalu dan gula sebanyak 20 sen sekilogram mulai hari ini, berpunca dari masalah kewangan yang dialami oleh Kerajaan BN.
"Tetapi ini jelas melambangkan kegagalan Kerajaan BN dalam mengurus kewangan, di samping kegagalannya mencari sumber baru bagi kewangan negara," jelasnya.
Bagi mengatasi masalah kewangan negara, katanya, Kerajaan BN tidak sepatutnya membebani rakyat dengan kenaikan harga barangan, tetapi mencari sumber baru.
"Jadi, kesemua ini perlu dilihat dan dinilai sendiri oleh rakyat, setelah pelbagai pihak menjadi amat terbeban dengan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan BN sejak sekian lama," tegas beliau.
Harakahdaily/- Oleh : Aziz Muda |
Tindakan Utusan jenayah, boleh didakwa- Aziz Bari Posted: 10 May 2011 03:35 PM PDT 08 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 10 Mei: Laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia bertajuk "Kristian agama rasmi?' yang disiar 7 Mei lalu adalah perbuatan jenayah, kata Pakar Udang-undang, Profesor Dr Abdul Aziz Bari (gambar).
Menurutnya, laporan tersebut cenderung mencetuskan api perkauman dan pertelagahan agama di negara ini.
Sehubungan itu jelasnya, Utusan boleh didakwa sama ada di bawah Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan atau di bawah Kanun Keseksaan kerana menerbitkan berita palsu.
"Jelas apa yang dipaparkan oleh Utusan itu sebenarnya cerita bohong. Berita palsu dan tidak wujud.
"Ini semua menangani perlakuan jenayah. Apa yang dilakukan oleh Utusan pada saya prima facie satu perbuatan jenayah," katanya kepada Keadilandaily.
Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan yang sehingga kini dilihat 'lepas tangan' terhadap jenayah Utusan tersebut tanpa ada sebarang tindakan terhadap akhbar itu.
"Laporan polis sudah dibuat tapi apa hasilnya?" soalnya lagi.
Mengulas lanjut, Aziz Bari berkata, tulisan Utusan yang tidak masuk akal itu, merupakan bukti Umno panik untuk menarik simpati orang Melayu dan Islam terhadap parti itu yang dilihat semakin hilang sokongan.
"Lagipun apa isunya? Bukankah DAP dan sekutu Pakatannya telah pun mengisytiharkan bahawa mereka akan pertahankan perlembagaan?
"Bukankah Perdana menteri sendiri kata tahun lepas bahawa peruntukan yang dimaksudkan itu telah 'dikunci mati'? Anehnya Najib cakap lain pula sekarang.
"(Menteri kebudayaan, Warisan dan Kesenian) Rais Yatim pun dua kali lima. Mereka dah lupa atau buat-buat tak faham perlembagaan," katanya.
Dalam laporan 7 Mei lalu, Utusan mengambil sumber bloger Umno Zakhir Mohamed 'Making Christianity the official religion' yang mendakwa Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi telah menganjurkan pertemuan dengan paderi kristian di mana kumpulan berkenaan berdoa supaya Kristian dijadikan agama rasmi dan seorang kristian dilantik sebagai perdana menteri.
Jeff Oii turut membuat laporan polis terhadap Utusan dan blog berkenaan kerana cubaan memfitnah dan berniat jahat.
Beberapa laporan polis turut dibuat agar Utusan disiasat kerana didakwa cuba meniup api perkauman.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga sebelum ini berpendapat, tindakan Utusan itu sebagai permainan politik Umno menjelang pilihan raya.
Beliau bagaimanapun menasihatkan seluruh ahli PAS tidak terjerumus dalam 'perangkap' politik itu seperti apa yang berlaku pada Operasi Lalang 1987.
Harakahdaily/- |
Keperluan ahli DHPP dalam JK PAS Posted: 10 May 2011 03:33 PM PDT 08 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Panah Hijau PAS memang sebuah parti politik yang penuh berwibawa dan taat setia kepada konsep perjuangan dan persahabatan. Di saat rakan seperjuangannya dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP sedang berhadapan dengan serangan dari Umno-BN dan sebuah akhbar harian yang menjadi mikrofon Umno atas isu ugama Kristian, pemimpin-pemimpin PAS telah menyuarakan pendapat mereka mempertahankan fakta yang benar. Ia bukan merupakan semata-mata mempertahankan DAP, bukan begitu tetapi hakikatnya ialah menentang fitnah dan mempertahankan kebenaran. Para pemimpin PAS mesti diberi penghormatan sebab berani bersuara dalam isu yang sensitif ini. Malah, ada setengah-setengah pemerhati politik yang berpendapat bahawa mungkin PAS akan kehilangan sokongan orang Melayu kerana dilihat sebagai mempertahankan DAP. Jika itu yang berlaku, maka ini akan menunjukkan bahawa orang Melayu belum lagi matang dan cerdik dalam membuat analisis mendalam mengenai situasi politik di negara ini sebab apa yang dipertahankan oleh PAS bukanlah DAP tetapi fakta yang benar. Begitu juga apabila para pemimpin PAS mempertahankan rakan seperjuangan mereka PKR khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau telah terpalit dalam skandal video seks angkara Datuk T. Ia adalah satu helah musuh Pakatan Rakyat, dibuat dengan tujuan untuk menjatuhkan Pakatan, seperti juga apa yang telah dilakukan oleh 2 penulis blog itu terhadap DAP apabila mereka mendakwa DAP bersama dengan ketua agama Kristian hendak menggantikan ugama Islam dengan ugama Kristian sebagai ugama rasmi. PAS mempertahankan kebenaran dan keadilan dan menentang fitnah dan politik durjana. Sepanjang masa PAS berada dalam Pakatan Rakyat, PAS tidak pernah terpesong dari jalan yang betul dan lurus walaupun telah diajak berkalik-kali oleh UMNO untuk menyertai Barisan Nasional (BN). Inilah yang perlu diteliti dan diingati oleh para pengundi Melayu sebelum mengundi. Mereka harus ingat bahawa PAS adalah parti Islam yang tulen yang tidak akan berganjak dari pendiriannya untuk berjuang demi kebaikan semua golongan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Oleh itu, PAS adalah benar-benar sebuah parti yang adil yang memegang kuat kepada ajaran ugama Islam. Selain daripada itu, saya berharap dalam pemilihan parti kali ini, sekurang-kurangnya seorang bukan-Melayu akan dipilih untuk mewakili orang bukan-Melayu dalam Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat. Ini bukanlah sesuatu hasrat yang luar biasa sebab sekarang orang bukan-Melayu sudah pun boleh menyertai PAS dengan adanya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Semoga dalam Muktamar dan pemilihan parti yang akan dilangsungkan bulan depan nanti, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, iaitu Khalil Idham Lim akan dipilih untuk mewakili orang bukan-Melayu dalam AJK PAS Pusat. Saya berpendapat ramai ahli DHPP selain daripada saya akan berasa amat gembira dan teruja sekiranya ini berlaku sebab ini akan membuktikan bahawa slogan PAS Untuk Semua adalah satu slogan yang benar dan bukan sekadar retorik kosong sahaja seperti slogan 1Malaysia itu. Saya berdoa PAS akan mengorak langkah maju ke depan dan bersama-sama dengan rakan seperjuangannya PKR dan DAP tidak akan mengenal penat-lelah dalam usaha menentang kezaliman yang sedang berlaku sekarang dibawah pentadbiran Kerajaan BN. PANAH HIJAU 10hb Mei 2011 |