Sejarah, purdah diharamkan dalam jabatan kerajaan Posted: 03 Oct 2011 02:00 AM PDT 5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
WALAUPUN purdah ini hukumnya tidak wajib dalam Islam, namun ia tetap sebahagian daripada syariat Islam.
Terdapat wanita-wanita Islam yang telah dibuang kerja dari perkhidmatan kerajaan. Terdapat pelajar-pelajar universiti yang dibuang universiti kerana memakai purdah.
Kes yang paling popular adalah kes Halimatusaadiah Kamaruddin. Beliau bertugas sebagai Kerani Umum di Pejabat Penasihat Undang-Undang Perak. Pada 6 August 1986, Halimatusaadiah telah dibuang dari jawatan kerani umum kerana beliau memakai purdah.
Halimatusaadiah kemudiannya telah menyaman Jabatan Perkhidmatan Awam. Beliau telah diwakili oleh peguam Karpal Singh. Ya benar, Karpal Singh pernah membela seorang mangsa kezaliman United Malays No Otak, Umno kerana memakai purdah.
Apa yang menghairankan, tidak pernah pula diambil tindakan kepada pekerja-pekerja Islam yang memakai pakaian seksi dan terdedah. Hanya mereka yang memakai purdah sahaja yang dizalimi.
Di bawah adalah artikel dari The Star bertarikh 12 March 1985. Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Khalil Yaakob, telah mengeluarkan arahan supaya semua wanita-wanita yang bekerja dengan kerajaan tidak memakai purdah.
Sumber [Malaysiawaves]
|
Jangan tertipu bajet 'morfin melalaikan' Posted: 03 Oct 2011 01:50 AM PDT 5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 3 Okt: Menyifatkan bajet kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) menjelang pilihanraya sebagai 'morfin yang melalaikan', Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menyeru rakyat supaya sedar dan tidak ditipu oleh janji-janji pilihanraya dalam bajet yang tidak pernah kunjung datang.
Tahun ini, kata beliau ialah julung kalinya rakyat dapat melihat dua tawaran bajet – satu daripada BN dan satu daripada Pakatan Rakyat (PR).
"Ambillah peluang ini untuk menilai bajet mana yang lebih menjamin kesejahteraan semua, daripada bajet yang sekadar menyuntik morphine untuk me'lalai'kan rakyat daripada kesakitan hanya sehingga selepas pilihanraya umum.
Selepas kesan morphine hilang, segala kenaikan yang diberi akan diambil semula dalam bentuk kenaikan harga barangan dan GST yang sudah semestinya akan dilaksanakan jika Umno-BN memerintah lagi," saran Tuan Ibrahim merujuk kepada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diwar-warkan bakal dilaksana Umno-BN selepas PRU-13 jika menang pilihanraya.
Tuan Ibrahim juga mengingatkan rakyat bahawa banyak janji BN semenjak Mac 8, 2008 ketika berlangsung pilihanraya kecil masih tidak ditunaikan dan menasihatkan mereka agar berwaspada dengan janji-janji baru yang bakal ditaburkan dalam bajet sempena musim pilihanraya.
"Sebahagian besar janji-janji tersebut masih belum ditunai lagi, bahkan sudahpun dilupakan… sungguhpun begitu, kerajaan yang tidak segan-silu menipu ini akan menabur janji baru kerana sudah tiba musim pilihanraya.
Jika ditanya mana janji yang lama, rakyat bakal mendengar kerajaan akan berjanji 'janji yang lama' akan dilaksanakan bersama 'janji yang baru jika 'rakyat bantu BN sekali lagi' terlebih dahulu untuk menang dalam pilihanraya. Menang dulu sudah tidak dikira walaupun janji belum ditunaikan, itulah jenis kerajaan yang rakyat undi untuk 54 tahun," sindir beliau.
Menjelang pembentangan bajet 2012 yang ramai menyifatkan sebagai bajet pilihanraya, Putrajaya dijangka memperkenalkan sistem saraan baru sektor awam, menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) — antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat — yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus.
Memberikan reaksi sinis kepada isi bajet tersebut, Tuan Ibrahim berkata "Alangkah baiknya kalau pilihanraya boleh diadakan tiap-tiap tahun, sudah tentunya kesengsaraan mereka, yang terutamanya yang daripada sektor awam akibat tekanan hidup boleh dikurangkan dengan mendapat bonus dan kenaikan gaji tiap-tiap tahun.
"Alangkah seronoknya juga jika seseorang itu ialah peneroka kerana pelbagai bonus bakal diterima apabila tibanya musim pilihanraya.
Jika dibandingkan dengan derita orang kampung yang terbiar tak dipeduli. terkenang alangkah peritnya mereka yang bekerja sendiri di kampung, yang hanya dapat mendengar kenaikan gaji orang lain, tapi dirinya dilupakan kerajaan dan terus menderita dengan kenaikan kos hidup," tambah beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Mengenai pembentangan bajet BN yang dijadualkan 7 Oktober ini, Tuan Ibrahim berkata perkara yang menyayatkan hati ialah ke'lalai'an rakyat dalam mendengar perisytiharan angka jutaan dan billion ringgit walaupun kebanyakannya hanya janji kosong sahaja.
"Ke'lalai'an itu bagaikan keseronokan menonton filem Hindustan pelakon lawa, rumah besar, kereta hebat, taman bunga cantik… namun segalanya hilang apabila filem tamat.
Sesudah bangun daripada ke'lalai'an khusyuk beberapa jam mendengar angka berjuta, berbillion yang kononnya akan sampai kepada mereka sebelum pilihanraya umum seterusnya… rakyat kembali ke ruang kini… di mana yang ada hanyalah realiti kehidupan rumah rakyat yang menunggu rebah,
anak-anak yang kurus kekurangan zat makanan dan suasana bebanan hidup yang semakin berat," kata beliau, sambil berharap agar rakyat dapat sedar dan keluar daripada cycle yang kejam yang muncul setiap kali musim pilihanraya bertambah dekat.
"Jalan keluar hanya ada satu iaitu dengan mengundi "apa-apa sahaja selain daripada Umno BN" pada pilihanraya akan datang," nasihat beliau.
harakahdaily/-
|
Dr Hatta, Azmin, Anthony Loke wakil Pakatan di PSC Posted: 03 Oct 2011 01:44 AM PDT 5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
Pakatan Rakyat hari ini mengulangi pendirian mereka menyokong pembentukan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen berhubung pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini tetapi menegaskan bahawa tindakan itu tidak sepatutnya dijadikan alasan bagi Suruhanjaya Pilihan Raya bagi tidak melaksanakan reformasi atas usaha mereka sendiri.
"Kami tidak mahu PSC dijadikan sebagai alasan kepada SPR untuk menangguh, menunggu dan tidak melaksanakan sebarang reformasi," kata ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada siadang media bersama dengan PAS dan DAP di dewan Rakyat hari ini.
Beliau juga mengumumkan bahawa tiga perwakilan dari Pakatan akan menganggotai jawatankuasa berkenaan.
"Dari PKR adalah Azmin Ali, dari PAS pengarah pilihan rayanya, Dr Hatta Ramli dan dari DAP pula adalah juga pengarah pilihan rayanya Anthony Loke," katanya. Azmin adalah timbalan presiden PKR dan juga ahli parlimen Gombak, manakala Dr Hatta adalah ahli parlimen Kuala Krai dan Loke, ahli parlimen Rasah.
"Pendirian Pakatan Rakyat sepakat untuk beri laluan dan kerjasama. Serta saya ingatkan jangan jadikan alasan melengahkan dan untuk ketepikan tuntutan BERSIH.
"Jaminan belum ada. Kalau Perdana Menteri serius dia patut bangun dan pertahankan prinsip SPR yg bebas dan adil," katanya.
Sebelum itu Anwar pada sidang Dewan Rakyat hari ini mempersoalkan peranan SPR yang mengabaikan tanggungjawab untuk menguruskan pilihan raya secara adil dan bersih.
Beliau menyatakan SPR seolah-olah mengambil sikap bersahaja terhadap tuntutan gabungan BERSIH 2.0 pada Julai lalu.
tv news/- |
Menangis dapat mendengar suara Posted: 03 Oct 2011 01:40 AM PDT 5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
NEW YORK - Seorang wanita berusia 29 tahun, Sloan Churman yang cacat pendengaran terkejut buat pertama kali selepas dia dapat mendengar.
Sloan memuatkan gambar yang menunjukkan dia berasa terkejut apabila mendengar suara di laman YouTube pada 26 September lalu.
Menurut kenyataannya di laman tersebut, dia cacat pendengaran semasa dilahirkan.
Sloan berkata dalam laman itu bahawa lapan minggu lalu, dia menerima implan pendengaran yang ditawarkan oleh Perbadanan Perubatan Envoy di Amerika Syarikat.
Dia menutup mulut dengan tangannya selain memejamkan mata dan menangis selepas mendengar suara daripada seorang kakitangan perubatan.
Implan yang digunakan Churman itu dikenali sebagai Esteem dan ia berfungsi menerusi getaran dram telinga.
Menurut satu komen di laman tersebut, saintis yang mencipta implan tersebut sepatutnya diberikan anugerah termasuk Anugerah Nobel. - Agensi |
Bahaya Dosa Posted: 03 Oct 2011 01:30 AM PDT 5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
Seorang hamba Allah, dikira berdosa, apabila dia tidak melakukan kerja atau tindakan taat kepada Allah Taala.
Sesorang hamba Allah itu dikatakan tidak melakukan kerja taat kepada Allah apabila tidak mengerjakan suruhan Allah atau melakukan kerja haram (perbuatam maksiat, kemungkaran atau sebarang larangan dalam agama Islam).
Setiap hamba Allah yang berdosa akan ditimpakan pembalasan seksaan (azab) daripada Allah s.w.t sama ada di akhirat, maupun di dunia.
Allah Taala berfirman, maksudnya : "Dan sesungguh akan Kami rasakan kepada mereka (yang melakukan dosa) sebahagian azab yang dekat (di dunia) selain (sebelum) azab yang lebih besar (di akhirat), mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar) - (QS. al-Sajadah : 21).
Hamba Allah yang perbuatan dosanya tidak / belum mendapat keampunan Allah Taala atau dalam proses keampunan, sedang dalam pengkifaratan dosa misalnya, akan menerima pembalasan awal (terdekat) di dunia yang merupakan seksaan atau kecelakaan.Pembalasan dosa akan membinasakan diri, seterusnya menjejaskan iman dan melupuskan takwa.
Berkata Imam al-Ghazali, maksudnya : Perbuatan maksiat itu adalah sebagai makanan yang memudharatkan badan manusia. Dosa-dosa yang terkumpul dalam diri manusia akhirnya meracuni jiwa keimanannya. Perbuatan dosa akan mengakibatkan kegelapan dalam hati kerana dosa itu menjadi kotoran atau karat di hati.
Allah Taala berfirman, mafhumnya, "Bahkan telah ternoda hati mereka (berkarat dengan noda sehingga menutupi hati) dengan apa yang mereka usahakan (dosa yang mereka lakukan)" - QS. al-Nuthaffifin : 14).
Karat dosa ini, jika tidak dikikis dengan taubat, lama-kelamaan akan bertambah tebal lalu menutup pintu hati dan sukar atau tidak mungkin dihapuskan lagi. Orang yang demikian hatinya, jika tidak mendapat rahmat Allah, akan hidup dan mati dalam kesesatan. Na'uzu billahi min zalik.
Demikianlah dosa itu akan menjadi hijab yang mendindingi perhubungan seseorang dengan Allah Taala, terjauh daripada rahmat Allah, tidak mendapat taufik dan hidayah-Nya untuk berbuat amal kebajikan. Orang yang banyak dosa dan berterusan dengan perlakuan dosa itu sehingga berkarat tebal adalah sukar untuk kembali ke jalan yang benar,
malah sukar juga untuk memulakan taubat. Sebaliknya, dosa itu akan mendorong kepada perbuatan dosa yang lain, sama ada dilakukan dengan anggota badan (dosa zahir) atau dengan hati (dosa batin). Dosa yang baru ini mungkin lebih besarkecelakaannya. Secara lambat atau segera, hamba Allah yang berdosa itu akan menerima pembalasan di dunia :
(a) ditimpa penyakit,(b) ditahan rezeki,(c) merasakan diri terlepas daripada sebarang pembalasan kerana masih berterusan mendapat kemewahan dan keni'matan hidup, walaupun berterusan melakukan dosa, akan tetapi semuanya ini merupakan tindakan istidraj (pembalasan secara perlahan, sedikit demi sedikit) daripada Allah Taala yang tidak disedari oleh hamba Allah yang berkenaan.
Allah berfirman, "Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, nanti Kami akan menarik (mengazabkan) mereka secara beransur-ansur (istidraj) dengan cara yang tidak mereka ketahui - (QS. al-A'raf : 182).
Demikianlah kecelakaan akibat dosa yang perlu diketahui. Berkata Imam al-Ghazali, "Apabila kita dapat memahami semuanya ini, nescaya akan timbul di dalam hati rasa takut. Jika perasaan takut telah bertakhta di hati, akan mudahlah kita menanggung kesabaran dengan berkatnya. Pertolongan Allah Taala dan taufik-Nya akan menyusul sesudah itu".
Penulis: Muhammad Isa al-Jambuli
|
Hudud: Alasan DAP perlembagaan tapi Umno berbelit Posted: 03 Oct 2011 01:27 AM PDT 5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 3 Okt: Ketika hudud semakin menyerlahkan kemunafikan Umno, sekurang-kurangnya DAP tidak menolak hudud atas alasan Perlembagaan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
"DAP sekurang-kurangnya menolak hudud dengan menggunakan hujjah Perlembagaan negara dan apa yang difahaminya sebagai prinsip sekularisme dalam perlembagaan itu.
"Tetapi, tanpa sebarang hujjah yang munasabah, malah berbelit-belit dengan dalih-dalih yang telah lama dipatahkan, Umno mengulang-ulang sikap menuduh hudud tidak sesuai dilaksanakan walaupun tidak berani lagi mencerca undang-undang hudud sebagai primitif dan sebagainya," kata beliau.
Mahfuz menekankan, sepatutnya para pemimpin Umno yang beragama Islam beriman kepada undang-undang Allah dan bukan mengeluarkan kenyataan yang memperlihatkan secara terang-terangan penghinaan mereka kepada undang-undang Allah kerana menyifatkannya tidak sesuai dan menggambarkannya tidak adil.
"Tidak mahu buat tidak memberikan hak kepada Umno untuk menghina undang-undang Islam.
"Kini, Umno tidak boleh lagi marah-marah kalau rakyat menuduh Umno bukan sahaja mengkhinati dan menjual bangsa, ugama Islam juga dihina dan dikhinati berulang-ulang kali," katanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mengalu-alukan pandangan Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari yang menegaskan Perlembagaan Persekutuan tidak perlu dipinda bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan.
Menurut Dr Abdul Aziz, beliau tidak nampak sebarang asas dan sebab yang memerlukan Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memberi laluan kepada pelaksanaan hukum hudud.
Keperluan itu, katanya, tidak wujud sebab sebahagian hukum hudud sudah pun dilaksanakan dalam bentuk jenayah syariah.
"Contohnya zina dan murtad, cuma hukumannya tidak mengikut Islam," kata beliau.
Oleh itu kata beliau lagi, "logiknya mereka yang berkata hudud perlu pinda Perlembagaan (Persekutuan), maka apa yang ada itu, yakni jenayah syariah tadi, adalah tidak sah."
"Ini tidak masuk akal," kata beliau lagi.
Dr Abdul Aziz juga menolak pandangan Majlis Peguam yang menyatakan hudud tidak boleh dilaksanakan oleh negeri-negeri.
Wacana hudud adalah perkembangan sihat yang membuka minda kita, termasuk pengamal undang-undang. Kali ini umpamanya kita cuba melihat pelaksanaan di peringkat negeri; dalam kerangka jenayah syariah. Bukan dalam kerangka undang-undang jenayah konvensional di peringkat nasional.
"Ini merangsang minda; Majlis Peguam masih ketinggalan kerana melihat pelaksanaan itu dalam kerangka lama. Sebab itu, mereka kata ini retorik politik," kata beliau.
Dr Abdul Aziz berkata, adalah sesuatu janggal kerana Majlis Peguam tidak memberikan prinsip federalisme satu pertimbangan dalam kenyataannya berkaitan dengan isu hukum hudud.
"Prinsip (federalisme) adalah penting dalam membebaskan sistem (perundangan)," katanya lagi.
"Apabila perlembagaan membisu ataupun ada konflik seperti ini, maka undang-undang akan memberi laluan kepada negeri."
harakahdaily/- |
Najib patut malu aset Taib curiga di luar negara Posted: 03 Oct 2011 01:10 AM PDT 5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 3 Okt: Perdana Menterilah yang bertanggungjawab dan kerajaan patut berasa malu apabila aset Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menjadi isu yang mencurigakan di luar negara, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
"Apabila kerajaan Australia mengambil tanggungjawab mengenai perkara itu di bawah Konvensyen Menentang Rasuah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Konvensyen PBB menentang Jenayah Terancang Transnasional,
ia amat memalukan negara ini," kata beliau sambil membangkitkan bahawa kerajaan Switzerland dan kerajaan German juga memberikan komitmen untuk menyiasat perkara yang sama.
Aduan mengenai tuduhan aktiviti rasuah Abdul Taib dan keluarga telah dirujuk oleh Menteri Luar Australia, Kevin Rudd kepada peguam negara itu.
Aduan tersebut dibuat oleh pengarah eksekutif Bruno Manser Funds (BMF), Lukas Straumann; editor Sarawak Report, Claire Rewcastle dan Ketua PKR Sarawak, Baru Bian.
Mereka melahirkan kebimbangan Abdul Taib dan keluarganya "mungkin menggubah dan melabur semula sejumlah besar hasil rasuah di Australia".
Salahuddin berkata, jika kerajaan Malaysia bertindak pantas, tanpa memihak dan bersungguh-sungguh terhadap pelbagai aduan yang telah lama dibuat mengenai perkara itu, perkara yang memalukan negara ini mungkin boleh dielakkan.
"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Abdul Razak) bertanggungjawab secara peribadi terhadap perkara ini kerana perkara ini telah lama dibawa ke pengetahuan kerajaannya.
"Beliau bukan sahaja tidak memperlihatkan keinginan untuk bertindak dengan sewajarnya, malah melantik semua Abdul Taib sebagai calon dan mengepalai Barisan Nasional (BN) di Sarawak dalam pilihan raya negeri itu April lalu.
"Najiblah yang bertanggungjawab sehingga negara dimalukan sebegini rupa," katanya.
Aduan BMF mengenai perkara yang sama juga mendapat reaksi Menteri Kewangan Kanada.
Salahuddin berharap usaha-usaha bersama dapat dilakukan dengan pelbagai pihak untuk menyedarkan lebih ramai rakyat Sarawak mengenai perkara itu.
harakahdaily/- |
SPR Gagal Laksana Pilihan Raya Dengan Baik Posted: 03 Oct 2011 01:00 AM PDT 5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR 3 OKT: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilihat gagal menggalas tugas dengan baik sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati terhadap perlaksanaan pilihan raya di negara ini.
Justeru beliau mendesak kerajaan menyatakan cara untuk suruhanjaya itu melaksanakan tanggunjawab dengan lebih efektif bagi memastikan pilihan raya berlaku dengan lebih adil dan bebas.
"Yang saya mahu tekankan adalah bagaimana cara untuk mendesak SPR yang diberikan kuasa begitu besar dan telah menjalankan pilihan raya begitu lama, tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik.
"Ia akan jadikan isu dan dibahaskan di dalam negara dan peringkat antarabangsa. Malaysia tercemar kerana tidak dapat pilihan raya yang bebas dan bersih," kata beliau ketika mengajukan soalan ke empat kepada Perdana Menteri dalam sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini.
Dalam soalan bertulis beliau, Anwar membangkitkan isu ketidakupayayaan SPR untuk mengambil tindakan berdasarkan bidang kuasa sedia ada bagi memperbaiki sendiri kelemahan yang dibangkitan dalam tuntutan gabungan Bersih 2.0 tanpa perlu menunggu cadangan daripada Jawatankuasa Pilihan Parlimen.
Menjawab soalan tersebut, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menyatakan tuntutan Bersih 2.0 bukan suatu perkara baru yang dibincangkan di parlimen malah SPR mengambil langkah berpandukan asas Perlembagaan Persekutuan dan akta-akta yang diperuntukkan.
"Kerajaan telah tampil menubuhkan jawatankuasa bagi membincangkan keperluan untuk menambahbaik proses pilihan raya yang lebih adil telus dan demokratik. Ini adalah langkah untuk menyediakan ruang kepada pihak-pihak yang tidak berpuas hati melalui wakil dilantik JPP," jawab Nazri.
Anwar kemudian bingkas menyatakan bahawa SPR gagal menguruskan hal-hal berkaitan Fasal 113 Perlembagaan Persekutuan yang tidak dapat disempurnakan dengan baik termasuk melepaskan tanggungjawab kepada parti-parti politik bersabit penyedian daftar pemilih.
"Kita terpaksa kerahkan jentera parti politik untuk mendaftar padahal ini isu asas hak asasi rakyat Malaysia. Ini gagal disempurnakan dengan baik," kata Anwar lagi.
Mesyuarat keempat penggal ketiga sidang Dewan Rakyat ke 12 bermula hari ini hingga 1 Disember 2011.
tv news/- |
PAS lancar Hari Habitat Sedunia malam ini Posted: 03 Oct 2011 12:54 AM PDT 5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
SHAH ALAM, 3 Okt: Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat hari ini akan melancarkan Sambutan Hari Habitat Sedunia (World Habitat Day) di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada jam 8.30 malam.
Pengerusi Lajnah Alam Sekitar Malaysia Zulkefly Mohamad Omar (gambar) yang menjelaskan pada satu sidang media program ini merupakan menifestasi serta hasil melalui Deklarasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan diraikan oleh semua negara di dunia.
"Sambutan ini dianjurkan di negeri-negeri bagi meningkatkan komitment kerajaan negeri dan memperkukuhkan kerjasama antara kerajaan negeri dengan badan-badan bukan kerajaan dalam pengurusan alam sekitar setempat.
"Objektifnya adalah untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar dikalangan orang ramai serta mengalakkan kerjasama di antara pelbagau agensi," katanya.
Zulkefly yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu turut memberitahu melalui program ini juga ia dapat memberi kesedaran kepada agensi tertentu dalam membuat sesuatu perancangan atau penerokaan dengan lebih baik.
"Mewujudkan rasa tanggungjawab bersama bahawa bumi ini adalah tanggungjawab kita semua.
"Selain dari itu ia adalah mesej kepada rakyat Malaysia bahawa Pakatan Rakyat sentiasa prihatin terhadap alam sekitar," jelasnya lagi.
Dalam pada itu beliau memberitahu program ini merupakan acara yang penting bagi Kerajaan Pakatan Rakyat terutama di negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.
Tambahnya lagi tema sambutan khusus di Selangor adalah 'Air Bolah Merubah Segalanya, Manusia dan Pembangunan' dipilih berdasarkan beberapa faktor dan isu yang dihadapi oleh kerajaan negeri.
"Tema ini kita pilih kerana air sebagai sumber kehidupan, sebarang pembangunan dan penerokaan kawasan tadahan air atau kawasan hutan simpan kekal mestilah dielakkan.
"Kesedaran rakyat dan pihak berwajib soal penjagaan dan pemeliharaan sungai-sungai dari dicemari oleh bahan-bahan sisa pepejal, berair, bergas yang mengandungi asid, toksid dan elemen radio-aktif mestilah dibuat secara berterusan.
"Dan yang paling utama isu air yang melibatkan kerajaan negeri dengan SYABAS dan Kerajaan Persekutuan mestilah diselesaikan segera demi kebaikan rakyat negeri ini," ulasnya lagi.
Beliau menyatakan kualiti air dan penemuan sumber baru serta penambahbaikan pengurusan pentadbiran bekalan air merupalan agenda dalam pembangunan sosial ekonomi rakyat.
Sebelum itu Sambutan Hari Habitat Sedunia turut dihadiri Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Abd Khalid Samad dan juga Presiden Seniman Paksi Rakyat Malaysia (PAKSI) Che Shamsuddin Othman.
Malah ia turut di meriahkan dengan kehadiran penyanyi Ito Mohamad.
harakahdsaily/ |
'Warga Pakistan bunuh Rabbani' Posted: 03 Oct 2011 12:41 AM PDT 5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
Burhanuddin Rabbani Kenyataan dari istana Presiden menyebut kematian utusan damai dirancang di Quetta
KABUL: Pembunuh utusan damai Afghanistan, Burhanuddin Rabbani adalah warga Pakistan, kata satu kenyataan dari istana presiden Afghanistan semalam, memetik penyiasat sebagai berkata.
"Bukti menunjukkan kematian Rabbani bulan lalu 'dirancang' di Quetta dan individu yang melakukan serangan bunuh diri ke atas Rabbani adalah warga Pakistan," kata kenyataan itu.
Ia menambah bahawa pembunuh tinggal di Chaman, bandar sempadan Pakistan berhampiran Quetta.
Rabbani, Pengerusi Majlis Tinggi Damai Presiden Hamid Karzai, dibunuh oleh seorang pengebom bunuh diri memakai serban di rumahnya di sini 20 September lalu.
Beliau menganggap dirinya bertemu dengan seorang wakil yang membawa mesej khas daripada Taliban.
Kerajaan Karzai berusaha untuk memulakan rundingan dengan Taliban dalam cubaan menamatkan pemberontakan 10 tahun di Afghanistan namun tidak berhasil. Jurucakap Karzai, Siamak Herawi, berkata semalam presiden sedang mengkaji strategi damainya, menambah beliau akan mendedahkan langkah seterusnya 'tidak lama lagi.'
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Afghan mahu melihat Pakistan membuktikan jaminannya untuk menggunakan pengaruhnya bagi membantu menamatkan pemberontakan Taliban, kata seorang jurucakap kementerian luar semalam.
Kenyataan itu muncul sehari selepas Karzai berkata beliau sudah berputus asa untuk cuba berunding secara langsung dengan Taliban dan kunci bagi menamatkan perang adalah bantuan Pakistan sebagai orang tengah.
Ia menambah kekecewaan mendalam pihak berkuasa Afghan berhubung ketidakupayaan mereka berurusan dengan satu halangan besar menamatkan perang di Afghanistan, syurga pemberontak menyeberangi sempadan di Pakistan. – AFP/AP |
5,000 peluru berpandu di Libya hilang Posted: 03 Oct 2011 12:26 AM PDT 5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
BENGHAZI - Kira-kira 5,000 peluru berpandu antipesawat SAM-7 yang disimpan di dalam gudang senjata milik pemimpin Libya digulingkan, Muammar Gaddafi dilaporkan hilang, menurut pegawai tentera di bawah kerajaan Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), kelmarin.
Jeneral Mohammed Adia berkata, Gaddafi membeli kira-kira 20,000 peluru berpandu SAM-7 yang disimpan di Zintan dan lebih 14,000 telah digunakan atau dimusnahkan.
"Kami khuatir jika kesemua peluru berpandu itu jatuh ke tangan orang yang salah atau ia telah diseludup ke luar negara," menurutnya lagi.
Sementara itu, NTC turut menemui 500 peluru berpandu mudah alih milik rejim Gaddafi.
Dalam satu kenyataan lain, jurucakap Gaddafi, Moussa Ibrahim menafikan dia telah ditahan pasukan pemberontak NTC dan menganggapnya sebagai satu tuduhan palsu.
sinar hariam/- |
Wanita dibiar muflis, dicerai melalui SMS Posted: 02 Oct 2011 11:39 PM PDT 5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Kira-kira 10 tahun lalu, dia layak dilabelkan usahawan bertaraf jutawan kerana mampu memiliki kilang sendiri, namun kini yang tinggal pada dirinya hanya air mata selepas diisytiharkan muflis akibat muslihat suami.
Wanita itu pada mulanya menjadi penjamin suami yang membuat pinjaman bank berjumlah hampir RM5 juta, tetapi disebabkan suaminya gagal menjelaskan hutang, dia menjadi buruan institusi kewangan sehingga semua hartanya disita selepas diisytiharkan muflis.
Ketika hidupnya terumbang-ambing, dia diceraikan hanya dengan SMS dan pada masa sama bekas suaminya membina hidup baru dengan membuka perniagaan serta akan berkahwin lain.
Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Sofia, 40, berkata sepanjang 20 tahun usia perkahwinan mereka, dia jarang merasai kebahagiaan kerana bekas suaminya yang berusia 50-an itu sering menjadikan dirinya tempat melepaskan marah.
"Saya kerap menjadi mangsa maki hamun dan dipukul suami yang panas baran, namun saya bersabar serta tetap bekerja keras membaiki taraf hidup dan membesarkan anak-anak.
"Walaupun suami saya itu seorang yang pemarah, namun dari sudut keusahawanan dia memiliki jaringan perniagaan yang luas sehingga kami berdua mampu membina karier serta memiliki kilang sendiri," katanya
Harian Metro |
Keluarga diutamakan Posted: 02 Oct 2011 11:35 PM PDT 5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Satu dinar yang kamu nafkahkan pada jalan Allah, satu dinar yang kamu nafkahkan untuk memerdekakan hamba,
satu dinar yang kamu berikan kepada orang miskin dan satu dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu maka yang paling besar pahalanya ialah dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu". (HR Muslim).
tazkirah/- |
Hudud sesuai dengan fitrah manusia Posted: 02 Oct 2011 11:33 PM PDT 5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 3 Okt: Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh (gambar) menggesa seluruh ahli agama dan rakyat yang beragama Islam agar memberikan sokong tanpa berbelah bahagi kepada perlaksanaan hukum syariah hudud.
Katanya, Dewan Ulamak PAS menyeru kepada seluruh agamawan termasuk NGO-NGO Islam agar memberikan sokongan secara berterusan kepada PAS untuk merealisasikan perlaksanaan syariat di negara ini
"Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam hendaklah memahami bahawa hasrat PAS bukannya untuk mengaut keuntungan politik tetapi ianya bertitik tolak untuk memastikan negara kita berada dalam keadaan stabil dan harmoni.
"Saya juga menyeru ahli Umno dan ahli Parlimen Umno yang beragama Islam memberikan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap hasrat Kerajaan Negeri Kelantan ini, insya Allah, Allah SWT akan memberikan ganjaran yang besar kepada sesiapa menolong agama-Nya.
"Ingat, ini bukan isu politik tetapi ianya adalah isu yang berkaitan dengan kepercayaan dan keyakinan kita kepada Allah SWT," tambah beliau lagi.
Jelasnya, undang-undang hudud datangnya daripada Allah SWT, iaitu Tuhan yang mencipta seluruh umat manusia termasuk Arab, Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi.
Tambahnya, apabila ianya datang daripada Allah SWT, maka sudah pasti dan tanpa ragu-ragu lagi ianya sesuai dengan fitrah dan keperluan manusia sehinggalah ke hari qiamat.
"Undang-undang negara kita sudah tidak mampu lagi untuk menangani permasalahan jenayah secara berkesan, undang-undang ini sudah relevan lagi untuk kebaikan rakyat Malaysia.
"Jadi kami menyeru supaya PAS diberikan peluang untuk membukti keadilan undang-undang Islam yang bukan hanya terbatas kepada hudud sahaja tetapi meliputi seluruh penjuru kehidupan manusia," ujar beliau lagi.
harakahdaily/- |
RUU Kg Baru ditarik balik Posted: 02 Oct 2011 10:32 PM PDT 5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 3 Okt: Setelah menerima tekanan hebat dari perjuangan untuk membebaskan Kampung Baru dari Rang Undang-Undang Perbadanan Kampong Baru, bacaan kali kedua di Parlimen yang sepatutnya bermula hari ini, ditarik balik.
Perkara itu diumumkan pada sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini.
Naib Presiden PKR Tian Chua berkata, ia satu kemenangan kepada perjuangan Pakatan Rakyat.
(Dr Lo' Lo' ...perjuangannya untuk Kampung Baru diiktiraf)
"Perkara pertama hari ini, Menteri Wilayah Persekutuan telah menarik balik Rang Undang-undang Pembangunan Kampung Baru, Viva, kemenangan kepada Pakatan Rakyat dan Allahyarhamah Dr Lo'Lo'," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Batu.
Pelbagai pihak khasnya PAS mendesak agar rang undang-undang ditangguhkan dan bacaan kali keduanya hari ini ditarik balik.
Perjuangan ini, sebagaimana yang dinyatakan Tian Chua diperjuangkan dengan hebat oleh anggota Parlimen kawasan ini, Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.
Pemuda PAS sambut baik
Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) menyambut baik langkah kerajaan yang menarik balik Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru yang sepatutnya dibacakan kali kedua di Parlimen hari ini.
Ketuanya, Muhamad Suhaimi Abdul Aziz (gambar) menganggap kejayaan ini sebagai hasil perjuangan rakyat khususnya penduduk Kampung Baru sendiri yang berusaha daripada peringkat awal bagi memperjuangkan tanah hak milik mereka.
Dengan penarikan balik bacaan kali kedua ini menunjukkan bahawa kerajaan khususnya Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mengakui bahawa Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru sebenarnya tidak menguntungkan rakyat.
DPPKT mengucapkan tahniah kepada Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB) yang memainkan peranan besar dalam menyatukan penduduk Kampung Baru di samping memberi kefahaman yang jelas terhadap Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru terhadap penduduk kampung.
Bagi DPPKT, perjuangan SPKB selama ini berbaloi dan kerajaan akhirnya terpaksa akur dengan desakan rakyat yang tidak mahu melihat tanah warisan milik Orang Melayu menjadi korban pembangunan pesat Kuala Lumpur.
Tahniah juga diucapkan kepada Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) yang berjaya sebagai pentadir Kampung Baru selama 111 tahun lamanya serta turut sama terlibat dalam memperjuangkan isu ini.
"Ini membuktikan peranan MAS diakui penting bagi menjaga hak pemilik Kampung Baru," katanya.
Selain SPKB dan MAS, peranan utama yang dimainkan oleh Almarhumah Dr Lo' Lo' Hj Ghazali selaku Ahli Parlimen Titiwangsa yang selama hayatnya tidak pernah merasa jemu dan letih turun padang bagi membela isu Kampung Baru, kata Suhaimi.
"Selama tempoh perkhidmatannya yang singkat ini, beliau berjaya membawa isu Kampung Baru sebagai isu nasional dan membela nasib penduduk Kampung Baru ke peringkat tertinggi. Ini menunjukkan prestasi wakil rakyat PAS dan Pakatan Rakyat sebagai pembela rakyat jauh lebih baik daripada wakil rakyat Barisan Nasional yang telah memerintah berpuluh tahun lamanya," tegas beliau.
Katanya, DPPKT mengharapkan penarikan Rang Undang-Undang ini bukanlah bersifat sementara sebagai gimik politik semata-mata bagi mengabui mata rakyat menjelang Pilihnaraya Umum ke 13, sebaliknya kerajaan perlu ikhlas dalam memastikan kebajikan dan hak rakyat terbela pada bila-bila masa.
Bantahan PAS
Sebelum ini, PAS mendesak kerajaan menarik balik Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kg Baru 2010 (RUU PPKB 2010) dan tidak meneruskan bacaan kali kedua di Parlimen sessi ini.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub sebaliknya berkata, RUU PPKB tersebut perbincangan semula membabitkan pihak yang benar-benar berkaitan dengan Kg Baru.
Menyifatkan RUU PPKB sebagai "tidak masak", dan "cacat", Salahuddin berkata cadangan bacaan kali kedua itu bertentangan dengan pendirian pemilik dan pewaris Kg Bharu.
(Salehudin mengadakan sidang media khas 27 September lalu membantah RUU Kg Baru dan minta bacaan keduanya ditangguhkan)
"Penangguhan bacaan kali kedua sebelum ini membuktikan rang undang-undang ini tidak masak, tidak sempurna dan cacat maka satu perundingan yang serius perlu dilakukan yang perlu melibatkan wakil penduduk yang sah termasuk badan bukan kerajaan yang ada di Kg Bharu," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, 27 September lepas.
Salahuddin dalam pada itu turut menganggap kejayaan awal penentangan penduduk terhadap RUU PPKB hasil pengorbanan ahli Parlimen Titiwangsa, Allahyarhamuha Dr. Lo' Lo' yang berusaha keras memberi kesedaran kepada penduduk mengenai 'sesuatu yang tidak kena' dengan RUU tersebut.
Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' menerusi Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) parlimen Titiwangsa menubuhkan Sekretariat Pembangunan Kg. Bharu (SPKB) dengan tujuan membantu beliau meneliti, mengkaji dan memberikan maklumat penuh berkaitan RUU PPKB 2010.
harakahdaily/- |
Warga emas tembak perompak Posted: 02 Oct 2011 09:30 PM PDT 5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
SEORANG penjenayah cedera parah selepas terkena tembakan yang dilepaskan oleh pemilik banglo ini di Jalan Raja Di Hilir, Ipoh semalam.
IPOH – Seorang ahli perniagaan berumur 91 tahun semalam membuktikan usia bukan penghalang apabila dapat menggagalkan cubaan memecah masuk banglonya selepas berjaya menembak seorang perompak dalam kejadian di Jalan Raja Di Hilir di sini semalam.
Kejadian pukul 1.30 pagi itu berlaku apabila warga emas tersebut melepaskan tembakan menggunakan pump gun sebaik menyedari kehadiran suspek di dalam banglonya.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, sebaik ditembak di badannya, penjenayah lingkungan 30-an itu cuba melarikan diri tetapi gagal apabila tertiarap di bahu jalan tidak jauh dari banglo terbabit.
Katanya, polis bergegas ke tempat kejadian selepas dihubungi mangsa.
"Siasatan di dalam banglo terbabit mendapati ia berselerak dan beberapa kesan tompokan darah dan satu kelongsong senapang ditemui. Bagaimanapun, tiada barang mangsa yang hilang.
"Polis juga menjumpai sebilah parang dipercayai milik suspek. Selain mangsa, isterinya yang berusia 84 tahun, seorang anak lelaki berusia 70 tahun yang merupakan orang kelainan upaya dan tiga pembantu rumah berada di dalam banglo," katanya..
kosmo/- |
Acara melukis pada tubuh badan Posted: 02 Oct 2011 09:20 PM PDT 5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
SEORANG artis melukis lukisan pada tubuh seorang model wanita di Bandar Raya Mexico pada Jumaat lalu. - Reuters
BANDAR RAYA MEXICO - Seramai 20 model dan 20 artis mengambil bahagian dalam acara melukis lukisan pada tubuh badan di sini.
Acara itu diadakan pada Jumaat lalu dan dianjurkan oleh Tzikbal.
Semua model itu mempunyai lukisan unik yang dilukis di bahagian muka, tangan dan anggota tubuh mereka yang lain. - Agensi |
Penunjuk perasaan marah Posted: 02 Oct 2011 09:19 PM PDT 5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
SEJUMLAH penunjuk perasaan duduk di sebatang jalan raya di Hong Kong semalam bagi menentang hak amah asing memohon taraf penduduk tetap.
HONG KONG – Kira-kira 500 penduduk Hong Kong berarak di bandar raya ini bagi membantah satu keputusan mahkamah yang membenarkan ribuan amah asing hak untuk menjadi penduduk tetap.
Tunjuk perasaan itu dibuat selepas seorang amah dari Filipina, Evangeline Banao Vallejos yang tinggal di sini sejak 1986 berjaya dalam kesnya di mahkamah.
Pada Jumaat lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa undang-undang imigresen yang melarang amah asing kebanyakannya dari Filipina dan Indonesia tinggal secara tetap di Hong Kong adalah sebenarnya melanggar perlembagaan mini pulau ini yang dikenali sebagai Undang-Undang Asas.
"Kami tidak mahu amah untuk datang ke Hong Kong secara tetap, mereka akan mengambil keuntungan sosial kita," kata seorang penunjuk perasaan, Dennis Leung selepas tunjuk perasaan tersebut berarak melalui bandar raya ini ke pejabat kerajaan.
Warga asing boleh tinggal di Hong Kong selepas tujuh tahun, memperoleh akses untuk mengundi dan hak tinggal di bandar raya ini tanpa visa kerja.
Amah turut termasuk dalam peruntukan itu.
Menerusi taraf penduduk tetap, seorang amah tidak lagi terikat kepada majikan, boleh melakukan sebarang pekerjaan dan mendapat manfaat daripada skim perumahan awam.
Pihak pemerintah kini membuat rayuan terhadap keputsuan mahkamah itu. – AFP |
Berkhemah di sekitar Wall Street Posted: 02 Oct 2011 09:19 PM PDT 5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
SEORANG anggota pergerakan Occupy Wall Street baring di atas tilam di Taman Zucotti Park di New York kelmarin. - Reuters
NEW YORK - Polis membuka semula jambatan Brooklyn tengah hari kelmarin selepas lebih 700 penunjuk perasaan anti-Wall Street telah ditahan kerana menghalang lalu lintas dan berarak tanpa kebenaran di bandar raya New York.
Tangkapan itu dibuat apabila sekumpulan besar penunjuk perasaan mengambil bahagian dalam perarakan anjuran pergerakan yang dikenali sebagai Occupy Wall Street di laluan pejalan kaki jambatan tersebut yang menuju ke jambatan berkenaan.
"Lebih 700 saman dan surat perintah hadir ke mahkamah dikeluarkan berhubung tunjuk perasaan di jambatan Brooklyn pada lewat tengah hari selepas beberapa amaran polis diberikan kepada para penunjuk perasaan yang masih berada di laluan pejalan kaki dan jika menggunakan laluan itu, mereka akan ditahan.
"Beberapa orang sahaja yang mematuhi arahan dan mereka yang menggunakan laluan pejalan kaki tidak ditahan," kata seorang jurucakap polis.
Pergerakan itu mencetuskan tunjuk perasaan sejak dua minggu lalu dengan mendirikan khemah dan tidur di kawasan sekitar Wall Street.
Anggota-anggota kumpulan itu menentang ketamakan pengamal Wall Street dan menuntut keadilan ekonomi.
Mereka tidur di atas tilam, menggunakan komputer dan bermain dram.
Para anggota penunjuk perasaan itu juga menggunakan tandas di restoran makanan segera McDonald's.
Dalam sehari, mereka akan berarak beberapa kali ke Wall Street yang menempatkan bursa saham New York dengan menjerit: "Adakah ini rupa demokrasi."
Menurut seorang penunjuk perasaan, Jesse Wilson: "Apabila semua wang skim penyelamat dibelanjakan untuk bonus dan setiap kakitangan berasa marah, tetapi tidak ada seorang pun yang melakukan sesuatu kerana tiada seorang pun yang beranggapan mereka boleh melakukannya."
"Sudah tiba masanya untuk kita datang bersama bagi menyedari kita berada dalam satu pergerakan massa," tambahnya.
Beberapa poster yang dibawa para penunjuk perasaan itu membawa mesej kapitalisme itu adalah jahat. - Agensi |
Polis diminta tingkat usaha kawal jenayah ragut Posted: 02 Oct 2011 08:45 PM PDT 5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
PETALING JAYA, 3 Okt: Penduduk Kawasan Taman Sri Sentosa melahirkan kebimbangannya apabila kes ragut semakin meningkat di kawasan ini yang sekaligus boleh meragut nyawa.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, dengan berbagai aduan rakyat yang diterima, beliau mengeluarkan surat permohonan kepada Ketua Balai Polis Petaling, di Balai Polis Sri Sentosa, Petaling agar rondaan dipertingkatkan di sekitar kawasan itu.
(Nurul bercakap dengan para pegawai polis Sri Sentosa)
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak polis harus meningkatkan usaha operasi pengawalan secara berkala bagi mengurangkan kadar jenayah terutamanya kes ragut yang kerap kali berlaku di kawasan tersebut.
Menurutnya berdasarkan aduan yang diterima oleh masyarakat setempat baru-baru ini di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Lembah Pantai, pihaknya mendapati kadar jenayah terutamanya kes ragut kembali meningkat.
"Justeru itu, bagi menjaga keselamatan penduduk di sini terutamanya golongan wanita, saya harap pihak berwajib mengambil tindakan segera agar tidak berlaku perkara yang diingini," katanya.
Katanya lagi, masalah keselamatan yang kerap berlaku sekarang adalah kes ragut, terutamanya berdekatan kawasan Gereja Methodist, Jalan Sri Sentosa 12, berhadapan Tokong Cina dan ini menyebabkan penduduk di kawasan berkenaan sentiasa hidup dalam kerisauan dan ketakutan.
Beliau berpendapat, anggota polis seramai 106,000 anggota untuk kawasan ini tidak mencukupi kerana 41 peratus di pertanggungjawabkan ke tugasan pengurusan pentadbiran.
Manakala 9,000 orang ditugaskan ke jabatan siasatan jenayah.
Beliau yang juga merupakan Naib Presiden Keadilan menegaskan, yang wajib dilakukan adalah pemfokusan tugasan polis ke arah siasatan jenayah; ini memungkinkan peningkatan tangga gaji anggota polis, dengan kualiti dan profesionalisme yang dinantikan rakyat.
"Anggota polis perlu mengadakan rondaan dengan lebih kerap ke kawasan panas yang menjadi tumpuan peragut kerana pada tahun lepas pernah terjadi insiden sehingga meragut nyawa penduduk disitu, bukan sekali dua tetapi acapkali jenayah ragut dilaporkan berlaku dikawasan terbabit tanpa mengira waktu,"katanya kepada media kelmarin.
harakahdaily/- |
K'jaan S'gor cabar MCA debat isu premium tanah Posted: 02 Oct 2011 08:30 PM PDT 5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
Kerajaan negeri Selangor hari ini mencabar MCA Selangor berdebat mengenai sistem baru pembaharuan pajakan kediaman yang digunapakai di negeri itu baru-baru ini.
Setiausaha politik kepada menteri besar, Faekah Husin (kiri) berkata ketua jabatan aduan dan perkhidmatan awam MCA Selangor, Theng Book telah secara membuta tuli menuduh kerajaan negeri "menipu" orang ramai berhubung pemilikan penuh rumah tanpa mengetahui apa yang beliau cakapkan.
Sebaliknya, Faekah menuduh Theng cuba untuk bercakap bagi pihak sekelompok masyarakat yang "tertekan" dengan struktur premium baru itu.
Katanya, semakan rambang yang dijalankan mendapati ribuan ekar tanah yang dahulunya diberimilik oleh kerajaan BN kepada individu dan syarikat kroni, belum menjelaskan bayaran premium walaupun sudah menjangkau 10 tahun lamanya.
"Kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan pemberimilikan tanah-tanah tersebut kerana kegagalan mereka membayar premium pada masa yang ditetapkan.
"Banyak rayuan yang diterima pejabat menteri besar kerana kebanyakan mereka mahukan kadar premium lama dikenakan. Justeru, Theng adalah jurucakap bagi kelompok "terseksa" ini," kata Faekah dalam satu kenyataan hari ini.
Faekah berkata demikian bagi menjawab dakwaan Theng semalam bahawa kerajaan negeri menafikan penduduk Selangor pemilikan penuh rumah masing-masing melalui RM1,000 skim lanjutan untuk pajakan mereka.
Theng (kanan) menuduh kerajaan negeri mengelirukan orang ramai supaya menerima skim baru itu, yang beliau sifatkan sebagai tidak lebih baik daripada lesen pendudukan sementara (TOL).
Menurut Faekah, kerajaan negeri Selangor bersungguh-sungguh membantu rakyat Selangor untuk memiliki rumah/tanah terutama mereka yang selama ini duduk merempat di negeri sendiri.
"Ini termasuk penduduk yang puluhan tahun memohon geran tanah namun di kesampingkan kerajaan terdahulu. Apabila kita membuat keputusan untuk mengeluarkan geran tanah yang sah, maka terdapat juga golongan kurang mampu membayar premium tanah pada kadar semasa.
"Justeru, kita memberi dua piliihan kepada rakyat yakni sama ada mengikut skim lama yang mana kadar premium mengikut kadar semasa tanah atau skim baru yang hanya perlu membayar RM1,000 untuk memiliki geran," jelasnya.
Menurut Faekah lagi, skim baru itu juga menetapkan jika pemilik tanah/rumah berhasrat menjual tanah tersebut, mereka perlu menjelaskan keseluruhan premium yang dikenakan.
"Ini dikira adil kerana tanah dijual pada nilai semasa dan sudah tentulah pemiliknya mampu untuk membayar premium yang ditetapkan mengikut kadar semasa. Skim ini kita gubal agar rakyat negeri ini hidup bermaruah dengan memiliki geran tanah sejajar dengan semangat Selangorku," tambahnya.
Meskipun demikian, jelasa beliau, jika rakyat melihat skim lama yang ditawarkan adalah lebih baik, mereka boleh memilih kekal dengan skim lama.
"Adakah ini dikatakan penipuan? Bukankah ini sebenarnya polisi untuk kebajikan rakyat? Sebelum Pakatan Rakyat memerintah, kita dapati banyak keputusan berkenaan hal ehwal tanah dibuat sebagai keputusan politik.
"Jika individu itu mempunyai kepentingan politik, maka mudahlah untuk mendapat tanah atau sebarang kelulusan melibatkan tanah, jika tidak jangan memasang angan-angan untuk memiliki tanah di Selangor walaupun mereka sebenarnya layak.
"Kita yakin rakyat Selangor mahukan kerajaan hari ini berlaku adil dan menjaga hakmilik negeri ini dari terus dikaut para kroni, pelobi dan jurucakap seperti Theng (kanan)," tegasnya.
Sehubungan itu, beliau mencabar Theng atau pemimpin BN lain berdebat mengenai isu ini di Petaling Jaya supaya rakyat metropolitan di sana melihat sendiri wajah sebenar beliau dan seluruh kepemimpinan MCA.
"Rakyat telah jelak dengan sandiwara pemimpin hanya tahu berpaut pada isu untuk menyelamatkan karier politik dan bukannya berjuang untuk rakyat.
"Kita menuntut Theng dan MCA memohon maaf dari kerajaan negeri Selangor dan kakitangan Pejabat Tanah dan Galian Selangor yang telah bekerja keras dan berhempas pulas untuk menghasilkan formula murni ini demi kebaikan rakyat," katanya.
malaysiakini/- |
35,000 sertai demonstrasi bantah dasar kerajaan Britain Posted: 02 Oct 2011 07:30 PM PDT 5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
MANCHESTER 3 Okt. – Kira-kira 35,000 orang berhimpun di Manchester untuk mengadakan demonstrasi pada mesyuarat tahunan parti pemerintah, Parti Konservatif yang mula bersidang, semalam.
Tunjuk perasaan itu dianjurkan oleh Kongres Kesatuan Perdagangan (TUC) yang menyifatkan perarakan tersebut sebagai 'alternatif untuk pekerjaan, pertumbuhan (ekonomi) dan keadilan.'
"TUC menganjurkan demonstrasi untuk menunjukkan perarakan dan perhimpunan untuk menunjukkan bantahan terhadap dasar-dasar teruk kerajaan terhadap pembekuan bajet, penjimatan dan perubahan ke atas perkhidmatan awam.
"Dasar-dasar itu menyebabkan peningkatan kadar pengangguran, taraf hidup menurun dan kelembapan ekonomi," katanya. - AFP |
TERAS tolak kuota rumah b'putera disemak semula Posted: 02 Oct 2011 07:15 PM PDT 5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) menolak gesaan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) supaya peruntukan kuota bumiputera disemak semula kerana mendakwa ia antara punca utama pemaju menanggung kerugian.
Sebaliknya, presiden TERAS Mohd Azmi Abdul Hamid berkata kuota bumiputera masih perlu dipertahankan pada kadar minimum 30 peratus dan sebarang semakan hendaklah dilakukan berdasarkan kajian semula kuota yang masih belum terjual.
"TERAS sangsi terhadap kenyataan bahawa ada unit yang tidak terjual kerana ada juga aduan bahawa bila ada pembeli bumiputera yang hendak membeli unit berkenaan, pemaju mendakwa unit bumiputera sudah habis dijual," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Azmi juga membidas presiden REDHA Datuk Seri Michael KC Yam yang mendakwa unit rumah kuota bumiputera kurang diminati pembeli bumiputera sendiri kerana ia hanya boleh dijual kepada pembeli golongan itu sahaja, yang sekali gus menyukarkan mereka mendapatkan pembeli pada masa depan.
Katanya, dakwaan itu perlu dibuktikan dengan fakta. Diskaun bumiputera
"Beliau tidak boleh secara rambang membuat dakwaan tersebut kerana ia bukan suatu realiti umum yang berlaku. Golongan bumiputera tidak membeli kuota bumiputera berdasarkan dakwaan tersebut.
"Kebanyakan mereka sememangnya mahu membeli kuota bumiputera kerana diskaun yang ditawarkan.
"REHDA tidak boleh hanya menimbangkan keuntungan pemaju untuk meminta kuota bumiputera disemak semula," katanya.
Azmi juga menuntut REHDA mengeluarkan maklumat secara terbuka mengenai jumlah dan lokasi di mana unit kuota rumah bumiputera didakwa masih belum terjual .
Dalam kenyataan akhbar itu, TERAS juga mempersoalkan kewajaran pengumuman REDHA berhubung unjuran harga hartanah akan meningkat sehingga 20 peratus dalam separuh kedua 2011. Kenaikan itu dikatakan berpunca daripada kenaikan harga bahan binaan dan kos pembinaan.
"TERAS mempersoalkan apakah pengumuman kenaikan harga rumah akan meningkat ini telah mendapat pertimbangan pihak kerajaan. Walaupun harga rumah tidak dikawal namun trend harga rumah berdasarkan harga bahan binaan masih berada dalam kawalan kerajaan.
Tidak yakin
"Oleh kerana isu perumahan adalah isu asasi terutama untuk kebanyakan rakyat berpendapatan sederhana dan rendah maka kesan kenaikan yang diumumkan itu perlu mendapat perhatian dan tindakan kerajaan," katanya lagi.
Menurut Azmi, REHDA tidak boleh dibiarkan membuat keputusan hanya berdasarkan kehendak pemaju.
"Harga batu bata, besi, simen dan pasir sepatutnya berada dalam kawalan kerajaan dan kenaikan tidak boleh berlaku secara wewenang.
"TERAS mempersoalkan apakah benar ia suatu kenaikan yang rasional atau hanya akibat spekulasi pemaju dan dengan sebab itu semua bahan binaan naik harga." katanya.
Menurutnya, alasan kekurangan tenaga kerja yang dijadi alasan juga harus disemak oleh pihak berkuasa.
"TERAS tidak yakin bahawa kekurangan tenaga benar-benar berlaku kerana setakat ini belum kedengaran kerajaan mengumumkan sebarang langkah menghadkan tenaga kerja luar dalam sektor binaan.
"Oleh kerana itu REHDA perlu menjelaskan berapa kekosongan tenaga kerja yang diperlukan dan secara khusus dalam aspek kerja apa," katanya.
MALAYSIAKINI/- |
NGO: 75 peratus tentera kesempitan hidup Posted: 02 Oct 2011 07:00 PM PDT 5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
Hampir 75 peratus dari anggota tentera dan bekas didakwa hidup dalam kesempitan hidup dan menghadapi tekanan emosi, kata presiden Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (KERABAT) Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar.
Selain itu, katanya lagi, masalah kewangan semasa dan masa depan yang kabur menghantui mereka sepanjang perkhidmatan.
"Terdapat sebilangan besar anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan melalui ikhtiar hidup buntu dan ramai menumpang teduh di rumah pusaka atau tinggal menumpang kepada saudara mara terdekat," katanya.
Selain itu, Mohd Nazari juga mendakwa ganjaran gaji bulanan yang diperolehi khususnya oleh anggota tentera lain-lain pangkat (LLP) tidak setimpal dengan beban tugas, lebih-lebih lagi dengan harga barangan keperluan asas yang semakin mahal.
"Kebajikan yang ala kadar menjadikan kehidupan mereka menderita hampir sepanjang tempoh dalam kerjaya mereka khususnya bagi anggota lain-lain pangkat yang kerap ditugaskan di lokaliti terpencil berhampiran perbatasan yang daif dengan prasrana.
Sehubungan itu, beliau yang mengetuai NGO tentera - Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (KERABAT) malam tadi menyerahkan memorandum kepada Pakatan Rakyat.
Memorandum itu sebagai memohon bantuan agar kebajikan anggota tentera dan veteran yang telah berkhidmat mempertahankan negara dari anasir luar diperjuangkan jika pembangkang berjaya menguasai Putrajaya.
Memorandum itu diserahkan oleh Mohd Nazari Mokhtar kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Stadium Tertutup Subang Jaya di Serdang Jaya jam 9.30 malam yang hadiri kira-kira 300 orang termasuk bekas tentera.
Antara pemimpin Pakatan yang turut hadir, termasuk Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, setiausaha oolitik menteri besar Selangor Faekah Hussin, ahli jawatankuasa PAS Pusat Mazlan Aliman dan pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman.
alam memorandum itu, Mohd Nazari berkata berdasarkan Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) bertarikh 29 Ogos 1973, setiap anggota tentera dan isteri dijanjikan hak memohon 20 ekar tanah pertanian dan dua tapak perumahan dari kerajaan melalui Kementerian Pertahanan (Kementah).
Bagaimanapun, dakwanya yang pernah berkhidmat dengan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) hampir 28 tahun - berdasarkan rekod Bahagian Perkhidmatan Anggota (BPA) Kementah "tidak sampai 100 anggota tentera yang berjaya memperolehi tanah yang dimaksudkan dengan rekod yang sangat menjengkelkan".
Dakwanya lagi, kehidupan askar yang sentiasa berada di perbatasan sama ada di darat, laut atau udara menyebabkan kesukaran mereka meninjau perolehan tanah untuk dipohon. Ini diburukkan lagi dengan faktor birokrasi dari pejabat tanah tempatan yang menyumbang kepada kegagalan permohonan mereka.
"Termaktubnya PMAT 1973 yang memberi keistimewaan perolehan tanah ini telah tidak diurustadbir dengan cekap malah diabaikan oleh Kementerian Pertahanan.
"Akibatnya, hampir 150,000 tentera yang telah menamatkan tugas bakti kepada negara dengan jayanya sejak 1973, tetapi hak keistimewaan ini telah dibiarkan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang usaha dari kementerian bertanggungjawab.
"Ini adalah pencabulan hak asas kehidupan mereka sekeluarga untuk mendapatkan peluang memiliki tanah perumahan dan pertanian yang termaktub dalam akta dan diluluskan oleh kabinet," kata Mohd Nazari dalam memorandum itu.
Beliau yang juga timbalan yang dipertua PAS Tenggara, Johor berkata walaupun ada usaha veteran tentera menyuarakan masalah perkara itu melalui kumpulan atau persatuan tetapi keluhan mereka itu disifatkannya sebagai "anjing menyalak bukit".
Oleh sebab itu, Mohd Nazari mendakwa sebilangan besar pegawai dan anggota LLP ini "bercita-cita besar" untuk menamatkan perkhidmatan berdasarkan peraturan "semata-mata untuk merasai hidup tanpa tekanan, bebas dari ancaman undang-undang tentera dan adat resam budaya penjajah" yang masih menjadi amalan tradisi tentera.
Sehubungan itu, bagi merealisasikan tuntutan tersebut, beliau mencadangkan lapan resolusi utama pemerkasaan kebajikan dan sosio-ekonomi anggota dan bekas tentara jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya dalam tempoh 100 hari .
Lapan resolusi tersebut dibacakan oleh Mohd Nazari, antara lain memperkasakan NGO itu di bawah kerajaan pusat dan negeri serta bertanggungjawab memberikan khidmat nasihat kepada kebajikan untuk mempastikan khidmat balas jasa dan kebajikan veteran Angkatan Tentera (ATM) dan tanggungan.
Tujuh resolusi lain adalah:-
Mengambil alih dan memperkemaskan dasar dan urustadbir Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Syarikat Perumahan Angkatan Tentera (SPAT).
Memberikan keutamaan kepada kebajikan tentera, veteran, balu-balu dan anak-anak yatim tentera khususnya dalam pemilikan tanah Felda Plantation dan rumah mesra rakyat. Melaksanakan bantuan pendidikan sepanjang hayat secara percuma kepada tentera, balu dan tanggungan mereka.
Memberikan rebet 50 peratus untuk bayaran api dan air bagi setiap premis kediaman kepada tentera dan bekas tentera sepanjang hayat.
Pelarasan kenaikan gaji dan pencen sebanyak RM500 sebukan kepada semua tentera dan veteran serta imbuhan khas sebanyak RM500 setiap bulan kepada bekas tentera yang tidak berpencen.
Setiap anggota tentera dan pesara tentera dikecualikan dari cukai untuk pendapatan gaji dan pencen kerajaan.
Memberikan peruntukan dana khas dan merancang plan dasar penempatan Bandar Baru Veteran yang lengkap dengan prasarana latihan medan tempur untuk bekas tentera agar ketrampilan kepakaran semasa berkhidmat dapat dikekalkan.
Ditemui pemberita selepas majlis tersebut, Mohd Nazari berkata sejak ditubuhkan pada 18 Julai lalu, jumlah anggota tentera yang menyertai NGO itu setakat ini mencecah kira-kira 2,900 orang, khususnya dari Johor dan Perak
Katanya, selepas ini pihaknya akan menjelajah dan memberikan penerangan di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.
malaysiakini/- |
Kandid Majlis Pecah Tanah KPDA - Koleksi 2 Posted: 02 Oct 2011 06:45 PM PDT |