Isnin, 3 Oktober 2011

ZULKIFLI BIN NOORDIN

ZULKIFLI BIN NOORDIN


NAPE TAKUT?

Posted: 03 Oct 2011 03:48 AM PDT

(Jah..jam Omega aku mana dar..)
Salam 2 all.

Teman heran dengan golongan yang takut sangat hudud dilaksanakan. Yang nak dihukum tu penjenayah. Yang patut takut ialah penjenayah, bakal penjenayah, dan yang sewaktu dengannya. Yang beriya-iya fitnah kata hudud zalim, nanti yang kapior kena penjara je yang Muslim kena potong tangan, nanti ramai orang Islam cacat! Ni cakap apa ni. Yang nak kena potong tangan pun penyangak, yang nak cacat pun penyamun. Apa yang dok gabrah teruk sangat, teman pun naik tak paham!

Lagipun, hudud hanya membabitkan enam kesalahan sahaja iaitu:

1. murtad,
2. mencuri,
3. merompak,
4. berzina,
5. qazaf,
6. minum arak (atau yang memabukkan).

Islam membawa mesej keamanan. Islam memelihara, memartabatkan dan menjaga aqidah, maruah diri, harta, keturunan dan lain-lain.

Islam tidak memaksa seseorang memeluk atau menjadi Muslim. Tetapi apabila seseorang telah menjadi warga Islam, dia tertakluk kepada undang-undang dan peraturan Islam. Sebagaimana Malaysia tidak memaksa sesiapa menjadi warganegaranya. Tetapi bila seseorang memilih untuk menjadi warganegara Malaysia, dia tertakluk kepada undang-undang dan peraturan di Malaysia.

Walaupun kalau ditempat lain ianya bukan kesalahan, tetapi kalau di Malaysia salah, maka dia perlu diadili dan dihukum mengikut undang-undang Malaysia. Contohnya homoseksualiti, homoliwati dan lesbianisma. Di Amerika, Belanda dan disesetengah negara, homoseksualiti dan lesbianisma dibenarkan, malah ianya cara hidup yang diterima. Di Malaysia ianya satu kesalahan jenayah, boleh dihukum dengan 20 tahun penjara dan sebatan. Mike warga Malaysia, mike terima padahnya. Mike orang Islam, mike tertakluk kepada undang-undang Islam! Period!!!

Dan Islam adalah agama iman, keyakinan, faith! Tidak timbul soal diskriminasi, konon kalau dua-dua mencuri, yang Islam kena potong tangan, yang kafir masuk penjara. Betul..tetapi yang kafir bukan sahaja masuk penjara didunia, TETAPI kelak nanti akan dibakar di neraka abadan-abada, kekal selama-lamanya di akhirat. Bagi yang Muslim hukuman itu suatu kifarah baginya, dan insyallah dengan rahmat ALLAH, akhirnya nanti dimasukkan ke syurga (selagi imannya sah). Ini soal kepercayaan, soal iman. Kat mana yang diskriminasinya?

Sebenarnya polemik perlaksanaan hudud ini kerana umat Islam sendiri bercelaru. Dan yang paling malang isu hudud ini dijadikan sandiwara dan drama politik. Sekadar meraih undi, demi memenuhi nafsu ingin berkuasa. Maka akhirnya diperkotak-katikkan hudud. Kejap nak hudud, kejap nak tangguh. Kejap nak negara Islam, kejap tak jumpa negara Islam dalam Quran. Depan kaum sendiri berdegar-degar hentak meja laungan mahukan hudud, depan kapir menikus kecut! Konon nak hudud, tapi bila kena batang hidung sendiri, macam-macam alasan. Saksi tak cukuplah, video besi takde mulut telingalah, tak boleh sumpah mubahalah lah, dan macam-macam lagi lawak senarion diperlakunkan. Akhirnya yang jadi mangsa Islam, yang dihina syariat Islam! Sehingga umat dan rakyat hilang keyakinan, timbul keraguan dengan perlaksanaan hukum ALLAH ini!

Dah berpuluh tahun memerintah, mana prasarana nak laksanakan hudud? Mana para hakimnya, mana peguamnya, mana Mahkamahnya, mana penyiasat syari'enya, mana pendakwanya, mana penguatkuasanya, mana pelaksana hukumnya, mana rotannya, mana tukang rotannya, mana tukang pancungnya, mana pedangnya, mana tukang potong tangan dan kakinya? Ni semua perlu disediakan. Takkan nak salahkan orang juga? Puluhan tahun dok kat kerusi tu buat apa?

Dah buat ke penerangan? Rakyat sudah diberi penjelasan ke? Rakyat sudah diberi peluang menentukan ke? Sudah mantap ke pembangunannya? Api air dah diberi kepada semua rakyat ke? Kemiskinan sudah ditangani ke? Rakyat semua cukup makan ke? Ekonomi rakyat sudah diperkasakan ke? Pelajaran dan pendidikan sudah lengkap? Perkhidmatan kesihatan dan sempurna ke?

Kita masih dengar rakyat tidak ada rumah! Kita mendapat berita rakyat masih ada yang tak cukup makan! Kita melihat ada rakyat yang masih merempat! Kita tengok rakyat masih ada yang menagih simpati untuk mendapat rawatan dan ke hospital! Kita tengok ada anak-anak yang masih tak bersekolah! Kita tahu ada rakyat yang membaca dan menulis pun dok terketor-ketor lagi yop!

Dan yang paling penting, umat Islam sendiri dah bersatu ke? Sebenarnya bukan susah sangat nak buat undang-undang hudud ni. Tak perlu pinda Perlembagaan pun. Artkel 74 dan Jadual 9 Senarai II cukup jelas. Dewan Undangan Negeri mempunyai bidangkuasa mutlak untuk menggubal apa-apa undang-undang berkaitan kesalahan syari'e. Murtad, mencuri, merompak, berzina, memfitnah dan minum arak - ini adalah jelas kesalahan syari'e, kesalahan hudud. DAN INI SEMUA KUASA KERAJAAN NEGERI UNTUK BUAT! KERAJAAN PERSEKUTUAN TAK BOLEH BUAT APA PUN! KALAU DIA NAK BUAT PUN EKRAJAAN PERSEKUTUAN TIDAK BOLEH LAKSANAKAN HUDUD! INI HAK NEGERI! IN I TANGGUNGJAWAB KERAJAAN NEGERI!

Cuma yang perlu ialah Parlimen meminda bidangkuasa Mahkamah Syariah untuk meningkatkan hukuman, daripada penjara 3 bulan, denda RM5,000-00 atau sebat 6 kali (Formula 356) kepada hudud. Pinda sahaja Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (sila rujuk artikel teman sebelum ini serta ususl-usul Parlimen).

Nak pinda Akta ini hanya perlu majoriti mudah, iaitu 112 Ahli Parlimen menyokong.
Ahli Parlimen Islam berbangsa Melayu dari semua parti dan tidak berparti, UMNO, PAS, PKR dan Bebas, ada 132 orang, dah lebih daripada cukup.

Jangan kata pinda undang-undang untuk buat hudud, umat Islam di Malaysia ni dah boleh bentuk Kerajaan sendiri pun!


Tapi malang, umat Islam bangsa Melayu ni: Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat - tapi gagal menjadi Satu Umat!? Kenapa? Mengapa?


Malang sekali kita mendengar respon pemimpin umat Islam bangsa Melayu bila hudud nak dilaksanakan. Negeri tu dengan negeri ni tak sama lah! Kena rujuk dan dapat persetujuan rakan kafir harbi lah! Dah sign agreement takkan buat hudud lah! Belum tiba masanya! Kita hidup berbilang kaum lah! Komposisi kaum tak membenarkannya lah! Macam-macam alasan dan helah dikemukakan. Semuanya menuju kepada satu rumusan - umat Islam bangsa Melayu kini bergantung kepada persetujuan dan kebenaran kafir untuk melaksanakan undang-undang dan cara hidup Islam, agamanya sendiri! Tak pelik gila namanya tu yop?

Sedangkan kalau tanya kaum kafir, kalau hartanya dirompak, anak gadisnya dirogol depan mata, pemandu mabuk langgar keluarganya sampai mati rentung, apa hukuman yang dia akan berikan jika berpeluang menghukum penjenayah itu? Toksah cakap jauh lah yop, silap-silap si kafir tu lagi brutal daripada kita, mau dikerat lapan belas simamat tu, lepas tu rebus penjenayah tu buat sup campur khinzir lagi untuk buat kuah makan dengan bak kut teh!

Apa yang penting sekarang ialah umat Islam mesti bersatu, tidak kira apa fahaman politik, demi untuk memartabatkan agamanya, dan memperkasa umatnya. Dengan kesatuan yang mantap dan kukuh, berdasarkan kepada aqidah yang satu, kita mampu melaksanakan apa sahaja suruhan dan perintah ALLAH. Dan kita boleh tunjukkan dan buktikan keadilan Islam, sebagaimana yang telah terbukti ribuan tahun dalam sejarah ketamadunan kemanusiaan.

Dan kita umat Islam berhak untuk melaksanakan dan mengamalkan cara hidup Islam berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Ini kerana Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan sangat jelas - tiap warganegara BERHAK mengamalkan dan melaksanakan ajaran agamanya. Islam mewajibkan hudud. Maka tanggungjawab 'ain kepada tiap individu umat Islam yang taklif untuk melaksanakan perintah ALLAH, yang dibenarkan dan diberi-hak oleh Perlembagaan Persekutuan!

Pokok pangkal, sudah bersediakah umat Islam bangsa Melayu mengorak langkah untuk bersatu dibawah satu aqidah? Satu Tuhan! Satu Nabi! Satu Kitab! Satu Kiblat! DAN menjadi Satu Umat! Atau kita masih mahu meneruskan hidup dibawah "naungan ketiak kafir"? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing yop!

SATU SOALAN MIKE KENA TANYA YOP: MIKE TAKUT DENGAN KAFIR KE, ATAU MIKE TAKUT DENGAN ALLAH?! NAPE MIKE TAKUT SANGAT DENGAN KAPIOR NI YOP? DAN NAPE MIKE TAK TAKUT LANGSUNG KEPADA ALLAH?!


Adios amigos, grasias senor!

MENDIRIKAN NEGARA ISLAM ITU WAJIB!
MELAKSANAKAN SYARIAT ISLAM ITU WAJIB!
BERJIHAD ITU JUGA SATU KEWAJIBAN!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
05 Zul Qaedah 1432
03 Okt 2011

Tiada ulasan:

Nuffnang