Jumaat, 8 April 2011

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


EXCO KERAJAAN SELANGOR ziarah keluarga Allahyarham Ahmad Sarbani yang mati di premis SPRM

Posted: 08 Apr 2011 07:33 AM PDT


YB Dr Hjh Halimah Ali bersama Ketua Pengarah Briged Amal Selangor, Sdr Azri Arish menziarah keluarga Allahyarham Ahmad Sarbani, bekas penolong pengarah kastam Selangor.

Keluarga terdekat sangat terkejut.Begitu juga rakan-rakan kerja dan kenalannya lebih-lebih lagi ahli qariah surau kompleks kastam Kelana Jaya sendiri kerana dikatakan beliau rajin bersolat jemaah di surau tersebut.

Keluarganya rata-rata mengatakan beliau adalah orang yang gigih belajar dan menjadi pendorong kepada keluarga yang lain untuk mencontohi beliau.

YB Dr Halimah sempat berjumpa dengan ibunya yang dalam keadaan yang sangat tertekan.Sepupunya juga berasa amat kesal dengan kejadian yang tidak 'masuk akal'.Kelihatan rumahnya agak sederhana.

SPRM: Penolong Pengarah Kastam mati di premis SPRM di pagi hari: jatuh???

Posted: 08 Apr 2011 07:20 AM PDT

Kenapakah feneomena yang menimbulkan seribu satu pertanyaan berkenaan kematian Teoh Beng Hock di Selangor seolah-olah berulang lagi. Kenapakah orang yang disiasat oleh SPRM begitu cenderung untuk 'terjatuh' daripada bangunan SPRM. Satu kebetulan??!!

http://malaysiakini.com/news/160754

HI FRIENDS! OPEN OUR EYES HEARTS AND MINDS.......MAHER ZAIN

Posted: 08 Apr 2011 05:52 AM PDT

His signs are aplenty.Do we see? His light is so bright.Do we see? His love is within and without ourselves. Do we perceive? His words are astounding. Do we hear?
Give HIM a chance friends....just open our hearts and feeeeeeeeeel it.

APA MAKNANYA INI SEMUA

Posted: 08 Apr 2011 03:23 AM PDT

Ayat-ayat Cinta yang mampu mengaitkan kes video lucah dengan UMNO:

"Ada isu moral di sini. Anwar bercita-cita mahu menjadi perdana menteri... kita tidak boleh ada seorang perdana menteri yang sudah tercalar, itu sebab kita perlu kenal pasti lelaki dalam video ini... jika ia Anwar, apakah fikiran anda tentang dia?"

Seakan-akan SENADA dengan buku "LIMA PULUH DALIL KENAPA ANUAR TIDAK BOLEH JADI PERDANA MENTERI"


Nazri: Suruhanjaya perlu tentukan unsur pelacuran, si pelaku Anwar

Oleh Shazwan Mustafa Kamal
 Malaysian Insider
April 08, 2011


KUALA LUMPUR, 8 April — Datuk Seri Nazri Aziz mahukan satu suruhanjaya diraja siasatan diadakan untuk menentukan sama ada wujudnya aksi pelacuran dalam video seks yang didedahkan oleh "Datuk T" bulan lalu, didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, suruhanjaya tersebut juga perlu menentukan sama ada lelaki yang terlibat dalam aksi seks itu adalah Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Anwar telah pun menafikan yang beliau adalah lelaki dalam rakaman hitam putih 21 minit itu, yang dipertontonkan kepada media pada 21 Mac lalu.

"Pelacuran adalah haram di Malaysia. Jika anda terlibat atau anda membantu dan bersubahat dalam (kerja-kerja) pelacuran, anda menaungi pelacur untuk tujuan seks, ini satu jenayah," kata Nazri kepada The Malaysia Insider.

"Suruhanjaya diraja akan menentukan identiti lelaki dalam video dan wanita yang dia adakan hubungan seks, sama ada dia itu adalah pelacur," kata beliau lagi.

Seksyen 327(1) yang berkaitan dengan aspek menyalahgunakan mana-mana orang bagi tujuan persundalan mengatakan bahawa barang siapa "menjual, menyewa atau dengan cara lain menyerahkan, atau memperoleh, membeli atau menyewa atau dengan cara lain mendapatkan milikan harta mana-mana orang dengan niat sedemikian supaya orang itu akan diberi kerja atau digunakan untuk maksud persundalan atau membuat persetubuhan dengan mana-mana orang lain, sama ada di dalam atau di luar Malaysia atau mengetahui atau ada alasan untuk percaya bahawa orang itu akan diberi kerja atau digunakan.

Dalam pada itu, Seksyen 372A pula berkaitan dengan soal seseorang yang hidup hasil daripada atau perdagangan persundalan manakala Seksyen 372B pula tentang perbuatan mencari langganan bagi maksud persundalan.

Mengulas lanjut, Nazri hari ini menjelaskan, suruhanjaya diraja siasatan mengenai video seks itu adalah perlu demi kepentingan awam.

"Jika orang awam berpuas hati dengan penemuan, maka tidak perlu bagi suruhanjaya diraja.

"Tetapi jika wujud elemen keraguan, maka suruhanjaya diraja diperlukan," katanya.

"Suruhanjaya diraja diperlukan bagi apa sahaja yang berkaitan dengan kepentingan awam, untuk menjelaskan apa sahaja isu kepentingan awam," kata Nazri lagi.

Menteri yang berkaitan dengan hal ehwal Parlimen ini menekankan bahawa suruhanjaya diraja hanya akan diperlukan jika rakyat kekal tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis yang dijalankan sekarang.

"Kita perlu tunggu bagi polis selesaikan siasatan - kenal pasti lelaki dalam video ini," kata Nazri.

Nazri berkata, Kabinet telah memutuskan untuk membolehkan polis melengkapkan siasatan terlebih dahulu.

"Ada isu moral di sini. Anwar bercita-cita mahu menjadi perdana menteri... kita tidak boleh ada seorang perdana menteri yang sudah tercalar, itu sebab kita perlu kenal pasti lelaki dalam video ini... jika ia Anwar, apakah fikiran anda tentang dia?" katanya lagi.

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


Christian group rejects Idris Jala's 10-point solution

Posted: 08 Apr 2011 10:28 PM PDT

Teresa comes red over Ibrahim’s sexism

Posted: 08 Apr 2011 12:13 AM PDT

ZULKIFLI BIN NOORDIN

ZULKIFLI BIN NOORDIN


SPYGAME!?

Posted: 08 Apr 2011 05:32 AM PDT


(Kenyataan media Datuk Shazryl Eskay yang jelas maksudnya)

Salam 2 all.

Berikut kenyataan media Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dibuat di Hotel Impiana Kuala Lumpur pada Isnin 16 Rabi'ul Akhir 1432 / 21 Mac 2011. Pada teman jelas beliau benar-benar cuba untuk menghadkan isu videoklip tersebut, tetapi malangnya ada "orang" memilih untuk mempolitikkan isu ini. Mike dengar sendirilah kenyataan Datuk Eskay itu yop.

Cuma satu saje yang mike semua kena pikior yop. Datuk Shazryl ni kawan baik Anwar, manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan tu. Mesti ada sebab yang solid kenapa dia memlilih untuk mendedahkan videoklip itu. Beliau punya dua bukti jelas berkaitan videoklip ini:

1. gambar beliau sendiri ada dalam videoklip itu; pastilah beliau, selain amoi tu, yang tahu siapa Jantan-X tersebut;

2. kedua, jam tangan Omega spesial edition tu ada dengan beliau. Beliau telah pun serahkannya kepada Polis. Bagi menguatkan kenyataan beliau, satu "sms" daripada manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan itu yang meminta beliau menyimpan jam itu masih beliau simpan!

Jadi nasihat teman yop, biarlah polis siasat dulu. Anwar sendiri yang meminta pihak polis siasat; dia yang buat repot polis tu. Jadi kita bagi peluang pihak polis siasat. Selepas keputusan siasatan itu diumumkan, barulah kita kaji apa langkah selanjutnya yang boleh diambil. Janganlah cepat sangat nak mengkapiorkan, menerakakan orang yop. Sabor sikit, takut kita yang kedalam nanti yop!!!

Cuma yang teman risau satu je yop. Persoalan besarnya, siapa yang merakamkan videoklip tersebut. Jelas ianya bukan Datuk Eskay, sebab kenyataan beliau menyatakan "beliau terjumpa" perakam video itu, bukan beliau yang membuatnya! Yang teman risau, ada pihak ketiga yang merakamnya. Beberapa persoalan yang timbul:

1. Bagaimana mereka yang merakam itu boleh tahu itu bilik yang akan digunakan? Kerana mereka memasang video kamera dalam 4 sudut, dengan wide angle lens. Sudah pasti mereka yang memasangnya sudah bersedia tahu akan berlaku adengan menyudu dalam tu, dan mereka bersiap lengkap dan hampir sempurna!

2. Kalau mereka tahu, maknanya sudah pasti lokasi "penyuduan" itu berlaku sudah beberapa kali digunakan? Kerana nak memasang peralatan canggih macam tu perlukan masa, siap dengan wiring dan lain-lain.

3. Bermakna mereka sudah menghidu dan menjejaki Jantan-X, atau Amoi, atau Datuk Eskay sendiri sebelum daripada itu!

4. Kalau mereka sudah menghidu dan menjejaki Target-X, teman cukup yakin kumpulan yang membuat kerja rakaman ini mempunyai kepakaran dan pembiayaan yang hebat. Cara mereka beroperasi menunjukkan mereka ini memang pakar!

5. Persoalannya, siapa yang mahu menjejaki Jantan-X ini? Apa tujuan mereka?

6. Dan persoalan besar yang bermain dikepala teman yop ialah: pihak risik & keselamatan Australia & Singapura ada membuat lapuran sulit kepada Kerajaan mereka (yang didedahkan oleh Wikileaks) bahawa mereka ada "bukti teknikal (technical evidence)" MEMBUKTIKAN ANWAR terlibat dengan kegiatan tidak bermoral. Malah Menteri Kanan (mantan PM) Singapura menyatakan risikan Singapura mendapati Anwar termasuk didalam satu perangkap! Persoalannya, adakah pembikinan videoklip itu termasuk dalam maksud "bukti teknikal" dan perangkap yang mereka sebut?

7. Kalau firasat teman diatas itu betul yop, kita berada dalam keadaan yang sangat merbahaya. Keselamatan negara boleh terjejas. Bayangkan kalau ianya betul, dan Bahagian Risikan negara -negara asing ini benar-benar punya "bukti teknikal" yang disebut itu, apa akan jadi kalau Anwar menjadi Perdana Menteri? Negara akan sentiasa dicengkam dan diperas oleh ugutan negara asing. Kita akan sentiasa tunduk dibawah telunjuk negara asing! Dan kita tahu betapa rapatnya kerjasama diantara Singapura & Israel.

Ni kerja giler yop!!! Kalau ini benar kerja mereka, kita tidak tahu apa lagi video atau "bukti teknikal" yang mereka ada!

Teman berharap sangat teori dan firasat teman ini tidak betul yop. Teman harap yang buat rakaman itu geng amatur aje yop. Sebab kalau betul ianya melibatkan kumpulan risik negara asing, naya kita yop. Adakah mereka punya rakaman atau "bukti teknikal" yang lain! Teman harap pihak Cawangan Khas, Militiray Intelligent, dan Bahagian Keselamatan Negara perlu benar-benar memperhalusi isu ini. Teman cukup risau yop, adakah tangan-tangan ghaib yang bermain dibalik tabir!!! Adakah ini satu "Spygame", yang akan menyebabkan "security of the country is compromised?".

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
04 Jamadil Awal 1432
08 April 2011

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Suara Kemanusiaan Bergema Di Perbatasan Menuntut Kebenaran Dan Keadilan

Posted: 08 Apr 2011 04:00 PM PDT

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


[Schedule@April 9 Saturday] Where to meet DAP's Candidate for N. 39 Repok (Sarikei)

Posted: 08 Apr 2011 11:01 AM PDT

Sarikei-Lawatan Calon   Date/Time: Sat, 9 April, 08:30 – 11:00 Venue: 工業區店舖 (map) more details»  copy to my calendar
Venue: Pejabat DAP Cawangan Sarikei (map)
Venue:  永勝百貨 (map)
(More......)

[Youtube 民主要保健 . 美里投火箭] DAP's Candidates for DUN seats in Miri !!

Posted: 08 Apr 2011 10:45 AM PDT

Delivering speeches at too many ceramah, UBAH sore throat now..

Posted: 08 Apr 2011 09:23 AM PDT

After delivering speeches at so many ceramah, UBAH is having mild sore throat now.. She is thinking to take some herbal cough syrup tonight..

(More......)

【光华日报】 张念群: 大选拨款华小无诚意 . 人联党应制度化资助州内华文教育

Posted: 08 Apr 2011 04:02 AM PDT

DAP's Deputy National Publicity Secretary cum Serdang MP Saudari Teo Nie Ching today slams SUPP's insincerity for only giving out state government's funding allocation to the Chinese Vernacular Schools in Sarawak during the State Election campaign period.

"These are election goodies that won't last for long". She demands SUPP and BN Sarawak caretaker government to institutionalize the allocation of financial aid for all streams of schools in the state as what Pakatan Rakyat has been doing all this while via the administration of Selangor, Penang and Perak State Governments.

(砂拉越7日讯)张念群炮轰人联党,身为砂州执政党,为何却只能在大选中依赖中央政府拨款给华小,豪无诚意,根本不及民联在其执政州属制度化拨款!

她表示,诗巫补选时,首相拿督斯里纳吉曾大手笔拨款1千万令吉给诗巫57间华小和 500万令吉给诗巫5间独中。这次砂拉越州选举战鼓响起前夕,副首相慕尤丁又突然在3月30日宣布将在短期内拨出7 千368万令吉,提升砂州境内的国民型华文学校、国小和教会学校。其中2 千800万令吉给1 千266间国小,2 千568万令吉提供给130间教会学校,剩余2 千万令吉197间国民型华文学校。

她质问,为何国阵政府总是要到大选时才临时抱佛脚,人联党执政砂州多年,为何仍无法做到制度化拨款予各源流小学?

她形容人联党长年只会做巫统和土保党的保镖,虽然名为执政党,但却没有执政党的实权,当家不当权,导致砂拉越的华教发展举步维艰。

张念群表示,民联执政西马5个州属后,在对待各源流学校上,交出了亮丽的成绩。

在槟州,民联领导的槟城政府没有天然资源,却可以在2009年给华小、国民型及教会学校的拨款是450万令吉,2010年拨580万令吉,2011年拨650万令吉。而槟州5所独中在2009年获得总共100万令吉拨款,2010年及2011年皆获得200万令吉拨款。

在雪兰莪,民联连续3 年拨款400万令吉予州内52所华小,也每年拨款200万令吉予州内4所独中。在霹雳,虽然已经被国阵以卑劣的手段夺取政权,但在民联执政短短的10个月内,州务大臣尼查就宣布拨出1千公顷的土地予该州9所华文独中进行以地养校的计划,以长期解决华文独中面对经费不足的问题。

在吉打,州务大臣阿兹然20万令吉予州内张念群表示,民联执政只是短短两年,就做到了国阵执政50年来做不到的事情,成功减轻华社的负担。相反的,国阵和人联党就只有在州选为了选票,才派发糖果给华社,根本毫无诚意可言。

她挑战邓伦奇和人联党,即刻向泗里街及全体砂州子民说明他们的华教政策,究竟什么时候才能够在砂州落实制度化拨款华小。

(More......)

[Sarikei@April 8] Penang CM Lim Guan Eng visited old man in Sarikei..

Posted: 08 Apr 2011 03:31 AM PDT

Penang CM Saudara Lim Guan Eng was visited an old man in Sarikei today. The old man's wife passed away 5 years ago. He has 7 children, all not in Sarikei..

(More......)

[Borneo Post@Sarawak Election] Pakatan Rakyat promises a caring govt

Posted: 08 Apr 2011 03:31 AM PDT

SARIKEI: Penang Chief Minister Lim Guan Eng said Sarawakians would get a government which can feel the people’s pulse if they give their mandate to Pakatan Rakyat (PR) come April 16.

“We (PR) want to form a government which truly can help the people,” he told a press conference here yesterday.

Lim said for starters, senior citizens would
enjoy special care if PR unseats the state BN next weekend.

“Senior citizens who are aged 60 years and above would be given at least RM500 per year,” he assured.

On land issues, Lim alleged that the present government was mismanaging it.

However, on land premiums, Lim admitted that there were marked differences between the rates here and those in Penang.

“But for low-cost houses, we (in Penang) give freehold title. Do you see that in Sarawak?”

Among those present were Serdang MP Teo Nie Ching, state DAP vice-chairman Chong Siew Chiang and Repok candidate Dr Wong Hua Seh.

(More......)

[Sarikei, Tonite 6.30pm - 11pm] DAP Ceramah@ See you at Sg Stok and Jalan Kim San tonight!!

Posted: 08 Apr 2011 03:13 AM PDT

Kuan Yau Hew will be speaking at Sarikei tonight !!

Time: 6.30pm

Date: 8-4-2011 (Tonight!!)

Venue: Sg Stok and Jalan Kim San.

Other speakers include DAP's candidate for N. 39 Repok Dr Wong Hua Seh, Saudara Chong Siew Chieng and Teo Nie Ching!!

Ubah is carrying DAP's flag while listening to DAP's ceramah in Sarikei..

(More......)

[Mac 26@Seri Kembangan] SPM & STPM Counseling and Guidance Carnival

Posted: 07 Apr 2011 09:40 AM PDT

Activity : SPM & STPM Counseling and Guidance Carnival

Date: 26th March 2011

Organiser: EWRF Serdang  http://www.ewrf.org.my/

Venue: Dewan Serbaguna Seri Kembangan

Time: 9am to 5pm

The event was open to all SPM & STPM leavers of all races even though ultimately, we targeted our favourite students. Meanwhile, various colleges and institutes set up booths at the event as they were each given a partition. Students were welcomed at the registration booth and given a form to fill in their particulars while being escorted to the career cards tables. There, they were assisted by volunteers on how to pick and rate their cards as mentioned earlier at the Career Counseling Workshop. They will then move towards the job searching area to select the best jobs based on their interest and characteristic. Once done, they wait for their turn to meet the counselor who then suggests some possibilities for the student and guide him/her to the next stage of life - tertiary education. Students then had a choice to visit the booths of the many colleges that had participated that day.

Serdang MP, YB Teo Nie Ching patronized the carnival while media partner, Bernama did covered the event for us. We had Indocafe to distribute free coffee to all and a blood donation drive as well.

(More......)

Ubah is so popular in Sarikei..

Posted: 07 Apr 2011 09:15 AM PDT

Ubah is so popular in Sarikei. We sold out all, I even have to give mine to a young male supporter. So no roommate tonight.. Sob sob..

(More......)

[UBAH4Sarawak] Follow DAP's Election Campaign Updates at FACEBOOK now!!

Posted: 07 Apr 2011 05:29 AM PDT

Want to be part of the change in the upcoming Sarawak State Election? Want to know more about DAP candidates' latest election campaign updates? Log on into your facebook account, and LIKE the following FANPAGE!!

http://www.facebook.com/Ubah4Sarawak

(More......)

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


ORANG PEREMPUAN MARAH...!

Posted: 08 Apr 2011 02:38 AM PDT


Komen seksis Ibrahim Ali di Parlimen semalam telah mencetuskan kemarahan kaum wanita di seluruh negara.

Ketua Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), Ivy Josiah berkata komen
tersebut tidak wajar datangnya dari seorang ahli parlimen.

Katanya, adalah mengejutkan apabila ahli parlimen Bebas Pasir Mas itu menyamakan wanita sebagai bahan mainan seks.
"...dan yang lebih teruk lagi ialah dia menggunakan agama untuk menjustifikasikan pendiriannya itu," kata Ivy kepada AFP.

Katanya, komen tersebut bukan sahaja menunjukkan Ibrahim menjunjung ketuanan Melayu tetapi juga ketuanan lelaki.

Tenaganita pula berkata, sentimen sedemikianlah yang menjadi salah satu punca berlakunya penyeludupan manusia di negara itu.

"Kerana orang seperti Ibrahim Ali percaya ianya adalah hak mereka untuk melakukan seks dengan isteri pada bila-bila masa, atau jika tidak, mereka cari di tempat lain, maka itulah sebabnya mengapa industri seks berkembang dan berlakunya kes-kes penyeludupan manusia," kata penyelaras kanannya, Aegile Fernandez kepada AFP.

Semalam, Ibrahim berkata peningkatan kes hubungan sulit luar nikah adalah berpunca daripada "para isteri yang mengabaikan tanggungjawab mereka" kepada suami.

Bercakap sewaktu sesi soal-jawab di Parlimen semalam, ahli parlimen Pasir Mas itu mendakwa, ada masanya bila suami "ada keinginan" tetapi bila pulang ke rumah, isteri kata tunggu kerana 'sedang masak' atau 'sedang bersiap untuk ziarah saudara-mara'.

Dalam Islam, katanya, para isteri sepatutnya menghentikan apa yang sedang dilakukan untuk memenuhi tuntutan si suami.

Beliau yang juga presiden PERKASA berkata, ketika memandu pulang selepas kerja, si suami melihat perkara-perkara yang 'menaikan semangat' dan mahu memenuhi kehendak tersebut bersama isteri.

Ibrahim mendakwa, kerana tidak mendapat layanan dari isteri, maka ada suami yang pergi ke tempat-tempat yang sulit untuk memuaskan kehendak mereka itu, dan kemudiannya video mengenainya didedahkan.

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


TERENGGANU, KEBANGGAAN KITA SEMUA

Posted: 08 Apr 2011 02:51 AM PDT

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, cuaca kembali cerah. Kebimbangan mengenai kejadian banjir yang berlaku beberapa hari yang lalu kembali reda. Hari ini, kita sangat bersyukur kerana telah dapat menjalani kehidupan tanpa sebarang masalah.

Sesekali berfikir, merenung ... alangkah bertuahnya rakyat kita, khususnya di Terengganu. Sejak sekian lama, Terengganu telah jauh berkembang dan maju. Ia tidak dapat tidak adalah hasil daripada perjuangan kerajaan BN sehingga Terengganu kini berjaya berubah. Hakikatnya, bukan mudah untuk mengubah landskap kemajuan sesebuah negeri, apatah lagi Terengganu yang iklim politiknya berubah-ubah.

Hari ini, bandar Kuala Terengganu dan termasuklah juga di Kuala Nerus, kawasan Parlimen saya, kesesakan sering berlaku. Mengapa?. Pertama, berlakunya peningkatan jumlah kenderaan yang mencerminkan tahap ekonomi rakyat yang semakin baik. Kedua, kemakmuran negeri telah membolehkan rakyat mencari rezeki dengan baik dan sempurna dan banyak lagilah hal-hal yang lain.

Justeru, saya mengakui bahawa kita masih memerlukan kepada lebih banyak strategi pembangunan untuk memastikan ia seiring dengan keupayaan ekonomi dan taraf hidup rakyat. Ia termasuklah menyediakan kemudahan jalan raya dan sebagainya. Harus diingat, bahawa Kuala Terengganu tidak akan lagi seperti sekarang, mungkin dalam tempoh sepupuh tahun akan datang.

Apa pun, dengan pendekatan merakyatkan pembangunan dan pentadbiran, saya percaya bahawa kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said akan membolehkan perubahan besar berlaku di Terengganu. Rakyat akan melihatnya nanti.

Apa yang pasti, kerajaan yang ada tidak hanya bercakap tetapi mereka buat.

Apa pun, setiap kelebihan akan hanya dinikmati olehorang-orang yang tahu bersyukur. Berapa banyak pun kebaikan dan kelebihan yang diwujudkan atau dilaksanakan, jika ia dinikmati oleh manusia yang tidak tahu bersyukur, maka semua itu tidak dilihat dengan makna yang sebenar.

Oleh itu, marilah kita semua menjadi orang-orang yang sentiasa bersyukur. Belajarlah dengan kekurangan yang ada di tempat orang lain. Saya percaya, jika itu ada di hati kita, kita akan sentiasa berterima kasih kepada kerajaan BN yang telah berjaya membawa perubahan dan kesejahteraan rakyat di Terengganu khususnya.

Bab pembangkang, saya tidak mahu komen kerana mereka telah diberikan mandat pada 1999 -2004, namun menemui kegagalan.

Selamat membaca.

Direct Free Kick

Direct Free Kick


Ghani kata Nik Aziz, ORANG TUA NAK MAMPUS!

Posted: 08 Apr 2011 06:26 AM PDT

Berucap di Kg Pandan 6 April lepas, Penyelaras DUN Chempaka UMNO, Ghani Ismail mencerca Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, ORANG TUA NAK MAMPUS, ORANG TUA NAK MATI. Teruknya!

Lawatan tapak ke projek rumah kos rendah Kg Berembang pada 8 April 2011

Posted: 07 Apr 2011 06:48 PM PDT

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Questions Time: 06 April 2011 Mins of Information, Communication & Culture: ASTRO no monopoly by zur

Posted: 08 Apr 2011 01:21 AM PDT

Forgive me to be out of topic a bit.
Now, I follow your opinion and contribution with interest though the media. Before, I was held back to give you any moral support as your inclination was towards the so-called controversial leader that was linked to the infamous activity recently.
Two years ago I used to post comments but were given negative receipt on your blog. Now, thanks to God, that you have seen the light and not easily being swayed by the sweet utterances of that personality. I am happy you have come to the realisation point and in a better platform to commit yourself to your tasks.

Comment on “Battle” over Parkway needless and wasteful for ‘original sin’ committed by authorities tasked to safeguard our national interests by anak cina masuk melayu

Posted: 07 Apr 2011 06:08 PM PDT

Hi,YB,

Now khazanah sell to Mitsui,I just went to Pantai for medical follow up, usually the medician will cost me around RM800, now I have to pay RM1586!,when I ask the cashier why so expensive,they reply these is the directive from management,and I also reply, I will never come to these hospital agian…….

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


Penolakan “Akta Pemansuhan Darurat” Memalukan

Posted: 08 Apr 2011 12:44 AM PDT

KENYATAAN MEDIA
UNTUK SEBARAN SEGERA
8hb April 2011

Semalam, 7hb April 2011, mencatatkan satu detik pilu apabila usul yang ingin saya cadangkan iaitu Rang Undang-Undang Ahli Persendirian "Akta Pemansuhan Darurat" telah ditolak Setiausaha Dewan Rakyat atas alasan empat proklamasi darurat yang masih wujud tidak boleh dimansuhkan sebegini. Sebaliknya pemansuhan hanya boleh berlaku menerusi pembatalan proklamasi oleh DYMM Yang Di-Pertuan Agong (check) ataupun ketetapan yang dibawa kerajaan dan diluluskan dalam kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara. (Lampiran 1)

Penolakan teknikal ini adalah sesuatu yang cukup memalukan Parlimen, kerana Rang Undang-Undang ini merupakan usaha saya selaku seorang Ahli Parlimen untuk memansuhkan empat deklarasi darurat yang masih berkuatkuasa, walaupun amat jelas lagi terang yang Negara kita kini berada dalam keadaan yang aman sejahtera.

Malah, tindakan ini lebih memalukan apabila membaca kembali jawapan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Nazri Abdul Aziz pada 16 Mac 2011:

"… Jabatan Peguam Negara berpandangan bahawa Proklamasi Darurat pada tahun 1966 di Sarawak dan Proklamasi Darurat pada tahun 1977 di Kelantan wajar dibatalkan kerana kedua-dua Proklamasi Darurat tersebut sudah tidak releven pada masa ini kerana ia dibuat untuk menangani situasi yang berlaku di kedua-dua Negeri tersebut pada masa itu."

Adalah jelas bahawa sekurang-kurangnya dua proklamasi darurat sudah sepatutnya dibatalkan. Tetapi mengapa hingga kini tiada apa-apa tindakan yang dilakukan pihak Kerajaan Persekutuan? Apakah niat sebenar yang berselindung disebalik keengganan mereka ini?

Keberadaan proklamasi-proklamasi darurat ini membawa bersama implikasi Maha Negatif. Sedang Negara masih darurat, apakah gambaran yang ingin dihantar Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak kepada warga asing yang ingin menetap di Malaysia di bawah program "Malaysia My Second Home"? Atau kepada rakyat Malaysia yang disaran pulang melalui agensi seperti TalentCorp, namun Negara masih darurat? Atau kepada para pelabur asing, yang kita pohon menyalurkan dana pelaburan mereka, walhal Malaysia masih darurat?

Hentikan lah kegiatan lanun-lanun politik ini, yang sebenarnya cuma mengambil kesempatan dari kewujudan keadaan darurat demi meneruskan lanunan politik dan ekonomi mereka. Hentikanlah, demi Malaysia yang lebih baik. Hentikanlah, demi Malaysia yang benar-benar bebas dan merdeka dari darurat.

NURUL IZZAH ANWAR
Ahli Parlimen Lembah Pantai

Blog@Wengsan...博客@永山

Blog@Wengsan...博客@永山


黄顺舸拿砂州和雪州以及槟州土地比较,显示他缺乏最基本的地产常识

Posted: 08 Apr 2011 02:20 AM PDT

砂劳越州人民必须善勇手上神圣的一票作出改变,结束首席部长泰益30年的独裁统治

Posted: 07 Apr 2011 10:10 PM PDT

Khalid Samad

Khalid Samad


Persoalan Penyelusupan dan Jamaah Dalam Jamaah

Posted: 07 Apr 2011 05:47 PM PDT

Ada seorang pengunjung telah bertanya pandangan saya berhubung perkara di atas. Jawapan saya adalah begini:-

Sememangnya persoalan penyelusupan dan 'jamaah dalam jamaah' merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima oleh mana-mana jamaah. Apabila seseorang menyertai sebuah jamaah, semestinya ianya dilakukan secara ikhlas di mana kesetiannya terhadap jamaah tersebut merupakan satu perkara yang dituntut oleh jamaah berkenaan. Dia tidak boleh menjadi ahli dengan tujuan menggunakan jamaah berkenaan untuk matlamat yang ditentukan oleh sebuah jamaah atau persatuan yang lain. Tindakan sedemikian yang merupakan tindakan kepura-puraan adalah dikutuk dan sudah pasti ditolak oleh jamaah yang diselusupi sekiranya diketahui oleh ahli dan pimpinannya.

Inilah di antara sebab mengapa di dalam perlembagaan PAS ianya jelas disebut bahawa seseorang ahli PAS tidak boleh menjadi ahli kepada parti politik lain selain dari PAS. Sekiranya ianya dilakukan, maka keahliannya akan gugur dengan sendirinya. Ini adalah kerana, dalam keadaan sebegitu, jelas wujud pertentangan kepentingan atau kesetiaan (conflict of interest) dan oleh itu ianya tidak dibenarkan.

Namun demikian, keahlian di dalam NGO tidak dilarang. Ini adalah kerana seorang aktivis masyarakat perlu bergiat melalui berbagai wadah kearah pencapaian matlamat yang diinginkan oleh Islam, ia itu kewujudan sebuah masyarakat yang di dalamnya tertegak nilai dan sistem hidup Islam. Sehubungan dengan itu, seorang ahli PAS mungkin terlibat dengan NGO lain seperti persatuan pengguna, persatuan pekerja, peguam dan sebagainya. Penyertaannya adalah untuk menyampaikan risalah dan pendirian Islam di dalam NGO berkenaan.

Dalam keadaan itu beliau mungkin dianggap sebagai seorang yang menyelusup ke dalam NGO berkenaan! Tanggapan ini adalah hanya benar sekiranya hakikat bahawa dia seorang ahli PAS dirahsiakan dan dia bergerak dengan tujuan untuk merosakkan persatuan tersebut dan menggagalkan pencapaian matlamat yang termaktub di dalam perlembagaannya. Sekiranya dia menyokong matlamat yang termaktub di dalam perlembagaan persatuan tersebut dan berusaha ke arah pencapaian matlamat berkenaan, maka ianya bukan dianggap suatu tindakan penyelusupan walaupun dia adalah ahli PAS. Sebaliknya ianya merupakan usaha ahli PAS, samada dengan pengetahuan PAS atau sebaliknya, untuk menyumbang kearah pencapaian sesuatu matlamat yang sesuai dengan Islam, dalam bidang atau pemantauan NGO atau persatuan tersebut.

Dalam keadaan sebegitu, mungkin akan ada yang berkata, bagaimana sekiranya dia lebih menumpukan usahanya di dalam NGO berkenaan dan tidak dengan PAS? Jawapan saya, itu pilihannya dan tindakannya tidak bercanggah dengan perlembagaan PAS. Mungkin dia melihat dirinya lebih mampu menyumbang secara lebih berkesan di dalam NGO berkenaan di mana dia memegang jawatan dan diberi peranan kepimpinan sedangkan dia tidak mampu bertindak sebegitu di dalam PAS. Namun dia tetap menyokong PAS dan menjadi ahlinya.

Selagi mana kegiatannya melalui NGO berkenaan tidak bercanggah dengan Islam dan tidak menjejas; tetapi sebaliknya menyumbang kepada matlamat perjuangan Islam dan PAS, maka tiada sebab ianya perlu dibantah atau dipersoalkan.

Maka mungkin ada juga yang berkata bahawa dia lebih setia kepada NGO tersebut dan keahliannya di dalam PAS adalah sebagai 'agen' NGO berkenaan. Dia dan rakannya menyertai PAS atas arahan NGO berkenaan untuk menggunakan PAS demi kepentingan NGO tersebut dan wala'nya adalah kepada NGO itu dan tidak kepada PAS.

Ini adalah semestinya satu tuduhan yang berat kerana ianya mempersoalkan keikhlasan disebalik keahlian seseorang. Sekiranya itu disyaki maka ianya perlu ditangani secara telus dan mengikut peraturan jamaah. Anggota tersebut perlu dirujuk kepada pimpinan kawasan di mana dia akan ditanya dan diberi peluang untuk memberi keterangan dan pembelaan. Sekiranya pimpinan kawasan mendapati bahawa penjelasan beliau tidak memuaskan maka dia perlu dirujuk kepada jawatan kuasa disiplin parti (Pusat) untuk disiasat secara lebih lanjut dan dikenakan tindakan sekiranya didapati benar.

Sekiranya ianya terbukti bahawa dia menyelusup atas arahan sesebuah NGO atau persatuan dan mempunyai perancangan tertentu terhadap PAS, maka PAS perlu mengumumkan bahawa ahli NGO tersebut tidak akan diterima sebagai ahli PAS kerana ianya akan memudaratkan PAS. Sudah pasti ini akan dilakukan hanya setelah pimpinan PAS bertemu dengan pimpinan NGO berkenaan demi mengesahkan tuduhan tersebut. Pendirian sebegini terhadap NGO berkenaan akan terus berkuat-kuasa sehingga perancangan NGO berkenaan terhadap PAS ditamatkan oleh NGO tersebut.

Semua tindakan tersebut perlu dilakukan secara telus dan mengikut peraturan. Ianya TIDAK boleh dilakukan secara bisik-bisikan di mana yang tertuduh tidak dapat membela diri. Sekiranya ianya dilakukan secara bisik-bisikan, maka sudah pasti ianya akan mengundang kezaliman dan penyalah-gunaan kuasa dan pengaruh. Sebagai sebuah jamaah Islam, kita mesti menentukan bahawa keadilan, lebih-lebih lagi kepada ahli kita sendiri, dilakukan dan jelas kelihatan dilakukan untuk menjamin terhalangnya fitnah. Dalam pepatah perundangan dikatakan 'Justice must not only be done but must be seen to be done'.

Tindakan kempen bisik-bisikan oleh golongan tertentu di dalam PAS yang menganggap diri mereka sebagai 'PAS tulen' terhadap golongan yang menyertai PAS dari jamaah, persatuan atau kumpulan lain adalah satu tindakan yang saya tidak setuju. Ini pernah berlaku beberapa tahun dahulu. Malangnya ada yang terbawa-bawa dengan sikap sedemikian hingga ke hari ini. Dalam pengalaman saya, kempen sedemikian menzalimi orang yang dituduh kerana dia tidak diberi peluang membela diri dan pandangan songsang terhadapnya disebar melalui kempen bisik-bisikan yang tidak mengambil kira samada tuduhan tersebut adalah benar atau sebaliknya.

Dalam masa yang sama, saya juga tidak boleh menolak kemungkinan ianya dilakukan pada masa itu oleh golongan yang berkepentingan yang melihat kedudukan mereka terjejas dengan kemasukan ahli-ahli baru yang lebih berkewibawaan dari diri mereka sendiri.

Lagipun, istilah 'PAS tulen' adalah rekaan secara memandai sendiri tanpa pengesahan dan restu pimpinan. Dengan menggelar diri mereka sebagai 'PAS tulen' mereka menimbulkan perpecahan dan syak wasangka di dalam jamaah PAS. Sedangkan PAS sepatutnya menjadi kubu amalan husnuz Zan dan ukhuwwah.

Bagi saya, semua yang berpegang kepada perlembagaan PAS dan menghayati dasar menerima AL-Quran, Sunnah, Ijma' dan Qiyas sebagai sumber perundangan dan hukum serta menyakini pendekatan 'muwajjahah silmiyyah melalui demokrasi adalah 'PAS tulen'. Tak perlulah kita memandai-mandai dengan menambahkan syarat yang melebihi syarat yang ditetapkan Islam serta kaedah dakwah yang dipilih PAS. Perbezaan pandangan dan pendapat yang pasti wujud ditangani melalui perbincangan dan perbahasan. Keputusan pula dibuat secara syura.

Untuk mengelak dari penyalah gunaan jawatan dan kedudukan demi menghalang 'kumpulan' tertentu mara dalam jamaah melalui kempen bisik-bisikan, maka kaedah yang lebih telus perlu diamalkan. Sekiranya seseorang itu dituduh menjadi anggota NGO xyz, maka perlu dibuktikan bahawa :-
1. PAS menolak ahli dari NGO xyz sebagai ahli PAS atau
2. NGO xyz mempunyai perancangan untuk ahlinya menyusup dalam PAS untuk memperalatkan PAS atau
3. Ahli yang disyaki menyelusup telah menjadi ahli atas arahan dan perancangan NGO xyz dan bukan atas minat dan keinginannya sendiri. Ini bermakna keahliannya secara tidak ikhlas.
Semua perkara tersebut perlu dilakukan secara telus dengan melibatkan pimpinan Pusat melalui jawatan kuasa disiplin parti.

Sekiranya parti tidak memutuskan bahawa seseorang ahli NGO xyz tidak diterima sebagai ahli PAS, maka tiada sebab kita perlu memangsakan seseorang ahli PAS yang juga ahli NGO xyz. Kemungkinan penglibatan beliau dalam NGO berkenaan akan mampu menarik lebih ramai dari NGO berkenaan untuk menyertai atau menyokong PAS.

Kaedah dan pendekatan yang sama perlu digunakan terhadap mereka yang digelar golongan 'sekular', Erdogan, Liberal dan bermacam-macam gelaran yang lain yang entah dari mana asalnya yang bertujuan untuk menimbulkan perpecahan dalam PAS. Sekiranya sesuatu pandangan tidak disenangi, tidak perlu di'label', yang perlu adalah hanya membentangkan hujjah mengapa pandangan tersebut tidak dipersetujui! Seterusnya ahli akan membahas dan mempertimbang pandangan tersebut.

Saya yakin penyelusupan sepertimana yang disebut di atas tidak wujud kerana jamaah yang 'dikatakan' mempunyai perancangan sedemikian sudah berdaftar sebagi NGO dan bergerak secara terbuka dalam masyarakat. Ini merupakan suatu perubahan strategi yang telah berlaku di mana kaedah penyelusupan tidak lagi diguna pakai. Ianya digunapakai oleh jamaah yang ingin bergerak secara 'siir' atau bawah tanah. Ianya tidak digunapakai oleh jamaah yang bergerak secara terbuka dan ingin mendapat sokongan dari masyarakat melalui gerak-kerja terbukanya.

Sebenarnya saya lebih khuatir dengan penyelusupan yang sebenar yang sedang berlaku, iaitu oleh pihak SB serta usaha adu-domba dan penyebaran fitnah 'saling sangsi' di antara satu sama lain yang dilakukan mereka.

Dalam pada itu, sikap terbuka PAS perlu dipertahankan dan dengan itu perbezaan pendapat yang hasil dari perbezaan latar belakang dan pengalaman ditangani secara ilmiah dengan sikap saling hormat menghormati. Seperti yang saya sebutkan, dengan mengamalkan dasar syura, akhirnya pendapat individu tertentu diketepikan dan pendapat jamaah yang ditentukan melalui syura hendaklah diterima-pakai oleh semua. Sebagai contoh, bagi mereka yang pernah dan sedang mempunyai interaksi dengan ahli UMNO, pilihan untuk berkerjasama dengan UMNO tidak dilihat sebagai sesuatu yang keterlaluan. Ini adalah kerana interaksi mereka melalui majlis tahlil, tazkirah dan motivasi, di mana mereka dijemput untuk memimpinnya, memberikan mereka gambaran bahawa UMNO tidak jauh berbeza dengan PAS.

Sebaliknya, bagi mereka yang sering dimangsakan UMNO serta ahlinya dan melihat niat jahat UMNO setiap hari, soal kerjasama dengan UMNO merupakan pilihan yang tidak boleh diterima. Persoalan ini boleh dibahas dan akhirnya diputuskan melalui syura tertinggi ia itu muktamar. Apabila ianya ditolak, seperti apa yang berlaku sebelum ini, maka mereka yang condong untuk berkerjasama wajib menamatkan usaha ke arah itu.

Sekiranya disiplin berjamaah sebegini dapat diamalkan, maka PAS akan dapat maju kea rah matlamatnya tanpa masalah, insyaAllah.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Nuffnang