N45 Dr Halimah Ali |
- EXCO KERAJAAN SELANGOR ziarah keluarga Allahyarham Ahmad Sarbani yang mati di premis SPRM
- SPRM: Penolong Pengarah Kastam mati di premis SPRM di pagi hari: jatuh???
- HI FRIENDS! OPEN OUR EYES HEARTS AND MINDS.......MAHER ZAIN
- APA MAKNANYA INI SEMUA
EXCO KERAJAAN SELANGOR ziarah keluarga Allahyarham Ahmad Sarbani yang mati di premis SPRM Posted: 08 Apr 2011 07:33 AM PDT YB Dr Hjh Halimah Ali bersama Ketua Pengarah Briged Amal Selangor, Sdr Azri Arish menziarah keluarga Allahyarham Ahmad Sarbani, bekas penolong pengarah kastam Selangor. Keluarga terdekat sangat terkejut.Begitu juga rakan-rakan kerja dan kenalannya lebih-lebih lagi ahli qariah surau kompleks kastam Kelana Jaya sendiri kerana dikatakan beliau rajin bersolat jemaah di surau tersebut. Keluarganya rata-rata mengatakan beliau adalah orang yang gigih belajar dan menjadi pendorong kepada keluarga yang lain untuk mencontohi beliau. YB Dr Halimah sempat berjumpa dengan ibunya yang dalam keadaan yang sangat tertekan.Sepupunya juga berasa amat kesal dengan kejadian yang tidak 'masuk akal'.Kelihatan rumahnya agak sederhana. |
SPRM: Penolong Pengarah Kastam mati di premis SPRM di pagi hari: jatuh??? Posted: 08 Apr 2011 07:20 AM PDT Kenapakah feneomena yang menimbulkan seribu satu pertanyaan berkenaan kematian Teoh Beng Hock di Selangor seolah-olah berulang lagi. Kenapakah orang yang disiasat oleh SPRM begitu cenderung untuk 'terjatuh' daripada bangunan SPRM. Satu kebetulan??!! http://malaysiakini.com/news/160754 |
HI FRIENDS! OPEN OUR EYES HEARTS AND MINDS.......MAHER ZAIN Posted: 08 Apr 2011 05:52 AM PDT His signs are aplenty.Do we see? His light is so bright.Do we see? His love is within and without ourselves. Do we perceive? His words are astounding. Do we hear? Give HIM a chance friends....just open our hearts and feeeeeeeeeel it. |
Posted: 08 Apr 2011 03:23 AM PDT Ayat-ayat Cinta yang mampu mengaitkan kes video lucah dengan UMNO: "Ada isu moral di sini. Anwar bercita-cita mahu menjadi perdana menteri... kita tidak boleh ada seorang perdana menteri yang sudah tercalar, itu sebab kita perlu kenal pasti lelaki dalam video ini... jika ia Anwar, apakah fikiran anda tentang dia?" Seakan-akan SENADA dengan buku "LIMA PULUH DALIL KENAPA ANUAR TIDAK BOLEH JADI PERDANA MENTERI" Nazri: Suruhanjaya perlu tentukan unsur pelacuran, si pelaku Anwar Oleh Shazwan Mustafa Kamal Malaysian Insider April 08, 2011 KUALA LUMPUR, 8 April — Datuk Seri Nazri Aziz mahukan satu suruhanjaya diraja siasatan diadakan untuk menentukan sama ada wujudnya aksi pelacuran dalam video seks yang didedahkan oleh "Datuk T" bulan lalu, didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, suruhanjaya tersebut juga perlu menentukan sama ada lelaki yang terlibat dalam aksi seks itu adalah Ketua Umum Pakatan Rakyat. Anwar telah pun menafikan yang beliau adalah lelaki dalam rakaman hitam putih 21 minit itu, yang dipertontonkan kepada media pada 21 Mac lalu. "Pelacuran adalah haram di Malaysia. Jika anda terlibat atau anda membantu dan bersubahat dalam (kerja-kerja) pelacuran, anda menaungi pelacur untuk tujuan seks, ini satu jenayah," kata Nazri kepada The Malaysia Insider. "Suruhanjaya diraja akan menentukan identiti lelaki dalam video dan wanita yang dia adakan hubungan seks, sama ada dia itu adalah pelacur," kata beliau lagi. Seksyen 327(1) yang berkaitan dengan aspek menyalahgunakan mana-mana orang bagi tujuan persundalan mengatakan bahawa barang siapa "menjual, menyewa atau dengan cara lain menyerahkan, atau memperoleh, membeli atau menyewa atau dengan cara lain mendapatkan milikan harta mana-mana orang dengan niat sedemikian supaya orang itu akan diberi kerja atau digunakan untuk maksud persundalan atau membuat persetubuhan dengan mana-mana orang lain, sama ada di dalam atau di luar Malaysia atau mengetahui atau ada alasan untuk percaya bahawa orang itu akan diberi kerja atau digunakan. Dalam pada itu, Seksyen 372A pula berkaitan dengan soal seseorang yang hidup hasil daripada atau perdagangan persundalan manakala Seksyen 372B pula tentang perbuatan mencari langganan bagi maksud persundalan. Mengulas lanjut, Nazri hari ini menjelaskan, suruhanjaya diraja siasatan mengenai video seks itu adalah perlu demi kepentingan awam. "Jika orang awam berpuas hati dengan penemuan, maka tidak perlu bagi suruhanjaya diraja. "Tetapi jika wujud elemen keraguan, maka suruhanjaya diraja diperlukan," katanya. "Suruhanjaya diraja diperlukan bagi apa sahaja yang berkaitan dengan kepentingan awam, untuk menjelaskan apa sahaja isu kepentingan awam," kata Nazri lagi. Menteri yang berkaitan dengan hal ehwal Parlimen ini menekankan bahawa suruhanjaya diraja hanya akan diperlukan jika rakyat kekal tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis yang dijalankan sekarang. "Kita perlu tunggu bagi polis selesaikan siasatan - kenal pasti lelaki dalam video ini," kata Nazri. Nazri berkata, Kabinet telah memutuskan untuk membolehkan polis melengkapkan siasatan terlebih dahulu. "Ada isu moral di sini. Anwar bercita-cita mahu menjadi perdana menteri... kita tidak boleh ada seorang perdana menteri yang sudah tercalar, itu sebab kita perlu kenal pasti lelaki dalam video ini... jika ia Anwar, apakah fikiran anda tentang dia?" katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan